Rabu, 25 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 25 Jan 2012 03:20 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


Posted: 24 Jan 2012 08:48 PM PST



Di kesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini.

Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik.

Kita rasa beruntung dengan keharmonian di antara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan.

Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mengadu domba di antara kaum, namun PKR tetap yakin bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membezakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.

Isu-isu penyelewengan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merudumnya ekonomi negara. Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada di landasan yang selamat.

Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa.

Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamaian dan keadilan untuk terus konsisten dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara.

PKR menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampung atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, profesional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Datin Wan Azizah Wan Ismail.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 24 Jan 2012 11:31 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Posted: 24 Jan 2012 06:58 AM PST










Aktiviti hari ini bermula dari jam 2.30 petang bilamana saya sampai di Pejabat PKR Kuala Krau.  Memandangkan rakan-rakan lain akan sampai jam 3.30 petang, maka saya mengambil peluang untuk menampal poster di Pekan Sahari Kuala Krau.

Semasa saya menampal di Pekan Sehari itu, maka adalah seorang yang kenal saya, yang baru saja memilih untuk keluar dari jemaah, membuat sindiran kepada saya: "Kesian Ketua Cabang, dia sorang2 saja menampal poster,harap menang besar dalam PRU akan datang."  Sindiran itu bisa, sangat bisa, lantas saya jawab "Biarlah saya tampal poster seorang diri, asalkan saya tidak memelihara seorang yang munafiq."

Saya kembali ke Pejabat jam 3.30 petang, dan tidak berapa lama selepas itu, rakan-rakan dari Kg Paya Luas turun beramai-ramai dan diikuti oleh rakan-rakan dari pimpinan, menjadikan jumlah kami 20 orang, dan kami pecah-pecahkan group kami kepada 3 kumpulan, saya menghala ke Kerdau, Razak Hussain ke sekitar Kg Dato Shariff Ahmad di Kg Shariff Ahmad, dan Jenderak; Ramli Lin memimpin kumpulan ke kawasan pekan Kuala krau; maka dalam tempoh tak sampai 3 jam kami berjaya menghabiskan tampalan poster ke seluruh DUN Jenderak; Dan kumpulan Azmi dan Khalid memimpin kumpulan ke kawasan Jerantut.

Inilah kes seorang pergi, 20 orang mari; dan jaminan dari kumpulan anak-anak muda dari kampong Paya Luas ini menyatakan bahawa mereka akan turun lagi dengan kumpulan yang lebih besar terdiri daripada anak-anak muda dari pekan Kuala Krau.

Lihat gambar diatas, yang memakai baju merah diatas motorsikal tu, dia adalah ahli UMNO Kg Kuala Mai, dia dengan ganasnya memusnahkan poster-poster yang kami pasang; berlaku pertengkaran antara dia dan saya; dan saya ingatkan dia bahawa ini adalah negara demokrasi, dan perbuatannya mengoyakkan poster kami adalah satu kesalahan, dan oleh kerana kami kenal dia dan tahu rumah dia, maka, saya nyatakan bahawa jika itu berlaku lagi, kami akan beramai-ramai akan menziarahi rumahnya.

Petang tu, saya lintasi semula kawasan Kg Kuala Mai, dan saya dapati poster-poster yang kami pasang semula itu tidaklah lagi dimusnahkan.

Gambar paling bawah itu ialah Kak Hendon sedang bercakap secara skype dengan Surina, anak kami yang menyambung pelajaran di Australia.  Sampai saja di rumah jam 8.00 malam tadi Surina sedang skype dengan Khadijah (Ina), saya dan Kak Hendon sambung skype itu. sehinggalah jam 10.30 malam.

Banyak cerita diborakkan antara Kak Hendon dengan Surina dan antara saya dengan Surina.  Surina menceritakan tentang studynya, dan didalam kerja kajiannya mengenai environment, dia memulakan dengan kes sejarah, banyak yang dapat dicungkil dari dokumen dan buku dari library University Melbourne.

Dia juga kesempatan membuat kajian tentang radioactive dan bahaya yang boleh dicetuskan oleh kilang seperti Lynas, kajiannya itu telah dihantar kepada pihak-pihak tertentu di Kuantan supaya memperkukuhkan hujah kenapa Lynas perlu ditentang.

Surina juga akan mengedit dan menterjemahkan semua tulisan saya didalam lubokkawah.blogspot.com, dan akan mendapatkan khidmat University Melbourne untuk menerbitkanya.

Dia juga menceritakan tentang berita mengenai perbelanjaan besar di sebuah boutique di Australia oleh FLOM.

Sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, kami, anak beranak akan berhubung dan berbincang melalui skype.

Dah ngantuk sangat ni, nak tidur dah!



Anwar Ibrahim

Posted: 24 Jan 2012 07:18 PM PST

Anwar Ibrahim


Apabila Hak Rakyat Malaysia Telah Diaibkan

Posted: 24 Jan 2012 06:06 PM PST

Detik Daily
Oleh Selena Tay

WALAUPUN dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, penipuan masih juga boleh berlaku. Berikut adalah kemungkinan bagaimana BN menang melalui penipuan.

1. Nama kita tidak berada dalam senarai daftar pengundi. Jika nama kita langsung tidak berada dalam senarai pada hari mengundi, maka kita langsung tidak boleh buat apa-apa.

2. Nama kita telah dipindahkan ke kawasan yang jauh:
Sebagai contoh jika kita tinggal di Shah Alam, alamat kad pengenalan kita di Shah Alam dan pada pilihan raya yang lepas kita mengundi di Shah Alam, dengan tiba-tiba kali ini nama kita telah dipindahkan ke Perlis tanpa pengetahuan kita pada hari kita pergi mengundi nanti. Adakah kita akan pergi ke Perlis untuk mengundi pada hari tersebut?

3. Percaturan secara strategik:

a. Pengundi Cina di Shah Alam dipindahkan ke Klang.

Apabila ini berlaku, Umno akan dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam daripada PAS (ahli parlimen kini Khalid Samad).

Kerusi Parlimen Klang biar dimenangi oleh DAP tak apalah asalkan Umno dapat kembali kerusi Parlimen Shah Alam. Pada masa ini kerusi Parlimen Klang dipegang oleh Charles Santiago daripada DAP.

b. Pengundi Cina di kerusi Parlimen Titiwangsa (dulu dimenangi Allahyarham Dr Lo’ Lo’ Ghazali) yang dipegang oleh PAS akan dipindahkah ke kerusi Parlimen Cheras yang dimiliki oleh DAP (Tan Kok Wai). Ini akan membolehkan Umno untuk dapat kembali kerusi Parlimen Titiwangsa.

Pemindahan pengundi Cina ke kawasan yang dimiliki oleh DAP sejak zaman Tok Kadok lagi tidak memberi apa-apa manfaat kepada DAP tetapi hanya memberikan DAP kemenangan dengan jurang yang amat besar sahaja, contohnya Teresa Kok daripada DAP menang di kerusi Parlimen Seputeh dengan jumlah lebihan undi sebanyak 36,000 – angka yang amat besar, malah jumlah lebihan undi yang banyak sekali di Malaysia pada pilihan raya yang lalu.

c. Kerusi Parlimen Batu yang merupakan sebuah kerusi Wilayah Persekutuan KL telah bertindih dengan kerusi Parlimen Selayang di Selangor untuk membolehkan pengundi Melayu mengundi di Batu. Pada masa kini, penyandang kerusi Parlimen Batu ialah Tian Chua daripada KeADILan.

4. Pertambahan pengundi secara mendadak:

a. Kerusi Dun (Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang, di mana penyandangnya ialah Badrul Hisham Abdullah (dulu KeADILan, sekarang Umno).

Di kerusi Dun ini terdapat pertambahan jumlah pengundi sebanyak 5,510 pada tahun lalu walaupun tiada kawasan perumahan baru di situ sejak pilihan raya yang lalu. Anggota Parlimen daripada DAP, Charles Santiago telah berhasrat untuk membuat bantahan mengenai perkara ini sebab kerusi Dun ini terletak dalam kawasan Parlimennya.

Wang RM10 kena dibayar oleh Santiago bagi setiap nama yang dibantah dan ini memerlukan kos yang tinggi. Selain itu, anggota Parlimen daripada Pakatan Rakyat tidak dapat apaapa dana pun daripada kerajaan Pusat BN walaupun adalah hak mereka sebagai anggota Parlimen untuk mendapat dana tersebut.

Dana itu di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri dan hanya diagihkan kepada anggota Parlimen BN sahaja dan ia berjumlah RM1.5 juta setiap tahun. Adakah BN berniat untuk mencekik anggota Parlimen Pakatan Rakyat dengan tidak memberi apa-apa peruntukan kepada mereka?

b. Kerusi Parlimen lain yang telah menyaksikan pertambahan pengundi secara mendadak ialah Kuala Langat (KeADILan- Abdullah Sani), Shah Alam (PASKhalid Samad), Hulu Langat (PAS-Che Rosli) dan Kota Raja (PAS-Dr Siti Mariah) d imana lebih 5,000 nama pengundi yang diragui telah dimasukkan dalam senarai daftar pengundi di kerusi-kerusi tersebut.

Dapat dilihat bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah licik dalam perancangan percaturan pergerakan pengundi dan justeru, boleh dikatakan bahawa SPRlah yang menentukan nasib BN dalam setiap PRU. Oleh itu, janganlah berfikiran naif bahawa dengan penggunaan dakwat kekal adalah mustahil untuk penipuan dilakukan.

Hanyalah dengan sokongan padu rakyat dari semua lapisan masyarakat dan semua bangsa, tak kira miskin atau kaya, tua atau muda, di kampung ataupun di bandar barulah BN boleh ditumbangkan.

Rakyat Malaysia mesti mengundi Pakatan Rakyat supaya undi daripada pekerja asing dapat ditumpaskan. Jika jumlah rakyat Malaysia yang memilih Pakatan tidak cukup untuk mengatasi undi pekerja asing, maka pekerja asing telah menentukan halatuju negara ini.

Susah keslah macam itu sebab Malaysia akan terjatuh ke dalam gaung zaman batu purba apabila hak rakyat Malaysia telah diaibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan kuasa dan wang dalam saku mereka sendiri.

Malay Professionals Want Najib-Anwar Debate, Says Merdeka Center

Posted: 24 Jan 2012 05:36 PM PST

The Malaysian Insider

Many Malay professionals would like to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak debate Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on policy issues, the Merdeka Center said today.

The independent pollster told Sinar Harian its focus group discussions with Malay professionals showed they were keen on a debate where both leaders talked about larger issues affecting the country, not personal ones.

"There appears to be a change in what the people want. They want a new culture of debate rather than smear campaigns," Merdeka Center director Ibrahim Suffian (picture) told the Malay-language daily.

The centre's findings come just 10 days after Anwar challenged Najib to a public debate over national policies during his winding-up speech at the Pakatan Rakyat (PR) convention in Alor Star.

The PKR de facto leader had said that an open debate would let voters decide for themselves if the opposition pact's plans for Malaysia had merit.

The ruling Barisan Nasional (BN) coalition has criticised PR's alternative policies as populist and irresponsible.

It was the third such challenge issued by Anwar to Najib, who has so far declined to go toe-to-toe with the former deputy prime minister.

Najib, who is Umno president, previously demurred by saying that political parties were more important than individuals in Malaysia's parliamentary democracy.

However, he also stressed that he would not baulk if required to face off against the charismatic Anwar in a presidential-style debate.

"I'm not afraid of Anwar Ibrahim," Najib had said to loud cheers from delegates at the close of the Selangor BN convention in September last year.

A survey commissioned by PKR in August last year showed that Najib was more popular than Anwar especially among Malays despite being seen as indecisive and a poorer communicator.

The poll noted, however, that Anwar could combat Najib's "surface appeal" by leveraging on his image as a strong, decisive leader with good communication skills and an understanding of economic issues.

The prime minister was seen positively by 53 per cent of voters compared to 40 per cent who backed Anwar.

Najib was also the overwhelming favourite among the Malays, with 71 per cent backing the Umno president compared to just 32 per cent who viewed Anwar favourably

Rakaman Dato Seri Anwar Ibrahim Di Lembah Pantai 19 Jan 2012

Posted: 24 Jan 2012 07:48 AM PST

Anwar Reiterates Pakatan’s Stand On SPF

Posted: 24 Jan 2012 07:36 AM PST

Photo Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Rajmohan Ghandi

Posted: 23 Jan 2012 09:12 PM PST

Dear Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

It was wonderful having you with us and we all shared in your acquittal as a victory for all of us, being truly inspired by the speech that you gave and touched that Datuk Seri Wan Azizah and your goodself, came for the ‘Making Democracy Real – A Dialogue’ here in Asia Plateau, Panchgani, a day after the acquittal.

Let me speak as a Malaysian, it was indeed an experience to see and interact with both of you and I am also proud to be a Malaysian because of the fighting spirit with compassion that you shared with us, in seeing hope that you will help bring out the strength of our multicultural and diverse country.

Thank you and as requested am sharing the photos with the Gandhis as well as a photo that was taken with us Malaysians.

Wish you both the best and thank you.

Warm regards,
Soumya

Wee Choo Keong

Posted: 24 Jan 2012 03:13 PM PST

Wee Choo Keong


Aussie Competition Commission: AirAsia’s pricing was misleading!

Posted: 24 Jan 2012 07:03 AM PST

The Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), an equivalent of Malaysia Competition Commission (MYCC), has filed a lawsuit against AirAsia for failing to disclose the full air fare in its website for the following flights: Melborune and Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou & Chengdu, Perth and Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 24 Jan 2012 11:07 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Taman Ekologi jadi gajah putih

Posted: 23 Jan 2012 03:07 PM PST

Taman Ekologi jadi gajah putih

24 Jan 2012

Oleh NASRI JAMALUDIN

mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my



JALAN masuk ke Taman Ekologi di Johor Bahru masih gagal disiapkan sehingga kini.

--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU - Taman Ekologi di Hutan Bandar di sini umpama projek 'gajah putih' berikutan masih gagal dibuka kepada orang ramai sejak dibangunkan pada 2007.

Projek usaha sama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Kementerian Pelancongan itu bertujuan mempamerkan hasil-hasil ekologi seperti flora dan fauna dan sepatutnya siap pada 2009.

Projek tersebut bersama dua lagi projek pelancongan lain yang dilaksanakan ketika itu menelan belanja RM7 juta.

Tinjauan Kosmo! mendapati Taman Ekologi itu sudah hampir siap dan hanya memerlukan kerja-kerja akhir seperti memasang lampu dan kemudahan lain.

Ekoran lama terbiar, keadaan bangunan berlumut, pokok-pokok hiasan mati dan semak memenuhi taman.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Perkhidmatan kereta api penumpang ke Tumpat terjejas

Posted: 23 Jan 2012 03:06 PM PST

Perkhidmatan kereta api penumpang ke Tumpat terjejas

23/01/2012 5:25pm

KUALA KRAI 23 Jan. - Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar pada kira-kira pukul 7.20 petang semalam.

Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elektrik bagi menghidupkan penghawa dingin terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai.

Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd. Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang.

Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat penghawa dingin yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan