Selasa, 17 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Jan 2012 03:37 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Air Mata Buaya

Posted: 16 Jan 2012 06:19 AM PST

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bandaraya Shah Alam baharu-baharu ini tidak ubah seperti hero filem Tamil tahun 60an masuk kampung menyelamatkan gadis dalam kesusahan. 

Faekah berkata, gelagat lucu dipamerkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu apabila bertemu penyewa-penyewa tapak perniagaan di Kompleks PKNS, Shah Alam yang keresahan susulan keputusan tindakan PKNS menaikkan kadar sewa.

Jumaat lalu, Najib semasa program bertemu peniaga dan penyewa Kompleks PKNS mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi mengelakkan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus.

Laporan media sebelum ini mengatakan Najib berkata beliau mahu menitis air mata mendengar keluhan peniaga-peniaga di kompleks itu.

"Tidakkah Najib tahu bahawa 70 peratus penyewa terbabit setuju dengan kenaikan ini? Tidakkah beliau tahu bahawa penyewa-penyewa ini telah menikmati kadar sewa 70 peratus lebih murah berbanding pasaran semasa di Shah Alam?," kata Faekah dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor.

"Saya tidak fikir hanya saya yang beranggapan tindakan lagak hero Najib ini sebagai pelik. Tambah pula, lakonan beliau sehingga kononnya akan mengeluarkan airmata telah memualkan banyak pihak.

"Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," kata Faekah. 


Mengulas lanjut, Faekah mempersoalkan kewajaran tindakan Najib "menitiskan air mata" yang sepatutnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Umno Selangor sebelum ini yang mengkhianati janji dan kebajikan kaum Melayu.


Tangisan itu juga kata Faekah, seharusnya dizahirkan apabila melihat pemimpin Pakatan Selangor hari ini memberi baucer RM100 kepada warga emas Umno menerusi program "Jom Shopping".

"Sebaliknya, Najib sepatutnya menitiskan air mata apabila bekas Menteri Besar, Dr Mohamaed Khir Toyo menggunakan hampir RM2 juta duit rakyat untuk lawatan ke Disneyland.

"Najib juga sepatutnya menangis apabila seorang wakil rakyat Melayu menjual tanah rezab Melayu kepada tauke Cina dan tanah yang diwartakan untuk pembinaan surau dijual bagi memberi laluan kepada projek pembangunan,"katanya.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 17 Jan 2012 03:35 AM PST

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


TUANKU SULTAN PUJI MB KEDAH.

Posted: 16 Jan 2012 04:28 AM PST

ALOR SETAR, 16 Jan: Pembaharuan dan kemajuan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mendapat pujian Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Baginda bertitah, pelbagai program pembangunan yang sedang giat direncanakan oleh Kerajaan Negeri termasuk memajukan sektor pertanian untuk meningkatkan taraf hidup rakyat kini menampakkan hasil.

"Beta harap aktiviti pembuatan yang kini berkembang pesat dapat terus dimajukan sehingga menjadi tumpuan utama selain menarik pelabur asing dan tempatan untuk melabur dan mendirikan kilang perindustrian di Kulim Hi-tech Park, Sungai Petani, Kuala Ketil, Gurun, Yan dan Bukit Kayu Hitam", titah baginda semalam dipetik Sinar Harian.

Baginda bertitah pada istiadat menyembah tahniah dan penganugerahan darjah serta bintang kebesaran sempena ulang tahun keputeraannya ke-84, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, semalam.

Titah ucapan baginda dibacakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah.

"Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil kerjasama Kerajaan Negeri dan rakyat," titah baginda.

Baginda turut melahirkan kesyukuran kerana Kedah terhindar daripada keganasan dan ketegangan antara kaum yang kritikal seperti yang berlaku di beberapa negara lain, selain berpuas hati dengan corak pentadbiran Kerajaan Negeri yang mendokong prinsip keadilan tanpa mengira latar belakang.

"Tidak ada peristiwa yang tidak diingini berlaku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini. Beta harap semua pihak komited menjalankan tugas, ikhlas, amanah serta telus dalam mengendalikan urusan pentadbiran," titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, untuk memastikan dasar ini dapat dilaksana, seluruh kepimpinan kerajaan, anggota pentadbiran dan rakyat haruslah bertakwa kepada ALLAH SWT agar mendapat keberkatanNya.

"Jentera pentadbiran dan pengurusan negeri yang cekap amat penting untuk merancang dan melaksana dasar dan program Kerajaan Negeri. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlu berpegang teguh pada konsep amanah dan kepimpinan berintegriti," titah baginda.

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 17 Jan 2012 01:32 AM PST

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


Siswa UMP Pekan dakwa hadapi masalah air lagi.

Posted: 16 Jan 2012 04:36 AM PST



Maklum balas yang diterima daripada pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang rentetan isu krisis gangguan air ini antara lain menyatakan bahawa:

(1) Masalah bekalan air yang tidak stabil di UMP (Universiti Malaysia Pahang), Pekan akan berpanjangan sehinggalah suatu sistem bekalan air yang sempurna disiapkan untuk kampus berkenaan.

(2) Bagi mengatasi masalah tekanan air rendah adalah dengan menyalurkan bekalan air secara terus ke kampus dari Loji Air Peramu.

(3) Pihak kami menjangkakan kerja-kerja pemasangan paip ini siap di akhir tahun 2012.

Berikut adalah antara petikan maklum balas yang diberikan oleh pihak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dalam menjawab krisis air yang dialami oleh mahasiswa UMP Pekan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, krisis gangguan ini akan berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang panjang.

Pihak kami mendesak dan menggesa agar projek pembinaan bekalan air secara terus dari Loji Air Peramu ke Kampus UMP Pekan dipercepatkan bagi menyelesaikan kemelut yang dialami.

Usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan universiti dalam menangani krisis ini sewajarnya diberikan pujian seperti menggunakan khidmat lori tangki air bagi penghantaran air ke kampus sebagai satu langkah sementara dalam meredakan permasalahan ini.

Namun sewajarnya hal tersebut dimainkan secara serius oleh pihak JBA Pahang yang berfungsi dan dipertanggungjawabkan dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.

Pihak kami bimbang krisis ini akan bertambah serius apabila beberapa bangunan baru seperti perpustakaan, pusat aktiviti pelajar dan bangunan fakulti pembuatan yang dijangka beroperasi secara penuh pada awal semesta hadapan, yang secara umumnya menyebabkan tekanan air menjadi lebih rendah.

Melihat kepada keadaan semasa yang mana kebanyakan kelewatan projek berlaku dalam proses pembangunan kampus Pekan, pihak kami kurang berkeyakinan projek tersebut akan disiapkan dalam tempoh jangka masa yang ditetapkan.

Oleh hal sedemikian pelbagai pihak yang akan terjejas akibat permasalahan tersebut seperti mahasiswa, pensyarah, pengusaha kafeteria dan pengurusan universiti sendiri.

Masyarakat setempat turut terjejas


Krisis gangguan air ini bukan hanya menjejaskan warga UMP Pekan tetapi turut menjejaskan masyarakat sekitar kampus.

Untuk makluman UMP Pekan serta masyarakat sekitar berkongsi sumber air yang sama iaitu sumber air daripada Loji Air Kuala Pahang.

Apabila terdapat banyak aduan yang diterima akibat gangguan air di UMP maka air akan disalurkan lebih ke UMP yang dalam masa yang sama masyarakat sekitar pula akan mengalami gangguan. Begitulah yang berlaku seterusnya.

Oleh hal sedemikian pihak kami menuntut pihak yang bertanggungjawab dalam menangani krisis ini mengambil tindakan yang sewajarnya agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak kami mengharapkan pihak JBA Pahang bersedia menjawab permasalahan ini secara terbuka agar segala keraguan dapat diatasi dengan segera.

Sekiranya pihak JBA Pahang gagal mengatasi permasalahan tersebut saya memohon agar pihak kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob campur tangan agar kemelut dan permasalahan ini dapat diselesaikan dengan segera.


Penulis merupakan yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang dan pengerusi Gerakan Mahasiswa Penggesa Air Kampus (GEMPAK).
SUMBER:
http://www.malaysiakini.com/bm

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Jan 2012 01:23 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Cairkan salji untuk jadikan bekalan air

Posted: 17 Jan 2012 01:00 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

VICTOR GAVENKO dan isterinya mencairkan salji di rumah mereka di kampung Pravy, Rusia semalam. - Reuters

KRASNOYARSK, Rusia - Satu pasangan suami isteri, Victor Gavenko dan isterinya, Nina menggunakan salji untuk dijadikan bekalan air bersih di rumah mereka di kampung Pravy, daerah Taiga, Rusia.

Gavenko, 76, dan isterinya, Nina tidak memperoleh bekalan air bersih menyebabkan mereka mencairkan salji.

Salji merupakan sumber mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan sendiri dan haiwan ternakan. - Reuters

Munajat Muslimat PAS menjelang PRU13

Posted: 17 Jan 2012 12:45 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS kawasan Kuala Terengganu berjaya menganjurkan Munajat Perdana sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Puan Zaitun Abas berkata program Munajat Perdana ini dibuat sebagai persiapan Muslimat PAS Kuala Terengganu menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, selain persiapan jentera kempen pilihan raya yang penting kebergantungan kepada Allah SWT amat diperlukan.

Menurutnya, secara fizikal memang PAS tidak mampu menandingi kemewahan Umno dan Barisan Nasional (BN) dari sudut kewangan.

Namun, katanya PAS mempunyai kekuatan dan keyakinan kepada Allah SWT serta pertolongan-Nya.

"Hari ini, kita (muslimat) buat Munajat Perdana dengan pengisian solat hajat, bacaan Yaasin dan takzirah.

"Kita (PAS) memang tidak boleh lawan dari segi kebendaan dan kewangan Umno-BN tetapi kita ada pertolongan Allah SWT.

"Kita (muslimat) juga buat taklimat gerak kerja pilihan raya dan menerangan oleh Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Bachok, Kelantan iaitu Dr Wan Martina Wan Yusuf," jelasnya.

Menurut beliau, setiap bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) dikehendaki menghantar 50 orang muslimat yang melibatkan 200 pesertanya.

Buletinonline dimaklumkan empat Dun di kawasan Kuala Terengganu terlibat dalam program munajat tersebut iaitu Muslimat PAS Dun Bandar, Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok.

Buletin Online

'Anwar sokong hukum Islam, bukan homoseksualiti'

Posted: 17 Jan 2012 12:40 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

PKR hari ini mempertahankan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti atau hubungan sejenis) di negara ini.

Sebaliknya, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR Ahmad Kassim berkata Anwar sebenarnya menggesa agar undang-undang yang bertentangan dengan Islam mengenai isu itu dikaji semula.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad merujuk kepada wawancara BBC (British Broadcasting Corporation) dengan BBC munggu lalu sehingga menyaksikan beliau dituduh menyokong homoseksual.

BBC meminta Anwar menyatakan pendirian sama ada beliau bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' ke atas kumpulan itu.

Beliau menjawap: "Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita.

"Tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan," katanya dalam temu bual itu.

Berdasarkan kenyataan itu, Ahmad berkata, Anwar telah menyatakan komitmen menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Sekiranya diteliti jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini," kata Ahmad yang juga adalah ahli parlimen Kuala Kedah.

Sehubungan itu, beliau juga meminta orang ramai untuk merujuk kenyataan sebenar Anwar dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," akhirinya kenyataannya itu.

malaysiakini/-

Kotak hitam pertama Costa Concordia ditemui: CNN

Posted: 17 Jan 2012 12:30 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

PULAU GIGLIO (Itali): Pengawal Pantai Itali menemui kotak hitam atau perakam data pertama kapal persiaran Costa Concordia yang karam di sini, baru-baru ini.

Demikian menurut laporan laman web CNN yang disiarkan, sebentar tadi.
Dalam kemalangan Sabtu lalu, Costa Concordia didakwa belayar terlalu dekat dengan Pulau Giglio sehingga menyebabkannya terkandas sebelum ia senget dan karam. - CNN.com

Di antara hambar dan tidur

Posted: 17 Jan 2012 12:29 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

Para pemerhati dan pengkritik Pakatan Rakyat, khususnya dari media kawalan UMNO-Barisan Nasional, sekali lagi memuntahkan hujah-hujah lapuk dalam usaha memperlekehkan usaha memartabkan rakyat. Acuan kritikan mereka datangnya dari budaya politik UMNO-BN masa kini.

Mereka yang sudah biasa menyalahgunakan wang rakyat untuk menyewa bas dan membayar "peserta" mengukur prestasi kehadiran perwakilan di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar, Kedah hujung minggu lalu, dengan timbang kati mereka sendiri.

Mereka tidak dapat membezakan jumlah perwakilan konvensyen dengan ceramah perdana. Bagi mereka, kedua-duanya sama sahaja. Yang mereka faham, jumlah menunjukkan kekuatan.

Hambar

Maka perkataan "hambar" digunakan untuk menggambarkan isi kandungan konvensyen yang diadakan buat kali ketiga setelah Pakatan Rakyat mengejutkan UMNO-BN dari lena yang panjang dalam pilihan raya umum 2008.

"Hambar" kerana mungkin para pemerhati tidak berada di dalam dewan konvensyen tempoh hari atau sekadar mengulas dengan membaca propaganda mereka sendiri yang terpapar dalam lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, TV3 dan pelbagai media kawalan UMNO-BN.

"Hambar" juga kerana mereka sudah terlalu biasa dengan budaya menjerit dan memaki-hamun orang lain, termasuk yang sudah banyak kali didengar dalam perhimpunan agung UMNO di mana para penyokong dan ahli DAP pernah digelar "bangsat".

"Hambar" mungkin turut diperkatakan kerana mereka tidak melihat keris dihunus, tidak mendengar menteri dari parti merteka mempertahankan skandal "duit ternak lembu digunakan beli kondo" dan tidak menyaksikan sendiri pucuk pimpinan mereka mendakwa ekonomi negara masih segar bugar hari ini.

Para pengkritik hanya mampu mengulangi kata-kata basi pemimpin mereka terhadap Pakatan. Selain hambar, "kitar semula" menjadi kosa kata pujaan propagandis UMNO-BN.

Segala ucapan dan kertas kerja pimpinan dan ahli Pakatan dilihat mereka sebagai "kitar semula". Tajam betul penglihatan mereka melihat kuman di seberang laut. Padahal "kitar semula" pucuk pimpinan mereka, termasuk meniru agenda dan manifesto Pakatan, terserlah bagai gajah di depan mata mereka.

Tidur

Sebagaimana politik UMNO-BN, kewartawanan dan daya penulisan propaganda acuan agenda kaum tidak memerlukan banyak buah fikiran. Sekadar catat sahaja apa yang diludahkan para pemimpin.

Maka kritikan dan kewartawanan "tidur" adalah yang paling mudah untuk dilakukan. Tidak perlu befikir, tidak perlu bersoal jawab, tidak perlu soalan-soalan yang mencengkam fikiran.

Sepanjang Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga itu, empat kertas kerja utama dibentangkan. Ia telah memperincikan empat perkara utama yang menjadi permasalah besar kepada rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa telah membawakan isu penjawat awam dan perkhidmatan awam yang bertujuan mengangkat martabat kakitangan kerajaan supaya menjadi antara yang terbaik di dunia.

Beliau memperincikan tentang sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tidak adil dan menindas kakitangan yang berpendapatan rendah. Beliau mencadangkan usaha untuk mengatasi masalah itu, termasuk meletakkan para guru pada kedudukan dan kemuliaan profesyen mereka.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke membawakan isu federalisme (persekutuan) yang menggariskan hak-hak negeri yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN, termasuk cara-cara mengatasi kemelut itu.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula memperjelaskan isu anti-monopoli yang mana selama ini hanya kroni-kroni BN mengaut hasil sedangkan rakyat dipinggirkan. Beliau memberi contoh-contoh kejayaan pentadbiran Pakatan di Selangor.

Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR Pusat Suhaimi Said membawakan isu Felda dan penyenaraian Felda Global Ventures yang menimbulkan masalah kepada peneroka tanah rancangan itu serta kesannya kepada ekonomi negara, khususnya tekanan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu.

Tentunya para pengkritik yang taksub dengan UMNO-BN telah lali dengan perhimpunan parti-parti yang mereka sokong itu di mana mereka lebih selesa "tidur" kerana tiada apa yang penting kepada rakyat yang boleh mereka tela'ah sewaktu persidangan.

Impian dan hakikat

Tidak dinafikan Pakatan Rakyat juga pernah terperangkap dalam acuan persidangan-persidangan sebelum ini yang biasanya bersifat retorika, seolah-olah ia adalah lanjutan daripada ceramah-ceramah perdana. Sesekali sedemikian tidak ada salahnya.

Namun jika semua persidangan atau konvensyen bersifat ceramah, lama-kelamaan para ahli dan pemimpin akan terjerat dengan propaganda ciptaan sendiri.

Justeru, Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga telah berjaya keluar dari perangkap lazim. Daripada empat kertas kerja yang dirumuskan menjadi Tawaran Jingga – juga sebagai lanjutan dan perincian Buku Jingga – ia memulakan langkah ke arah fokus sebenar, yakni demi kepentingan rakyat semata-mata.

Memang suara-suara "menuju Putrajaya" gah berkumandang. Ia hanya seruan semangat. Namun ia dilapik dengan kenyataan bahawa bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan lebih banyak pengorbanan untuk mencapai impian tersebut.

Di sebalik kata-kata semangat itu, sudah terpancar fokus untuk mengatasi kemelut ciptaan UMNO-BN yang sudah terlalu selesa dengan kedudukan di tampuk kuasa sehingga rakyat dipandang enteng demi mengkayakan lagi keluarga, kroni dan konco mereka.

Hanya mereka yang sudah biasa "tidur" nyenyak dengan "kitar semula" UMNO-BN akan melihat Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga sebagai "hambar".

Harakah Daily

Hapus PTPTN: Kelantan kumpul data peminjam

Posted: 17 Jan 2012 12:24 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

"Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan," katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.

Harakah Daily

Mohon perlindungan azab kubur antara tasyahud, salam

Posted: 17 Jan 2012 12:19 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

DARIPADA Aisyah, bahawa seorang wanita Yahudi datang menemuinya lalu menyebutkan azab kubur, lalu wanita itu berkata kepada Aisyah: "Semoga Allah melindungimu daripada azab kubur.

Aisyah berkata: Maka aku bertanya kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda: Ya, azab kubur adalah benar. Aisyah berkata: Maka setelah itu aku tidak melihat Rasulullah SAW mengerjakan sesuatu solat melainkan Baginda memohon perlindungan daripada azab kubur."

Hadis ini juga mengandungi anjuran berlindung daripada azab kubur dalam solat dan tempat memohon perlindungan antara tasyahud dan salam.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu berada dalam keadaan tasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara dengan berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon perlindungan kepada-Mu daripada seksaan neraka jahanam, daripada seksa kubur, daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati serta daripada kejahatan fitnah Almasih Ad-Dajjal."

Pensyarah kitab At-Tahawiyah, berkata khabar daripada Rasulullah SAW mengenai azab kubur dan nikmatnya, soalan dua malaikat, maka wajib mempercayai serta beriman dengannya.

Perkara yang menyelamatkan daripada azab kubur ialah syahid di medan perang. Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mati syahid beroleh enam perkara di sisi Allah: Diampunkan dosa pada darah yang mula-mula keluar, diperlihatkan tempatnya dalam syurga, diselamatkan dari azab kubur, aman pada hari kebangkitan dari kubur,

diletakkan mahkota kebesaran atas kepala dibuat dari yaqut yang lebih baik dari dunia dan isinya, dikahwinkan dengan tujuh puluh dua bidadari, dan diizinkan memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya."

Berjihad di jalan Allah hingga mati. Daripada Fudhalah bin 'Ubaid, dari Rasulullah SAW sabdanya: "Setiap mayat ditutup amalannya melainkan orang yang mati berjuang di jalan Allah, maka sesungguhnya amalannya tetap diterima pahalanya hingga hari kiamat dan aman dari fitnah kubur."

Mati pada hari Jumaat dan malamnya. Daripada Abdullah bin 'Amru, daripada Nabi SAW sabdanya: "Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat melainkan Allah melindunginya dari fitnah kubur."

Mati dengan sebab penyakit perut. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dibunuh oleh perutnya maka dia tidak akan diseksa dalam kuburnya."

Amal salih lain seperti dijelaskan dalam hadis masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hatim dan 'Sahihnya' dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW sabdanya: "Sesungguhnya mayat mendengar bunyi hentakan tapak kasut orang yang menghantarnya ketika mereka meninggalkan kuburnya, jika dia seorang mukmin, solat berada di sisi kepalanya, puasa berada di sebelah kanannya, zakat berada di sebelah kirinya, amalan kebajikan dari sedekah,

silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berada di sisi kakinya, lalu malaikat mendatangi dari sisi kepalanya, maka solat berkata tidak ada di sisiku pintu masuk, kemudian kebajikan dari sedekah, silaturahim, kebaikan dan ihsan kepada manusia berkata: tidak ada di sisi pintu masuk..."

Telah jelas bagimu jalan keselamatan maka berpegang teguhlah dengannya, berjalanlah atas hidayatnya, semoga Allah memberi taufik kepada kita untuk mengerjakan amal soleh.

Petikan buku 101 Nasihat Rasulullah SAW Untuk Menjadi Muslimah Paling Bahagia

Anak-anak muda dipaksa isi borang masuk Umno

Posted: 17 Jan 2012 12:00 AM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA NERUS – Menurut Bekas Ketua Puteri Umno , Rusni Hassan, Umno memaksa anak-anak muda menandatangani borang keahlian Umno sebagai syarat untuk mendapat 'Dana Bakti Remaja'.

"Anak-anak muda dipaksa masuk masuk Umno, kalau nak wang Dana Bakti Remaja masuk Umno dulu, saya tahu sebab saya pernah buat program itu,"katanya ketika berucap di Majlis Penerangan Isu Semasa di Kampung Bukit Berangan, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika membidas ucapan Pengerusi Umno Kampungnya, Kampung Banggol Donas yang memperkecil-kecilkan tindakan beliau bersama 80 rakannya menyertai PAS 9 Disember lalu.

Menurutnya , telah dua kali wakil rakyat Umno Teluk Pasu, Dato' Rahin Said memperdayakan rakyat dalam kes pengambilan tanah yang berlaku di kampungnya.

Kali pertama, katanya, sewaktu projek jalan dan jambatan tersebut baru dimulakandan kali kedua pada minggu lalu, apabila mengumumkan bayaran pampasan tanah tersebut.

"Dato' Rahin buat kenyataan di akhbar, ucap terima kasih keana penduduk kampung bersetuju dengan pembinaan tersebut, sedangkan tidak ada apa-apa perbincangan yang dibuat dengan orang kampung,

"Minggu lalu, ketika datang berceramah, beliau kata pampaan tanah RM1 juta bagi sehektar, mana boleh sama pampasan tanah pembangunan dengan tanah pertanian,"ujarnya.

Beliau mengulangi tekadnya untuk bekerja bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional jatuh pada pilihanraya umum akan datang.

Buletin Online

Lilit Benang Hitam pada budak adalah amalan syirik

Posted: 16 Jan 2012 11:40 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

Soalan

MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut

Jawapan dari Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu 'Amir berkata, 'Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, 'Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."

"Lalu baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat 'Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).

Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

"Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.

Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a'lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Pakatan lebih mampu tadbir pusat jika diberi mandat

Posted: 16 Jan 2012 11:30 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

"Nampaknya pemimpin Umno hanya berani di gelanggang sendiri tanpa lawan, tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengulas Konvensyen PR kali ketiga yang sudah selesai pada 14 Januari lalu di Stadium Suka Menanti, Alor Setar, beliau berkata ia merupakan satu lonjakan kepada PR untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya.

Menurutnya, usaha BN untuk melihat PR berpecah gagal, malahan hubungan PR semakin akrab.

Katanya, pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji.

Beliau menambah, ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara.

"Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri, walaupun dengan kekangan kewangan, maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat," katanya lagi.

Ini, katanya kerana hasil petroleum, bijih, getah, sawit, mutiara, balak, cukai, air, emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Tambahnya, lebih menggerunkan apabila komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari.

Tujuannya, kata beliau ialah supaya rakyat tidak perlu menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini.

"Sebenarnya sebahagian besar 10 perkara sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang," katanya.

Contohnya, kata beliau lagi pemberian RM500 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru Kafa daripada RM1,000 kepada RM1,300.

Menurutnya, walaupun tidak RM500, sekurang-kurang sebagai permulaan.

Selain itu, katanya wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor di samping memulangkan konsesi air kepada rakyat.

"Perkara ini sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan," katanya.

Jelasnya lagi, PR sudah beriltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan.

"Dalam masa dua minggu tarif elektrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan," katanya.

Harakah Daily

Bersih 3.0 jika tidak laksana tuntutan- Ambiga

Posted: 16 Jan 2012 11:21 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

"Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3," tegas Ambiga.

Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.

"Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,"

Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Keadilan Daily

KEADILAN: Jangan terpengaruh fitnah Umno tentang homoseksualiti

Posted: 16 Jan 2012 11:19 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Jan: KEADILAN menggesa rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya tidak terpedaya dan terpegaruh dengan fitnah baru yang dilemparkan Umno, kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong hubungan sejenis di negara ini.

Fitnah yang disebar melalui media Umno seperti Utusan Malaysia itu memetik jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara dengan British Broadcasting Corporation (BBC), kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Kenyataan tersebut berbunyi "We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.

But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant.
We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that.

I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated,"

"Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

"Dato' Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis)," jelas beliau.

"Walaubagaimanapun beliau berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.

"Undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun," kata Ahmad Kassim.

Sehubungan itu beliau menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno.

"Justeru saya juga menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah ini kononnya atas nama perjuangan Islam. Perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian," katanya.

Keadilan Daily

Kelebihan orang yang banyak berdoa

Posted: 16 Jan 2012 11:15 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

DARIPADA Anas bin Malik, katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa yang meminta perlindungan daripada neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata: Ya Allah, selamatkanlah dia daripada neraka."

Hadis ini sungguh besar kedudukan dan tahapnya, ia menunjukkan limpah kurnia Allah yang besar dan rahmat-Nya yang begitu luas.

Orang yang memohon syurga dan meminta perlindungan daripada neraka ditetapkan syarat iaitu Islam serta benar dalam menghadapkan diri kepada Allah (at-tawajjuh).

Demikianlah, bahawa kejayaan dengan syurga dan keselamatan daripada neraka adalah tujuan yang hendak dicapai orang yang mengerjakan solat, berzakat, berpuasa, menunaikan haji, berzikir mengingati Allah dan berjihad.

Untuk mencapai ke tahap itu mereka terpaksa memejam pandangan, memelihara kemaluan dan perutnya, menjaga lidah serta menahan tangannya daripada melakukan perkara terlarang. Perkara ini berterusan menjadi adat kebiasaan sehingga Allah mengampuni mereka.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang sentiasa berkeliaran di jalan mencari ahli zikir, apabila mereka mendapati satu kaum yang berzikir mengingati Allah mereka memanggil temannya lalu mereka pun datang mengelilingi orang yang berzikir dengan membentangkan sayapnya ke langit dunia. Lalu mereka ditanya oleh Tuhannya, sedangkan Tuhan lebih mengetahui dari mereka: Apa yang diucapkan hamba-Ku? Mereka menjawab: Hamba-Mu menyucikan, membesarkan, memuji dan mengagungkan-Mu.

Allah bertanya: Adakah mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhan, mereka tidak melihat Mu. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat Ku? Malaikat menjawab: Jika mereka melihat Mu nescaya mereka lebih banyak beribadah kepada Mu, mengagungkan Mu, dan bertasbih memuji Mu.

Allah bertanya: Apakah yang mereka minta kepada-Ku? Malaikat menjawab: Mereka meminta syurga kepada Mu. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Tidak, Demi Allah wahai Tuhanku, mereka tidak pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihat syurga itu? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka lebih tamak lagi terhadapnya, lebih kuat memintanya, dan keinginannya lebih besar padanya.

Allah bertanya: Dari apakah mereka berlindung? Malaikat menjawab: Mereka berlindung dari neraka. Allah bertanya: Adakah mereka telah melihat neraka itu? Malaikat menjawab: Tidak, demi Allah mereka belum pernah melihatnya. Allah bertanya: Bagaimana jika mereka melihatnya? Malaikat menjawab: Sekiranya mereka melihatnya nescaya mereka pasti lebih menjauhkan diri daripadanya, dan pasti lebih takut dengannya.

Allah bertanya: Aku menyaksikan kepada Kamu bahawa Aku telah mengampuni mereka. Ada malaikat berkata: Di kalangan mereka ada si fulan yang bukan dari golongan mereka, namun kedatangannya untuk sesuatu hajat keperluan. Allah berfirman: Mereka adalah kaum yang tidak celaka sesiapa yang duduk dalam majlisnya."

Mengapa kita tidak memohon syurga kepada Allah, sedangkan Ibnu Abbas meriwayatkan daripada Nabi SAW sabdanya: "Allah menciptakan syurga dan menjuntaikan padanya buah-buahannya, dan mengalirkan padanya sungai-sungainya, kemudian memandang kepadanya lalu berfirman: Bercakaplah, lalu diapun berkata: Sungguh berjaya orang yang beriman. Lalu Allah berfirman: Demi keagungan Ku, engkau tidak akan dimasuki orang yang bakhil kedekut."

Mengapa kita tidak meminta kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, sedangkan Rasulullah SAW pernah ditanya mengenainya, lalu baginda bersabda: "Sesiapa yang masuk syurga akan hidup di dalamnya tidak akan mati, dikurniakan nikmat padanya tidak pernah terputus, tidak lusuh pakaiannya dan tidak hilang keremajaannya.

harian metro/-

Bersih 2.0 lancar JOM 100, sasar 100% keluar mengundi

Posted: 16 Jan 2012 11:13 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) hari ini melancarkan kempen terbaru mereka yang diberi nama JOM 100.

Pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media hari ini berkata, kempen JOM 100 bertujuan mengajak seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 tahun 2008, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Jumlah itu merangkumi 76% pengundi berbanding jumlah keseluruhan yang layak mengundi iaitu seramai 10.7 juta.

Jumlah itu tidak termasuk hampir 7 juta lagi yang berumur lebih 21 tahun yang tidak mengundi ekoran tidak mendaftar sebagai pengundi.

"Kempen ini akan dijalankan ke seluruh negara. Kita akan didik rakyat untuk menunaikan hak mereka.

"Kita akan tekankan betapa penting untuk mereka keluar mengundi," katanya sambil memaklumkan kempen jelajah mereka akan bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini pagi ini.

Turut serta pada sidang media itu, Pengerusi Bersama Bersih yang baru dilantik, Datuk A.Samad Said.

Selain mekanisma forum, kempen itu juga akan memaksimakan penggunakan jaringan media sosial seperti Facebook, Twitter dan web.

Menurut Ambiga lagi, sasaran 100% keluar mengundi adalah tidak mustahil untuk dicapai jika rakyat mendapat kesedaran itu.

Malah ujarnya, apa yang lebih penting, jika lebih ramai keluar mengundi, ianya diyakini dapat mengatasi segala manipulasi pilihan raya oleh pihak tertentu.

Kempen ini juga kata Ambiga, turut mensasarkan pengundi yang berada di luar negara agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kami seru kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, tolong balik dan mengundi," katanya.

Harakah Daily

Pemuda PAS Wilayah buat laporan polis isu zakat

Posted: 16 Jan 2012 11:11 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Laporan atas nama Ketua PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad itu dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010 bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan dibuat, Kamaruzaman mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap MAIWP, Jamil dan Che Mat.

"Bukti mengenai salahguna wang zakat oleh menteri dan pengarah Jawi ini sangat besar dan perlu disiasat segera kerana melibatkan wang rakyat.

"Di Wilayah Persekutuan ini ramai lagi golongan yang memerlukan sukar untuk menerima zakat, tiba-tiba menteri menggunakan wang ini untuk kepentingan peribadi," kata beliau.

Kamaruzaman merujuk kepada bukti yang didedahkan PKR minggu lalu mengenai perkara tersebut.

Ianya merupakan set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucar bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Selain itu bukti itu merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Mengulas mengenai kenyataan Jamir bahawa wang itu digunakan untuk menjaga kepentingan Islam, Kamaruzaman berkata ianya adalaha alasan yang tidak logik.

"Datuk Seri Jamil kata boleh guna wang zakat untuk mendaulatkan Islam.

"Dalam kes ini Datuk seri Anwar yang fail kes qazaf dan memohon untuk kesnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekarang siapa yang mendaulatkan Islam?" soalnya.

Sementara itu, Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz memberitahu, Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di pejabat MAIWP, Khamis ini jam dua petang.

Harakah Daily

Stadium: Jawapan kerajaan T'ganu amat mendukacitakan

Posted: 16 Jan 2012 11:09 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Rakyat Terengganu kini semakin hairan dengan pentadbiran kerajaan negeri itu kerana masih gagal membiaki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sejak tiga tahun lalu.

Dengan masa selama itu dan disertai pula dengan penggunaan wang rakyat yang terlalu banyak untuk membaiki stadium tersebut, segala alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan berhubung perkara itu semakin tidak boleh diterima oleh orang ramai.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, beliau sendiri seperti juga keseluruhan rakyat Terengganu turut hairan dengan cara bertindak kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Menurutnya, untuk mengetahui perkembangan perancangan yang dibuat, beliau sudah beberapa kali bertanya kepada pihak kerajaan negeri mengenai perkara itu pada persidangan Dun Terengganu.

"Tetapi jawapan yang diberikan memang amat mendukacitakan iaitu kerajaan negeri masih lagi menunggu laporan dari pihak perunding yang dilantik.

"Soalnya, sampai bila nak tunggu laporan dari perunding? Sedangkan masa yang diambil dah terlalu lama sehingga masuk tahun ini dah tiga tahun. Jadi nak tunggu sampai bila lagi?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dibina pada tahun 2008 semasa Terengganu menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) dan dirasmikan oleh Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong Ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu dan boleh memuatkan 50,000 penonton, stadium pelbagai guna yang menelan belanja RM228 juta itu merupakan yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, pada 2 Jun 2009 lalu, kejadian yang amat mengaibkan telah berlaku apabila bumbung utama stadium itu telah runtuh yang menyebabkan kerosakan teruk sehingga 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Menurut Abdul Wahid, sejak kejadian itu berlaku, seluruh rakyat Terengganu ternanti-nanti tindakan sewajarnya dari kerajaan negeri bagi membaiki stadium itu.

"Untuk itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat perunding dengan memperuntukkan RM2.2 juta bagi urusan kajiannya sahaja.

"Hingga sekarang masih tak ada apa-apa juga lagi. Malah bumbung yang masih berbaki pada stadium itu juga masih belum dibuang. Sedangkan wang rakyat yang telah dibazirkan dah terlalu banyak," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Lebih menghairankan, menurut beliau, apabila kerajaan Terengganu kini turut merancang untuk membuat projek mega dengan cadangan membina menara berkembar pula di muara Sungai Terengganu seperti yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Projek tersebut pada dasarnya telah dipersetujui oleh kerajaan negeri pada Jun tahun lalu dengan cadangan untuk membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di kawasan zon strategik seluas 16.2 hektar di bandar raya itu.

"Stadium yang dibina dah runtuh. Puncanya kerana dikatakan strukturnya tidak kuat oleh sesetengah pihak. Hingga sekarang tak pun dibaiki lagi stadium itu, tetapi nak buat menara berkembar setinggi 30 tingkat pula. Nanti menara itu pula yang runtuh.

"Pada hal semua itu tak pun memberikan manfaat dari segi kewangan kepada rakyat. Semua itu ternyata hanyalah membazirkan wang rakyat semata-mata," ujar beliau kesal.

Harakah Daily

1,000 peneroka Kesedar berhimpun tuntut keadilan

Posted: 16 Jan 2012 11:07 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

GUA MUSANG, 17 Jan: Selepas lebih 30 tahun berdepan dengan pelbagai tekanan sehingga kebajikan terabai, akhirnya peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyerah memorandum menuntut hak mereka.

Memorandum yang mengandungi 15 tuntutan peneroka daripada sembilan rancangan kemajuan (RKT) tanah Kesedar diserah Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah (Waris) Kesedar Kelantan, Hamdan Jusoh pagi tadi.

Memorandum setebal tiga muka surat itu diterima Pengurus Besar Kesedar, Arshad Ismail selepas majlis dialog dengan wakil-wakil peneroka.

Sebelum itu lebih 1,000 peneroka daripada sembilan RKT terbabit berarak bermula di Pejabat Agama Gua Musang menuju ke ibu pejabat Kesedar di Bandar Baru Gua Musang.

Mereka hadir beramai-ramai sebagai memberi sokongan kepada Waris bagi membela nasib mereka, selepas mendakwa sekian teraniaya di bawah pengurusan Kesedar.

Perarakan sejauh kira-kira 200 meter diketuai Hamdan. Hadir sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan, Mazlan Aliman, Pengerusi Waris Pusat, Ruslan Ismail dan Penyelia Parlimen Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin.

Antara tuntutan yang dikemukakan Waris termasuk menghapus hutang peneroka Kesedar seperti mana yang dijanjikan, Kesedar hendaklah berlaku adil dalam setiap pembahagian peruntukan projek dan bantuan.

Selain itu Kesedar harus memberi 10 ekar kepada peneroka, peneroka perlu tahu ke mana wang hasil ladang sawit dan getah.

Ketika ditemui pemberita selepas itu Ruslan berkata, Kesedar perlu memberi penjelasan terperinci kos yang ditanggung peneroka bagi proses tanam semula.

"Peneroka ingin tahu ke mana hasil ladang Kesedar diurus oleh Kesedar Dagang. Kesedar juga perlu menjelaskan ke mana wang pampasan yang dibayar kerajaan untuk tanah peneroka yang terlibat dengan jalan, kabel elektrik dan sebagainya.

"Kesedar juga perlu menjelaskan kos tanam semula bagi setiap hektar kebun. Kami juga memohon Kesedar membayar balik wang lebihan dan hutang yang telah dibayar melalui potongan bayar kembali (BK)," katanya.

Selain itu kata beliau Kesedar perlu menyerah balik jawatan pengerusi Kesedar kepada Menteri Besar Kelantan.

Salinan memorandum yang sama diserah kepada Sultan Kelantan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Menteri Besar Kelantan dan pengurus Pejabat Operasi RKT Kesedar.

Perhimpunan aman yang diadakan di kawasan ibu pejabat Kesedar mendapat permit polis. Ada beberapa anggota polis berkawal di pintu masuk ke pejabat Kesedar.

Hanya lima wakil peneroka dan kepimpinan Anak dan Waris sahaja dibenarkan masuk.

Sejurus selepas selesai majlis tersebut, seorang peneroka dari Paloh 3, Hamid Awang Kechik, 54 membuat laporan polis ekoran kebun sawitnya seluas ditebang Kesedar biar pun beliau tidak mengizinkan bagi projek tanaman semula.

Sebahagian peneroka yang hadir turut hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang bagi memberi sokongan kepada Hamid.

Hamid juga meluahkan rasa bimbang perjanjian kedua yang diminta ditandatangani setiap peneroka menyebabkan kebun diusahakan selama ini hilang begitu sahaja.

Harakah Daily

DRB-HICOM tauke baharu Proton

Posted: 16 Jan 2012 11:00 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

saga, model pertama kereta Proton, yang dilancar pada 1985.

KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.

Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.

Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.

"Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton," katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.

kosmo/-

Pengguna tidak perlu panik

Posted: 16 Jan 2012 10:59 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

BALING - Penduduk di daerah ini dinasihatkan tidak panik mengenai bekalan minyak masak di daerah ini kerana masalah kekurangan bekalan berkenaan adalah disebabkan cuti umum yang menyebabkan pengilang tidak dapat menghantar bekalan kepada peniaga runcit mahupun pasar raya.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan daerah Baling, Abdul Rafar Wahid berkata, masalah kekurangan minyak ini adalah disebabkan penghantaran bekalan kepada peruncit.

"Andaian mengenai peruncit menyimpan dan menyembunyikan minyak adalah tidak benar. Kita sudah menghantar pegawai untuk menyiasat bekalan minyak di setiap kedai di daerah ini.

"Tinjauan mendapati bekalan minyak di gerai masih mencukupi mencukupi. Namun, peruncit terpaksa mengehadkan minyak berikutan terdapat pembelian panik oleh pengguna sehingga menjejaskan pengguna lain," katanya.

Katanya, pengguna juga disarankan membeli minyak masak dalam jumlah yang diperlukan, bukannya untuk dijadikan stok kerana ia akan memberi kesan kepada bekalan minyak di daerah ini.

"Namun begitu, pihak kami akan melakukan tinjauan dari semasa ke semasa untuk memastikan bekalan minyak masak di daerah ini mencukupi bagi menampung permintaan penduduk.

"Sekiranya terdapat masalah bekalan minyak, kita akan menggunakan Rescue Unit untuk mengambil bekalan minyak di Alor Setar seterusnya akan dihantar kepada peruncit yang berhadapan dengan kekurangan minyak masak," katanya.

Abdul Rafar berkata, masalah bekalan minyak akan berakhir hari ini (semalam) kerana bekalan minyak masak telah dihantar ke semua peruncit dan pasar raya dengan jumlah yang mencukupi.

"Sehubungan itu, penduduk terutama peniaga disarankan tidak membuat pembelian panik kerana minyak masak di daerah ini mencukupi," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan mengenai rungutan penduduk mengenai bekalan minyak masak di daerah ini yang semakin meruncing.

Keadaan itu membuatkan peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat menjalankan perniagaan berikutan bekalan minyak masak yang berkurangan.

Sinar Harian

Gesa pantau binaan haram

Posted: 16 Jan 2012 10:54 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

PANTAI TENGAH - Penduduk kesal dengan sikap tidak bertanggung jawab peniaga yang mengambil kesempatan pada tanah simpanan jalan raya yang sewenang-wenangnya membina bangunan haram sekitar Pantai Tengah.

Penduduk, Noraishah Mahmud, 35, berkata, pembinaan haram di pinggir jalan itu bukan sahaja mengganggu lalu lintas tetapi juga menjejaskan pandangan awam.

Menurutnya, sebelum ini dia ada terserempak dengan penguat kuasa majlis yang membuat rondaan dan pemantauan, tetapi pihak tidak bertanggung jawab tetap meneruskan pembinaan haram tersebut dan kini ia hampir siap.

"Kami kesal kerana penguatkuasaan tidak dibuat secara menyeluruh. Sebelum ini, pihak penguat kuasa pernah merampas peralatan dan mengenakan kompaun terhadap penduduk yang menjalankan perniagaan menjual kuih muih kerana tidak ada lesen perniagaan.

"Sedangkan pembinaan haram itu dibina secara terang-terangan, namun pihak penguat kuasa majlis membiarkan sahaja tanpa ada tindakan. Saya gesa mereka mengambil tindakan segera atau roboh binaan haram itu serta bertindak adil kepada penduduk sekitar," katanya.

Noraishah berkata, pihaknya tidak mahu wujud situasi pilih kasih, apabila mereka yang membina binaan haram terlepas daripada tindakan undang-undang.

Setiausaha Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Mahamad Suhaimi Man berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis dan operasi perobohan akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya terbukti binaan berkenaan tidak mempunyai kelulusan.

"Pengusaha terbabit diminta datang ke MPLBP jika perlu nasihat dan rujukan sebelum melakukan perubahan matan atau pembinaan baru bangunan," katanya.

Mahamad Suhaimi berkata, untuk memastikan segala peraturan dan undang-undang dipatuhi dalam membuat binaan baru di kawasan itu, pihaknya telah mengeluarkan notis pemberhentian kerja kerana tidak mendapat kelulusan selain melanggar undang-undang mengikut Seksyen 425 (Kanun Tanah Negara).

Beliau berkata, pihak berkenaan juga telah melanggar Undang-undang Kecil Bangunan kerana mendirikan bangunan tanpa kelulusan MPLBP.

Sinar Harian

Ambiga: Lagi himpunan BERSIH jika syor PSC ditolak

Posted: 16 Jan 2012 10:50 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

azlanBeliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya "satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

"Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC," katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu.

malaysiakini/-

'Bantulah bapa saya berjalan'

Posted: 16 Jan 2012 10:50 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

MARANG – "Tolonglah bantu bapa saya, dia ingin untuk berjalan normal semula," demikian permintaan seorang anak, Mohd Amirul Md Rahim, 19, yang merayu simpati orang ramai demi menamatkan penderitaan ditanggung bapanya sejak lima tahun lalu.

Bapa Mohd Amirul, Md Rahim Jatim, 57, dari Kampung Jerung Seberang, Pengkalan Berangan di sini, sebelum ini menderita penyakit kulit misteri, dan kini terpaksa pula berkerusi roda selepas kaki kirinya cedera ditimpa sebatang pokok lima tahun lalu.

"Kami tidak mampu menemui pakar perubatan di hospital kerajaan mahupun swasta kerana tidak mampu menampung perbelanjaannya. Bapa kini tidak mampu menanggung kesakitan dan berharap ada pihak dan pakar perubatan sudi mengubati kaki kirinya," katanya.

Sementara itu, Md Rahim ketika ditemui, hanya dapat duduk kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa akibat kecederaan pada kaki kirinya, tambah pula bonjolan kecil dan besar yang tumbuh di seluruh badannya turut membataskan pergerakannya.

Menurutnya, penyakit kulit misteri itu dihidapinya sejak berumur 25 tahun, iaitu sebelum dia berumah tangga dan sejak itu sudah berpuluh doktor serta bomoh ditemui, namun sehingga kini penyakit kulit misterinya itu masih belum menemui sebarang penawar.

"Saya sudah habis berikhtiar tetapi penyakit misteri ini tidak mahu juga sembuh. Namun, saya reda dengan keadaan diri saya, mungkin ia tidak dapat dipulihkan. Tetapi saya berharap ada pihak sudi membantu untuk mengubati kaki saya yang cedera ditimpa pokok.

"Saya tidak mampu bekerja selepas kejadian pokok tumbang menimpa kaki ketika membersihkan kawasan hutan kira-kira lima tahun lalu. Lebih menyedihkan, sejak belakangan ini saya sering bermimpi kaki ini pulih dan saya dapat berjalan semula," katanya.

Sebelum ini Md Rahim hanyalah seorang pekerja kampung dan mempunyai tiga anak berusia enam hingga 19 tahun. Namun selepas mengalami kecederaan akibat ditimpa pokok getah itu urusan harian keluarga diuruskan isteri dan anak sulungnya.

Md Rahim berkata, dia pasti semua terkejut dan simpati apabila melihat wajah dan keadaan badannya yang dipenuhi dengan bonjolan kecil dan besar, namun bukan itu yang cuba diketengahkan tetapi dia memerlukan bantuan rawatan bagi mengubati kaki kirinya.

"Saya tidak mampu berubat kerana hidup keluarga kami hanya bergantung sepenuhnya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM750 sebulan, dan jumlah itu hanya cukup untuk keperluan harian dan belanja sekolah anak sahaja," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penyakit misteri Md Rahim, anaknya Mohd Amirul pula berkata, bapanya menghidap penyakit kulit misteri itu sebelum dia dilahirkan lagi dan pelbagai ubat telah dicuba bapanya, namun penyakit itu tetap tidak pulih.

Bagaimanapun, bagi anak sulung pasangan Md Rahim dan Maimunah Mat Ali ini, penyakit kulit misteri yang dihidapi bapanya itu tidak pernah membuatkan dirinya berasa rendah diri, malah dia juga tidak pernah diejek oleh rakan-rakan lain di kampung itu.

"Penyakit misteri yang dideritai bapa bukan satu masalah besar bagi kami tetapi hasrat ayah untuk berjalan semula adalah lebih diutamakan. Kami kesiankan dia yang terpaksa dibantu untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain pada setiap masa.

"Saya sekeluarga amat berharap ada pihak dapat membantu mengubati semula kaki bapa yang cedera dan mungkin dia lebih bersyukur jika ada pihak dapat mengubati penyakit kulitnya sekali," katanya kepada Sinar Harian.

Bagi mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Mohd Amirul menerusi talian 0111-9302548.

Sinar Harian

ketua kongsi gelap mati setelah berbalas tembak dengan polis

Posted: 16 Jan 2012 10:47 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Ketua kumpulan kongsi gelap yang dikenali sebagai Geng 08 mati setelah berbalas tembak dengan polis di Paya Terubung, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Zahruddin Abdullah berkata bertindak atas maklumat awam dan risikan, polis peronda mengesan lelaki berusia 52 tahun yang dikehendaki polis itu.

Ketika itu, lelaki terbabit sedang memandu di Jalan Kampung Melayu di sini pada pukul 2.30 pagi, katanya.

Beliau berkata polis mengekori lelaki berkenaan dan sebaik tiba di lampu isyarat flat Green Garden, dia memecut kenderaannya ke arah Jalan Paya Terubong apabila menyedari sedang diekori.

"Dia melanggar kereta polis sebelum keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kawasan kebun durian sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya kepada pemberita di sini.

Zahruddin berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati ketua Geng 08 itu berasal dari George Town dan dia dikehendaki polis kerana aktif melakukan jenayah pemerasan di sekitar kawasan Air Itam, di sini. - Bernama

Sinar Harian

Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan PRU 13

Posted: 16 Jan 2012 08:00 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.

1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.

1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.

1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).

1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat� bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.

2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.

2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.

2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).

3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.

4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.

5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.

5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********

Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.

6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.

6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.

6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.

7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.

7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.

7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.

8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.

8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.

8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.

8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).

8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).

8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.

8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.

9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Suara Rakyat/-

Kastam rampas dadah RM4.87 juta dari 1 Januari

Posted: 16 Jan 2012 07:50 PM PST

23 Safar 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA - Sebanyak 19.5 kilogram dadah bernilai RM4.87 juta berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bagi tempoh 1 Januari sehingga semalam.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, enam warga asing terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita turut ditahan sepanjang tempoh tersebut.

"Keadaan seperti ini jelas menimbulkan kerisauan kepada pihak kastam kerana hampir setiap hari berlaku penyeludupan dadah di KLIA, oleh itu kami sangat berharap orang ramai dapat bekerjasama dan membantu kami dalam memberikan maklumat untuk menangani perkara ini," katanya di sini, semalam.

Zainul berkata, kira-kira jam 8 pagi semalam, dadah jenis syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 yang diletakkan di dalam empat botol garam laut dirampas daripada lelaki warga Iran dan Kazakhstan, masing-masing berusia 24 tahun.

Katanya, anggota Kastam yang melihat kedua-dua suspek membawa sebuah beg bersaiz sederhana dan apabila diminta untuk diimbas serta diperiksa, mereka menafikan beg itu milik mereka.

"Setelah diimbas ia menampakkan imej yang meragukan dan hasil pemeriksaan anggota kastam kemudian mendapati terdapat empat botol dan satu paket plastik diisi dengan dadah jenis syabu," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Kastam turut berjaya merampas dadah seberat 16.07 kilogram dalam kes berasingan membabitkan penahanan tiga lelaki warga Turki pada 1 Jan dan seorang wanita warga Iran pada 7 Januari lalu", katanya. -Bernama

Sinar Harian

Idris Ahmad

Posted: 17 Jan 2012 12:20 AM PST

Idris Ahmad


Kemaraan PR, Menggerunkan BN

Posted: 16 Jan 2012 08:05 PM PST

Kemaraan PR, Menggerunkan BN
Idris ahmad
16/1/12

Konvensyen PR kali ketiga sudah selesai pada 14/1/12 di Stadium Suka Menanti Alor Setar Kedah. Ia merupakan satu lonjakan kepada PR untuk menghadapi PRU akan datang bagi menawan Putrajaya. Usaha BN untuk melihat  PR berpecah gagal, malahan hubungan PR semakin akrab. Pemimpin BN semakin gerun melihat pencapaian empat kerajaan PR yang terbukti dan teruji. Ia bukan retorik tetapi mampu untuk melaksanakan sehingga mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara. Rakyat sudah mula berfikir jika PR mampu mengurus negeri,  walaupun dengan kekangan kewangan maka sudah pasti PR lebih mampu jika diberi mandat untuk memerintah di peringkat pusat. Kerana hasil petrolium, bijih, getah, sawit, mutiara, balak,cukai,air,emas, pasir putih, batu semuanya akan dikendalikan dengan baik dan dikembali kepada rakyat untuk dinikmati.

Lebih menggerunkan apabila  komitmen PR dengan janji 10 perkara dalam masa 100 hari. Tujuannya ialah supaya rakyat tidak perlu  menunggu selama lima tahun untuk melihat perubahan yang akan dibawa di negara ini. Sebenarnya sebahagian besar  10 perkara  sudah dilaksanakan di negeri PR sekarang. Contohnya pemberian RM500.00 setiap bulan kepada guru-guru telah dilaksanakan oleh Selangor kepada guru-guru KAFA daripada RM1000.000 kepada RM1300.00. Walaupun tidak RM500.00 sekurang-kurang sebagai permulaan. Kedua wifi percuma akan dilaksanakan di Selangor .Ketiga memulangkan konsesi air kepada rakyat, perkara in sudah berjalan di Selangor. Ini membuktikan kemampuan PR untuk menguruskan negara walaupun mempunyai kekangan kewangan.
 

PR sudah iltizam jika diberi mandat untuk memerintah negara, keesokan hari harga minyak akan diturunkan, dalam masa dua minggu tarif letrik akan diturunkan, dalam masa 100 hari tol akan dihapuskan.Cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib yang mengatakan negara ini akan bankrap masih tidak bersahut, nampaknya pemimpin Umno hanya berani digelanggang sendiri tanpa lawan,tetapi pengecut untuk berdebat secara ilmiah mengenai masa depan negara.

Sent from my iPad


Filed under: Pilihanraya, Politik

Salam Perjuangan

Posted: 16 Jan 2012 11:41 PM PST

Salam Perjuangan


DAKWAT KEKAL - SPR 'KAMBING HITAM' MAJLIS FATWA?

Posted: 02 Dec 2011 04:19 AM PST

Adakah SPR tidak sedar sudah ada fatwa pada tahun 2007?
6 Muharram 1433 H | 2 December 2011
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.
"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.
"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.

Keputusan Majlis Fatwa, 2007:
"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

MTD N24 Bemban

Posted: 16 Jan 2012 10:32 PM PST

MTD N24 Bemban


Guru PASTI Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia, 5 Cedera

Posted: 15 Jan 2012 10:44 PM PST

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia

GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Honda Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Jenazah Zainon dan rakannya difahamkan kemudiannya dibawa ke Hospital Kluang.

Difahamkan juga, kesemua mereka ketika itu dalam perjalanan pulang dari menghadiri Usrah Perdana Pasti Negeri Johor di Parit Raja tengah hari tadi.

Guru berdedikasi

Allahyarhamuha Zainon adalah seorang anak peneroka Felda Pasir Raja yang mengajar di Pasti Siswa 2 di Gelang Patah dan telah berkhidmat di sana lebih empat tahun.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman ketika menghubungi Harakahdaily merakamkan takziah buat keluarga allahyarhamuha.

Katanya, pemergian allahyarhamuha bagi PAS Johor disifatkan sebagai satu kehilangan besar, lebih-lebih lagi beliau seorang guru yang sangat berdedikasi.

"Saya mewakili PAS negeri dan kawasan merakamkan takziah kepada keluarga beliau.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," katanya yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Tenggara.

Jenazah Allahyarhamuha menurut Mazlan akan dikebumikan pagi esok. -hd

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Jan 2012 10:04 PM PST

PAS Negeri Sembilan


YB Dr Hatta Ramli 18 Jan 2012 di Seremban

Posted: 16 Jan 2012 08:21 PM PST

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Dr. Hatta Ramli (Pengarah Pilihanraya PAS Pusat)
Saudara Sani Hamzan (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pengundi Muda Pemuda PAS Malaysia)
YB Mohd Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan).
Tarikh : 18 Jan 2012 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas MTD PAS Lenggeng, Taman Panchor Jaya - Fasa 7, Seremban

Semua dijemput hadir

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 16 Jan 2012 07:07 PM PST

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan "Enakmen Kebebasan Maklumat" bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 16 Jan 2012 09:30 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2012

Posted: 16 Jan 2012 08:17 AM PST

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2012




Lawatan YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. bersama YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri dan kepimpinan DAP Muar/Bakri ke Pejabat Akhbar Nanyang Siang Pau pada 14/1/2012 untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh kakitangannya.

 
 Laporan lawatan dalam akhbar Nanyang Siang Pau.
16 Januari 2012


Laporan akhbar Oriental Daily News.
16 Januari 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 16 Jan 2012 09:17 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Rakyat Sabah diajak bersama Pakatan Rakyat

Posted: 16 Jan 2012 01:54 AM PST

KOTA KINABALU, 16 Jan: Rakyat di negeri ini diajak untuk bersama Pakatan Rakyat  membina sebuah negeri dan negara yang maju, adil dan beramanah menjelang Pilihanraya Umum ke-13 memandangkan Umno BN sudah tidak berdaya dan lemah dalam membangunkan nasib dan hak rakyat.
 
Ketua Penerangan, Mohd Julpikar Abd. Mijan berkata, selain kenyataan penghinaan pemimpin Umno BN terhadap Sabah sebagai deposit tetap, terdapat juga beberapa faktor yang membenarkan rakyat untuk memastikan Umno BN terutama dinegeri ini ditumbangkan.

 
"Rakyat Sabah perlu sedar bahawa, kekerapan beberapa kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Umno BN yang menjadikan Sabah sebagai fixed deposit (deposit tetap) merupakan kenyataan berbaur penghinaan dan tidak layak untuk dituturkan oleh seseorang pemimpin yang memiliki jiwa dan berhati rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, hasil bumi dan kekayaan Sabah yang tinggi berbanding di negeri-negeri lain seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama, kadar kemiskinan rakyat Sabah yang tinggi juga menimbulkan tanda tanya mengenai pembangunan rakyat yang dibawa Umno BN negeri ini.

"Semua kita maklum bahawa, Sabah mempunyai hasil kekayaan yang tinggi. Lebih tinggi daripada mana-mana negeri yang ada di Malaysia ini.

"Tapi, apakah kita percaya bahawa Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan yang jauh lebih tinggi juga berbanding di negeri-negeri seluruh Malaysia. Ikut dari logik dan matematik, semakin tinggi hasil hasil dan kekayaan bumi maka semakin senanglah hidup rakyat," kata Julpikar.

Katanya, kegagalan kerajaan negeri menguruskan masalah setinggan di negeri ini menambahkan lagi jurang pendapatan dan keselesaan yang dialami rakyat.

"Isu setinggan, sampai sekarang tidak mampu ditanggani dengan baik oleh kerajaan negeri.
"Projek-projek perumahan banyak didirikan, namun kehidupan rakyat masih dihantui kesempitan dan ketidakselesaan mengurus kehidupan," ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa terdapat beberapa penghuni setinggan yang dipindahkan ke pusat penempatan turut dihalau keluar akibat kesempitan membayar sewa dan kemudahan infrastruktur yang lain.

"Kita (PAS) mempunyai maklumat dan bukti yang benar mengenai isu ini. Penghuni setinggan yang tidak mampu bayar sewa di penempatan baru terpaksa dihalau keluar.

"Beginikan caranya pihak kerajaan menyelesaikan masalah?" katanya dalam nada kekesalan.

Keseriusan Ahli Parlimen Sabah menyuarakan hak dan kebajikan rakyat negeri ini juga dipertikai memandangkan kegagalan mereka menyuarakan dan membangkitakan isu ini di Parlimen.

"Kita (PAS) melihat, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang lantang menyuarakan kebenaran... yang lain hanya angguk dan geleng mengatakan 'yes bos'.

"Sudahlah enak menikmati gaji dan elaun yang tinggi, duduk pula di kerusi-kerusi empuk dan tilam yang lembut. Tapi, amat lembap dan lemah meningkatkan taraf hidup rakyat," katanya.

Katanya, Sabah akan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dan dinaungi kerajaan adil yang beramanah sekiranya Pakatan Rakyat diberi peluang memimpin negeri ini dan negara secara keseluruhannya.

n12selinsing

Posted: 16 Jan 2012 09:07 PM PST

n12selinsing


HIMPUNAN 1K PETUGAS PILIHANRAYA DUN SELINSING

Posted: 16 Jan 2012 06:57 PM PST


Selinsing 14hb Januari 2012 - Memandangkan bahang pilihanraya ke 13 ( PRU 13 ) semakin panas terasa, pihak jawatnkuasa Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Kawasan Selinsing sekali lagi mengorak langkah mempersiapkan petugas-petugas Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) bagi kawasan DUN Selinsing dengan mengadakan kuliah magrib khas 'Jihad' dan kemudiannya disusuli dengan satu sesi motivasi khas menghadapi pilihanraya.

Kuliah Maghrib khas berkisarkan jihad telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahir Hasan Al- Kurauwi dengan penuh semangat dan memberi penekanan mengenai konsep jihad yang diperjuangkan oleh PAS dan bertujuan menaikkan serta mengekalkan semangat juang bagi keseluruhan petugas-petugas parti yang hadir meliputi berbagai peringkat usia.

Selesai sesi kuliah, petugas-petugas berjemaah solat fardhu isyak dan sedikit jamuan disediakan seterusnya program diteruskan dengan sesi motivasi khas petugas jentera pilihanraya yang disampaikan oleh saudara Nik Nor Azman dari Taiping.

Sesi motivasi yang mengambil pendekatan Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) ini adalah satu benda baru kepada petugas - petugas yang hadir dan melalui pengamatan yang dijalankan semua petugas memberi kerjasama yang baik dan bersemangat tinggi mengikuti permintaan yang dibuat oleh saudara Nik Nor Azman sepanjang sesi motivasi yang bermula jam 9.40 malam dan berakhir hampir jam 12.00 malam.

Secara keseluruhan pihak urusetia dan AJK MTD Selinsing berpuas hati dengan sambutan serta kehadiran petugas-petugas bagi program yang dijalankan walaupun tanpa ganjaran wang ringgit mahupun material lain diberikan kepada petugas dan diharapkan semua petugas telah bersedia untuk menghadapi PRU 13 sekalipun ianya akan dijalankan dalam masa terdekat ini.

berikut ialah galeri gambar sepanjang program Himpunan 1K Petugas Pilihanraya DUN Selinsing untuk dikongsi bersama :















PAS LENGGONG

Posted: 16 Jan 2012 07:35 PM PST

PAS LENGGONG


Macam serupa.

Posted: 15 Jan 2012 09:07 PM PST

Cerita saudara baru bersolat.

3 orang makmum yang merupakan saudara baru.

Imam beritahu dalam solat tak boleh berkata-kata.

Apabila imam dah takbir. Ketiga saudara baru juga bertakbir. Ketika imam membaca doa aptitah,

Sekoyong-koyong melintas dihadapan mereka seekor tikus yang besar.

Lalu Seorang makmum segera menegur " wah tikus sangat besar"

Makmum yang seorang lagi berkata " Dalam solat tak boleh bercakap"

Makmum ketiga lantas berkata " Saya sangat beruntung! Kerana saya seorang yang tak bercakap"

Mungkin imam tersenyum, kalau iman ketawa kes nayalah.

Dalam kesah tadi jika imam tak ketawa solat mereka sah. Kalau imam itu juga seperti mereka (saudara baru atau muallaf) sah solat mereka itu. Tapi kalau orang lain tak sah solat itu.

Kalau cerita itu dilihat dalam isu wang zakat MAIWP kelihatan seperti sama.

Kata imam :- Imam beritahu dalam solat tak boleh berkata-kata

Dalam isu zakat: Kata Audit Wang zakat digunakan untuk bayar kos guaman. Timbalan Menteri sahkan.

Kata makmum 1. " wah tikus sangat besar"

Kata Menteri . " Tak guna wang zakat. "

Kata makmum 2. " Dalam solat tak boleh bercakap "

Kata pegawai di MAIWP, " Tak guna wang zakat tapi guna wang dari RM700,000 yang diterima dari grant "

Kata makmum 3 " Saya sangat beruntung! Kerana saya seorang yang tak bercakap"

Kata Mufti Wilayah , " Bernama melaporkan, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh sebagai berkata, Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah. "

Soalan-soalan

1. Kalau dah dalam asnaf mengapa sebok menafikan?

2. Berapa ramai yang mengiktiraf yang kos guaman sebagai asnaf fisabilillah

3. Bercanggah-canggah cakap. tak tentu hala.

meraka yang disitu alim-alim belaka. Tunggulah


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 16 Jan 2012 07:33 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


BERSIH Lantik A Samad Said Pengerusi Bersama

Posted: 16 Jan 2012 05:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 17 Jan - Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.
Gambar fail

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

"Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain," katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.

Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan "rancangan utama" Bersih.

"Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Samad menjadi perhatian selepas sajaknya bertajuk "Unggun Bersih" dideklamasikan semasa pelancaran Bersih 2.0, yang turut menyaksikan beliau dipanggil ke balai polis untuk soal siasat.

Penulis veteran ini merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang berjaya tiba di Stadium Negara untuk mendesak pilihan raya bersih dan adil bersama Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Sementara peserta lain termasuk Ambiga dan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ditahan pihak berkuasa.

Samad telah dinamakan sebagai pengerusi bersama Bersih melalui kenyataan akhbar baru-baru ini.

"Sidang media esok (hari ini) memang mengenai saya tapi saya tidak tahu secara terperinci. Saya juga diminta hadir lebih awal sebelum sidangh media diadakan," katanya.

Ditanya sama ada akan menerima jawatan itu, Samad bagaimanapun ketawa sambil berkata ia akan diulas semasa sidang media diadakan.

"Apa-apa saya akan jawab semasa sidang media (sama ada mahu terima atau tidak), kita tunggu sahaja nanti," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan Bersih akan mengumumkan kempen terbarunya hari ini serta respons kepada prestasi semasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang diarahkan melihat cadangan pembaharuan pilihan raya.

"Kami akan umumkan kempen terbaru dan pandangan kami mengenai PSC," kata Ambiga.


Tawaran Jingga

Posted: 16 Jan 2012 12:34 AM PST

Dasar FELDA Pakatan Rakyat

Pernyataan Masalah


1. FELDA yang ada sekarang telah menyimpang dari matlamat asalnya iaitu untuk membantu rakyat termiskin memiliki tanah dan menjaga kepentingan peneroka dengan menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada mereka agar berdaya saing dan mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

2. Sekarang, peneroka dilayan seolah-olah mereka pekerja ladang yang bermajikan sebuah konglomerat perladangan besar.

3. Masanya telah tiba untuk mengembalikan FELDA dan konsep rancangan tanah persekutuan kepada semangat asalnya; iaitu FELDA menyediakan perkhidmatan dan bantuan sokongan kepada peneroka sebagai tuan tanah agar mereka mendapat pulangan terbaik dari tanah dan tanaman mereka.

PR akan menghentikan penyenaraian FELDA Global Ventures

1. Penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) adalah bertentangan dengan semangat asal penubuhan FELDA dan mengkhianati kedudukan peneroka sebagai tuan tanah.

2. Kumpulan FELDA kini mempunyai 137 syarikat yang aktif dalam pelbagai perniagaan. 47 adalah anak syarikat atau hakmilik FELDA Holding Berhad (FHB) manakala 90 lagi ditubuhkan di bawah FGV.

3. Bagi tahun kewangan 2010, FGV mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM366.37 juta sementara FHB mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM760.10 juta.

4. Sejak FGV ditubuhkan dalam tahun 2007, FHB terus mencatat keuntungan yang jauh lebih baik berbanding dengan FGV yang banyak rugi dengan pelaburan di luar negara yang diragui ketepatan nilai pelaburannya.

5. Kedua-dua syarikat FGV dan FHB ditubuhkan dan dibina di atas kekuatan kewangan hasil sumbangan peneroka-peneroka FELDA yang menjadi pelanggan kepada syarikat-syarikat ini.

6. Melalui penyenaraian, pegangan bersih peneroka dan kakitangan FELDA di dalam FHB (yang lebih menguntungkan) akan berkurangan seperti berikut:

7. Oleh yang demikian, penyenaraian kesemua syarikat perniagaan di bawah FELDA melalui suntikan ke dalam FGV yang akan disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur wajib ditentang kerana:

Pegangan bersih peneroka dan  kakitangan FELDA dalam FHB
 
Sebelum penyenaraian 51%
Selepas penyenaraian 42.6%

a. Bertentangan dengan konsep asal FELDA yang menjunjung hak peneroka sebagai tuan tanah, bila mana syarikat-syarikat yang dibina di atas kekuatan kewangan hasil keringat peneroka diperjudikan di pasaran saham;

b. Penstrukturan entiti perniagaan FELDA di bawah FGV dan FHB yang dilakukan melalui penyenaraian bermakna peneroka terpaksa menanggung risiko kerugian syarikat-syarikat yang kurang berdaya saing yang kini berada di bawah FGV;

c. Penstrukturan itu juga bermakna peneroka dan kakitangan FELDA akan kehilangan lebih banyak pegangan di dalam syarikat-syarikat penting yang untung di dalam FHB, sebagai pertukaran kepada pegangan di dalam FGV;

d. Penyenaraian bermakna tanah-tanah yang diambil atau dibangunkan atas nama peneroka akan hilang dari pegangan peneroka apabila ia menjadi milik syarikat awam yang majoritinya bukan peneroka dan kakitangan FELDA.
 
baca artikel penuh...di sini.

Rembau Hari Ini

Posted: 16 Jan 2012 07:28 PM PST

Rembau Hari Ini


MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 16 Jan 2012 07:07 PM PST

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN
PILIHAN RAYA UMUM KE 13 (PRU13)

"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat" - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan "Enakmen Kebebasan Maklumat" bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

PAS Kawasan Miri

Posted: 16 Jan 2012 07:24 PM PST

PAS Kawasan Miri


Wakil Rakyat Kena Telus dan Semua Wakil Harus diberi Peruntukan Sama Rata

Posted: 16 Jan 2012 08:11 AM PST

Isytiharkan aset semua Wakil Rakyat dan beri peruntukan kepada semua kawasan parlimen
Pemimpin BN (Barisan Nasional) dan Pakatan Rakyat yang dilantik menjadi wakil rakyat perlu mengisytiharkan aset mereka supaya tidak timbul sangkaan atau persepsi rakyat terhadap mereka menggunakan kuasa mereka hanya untuk kepentingan peribadi dan keluarga mereka sahaja apabila sudah bergelar wakil rakyat dan menjadi menteri atau pun menjadi ketua menteri .
Kita mencadangkan agar semua wakil-wakil rakyat terutama sekali di Sarawak yang sudah dipilih, mereka mesti mengisytiharkan aset mereka kepada rakyat. Rakyat berhak tahu nilai sebenar asset mereka sebelum dan sesudah mereka menjadi wakil rakyat supaya tidak timbul sangkaan buruk rakyat terhadap mereka selama ini.

Dengan pengisytiharan ini rakyat akan lebih yakin dengan intergiriti serta kejujuran wakil rakyat mereka yang dipilih. Wakil rakyat hendaklah amanah, jujur dan adil dalam melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sebab kita semua adalah rakyat Malaysia yang membayar cukai untuk elaun wakil rakyat.


Kenapa peruntukan dana sebanyak RM426.5 juta untuk semua kawasan parlimen tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat?

Parti yang memerintah hendaklah berlaku adil kepada semua wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dengan memberi peruntukan kepada setiap kawasan DUN atau Parlimen tanpa mengira calon parti yang memenangi kawasan tersebut. Kalau parti yang memerintah hanya mementingkan parti mereka saja, maka ini tanda yang kerajaan tersebut zalim dan tidak adil kepada semua rakyat.

Rakyat ada hak dan bebas untuk memilih wakil mereka, maka sesiapa yang dipilih oleh rakyat seharusnya mendapat hak yang sama dari parti yang memerintah bukannya pilih kasih dalam memberi peruntukan untuk rakyat.

Kita mendesak parti yang memerintah agar memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat yang sudah dipilih samada di parlimen atau di DUN (Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira fahaman politik demi kebajikan rakyat.

Dengan adanya peruntukan tersebut, wakil rakyat dalam kawasan tersebut dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan akan memudahkan tugas mereka berkhidmat serta menyalur peruntukan tersebut kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Malaysia akan mudah mencapai kemajuan dengan lebih pesat kalau parti yang memerintah dapat berlaku adil kepada semua wakil yang dipilih oleh rakyat.

Inilah yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia agar kerajaan yang sedang memerintah dan akan memerintah nanti perlu berlaku adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Pas Miri
Jofri Jaraiee

English version
Declare the assets of all elected representatives and give provision to all areas of parliamentary
Leaders of BN (National Front) and the appointed PR representatives are required to declare their assets to avert suspicion or perception of the people against them by using their power just for personal gain and their families only when they are called representatives of the people and the minister or the chief minister.

We propose that all elected representatives, especially in Sarawak which have been selected, they must declare their assets to the people. The people have the right to know the actual value of their assets before and after they become elected representatives to avert bad thoughts of the people against them all this while.

With this declaration the people will be more confident of the integrity and honesty of their elected representatives. Elected representatives should be trust, honesty and fairness in carrying out their duties as representatives of the people regardless of race, religion and political belief because we are all Malaysians who paying taxes for MPs allowances.

Why were the provision funds of RM426.5 million for all the parliamentary is not given to PR parliamentary?

The ruling party should be fair to all elected representatives chosen by the people by giving its allocation to each of the state assembly or parliament, regardless of party candidates who won the area. If the party in power just only concerned with their party, then this is a sign that the government is unjust and unfair to all the people.

The people have the right and freedom to choose their representatives, those who are elected by the people should have the same rights from the ruling party instead of double standards in allocate funds to the people.

We urge the ruling party to give funding to all elected representatives who are selected either in parliament or in the Legislative Assembly (State Assembly), regardless of political affiliation for the welfare of the people.

With these provisions, elected representatives in the area can perform their tasks well and will facilitate them to serve and channel allocation to the people in their respective areas.
Malaysia will be easier to progress more rapidly if the ruling party can do justice to all elected representatives.

This is the expected by all Malaysians, government that is ruling and will rule later be fair to all regardless of race or religion.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Jan 2012 03:40 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


LONDEH TERUS KAIN SHARIZAT

Posted: 16 Jan 2012 12:00 AM PST


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.


Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

"PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak

untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.


YANG MANE BETUL? PAGAR KE PEGAR... BATUK KE BATOK... KENDI KE KUNDI...

Posted: 15 Jan 2012 11:54 PM PST

"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" "MELEPASKAN BATUK DITANGGA" " YANG KURIK ITU KENDI...YANG MERAH ITU SAGA..."

Aku dari sekolah rendah sampai sekarang nie dah nak masuk 33 tahun kita diajar oleh guru-guru disekolah suatu perpatah melayu di atas.... rupanya pa yang diajarnya kurang tepat....

Sebenarnya  segal kesilapan ini berpunca dari pemahaman terjemahan penulisan JAWI kepada RUMI.

Contohnya "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI".... so Ayat yang betul adalah PEGAR. Apa kebende ler PEGAR nie ek???? PEGAR adalah sejenis burung yang berfungsi untuk menghalau haiwan perosak tanaman padi. Leh tengok gambar kat bawah nie sebagai contoh.


"HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PAGI"

Korang leh tengok kat bawah nie penerangan oleh Pemenang Kedua Pemidato Antarabangsa Bahasa Melayu iaitu saudara Awang Haji Abdul Rashid Bin Awang Haji Damit yang berasal dari Brunei Darus Salam.

Sebenarnya orang dulu-dulu dah pun gunakan BURUNG PEGAR nie sebagai agen kawalan biologi secara semulajadi untuk kawal dan menghalau makhluk perosak pada tanaman padi.

Padan ler orang dulu-dulu jadikan kisah nie sebagai Pepatah Melayu. Ye ler kan burung yang diharapkan untuk menjaga tanaman dari makhluk perosak tiba-tiba belot makan tanaman sendiri sapa tak hangin kan hehehe.

Maybe itu ler sebab musabab kenapa pepatah nie dijadikan sebagai perumpamaan.

So sekarang nie maybe pihak seperti Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) perlu amik initiative untuk lakukan kajian menyeluruh ke atas semua Pepatah Melayu yang dah dibukukan. Maybe kena tengok sekali lagi tafsiran JAWI kepada RUMI tu sebaik mungkin. Supaya tak berlaku salah faham seperti nie.

Sama gak dengan pepatah "MELEPASKAN BATUK DITANGGA". Yang sebenarnya bukan BATUK tetapi BATOK. Nak tahu BATOK macam mana tengok kat bawah nie gambar nyer.

Itu lah rupernya BATOK kalau korang nak tahu.


Begitu juga dengan pantun "Yang kurik itu kendi,... Yang merah itu saga..."

Menurut Kamus Dewan, kendi adalah bekas membawa air. Kundi pula adalah buah saga yang berbintik-bintik, atau dengan kata lain kurik. Pantun ini merujuk kepada buah saga iaitu buah saga yang berwarna merah dan juga buah saga yang berbintik-bintik...
 
 .... HUHUHUHUHUHU

NFC : NOH SURUH TANYA TPM..TPM SURUH TANYA PM...

Posted: 15 Jan 2012 11:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Berdepan dengan kesan kontroversi isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Noh Omar hari ini meletakkan segala tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini menjawab sedemikian apabila ditanya pemberita mengapa operasi NFC tidak dihentikan dan menjawab persoalan itu perlu ditanyakan kepada Muhyiddin.

Beliau juga ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap NFC, yang dijalankan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

"Tiada masalah, yang ini, anda tanya TPM," katanya sebanyak dua kali semasa sidang media di sini sebelum meminta untuk pergi.

... so baik tanye PM terus la pasal benda nie...huhuhuhuhuhu

PARASIT!!! HASAN AKAN JELAJAH DUNIA BURUKKAN PR...

Posted: 15 Jan 2012 10:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 16 Jan — Bekas pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata dia akan menjelajah ke suluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar terhadap sebab pemecatannya oleh PAS yang disifatkan tidak adil.


Dalam sidang media di kediamannya, Hasan menuduh pemecatannya berlaku sehari selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerangnya apabila dia tidak menggalakkan mahasiswa daripada menyertai perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Menurut Hasan, pemecatannya adalah bertentangan dengan prosedur dan tidak demokratik serta menyifatkannya sebagai tindakan "autokratik" pemimpin PAS kerana tidak memberikan ruang kepadanya untuk mempertahankan diri daripada tuduhan yang dia sendiri tidak jelas.

"Saya tiada kepentingan tersendiri. Saya akan mulakan jelajah ke seluruh negara, dan setakat ini saya telah menerima jemputan di Sabah .... untuk menjelaskan keadaan sebenar institusi berkenaan, sama ada mereka mampu untuk mempertahankan Islam, Melayu, dan kedaulatan institusi Raja.

"PAS seharusnya menjadi bertanggungjawab terhadap aspek-aspek terbabit, tetapi mereka gagal ... saya akan turut menjelaskan sejauh mana PKR dan DAP telah mempengaruhi PAS dalam jelajah tersebut," katanya.

Hasan turut menuduh "parasit" berkenaan telah menyerap ke dalam parti dan menundukkannya terhadap kehendak mereka dan mengubah perjuangan Islam PAS.

"Pemecatan saya adalah kerana saya mengatakan perbicaraan pemimpin PKR itu adalah perkara peribadi beliau.

"(Tapi) sekarang, terdapat proses "pengAnwarisasi" berlaku dalam PAS," kata Hasan, dan menuduh keputusan parti tersebut telah dipengaruji Anwar.
 
... so amat sesuailah gelaran 'parasit' nye itu???

BERGURAU NAK LETUPKAN HELIKOPTER PM... PELAJAR USM DITAHAN

Posted: 15 Jan 2012 04:50 PM PST

Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini ditahan kerana didakwa membuat ancaman terhadapNajib razak dengan bahan letupan.


Satu laporan polis dibuat terhadap ancaman itu itu di balai polis Jelutong, yang ditampilkan dalam sebuah blog menunjukkan paparan Facebook penuntut berkenaan.

Dalam satu mesej yang ditulis, penuntut itu dikatakan menulis rancangan meletakkan bahan letupan di dalam helikopter yang akan membawa perdana menteri dalams satu lawatan rasmi di universiti itu minggu depan.

Akhbar harian itu berkata penuntut itu mengatakan "najib akan datang ke kampus kita...mari letupkan helikopternya..."

Berita penahanan penuntut itu disahkan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, menambah mklumat lanjut akan diberitahu esok, kata Bernama Online.

aku yakin 100% pelajar ini sekadar bergurau, mengikut kenyataan di atas juga, Janartana membuat kenyataan di blognya, padahal pelajar ni buat kenyataan di status FB nya sahaja.



Mungkin le kenyataan dia agak keterlaluan, ... logik ke?? kalau dia betul betul ada niat dia nak buat kenyataan ke kat blog mahupun kat FB status dia yang dia nak bom helikpoter Najib Razak?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Jan 2012 03:11 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BUDAK BIJAK MCKK AJAR BN URUS PENYELEWENGAN

Posted: 16 Jan 2012 01:23 AM PST

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun."PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razakuntuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.Katanya, tindakan "membekukan aset NFC" sepatutnya bermakna: Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan; Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain; Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti."PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku," katnya lagi.

KES NAIYA ... PELAJAR 2006 , DAPT PEMBELAAN 2012?

Posted: 15 Jan 2012 10:47 PM PST

Mahkamah Tinggi semalam memerintahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) membayar ganti rugi RM254,059 kepada bekas pelajar universiti itu yang mengalami kecederaan dalam kemalangan di kampus universiti itu pada Mei, 2006.Hakim Datuk Hinshawati Shariff memberikan plaintif, Nur Faizurah Amat @ Sani, RM24,058.99 sebagai ganti rugi khas, RM70,000 ganti rugi am dan RM20,000 bagi surgeri di masa depan bagi kecacatan pada kakinya.Plaintif juga diberikan RM15,000 bagi tulang belakangnya yang retak, RM10,000 bagi parut di badannya, RM5,000 bagi kecederaan di kepala dan RM40,000 bagi kesakitan dan penderitaan dan RM70,000 bagi pengehadan perubatan iaitu tidak boleh mempunyai lebih daripada tiga orang anak akibat kecederaan itu.Nur Faizurah, 30, yang kini bekerja sebagai eksekutif bank, cedera parah dan terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang apabila beliau tersadung dan terjatuh dari tingkat dua bangunan Menara Sultan Abdul Aziz Shah di universiti itu di sini pada 21 Mei, 2006.Beliau berada di sana bagi mengambil jubah dan untuk menghadiri raptai bagi majlis konvokesyen selepas menamatkan pengajian pada 2005.Hakim Hinshawati berkata UiTM didapati 70 peratus bertanggungjawab manakala kontraktor yang melakukan kerja pengubahsuaian di tingkat dua bangunan itu 30 peratus bertanggungjawab bagi kemalangan itu.Beliau juga memerintahkan defendan menanggung kos perbicaraan itu dengan jumlahnya akan ditentukan kemudian.Dalam kemalangan itu, Nur Faizurah berada di lobi lif di tingkat dua Menara Sultan Abdul Aziz Shah apabila beliau tersadung pada sesuatu dan hilang imbangan badan sebelum terjatuh pada jarak setinggi 6.09 meter (20 kaki) ke tingkat bawah.Plaintif dalam tuntutannya difailkan pada 2008 berkata kawasan tempat beliau jatuh sedang diubah suai, dengan terdapat banyak pasir dan bahan binaan di atas lantai, manakala besi penghadang di sekeliling balkoni itu telah dialih tanpa sebarang tanda atau notis untuk memberi amaran kepada orang ramai mengenai kerja ubah suai itu.Oleh yang demikian, berlaku kecuaian di pihak defendan dalam mentadbir kawasan ubah suai itu kerana tiada penghadang diletakkan untuk mengelak pelajar daripada pergi ke balkoni yang terdedah dan bahaya, katanya.Plaintif dihantar ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) dan dirawat selama sebulan di samping menjalani pembedahan tulang belakang.Pembedahan dan rawatan di SMC memerlukan Nur Faizurah membayar RM32,256 dan beliau telah meminta UiTM membayar bil perubatan itu tetapi universiti itu enggan berbuat demikian dan meminta kontraktor menanggung kos itu.Bagaimanapun, kontraktor hanya membayar RM20,000 daripada bil itu dan enggan membayar lebih banyak, mengakibatkan defendan masih berhutang dengan SMC manakala hospital itu enggan memberikan rawatan susulan kepadanya sehingga hutang itu diselesaikan.Akibat kecederaan itu, beliau sering berasa sakit dan tidak boleh berdiri atau duduk bagi tempoh yang lama, berjalan untuk jarak yang jauh atau terbabit dalam aktiviti sukan. Kesakitan itu bertambah teruk dalam keadaan cuaca sejuk.Plaintif juga mendakwa kecederaan itu turut menjejaskan prospek kerjayanya dan keupayaan untuk bekerja.- Bernama

KESEDARAN MAKSIMA, BN TERKESIMA !

Posted: 15 Jan 2012 09:03 PM PST

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tidak menyatakan pendirian menyokong Pakatan Rakyat (PR), tetapi yang jelas beliau menyokong sesebuah kerajaan yang bersih, adil dan berusaha menghapuskan amalan rasuah."Saya tidak mahu komen kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai sokongan saya dan beberapa sahabat lain kepada PR untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang," katanya.Bekas Menteri Penerangan ini berkata, beliau menyokong mana-mana kerajaan yang mengamalkan pilihan raya bebas, telus dan berkecuali, sebagaimana dengan pendirian pemimpin dan dasar Amanah.Menurutnya, sudah tiba masa kerajaan menghormati hak rakyat dengan mengadakan pilihan raya adil sebagaimana dilakukan bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj."Sekiranya ada perhimpunan Bersih 3.0, saya akan kerahkan semua ahli Amanah menyertainya dan saya akan berada di barisan hadapan. Saya bukan berniat hendak mengugut kerajaan, tetapi saya tidak mahu peme-rintah menipu rakyat."Amanah juga berjumpa dengan beberapa Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai pilihan raya. Kami sarankan media masa diberi kebebasan dan tidak menyiarkan berita berat sebelah, serta berharap pilihan raya diadakan selepas melaksanakan penambahbaikan," katanya.Abdul Kadir berkata, kerajaan perlu berubah supaya mereka tidak mengalami nasib seperti berlaku di Mesir, Syria dan Libya, apabila rakyat memberontak dan menuntut hak asasi serta mahu kerajaan yang adil.Sementara itu, Umno menyifatkan kenyataan Mohamad mengenai 'sokongan orang BN kepada Pakatan Rakyat tidak benar.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Mazlan berkata, kalau benar ada pemimpin atau bekas pemimpin BN sokong PR, kemukakan senarai nama mereka."Kenyataan itu cuba menghuru-harakan BN. Kita kenal siapa Mohamad atau Mat Sabu dan sedia mendedahkannya kepada rakyat mengenai perkara ini. Jangan pula beliau memberi gelaran hero kepada komunis tanpa melakukan apa-apa kajian. Sekarang kita hendak percaya cerita ini?" katanya.Sekiranya Amanah menyokong PR, katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berhak berbuat demikian dan ini tidak bermakna tindak tanduk berkenaan membenci parti sendiri.Menurutnya, Umno akan tergugat sekiranya, pemimpin Amanah mengumumkan untuk keluar parti dan memberi sokongan terbuka kepada PR."Bagaimana pula dengan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang mahu perasuah kecil diberi pengampunan? Kita dalam kerajaan, tidak kira kakitangan kerajaan yang menerima rasuah RM5 hingga RM5,000, misalnya, tetap ambil tindakan," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, sekiranya ini menjadi dasar PR, negara akan hancur kerana rasuah perlu dihapus bermula akar umbi, bukan di peringkat atasan sahaja."Hendak hapus rasuah bukan perkara senang dan mudah macam mereka cakap. Saya tahu mereka gelar pemerintah sekarang sebagai kerajaan tidak peka pada rasuah kerana melihat kes Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo."Sedangkan Shahrizat sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Khir masih membuat rayuan mengenainya. Kita tidak menutup kes ini," katanya.Beliau berkata, memberi imej hanya pemimpin dan ahli Umno serta BN sahaja rasuah tidak adil kerana amalan ini tidak mengenal bangsa dan fahaman politik."Penulis Blog, Raja Petra Kamarudin ada buat pendedahan tentang rasuah di Selangor dan sebelum ini beberapa pemimpin DAP ditangkap kerana rasuah dan ada yang sanggup bunuh diri kerana takut mendedahkan pemimpin mereka (PR) terlibat dengan rasuah."Nasihat saya, Mat Sabu perlu cermin diri terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain mengamalkan rasuah kerana ada pemimpin mereka tidak semuanya suci dan bersih daripada menerima rasuah," katanya.Sinar Harian

KETAKUTAN DS NAJIB ANTARA HASUTAN DENGAN PECUTAN ?

Posted: 15 Jan 2012 07:20 PM PST

PM berria-ria minta rakyat sokong penyenaraian FELDA dan harap rakyat akan percaya dapat durian runtuh selepas itui.Kenapa PM atau DS Najib takut sangat rakyat tidak percaya Projek penyenaraian FELDA di bursa akan cipta durian runtuh?Adakah BN terdesak nak cepat dapat wang untuk pilihanraya?Kenapa proses tidak gunakan masa yang patut untuk penyenaraian? Adakan Pakatan rakyat telah melakukan pecutan terhadap penampilan PAS dalam kemelut ini. Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta peneroka FELDA supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu.Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka."Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk FELDA."Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat FELDA," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di FELDA Chini Timur di Pekan, hari ini.Najib berkata, sebaliknya penyenaraian FGVH adalah satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka FELDA selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka FELDA di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini."Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lalu, peneroka FELDA akan mendapat durian runtuh."Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa sesuai dan ia mungkin melebihi RM500," katanya.Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekaligus menampilkan imejnya di mata masyarakat.Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri. "Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya. - Bernama

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 16 Jan 2012 11:37 AM PST

PEMUDA PAS DUN KIJAL


Ceramah Isu semasa 2 - Bukit Kuang

Posted: 15 Jan 2012 10:11 PM PST

Ceramah Isu semasa 1 - Seri Bandi

Posted: 15 Jan 2012 10:08 PM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 16 Jan 2012 09:52 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


BN mempunyai kelebihan dalam pilihanraya

Posted: 15 Jan 2012 10:31 PM PST

Guan Eng : Barisan has advantage in polls
15 January 2012

ALOR STAR: DAP secretary-general Lim Guan Eng yesterday admitted that Barisan Nasional has the advantage to win in the next general election.

He said this in front of some 2,000 delegates during his winding-up speech at Pakatan Rakyat's third national convention here.

Lim, who is also Penang Chief Minister, said Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's acquittal from his much publicised sodomy charge was not a guarantee that the opposition could easily win.

"Although Datuk Seri Anwar Ibrahim has been acquitted and discharged of his sodomy charge, this is not a guarantee that we can win in the election.

"BN still has the advantage," Lim said.

Present were Anwar, Pas spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pas president Datuk Abdul Hadi Awang and DAP national adviser Lim Kit Siang.

http://www.nst.com.my/local/general/guan-eng-barisan-has-advantage-in-polls-1.32437

Masalah projek perumahan terbengkalai tiada kesudahan

Posted: 15 Jan 2012 06:11 PM PST



Masalah projek perumahan terbengkalai sehingga ke hari ini telah membelenggu ribuan para pembeli rumah yang terjerat dalam perjanjian dan karenah birokrasi. Antaranya seperti projek perumahan terbengkalai di Lubuk China , Rembau dan beberapa projek lagi di seluruh Malaysia seperti yang dilaporkan di http://terbengkalai.blogspot.com/

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa
January 15th, 2012

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.

Setelah itu, pada Mac 2009 saya telah mula membayar faedah bank RM74.54 dan jumlah itu telahpun meningkat setiap tahun sehingga hari ini saya membayar sebanyak RM 138. Mungkin pada pandangan orang lain jumlah itu tidak banyak tetapi bagi surirumah yang hanya mengambil upah menjahit baju di rumah, jumlah tersebut agak membebankan. apatah lagi jumlah tersebut hanya melunaskan faedah selama 3 tahun ini dan rumah yang dibeli masih belum diserahkan kepada pembeli.

Kami cuba mendapatkan jawapan daripada SUK tetapi SUK telah beberapa kali berjanji akan menyiapkannya dan seringkali menyalahkan pihak pemaju.

Apabila saya pergi melihat rumah tersebut, saya dapati rumah tersebut telahpun siap dan terdapat beberapa barang spt sinki telah dicuri. Saya telah memaklumkan kepada SUK dan mereka masih memberikan jawapan yang sama. Perkara ini telah dilaporkan di dalam SINAR Pahang. Pada 2010, kami telah dpnggl ke Dewan Umno Bentong, Pahang untuk mengisi borang TNB, kononnya untuk memasukkan elekrik ke rumah tersebut.

Kami gembira dan SUK berjanji akan menyerahkan rumah tersebut sebelum thn baru cina 2011. Malangnya sehingga tarikh tersebut rumah masih tidak diserahkan. Akhirnya pada 11 Dis 2011, melalui FB Kami Penduduk Bentong, saya mendapat tahu ada perjumpaan antara SUK ( diwakili Dato Ho), pemaju dan pembeli (diwakili Dato Seri Liow Tiong Lai). Yang menghairankan, kenapa semua pembeli tidak dimaklumkan melalui surat.

Pada pagi tersebut, hanya segelintir pembeli yang hadir dan di sanalah baru pembeli mendapat berita yang sebenarnya. Rupa2nya, rumah tersebut telah siap sepenuhnya dan 3 dari 6 blok telah mendapat CF. Masalahnya ialah projek ini adalah Projek Bersilang, SUK memberikan projek kepada pemaju dan pemaju membina rumah dan pemaju akan dibayar dengan tanah yang ada di Pahang mengikut nilai projek tersebut.

Malangnya pemaju tidak dibayar seperti yang dijanjikan oleh SUK dan oleh sebab itu, pemaju tidak mahu menyerahkan rumah tersebut. Melalui perbincangan itu, kami sekali lagi dijanjikan oleh wakil SUK untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka telah diberi tempoh seminggu dari tarikh perjumpaan atau selewat2nya sehingga bulan Mac 2012.

Sehingga pada hari saya menulis aduan ini, masih belum ada apa2 berita daripada mana2 pihak. Apakah janji kosong lagi yang SUK berikan? Apakah wajar pembeli menanggung kesusahan membayar bank dan membayar sewa rumah yang sedang diduduki, gara-gara kedua-dua pihak ini tidak menyelesaikan isu mereka? Adakah ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan? Pembeli terus dihimpit kesusahan semata-mata mengharapkan rumah kos rendah kerajaan. Sampai bilakah kami terpaksa menunggu???????

By: tengku salbiah

http://www.aduanrakyat.com.my/suk-dan-nova-bermasalah-pembeli-jadi-mangsa#more-8780

KHIDMAT MERU

Posted: 16 Jan 2012 09:28 AM PST

KHIDMAT MERU


PJ PAS SELANGOR TURUN KE SABAK BERNAM

Posted: 16 Jan 2012 07:41 AM PST




















Pesuruhjaya Pas Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Hj Osman turun padang ke Sabak Bernam untuk memperjelaskan isu-isu terkini yang melibatkan jamaah dan negeri Selangor.


Markaz Pas Sabak Bernam malam itu dipenuhi ahli-ahli Pas yang terdiri dari golongan veteran, pemuda dan muslimat.


Yb Dr Rani mengingatkan semua ahli Pas agar senantiasa bermuhasabah diri dan jangan berlagak atau bersifat takabbur kerana sifat itu adalah warisan dari sifat syaithan yang memusuhi Allah.


Dalam perjalanan pulang, YB Dr Rani sempat singgah ke gerai makanan di jalan Nenas dimana ramai warga Meru berkumpul untuk meraikan kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam peristiwa bersejarah 901.


















Pemuda Bersamamu v3

Posted: 16 Jan 2012 09:24 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Dungun, Tuanrumah Jubli Emas DPPNT 19, 20 & 21 Januari

Posted: 16 Jan 2012 12:44 AM PST

KUALA TERENGGANU, 16 Jan : Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan Sambutan Jubli Emas pada 19, 20 dan 21 Januari ini bertempat di Batu 5, Alor Tempoyak, Dungun.

Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, pelbagai program telah disusun bagi memastikan sambutan 50 tahun itu meriah dan bermakna.

Katanya, majlis itu akan dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan Tantawi.

"Sambutan ini dijangka akan dihadiri kira-kira 30 ribu pengunjung sepanjang program ini berlangsung.

"Sepanjang 50 tahun penubuhannya, DPPNT telah dipimpin oleh 16 orang Ketua Pemuda, antara mereka termasuklah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dan Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS negeri sekarang," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pada malam 19 Januari diadakan ceramah yang melibatkan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR), Ustaz Saiful Bahari Mamat (Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu) dan  Ustaz Mohd Nor Hamzah (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri).

Pada 20 Januari pula, katanya majlis dimulakan dengan Kuliah Dhuha akan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus, diikuti perbarisan Unit Amal dan Waja, ucapan oleh Mohd Nor Hamzah, Mohd Abdul Wahid Endut, perasmian oleh Nasruddin Hasan Tantawi serta penyampaian "Anugerah Khas Jubli Emas".

Selain itu, ujarnya Karnival OMGK – "Orang Mude Geng Kite" diadakan bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang, diikuti slot Bersama Imam Muda, Fakhrurazi Husein.

Konsert Hiburan Alternatif pula diadakan bermulan jam 9.00 malam yang melibatkan Bob Lokman, Iwan Syahman dan Kumpulan Ar Rasy.

Pada 21 Januari, Larian Jubli Emas DPPNT bermula jam 8.00 pagi dan majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari dengan amanat Presiden PAS.

Katanya, acara lain yang turut diadakan ialah Konvoi Motor – ARC, Konvoi Basikal dan Pelancaran Alternative Cycling Club (ACC), Pameran dan Aktiviti (Karnival Orang Mude Geng Kite), Jamuan Rakyat, Pameran 50 tahun penubuhan DPPNT, Kaunter Khidmat Nasihat Guaman dan Undang-Undang, Rawatan Islam Darul Syifa' dan Derma Darah.

" Sunnah Nabawiah Membenarkan Demonstrasi Aman Membantah Kezaliman Pemerintah" - Syeikhul Azhar

Posted: 15 Jan 2012 09:20 PM PST


Al-Imam Al-Akbar Dr Ahmad At-Tayyib, Syeikhul Azhar menegaskan: Adalah menjadi hak bagi rakyat untuk keluar berhimpun secara aman bagi membantah kerajaan atau pemimpin sekiranya mereka melakukan kerosakan dan kezaliman.

Beliau berkata: " Sunnah Nabawiyyah membenarkan demonstrasi aman untuk berhadapan dengan kezaliman pemerintah sekiranya mereka tidak mengendahkan nasihat rakyat"

Selain itu, beliau menyebut dalam ucapannya yang disampaikan oleh wakil beliau Dr. Hasan as-Syafie dalam satu muktamar yang membincangkan: " Hadis Nabawi Antara Realiti & Harapan" yang dianjurkan oleh Jam'iyyah al-Maknaz: " Islam menolak kezaliman dalam apa jua bentuk sekalipun dan mengizinkan untuk menentang dan membantah kerajaan/pemerintah yang zalim. Dengan syarat tidak mengangkat senjata sehingga tidak membawa kepada meletusnya perang saudara yang akan menyebabkan bermulanya fitnah yang sangat besar serta sukar untuk dikawal"

Dalam kesempatan tersebut, Syeikhul Azhar turut menolak seruan-seruan golongan yang menggelarkan dirinya sebagai "Quraniyyun" dengan dakwaan hanya berpegang kepada al-Quran al-Karim sahaja dan menolak Hadis Rasulullah dengan katanya: " Ucapan mereka bertentangan dengan Kalam Allah Taala sebagaimana tercatat dalam al-Quran al-Karim: [Sesiapa yang mentaati Rasul, bermakna dia mentaati Allah]". Beliau menambah: " Wajib atas kita untuk menolak penyelewengan mereka yang mendakwa hanya menurut al-Quran sahaja kerana Hadis Nabi datang untuk menjelaskan serta mensyarahkan kandungan Al-Quran. Tidak mungkin sama sekali seseorang mengabaikan Hadis Nabi dalam apa jua keadaan sekalipun"

Terjemahan daripada sumber asal: http://www.almogaz.com/politics/news/2012/01/15/152528



Video Selingan: Gambaran Kezaliman Pemerintah

"Sesungguhnya mengundi bagi (calon) Fulul atau mereka yang ada hubungan dengan anggota parti (pemerintah) yang dibubarkan (iaitu Parti Demokratik Kebangsaan-NDP) - parti Husni Mubarak - pada pilihanraya akan datang adalah HARAM dari segi syarak. Ini kerana memandangkan mereka telah menyumbang kepada kerosakan selain keinginan mereka yang mahu menghancurkan masa depan Mesir dengan berleluasanya rasuah sedangkan telah berlakunya revolusi berdasarkan sebab tersebut (iaitu memerangi rasuah dan kerosakan). Maka sesiapa yang memberikan undinya nescaya dia telah menyampaikan (golongan ini) kepada pentas bagi membuat perundangan." - Fatwa As-Syahid As-Syeikh 'Imad 'Effat Rahimahullah, Ulama' al-Azhar as-Syarif yang syahid dibunuh dalam demonstrasi pada 16 Disember tahun lalu di Kaherah, Mesir.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 16 Jan 2012 09:17 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Komik Transformasi Najib diedar di sekolah-sekolah

Posted: 15 Jan 2012 04:25 PM PST

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.




Dalam komik ini, Rosmah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.

sumber: milo suam

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Jan 2012 08:02 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia

Posted: 15 Jan 2012 06:32 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan