Isnin, 26 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 26 Dec 2011 01:53 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

Posted: 25 Dec 2011 03:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal ‘siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah’, seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa. Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Dec 2011 01:52 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


7 tahun Tsunami yang semakin dilupakan.

Posted: 26 Dec 2011 12:14 AM PST

Seorang wanita dari Jepun yang hadir sama memakai tudung dalam munajat Tsunami.

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa di Aceh, Nampak semakin dilupakan.

Tanpa perancangan yang jelas, percutian 26 Disember bersama keluarga dalam rangka memenuhi hajat Isteri yang tidah pernah ke Aceh sejak tamat belajar pada tahun 1992 berkebetulan dengan ulangtahun ke 7 peristiwa yang menyayat hati itu.

Ketibaan kami di Bandara Blang Bintang yang terletak sekitar 15 km dari Banda Aceh disambut dengan senyuman orang Aceh yang memang kami kenal hati budi mereka selama 6 tahun kami belajar di Aceh.

Selepas Tsunami berlaku saya bersama 28 orang rombongan dengan yayasan Amal Malaysia cawangan Perak sempat sampai di Lhoksmawe untuk memberi bantuan kemanusiaan.

Untuk kali keduanya dengan jumlah rombongan yang lebih kecil sekitar 7 orang sempat sampai ke kota ilmu Darussalam tempat yang penuh dengan kenangan semasa belajar dari tahun 1986 hingga 1992.

Nampak tidak banyak berubah dari masa lawatan pada tahun 2005, saya bersama keluarga menyewa sebuah kereta sewa swasta dengan harga RP 70,000 (RM 22) menuju ke hotel yang telah ditempah di banda Aceh.

Sempat berbicara mengenai Tsunami 2004 dengan Pak Armia, beliau turut mencerita pengalaman pahit dengan kehilangan 12 orang keluarga terdekat termasuk Ibu kandung dan Isteri yang sedang mengandung 3 bulan anak pertama hasil perkhawinannya.Namun jelas dia masih tabah walaupun dari wajahnya saya melihat tentang kesedihan yang masih dialami bila mengenang dan menceritakan pengalaman pahit itu.

Teringat dengan makanan kegemaran gulai kambing Aceh lalu saya dibawa oleh sopir Pak Armia disebuah kedai berdekatan dengan Lapanganterbang. Lauknya ringkas iaitu gulai kambing dan goreng ayam kampung tetapi jelas sangat lazat dan menyelerakan ditambah oleh perut yang sudah kosong selepas 1 jam 40 minit dalam firefly dari Pulau Pinang.

Saya dibawa melewati jalan pintas melalui Ulekareng menuju Banda Aceh , Nampak tidak banyak berubah, namun saya rasakan Aceh sekarang berada dalam keadaan aman bila mengenang sejar panjang sebelum ini.

Akhbar Serambi Indonesia juga tidak lekang dari pemberitaan mengenai uapucara memperingati 7 tahun Tsunami. jelas ia akan memberi kesan kepada warga Aceh betapa bencana yang datang itu adalah satu pengalaman besar bagi rakyat Indnesia dan Aceh.

Setiba di sini jadual mula diatur sebaik mungkin supa keberadaan saya dan keluarga hingga Jumaat ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sesuatu yang saya utamakan dan tidak mungkin untuk ditinggalkan ialah bertemu dengan adik-adik yang sedang belajar di Banda Aceh. melalui Persatuan Pelajar Malaysia Cabang Aceh (PKPMI-CA) saya akan berbincang dengan mereka pada petang ini untuk mengadakan sesi pertemuan dengan semua pelajar yang berkesempatan.

Begitulah semasa saya memegang jawatan Setiausaha PKPMI-CA selama tiga tahun semasa belajar disini, setiap tamu dari Malaysia pasti diambil kesempatan untuk diadakan pertemuan .

Bertemu lagi.....

Mangsa banjir di Johor meningkat

Posted: 26 Dec 2011 12:08 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, semua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter). - BERNAMA

Puluhan ribu mangsa taufan Filipina berlindung di khemah

Posted: 26 Dec 2011 12:02 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

CAGAYAN DE ORO: Puluhan ribu mangsa banjir di Filipina terpaksa berlindung di khemah di beberapa bandar selama berbulan-bulan manakala kerja memindahkan mereka ke kawasan selamat sedang dijalankan.

Ketua Pertahanan Awam, Benito Ramos, hari ini berkata, lebih 60,000 orang terjejas akibat taufan Washi kini mencari perlindungan di bangunan kerajaan di bantar Cagayan de Oro dan Iligan, kebanyakannya di sekolah yang dibuka selepas cuti.

"Kita tidak boleh mewujudkan tempat perlindungan tetap dengan segera. Ia akan mengambil masa yang lama. Mereka perlu berpindah dari khemah apabila sekolah dibuka pada 3 Januari nanti," katanya. - AFP

Tujuh maut, 32 cedera dalam letupan kereta berisi bom di Iraq

Posted: 25 Dec 2011 11:54 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya tujuh individu maut dan 32 yang lain cedera apabila pengebom berani mati bertindak nekad meletupkan kereta berisi bom di pintu masuk utama ke Kementerian Dalam Negeri Iraq, hari ini.

Serangan itu adalah susulan siri pengeboman minggu lalu yang menyebabkan sehingga 70 orang terbunuh dalam sehari sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai masa depan Iraq selepas tentera Amerika Syarikat beredar dari negara berkenaan baru-baru ini.

Dua pegawai polis berkata, letupan itu berlaku pada awal pagi ketika waktu puncak dan memusnahkan satu daripada beberapa penghadang keselamatan yang diletakkan di sekeliling Imbang Penuhbangunan kementerian berkenaan.

Katanya, lima anggota polis antara individu yang terkorban.

Sementara itu, dua doktor di hospital berdekatan mengesahkan angka kematian berkenaan. - AP

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 26 Dec 2011 01:47 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ceramah Projek IC UMNO-BN

Posted: 26 Dec 2011 12:26 AM PST

Tarikh : 30 Disember 2011
Masa : 9.00 malam
Tempat : Kuala Slim

Penceramah :

1. Sdr Suhaizan Kaiyat (AJK DPPP)
2. Sdr Amran Harun (PA DS Nizar Jamaluddin)

Semua Rakyat Malaysia dijemput hadir

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Dec 2011 09:26 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang

Posted: 25 Dec 2011 04:08 PM PST



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

PAS LENGGONG

Posted: 25 Dec 2011 07:58 PM PST

PAS LENGGONG


Jangan guna dan terpengaruh dengan Media umno

Posted: 24 Dec 2011 07:36 PM PST

Tok Guru pesan begitu. Jangan di layan catatan media yang jahat itu. Doakan pengamal media jahat itu mendapat laknat dari Allah.
Nazlee Aziz Yeop sememang ahli umno yang selalu memaki hamun PAS, orang lenggong amat mengetahuinya. Sengaja dia menghasut orang dengan membodohkan orang sedangkan ramai yang dilenggong tahu perangai hudoh buruknya. Mengguna media umno adalah perangainya. mengaku bijak perangai bodoh bangangnya.
sesiapa yang tersinggong dengan tulisannya doakanlah kecelakaan kepadanya. Semoga Allah segerakan laknat kepadanya.
Dibawah ini otak jahatnya yang mengundang doa laknat kepadanya.
ewan ulama sudah bersuara,menyokong Hassan Ali. Enta semua apa macam...kalau enta tak hormat ....siapa bagi......

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 Dec 2011 07:51 PM PST

PAS Kawasan Miri


Apa Dah Jadi Dengan Laluan Basikal Di Miri?

Posted: 25 Dec 2011 04:51 PM PST

Laluan Basikal Penuh Dengan Halangan
MIRI - Kos pembinaan bagi laluan penunggang basikal dari Taman Selera Tanjong Lobang ke Miri City Fan ialah RM1.2 juta dan 4,715 meter panjang. Demikian menurut jawaban lisan dari Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti semasa sidang DUN Sarawak baru-baru ini.

Projek tersebut siap pada bulan Oktober 2011 yang lalu. Masalah utama yang terdapat pada laluan penunggang basikal tersebut adalah terdapatnya tiang letrik ditengah-tengah laluan tersebut.

Sehingga kini belum ada tanda-tanda tiang tersebut dialih ke tempat lain untuk memudahkan para penunggang basikal melalui jalan tersebut dengan selesa dan selamat.

Kita minta pihak yang berkenaan mengalih tiang-tiang yang terdapat ditengah jalan laluan tersebut dengan segera untuk mengelak sebarang kecederaan akibat terlanggar tiang terutama pada waktu malam. Sepatutnya tiang tersebut dialih awal sebelum pembinaan laluan untuk mengelak kos tambahan semata-mata untuk mengalih tiang tersebut apabila sudah siap seperti sekarang.

Jumlah kos yang agak tinggi dan laluan yang dibina tidak dirancang dengan baik dimana terdapat banyak halangan pada laluan tersebut sudah tentu tidak begitu selamat digunakan sepenuhnya oleh penunggang basikal sebab mereka terpaksa berhati-hati melalui lorong dan laluan yang penuh dengan halangan seperti tiang letrik dan besi penghalang ditengah laluan tersebut.

Jika laluan basikal dibina dan dirancang dengan baik, kami yakin bandaraya Miri akan menjadi bandaraya 'hijau' yang indah dan selamat untuk penunggang basikal.Sudah tentu orang ramai akan menggunakan basikal ketika berjalan di sepanjang bandar Miri untuk menikmati keindahan bandar tanpa rasa takut.

Kita mendesak pihak yang berwajib dapat menilai semula laluan basikal yang ada pada hari ini agar ianya betul-betul selamat digunakan dan tidak membazir wang rakyat semata-mata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu.

Kita mahu jadikan bandaraya Miri sebagai contoh yang terbaik dan selamat untuk semua pengguna dan kita sentiasa memberi sokongan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas mereka dengan amanah dan jujur tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Cyclist Pathway Full With Barriers
MIRI - The cost of construction for the path of cyclists from Taman Selera Tanjong Lobang to Miri City Fan was RM1.2 million and 4.715 meters in length. This is according to a verbal answer from the Minister of Local Government and Community Development during a state assembly recently.
The said project was completed in October 2011. The main problem is on the route cyclists were there are electricity poles in the middle of the route.

So far there were no signs of the poles moved to another place to facilitate the cyclists through the streets in comfort and safe.

We urge the parties concerned to remove the pillars that are in the middle of the route immediately to avoid any injuries from running into a pole, especially at night. The pole should be removed before construction route to avoid the extra cost just to move the poles when they are ready now.

Total costs are relatively high and constructed trails are not well planned, where there are many obstacles on the path of course is not safe to be used solely by cyclists because they had to be careful through the lane and the path filled with obstacles such as electric poles and steel barrier in the middle of the path.

If the bike path is well constructed and planned, we are confident the Miri city will become the 'green' beautiful and safe city for cyclists. Of course people will like to use the bike while walking along the Miri city to enjoy the beauty of the city without fear.

We urge the authorities to review the existing bike routes today so that it is safe to be used and not waste people's money just to fulfil the interests of certain parties.

We want to make Miri city as an example of the best and safe for all users and we always give support to the authorities carrying out their duties with trust and honesty, regardless of race, religion and political belief.

Rembau Hari Ini

Posted: 25 Dec 2011 07:14 PM PST

Rembau Hari Ini


Kuliah Ust Norazman Mohamad 1 Jan 2012 di Senawang

Posted: 25 Dec 2011 04:09 PM PST



KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Norazman Mohamad
Tarikh : 1 Jan 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Surau Al Insaniah, Taman Bandar Senawang, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 25 Dec 2011 07:10 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Ringankan Beban Ibubapa Menjelang Sesi Persekolahan 2012

Posted: 25 Dec 2011 04:21 AM PST

DUNGUN 25 Disember, 2011 Ahad - Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura sekali lagi mengambil tanggungjawab menyelaras sumbangan pakaian persekolahan sesi 2012 yang akan bermula kurang 2 minggu lagi.
Dengan dokongan padu daripada Pengarah MTD sendiri merangkap ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli, pihak lajnah berjaya menyempurnakan aktiviti tahunannya dengan menyampaikan sumbangan kepada seramai 318 orang penerima.
Semua PAS Cawangan dalam DUN Sura mengambil peranan menyenaraikan nama-nama penerima yang layak yang terdiri daripada keluarga miskin dan yatim.
Majlis perasmian dilakukan oleh ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, yang turut menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima sebelum bergegas ke majlis lain yang perlu beliau hadiri.
Baki penyampaian sumbangan seterusnya disempurnakan oleh sebahagian Ahli Jawatankuasa MTD Sura yang turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan pada hari Ahad, 25 Disember, 2011 di Surau Ustaz Haji Omar Shukri, Bukit Chatak, di sini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Dec 2011 03:11 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


HASSAN ALI PERLU LALUI USRAH, TAMRIN, MUQAYYAM

Posted: 25 Dec 2011 06:53 AM PST



Mungkin Dr Hassan Ali perlu melalui tarbiyyah yang ada pada Pas iaitu tarbiyyah memalui USRAH. Sewajibnya sesiapa yang nak bertanding jawatan tertentu peringkat kawasan harus menghadiri usrah dengan jumlah tertentu untuk melayakkan beliau bertanding dibawah tiket PAS.

Setiap ahli diwajibkan usrah. Bahagikan keahlian kepada 2 iaitu ahli biasa(yang tidak hadir usrah) dan ahli usrah. Maka hanya ahli usrah PAS yang layak bertanding peringkat kawasan.



KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu.

Sambil menyifatkan ia sebagai "keterlanjuran kata", Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini, Hasan (gambar) pernah membuat kenyataan menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah kepimpinan tertinggi parti termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.

Pada sidang media itu juga, Hasan mengakui beliau "bersetuju" dengan konsep Negara Berkebajikan yang disebut presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya di Muktamar tahunan PAS yang turut disahkan Majlis Syura Ulama.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.



(gambar program Muqayyah Tarbawi DPPWM di Taman Negara pada 2010 yang cuba diburukkan oleh cilanat blogger UMporNO)

EZAM KOTAK DAH START BALIK CITE 'KOTAK' RAHSIA... WAKAKAKA

Posted: 25 Dec 2011 06:39 AM PST

SUNGAI TENGI – Ahli Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa memiliki surat yang pernah digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membuat permohonan bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Beliau juga bersedia mendedahkan mengenai kandungan surat itu bagi membuktikan penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Saya sedia dedahkan surat tersebut untuk membuktikan kebenaran bahawa Anwar berniat jahat.

"Perkara ini perlu didedahkan demi menyelamatkan rakyat daripada terus ditipu," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di sini, malam kelmarin.

Mohamad Ezam yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar berkata, beliau tidak takut untuk tampil membongkar penyelewengan itu.

Menurutnya, pada awal tahun 2000, Anwar ada menghantar surat kepada bekas Pengerusi Bank Dunia, John Wolfensohn memohon bantuan kewangan untuk membantu menyelesaikan masalah skandal seks kakitangan bank dunia warganegara Lubnan yang dikenali sebagai Sahariza.

"Rakyat kita tidak boleh dikaburkan dengan agenda usang Anwar yang mahu mengalih perhatian menjelang keputusan kes salah laku seks beliau dengan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bahari pada 9 Januari depan.

"Sudah lama saya tunggu untuk melakukan pendedahan ini. Kini tiba masa terbaik demi menyelamatkan rakyat daripada kepalsuan terbesar ini" katanya.

Beliau berkata, serangan peribadi Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Katanya, beliau sering memberi pandangan untuk mengajak Anwar bersemuka bagi membongkar perkara sebenar namun gagal dipenuhi Anwar yang bijak mencari helah.

... nak jaga periuk nasi... 5 tahun sudah itu je la modal mamat mangkok seko nie!!!

UST MAD MENINGGAL... HARAPAN BUAT BRAHIM ALI MASUK BERTANDING?

Posted: 25 Dec 2011 06:28 AM PST

Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un. Smlm sekitar jam 7.00 ana mendapat panggilan dari ayahanda di kampung dengan kematian ADUN PAS Tendong, Pasir Mas. Allahyarham memenangi kerusi DUN Tendong (dun anan) pada pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Fauzi Mohama yang mane sebelum itu pernah ditandingi oleh Ibrahim Ali yang kalah dan hilang pertaruhan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tendong, Pasir Mas iaitu YB. Dr. Muhammad bin Daud telah dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi. Mengikut beberapa sumber, beliau tidak mengalami sebarang penyakit kronik akan tetapi beliau meninggal dunia secara mengejut ketika berada di tempat kediaman beliau sekitar jam 1 pagi ketika beliau hendak masuk tidur.
  
Semoga roh beliau dicucuri Ilahi. Walaupun berlainan ideologi politik, akhirnya kita ditempatkan di pusara yang sama. Kerana kita adalah insan beragama ISLAM.

Salam Takziah buat keluarga beliau dan Kerajaan PAS Negeri Kelantan.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 25 Dec 2011 01:49 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Bertuahny Khir Toyo..

Posted: 24 Dec 2011 02:40 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 25 Dec 2011 12:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Mustafa 'kunci mulut' anggap isu Hasan selesai

Posted: 25 Dec 2011 04:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali(kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu.

Ditanya jika Hasan tidak mahu berhenti dan masih mahu mengulas isu parti, Mustafa berkata, itu terserah kepada Hasan.

"Kalau dia nak bercakap lagi, biar la dia bercakap sorang, saya tak mahu layan," katanya.

Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat sebelum ini memutuskan akan memanggil Hasan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Selain Hasan, dua lagi yang akan dipanggil adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungip.

Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

Posted: 25 Dec 2011 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

"Bagi DPP Malaysia, tidak ada apa yang memeranjatkan dalam kenyataan Shahrizat kerana rakyat sudah sinonim bahawa Umno dan rasuah serta penyelewengan sudah sebati," kata ketua penerangnnya, Riduan Mohd Nor (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, kes Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam semalam boleh menjadi bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Malah ujarnya, selain Khir, ramai lagi pemimpin Umno yang pernah terkait dengan pelbagai skandal.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau," katanya lagi.

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno

Posted: 25 Dec 2011 04:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam  kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Negara Berkebajikan: Mengada betul Umno

Posted: 24 Dec 2011 08:08 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.
Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini.
"Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!" kata kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam.
Tambahnya, setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti pelan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan syariat Allah SWT, itulah Fasa 1 projek PAS.
Beliau berkata, Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal, bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam.
Jelasnya lagi, ia adalah pengisian dan perlaksanaan, sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga ditohmah sebagai negara mullah.
"Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah)," katanya.
Katanya, ia menepati pembentukan good governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.
Menurutnya, menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS.
Justeru, ujar beliau selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Pelan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS.
"Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah pengukuhan identiti.
"Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana," jelasnya.

Sekitar Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Kreatif di Kelantan 2011

Posted: 24 Dec 2011 08:07 PM PST


















PIALA TOK GURU : Machang ikut ke Separuh Akhir

Posted: 24 Dec 2011 07:50 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 24.Dis – Kemuncak Kejohanan Bolasepak Piala Tok Guru 2011 semakin meriah setelah petang ini satu lagi perlawanan antara Machang yang bertemu Ketereh berakhir dengan kemenangan selesa berpihak kepada Machang 2-0.
Perlawanan yang berlangsung di Padang Rumah Sri Kenangan Kemumin petang tadi menyaksikan permainan yang agak seimbang biarpun Machang berjaya membolosi gawang gol Ketereh diminit ke 2 hasil jaringan Mohd Saifuddin Muhammad.
Ketereh yang mula gelisah terus mengatur permainan dengan mengasak penjaga gol Machang dengan beberapa serangan yang agak menarik, namun ia tidak mampu melepasi benteng pertahanan Machang.
Machang akan bertemu Pengkalan Chepa di peringkat Separuh Akhir
Keselesaan terus berpihak kepada Machang setelah jaringan mudah yang dilakukan oleh pemain No10 Mohd Amirul Kasmuri tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Ketereh.
Separuh masa kedua turut menyaksikan beberapa serangan menarik dari kedua-dua pasukan namun ia gagal menembusi gawang gol kedua-dua pasukan dan Machang terus unggul sehingga ke minit akhir dengan kemenangan selesa 2-0.
Machang akan bertemu dengan Pengkalan Chepa pada peringkat separuh akhir yang akan berlangsung pada 27hb.Disember bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV jam 9 malam.

Sekitar Konvensyen Tarbiah Anak Muda Kelantan 2011, Di PUTIK

Posted: 24 Dec 2011 07:49 PM PST








PIALA TOK GURU : KB dan PC mara ke separuh akhir

Posted: 24 Dec 2011 07:40 PM PST

PENGKALAN CHEPA, 23.Dis – Selepas Pasir Mas, kini Kota Bharu dan Pengkalan Chepa pula turut sama mara ke peringkat separuh akhir bagi Kejohanan Bola Sepak berprestij Piala Tok Guru 2011.
Perlawanan yang berlangsung hari ini di padang Rumah Sri Kenangan Pengkalan Chepa iaitu sebelah pagi menyaksikan Kota Bharu berjaya mara ke separuh akhir setelah menewaskan Akademi Bolasepak Melayu Kelantan(ABM) melalui tendangan penalti 2 -1 setelah kedua-duanya terikat seri satu sama pada masa sebenar perlawanan.
Peringkat awal permainan, kedua-dua pasukan seimbang dan ABM mendapat tendangan penalti setelah penjaga gol Kota Bharu Wan Mohd Nizam Najmuddin menjatuhkan pemain ABM Mohd Azijja Zakiran Zahari.
Tendangan penalti minit ke lima diambil oleh Mohamd Saiful Amri, namun sedikit kekecewaan dipihak ABM setelah memasuki separuh masa ke dua, Kota Bharu melalui pemain gantiannya Mohd Juzali Dzulkarnain berjaya mendapat gol penyamaan dan ia terikat hingga ke wisel penamat.
Kota Bharu mara ke separuh akhir melalui tendangan penalti 2 -1
Sementara itu Pengadil Derani Yusof pula bertindak tegas kepada kedua-dua pasukan dan menyaksikan lima kad kuning yang dilayangkan kepada Kota Bharu semasa menentang ABM pagi tadi.
Manakala bagi Pengkalan Chepa pula kedatangan Adun Panchor yang juga Yang DiPertua PAS Pengkalan Chepa Dato Mohd Amar Abdullah menambahkan semangat pasukannya dan masa pertama menyaksikan tiga gol berjaya membolosi pasukan jemputan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP Kelantan ).
Pengkalan Chepa sedia buat kejutan di Separuh Akhir
Gol yang dijaringkan oleh pemain jersi no 10 Mohd Farhan Yaacob( 2 gol ) dan Mohd Saiful Bahari Abdullah kekal hingga ke masa penamat dengan kesudahan Pengkalan Chepa layak ke separuh akhir yang akan bertemu di antara Ketereh atau Machang yang akan berlangung petang esok di peringkat suku akhir.
Menurut Urusetia penganjur, dua perlawanan Separuh Akhir akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke IV iaitu Isnin 26.Disember jam 9 malam antara Kota Bharu yang akan bertemu Pasir Mas dan 27.Disember pula akan menyaksikan Pengkalan Chepa bertemu Ketereh atau Machang.

Adam Adli tekad perjuang kebebasan mahasiswa

Posted: 24 Dec 2011 07:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini. 

Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini. 

Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini. 

"Kini para mahasiswa sudah tidak lagi boleh bersabar dengan kongkongan kerajaan terhadap kami. Kerajaan yang memerintah tidak selamanya boleh bertindak sesuka hati terhadap mahasiswa dan menzalimi rakyatnya," katanya. 

Bercakap kepada Harakahdaily pada satu pertemuan eksklusif sekitar 10 minit selepas memberikan keterangan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, semalam, (gambar) beliau mengakui tindakannya menurunkan bendera Perdana Menteri pada 17 Disember lalu dilakukan dengan penuh kesedaran dan mempunyai mesej jelas mengenai perkara itu. 

"Saya tidak bermaksud untuk menghina. Tetapi itulah mesej kami. Sebab itulah bendera itu pun hanya saya turunkan sekejap sahaja, tak sampai pun lima minit dan kemudian saya naikkan kembali dengan baik," jelasnya. 

Semua pihak, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sewajarnya memutarbelitkan kenyataan serta membuat fitnah kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain. 

"Kalau saya dan rakan-rakan saya tak naikkan kembali bendera Perdana Menteri yang kami turunkan itu, lainlah pula ceritanya," ujarnya. 

Namun, dengan hanya menurunkan bendera tersebut dalam tempoh kurang lima minit, beliau berharap agar mesej protes mahasiswa berhubung perkara itu dapat dibaca dengan baik oleh pihak kerajaan. 

Beliau bagaimanapun amat kesal kerana tindakan mereka itu telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu sehingga mengaitkannya dengan jenayah, walaupun ia jelas bukan jenayah. 

Malah tindakan tersebut selaras dengan amalan demokrasi di negara ini yang memberikan kebebasan berhimpun secara aman dan bersuara kepada rakyat, termasuk di kalangan mahasiswa, seperti yang termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.  

Di mana-mana negara sekalipun yang mengamalkan demokrasi di dunia ini, terutama di negara-negara maju, suara mahasiswa tidak akan disekat. 

Katanya, malah suara mahasiswa diakui mempunyai kuasa tersendiri dan perlu didengari serta dihormati kerana para mahasiswa juga mempunyai hak untuk menyatakan pandangannya bagi kepentingan agama dan tanah air.  

"Malaysia yang berada di bawah pemerintahan BN dan sedang menuju ke arah negara maju, bagaimanapun menafikan suara dan hak mahasiswa. Inilah yang amat dikesali oleh kami," ujarnya. 

Beliau berharap agar siri-siri protes yang dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya yang bergabung dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan lain-lain badan akan mengubah dasar kerajaan terhadap mahasiswa. 

"Pada kami, Auku bukan perlu dipinda, tetapi dimansuhkan. Jika kerajaan tetap enggan mendengar desakan kami, kami tidak akan berdiam diri, malah terus berjuang dan mengadakan pelbagai kempen mengenainya, selaras dengan hak kami dan rakyat negara ini seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya. 

Para mahasiswa yang berada dalam kumpulan Pro Mahasiswa, tambahnya, berbeza dengan mereka yang berada dalam kumpulan Pro Aspirasi, malah mereka tidak akan berganjak dari matlamat perjuangan mereka walaupun akan digula-gulakan oleh para pemimpin Umno atau BN. 

Beliau bersyukur kepada Allah kerana tidak berkeseorangan dalam perjuangan itu, malah disokong penuh oleh rakan-rakan pelajarnya yang lain serta lain-lain pihak yang sedar dengan hak masing-masing di tanah air sendiri. 

"Kita rakyat Malaysia atau warganegara Malaysia mempunyai hak ke atas negara ini dan berhak bersuara demi kepentingan agama dan negara. Janganlah lagi hak kami itu dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sekarang," tegas beliau.   

Sebelum itu, beliau dengan ditemani rakan-rakannya dalam SMM telah memberikan keterangan selama sejam bermula jam 11.00 pagi kepada pihak polis, berhubung laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Tun H.S Lee, Isnin lalu membabitkan kes ugutan bunuh terhadapnya. 

Sebaik selesai memberikan keterangan kepada ASP Anan, beliau terus diserbu oleh pihak media termasuk dari dalam dan luar negara, bagi mengetahui perkembangan terkini mengenainya untuk dikongsi bersama segenap anggota masyarakat terutama di negara ini.

Walaupun banyak syarikat penerbitan yang ingin mengadakan temubual eksklusif dengannya terutama pada hari itu, tidak kesemuanya dapat dipenuhi kerana kesuntukan masa, lebih-lebih lagi setelah azan dari masjid-masjid hampir berkemundang bagi memanggil umat Islam menunaikan solat Jumaat. 

"Masa dah terlalu suntuk untuk solat Jumaat. Kalau Harakahdaily ingin mengadakan juga temubual eksklusif hari ini, hanya sempat sekitar 10 minit sahaja," jelasnya sambil menyeka peluh yang memercik di dahi kerana cuaca panas dan kesibukannya melayani pelbagai pertanyaan para wartawan yang telah menunggunya hampir dua jam di IPD Polis Dang Wangi semalam.

Hasan Ali tarik balik kritik Negara Berkebajikan

Posted: 24 Dec 2011 07:21 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama.

Sehubungan itu beliau menolak konsep Negara Berkebajikan dan mendesak parti itu kembali kepada matlamat asal menubuhkan sebuah negara Islam.

Mengakui ulasannya sebelum ini sebagai terlanjur kata, Hassan hari ini juga menyatakan pendirian bahawa beliau bersetuju dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperjuang PAS kerana sebahagian dari initipati dan matlamat ke arah menubuhkan sebuah negara Islam.

"Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

"Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan," katanya.

Sementara itu, Hasan juga berkata beliau bersedia bertemu kepimpinan parti bila-bila masa bagi merungkai permasalahan yang timbul yang turut mengaitkan dirinya.

Pemuda PAS ikrar bela mahasiswa

Posted: 24 Dec 2011 07:20 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia memuji keberanian para mahasiswa baru-baru ini yang menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno sebagai simbolik tuntutan mereka terhadap kempen kebebasan akademik yang diperjuangkan selama ini.
Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi  berkata, tindakan para mahasiswa tersebut sebenarnya rentetan daripada rasa mual mereka terhadap dunia akademik di Malaysia yang semakin lesu dan terkongkong oleh sikap Kerajaan Umno Barisan Nasional yang terus menekan para ahli akademik yang berani bersuara demi kebenaran.
Katanya, Juham melihat tindakan para mahasiswa tersebut adalah tindakan yang berani dan merupakan suatu manifestasi kepada hak dan kebebasan mereka untuk bersuara sepertimana yang dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, jelasnya mahasiswa harus menjadikan perkara itu sebagai suatu momentum untuk terus maju ke hadapan tanpa gusar dan takut dengan ugutan-ugutan bacul dari Umno Barisan Nasional dan konco-konconya.
Malah, ujarnya Juham melihat perarakan kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang menjadi budak-budak suruhan Umno berdemonstrasi di hadapan bangunan kementerian pengajian tinggi baru-baru yang menuntut Datuk Saifuddin Abdullah supaya meletakkan jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar pro-Mahasiswa, tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan terdesak Kerajaan Umno Barisan Nasional yang malu apabila kain bercetak wajah Presiden mereka diturunkan.
"Sekiranya mereka benar-benar berani dan yakin dengan pendirian mereka, kenapa kumpulan pelajar pro-Aspirasi tersebut enggan untuk berjumpa Datuk Saifuddin Abdullah walaupun telah diminta berbuat demikian," ujarnya kepada Harakahdaily.
Juham selanjutnya, kata beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menyerahkan notis kepada aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim supaya menghadiri sesi pendengaran tatatertib pada 9 Januari berhubung insiden menurunkan bendera tersebut.
Tegasnya, Juham melihat tindakan UPSI tersebut seumpama menghina keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, tambahnya UPSI dan lain-lain institut pengajian tinggi seharusnya mengambil sikap menghormati keputusan mahkamah tersebut yang mengiktiraf hak kebebasan bersuara mahasiswa.
Tambahnya lagi, tindakan UPSI tersebut jelas mencerminkan tindakan terdesak Umno Barisan Nasional bagi menakut-nakutkan mahasiswa kerana Umno sedar bahawa mahasiswa merupakan kuasa perubah yang besar dan mampu menggulingkan mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Juham, jelasnya dari dulu, kini dan selamanya tanpa jemu sentiasa berpegang dan berpegang teguh kepada kebebasan untuk bersuara di mana ia adalah suatu hak asasi kepada semua rakyat Malaysia dan ia jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, namun dinafikan oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional.
"Justeru, Juham yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di mahkamah," katanya.
Malah, ujarnya Juham bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu pihaknya kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.
"Akhirnya, Juham mengucapkan syabas kepada seluruh mahasiswa atas keberanian mereka dan Juham menyeru mahasiswa sekalian supaya terus maju ke hadapan tanpa rasa gentar dan takut dalam menyuarakan kebenaran yang merupakan hak asasi anda semua dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara," tegasnya.

Pemergian Dr Muhammad kehilangan besar buat PAS

Posted: 24 Dec 2011 07:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud (gambar) ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti. 

Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat. 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya.  

Menurutnya, PAS sangat menghargai pengorbanan Allahyarham dalam memperjuangkan hak-hak rakyat khususnya di Kelantan sepanjang berada dalam bahtera parti dan berkhidmat sebagai Adun. 

Katanya, beliau serta seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti berdoa semoga Allah membalas jasa beliau dan menempatkan Allahyarham bersama orang-orang yang soleh yang istiqamah memperjuangkan agama Allah. 

"Saya juga mendoakan semoga ahli keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan Islam di Malaysia diberi kesabaran dan kekuatan berhadapan dengan pemergian beliau," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Pemergian Allahyarham, menurut Nasaie, sememangnya amat mengejutkan Abdul Hadi, tetapi ia mesti diterima dengan reda kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah.   

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berharap semoga seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang masih hidup dapat meneruskan usaha Allahyarham yang terbukti istiqamah sehingga ke akhir hayatnya.  

Allahyarham Dr Muhammad Md Daud, 64, telah pulang ke rahmatullah jam 12.55 malam tadi kerana dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di suraunya di Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan, tidak jauh dari rumahnya yang terletak di Lorong Haji Daud di kampung tersebut.

Solat jenazah diketuai Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan diikuti pemimpin-pemimpin PAS Kelantan.  

Turut hadir menyembahyangkan jenazah beliau bersama Tuan Guru Nik Aziz, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. 

Jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam yang terletak tidak jauh dari surau tersebut selepas solat Zohor hari ini.     

Pagi kelmarin Allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas bagi mengambil bekalan banjir untuk diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Dun Tendong merupakan satu Dun di bawah Parlimen Pasir Mas, selain Dun Chetok dan Pengkalan Pasir yang dimenangi PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Dupahang's Weblog

Posted: 25 Dec 2011 11:30 AM PST

Dupahang's Weblog


Lagi Undang-Undang berat sebelah.

Posted: 25 Dec 2011 05:37 AM PST

Mencuri RM20.00 kerana nak beli susu anak kena penjara 3 tahun(36 bulan),curi juta juta penjara setahun.Undang undang kepala bapok mung!!!!!!!!”

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 25 Dec 2011 10:03 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


'CYBER WAR' - KUASAI MEDIA BARU HADAPI PRU13

Posted: 24 Dec 2011 06:16 PM PST

29 Muharram 1433 H | 25 December 2011

Oleh Wan Nik Wan Yusoff, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan


MESKIPUN banyak pihak sudah mengambil maklum akan pentingnya peranan media baru d
alam kempen plihan raya, masih berlaku sikap sambil lewa di kalangan pengurus kempen PAS dalam memanfaatkan ruang kempen media baru
untuk memberi maklumat kepada pengundi.

Kelebihan era "24 hours news cycle" yang menyaksikan informasi yang bersimpang siur tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.


Paling mudah diukur ialah sikap lewa pengurus kempen PAS, antaranya dari segi sejauh mana memanfaatkan telefon bimbit yang sentiasa di sisi itu sebagai alat penggempur maklumat.


Pengurus kempen PAS didapati tidak memberi tumpuan serius, terutama dari segi melengkapkan profil pengundi sasar dengan nombor telefon bimbit, gagal memanfaatkan SMS berkelompok dan online SMS. Agak minimum pula menggunakan SMS bergambar (multimedia message) atau pemberitahuan secara twitter.

Penggunaan telefon bimbit bukan hanya sekadar untuk bersembang dan ber'sms' sahaja tetapi harus diperkasakan lagi dengan pengurusan perang media yang dijana oleh teknologi maklumat internet atau komunikasi maya.

Justeru setiap pengurus kempen PAS hendaklah turut menguasai dan berkuasa mencorakkan maklumat internet menerusi pelbagai jaringan komunikasi maya bersifat laman sosial seperti blog,facebook dan twitter.


Kesemua laman sosial ini boleh dicapai secara mudah oleh setiap pengguna telefon bimbit, kerana pelbagai peranti telefon bimbit sekarang sudah dilengkapi dengan aplikasi sistem laman sosial. Sementelah pula, budaya pengguna peranti komunikasi (termasuk kalangan pengurus kempen PAS) sekarang sedang berkembang ke arah penggunaan dwi-fungsi peranti atau dua-dalam satu, iaitu telefon dan iPad.


Kecanggihan peranti yang seharusnya dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh pengurus kempen PAS demi memakmurkan kempen pilihan raya pascaledakan maklumat internet.


Kempen menerusi telefon mengambil peluang pengguna telefon bimbit di Malaysia kini sekitar 15 juta orang (daripada 28,908,795 orang) sudah tentu kempen media/isu menerusi peranti ini boleh memberi nilaian positif yang meyakinkan. Tinggal lagi, sejauh manakah usaha dan upaya itu dapat dilaksanakan?


Di sinilah peri pentingnya pendekataan perang media dirancang dengan kemas dan berstrategi. Apakah pengurus kempen PAS bersedia atau sudah melaksanakannya?


Menyelesaikan persoalan ini, pihak jentera kempen PAS perlu mengambil langkah-langkah berkikut:
  • Melatih dan membiasakan para pengurus kempen dengan budaya bestari perang media (smart culture of the media war). Ia bermaksud, suatu perancangan strategik berasaskan maklumat dengan teknik dan taktik serangan berorientasikan media baru. Ia perlu bermula dengan tindakan melengkapkan profail pengundi yang akses media baru.

  • Menyediakan medium dan bahan atau isu untuk disampaikan kepada pengundi menerusi peranti seperti telefon bimbit, mahupun iPad.

    Ia memerlukan simulasi isu berupa agenda setting. Misalnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme Umno yang terjelma melalui 'politik lembu' NFC boleh dijadikan modal awal untuk di- SMS-kan.

    Selepas itu, diikuti dengan isu berikutnya. Antaranya isu isteri PM yang suka bergaya sebagai First Lady, dan isu-isu yang seterusnya. Apa yang penting penyediaan agenda setting secara berterusan sehingga pilihan raya adalah teknik penting untuk disesuaikan dengan penggunaan peranti telefon bimbit.

  • Wujudkan pasukan penilai dan penarafan hasil atas kempen menerusi telefon bimbit. Penilaian adalah penting untuk penarafan setiap respons pengundi, apakah sikap pengundi bersetuju atau menolak isu-isu yang dibangkitkan? Atau, apakah sesuatu isu yang dibangkitkan oleh PAS mendapat sambutan popular di sisi pengundi atau sebaliknya.
Justeru itu, pendekatan kempen media baru seumpama pendekatan SMS telefon bimbit adalah salah satu teknik dan taktik untuk menguji peluang PAS sama ada menang atau sebaliknya. Ia suatu medium sosial yang memberi kesan politik serta establishment politik baru yang semestinya dimanfaatkan oleh pengurus kempen PAS.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 25 Dec 2011 09:28 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Henti Bantuan Kepada Pelajar Mesir : Tindakan MAIDAM Dipertikai

Posted: 24 Dec 2011 11:23 PM PST

Laporan Sinar Harian halaman T4 hari ini

25 Disember: Akhbar hari ini melapokan satu berita berkaitan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang mengambil langkah menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir seperti Yayasan Terengganu bermula tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman berkata, sistem pengajian di Mesir agak ketinggalan di samping factor keselamatan pelajar itu sendiri yang kurang terjamin.

Menurutnya, sebelum ini kerajaan telah mengumumkan untuk tidak lagi menaja pelajar tajaan YT ke Mesir memandangkan ada kalangan pelajar di sana tidak belajar tetapi terlibat dengan aktiviti lain dan sekaligus merugikan kerajaan.

...............................................................................................

Kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIDAM jelas menunjukkan sikap sebenar kerajaan negeri terhadap pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di bumi para nabi itu. Sepatutnya, pihak MAIDAM mendatangkan bukti atas setiap dakwaan yang dilakukan.

Sebagai sebuah badan yang menguruskan zakat, satu kajian terperinci berkaitan isu ini mesti dilakukan, bukannya sekadar dakwaan tanpa fakta yang jelas. Adakah semua pelajar yang mendapat wang zakat bersikap sambil lewa dalam pelajaran? Sekiranya benar terdapat pelajar yang tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran, pihak MAIDAM boleh mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelajar itu sahaja. Bukannya mengambil langkah, ' kerana marahkan nyamuk seekor, habis kelambu dibakar'.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mereka memandang Universiiti al-Azhar dan pusat pengajian di Mesir sudah tidak berkemampuan membentuk pelajar yang baik. Padahal, selepas kejatuhan Mubarak, berlaku satu kebangkitan majlis ilmu yang sangat hebat di Mesir. Gabungan dua institusi; Universiti al-Azhar dan Masjid al-Azhar menjadikan sistem pendidikan mereka sangat unik. Matlamatnya bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang cemerlang pada catatan di sijil sahaja, bahkan melahirkan ulama' 'amilin yang sentiasa berfikir untuk meletakkan Islam pada tempatnya yang sebenar. Adakah keadaan ini menimbulkan keresahan di pihak kerajaan.

Hari ini, seluruh dunia mampu mengikuti perkembangan ilmu daripada bumi bersejarah tersebut menerusi laman web, facebook mahupun youtube. Keadaan tersebut membuktikan mereka tidak ketinggalan dalam kemajuan teknologi hari ini.

Sekiranya dibuat satu penilaian, pertambahan kehadiran pelajar-pelajar Malaysia di Universiti mahupun di Masjid al-Azhar membuktikan dakwaan MAIDAM tersebut perlu diteliti sebaiknya.


Kiri: Gambar Para Ulama' al-Azhar Yang Gigih Menyampaikan Ilmu di Bumi Mesir. Majlis mereka boleh diikuti menerusi laman web, youtube dan facebook

Persatuan pelajar di Mesir seperti Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) mempunyai unit khusus yang memantau perkembangan akademik para pelajar. Di sana terdapat Biro Pendidikan dan Biro Akademik yang sentiasa menyusun aktiviti bagi memastikan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam imtihan.

Antara Program Terbaru Yang Dianjurkan Bagi Membantu Kecemerlangan Mahasiswa

Bahkan, pihak kerajaan juga tidak boleh menafikan sumbangan bekas-bekas pelajar dari bumi Mesir yang telah mencurahkan khidmatnya kepada masyarakat di Malaysia. Kita sendiri melihat dalam masyarakat ramai dalam kalangan bekas mahasiswa Mesir bertungkus lumus membantu masyarakat keluar dari belenggu kejahilan mengenai Islam.

Tindakan yang ditunjukkan ini membuktikan dengan lebih jelas lagi tekanan yang diberikan oleh kerajaan terhdap mahasiswa bukan sahaja dalam negara, bahkan luar negara.

Bersama Ulama’ Pelapis – “ Berpegang dengan Islam yang syumul”

Posted: 24 Dec 2011 04:25 PM PST

Al-Fadhil Us Hamdi bersama ayahnya Tuan Guru Dato' Harun Taib ketika PAPISMA menziarahi beliau di rumahnya

SURA, 24 Disember: Satu kuliah maghrib yang disampaikan oleh pengkuliah jemputan, al-Fadhil Ustaz Hamdi Harun Taib telah berjaya diadakan di Surau Ustaz Omar Shukri malam tadi.

Beliau hadir ke Dungun dalam rangka mengadakan pertemuan dan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa bagi unit tugas-tugas khas sempena Sambutan Jubli Emas Pemuda PAS yang dijangka berlansung Januari Tahun hadapan. Dalam kesempatan menyampaikan kuliah maghrib tersebut, beliau mengingatkan supaya seluruh masyarakat menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan.

Al-Fadhil Ustaz Hamdi sedang menyampaikan taujihatnya

" Allah Taala mencipta manusia dan dia menyediakan buku panduan iaitu al-Quran supaya manusia tidak tersilap langkah mengendali urusan hidup seharian. Sebagaimana yang dapat dilihat hari ini, sesuatu penciptaan akan diberikan buku panduan untuk memandu pengguna mengendalikannya dengan baik"

Beliau turut mengingatkan para Jemaah yang hadir supaya tidak hanya mengambil sebahagian al-Quran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Islam bukan sahaja sempit pada ruang lingkup solat, puasa, zakat dan haji semata-mata. Bahkan, Islam meliputi seluruh kehidupan termasuk ekonomi, politik, perundangan dan lain-lainnya.

" Dalam ayat surah al-Haj Allah Taala perintahkan kita melakukan kebajikan. Para ulama' menyatakan termasuk makna melaksanakan kebajikan adalah berusaha menyebarkan dan menegakkan urusan agama Allah Taala di atas bumiNya ini", tegas beliau yang juga merupakan anak kepada Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Tuan Guru Dato Harun Taib.

Bersempena Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda, beliau turut berkesempatan melancarkan kutipan derma bagi menjayakan program yang telah disusun. Al-Fadhil Ustaz turut menceritakan kisah dan kelebihan kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah Taala. Bahkan, beliau menegaskan sedekah dan derma termasuk dalam sedekah jariah yang merupakan bekal seorang mukmin apabila ditakdirkan menghadap Allah Taala.

Al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi setelah selesai menyampaikan kuliahnya baru-baru ini

Pada 21 Disember lepas, al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi turut berkesempatan menyampaikan kuliah sempena program Kuliah Orang Mude Geng Kite di sini.


Dalam kesempatan itu, beliau mengulas berkaitan isu hudud yang cuba diputar belit dan diberi gambaran buruk oleh media.

" Allah Taala mensyariatkan hukumNya bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan manusia dalam kehidupannya. Hukum hudud bukanlah sepertimana yang digambarkan hari ini. Islam lebih bersifat mendidik dan menjauhkan penganutnya daripada melakukan dosa dan maksiat, bukan bersifat menghukum dan mencari kesalahan manusia" , tegas beliau.

KHIDMAT MERU

Posted: 25 Dec 2011 09:06 AM PST

KHIDMAT MERU


test gambar

Posted: 24 Dec 2011 03:31 PM PST


Landskap Siasah

Posted: 25 Dec 2011 07:57 AM PST

Landskap Siasah


Penjarakan Khir Toyo- hendak naikkan Ranking Indeks Persepsi Rasuah semula?

Posted: 25 Dec 2011 03:39 AM PST

Bekas menteri besar selangor didapati bersalah rasuah..Indeks Rasuah negara jatuh 4 anak tangga tahun ini (tangga ke-60).
Semalam SPRM masuk TV3 ( 24 Disember 2011) ceritakan bahawa mereka siasat dengan penuh prosedur (yang mati tu sebab takdir ilahi)...
kalau nak naik kembali indeks persepsi rasuah, try bawa Taib Mahmud plak siasat...Insya Allah indeks naik semula...
Muhammad Nuruddin Bashah

Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan