PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 16 Jan 2012 04:35 PM PST PERJUANGAN DULU,KINI DAN SELAMANYA. Posted: 20 Oct 2011 08:33 AM PDT | PRU 13 : Punca Sebenar DAP Mengidam Calon Melayu. Posted: 20 Oct 2011 08:00 AM PDT Strategi DAP yang mahu meningkatkan pengaruh di kalangan orang Melayu adalah terbit daripada sikap paranoid dan kurang yakin kepada sokongan anggota daripada parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Penganalisis politik, Mohd. Roslan Saludin berkata, selama ini DAP memendam rasa terutama di negeri yang diperintah oleh Pas dan PKR apabila merasakan diri mereka tidak begitu berkesan dalam mengenengahkan agenda sebenar perjuangan parti berkenaan.PAS dan PKR akan jadi boneka mereka sahaja. Ini kerana DAP tidak berpeluang untuk jadi MB atau KM di 9 buah negeri Melayu. Contoh yang nyata adalah Kerajaan 11 bulan di Perak. MB tiada kuasa (boneka), 6 exco daripada DAP. Mereka mengawal MB dari PAS menerusi undian yang bakal dibuat.
"Oleh itu DAP merasakan mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengenengahkan calon Melayu daripada parti itu sendiri bagi memenuhi keperluan teknikal pelantikan orang Melayu sebagai ketua negeri khususnya di negeri yang mempunyai Raja atau Sultan."Ini menyerlah sikap angkuh DAP terhadap kemampuannya meraih sokongan orang Melayu untuk dijadikan pemimpin boneka dan alat semata-semata bagi mencapai matlamat perjuangan politiknya sekali gus memperlekeh kemampuan orang Melayu dalammemelihara maruah mereka dan menjadikan mereka ibarat kuda tunggangan" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.Kempen mereka DAP parti untuk semua kaum. Kit Siang dalam wawancara bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.Keputusan yang sukar adalah merujuk bahawa dalam pembahagian kerusi parlimen dan DUN, DAP akan menuntut lebih banyak kerusi diberikan kepadanya khususnya dikawasan bandar dan majoritinya pengundi Cina. Bagaimanapun, Mohd. Roslan berkata, sama ada strategi DAP itu berhasil atau tidak adalah bergantung kepada sejauhmana orang Melayu sanggup dijadikan alat atau tunggangan bagi memuaskan nafsu DAP memerintah negara ini.Menurut beliau, Sejarah Melayu dan Nusantara telah banyak memberikan contoh pemerintahan boneka yang pernah berlaku khususnya apabila British melantik Residen menjadi penasihat di istana beberapa buah negeri di Tanah Melayu.Justeru, kata beliau, orang Melayu harus sedar, sekiranya mereka terjebak dengan perangkap politik DAP itu maka bukan sahaja maruah mereka sebagai orang Melayu akan tergadai malah kemerdekaan yang dibanggakan selama ini akan menjadi sia-sia.Katanya, ini kerana negara akan kembali menjadi bangsa yang terjajah seperti mana pada zaman penjajahan British dahulu, cuma pada kali ini bukan British yang memerintah dan menjajah tetapi DAP.Beliau berkata, seperti mana British pada satu ketika dahulu yang tidak yakin dengan kemampuan untuk memerintah Tanah Melayu tanpa sokongan Raja-Raja Melayu pada ketika itu, sehingga terpaksa mencari helah menyokong pihak yang bertelagah di kalangan kerabat diraja dan menyokong pihak yang sanggup jadi boneka dan menerima residen British.Ia, ujarnya, sama seperti DAP yang juga akan sentiasa mencari ruang untuk memecah orang-orang Melayu dan akan berusaha mencari boneka di kalangan orang Melayu yang mereka boleh tunggang kerana cubaan berpakat dengan PAS dan PKR telah terbukti bermasalah dan tidak mampu memenuhi kerakusan nafsu serakah politik DAP.Lihat sahaja bagaimana mereka menggunakan orang Melayu sendiri untuk menyerang Isntitusi Raja, Kontrak Sosial, hak istimewa orang melayu, DEB, pendidikan, agama Islam, Perkataan Allah, berceramah dalam masjid dsb. Tidakkah ini semua contoh yang jelas?????
Bagaimanapun, tegas beliau, pakatan yang cuba mereka gunakan bagi menjayakan hasrat memerintah negara ini dilihat begitu rapuh dan goyah. "Selain dari banyak masalah dalaman yang melanda setiap daripada parti dalam pakatan, DAP sedar ia bakal turut menjadi korban sekiranya pakatan pembangkang gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.DAP sedar pada PRU 13, sekiranya rakan mereka mengalami kekalahan ditangan BN maka DAP akan selamat daripada kekalahan tersebut. Adakah ini menunjukkan DAP tidak setia kepada rakan dalam Pakatan????? "Kini Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir dan DAP terdesak dan harus bersedia dengan alasan, strategi atau jalan keluar yang bakal mereka gunakan bagi menghadapi pilihan raya dan pengundi yang kecewa dengan prestasi pakatan pembangkang.Isu-isu yang diciptakan oleh rakan mereka umpama senjata makan tuan. DAP tidak mahu terheret sama dalam kekalutan rakan-rakan mereka yang tidak cerdik ketika PRU 13. Tambahan pula isu dalaman parti yang melibatkan pemimpin atasan yang tidak selesai. "Oleh itu, strategi yang terbaik ialah mencari boneka di kalangan orang Melayu. Kalau British boleh, tidak mustahil DAP juga boleh mencari boneka di kalangan orang Melayu," katanya lagi | SEJARAH MANIFESTO PILIHAANRAYA DI MALAYSIA. Posted: 20 Oct 2011 06:45 AM PDT Mengenai PRU juga, satu perkara yang tidak harus dilupakan ialah manifesto serta jentera perang saraf parti. Pelbagai tema dan slogan manifesto dirangka untuk menarik perhatian pengundi. Apakah pakatan 3P akan mempunyai satu manifesto atau sebaliknya membawa haluan masing-masing mengikut kehendak parti? BN juga pernah mengadakan manifesto berasingan mengikut negeri tetapi matlamat asalnya tidak lari daripada manifesto di peringkat pusat. Di peringkat nasional, BN pernah menggunakan Tradisi Membela Rakyat; Bersih Cekap Amanah; Keamanan Kestabilan Kemakmuran; Malaysia Bebas Sepadu Maju; Ke Arah Malaysia Cemerlang Gemilang Terbilang; Selamat Aman dan Makmur. Di peringkat negeri antaranya Bersama Membina Masa Depan dan Islam Hadhari Terengganu Bestari. Bagi pakatan 3P, Buku Jingga dan Negara Berkebajikan sudah tentu menjadi bekal bersama tetapi bagaimana pula apabila berhadapan kelompok masing-masing? Contohnya, isu negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud sudah tentu menarik perhatian terutama penyokong setia Pas dan DAP. Apakah isu ini akan dimasukkan dalam manifesto bersama 3P kerana setakat ini, sokongan yang diberi 'sekejap okey sekejap tidak' kecuali DAP yang konsisten dengan prinsipnya. Mungkin Pas akan merangka dua manifesto - jika mendapat majorti dua pertiga Parlimen maka hudud akan dilaksanakan sementara satu lagi manifesto sekadar mewujudkan negara berkebajikan selari dengan iltizam baru Pas yang diumumkan oleh Presidennya Abdul Hadi Awang pada muktamar Pas yang lalu. Menyelak kembali PRU lalu, sebelum ini Pas pernah menggunakan Membangun Bersama Islam dan Gagasan Negara Islam sebagai tema manifesto. Pada PRU lalu, Pas menggunakan tema Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan sementara di Kedah bertemakan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua. Pada PRU 2004, Pas bersama Keadilan membentangkan manifesto Bersama Malaysia Baru - Kesejahteraan Untuk Semua berbanding pada PRU 1999 bertemakan Ke Arah Malaysia Yang Adil. Di Kedah, pada 2004, parti itu menggunakan tema Progresif, Adil, Sejahtera. Semalam, di Terengganu, Pas melancarkan manifesto Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan. DAP juga setiap kali PRU cukup kreatif dengan pelbagai slogan. Keadilan, kebebasan, demokrasi dan pentadbiran yang bersih cukup popular. Turut digunakan slogan Enough is Enough, Try Five Years, Chief Minister with POWER dan sebagainya bagi menarik perhatian pengundi. Slogan itu jelas mengkritik kerajaan negeri ketika itu. DAP juga menggunakan watak Robocop. Lebih kreatif ialah penggunaan Change!, Tukar! Pada PRU 1990, DAP menggunakan peristiwa bersejarah iaitu gambar Tunku Abdul Rahman melaungkan Merdeka! Berlatarkan Jalur Gemilang, Tunku seolah-olah melaungkan tukar! atau change!. Begitulah kreativiti parti politik. Mungkin kali ini lebih hebat dengan pelbagai teknik yang sudah tersedia. Namun apa yang diharapkan, berpolitik dan berkempenlah secara berhemah. Kenapa harus mencipta sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah orang lain atau menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan? Kempen PRU sepatutnya membentangkan apakah agenda yang akan dilakukan dalam tempoh jika mereka berkuasa. Kadangkala, senarai janji manifesto memang menarik tetapi sejauh mana pula keupayaan untuk melaksanakannya? Adakah ia sekadar kata-kata tetapi tidak ada tindakan untuk merealisasikannya? | PRU 13 : PENUH DENGAN TEKA TEKI. Posted: 20 Oct 2011 06:18 AM PDT PAS yakin PRU 13 selepas Mac 2011 PAS percaya tarikh paling awal Datuk Seri Najib Razak akan mempertimbangkan bagi diadakan pilihan raya umum ke-13. Tun Dr. Mahathir Mohamad merasakan masa sekarang tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya.Menurut beliau "suasana politik semasa" tidak mengizinkan ia diadakan. Beliau menyarankan apa salahnya dilonjakkan ke akhir mandat kerajaan sehingga April 2013. Namun satu ramalan paling ekstrem ialah pilihan raya akan berlaku seawal bulan depan, November. | SEJARAH TURUT BERJEREBU MACAM CUACA. Posted: 11 Sep 2011 01:42 AM PDT Bila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu membangkitkan isu komunis adalah pejuang kemerdeka dari persepektif beliau, satu Malaysia dok marah kat beliau kerana isu tersebut. Semua pihak minta beliau minta maaf, tarik balik kenyataan dan ada juga yang membuat laporan polis. Menidakkan pengorbanan PDRM dalam mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong. Sama juga dengan kesan jerebu yang melanda negara, kualiti udara disesetengah kawasan ada yang tidak sihat malah banyak pula yang sederhana. Daripada bantahan oleh individu tertentu ianya terus merebak ke waris-waris yang masih hidup mahu pun bekas polis. Sudah pasti kemarahan mereka ada relevannya kerana mereka terlibat sendiri secara langsung atau tidak membentras perjuangan dan idealogi kumunis pada waktu itu. Seperti kata pepatah"Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu memikul. Setakat ini belum ada tanda-tanda lagi isu ini akan reda malah diwabakkan lagi dengan isu filem Sarjan Hassan pulak. Tamat nak berdebat dengan YAB Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kini muncul pula berdebat dengan ahli sejarah. Minta siaran langsung lagi. Benarlak kata sesetengah pemerhati politik, pembangkang di Malaysia tak kan hidup atau kata singkatnya mati jika tiada isu yang hendak digembar gemburkan. Sudah tentu bila ahli politik yang buat kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi orang nombor 2 Parti Islam SeMalaysia (PAS). Terbaru mereka mempersoalkan pula kenyataan Datuk Prof Zainal Kling. Bila ahli akademik bertembung dengan ahli politik, sudah pasti keadaan jerebu ini semakin melata dibau oleh rakyat. Maka zaman sekarang ini orang lebih takut jerebu minda dari jerebu cuaca. |
| PRU 13, BERSEDIAKAH PARLIMEN JASIN? Posted: 21 Aug 2011 10:52 PM PDT
PRU 13 tetap akan menjelang bila tiba masanya nanti. Pelbagai dakwaan bilakah tarikh tersebut diadakan telah kedengaran. Apa pun semua ini terserah kepada Perdana Menteri untuk membubarkan Dewan Rakyat dan diikuti oleh pembubaran Dewan Undangan Negeri. Walau pun ada kedengaran berita-berita yang tak sahih bahawa pembangkang akan mengadakan pilihanraya yang berasingan selain dakwaan bahawa dakwaan bahawa SPR tidak bersih.
Parlimen Jasin merupakan salah satu daripada 222 kawasan Parlimen yang terdapat diseluruh negara. Setakat ini dilihat persediaan parti-parti politik sama ada kerajaan mahu pun pembangkang masih lagi diperingkat awal. Tidak nampak ada satu gerakan yang menyeluruh selain daripada aktiviti-aktiviti agihan bubur lambuk dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan sebagai persediaan sempena menyambut Aidilfitri. Begitu juga dengan Cawangan-cawangan UMNO dan juga komponen yang masih diulit mimpi indah kemenangan 2008. Bilakah mereka akan terjaga masih menjadi tanda tanya???????????. Walau pun Menteri KPKK mengatakan bahawa BN telah bersedia untuk menghadapi PRU 13.
Jika dilihat pada parti komponen pula rasanya lagi lama mereka bermimpi. Isu dalaman parti mereka masih lagi belum dapat meredakan parti-parti diperingkat Bahagian dan Cawangan. Tak banyak aktiviti yang dijalankan oleh parti komponen dalam usaha mendekati penduduk dan pengundi untuk memujuk mereka. Adalah sesekali aktiviti mereka, itu pun terhad kepada ahli-ahli parti sahaja. Bilakah mereka akan bermula............hanya masa dan keadaan yang menentukan.
Begitu juga dengan UMNO, kali terakhir adalah semasa parti melakukan pilihanraya olok-olok. Aktiviti yang dijalankan hanya tertumpu kepada ahli-ahli parti sahaja. Kehadiran pula adalah orang yang sama....bilangan pun semakin kecil. Adakah ini menggambarkan bahawa pengundi tidak suka pada UMNO atau mereka tidak setuju dengan pemimpinnya? YB-YB pun masih berkira-kira nak buka bilik gerakan , bimbang sam ada terpilih atau tidak pada PRU akan datang. Maklumlah sekarang ini kan semuanya bergantung pada KPI dan sokongan pengundi.
Bagi UMNO Cawangan pula.....masih dalam keadaan bulan madu....selain dari sibuk siapakah nak ganti Ketua Bahagian pada pilihanraya parti akan datang..... Itulah dangkalnya mereka berfikir mengenai nasib kawasan mereka di masa akan datang. Kemenangan pada 2008 bukanlah satu jaminan bahawa mereka akan mennikmatinya pada PRU akan datang. Kini pengundi semakin kritikal semasa memilih wakil mereka sama ada di Parlimen atau pun DUN. Jangan lah nanti kita hanya menang sorak kampung tergadai> |
| JASIN MASIH LAGI KETINGGALAN? Posted: 21 Aug 2011 10:21 PM PDT Tahun ini 2011, merupakan tahun yang ke 54 negara mencapai kemerdekaan. Malah kita juga berbangga dengan pengisytiharan Melaka Negeri Maju pada 10.10.2010 jam 10..Jasin adalah merupakan satu daripada 3 daerah yang terdapat di Melaka. Setelah 54 tahun merdeka , ternyata bahawa agak ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Bukit Katil dalam daerah Melaka Tengah. Entah mengapa tahun-demi tahun Jasin terus begitu. Alasan yang diberikan adalah Jasin sebagai kawasan tadahan untuk bekalkan air kepada lain-lain daerah. Adakah alasan ini agak praktikal untuk diterima dan diletakkan pada bahu penduduk Jasin tahun demi tahun>
Nak harapkan YB Parlimen dan ADUN, ternyata tinggal satu harapan sahaja. Itu pun masih ada taruh harapan agar terpilih untuk menduduki kerusi tersebut pada PRU 13 nanti. Mungkin dia boleh melobi pemimpin atasan tetapi tidak boleh tipu pengundi dalam parlimen Jasin. Buktinya jelas sejak 1995, undi yang diterima oleh pembangkang ternyata meningkat. Soal adakah penduduk dan pengundi kini tidak lagi mempercayai Ahli Parlimen dan juga ADUN walau pun mereka memenangi kerusi tersebut. Sejak 2008 hingga kini, tidak banyak pembangunan yang dibawa, selain pembinaan UITM di Seri Mendapat,. Itu pun nasib baik Selangor menolak projek tersebut. Begitulah nasib Jasin sebagai kawasan tadahan yang memberikan "Madu untuk orang lain tetapi terpaksa menelan racun yang pahit untuk kawasan sendiri" |
| BILA TAK TERPILIH SEBAGAI YB..... Posted: 21 Aug 2011 06:48 PM PDT Salam Ramadan dan semoga amalan dan ibadah kita semakin meningkat hendaknya.
Pagi ini semasa sedang membaca UM, penulis terjumpa satu berita mengenai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Jika tak silap tak kisah jiuka tak terpilih sebagai calon PRU 13. Rasanya ini bukan kali pertama KP Umno Malaysia mengatakan isu ini. Mengenai motifnya mengapa beliau mengatakan demikian hanya beliau sahaja yang boleh menjawapnya. Dan menurut berita itu lagi ianya dikaitkan pulak dengan pernyataan presiden UMNO yang mahukan calun yang boleh menang untuk PRU 13 nanti serta hanya PM sahaja yang boleh menentukan calon. Sebenarnya pengundilah yang menentukannya, sama ada seseorang itu layak atau tidak kerana diakhirnya beliau akan merujuk kepada pengundi jugak.
Kepada YB-YB janganlah hendaknya menjadikan soal ini sebagai modal politik murahan untuk menagih simpati dari YAB PM untuk terpilih sebagai calon PRU 13 sama ada peringkat DUN mahu pun parlimen. Jika rasanya diri sendiri tak mampu untuk memenuhi komimen pengundi dan penduduk lebih baiklah menarik diri dari tercalon. Kerana jika tidak rasanya hanya jadi sumpahan dan cacian pengundi sahaja. Rasanya UMNO/BN sendiri tidak kekurangan pemimpin diperingkat muda bagi meneruskan perjuangan yang belum seselai ini.
| | HARAPAN PEMBANGKANG DI JASIN... Posted: 14 Aug 2011 07:06 PM PDT Faktanya pembangkang tak pernah menang dalam sejarah PRU dan PRK di Jasin baik Parlimen mahu pun Dewan Undangan Negeri. Walau pun demikian , sejak PRU pertama hingga kini undi yang diperolehi oleh pembangkang semakin meningkat, yang paling hampir adalah PRU pada 2008. Dakwaan pembangkang ini adalah kemenagan moral kepada mereka. Hakikatnya dalam sistem demokrasi, istilah itu tak ada yang ada sama ada menang dan kalah. main politik ni, biarlah berpijak di alam nyata atau praktikal. Lebih-lebih lagi istilah kini yang dipanggil politik nombor. 1 undi pun dikira menang.
Sejak pembangkang bertukar Ketua, nampaknya semakin giat dan rancak program ceramah yang diadakan. Mengambil bahagian dalam setiap isu yang diperkatakan diperingkat nasional mahu pun domestik demi untuk menawan hati dan jiwa pengundi. Itu hak mereka, baguslah begitu, setidak-tidaknya ia melahirkan rasa cemburu kepada kepimpinan UMNO Bahagian untuk buat sesuatu. Itu pun kalau mereka rajin dan bersemangat untuk menang. Kebiasaannya yang bekerja kuat akan menang, cuma masa dan keadaan yang menentukan.
Soal harapan untuk menang tu, tetap ada.... ini realiti yang kita kena terima dalam sistem politik demokrasi....sekiranya pengundi atas pagar melakukan swing vote.... almaklumlah ramai orang Melayu yang tak jadi ahli pari mana-mana pertubuhan politik.... harapan tetap ada.....kena strategi yang betul.......
Kepada BN khususnya UMNO di Jasin, lebih tetap lagi kepimpinan disemua peringkat....jangan lah terlalu "politiking" hingga lupa tugas dan cabaran yang bakal dihadapi ketika PRU 13 yang bakal menjelang. Jangan pula asyik nak pastikan jawatan YB tu kekal selama-lamanya. Ingat ini bukannya jawatan warisan. Rasa-rasa jika tak mampu baiklah berundur beri peluang kepada pemimpin lain...jangan sampai pengundi menolak......Beri kepercayaan kepada Presiden parti untuk pilih calon yang boleh menang dan disukai pengundi dan masyarakat.,... | RAMADAN 1432 H YANG BANYAK DUGAAN. Posted: 14 Aug 2011 05:57 PM PDT Ramadan 1432 H tahun ini ummah Islam di Malaysia disajikan dengan pelbagai dugaan yang lebih hebat dari tsunami.... Jika kita lihat isu yang ditimbulkan lebih terfokus kepada dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor. Rasa penulis pembangkang juga menguasai negeri Kelantan...dah lama dah..22 tahun....tapi tak ada berita sensasi...
Bermula dengan Kedah....akhirnya kena tunduk dengan tekanan oleh DAP.... yang mahukan agar pusat hiburan dibuka pada bulan Ramadan....Mula beriya-iya benar akhirnya tunduk....kan kat Kedah kerusi PAS lebih banyak dari DAP...kenapa takut sangat pada DAP.....
Kemudian alkisah umat Melayu hadiri majlis digereja. Ada macam-macam versi didengari. Seperti biasa parti-parti politik berebut-rebut ambil peluang kelebihan politik parti masing-masing. Tak kurang juga ada Menteri yang rasa terpukul....jika buat kerja apa nak marah.....Yang jelasnya maruah umat Melayu/Islam tercemar dengan peristiwa ini....
Tak cukup isu di "bom". Datang lagi ribut iaitu tak boleh guna pembesar suara untuk mengaji Alquran semasa waktu subuh,....ganggu orang lain....Yang depa buat ketika perayaan tertentu tak ganggu namanya....Ada yang melenting dan ramai lagi yang selesa....mungkin bila dah jadi satu negara baru nak menyesal....
Kini kisah Paderi nak kahwin kaum sejenis di Malaysia pulak. Ini satu pengiktirafan agaknya.. kepada mereka yang sewaktu dengan nya. Selalunya Paderi tak kahwin.....Jangan-jangan dah ada kelab hebat di negara kita? Minta sempang malaikat 44. Jangan berlaku dipohonkan doa.
Agaknya pembangkang ini tak pernah jemu kata macam-macam. Mungkin rasanya sejak mereka ada simpan "mimpi" ke P/Jaya macam-macam dah berlaku.Dan yang pentingnya apa yang berlaku tidak beri advantage dan kelebihan kepada ummah Islam. Sanggupkah tuan-tuan semua negara dihina sedekian rup+ |
| TS MUHYIDDIN BERBUKA PUASA BERSAMA 1,000 TETAMU DI SRI SATRIA Posted: 09 Aug 2011 07:53 AM PDT PUTRAJAYA, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berbuka puasa bersama lebih 1,000 warga Kementerian Pelajaran di kediaman rasminya di Sri Satria di sini hari ini.Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, kedua-dua
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Datuk Dr Wee Ka Siong serta Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud. Majlis berbuka puasa itu dimulakan dengan tazkirah, diikuti solat Maghrib. Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sumbangan kepada 81 kanak-kanak di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Mereka terdiri daripada 41 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat serta masing-masing 20 pelajar SK Dengkil dan SK Merab Luar. Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan solat Isyak diikuti solat sunat Tarawih bersama para tetamu. |
| ISU MINGGU INI ? RENUNGKAN... Posted: 06 Aug 2011 10:29 PM PDT APAKAH PAS TERLIBAT DALAM KONSPIRASI YAHUDI UNTUK MENJAHANAMKAN ISLAM DI MALAYSIA.........
KENAPA NAMA PAS TERDAPAT DIANTARA ORGANISASI INI? LINK .. http://www.rand.org/
AFL American Federation of Labor Amcomlib American Committee for Liberation from Bolshevism BBG Broadcasting Board of Governors BMENA Broader Middle East and North Africa CFCM Conseil Française du Culte Musluman [French Council of the Muslim Religion] CIA Central Intelligence Agency CIO Congress of Industrial Organizations CMEPP Center for Middle East Public Policy (RAND) Cominform Communist Information Bureau CSID Center for the Study of Islam and Democracy DRL Bureau of Democracy, Human Rights, and Labor (U.S. State Department) FEC Free Europe Committee FEERI Federación Española de Entidades Religiosas Islámicas [Spanish Federation of Islamic Religious Entities] FNMF Fédération Nationale des Musulmans de France [National Federation of Muslims of France] xxx Building Moderate Muslim Networks FTUC Free Trade Union Committee GAO Government Acountability Office HAMAS Harakat al-Muqawama al-Islamiyya [Islamic Resistance Movement] (Palestinian Territories) IAIN Institut Agama Islam Negeri [State Institute for Islamic Studies] (Indonesia) ICFTU International Congress of Free Trade Unions ICIP International Center for Islam and Pluralism IOD International Organization Division (CIA) IRD Information Research Department (British Foreign Office) IRI International Republican Institute ISC International Student Conference IUS International Union of Students MCB Muslim Council of Britain MEPI Middle East Partnership Initiative NCFE National Committee for a Free Europe NDI National Democratic Institute NEA Bureau of Near Eastern Affairs (U.S. State Department) NED National Endowment for Democracy NGO Nongovernmental organization NSA National Student Association NSC National Security Council NSRD National Security Research Division (RAND) Abbreviations xxxi OECD Organisation for Economic Co-Operation and Development OPC Office of Policy Coordination PAS Parti Islam SeMalaysia [Islamic Party of Malaysia] PCID Philippine Council for Islam and Democracy PJD Parti de Justice et Développement [Party of Justice and Development] (Morocco) RFE Radio Free Europe RL Radio Liberty RRU Rapid Reaction Unit (U.S. State Department Bureau of Public Affairs) UAE United Arab Emirates UCIDE Unión de Comunidades Islámicas de España [Union of Islamic Communities of Spain] UNDP United Nations Development Programme USAID U.S. Agency for International Development USIA U.S. Information Agency USINDO The United States–Indonesia Society WFDY World Federation of Democratic Youth WFTU World Federation of Trade Unions WML Rabitat al-'Alam al-Islami [World Muslim League
RAND Corporation Provides Objective Research Services and Public Policy Analysis www.rand.org The RAND Corporation is a nonprofit institution that helps improve policy and decisionmaking through research and analysis. RAND focuses on the issues that matter most such as health, education, national security, international affairs, law and business, the environment, and more. With a research st...
RAND Corporation Provides Objective Research Services and Public Policy Analysis www.rand.org The RAND Corporation is a nonprofit institution that helps improve policy and decisionmaking through research and analysis. RAND focuses on the issues that matter most such as health, education, national security, international affairs, law and business, the environment, and more. With a research st...
RAND Corporation Provides Objective Research Services and Public Policy Analysis www.rand.org The RAND Corporation is a nonprofit institution that helps improve policy and decisionmaking through research and analysis. RAND focuses on the issues that matter most such as health, education, national security, international affairs, law and business, the environment, and more. With a research st... |
| PETIKAN MINGGUAN MALAYSIA 7/8/2011 - APA DAH JADI ? Posted: 06 Aug 2011 07:45 PM PDT APABILA AMANAH TIDAK DITUNAIKAN..... Mustahil Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Wee Ka Siong baru-baru ini berkata, adalah mustahil Dawama boleh mengalami kerugian kerana jualan buku teks sekolah menerusi kontrak dengan Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin. Ini diperkuatkan lagi dengan dakwaan gaji pengurusan kanan terlalu tinggi, hingga hampir sama syarikat minyak. Jadi apa sebenarnya masalah Dawama hingga kelihatan hampir muflis? Adakah disebabkan kelemahan urus tadbir hingga menyebabkan kerugian? Atau memang untung tetapi tidak mahu berkongsi dengan pekerja bawahan? Isu Dawama cukup memalukan. Ini memperlihatkan kegagalan sebuah syarikat Melayu yang diberi kontrak oleh kerajaan dan tidak bersaing dengan syarikat lain, tetapi akhirnya gagal. Sekarang semua orang mahu tahu dengan pembayaran RM650 juta sejak 2002 kepada Dawama, apa yang dibelanjakan hingga syarikat hampir muflis? Kontrak pracetak dan percetakan buku DBP perlu dikerjakan oleh syarikat yang bukan sahaja mempunyai kewangan yang kukuh tetapi berwibawa. Dawama diwujudkan untuk mendapat kontrak ini dan belum teruji sebagai syarikat penerbitan atau percetakan yang berpengalaman. | PEMUDA UMNO ANTARA 2 PERSIMPANGAN Posted: 05 Aug 2011 07:57 PM PDT Pemuda UMNO kekal cara sendiri
2011/07/16
SAYA berharap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak terikut-ikut politiking jalanan tanpa hala tuju seperti berlaku pada perhimpunan haram 9 Julai lalu.
Pemuda UMNO ada sejarah perjuangannya tersendiri dan turut memainkan peranan pada masa lampau dalam pengisian kemerdekaan negara. Usahlah umpama tin kosong; tetapi biar diam ubi tetapi berisi, berhasil dan bernilai pada zaman ini. Baru-baru ini beberapa ahli Pemuda UMNO turut mengadakan demonstrasi jalanan dengan 'memakai baju merah Patriot' yang turut berarak ke Stadium Merdeka.
Saya mendambakan agar pergerakan itu melakukan kerja lebih bermakna seperti menubuhkan pasukan penyelidik membongkar kembali statistik tanah, hartanah, tanah simpanan Melayu/Bumiputera yang tinggal berbaki kini.
Tidak salah jika kita membentangkan perangkaan perbandingan dengan milik bukan Melayu. Begitu juga kajian statistik terkini golongan profesional Melayu (kerana yang terdahulu sudah meninggal dunia dan bersara) dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, guaman dan teknologi.
Buat perbandingan dengan statistik pencapaian bukan Melayu agar orang Melayu tidak leka, celik mata dan buka minda; hasilnya kelak mudah-mudahan ada kesedaran dan daya saing.
Kajian yang menyentuh hak Melayu dan bukan Melayu berlandaskan faktor peratusan penduduk wajar dibuat dan ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia. Begitu juga perangkaan berhubung dengan pemilikan premis kedai dan bangunan di bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, lpoh, Pulau Pinang, Muar dan sebagainya. Sebenarnya banyak tugas dan tanggungjawab yang mendepani pergerakan ini. Tidak salah, jika pergerakan itu bekerjasama dengan tenaga pemikir dan penyelidik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kini rata-ratanya kini ramai memiliki kelulusan Sarjana Kedoktoran (PhD) dan bergelar Profesor, Profesor Madya dan sebaginya.
Dalam erti kata lain, komitmen begini masyarakat mahukan. Bahkan bukan setakat Pergerakan Pemuda UMNO yang diharapkan dapat melakukan ini tetapi juga pertubuhan lain.
Walaupun kita tidak dapat mengimpikan pemimpin seperti Syed Jaafar Albar yang digelar Singa UMNO atau Datuk Harun ldris, namun cukup sekadar masih ada lagi pemimpin pergerakan yang mempunyai daya intelektual.
DR RAJIEE HADI, Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur |
| PELAJAR, DISIPLIN DAN TINDAKAN - SATU ALTERNATIF BARU... Posted: 05 Aug 2011 07:13 PM PDT Selaras dengan sistem pendidikan yang mengalami proses dinamik begitu juga dengan isu disiplin yang turut berubah jika hendak dibandingkan dengan pelajar dulu dan sekarang. Cuma kini isu disiplin semakin kompleks dan vairiasi bentuknya dan kadang kala memeningkan guru disiplin sendiri untuk menanganinya.
Cadangan Kementerian Pelajaran yang mahu semua kes disiplin pelajar diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat. Ini adalah satu transformasi dalam hal tindakan bagi guru disiplin. Sekali fikir betul juga jika tak ada SOP begitu maka sesuatu isu itu hanya di mamah waktu dan keadaan.
Saperti biasa ini akan memberikan respon positif dan negatif dari semua pihak termasuk guru disiplin sendiri hinggalah kepada ibu bapa. Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) ini tidak termasuk bagi kes yang membabitkan pihak berkuasa, termasuk yang dibawa ke mahkamah.
| PRU 13 : ANTARA KUOTA DAN winnable dan likeable candidate. Posted: 29 Jul 2011 06:03 PM PDT Walaupun tarikh PRU 13 masih lagi menjadi tandatanya, tetapi gerakan semua parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang dilihat sedang senuju ke arah itu. Pelbagai pandangan diberikan mengenai tarikh PRU 13, malah semakin ramai yang meramal semakin menarik dan tertarik perhatian semua golongan lebih-lebih ahli politik.
Kini semua tumpuan diberikan siapakah yang bakal menjadi calon Parlimen mahupun DUN. Malah tidak keterlaluan jika dikata sudah ada yang mula berjinak-jinak dengan kempen murahan dengan meminta Ketua-Ketua Cawangan menyebut nama mereka dengan harapan akan terpilih. Berilah kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak untuk buat pertimbangannya kali ini.
Jika diperhatikan kepada kreiteria pemilihan YAB, iaitu calun yang dapat beri kemenangan kepada parti. Untuk menang sudah pasti kita perlukan pengundi mengundi kita. Jadi bagi mendapatkan undi daripada pengundi, calon mestilah seorang yang disukai dan disenangi oleh masyarakat pengundi. Oleh itu,dinasihatkankan kepada calun lebih baik ukur baju dibadan sendiri sebelum bertanding.
Situasi semasa menunjukkan pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik adalah lebih ramai bilangannya dari yang jadi ahli. Oleh itu, kemenangan adalah ditentukan oleh mereka iaitu pengundi atas pagar. Apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Selama ini ahli-ahli politik BN dilihat hanya sibuk jaga ahli-ahli parti sendiri sahaja?
Satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis adalah mengenai isu kuota. Seolah-olah ada satu kontrak lisan yang dibuat bahawa pembahagian kerusi BN kepada parti komponen atau satu strategi. Keputusan PRU 12 2008 telah memperlihatkan satu gelombang tsunami yang menjahamankan kuota yang diamalkan selama ini.
Pengundi kini tahu kuasa membentuk kerajaan ditangan mereka. Betullah apa kata pujangga bila terlalu berkuasa maka kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sangat tinggi. Sikap mahukan calon tempatan dan berdasarkan majoriti pengundi berdasarkan bangsa sangat sagnifikin sekali.
Malah ada yang mengatakan terlalu lama dah mereka berkorban, kini masanya parti pula berkorban untuk menentukan calon pilihan mereka. Kini suara-suara desakan mula kedengaran. Ada juga pihak yang cuba "mengampu" dengan katanya jangan beri tekanan kepada PM. Kesannya sangat besar, salah pilih calon "KALAH" dalam tangan.
Kehadiran pengundi baru dan muda juga ada kesan yang nyata kepada PRU 13. Dengan bilangan mereka seramai 40 %, sudah barang tentu, kesannya sangat besar kepada keputusan PRU nanti. Malah dikatakan generasi muda mahukan calun calun yang lebih segar minda, emosi dan fizikal supaya memahami jiwa dan hasrat mereka.
Nampaknya calun"recycle" semakin tidak mendapat tempat dihati orang muda selain dari proaktif kepada parti dan pengundi. Soal integriti juga jadi pertimbangan dan yang paling tinggi adalah apakah kesan ke atas mereka. Jika dilihat agak sukar untuk PM membuat keputusan siapakah calon untuk PRU 13 nanti. Tetapi jauh disudut hati penulis, PM ada vairiasi pemilihan bagi memastikan calun yang dipilih nanti mampu beri kemenangan kepada parti dan juga kerajaan. |
| PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011 Posted: 29 Jul 2011 05:06 PM PDT Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, satu forum antarabangsa bersama beberapa delegasi jemputan dari luar negara akan diadakan pada 28 dan 29 November sempena dengan perhimpunan itu nanti.
"Mesyuarat pramajlis akan diadakan pada 29 November," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, perasmian bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan pada sebelah malam pada 29 November diikuti perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO itu keesokannya.
Sementara itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengikut jejak langkah pembangkang yang berhasrat untuk meningkatkan kempen politik mereka di sepanjang bulan puasa nanti, kerana menghormati kemuliaan Ramadan. |
| EID RAMADAN 2011 Posted: 27 Jul 2011 10:38 PM PDT SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK... |
| DULU LAIN, SEKARANG LAIN Posted: 21 Jul 2011 07:55 PM PDT MENGAPA PAS MENGUBAH HALUAN PERJUANGAN ?
KERANA TUNTUTAN POLITIK SEMASA, KEGAIRAHAN PEMIMPIN UNTU TAKLUK PUTRAJAYA, PRINSIP PERJUANGAN SUDAH BERUBAH, ATAU KENA DI CUCUK HIDUNGNYA? | DIALOQ PENYOKONG PAS. Posted: 21 Jul 2011 07:51 PM PDT
''Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?
''Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata?
DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata?
Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?
Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka. |
| | www.pemuda-enggang.org Posted: 16 Jan 2012 11:43 AM PST |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan