Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 14 Nov 2011 03:53 AM PST Gerak Gempur Jentera HelWa & Pemuda Kota Raja Posted: 13 Nov 2011 07:18 AM PST Semalam mereka pulang kira-kira jam 12.30 pagi dari Markas Bikut Naga. Awal pagi ini mereka bersia sedia pula untuk mengempur Taman Desawan Klang. Mereka benar-benar iron lady Kota Raja.
Bermula jam 8.30 pagi tadi kira-kira 20 orang petugas yang diketuai oleh Ketua HelWa JPrK Kota Pn Rosnah Abd Wahab telah menyantuni masyarakat berbilang kaum di sebuah Taman Desawan Klang.
Selain Jawatankuasa HelWa turut hadir ialah YDP merangkap Pengarah JPrN, Cikgu Jaafar, Sdr Azmi Jusoh, Ahli Majlis MPK merangkap Pegawai Khas YB Dr Mariah, Setiausaha JPrK Tuan Syed, Ketua Penerangan Tuan Mutalib serta petugas-petugas PAS dari Cawangan dan Sri Andalas.
Semua rumah yang dilawati amat gembira menerima kunjungan rombongan pada kali ini. Gambar seterusnya dikaki berita Sementara itu pada masa yang sama Yb Dr Mariah meninjau kawasan rumah yang mendap di Kemuning Indah Elite bersama para penduduk, Pemaju dan MBSA, turut hadir ialah Sdr Azmi Jusoh. Pada waktu yang sama Pemuda PAS yang diketuai oleh Sdr Imran Satiman dan Ahli Jawatankuasanya telah menganjur Program Khidmat Masyarakat PAS Kota Raja.
Diantara aktiviti yang dijalankan ialah menyampaikan sumbangan kebajikan, khidmat kesihatan, membuka kaunter SPR dan Kaunter MES. Selain itu pengedaran Buliten Kota Raja juga dibuat diseluruh 500 rumah di Taman Sri Lembayung Seksyen 25 Shah Alam.
Candid : Lawatan Jentera HelWa ke Taman Desawan | |
PEMUDA RANTAU ABANG Posted: 14 Nov 2011 03:35 AM PST Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011 oleh Pengarah MTD Rantau Abang Posted: 13 Nov 2011 08:41 PM PST | Tuan Haji Alias Harun Pengarah MTD Rantau Abang | GONG PASIR, DUNGUN 13 November, Ahad - Menjelang peperiksaan SPM 2011 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang,Tuan Haji Alias Harun yang dikenali ramai dikalangan penduduk Dungun dengan panggilan mesra "Cikgu Lias" dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
" Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, ujar beliau secara ringkas. Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, demikian makluman oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober lalu. | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri Posted: 14 Nov 2011 03:05 AM PST Ketua DMPKS Terima Lawatan Muslimat Palastien. Posted: 13 Nov 2011 06:41 AM PST Sik, 6 November 2011 - Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sik DMPKS menerima lawatan ziarah Muslimat Palastein di Kompleks PAS Kawasan, Kampung Sungai Pau. Dalam majlis tersebut muslimat Palastein berucap di depan orang ramai dengan di terjemahkan oleh Ust. Sobri Md Nor. Turut serta dalam majlis tersebut YB. Haji Yahya Abdullah, Setiausaha DMPKS Puan Nasiroh Dollah, dan Ketua DPPKS Mohd Subky Sulaiman.
| |
PAS TAMBUN Posted: 14 Nov 2011 01:17 AM PST |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Nov 2011 01:09 AM PST Najib dipaksa berhenti awal? Posted: 14 Nov 2011 01:04 AM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Ahmad Lutfi Othman Kontroversi Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) membabitkan keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil bukan saja tidak dapat diredakan oleh penjelasan rakan sejawatnya dalam Pemuda, Khairy Jamaluddin, malah keterangan menantu bekias Perdana Menteri itu makin memanaskan isu ini. Khairy mempertahankan penyaluran dana hampir RM10 juta daripada NFC, untuk membeli apartmen mewah One Menerung, sambil menegaskan tiada unsur penyelewengan dalam pembelian hartanah itu, sebaliknya beliau berhujah, ia merupakan satu bentuk "pelaburan yang paling selamat". Sebelum ini, Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata wang yang disalurkan kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas dan Khairy sendiri menegaskan bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat. Apakah kerajaan telah dirujuk terlebih dahulu sebelum transaksi pembelian kondominium mewah bernilai RM9,758,140 itu dibuat, yang langsung tiada kaitan dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu? Secara peribadi saya menghormati pandangan Ahli Parlimen Rembau itu -- yang tidak diberikan sebarang jawatan dalam kabinet Najib Razak -- mengenai demokrasi, khususnya menyentuh kebebasan bersuara. Khairy (bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping nSiew) bersetuju dengan penghakiman Mahkamah Rayuan mengenai Seksyen 15, Universiti dan Kolej Universiti (Auku) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, Khairy, beberapa tahun lalu, semasa Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei, turut mahu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dimansuhkan. Malangnya, Khairy tidak mempunyai kekuatan untuk menjuarai isu-isu ketelusan, integriti, salahguna kuasa, apatah lagi berbicara hal berkaitan kronisme dan pilih kasih. Rekod hitamnya di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi ternyata menyukarkan beliau, malah kekalahan teruk Umno-BN dalam pilihan raya umum, Mac 2008 juga disandarkan kepada karenahnya. Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli yang mula membangkitkan isu ini menyifatkan alasan Khairy itu sebagai tidak masuk akal. Setiausaha Agung KeADILan, Saifuddin Nasuiton Ismail pula menyifatkan pembelian kondo itu sebagai "perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC". Dalam wawancara dengan Sinar Harian, Rafizi mengusik Khairy: "Di sini saya hendak ucap terima kasih kepada Khairy kerana sibuk untuk mempertahankan menteri itu (Shahrizat). Saya hairan kenapa perkara ini seolah-olah melibatkan pihaknya sedangkan kita mahu orang lain jawab." Sementara itu, banyak pihak percaya, kerjaya politik Shahrizat kini bagai telur di hujung tanduk. Pimpinan Umno-BN sendiri merasakan ia satu beban atau liabiliti yang bertindan-tindih dengan masalah besar yang sedia menekan parti itu. Imej buruk Umno yang sukar bercerai tanggal dengan elemen korupsi dan salahguna kuasa makin terpahat kukuh pada persepsi rakyat. Mampukah Shahrizat menepis segala dakwaan dan serangan, terutama yang dibuat melalui media baru, yang berupaya membongkar pelbagai fakta dan dokumen, dengan cepat dan menyeluruh? Rangkaian aktiviti perniagaan suami dan anak-anak beliau diteropong sehalusnya. Restoran mewah berasaskan daging milik keluarganya juga menjadi perhatian dan dikaitkan dengan NFC yang mencurigakan itu. Shahrizat juga bakal berdepan dengan 'penghakiman' Rosmah Mansor, yang dilihat mempunyai kata putus dalam isu-isu kritikal seperti ini. Meskipun hubungan mereka agak intim, namun bagi pemerhati politik, Rosmah akan bertindak nekad kepada sesiapa jua, termasuk 'menghukum keras' kenalannya jika mereka boleh mendatangkan kesulitan, apatah lagi menjejaskan sokongan kepada BN. Banyak contoh yang boleh diberikan; rakan-rakan karib Rosmah terpelanting disebabkan 'wanita pertama' itu merasakan mereka menyusahkannya. Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan buku Kesilapan-Kesilapan Najib, nukilan Shahbudin Husin, seorang teman lama yang saya kenali semasa bertugas sebagai wartawan Mingguan Tanahair, yang dimiliki Allahyarham Ikhwan Nasir, pertengahan 1980-an. Sewaktu rakan-rakan penulis buku politik yang lain, misalnya Sayuti Omar, Daud Ibrahim dan Yahaya Ismail, tidak menampilkan karya terbaru mereka, Shahbudin seperti melawan arus. Untuk tahun 2011, ini merupakan buku keduanya, selepas Najib Perdana Terakhir ... mendapat sambutan memberangsangkan, sehingga tiga kali diulang cetak. Di zaman kuasa siber mendominasi situasi, pasaran buku politik popular terjejas teruk. Pembaca lebih mudah dan cepat mengutip info serta analisis melalui internet. Bagaimanapun, Shahbudin, seperti mahu menyanggah tanggapan itu. Dengan menerbitkan buku sendiri (seperti kebiasaan semua penulis buku politik popular), pasaran memberikan respons baik terhadap karya bekas wartawan Watan ini. Rupanya buku masih medium berpengaruh dan mempunyai kedudukan istimewa buat peminat politik semasa, terutama yang dahagakan kupasan isu yang segar. Agak ramai yang mahukan analisis lebih mendalam yang mampu menggugah pemikiran, dan hanya buku dapat memenuhi hasrat itu. Buku politik popular memang berbeda daripada buku-buku ilmiah yang dihasilkan sarjana sains politik, namun ia tetap ada keunikan tersendiri. (Segera saya teringat kepada Allahyarham Prof Dr Hussain Mohamed, yang banyak menyimpan koleksi buku-buku politik popular dan menjadikannya satu bidang kajian beliau). Banyak rahsia dan maklumat dalaman terselit di dalamnya. Pengalaman penulis yang rata-rata terjun langsung ke lapangan, malah terlibat aktif dalam pergolakan semasa, juga memberi kelebihan. Kunjungan Shahbudin ke pejabat Harakah, 10 Nov lalu, secara tidak langsung mencabar saya untuk kembali berkarya, selepas lebih 10 tahun menyepi. Ia mengingatkan saya tentang 'kegemilangan' era reformasi, 1998-99; buku Anwar: Skandal Seks atau Konspirasi Politik, dicetak lebih 50,000 naskhah dan dipercayai jumlah cetak rompak juga mencecah angka sama. Sedangkan buku itu lantang mengkritik Anwar Ibrahim! Buku terbarunya ini juga dijangka dapat menarik perhatian pembaca. Latar belakangnya sebagai seorang aktivis Umno (masih menjadi ahli), dengan jawatan terakhir sebagai Naib Ketua Pemuda dan AJK Bahagian Wangsa Maju, turut mewarnai sentuhan beliau dalam mengutarakan 19 kesilapan Najib. Di antara kesilapan-kesilapan itu adalah: * Slogan 1Malaysia merupakan silap pertama di hari pertama sebagai PM * Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan * Paling ramai memasukkan kawan-kawan dalam kabinet * Kabinet lemah dan ramainya menteri senator * Pemotongan subsidi walaupun atas nama rasionalisasi * Perlantikan Apco sebagai perunding kerajaan * Gagal mengawal karenah dan gaya mewah Rosmah * Gagal mengurus parti komponen dan anggota kabinet * Terlalu banyak program transformasi tetapi hasil diragui * Tidak tegas, tidak konsisten dan flip-flop * Terlalu bergantung kepada bekas panglima Anwar * Merestui budaya politik jijik dan lucah * Mempunyai terlalu ramai pegawai tapi tidak membantu * Terlalu ghairah mengejar populariti Shahbudin memberi penekanan kepada masalah-masalah yang melibatkan peribadi Najib, Rosmah dan keluarganya, sebagai halangan utama untuk Umno meraih kembali sokongan. "Pihak Wanita Umno yang terlibat dalam Rumah 10 ketika berkempen dan berdepan langsung dengan pengundi, mengakui mereka kadang-kadang menjadi kelu dan hilang kata-kata untuk mempertahankan Umno apabila dibangkitkan isu-isu melibatkan Rosmah. Beliau juga membayangkan, Najib akan mengikuti jejak Pak Lah, yang terpaksa meletakkan jawatan, ekoran prestasi buruk pada Mac 2008. Sekiranya BN masih gagal memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen selepas PRU13 nanti, desakan supaya Najib berundur pasti bergema dengan kuat. Bukankah timbalannya, Muhyiddin Yassin juga yang lantang menekan Pak Lah dahulu? Dari sisi ini, Muhyiddin dilihat ada kekuatan tersendiri, untuk berani dan tegas bertindak bagi "menyelamatkan" Umno. Atau sekurang-kurangnya Najib harus berupaya merebut kembali negeri termaju, Selangor; beliau masih pengerusi perhubungan Umno negeri. Shahbudin melihat syarat itu sebagai penanda aras paling minimum untuk mengelakkan Najib dihambat lebih awal daripada posisinya sebagai PM. Saya sempat mengusik Shahbudin: "Mungkin Muhyiddin sendiri akan beli borong buku Kesilapan-Kesilapan Najib itu. Bukankah dia bakal meraih manfaat politik yang besar daripada kandungan buku tersebut?" Beliau sekadar ketawa kecil ... | Pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi Posted: 13 Nov 2011 09:41 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kenyataan Media Isu wang berjumlah lebih RM250 juta yang telah disalah guna oleh Sharizat Abdul Jalil perlu kepada perhatian wajar, mana-mana wang yang disalurkan untuk projek kroni (NFC) milik keluarga shahrizat jalil langsung dibisukan tanpa sebarang ulasan oleh PM Najib. Jelas sekali wang tersebut telah dirompak begitu sahaja oleh pemimpin haprak BN, nilai wang ini jika diikutkan boleh membantu ramia rakyat Malaysia yang sedang berada dalam kesempitan hidup. Ironinya penjelasan Sharizat Abdul Jalil bahawa keluarganya berhak mendapat projek mega berkenaan, dan ini sedikit sebanyak telah menzahirkan bahawa pemimpin BN ini kurang bijak, malah lebih dahsyat dari itu mereka (BN) tergamak menggunakan wang rakyat tanpa restu rakyat yang melantik pemimpin yang sebenarnya perompak. Sudahlah projek dana awam ini terbengkalai dengan menanggung kerugian, lebih menyedihkan rupa-rupanya keadaan sebenar lebih teruk dari sangkaan, dana yang sepatutnya digunakan untuk tujuan ternakan lembu, kini digunakan pula untuk membeli kondo mewah bernilai jutaan ringgit. Mungkinkah lembu-lembu yang diternak di Malaysia sudah ada yang berkelulusan tinggi sehingga layak tiggal di kondo mewah ? Disini kita boleh lihat bagaimana jelas pemimpin BN tidak bijak mentadbir negara, bukan sahaja tidak bijak, mahu perbodoh rakyat pula dengan memberikan rasionalisasi yang langsung tidak masuk akal bila sesuatu skandal didedahkan. Mejoriti rakyat mahukan perubahan kepimpinan Negara, tetapi Umno-BN yang mahu terus berkuasa walaupun dengan apa cara sekalipun termasuklah melakukan stategi politik yang paling jijik di dunia. PRU 13 semakin hampir, disitulah medan yang paling berkesan untuk membakul sampahkan BN yang selama hari ini menyusahkan rakyat, realiti ini terbukti kerana pemimpin BN seolah-olah bersarapan serta makan wang bukanya makan nasi . Malaysia perlu diselamatkan dari cengkaman pemimpin Umno-BN yang khianat agar rakyat boleh mengecapi sinar keadilan dan kemakmuran yang sekian lama diharapkan Drs. Khalil Idham Lim Parit Buntar, 14 Nov 2011 | Rakyat Malaysia paling ramai obesiti di ASEAN Posted: 13 Nov 2011 09:33 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak. "Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong). - Bernama | Tujuh terbunuh dipercayai disebabkan letupan gas di China Posted: 13 Nov 2011 09:29 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BEIJING: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan di sebuah bangunan di utara China sehingga kedengaran tingkap pecah dari jarak tiga kilometer, kata pegawai dan media negeri. Punca kejadian letupan berkenaan pada awal hari ini di bandar Xian yang terkenal dengan Terracotta Warriors tidak dapat dipastikan setakat ini. Bagaimanapun, pegawai agensi berita Xinhua dipetik berkata, saksi memberitahu puncanya mungkin disebabkan letupan gas di tingkat satu sebuah restoran. - AFP | Demokrasi ala BN saya anggap tidak ubah seperti budak tadika. Posted: 13 Nov 2011 07:07 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Kenyataan Media Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk Pembaikan-pulih proses Mengundi adalah muslihat PM Najib untuk terus menipu dan mengaburi mata rakyat dan bertujuan meraih undi simpati. Setakat ini tidak ada tanda-tanda positif bahawa segala penyelewengan dalam pilihanraya dapat diperbetulkan dalam masa terdekat ini. Demokrasi ala BN saya anggap tidak ubah seperti budak tadika. Saya mecadangkan kepada JK dari kalangan Pakatan Rakyat yang berada dalam PSC segera mengundurkan diri sebagaimana hasrat awal PR yang tidak berminat untuk bersama JK tersebut. Langkah tersebut adalah untuk memulau PSC disebabkan keangkuhan BN itu sendiri. Rekod BN selama memerintah itu sendiri membuktikan kepada kita bahawa mereka (BN) memang buruk dari segi tingkahlaku dan pekerti mereka. Bukan mudah mereka meneri pandangan orang lain selagi pandangan itu tidak menguntungkan mereka. PSC dari awal lagi memberi gambaran bahawa ia cuma memenuhi desakan rakyat yang bersifat reda sementara dan tindakan penubuhan tersebut cuma bermotif sandiwara sahaja. Demi maruah dan kuasa rakyat, Negara memerlukan seluruh warganya melakukan perubahan, saya sifatkan perubahan ini amat signifikan kerana situasi Negara dibawah pentadbiran BN nampaknya sudah semakin kronik, Perubahan amat diperlukan bagi menjamin hak rakyat bagi menuntut dan merasai sendiri pilihanraya yang adil dan demokratik khususnya pada PRU 13 nanti. Drs, Khalil Idham Lim Parit Buntar, 14 Nov 2011 | Seorang maut serangan terbaru Israel di Gaza Posted: 13 Nov 2011 06:35 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BAITULMAQDIS: Serangan udara Israel di utara Gaza mengorbankan seorang penduduk Palestin dan mencederakan tiga yang lain, kata doktor perubatan selepas bedilan roket ke atas wilayah berkenaan hari ini. Serangan memusnahkan pos keselamatan Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza itu turut mengakibatkan lima penduduk Palestin dilaporkan hilang. Mangsa adalah unit keselamatan anggota tentera laut Gaza. Seorang jurucakap tentera Israel mengesahkan, pesawat tentera udara menyerang pusat aktiviti pejuang Palestin sebagai tindak balas kepada tembakan roket terhadap Israel. - AFP | Keanggotaan Syria digantung Posted: 13 Nov 2011 06:34 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Penduduk Syria berhimpun menyatakan sokongan kepada Presiden Bashar al-Assad selepas keanggotaan Syria dalam Liga Arab digantung di Damsyik, semalam. - afp
AMMAN 13 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan yang bersenjatakan kayu dan pisau menyerang kedutaan Arab Saudi di Damsyik dan pejabat konsulat Perancis serta Turki di bandar Latakia semalam sebagai bantahan terhadap keputusan Liga Arab menggantung keanggotaan Syria. Menurut penduduk, kumpulan lelaki yang turut memekik slogan menyokong Presiden Bashar al-Assad bertindak memukul pengawal dan memecah masuk pejabat kedutaan Arab Saudi di Rummaneh yang terletak tiga blok dari pejabat Assad dan merupakan kawasan yang dikawal ketat polis. "Kami sanggup berkorban darah dan jiwa demi Assad," jerit kumpulan penyerang itu. Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Syria ketika Raja Abdullah menuntut penamatan tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. Sementara itu, serangan sama turut berlaku di bandar Latakia, 330 kilometer ke utara Damsyik di perairan Mediterranean dengan konsulat Perancis dan Turki menjadi sasaran kemarahan kumpulan penyerang. Seorang diplomat di Damsyik mengesahkan serangan yang berlaku beberapa jam selepas Liga Arab menggantung keanggotaan Syria kerana gagal menunaikan janjinya untuk menghentikan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi sejak lapan bulan lalu dan memulakan dialog. "Serangan itu menyebabkan berlaku kerosakan di kedutaan Arab Saudi. Kami bagaimanapun tidak mendapat maklumat jelas mengenai kejadian di Latakia, tetapi dilaporkan ia sangat teruk," katanya. - REUTERS | Pindaan Akta Kerja Harus Ditarik Balik - Zainal Rampak Posted: 13 Nov 2011 06:30 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia diminta menarik balik pindaan Akta Kerja 1955 yang diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas kerana ia didakwa tidak memberi sebarang faedah kepada pekerja. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU)Datuk Zainal Rampak berkata akta itu dilihat memberi lebih keuntungan kepada majikan, dan pada masa yang sama, tidak memberi kemudahan asas kepada pekerja. "Seksyen 33A dalam akta berkenaan hanya mencadangkan kontraktor yang membekalkan pekerja kepada majikan perlu mendaftar dengan Ketua Pengarah Buruh, bagaimanapun, ia tidak menjelaskan bahawa majikan harus menyerapkan para pekerja berkenaan sebagai pekerja tetap," katanya pada sidang akhbar di pejabat TWU, pada Ahad. Beliau berkata apabila tidak diserapkan sebagai pekerja tetap dan hanya bekerja secara kontrak, maka mereka tidak akan mendapat kemudahan serta perlindungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Zainal, yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), berkata Sekyen 33A itu juga tidak menjelaskan tanggungjawab kontraktor dalam memberi perlindungan seperti insurans dan pampasan kepada pekerja, dan secara langsung, ia akan menyebabkan kontraktor tidak akan bertanggunjawab terhadap pekerja yang mereka ambil. JAYA "Pindaan Akta Kerja 1955 ini dilihat hanya akan membuka peluang kepada majikan untuk melakukan lebih banyak penyumberan luar sehingga mewujudkan lebih banyak sistem komisyen dan sistem trip untuk pemandu kenderaan berat di sektor pengangkutan. "Dalam mengejar hasil komisyen kelak, pemandu lori dan kontena akan memandu secara berbahaya untuk mengejar masa, dan seterusnya ia mampu mengakibatkan lebih banyak kemalangan jalan raya, adakah ia memberi keuntungan kepada semua pihak kelak?" katanya. Zainal berkata TWU dan MTUC sedia berbincang dengan Kementerian Sumber Manusia mengenai pindaan Akta Kerja 1955 dan berharap masalah itu diselesaikan segera tanpa perlu dirujuk kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Beliau berkata pihaknya berpendapat jika masalah itu dipanjangkan kepada ILO, ia akan memberi implikasi yang tidak baik kepada Malaysia. Katanya, Kementerian Sumber Manusia seharusnya menumpukan perhatian kepada beberapa isu penting seperti tuntutan gaji minimum, Skim Penamatan Kerja Secara Sukarela (VSS) dan lanjutan umur bersara kepada 60 tahun untuk sektor swasta. Pihak kementerian dan Persekutuan Majikan Malaysia masih belum mencapai sebarang persetujuan atau memberi keputusan mengenai isu tersebut, katanya. -BERNAMA Ulasan : Apapun yang akan untuk adalah syarikat yang mendapat konsesi dan kontrak membekalkan pekerja sesuai dengan akta baru ini. | Seperti Memelihara Lembu Dalam Kondominium Posted: 13 Nov 2011 06:26 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Nasrudin Hassan At-Tantawi 1. Pilihanraya umum ke 13 adalah peluang terbaik rakyat bangkit membuat perubahan secara total dengan tidak lagi memberi mandat pemerintahan negara ini kepada UMNO dan BN. Penegasan ini saya kemukakan setelah meneliti Laporan Audit Negara 2010. Ternyata kerajaan UMNO dan BN terlalu banyak mengabaikan amanah yang diberi sehingga memberi kesan negatif kepada pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara. 2. Laporan Audit Negara 2010 membuktikan wujudnya amalan pembaziran dan boros yang terlalu ketara dalam mengurus perbelanjaan wang negara. Amalan boros dan tidak telus dalam pengurusan bukan sahaja mengurangkan perbendaharaan negara tetapi turut menyumbang kerugian berskala besar kepada syarikat - syarikat GLC dan tentunya ia menyumbang kepada prestasi ekonomi negara. 3. Lebih malang, ianya telah berulang kali dan nasihat Audit Negara hanya dipandang sepi oleh pihak kerajaan. Inilah adalah penyelewengan dan pecah amanah yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Namun apa lagi pilihan yang ada pada rakyat setelah melihat kerajaan UMNO dan BN seperti berdegil dan angkuh apabila mereka terus mengamalkan tradisi pemborosan dan pengurusan kewangan yang tidak telus. 4. Pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangan hanya dilihat pada pendapatan yang bakal dijana oleh pelabur atau melalui peningkatan hasil negara semata - mata tetapi juga mestilah melalui satu sistem pengurusan dan kawalan ekonomi yang baik, cekap dan amanah. Tiada ertinya negara memiliki hasil pendapatan yang banyak kemudian dialir keluar dengan boros dan membazir. Negara rugi dan rakyat menderita. 5. Rakyat mesti bangkit membuat perubahan, sekaligus mendidik UMNO dan BN agar rakyat tidak diperlaku seperti binatang ternakan. Melahirkan negara yang maju dan rakyat yang sejahtera, amanah pentadbiran dan mandat pemerintahan tidak lagi boleh diserahkan kepada UMNO dan BN. Meletakkan UMNO dan BN sebagai pemerintah setelah menyaksikan bagaimana ketidaktelusan mereka mengurus ekonomi, maka tindakan itu samalah seperti bidalan anak - anak muda masakini iaitu seperti "memelihara lembu dalam kondominium" dengan maksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan tidak juga pada kesesuaiannya. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Lampiran: Contoh pembaziran, ketidaktelusan dan pengabaian amanah. Sekilas pandang dari Laporan Audit Negara 2010. a] RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna. b] Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran. Laptop dan pencetak dengan RM 11,845 berbanding pasaran RM 3,428 : 246% lebih mahal. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16,100 berbanding pasaran 2,182: 638% lebih mahal. Radar X-Band dengan RM 47,725 berbanding pasaran RM 8,255 : 478% lebih mahal Bushnell Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 2,827 : 1893% lebih mahal Marine Binocular dengan RM 56,350 berbanding pasaran RM 1,940 : 2 805 % lebih mahal Walkie-Talkie dengan RM 4,324 berbanding pasaran RM 1,561 : 177% lebih mahal c] Peralatan yang tidak mengikuti spesifikasi kontrak : Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396 Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670 Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855 LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905 GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025 CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110 Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808 d] Majlis Sukan Negara telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan. e] Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. f] Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peralatan tersebut. SYARIKAT GLC 1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja. 2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network. 3. Penurunan Pendapatan Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion. 4. Kerugian Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta. | Dakwat kekal tak perlu pinda perlembagaan Posted: 13 Nov 2011 06:23 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan. Menurut Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip 'jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan'. "Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu," kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini. Beliau juga dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu. Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul. "Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda. "Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal? Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan. Harakahdaily. | 4 sekeluarga, rakan mati ditembak akibat masalah tanah Posted: 13 Nov 2011 06:21 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - MANILA 14 Nov. – Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati empat sekeluarga dan rakan mereka di selatan Filipina ekoran masalah pertikaian tanah, kata pegawai polis dan tentera, semalam. Jurucakap tentera tempatan berkata, lima lelaki bersenjata itu memecah masuk sebuah rumah milik keluarga petani itu di Pulau Mindanao pada lewat semalam dan menembak mati pasangan suami isteri, kedua-dua anaknya serta rakan mereka. "Mangsa-mangsa tersebut ditembak mati dan salah satu motif pembunuhan disebabkan oleh pertikaian tanah," kata Kolonel Noel de la Cruz tanpa menerangkan lebih lanjut lagi. - AFP | Monti ikrar segera bentuk kerajaan baru Itali Posted: 13 Nov 2011 06:17 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ROM: Perdana Menteri baru Itali yang juga ahli ekonomi, Mario Monti berkata beliau akan segera bekerja untuk membentuk kerajaan baru dengan memberi jaminan memulihkan kembali krisis kewangan Itali. Bercakap kepada pemberita lewat malam tadi, Monti berkata beliau akan menjalankan tugas itu dengan "penuh tanggungjawab dan berkhidmat untuk negara." Katanya, Itali mesti pulih daripada krisis kewangan dan kembali mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik kerana pemimpin hari ini bertanggungjawab melaksanakan untuk masa depan genarasi akan datang. Bekas Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) itu menerima mandat rasmi daripada Presiden Giorgio Napolitano untuk mengetuai pembentukan kerajaan baru Itali. Monti mesti membariskan Kabinet barunya, memberi tumpuan kepada tugas utamanya dan mencari sokongan kuat di Parlimen supaya kerajaan pimpinannya lebih efektif. Monti menggantikan Silvio Berlusconi yang meletakkan jawatan, Sabtu lalu. - AP | Menteri Luar Liga Arab bincang krisis Syria Rabu ini Posted: 13 Nov 2011 06:16 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ALGIERS: Menteri Luar Liga Aran akan mengadakan pertemuan di Rabat, ibu negara Maghribi, Rabu ini bagi membincangkan krisis yang berpanjangan di Syria, demikian menurut jurucakap Menteri Luar Algeria, Amar Belani. "Kami sudah membuat keputusan mengenai mesyuarat Menteri Luar Liga Arab pada 16 November ini di Rabat mengenai isu Syria," katanya pada majlis berasingan sempena forum antara Turki dan Negara Arab, hari ini. Belani berkata, mesyuarat di Kaherah pada 2 November lalu menyaksikan Menteri Liga Arab memutuskan memberi masa 15 hari kepada Syria untuk melaksanakan pelan damai Damsyik yang dipersetujui sebelum itu. - AFP | Monti dicalon bentuk kerajaan baru Itali Posted: 13 Nov 2011 06:14 PM PST 17 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ROM: Presiden Itali, Giorgio Napolitano hari ini mencalonkan bekas Pesuruhjaya Eropah, Mario Monti (gambar)membentuk kerajaan baru, sehari selepas Silvio Berlusconi meletakkan jawatan selepas berkuasa lebih dua dekad. "Senator Mario Monti diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan baru," kata jurucakap presiden kepada pemberita. Profesor ekonomi berusia 68 tahun dan dekan kepada universiti berprestif, Bocconi University di Milan itu dianggap mempunyai reputasi tinggi sebagai birokrat yang berpusat di Brussels, tetapi belum pernah menjawat sebarang jawatan politik. - AFP | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 14 Nov 2011 01:05 AM PST Perkasa bantah P.Pinang sediakan bas percuma Posted: 13 Nov 2011 06:56 AM PST UMNO memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, apa depa buat nak bela penarik beca di Pulau Pinang. Baik bubar Perkasa ni kalau dah jelas jadi kuda tunggangan UMNO Kira-kira 50 pemuda Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) selepas Solat Fardhu Jumaat tadi melancarkan perhimpunan liar membantah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perkhidmatan bas percuma kepada [...] | Almarhum Kamarulzaman Abdullah : Pejuang Rakyat Posted: 13 Nov 2011 06:22 AM PST Coretan di bawah adalah nukilan senior Almarhum Kamarulzaman Abdullah semasa beliau belajar di USM. Beliau merupakan YDP Persatuan Mahasiswa Islam USM 2000 dan Presiden Gabungan Mahasiswan Islam SeMelaysia (GAMIS) 2001 Kamarulzaman Abdullah juga merupakan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru 2005-2008 dan merupakan mantan Setiausaha Agung Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang dari [...] | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 13 Nov 2011 11:39 PM PST Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Posted: 13 Nov 2011 09:26 PM PST Kepada calon-calon SPM, DPPKJerai mengucapkan Selamat menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, semoga anda mendapat kejayaan. | |
Salam Perjuangan Posted: 13 Nov 2011 11:27 PM PST MANTAN NAIB PRESIDEN KANAN FELCRA BIDAS PENYENARAIAN FELDA KE BURSA MALAYSIA Posted: 13 Nov 2011 07:37 AM PST 16 Dzulhijjah 1432 H | 13 November 2011
KUALA LUMPUR, 13 Nov ― Bekas Naib Presiden Kanan Felcra, Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai "projek gali kubur peneroka."
Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh.
Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan.
"Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.
"Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka. Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada.
Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka," katanya.
Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini.
Selain itu Rosli berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holding dilihat "menyegarkan semula" idea membawa Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lapan tahun lalu, namun gagal kerana ditentang warga Felda.
"Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan," katanya. - themalaysianinsider | |
MTD-RANTAU ABANG Posted: 13 Nov 2011 11:19 PM PST Ucapan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011 oleh Pengarah MTD Rantau Abang Posted: 13 Nov 2011 08:40 PM PST | Tuan Haji Alias Harun Pengarah MTD Rantau Abang |
GONG PASIR, DUNGUN 13 November, Ahad - Menjelang peperiksaan SPM 2011 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rantau Abang,Tuan Haji Alias Harun yang dikenali ramai dikalangan penduduk Dungun dengan panggilan mesra "Cikgu Lias" dan seluruh warga kerjanya mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPM 2011 kepada semua calon di seluruh Malaysia, khususnya di DUN Rantau Abang, Dungun, Terengganu. " Kami doakan semua calon dikurniakan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab soalan yang dikemukakan, semoga peperiksaan ini merupakan di antara tangga awal untuk melangkah lebih maju di medan pelajaran sehinggalah ke menara gading, ujar beliau secara ringkas.
Peperiksaan bertulis SPM 2011 akan berlangsung dari 14 November hingga 14 Disember 2011. Seramai 468,808 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,533 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan, demikian makluman oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober lalu. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 13 Nov 2011 09:39 PM PST Makan Malam dgn Md Sabu 24 Nov 2011 Kuala Pilah Posted: 13 Nov 2011 07:59 PM PST MAJLIS MAKAN MALAM Bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Tarikh : 24 Nov 2011, Khamis Masa : 8 mlm Tempat : Dataran Perniagaan Desa, Kampung Kuala Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan Kupon : RM 20 Hubungi : Zahar 012-6167819, Aziz 017-3129077, Md Ariff 013-3949403, Fazilah 014-6261517 Anjuran : DUN Senaling Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/ | |
PAS Kawasan Miri Posted: 13 Nov 2011 07:17 PM PST Guru Semakin Stress Akibat Kerja Terlebih Masa !!! Posted: 13 Nov 2011 02:40 PM PST Guru Dan Pelajar Jadi Bahan Uji kaji Sistem Waktu Kerja 9 Jam
Laporan dari Malaysian Insider mengatakan bahawa hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut kajian global terbaru dari Regus. Sekarang ini kerajaan sedang membuat percubaan selama enam bulan kepada kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara dan empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan atau National Union of Teaching Profession (NUTP). Kalau lapan jam bekerja pun sudah membebankan tugas para pekerja inikan pula kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat di segi fizikal menurut Naib Presiden Regus Australia, New Zealand dan Asia Tenggara William Willems. Kita cadangkan adalah lebih baik pihak kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru sama macam pekerja biasa di mana mereka boleh mula bekerja jam 8 pagi sampai 5 petang dan pelajar-pelajar sekolah pun dapat balik sekolah bersama dengan kedua ibubapa mereka yang bekerja pada waktu tersebut. Kerja 5 hari seminggu dan 2 hari cuti seperti biasa akan lebih memberi masa untuk mereka melakukan tugas mereka di pejabat dan tidak perlu di bawa ke rumah. Tugas harian boleh diselesaikan di pejabat sepanjang 8 jam dan pelajar juga akan terus diberi tugasan dan latihan mereka di sekolah tanpa perlu berulang alik ke rumah. Para guru dan pelajar boleh mengulang-kaji atau menyiapkan tugasan mereka pada sebelah petang tanpa perlu buat kerja rumah atau tambahan seperti sekarang. Kerajaan patut kaji semula sistem pelajaran sekarang kepada satu sesi saja dan tidak perlu ada 2 sesi pagi dan petang seperti yang masih diamalkan di Sarawak. Dengan hanya 1 sesi maka pelajar tidak perlu pulang makan waktu tengahari kecuali rumah mereka berdekatan dengan sekolah dan terus sampai ke petang dan mereka boleh pulang bersama keluarga mereka selepas waktu pejabat. Kerajaan juga perlu sediakan kelas tambahan untuk memenuhi kepadatan pelajar sesi petang dan juga menyediakan keperluan asas pelajar yang semakin bertambah kalau mahu mengubah system tersebut kecuali kawasan tersebut tidak mempunyai pelajar yang ramai. Begitu juga tempat berihat dan tempat penyediaan makanan yang bersih dan selamat untuk para guru dan pelajar makan tengahari juga perlu diambil kira. Para guru juga perlu sediakan jadual waktu yang sesuai dengan masa 8 jam yang diperuntukan agar tidak menjadi bebanan dan meletihkan para pelajar yang belajar sampai ke petang. Walaubagaimana pun ini adalah tugas kementerian pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan. Kita hanya memberi cadangan agar semua perkara yang akan dilaksanakan nanti akan berjalan dengan lancar dan akan memberi kemudahan serta keselesaan kepada para guru dan juga pelajar sekolah yang terlibat. Kita juga mendesak agar pihak kerajaan serius dalam apa juga perkara yang hendak dilaksanakan dan jangan menggunakan rakyat sebagai alat atau bahan uji kaji system yang belum pasti akan memberi menafaat kepada rakyat. Kita sudah melihat banyak projek kerajaan atau sistem kerajaan yang gagal dilaksanakan dengan baik akhirnya yang jadi mangsa adalah rakyat yang terpaksa menanggungnya. Kita berharap pihak kerajaan juga bersedia menerima cadangan yang boleh memberi manafaat untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Teachers and Students Victims of trial 9-Hours Working System Reports from the Malaysian Insider says that nearly half the workers in Malaysia work more than eight hours a day and take home to complete work on a regular basis at night, according to a recent global study from Regus. Now the government is making the trial for six months to about 5,000 teachers from nearly 104 schools throughout the country and four states, namely Pahang, Malacca, Johor and Sarawak will be the precursor to the nine-hours working system from January next year, said National Union of Teaching Profession (NUTP). If eight hours of work has already been burdensome task for the workers much less are long-term effects of this overload can damage the health of employees and overall productivity when workers force themselves to work badly and a fight, depressed and not even physically healthy according to vice president of Regus Australia, New Zealand and Southeast Asia William Willems. We suggest it is better for the government to implement the working time of teachers the same as regular employees where they can start work at 8 am to 5 pm and the school students also can get back from school together with their parents those working at the time. Working 5 days a week and two days off as usual will provide even more time for them to do their work in the office and need not be brought to the house. Daily tasks can be completed in the office during the 8 hours and the students will be given assignments and tuition in school without having to commute to home. The teachers and the students can revise their studies or to complete their assignments in the evening without having to do homework or additions as they do now. The government should review the current education system to one session only and does not need to have 2 sessions, morning and afternoon, as is still practiced in Sarawak. With just one session then the students are not necessary to return lunchtime except for their home near the school and continued until the evening and they can go home with their families after office hours. The government should also provide additional classes for density of the afternoon session students and also provides basic needs of an increasing student if they really want to change the system unless the area does not have many students. Similarly, resting places and food preparation clean and safe for both teachers and students to eat lunch should also be taken into account. The teachers also need to provide a suitable timetable with a time of 8 hours provided so as not to be a burden and tiresome the students who studied until the evening. However, this is the task of ministry of education to make a full study so that all parties are satisfied for any proposal submitted. We can only make recommendations to all matters so that will be implemented smoothly and will provide convenience and comfort to the teachers and the students involved later. We also urge the government to be serious in any matter to be implemented and do not use people as a tools or materials for the system that have not been experimentally identified and will provide benefits to the people. We have seen a lot of government projects or system that fail to be implemented with high-quality so finally the victims were the people who had to endure.We hope that the government is prepared to accept any proposals that can provide benefit to all people regardless of race, religion and political belief.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Nov 2011 03:51 PM PST BN TEGANG, PR TENANG Posted: 13 Nov 2011 03:02 PM PST Kenapa Barisan Nasional Mengharap Banjir? Sebab :- Mereka mahu menutup isu Sharizat dan lembunya, mereka mahu rakyat lupa isu daftar pemilih yang melibatkan pendatang tampa izin, mereka mahu para guru lupa tentang penyelewengan RM30 juta oleh kementerian pendidikan, mereka tidak mahu segala penyelewengan yang didedahkan oleh ketua audit negara sampai ke pengetahuan rakyat. Mereka sebolehnya mahu supaya rakyat tidak mendapat maklumat laporan Ketua audit bahawa pentadbiran kewangan negeri pakatan rakyat 2010 secara keseluruhanya adalah memuaskan.
Umno / BN ketika ini mengharapkan banjir berlaku, kalau boleh banjir berlaku setakat macam zaman nabi Noh sudah la, bila berlaku musibah mereka dapat menghulurkan kotak mee maggi, kampit beras, tuala wanita yang berjenama 1 Malaysia kepada mangsa banjir. Sharizat Jalil sudah tentu mahu ke Kedah, untuk menyelak betisnya, meranduk banjir bagi menyelamat isu lembunya.
Kerajaan Kedah dengan jenteranya tenang, bersiap sedia menunggu dalam menghadapi ketentuan Allah. Ahli PAS sibuk dimarkas mengadakan solat hajat memohon bagi dijauhkan segala bala musibah dari Allah.
Ini bezanya Pas dengan umno. Pengerusi perhubungan Umno Kedah, Dato Bashah yang baru kembali dari menunaikan ibadah haji, tentu pening dengan isu banjir ini, kerana janji-janji untuk mangsa banjir yang lepas, masih banyak yang belum beliau ditunaikan.
Selain dari nak meraih sokongan dengan gula-gula bantuan, pemimpin UMNO / BN juga menunggu peluang untuk mendapat sikit habuan dari peruntukkan yang 'turun'. Inilah peluang mereka mendapat habuan atau berpeluang mengawal peruntukkan yang akhirnya ada lebihan yang akan masuk poket sendiri.
Setiap pusat pemindahan, pasti akan ada kumpulan wanita dan puteri yang meramaikan pusat tersebut. Sedangkan kerja-kerja membantu mangsa tidak dipedulikan, dibiarkan kepada agensi lain menguruskannya.
Itulah sikap UMNO / BN setiap kali berlaku musibah. Mereka yakin, musibah tersebut adalah peluang untuk mereka membuat 'pahala' setelah sekian lama berwirid memohon musibah berlaku. | KINI TINDAKAN DIPERLUKAN BUKAN ALASAN Posted: 13 Nov 2011 02:51 AM PST Pakar Perlembagaan : Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan Pengakuan bekas Pengerusi SPR bahawa beliau ditekan semasa mahu melaksanakan penggunaan dakwat kekal perlu diberi perhatian serius.
Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu.
Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.
"Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda.
"Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal?
"Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu," kata Abdul Aziz yang juga adalah pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan.
Kesilapan besar
Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi bibatalkan pada saat-saat terakhir.
Menurut, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) rancangan itu dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
ebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga dilaporkan berkata Perkara 119 perlembagaan persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.
Bagi Abdul Aziz, perkara itu tidak masuk akal dan satu kesilapan yang besar.
"India telah menggunakannya; ada apa-apa cabaran mahkamah di sana mengenai isu ini setakat ini? Malah, kes-kes di India juga banyak dirujuk mahkamah Malaysia.
"AG Gani Patail mesti beritahu kita mengapa dia kata penggunaan dakwat kekal bertentangan dengan perlembagaan. Jika ada orang yang enggan untuk mengundi, seperti dakwaan beliau, itu adalah masalah mereka.
"SPR mempunyai setiap hak untuk tidak membenarkan mereka mengundi jika mereka enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh SPR. Penggunaan dakwat kekal telah diterima di seluruh dunia sebagai cara yang sangat berkesan untuk menghalang pengundian berganda," katanya.
Menurut Abdul Aziz lagi, dalam sebarang kes, beliau ragu-ragu jika kebimbangan itu mempunyai sebarang asas ataupun hanya imaginasi pihak tertentu dengan agenda khusus.
Pembaziran RM2 juta
"Dalam mana-mana kes mengapa AG tidak menasihatkan SPR sebelum mereka membeli dakwat kekal yang menelan belanja lebih RM2 juta itu?
"Saya tertanya-tanya jika pembelian dakwat kekal ini telah dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara? RM2 juta wang yang banyak dan pihak-pihak berkuasa yang terbabit perlu bertanggungjawab," katanya sambil menambah mengundi adalah hak perlembagaan.
Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.
Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.
Justeru, kata beliau, dakwaan kerajaan, SPR dan pihak berkuasa hari ini yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 13 Nov 2011 03:10 PM PST UTUSEX MENIPU LAGI!!! AHLI NGO DISERANG PAS? Posted: 13 Nov 2011 12:27 AM PST Kalau nak menipu tue pandai-pandai la... atas berita cerita lain.. bawah tue pulak cerita lain... berita atas sebut ahli NGOk diserang sampai pecah kepala... berita kat bawahnye pule cerita pasal pemuda UMporNO yang diserang dengan kayu sampai pecah kepala... mane satu betul ini... NGO ke UMporNO.... ke lancau yang pecah kepala? (UTUSEX) .....Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.
Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.
Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Berita lain ..... (UTUSEX) JOHOR BAHRU 12 Nov. - Seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang mendakwa cedera di kepala akibat diserang dengan kayu ketika membantah ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dekat sini malam tadi. Kejadian itu berlaku ketika sekumpulan wakil Pemuda UMNO mendekati lokasi ceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru sebelum dijemput untuk berdebat selama 10 minit..... mamat yang kene balun tu patut bersyukur sebab kejadian tue berlaku kat Johor sorang je pecah kepala... kalau kat Wangsa Maju dah lama dah semua 50 pemuda OMporNO aka NGOk pecah kepala masuk ICU HKL.... lagi mau kacau majlis orang... itu baru amaran awal... | KAMI AKAN HIMPUNKAN BERSIH 3.0!!! Posted: 12 Nov 2011 04:30 PM PST PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan. Ketuanya, Nasrudin Hassan menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut. "Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya. Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini. Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut. "Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan. .... BEH BOH!!!.... | KENAPA KERAJAAN KELANTAN IKLAN DLM UTUSAN? Posted: 12 Nov 2011 04:19 PM PST Hari ini merupakan cuti gantian Ahad bagi rakyat negeri sempena dengan hari keputeraan Baginda yang ke-42 yang jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu yang sememangnya merupakan cuti mingguan di Kelantan. Namun dalam pada itu, teruk juga Kerajaan Pas di kutuk gara-gara mengiklankan di dalam Utusex sempena Keputraan Sultan mereka. Baik blogger pencacai UMporNo mahupun blog pro PR sama naik je dalam mem'bahlol'kan kerajaan Kelantan dalam isu ini seolah-oleh kerajaan yang selama ini mengutuk utusex akhirnya menjilat kembali ludah mereka. Tapi mesti kita rasa pelik kena mereka mengiklankan satu muka penuh yang sememangnya mahal kosnya... kenapa sanggup bayar harga yang mahal untuk utusex? Bila saya sembang2 dengan sahabat kepada setiausaha TG Nik Aziz kelmarin tujuannya tidak lain adalah sengaja untuk membariskan Exco-Exco kerajaan Pas Kelantan agar orang-orang UMporNO tahu inilah wajah-wajah mereka... jika sebelum ini tak pernah ada pun barisan exco kerajaan baik di Kelantan atau kerajaan PR di dalam berita utusex yang ada hanya gambar-gambar yang menjatuhkan pimpinan Pas/ PR... tapi sempena keputeraan Sultan negeri, utusex telah (dengan terpaksa) menyiarkan gambar-gambar mereka agar masyarakat diluar Kelantan khususnya orang-orang UMporNO yang dok hari-hari menadah lembaran 'kitab' wajib mereka melihat sendiri wajah-wajah dan potfolio mereka... ini sebenarnya satu perangkap untuk mendapat sokongan rakyat dalam pilihanraya nanti.... So sape dah masuk perangkap kali ini? UTUSEX le!!! wakakakaka | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 13 Nov 2011 11:14 AM PST PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari Posted: 13 Nov 2011 03:50 AM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.
Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.
"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.
"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.
"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.
Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.
Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.
Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.
"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.
"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya. | DPPK Machang Akan Sertai Futsal Mahabbah 2011 Posted: 12 Nov 2011 04:00 PM PST | Sultan seru henti perbuatan ‘bermain api’ Posted: 12 Nov 2011 02:34 PM PST KOTA BHARU, 12 Nov: Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat supaya berwaspada terhadap kemunculan 'iklim tidak sihat' yang dicetuskan anasir anti establishment dalam masyarakat. "Beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, hati-hati dan peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti establishment dalam masyarakat, dengan cuba mengubah lanskap kehidupan harmoni dan damai dengan menimbulkan 'sikap buat- buat lupa faktor sejarah', kontrak sosial yang dipersetujui bersama," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah UcapanTahniah dan Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi. Majlis turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan ismail Petra itu dihadiri pembesar negeri dari dalam dan luar negara serta para Kerabat Diraja. Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Titah baginda, anasir itu juga cuba mencetuskan isu berkaitan agama Islam, bahkan mencabar kewibawaan raja-raja. "Mereka juga mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan," titah baginda. Justeru baginda menyeru pihak berkenaan supaya menghentikan perbuatan 'bermain api' serta sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak diterima dalam masyarakat dan negara. Baginda turut menyentuh keadaan dunia yang terus mengalami perubahan iklim yang tidak menentu mengakibatkan pemasanan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Sehubungan itu, titah baginda, kesan paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan, pertumbuhan ekonomi global yang lembab dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas. "Ini, turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia," titah baginda sambil menyeru rakyat menggemblengkan tenaga bekerjasama mempastikan pertumbuhan ekonomi dapat diatasi sekadar yang boleh. "Semua pihak perlu bergiat mencari pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuahan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat," titah baginda. Pada istiadat tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKMJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka. | Kewibawaan sultan lahir ramai ulama Posted: 12 Nov 2011 02:33 PM PST KOTA BHARU, 12 Nov: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rahsia kejayaan negeri Kelantan melahirkan ramai alim ulama di negeri ini adalah disebabkan kewibawaan sultan yang menaungi pemerintahan. Menteri Besar berkata, ini terbukti apabila usaha dilakukan nenekanda Sultan Muhammad V iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad pada masa lalu dalam usaha mendaulatkan undang-undang Islam di negeri Kelantan. "Sejarah mencatatkan bagaimana pada zaman pemerintahan nenenda Tuanku (Sultan Muhammad V) iaitu Sultan Muhammad II dan Sultan Ahmad telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Islam di negeri ini," katanya. Sambil menyifatkan bumi Kelantan terkenal sebagai Serambi Mekah melahirkan ribuan ulama sejak ribuan tahun lalu, Menteri Besar berkata berdasarkan rekod, Kelantan telah mula menerima 'gema syahadah' Islam sebelum Abad ke-12 Masehi lagi. Beliau berucap pada Istiadat Menyembah Ucapan Taat Setia bagi pihak Kerajaan Negeri dan rakyat sempena Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat menyembah Ucapan Tahniah serta Taat Setia di Istana Balai Besar di sini tengah hari tadi. Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-42 Sultan Muhammad V Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Menurut Menteri Besar, penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan dekat sini lama dahulu juga membuktikan bahawa Islam diamalkan dalam pemerintahan negeri Kelantan pada masa lalu. Beliau menegaskan Kelantan adalah di antara negeri mula-mula mewujudkan sistem pengajian Pondok di rantau ini bagi pengajian dan penyebaran Islam di mana Pondok pertama didirikan di Kelantan pada 1820 Masehi. Pondok itu didirikan oleh Haji Abdul Samad Abdullah (Tuk Pulai Chondong) selain Pondok Tuk Bachok dan Pondok Kubang Pasu yang didirikan pada 1900. Didirikan juga Pondok Haji Abdul Malik, Tumpat (1907), Pondok Haji Yusoff Pulau Ubi, Geting Tumpat(1908), Pondok Sungai Budur, Pondok Kg Banggol, Pondok Tuk Padang dan Pondok Tuk Semian yang antara lain dengan itu menampilkan kecemerlangan pengajian Islam di negeri ini. Menteri Besar berkata usaha untuk mendaulatkan Islam di Kelantan telah diteruskan oleh Sultan Muhmmmad II (1890–1991). "Baginda telah menguat kuasakan pelaksanaan undanng-undang syariah sama ada jenayah mahu pun mal. "Dan pada zaman pemerintahan Sultan Mansur (1890 –1900), undang-undang syariah dilaksanakan sepenuhnya di bumi Kelantan termasuklah Hukum Hudud ke atas pencuri dan Qisas ke atas pembunuh. "Baginda juga menguat kuasakan Hukum Takzir bagi orang yang tidak berpuasa dan perempuan yang tidak menutup aurat," katanya. Lantaran itu, kata Menteri Besar, usaha Kerajan Kelantan kini untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah di ngeri ini bukanlah sesuatu yang baru. "Bahkan ia adalah kesinambungan usaha yang telah dilakukan nenekanda Tuanku (Sultan Muhammad V) bagi melaksanakan undang-undang syariah di negeri ini secara menyeluruh," katanya. Justeru, Menteri Besar berharap dengan bersemayamnya Sultan Muhammad V serta pemilihan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, harapannya dan harapan rakyat seluruhnya agar Sultan Muhammad V diberikan kekuatan, taufik dan hidayah oleh Allah swt bagi menaungi rakyat dan negeri Kelantan serta seluruh negara nanti, dengan ruh syariah. "Patik yakin, insya Allah, Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini akan terus dilimpahi keberkatan oleh Allah swt dan mencatat sejarah kegemilangan untuk Islam sebagaimana di masa lalu, di bawah naungan pemerintahan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. "Dari selat ke tengah kota, disulam selasih pohon berangan; Tuanku berdaulat di atas takhta, diringi kasih yang berpanjangan,' katanya mengakhiri ucapan dengan berpantun. | Keindahan hudud bergantung kepada pendakwah Posted: 12 Nov 2011 02:32 PM PST GOMBAK, 12 Nov: Keindahan hukuman hudud pasti akan terserlah jika seseorang pendakwah yang menerangkannya berkemampuan menyampaikannya dengan betul kepada sesuatu pihak, sejajar dengan keistimewaannya yang datangnya dari Allah.
Oleh itu, seseorang pendakwah perlu memainkan peranannya dengan baik bagi membolehkan kesemua pihak dapat memahami hukuman itu dengan betul yang terkandung pelbagai hikmah di dalamnya.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pendekatan terbaik yang perlui digunakan oleh seseorang pendakwah dalam menerangkan hukuman hudud kepada orang ramai dengan mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasuilullah saw.
Menurutnya, suatu ketika, Rasulullah saw pernah didatangi seorang pemuda yang meminta kebenaran untuk berzina dan mengecualikannya dari hukuman hudud.
Katanya, meskipun tindakan pemuda itu agak keterlaluan, tetapi Rasulullah saw tidak memarahinya, sebaliknya dilayani dengan baik dengan pendekatan yang cukup bijak bagi menyelesaikan masalah itu.
"Rasulullah bertanya kepada pemuda itu, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan adik perempuan kamu?" Lelaki itu menjawab, "Langkah mayat aku dulu."
"Kemudian Rasulullah bertanya lagi, "Apakah kamu suka jika ada seseorang lelaki ingin berzina dengan kakakmu?" Dan kemudian ditanya, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan ibumu?" Dan kemudian jika dengan saudara-saudara perempuanmu?" katanya.
Menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Hudud Satu Keperluan" pada Multaqa Pendakwah PAS di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau berkata, kesemua pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh pemuda tersebut dengan tidak bersetuju.
"Malah jika seseorang lelaki itu ingin berbuat demikian terhadap keluarganya, seseorang itu mestilah melangkah mayatnya terlebih dahulu," jelasnya.
Pertanyaan Rasulullah itu, tambahnya, segera menyedarkan lelaki tersebut bahawa perzinaan adalah sesuatu yang amat hina dan mengundang pelbagai kemusnahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan itulah sebabnya ia diharamkan oleh Allah.
Katanya, dengan itu, sebagai orang Islam dan manusia yang bermoral, pemuda itu segera sedar bahawa perbuatan itu juga mestilah dielakkan oleh belliau sendiri.
"Tindakan Rasulullah itu penuh dengan hikmah dan ia turut menggambarkan berapa indahnya hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan ke atas orang yang berzina kerana di dalamnya penuh dengan hikmah pengajaran kepada seluruh manusia," katanya.
Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hukum hudud penuh dengan kekerasan, tambahnya, jelas tidak berasas dan ia menunjukkan kejahilan individu terbabit mengenainya.
"Sebaliknya, hasil perbincangan saya dengan orang-orang bukan Islam dari DAP di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka juga bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana diakui sendiri oleh mereka sebagai satu bentuk hukuman yang cukup baik," katanya yang juga Adun Manir, Terengganu.
Beliau merumuskan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud sebagai manusia yang tidak bermoral yang sememangnya hidup bergelumang dengan maksiat walaupun mengaku beragama Islam.
"Itulah sebabnya mereka tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana jika dilaksanakan ditakuti akan dikenakan ke atas mereka sendiri," ujar beliau. | Bukan Islam terima PAS berbeza 5 tahun lalu Posted: 12 Nov 2011 02:31 PM PST GOMBAK, 12 Nov: Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka. Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini. Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam. Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam. "Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini. Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya. "Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya. Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid. Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam. "Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya. Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul. Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya. Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti. | KELANTAN JUARA PIALA AGONG 2011 Posted: 12 Nov 2011 02:23 PM PST Piala Agong kembali ke negeri Cik Siti Wan Kembang selepas Melayu Kelantan bangkit dari ketinggalan untuk membenam cabaran juara bertahan Perlis 3-2 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki dengan kelibat beberapa nama pemain berpengalaman dari skuad Liga Super, Kelantan gagal mendominasi babak awal perlawanan apabila seringkali menerima asakan bertali arus dari jentera serangan Perlis.
Bermain dalam keadaan padang basah memberi kelebihan kepada Perlis untuk mengatur serangan bertali arus kearah kubu Sang Kijang.
Hasilnya, Mohd Muhaimin menggunakan kesempatan yang dimiliki didepan gawang Kelantan untuk jaringan pertama pelawat pada minit ke-34.
Selepas jaringan tersebut, Kelantan berusaha untuk memecahkan kebuntuan dihadapan 1000 penyokong setia mereka tetapi gagal menembusi gawang kawalan Mohd Izwan sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak, Kelantan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas pemain pertahanan, Rosairil Asrol menggunakan pengalaman yang ada untuk mengikat jaringan kepada 1-1 pada minit ke-51.
Jaringan penyamaan tuan rumah nyata memberi tekanan kepada pemain Perlis memaksa mereka bertindak kasar keatas pemain Kelantan.
Kekasaran mereka akhirnya mengundang padah selepas terjahan kasar pemain Perlis keatas Aris Zaidi didalam kotak tidak memberikan pengadil perlawanan, Mat Yusoff Karim pilihan selain mengenakan hukuman sepakan penalti. Wan Rohaimi Ismail mudah menyempurnakan sepakan untuk gol kedua tuan rumah pada minit ke-67.
Jaringan kedua tuan rumah tidak melunturkan semangat Perlis mencari jaringan penyamaan dan usaha mereka akhirnya berhasil ketika permainan berbaki tiga minit selepas Mohd Ikmal bijak memanfaatkan ruang didepan gawang Kelantan pada minit ke-87.
Ketika perlawanan hampir berlarutan sehingga ke masa tambahan, Mohd Ramzul Zahini Adenan muncul wira apabila menjaringkan gol ketiga dan gol terakhir perlawanan memberikan Kelantan kejuaraan mutlak dalam kejohanan Piala Agong 2011.
Selaku juara, Kelantan menerima trofi Piala Agong dan medal dengan Aris Zaidi pula dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan.
Kesebelasan Pemain:
Kelantan : Afendi Yusof
Mohd Shahrizan (GK), Nik Shahrul Azim, W.Rohaimi (C), Mohd Sani Nawi, T.Norhafizie, Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), Hafizi Awang (Noriman), Rosairil Asrol, Ramzul Zahini, Aris Zaidi dan Hamizi Harun.
Perlis : Izwan (GK), Faiz, Mohd Nasri, Rosmawadi, Andrien Jurad (Phulsakti), Mohd Muhaimin (Mohd Bahiyudin), Anas, Muhd Alif, Ezzrul, Mohd Ikmal dan Wan Khairul (Mohd Afif). | |
Batu Gajah Mari Posted: 13 Nov 2011 11:07 AM PST Kenapa UMNO cukup sinonim dengan LEMBU???? Posted: 13 Nov 2011 06:34 AM PST 1. Kita pernah dengar & melihat um...no terpekik terlolong pasal LEMBU kerana membantah & mempertikaikan MB Selangor membuat pengagihan 46 ekor lembu korban ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak pada Hari Raya Aidiladha Disember 2008. 2. Kita pernah dengar & melihat umno membuat demotrasi dan memijak kepala LEMBU dalam isu membantah pemindahan kuil seksyen 23 Shah Alam. 3. 2011 sekali lagi kita mendengar & melihat penyalahgunaan pinjaman projek lembu RM250J untuk pembelian kondo…..
Adakah ini dikatakan penternak moden yang memerlukan kondo mewah untuk dijadikan kandang lembu?????
Kepada menteri2 & kepimpinan umno jika dari kalangan ko ada yang buat salah jangan ko bermatian nak membela dan mengangkat mereka ini….Jika ko tak nak belajar dgn PR, ko cuba belajar dengan Datuk Chef Wan kerana Nadzri anak Chef Wan pernah berbohong rakyat Malaysia tetapi sebagai seorang bapa dia tidak pernah membela jika anaknya buat salah tetapi kepimpinan umno hari ini jika ada dari kalangannya yang buat salah, dia akan turut membela sebab yang tukang bela juga memang sama-sama ada banyak masalah…..
Inilah salah satu dasar umno, aku jaga kau, kau jaga aku.....
UMNO punya angkara LEMBU dapat nama..... | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 13 Nov 2011 10:04 AM PST IHTIFAL PASTI QARYAH KUALA DUNGUN KALI KE-26 Posted: 13 Nov 2011 08:06 AM PST 12 November 2011(Sabtu), Dungun; PASTI Qaryah Kuala Dungun hari ini telah berjaya menganjurkan Ihtifal PASTI kali ke-26 bagi seluruh PASTI yang berada di Qaryah Kuala Dungun. Program tahunan ini sentiasa diadakan setiap tahun dan tahun ini PASTI As-Syakirin Tanah Lot dipilih sebagai lokasi berlangsungnya Ihtifal 2011.
Ihtifal PASTI tahun ini melibatkan empat buah PASTI dan di antara acara yang diadakan sepanjang majlis ini ialah Nasyid, sajak, bercerita, dikir barat, azan dan Hafazan.
Majlis Ihtifal PASTI Qaryah Kuala Dungun dirasmikan oleh Yang di Pertua PAS Kawasan Dungun YB Ustaz Wan Hassan B Mohd Ramli. Dalam ucapan penutup, beliau berterima kasih dan menghargai kepercayaan Ibu Bapa yang sentiasa memberi keyakinan untuk menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa penganjur Ihtifal kali ini. | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 13 Nov 2011 09:21 AM PST Guru mangsa kajian makmal kerajaan flip flop BN Posted: 13 Nov 2011 08:20 AM PST NUTP: Putrajaya laksana guru kerja sembilan jam mulai 2012 November 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.
Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.
Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.
Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.
"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.
"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.
"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini," katanya.
Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan "kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah."
Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut. | |
Dewan Pemuda PAS Tawau Posted: 13 Nov 2011 07:24 AM PST |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 13 Nov 2011 04:01 AM PST PAS mahu calon muda Posted: 12 Nov 2011 05:35 PM PST Petikan Sinar Harian: KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mahu lebih ramai orang muda diberi peluang menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan berkata, mereka telah menyerahkan senarai calon mewakili pimpinan muda kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan. Katanya, pilihan ini perlu, supaya semua pihak boleh menerima corak pentadbiran baru dan mengasah kepimpinan daripada golongan muda. "Kita telah menyiapkan cadangan ke arah penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pemuda Pas di ibu pejabat Pas di sini, semalam. Menurutnya, bagi mewujudkan pelapis kepimpinan sedia ada, 40 peratus kepimpinan hendaklah diwakili orang muda. "Cadangan berkenaan bukannya menidakkan kepimpinan sedia ada, sebaliknya untuk kebaikan dalam melaksanakan perubahan," katanya. Ketika ditanya mengenai penerimaan pimpinan pusat, beliau berkata sehingga kini masih belum ada kata putus kerana pembahagian kerusi dibuat di peringkat pusat. Sementara itu, mengulas me-ngenai sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC), beliau berkata, sesetengah pihak tidak perlu memberi ruang kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Nasruddin berkata, tindakan berkenaan boleh menjamin kelancaran perjalanan jawatankuasa yang diberi kepercayaan menangani penipuan di dalam pilihan raya. "Itu pandangan daripada MCA di dalam PSC, kita tidak berhak memberikan ulasan mengenai isu berkenaan kerana ia adalah cadangan mereka. "Bukan direalisasikan lagi. Mungkin akan ada perbincangan lanjut daripada anggota dalam PSC terhadap isu berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pihak lain mengecam pandangan Ahli Majlis Tertinggi MCA, Datuk Ei Kim Hock yang enggan membenarkan rak yat Malaysia di luar negara mengundi. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan