Rabu, 8 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Feb 2012 01:22 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Bayi Seberat 7 Kilogram Dilahirkan Di China

Posted: 08 Feb 2012 01:00 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

BEIJING: Seorang ibu di bandar China telah melahirkan bayi dengan berat 15.52 paun(7.04kg), mungkin menjadi bayi baru lahir terbesar mengikut pada rekod sejak 1949.

Akhbar 'Tianjin Post' yang dikendalikan oleh kerajaan pada Rabu berkata ibu berusia 29 tahun di Wilayah Henan melahirkan bayi lelaki pada hari Sabtu melalui pembedahan. Proses melahirkan mengambil masa hanya 20 minit dan kedua-dua, ibu dan bayi, yang bernama Chun Chun, berada dalam keadaan baik.

Menurut akhbar itu, ibu bapa Chun Chun bersaiz normal dan tidak terdapat sebarang tanda-tanda luar biasa tentang kehamilan atau diet ibunya.

Akhbar itu bagaimanapun berkata masih tidak jelas sama ada kelahiran Chun Chun mencatatkan rekod di China.

Berdasarkan Rekod Dunia Guinness, bayi yang baru lahir yang paling berat pernah dicatatkan dilahirkan oleh wanita Ohio pada tahun 1879 dengan berat 23.7 paun (10.77kg).

Provokasi: PAS Johor serah memo kepada KPN

Posted: 08 Feb 2012 12:55 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS Johor hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berhubung insiden kebakaran rumah Timbalan Pesuruhjayanya, Dzulkefly Ahmad dipercayai cubaan membunuh.

Memorandum tersebut menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Unit Khas diketuai pegawai kanan Bukit Aman dan melibatkan pakar-pakar tertentu bagi mempercepatkan siasatan dan memantau kes-kes provokasi melampau.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan polis Johor menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut namun pihaknya mahu polis Bukit Aman terlibat sama kerana kejadian itu sangat berbahaya.

"PAS Johor menggesa PDRM menyiasat, memantau dan mengambil tindakan segera berdasarkan peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan kejadian sebegini," kata beliau selepas menyerahkan memorandum kepada Supretendan Perhubungan Awam, Norisah Abd Hamid.

Dalam kejadian awal pagi 3 Februari lalu, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, hangus terbakar.

Beliau juga berkata, memorandum itu bukan sahaja memfokuskan kejadian kebakaran rumah Dzulkefly namun pihaknya turut menyatakan contoh-contoh perbuatan provokasi yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sebelum ini.

Antaranya gangguan oleh pemuda bermotosikal dalam ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Labis tahun lalu serta kekacauan dalam ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Kebun, Shah Alam Januari lalu.

"Dalam pertemuan tadi, saya nyatakan beberapa perbuatan khianat terhadap pemimpin politik, rumah ibadat dan orang awam yang mencetuskan keadaan tidak aman di antara kaum," kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, provokasi agama turut berlaku dalam kejadian membakar Gereja Metro Tabenacle di Taman Desa Melawati tahun lalu dan insiden meletakkan kepala babi di beberapa buah masjid sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

"Kejadian-kejadian ini dilaporkan kepada polis dan siasatan dijalankan tapi senyap begitu sahaja.

"Sudah sampai masanya PDRM menyemak kembali peranan Unit Risikan PDRM agar lebih efisien dalam mencari bukti dan menjejaki dalang perbuatan ini," katanya.

Tegasnya, PDRM tidak harus terikat dengan mana-mana pihak semasa menjalankan siasatan.

"PDRM jangan tunduk dengan tekanan pemimpin politik tertentu demi menjaga keselamatan negara," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor, Onn Jaafar melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang menimpa keluarga Dzulkefly.

"Kejadian ini melibatkan nyawa Dr. Dzulkefly dan keluarganya. Bayangkan ada enam nyawa dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

"Apa akan jadi kalau mereka tidak sedar api yang merebak. Ini perkara yang serius dan siasatan yang bersungguh-sungguh amat diperlukan," katanya.

Tambahan pula katanya, beberapa penemuan oleh forensik bomba menggambarkan unsur jenayah terancang terhadap keluarga Dzulkefly.

Sehubungan itu, pihaknya akan turut menyerahkan memrandum kepada polis Johor menuntut kes itu tidak dipandang sepi.

harakahdaily/-

Menyamar jadi penoreh getah

Posted: 08 Feb 2012 12:50 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SUNGAI KOB - Lima anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Sungai Kob di Ketuai Sarjan Salleh Yaakub terpaksa membuat penyamaran sebagai penoreh getah bagi membolehkan mereka menahan dua lelaki berusia 29 dan 39 tahun di
Ladang Getah Bukit Sedim kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri getah beku.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, operasi bermula jam 11 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang.

Menurutnya, sebelum ini penduduk kampung dan pemilik ladang pokok getah sering membuat aduan di mana getah beku mereka dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Bagi memastikan kegiatan kumpulan itu dilumpuhkan, polis membuat pemantauan sejak empat bulan lalu sebelum lokasi terlibat diserbu.

Ketika serbuan dibuat, polis berjaya merampas lebih 100 kilogram getah beku yang diletakkan dalam dua guni berbeza. Selain itu polis turut menemui semula motosikal jenis SYM yang dilaporkan dicuri di Serdang pada 11 Januari lalu.

"Kira-kira jam 4.30 petang empat lelaki yang menunggang dua motosikal berasingan dilihat membawa getah beku di atas motosikal masing-masing.

"Ketika ditahan, berlaku pergelutan dan dua suspek melarikan diri manakala dua lagi berjaya ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah dan ditahan reman," katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Ghuzlan meminta kerjasama orang ramai supaya memaklumkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan terlibat kepada polis.

"Jangan mengambil keputusan sendiri dengan menahan atau mencederakan suspek terlibat," katanya.

sinar harian/-

Kapten kapal Costa Concordia boleh dipenjara 2,500 tahun

Posted: 08 Feb 2012 12:40 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Francesco Schettino

ROME: Kapten kapal persiaran mewah Costa Concordia yang karam Januari lalu Francesco Schettino, 52, boleh dijatuhkan hukuman penjara lebih 2,500 tahun jika disabitkan bersalah menyebabkan tragedi itu, meninggalkan kapal dan beberapa kesalahan menyebabkan kematian.

Tempoh hukuman itu dikira oleh akhbar Itali, yang menambah hukuman penjara yang dihadapi Schettino jika disabitkan bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap seorang daripada 300 penumpang dan krew yang ditinggalkan di atas kapal berkenaan ketika ia karam di perairan pulau Giglio pada malam 13 Januari lalu.

Schettino, dilaporkan melarikan diri dengan bot keselamatan dan menyaksikan usaha menyelamat dijalankan dari pantai. Schettino berdepan tambahan 15 tahun penjara jika disabitkan bersalah menyebabkan kematian dan 10 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.

Seramai 32 orang dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, yang berlaku ketika kapal berkenaan belayar terlalu dekat dengan pantai Giglio yang berbatu pada awal pelayaran ke Mediterranean.

Mahkamah di Florence kelmarin mendengar permohonan pendakwa dalam kes memindahkan Schettino, 52, dari dikenakan tahanan dalam rumah ke penjara.

Pendakwa berkata, ada risiko dia cuba melarikan diri atau menjejaskan bukti sebelum perbicaraannya bermula.

Namun, mahkamah turut mendengar hujah peguam Schettino, 52, yang memohon dia dibebaskan dari tahanan dalam rumah di Meta, Sorento dan dikenakan ikat jamin dan menegaskan anak guam tidak akan mengulangi kesilapan.

"Tidak mungkin dia melakukan jenayah lagi kerana buat masa ini mustahil dia diberi arahan mengemudikan kapal. Kami harap mahkamah akan membebaskannya," kata peguamnya, Salvatore Parascandola.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai perkara itu Khamis. – Agensi

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Proton rugi RM3.4b

Posted: 08 Feb 2012 12:30 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Semalam akhbar New Straits Times melaporkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa Proton Holdings telah kehilangan sejumlah besar simpanan tunainya dari nilai RM4 bilion kepada jumlah yang begitu rendah sebanyak RM600 juta untuk menampung kerugian syarikat.

Menurut Dr Mahathir, pembuat kereta nasional, Proton telah mengumpul RM4 bilion sepanjang tempoh khidmat Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sebagai CEO, tetapi jumlah tersebut telah menyusut ke paras RM600 juta sewaktu perkhidmatan penggantinya Datuk Mohammed Azlan Hashim.

Dr Mahathir juga menambah bahawa kerugian yang dialami juga disebabkan oleh penjualan MV Augusta kepada sebuah syarikat yang tidak dikenali bernama Gevi SpA pada tahun 2006 dengan harga 1 Euro, sungguhpun Proton telah membelanjakan lebih RM300juta untuk pegangan sebanyak 57%. Berikutan penjualan MV Augusta oleh Proton, BMW telah membayar 93 juta Euro atau RM446 juta pada waktu yang sama untuk pegangan satu pertiga dari MV Augusta.

Harley Davidson pula membeli baki pegangan MV Augusta untuk USD109 juta atau RM 360 juta pada waktu itu. Dalam kata lain, syarikat yang dijual oleh Proton pada harga 1 Euro atau RM4.80, telah dijual semula kepada BMW dan Harley Davidson pada harga berjumlah RM800 juta.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir, kejatuhan Proton adalah disebabkan pengurusan yang lemah.

Oleh yang demikian, DAP menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk untuk menyiasat salah urus Proton dan kerugian berbilion ringgit yang dialami sepanjang waktu ini, terutamanya kerugian berjumlah RM3.4 bilion dalam bentuk simpanan tunai. Ini adalah satu perkara serius, memandangkan Proton adalah pembuat kereta nasional.

Siasatan haruslah menentukan sama ada kerajaan boleh mengurangkan kerugian dengan menggulung syarikat Proton secepat mungkin, atau mengambil risiko kerugian yang lebih besar seperti yang terjadi dalam perjanjian MV Augusta. Ini adalah satu keputusan yang sangat penting yang mesti dikaji dalam siasatan tersebut kerana rakyat Malaysia pastinya tidak mahu Proton terus kerugian.

Siasatan juga mesti melihat sama ada Khazanah Nasional, badan pelaburan kerajaan Malaysia, mendapat harga yang baik apabila ia menjual pegangan 42.7% dalam Proton kepada DRB-Hicom Bhd. Khazanah telah menjual pegangannya pada harga RM1.3 bilion atau RM5.50 satu saham, iaitu separuh daripada nilai book value Proton iaitu RM9.81 satu saham dan juga nilai asal yang dibayarnya iairu RM8 satu saham. Sekali lagi, ini adalah satu contoh pengendalian buruk kerajaan yang mengakibatkan kerugian kepada pembayar cukai.

Salah seorang individu yang bertanggungjawab membina simpanan tunai Proton sehingga berjumlah RM4 bilion ialah Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff. Oleh yang demikian, kami mencadangkan supaya Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff menjadi salah seorang ahli panel siasatan memandangkan beliau lebih memahami isu tersebut.

Siasatan itu akhirnya mestilah mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kerugian yang begitu besar, dan langkah-langkah untuk membendung kerugian pada masa akan datang, terutamanya apabila membabitkan dana awam.

harakahdaily/-

NFC: Lagi aset mewah di Singapura

Posted: 08 Feb 2012 12:30 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Alamat

#08-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965

Hakmilik

Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga

S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli

27 Mei 2010

Pembiaya

United Overseas Bank Limited (UOB)

Alamat

#11-01

Marina Bay Suites

3 Central Boulevard

Singapore 018965


Hakmilik


Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail

Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh

(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)


Harga


S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575


Tarikh dibeli


27 Mei 2010


Pembiaya


Malayan Banking Berhad (Maybank)


Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato' Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

HARTA

JUMLAH (RM)

2 unit kondominium One Menerong


13,800,000

Mercedes Benz CLS 350 CGI


534,622

2 plot tanah PT1886 & PT1887 Presint 10, Putrajaya


3,363,507

1 unit kondominium Orchard Scotts


9,900,000

2 unit kondominium Marina Bay Suites


34,562,784


JUMLAH


62,160,913


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato' Seri Shahrizat Jalil dan Dato' Seri Najib Tun Razak:


1. Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?


2. Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?


3. Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?


Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

Penulis adalah Pengarah Startegi PKR

K'jaan diminta kawal promosi Hari Valentine

Posted: 08 Feb 2012 12:25 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Kementerian Penerangan digesa supaya mengawal promosi sambutan Hari Valentine di media demi menjaga moral masyarakat Islam.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berkata promosi yang berleluasa pada masa ini menunjukkan "seolah-olah kerajaan juga galak sambutan Hari Valentina."

Katanya, promosi berleluasa itu dibimbangi akan menggalakan orang Islam membuat sambutan dengan melakukan maksiat.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamaruzaman menjelaskan bahawa gesaan tersebut tidak bertujuan untuk menyekat sambutan di kalangan bukan Islam.

Satu memorandum berhubung usaha itu akan dikemukakan kepada menteri penerangan, Datuk Seri Rais Yatim pada hari Jumaat.

malaysiakini/-

NFC: Mengapa Najib takut dedah kepada rakyat?

Posted: 08 Feb 2012 12:22 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Sekiranya kerajaan Umno bertanggungjawab, kandungan perjanjian berkaitan dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mestilah didedahkan kepada pengetahuan rakyat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika benar seperti yang digambarkan bahawa keluarga (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abul Jalil) adalah pihak yang bertanggungjawab dan menggunakan dana tersebut untuk tujuan lain dari projek lembu di bawah NFC dan kerajaan Umno tidak bersalah sedikit pun, mengapa tidak didedahkan kandungan perjanjian tersebut?

"Apa yang kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) takut sangat?" beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengulangi desakan supaya dinyatakan adakah dana tersebut diluluskan mengikut peraturan kewangan.

"Hari ini kita didedahkan lagi tentang perbuatan menyalahgunakan dana untuk projek lembu itu bagi membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay.

"Semua itu tidak pelik jika benar dana dikeluarkan sejak 2008 lagi tetapi perjanjian khabarnya hanya dibuat pada bulan Mac 2010.

"Tetapi persoalan terbesarnya, adakah perjanjian tersebut tidak menghalang keluarga Shahrizat yang menerajui projek lembu NFC itu dari menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain termasuk membeli kondominium?" tanya Mahfuz.

Persoalan tersebut, tegas beliau, mesti dijawab oleh kerajaan Najib memandangkan pembelian kondominium itu dilaporkan dibuat pada bulan Mei 2010 manakala perjanjian mengenai dana tersebut dikatakan dibuat pada bulan Mac 2010.

"Penting untuk kerajaan Najib menjawab dari akaun mana wang untuk membeli kondominium itu diperolehi?

"Jika wang dikeluarkan dari akaun operasi projek lembu, adakah Jabatan Veterinar memberikan pengesahan untuk mengeluarkan wang membeli kondominium itu?

"Jika bukan dari akaun operasi, dari mana pula wang RM34.6 juta itu? Jika wang lain yang digunakan untuk membeli kondominium demi kondominium, itu tentu lebih menarik lagi," kata Mahfuz.

Beliau mengulangi penekanan, apa pun yang berbangkit dan apa jua perbelanjaan yang dibuat dari wang yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC itu, persoalan penting yang mesti dijawab segera oleh kerajaan Najib ialah adakah wang RM250 juta itu diluluskan mengikut peraturan.

"Rakyat sudah mendengar cerita pelik bahawa dana diberikan dahulu dan perjanjian dibuat dua tahun kemudian, perjanjian tidak ada jadual pembayaran, hanya syarikat sahaja yang menjadi penjamin kepada perolehan dana tersebut malah terlalu banyak perkara pelik yang dilaporkan berlaku.

"Amat tidak bertanggungjawab kerajaan Najib terus membisu ketika pendedahan demi pendedahan dibuat," kata Mahfuz.

Hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Beliau mendakwa, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi.

harakahdaily/-

Pas desak Jamil Khir perjelas isu wang Yayasan Taqwa

Posted: 08 Feb 2012 12:19 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pas mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi penjelasan mengenai wang perbelanjaan Yayasan Taqwa RM800,000 yang tidak dicatatkan dalam laporan tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Exco Dewan Pemuda Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, pendapatan Yayasan Taqwa berjumlah RM7.78 juta.

"Perbelanjaan bagi yayasan itu adalah sebanyak RM6.98 juta. Tetapi lebihan jumlah itu iaitu sebanyak RM800,000 tidak dilaporkan. Jadi kami ingin mendesak agar Datuk Seri Jamil menjawab ke manakah wang itu pergi?" kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini hari ini.

sinar harian/-

Jumlah Korban Runtuhan Kilang Di Pakistan Meningkat Kepada 21 Orang

Posted: 08 Feb 2012 12:15 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LAHORE: Lebih banyak mayat mangsa runtuhan bangunan kilang di sini telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan menyelamat menjadikan jumlah kematian akibat kejadian itu kepada 21 orang.

Jumlah itu termasuklah 16 orang wanita dan empat kanak-kanak.

Bangunan tiga tingkat itu yang merupakan kilang mengeluarkan pil haiwan runtuh dipercayai akibat letupan silinder gas Isnin lalu.

Jaber Hussain, salah seorang jurucakap pasukan penyelamat mengesahkan sehingga hari ini mereka telah berjaya mengeluarkan 21 mayat mangsa kebanyakannya wanita.

Pasukan menyelamat juga berjaya membawa keluar 17 mangsa hidup-hidup - iaitu tujuh lelaki, enam wanita dan empat kanak-kanak.

mstar/-

Kanak-kanak 18 bulan maut digilis kereta bapa

Posted: 08 Feb 2012 12:10 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang kelmarin.

Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.

"Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

"Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek," kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

- Bernama

Himpunan aman bantah pembunuhan rakyat Syria

Posted: 08 Feb 2012 12:00 AM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Satu perhimpunan aman akan diadakan di hadapan Kedutaan Syria di ibunegara Jumaat ini bagi membantah dan mengecam pembunuhan ke atas rakyat negara itu yang semakin meningkat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata perhimpunan aman itu akan berlangsung selepas solat Jumaat.

Katanya, mereka akan bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji atau masjid berdekatan dan kemudiannya berarak ke Keduataan Syria di Jalan U Thant.

Semalam, kata Nasrudin, enam anggota Majlis Keselamatan Negara Teluk (GCC) telah bertindak mengusir diplomat Syria dan memanggil pulang duta masing-masing di Damsyik ekoran kematian orang awam yang terus meningkat di negara itu.

"GCC dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Syria yang tidak bersenjata sejak demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad tercetus 11 bulan yang lalu.

"Saya menyeru kepada seluruh ahli PAS, NGO dan seluruh rakyat yang prihatin agar keluar beramai-ramai untuk berhimpun menyatakan solidariti kita bersama rakyat Syria yang tertindas," tambahnya.

Himpunan tersebut, kata Nasrudin, akan dipimpin oleh Pimpinan PAS, NGO dan aktivis masyarakat yang prihatin.

malaysiakini/-

2 warga Mynmar maut dalam kemalangan

Posted: 07 Feb 2012 11:30 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

IPOH - Dua warga Mynmanr terbunuh apabila motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kolimeter 1.5 Jalan Setiawan-Kg Acheh, Manjung di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Supritendan Mohamad Roy Hashim berkata, mereka yang terbunuh ialah pembonceng dikenali sebagai Mui Mg Mg, 25, namun penunggangnya belum dikenal pasti kerana tiada identiti ditemui pada mayat mangsa.

Mohamad Roy berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.40 malam tadi apabila mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Sitiawan ke Kampung Acheh merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

Ketua Pengarah DBP: Awang Sariyan ganti Termuzi

Posted: 07 Feb 2012 11:25 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dr Awang Sariyan telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa 1 Februari lalu.

Beliau menggantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz yang telah tamat perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah DBP pada 31 Januari yang lalu.

Jawatan tersebut telah disandang oleh beliau sejak 1 Februari 2009.

DBP dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan satu Majlis Serahan Tugas Ketua Pengarah telah diadakan pada 31 Januari yang lalu di Bilik Mesyuarat Tun Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar, Naib Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Pengarah-pengarah Jabatan dan juga Ketua-ketua Bahagian DBP.

Biodata ringkas Dr Awang

Prof. Dr. Awang bin Sariyan ialah Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Republik Rakyat China, yang berpangkalan di Beijing. Foreign Studies University, Beijing (Januari 2008 – Julai 2011).

Sebelumnya beliau merupakan Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putera Malaysia dan Profesor Bahasa di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, selain pernah menjadi tenaga akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, universiti Brunei Darussalam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau pernah dua kali menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt Jerman dan beberapa kali di Universiti Sumatera Utara, Indonesia.

Beliau turut dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura sejak tahun 1992 dan telah membentangkan kira-kira 200 syarahan, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja di dalam dan di luar negara (termasuk Australia, Belanda, Brunei Darussalam, Indonesia, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka dan Thailand). Tulisannya meliputi lebih 60 judul buku dan ratusan makalah.

Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia (2000 – 2008), Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Anggota Perwakilan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Eksekutif Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Antara hadiah dan anugerah yang pernah diperolehnya termasuklah Hadiah Persuratan Sambutan 10 Tahun UKM, Anugerah Khidmat Cemerlang DBP, Hadiah bahasa PLM-Public Bank, hadiah dua Dekad UPM, Anugerah Tinta Kencana (kategori Makalah Ilmiah), Pengiktirafan Siswazah Cemerlang Sambutan 35 tahun UKM dan Kesateria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong.

harakahdaily/-

Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan pada Jun

Posted: 07 Feb 2012 11:15 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BAHARU - Pameran 1,000 senjata tradisional Kelantan anjuran Perbadanan Muzium Negeri Kelantan pada Jun ini bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Pengarah PMNK Abdul Rahman Abdullah berkata pemeran seminggu itu, yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Sejarah dan Seni Warisan Purba Negeri Kelantan (Purba) di Muzium Negeri, dijangka menarik 10,000 pengunjung sempena Tahun Melawat Kelantan 2012.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Pameran Kebudayaan Warisan Cina Kelantan di sini hari ini, beliau berkata pemeran itu adalah antara tujuh program anjuran PMNK sepanjang tahun ini untuk menarik pelancong ke Kelantan.

Antara bahan pameran itu nanti ialah senjata seligi, yang diperbuat daripada batang nibong diruncingkan, untuk dijadikan senjata melawan musuh pada zaman dahulu.

Peminat sejarah dan seni warisan yang memiliki artifak lama juga diminta turut menyertai pameran itu.- Bernama

15,000 penduduk terputus gas memasak

Posted: 07 Feb 2012 11:00 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

OSMAN menunjukkan stor simpanan tong gas yang kosong di sebuah premis di Felda Lepar Utara 3, Jerantut semalam.

JERANTUT – Lebih 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara di sini menghadapi kesukaran untuk memasak selepas bekalan gas memasak di kawasan tersebut terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada kekurangan bekalan gas memasak dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas memasak ke kawasan itu dengan jumlah yang kecil.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal bermula Disember tahun lepas.

"Bekalan gas memasak daripada pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir dihantar ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini.

"Kita memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak tetapi mereka enggan berbuat demikian kerana di luar kawasan operasi mereka," katanya di sini semalam.

Peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, pula berkata, masalah bekalan gas memasak terputus turut menjejaskan pendapatan peniaga kedai makanan di kawasan itu.

"Peniaga terpaksa menghentikan operasi mereka berikutan ketiadaan bahan api itu di pasaran," katanya.

Sementara itu peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, dia terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut yang terletak sejauh 80 kilometer dengan Gugusan Felda Lepar Utara.

"Harga satu tong gas seberat 12 kilogram dijual RM23.50 tetapi ia melambung kepada RM24.70 satu tong akibat kekurangan bekalan dan ia menyusahkan penduduk di sini," katanya.

kosmo/-

Calon: PAS belum buat keputusan muktamad

Posted: 07 Feb 2012 10:50 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS belum membuat keputusan muktamad tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti.

Oleh itu, sehingga kini belum putus lagi sama ada Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan bertanding di Johor atau kekal di Kelantan.

"Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat.

"Ini kerana, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya diputuskan setelah pilihan raya selesai dan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya tersebut," kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, pihak media khasnya Sinar Harian tidak sepatutnya membuat spekulasi siapa bakal menjadi MB Johor sebagaimana laporan mereka hari ini.

"Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor," kata beliau.

harakahdaily/-

PKR dakwa keluarga Shahrizat beli dua lagi kondo

Posted: 07 Feb 2012 10:48 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Katanya, pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut, yang didakwanya sebahagian daripada dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Rafizi (dua dari kiri) berkata kondominium berkenaan, yang terletak di tingkat 8 dan 11, didaftarkan di bawah nama suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya dan pengarah eksekutif NFC, Wan Shahinur Izran Salleh.

"Tingkat 8 telah dibeli melalui pinjaman dari Bank UOB bernilai S$7.114 juta (RM17.205 juta) manakala yang satu lagi - bernilai S$7,177 juta (RM17.357 juta) - adalah dari pinjaman Maybank," katanya.

"Pembelian tersebut dibuat pada bulan Mei 2010," kata Rafizi dalam satu pendedahan terbarunya.

Sebelum ini, didedahkan bahawa keluarga Shahrizat telah membeli kondominium mewah yang lain di Anthony Road Orchard Scotts di Singapura, juga pada tahun 2010.

Rafizi berkata ekoran pendedahan terbaru ini, maka jumlah pembelian yang didakwanya dikaitkan kepada pinjaman NFC, mencecah RM62 juta.

Ini termasuk dua unit di One Menerung, Bangsar, sebuah kereta Mercedes Benz, dua plot tanah di Putrajaya, sebuah kondo di Orchard Scotts dan kini dua lagi kondo di Marina Bay Suite.

malaysiakini/-

PAS Titiwangsa terus berbakti walau tanpa MP

Posted: 07 Feb 2012 10:30 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Komitmen PAS Titiwangsa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai tidak pernah padam walaupun selepas kematian Ahli Parlimennya (MP), Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali pada Julai tahun lalu.

Tanpa wakil rakyat, PAS Titiwangsa dilihat tidak tenggelam dalam mengenengahkan isu-isu penduduk di Parlimen tersebut khususnya isu pemilikan hartanah Kampung Baru yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.

Selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo', Parlimen Titiwangsa dijadikan 'parlimen angkat' oleh tiga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Mereka bertiga bertanggungjawab memantau perkembangan di Titiwangsa termasuk meneruskan perjuangan Allahyarmuha Dr. Lo' Lo' membawa suara penduduk Kampung Baru ke Dewan Rakyat.

Organisasi PAS Titiwangsa dimantapkan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru dipastikan terus berperanan sebagai tempat rujukan penduduk di parlimen itu.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad diamanahkan sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa, ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Mohd Yusoop Abd Hamid sebagai Pengurus Pusat Khidmat dan di bawahnya ketua pemuda dan muslimat serta setiausaha perhubungan Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohd Yusoop atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Yusoop, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru tidak pernah sunyi menerima kedatangan orang ramai atas pelbagai urusan.

Sehubungan itu, pejabatnya beroperasi seperti biasa dan dijaga oleh petugas tetap setiap hari.

"Pusat khidmat masih beroperasi seperti biasa dan orang ramai datang seperti biasa bagi mendapatkan bantuan seperti mendapatkan pengesahan borang-borang tertentu walaupun tanpa wakil rakyat di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau juga berkata, wakil-wakil di empat zon iaitu Pandan, Dato Keramat, Desa Rejang dan Kampung Baru masih komited dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hasil hubungan yang baik dengan Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' dahulu.

"Setiap zon masih aktif dengan program masing-masing malah semakin rancak.

"Wakil bukan Islam pun masih setia bersama PAS dan banyak membantu dalam menyalurkan maklumat mengenai masalah-masalah orang bukan Islam di parlimen ini," katanya.

Tambahnya, PAS Titiwangsa juga meningkatkan fokus terhadap program pendaftaran pemilih dengan membuka kaunter semakan dan pendaftaran pemilih pada setiap hujung minggu secara bergilir-gilir mengikut zon.

Selain itu, PAS Titiwangsa juga menjadikan program Sebersih iaitu pemberian bantuan barang keperluan dapur sebagai program berkala di setiap perumahan awam (PPR) yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

"PAS bekerjasama dengan sebuah NGO menjalankan program Sebersih kepada golongan memerlukan kebanyakannya di PPR.

"Di kawasan Titiwangsa banyak PPR yang perlu diberi perhatian, jadi memerlukan komitmen yang tinggi dari sudut tenaga dan kewangan," katanya.

Isu PPR agenda penting selain Kampung Baru

Cikgu Yusoop berkata, masalah pemilikan PPR masih menjadi masalah utama di kalangan penduduk walaupun isu ini telah berkali-kali dibawa kepada kerajaan.

Kebanyakan penduduk masih menyewa dan tidak mampu memiliki unit sendiri kerana harganya yang tinggi.

(Gambar: Petugas Pusat Khidmat Masyarakat MP Titiwangsa menerima aduan rakyat.)

"Isu Kampung Baru memang PAS ada sekretariat sendiri tanpi selain itu isu PPR masih menjadi masalah utama dan kita sering terima aduan.

"Contohnya di Desa Rejang, penduduk dipindahkan ke PPR dari flat Pekeliling yang kononnya untuk dibangunkan tapi sehingga hari ini masih belum selesai," katanya.

Beliau juga berkata, peniaga di Dato Keramat juga membuat aduan mengenai perniagaan kian merosot setelah berpindah ke Keramat Mall.

Selain tempat yang tidak strategik, DBKL juga mengenakan sewa yang mahal.

"Peniaga barang basah di Keramat Mall mengadu perniagaan mereka bermasalah.

"Tempat tak strategik dan reka bentuknya juga kurang sesuai untuk jualan barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran," katanya sambil menambah, peniaga lebih selesa berniaga di Pasar Keramat yang mempunyai kedudukan yang strategik iaitu berhampiran stesen LRT dan masjid.

Perbezaan sebelum dan selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo'

Meskipun PAS Titiwangsa tetap aktif selepas ketiadaan Allahyarhamuha, Cikgu Yusoop tidak menafikan Allahyarhamuha memiliki kelebihan tersendiri yang sukar dicari ganti.

"Memang Allahyarhamah mempunyai sentuhan peribadi yang berbeza dengan masyarakat.

"Sampai sekarang pun orang ramai yang biasa berurusan dengan dia akan cakap mereka rasa kehilangan dan mahukan wakil rakyat seperti itu," katanya.

Tambah beliau, selepas pemergian Allahyarhamuha, PAS Titiwangsa mengalami sedikit kesukaran berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tiada suara yang kuat.

"Hubungan dengan DBKL susah sikitlah sekarang ini sebab kita tak ada suara yang kuat untuk berbicang dengan DBKL.

"Kalau dulu Allahyarhamah berurusan terus dengan DBKL, kalau nak minta khemah ke peralatan untuk program senanglah," katanya lagi.

Namun begitu katanya, perkara itu bukanlah satu halangan untuk PAS Titiwangsa bekerja kuat bagi mempertahankan kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13.

harakahdaily/-

Ferrari RM100 juta

Posted: 07 Feb 2012 08:00 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga �20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.

Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga �15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga �370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga �20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak �4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

Kereta yang bernombor plat 5095 itu dilengkapi enjin V12 dan mampu mencapai kelajuan 287 kilometer sejam.

Harga baru kereta itu pada 1963 ialah �6,000, sama harga dengan sebuah rumah berkembar pada 1960-an. Ferrari 250 GTO itu kini adalah kereta kedua termahal di dunia selepas kereta Bugatti keluaran 1936 yang dijual pada harga �26 juta pada 2010. - Agensi

‘Geliga’ Profesor B

Posted: 07 Feb 2012 07:40 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberapa pengusaha produk kosmetik untuk mendapatkan keuntungan.

Selain mendakwa dia saintis berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lelaki itu juga memberitahu di dalam tubuhnya tertanam cip khas menyebabkan dia sentiasa menjadi buruan banyak pihak yang ingin menggunakan kepakarannya.

Berbekalkan semua dakwaan palsu itu, lelaki terbabit yang berusia 60 tahun meyakinkan mangsa untuk membeli secara pukal produk kosmetik yang kononnya dihasilkan daripada formula istimewa ciptaannya.

Akibatnya, seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia kerugian RM300,000 selepas bersetuju membeli produk daripada lelaki terbabit yang mereka gelar Profesor B.

Menurutnya, lebih mengejutkan, selepas aduan polis dibuat, Profesor B disahkan memiliki rekod jenayah dan namanya berada dalam senarai individu dikehendaki kerana terbabit kes tipu.

metro/-

Lynas: SLC sokong penuh Himpunan Hijau 26 Feb

Posted: 07 Feb 2012 07:30 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

KUANTAN, 8 Feb: Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition – SLC) menyokong penuh seruan Himpunan Hijau 2.0 yang bakal diadakan pada 26 Februari ini pukul 9.30 pagi di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini.

Menurut Pengerusi SLC, Andansura Rabu program tersebut mesti disokong memandangkan matlamat Himpunan Hijau 2.0 ialah untuk menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan yang berjuang untuk kesejahteraan, kelestarian dan keadilan terhadap alam sekitar selaras dengan Piagam Bumi (Earth Charter).

Menurutnya, mengambil kira ancaman serius terhadap alam sekitar yang bakal terhasil jika kilang Lynas beroperasi kelak, sekretariat Himpunan Hijau memutuskan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 dengan menjadikan matlamat mendesak penutupan operasi Lynas di Malaysia sebagai perjuangan yang utama Himpunan Hijau buat masa ini.

Justeru itu, katanya SLC amat menghargai sokongan padu dari sekretariat Himpunan Hijau dan akan menggerakkan semua ahli-ahli lebih 20 NGO di bawah gabungannya untuk menjayakan himpunan tersebut.

Menurut sekretariat Himpunan Hijau, Seet Ping masanya sudah tiba untuk segenap lapisan masyarakat di negeri Pahang untuk bangun menyuarakan bantahan mereka demi masa depan anak-anak mereka.

Pandangan beliau dikongsi oleh Clayment Chin yang merupakan aktivis masyarakat dalam isu ini yang mengatakan sudah tiba masanya rakyat mengajar kerajaan yang memerintah agar menghormati hak-hak rakyat dan kemahuan mereka.

Rakyat harus diberikan kebebasan untuk menolak sebarang projek yang bakal mengundang masalah kepada generasi akan datang walaupun tiada kesan pada masa sekarang.

harakahdaily/-

SPR jangka Parlimen bubar awal Mei 2012

Posted: 07 Feb 2012 07:25 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Jawatankuasa Pilihan Khas PSC selesai cadangan April

PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu sama ada pada Mei atau Jun.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya (PSC) hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangan ke Dewan Rakyat untuk dilaksanakan SPR pada April depan.

Justeru, Abdul Aziz berkata, beliau berharap Perdana Menteri memberikan tempoh beberapa bulan kepada Ahli Panel SPR berbincang dan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya seperti dicadangkan oleh PSC.

berita harian/-

Warga emas sesat semalaman di Bukit Larut

Posted: 07 Feb 2012 07:25 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Mangsa, Jaswant Singh, 73 dijumpai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Taiping pada jam 10 pagi dalam keadaan lemah selepas semalaman terperangkap di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, Jaswant telah menghubungi sendiri Balai Bomba dan Penyelamat Taiping setelah menyedari dia tersesat semsa mendaki bukit berkenaan.

"Jaswant telah menghubungi sendiri Balai Bomba dan Penyelamat Taiping ada jam 8.06 malam untuk meminta bantuan setelah gagal menemui jalan keluar daripada kawasan bukit itu.

"Seramai 21 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi mencari telah dimulakan sebaik sahaja pasukan bomba tiba di sana," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Hasna, operasi mencari terpaksa ditangguhkan seketika berikutan keadaan sekeliling lokasi kejadian semakin gelap dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Katanya, operasi disambung kembali pada awal pagi semalam menggunakan bantuan dua anjing pengesan daripada Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

"Jaswant ditemui di sebuah kawasan yang berjarak tiga kilometer daripada kaki Bukit Larut dalam keadaan lemah dan terpaksa dipapah keluar daripada lokasi berkenaan.

"Kami turut berterima kasih kepada 10 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 12 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang telah turut membantu operasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar menggunakan trek yang telah disediakan untuk mendaki Bukit Larut bagi mengelakkan risiko tersesat dalam kawasan bukit itu.

"Potensi untuk tersesat adalah lebih tinggi jika menggunakan jalan pintas kerana berdasarkan pengalaman saya, kebanyakan mereka yang menggunakan jalan pintas tidak dapat mengecam kawasan sekitar, menyebabkan mereka tersesat," katanya.

sinar harian/-

Amerika tutup kedutaan di Syria

Posted: 07 Feb 2012 07:00 PM PST

15 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Perancis, Britain turut panggil pulang duta ekoran pergolakan

WASHINGTON: Amerika Syarikat semalam menutup kedutaannya di Syria dan membawa keluar kakitangannya, termasuk duta Robert Ford berikutan kebimbangan terhadap keselamatan, kata Jabatan Negara semalam.

Pada masa sama, Perancis dan Britain memanggil pulang duta masing-masing berikutan pergolakan di negara itu.

"Amerika Syarikat menangguhkan urusan di kedutaan kami di Damsyik sejak 6 Februari. Duta Ford dan semua kakitangan Amerika Syarikat dibawa pulang ke tanah air," kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Duland dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 5,400 orang dibunuh dalam operasi selama 11 bulan kerajaan Syria terhadap penunjuk perasaan, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pihak berkuasa Syria menyalahkan keganasan itu terhadap kumpulan bersenjata dikaitkan dengan Al-Qaeda dan berkata lebih 2,000 askar dan polis dibunuh.

Kenyataan Nuland dibuat ketika tentera Syria melancarkan satu serangan ke atas Homs. Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh sehingga semalam, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

"Keganasan terbaru termasuk pengeboman di Damsyik pada 23 Disember dan 6 Januari meningkatkan kebimbangan bahawa kedutaan kami tidak lagi dilindungi daripada serangan bersenjata," kata Nuland.

Kerajaan Syria gagal memberi maklum balas sebaiknya terhadap kebimbangan keselamatan Amerika Syarikat itu, katanya.

Jurucakap terbabit berkata, bahawa Ford meninggalkan Damsyik tetapi masih lagi kekal sebagai duta Amerika Syarikat ke Syria dan penduduknya.

"Sebagai wakil presiden, beliau akan meneruskan kerjanya dan bekerjasama dengan penduduk Syria sebagai ketua kepada pasukan Syria kami di Washington," katanya.

Sementara itu, Perancis memutuskan untuk menarik balik dutanya dari Syria, berikutan pertumpahan darah berterusan menentang kebangkitan menggulingkan pemerintahan Bashar al-Assad.

"Kami memulakan perbincangan dengan rakan kongsi kami di Brussels untuk mengenakan sekatan sekali lagi," kata Bernard Valero.

Britain turut memanggil semula dutanya ke Syria bagi perbincangan dalam protes berikutan regim meneruskan keganasan terhadap penunjuk perasaan, kata Setiausaha Luar, William Hague.

Dalam satu kenyataan kepada Parlimen selepas Russia dan China mengenakan kuasa veto bagi satu resolusi Majlis Keselamatan PBB, Hague berkata bahawa beliau memanggil semula wakil Syria ke London berikutan situasi bantahan di Syria. – Agensi

Peghelih La...

Posted: 07 Feb 2012 11:25 PM PST

Peghelih La...


Pemuda PAS mahu k'jaan juarai kempen anti Hari Kekasih

Posted: 07 Feb 2012 11:43 AM PST

Pemuda PAS hari ini menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Timbalan ketuanya Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari, lapor dpa.

Pada 2005, pihak berkuasa agama memutuskan Hari Kekasih tidak bersesuaian dengan Islam ekoran tingkah laku berkaitan pada hari itu serta mempunyai elemen Kristian.

"Saban tahun, kami menyertai perbagai NGO Islam untuk menyampaikan kesedaran bahawa merayakan Hari Kekasih bertentangan dengan Islam," anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat itu dipetik sebagai berkata.

Tawaran Negara Berkebajikan PAS: Agenda 6

Posted: 07 Feb 2012 12:17 AM PST


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 07 Feb 2012 09:33 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


JAMUAN DANA PILIHANRAYA DUN MAHARANI 2012

Posted: 07 Feb 2012 09:59 AM PST

MAJLIS JAMUAN DANA PILIHANRAYA DUN MAHARANI
SABTU 4 FEBRUARI 2012

JAM 4.00 PETANG DI KEDAI MAKAN MOHD AMIN
DI SIMPANG JALAN DATO' KOSAI-JALAN PARIT BAKAR MUAR

 


 

 Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Maharani telah mengorak awal dalam persediaan menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sekarang. Pengarah MTD Maharani,Sdr Abu Bakar Ismail, dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasanya telah menganjurkan Jamuan Khas untuk mengumpulkan dana  sebagai persediaan pilihanraya.

Jamauan Dana Pilihanraya ini diadakan untuk 400 orang penyumbang yang menderma RM20.00 seorang.Sambutan sangat menggalakkan dengan sokongan daripada masyarakat Tionghua. Tetamu Kehormat pada petang tersebut ialah Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia. Beliau merupakan putera kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, YAB Menteri Besar Kelantan.Beliau disambut oleh YB Dr Mohammad Taslim selaku Tuan Rumah. Kehadiran YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong dan dua orang Ahli Yang Berhormat daripada DAP, YB Er Teck Hwa, Ahli Paelimen Bakri, dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan dan isteri serta Sdr Yatin Sarpan, Ketua Keadilan Caabang Muar. Ustaz Abu Bkar Lajat selaku YDP PAS Muar dan Tn Hj Malik Md Diah, Penyelaras PAR Sg Balang.


 
 YB Gwee dan isteri disambut oleh YB Dr Mohammad Taslim.


 
YB Er Teck Hwa dan YB Gwee Tong Hiang menyerikan majlis.

 

Petugas muslimat PAS tidak ketinggalan maebantu.




Kehadiran Ustaz Hj Hasbullah, Mudir Maahad Tahfiz At-Tanwiriah,memeriahkan majlis.



Keakraban pemimpin Pakatan Rakyat jelas terbayang.



YB Dr Sheikh Ibrahim bersama Ustaz Abu Bakar.


Kehadiran Ustaz Nik Abduh membawa berkat.


Ustaz Nik Abduh bersama YB Er, Sdr Faizul Salleh, Ketua Pemuda PAS Muar
danTn Hj Malik, Penyelaras PAR Sg Balang.


Ucapan alu-aluan YB Dr Mohammad selaku Tuan Rumah.


Jamuan beriani kambing tersedia


Ini bukan roket tetapi pengukus nasi kepunyaan tukang masak,Sdr Jani.

 

Nasi dah masak !


Kukus nasi ini seperti roket yang akan pergi ke bulan !
 


Di belakang tabir : Sdr Jani, the Chef bersama Pengarah MTD  Maharani,Sdr Abu Bakar.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 07 Feb 2012 09:26 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ijtimak Tarbawi Kawasan Pasir Salak : Moh beramai-ramai

Posted: 07 Feb 2012 07:33 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Feb 2012 09:09 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Senawang

Posted: 07 Feb 2012 07:24 PM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Masa : Mula jam 8 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Sport Planet , Senawang
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Johan RM800 + Medal
Naib Johan RM500 + Medal
Ke3 RM300 + Medal
Ke4 Saguhati + Medal

Tempat terhad. Tinggal beberapa penyertaan sahaja lagi untuk cukupkan 32 pasukan.

Sila hubungi segera Syukur 013-2124086

Anjuran : Budak Mudo Geng Kito Rembau dan Belia Alamanda

Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 01:37 AM PST



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 01:36 AM PST



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

KEJOHANAN FUTSAL di Jempol 12 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 12:09 AM PST



KEJOHANAN FUTSAL
12 Feb 2012, Ahad
Masa : 8 pg – 6 ptg
Tempat : Gelanggang Futsal Galaxy, Batu Kikir, N.Sembilan

Johan : RM700 + medal
Naib : RM500 + medal
Ke3 : RM300 + medal
Ke4 : RM100 + medal

Yuran RM80 (makan tengahari percuma)

Hubungi :
013-2553657 Badri
019-7534225 Hakam

Anjuran : Orang Muda Geng Kito Muassasah Darul Syarif

Us Rozali Mohamad 11 Feb 2012 Tmn Pinggiran Senawang

Posted: 06 Feb 2012 11:12 PM PST



CERAMAH MAULIDUR RASUL
Oleh Ustaz Rozali Mohamad
Tempat : Surau At Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

Rembau Hari Ini

Posted: 07 Feb 2012 07:38 PM PST

Rembau Hari Ini


Kejohanan Futsal 12 Feb 2012 di Senawang

Posted: 07 Feb 2012 07:25 PM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Tarikh : 12 Februari 2012 (AHAD)
Masa : Mula jam 8 pagi
Tempat : Gelanggang Futsal Sport Planet , Senawang
Yuran : RM 50/pasukan

Hadiah :
Johan RM800 + Medal
Naib Johan RM500 + Medal
Ke3 RM300 + Medal
Ke4 Saguhati + Medal

Tempat terhad. Tinggal beberapa penyertaan sahaja lagi untuk cukupkan 32 pasukan.

Sila hubungi segera Syukur 013-2124086

Anjuran : Budak Mudo Geng Kito Rembau dan Belia Alamanda

Us Rozali Mohamad 11 Feb 2012 Tmn Pinggiran Senawang

Posted: 06 Feb 2012 11:15 PM PST

CERAMAH MAULIDUR RASUL
Oleh Ustaz Rozali Mohamad
Tempat : Surau At Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Feb 2012 07:32 PM PST

PAS Kawasan Miri


Perniaga Islam Pun Kena Ada Sijil Halal?

Posted: 07 Feb 2012 09:07 AM PST

Perlukah Perniaga Islam Dapatkan Sijil Halal?
Baru-baru ini pihak Jakim mengeluarkan kenyataan, mulai 1 Jan, tahun 2012, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) saja boleh digunakan dan diiktiraf. Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata "Ini bermakna bahawa premis makanan, hotel dan lain-lain, yang sebelum ini, telah menggunakan logo halal, yang tidak dikeluarkan oleh Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana logo yang sedia ada adalah tidak sah selepas 1 Januari 2012."

Ini adalah susulan kepada penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011, Akta yang diluluskan oleh Parlimen pada bulan Julai, dan yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Nov, pada tahun yang lalu.

Kita ingin mengetahui, adakah pihak Jakim sentiasa memantau premis makanan, hotel dan lain-lain, yang sebelum ini menggunakan logo halal yang tidak dikeluarkan oleh Jakim, perlu membuat permohonan baru kerana logo yang sedia ada, adalah tidak sah selepas 1 Januari.

Adakah logo halal ini juga wajib keatas premis orang Islam yang berniaga makanan dan juga mereka yang menjalankan katering? Kalau syarat ini diperlukan oleh perniaga Islam, maka pihak Jakim perlu mengeluarkan surat arahan kepada semua operator makanan Islam di seluruh negara agar memohon sijil logo halal supaya mereka juga dapat bersaing untuk mendapatkan tender kerajaan.

Untuk mendapatkan sijil halal bagi perniagaan Islam saja memerlukan kos yang agak tinggi dan apakah ini semua perlu bagi perniaga Islam?

Kami ada mendengar rungutan dari operator makanan orang Islam yang mengatakan mereka tidak mendapat tender penyediaan makanan dari pihak kerajaan disebabkan mereka tidak memiliki sijil halal.

Mengapa orang Islam sendiri perlu ada sijil halal, sedangkan ramai umat Islam yakin yang operator makanan orang Islam, sudah semestinya halal tanpa rasa was-was kalau dibandingkan dengan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam.

Untuk mendapatkan sijil halal bagi perniagaan Islam saja memerlukan kos yang agak tinggi dan apakah ini semua perlu bagi perniaga Islam?

"Mengapa ada sesetengah pihak dalam kementerian kerajaan meragui kebersihan dan kehalalan makanan yang disediakan oleh umat Islam sendiri, sedangkan operator makanan orang bukan Islam pula mendapat tender dari kerajaan disebabkan mereka memiliki sijil halal?" rungut mereka lagi.

Adakah dengan mendapat sijil halal, pihak Jakim yakin sepenuhnya selepas itu semuanya makanan tersebut terjamin bersih dan halal? Adakah Jakim sentiasa memantau dan mengadakan pemeriksaan mengejut ke setiap premis makanan dan hotel yang memiliki sijil tersebut?

Inilah persoalan yang perlu diberi perhatian oleh Jakim, agar jangan berlaku, penyelewengan atau penyalahgunaan dalam isu pengeluaran sijil halal.

Kita menyarankan agar pihak Jakim mengeluarkan senarai nama-nama permis / operator makanan bukan Islam yang menggunakan sijil halal (tanda logo yang baru) untuk kemudahan masyarakat Islam.

Harap perkara ini diberi perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib, agar kita tidak mudah tertipu dengan sijil halal yang digunakan oleh pihak tertentu yang mengelirukan, semata-mata untuk mendapat keuntungan tanpa memikir pantang larang (halal/haram) dalam agama Islam.

Kita mendesak pihak Jakim agar kerap melakukan pemeriksaan mengejut keatas premis makanan yang telah diberi sijil halal agar mereka ini betul-betul patuh dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Semua ini adalah untuk mengawal serta menjaga keselamatan pengguna dari segi kesihatan dan juga menjaga kebersihan dalam penyediaan makanan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Semoga apa yang kita makan itu halal serta dijamin kebersihan agar kita mendapat makanan yang sihat untuk badan kita.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
Should Muslim businesses get Halal Certificate?
Recently, the Jakim issued a statement, from Jan 1, 2012; only Halal logo issued by the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) should be used and recognized. According to the Minister of Domestic Trade, Cooperatives and Consumer Affairs, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob said"This means that food premises, hotels and others, who previously had to use the halal logo, which is not issued by Jakim, must make a new application for the existing logo is not valid after January 1, 2012."

This is due to the enforcement of the Trade Descriptions Act 2011, Act passed by Parliament in July, and which will come into force on 1 Nov, last year.

We want to know, whether the Jakim constantly monitoring food premises, hotels and others, who previously did not use the halal logo issued by Jakim, to make new applications for existing logo, is not valid after January 1, 2012.

Is halal logo is also required on the premises of Muslim foods business, and also those who carry out catering?

If this condition is required by Islamic businesses, then the Jakim should issue a directive to all Muslim food operators throughout the country to apply for halal certification logo so that they can compete for government tenders.

To obtain halal certification for Islamic business requires a relatively high cost, and what this all should be for Muslim businesses?

We have heard complaints from Muslim foods operators who say they do not get the catering tender from the government because they do not have halal certification.

Why are the Muslims themselves need to have halal certification, while many Muslims believe that Muslim foods operators, of course halal without doubts if compared with food prepared by non-Muslims.

"Why are some people in government ministries doubted the cleanliness and halal food prepared by the Muslims themselves, while the non-Muslim foods operators, received tenders from the government because they have a halal certificate?" their grumbled again.

Will, with a halal certificate, the Jakim fully confident after that all the food is guaranteed clean and halal? Do Jakim constantly monitor and make spot checks to each food premises and hotels that have the certificate?

These are questions to be answered and considered by Jakim, so that should not happen, the issue of fraud or abuse in the issuance of halal certificates.

We suggested that the Jakim released a list of names of premises / non-Muslim food operators who use the halal certificate (new logo sign) for the benefit of the Muslim community.

Hope that this matter be given serious attention by the authorities, so we do not easily fooled by halal certificate used by certain quarters to confuse, just to make a profit without think of restrictions (halal / prohibited) in Islam.

We urge the Jakim so often do spot checks on food premises that have been certified halal, so that they are totally compliant with the conditions, which have been set. All this is to control as well as safety of consumers in terms of health and hygiene in food preparation for all regardless of race and religion.

Hopefully, what we eat is halal as well as hygiene guaranteed, so that we get healthy food for our bodies.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 07 Feb 2012 07:23 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


PRU-13...Akhir Mei, Jun ?

Posted: 07 Feb 2012 05:59 AM PST

parlimen
Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Spekulasi terbaru Parlimen akan dibubarkan pertengahan bulan ini kemungkinan besar akan meleset kerana sidang sesi Mac-April dijadual akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, 12 Mac ini.

Ahli-ahli Parlimen sudah menerima notis sidang Dewan Rakyat akan berlangsung selama sebulan mulai 12 Mac ini.


"Ya, kami sudah menerima makluman bahawa sidang Parlimen akan dirasmikan pada 12 Mac," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin kepada Sinar Harian Online.


"Kami menerima notis minggu lepas. Ya, boleh dikatakan Parlimen tidak dibubarkan, tetapi bila tarikh pembubaran, hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu," kata Ahli Parlimen Kinabatangan ini.


"Tidak mungkin, tidak mungkin akan dibubarkan ketika Parlimen sedang bersidang, (jika dibubarkan), ia akan menyusahkan semua pihak... saya rasa (tarikh pembubaran) masih jauh," kata beliau mengulas lanjut spekulasi terbaru bahawa Parlimen akan dibubarkan bulan ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.


Perkara yang sama disahkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.


Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, mengambil kira perkara itu, tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan dalam waktu terdekat.


"Kami, ahli-ahli Parlimen juga telah diminta mengemukakan senarai soalan lisan sebelum 17 Februari ini," katanya ketika dihubungi.


Meskipun kedua-dua wakil rakyat itu berkeyakinan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan sebelum April ini, tetapi ia bukan petanda muktamad tidak akan ada pembubaran sama sekali.


Parlimen pernah dibubarkan ketika masih bersidang pada tahun 1999.


Selepas sidang Dewan Rakyat selama sebulan bermula 12 Mac ini, Dewan Negara dijadual akan bersidang selama dua minggu.


Bung Moktar menambah, pada pandangan beliau tidak ada keperluan untuk membubarkan Parlimen buat masa sekarang.


"Saya tidak nampak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya sekarang, Datuk Seri Najib Razak ada banyak perkara yang hendak dilaksanakan, beliau perlukan masa," kata beliau lagi.


Ketika bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu Khamis lalu, Najib berkata, PRU13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.


Mandat semasa akan berakhir April 2013.


Najib berkata, masa untuk mengadakan PRU13 bergantung kepada banyak factor, namun ia boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.


"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada BN," katanya mengulas desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu ini untuk memberi ruang kepada PRU13.


Mahfuz menambah, beliau yakin PRU13 tidak ada diadakan dalam waktu terdekat memandangkan ada beberapa isu semasa belum selesai sepenuhnya dan BN memerlukan masa untuk menyelesaikannya.


Katanya, ini termasuklah isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan skim Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang disemak semula.


"Manakala urusan pengagihan wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya akan selesai pertengahan April, jadi saya fikir BN memerlukan masa yang sesuai untuk memanggil pilihan raya umum," katanya lagi.


Katanya, mengambil kira perkembangan ini, pihaknya meramalkan PRU13 paling cepat akhir Mei atau Jun.

Tukar Papan Tanda...Tukar Kerajaan...!

Posted: 07 Feb 2012 12:15 AM PST

DUNGUN, 7 Februari Selasa -  Jalan Haji Zainal Abidin yang merentangi bandar Dungun di sini tidak akan siap kerana kontraktor pembinaannya dilaporkan telah 'melarikan diri' akibat wang kos pembinaannya telah habis.

Menurut  ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa mengambil tugas kontraktor terbabit dan melakukan kerja-kerja pembinaan secara berdikit-dikit.

Oleh kerana jalan tersebut mengalami kerosakan yang teruk, beliau menyarankan supaya papan tanda yang diletakkan oleh JKR 'Awas Jalan Rosak Di Hadapan' ditukar kepada 'Awas Jalan Hancur Di Hadapan'.

baca artikel penuh...di sini.



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Feb 2012 03:36 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SYABAS! KHIR TOYO TERLIBAT ?

Posted: 06 Feb 2012 08:07 PM PST

Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin mendakwa, ini kerana Umno tidak melindunginya ketika dituduh di mahkamah - layanan yang didakwa berbeza dengan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).

"Khir kecewa perkara yang sama tidak dilakukan ke atasnya sebagaimana keistimewaan yang diperolehi Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam isu lembu- NFC," dakwa Faekah.Khir kelmarin dilaporkan menafikan menyerahkan pengurusan air kepada SYABAS semasa menjadi menteri besar sebagaimana sangkaan ramai, sebaliknya ,menyerahkannya kepada kerajaan pusat bagi mengatasi krisis air Selangor sekitar 1997 dan 1998.

Tambahnya, beliau tidak terlibat kerana Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang memberikan kontrak 30 tahun kepada Puncak Niaga Sdn Bhd yang kemudiannya melantik SYABAS menguruskannya, lapor sebuah portal berita.Beliau menjelaskan, kerajaan BN Selangor menyerahkan projek bekalan air kepada kerajaan pusat kerana tidak mampu menguruskannya ekoran krisis air membuatkan Selangor perlu membina empangan di Kuala Kubu Baru bernilai RM2.4 bilion.

Dalam kenyataannya semalam, Faekah juga berkata, kenyataan Khir itu membuktikan beliau tidak layak dan gagal selaku menteri besar atas sikap menuding jari terhadap orang lain."Sebagai bekas pemimpin nombor satu di negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan SYABAS menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama," katanya.

Menurut Faekah lagi, Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 antara tiga pihak dan kerajaan negeri turut terlibat bersama kerajaan pusat dan Puncak Niaga.-Malaysiakini

Siti Zailah | Home

Posted: 07 Feb 2012 03:15 PM PST

Siti Zailah | Home


AKTIVITI KAK LAH PADA 05/02/12

Posted: 06 Feb 2012 09:43 PM PST

 Ziarah kematian di Parit Air


 Ziarah kematian keluarga miskin di Kg.Perol

 Hadir jemputan kenduri di Kg.Bayu Lalang.

 Ziarah keluarga uzur di Kg.Tok Deh

 Menziarahi baby yang baru lahir di Kg.Tasek Bakong

 Menziarahi rakyat strok di Taman Desa Johan.

 Menziarahi kematian di Kg.Tasek Bakong.

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2012

Posted: 06 Feb 2012 09:19 PM PST






Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 Feb 2012 03:14 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MPS SABOTAJ TURUNKAN BANNER GERGASI PM SEMPENA THAIPUSAM???

Posted: 06 Feb 2012 04:21 PM PST

Majlis Perbandaran Selayang menafikan dakwaan bahawa pihak mereka telah sewenang-wenangnya menurunkan banner gergasi berukuran 15 x 20 (gambar atas yang kurang jelas) yang dipasangkan oleh BN Gombak yang tertera gambar Najib Tun Razak dan Ketua Bhgn UMporNO Gombak Haji Rahim di fly over persimpangan Batu Caves sempena sambutan Thaipusan 7 Februari ini...

Umno Gombak mendakwa yang MPS telah sabotaj dengan menurunkan banner Thaipusan tersebut semalam...

Sebenarnya tindakan MPS menurunkan banner tersebut adalah disebabkan pihak yang terbabit (UMNO Gombak) tidak mendapatkan kebenaran (lesen) untuk menggantungkan banner gergasi di persimpangan tersebut....

Korang mungkin tak berape perasan tak muka HJ. RAHI  KAMARUDIN tue yang pada banner atas tue...? Nah bawah nie muke dia yang jelas...huhuhuhuhuhu


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 07 Feb 2012 01:16 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Persiapan rapi sambut lawatan rasmi Yang Di-Pertuan Agong

Posted: 11 May 2011 09:10 AM PDT


http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1020.jpgALOR SETAR – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah akan melakukan lawatan rasmi selama tiga hari ke Kedah bermula 13 Mei ini.

Baginda berdua dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 4.30 petang disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah.

Sejam selepas itu, baginda berdua dibawa ke Istana Tetamu di Mentaloon bagi majlis mengadap KDYMM Tuanku Sultan serta Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pada sebelah malamnya baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan negeri di Istana Anak Bukit.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_1014.jpgPada 14 Mei, sebelah pagi, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke pertandingan golf di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah berangkat menaiki bot menyusuri Sungai Merbok seterusnya mengadakan lawatan di Muzium Peerhutanan, Gunung Jerai.

Pada sebelah malam, baginda berdua akan berangkat ke majlis jamuan rakyat di Dewan Wawasan, Jitra.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/dsc_0962.jpgPada 15 Mei, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ke majlis taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Aman.

Manakala Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama-sama KDYMM Tuanku Sultanah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Persiapan rapi telah dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap semua program yang telah dirancang.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 07 Feb 2012 11:32 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


BM-Premium B IP BM-Premium C IP BM-Premium D IP 3 tahun tragedi hitam, kembalikan Perak kepada PR

Posted: 06 Feb 2012 04:08 PM PST

IPOH, 6 Feb: Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.


Demokrasi yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.

Demikian ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.

Pemimpin PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.

Pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.

"Di sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.

Pada himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300 belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat.

Fokus PRU13, jangan sibuk cabut kemuncup

Posted: 06 Feb 2012 04:07 PM PST


KUALA TERENGGANU, 5 Feb: PAS mengarahkan semua jenteranya memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana peluang  untuk PAS menang amat besar.

"Kita sekarang nak hadapi pilihan raya jadi kena fokus. Masa ini tak perlu cabut kemuncup kat baju atau stokin kita, fokus kepada nak sumbat gol.

"Ini tak, penjaga gol pun dok sibuk sabut kemuncuk sampai orang sumbat gol pun tak sedar," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memberi taklimat kepada jentera penerangan PAS Terengganu.

Beliau bersama 80 ahli rombongan sedang dalam siri konvoi penerangan menjelajah seluruh negara menjelang pilihan raya ke-13.

Hari ini adalah hari kedua jelajah selepas mereka berada sehari suntuk di Kelantan semalam.

Esok konvoi yang diketuai Tuan Ibrahim ini akan ke Pahang pula selepas selesai program di Terengganu hari.

Program konvoi ini akan bersambung balik hujung minggu depan ke selatan pula bermula dengan Negeri Sembilan dikuti Melaka dan Johor.

Turut serta dalam sessi taklimat hari ini adalah semua AJK Penerangan PAS peringkat negeri dan kawasan.

Turut menyertai konvoi adalah Setiausaha Penerangan PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki, AJK, Nuridah Salleh, Drs Khalil Idham Lim dan Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Tuan Ibrahim mengaku ada sebahagian jentera PAS tidak fokus dengan membincangkan isu-isu dalaman yang sebenarnya bukan isu termasuk isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali.

Untuk kepentingan jamaah, katanya, PAS kena fokus untuk menang dalam pilihan raya ini kerana pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang.

Menurut beliau, orang Cina berdasarkan servey sekarang sudah 83 peratus menyokong Pakatan Rakyat.

Oleh itu, katanya, peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya dalam pilihan rayam

Dalam majlis itu, Tuan Ibrahim memberikan peringatan kepada petugas PAS agar mengamalkan tiga perkara bagi melancarkan kemenangan PAS iaitu
Ikhlas dalam perjuangan, sabar dalam menghadapi perjuangan dan solat malam (tahajud) untuk mendekatkan diri kepada Allah.

"Juga sentiasa memohon ampun kepada Allah kerana kita bimbang tidak menang kerana dosa ahli kita," kata Tuan Ibrahim.

Selain taklimat, rombongan juga menyertai pelbagai program dari kuliah Subuh, hi tea, perlawanan bola, kuliah Maghrib dan ceramah umum.

Umno bayangkan strategik kotor pertahan Putrajaya

Posted: 06 Feb 2012 04:07 PM PST

MACHANG, 5 Feb: Umno dan Barisan Nasional (BN) dianggap begitu terdesak bagi mempertahankan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, apabila dilihat cuba membayangkan menggunakan strategi kotor.

Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir.  Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.

Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.

"Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah," katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.

Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad.

Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat.

Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu.

Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini.

Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh.

Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.

"Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.

"Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

"DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain," ujarnya.

Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Provokatif: PAS gesa polis bertindak adil, profesional

Posted: 06 Feb 2012 04:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Pihak polis digesa bertindak adil dan profesional dengan tidak memihak kepada parti dan pemimpin-pemimpin tertentu dalam menangani setiap kejadian dalam masyarakat.

Suasana dalam masyarakat kita sekarang amat merbahaya kerana pihak yang berlawan dengan Pakatan Rakyat ternyata cenderung menggunakan tindakan-tindakan provokatif yang melampau, sehingga mengancam nyawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, perkembangan yang tidak sihat itu jika tidak ditangani dengan baik dari sekarang pasti akan lebih menyukarkan lagi pihak polis untuk menanganinya pada masa akan datang.

Menurutnya, kesemua kejadian yang berlaku itu pasti telah diketahui oleh pihak polis kerana ia telah dilaporkan oleh pihak-pihak berkenaan untuk tindakan pihak berkuasa.

Katanya, namun sehingga kini masih juga tidak terdapat tindakan yang sewajarnya dari pihak polis dengan menangkap dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

"Pada hal, kesemua insiden itu amat serius. Contohnya pada 3 Februari lalu, dua buah kereta dan rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad telah dibakar yang jelas bukan sahaja memusnahkan harta benda, tetapi juga mengancam nyawa Dzulkefly dan keluarganya.

"Apakah mekanism polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes itu? Apakah pihak polis tak tahu kecenderungan penggunaan provokatif yang melampau dari pihak yang terbabit itu dalam hal ini?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.    

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 3.40 pagi ketika Dzulkefly dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

Akibat kejadian itu, dua buah kereta kepunyaan Dzulkefly terbakar dan tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti di Johor Bahru pula turut hangus terbakar.

Dzulkefli yang sedang nyenyak tidur terkejut mendengar letupan kuat akibat kebakaran keretanya dan ketika api sedang membakar, beliau sempat mengejutkan seluruh anggota keluarganya untuk keluar dari pintu belakang bagi menyelamatkan diri.

Menurut Mazlan, sebelum itu beberapa kejadian lain telah berlaku, termasuk letupan bom di kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan kes tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan pada 9 Januari lalu.

Katanya, sebelum itu, turut berlaku kejadian-kejadian provokatif melampau lain dari pihak tertentu yang membabitkan pembakaran surau dan gereja di negara ini, di samping tindakan membaling babi ke dalam kawasan serta ke dalam surau dan masjid.

"Sekarang juga sudah sering terjadi rumah-rumah pemimpin Pakatan Rakyat yang dibaling dengan cat merah serta ancaman ugutan bunuh ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.

"Manakala ceramah-ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diganggu dan diceroboh sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan, kesemua kes tersebut jelas menunjukkan penggunaan provokatif yang amat keras dari pihak-pihak terbabit yang sepatutnya disiasat dengan segera dengan terperinci oleh pihak polis.

"Tetapi sehingga sekarang masih juga tidak dilakukan tangkapan oleh pihak polis ke atas mereka yang terbabit, malah perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kejadian-kejadian itu amat mengecewakan," tegasnya.

Sebelum ini, tambahnya, penggunaan provokatif melampau seperti itu berlaku di luar negara dan mereka yang terbabit akan menggunakan mafia dan genstar untuk menjayakan perancangan jahat mereka itu.

"Kini, di negara kita juga sudah berlaku tindakan ganas seperti itu. Ini semua mula berlaku selepas PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu setelah Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang kuat daripada orang ramai," katanya.

Kesemua tindakan tersebut, tegas beliau, jelas menunjukkan perkembangan yang tidak sihat terhadap politik di tanah air yang amat perlu dihentikan dan ditangani dengan baik oleh pihak polis.

"Sedangkan di negara-negara maju tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya, perkembangan politik mereka berlaku dengan baik. Mereka menghadapi persaingan yang sihat, dengan menggunakan pendekatan hujah, intelektual serta tawaran alternatif kepada rakyat," ujarnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kesemua kejadian itu tidak dilakukan oleh orang biasa, sebaliknya didalangi pemimpin-pemimpin tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak PAS berhajat untuk menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada 8 Februari ini di Bukit Aman bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan penyiasatan pihak polis mengenai kesemua kes tersebut, di samping keberkesanan tugas pihak polis dalam mengawal ketenteraman dan keselamatan negara.

"Dalam pertemuan itu, saya akan mendesak pihak polis agar menggunakan pendekatan yang betul dalam beberapa aspek termasuk mempercepatkan tindakan dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," tegas beliau.  

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 07 Feb 2012 09:42 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mahfuz Omar di Lenggeng, N9 11 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 01:35 AM PST



CERAMAH PERDANA
Tempat : Markas PAS Lenggeng, Taman Ulu Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Cha Kee Chin , Setiausaha DAP N.Sembilan
Zulkefly Mohamad Hj Omar , AJK PAS Pusat
Semua dijemput hadir

KEJOHANAN FUTSAL di Jempol 12 Feb 2012

Posted: 07 Feb 2012 12:09 AM PST


KEJOHANAN FUTSAL
12 Feb 2012, Ahad
Masa : 8 pg – 6 ptg
Tempat : Gelanggang Futsal Galaxy, Batu Kikir, N.Sembilan

Johan : RM700 + medal
Naib : RM500 + medal
Ke3 : RM300 + medal
Ke4 : RM100 + medal

Yuran RM80 (makan tengahari percuma)

Hubungi :
013-2553657 Badri
019-7534225 Hakam

Anjuran : Orang Muda Geng Kito Muassasah Darul Syarif


Us Rozali Mohamad 11 Feb 2012 Tmn Pinggiran Senawang

Posted: 06 Feb 2012 11:10 PM PST



CERAMAH MAULIDUR RASUL
Oleh Ustaz Rozali Mohamad
Tempat : Surau At Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang, Sg Gadut, Seremban
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : Selepas Maghrib
Muslimin serta muslimat semua dijemput hadir

Batal ceramah kerana diugut

Posted: 06 Feb 2012 08:21 PM PST



7 Februari 2012 , SEREMBAN – Keadilan Cabang Rembau mendakwa mereka diugut sekumpulan kira-kira 30 lelaki ketika sedang membuat persiapan ceramah yang diadakan di pekan Kuala Sawah, Rantau, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, beberapa ahlinya yang sedang membuat persiapan majlis didatangi kumpulan terbabit yang ada di antaranya bersenjatakan pisau.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Keadilan Rembau, S.Karupaya berkata, ketika itu, dia bersama lima lagi rakannya sedang membuat persiapan akhir untuk majlis ceramah yang dijadualkan jam 9 malam di Taman Jed Indah, Rantau.

"Tiba-tiba sekumpulan kira-kira 30 lelaki menaiki kereta dan motosikal datang menghampiri kami sambil mengeluarkan kata-kata ugutan yang mendesak agar kami membatalkan ceramah pada malam itu.

"Saya nampak tiga daripada mereka membawa pisau. Lantas, kami buat keputusan tidak memberi sebarang reaksi kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini," katanya pada pemberita di sini semalam.

Turut serta, Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani dan Timbalan Penyelaras Dun Rantau Keadilan Rembau, Daud Idris.

Sementara itu Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A.Aziz berkata, pihaknya kesal dengan insiden itu dan mengesyaki ada campur tangan daripada pihak tertentu.

"Kami tidak mahu bergaduh dengan sesiapa pun, kami hanya mahu mengadakan ceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"Jadi, kami ambil keputusan batalkan ceramah yang sepatutnya diadakan walaupun sudah membuat persediaan dan mendapat permit daripada polis pada 3 Februari lalu," katanya yang turut membuat laporan polis di Balai Polis Rantau akibat kejadian berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/batal-ceramah-kerana-diugut-1.22312

Motivasi Anak Soleh 12 Feb 2012 di Jempol, NS

Posted: 06 Feb 2012 07:14 PM PST



MOTIVASI ANAK SOLEH
Bersama Akhwan Afandy
Tarikh : 12 Feb 2012 , Ahad
Masa : 9.00 pg - 3.30 ptg
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan

Terbuka kepada anak-anak umur 9 ke 15 tahun
Terhad 150 peserta sahaja
Yuran cuma RM5 untuk makan tengahari dan bahan-bahan berkaitan

Untuk pendaftaran sila SMS : Nama anak – Umur – Alamat ke 019-3243127 atau 013-2246244

Anak Soleh , Pemata Keluarga

Sehari Anak Muda Pakatan Rakyat di Jempol 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 07:14 PM PST



PROGRAM SEHARI ANAK MUDA DI PARLIMEN JEMPOL
AHAD , 12 FEBRUARI 2012

3.00 pagi – Munajat Perdana
6.00 pagi – Motivasi
8.00 pagi – Futsal, Sukaneka Pasti, Sukaneka Rakyat, Marking Perdana, Ziarah Medik, Motivasi Anak Soleh, Hit & Run
1.00 ptg – Makan Tengahari
3.00 ptg – Ziarah Medik, Ziarah Kebajikan
5.00 ptg – Hi Tea Black Gamma
8.00 mlm – Jamuan Rakyat
9.00 mlm – Mini Konsert, Silat, Tarian Naga, Pentas Anak Muda dll

Maklumat lanjut sila hubungi :
019-6644320 , 013-3395538 , 019-6627374 , 019-9680126

***********

PENTAS ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 12 Feb 2012 , Ahad
Masa : 8.00 malam
Tempat : Muassasah Darul Syariff, Batu Kikir, N.Sembilan
Bersama :
Dr Raja Iskandar Al-Hiss
Nazree Yunus
YB Teo Kok Seong
Rebin Birham
Ustaz Khairul Anuar Wafa
Ustaz Fairuz Mohd Isa
Aiman Athirah Al-Jundi

Penampilan Istimewa : Black dari Kumpulan GAMMA

Semua dijemput hadir

Ceramah DUN Paroi, Kota 11 dan 12 Feb 2012

Posted: 06 Feb 2012 06:13 PM PST



CERAMAH DUN PAROI
Tarikh : 11 Feb 2012, Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amal, Taman Marida, Senawang
Penceramah :
YB Dr Dzulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor
Ustaz Khairul Anuar Mohd Wafa , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Nazree Yunus , Ketua AMK N.Sembilan
Mohd Hakki Bawadi , Ketua Pemuda PAS Rembau
Semua dijemput hadir

CERAMAH DUN KOTA
Tarikh : 12 Feb 2012, Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Al Amin, Kg Pulau Bukit, Chengkau, Rembau
Penceramah :
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Sani Hamzan , Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Pusat
Hisammuddin Sulaiman , Ketua Penerangan PAS Sabah
Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau
Semua dijemput hadir

Peta ke Pasti Al Amal dan Pasti Al Amin di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/02/ceramah-dun-paroi-kota-11-dan-12-feb.html

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 07 Feb 2012 09:28 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Sejarah Logo Pemuda PAS Dun Sura

Posted: 07 Feb 2012 05:38 AM PST

Awas Jalan ‘Hancur’ di Hadapan!

Posted: 07 Feb 2012 04:06 AM PST


DUNGUN – Jalan Haji Zainal Abidin yang merentangi bandar Dungun di sini tidak akan siap kerana kontraktor pembinaannya dilaporkan telah 'melarikan diri' akibat wang kos pembinaannya telah habis.

Menurut ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa mengambil tugas kontraktor terbabit dan melakukan kerja-kerja pembina secara berdikit-dikit.

Oleh kerana jalan tersebut mengalami kerosakkan yang teruk, beliau menyarankan supaya papan tanda yang diletakkan oleh JKR 'Awas Jalan Rosak Di Hadapan' ditukar kepada 'Awas Jalan Hancur Di Hadapan'.


BACA LAGI....

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 07 Feb 2012 09:20 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Cubaan Membunuh Pemimpin Pas Dikecam

Posted: 07 Feb 2012 03:17 AM PST

Oleh Riduan Mohd Nor
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Peusurhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad semalam. DPPM menganggap tindakan tersebut dilakukan oleh individu yang bacul dan tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani berhadapan atau bersemuka dengan pemimpin tersebut.

DPPM melihat kejadian membakar kereta dan rumah Sdr Dzulkefli Ahmad itu adalah sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS. Sebelum ini pada tahun lepas, rumah Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dilontar Molotov *****tail oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan membakar rumah beliau. Ini menunjukkan sudah ada usaha tindakan agresif dan kekerasan dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap pemimpin PAS.

DPPM merasa bimbang dengan tndakan 'ala gangster atau mafia' yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini. Menyedari bahawa pemimpin PAS lantang menyuarakan kebenaran dan menentang kezaliman, rumah dan aset mereka pula menjadi sasaran tindakan khianat. Ia sebagai suatu mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya jangan sesekali berani bangkit membantah kezaliman kerana dendam kesumat itu akan disasarkan pula kepada mereka selepas ini dalam apa juga bentuk termasuk membaling bom dan membakar rumah mereka.

Justeru, DPPM meminta pihak polis menyiasat kejadian ini secara terperinci dan berharap insiden ini tidak berlaku di masa depan. DPPM juga meminta Jabatan AMAL bersedia dalam setiap ketika untuk menjaga keselamatan pemimpin PAS terutama menjelang pilihanraya umum yang dijangka pada bila-bila masa.

Akhirnya DPPM mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 07 Feb 2012 09:12 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini !

Posted: 06 Feb 2012 07:43 PM PST

KUANTAN, 7 Feb - NGO Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu (foto). Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter). "Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0," ujar Andansura. Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan UMNO BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu. Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan. "Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk jaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat," ujarnya. SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada tahun lalu. Program yang melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7,000 penyokong pada hari itu.

[Nampaknya, bantahan rakyat Kuantan terhadap isu Lynas kini sudah semakin memuncak. Bahkan, hanya majoriti penyokong upahan yang telah dibayar untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan projek ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kini rakyat Kuantan secara majoritinya menolak Lynas. Tidak kira apa jua fahaman politik kepartian, agama, bangsa mereka namun kini masing-masing bersatu hati dan sebulat suara untuk menyatakan bantahan. Dijangka, ribuan rakyat pelbagai bangsa akan datang beramai-ramai pada hari itu nanti. Padang MPK1 bakal menjadi saksi betapa memuncaknya bantahan rakyat terhadap isu yang paling kontroversi ini. Kerajaan yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat berdasarkan konsep "rakyat didahulukan" kini lebih berselera membela Lynas yang sudah kaya raya itu. Kini rakyat bangkit untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap isu ini. Soalnya, apakah pertembungan dengan penyokong yang dibayar akan berulang lagi?. Kini, segalanya terletak ditangan MB bagi menentukannya].

Pahang Onlne

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 07 Feb 2012 08:05 AM PST

Dewan Pemuda PAS Tawau


Posted: 06 Feb 2012 11:48 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 07 Feb 2012 03:46 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


OK ke?

Posted: 07 Feb 2012 02:22 AM PST

Buat pengundi P111 Kota Raja

Walimah anak Abg Mat Sabu

Posted: 06 Feb 2012 05:17 PM PST

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Abang Mat dan isteri tercinta Kak Normah kerana mendapat menantu semalam, (photo by : Abah Anas)









Johor dapat Menteri Besar baru

Posted: 06 Feb 2012 03:23 AM PST

Johor Pakatan Rakyat (PR) leaders have held "serious discussions" with Salahuddin Ayub for the PAS vice-president to stand in his home state to address the lack of a strong Malay leader as a possible mentri besar candidate.
The opposition in Johor expects to make huge gains in the next general election on the back of increased Chinese support but the lack of a viable potential MB has already resulted in attacks from Umno that a PR administration would be a "Chinese government."
Salahuddin said he is 'ready to migrate' if asked by the party. — File pic
The Malaysian Insiderunderstands that the Pontian-born Salahuddin has held several closed-door meetings with top Johor PR leaders.
A source said the meetings involved "serious discussions" and there is a high possibility that the Kuban Kerian MP will contest in Johor.
"Salahuddin is weighing the matter seriously. We in Johor Pakatan are ready to receive him.
"The seats for him to contest have already been identified. He may contest in both federal and state seats but our priority is for him to stand as an assemblyman," he said.
It is understood that Sembrong, a federal seat near Kluang with about 40 per cent Chinese voters, has been touted as a potential landing point for Salahuddin.
Rumours have circulated that incumbent Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein may move to Kota Tinggi, a safer seat that will likely be vacated by Tan Sri Syed Hamid Albar, who was dropped from the Cabinet by Datuk Seri Najib Razak when the prime minister took power in 2009.
Johor DAP chief Dr Boo Cheng Hau also confirmed that he has invited the former PAS Youth chief to return to the state.
"I have invited Salahuddin to contest here because we need a national-level leader here," he told The Malaysian Insider.
When contacted, Salahuddin refused to confirm if he will contest in Johor but said he is "ready to migrate" if asked by the party.
"I have been with the party for 30 years and contested in Johor but lost. There is no obstacle for me as I am a Johorean and built my career there," he told The Malaysian Insider.
He said that he has been asked by party members to return to Johor over the past few years.
Salahuddin has been MP for Kubang Kerian in Kelantan for two terms and PAS conventionally allows leaders from other states to contest in its northern stronghold for two elections.
Ghani has going round the state to woo people especially in constituencies with at least 40 per cent Chinese voters.
The wave of anger that swept through the rest of the Malaysian peninsula in Election 2008 missed the Umno birthplace and bastion where PR won just one federal and six state seats out of 26 and 56 on offer respectively.
But Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman has been pounding the pavement since late October especially in constituencies with at least 40 per cent Chinese voters in anticipation of a swing towards PR.
"He's been on the ground in all these seats the opposition thinks it can win," a top official in Ghani's administration told The Malaysian Insider.
Opposition leaders in the state estimate that they won 55 per cent of Chinese votes in the last election but a study by reformist think-tank Zentrum Future Studies said support from the community has surged to close to 90 per cent.
"We are seeing what can be called a silent Tionghua revolution," he told The Malaysian Insider, saying that Chinese approval of PR in Johor rose to 68 per cent after the last election and climbed further to 79 per cent in 2010.
PKR held its national congress in Johor at the end of November, claiming it was ready to take over the state.
Analysts say that such a swing in the BN stronghold would practically mean enough gains nationwide for PR to add the 30 federal seats it needs to seize Putrajaya as well.
But the pact's members have warned against trumpeting their chances in Johor as it would result in attacks from Umno of being a "Chinese government."
PKR has refused to answer the question regarding its MB candidate but a local division chief told The Malaysian Insider "we have no one since Abdul Razak Ahmad," referring to the late state chief.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan