JAKARTA: Kajian terbaru yang dijalankan oleh Institut Kaji Selidik Indonesia (LSI) menunjukkan sokogan terhadap Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semakin merosot, hanya 13,7 peratus berbanding 21 peratus pada 2009.
Kajian itu sebaliknya mendapati Parti Golkar meraih lebih banyak undi berbanding Demokrat.
"Jika pilihan raya diadakan hari ini, Golkar akan meraih undi paling banyak, sehingga 15.5 peratus. Parti Demokrat akan berada di tempat kedua dengan 13.7 peratus," kata penyelidik LSI, Burhanuddin Muhtadi pada sidang akhbar di Jakarta, semalam.
Kemerosotan sokongan terhadap parti pemerintah itu dilihat berpunca daripada beberapa kes rasuah yang terbongkar sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, parti pimpinan Presiden Susilo itu masih berada dalam keadaan lebih baik berbanding Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDIP) pimpinan bekas Presiden Megawati Sukarnoputri. - JP
100 gm udang kering 3cm belacan 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia
2 batang serai 10 tangkai cili kering 3 keping asam gelugur 1 kuntum bunga kunyit - dibelah empat 4 helai daun kunyit - dihiris 6 helai daun bebuas - dikisar halus 200 gm kulit lembu 100 gm bumbu bubur pedas Garam, gula dan serbuk perasa.
Bahan Membuat Bumbu Pedas:
1 cawan kelapa hiris 1 cawan beras Sedikit sebuk kunyit 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 3 cm kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 10 tangkai cili kering 1 batang serai Sedikit lengkuas 2 cm halia
Cara Menyediakan Bumbu:
1. Sangai beras hingga kekuningan, kemudian sangai pula kepala hiris hingga kering. Kisar halus bahan-bahan ini secara berasingan.
2. Kisar pula bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
3. Kisar juga serai, cili, lengkuas dan halia berasingan.
4. Gaulkan beras kisar, kelapa dan serbuk kunyit. Campurkan bahan-bahan lain.
5. Gunakan cuma 10 gm campuran bumbu pedas untuk menyediakan sayur keladi. Selebihnya simpan dalam bekas kedap udara untuk digunakan lain kali.
Cara Menyediakan Sayur Keladi:
1. Didihkan air dan masukkan batang keladi.
2. Apabila lembut, masukkan bahan kisar, asam keping, kulit lembu, garam dan gula. Didihkan hingga kulit lembu empuk.
3. Masukkan bumbu pedas diikuti daun bebuas, daun kunyit serta bunya kunyit.
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyarankan umat Islam di negara ini memilih parti politik yang benar-benar dapat memartabat dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini.
Justeru, DPPM menganggap Datuk Seri Najib baru sedar atau insaf bahawa menjadi kewajipan serta tanggungjawab umat Islam untuk memilih pemimpin dan parti politik yang benar-benar memartabatkan agama Islam.
"Selama ini, pemimpin-pemimpin Umno lebih bercakap soal politik dengan mengenepikan kepentingan Islam dalam politik. Malah Islam dianggap terpisah dari pemerintahan dan pentadbiran negara
"Islam dianggap perkara sampingan yang hanya duduk di masjid dan upacara keagamaan dan tidak boleh dicampurkan dengan politik," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Najib yang menyebut demikian sewaktu berucap di majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaaan di Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya, pemimpin PAS yang bercakap soal Islam dituduh mempergunakan agama demi kepentingan politik sedangkan itulah tuntutan agama Islam.
Oleh yang demikian, ujarnya DPPM menyarankan supaya umat Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan pilihan mereka.
Ini, katanya kerana PAS sejak dahulu sehingga kini memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangannya.
"Dengan namanya Parti Islam Se-Malaysia, latar belakangnya Islam, Perlembagaannya serta dasarnya untuk menegakkan agama Islam di negara ini, malah kepemimpinannya diterajui Majlis Syura Ulamak," jelasnya lagi.
Beliau menambah, sifat perjuangan PAS juga menyeluruh dengan menjadikan semua umat Islam sebagai saudara seperjuangannya tanpa mengira warna kulit mahupun bangsa atau kaum.
"Justeru, apakah alasan lain bagi menafikan PAS sebagai parti Islam yang wajar diterima dan dipilih oleh rakyat?" tanya beliau.
Selain itu, katanya kepemimpinan yang amanah dan bersih diterapkan sesuai dengan dasar Islamnya.
Menurutnya lagi, Negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun dahulu memperlihatkan kebersihan pemimpinnnya dari rekod rasuah atau penyalahgunaan kuasa.
Katanya, Negeri Kedah menyusul kini dengan juga mencatat rekod bersih pemerintahannya.
Jelasnya, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS juga memperlihatkan kehidupan seperti yang dituntut oleh Islam dengan hidup serba sederhana, sifat itu juga dicontohi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Sebaliknya, kata beliau Umno bukanlah parti yang boleh memartabatkan dan menjamin kesucian agama Islam di negara ini kerana ia parti perkauman yang hanya khusus untuk bangsa Melayu semata-mata, dasar dan matlamat perjuangannya hanyalah untuk bangsa Melayu sahaja.
Lebih dari itu, ujarnya pemimpin-pemimpin mereka sering dipalitkan dengan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pemborosan, bermewah, ketirisan dan lain-lain lagi.
Pemimpin Islam, jelasnya tidak akan bersikap sedemikian kerana ianya jelas melanggar syariat Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w.
Justeru, katanya kenyataan Najib secara jelas meminta umat Islam memilih PAS sebagai parti politik pilihan menjelang PRU13 nanti.
Justeru, umat Islam khususnya penyokong Umno tidak perlu lagi berfikir panjang kerana presidennya sendiri telah meminta PAS sebagai parti pilihan rakyat.
Pelbagai pihak mahu menyaksikan lebih banyak perdebatan terbuka mengenai isu-isu negara terutama yang membabitkan ekonomi, untuk kepentingan bersama.
NONEAntara sememangnya ditunggu-tunggu adalah perdebatan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (kanan) sambil menambah dengan bersemuka, masing-masing tidak lagi perlu melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.
"Najib perlu bersedia untuk berdebat secara terbuka, bukannya berceramah ke seluruh negara tanpa berhadapan dengan Anwar.
"Melalui debat, Najib dan Anwar boleh bertemu, Mereka boleh melontarkan buah fikiran masing- masing mengenai isu yang diketengahkan supaya memberikan kesan lebih baik kepada masyarakat," katanya dipetik akhbar Sinar Harian.
Menurut Mahfuz, debat dua pemimpin tertinggi itu perlu, terutama bagi Najib menjelaskan pendirian mengenai isu ketirisan ekonomi yang berlaku, sebelum pilihan raya umum akan datang supaya rakyat boleh menilai kewibawaan mereka.
"Jangan hantar wakil. Rakyat mahukan debat antara Najib dan Anwar, bukannya wakil mereka seperti sebelum ini apabila Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dihantar untuk berdebat dengan Anwar," katanya lagi.
NONESinar juga memetik naib presdien PKR, Nurul Izzah Anwar (kiri) yang bersetuju supaya perdebatan diadakan antara Najib dengan Anwar.
"Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek," katanya.
Anwar sebelum ini telah berulang kali mencabar perdana menteri untuk berdebat pada bila-bila masa tetapi Najib hanya berdiam diri tidak mahu menyahut cabaran berkenaan.
Sabtu lalu, dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Tajuk debat tersebut ialah 'Kaum Cina di persimpangan: Apakah sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa?'
Sementara itu, Bernama pula melaporkan pemimpin BN berkata mereka bersikap terbuka terhadap cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat.
NONETimbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata para pemimpin BN pernah bersemuka dalam debat dengan tokoh pembangkang sebelum ini dan mereka bersedia berdepan lagi dengan pembangkang asalkan ada forum serta isu yang bersesuaian untuk didebatkan.
"Pada Ogos 2008, Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon juga berdepan dengan Lim Guan Eng dalam debat di auditorium DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka), beberapa bulan selepas beliau kalah dalam pilihan raya umum.
"Banyak lagi pemimpin lain dalam BN seperti Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berdebat dengan pemimpin pembangkang sebelum ini," katanya.
Presiden LDP Datuk VK Liew (kiri) pula dipetik berkata beliau menyambut baik cadangan untuk mengadakan lebih banyak debat antara ahli politik dan berharap debat seperti itu akan diperluaskan supaya merangkumi pelapis kedua dalam kepimpinan parti.
"Dalam sebuah demokrasi yang matang, anda tidak boleh menghalang pemimpin parti daripada mengambil bahagian. Ini perkembangan yang sihat terhadap demokrasi. Ia satu peluang untuk memperjelaskan tentang perbezaan kita," katanya.
Beliau berkata ahli politik tidak boleh mengelak sentimen penyokong mereka dan memang sifat semula jadi untuk mereka menaruh harapan agar pemimpin masing-masing mengeluarkan hujah bernas, lebih-lebih lagi membabitkan isu kepentingan bersama. Sementara itu, bendahari agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak Datuk David Teng dipetik Bernama sebagai berkata beliau mengalu-alukan sebarang usaha untuk mengadakan perdebatan yang sihat antara pemimpin politik untuk menyuarakan pandangan atau dasar yang mereka galakkan.
"Bagaimanapun, perdebatan seperti itu tidak boleh digunakan sebagai platform untuk memarahi orang lain atas apa jua sebab. Jika tidak, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Setiap orang yang mengambil bahagian dalam debat ini mesti memahami tujuan perdebatan," katanya.
Sore itu angin bertiup. Dedaunan berjatuhan. Suara anak-anak Amalia sedang bercengkarama. Seorang Ibu sedang bertandang di Rumah Amalia. Beliau bercerita dengan genangan air mata. Suaminya terkena stroke diusianya yang masih produktif, tidak tahu apa yang harus dilakukan hanya bisa pasrah dan berserah diri pada Sang Khaliq.
Berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diberikan kesembuhan untuk suami tercinta dan ketabahan bagi dirinya dan sang buah hatinya. Peran ganda kepala rumah tangga dan sebagai pengurus rumah tangga dikerjakan semuanya. Sementara anaknya yang masih duduk dibangku TK diantarnya berangkat sekolah. dan dijemput oleh tetangga. Begitu pulang sekolah,
anaknya sudah mandiri mengurusi keperluannya sendiri. Sejak suaminya sakit, dulunya yang biasa aja kini menjadi masalah. Dirinya bekerja sebagai karyawan swasta dengan penghasilan standar UMR, sementara suaminya seorang wirausaha yang cukup berhasil,
ketika suaminya sakit, sumber penghasilannya terasa mampet. Kehidupan keluarganya hanya mengandalkan gajinya. 'Tahun pertama kami bisa melewatinya, mengijak tahun kedua saya benar-benar panik, tak tahu apa yang saya harus lakukan,' ucapnya lirih. Listrik nunggak, sudah diancam hendak diputus, SPP sekolah anaknya tidak terbayar tiga bulan. 'Yang saya bisa lakukan hanya berdoa memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ditengah kepanikan beliau sebagai istri, tiba-tiba ada seorang teman yang datang, dia mengajarkan membuat kue dan membantu menjualkan kue-kue ditokonya.
'Sungguh saya tidak menyangka Mas Agus, ditengah himpitan hidup, Allah memberikan jalan keluar yang begitu indah tanpa saya duga,' ucap sang ibu dengan bercucuran air mata. 'Alhamdulillah, Kasih sayang Allah menunjukkan kepada saya ada hikmah dibalik ujian, saya baru tersadar bahwa saya mempunyai kemampuan dibidang usaha tanpa harus berharap belas kasihan orang lain. Pikiran saya terbuka, saya menjadi bersemangat dan optimis.
Allah memberikan jalan keluar yang begitu indah.' tuturnya. Sore itu beliau berkenan berbagi rizki bersama anak-anak Amalia didampingi oleh sang suami yang telah pulih kembali dari strokenya dan sekarang telah memiliki toko kue sendiri dikelola bersama suami tercintanya. Subhanallah..
IPOH — Lebih 150 penduduk dari 50 buah keluarga di Gugusan Manjoi dan Buntong di sini terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara akibat kejadian banjir kilat berikutan hujan lebat sejak malam tadi.
Kesemua mereka dari Kampung Dato Ahmad Said, Kampung Tengku Hussein dan Kampung Manjoi dipindahkan berikutan paras air di beberapa batang sungai antaranya Sungai Pari dan Sungai Tapah melimpah.
Kesemua mangsa ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Tengku Hussein dan Dewan Orang Ramai Kampung Manjoi di sini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang meninjau kawasan terjejas di Kampung Manjoi di sini, pagi tadi, berkata kejadian banjir itu dianggap luar biasa berbanding sebelum ini.
Beliau meminta Majlis Keselamatan Negeri dan agensi kerajaan lain menyalurkan segala bentuk bantuan dengan segera terutama keperluan harian dan makanan kepada kesemua mangsa banjir.
"Pihak yang bertanggungjawab juga perlu mengambil langkah segera bagi menghubungkan kawasan ini termasuk jalan raya di kampung-kampung yang rosak," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyumbang sejumlah peruntukan kepada semua mangsa banjir bagi mengurangkan beban terutama untuk membaik pulih kediaman mereka. —BERNAMA
KANGAR: Lebih 20 buah rumah dan gerai makanan di kawasan Sena, Bintong dan Tambuan Tulang di Perlis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika hujan lebat namun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menjalankan bancian kerosakan.
Seorang jurucakap JKM Perlis berkata, sehingga kini jabatan itu merekodkan lebih 20 buah rumah mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian belum diketahui.
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sena, Abdul Jamil Saad berkata lebih lapan buah rumah dan gerai rosak dalam kawasan Sena.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perlis berkata kejadian berlaku begitu pantas. - Bernama
Seorang mekanik berusia 42 tahun mendakwa bahawa lapan anggota Rela menahannya semasa dia mengisi minyak keretanya di Kajang empat hari lalu.
Selain itu, ketika diserahkan kepada anggota polis di balai Taming Jaya, dia juga dibelasah oleh empat anggota yang mahu beliau mengakui mencuri kereta dan lori.
Mogan (kiri) dari Balakong, berkata pengalaman ngerinya itu bermula pada kira-kira jam 5 pagi selepas dia hendak berjumpa dengan seorang rakan yang meminta bantuannya di sebuah bengkel juga di Balakong.
"Sebelum dia tiba, saya mengambil keputusan untuk mengisi petrol kerana saya mahu menghantar anak-anak saya ke sekolah selepas ini. Sebaik sahaja mengisi petrol, saya ditahan oleh anggota Rela yang menuduh saya mencuri kereta.
"Mereka mengeledah kereta Nissan Sunny saya dan mendapati bahawa saya mempunyai banyak alat-alat ganti. Saya beritahu mereka bahawa saya seorang mekanik tetapi seorang daripada mereka menggunakan batang besi dan memukul kaki kiri saya. Kemudian anggota Rela yang lain menyerang saya, mereka tumbuk dan tendang saya di belakang dan badan."
Selepas itu, Mogan mendakwa dia dibawa ke balai polis Taming Jaya oleh anggota Rela berkenaan yang menuduhnya sebagai seorang penagih dadah.
Beliau berkata semasa di balai polis berkenaan, anggota polis itu pula membelasahnya dengan menggunakan paip getah dan memukul kakinya. Mereka mahu dia mengaku mencuri kereta dan lori.
"Pada satu ketika, seorang daripada mereka mengajukan pistol di kepala saya dan mengancam mahu menembak jika saya tidak berterus terang."
IPOH, 20 Feb: Misi Dewan Pemuda PAS Negeri Perak untuk mengukuhkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat diteruskan dengan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat DAP negeri bertemu Pemuda Sosialis DAP, kelmarin.
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan itu banyak membincangkan kerangka kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.
Hadir sama adalah timbalannya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, setiausahanya, Salman Saleh dan beberapa Exco Pemuda PAS negeri.
Bagi pihak Pemuda DAP Perak pula diketuai oleh ketuanya, Wong Kah Woh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Canning bersama beberapa orang exco.
Perbincangan mesra tersebut sebahagian daripada pertemuan yang telah dilakukan sebelum ini bersama Angkatan Muda PKR Negeri Perak.
Antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan Manifesto Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak yang akan ditawarkan kepada generasi muda Perak di dalam PRU13 nanti.
TANAH MERAH, 20 Feb: Jangan terkejut apabila nama penduduk kampung yang disenarai mendapat bantuan beras tiba-tiba diisytihar pula menyertai Umno.
Inilah yang berlaku di beberapa kampung di sini apabila nama penduduk yang disenarai mendapat bantuan beras 5 kg setiap seorang, diumumkan pula dalam senarai menyertai Umno.
Lebih memalukan lagi setelah selesai majlis penyampaian bantuan beras dan Maulidur Rasul, program lain pula berlangsung iaitu menyerah borang menyertai Umno.
Penghulu Mukim Batu Hitam, Abidin Awang, 51 berkata, baru-baru ini wakil kepada Ketua Umno Bahagian, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz datang menyenarai nama-nama penduduk termasuk armalah bagi mendapat bantuan beras.
Katanya, ramai penduduk terutamanya ibu tunggal memberi nama mereka kerana dijanjikan bantuan beras 5 kg.
"Mereka diminta hadir pada program penyampaian beras dan Maulidur Rasul yang diadakan di rumah seorang penyokong Umno di Kampung Kenerak.
"Namun saya difahamkan senarai yang dikutip untuk menerima bantuan beras tiba-tiba diumumkan pula menyertai Umno pada majlis berkenaan," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan seramai 47 bekas ahli PAS menyertai Umno apabila menyerah borang pada program Selamat Tinggal PAS dan Maulidur Rasul di Kampung Kenerak.
Pada majlis itu seorang penduduk berlakon menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Tanah Merah.
Abidin yang juga Setiausaha Majlis Tindakan Dun Batu Hitam berkata, gambar seorang penduduk disiarkan akhbar menyerah borang kepada Ikmal bukan penyokong PAS.
Malahnya katanya, sebahagian besar yang terdapat dalam gambar bukan penduduk tempatan, dan kemungkinan datang dari tempat lain.
Kata beliau juga Umno bahagian Tanah Merah difahamkan sudah merancang mengadakan program berkenaan bulan lepas lagi, namun gagal diadakan kerana tidak mendapat kerjasama penduduk.
"Saya diberitahu seorang penduduk tidak membenarkan rumahnya dijadikan tempat program tersebut," katanya.
Beliau juga mendakwa wakil Umno Bahagian dikatakan datang ke kantin sebuah sekolah di kawasan berdekatan mengutip nama pekerja-pekerja wanita untuk didaftar sebagai puteri Umno.
PETALING JAYA, 20 Feb: Jingga 13 hari ini mendedahkan bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara rejim Israel.
Pendedahan hubungan tersebut dibuktikan apabila terdapat sebuah kapal hak milik rejim Israel, Zim Atlantic dan juga Zim USA telah berlabuh di West Port, Klang pada 16 Februari lepas.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menjelaskan pada 16 Februari, dua buah kapal milik ZIM Integrated Shipping Services Ltd telah berlabuh di West Port, Pelabuhan Klang.
"Kita telah dapatkan bukti jelas hubungan antara Kerajaan Malaysia dan rejim Israel telah wujuh walaupun pemimpin Umno menafikan wujud hubungan dagang.
"Kehadiran ZIM USA yang sebelum ini didaftarkan di Haifa, Israel pada 25 Oktober 2010 dan kini didaftarkan di Republic Of Liberia pada 2 Februari 2012 dan ZIM Atlantic yang turut didaftarkan di Republic Of Liberia adalah milik Israel melalui Israel Corporation dengan pegangan saham sebanyak 98 peratus iaitu salah satu syarikat besar dimiliki oleh Israel," jelasnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR, di sini.
Tambahnya lagi, ZIM USA dan ZIM Altantic yang tiba di West Port telah disahkan berdasarkan oleh sebuah laman web yang menyatakan jadual ketibaan kapal-kapal dagang.
Malah, katanya pihak Kastam Diraja Malaysia cawangan Pelabuhan Klang Barat melalui salinan dokumen "K1 CHIT Customa Station (B18) resit nombor B18102009813 yang diterima pada 15 Februari 2012 juga mengesahkan kehadiran Z8937 ZIM Atlantic di Voyage Nombor YAC5.
"Atas maklumat tersebut Jingga 13 telah membuat penyiasatan bagi mengesahkan kewujudan hubungan dagang antar
"Dalam pada itu beberapa dokumen sulit diperolehi dari individu yang tidak diketahui mengirim salinan Sijil SHIP Clearence yang dikeluarkan oleh Ashdod Port Company LTD "The Economic Gateway Of Israel" juga mengesahkan bahawa kapal ZIM Atlantic telah berlayar secara terus dari Ashdod Port, Haifa Israel ke Pelabuhan Klang," katanya lagi.
Fariz memberitahu, bukti tersebut menunjukkan bahawa penafian yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin adalah tidak benar.
"Tindakan mewujudkan hubungan erat ini adalah langkah melampau dan zalim apabila Malaysia turut sama sebagai penyumbang ekonomi negara rejim itu dan juga sebagai penyumbang peluru dan senjata bagi merobek rakyat Palestin," sambungnya lagi.
Sementara itu, Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini perlu diperjelaskan oleh kerajaan terutamanya Najib dan juga Muhyidin bagaimana hubungan dagang boleh wujud sedangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.
"Kita cabar penjelasan dari kedua-dua pemimpin tersebut, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana kebenaran memasuki negara ini hanya dapat dilakukan apabila kerajaan memberi kelulusan.
"Operasi Pelabuhan Klang ditadbir terus dibawah Kementerian Pengangkutan Malaysia bukannya Kerajaan Negeri Selangor, maka kalau tuduhan mengatakan Kerajaan Selangor terlibat ia tidak benar sama sekali," jelasnya.
Sebelum itu, Jingga 13 telah melihat sendiri kewujudan kapal kargo milik ZIM Integrtated Shipping Services Ltd pada 16 Februari lalu apabila telah mengambil gambar serta merakamkan video ketibaan kapal tersebut di West Port pada hari tersebut.
Alhamdulilah saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Mohd Zaki Abdul Rahman selamat sampai dari mengikuti program ceramah dan majlis muhibbah tahun baru Cina bersama Anwar di Endau dan Semberong Johor.
Ingat tadi terus hendak letakkan kepala, tidur kerana eosk harus bagun pagi kerana ada dua appoitment, tetapi mata tidak mahu lelap pula.
Peristiwa yang berlaku kira-kira empat jam tadi di mana kereta yang dinaiki Anwar Ibrahim diserang oleh kira-kira 200 sekumpulan manusia liar. Kejadian itu berlaku di Semberong iaini kawasan Parlimen Hihsmuddin Hussein.
Kejadian itu berlaku sebaik kereta Anwar memasuki ke kawasan ceramah di pejabat PKR Semberong, kira-kira jam 11:30 malam ia diserbu oleh kumpulan manusia liar itu yang sudah sedia menanti sejak awal lagi.
Gara-gara serangan yang dirancang itu menyebabkan kereta Mercedez Band dinaiki Anwar remuk cermin hadapan dan kemek pintu belakang di sebelah kanan. Selain itu beberapa buah kereta yang mengiring kereta Anwar juga turut menjadi mangsa. Seorang ahli PKR katanya Ketua Angkatan Muda (AMK) cedera kerana dibelasah kumpulan liar.
Saya dibekalkan dua keping gambar keadaan kereta berkenaan oleh salah seorang mangsa yang sempat merakam gambar kereta berkenaan.
Rasa bersalah kalau saya tidak postingkan dua keping gambar kereta berkenaan untuk menjelaskan betapa sadis dan 'beruknya' perangai pemuda liar di parlimen Semberong itu.
Saya akan ulas pagi esok mengenai kejadian tadi yang sungguh menyedih dan menyesalkan. Maaflah saya nak tidur dulu kerana badan terlalu letih sangat.http://msomelayu.blogspot.com
PENYOKONG Hadi ketika berkempen untuk jawatan Presiden Yaman di Aden, kelmarin. Pungutan suara pilih timbalan tamatkan pemerintahan 33 tahun Saleh
SANAA: Pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh selama 33 tahun berakhir minggu ini apabila timbalannya mengambil alih jawatan itu menerusi pungutan suara seperti pilihan raya, menjadikan Yaman sebagai negara Arab pertama di mana yang menyelesaikan isu kebangkitan rakyat menerusi perundingan.
Pengaruh Saleh bagaimanapun masih jelas dalam pengundian presiden Selasa apabila mengekalkan penguasaan terhadap pasukan keselamatan paling berkuasa di negara itu dan berkata beliau akan kembali ke tanah air dari Amerika Syarikat bagi rawatan perubatan menjelang pengundian.
Naib Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, hanyalah satu-satunya nama dalam kertas undi, menjadikan pilihan raya itu semata-mata pengundian satu calon. Tentera berusia 66 tahun dari selatan itu dianggap kebanyakan pihak calon yang mendapat persetujuan semua.
Dua kumpulan pembangkang, pemisah Pergerakan Selatan dan di utara Zaidi, memulaukan pilihan raya itu. Pilihan raya satu calon itu adalah syarat peralihan kuasa yang ditaja negara Teluk dan ditandatangani Saleh pada November selepas 10 bulan protes besar-besaran dan menyebabkan tekanan antarabangsa mendesak beliau berundur.
Penyokong kebangkitan meminta rakyat Yaman untuk menyokong Hadi dan poster naib presiden ditampal di seluruh bangunan dan jalan di ibu negara, Sanaa.
"Hadi mempunyai sokongan tempatan, serantau dan antarabangsa serta pemimpin yang ada wawasan masa depan. Kami minta rakyat Yaman menyertai pilihan raya ini," kata Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, yang belot pada Mac lalu kerana menyebelahi penunjuk perasaan.
Pemenang Anugerah Nobel Keamanan yang berpengaruh, Tawakkul Karman turut menggesa rakyat mengundi untuk naib presiden dan berkata pilihan raya ini adalah tanda kemenangan bagi kebangkitan popular golongan muda.
Sebaik Hadi mengambil alih jawatan itu, beliau dijangka melancarkan dialog nasional, langkah pertama dalam tempoh peralihan yang akan berakhir pada pilihan raya presiden dan perundangan dalam tempoh dua tahun.
Namun, ramai rakyat Yaman bimbang peranan pasukan keselamatan negara yang masih di bawah kawalan anak lelaki Saleh dan anak saudaranya yang bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah sepanjang tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. – AFP
INNSBRUCK (Austria): Beberapa ahli keluarga diraja Belanda tiba di Innsbruck selepas anak lelaki permaisuri Beatrix, Putera Johan Friso, cedera parah dalam runtuhan salji ketika meluncur di kawasan itu.
Kenyataan yang dikeluarkan di The Hague, berkata putera diraja Belanda berada dalam keadaan stabil "tetapi masih dalam bahaya" susulan kemalangan di pusat peranginan Lech, barat Austria. Putera Johan Friso terperangkap di bawah runtuhan salji kira-kira 20 minit sebelum berjaya diselamatkan. - A
YOSEMITE, Amerika Syarikat (AS) - Sekumpulan jurugambar akan berkunjung ke Taman Perkhidmatan Negara Yosemite di sini pada setiap pertengahan Februari.
Mereka akan merakamkan fenomena alam semula jadi yang akan menunjukkan seolah-olah api mengalir dari Glasier Point.
Fenomena itu terjadi apabila Bumi dan matahari berada dalan keadaan sejajar pada waktu matahari terbenam.
Pada waktu tersebut, cahaya matahari akan menyinari salah satu air terjun di taman ini.
Air terjun itu kemudian akan kelihatan seperti lahar yang mengalir. - AP
BEIJING - Sekurang-kuranya 28 terbunuh dan ramai cedera selepas terlibat dalam tiga nahas bas berasingan di selatan China dalam tempoh sehari, semalam.
Dalam kejadian pertama, sebuah bas terbalik di sebatang jalan pergunungan di wilayah Yunnan dan menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan penumpang terbunuh dan 24 yang lain cedera.
Kejadian kedua berlaku berhampiran wilayah Guizhou menyebabkan bas yang membawa 37 penumpang dari bandar Chuxiong ke bandar pelancongan Dali hilang kawalan berikutan salah satu tayar pengangkutan itu meletup dan mengorbankan 13 penumpang serta 22 yang lain cedera.
Nahas ketiga di selatan Guangxi menyebabkan enam penumpang terbunuh apabila bas yang dinaiki mangsa bertembung dengan sebuah trak.
Menurut statistik polis, kira-kira 70,000 orang terbunuh dan 300,000 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di China.
BANDAR GAZA, Palestin - Mesir telah berjanji akan menyediakan bahan api diesel untuk digunakan pada loji jana kuasa tunggal di Genting Gaza yang ditutup pada minggu lepas setelah kehabisan bahan api, kata seorang pegawai di sini kelmarin.
Pegawai Agensi Tenaga Gaza, Ahmad Abu al-Amrin berkata, pihak berkuasa minyak di Mesir telah memberi persetujuan untuk membekalkan bahan api.
Loji kuasa yang membekalkan kira-kira satu pertiga elektrik ke Gaza itu mengalami gangguan dan bekalan terputus di seluruh Gaza.
Menurut Agensi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, jumlah bahan api yang dibawa melalui terowong dari Mesir ke Gaza telah menurun ekoran sekatan yang dikenakan oleh polis Mesir. - AFP
Kerajaan digesa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penggunaan hadis palsu yang dilihat semakin menular dalam kalangan pengguna siber.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, tindakan itu wajar disegerakan memandangkan gejala tersebut boleh menyebabkan kesucian Islam dicemari perkara-perkara dogmatik, tidak masuk akal dan tidak benar.
Katanya, lambakan hadis palsu yang mudah diakses menerusi laman Facebook, blog dan YouTube dikhuatiri menggambarkan imej Islam sebagai sebuah agama yang rumit dan tidak konsisten dalam prinsip-prinsip amalannya.
"Banyak 'hadis' yang tersebar di internet, antaranya adalah bahawa jika seseorang itu menunaikan solat tarawih pada malam pertama akan dijanjikan syurga. Apakah dengan hanya sekadar satu solat sunat ini semata-mata akan ke syurga?
"Kalau kita ingin menggalakkan seseorang itu beragama sekalipun, galakkan mereka mengikut agama yang diajar Nabi Muhammad SAW iaitu agama yang mudah, serta membentuk nilai kejiwaan yang tinggi.
"Ia bukan hanya dibawa dengan nama semata-mata, namun perlu disusuli dengan isinya. Kalau kita hendak menggalakkan orang berdasarkan ganjaran semata-mata, kita akan melahirkan umat berfikiran subsidi yang tidak ikhlas dalam amalannya.
"Kita mahu seseorang umat itu membuat sesuatu yang mereka tahu akan tindakan tersebut. Setiap langkah mereka difahami dan menjurus kepada kebaikan, di samping menguatkan jati diri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel program Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri di sini, hari ini.
Sementara itu, Juanda turut menyeru para ulama, cendekiawan Islam dan penulis blog supaya bersatu menjadi sebuah kumpulan pendesak yang memperjuangkan kesucian agama dan keadilan sosial di negara ini.
Bagaimanapun kata beliau. desakan tersebut harus mempunyai fakta-fakta tepat dan bernas yang membantu proses pembangunan masyarakat serta penambahbaikan dasar kerajaan.
"Pihak yang bawa agenda yang benar namun tidak tersusun dari sudut gerakan, idea dan fakta akan kalah. Sebaliknya, pihak yang membawa perkara tidak betul, sekiranya mereka tersusun mereka boleh mempengaruhi ramai orang," ujarnya.
MOHD. FAZIL masih lemah selepas disimbah asid di sebuah rumah di Marang, Terengganu ketika ditemui di HSNZ semalam.
MARANG – Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.
Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya, Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan.
Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat sini.
Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar jeritan Mohd. Fazil.
"Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih dan rupanya saya juga telah disimbah asid," ceritanya sambil memberitahu empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.
Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.
Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29, memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak.
Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.
"Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid serta terdapat bau masam di dalam rumah," katanya.
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.
KANGAR - Pas dan DAP perlu mengetepikan fitnah berterusan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang."
Pengerusi PKR Perlis, Muhammad Faisol Abdul Rahman berkata, dakwaan terbaru kononnya Anwar menyokong kewujudan negara Israel sebagaimana dilaporkan wartawan Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini menyerlahkan kedangkalan Barisan Nasional (BN) dan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, sebagai pemimpin yang memperjuangkan al-Quran dan Sunnah sejak menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 1970-an, Anwar tidak pernah berkompromi dengan ejen Amerika Syarikat sehinggalah dipenjarakan atas pertuduhan yang tiada kaitan dengan fitnah seks.
"Sehingga hari ini, Anwar teruk dihentam media arus perdana dari pelbagai sudut sehingga maruah, kredibiliti dan integritinya dipermainkan tanpa diberi ruang memberi penjelasan.
"Saya yakin Pas dan DAP tidak akan termakan fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar. Pengundi bukan Melayu kini lebih tidak sabar untuk memangkah calon PR pada PRU akan datang," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian semalam.
TEHERAN 20 Feb. – Iran semalam menghentikan jualan minyaknya kepada Britain dan Perancis sebagai tindakan balas terhadap larangan Kesatuan Eropah yang dikenakan ke atas minyak negara Islam itu.
Jurucakap Kementerian Petroleum Iran, Ali Reza Nikzad Rahbar berkata, jualan minyak Teheran kepada syarikat Britain dan Perancis telah dihentikan.
"Kami akan menjual minyak kepada negara lain untuk menggantikan syarikat kedua-dua negara terbabit," katanya. – AFP
WAN ISMAIL menunjukkan laporan polis dan penyata bank ketika ditemui Kosmo! di Ampang Jaya baru-baru ini.
AMPANG JAYA – Seorang peniaga restoran bukan sahaja terpaksa menanggung status muflis sehingga ke hari ini malah wang berjumlah RM17,377.41 di dalam akaun sebuah bank di Pandan Indah di sini 'lesap' begitu saja akibat kecuaian bank tersebut.
Mengimbas sebelum kejadian itu, Wan Ismail Wan Muda, 36, mendakwa, dia diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi Selangor pada tahun 2007 selepas menjamin seorang saudara yang membeli sebuah kereta Perodua Kancil berharga RM33,000.
"Mengikut prosedur, selepas diisytihar muflis semua wang dalam akaun saya akan diserahkan ke Jabatan Insolvensi Selangor.
"Tetapi apa yang berlaku pada September 2008, saya yang memeriksa penyata kewangan akaun di bank itu, terkejut mendapati wang RM17,377.41 dalam akaun telah dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur.
"Lebih malang, duit yang dipindahkan ke Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur itu atas nama individu lain (yang tidak dikenali)," dakwanya ketika ditemui Kosmo!.
Berikutan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia berjumpa dengan pegawai bank berkenaan beberapa kali namun dalam tempoh lima tahun masalah tersebut tidak selesai malah telah banyak menyusahkan hidupnya.
Kata Wan Ismail, antara alasan diberikan pihak bank berhubung masalah tersebut seperti pihak bank perlu menyelesaikan perkara itu dengan berjumpa pihak Insolvensi.
"Tetapi apabila saya pergi ke Jabatan Insolvensi Selangor, pihak sana pula memberitahu bahawa saya perlu merujuk permasalahan tersebut kepada bank kerana wang RM17,377.41 tersebut telah dimasukkan ke akaun lain dan bukan ke jabatan itu.
"Sepanjang tempoh tersebut hingga sekarang, saya terpaksa berulang-alik ke bank dan Jabatan Insolvensi Selangor tetapi masalah ini tetap juga tidak selesai," katanya yang juga telah membuat laporan polis berhubung masalah yang dihadapinya.
Sejak berhadapan dengan masalah itu, Wan Ismail berkata, dia merasakan dirinya dianiaya kerana pihak bank mengambil masa terlalu lama menyelesaikan kecuaian yang jelas disebabkan pihak bank.
Mengikut maklumat, kerani bank yang melakukan proses memindahkan wang dari dalam akaun miliknya telah bersara.
Bagaimanapun, pada 13 Februari lalu, Wan Ismail berkata, dia menerima sepucuk surat dari pihak bank terbabit yang mengaku berlaku kecuaian pihaknya ketika proses pemindahan wang.
"Dalam surat tersebut, menyatakan pihak bank telah membuat rayuan kepada Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur supaya memindahkan duit dari Jabatan Insolvensi Kuala Lumpur ke Jabatan Insolvensi Selangor yang menguruskan kes saya," kata Wan Ismail bapa kepada dua orang anak.
Katanya, dia merasa amat kecewa dengan sikap pihak bank yang hanya menghantar surat memaklumkan perkara itu dan bukannya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengannya bagi menjelaskan masalah itu.
"Saya sebagai pelanggan bank dan disebabkan kecuaian bank saya terpaksa membazir masa selama lima tahun, pihak bank layan saya seperti masalah yang berlaku itu remeh," katanya.
Sementara itu, jurucakap bank terbabit ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menghantar sepucuk surat kepada Wan Ismail baru-baru ini dan proses untuk memindahkan wang ke Jabatan Insolvensi Selangor sedang diuruskan.
SEORANG lelaki yang ditemui kelmarin terperangkap di dalam kereta ini yang dipenuhi dengan salji tebal di sebatang jalan di sebuah hutan tidak jauh dari bandar Umea, Sweden.
STOCKHOLM, Sweden – Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.
Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.
Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.
Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.
Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.
Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.
Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.
Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.
Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.
Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.
"Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya," katanya.
Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.
"Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.
"Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan," kata Dr. Branth.
Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.
BANGKOK - Lebih 30 orang, kebanyaknya pelancong luar negara dikejarkan ke hospital Thailand selepas terdedah dengan cecair klorin yang melimpah masuk ke dalam sebuah kolam renang di sebuah hotel di Pulau Phuket, kelmarin.
Menurut polis, kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) di Hotel Orchid Resort Phuket dan Spa yang terletak di pantain Karon.
Katanya, lebih 30 mangsa mengalami kecederaan kecil selepas badan mereka terdedah dengan kadar klorin tertinggi yang memudaratkan.
Pengarah Hospital Patong, Phumin Silapan memberitahu, pendedahan klorin berlebihan pada badan seseorang akan menyebabkan kegatalan pada kulit serta sakit mata.
Gugusan Manjoi : 20 Feb : Kehadiran Team Perakite seawal 5 pagi telah memberi tamparan kepada UMNO Tambun, dengan kelengkapan 3 kenderaan pacuan 4 roda dan 3 buah bot, telah mmapu mengurangkan bebanan para mangsa banjir besar di gugusan manjoi.
Kami menyiapkan pasukan penyelamat dengan diketuai Sdr Zairul Azrun ketua pemuda PAS Tambun, pada peringkat awal pada jam 5pagi kami hanya dapat mengumpul 5 orang petugas, tetapi bilangannya meningkat kepada hampir 30 orang.
Dengan pengalaman Unit Amal dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir diseluruh negara dan kelengkapan yang ada, misi bantuan berjaya dilakukan. Kami mengkelaskan kepada 2 zon bencana Jalan Dato dan Jalan Tok Ketua, misi yang dijalankan ialah memberi maklumat kepada mangsa yang tidak mahu berpindah, menyampaikan bantuan berupa makanan dan keperluan harian.
Sehingga ke pukul 2 petang hampir 500 bungkusan telah diagih-agihkan kepada mangsa banjir tersebut, walaupun mereka yang berpindah ke pusat perpindahan kami dimaklumkan sehingga pukul 1.30tgh masih tidak disalurkan makanan kepada mereka.
Mangsa-mangsa banjir lebih berkeyakinan kepada Team Perakite kerana bantuan-bantuan yang mereka terima tepat pada masa yang diperlukan..
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR – Cendekiawan Islam, Profesor Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah kecewa dengan pemimpin yang ada sekarang kerana tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri dengan ajaran Islam sebenarnya.
Tanpa merujuk kepada tokoh itu sama ada daripada kerajaan atau pembangkang, kata Ridhuan Tee, pemimpin ini tidak boleh dijadikan role model kepada generasi akan datang.
"Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin berkenaan.
"Manakala bagi wanita bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan, sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga memang pelik," katanya semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional berkata, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu berlaku.
"Begitu juga jika isteri atau suami mengetahui ahli keluarga mereka melakukan maksiat dan perbuatan tidak bermoral, mereka perlu menegur, bukannya mempertahankan apa yang dilakukan itu.
"Mesej saya cukup jelas. Kita tidak sepatutnya menegak benang basah dan mempertahankan yang salah. Inilah yang berlaku dalam dunia politik sekarang," katanya.
Katanya, pemimpin itu tidak perlu bercakap mengenai integriti dan memberi nasihat kepada orang lain sekiranya diri sendiri tidak betul dan perbuatan itu tidak selamanya boleh menyelamatkan dirinya. - SinarHarian
Kebangkitan Syria menyaksikan 40000 rakyat Syria mati dan berpuluh ribu lagi cedera dalam revolusi melawan pemerintah yang sangat kejam. Isu Syria – 40000 Rakyat Mati Dibunuh dan Dirogol Pemerintah!
Apakah Sebenarnya yang terjadi di Syria sehingga Liga Arab memboikot kerajaan Syria?
Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.
Yang memberi taklimat atau talk tentang revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi.
Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawidalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.
Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media terutamanya media antarabangsa. Jadi, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka media barat telah putar belitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di surat khabar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan Syria telah mengumpulkan pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
Punca Revolusi
Puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan dinegara-negara yg berrevolusi.
Apabila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini. Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.
Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.
Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.
Lantas berlakulah revolusi di Syria.
Kemarahan Rakyat Syria
1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas. 2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo. 3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan. 4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya. 5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang keranapresiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria (Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini serius kejam.
2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanit ini DIROGOLdi hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
Berita Baik
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. Tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana. Oleh Irfan Masiri Islamic Theology and Phylosophy | Group Usrah HRM
KOTA KINABALU, 19 Feb: Rakyat Sabah akan menikmati peluang kemudahan yang lebih baik sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, ini kerana negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat telah berjaya menunjukkan aliran gerakan ekonomi dan pembangunan yang jauh lebih baik berbanding prestasi Barisan Nasional (BN) pada sebelumnya.
"Ini bukan dongengan, bukan juga rekaan cerita semata. Rakyat diberi pilihan untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik.
"Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita boleh memimpin dengan baik di sebuah negeri maju seperti Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kekayaan hasil bumi Sabah seharusnya dinikmati semua pihak termasuk rakyat, pengurusan perlu dijalankan secara adil dan berhemah.
"Sabah yang kaya ini, perlu selaras dengan kekayaan yang dimiliki rakyat. Tidak ada gunanya, jika sebuah negeri hanya kaya tapi rakyatnya hidup susah... nak makan susah, nak minum, cari air pun susah... apatah lagi untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.
"Ini bukan isunya kerajaan terlepas pandang, tapi ke mana hasil kekayaan bumi Sabah ini?" soal Lahirul.
Tambahnya, beliau turut mendesak Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman agar tidak terus menyembunyikan fakta dan kedudukan sebenar tahap kemiskinan rakyat di negeri ini.
Hal ini bagi menjamin, satu kualiti kehidupan yang jauh lebih baik dari setahun ke setahun.
"Kita (PAS) desak, Musa Aman agar tidak terus menyembunyikan masalah sebenar kepada rakyat. Tidak usah untuk membohongi rakyat lagi... cukuplah dengan beberapa kenyataan Perdana Menteri sendiri yang nyata telah mengguris hati rakyat," ujarnya.
ALOR GAJAH, 20 Feb: Parti politik yang memperjuangkan perkauman sempit hanya akan memecah belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata ianya juga bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah bercanggah dengan tamadun manusia.
"PAS tidak pernah berjuang untuk kepentingan bangsa tetapi kita berjuang untuk menegakkan ketuanan Islam yang mana Islam akan menyelamatkan semua bangsa tidak kira Melayu, Cina dan India.
"Perjuangan perkauman sempit (hanya) akan merenggangkan perpaduan dan menyebabkan negara berada di jurang yang bahaya," katanya ketika berceramah di pekan Kuala Sungai Baru di sini malam semalam.
Menurut Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, politik perkauman itu bagaimanapun menjadi senjata BN khususnya Umno, MCA dan MIC untuk mendapatkan sokongan kaum masing-masing.
Katanya, Umno sering mendakwa kononnya orang Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah ekoran DAP akan menguasai pemerintahan negara dan akan membentuk negara republik.
"Bila bertemu orang Melaku mereka kata jangan sokong PAS nanti DAP akan menang dan perintah Malaysia, PAS kuda tunggangan DAP. MCA bertemu orang Cina (pula) dia kata, jangan sokong DAP kerana DAP kuda tunggangan PAS dan kalau PAS menang Malaysia jadi negara Islam"
"Jadi mana satu yang benar ini, sekali PAS kuda tunggangan DAP, pada masa lain kata DAP kuda tunggangan PAS," soal Nizar.
Cabar Umno
Dalam pada itu, bekas menteri besar Perak itu turut mencabar Umno menggunakan nama Melayu mereka 'Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu' dan bukan lagi nama Inggeris 'United Malays National Organisation' atau Umno.
Menurut Nizar, ianya penting jika benar Umno mahu memartabatkan Bahasa Melayu dan sekaligus mahu memperjuangkan ketuanan Melayu.
"Orang Umno sendiri yang sudah berpuluh tahun menyertai Umno tidak tahu nama melayu Umno kerana pemimpin mereka tidak suka nama itu digunakan, kalau nama pun nama orang putih macam mana hendak diharapkan untuk memperjuangkan Melayu" katanya.
Ceramah malam semalam itu diadakan sempena program jelajah Konvoi Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka.
Turut berceramah pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Melaka itu ialah Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bachang, Lim Jak Wong dan Penolong Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Melaka, Wahab Ibrahim.
MAKAN MALAM DAN PELANCARAN DANA Jamuan Makan Malam Perdana dan Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Tampin Bersama Tuan Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS Tarikh : 26 Feb 2012, Ahad Jam : 8.30 mlm Tempat : Markas PAS Cawangan Tampin Bandar, Batu 1 1/4 , Jln Tampin - Gemas , Tampin, N.Sembilan (Rumah Abu Sufian)
Tiket/Kupon : RM 50 & RM25
Sila hubungi Nor Iskandar 019-2223231 , 017-8050938
CERAMAH UMUM Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 malam Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau) Penceramah : Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat
Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.
Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.
Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.
Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.
Dato' Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan peranan mendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.
Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.
Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.
Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.
En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan
KUALA TERENGGANU, 19 Feb : PAS Terengganu membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengenai dakwaan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuduh PAS sebuah 'parti ajaran sesat'.
Laporan tersebut diserah oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik kepada Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Rozali Saleh di pejabatnya di Kompleks Seri Iman, di sini, hari ini.
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38(1) tersebut menjelaskan, mana-mana orang yang mengatakan atau menomohkan dengan perkataan, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan isyarat atau gambaran tampak atau dengan apa-apa perbuatan aktiviti atau perlakuan atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang menganut agama Islam.
"Pertama, adalah kafir. Kedua, tidak lagi menganut agama Islam. Ketiga, tidak sepatutnya diterima atau tidak boleh diterima sebagai menganut agama Islam atau Keempatnya, tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam.
"Adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya," jelas Abu Bakar pada sidang medianya selepas menyerahkan laporan tersebut .
Katanya lagi, menurut Seksyen 51 Enakmen yang sama pula mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan Hukum Syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat mendakwa Ahmad Said telah mengeluarkan kenyataan dengan niat jahat dan sengaja.
Justeru, katanya kenyataan tersebut telah menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan umat Islam di Malaysia.
Menurutnya, kenyataan tersebut boleh difahami secara tersurat dan tersirat bahawa pimpinan, ahli dan penyokong PAS adalah golongan yang terlibat dengan ajaran sesat.
Justeru, beliau memohon supaya JHEAT menyiasat kenyataan itu di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
CERAMAH UMUM Serta Pelancaran Pusat Komuniti dan Pejabat Operasi Pakatan Rakyat DUN Chembong Tarikh : 25 Feb 2012, Sabtu Masa : 9 malam Tempat : Kg. Mulia, Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau) Penceramah : Dr Rosli Yaakob , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan YB Ng Suee Lim , ADUN Sekinchan, Selangor Chegubard , Ketua PKR Cabang Rembau Ustaz Nor Azman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Syarikat berkaitan kerajaan, Sime Darby dan Felda diminta memberikan penjelasan apakah benar mereka menjual minyak sawit mereka ke Israel.
Penjelasan ini dipohon Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMMM), Badrul Hisham Shaharin atau che'GuBard melalui satu kenyataan terbuka hari ini.
Terbaru, kata che'GuBard, ialah dokumen di perolehi dari "Index Mundi" dan IMF yang cukup mudah dicari melalui internet.
Link yang ini menunjukkan bagaimana penjualan minyak sawit Malaysia dalam matawang New Israeli Syeqel dan harga minyak sawit Malaysia telah di senaraikan dalam futures trading (harga masa depan) sehingga Januari 2012 juga dalam New Israeli Sheqel.
Tertera dengan jelas, katanya, adalah nama Sime Darby dari Malaysia.
"Kini rakyat Malaysia harus mendapatkan penjelasan dari pihak Felda dan Sime Darby samada mereka ada terlibat dalam apa-apa penjualan minyak sawit Malaysia kepada Israel," kata beliau dalam kenyataannya.
Sebelum ini, SAMM telah membuat pendedahan awal mengenai wujudnya dagangan Sawit terus oleh syarikat tempatan dan penghantaran secara terus dilakukan dari Johor ke Israel.
Namun regim terus mendiamkan dari memberikan jawapan rasmi, katanya.
Hari ini, kata che'GuBard, satu surat rasmi dari SAMM telah dihantar kepada Kemneterian Perdagangan Antarabangsa dengan dihantar salinan ke Perdana Menteri Malaysia serta pihak media untuk memberikan respon mengenai perkara ini.
Namun dalam media baru ramai 'pemain cyber upahan' cuba memberikan penafian lemah, katanya.
Bagi beliau, rakyat harus membuka mata dengan fakta ini kerana di depan rakyat tempatan regim menuduh orang itu dan orang ini sebagai 'agen Amerika' dan sebagainya tetapi hakikat sebenarnya Malaysia terus menerus menjadi pembantu ekenomi Israel.
Pada 8 Febuari lepas, SAMM telah menunjukkan kepada pihak wartawan mengenai beberapa dokumen perniagaan termasuk dokumen rasmi kerajaan yang menunjukkan dua buah syarikat yang menghantar terus minyak sawit ke Israel.
Dua syarikat tersebut ialah Mewaholeo Industries Sdn. Bhd dan IOI Croklaan Sdn Bhd yang mana kedua dua syarikat tempatan tersebut punya alamat beroperasi di Johor.
Bagi beliau, kenyataan sebelum ini yang menyatakan kononya Malaysia tidak mampu menghalang perdagangan terus Malaysia dan Israel kerana ia melibatkan syarikat asing yang melabur di Malaysia ialah bertujuan menipu dan mengelirukan.
"Sudahlah kenyataan tersebut menunjukkan kelemahan negara hanya kerana untuk menarik pelaburan asing maka kita gadaikan prinsip membela Palestin dan usaha pembebasan kiblat pertama umat Islam.
"Malang lebih dari itu regim menyelindungkan urusan bahawa wujud juga perdagangan terus libatkan syarikat tempatan," dakwa beliau.
Masalah Penduduk Kampung Sungai Dalam Belum Dapat Diatasi MIRI - Kampung Sungai Dalam yang terletak dalam kawasan Lambir di Miri, terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kampung Sungai Dalam A dan Kampung Sungai Dalam B. Kebanyakan penduduk di Kampung Sungai Dalam A adalah bumiputera Islam and Kampung Sungai Dalam B penduduknya majoriti bukan Islam.
Walaupun nama Kampung Sungai Dalam, tetapi sungai tersebut tidaklah sedalam seperti namanya disebabkan masalah hakisan tanah dan sebagainya. Loji Rawatan Air Lambir (134 MLD) yang di bawah pengurusan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) juga tidak jauh dari Kampung Sungai Dalam.
Masalah utama yang dihadapi penduduk Kampung Sungai Dalam adalah berkongsi bekalan meter air dan juga jalan masuk kampung yang agar sukar apabila musim hujan lebat. Kawasannya agar rendah dan mudah dilanda banjir kilat akibat peparitan yang agak sempit dan tidak terurus dengan baik.
Menurut penduduk yang tinggal di Kampung Sungai Dalam A dan B, mereka menghadapi masalah apabila tiba masa untuk membayar bil air, dimana mereka terpaksa membayar sama rata tanpa mengira berapa banyak air digunakan.
Mana-mana pihak yang tidak menggunakan air banyak pun kena bayar sama rata, ini menyebabkan mereka tidak puas hati dengan sikap pihak pengurusan LAKU yang tidak mengindahkan masalah mereka selama ini.
Sudah banyak kali mereka buat aduan kepada pihak berkenaan, tetapi langsung tidak ada sebarang tindakan diambil, sedangkan kampung yang berjauhan dari pusat rawatan air LAKU ada pemasangan air meter persendirian, sedang mereka yang tinggal berdekatan tidak dapat menikmati kemudahan tersebut.
Pemohon BR1M ditolak Gambar YDP PAS Miri dan SU PAS Miri bersama salah seorang penduduk kampung yang tidak dapat wang BR1M.
Sepanjang lawatan PAS kawasan Miri ke kampung tersebut, kita dapati terdapat juga beberapa orang tua atau ibu tunggal yang tidak mendapat wang bantuan BR1M. Salah seorang daripadanya ibu tunggal, Ina anak Sampan, yang pernah memohon BR1M tetapi pemohonannya ditolak. Beliau sangat kecewa dan mohon bantuan dari PAS, untuk menyuarakan masalahnya ke pihak yang berkenaan. Ramai lagi yang kita jumpai tidak layak atau permohonan mereka ditolak, antara sebabnya mereka tidak memiliki Mykad atau surat beranak.
Pihak kami juga dapati ramai juga penduduk asal dalam kawasan Miri dan Sibuti tidak memiliki surat beranak dan Mykad atau kad pengenalan.
Apakah tindakan kerajaan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka yang tidak memiliki surat beranak dan Maykad ini? Adakah mereka akan terus terpinggir dan dibiar begitu saja tanpa sebab kerana ianya tidak mendapatkan keuntungan kepada pihak kerajaan atau pihak tertentu?
Menurut penduduk kampung yang kami temui mengatakan mereka tiada pilihan lain terpaksa memilih wakil BN pada masa lalu, kononnya berjanji untuk membangunkan tempat mereka tetapi sampai sekarang mereka tetap hidup dalam kedaifan.
Mungkin pilhanraya umum akan datang mereka berjanji mahu perubahan sebab mereka yakin ada calon yang lebih baik lagi untuk mereka buat pilihan selain calon yang lalu untuk membantu mereka menyuarakan masalah mereka di peringkat tertinggi. Mereka sudah bosan dengan janji-janji wakil yang mereka pernah pilih dulu. Inilah masalah dan persoalan, yang kita sering dihadapi oleh masyarakat tempatan dan penduduk asal di Sarawak. Kehidupan mereka terabai, dan mereka ini seolah-olah macam pendatang tanpa izin disebabkan mereka tidak memiliki dokumen surat beranak dan Mykad seperti rakyat Malaysia yang lain.
Janganlah pihak kerajaan mengharap mereka yang miskin, lanjut usia serta serba daif ini datang ke Bandar semata-mata untuk mengambil wang BR1M tersebut, kerana kos perjalanan dan harapan mereka, untuk mendapat wang tersebut, belum tentu terjamin.
Jika mereka yang datang dari jauh tersebut terpaksa membayar kos perjalanan serta tempat tinggal, sekiranya gagal mendapat bantuan tersebut, pada waktu yang sepatutnya, memanglah tidak berbaloi dengan jumlah wang BR1M yang mereka perolehi.
Kita mendesak pihak kerajaan dan mereka yang bertanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat, agar turun padang, dan bantu serta selesaikan masalah rakyat ini. Jangan hanya turun padang, apabila tiba musim pilihanraya semata-mata untuk mendapat sokongan dan undi dari rakyat.
Jika pihak kerajaan yang ada sekarang, gagal mengatasi masalah rakyat adalah lebih baik serahkan tugas dan tanggungjawab ini kepada mereka yang betul-betul jujur,amanah dan berjiwa rakyat agar rakyat tidak terus terpinggir dari arus pembangunan.
PAS akan sentiasa turun padang, mendengar sendiri masalah rakyat, walaupun kita tidak mempunyai kuasa untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat sepenuhnya namun kita tetap berusaha membantu dan menyuarakan masalah rakyat ini ke pihak yang berwajib agar masalah rakyat ini dapat diatasi dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Maka dengan ini, rakyat akan hidup dalam keadaan yang lebih baik dan selesa, sekiranya rakyat tahu menilai, siapa sebenarnya yang betul-betul membantu rakyat, sudah pasti kerajaan yang ada sekarang tidak akan mempermainkan masalah rakyat. Rakyat kena pandai memilih antara batu dan permata dalam Pilihanraya umum ke13 nanti. Jangan tersalah pilih lagi, nanti rakyat akan terus menderita tanpa penghujung.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Problems in Kampung Sungai Dalam cannot be resolved Photo PAS Miri Chief met with the residents of Sungai Dalam
MIRI - Kampung Sungai Dalam is located in the Lambir in Miri, is divided into two parts, Kampung Sungai Dalam A and Kampung Sungai Dalam B. In Most of the residents in Kampung Sungai Dalam A is the native Muslim and Kampung Sungai Dalam B a majority non-Muslim.
Although the name of the River is Sungai Dalam (Deep River), but the river is not deep, as its name due to soil erosion and so forth. Lambir Water Treatment Plant (134 MLD) is under the management of the Northern Region Water Board (LAKU) is also not far from the village.
The main problem faced by the villagers of Kampung Sungai Dalam is a shared supply of water meters and the entrance to the village, which is difficult during storm rain. The site is low and prone to flash flooding due to drainage relatively narrow and not well organized.
According to people living in Kampung Sungai Dalam A and B, they face a problem when it time comes to pay the water bill, where they have to pay equally regardless of how much water is used.
Any party who does not use much water, had to pay the same flat bill, this causes they are not satisfied with the manner of LAKU management that disregard their problems over the years.
It has been often they made a complaint to the authorities, but did not have any action been taken, while the others village which is far away from the center of the LAKU water treatment installation with private water meter, but those who live nearby cannot enjoy the facilities.
BR1M applicants rejected During the visit of Miri PAS to the village, we discovered that there are some parents or single mothers who do not get money from BR1M. One of them is single mother, Ina anak Sampan, which was applied BR1M but the application was rejected. She was very disappointed and seeks assistance from PAS to express the problem to the parties concerned. Many others that we found also not eligible or their application is rejected, the reason they do not have MyKad or birth certificate.
We also found that many of the original population in Miri and Sibuti do not have birth certificates and MyKad or identity cards.
What is the Government action to help to solve the problem of those who do not have a birth certificate and Maykad? Are they going to continue to be marginalized and left without reason simply because it is not make any profit to the government or third party?
According to the villagers that we spoke with said they had no choice but to choose BN representative in the past, as they promised to develop their place, but until now they still live in poverty.
Maybe for the next general elections they promised to change because they believe there is a better candidate for them to make the choice, other than the previous candidate, to help them express their problems at the highest level. They are fed up with the promises of their representatives that they had chosen before.
These are problems and questions, which we are often faced by the local and indigenous communities in Sarawak. Their life is uncertain, and they seem like illegal immigrants because they do not have birth certificates and MyKad documents, like other Malaysians.
The governments should not expect the poor, elderly and numerically depleted come to town just to take BR1M money, because the cost of travel and their expectations to get the money will not necessarily guaranteed.
If those who come from a distant would have to pay the cost of travel and accommodation, if their fail to get the assistance, as they should, it is really not worth with the amount of BR1M money that they receive.
We urge the government and those responsible for social welfare go to the ground, and help these people and solve their problems. Do not just go to the ground, during the election season just to get the support and votes from the people.
If the present government fails to overcome the problems of the people is better leave these responsibilities to those who are truly honest, trustworthy and people-oriented so that the people are not marginalized from mainstream development.
PAS will always go to the ground, hearing people's problems, though we do not have the power to help and solve people's problems entirely, but we still try to help these people and voice their problems to the authorities so that these people's problems can be resolved immediately, regardless of race, religion and political belief.
So with this, the people will live in a better and comfortable, if the people know how to value, who is exactly really can help the people, I'm sure the current government will not poke fun at people's problems. The people must know how to choose between stones and precious gems in this coming 13th general election. Do not make a wrong choice again, later the people will continue to suffer without end.
MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin (kiri) dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.
Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.
Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Sementara Sahak pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.
Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.
Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.
Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.
"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.
Dialog anjuran umno. mereka mencabar orang lenggong kalau berani hadir. YDP Lenggong telah mengajak ahla dan penyokong untuk hadir dan telah menyediakan berbagai soalan. Kaptan (B) Rosli juga akan hadir. Beberapa orang lagi akan hadir.
Dalam poster itu memapar ketandusan orang alim (ahli agama dalam umno lenggong) mereka membawa fathul bari dari perlis. Fathul barini seorang yang bangang dan jahil. Dalam islam mana ada ulama tua dan muda. yang ada hanya ulama. Kerana kebangangang dan kejahilan yang mu'rakabun dia memprojekkan ulama muda dalam umno. Malah si fathul bari ini menghina institusi ulama. Di lenggong mana ada orang yang sejahil murakabun seperti fathul bari sekalipun. Orang yang mengerti agama di lenggong tak mahu menyertai umno. imam yang nenyertai umno bila membaca talkin bagi orang umno yang berpangkat dati mati di panggilnya "Wahai dato ..... sesungguhnya .... ) Macam - macam kejahilan dalam umno.
PASIR PUTEH, 19 Feb: PAS kawasan ini menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kononnya 76 ahli dan penyokong PAS menyertai parti itu.
Sebaliknya Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie (gambar) berkata, hanya seorang bekas penghulu dan seorang wanita yang dikenal pasti menyertai PPP di majlis berkenaan.
"Yang lain-lain hanya ahli-ahli dan penyokong Umno dikatakan menyerah borang menyertai PPP pada satu program Maulidur Rasul yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggung, baru-baru ini.
"Bekas penghulu terbabit sudah lama tidak aktif dalam PAS. Manakala seorang lagi iaitu wanita dilantik sebagai guru al Quran yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri," katanya di sini.
Jumaat lalu media mendakwa 76 ahli dan penyokong tegar PAS Kampung Wakaf menyerah borang keahlian PPP pada majlis Maulidur Rasul anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.
Manakala semalam Nik Sapiea pula mendakwa seorang guru Halaqat diberi amaran dilucutkan jawatan dan elaun selepas menyertai PPP.
Shakur berkata, dakwaan pemimpin terbabit tidak berasas sama sekali dan kenyataan tersebut adalah fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS.
Oleh itu katanya, PAS kawasan akan membuat laporan polis terhadap Nik Sapeia dan media yang menyiarkan dakwaan berunsur fitnah tersebut petang ini.
Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, Umno dan PPP memperalatkan PIBG bagi menghimpun penduduk kampung hadir ke program politik anjuran mereka.
"Tidak munasabah program anjuran PIBG diadakan pula program penyerahan borang menyertai PPP. Salah guna PIBG bagi kepentingan politik murahan.
"Lagi pun setakat ini tidak ada ahli PAS yang terpengaruh dengan agenda mereka kecuali seorang dua yang sudah lama bermasalah.
"Sebelum ini disiarkan kononnya lebih 3,000 bekas ahli dan penyokong PAS menyertai Umno. Kalau benar dakwaan itu sudah tidak ada orang PAS di bandar Pasir Puteh sekarang," katanya.
Oleh itu beliau berkata, pemimpin Umno Pasir Puteh benar-benar terdesak sehingga memperalatkan guru-guru hadir pada pelancaran gelombang merah tahun lepas.
RAKYAT MELAKA SEDIA BERUBAH!!!! Datuk Sahak Sudin, Dr. Khalid Kassim bekas pegawai kanan kerajaan sertai PAS
2 orang bekas Pegawai Kanan Kerajaan menyertai PAS di Melaka malam tadi. Mereka ialah bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengrah Hospital Besar Melaka, Dr Hj Khalid Kassim.
Kedua-dua mereka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka malam tadi.
Dr Khalid (gambar atas) telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.
Kejohanan Bolasepak Piala YB Dr Rani telah diadakan di Padang Awam Kg Bkit Kapar.
Sebanyak 40 pasukan bolasepak telah menyertai kejohanan ini dan mereka bukan setakat dari DUN Meru tetapi juga dari Tanjung Karang, Jeram dan Shah Alam.
Dr Rani dalam ucapan perasmiannya berharap mereka dapat bermain dengan penuh disiplin dan semoga sukan ini dapat memupuk semangat muhibbah dikalangan pemuda.
YB Dr Rani telah dijemput bagi merasmikan Pesta Ponggal anjuran Persatuan Damia di Bukit Rajah.
Pesta Ponggal bukanlah pesta keagamaan tetapi adalah pesta kebudayaan masyarakat India di seluruh dunia.
Ianya diadakan selain menyambut pesta menuai adalah untuk memupuk kerjasama dan menjalin pertalian baik dikalangan masyarakat.
Dr Rani berkata walaupun agama Islam adalah agama rasmi Negara Malaysia, tetapi ianya tidak pernah melarang mana-mana penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka dan ini adalah bertepatan dengan Perlembagaan Negara.
Majlis Makan Malam yang di adakan di Kota Kemuning telah berjaya mengumpulkan dana RM60,000.00 bagi persediaan menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.
Beberapa orang pimpinan PR telah hadir termasuk YB Dr Mariah Mahmud, YB Suhaimi Shafie, YB Dr Rani Osman dan Saudara Mohd Sabu.
YB Dr Rani memperjelaskan betapa pentingnya rakyat memberikan kepercayaan kepada PR bagi meneruskan agenda merakyatkan ekonomi negeri.
Selain membentangkan sebahagian dari pencapaian PR di beberapa buah negeri yang menangi dalam PRU yang lepas, Dr Rani juga membongkarkan berbagai jenis kelemahan UMNO /BN yang merugikan rakyat.
HALWA Meru dengan kerjasama JPRU Kg Nenas dan Jawatankuasa Surau Darul Makmur telah menganjurkan Majlis Hi Tea di Perkarangan Surau Darul Makmur.
Majlis bersantai bersama ahli-ahli kariah tersebut di ceriakan dengan kehadiran YB Dr Hj Abd Rani serta isterinya Hjh Afidah Anum bt Moghni dan Ustaz Azrul Hakim Suradi.
Hjh Afidah dalam ucapan nya menerangkan program-program Kerajaan Negeri Selangor yang boleh dimanafaatkan oleh rakyat Selangor dan mereka di harap jangan melepaskan peluang keemasan ini.
Ustaz Azrul Hakim pula mengupas tentang hakikat perutusan Nabi Muhammad selaku penyelamat ummah dan pembawa rahmat keseluruh alam, bukan setakat terhadap orang Islam sahaja.
Ramai ahli kariah yang dianugerahkan hadiah, hamper, beg sekolah dan sebagainya melambangkan keperihatinan Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat marhain.
Pas Cawangan Cempakasari telah mengadakan mesyuarat agungnya yang ke 13 dan dirasmikan oleh PJ Pas Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman.
Ketua Cawangan nya, Hj Baseri mengingatkan ahli-ahli Pas cawangan agar selalu mengunjungi surau dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan jangan terlupa membawa ahli-ahli keluarga masing-masing.
Dr Rani juga menasihatkan setiap ahli agar berusaha mencari ahli baru dan mendaftarkan anak dan sanak saudara serta jiran-jiran sebagai pemilih yang sah untuk pilihanraya yang akan datang.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AMPANG: Kesal! Itu perkataan yang boleh digambarkan mengenai sebuah keluarga yang tercicir daripada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas permohonan ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan alasan biasa.
Arbayah Hamidun, 64, yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) kini terpaksa bergantung hidup kepada anak angkatnya, Noor Azizah Abdullah, 23, yang menjual nasi lemak dan kuih dengan pendapatan RM700 sebulan.
"Sebelum ini mak cik bekerja, namun terpaksa berhenti selepas menghidap pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan jantung.
"Mak cik juga tak faham mengapa permohonan ditolak, sedangkan BR1M diwujudkan bertujuan mengurangkan beban mereka yang kurang berkemampuan," katanya yang menerima bantuan RM250 sebulan daripada pusat zakat.
Selain itu, Arbayah masih berhutang dengan Hospital Ampang berjumlah RM1,366 untuk rawatan hemodialisis yang dilakukan setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.
Ada kala dia berasa kasihan dengan Azizah yang terpaksa menggunakan tulang empat kerat mencari rezeki bagi meneruskan hidup mereka tiga beranak. Bukan tidak mahu membantu, namun kudrat tuanya menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat itu.
"Anak lelaki mak cik, Zulhelmy Jamaludin tidak bekerja dan memerlukan perhatian, terutama ketika bergerak atau keluar. Disebabkan itu, Azizah tidak boleh bekerja di tempat jauh kerana bimbang terjadi perkara tidak diingini.
"Mahu mengharapkan mak cik memang tidak berdaya menguruskan abangnya," katanya yang masih terkilan kerana anak angkatnya belum mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) biarpun berusia 23 tahun dengan pelbagai alasan.
18 Februari 2012 , JUMBANG ULU – Seorang warga emas terpaksa menetap di kandang kambing selepas rumahnya dihempap pokok tiga bulan lalu di Kampung Jumbang Ulu, Tanjung Ipoh.
Omar Osman, 61, yang tinggal di kawasan pedalaman terpaksa tidur di tapak kandang kambing terbabit kerana tidak mampu membaik pulih rumahnya yang dihempap pokok.
Menurutnya, dia sudah pun membuat permohonan kepada pihak berkaitan, namun masih belum ada jawapan.
"Isteri dan anak-anak saya tinggal di Seremban, hanya pulang ke kampung setiap hujung minggu.
"Saya memang sentiasa ada di sini kerana suka keindahan kampung lebih-lebih lagi rumah saya berhampiran air terjun Jumbang Ulu yang boleh dikomersialkan," katanya yang bekerja kampung.
Omar berkata, keadaan rumah yang dibina di atas bukit itu memerlukan kos tinggi berikutan tiada jalan asas menuju ke rumahnya.
"Kemudahan jalan asas sememangnya tiada. Dahulu saya terpaksa meredah air terjun untuk sampai ke rumah dan perlu memikul sendiri kayu-kayu.
"Kini saya sendiri membina jalan asas tetapi tidak sempurna. Walau bagaimanapun saya masih perlu berjalan sejauh 200 meter untuk sampai ke tapak rumah," katanya.
Katanya, dia amat berharap agar pihak berkaitan dapat membantunya.
"Infrastruktur luar bandar perlu dititikberatkan kerana ramai yang hendak pulang ke kampung tetapi disebabkan kekurangan kemudahan, ia terbantut begitu sahaja.
"Atas aduan ini saya berharap pihak berkaitan dapat turun padang melihat sendiri kesusahan penduduk kampung," katanya.
Malah katanya, dasar kerajaan yang dibuat memang betul tetapi pelaksanaannya kadang kala tidak dilakukan dengan tepat dan disalahgunakan oleh pihak tertentu.
"Kerana itu wujud penyelewengan sehingga sehingga menyebabkan pihak pembangkang menjadikan ia sebagai salah satu pendekatan untuk membangkang kerajaan.
"Perkara ini harus diingatkan supaya pilihan raya akan datang kita tidak kecundang," katanya
Masalah limpahan air kumbahan menghantui rakyat DUN Sungai Rapat
Pihak Pusat Khidmat Parlimen Gopeng yang diketuai oleh YB Dr Lee Boon Chye telah turun padang untuk melihat sendiri masalah pengaliran limpahan air kumbahan di Kampung Changkat Larang. Lawatan ini disertai juga oleh Pusat Khidmat DUN Sg Rapat yang diwakili oleh Mejar (B) Yaakob, Unit Penerangan DUN Sungai Rapat En Muhd Nuruddin Bashah, wakil penduduk Taman Desa Pinji serta wakil rumah-rumah mangsa iaitu En Parvis Bin Isa.
Menurut En Parvis, masalah limpahan air kumbahan ke Kampung Changkat Larang yang berpunca daripada Loji Kumbahan Desa Pinji itu telah sekian lama menyukarkan kehidupan rakyat di kampong berkenaan. Loji yang terletak di Taman Desa Pinji itu terletak bertentangan dengan penduduk kampong. Masalah ini akan semakin serius apabila musim hujan.
Semasa tinjauan dibuat oleh pihak yang terbabit, air kumbahan kelihatan memenuhi jalan raya berhadapan kampong dan taman tersebut. Menurut YB Dr Lee Boon Chye selaku Ahli Parlimen Gopeng yang juga seorang Doktor pakar, air kumbahan yang memenuhi halaman rumah dan jalan raa sebegini cukup sesuai untuk pembiakan bacteria sekaligus menjadikan kawasan tersebut tidak selamat.
Menurut Cikgu Shahrin selaku penduduk asal Kampung Changkat Larang, suatu protes rakyat pernah diadakan pada tahun 1985 apabila MBI ingin memulakan projek itu tanpa pelan aliran air longkang atau limpahan air kumbahan yang sesuai. Malah sejak kehilangan motor pam sedutan air di loji berkenaan hilang, masalah limpahan ini semakin tidak terkawal.
Dato' Hamidah Osman selaku ADUN yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat perlu memainkan perananmendesak pihak kerajaan tempatan mengambil langkah pantas untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ini.
Pihak penduduk tempatan bersetuju untuk terus menulis surat kepada pihak berkuasa tempatan termasuk MBI, JPS dan Indah water Konsortium untuk turun padang menyaksikan sendiri masalah rakyat dan membuat pelan penyelesaian yang sesuai.
Air najis bercampur air longkang melimpahi longkang dan jalan raya serta dipenuhi dengan sampah sarap.
Air najis melimpahi jalan hadapan rumah penduduk kampung dan memenuhi hutan belukar kampung.
En Parvis Isa , Majer (B) Yaakob dan Muhd Nuruddin Bashah
YB Dr Lee sedang berbincang langkah penyelesaian kepada kes kumbahan
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.
"Muslimat sudah bersedia (menghadapi PRU13) dan senarai nama calon telah siap diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat.
"Kita serahlah kepada pimpinan untuk memilih mana calon yang lebih layak dan sesuai mengikut kawasan untuk bertanding," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut membayangkan separuh daripada calon yang tersenarai terdiri daripada muka baru.
"Muslimat ada ramai calon yang berwibawa dan senarai yang kita kemukakan ini, muka baru dan muka lama bergabung. Ada calon berpengalaman, ada muslimat muda," katanya.
Menurutnya juga, persiapan calon di kalangan DMPP itu sebagai menyahut saranan Buku Jingga yang memperuntukkan 30 peratus perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
"DMPP memandang positif kandungan Buku Jingga yang mengiktiraf golongan wanita dan kita berusaha mencapai sasaran 30 peratus itu," katanya.
Pada PRU12, seramai 13 muslimat bertanding iaitu lima di kerusi Dun manakala 8 di kerusi Parlimen.
Lima kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen berjaya dimenangi.
Kerusi Dun yang menang ialah N.06 Jitra, Kedah N.33 Merbau Pulas, Kedah N.24 Selat Klang, Selangor, Dun Tanjong Mas, dan Dun Kijang, Kelantan (menang tanpa bertanding).
Manakala kerusi Parlimen pula ialah P.23 Rantau Panjang, Kelantan P.119 Titiwangsa, Wilayah Persekutuan dan P.111 Kota Raja, Selangor.
Menyentuh mengenai persiapan menghadapi PRU yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang, Siti Zailah berkata, jentera muslimat sudah bergerak kerja mengikut bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) selain turun ke kawasan yang disasarkan untuk bertanding.
"Muslimat memang sudah bersiap sedia dengan kekuatan yang ada dan kita juga telah menurunkan bakal-bakal calon ke kawasan yang dijangka bertanding supaya masyarakat setempat kenal mereka," katanya.
KUALA TERENGGANU 18 Feb. -Tahap penguasaan jawi di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh dan di sekolah-sekolah agama ternama di negeri ini agak membimbangkan di sebalik kecemerlangan akademik mereka.
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Terengganu menyimpulkan keadaan itu berasaskan tinjauan beberapa pihak termasuk Jabatan Pelajaran sendiri.
Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, masih terdapat kalangan pelajar gagal menulis dan membaca jawi, sedangkan ia merupakan asas bagi subjek teras iaitu bahasa Arab dan sumber penguasaan al-Quran.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak-pihak berkenaan agar mengambil langkah pro-aktif dengan mewajibkan para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke sekolah seumpama itu menduduki ujian khas tulisan jawi.
"Ujian khas tulisan jawi itu perlu dijadikan sebagai syarat tambahan kepada pengambilan pelajar untuk meneruskan pengajian mereka ke sekolah agama," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Memperkasakan Tulisan Jawi Parlimen Kuala Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad di sini hari ini.
Pelancaran program anjuran Gagasan Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah itu disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI), Datuk Zubir Embong.
Hadir sama, Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (YT) yang juga Yang Dipertua Gagasan Kuala Terengganu, Dr. Wan Shaari Wan Ismail; Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, Abdullah Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Pemasaran Utusan Wilayah Timur, Ahmad Din Mahmud .
Syed Anuar juga menyarankan supaya Kementerian Pelajaran menjalankan kajian teliti mengenai perkara itu termasuk meminda sukatan pelajaran sedia ada dalam usaha menarik minat pelajar terhadap tulisan jawi.
Beliau yang memuji usaha Utusan Malaysia yang terus mempertahankan tulisan jawi berharap agar akhbar sisipannya menggunakan ejaan yang diselaraskan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menurutnya, langkah itu demi kepentingan semua pihak khususnya para pelajar agar tidak timbul kekeliruan mengenai ketepatan ejaan jawi apabila wujud dua versi yang berbeza.
Sementara itu, bagi menjayakan program tersebut, sebanyak 4,800 naskah akhbar sisipan Utusan Melayu Mingguan (jawi) diedarkan kepada lapan buah sekolah rendah sekitar daerah ini untuk selama lapan minggu bermula 13 Februari lalu hingga 21 Mei ini.
Sepanjang tempoh itu, beberapa siri pertandingan akan diadakan termasuk buku skrap, menulis jawi, membaca jawi dan sudut jawi.
*** Inilah hasil peninggalan Umno yang satu ketika dahulu telah menukarkan tulisan jawi menjadi tulisan kelas kedua yang akhirnya meninggalkan kesan mendalam kepada generasi terkemudian.Kebiasaannya kalau seseorang itu pandai baca jawi,maka akan mudahlah baginya untuk membaca al-Quran.Alhamdulillah kita ada sekolah agama rakyat yang meletakkan tulisan jawi pada tempat yang sepatutnya.
BUKIT PAYONG - Entah di mana silapnya, jalan di sekitar Pekan Bukit Payong sering rosak walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah melakukan kerja pembaikan seperti menampal dan menurap lubang di permukaan jalan rosak sejak Jun tahun lalu.
Tinjauan Sinar Harian selepas menerima aduan penduduk setempat semalam mendapati, kawasan jalan rosak juga perlu disediakan garisan putih sebagai pemisah be-rikutan laluan itu sentiasa sibuk dengan kenderaan.
Penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Abdullah berkata, dia terkilan kerana jalan yang rosak itu bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah turut menyumbang kepada kerosakan tayar kenderaan dan kemalangan kecil membabitkan motosikal kerana perlu mengelak lubang.
"Saya lihat kenderaan semakin sibuk tetapi faktor keselamatan di kawasan ini tidak diutamakan. Tambahan pula, pelajar turut menggunakan laluan ini dan ia membahayakan kerana kenderaan tidak bergerak dengan teratur akibat jalan rosak serta tiada garisan (putih)," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Bukit Payung, Kamaruddin Mat Amin, 60, ketika diminta mengulas berkata, kerosakan jalan berlaku selepas simpang di jalan utama ditutup sejak tujuh bulan lalu malah alasan ditutup juga tidak dinyatakan.
Menurutnya, PBT menutup jalan simpang ke kanan di jalan utama dari arah Bukit Payong ke Chendering menyebabkan kenderaan berat terpaksa membuat pusingan ke kanan iaitu di jalan hadapan Masjid Bukit Payong sebelum memasuki laluan Pekan Bukit Payong.
"Ini berlaku selepas PBT menutup simpang di jalan utama menuju ke Chendering dari Bukit Payong tidak lama dahulu. Penutupan jalan menyebabkan kenderaan berat terpaksa melalui jalan di pekan untuk masuk semula ke jalan utama Bukit Payong menuju ke Chendering," katanya yang turut berjanji mendesak PBT agar membuka semula jalan tersebut.
Menurut Abdullah, disebabkan penutupan itulah jalan di situ terus mengalami kerosakan walaupun sudah beberapa kali ditampal dan diturap oleh PBT termasuk pihak Majlis Daerah Marang (MDM).
Kamaruddin berkata, simpang itu perlu dibuka semula bagi me-ngelak kesesakan di pekan berkenaan termasuk mengelak kerosakan jalan berlaku secara berterusan akibat kenderaan berat sehingga menjejaskan keselesaan pengguna lain.
Sementara itu, skuad Sinar Harian cuba mendapatkan reaksi pihak PBT mengenai masalah ini namun gagal.
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan budaya samseng yang terus diamalkan pihak-pihak tertentu dalam politik.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata demikian sebagai mengulas insiden gangguan persiapan ceramah politik di Temerloh, Pahang awal minggu ini termasuk perbuatan mengoyak poster ceramah dan cubaan mencederakan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Shukri Shuib (gambar).
"Pemuda PAS sangat kesal dengan trend politik akhir-akhir ini yang dipenuhi dengan provokasi dan perbuatan pukul memukul," kata beliau kepada Harakahdaily, semalam.
Shukri yang dihubungi hari ini berkata, insiden itu berlaku Isnin lalu di Taman Sri Serinau, ketika beliau sedang menampal poster ceramah yang akan berlangsung pada malamnya.
Shukri yang sedang menampal poster di batang pokok seorang diri, disergah oleh seorang lelaki awal 40-an, dipercayai penduduk tempatan.
Beliau tidak menghiraukan sergahan itu sebaliknya bertindak berlalu dari tempat itu.
Namun lelaki tersebut yang tidak berpuas hati menghalang beliau daripada berlalu dan menumbuk ke arah mukanya sebanyak dua kali.
Bagaimanapun, tumbukan itu tidak mengena mukanya kerana beliau memakai topi keledar.
"Pada mulanya saya cuba pergi dari situ sebab nak elakkan kejadian tak diingini. Tapi dia halang saya dan tumbuk dua kali tapi nasib baik saya pakai topi keledar, jadi tak kena mukalah," katanya.
Tambah Shukri, kejadian poster program PAS dikoyakkan sudah kerap kali berlaku di kawasan itu.
Perbuatan ini katanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran di setiap ceramah yang dianjurkan PAS.
"Biasanya poster kita memang kena buang. Kalau tampal malam, paginya tak ada. Selalu sangat berlaku.
"Agak susahlah bagi PAS sebab kita memang bergantung pada poster. Nak gantung banner memang tak dapat.
"Lainlah kalau program Umno, memang boleh gantung banner, dan kita pun tak pernah kacau banner dan poster mereka," luahnya.
Sementara itu, Nasrudin meminta pihak yang berkenaan menghentikan perbuatan samseng sedemikian sebaliknya berpolitik secara matang.
"Kita minta mana-mana pihak khususnya pihak lawan tidak terus provok beginilah. Pihak berkuasa pun kena peka dengan kejadian sebegini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan