Kalau PKR, PAS atau DAP mengumumkan bahawa parti-parti itu akan dibubarkan oleh pimpinannya, maka seluruh Negara pasti akan gempar kerana parti-parti yang bergabung didalam Pakatan Rakyat itu hanya berada satu anak tangga lagi untuk mengambil alih Putra Jaya.
Tetapi kalau parti-parti seperti KITA, Malaysian Democratic Party atau parti-parti nyamuk yang lain mengumumkan akan dibubarkan, tak terangkat pun bulu kening!
Tidak sedikit pun hati saya tercuit apabila Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa parti itu akan dibubarkan. Sebelum Zaid Ibrahim membuat penguman itu sudah ramai pimpinan Pusatnya sudah pun keluar dari parti itu, bahkan KITA Negeri Melaka telah lebih awal dibubarkan dengan keseluruhan anggota parti itu menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Orang-orang kuat Zaid didalam KITA sudah terlebih awal meninggalkannya. Hanya kita mahu tunggu apakah komen dari Raja Petra, sahabat Zaid yang karib didalam perkara ini!
Zaid berada didalam UMNO, pernah menjadi Ahli Parlimen UMNO, pernah digantung dari UMNO kerana Jawatankuasa Disiplin UMNO mendapati beliau terlibat dengan politik wang walaupun dinafikan oleh Zaid.
Beliau pernah juga dilantik sebagai Senator dan dilantik sebagai Menteri. Diatas kononnya bahawa beliau tidak serasi dengan kepimpinan UMNO/BN diatas isu-isu yang melibatkan undang-undang kontrobesi seperti ISA, beliau meletakkan jawatannya, dan dengan tidak banyak membuang masa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat, segala pujian diberikan kepada PKR dan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Namun apabila beliau ingin melangkah terlalu cepat didalam parti sedangkan beliau tidak pernah diuji didalam PKR, beliau memilih bertanding bertanding untuk jawatan No. 2 didalam parti. Sebagai seorang Anggota parti, memang beliau berhak bertanding apa jua jawatan didalam parti, tetapi beliau memilih untuk berkonfronatasi dengan pucuk pimpinan parti dengan menghemburkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya terhadap Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali.
Azmin Ali dicop oleh penyokong-penyokong Zaid sebagai yang tidak ada pendirian tetapi sekadar menyokong Anwar Ibrahim dengan tidak merujuk kepada perjuangan Azmin yang berada bersama PKN/PKR dari peringkat awal parti itu ditubuhkan mengharungi segala suka-duka dan turun naik didalam parti, dan berhadapan dengan fitnah dan kezaliman dari UMNO/Barisan Nasional.
Zaid tidak pernah berjuang didalam PKR dan tidak pernah menjadi akar umbi didalam parti. Beliau menyertai PKR dan terus diberikan penghormatan yang melampau-lampau didalam parti sehingga sikap Anwar Ibrahim yang nampak memberikan keutamaan kepada Zaid dianggap oleh ramai anggota-anggota parti sebagai tindakan yang tidak kena pada tempatnya.
Kemuncak kepada keyakinan Anwar, Zaid dipilih pula sebagai calon di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.
Ramai anggota parti bersyukur bahawa Zaid tidak menang di Hulu Selangor, dan jika beliau menang, lebih parah parti menanggung risiko serangan dari Zaid dan kumpulannya serta semua media pro-UMNO/BN.
Zaid menubuhkan KITA dengan tergesa-gesa kononnya untuk menjadi tenaga ketiga di Negara ini dan kononya bertujuan untuk menenggelamkan PKR.
Ada beberapa pimpinan PKR di peringkat Negeri-Negeri telah terikut-ikut beliau.
Saya kasihan kepada pimpinan ex-PKR di negeri-negeri. Dengan pembubaran KITA nanti kemanakah mereka mahu pergi? Menyertai PKR? Kajian mendalam perlu dibuat kepada mereka itu kerana terlalu mudah menikam parti semata-mata melihat akan hujan emas yang dijanjikan oleh Zaid.
Menyertai PAS? Itu adalah satu kemungkinan tetapi adakah mereka itu akan menjiwai PAS? Atau adakah mereka akan menyertai DAP? Tidak mustahil juga mereka akan menyertai UMNO, MCA, MIC atau Gerakan!
Mereka akan terumbang-ambing. Kesemua ini adalah gara-gara Zaid ingin mahu naik cepat dan bermain politik seperti kanak-kanak bermain guli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan