Kepada YB dan seluruh AJK UMNO DunSemarang serta para Pembaca dan pelayar Blog DuSemarang,Saya memohon maaf untuk seketika blog ini akan berehat, saya akan menjalani Pembedahan Katarak dan saya mohon doa restu para pembaca mendoakan kleselamatan serta kesejahteraan saya. Terima kasih diatas kerjasama tuan-tuan semua.
Apakah Katarak?Ianya sejenis selaput di dalam mata.
Bolehkah ianya dirawat dengan ubat titis atau ubat lain?
Tidak ada rawatan ubatan untuk katarak semasa ini.
Bagaimana dengan rawatan herba?
Rawatan herba sering diiklankan sebagai rawatan yang boleh mengelakkan, mengurangkan dan menghapuskan katarak. Tetapi tiada bukti sains yang menunjukkan rawatan herba boleh membasmikan katarak.
Bolehkah kanak-kanak mengidap penyakit katarak?
Ya. Ada bayi yang dilahirkan dengan katarak. Kanak-kanak kecil juga boleh mendapat katarak selepas kemalangan dan penyakit sistemik.
Apakah jenis pembedahan yang diperlukan?
Pembedahan ini melibatkan kanta yang telah mengandungi selaput dikeluarkan dan kanta intraocular dimasukkan untuk menggantikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan