Assalamualaikum kepada semua pelayar blog ini khususnya kepada pecinta jalan menuju Allah dan Rasul, Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah yang merupakan putera kedua Sultan Azlan Shah telah pulang ke hadrat Allah Rabbul Jalil pada pagi yang mulia ini iaitu pagi Saiyidul ayyam (penghulu segala hari)Jumaat 30 Mac 2012 , semoga rahmat Allah bercucuran menyelubungi roh beliau Aminnn...aminn Ya Robbal 'alamin.
Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawall 1.30 pagi tadi.
Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.
Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln's Inn, London.
Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.
Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya' dan solihin, Ameen.
Ustaz Abu Bakar Hussian ( Pesuruhjaya PAS Perak )
You are subscribed to email updates from Pas Tambun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
DUNGUN – Ramai bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dinegara ini dan menyelamatkan negara ini dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.
[Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi, menziarahi Haji Salleh Abdul Rahman , bekas Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Seberang Pintasan yang menderita diserang 'angin ahmar' (stroke), sebelum menyampaikan ucapan di Majlis Ceramah Isu-isu Semasa]
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan satu petemuan diantara beliau dengan tokoh-tokoh Umno telah diadakan pada Selasa 27 Mac 2012.
Sebelum itu menurut Ustaz Hadi, beliau turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Tinggi Polis dan Tentera.
"Alhamdulillah, dua tiga bulan lepas, saya dikunjungi oleh bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian bukan sebarangan orang bertemu dengan saya,
"diantaranya Jeneral-jeneral yang bersara, bekas Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,
"baru petang kelmarin saya berjumpa dengan tokoh-tokoh Umno, (mereka mahu) perubahan perlu dibuat untuk selamatkan negara ini, selamatkan sungguh-sungguh!,"ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, pada Rabu 28 Mac.
Menurutnya, tokoh-tokoh Umno dari negeri Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor yang pernah menjadi Menteri dan Exco negeri, berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno.
Ustaz Hadi berkata, mereka memaklumkan, yang menguasai masyarakat kampung adalah di kalangan dua, tiga puluh orang Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Cawangan Umno dan imam-imam masjid yang mereka lantik.
"Terus terang mereka mengatakan pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan Tok-tok Imam yang mereka lantik,
"20, 30 orang sahaja yang menguasai berates-ratus pengundi, rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,"jelasnya,
Menurutnya, angin perubahan politk negara juga dirasai oleh kalangan para aktivis persatuan dan NGO serta para seniman.
Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara tersebut demi menyelamatkan orang-orang Melayu khususnya.
Katanya, perubahan perlu dibuat supaya Terengganu kembali kepada pemerintahan PAS kerana kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah.
Turut berucap dalam Majlis tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.
Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.
Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah; a) Surau RM200,000.00 b) Kelas pengajian RM10,000.00 c) Tempat permainan RM30,000.00 d) Dewan makan RM5,000.00 e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00 f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00 g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00
Jumlah Keseluruhan RM335,000.00
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama; MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)
Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ; Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan No. Pejabat : 06-7915070 No. Hp : 013-3331120/016-2633649 Email : admin@annajihah.com Laman Web: http://www.annajihah.com/
Komen : Teman harap sama-sama kita dapatkan penjelasan adakah Tabung Haji akan dijadikan kambing hitam pelan B untuk menggantikan sumber wang untuk PRU13 sekiranya usaha mengapungkan FELDA tidak berjaya?
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memohon penjelasan kerajaan berhubung dakwaan bahawa Tabung Haji akan menjual ladang kelapa sawitnya seluas 83,000 hektar di Riau, Indonesia.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, langkah tersebut dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan menimbulkan kecurigaan.
"Tindakan ini mencurigakan kerana tidak ada penjelasan daripada Tabung Haji dan Jabatan Perdana Menteri kenapa aset yang begitu berharga dijual dalam keadaan terdesak," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
Menurut Husam, penjualan ladang tersebut akan menjejaskan caruman pencarum Tabung Haji yang majoriti terdiri daripada orang Islam.
Ketika ini, ladang tersebut memberikan pulangan sejumlah RM3juta sehari kepada Tabung Haji.
"Kami difahamkan langkah penjualan ini dibuat secara tergesa-gesa kepada satu syarikat yang dimiliki Tan Sri Robert Kuok," katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Beliau juga tidak menolak langkah ini diambil setelah usaha menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia tergendala.
"Kami berpandangan ini langkah terdesak BN untuk cash out aset-aset yang dimiliki oleh agensi atau perbadanan melibatkan kepentingan negara dan orang ramai.
"Dan ini mungkin langkah kedua setelah langkah mereka dalam penyenaraian FGVH tergendala," katanya. "Perkara ini perlu didedahkan kerana ia melibatkan kepentingan penyimpan Tabung Haji termasuk kita yang ada membuat simpanan ataupun keluarga kita yang telah menjadi ahli.
memetik kandungan emel yang diterima itu berbunyi :
Maklumat yang baru diterima: Tabung Haji telah bersetuju menjual aset mereka iaitu ladang kelapa sawit seluas 83,000 hektar di riau, Indonesia dengan harga USD900 juta kepada PT Borneo. Pohon minta mana2 YB untuk membangkitkan perkara ini di parlimen kerana melibatkan urusniaga yang melebihi dari RM2 bilion.
Konvoi global ke Al Quds atau Global March to Jerusalem (GMJ) semakin mendekati hari H. Ratusan ribu peserta GMJ yang juga semakin dekat dengan Palestina dan jumlahnya terus bertambah, membuat Israel menunjukkan tanda-tanda ketakutan.
Rezim Zionis berupaya menghadang demonstrasi yang akan dilakukan satu juta hingga dua juta orang itu agar tidak sampai melintasi perbatasan Palestina. Seorang pejabat tinggi rezim Zionis menyatakan bahwa Tel Aviv telah memperingatkan para peserta konvoi GMJ untuk tidak melintas perbatasan Palestina pendudukan dan menekankan bahwa Israel akan menindak tegas setiap pelanggarnya.
Sementara itu, panitia GMJ kembali menegaskan bahwa Global March to Jerusalem adalah aksi damai.
"Ini merupakan sebuah gerakan rakyat dan bersifat damai untuk memprotes berlanjutnya proyek yahudisasi kota suci al-Quds," kata anggota Komite Koodinasi GMJ, Mohammad Moed.
Jika Israel bersiap mengambil tindakan militer terhadap aksi damai ini, tidak lain itu merupakan ketakutan negara zionis itu.
"Mengingat gerakan ini untuk memprotes keberadaan ilegal Zionis di kawasan, kita menyaksikan manuver-manuver gila Israel dan ancaman-ancaman mereka terhadap negara-negara di kawasan," tegas Moed.
Global March to Jerusalem merupakan aksi damai yang bertujuan untuk menyuarakan bahwa pelanggaran-pelanggaran yang dilakukan Israel melalui pendudukan terhadap Al-Quds adalah kejahatan kemanusiaan. Melalui GMJ, diharapkan yahudisasi Al Quds dan praktek pembersihan etnis melalui pembangunan tembok pemisah dan pembangunan pemukiman Yahudi bisa dihentikan. Selain umat Islam yang menjadi peserta mayoritas, GMJ juga diikuti oleh kalangan non Muslim.
Beberapa hari yang lalu, Koordinator Umum GMJ, Dr. Ribhi Halum mengatakan, sekitar dua juta aktivis dari 80 negara siap menuju Al Quds, yang akan diberangkatkan dari empat negara Arab yang berdekatan dengan Palestina.
"Para delegasi internasional sudah berangkat dari negeri mereka masing-masing menuju negara-negara tersebut untuk ikut dalam GMJ yang akan diberangkatkan dari sana bertepatan dengan hari bumi Palestina yang jatuh pada tanggal 30 Maret," kata Halum. [IK/Rpb/bsb]
Selepas 55 tahun pemerintahan, hutang negara kerajaan BNadalah kira-kira mencecah 55 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). KeterhutanganMalaysia telah meningkat kira-kira 1% setiap tahun. Tetapikewangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Awang Adek Hussin masihmenegaskan bahawa tahap hutang kita masih terkawal "Ia tidak pada tahapyang kritikal pada masa ini. Had diri yang dikenakan oleh kami atau ambangadalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Dia tambahnya.paras hutang negara pada tahun 2007 adalah RM266 bilion tetapi meningkat kepadaRM456 bilion pada tahun 2011 (53.8%). Adalah penting untuk mengambil perhatianbahawa hutang itu meningkat oleh lompatan dan terikat selepas Mac 2008. Denganpenduduk seramai 28 juta, setiap rakyat Malaysia menanggungRM16000 hutang negara. Ini adalah apa yang kerajaan boleh menunjukkan selepas55 tahun pemerintahan berterusan tanpa gangguan.
SelainJika kita mengambil kira hutang yang dijamin oleh kerajaan persekutuan,pendedahan jumlah hutang kerajaan persekutuan mencecah RM573 bilion pada 2011(bersamaan 67 peratus daripada KDNK). Iniadalah situasi yang membimbangkan memandangkan krisis hutang di Eropah danAmerika Utara. Bagaimana tanah kerajaandalam situasi ini? Berikutadalah beberapa skandal, perbelanjaan yang tidak dikira dan rosak amalanpemerintahan BN selama 55 tahun yang telah membawa hutang negara semasa.
1. BekasKerja Menteri, Datuk Seri S. Samy Vellu pernah berkata di Parlimen bahawakerajaan telah digantikan dengan sejumlah RM38.5 bilion kepada 20 syarikatlebuh raya. RM1.3bilion telah dibazirkan membina Kastam gajah putih, Imigresen dan Kuarantin(CIQ) kemudahan bagi pembatalan jambatan indah Malaysia-Singapura. Selepasmelengkapkan pembinaan lebuh raya dengan wang pembayar cukai syarikat konsesitol mengutip tol dari 30-60 tahun.
2. BekasTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa BankNegara telah kehilangan RM30 bilion dalam perdagangan pertukaran asing padatahun 1990-an. Yangmerupakan manipulator di belakangnya? (MenteriKewangan Kedua, Nor mohamad yacub adalah bertanggungjawab bagi perdaganganForex Bank Negara pada masa itu)3. SkandalBank Bumiputra berkembar pada awal tahun 1980-an menyaksikan AS $ 1 bilion(RM3.2 bilion pada tahun 2008 ringgit)
4. PercubaanMaminco ke sudut pasaran dunia bijih timah pada 1980-an dipercayai telahmenelan belanja kira-kira AS $ 500 juta. (RM1.6bilion)
5. PerwajaSteel menyebabkan kerugian sebanyak AS $ 800 juta (RM2.56 bilion). EricChia, didakwa dengan rasuah untuk didakwa menerajui AS $ 20 juta (RM64 juta)kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong
6. Menggunakan RM10bilion dana awam di Sdn Valuecap. Bhd. Operasi untukmenyokong pasaran saham.
7. Skandal perbankanRM700 juta kerugian dalam Bank Islam
8. Penjualandaripada M.V. Agustaoleh Proton untuk satu Euro membuat kehilangan € 75,99 juta (RM 348 juta)
9. Untuk10 tahun yang lalu sejak Philharmonic Orchestra telah ditubuhkan, orkestra initelah menelan sejumlah RM500 juta
10. Kerajaantelah membelanjakan sebanyak RM3.2 bilion dalam pengajaran Matematik dan Sainsdalam bahasa Inggeris dalam tempoh lima tahun yang lalu. Daripadajumlah itu, kerajaan telah membayar kekalahan RM2.21 bilion untuk pembelianmaklumat dan teknologi komputer (ICT) peralatan yang tidak dapat memberipecahan. Keseluruhan projektelah dibatalkan11. Komisenyang dibayar untuk pembelian jet dan kapal selam kepada dua buah syarikatswasta Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta.12. RM 100juta bagi pengubahsuaian bangunan Parlimen dan kebocoran
13. Program Angkasawan Negara- RM 40 juta
14. ProgramLatihan Khidmat Negara - tahunan anggaran sebanyak RM 500 juta15. EyeOn Malaysia - RM 30 juta dan RM5.7 juta lagi tiket percuma
16. RM 4,63 bilion, lembut-pinjaman'kepada PKFZ
17. RM2.4 juta dakwat kekal
18. RM32juta sogokan eksport kayu balak yang melibatkan syarikat-syarikat yangdisambungkan kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya.
Penyelamatan19. Dua penyelamatanMalaysia Airline System RM7.9 bilion
20. Sistem pengangkutanPutra (PWTC), yang bernilai RM4.486 bilion
21. STAR-LRT bailout bernilaiRM3.256 bilion
22. Sistem PembetunganNegara yang berharga RM192.54 juta
23. Seremban-PortDickson Highway berharga RM142 juta
24. Penjara Kuching bernilai RM135juta
25. KajianMakanan dan Gunaan Orang Islam bernilai RM8.3 juta.
26. Le Tour de Langkawi bernilaiRM 3,5 Juta
27. Pengedaranborong berpuluh-puluh juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung disebalik DEB untuk kroni, anak-anak dan saudara-mara pemimpin BN danMenteri-Menteri yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
28. SkandalAP telah berlaku tahun selepas tahun akan kembali selama lebih daripada tiga dekad,melibatkan jumlah sukar dibayangkan sejumlah wang berpuluh-puluh bilion ringgit
29. Pemberimilikanberpuluh-puluh ribu hektar tanah komersil dan konsesi perhutanan kepadaanak-anak dan saudara-mara pemimpin BN dan Menteri-Menteri yang bernilai berpuluh-puluhbilion ringgit.
30. Perjalanandi seluruh Malaysia dan lihat sendiri berapa banyak gajah putih seperti gerbangmegah, jalan berturap dengan batu bata khayalan, tiang lampu pereka, menarajam, bangunan Majlis Perbandaran yang kelihatan seperti Istanas, boros tempatibadat, membaikpulih kediaman VIP, ditinggalkan atau kurangdigunakan kerajaan kompleks sukan dan bangunan, dll! Digabungkanmereka dengan mudah boleh berjumlah beratus-ratus bilion ringgit!
31. Pembazirandan dagangan hadapan minyak Petronas pada 1990-an berdasarkan harga minyak yangrendah kemudian. Sejakakaun Petronas adalah untuk mata Perdana Menteri sahaja, kita perlu benar-benartidak tahu jumlah. Sebarang jumlah yang andabuat taruhan adalah COLLOSSAL!
Terdapatbanyak lagi skandal yang tidak terdedah kepada orang awam Malaysia. KerajaanUMNO BN telah tidak belajar apa-apa pengajaran dan terus membelanjakanseolah-olah mereka dilahirkan untuk memerintah negara ini. Baru-baruini 250 juta Shahrizat Jalil NFC penipuan adalah satu lagi kes di mana wangtelah diberikan hanya untuk menghabiskan Shahrizat Jalil cara dan keluarganyamahu. Tiadaprosedur yang betul dan tarikh akhir untuk membayar balik semula?
Walaupunsemua skandal dan pembaziran, India di Malaysia dinafikan hak walaupun asas. Olehitu, ini kerajaan yang kita mahu tinggalkan untuk anak-anak dan cucu kita? Mendaftar sebagai pengundi danbertindak sekarang. ia sekarang atautidak.
2 AJK Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kajang, Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan .
Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju menyebakan kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini.
Akibatnya 2 penumpangnya maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah.
.... Al-Fatihah... semoga ditempatkan dikalangan orang ahli UMNO beriman bukan kalangan UMporNO...
[kosmo] SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Pakatan Rakyat mengutuk dakwaan terbaru untuk menyemai rasa takut terhadap ancaman Kristian di negara ini, dan mendakwa ia adalah taktik Umno untuk "menakut-nakutkan" majoriti umat Melayu-Islam. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yang berkuasa di Malaysia adalah Umno yang bertanggungjawab menjaga agama, menjaga kewangan - jadi seandainya dakwaan tersebut benar, tambahnya, maka ia bermakna Umno telah gagal untuk memperkukuhkan iman umat Islam. Sehubungan itu, tegas Anwar, dakwaan tersebut adalah tidak lain daripada usaha jijik politik untuk menggunakan agama bagi menakut-nakutkan rakyat. Bercakap dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Anwar menegaskan bahawa seandainya gerakan itu wujud untuk mengancam akidah umat Islam, maka terdapat tindakan undang-undang yang mencukupi yang boleh diambil. Sepertimana dakwaan memurtadkan umat Islam sebelum ini, Anwar berkata, pihak berkuasa berkenaan telah gagal untuk mengemukakan buktinya.
http://ibnu-ismail.blogspot.com Saya baru sahaja menonton ucapan Anwar di Amerika Syarikat yang dikatakan menyokong Israel. Saya enggan mengulas selagi tidak mendengar/menonton kenyataan itu. Tidak dinafikan isu Anwar dan Israel sengaja dimainkan oleh musuh politiknya untuk manfaat PRU yang bakal menjelang. Tidak dinafikan pemimpin BN bersikap oportunis dalam menonjolkan isu ini. Rakyat masih ingat pertemuan beberapa pemimpin [...]
Salah satu pekeliling Felda yang diedarkan kepada peneroka turut meminta status bank samada disenarai hitam atau tidak. Berikutan tindakan pihak pengurusan Felda yang telah mengarahkan peneroka menyerahkan beberapa dokumen peribadi termasuk salinan I.C dan geran tanah,lapan report polis telah dibuat peneroka dari kawasan Jengka jam 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh. Berikut [...]
Ketika kejadian Jefry berada di Dewan Sungai Rokam dan dalam masa penghujung ceramah Cikgu Ali telah menelefon Jefri katanya diminta datang untuk memberi penghargaan kepadanya. Maka Jefri pun pergi ke khemah ceramah Pas dan diumumkan untuk naik ke pentas. Apabila Jefri berada di atas pentas, pihak Pas mengumumkan bahawa bekas ketua pemuda Umno Kg Sg Rapat telah menyertai Pas.
Korang tengok gambar Jefri yang tercongok depan majlis ceramah kita orang. Siapa yang Munafiq? kah! kah! kah! Sendiri tuduh orang Munafiq , sekarang sendirilah tanggung akibatnya.
Baginda Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'Kafir' atau 'musuh Allah' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya (orang yang menuduh)" - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Begitulah juga sesiapa yang menggelar orang lain dengan 'Munafiq' atau 'pembohong' sedangkan orang tersebut tidaklah begitu, maka tuduhan tersebut akan kembali kepada orang tadi yang menuduh.
Jangan mudah percaya berita buruk atau cerita yang mengaibkan seorang Muslim. Allah swt berpesan di dalam Al-Quran :
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang yang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat : 6)
Seterusnya saya sertakan penjelasan saudara Jefri yang datang ke rumah saya petang tadi untuk membuat penjelasan seperti berikut:
Gambar Sepasukan Anggota Polis Pukul Peneroka Felda
Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.
Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak.
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng.
kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah
Kehadiran lebih dari 70,000 rakyat berbilang kaum di Stadium Kuala Selangor bagi meraikan Karnival Terima Kasih Rakyat membuktikan segala usaha jahat dari pihak tertentu yang melontarkan seribu satu macam tohmahan dan cemuhan terhadap tata-kelola dan urustadbir Pakatan Rakyat di Selangor jauh meleset dan tohmahan tidak berasas.
Rakyat Selangor adalah rakyat berinformatif dan bijak menilai sendiri siapa yang melaksanakan apa yang diperkatakan dan siapa yang cakap tak serupa bikin.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya menyelar pimpinan yang hanya pandai bercakap tapi dimasa yang sama menggadaikan harta dan rezab orang Melayu.
Walaupun majlis tersebut cuba dicemari oleh pihak yang dengki dan berlagak samseng, namun ianya alhamdulilah dapat dikawal dan diatasi.
Pimpinan PR tidak pernah menghampakan harapan rakyat dan bertugas demi mendapat keberkatan dari Allah swt
Satu program khas , SUMBANGAN CERMIN MATA PERCUMA oleh Adun Meru akan dilaksanakan pada 7hb April 2012 untuk pelajar rabun terutama pelajar sekolah rendah. Sebanyak lebih 200 pasang cermin mata akan diberikan secara percuma kepada 9 buah sekolah, SK Sg Binjai, SK Bkt Kapar, SK Meru SK, Meru 2, SJKT Methodist, SJKT L Akob, SJKC Hock Bin. Setiap satu cermin mata berharga RM 150.00 ditanggung sepenuhnya oleh YB Dr Hj Abd Rani bin Osman. Dibantu oleh pihak sekolah, para pelajar dibawa ke kedai cermin mata untuk ujian kerabunan dan seterusnya membuat cerminmata dipusat cerminmata tersebut.
YB Dr Hj Abd Rani selaku ADUN Meru telah menyumbangkan sekurang-kurang nya 2 buah bangku batu kepada setiap surau dan 3 buah yang lain kepada setiap masjid di DUN Meru.
Maklumbalas yang baik dari ahli-ahli kariah yang berkunjung ke surau dan masjid amat menggalakkan.
Di DUN Meru terdapat 6 buah masjid dan 54 buah surau.
Mereka bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat seorang wakil rakyat yang sungguh prihatin dan mengambil berat tentang masaalah penduduk terutama masyarakat kampung tanpa mengira fahaman politik mereka.
Dr Rani berharap apa sahaja usaha yang dilakukan agar mendapat keredhaan dari Yang Maha Melihat dan beliau cuma menjalankan amanah yang diberikan Allah.
Kehidupan kita yang sementara di bumi Allah ini hendaklah di manafaatkan untuk meraih sebanyak mungkin pahala disisi Allah swt.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Kapar telah mengadakan mesyuarat agungnya yang di resmikan oleh Dr Raja Iskandar , Naib Ketua Pemuda Pas Pusat.
YB Dr Rani selaku YDP Pas Kawasan Kapar dalam ucapan aluannya telah menjelaskan peranan besar yang dimainkan oleh pemuda sejak zaman Rasulullah saw lagi.
Pemuda adalah tiang bangsa dan penggerak kepada mana-mana gerakan reformis dan merupakan kekuatan yang amat digeruni oleh musuh-musuh Allah.
Pemudalah yang banyak mempelopori berbagai jenis perubahan yang membuahkan kebaikan dan kesejahteraan kepada ummah sekiranya pemuda menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini Dato Kamarul Baharin Abbas telah bertanyakan status pembinaan Hospital Rembau. Menteri Kesihatan berkata bahawa proses tender telah siap pada 27 Mac dan kos projek ialah RM 122.6 juta dibina atas tanah seluas 45 ekar. Semakin banyak fakta yang mengelirukan mengenai projek ini.
Pertama : Jika rujuk laman web JKR , tender yang telah siap pada 27 Mac hanyalah Fasa 1, iaitu Kerja-kerja Tanah.
Kedua : Jika kos projek ialah RM 122.6 juta telah diumumkan awal, tidakkah ini menjejaskan proses tender Fasa 2 iaitu pembinaan Bangunan Hospital?
Ketiga : Menteri Kesihatan mengatakan projek dibina atas tanah seluas 45 ekar (RM 43.1 juta), sedangkan Menteri Besar Negeri Sembilan mengatakan tanah dibina atas tanah seluar 20 ekar (RM 19.1 juta) pada harga yang dipohon oleh PKNS sebanyak RM 22 sekaki persegi atau RM 958,320.00 seekar.
Keempat : Jika tanah yang terlibat ialah 45 ekar (RM 43.1 juta), bermakna 35 peratus kos projek, ialah kos tanah. Jika tanah yang terlibat ialah 20 ekar (RM19.1 juta) bermakna 15.5 peratus kos projek ialah kos tanah.
Kelima : Menteri Besar Negeri Sembilan pada laporan 25 Jan 2012 menyatakan antara faktor kelewatan projek ini ialah kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta. Kemudian laporan 15 Mac 2012 MB berkata antara faktor kelewatan projek ialah PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki. Yang mana satu faktor kelewatan projek yang sebenarnya.
Keenam : Pada tahun 2008 projek ini dianggarkan kosnya ialah RM 100 juta. Kontraktor mana yang hendak untung sampai RM 80 juta tersebut?
*********** March 29, 2012
KUALA LUMPUR: The government will kick-start the Rembau District Hospital project in May to fulfil a promise made during the 2008 general election campaign.
Health Minister Liow Tiong Lai, who made the announcement in Parliament today, said the project would cost RM122.6 million.
Liow said the hospital would be built on a 45-acre site and would have the capacity for 76 beds and a surgery room. About a dozen doctors would be stationed there permanently, he added.
Pembinaan Hospital Rembau bermula April ini – Menteri Besar
SENAWANG, 25 Jan 2012 – Hospital Rembau yang di pohon oleh penduduk Rembau telah diluluskan pembinaanya melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RM ke-9). Namun ketika itu, pembinaan hospital ini di berikan kepada kontraktor swasta yang mahu mengambil keuntungan pembinaan sehingga RM80 juta.
Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong.
Projek itu pada mulanya dirancang dilaksanakan pihak swasta, namun Kementerian Kesihatan mahu ia diletakkan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perubahan itu menyebabkan rombakan semula memakan masa.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaiamanapun, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS adalah RM18 sekaki.
PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK TUJUAN PEMBINAAN SURAU DAN KEPERLUAN MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH
Maahad Tahfiz An Najihah (MATAN), Nilai , Negeri Sembilan ialah sebuah pusat pengajian hafazan Al Quran yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) dengan nombor pendaftarannya 41-122/2011. Mula beroperasi pada awal Januari 2010. Jumlah pelajar yang mampu ditampung buat masa ini ialah seramai 50 orang.
Untuk memastikan matlamat pusat pengajian ini tercapai maka maahad ini memerlukan sebuah surau yang baik untuk kemudahan pelajar bersolat sekaligus menjadi tempat belajar dan menghafaz Al Quran. Surau yang ada sekarang menggunakan 3 buah khemah beralaskan pelantar papan plywood menjadikan keadaan agak panas dan kurang selesa. Begitu juga lantai papan juga semakin uzur.
Selain daripada memohon dana surau pihak maahad tahfiz juga disini mengemukakan kos beberapa keperluan pembangunan yang sedang diusahakan seperti berikut di bawah; a) Surau RM200,000.00 b) Kelas pengajian RM10,000.00 c) Tempat permainan RM30,000.00 d) Dewan makan RM5,000.00 e) Pagar keselamatan mengelilingi sekolah RM15,000.00 f) Sistem perparitan dan pembuangan sampah RM10,000.00 g) Kelengkapan asrama spt almari pakaian pelajar RM15,000.00
Jumlah Keseluruhan RM335,000.00
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun atas nama; MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH NO AKAUN : 555108301296 (MAYBANK)
Sebarang maklumat lanjut yang ingin diperolehi, sila hubungi ; Ustaz Mohd Zawawi Bin Haji Aman Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan No. Pejabat : 06-7915070 No. Hp : 013-3331120/016-2633649 Email : admin@annajihah.com Laman Web: http://www.annajihah.com/
DEWAN RAKYAT HARI KHAMIS, 29 MAC 2012, PUKUL 10.00 PAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
6. PR-1251-L48302 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) rancangan Kementerian untuk membina Hospital Daerah Rembau seperti mana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu; dan (b) bilakah pembinaan dijangka bermula dan jangkaan kos yang terlibat dan nisbah doktor berbanding pesakit.
Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/
Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat
29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.
Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.
Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.
Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail Ampangan, Seremban
Kontraktor yang dilantik Felda gagal menjalankan kerja-kerja dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja- kerja kontraktor.
28 Mac 2012 TAMPIN: Seramai 200 peneroka dari Felda Bukit Rokan Utara di sini berang dengan sikap pengurusan Felda yang gagal bertanggungjawab dan menguruskan ladang kelapa sawit mereka dengan sempurna.
Dalam tinjauan FMT ke Tanah Rancangan Felda tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang mewakili peneroka tersebut, Said Dalil menjelaskan proses tanaman kelapa sawit dimulakan pada tahun 2004 dan selepas lapan tahun, pokok kelapa sawit yang sepatutnya sudah lama mengeluarkan hasil buah kelapa sawit masih tidak berbuat demikian. Sebaliknya saiz pokok amat kecil.
"Tempoh matang pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil ialah selama tiga tahun. Tetapi walaupun usia tanaman kelapa sawit telah mencecah lapan tahun, tetapi ia tidak mampu mengeluarkan hasil.
"Malah saiz pokok kelapa sawit kelihatan seperti baru setahun ditanam. Saya percaya ini semua berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pengurusan Felda yang tidak menguruskan ladang kelapa sawit ini dengan sempurna.
"Mereka melantik kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja menanam, membaja tanaman, 'pruning' dan membersihkan ladang kelapa sawit ini.
"Bagaimanapun kontraktor yang dilantik gagal menjalankan kerja-kerja tersebut dengan baik dan Felda sendiri gagal untuk memantau kerja-kerja kontraktor," jelas Said.
Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Bukit Rokan Utara, Nizam Ahmad pula berkata apa yang membuatkan beliau dan lain-lain peneroka berang ialah mereka dibebankan dengan hutang yang tinggi walaupun ladang kelapa sawit mereka tidak diuruskan dengan baik dan tidak mengeluarkan hasil.
"Contohnya dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan peneroka dari 2004 hingga 2010 saya dikenakan kos meracun sebanyak RM13,182.32. Sementara itu untuk kos baja pula saya dikenakan sebanyak RM17,918.37.
"Dicampurkan dengan bantuan sara hidup sebanyak RM1,400.00 sebulan sepanjang tempoh tersebut dan lain-lain perbelanjaan serta kos, hutang saya dengan Felda adalah sebanyak RM157,932.49 setakat 2010.
Tiada penyata jumlah hutang
"Bermakna jumlah hutang untuk 2011 sehingga 2012 tidak termasuk di dalam penyata ini. Saya ada meminta penyata terkini tetapi tidak diberikan oleh pengurusan Felda Bukit Rokan Utara," kata Nizam yang juga merupakan anak peneroka.
FMT juga diajak untuk melawat ladang-ladang milik peneroka untuk melihat sendiri keadaan ladang kelapa sawit tersebut.
"Anda boleh melihat sendiri bagaimana keadaan ladang kelapa sawit yang sudah menjadi seperti hutan belantara. Ada sebahagian jalan juga dipenuhi dengan semak.
"Sepatutnya dalam tempoh tahun ini pokok kelapa sawit ini sudah tinggi dan mengeluarkan hasil tetapi anda boleh melihat bagaimana keadaan pokok yang masih kecil dan tidak subur.
"Jika ada pun pokok kelapa sawit yang mengeluarkan hasil, buah kelapa sawit itu tidak dipetik dan dibiarkan busuk," jelas Nizam lagi.
Di akhir tinjauan, FMT cuba mendapatkan respon daripada pengurusan Felda Bukit Rokan Utara terutama daripada Pengurus Tanah Rancangan Felda tersebut, tetapi Abdul Jalal Ajad dikatakan sedang menunaikan Umrah di Mekah.
FMT juga cuba mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Pertanian Felda Wilayah Raja Alias, Mohd Nor Fikri Zulkifli yang baru sampai ke pejabat Felda Bukit Rokan Utara ketika FMT berada di dalam pejabat tersebut.
Walaubagaimanapun Mohd Nor Fikri berkata hanya Abdul Jalal sahaja yang boleh memberikan sebarang maklum balas berhubung soalan yang diajukan oleh FMT.
Apabila ditanya siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor di ladang peneroka, Mohd Nor Fikri berkata itu adalah tugas Pengurus Tanah Rancangan Felda terbabit. Ibu Pejabat Felda Negeri Sembilan terletak di Felda Wilayah Raja Alias yang juga dikenali sebagai Bandar Baru Serting.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, T Kumar pula mendedak Felda melupuskan hutang peneroka yang terbabit kerana masalah tidak menguruskan ladang kelapa sawit dengan sempurna adalah disebabkan kecuaian pengurusan Felda sendiri.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Zakaria Khalim; Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh.
Seramai 150 peneroka berdemonstrasi secara aman di pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini.
28 Mac 2012 SEREMBAN: Seramai 150 peneroka Kampung Serampang Indah dari Serting hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Mohamad Hasan di sini bagi mendesak campur tangan beliau agar memulangkan semula tanah perladangan mereka secepat mungkin.
Mereka yang turut mewakili 250 peneroka yang lain berjumpa Menteri Besar di Balai Pengawal pejabat beliau. Mereka menyerahkan memorandum meminta Mohd Hasan berunding dengan syarikat Thamarai Holding Sdn Bhd agar tanah perladangan mereka dapat dikembalikan semula kepada keseluruhan 400 peneroka di Kampung Serampang Indah tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), Abdul Rahman Ali Mohamad, 60, menjelaskan kronologi masalah yang membelenggu 400 peneroka terbabit timbul sejak 35 tahun lalu.
"Peneroka di sini membeli tapak kediaman seluas satu ekar dan tanah perladangan seluas 10 ekar daripada syarikat Gatco pada tahun
1977. Peneroka Bumiputera membayar RM4,000 manakala peneroka bukan Bumiputera membayar RM7,600.
"Pada tahun 1983, syarikat Gatco memperbaharui perjanjian dan melakukan pengubahsuaian dan keluasan tanah perladangan dikurangkan kepada lapan ekar.
"Gatco membuat pinjaman dengan dua buah institusi kewangan iaitu United Asian Bank dan Nederlandse Financierings-Maatschappijvoor Ontwikkelingslanden.
Bertolak dari masalah pengurusan, syarikat Gatco diisytiharkan muflis pada tahun 1996. Sepanjang tempoh ini peneroka gagal mendapat geran hak milik.
Tanah perladangan dilelong
"Pada tahun 2004 tanah perladangan ini dilelong. Kami bersedia membeli tanah perladangan ini melalui koperasi dan kami telah membayar deposit sebanyak RM320,000.00 (earnest deposit) kepada Tetuan Singam and Young (Pelelong).
"Apabila kami ingin membuat bayaran peringkat kedua, pihak pelelong tidak mahu menerima bayaran dari kami atas alasan kami tidak mampu untuk menyelesaikan keseluruhan lelong tersebut.
"Seterusnya tanah perladangan ini ditawarkan kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd dengan harga RM16 juta.
"Persoalannya kenapa pihak pelelong tidak meneruskan urusan lelongan dengan kami. Jika kami gagal membayar baki RM16 juta dalam masa yang ditetapkan, mereka boleh batalkan urusan ini," jelas Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkata mereka sanggup membeli tanah mereka pada harga RM18 juta dari Thamarai Holdings dan memohon jasa baik Menteri Besar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS).
Kuasa MB
Tetapi selama ini Menteri Besar dan PKNNS tidak mahu membantu mereka walaupun kuasa tanah terletak di bawah Menteri Besar.
Seorang lagi wakil peneroka Kampung Serampang Indah, C John pula berkata keadaan semakin meruncing apabila Thamarai Holdings sudah membawa masuk jentera dan jentolak untuk membersihkan tanah ladang (pokok getah) mereka.
"Masalah kami sudah berlanjutan selama 35 tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad pernah berjanji untuk membawa masalah kami kepada perhatian Menteri Besar namun sehingga ke hari ini janji tinggal janji.
"Oleh yang demikian pada hari ini kami datang ramai-ramai untuk meminta Menteri Besar campur tangan dalam masalah tanah ini dan berunding dengan Thamarai Holdings agar kami mendapat semula hak kami.
"Kami sanggup membeli balik dari Thamarai Holdings dengan harga RM18 juta.
"Sebelum ini Thamarai Holdings bercadang menjual tanah kami kepada kami pada harga pasaran iaitu dari RM25,000 hingga RM30,000 seekar sedangkan mereka membeli tanah kami dengan harga RM4,000 seekar.
"Kami memberikan masa tujuh hari kepada Menteri Besar dan jika beliau gagal selesaikan masalah ini, kami akan membawa masalah ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami tidak teragak-agak untuk membuat bantahan di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya", kata John.
Orang tengah
Sementara itu drama demonstrasi aman dan penyerahan memorandum ini tidak berakhir apabila Mohamad Hasan ketika menerima memorandum berkata bahawa beliau akan menjadi orang tengah dalam masalah ini dan akan cuba berunding dengan Thamarai Holdings
Bagaimanapun selepas Mohamad Hasan menerima memorandum tersebut dan ketika baru meninggalkan peneroka terbabit terdengar laungan agar Mohamad Hasan menyelesaikan masalah ini dengan segera dari luar pagar oleh Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran.
Mohamad Hasan kembali semula ke Balai Pengawal dan berkata bahawa beliau tidak akan membantu peneroka sekiranya pembangkang campur tangan dalam isu ini.
Ini memaksa Abdul Rahman dan John menjelaskan kepada Mohamad Hasan bahawa isu ini tidak ada kena mengena dengan pembangkang dan ini merupakan masalah peneroka semata-mata.
Tanah milik syarikat swasta
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, Mohamad Hasan berkata masalah yang dihadapi oleh penduduk di tanah ladang ini sebenarnya bukan masalah kerajaan negeri.
"Tanah tersebut bukan milik kerajaan negeri sebaliknya milik syarikat swasta yang membeli tanah ladang itu melalui lelongan awam yang dibuat di mahkamah.
"Syarikat Thamarai Holding membeli tanah tersebut melalui lelongan awam dan kerajaan negeri tidak pernah menjual tanah tersebut kepada syarikat itu kerana segala urusan jual beli serta lelongan dilakukan di mahkamah dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.
"Walaubagaimanapun kita akan berusaha berbincang dengan Thamarai Holdings bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
"Peneroka ini jangan terpengaruh dengan pihak lain yang cuba menghuru-harakan keadaan agar menjadi lebih sensasi.
"Saya pasti ada pihak lain yang cuma mempengaruhi peneroka dan membuat dakwaan bahawa kerajaan negeri yang jual tanah ladang itu kepada pihak luar sedangkan itu tidak betul.
"Janganlah terpengaruh dengan anasir luar. Siasat dulu dan faham betul-betul apa yang sebenarnya berlaku kerana masalah ini bukan satu perkara yang baru", ulas Mohamad Hasan.
KATEGORI 1. Bawah 15 tahun lelaki (terhad 8 pasukan) 2. Bawah 12 tahun lelaki (terhad 8 pasukan)
Anjuran : Surau Taman Alamanda dan Unit Amal Rembau.
Untuk penyertaan, penajaan hadiah atau pertanyaan sila hubungi : Rozmal 012-2267406 rozmal@yahoo.com Izamri 013-2124086 izamribb@yahoo.com
Untuk mengelakkan unsur judi dalam Kejohanan Futsal ini adalah dimaklumkan hadiah untuk kejohanan ini tidak diambil dari yuran penyertaan. Ianya ada hasil sumbangan individu atau mana-mana pihak yang menaja.
Justeru itu kepada mereka yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila salurkan ke akaun : Nama akaun : JAWATANKUASA SURAU TAMAN ALAMANDA Bank Muamalat (Seremban) No Akaun : 05010001181713
Soalan:SAYA gemar memancing dan sering menyertai pertandingan memancing. Persoalannya, adakah menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah seperti RM5,000 bagi tempat pertama juga termasuk dalam judi?
Jawapan:
Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah dari pengajur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta.
Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil dari sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan dari individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya haram. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) dari penganjur atau agensi yang menaja.
Ibnu Qudamah al-Maqdisiy menjelaskan bahawa: "Setiap permainan yang terdapat pertaruhan (al-qimar) di dalamnya, ia adalah haram walau apa jenis permainan sekalipun kerana ia tergolong di dalam al-maisir (perjudian) yang diperintahkan Allah agar dijauhi oleh orang beriman". (al-Mughni, Ibnu Qudamah al-Maqdisiy, 14/154).
Maisir atau perjudian telah diharamkan dengan nas yang qatie. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi (al-maisir), pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)
Dalam pertandingan memancing atau sebagainya, ada unsur pertaruhan atau jika membabitkan hadiah atau pemberian. Walaubagaimanapun tidak semua hadiah akan menjadi judi atau pertaruhan. Ada yang menjadi hibah (hadiah) yang dihalalkan oleh syarak.
Justeru, bagi mengelak hadiah itu menjadi judi atau pertaruhan, ia hendaklah menepati salah satu dua keadaan berikut:
1. Hadiah itu diambil daripada pihak luar yang tidak terlibat dalam pertandingan (mendapatkan tajaan dari mana-mana pihak kerajaan atau swasta).
2. Hadiah itu ditawarkan oleh satu pihak sahaja daripada pihak-pihak yang bertanding. Sebagai contoh, seorang berkata kepada kawannya: "Ayuh berlumba denganku. Jika kamu menang, aku akan beri hadiah kepadamu RM50. Adapun jika kamu kalah, tidak perlu kamu memberikan apa-apa hadiah kepadaku."
Maksudnya penganjur pertandingan memancing menawarkan hadiah tanpa mengenakan wang pertaruhan.
Kedua-dua keadaan di atas, hadiah akan menjadi hibah, bukan hasil judi atau pertaruhan. Adapun jika hadiah diambil dari wang yang dikeluarkan oleh peserta-peserta yang bertanding sama ada dalam bentuk yuran penyertaan, bayaran penyertaan atau sebagainya, maka ia akan menjadi judi atau pertaruhan dan syarak mengharamkannya.
Secara umum, bagi pertandingan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:
1. Jenis pertandingan adalah harus, tidak haram.
2. Tidak membabitkan pertaruhan yang berupa perjudian.
3. Hadiah bukan datang dari sumber yang haram seperti dari syarikat arak, judi atau sebagainya.
4. Tidak melalaikan dari kewajipan syarak; solat dan sebagainya.
5. Tidak melibatkan larangan-larangan syarak yang lain seperti percampuran lelaki dan wanita yang bukan mahram. (Ahkam al-Musabaqat Fi asy-Syari'ah al-Islamiyyah, Abdus-Somat bin Muhammad Balhaji, Dar an-Nafais, Jordan (2004).
EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali merangkamkan kenangan semasa majlis pembukaan persidangan dewan negeri Selangor mesyuarat penggal ke 5 bersama rakan-rakan EXCO dan ADUN-ADUN.
Selepas majlis pembukaan YB Dr Halaimah mempengerusikan mesyuarat memutuskan pengagihan sumbangan bantuan ke sekolah-sekolah bersama ADUN-ADUN
Mar 29: PAS vice president and Kelantan state exco member Husam Musa has furnished details how Kelantan plans to abolish study loans under the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN).
According to Husam, some 93,000 students in the state take loans from PTPTN.
He said the Kelantan state government proposed to repay the PTPTN loans taken by students since 2005 using the oil royalty payment owed to the state, amounting to RM4 billion. This is of course under the assumption that a Pakatan Rakyat federal government would pay the oil royalty.
"With oil revenue from Kelantan waters, solely without overlapping any other parties since January 2005, we made a decision to repay the PTPTN loans on behalf of students and it only cost RM1.2 billion," he said.
As such, with RM4 billion in state coffers, the issue of settling PTPTN debts was "not a problem", added Husam.
"If they pay 10 percent, we'll get more," he remarked.
He hit out at the government who he said was more interested in loan repayment and not the problems faced by students who have been unable to pay and blacklisted.
"Why is it difficult to write off their loans? Some of these students are from Kelantan, from poor families with many siblings. It is only appropriate for us to lift their burden off this PTPTN loan," he said.
On whether Kelantan's methodology can be applied at the national level, Husam (left) said there was no reason it could not be duplicated.
"With higher income at national level, it is something to be considered," he said.
The promise to abolish PTPTN loans, under which students would be repaying their loans spanning several years and in many cases decades, is PR's promise to the undergraduate community in addition to the repeal of the Universities and University Colleges Act.
Yesterday, Mohd Yusof Hadhari, former information chief of the influential Pan-Malaysian Coalition of Islamic Undergraduates (GAMIS), urged PR to qualify its pledge to abolish PTPTN with details of its implementation.
"The present age is no longer that of 'politics of promises', but it is about politics of facts and evidences," he said.
Yusof reminded that even though the youth might find PR's promises believable, they must be convinced through facts.
Jambatan Sungai Guntong di Jalan Lahat telah ditutup untuk kerja-kerja naik taraf pada bulan Jun 2011. Kerja-kerja naik taraf jambatan ini perlu kerana kawasan ini sentiasa menghadapi masalah banjir kilat apabila berlaku hujan lebat.
Penduduk kawasan ini termasuk pengilang-pengilang sentiasa terdedah kepada bahaya banjir. Banyak kerugian yang dialami oleh penduduk kawasan ini akibat banjir yang sering dialami.
Oleh itu, selepas perkara ini dibangkitkan beberapa kali akhirnya kerajaan telah bersetuju untuk memperbesarkan sungai dan menaik taraf jambatan di situ.
Walaupun projek naik taraf jambatan itu telah dimulakan pada bulan Jun 2011, tetapi banyak lagi kerja belum diselesaikan. Papan tanda menunjukkan bahawa projek ini akan diselesaikan pada bulan Jun 2012.
Tambahan pula projek ini terbengkalai selama 5 bulan. Tidak ada apa-apa kerja yang sedang dijalankan oleh pihak kontraktor di jambatan ini. Jika projek telah dihentikan separuh jalan maka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk kawasan ini.
Penutupan Jalan Lahat yang menuju ke Mengelembu ini memyebabkan gangguan lalulintas kepada semua orang yang menggunakan jalan tersebut. Penduduk-penduduk yang mahu pergi ke Pekan Menglembu, Pasar Borong, Lahat, Bukit Merah dan Batu Gajah terpaksa mengambil satu pusingan yang besar. Ini amat menyulitkan, memakan masa dan kos petrol meningkat kepada penduduk dan pengguna jalan ini.
Kerajaan membiarkan projek ini terbengkalai selama lebih 5 bulan tanpa memberi sebarang alasan kepada orang ramai. Kesulitan yang dihadapi oleh rakyat tidak dipedulikan. Apabila perkara ini ditanyakan kepada Datuk Bandar Ipoh, beliau memberitahu bahawa terdapat banyak kabel-kabel TNB dan Telekom di bawah tanah yang perlu diselenggarakan dahulu.
Kenapa perkara ini tidak diselidik dan dikaji sebelum projek dimulakan? Kenapa selepas mengorek jambatan baru mengetahui ada terdapat banyak kabel di situ? Alasan ini adalah sangat kebudak-budakan dan membuktikan ketidak cekapan pihak kerajaan menguruskan perkara-perkara teknikal seperti ini. Kenapa nasihat daripada Jurutera Daerah tidak diperolehi sebelum memulakan kerja-kerja naik taraf?
Apabila tersangkut, projek dibiarkan tergendala begitu sahaja untuk sekian lama. Pihak yang menjadi mangsa ialah penduduk, peniaga dan pengilang di kawasan ini.
Jika projek ini dimulakan sekarang pun mungkin akan mengambil masa sehingga hujung tahun untuk menyiapkan kerja-kerja naik taraf itu. Tetapi, setakat ini tidak nampak apa-apa usaha daripada pihak kerajaan mahupun kontraktor untuk memulakan kerja dalam tempoh terdekat.
Oleh yang demikian, orang ramai di kawasan itu telah mengambil keputusan untuk membantah kelewatan pembinaan jambatan itu. Mereka mendesak supaya Datuk Bandar Ipoh memberi penjelasan kenapa projek ini berhenti dan tidak dimulakan dengan segera.Bersama-sama penduduk kawasan yang membantah ialah V.Sivakumar (AdunTronoh), Lim Pek Har (Adun Menglembu), Yee Sue Kai (Adun Pokok Assam) dan The Hock Ke (Setiausaha Organisasi DAP Perak).
Lim Pek Har, Adun Kawasan Menglembu telah memasukkan satu soalan berhubung dengan perkara ini dalam Persidangan Dewan Negeri Perak yang akan bermula pada 3 April 2012.
V Sivakumar ialah Adun Tronoh dan Timbalan Pengerusi DAP Perak
Pakatan Rakyat (PR) akan menyebelahi kumpulan masyarakat kelas bawahan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai belas ihsan untuk kroni Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang itu(gambar)memberitahu sekitar 2,000 penyokongnya dalam ceramah di sini, yang merupakan bekas kubu kuat Umno suatu ketika dahulu, PR menerima tekanan daripada media BN kerana kroni kerajaan itu khuatir "keuntungan" mereka akan berkurang sekiranya berlaku perubahan kerajaan.
"Perjuangan ini, pilihan raya adalah antara golongan berpendapatan rendah menentang golongan kaya, kroni Umno.
"Setiap hari saya diserang. Siapa yang menentang saya? Bukan Najib atau Muhyiddin. Tapi jutawan yang takut keuntungan mereka disekat," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Walaupun beliau menuduh sesetengah jutawan Malaysia seperti pemilik Genting dan YTL, beliau turut mempertikaikan monopoli jutawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari terhadap pasaran gula dan beras.
"Adakah saya berbangga Melayu mengawal ekonomi? Ya, tapi bukan untuk menyusahkan rakyat," kata Ketua Umum PKR itu.
"Di bawah Syed Mokhtar, harga gula empat kali lebih tinggi. Kamu, penyokong Umno, keluarga kamu di sawah padi sedang ditekan oleh pemimpin."
Tindakan Anwar itu dilihat dibuat selepas kajian bulan lalu yang dilaksanakan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan 78 peratus datang dari isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Kajian berkenaan mendapati pemberian wang tunai berjumlah RM500 oleh Putrajaya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah penyumbang utama terhadap sokongan tersebut.
Pemimpin sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah menerima rating 71 peratus sebelum pilihan raya 2008 namun BN tewas dua per tiga kerusi Parlimen dan empat negeri.
Anwar turut menjelaskan PR merupakan pihak yang bertanggungjawab berjuang untuk mendapatkan gaji minimum dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya membebankan rakyat Malaysia dan menjadikan mereka penggemis.
"Golongan belia ini berpendapatan kurang RM800 sebulan siapa yang menyokong Umno ... Bukan Umno yang berjuang untuk gaji minimum, tapi kami. Kami akan memansuhkan PTPTN, bukan Umno.
"Kami mahu turunkan harga petrol, elektrik. Tapi Umno kata beri air percuma seperti Selangor akan jadikan kerajaan bankrup," tambah Anwar merujuk kepada pemberian subsidi terhadap 20 meter padu air untuk isi rumah di sekitar Lembah Klang.
Najib telah memberikan gambaran pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat walaupun mandat kerajaannya memerintah hanya akan tamat tahun depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan