Rabu, 25 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


HAMIM Ledang

Posted: 25 Jan 2012 03:17 AM PST

HAMIM Ledang


Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2012

Posted: 24 Jan 2012 11:00 PM PST

Bersama penerima bantuan di Serom
Sambutan Tahun Baru Cina dan Majlis Penyampaian Angpau kepada warga emas di Kg Relau Asahan, Tangkak, Ledang
Bersama komuniti Sengkang Bt 19
Rumah Terbuka Tahun Baru Cina YB Goh Tee Tee & JPMM Dun Tangkak
Bersama penerima angpau di Bekoh, Ledang


Majlis Tahun Baru Cina Kelab Wanita Ledang

Razlan's

Posted: 24 Jan 2012 11:41 PM PST

Razlan's


Ayuh kita hambat Chegubard!

Posted: 24 Jan 2012 06:13 AM PST

Assalamualaikum,

Satu gerakkan yang terang-terang menghina nama organisasi UMNO dinamakan Asal Bukan UMNO yang dibawa oleh Chegubard merupakan satu tindakan provokasi dan juga menghina seluruh ahli-ahli UMNO.

Kita berpolitik ada landasan untuk menghormati lawan, apa sahaja tajuk ceramah dan juga program yang kita lakukan mempunyai landasan yang perlu saling menghormati, tajuk yang mempunyai provokasi seperti ini harus kita lawan dengan kekerasan. Apabila mereka menawarkan cara yang kurang ajar, takan kita boleh melihat dan berdiam diri.

Sudah masanya kita mengajar mereka yang mahu kurang ajar dengan UMNO, sudah masanya sekiranya ada program seperti ini di kawasan anda, sebagai pejuang dan ahli UMNO, tidak salah untuk kita berdepan dengan orang-orang ini.  Selagi mereka tidak mengugurkan Tajuk ABU, kita berhak untuk pertahankan maruah kita sebagai ahli UMNO.

Didalam Tajuk Ceramah dan Program kita, tidak pernah kita nak meletakan tajuk "Tolak PKR" "PKR Kaki Bontot", "PKR Balaci DAP" dan lain-lain.

Peranan Chegubard adalah untuk melagakan orang Melayu dengan Melayu, mereka sengaja tidak meletakkan Asal Bukan BN kerana PKR menjadi balaci DAP dan tugasan mereka adalah untuk berbuat apa sahaja untuk memecahkan sokongan Melayu terhadap Parti Melayu.

Ini satu gerakan perkauman yang di rangka oleh PR dimana mahu mengusik kaum Melayu agar berdepan dengan Hindraf dan juga PKR.

Pikir-pikirkan lah sendiri... Ingat sekiranya mereka sampai di kawasan kamu, seluruh ahli UMNO mesti berdepan dengan beliau selagi Program itu menggunakan nama ABU!

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 24 Jan 2012 11:08 PM PST

Ahli Parlimen Kota Belud


YB Tony Pua dan Imaginasi Liarnya

Posted: 24 Jan 2012 09:30 PM PST

Isu dakwaan lebihan kos sebanyak RM3 bilion (daripada pengumuman RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam tempoh setahun) bagi perolehan enam kapal Littoral Combat Ship (LCS) atau yang dikenali sebagai SGPV (Second Generation Patrol Vessel)  oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akhirnya terjawab.
Isu berkenaan mencuri perhatian senario politik tanah air sejak rakan sejawatan saya, YB Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dan Ahli Parlimen pembangkang lain membangkitkan isu berkenaan di Parlimen serta menerusi media.
Saya akui, kebimbangan turut wujud di kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana dakwaan yang dibuat sangat serius dan membabitkan wang pembayar cukai yang mencecah berbilion ringgit. Justeru, semestinya kami berasa lega apabila Kementerian Pertahanan dan pegawai atasan Angkatan Tentera memberi "penjelasan sejelas kristal" (sekadar memetik ungkapan Ahli Parlimen Machang, YB Datuk Saifuddin Nasution) dalam taklimat kepada Ahli Parlimen BN (Saya sendiri, YB Khairy, YB Datuk Ahmad Hamzah, YB P Kamalanathan dan YB Bung Moktar) dan Pakatan Rakyat (YB Tony Pua, YB Dr Dzul dan YB Datuk Saifuddin) beberapa hari lalu. 


Nampaknya, dakwaan ditimbulkan tidak benar dan ada penjelasan munasabah di sebalik itu itu. Angka RM9 bilion yang dinyatakan memang direkod secara rasmi sejak 2008 lagi. Jumlah itu adalah nilai siling sebenar yang diperuntukan menerusi dua Rancangan Malaysia (RM6 bilion pada Rancangan Malaysia Ke-10 dan RM3 bilion sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11).
Selepas taklimat berasaskan fakta yang meruntuhkan hujah pihak pembangkang, Tony cuba memberi justifikasi kepada tohmahannya dengan mendakwa apa yang dinyatakan dalam blog dan kenyataan medianya sebelum ini sekadar ingin bertanya dan beliau tidak merasakan apa yang salah mengenainya.
Sepantas itu juga saya katakan kepada Tony supaya meneliti ceramahnya sendiri di YouTube yang sarat dengan sindiran kononnya berbilion ringgit telah disalahguna dan perolehan ketenteraan dipenuhi unsur rasuah. Saya tegaskan beliau bukan sekadar bertanya tetapi memang sengaja mencari pasal. Beliau hanya berdiam dan tidak membalas.
Saya akui, isu perolehan ketenteraan sering menjadi kontroversi kerana ia membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit. Bagaimanapun, ia bukan unik atau eksklusif berlaku di Malaysia saja kerana kebanyakan negara berdepan isu sama. Dalam taklimat berkenaan, Ahli Parlimen pembangkang ada mencadangkan pembentukan Jawatankuasa Pemantauan Parlimen Mengenai Perolehan Pertahanan (Parliamentary Oversight Committee on Defense Procurement). Menteri Pertahanan memaklumkan beliau menerima apa juga keputusan Parlimen berhubung perkara itu.
Secara prinsipnya, saya tiada masalah dengan cadangan itu. Namun sebagai Ahli Parlimen yang mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan negara, saya khuatir untuk mendedahkan terlalu banyak maklumat berkaitan keupayaan strategik ketenteraan kita. Kita memerlukan keseimbangan di antara pendedahan awam dengan kepentingan menjaga kerahsiaan ketenteraan. Garis tipis yang membezakan dua perkara ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dihargai atau difahami pembangkang melainkan mereka menjadi kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Saya juga tertarik dengan cadangan balas YB Khairy Jamaluddin supaya diadakan sesi rundingan berkala antara Ahli Parlimen dan Kementerian Pertahanan adalah lebih baik. Ini boleh menjelaskan pelbagai isu yang menjadi kebimbangan umum.
Hakikatnya, perolehan aset dan bajet keseluruhan pihak ketenteraan mana-mana negara sekalipun tidak semestinya dilingkari misteri atau pelbagai persoalan. Dengan bantuan enjin carian Google, anda boleh mendapat maklumat dan gambaran kadar perbelanjaan dan kekuatan ketenteraan mana-mana negara. Ia tidak sesukar mana.
Apa yang mahu dirahsiakan pasukan tentera di seluruh dunia ialah sub-sistem persenjataan, kaedah fungsi aset ketenteraan masing-masing dan kemantapan pertahanan serta bagaimana sistem sedia ada digunakan untuk menggempur. Dalam erti kata lain, apa yang tidak boleh didedahkan ialah bagaimana aset digunakan dan bagaimana senjata dimanfaatkan untuk kegunaan operasi. Semua sistem komponen ini memang menelan belanja besar.
Cuba kita buat perbandingan.













Sesiapa pun boleh menggunakan Google untuk mengetahui kos sebuah jet jumbo Boeing 747. Bagaimanapun, apa yang ada dalam pesawat rasmi Boeing 747 Presiden Amerika Syarikat adalah maklumat sulit.
Pesawat Air Force One itu dikatakan boleh melancarkan serangan udara, berupaya mengisi minyak tanpa perlu mendarat dan memiliki bilik kalis bom bagi Presiden. Ia juga dipercayai mempunyai sistem elektronik, avionik dan komunikasi paling canggih di dunia bagi memberi Presiden kuasa penuh dan mutlak untuk mengawal persenjataan nuklear  Amerika walaupun ketika berada 40,000 kaki dari paras laut. Jadi, bagaimana kita boleh bandingkan harga sebuah pesawat Boeing 747 MAS dengan pesawat 747 digunakan Obama? Mustahil! Ia cuma boleh dilakukan jika kos nilai tambah dan sistem keselamatan dan persenjataan canggih pesawat 747 Presiden Obama itu didedahkan kepada umum.
Dan kita tahu Amerika tidak sebodoh itu. Mengapa harus kita memulakannya?
Isu kedua yang di timbulkan oleh Tony Pua ialah apakah RM9 bilion itu harga yang berpatutan untuk membina 6 buah LCS/SGPV? Seperti Tony Pua, saya bukannya seorang pakar persenjataan. Tetapi saya boleh membuat perbandingan harga yang kerajaan bayar semasa membina 6 buah kapal NGPV (New Generation Patrol Vessel) generasi pertama 14 tahun dulu iaitu pada tahun 1998.
Ketika itu kerajaan membelanjakan RM5.35 bilion. Hari ini, pada kadar inflasi 3.5% setahun, anggaran kos pembinaan 6 buah kapal NGPV yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti tahun 1998 ialah RM8.37 bilion. Jumlah itu hampir sama dengan peruntukan siling belanjawan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk membina 6 kapal LCS/SGPV yang jauh lebih canggih, besar dan mempunyai persenjataan moden. 
Kami dimaklumkan oleh Kementerian Pertahanan di dalam taklimat tempoh hari bahawa LCS/SGPV ini akan mempunyai keupayaan pertempuran (combat) seperti kapal perang kelas frigat dibandingkan dengan NGPV yang hanya mempunyai keupayaan rondaan (patrol).
Menurut Panglima Tentera Laut yang turut hadir, LCS/SGPV ini bakal mempunyai sistem pengawasan jarak jauh (long range surveillance) termasuk senjata permukaan bumi ke udara (surface to air missiles), permukaan bumi ke permukaan bumi (surface to surface missiles), sistem perlepasan torpedo (torpedo launching system), sonar dan radar pengawasan.
Saiz LCS/SGPV ini juga akan jauh lebih besar (melebihi 100 meter dibandingkan dengan NGPV iaitu 91.1 meter) dengan kelajuan yang lebih pantas (28 knot berbanding 22 knot untuk NGPV). Kesemua keupayaan ini tidak ada dalam NGPV yang dibina dalam tahun 1998 dengan kos yang hampir sama dengan yang diperuntukan untuk LCS/SGPV. Secara ringkasnya, kerajaan membelanjakan jumlah yang hampir sama untuk membeli kapal yang jauh lebih canggih, hebat dan sofistikated!
Isu ketiga yang dibangkitkan oleh pembangkang ialah kenapa tidak dibuat secara "open tender"? Untuk makluman, syarikat Boustead Naval Shipping (BNS) adalah majoritinya dimiliki oleh pesara angkatan tentera melalui Lembaga Tabung angkatan Tentera. Pengangan saham oleh LTAT mencecah lebih dari 60%. BNS mempunyai 3,000 pekerja rakyat Malaysia yang mana pekerjaan mereka bergantung kepada kontrak pembuatan kapal daripada Kementerian Pertahanan. Kami dimaklumkan tidak ada syarikat tempatan yang mempunyai limbungan yang berupaya untuk membina kapal LCS/SGPV ini di dalam Malaysia. Saya kira alasan itu munasabah asalkan kosnya berpatutan.



Ahli Parlimen pembangkang tidak wajar membiarkan imaginasi liar mereka memperkecilkan keupayaan ketenteraan dan kerajaan. Tidak salah untuk bertanya atau menduga kerana itu memang dijangkakan daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang. Bagaimanapun, janganlah memutarbelit fakta untuk kepentingan politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan keselamatan negara.

Saya harap kedatangan Tahun Naga akan memberi lebih kebijaksanaan kepada Ahli Parlimen pembangkang terutamanya YB Tony Pua. Hentikanlah imaginasi liar anda.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 Jan 2012 03:20 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Please Don't Not Ignore Contact (elizabeth-etters2011@rogers.com)

Posted: 24 Jan 2012 05:17 AM PST

Dear Friend I am Mrs Elizabeth Etters, a devoted christian. I have a foundation/Estate uncompleted {worth sum of USD 2,142,728.00 Dollars} and need somebody to help me finish it because of my health,Everything is available. Please contact me for more details via email: elizabeth-etters2011@rogers.com

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 24 Jan 2012 01:21 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Sultan Perak meriahkan sambutan Tahun Baru Cina!

Posted: 24 Jan 2012 08:18 AM PST

SULTAN Azlan Shah menyampaikan angpau kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh Dr. Zambry Abd Kadir (kanan) pada majlis sambutan Tahun Baru Cina 2012 di Ipoh, semalam.


Lebih 15,000 rakyat pelbagai kaum hadir memeriahkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri yang didakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Jalan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Majlis tersebut tambah bermakna dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja MudaMusa; Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk R. Ganesan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Bercakap kepada pemberita pada majlis tersebut, Zambry melahirkan rasa puas dan gembira dengan kehadiran begitu ramai orang pada majlis rumah terbuka yang diadakan berkenaan.

"Saya lihat orang tidak berhenti-henti datang. Jumlahnya lebih ramai dari dahulu dan ia memang tidak disangka-sangka. Ini menandakan masyarakat kita (Perak) dapat berinteraksi dengan begitu baik sekali dan dapat menyambut perayaan ini (Tahun Baru Cina) bersama-sama.

"Lebih manis, keberangkatan Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) dan Raja Permaisuri (Tuanku Bainon) yang berkenan mencemar duli untuk sama-sama merayakan sambutan ini bersama-sama rakyat di sini. Ia sungguh mengharukan kita," katanya.

Pada majlis tersebut, Zambry dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli turut memberi angpau kepada golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, selain dapat menjamu selera di lebih 40 gerai makanan, para pengunjung yang datang hari ini juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan termasuk tarian singa dan naga.-UM.

Warna-warni politik
Torashah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan