Isnin, 20 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Feb 2012 11:33 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Rompin dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Posted: 19 Feb 2012 04:22 PM PST




















Program anjuran Pakatan Rakyat di Rompin bermula dari jam 9.00 pagi dengan perjumpaan Wanita Pakatan Rakyat di Markas PAS Felda Keratong 10 pada 19.2.2012.  Program tersebut berakhir jam 1.00 tengah hari dengan jamuan tengah hari.  Makanan turut dihantar kepada petugas-petugas yang sedang menjalankan tugas di Felda Keratong 10, 9 dan 8.

Solat berjemaah Zohor diadakan di Markas PAS Keratong 10 untuk semua wanita yang hadir.

Selepas solat dan makan tengah hari, Wanita Pakatan Rakyat telah berpecah kepada 3 kumpulan; dan dengan diiringi oleh petugas-petugas kaum lelaki, masing-masing telah memulakan program ziarah dari rumah ke rumah di Keratong 10, 9 dan 8 hinggalah kepada waktu Asar.

Selepas Asar telah dijalankan pula program ceramah petang di Felda Keratong 8.  Ceramah dimulakan oleh Pn Siti Khalijah Hj Mohamad dan diikuti oleh Sdr Haji Suhaimi Said sehingga kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim.

Dato Seri Anwar Ibrahim tiba di tapak ceramah jam lebih kurang 5.30 petang.  Sungguh tidak disangka-sangka.  "Tidak pernah kehadiran begini ramai berlaku disini, inikan pulak program petang," kata Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin dengan gaya yang sangat puas hati.

Dato Seri berhenti ceramah lebih kurang jam 6.30 petang, dan beliau terus meninggalkan Keratong 8 untuk menghadiri Majlis Tazkirah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Kg Sepakat, Rompin lebih kurang 40 minit dari Keratong 8.

Anwar dijadualkan memberi Tazkirah di perkarangan Markas PAS Kg Sepakat untuk lebih kurang 30 minit sahaja.  Tetapi dengan kehadiran ribuan manusia seperti itu, Anwar tidak sanggup memberikan tazkirah untuk hanya 30 minit, beliau terus berucap selama 1 jam.

Kemudian Dato Seri Anwar terus dibawa berjumpa dengan masyarakat Cina yang sedang menanti beliau di Bandar Rompin.

Melihat kehadiran Anwar, orang-orang Cina Rompin yang hadir berkejar-kejar untuk mendapatkan Anwar sambil melaungkan REFORMASI.

Anwar tidak ada jadual ceramah disitu, beliau hanya sekadar bersalam-salaman dengan Masyarakat Cina Rompin; dan kemudiannya beliau terus meninggalkan Rompin untuk program yang diaturkan pula oleh Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor iaitu di Endau dan Semberong, dan dengar khabarnya Ceramah Anwar di Semberong telah dibaling dengan batu dan kayu oleh pengganas-pengganas yang diupah oleh pihak-pihak tertentu.

Negeri Johor sudah menjadi Negeri Pengganas oleh mereka yang tidak lagi mampu mempertahankan kuasa mereka selama ini!

Saya dan Wak Rabidin kembali semula ke Keratong 8 untuk memberikan ucapan di Ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, turut memberi Ceramah adalah Pn Siti Khalijah dan YB Sekinchan dari DAP.

Sekali lagi Wak Rabidin menyatakan kepuasannya kerana tidak pernah sebelum ini Ceramah di Keratong 8 dihadiri oleh begitu ramai manusia.

Inilah perubahan Pahang.  Dua hari sebelum ini ribuan manusia hadir di Kuantan dan kemudian Pekan semasa Anwar turun di sana.

Jika trend ini berterusan tidak mustahil, Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya ke-13 kali ini.


Wee Choo Keong

Posted: 19 Feb 2012 03:16 PM PST

Wee Choo Keong


Parliamentary Questions for March 2012 Session

Posted: 19 Feb 2012 07:25 AM PST

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan  1.         YB Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan apakah polisi didalam Kementerian apabila menyewa tanah lapang yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, senaraikan semua tanah, tempohnya dan nama-nama individu, organisasi atau syarikat yang menyewa dan sewa untuk setiap bidang tanah tersebut di Wilayah Persekutuan [...]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan