Rabu, 14 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Mar 2012 09:38 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Prof Dr Aziz Bari di Kuala Pilah 17 Mac 2012

Posted: 13 Mar 2012 07:44 AM PDT


MEMAHAMI PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bersama dengan Prof Dr Abdul Aziz Bari

Tarikh : 17 Mac 2012, Sabtu

Masa : 2 ptg – 5 ptg

Tempat : Melang Inn, Kuala Pilah, N.Sembilan

Tempat Terhad

Untuk tempahan/pertanyaan hubungi Zakir 017-3585530, Lan 013-3404598

Pelatih PLKN Sungai Siput meninggal dunia di hospital selepas demam

Posted: 13 Mar 2012 06:44 AM PDT


Pelatih PLKN Sungai Siput meninggal dunia di hospital selepas demam

13 Mac 2012

SUNGAI SIPUT: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini meninggal dunia malam tadi selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sungai Siput kerana demam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Azman Salim berkata, R.Vinoth, 18, yang berasal dari Padang Jawa, Klang, Selangor meninggal dunia pada 10 malam tadi.

Laporan kematian dibuat oleh bapanya hari ini dan punca kematian belum diketahui.

"Kita sedang menunggu hasil bedah siasat hospital berkenaan," kata Azman kepada pemberita hari ini.

Vinoth dilaporkan demam di kem berkenaan beberapa hari hari dan dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengikuti program berkenaan awal Januari lalu dan dijangka tamat latihan itu Jumaat ini. - BERNAMA

http://www.hmetro.com.my/articles/PelatihPLKNSungaiSiputmeninggalduniadihospitalselepasdemam/Article

Koleksi berita dan insiden berkaitan PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com

USIM seindah namanya

Posted: 13 Mar 2012 02:34 AM PDT


USIM seindah namanya
Aduan Rakyat Online 13 Mac 2012

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini mengorak langkah dan menongkah arus perdana dalam merealisasikan harapan dan wawasan kerajaan dalam melahirkan golongan ilmuan dan cendekiawan dalam pelbagai bidang. Saban tahun, mahasiswa yang menamatkan pengajian di semua lapisan peringkat meningkat.

Namun, apa yang menyebabkan saya dan kawan-kawan yang sedang dalam proses menamatkan pengajian dan sebahagian telah selesai memegang skroll ijazah telah terbuku satu persoalan. Iaitu,"di mana masjid"?

Kenyataan saya bukanlah mengambarkan yang kami tidak pernah ke masjid atau ke surau yang berdekatan. Tetapi, sebagai seorang mahasiswa yang bernaung di bawah gelaran 'Islam' pada nama institusi ini amatlah rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang menjadi aspirasi semua pelajar USIM.

Kami boleh berbangga dan mendabik dada jika orang awam melawat USIM melihat bangunan Canselori atau bangunan Perpustakaan yang kosnya melibatkan RM1 juta lebih. Kami merasa gembira dengan kesenian pelbagai bentuk dan konsep fakulti di USIM. Kami juga berbahagia berdamping dengan ramai pensyarah dari pelbagai latar belakang, bangsa dan agama.

Namun, kami hanya tersenyum duka bila orang awam khususnya ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka belajar ke sini diajukan soalan di mana rumah Allah atau Baitullah.

Terasa kerdil diri dan terus mengecil hati sejenak memandang jauh ke arah masjid-masjid yang tersergam indah di perkarangan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sungguh mendamaikan suasana dan menenangkan jiwa dengan hanya memandang. Apatah lagi, menjejakkan kaki ke dalam dan bersolat sebagai seorang hamba yang mengharapkan keredhaan Penciptanya.

Bangunan Konvokesyen dan fasiliti-fasiliti yang rancak dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan amatlah didambakan mahasiswa. Justeru, mahasiswa sekurang-kurangnya dapat menghargai dan merasai pengalaman tinggal di universiti berbanding di kampung halaman masing-masing yang prasarana awamnya ketara bagai langit dengan bumi di sini.

Prasarana dan suasana universiti telah terbukti banyak melahirkan pemimpin-pemimpin negara. Universiti menjadi gedung pencungkil kemahiran insaniah dan membentuk peribadi mahasiswa minda kelas pertama.

Walaupun begitu, kekosongan aspek kerohanian amat perlu dititikberatkan.

Semua aktiviti-aktiviti Islam sebolehnya dilakukan di sebuah tempat yang bergelar masjid. Aktiviti-aktiviti Islam lebih mendapat barakahnya apabila sesuai tempatnya. Jika disingkap kisah Rasulullah, masjid menjadi tempat berkumpulnya para ilmuan Islam berbincang bab-bab ekonomi, sosial dan da'wah. Malahan, masjid dijadikan pusat perbincangan strategi perang terhadap lawan. Masjid bukanlah satu tempat yang hanya dikenali sebagai tempat solat semata-mata. Masjid sebenarnya berperanan lebih dari mencorakkan rutin masyarakat dan membina tamadun Islam itu sendiri.

Mahasiswa USIM amat berharap pihak pentadbir dan pengurusan USIM mengambil tahu akan aspirasi kami sebagai 'penduduk' USIM. Kami juga ingin melanjutkan harapan kepada pemimpin-pemimpin pelajar di USIM.

Kami mahu sebuah tempat khusus dibina untuk kami bersolat sujud syukur selepas memperolehi ijazah nanti. Besar harapan yang kami tadahkan, besar lagi rahmat Allah kepada penduduk bumi.

Andai kata susunan kata ini dapat membantu hasrat sebahagian besar mahasiswa USIM. Sesungguhnya gurisan indah bukanlah di dalam peta kehidupan, tetapi di dalam hati nurani yang kekal abadi. Iaitu iman~

John Connor USIM.

By: Afifuddin90

http://www.aduanrakyat.com.my/usim-seindah-namanya#more-11304


Tidak dapat tidur nyenyak

Posted: 13 Mar 2012 02:34 AM PDT



Tidak dapat tidur nyenyak
13 Mac 2012

Kepis, N.Sembilan – Sebuah keluarga di Kampung Kepis Hilir di sini, hidup dalam kebimbangan apabila tebing sungai berhampiran rumahnya semakin terhakis dan menghampiri kediaman mereka.

Malah lebih merisaukan lagi apabila pagar rumahnya juga mulai senget dan tanah sudah merekah.

Usuh Abd Ghani, 68, berkata, setiap malam keluarganya tidak dapat tidur nyenyak kerana bimbang hakisan itu menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu.

Menurutnya, tebing sungai itu mula terhakis sejak tahun lalu dan kini keadaannya makin serius kerana semakin dekat dengan rumahnya.

"Dahulu ada beberapa pokok ditanam bagi menggelakkan berlaku hakisan, namun kini sudah tumbang. Pagar rumah saya juga semakin senget dan tanah mulai merekah. Saya amat bimbang kerana sekarang cuaca tidak menentu," katanya.

Usuh berkata, setiap kali hujan lebat aliran air sungai sangat deras.

"Air sungai yang deras menghentam tebing tanah rumah saya. Akibatnya, tanah semakin lama semakin terhakis selain berlaku mendapan. Kawasan kampung ini pernah banjir tahun lalu menyebabkan beberapa rumah ditenggelami air paras pinggang," katanya.

Sementara itu, anaknya, Nur Hazita 43, berkata, masalah itu bukan satu perkara baru kerana sudah beberapa kali membuat aduan.

"Saya dan ayah sudah memanjangkan perkara ini kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan mereka ada turun padang, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa maklum balas. Pihak pemimpin kawasan juga dimaklumkan­ perkara ini tetapi tiada sebarang tindakan," katanya.

Katanya, mereka sekeluarga bimbang jika ia tidak diatasi, berkemungkinan boleh mengancam­ nyawa.

"Anak-anak juga perlu dipantau setiap hari supaya tidak bermain di kawasan tersebut," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tidak-dapat-tidur-nyenyak-1.31810

Anak terpaksa berlapar ke sekolah

Posted: 13 Mar 2012 02:33 AM PDT


Anak terpaksa berlapar ke sekolah
13 Mac 2012

Telok Emas, Melaka - Seorang bapa yang hilang punca pendapatan selepas kemalangan, sedih melihat empat anak berusia tujuh hingga 15 tahun, ke sekolah tanpa duit belanja.

Hairuddin Muhammad, 47, dari Taman Seri Telok Emas di sini, berkata, dia tidak mampu bekerja selepas kakinya patah tiga bulan lalu, akibat kemalangan di tempat kerja.

Menurutnya, mereka sering terputus bekalan makanan dan hanya berlaukkan telur, sumbangan individu yang simpati dengan nasib mereka sekeluarga.

"Saya bimbang soal makan minum keluarga saya kerana anak terpaksa berlapar tanpa wang belanja ke sekolah. Adakala saya teringin makan lauk asam pedas tetapi isteri hanya mampu sediakan kuahnya sahaja tanpa ada ikan ataupun daging," katanya ketika menerima kunjungan beberapa ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Ranting Telok Emas, di sini, semalam.

Hairuddin sebelum ini bekerja sebagai tukang masak di sebuah pusat pengajian agama di Padang Temu, patah kaki selepas meleraikan sekumpulan pelajar yang bergaduh pada Disember lalu.

Hairuddin berkata, sebelum ini dia tidak berdepan sebarang masalah dengan pendapatan RM500 sebulan dan ditambah dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kini hidup saya sekeluarga tak menentu. Ansuran rumah sudah tiga bulan tertunggak, begitu juga bil elektrik dan air," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/anak-terpaksa-berlapar-ke-sekolah-1.31803


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 13 Mar 2012 09:30 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Ceramah AMTU (Anak Muda Tolak UMNO) Kuala Krai

Posted: 12 Mar 2012 09:25 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 13 Mar 2012 09:20 AM PDT

KHIDMAT MERU


PELANCARAN DHPP KAWASAN SUBANG

Posted: 12 Mar 2012 10:06 AM PDT


















YB Dr Abd Rani bin Osman selaku Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor telah merasmikan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) kawasan Subang.


Kewujudan DHPP dikawasan Subang dan banyak tempat lagi membuktikan perjuangan yang di bawa oleh Pas telah mendapat tempat di hati kaum India dan Cina dinegara ini.


Sambil membacakan terjemahan ayat-ayat Al Quran dan Hadith Nabi yang menjadi dalil perjuangan Islam untuk menyantuni non-muslims dan menghormati ajaran agama mereka, Dr Rani juga membuktikan fakta-fakta sejarah yang melakarkan penerimaan Islam dikalangan mereka yang asalnya memusuhi Islam, namun kemudiannya menganut agama Islam dan memperjuangkan nya sehingga akhir hayat mereka.
















PELANCARAN ZON BERSIH MPK 2012

Posted: 12 Mar 2012 09:17 AM PDT




























Majlis Pelancaran Zon Bersih MPK 2012 dan Pertandingan Kebersihan serta Pelancaran Tapak Semaian Rakyat Pekan Meru telah berjalan lancar dengan meriahnya dengan sambutan luarbiasa oleh masyarakat setempat.




YB Ronnie Liu telah merasmikan majlis tersebut di Dewan Serbaguna MPK Pekan Meru.




YB Manikavasagam, YB Dr Xavier , YB Dr Rani juga hadir dalam majlis yang bermula dengan iringan rombongan Meru Bikers dan Polis Tempatan dari Batu Belah terus ke Dewan Meru.




Tuan Ihsan selaku Pemangku YDP MPK berharap selepas pelancaran Zon Bersih ini, rakyat Meru mestilah memberi tumpuan yang lebih serius terhadap kebersihan di Meru.




Antara pertandingan yang di adakan selain peraduan membuat kek dan masakan tempatan ialah pertandingan kereta dan motosikal traditional yang memang mendapat perhatian anak-anak muda.























mtdchenderoh

Posted: 13 Mar 2012 07:50 AM PDT

mtdchenderoh


PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA MTD CHENDEROH

Posted: 12 Mar 2012 10:17 AM PDT

Pelancaran jentera pilihanraya MTD Chenderoh telah disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Nizar Jamaluddin sempena ceramah umum yang berlangsung di Dataran Pakatan Rakyat, Pekan Sauk baru- baru ini. Acara simbolik pelancaran jentera tersebut dijalankan dengan penyampaian bendera kepada 17 orang ketua UPU oleh YB Dato' Seri termasuk kepada 2 orang wakil PKR dan DAP.









Sebelum itu para hadirin berpeluang mendengar kupasan isu- isu semasa oleh pimpinan Pakatan Rakyat iaitu YB Hj Zainuddin (ADUN Lubuk Merbau), Ust. Zulkifli (Ketua Penerangan PKR Perak) dan YB Dato' Ngeh (Pengerusi DAP Perak).

Kemuncak ceramah disampaikan oleh YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang mengajak rakyat mengembalikan maruah rakyat yang telah dirampas oleh UMNO/ BN di negeri Perak dengan mengundi calon- calon Pakatan Rakyat.

GELI- GELEMAN DIBUATNYE... NAJIB PENGIRING ROSMAH

Posted: 12 Mar 2012 08:50 AM PDT

Fesyen Rosmah di Parlimen..

Ulama Muda UMNO tengok saja....
Jamil Khir pun tak kata apa...
Mashitah pulak nak keluar hukum apa...
Harussani .... tunggu la Najib bagi penjelasan...

Belakang Rosmah tu... Najib ka?
Ingatkan hulubalang Istana ....

"ITU LA NASIB 1 MALAYSIA"

PAS Kulaijaya

Posted: 13 Mar 2012 07:25 AM PDT

PAS Kulaijaya


Syirik zaman moden lebih bahaya pesong akidah tanpa disedari

Posted: 12 Mar 2012 07:41 PM PDT

ASMA’ BINTI UMAIS MUSLIMAH PILIHAN

Posted: 12 Mar 2012 07:09 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Mar 2012 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TALIBAN AKAN BALAS SERANGAN

Posted: 12 Mar 2012 04:20 PM PDT

TAK TERKEJUT. SEBAB BIASA JE : TG. NIK AZIZ

Posted: 12 Mar 2012 04:14 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan