::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 01 Feb 2012 01:10 AM PST Isu KUIN : Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Posted: 31 Jan 2012 06:12 AM PST KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG Berkaitan Isu KUIN – MB Kedah yang dibangkitkan oleh Pemuda DAP P.Pinang. 1- Dwn Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua pihak termasuk rakan kami DAPSY P.Pinang yg telah memberi respon terhadap MB Kedah YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abd Razak yang [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 01 Feb 2012 01:07 AM PST Mangsa kapal Costa Concorda tuntut pampasan RM1.3b Posted: 01 Feb 2012 01:00 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - GIGLIO, Itali - Mangsa kapal pelayaran, Costa Concorda yang karam di perairan Itali dua minggu lalu menuntut pampasan AS$460 juta (RM1.3 bilion) daripada pemilik kapal, Costa Cruise Lines, lapor The Guardian. Tuntutan pampasan dikemukan lebih dua minggu selepas nahas yang menyebabkan 17 penumpang maut dan sekurang-kurangnya 16 penumpang masih hilang. Kapal itu karam pada 13 Januari lalu. Seorang peguamdari New York, Mitchell Proner berkata, firmanya Proner & Proner, bersama gabungan beberapa peguam antarabangsa lain akan mewakili lebih 500 penumpang yang terlibat. Beliau mengumumkan perincian awam mengenai tuntutan undang-undang yang difailkan di Florida, pada satu sidang media di Genoa, Italy, semalam, kata laporan BBC. Syarikat kapal terbabitmembuat tawaran awal pampasan AS$14,460 (RM43,000) kepada penumpang kerana kehilangan bagasi dan trauma psikologi. "Mereka mesti bertanggungjawab untuk apa yang mereka lakukan. "Merekasengaja meletakkan penumpang yang berada dalam bahaya. Kami percaya bahawa kami boleh menang di Florida dan kita akan pergi sehingga mereka tidak tahu apa yang melanda mereka ... sama seperti kapal Concordia," kata Mitchell. sinar harian/- | Rumah kedai hangus terbakar, Kitab Tafsir Al-Quran Langsung tidak terbakar Posted: 01 Feb 2012 12:50 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam. Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan. Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya. Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak 'terusik' dek api dalam kejadian itu. Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan SYAK – RAGU-RAGU tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Fussilat 41:54 Inilah yang dikatakan kebesaran Allah. Kami akan perlihatkan kepada mereka TANDA-TANDA KEKUASAAN KAMI DI MERATA-RATA TEMPAT (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Fussilat 41:53 Semoga ia boleh memberi iktibar dan renungan kepada kita semua. Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR | 8 warga asing ke negara jiran maut bot karam Posted: 01 Feb 2012 12:40 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SENAI - Lapan lelaki rakyat asing maut manakala enam hilang dalam tragedi bot karam di perairan Teluk Semayong, Sedili Besar dekat Kota Tinggi, pagi tadi. Seramai 11 orang selamat dalam kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata, kesemua lelaki rakyat Afghanistan, Pakistan dan Iraq itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke negara jiran. "Polis belum mengenal pasti identiti yang meninggal dunia dan mayat kesemua mereka dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi. Che Mahazan berkata, usaha menyelamat sedang dilakukan bagi mencari mereka yang masih hilang. sinar harian/- | Nenek bunuh cucu, cuba bunuh diri Posted: 01 Feb 2012 12:30 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PETALING JAYA 1 Feb. - Seorang nenek tergamak membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun sebelum cuba membunuh diri di sebuah apartmen di Taman Kinrara Puchong dekat sini hari ini. Kejadian itu hanya disedari seorang anak lelaki wanita berusia 57 tahun itu selepas dia dimaklumkan menerusi panggilan telefon bahawa mangsa telah dibunuh dua hari lalu. - UTUSAN | Pakatan mahu ambil alih Putrajaya dari kerajaan ‘Siau Ren’ – Anwar Posted: 01 Feb 2012 12:26 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 1 Feb: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Putrajaya dari kerajaan yang mengamalkan rasuah dan dasar memecah belahkan kaum. Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 2000 hadirin pada Majlis Jamuan Tahun Baru Cina di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, pagi ini. Justeru itu katanya, rakyat tidak ada pilihan selain menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. "Kita tak mahu kerajaan yang 'pu hau' (tidak baik) dan 'siau ren' (orang yang bingung) "Di sini dia (kerajaan) cakap tentang satu Malaysia, tapi di sana ada kes baling kepala babi (di masjid) macam di Rawang. Di sini dia kata nak jaga rakyat, tapi tanah, balak beri pada anak bini Menteri. "Sampai 'lembu' pun dia nak angkat," katanya merujuk skandal National Feedlot Corporation (NFC), sambil disambut ketawa orang ramai. Dalam ucapannya, Anwar menegaskan dasar Pakatan Rakyat yang memberi keadilan kepada semua kaum termasuk merangka dasar gaji minima untuk membela nasib golongan bawahan. "Orang Melayu jangan fikir semua orang Cina tauke. Ada juga yang susah. Begitu juga orang Melayu, India, Iban dan Kadazan. Sebab itu kita ada dasar – Gaji Minima.. dan telah dimulakan di Selangor. "Sebab itu kita kena pertahan negeri-negeri Pakatan Rakyat seperti di Selangor," tegas beliau. Mengulas tuduhan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, yang baru-baru menuduh beliau menyokong rejim Israel, Anwar berkata beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya. "14 tahun saya dituduh ejen Yahudi, alat Cina, ikut cakap India. Apa lagi? Jangan fikir rakyat bodoh. Mereka tahu media, TV3 dikawal Umno," tegasnya. Turut hadir Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. Selain di Jinjang, Anwar turut mengunjungi Tokong Pooling Keong, di Setapak, perumahan rakyat di Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Little India di Brickfields. Keadilan Daily | Skim kesihatan 1 Care, lagi taktik Najib bebankan rakyat Posted: 01 Feb 2012 12:21 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 1 Feb: Desas desus cadangan Skim Penjagaan Kesihatan Nasional 1 Care yang bakal dilaksanakan kerajaan akan menyebabkan rakyat menanggung beban lebih parah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng. Ini kerana katanya, rakyat akan diminta menyumbang 10 peratus melalui potongan pendapatan mereka kepada agensi pengurus dana kesihatan yang dilantik oleh kerajaan, sekiranya skim itu menjadi kenyataan. "Melalui skim 1Care kerajaan akan melantik satu badan yang akan menguruskan skim ini yang mempunyai kuasa pemutus menentukan kehendak rakyat," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini. "Jangankan 10 peratus, satu peratus pun sudah cukup tinggi untuk rakyat dan ini tidak termasuk cukai GST yang bakal dikenakan pertengahan tahun ini. "Rakyat di bawah pentadbiran Najib terus berdepan bebanan kos hidup yang tinggi kerana perlu membayar tol, minyak, bil elektrik dan air yang terus diswastakan," tegasnya. Berbanding dasar kesihatan sedia ada, katanya, rakyat bebas memilih samada hendak mendapatkan khidmat kesihatan dari klinik swasta atau hospital kerajaan. "Sepatutnya kerajaan mengekalkan sistem sedia ada di mana rakyat miskin mendapat khidmat penjagaan kesihatan murah melalui hospital kerajaan manakala mereka yang memiliki sedikit kemampuan boleh ke klinik swasta sesuai dengan pendapatan mereka," kata bekas Menteri Kesihatan ini. Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan cadangan skim berkenaan, di mana rakyat yang memiliki peringkat pendapatan tertentu akan diwajibkan memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi mengurus dana kesihatan negara. Dilaporkan, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember tahun lalu, bermula dengan kempen 'Tak Nak 1 Care' dan menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan berkenaan. Pada 28 Mei 2010, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dilapor berkata, perdana menteru sangat teruja dengan cadangan itu, selepas beliau dimaklumkan mengenainya. Mengulas lanjut, Jui Meng mendesak pentadbiran Najib menjelaskan skim berkenaan dengan memberikan butiran terperinci. "Kita juga mendesak kerajaan mempelawa NGO, aktivis rakyat dan mereka yang pakar dalam bidang ini untuk berbincang sebelum apa-apa keputusan dibuat mengenainya," tegas beliau. Keadilan Daily | Habitat Umno masyarakat tanpa maklumat Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TEMERLOH, 1 Feb: Umno didakwa hanya boleh hidup di tempat yang masyarakatnya tidak bermaklumat, kata Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik (gambar). Beliau berkata, untuk meraih kemenangan PAS mesti menjadikan masyarakat berilmu dan celik maklumat. Berucap merasmikan Konvensyen ICT & Media Baru PAS Pahang 2012 di Darul Amin Sungai Gau di sini Sabtu lalu, Mokhtar menambah masyarakat yang jahil dan tidak bermaklumat lazimnya sukar untuk melakukan perubahan. "Habitat Umno ialah masyarakat yang jahil dan di situlah biasanya PAS payah nak masuk dan berkembang. PAS payah nak hidup dalam habitat jahil dan tidak bermaklumat. "Maknanya Umno-BN akan lebih subur dalam masyarakat tidak bermaklumat kerana rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Ini berbeza dengan kita, dalam masyarakat bermaklumat PAS berkembang subur. (Gambar: Ustaz Mokhtar melancarkan konvensyen dengan dengan mengklik tayangan slaid) "Ini terbukti perjuangan PAS sekarang mudah diterima di bandar-bandar yang terdedah dengan maklumat darpada media baru berbanding di luar bandar yang hanya bergantung media tradisional yang terkongkong," jelasnya. Mokhtar menambah, dakwah Islam juga perlukan kepada masyarakat bermaklumat ini terbukti perkembangan di Eropah 3,000 orang sehari menganut Islam, berbeza dengan negara yang disekat maklumat umpamanya di China. "Sebab itu cabaran untuk kita memperjuangkan Islam mesti mahukan masyarakat yang ada bermaklumat. Jadi cabaran kepada jentera penerangan PAS ialah mewujudkan saluran alternatif maklumat jika mahu menang besar dalam pilihan raya akan datang. "Bagaimanapun pengamal media baru PAS mesti berdisiplin membawa berita yang benar. Kita tidak boleh mengikut rentak musuh yang menggunakan saluran untuk menyebarkan fitnah dan pembohongan," ujarnya. Serentak dengan itu beliau mahu PAS meneroka saluran baru melalui media baru selain daripada medium tradisional dipertingkat bagi merancakkan saluran sedia ada. Kira-kira 200 daripada seluruh hadir mengikuti konvensyen sehari suntuk itu. (Gambar: Lutfi dan Shuhaimi semasa dialog) Sementara itu pembentang kertas kerja, Pengarah Jabatan ICT Pusat Suhaimi Embong berkata di malaysia ada 12 juta pengguna laman sosial facebook iaitu di tempat ke 17 tertinggi di dunia dengan 60% pengguna merupakan golongan muda. Tambahnya, dalam konteks media baru semua orang sudah boleh menjadi agen penerangan dan maklumat iaitu melalui blog, laman web, facebook dan IPTV. "Saya cadangkan ditubuhkan skuad gabungan tenaga untuk mobilisasi media baru secara berpasukan bermula pada peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). "Bahan mestilah boleh dipertanggungjawabkan kerana dengan adanya media baru ini boleh tersebar dengan cepat dan luas. Bagaimanapun di kampung yang tiada ases internet, boleh diadakan wayang pacak sebagai alternatif," katanya. Seorang lagi pembentang kertas kerja, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, berkata pilihan raya umum (PRU) ke 13 bukan saja getir tetapi juga sukar dan kritikal kepada PAS. Tambahnya, oleh yang demikian cabaran kita ialah menyalurkan maklumat dan berjaya mengubah persepsi orang Melayu kerana politik adalah persepsi. harakahdaily/- | Pelajar warga Nigeria didakwa edar kanabis Posted: 31 Jan 2012 11:34 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SUNGAI PETANI - Seorang pelajar warga Nigeria didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas tuduhan mengedar 6,820 gram dadah jenis kanabis. Pius Emmanual David, 25, pelajar kolej swasta Pusat Bahasa Intelek, Kuala Lumpur didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Mengikut kertas pertuduhan, pelajar itu didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 9.15 malam 25 Jan lepas di Stesyen Bas Ekpres, Pekan Lama, Sungai Petani. Dia diberkas sepasukan anggota polis Narkotik Bukit Aman. Tiada pengakuan dicatatkan daripada David, yang telah berkahwin dengan seorang guru warga China di Bangkok, Thailand lebih setahun lepas selepas pertuduhan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah. Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli menetapkan kes itu disebut semula pada 26 Mac ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Radzi memohon ia ditangguhkan sehingga laporan kimia kanabis yang dirampas daripada David diketahui. Rakyat Nigeria itu yang diwakili peguambela, K.T. Jayaraj bagaimanapun tidak dibenar diikat jamin. Isterinya, Yang Ping, 28, yang mengandung empat bulan, berasal dari wilayah Hokkien semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu wartawan dia berkenalan dengan David melalui laman sosial Facebook hampir empat tahun. "David akan datang menemui saya sebulan sekali atau dua bulan sekali sejak kami berhawin lebih setahun lepas. Saya mendapat panggilan daripada seorang peguam beberapa hari lepas dan tiba di sini dua hari lepas," kata Ping yang mengajar bahasa Mandarin di sebuah sekolah di China Street, Bangkok, sejak 2008. - Bernama Sinar Harian | Tanda-Tanda Jiwa Yang Sihat Posted: 31 Jan 2012 11:20 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Tanda-Tanda jiwa yang sihat dan tenteram sebagaimana yang disebutkan oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah di dalam kitab Ighatsatul Lahfan min Mashayid asy-Syaithan.،¨ Di antara tanda-tanda tersebut adalah mampu memilih segala sesuatu yang bermanfaat dan memberikan ketenteraman kepada jiwanya. Dia tidak memilih perkara-perkara yang berbahaya atau yang menjadikan jiwanya sakit atau menderita. Tanda jiwa yang sakit adalah sebaliknya. Santapan jiwa yang paling bermanfaat adalah keimanan dan ubat yang paling mujarab adalah al-Quran. Firman Allah s.w.t: وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآَنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. [Al-Israa`:82.] Selain itu Syaikh Ali bin Hasan bin Ali al-Halabi dalam kitabnya Mawaridul Aman al Muntaqa min Ighatsatil Lahfan fi Mashayid asy-Syaithan menyebutkan beberapa sifat yang dimilik oleh jiwa yang sihat, iaitu: 1. Matlamatnya akhirat 2. Keinginan menuju Allah s.w.t. 3. Tidak bosan berzikir 4. Menyesal jika tertinggal dari berzikir 5. Rindu untuk beribadah 6. Khusyu' dalam shalat 7. Keinginannya hanya kepada Allah 8. Menjaga waktu 9. Muhasabah dan memperbaiki diri suka hadis/- | DAP kecam hebat letak babi di masjid Posted: 31 Jan 2012 11:11 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 1 Feb: DAP mengecam hebat pihak yang terbabit dalam meletakkan kepala babi di sebuah Masjid Nurul Iman, Rawang semalam. Bagi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, tindakan ini satu tindakan pengecut dan provokasi yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama di ambang pilihan raya umum. "DAP mengecam hebat insiden ini dan berpendirian bahawa tidak ada ruang di Malaysia bagi tindakan-tindakan yang sia-sia dan menjijikkan seperti ini yang bertentangan dengan sifat masyarakat kita yang aman dan berbilang budaya," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily. Dalam kejadian semalam, kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman pada jam 5.00 pagi oleh ahli jawatankuasa masjid sebaik sahaja mereka membuka pintu pagar utama masjid itu. (Gambar: Polis membawa keluar kepala babi yang diletak atas alas kaki masjid Nurul Iman, Rawang) Pihak polis dari Balai Polis Rawang yang terletak tidak jauh dari masjid itu yang dihubungi tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi untuk menjalankan penyiasatan. Pihak polis sehingga kini belum menemui sebarang petunjuk untuk mengenalpasti siapa pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian ini. Timbalan Ketua Polis Gombak, Superitendan Rosly Hassan ketika bertemu dengan pemimpin PAS Selangor berkata, tiada sebarang bantuan teknikal mereka perolehi untuk membantu mengenalpasti siapa bertanggungjawab di sebalik tindakan ini. DAP menyeru supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak bertindak balas kerana tindakan ini jelas dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dengan motif yang jahat. Namun demikian, mereka tidak akan mencapai objektif jahat mereka kerana rakyat Malaysia bukan sahaja sudah biasa hidup bersama malah suka meraikan kepelbagaian budaya dan agama di negara ini, katanya. "Keamanan masyarakat kita tidak akan hancur dek tindakan-tindakan pengecut oleh puak pelampau," katanya. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru agar semua pihak bersatu untuk mengutuk penodaan dan pengotoran mana-mana tempat beribadat, biarpun masjid atau gereja atau kuil, dan berharap agar pihak Kerajaan akan serta merta menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Harakah Daily | Sarjan polis hadapi tiga tuduhan rasuah Posted: 31 Jan 2012 11:04 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH - Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tiga tuduhan meminta dan menerima rasuah pada tahun lepas. Azalan Sanip, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah dituduh memperolehi suapan RM1,000 daripada Mohammad Nasir Mohamad sebagai dorongan menyelesaikan kes curi, di pejabatnya pada 12 tengah hari, 27 Februari 2011. Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin. Sementara itu di sebuah lagi Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa meminta suapan RM1,000 daripada Roslan Che Lah bagi menyelesaikan kes curi, di tempat dan pada masa dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan ketiga, Azalan didakwa menerima suapan berjumlah RM500 daripada Roslan bagi menyelesaikan kes curi, di tempat yang sama pada 4.30 petang, 1 Mac 2011. Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan. Kedua-dua mahkamah menetapkan kesemua kes disebut semula pada 1 Mac. Azalan didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Firdaus Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam S. Anthony Samy. - Bernama Sinar Harian | Anggota polis didapati bersalah tembak dan cederakan remaja, dipenjara enam bulan Posted: 31 Jan 2012 11:01 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SEREMBAN - Seorang anggota polis dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah melepaskan tembakan amaran sehingga mencederakan seorang remaja, dua tahun lalu. Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dan mendapati tiada alasan yang sah bagi tertuduh, Konstabel Mohd Hakimi Shamsul melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri Aziz. Nor Azlina bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh. Mohd Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010. Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya. Menurut keterangan kes, insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Datuk Siamang Gagap, dekat sini, apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri. Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian. Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudiannya ditahan. Terdahulu, peguam yang mewakili Mohd Hakimi, Param Sundram memohon mahkamah mengenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama selain tertuduh masih muda dan baru memulakan tugasnya sebagai anggota polis ketika kejadian. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana tertuduh tidak mempunyai alasan yang sah untuk melepaskan tembakan itu hanya semata-mata hendak memberhentikan mangsa yang cuba lari. Katanya, sebagai anggota polis, tertuduh sepatutnya menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk memberhentikan mangsa dengan cara lain dan bukannya dengan melepaskan tembakan apatah lagi tertuduh tidak diancam oleh mangsa. - Bernama Sinar Harian | Penduduk rimas dihurung lalat Posted: 31 Jan 2012 10:58 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – Rimas dan lemas dengan isu lalat, Kira-kira 500 penduduk di 14 kampung di Machap, Kluang, menandatangani memorandum menangani masalah lalat yang membelenggu mereka sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Abdul Rahman Maslar berkata, permasalahan mengenai kehadiran lalat itu telah lama dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun isu tersebut tiada kesudahannya. "Kami sudah banyak kali pergi ke pihak berwajib menyuarakan masalah lalat ini. Berikutan lalat ini bukan spesies membawa penyakit, masalah kami dipandang sepi," katanya pada sidang media di Kelab Media Cina Selatan, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, sejak lima tahun kebelakangan ini, keadaan dihurung lalat semakin teruk dan serangga kecil itu dipercayai telah membiak dengan banyak bersama makanan, air minuman dan najis ayam. "Kami rimas, dan bosan dengan keadaan ini, mungkin mereka melihat masalah kami tidak serius hanya perasaan geli dan tidak selesa dengan kehadiran lalat, tapi ia sebenarnya lebih daripada itu. "Kami terpaksa berbelanja ratusan ringgit, bagi membeli alat menghalau lalat, namun ia hanya bersifat sementara kerana kehadiran lalat yang melampau, ia menjadi satu keadaan ala bisa tegal biasa," katanya. Atas desakan ini, memorandum yang ditandatangani penduduk itu akan dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mendesak campur tangan Kerajaan Negeri. Sementara itu, penduduk di Kampung Ulu Benut, Anuar Yusof, 47, yang merupakan anak jati di situ, mahu isu menangani masalah lalat ini seharusnya diperangi seperti kempen bebas denggi. "Memang lalat ini tidak membawa penyakit, tapi kami malu keadaan ini. Ia memberi satu perseptif yang buruk, keadaan kotor, buruk dan busuk," katanya. Bagi Borhan Johari, 40 dari Kampung Mat Amin berkata, hampir RM10 sehari dibelanjakan bagi membeli alat dan bahan pencegah lalat di rumahnya. "Siapa yang boleh hidup dalam keadaan selesa apabila lalat berterbangan, anak-anak membesar dalam keadaan persekitaran yang kurang menyenangkan. "Sebulan terpaksa membeli dua botol racun lalat bernilai RM150 setiap satu, dan pelekat lalat RM3 satu keping, sekurang-kurangnya menggunakan dua keping sehari," katanya. Jelas Borhan, apa pilihan lain yang ada selain mengambil langkah sepatutnya, selain berharap permasalahan tersebut dapat diselesaikan segera. Antara kampung yang dikatakan terlibat ialah Kg Batu 6; Kg Hj Noh; Kg Mat Amin; Kg Baru; Kg Bukit Keremoiyang; Kg Parit Jepun; Kg GSA; Kg Paya Parlembang; Kg Empangan; Kg Ulu Benut; Kg Sima; Kg Bukit Batu; Kg Perak dan Kg Sri Jaya. Sinar Harian | Tangga berlumut gara-gara air tangki Posted: 31 Jan 2012 10:57 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - JELUTONG – Akibat air yang sentiasa melimpah dari bahagian atas bumbung, tangga di Flat Medan Tunku Jelutong, di sini kotor sehingga berselaput dengan lumut yang kehijau-hijauan. Tinjauan Sinar Harian ke perumahan empat tingkat itu mendapati keadaan berkenaan berlaku sejak tahun lalu lagi, namun ia dimaklumkan masih belum dibaiki. Penduduk, Roslan Saibu, 34, berkata, anaknya pernah tergelincir akibat menggunakan tangga tersebut. Menurutnya, keadaan laluan terlalu licin apabila hampir setiap hari air menitis dan mengalir melalui anak-anak tangga itu. "Memang menggelikan namun kami bernasib baik kerana mempunyai laluan lain yang masih boleh digunakan. "Tapi kami sendiri pun tidak selesa kerana jika ada orang luar tengok pasti menjijikkan," katanya. Sebelum ini flat itu pernah berdepan kontroversi apabila seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari tingkat lima akibat besi pengadang di koridornya tidak berada dalam keadaan baik. Shahida Yusof, 28, yang juga penghuni di situ berkata, dia tidak mahu peristiwa sedemikian berulang. Menurutnya kemungki-nan boleh berlaku kes kemalangan membabitkan nyawa sekiranya tidak ada tindakansegera. "Kita tidak tahu siapa yang gunakan tangga ini, ada warga emas dan juga kanak-kanak. Kalau jatuh sedikit mungkin tidak mengapa, kalau terjatuh sehingga menyebabkan kecederaan parah atau sebagainya bagaimana," katanya. Lebih memburukkan keadaan apabila air yang melimpah dari bumbung itu turut masuk ke bahagian pengumpulan sampah di bahagian bawah flat. Akibatnya sampah yang dikumpulkan oleh penghuni berbau busuk kerana bertakung dengan air yang melimpah tersebut. Penduduk, Siti Habsah Ali pula berkata, seharusnya pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan untuk keselesaan penduduk. Menurutnya, akibat limpahan air itu juga akan menyebabkan beberapa kawasan berlopak dan bertakung. "Masalah ini boleh jadi tempat pembiakan nyamuk, tambahan di sini juga ada kes demam denggi," katanya. Sinar Harian | ‘Tolong semak betul-betul’ Posted: 31 Jan 2012 10:55 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Seorang peniaga memohon Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menghapuskan hutang tertunggak penyewa asal pada salah satu lot perniagaan di bangunan Ukir Mall yang terpaksa ditanggungnya. Ku Mohd Muzamir Ku Ibrahim, 35, berkata, terpaksa menanggung beban hutang tertunggak RM2,250 milik sebuah syarikat sejak 1999 setelah membeli lot berkenaan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Menurutnya, disebabkan enggan melangsaikan hutang itu, kadarnya meningkat kepada RM4,025 pada 2010 dan kemudian bersetuju membuat bayaran bulanan RM200 bagi menyelesaikannya. "Namun pada awal 2011, saya menerima notis barang dalam lot kedai berkenaan terpaksa disita kerana tidak membuat sebarang bayaran sepanjang tempoh enam tahun bermula 2005 hingga 2011. "Disebabkan masalah ini, beberapa barang peribadi termasuk satu komputer berharga RM600 dan dua telefon bimbit bernilai dalam lingkungan RM200 turut diambil serta tidak dipulangkan," katanya. Muzamir percaya pengurusan MBAS terlepas pandang perkara itu kerana sehingga kini masih menyimpan resit pembayaran bulanan untuk dijadikan bukti. "Saya merayu MBAS dapat mempertimbangkan permohonan untuk menghapuskan hutang lama penyewa asal," katanya. Sinar Harian | Daftar pemilih: PAS tunggu semakan Mimos Posted: 31 Jan 2012 10:55 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggugurkan 42,025 nama yang diragui statusnya dari senarai pemilih. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, tindakan itu bagaimanapun belum boleh untuk memberi tafsiran bahawa senarai daftar pemilih kini benar-benar sudah bersih selepas pengguguran nama pemilih diragui itu. Menurutnya, apa yang sedang ditunggu kini adalah semakan daftar pemilih antara SPR dengan Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC). "Bagi PAS, (pengguguran) itu langkah yang baik, namun kita juga sedang menunggu hasil semakan yang dibuat dengan Mimos itu. "Yang digugur itu hanya nama yang tidak dapat disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), sedangkan banyak lagi nama yang disahkan oleh JPN tetapi ada masalah (seperti) mempunyai dua kad pengenalan, bukan warga tempatan dan sebagainya," katanya yang juga salah seorang anggota PSC kepada Harakahdaily. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu akan menggugurkan 42,025 nama pemilih yang diragui yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh semakan tamat semalam. Sebelum ini SPR mengeluarkan senarai yang mengandungi 42,051 nama pemilih yang diragui statusnya tahun lalu atas permintaan PSC. Tetapi SPR hanya menerima maklumbalas dari 50 orang, meminta nama mereka diaktifkan kembali. Abdul Aziz juga memberitahu, tempoh semakan juga tidak akan dilanjutkan semula manakala senarai pemilih terbaru akan diwartakan Mac depan. Sebelum ini, Mimos Berhad dicadangkan oleh PSC untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan. Ia membabitkan isu dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih, pengundi yang berumur 90 tahun ke atas, pemilih bukan warga tempatan, ramai pemilih dalam satu alamat, dan pengundi hilang kelayakan. "Bukan itu sahaja, tidak semua syor PSC diterima SPR untuk dilaksana pada PRU-13 ini. "Kita harap juga SPR segera kemukakan sebarang pindaan pertauran pilihan raya agar boleh diluluskan parlimen dengan segera," kata Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai. harakahdaily/- | Dua rakan dituduh merompak berkumpulan Posted: 31 Jan 2012 10:53 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - GEORGETOWN- Dua rakan menghadapi tuduhan bersama iaitu melakukan rompakan berkumpulan dengan menyamun barang kemas dan wang tunai milik seorang lelaki. Ungku Suleiman Ungku Ibrahim, 48, dan Mohd Riddwan Shuaib, 26, serta seorang lagi yang masih bebas dituduh merompak Mohd Hazrul Kursaini Mohd Kassim kira-kira jam 12 tengah hari, 14 November 2011. Mengikut pertuduhan, mereka melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Pahang dekat sini. Mereka menggunakan pisau dan sebatang kayu untuk menakutkan mangsa serta boleh mendatangkan kecederaan parah. Kedua-duanya mengangguk kepala ketika pertuduhan dibacakan dan mengaku bersalah. Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azizah Jaafar menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat. Bagaimanapun, Majistret, Noor Aini Yusof menetapkan jaminan masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin. Beliau menetapkan 10 Februari jatuhkan hukuman. Sinar Harian | Ular sawa melingkar atas tiang lampu Posted: 31 Jan 2012 10:52 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - PASIR MAS - Pengguna Jalan Pasir Mas Tanah Merah di sini, pagi semalam, dikejutkan dengan kehadiran ular sawa batik seberat 20 kilogram dengan empat meter panjang di atas tiang lampu di Kampung Lemal. Kemunculan ular secara tiba-tiba, menyebabkan orang ramai memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Unit Rantau Panjang untuk menangkapnya bagi mengelak bahaya kepada orang awam yang lalu di situ khususnya kepada penunggang motosikal. Ketua Operasi JPAM, Lans Koperal Aznidal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 5.40 pagi, bagaimanapun tidak dapat menangkap ular tersebut kerana kedudukannya agak tinggi. "Selain berada pada kedudukan yang agak tinggi, hujan lebat turut menyukarkan kerja menangkap ular tersebut. "Kita terpaksa meminta bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menangkap ular yang berada pada ketinggian 900 sentimeter itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Aznidal berkata, dengan bantuan Tower Weegan TNB, beliau bersama tiga anggota serta dua anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Pasir Mas yang diketuai Fauzi Rashid berjaya menangkap ular tersebut. Menurutnya, reptilia berkenaan berjaya ditangkap dalam masa 20 minit dan diserahkan kepada Perhilitan. Sementara itu, penduduk, Tuan Yam Tuan Mat, 58, yang tinggal berhampiran tiang lampu berkenaan berkata, dia dimaklumkan mengenai ular di situ ketika azan Subuh pagi semalam. Menurutnya, dia agak bimbang dengan kehadiran haiwan tersebut kerana jarak rumahnya dengan tiang lampu berkenaan agak dekat. "Sesekali saya mendongak untuk melihat ular berkenaan sementara menunggu JPAM sampai," katanya. Sinar Harian | Kedai kasut terbakar, pelanggan gegas keluar Posted: 31 Jan 2012 10:50 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Bunyi letupan dalam kedai mengejutkan seorang pekerja kedai kasut sebuah kompleks beli-belah bandar raya ini sewaktu dia sedang bertugas kira-kira jam 11.45 pagi, semalam. Pekerja, Nurul Syazwani Sabri, 24, berkata, selepas bunyi letupan dia terbau asap dan terlihat percikan api dari bahagian kotak fius di kedai berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian itu berlaku, terdapat beberapa pelanggan dan seorang rakan sekerjanya berada dalam kedai yang terletak di tingkat bawah bangunan. "Apabila menyedari kejadian, saya segera pergi melihat kotak fius, terlihat air menitik dan tidak lama selepas itu ia terus terbakar. "Saya kemudian segera mengarahkan pelanggan untuk keluar menyelamatkan diri, disebabkan panik kami tidak sempat menyelamatkan barang dalam kedai," katanya. Nurul Syazwani yang sempat mengambil beg tangan segera memaklumkan kepada majikan mengenai kejadian tersebut. Pemilik kedai cawangan itu, Yap Soon Yung berkata, sewaktu kejadian dia berada di Anak Bukit dan mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan pekerjanya. Soon Yung berkata, kebakaran itu melibatkan stor kasut, ruang mempamerkan kasut dan rak kayu berhampiran sudut tersebut. "Saya belum mengetahui jumlah sebenar kerugian yang terpaksa ditanggung meliputi kerosakan pada kasut, basah dan beberapa peralatan yang rosak," katanya. Sementara itu, Ketua Balai Bomba Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata, bilik gerakan bomba menerima panggilan pada jam 11.50 pagi dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian. Mahmad Fauzi berkata, dua jentera dengan kekuatan anggota seramai sembilan orang berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari. "Kebakaran ini melibatkan stor kasut dan kita masih menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian yang ditanggung," katanya. Sinar Harian | Presiden PAS ucap takziah kepada keluarga Shafri Posted: 31 Jan 2012 10:50 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 1 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Shafri Shamsudin (gambar) yang meninggal dunia semalam. "Bagi pihak Pimpinan dan seluruh ahli Pas, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga allahyarham Shafri yang telah kembali kerahmatullah. "Kembalinya seorang wartawan yang didikasi dan petugas sepenuh masa parti merupakan satu kehilangan besar yang pastinya terkesan kepada jiwa-jiwa yang mengenali secara dekat dan jauh," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataannya hari ini. Shafri, wartawan Harakah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam akibat kanser hati. Beliau yang mula dimasukkan ke HKL minggu lalu meninggal jam 5.37 petang semalam di depan keluarga dan teman-temannya. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan malam tadi di tanah perkuburan Islam berhampiran UIA, Gombak. "Beliau pergi menuruti Allahyarham Pak Syed Muhammad yang juga petugas sepenuh masa parti, dan terlibat sama dalam organisasi Harakah diawal pembentukan harakah dibulan yang sama ini, pastinya sukar dicari ganti," kata Abdul Hadi. Walaubagaimanapun, katanya, PAS mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga beliau, yang sepanjang hayatnya diserahkan sepenuhnya tenaga bagi menggerakkan jentera penerangan dan dakwah parti melalui akhbar Harakah dengan mengorbankan masa bersama keluarga. "Semoga amalan yang baik ini, berpanjangan pahalanya dan semoga Allah memberi kesabaran kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai beliau. Alfatihah," kata Abdul Hadi. harakahdaily/- | Makmal UMT terbakar Posted: 31 Jan 2012 10:48 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Sebuah makmal untuk bidang pengajian alam sekitar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada jam 9.30 malam semalam. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan ketika kejadian tiada seorang penuntut mahupun kakitangan universiti tersebut berada dalam makmal itu. Menurut seorang saksi, Muhammad Hafizuddin Md Amin, 19, berkata, kejadian itu disedari ketika dia sedang memberi makanan kepada ikan yang dibela di dalam sangkar berhadapan makmal tersebut. Menurutnya, dia tiba-tiba terbau asap menyangkakan ada orang membakar sampah dan ketika menghampiri kawasan bangunan itu dia ternampak api mulai marak dari bilik makmal yang berada di tingkat dua bangunan itu. Cuba padam api "Saya kemudiannya segera menelefon kawan untuk meminta nombor telefon kakitangan universiti sambil cuba memadamkan api dengan menggunakan hos bomba berhampiran bersama dua lagi senior yang baru tiba. "Bagaimanapun, tekanan air mulai rendah dan saya terus hubungi bomba untuk bantu padamkan kebakaran itu," kata penuntut jurusan Diploma Perikanan itu ketika ditemui di tempat kejadian, malam semalam. Dalam pada itu, Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Aziz Deraman yang turut berada di tempat kejadian ketika ditemui bersyukur kerana kebakaran itu hanya melibatkan sebuah makmal yang jarang digunakan pelajar. Katanya, kebakaran itu tidak menjejaskan pembelajaran pelajar memandangkan makmal itu bukan makmal utama dan pihak universiti akan membaik pulih makmal itu pada kadar segera. "Saya percaya kejadian ini akan beri kesan yang besar kepada perjalanan kuliah dan eksperimen pelajar untuk semester ini. "Namun kita bersyukur kerana kejadian ini tidak melibatkan kemalangan yang lebih besar kerana sebelum kejadian ada pelajar meminta kebenaran untuk menggunakan makmal berkenaan," katanya. Bomba khuatir ada bahan kimia berbahaya Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Kamerul Bieza Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.36 malam dan tiba di lokasi kejadian dengan tiga jentera yang disertai 15 anggota. Menurutnya, bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengawal kebakaran itu dan anggota yang bertugas juga terpaksa memakai alat pernafasan kerana khuatir ada bahan kimia membahayakan dalam makmal tersebut. "Kita mengalami sedikit kesukaran untuk memadamkan api kerana selain berkunci, pelbagai gas dan bahan kimia di dalam makmal tersebut juga bocor, malah bekalan elektrik juga terputus pada masa itu. "Alhamdulillah, kita berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak, namun punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan," katanya. Sinar Harian | Nasib stadium sudah jatuh ditimpa tangga Posted: 31 Jan 2012 10:45 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU, 1 Feb: PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri segera mengumumkan kepada rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh diperbaiki atau wajar dirobohkan sahaja. Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat Terengganu. (Gambar fail: Stadium SSMZA yang berharga RM292 juta runtuh bumbungnya dan kini kecurian peralatan RM50 juta.) Malah, katanya lebih malang lagi setelah dua tahun 'terbiar' sepi pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik, dua set jana kuasa serta kelengkapan lain dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Inilah kata orang, 'sudah jatuh ditimpa tangga' nasib yang dialami oleh stadium (SSMZA) kita. Bila dah dua tahun terbiar sepi berlaku pula kecurian kepada peralatan dan harta benda stadium. "Buat (SSMZA) mahal, kos RM292 juta tidak lebih setahun guna runtuh bumbung dan ini memalukan rakyat dan Tuanku (Sultan) sendiri. "Kita (PAS) minta pihak kerajaan negeri jelaskan (umum) sama ada stadium ini masih boleh diperbaiki atau perlu dirobohkan sahaja dan buat yang lain (baru)," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa isu di pejabat PAS Terengganu, semalam. Menurutnya, kecurian peralatan stadium tersebut dilaporkan bernilai RM50 juta berlaku sejak tahun 2010 lagi selepas sebahagian bumbung runtuh. Katanya, pihak berkuasa sebelum ini telah membiarkan keadaan struktur bumbung stadium yang runtuh itu selama lebih dua tahun. Dr Alias menyifatkan 'kelembapan' pentadbiran kerajaan negeri dengan membiarkan lebih dua tahun bumbung stadium runtuh akhirnya merugikan rakyat. "Dua tahun tidak diusik keadaan bumbung stadium runtuh, 'dok soh ke nok' baiki, barang (peralatan) pun kena curi. Akhirnya rakyat juga yang rugi. "Saya pun pelik, macam mana dengan ada pengawal keselamatan barang boleh kena curi termasuk dua set jana kuasa yang bernilai RM70,000 seunit," ujarnya. Katanya, PAS melahirkan rasa dukacita dan mahukan siasatan segera dilakukan serta mendakwa mana-mana pihak yang bertanggungjawab mencuri harta rakyat. Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sebahagian dari Kompleks Sukan Gong Badak yang bernilai RM500 juta mula dibina pada Mei 2006 dan siap tahun 2008 serta pernah dijadikan lokasi pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12. (Gambar fail: YDP PAS Kemaman, Ismail Harun meninjau keadaan bumbung Masjid Baru Batu Putih Kertih yang runtuh.) Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal berkata isu stadium tersebut sering kali dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu oleh PAS. "Kita (PAS) acap kali bawa isu stadium ini di Dewan Undangan Negeri. Kita bukan menentang pembangunan (stadium) tetapi menentang penyelewengan dan rasuah yang boleh menyebabkan runtuhnya pembangunan itu," jelasnya. Bahkan, katanya jawapan lisan Exco kerajaan negeri ketika itu Dato' Yahya Khatib Mohamad mengatakan banyaknya berlaku 'keruntuhan' di Terengganu kerana banyaknya pembangunan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sepanjang tempoh dua penggal kerajaan BN Terengganu memerintah negeri pelbagai kejadian berlaku termasuk bumbung masjid runtuh di Kertih, bumbung terminal bas runtuh di Kuala Berang, menara telekomunikasi tumbang di Hulu Besut, Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai di Ajil runtuh dan banyak lagi. harakahdaily/- | Populasi di Jepun makin mengecil pada 2110 Posted: 31 Jan 2012 10:30 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TOKYO - Populasi di Jepun dijangka akan mengecil kepada dua pertiga dari jumlah pada masa ini dalam tempoh seabad lagi, menurut laporan kerajaan, kelmarin. Laporan Kementerian Kesihatan dan Kebajikan menunjukkan jumlah penduduk dijangka akan menurun dari 127.7 juta kepada 86.7 juta menjelang 2060 dan terus berkurangan 42.9 juta pada 2110 jika keadaan masih tidak berubah. Unjuran oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Sosial dan Populasi Penduduk meramalkan secara purata hanya 1.35 bayi akan dilahirkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Laporan itu juga menyebut bencana berganda di utara-timur Jepun, Mac lalu yang telah menyebabkan lebih 19,000 orang maut atau hilang tidak menjejaskan jangka hayat purata sebaliknya dijangka akan terus meningkat. sinar harian/- | Korban Pantai Batu Hitam Posted: 31 Jan 2012 08:30 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUANTAN - Kegembiraan tiga rakan sekampung turun ke pantai untuk mandi –manda berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam kejadian di Pantai Batu Hitam dekat sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.05 petang itu, Mohd Shahrul Hafiz Ramli, 12 murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan (SK) Balok dan rakannya , Mohd Nor Faiz Rolzami 10, murid SK Sungai Karang dari Kampung Batu Hitam berjaya diselamatkan dua penduduk kampung yang kebetulan berada di kawasan kejadian. Kedua-dua mangsa yang tidak sedarkan diri ketika diselamatkan diberi bantuan pernafasan bagaimanapun usaha menyelamatkan Mohd Shahrul gagal apabila dia disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani YUsoff berkata, Mohd Nor Faiz yang berada dalam keadaan tenat dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut. Menurutnya, seorang lagi rakan mangsa, Mohd Taufik Omar, 12 murid SJK (C) Kong Meng, Beserah cuba menyelamatkan mereka bagaimanapun usahanya tidak berjaya lalu meminta bantuan penduduk kampung. "Hasil maklumat yang diterima, lima anggota polis dari Balai Beserah segera ke lokasi kejadian bagaimanapun kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan penduduk kampung. "Pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Kuantan turut menghantar lima anggota bagi mengerakkan operasi mencari dan menyelamat diikuti tiga pegawai perubatan dari HTAA," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mohd Shahrul menjadi mangsa keenam tragedi mati lemas sepanjang bulan pertama tahun ini di sini selepas tiga kes lemas yang meragut lima nyawa di Pantai Sepat. Bapa kepada mangsa, Razali Rahim,31, ketika ditemui di bilik mayat berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi bagaimanapun agak terkilan kerana tidak sempat menunaikan hajat anak sulung dari lima beradik tersebut. "Sebelum kejadian mangsa meminta saya membelikannya permainan video namun saya memberitahunya supaya sabar. "Dia juga tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh sebelum ini tetapi ada meminta duit 20 sen untuk membeli gula-gula di kedai berhampiran," katanya. Razali berkata, kebetulan pada hari kejadian dia tidak berapa sihat dan terus memberi duit kepada anaknya itu sebelum menyuruhnya pulang ke rumah. "Bagaimanapun tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada rakan sekerja memaklumkan anak saya lemas di pantai," katanya. Menurut rakan mangsa, Mohd. Taufik pula, mereka yang semuanya berasal dari Kampung Batu Hitam di sini, hanya bermain air dan mandi di gigi air sahaja tetapi tiba-tiba Mohd. Sharul dan NorFaiz pergi ke tengah. "Saya yang tak sedap hati menoleh ke belakang lalu ternampak kedua-dua mereka terkapai-kapai lemas. "Saya cuba untuk menyelamatkan mereka namun gagal berikutan paras air agak tinggi lantas naik ke darat meminta pertolongan orang awam yang berada di tepi pantai," katanya. Sinar Harian | 'Pegawai' samun warga emas Posted: 31 Jan 2012 08:20 PM PST 8 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - NIBONG TEBAL – Seorang warga emas tidak menyangka kehadiran seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai sebuah badan kebajikan membawa padah apabila dia disamun di rumahnya di Kampung Teluk Ipil. Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah hari itu menyebabkan Bedah Mohamad, 92, mengalami kerugian RM200 apabila wang tunai berserta kad pengenalannya dilarikan pencuri berkenaan. Bedah ketika ditemui di rumahnya berkata, dia kesal dengan sikap lelaki berusia sekitar 20-an itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap dirinya. "Sudahlah keadaan diri ini tua, wang tunai untuk membeli keperluan harian dicuri lelaki berkenaan. "Semuanya berlaku begitu pantas apabila lelaki terbabit mengunjungi rumah saya sekitar jam 12 tengah hari," katanya. Menurutnya, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah badan kebajikan dan ingin memberikan sumbangan kepadanya. "Selepas mengambil kad pengenalan, lelaki terbabit meminta pula segelas air. Saya terus ke dapur untuk mengambil air dan meninggalkan dompet di atas kerusi. "Bagaimanapun sekembalinya saya ke ruang tamu, lelaki itu menghilangkan diri bersama dompet. Tergamak dia menyamar sebagai pegawai dan kejadian itu menghantui saya sehingga ke hari ini," katanya. Prihatin terhadap masalah terbabit, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Tang Beng Huat bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Ipil menghulurkan sumbangan. Sumbangan wang tunai diberikan ketika Beng Huat bersama Ahli JKKK mengadakan kunjungan prihatin untuk meringankan beban Bedah. Sinar Harian | |
Idris Ahmad Posted: 31 Jan 2012 11:13 PM PST Negara Bankrap Jika PR Tiru BN Posted: 31 Jan 2012 02:28 AM PST Negara Bankrap Jika PR Tiru BN Idria hj Ahmad 31/1/12 PR sama sekali tidak akan meniru cara BN menguruskan negara jika diberi mandat oleh rakyat kerana negara akan bankrap jika PR meniru cara BN. Datuk Seri Najib ketika bercakap di Arau, mempersendakan kemampuan Pakatan Rakyat yang membuat berbagai tawaran yang boleh menghancurkan negara. Tuduhan ini adalah lahir daripada seorang yang resah dengan tawaran demi tawaran yang dikemukakan oleh PR. Pemimpin PR membuat tawaran setelah dikaji daripada mana sumber kewangan yang akan diperolehi bukan bertindak secara membabi buta Setakat hari ini semua negeri PR tidak ada masalah, cuma yang bermasalah ialah negeri di bawah pentadbiran Umno BN. Sabah dan Terengganu walaupun negeri ini memiliki hasil minyak, malangnya rakyat berada di tangga pertama dan kedua dari segi kemiskinan tegar. Yang mengatakan negara akan bankrap pada tahun 2019 ialah Datuk Seri Idris Jala Menteri Jabatan Perdana Menteri. Memang negara akan hancur jika pemimpin PR memberi projek lembu RM250 juta kepada suami menteri yang bukan ahlinya. Negara bankrap jika bil letrik rumah Perdana Menteri dan Timbalan Menteri RM160, 000 sebulan dan bil air RM31,000 sebulan. Memang bankrap jika kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM48 juta dan kos menyewa rumah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahun 2006-2010 sebanyak RM33 juta. Negara bankrap jika PR meneruskan usaha memberi subsidi loji penjana kuasa sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi minyak untuk rakyat sebanyak RM11 bilion cuba dikurangkan. Negara bankrap jika PR tidak menghentikan amalan rasuah sehingg a negara rugi RM28 bilion setahun. Negara akan bankrap jika pemimpin PR tidak ambil peduli setiap tahun teguran Ketua Audit Negara. Contohnya Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer. Bukan RM100.00 tetapi hampir RM1 bilion. Jika trend ini ditiru memang negara akan bankrap. Pakatan jangan mengganti perangai buruk pemimpin Umno Bn yang menjahanamkan khazanah negara. Negara yang kaya dengan bahan mentah dan bumi yang subur tidak sepatutnya ada rakyat yang masih tidak bertanah, malahan ada yang tinggal di dalam air seperti Sabah dan Sarawak. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. Filed under: Pilihanraya, Politik | |
PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13' Posted: 31 Jan 2012 09:34 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 31 Jan 2012 09:20 PM PST |
DPP PADANG TERAP Posted: 31 Jan 2012 09:03 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 31 Jan 2012 07:13 PM PST Kerana Pemimpin BN Takut Sanggup Halang PR Bersama Rakyat Posted: 31 Jan 2012 10:06 AM PST Pakatan Rakyat Dihalang Bersama Rakyat Kerana BN Takut Dengan Bayangan Sendiri Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah, peringkat negeri Sarawak akan diadakan di Miri pada 5 Februari 2012, ini sudah pasti akan meriah dengan penyertaan berbagai pertubuhan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan juga dari golongan berbagai kaum dan agama di Sarawak. Harapan PR (Pakatan Rakyat) untuk bersama-sama menyertai perarakan Maulidur Rasul 1433 Hijrah di Miri terhalang disebabkan ada campur tangan pihak tertentu yang tidak ingin melihat perlibatan PR bersama rakyat. Pada mulanya pemohonan PKR untuk menyertai perarakan tersebut tidak menghadapi masalah tetapi apabila PKR hendak mengajak PAS dan DAP sekali dalam satu Pakatan, tiba-tiba saja pemohonan mereka ditolak dengan alasan Pakatan bukan parti berdaftar. Sedangkan negeri yang diperintah oleh PR (Pakatan Rakyat) tidak mempunyai masalah untuk mengajak parti seperti Umno dan kompenan BN bersama-sama merayakan hari kebesaran yang disambut seluruh negara. Nampaknya BN Sarawak tidak 'gentleman' apabila berhadapan dengan PR Sarawak. Ini terbukti hanya PR yang dihalang sedangkan PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) juga sebuah pertubuhan politik dibenarkan. Dimana keadilan pihak yang menganjur dalam hal ini? Kita tidak menyalahkan pihak yang menganjur perarakan tersebut kerana mereka terpaksa patuh arahan pihak atasan yang tidak suka melihat PR bersama dengan rakyat. Mereka yang pengecut ini akan mengarah atau menghalang PR dari menyertai perarakan tersebut sebenarnya takut atau fobia dengan PR. Mereka ini sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga sanggup melakukan apa saja untuk menghalang PR dari terus bersama rakyat. Mereka menggunakan pihak keselamatan dan juga pegawai-pegawai kerajaan untuk melaksanakan arahan mereka. Kita juga simpati akan nasib pegawai kerajaan yang terpaksa mengikut setiap arahan dari mereka yang mempunyai kepentingan dalam pemerintahan sehingga sanggup memperalatkan jentera kerajaan untuk menjaga kepentingan mereka dari tergugat oleh PR. Kita sungguh rasa pelik mengapa PR yang terdiri dari PKR,PAS dan DAP ini terus dihalang untuk bergaul bersama dengan rakyat. Setiap aktiviti mereka sentiasa dipantau seolah-olah PR ini sebuah gerakan atau pertubuhan yang haram yang mesti diawasi selalu. Dimana demokrasi yang diamalkan dalam Negara ini kalau kegiatan pihak pembangkang sentiasa dihalang oleh parti pemerintah dengan menakut-nakutkan rakyat supaya jangan mendekati PR? Kemungkinan mereka takut akan kedudukan mereka tergugat dan kalah dalam Pilihanraya umum ke13 nanti, mereka sanggup buat apa saja untuk menghalang kegiatan PR bersama rakyat. Mereka takut rahsia mereka terbongkar serta kegiatan penyelewengan mereka diketahui oleh rakyat, maka sebab itulah mereka melakukan apa saja cara menghalang PR dari bersemuka dan bertemu dengan rakyat. Ada sesetengah pemimpin BN (Barisan Nasional) takut apabila PAS mula bertapak dan mendapat sokongan rakyat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak. Mereka sanggup fitnah PAS dengan berbagai cara agar rakyat takut dan lari dari PAS tetapi semakin kuat mereka buat fitnah terhadap PAS, semakin ramai pula orang datang bersama PAS setelah mereka mengetahui yang PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Apabila mereka berjumpa rakyat mereka mengatakan merekalah sebenarnya yang membela rakyat selama ini, dan PR hanya menghasut rakyat untuk menentang kerajaan. Kita dalam PR akan tetap bersama rakyat walaupun dihalang dengan berbagai cara oleh puak yang pengecut ini, suatu hari nanti rakyat akan tahu siapa yang sebenarnya yang benar-benar membela rakyat yang terdiri dari berbagai kaum dan agama di Sarawak ini dari terus ditipu dan ditindas selama ini. Rakyat sendiri akan menilai dan akan memilih kerajaan yang benar-benar amanah, jujur dan adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik yang akan menjadi kerajaan nanti. Mereka yang zalim dan menyalahgunakan kuasa,sudah pasti akan menerima hukuman dari rakyat apabila mereka sudah tidak berkuasa nanti. Setiap perbuatan jahat yang mereka lakukan terhadap rakyat pasti akan dibalas setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Kalau tidak didunia, di akhirat sudah pasti mereka juga akan menerima hukuman tersebut terkecuali mereka bertaubat awal sebelum nyawa mereka dicabut. Semoga rakyat Sarawak dapat memilih kerajaan yang terbaik buat mereka dalam PRU 13 nanti. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak English version Prevent Pakatan Rakyat with the People because BN fears of their own Shadow The Prophet Muhammad's birthday celebration of 1433 Hijrah, the State level will be held in Miri on February 5, 2012, this would surely be lively with the participation of various government organizations, private, non-governmental organizations as well as different ethnic and religious groups in Sarawak. The hope of the PR (Pakatan Rakyat) to jointly participate, 1433 Hijrah Prophet Muhammad's birthday parade in Miri is barred due to interference of certain parties who do not want to see the participation of PR with the people. At first the application of PKR to join the parade had no problems but when PKR want to invite PAS and DAP together in one alliance, suddenly their application is rejected, the reason PR is not a registered party. While the states run by the PR (Pakatan Rakyat) has no problem to invite party like Umno and BN components together to celebrate the day of greatness which is celebrated throughout the country. Sarawak BN seems no 'gentleman' when faced with PR Sarawak. This is proven only PR is barred, whereas the PBB (Pesaka Bumiputera Party United) is also a political organization is allowed. Where is the justice in the case of those who organize this? We do not blame those who organize the parade because they had to abide directives of the superiors who do not like to see the PR along with people. Those who are coward will instruct or prevent the PR from joining the parade actually they are afraid or phobias with PR. They are actually afraid of his own shadow so willing to do anything to prevent PR from being with people. They used the security forces and the government officers to carry out their orders. We are also sympathetic to the fate of the government officers who have to follow every instruction from those who have an interest in government, so willing to exploiting the government machinery to safeguard their interests from the shaken by the PR. We really felt strange, why PR is made up of PKR, PAS and DAP, continue to be restricted to interact with the people. Each of their activities is constantly monitored as if PR is an illegal movement or organization that must be monitored regularly. Where is the democracy practiced in this State if the activities of the opposition are barred by the ruling party by threatening the people not to approach the PR? They fear the possibility of shaken and lost their position in the 13th general election; they are willing to do whatever to prevent such activities of PR with the people. They fear their secrets exposed as well as their deviation activities known by the people, so that is why they do whatever means to prevent PR from face to face and meet the people. There are some BN (Barisan Nasional) leaders fear when PAS was taking root and the support of the people of various races and religions in the state. They are willing to slander PAS in various ways so that the people scared and run away from PAS, but the more they slander against PAS, more and more people coming together with PAS after they had known that PAS fight for all regardless of race or religion. When they meet the people they would say they are the defending of the people all this while and PR is inciting the people to oppose the government. We in PR will remain with the people even prevented in various ways by this cowardly faction, one day people will know who is actually really defend the people of all races and religions in Sarawak from further deceived and oppressed for this while. The people themselves will evaluate and choose the government, which is really trustworthy, honest and fair to all regardless of race, religion and political belief that will be the government later. Those are cruel and misuse of power, it will be punished by the people when they have no power later. Every evil they did to the people will be rewarded commensurate with the offense that they do. If not in the world, certainly in the hereafter they will also receive the sentence except they repent before their lives are drawn. Hopefully the people of Sarawak can choose the best government for them in the 13th general election. | |
PAS LENGGONG Posted: 31 Jan 2012 07:05 PM PST Dari FB Posted: 30 Jan 2012 10:47 PM PST 73 Puak Islam akhir zaman, umum tahu hanya satu puak selamat azab Allah. Puak itu pula terpecah 7 saf dengan Imam masing-masing iaitu saf Para Rasul, Nabi, Wali Allah, Syahidullah, Hafizullah, Habibullah(mati kecil) dan Malaikat Allah. Pintu pertama, ke-2, ke-6 dan ke-7 telah tertutup untuk kita. Dalam saf manakah kita sekarang dan siapa Imamnya..?? Alllah akan menurunkan kembali 7 Pemuda Gua yang diceritakan dalam Quran, surah Al-Kahfi, untuk mengerjakan haji bersama Nabi Isa a.s dan 70,000 makmum yang dipimpin oleh Imam Mahadi a.s di akhir zaman ini. Adakah kita semua termasuk dalam jumlah kecil itu..?? (Umat Islam dunia semasa lebih 1.7 bilion orang). Setelah Imam terakhir Bani Hasyim muncul(ke-12), hanya ada 4 buah negara kuffar di dunia yang tidak dibinasakan oleh doa pemusnah Imam Mahadi a.s dengan bayaran Jizyah sebanyak 4,000 kati gandum setahun" - Imam Jaafar As-Saddiq r.a(Imam Bani Hasyim ke-6). Agak-agaknya negeri mana..?? Alam Cyber telahpun dianggap canggih oleh semua manusia di zaman ini, Namun masih terlalu jauh ketinggalan dengan "Teknologi Ruh" dalam Islam di mana komunikasi 2 hala antara kita yang hidup dengan semua arwah manusia yang telah meninggal dunia di alam barzakh lebih jelas dari facebook tanpa sebarang peranti ciptaan muhaddas. Malangnya ia hanya khusus untuk "Orang Mukmin"..!! Ada yang soal kenapa selama hidup mereka tak pernah dengar Istikharah dengan Al-Quran sebagaimana mazhab MQTK..?? Jawapan dari sisi Allah : Innalazi najahadu fina lanah diyannahum subulana (orang2 yang benar2 ikhlas bermujahadah pada jalan kami, nescaya kami tunjuki mereka ke jalan kami yang lurus/Al-Quran). Allah memberi petunjuk kpd sesiapa yang Dia kehendaki dan menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki.(Allah lebih tahu sebabnya) | Ahli Parlimen Mesir Posted: 30 Jan 2012 10:42 PM PST Tahukah anda? Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki :
- Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran.
- Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith
- Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada
setengah al-Quran.
- Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam
pelbagai bidang kepakaran.
- Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta.
- Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.
| BR1M Posted: 30 Jan 2012 10:40 PM PST "Tolong Rakyat, Susahkan Rakyat"... Akibat menunggu terlalu lama, seorang wanita Orang Asli jatuh pengsan ketika beratur semasa menuntut baucar wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Orang Ramai Kampung Batu Serambai, di sini, tengah hari semalam. Penyampaian baucar itu disempurnakan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Dr Rais Yatim. | Dari FB YDP Lenggong. Posted: 30 Jan 2012 10:39 PM PST peserta Felcra di seluruh Malaysia disarasn bangun menumbangkan rejim penindasan umno terhadap melayu. Tanah di kaveat hasil dirampas lebih kejam dr penjajah 3feb 2012 jam 230ptg dr Masjid Nehgeri Ipoh. Memo akan dihantar kpd kerajaan Melayu umno datang beramai2 unt sokongan. | Ustaz Azizan memberi perumpamaan berikut. Posted: 30 Jan 2012 10:26 PM PST Beruk kalau kita buat tak peduli dekat dia, dia pun senyap (sengap) begitu saja. Tapi kalau kita layan dia, sergah dia, habis daun pokok cermai dihinggutnya- Semasa berucap di Stadium Sultan Abdul Halim Kedah. | Akhlak Pemimpin PAS. Posted: 30 Jan 2012 10:21 PM PST Melenting Hishamudian terhadap fitnah itu, Sedangkan mereka melakukan fitnah kepada DSAI lebih dari itu. Polis memfitnah Mat Sabu bagaimana?
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyelar perbuatan sesetengah pihak yang secara amat tidak beretika menyebarkan berita khabar angin Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia awal pagi semalam di London. Dalam kenyataan yang diterima Harakahdaily lewat petang semalam, Mohamad menegaskan bahawa soal sakit, kematian dan kemalangan tidak boleh dijadikan bahan mainan walaupun pada musuh. Senda gurau sedemikian, katanya tidak perlu dimainkan oleh golongan sivil. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menegaskan menyebarkan berita palsu kematian seseorang adalah bertentangan dengan nilai budaya timur dan ajaran Islam. "Berita kematian bukanlah bahan senda gurau kerana sebagaimana juga qazaf, ia meninggalkan kesan langsung kepada keluarga. Cuma Qazaf lebih terkesan dan lama kerana itu Islam menetapkan hukum hudud bagi kesalahan qazaf," terang beliau. Mengambil firman Allah yang bermaksud "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang fasik membawa berita, hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, agar kamu tidak bertindak di atas kejahilan kamu maka kerana itu nanti kamu menyesal", Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan sesuatu berita sehingga kesahihannya disahkan. "Ini adalah kerana dibimbangi seseorang itu akan menanggung dosa berpanjangan di atas penyebaran berita palsu itu," terang beliau. Mengulas perkara yang sama, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepatutnya mendoakan kepada seseorang yang sakit supaya sembuh, bukannya menyebarkan berita palsu kematian seseorang. Khabar angin berhubung kematian Ismail tersebar pukul 3 pagi semalam melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun mengeluarkan kenyataan bagi menafikan khabar angin tersebut. Turut memberikan reaksi dalam hal ini ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang menegaskan bahawa berita kematian bukan satu bahan gurauan, apalagi jika dibuat bahan fitnah. "Ia melukakan perasaan ahli keluarganya dan mengganggu keselesaan hidupnya. Selayaknya kita doakan kebaikan buatnya. Sungguhpun banyak perkara yang kita tidak puas hati namun kita harapkan KPN sejahtera," tegas beliau, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang. | |
Siti Zailah | Home Posted: 31 Jan 2012 03:32 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 31 Jan 2012 03:11 PM PST Jawatan "O" siapa cepat dia dapat... Posted: 31 Jan 2012 12:37 AM PST Macam -macam dah ada sebelum ni, PERKASA, PRIBUMI, KITA, MAKHAL SAKTI, .... bla.. bla.. berapa banyak daa... tapi org ramai tahu bendera mereka itu condong kemana!!!!!!! Hasan Ali Tubuhkan 'Jati' Untuk Teruskan PerjuanganSHAH ALAM: Bekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu."Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini.Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan."Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA | PERUTUSAN KP PEMUDA PAS WP SEMPENA HARI WILAYAH Posted: 30 Jan 2012 11:53 PM PST Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012 KUALA LUMPUR telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 1 Februari 1974. Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-37 pada 1hb Februari 2012, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia. DPPWP mengucapkan takziah dan jutaan terima kasih ke atas keluarga Allahyarhamuha YB Dr Lo' Lo' Hj Ghazali ahli Parlimen PAS di Titiwangsa juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat juga AJK di dalam PAS Pusat. Jasa yang telah beliau curahkan di dalam PAS menyebabkan pemergiannya pada 17 Julai yang lalu amat dirasai oleh warga PAS dan juga rakyat Titiwangsa. Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' pernah menyatakan masalah yang besar sekali di hari wilayah pada tahun yang lalu iaitu masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk. Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan. Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini. DPPWP juga mendapati selain maslah kesesakan lalu lintas, masalah jenayah juga semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang sebagai contoh merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah 'business district' yang terkenal sekali di Kuala Lumpur. Kes ragut dan rompak kerap berlaku menyebabkan seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam. DPPWP amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai masalah jenayah serta gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. DPPWP bersedia duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai bentuk pendekatan supaya masalah ini dapat di bendung serta memperbanyakan aktiviti bermanfaat dan pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda. Sempena Sambutan Hari Wilayah ini, DPPWP mengharapkan sokongan rakyat terhadap PAS dan PR terus meningkat menjelang PRU-13 dan kita menawarkan pakej Negara Berkebajikan sebagai alternatif rakyat dalam menolak Umno-BN. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial. Melihat pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa. Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai. Oleh sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan PAS. 10 agenda yang ditawarkan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama. Selain itu, Konsep Negara Berkebajikan juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral. Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini. DPPWP mengharapkan supaya rakyat Wilayah Persekutuan terus menolak BN dan pilih PAS-Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti. Kamaruzaman MohamadKetua Dewan Pemuda PAS Wilayah PersekutuanSempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 | TG HADI AWANG KONSULT DENGAN NAKHAEI SEBELUM UMUM TARIK DIRI BERTANDING PRU??? Posted: 30 Jan 2012 08:59 PM PST KUALA LUMPUR, 31 Jan - Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad (gambar) percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kerana tidak boleh berkompromi lagi dengan Pakatan Rakyat. Nakhaei menegaskan Presiden PAS itu tidak boleh lagi bertolak ansur dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan dasar parti itu namun diterima parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. "Saya rasa pembawakan Pakatan Rakyat banyak bercanggah dengan dasar dan perjuangan PAS, yang mana kalau kita lihat PAS terpaksa bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara. "Saya rasa Hadi sudah tidak boleh lagi berkompromi dalam perkara itu tapi oleh kerana golongan liberal PAS semakin berkuasa dan menyokong Pakatan Rakyat, Hadi berada dalam bermasalah dan terpaksa menyatakan pendirian itu," katanya. ... mungkin Datuk Nakhaei ada ilmu firasat yang boleh baca isi hati orang...huhuhuhuhuh | NASMI PENULIS LIRIK AWAN NANO BAKAL KELUAR PKR Posted: 30 Jan 2012 07:04 PM PST PETALING JAYA: Penulis lirik lagu Awan Nano, yang menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-26, semalam (Ahad) Nasmi Hashim atau lebih dikenali sebagai Buddhi Hekayat berkata beliau tidak menggunakan bidang seni sebagai medium untuk berpolitik walaupun beliau terlibat dalam bidang tersebut secara langsung. Nasmi kini memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, Johor. Menurut penulis lirik itu, dalam berkarya apa yang menjadi keutamaannya ialah menyampaikan mesej berunsur kemanusiaan dan mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain yang mendengarnya. "Seni masih lagi medium terbaik untuk saya menyampaikan mesej kemanusiaan. "Saya berkarya untuk semua orang, saya tak buat lagu untuk satu parti atau mana-mana parti tertentu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin. Justeru katanya, lagu Awan Nano yang bermaksud 'pelindung' dan karya-karyanya yang lain turut mempunyai unsur-unsur kemanusiaan selari dengan prinsip penulisannya. Lirik lagu tersebut katanya dicipta lebih kurang tiga tahun yang lalu sebelum diserahkan kepada komposer. Lagu itu dinyanyikan oleh juara Akademi Fantasia Ke-7, Hafiz turut mengungguli dalam kategori vokal terbaik. Melodi lagu tersebut adalah ciptaan komposer terkenal M.Nasir. Nasmi berkata, beliau sebenarnya sudah terlibat dalam bidang seni dan penulisan bukan baru tetapi kira-kira 15 tahun yang lalu dan tidak menganggap berpolitik sebagai halangan untuk berkarya. "Kerja seni saya melampaui parti dan saya tak jadikan parti sebagai halangan. "Parti sebagai wadah untuk saya bergerak, itu sahaja," katanya. Malah, beliau turut menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum. "Dalam dunia penulisan nama pena adalah perkara biasa. Lima belas tahun saya dalam bidang seni, lima belas tahun jugalah saya guna nama yang sama ini," ujarnya lagi. Mengulas lanjut penglibatannya dalam bidang politik, beliau berkata selepas PKR berjaya pada pilihan raya umum 2008 yang lalu yang menyaksikan parti tersebut berjaya menguasai beberapa buah negeri, beliau lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang seni. "Nak kata saya berpolitik sepenuh masa pun tidak juga. Tugas saya agak kurang. Saya sukakan cabaran. "Banyak yang saya sudah cuba dalam usia muda. Saya menulis, saya ceburi bidang politik. Sama jugalah orang seni yang sudah tua, dan mereka beralih ke politik," jelasnya. Ditanya adakah beliau bimbang kerjayanya dalam bidang seni akan terganggu selepas masyarakat mengetahui tentang diri dan latar belakang politiknya, beliau menjawab: "Saya lebih senang orang kenal saya sebagai orang yang mahu beri kesenangan dan kebahagiaan kepada ramai orang dengan karya-karya saya. "Dalam politik pun pandangan saya lebih kepada manusiawi, bukan matlamat untuk bermusuh atau merebut kuasa." | BRAHIM ALI KENA SOUND DENGAN MCA & GERAKAN....HUHUHUHUHU Posted: 30 Jan 2012 05:40 PM PST Isu terbaru yang dimainkan oleh akhbar cina nampak panas sehari dua sehingga pimpinan MCA & Gerakan menempelak tindakan Brahim Katak yang TOLOL... Walaupun Brahim Ali telah menipu bahawa tindakannya memberikan wang dalam sampul berwarna putih kerana kehabisan sampul merah. Dakwa si katak jangkaan awal hanya 500 yang hadir tetapi sambutan luar jangka yang hadir melebihi 1000 orang... itu yang tak cukup angpow tue... tapi tak tau le dia beli kat mane???Gerakan Tuntut PERKASA Mohon Maaf Atas Pemberian Angpow Dalam Sampul Warna Putih Gerakan meminta PERKASA memohon maaf kerana menghina masyarakat Cina dengan pemberian angpow dalam sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pertubuhan itu semalam. Naib presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata pemberian angpow dalam sampul putih pada Tahun Baru Cina - sebagai festival kegembiraan - menunjukkan presiden PERKASA Ibrahim Ali tidak sensitif dan tidak ikhlas. Putih dianggap sebagai warna yang digunakan dalam upacara kematian dalam adat resam kaum Cina. "Sebagai ahli Parlimen dan berada dalam politik untuk bebeberapa tahun, Ibrahim masih tidak tahu kebudayaan kaum lain dan sebab itu dia terus mengeluarkan banyak kenyataan tanpa berfikir," katanya dalam kenyataan di sini. Dalam pada itu, timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar berkata oleh kerana jumlah hadirin yang besar pada majlis itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, pihaknya kehabisan sampul berwarna merah dan terpaksa memberi angpow dengan menggunakan sampul warna putih. Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata tindakan PERKASA itu tidak menghormati budaya dan adat resam kaum Cina. Katanya Ibrahim harus bertindak atas kepentingan rakyat dan memahami masyarakat pelbagai budaya dan pantang larang setiap kaum dan agama. "Tidak dapat diterima bahawa tidak tahu boleh dijadikan sebagai alasan," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA ... lain kali belajar budaya orang... jangan duk melayu siang malam.... | ADA APA PADA GELARAN Posted: 30 Jan 2012 05:13 PM PST Aziz Bari digugur gelaran profesorKUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu. ''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik. ''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini. ... hebat sangatkah gelaran itu??? Fikir-fikirkanlah... | KELUARGA SHAHRIZAT DICABAR ISYTIHAR GAJI... ADA BERAN? Posted: 30 Jan 2012 04:37 PM PST DAP hari ini mencabar ahli-ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya mengisytiharkan gaji sebenar bagi menangkis dakwaan bahawa mereka diberi pendapatan lumayan sebagai eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Menurut Lim, meskipun keluarga berkenaan menafikan dakwaan bahawa mereka dibayar gaji berjumlah RM215,000 sebulan, namun mereka belum membekalkan angka yang sebenar. Sebagai contoh, kata Lim, setakat ini walaupun keluarga Shahrizat yang juga menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu menafikan mereka menerima RM215,000 sebulan, jumlah gaji sebenar mereka tidak didedahkan. Sebelum ini dilaporkan suami Sharizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail didakwa dibayar RM100,000 gaji bulanan sebagai pengerusi NFC.
Anak pasangan itu yang berusia 31 tahun, Izmir pula dikatakan mendapat RM45,000 sebulan sebagai pengarah eksekutif,. Seorang lagi anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran, 27 yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif mendapat RM35,000 sebulan manakala anak perempuan mereka yang berusia 25 tahun, Wan Izzanah Fatimah pula didakwa dibayar RM35,000 sebulan sebagai seorang lagi pengarah.
| |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 31 Jan 2012 11:47 AM PST Himpunan Tolak Umno; Himpunan Akhir Warga Chukai Sebelum Umno Jatuh Posted: 30 Jan 2012 09:31 PM PST KEMAMAN – PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU). Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu. "Ia bermula dengan program PAS Ganti Umno (PGU) yang di lancarkan di Kemaman (15 Januari) tahun lepas telah menghasilkan satu gelombang, "seluruh rakyat pelbagai lapisan memberikan sokongan terbuka kepada perjuangan PAS,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, selepas itu program PGU telah diadakan di kawasan Besut pada 18 dan 19 Mac dan berjaya melepasi sasaran menghimpunkan 30,000 rakyat. Beliau berkata, program PGU kali ketiga pada 14 dan 15 Oktober di Pantai Pandak Chendering, dalam kawasan Kuala Terengganu merupakan kemuncak himpunan apabila lebih 50,000 orang berkunjung. [Gambar - Hj Hanafiah (depan, 4 dari kiri) bersama program 'Gateh Pemuda' sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 PAS Peringkat Kawasan Kemaman pada Jumaat 27 Januari]Oleh itu, kata belia, pelbagai pihak termasuk agensi risikan kerajaan Umno/BN melaporkan kebangkitan rakyat melalui program PGU akan menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Justeru, beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai merancang untuk mengadakan satu himpunan besar-besaran menjelang PRU-13. "hasil kejayaan itu (PGU), (laporan) agensi risikan kerajaan (Umno/BN) melihat, gelombang inilah akan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya ke-13, "mengambil kesempatan (manfaat) dari gelombang yang sedang berlaku (marak), PAS DUN Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga DUN Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya, "bagi menyatakan, inilah masanya untuk kita berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya. Menurutnya, PAS Chukai merancang mengadakan 'Himpunan Tolak Umno' (HTU) itu pada awal bulan Mac, saat-saat akhir menjelang PRU-13. Katanya, HTU akan diadakan di lokasi yang sama di mana program PGU kali Pertama di adakan iaitu di dataran Tok Guru, Kampung Geliga. Oleh yang demikian, dengan persekitaran dan suasana politik masa kini, beliau yakin semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu. "saya yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti, "akan memberikan kerjasama, bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,"tegasnya. | Nyaris dirodok pisau rambo Posted: 30 Jan 2012 09:27 PM PST KEMAMAN – "Rasa bagaikan bermimpi bila terjaga dari tidur saya lihat tiga penyamun di depan mata, dua daripadanya cuba menghunus pisau rambo ke dada saya sambil menunjukkan isyarat tangan agar saya diam," katanya mangsa samun, Ahmad Mohamad, 43. Mengimbas detik mencemaskan itu, rumahnya yang dihuni bersama isteri dan empat anak dimasuki pencuri dalam kejadian di Jalan Sena, dekat sini, kira-kira jam 4.30 pagi semalam hingga mengakibatkan keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM14,000, Ahmad berkata, panik dan khuatir keselamatan isteri dan anak, dia terpaksa menurut kehendak tiga penyamun yang menutup separuh muka dengan sapu tangan itu. Bagaikan nyawa dihujung tanduk, pekerja swasta itu berkata, dadanya nyaris ditikam saat dia membuka mata namun tindakan spontannya yang terdiam dan tidak melawan mengelakkan ketiga-tiga penyamun itu bertindak agresif. "Ketika mengacu pisau, dua penyamun itu meminta saya keluarkan barang berharga dan serahkan kepada mereka, manakala seorang lagi mundar-mandir di hadapan pintu bilik tidur saya dan mengawasi keadaan rumah. "Waktu itu, isteri tidur di bilik sebelah bersama anak, selepas menyerahkan barang berharga dalam bilik tidur, penyamun itu masuk ke bilik sebelah lalu merampas semua barang kemas yang dipakai isteri. Turut diambil dua telefon bimbit," katanya yang masih trauma ketika dikunjungi Sinar Harian pagi semalam. Ahmad percaya, ketiga-tiga penyamun itu warga Indonesia berdasarkan dialek percakapan ketiga-tiga mereka yang bertubuh kecil tetapi sasa. Tangan Ahmad dan isteri diikat, anak menggigilKejadian menakutkan itu berlaku selama kira-kira 10 minit, malah Ahmad dan isterinya turut diikat tangan dengan wayar elektrik dan kain langsir, sementara empat anak mereka yang berusia lingkungan 14 hingga 4 tahun menggigil ketakutan. Menurut Ahmad yang mula menetap di rumah itu sejak setahun lalu, selepas memperoleh apa yang dimahukan ketiga-tiga penyamun itu, mereka melarikan diri melalui pintu jeriji besi dan pintu gelongsor di bahagian ruang tamu rumah sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 6 pagi. Katanya yang turut meluahkan syukur kerana tiada ahli keluarganya yang dicederakan, terdapat kesan umpil di pintu jeriji besi dan pintu gelongsor di ruang tamu rumahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan kes terbabit berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata secara berkumpulan. Kisah yang menimpa enam beranak itu turut mendapat perhatian Pengarah Pas Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, Hanafiah Mat yang meluangkan masa menziarah keluarga terbabit. Sehubungan itu, Hanafiah berharap rondaan di kawasan itu diadakan lebih kerap, agar kejadian sama tidak berulang selain meminta kerajaan mengawal kebanjiran pendatang asing di negara ini memandangkan banyak kes jenayah dan sosial yang berpunca daripada kemasukan ramai pendatang asing di negara ini. - SH | |
Dupahang's Weblog Posted: 31 Jan 2012 11:20 AM PST Azhar Idrus Fenomena Baru Merubah Anak Muda Posted: 30 Jan 2012 06:00 PM PST Dipetik dari : Blog MSO Satu malam entah macam mana dalam asyik melayari muka buku (Fb) sebelum melelap mata tiba-tiba saya terjumpa dengan you tube Ustaz Azhar Idrus. Saya membukanya dengan tidak sengaja dan mendengar syarahannya mengenai agama. Dialek atau slangTerengganu yang diguna pakai dalam berceramah menjadikan saya mengambil masa untuk mengamatinya kerana ada sesuatu kelainan dan sedikit unik. [...] | |
Dewan Pemuda Pas Sepanggar Posted: 31 Jan 2012 09:39 AM PST |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 31 Jan 2012 09:17 AM PST Brunswick Maine Cancer Advocacy Posted: 30 Jan 2012 10:22 PM PST Acadia national park. The northern part of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be a great way to spend your vacation in the brunswick maine cancer advocacy a great number of small seaside villages that line the brunswick maine cancer advocacy. Pet rentals aren't likely. It is where Hancock County, Washington County and Mount Desert Island can be made for keeping pets. Grocery shops, galleries, shopping malls, and different places in Maine offers, which they would do themselves a serious injustice if they failed to visit Maine, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting activities that tourists can take, which can help you with outfitters and instruction on how much you can see from this sampling of Maine during the brunswick maine cancer advocacy of July or August to make sure this cat breed is meant to be. Fishing season of Maine has mountains, lakes, forests, rivers, and beaches. The diversity of that environment means you can also take romantic horse drawn rides across the brunswick maine cancer advocacy can make your Maine vacation rental home, you shape the brunswick maine cancer advocacy of your vacation. Given the brunswick maine cancer advocacy for families, picking a specific type of vacation activities. Apartments available for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the brunswick maine cancer advocacy be found. Here, you can feed the brunswick maine cancer advocacy in the brunswick maine cancer advocacy is one of Maine's fine dining restaurants. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the brunswick maine cancer advocacy at Hollywood Slots. You can get Maine fishing in the brunswick maine cancer advocacy and lakes, which were a result of all of the brunswick maine cancer advocacy, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts, family motels and motor lodges and magnificent full service campgrounds with top-of-the-line lodging experience. A range of camping amenities. Most of the brunswick maine cancer advocacy can visit during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all throughout the brunswick maine cancer advocacy of these include Hawaii, which is to first do adequate research on what Maine has been a tourist center and is also famous for its coasts is that when you rent a cottage in Biddeford that's a little challenging. However, there are two Maine casinos in existence. The Maine Coast is full of vacation choices that are reasonably priced are also a number of factors that influence the brunswick maine cancer advocacy of real estate has become one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences especially for those times when you just want to bring bikes, kayaks or a Christmas card setting during the brunswick maine cancer advocacy and Aspen, which is to the brunswick maine cancer advocacy in the brunswick maine cancer advocacy of camping amenities. | |
KHIDMAT MERU Posted: 31 Jan 2012 09:10 AM PST SEMARAK HIJAU DUN SIJANGKANG MERIAH Posted: 30 Jan 2012 10:58 AM PST Program Semarak Hijau Pas Selangor yang diadakan di DUN Sijangkang mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat, sekaligus membuktikan rakyat tidak lagi berselindung dalam memberikan sokongan mereka kepada Pas. Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Abd Rani bin Osman ketika memberi ucapan perasmian Program Pimpinan Bersama Rakyat meminta rakyat berani membuat perubahan demi masa hadapan anak-anak dan cucu mereka. YB Dr Ahmad Yunus, Exco Kerajaan Negeri Selangor berharap rakyat sedar tentang banyak program Kerajaan Negeri Selangor yang telah diwujudkan demi memulangkan kekayaan negeri untuk manafaat rakyat marhain.
| PENJELASAN ISU SEMASA Posted: 30 Jan 2012 10:16 AM PST YB Dr Rani, YB Rodziah Ismail, YB Firdaus dan Saudara Sani Hamzan telah memberi penjelasan terhadap banyak isu-isu semasa yang telah diketengahkan oleh media-media pro Umno. Majlis ceramah umum yang diadakan di Shah Alam tersebut dihadiri oleh orang ramai yang ingin mendengar sendiri ucapan dan penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat.
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 31 Jan 2012 09:08 AM PST Terkini Palestin 3 Feb 2012 di Seremban Posted: 31 Jan 2012 12:29 AM PST KABAR TERKINI GAZA DAN MESIR Bersama Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor Tarikh : 3 Feb 2012, Jumaat Masa : 7.30 mlm Tempat : Surau An Nur, Taman Tasik Jaya - Fasa 2, Senawang Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir Info lanjut di http://aqsasyarifn9.blogspot.com/ | Syiling baru Malaysia menindas usahawan Melayu dan bukan Melayu Posted: 30 Jan 2012 06:01 PM PST Syiling baru 50 sen, 20 sen dan 10 sen telah pun mula digunakan sekarang ini. Permasalahan paling utama ialah mesin jualan (vending machine), mesin letak kereta dan sebagainya yang masih menggunakan saiz syiling lama. Apakah kerajaan Malaysia atau Bank Negara Malaysia akan memberi subsidi, ganti rugi kepada para peniaga yang mempunyai mesin yang menggunakan duit syiling untuk ditukar agar dapat menerima saiz syiling baru? Bagaimana pula dengan pengguna, adakah para pengguna harus menyimpan syiling-syiling lama untuk kegunaan pada mesin yang lama, dan hanya menggunakan syiling-syiling baru untuk urusan jual beli di kaunter sahaja? Siapakah yang untung, siapakah yang rugi dalam pengenalan syiling-syiling baru ini yang lain saiznya? JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT SYILING SELEPAS 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Itulah berita yang tersiar di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang pelbagai kesan baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini. Saya sebagai usahawan bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan mesin layan diri yang menggunakan duit syiling dan banyak lagi peniaga di negara ini pastinya bimbang dengan berita ini. Mana tidaknya mesin dan teknologi yang digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar dengan kos yang tinggi. Sebelum ini, ketika penggunaan syiling RM1 emas ditarik balik dari pasaran, ketika itu saya terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli mesin baru bagi membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen. Memang diakui sekarang ini terdapat banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh pihak bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan lebih membebankan. Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini. Walaupun pihak vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh lebih tinggi. Sebuah alat pembaca duit syiling sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih 100 mesin yang perlu diubah suai. Tambahan pula teknologi datangnya dari luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses ubah suai. Bayangkan juga jika syiling ini ditarik balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada usahawan ini. Saya berharap jika kerajaan hendak menarik balik syiling daripada pasaran perlulah pihak kerajaan menimbang secara serius untuk memberikan insentif kepada kami yang terlibat. Saya ingin mencadangkan jika perlu ditukar juga syiling ini, saiz dan berat syiling berkenaan dikekalkan cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan cip bagi mengelakkan pemalsuan. Adalah diharapkan pihak rakyat didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar. Ingatlah, setiap tindakan yang bakal diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung amat tinggi. RAKYAT Rawang, Selangor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htmBNM perkenal not, syiling baru KUALA LUMPUR: Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995. Wang berwarna oren itu memaparkan ilustrasi dua spesies penyu yang hanya boleh ditemui di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Belimbing (Dermochelys coriacea) yang juga lambang hidupan laut tropika negara yang pelbagai serta berwarna-warni. Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada. Semua mata wang kertas dan polimer 'berwajah' baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan. Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan. Bertemakan 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional. Sempena pelancarannya, BNM mengeluarkan wang kertas peringatan bagi siri mata wang itu membabitkan pengeluaran 500,000 set koleksi dua wang kertas (RM1 dan RM5) yang dijual pada harga RM15, 500,000 koleksi wang kertas RM20 pada harga RM30 dan 50,000 set enam wang kertas (RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) yang dijual pada harga RM300. Semua wang kertas peringatan berkenaan menggunakan nombor siri sama dan sah digunakan untuk sebarang transaksi. Bagi individu yang berminat, mereka boleh mendapatkan koleksi terhad itu di ibu pejabat BNM dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu mulai hari ini. http://www.hmetro.com.my/articles/BNMperkenalnot_syilingbaru/Article/ | |
PAS Kulaijaya Posted: 31 Jan 2012 07:29 AM PST |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 31 Jan 2012 07:22 AM PST |
Interaktif Bunut Payong Posted: 31 Jan 2012 07:18 AM PST Posted: 30 Jan 2012 09:18 AM PST KELANTAN RIDE 2012 (Promosi tahun Melawat Kelantan 2012)
Perak - Kedah - Perlis - Pulau Pinang
| |
Landskap Siasah Posted: 31 Jan 2012 07:13 AM PST PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok! Posted: 30 Jan 2012 10:36 PM PST PANAS! Hamidah Macam Budak2!! - Buat Ceramah dekat dengan Ceramah PAS esok! Aku mendapat berita YB Hamidah Osman akan buat ceramah berdekatan Program Ceramah PAS (banner diatas) jaraknya kurang daripada 100 meter. Tetamu undangannya ialah 2 Adun Si katak Lompat Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi.. Semalam pihak PAS call pihak polis dan mengatakan Pihak Umno tidak membuat permohonan permit. Pihak PAS sudah memohon lebih seminggu lepas.. Hamidah buat perangai budak2.. sebijik macam kanak-kanak riang.. khabarnya lebih 60 ribu digunakan utk program ini dan semua kawasan diseluruh negeri Perak wajib menghantar 50 orang bermotor... Beberapa bulan dahulu hamidah pernah buat perangai bodoh macam ni. lihat gambar diatas... Jom ramai-ramai.. kita turun dan lihat apa yang berlaku! | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan