KUALA LUMPUR, 3 DIS: Laungan 'Suara Rakyat' oleh anak muda bergema di Taman Suria KLCC menunjukkan isyarat jelas rakyat membantah undang-undang perhimpunan awam yang baru diluluskan Dewan Rakyat.
Hampir 250 orang hadir untuk bersama-sama mendengar deklamasi puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad) sebagai bantahan terhadap Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah diluluskan minggu ini.
Pak Samad turut mendeklamasi tiga sajak yang bertajuk Merindu Ruang yang diciptakan khas untuk perhimpunan hari ini, "Unggun Bersih" dan "Jahit Bendera".
Walaupun berlaku sedikit kekocahan yang melibatkan pihak keselamatan KLCC namun tidak menghalang beberapa anak muda yang hadir untuk turut sama mendeklamasikan beberapa puisi yang ditulis Pak Samad dalam buku 'Puisi Jadi Senjata'.
Pak Samad yang ditemui selepas itu berkata, kehadiran beliau hanya untuk meredakan kekangan yang ada memandangkan kerajaan telah meluluskan Undang-undang tersebut.
Jelas beliau, sekiranya masyarakat terus dibiarkan dan ditakutkan dengan jajahan yang menyekat demokrasi, dikhuatiri mereka akan menjadi takut dan tidak berani untuk memberikan idea.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) menyebut perlu ada Game Change. Tapi pada saya Game Change itu kecil yg penting adalah Regime Change.
"Game Change adalah strategi sahaja. Regime change adalah lebih besar," katanya.
Undang-undang yang diluluskan pada 27 November itu telah dikecam oleh Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat sivil kerana didakwa akan mengekang hak untuk berhimpun.
Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis sedia ada kerana ia mengenakan lebih banyak sekatan dan memberi kuasa budi bicara kepada pihak polis.
Selain itu, undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis.
Pas telah memfailkan semakan kehakiman bagi mengenalpasti adakah akta tersebut bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
Dalam saman mereka, Pas menuntut perintah deklarasi bahawa Kerajaan Pusat dan Perdana Menteri bertindak melebihi kuasa atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.
Umno: Yang boleh memerintah hanyalah AKU, yang boleh menjamin kehidupan kamu adalah AKU… semuanya AKU! — Aspan Alias
December 03, 2011
3 DIS — Dalam kita menanti pilihanraya umum ke13 ini masing-masing terlalu sibuk untuk mengambil tempat sebagai calon terutamanya dalam Umno. Masing-masing yang berminat untuk di pilih menjadi calon bercakap yang mereka adalah "winnable candidate" dan pasti menang jika pucuk pimpinan sedar tentang kehadziran mereka dalam politik tempatan.
Dalam pada itu pimpinan tertinggi menggunakan segala tenaga dan fikiran untuk membelasah pihak yang tidak mahu mengikut telunjuk mereka. Siapa sahaja yang tidak sebulu dengan Umno atau pun BN, bermacam-macam nama di gunakan mereka untuk melabelkan seseorang yang tidak bersama mereka.
Yang paling kuat sekali ialah TS Muhyiddin Yassin yang memanggil orang itu pembelot dan pengkhianat, seolah-olah mereka itu bukannya pengkhianat kepada bangsa dan negara mereka.
Elok kita kupas sedikit tentang isu pembelot ini. Siapakah pembelot itu dalam konteks politik dan kenegaraan? Apakah yang di lakukan oleh seseorang itu untuk boleh di labelkan sebagai pembelot? Definasi pembelot ini sangat luas jika dipandang dari sudut makronya.
Tetapi biar kita berbahas dalam konteks politik pilihanraya yang hampir tiba ini. Pembelot dan pengkhianat negara boleh ditafsirkan sebagai sesiapa yang melakukan kejahatan kepada negara. Apa pula perkara-perkara yang dianggap jahat yang dilakukan kepada negara? Perkara-perkaranya banyak.
Rasuah merupakan pembelotan terbesar kepada negara. Perasuah itu adalah pengkhianat, apatah lagi kalau dilakukan oleh mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga harta benda rakyat melalui pilihanraya. Perbuatan rasuah itu adalah satu dosa besar kepada negara. Dalam kejadian rasuah ianya melibatkan wang rakyat dan sesiapa yang menerima wang rasuah itu, ia adalah satu kegiatan mencuri. Mencuri wang rakyat adalah pengkhianat negara.
Sesebuah negara yang baik, negara itu mesti berjuang untuk bersatu padu dan mempunyai tahap "national unity" yang tinggi. Jika pemimpin-pemimpin terutamanya yang sedang memerintah bercakap dan bertindak dengan tujuan untuk memecah belahkan rakyat bagi mengambil kesempatan untuk mendapat undi dan sokongan dalam kekeliruan itu, pemimpin-pemimpin seperti ini adalah pengkhianat negara.
Berkata-kata untuk memecah belahkan perhubungan baik di antara rakyat berbilang kaum itu merupakan pengkhianatan yang tidak terperi tahapnya kerana jika berlaku perpecahan itu yang bertanggungjawab adalah individu pemimpin atau parti yang melakukannya.
Mereka yang melaga-lagakan rakyat yang berlainan agama dan kepercayaan itu juga merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara. Kegiatan ini sedang giat dilakukan oleh pihak tertentu untuk menaikkan suhu perpecahan di antara rakyat yang berlainan agama bagi kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa. DAP yang hampir kesemua ahlinya beragama Buddha, di tuduh mengkristiankan orang Melayu Islam. Semuanya ini adalah pengkhianatan kepada negara kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan di antara rakyat yang berbilang agama dan kepercayaan.
Apa sahaja yang boleh mencetuskan keburukan kepada negara itu adalah pengkhianat negara. Tetapi yang lebih besar dosanya ialah apabila seseorang atau pemimpin mengaku dan berkata-kata dengan sombong yang segala-galanya yang ada dalam negara ini termasuk pembangunan dan rezki yang diterima rakyat itu adalah oleh kerana Umno.
Tidak ada Umno, negara langsung tidak ada apa-apa dan rakyat seolah-olah akan mati kebuluran. Kalau tidak ada Umno, Melayu akan telanjang tanpa pakaian. Kalau tidak ada Umno, tidak ada lebuhraya tetapi tidak di keluarkan pula betapa setengah yang berkuasa telah memeras rakyat melalui perjanjian concessionaire yang di rahsiakan dari rakyat dan di letakkan dalam akta rahsia resmi.
Katanya jika tidak ada Umno, rakyat kita tidak akan dapat pelajaran dan berbagai-bagai lagi dan semuanya ini adalah pengakuan yang mengambi alih kerja Tuhan Maha Esa.
Ramai sudah jemu dengan ungkapan takbur yang itu Umno buat, ini Umno buat, semuanya Umno buat dan boleh menjamin kehidupan kamu di dunia dan akhirat. Tetapi tidak pula mereka memberitahu berapa billion pemimpin kita kebas dalam pembelian peralatan senjata perang. Tidak juga mereka memberi tahu rakyat dalam projek MRT itu berapa billion individu-individu itu dapat dan keluarga mana yang kebas.
Tidak juga mereka memberitahu peneroka Felda berapa ratus juta beberapa orang besar di dalam Felda itu akan mendapat keuntungan peribadi dan banyak lagi isu-isu yang lain yang sangat menyakitkan kepada siapa yang tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di sebalik tabir.
Yang di sebut hanyalah AKU… AKU dan akulah yang boleh menjamin hidup kamu semua. Bila bercakap hanya AKU, yang pandai… AKU, yang boleh memerintah… semuanya AKU.
Ketakburan pemimpin-pemimpin kita sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dipertahankan lagi. I reckon all of them should go! AND they must go. — aspanaliasnet.blogspot.com
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
linda ialah jantan nigeria yang sedang memerangkap banyak jantan dunia ketiga yang berminat dengan minah mat salleh
surat ingin berkenalan ini bertaburan yakinlah sekali sekala ada juga jantan kita yang terperangkap dengan linda kah kah kah
NOTA: 419 ialah nama jenayah internet di nigeria 419 ini adalah hukum kanun nigeria yang terbukti bersalah gambar dan namanya diumumkan untuk diketahui ramai
NOTA: sedarlah linda tidak wujud kah kah kah
PENIPUAN 419 NIGERIA
Hello Greetings from Linda !
Before i proceed, how are you today? Hope you are in perfect condition of health, which is the most priority in life. My name is Linda. I know that you may be so astonished how i get to your email. I saw your email address on forwarded page so i decided to extend my felicitations to you, presently i can not really specify what prompted my drive to write but i did have the mind that you could be a nice person, then i feel to drop this few line of words to you, wishing that we can make it together to become friends. Remember that age, color or distance or even language does not matter but true love matters a lot in life.
I will be very happy if you could write me back via (linda.aabars@yahoo.co.uk) so that we can get to know each other better and share our feelings and see what happens in future, and also to view our photos as well, i will be waiting to hear from you. Thanks and have a pleasant day. Yours new friend.
rakyat malaysia dari semua bangsa pembaca tukar tiub dari semua bangsa sila lihat gambar dibawah ini lihat dengan jujur lihat dengan hati terbuka lihat dengan hati yang ikhlas lihat betul bertul
kemudian: dan sila tanya betul kah muka ini muka melayu betul kah ini sosok melayu?
kemudian baca potongan berita ini:
One leader, Shaik Hussein Mydin, claimed that Malays and Islam were at risk in Penang, and said that PKR and PAS had "no power" to stop the repression of the Malay community there.
"PKR and PAS are 'bapok' (transvestites) and 'pondan' (effeminate) as these days they have no power to challenge DAP.
"A vote for DAP is a vote for the destruction of Islam," said the Penang Umno Youth chief to loud applause and shouts of "PKR, PAS tak ada telur!"
DENGAN TULUS DAN IKHLAS
KEMUDIAN SILA TANYA LAGI
siapa sosok ini adakah ianya melayu kenapa cakap hal telooo kenapa cakap hal bapok kenapa cakap hal pondan
lihat kembali gambar di atas kemudian sila tanya sekali lagi
apakah muka ini muka melayu? apakah sosok ini sosok melayu?
sila jangan tuduh tt rasis lihat muka dan baca potongn berita lihat dengan jujur dan baca dengan tulus ikhlas
PORNO , PELACURAN AKAN MENINGKAT JIKA PEREMPUAN DIBENRAKAN MEMANDU MENGIKUT ALIM ULAMAK SAUDI ARABIA
(International Business Times) - A "scientific" report published in Saudi Arabia has claimed that lifting the ban on women drivers would result in "no more virgins".
The report also warned that such a move would also make more Saudis, both men and women, turn to homosexuality and pornography. The study also predicted a surge in prostitution and divorce.
Such startling conclusions were drawn by Muslim scholars at the Majlis al-Ifta' al-A'ala, Saudi Arabia's highest religious council, working in conjunction with Kamal Subhi, a former professor at the King Fahd University, according to the Daily Mail.
The study was made to assess the possible impact of repealing the ban in Saudi Arabia. The country is the only place in the world where women are not allowed to drive a vehicle.
The report was submitted to all 150 members of the Shura Council, the legislative body.
Within 10 years of the ban being lifted, the scholars said, there would be "no more virgins" in the Islamic kingdom.
The religious group pointed to is visible "moral decline" in other Muslim countries where women are allowed to drive.
"All the women were looking at me," Subhi writes of how women behave in other Arab countries, while he sat at a coffee shop in an unnamed state. "One made a gesture that made it clear she was available. ... This is what happens when women are allowed to drive."
The study was undertaken after Shaima Jastaniya, a 34-year-old Saudi woman, was sentenced to 10 lashes with a whip after she was caught driving in Jeddah.
Despite strong protests in the country about the sentence and the law in general, there has been little hope for any reforms among conservative royals and clerics.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
nota: siapa tahu kenapa jantan arab selalu pergi ke salon rambut kah kah kah kah kah kah
kerana bila nampak rambut perempuan jantan arab akan terpancut kah kah kah
Terbakar dihutan Nampak asapnya. Terbakar di hati tiada sesiapa yang Nampak konon. Tapi terbakar dihati Mahathir ramai yang Nampak.
Ya tak ya juga, Siapa tak marah jika orang yang dia bunuh dihidupkan semula. Demikianlah tabiat manusia yang tak beriman. Lainlah jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Cuba anda bayangkan apabila orang yang dibenci dan di sayangi Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bukan setakat itu malah sebaik saja menjawat jawatan perdana menteri Datukr Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
Sudah tentu hati Tun Mahathir Mohamad terbakar hangus, kerana orang yang dihukum dibebaskan.
Kemarahanya bukan setakat berkata Tun Abdullah merosakkan umno, malah Tun Mahathir bertindak keluar parti menunjukkan kemarahan yang amat sangat.
Bukan setakat itu saja termasuk mengugut cabinet umno/BN menurunkan Abdullah Ahmad Badawi dari jawatan perdana menteri dan sekaligus menyerahkan jawatan presiden umno.
Abdullah Ahmad Badawi diserang segenap penjuru beralasan dialah punca kekalahan teruk umno dalam musim pilihanraya umum ke 12 sehingga kerajaan hilang kelayakan dua pertiga di parlimen.
Alasan tersebut jelas tak lojik, kerana bukan Abdullah Ahmad Badawi seorang saja yang salah dan buat silap jatuhnya umno, malahan semua anggotan cabinet umno terbabit.
Oleh kerana kemarahan Tun Mahathir pada Abdullah Ahmad Badawi, maka itulah senjata yang terbaik untuk menurunkan presiden yang dibenci itu.
Setelah berjaya menurunkan Abdullah Ahmad Badawi yang pasrah itu tidak lama kemudian Mahathir masuk semula umno dan Tan sri Sanusi junid presiden uiversiti Islam antara bangsa Malaysia dipecat kerana keluar parti ikut Mahahtir.
Tun Mahathir semakin marah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut sebut akan menjadi perdana menteri selepas PRU 13 nanti.Tambahan pula kKini antara Najib dan Anwar, Anwar dikatakan lebih pupolar berbanding Najib perdana menteri ke enam yang penuh dengan kontroversi itu.
Marah Tun Mahathir semakin marak, kerana bimbang dengan apa yang akan berlaku setelah Malaysia di terajui Anwar Ibrahim musuh ketatnya itu, walaupun Anwar telah membuat pengakuan terbuka yang dia tidak akan mendendami sesiapa.
Barangkali Tun Mahathir kurang yakin dengan pengakuan yang dibuat oleh musuh ketatnya sebab itu dia seranag Abdullah Ahmad Badawi habis habisan macam pukul anak sindir menantu.
Maklum sajalah mana boleh percaya dengan pengakuan Anwar yang pernah dikenalpasti sepanjang menjawat jawatan timbalan menteri , menteri dan perdana menteri sepanjang 22 tahun Tun menjadi perdana menteri.
Bimbang nanti cakap tak serupa bikin maka nahaslah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.Baca di sini
Keratan akhbar Mesir menunjukan penggunaan dakwat kekal ketika pilihan raya di Mesir baru lalu
Pada 28 November 2010 yang lalu, Mesir mengadakan pilihan raya dengan mengunakan dakwat kekal.Kita harap Majlis Fatwa kita ini dapatkanlah pandangan dari Sheikh al-Azhar supaya keputusan segera boleh diperolehi.Bukan susah mana dalam dunia canggih teknologi komunikasi hari ini.
Lagi pula, Sheikh al-Azhar merupakan rujukan dunia Islam dan boleh diterima pakai tanpa keraguan. Bukanlah pula nak memperkecil-kecilkan Majlis Fatwa negara sendiri, tapi ....apa kata sekiranya ada pula diantara Mufti yang seramai 14 orang itu berlainan pendapat dengan Majlis Fatwa seperti mana yang berlaku dalam isu tarian Poco-poco?
Tentu kita semua ingat bagaimana Mufti Perak telah mengharamkan Poco-poco sedangkan Majlis Fatwa mengharuskannya
Bangladesh dan Indonesia telah lama menggunakan dakwat kekal. Kenapa Malaysia agak ketinggalan dalam soal ini? Tidak malukah kita kepada Mat Bangla atau Pekerja Kontrak Indonesia?
Pada pihan raya umum lalu, SPR telah mencadangkan penggunaan dakwat kekal, tetapi tiga hari sebelum 8 Mac 2008, penggunaan itu diumumkan ditarik balik oleh bekas pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman konon kerana terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.
Hujah tersebut sungguh pelik dan tidak meyakinkan sesiapa selain parti pemerintah Umno/BN.
Keputusan itu juga menjejaskan kredibiliti SPR dan menimbulkan kecurigaan dalam proses pilihan raya Malaysia,
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini.Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi.
Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.
Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah.
"Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.
"Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
"Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
DEY MACHA!!! UMPORNO DOK MENYANYI SAKAN DI PWTC PEKAN KAJANG PULAK YANG BANJIR KAH! KAH! KAH!
BETOI KA BUAYA DALAM GAMBAQ DI ATAS GUA PUN TAK PASTI SEBAB GAMBAQ NI PEGUN TAK BERGERAK BEB KALAU ADA VIDEO BOLEH LA TAU BUAYA TEMBAGA KA BUAYA DARAT KAH! KAH! KAH!
HARAP-HARAP UMPORNO TAK MENYANYI LAGI HARI NI TAKUT TENGGELAM PULAK KUALA LUMPUR KAH! KAH! KAH!
Bapok, Pondan, Bangsat dan Barua! Itulah apa yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin kepada PKR dan PAS serta penyokong DAP dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 baru-baru ini.
Bahasa yang jelas mencerminkan cara pemikiran terkini UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi penuh dengan kebencian, semangat permusuhan, dendam dan juga ketakutan.
Siapa bapok dan pondan sebenarnya?
Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mencabar Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat di Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran".
Ini berikutan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sering mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu dan Islam semakin dipinggirkan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bukan sahaja sikap Bapok dan Pondan Pemuda UMNO terserlah disini bilamana mereka takut untuk berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat dan ribuan rakyat yang hadir dalam debat ini, malah mereka mempamirkan sikap bapok dan pondan yang bacul.
Jika dikatakan DAP menjadikan Melayu sebagai Barua mereka dalam pemerintahan Kerajaan PR Pulau Pinang, tidakkah Shaik sedar Melayu UMNO sendiri memang menjadi barua kepada Gerakan ketika mereka diperkudakan oleh Gerakan semasa BN menguasai Pulau Pinang?
Tidakkah UMNO sendiri telah menyerlahkan sikap bapok dan pondan mereka malah sanggup menjadi barua kepada Gerakan kerana takut untuk menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan mereka mempunyai majoriti kerusi yang lebih besar dari Gerakan?
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam ucapannya juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.
Shaik juga talah melabel penyokong DAP sebagai bangsat kerana menurutnya DAP itu musuh kepada Islam.
Jika begitu penyokong UMNO sudah tentu lebih bangsat kerana UMNO telah menjalankan urus niaga dengan Israel, UMNO juga telah membenarkan rakyat Israel memasuki Malaysia, UMNO juga telah menggunakan Firma dari Israel sebagai penasihat malah UMNO juga telah membenarkan warga Israel terlibat dalam pembinaan sistem komunikasi PDRM.
Siapa lebih bangsat? Israel dilabel sebagai musuh Islam oleh seluruh dunia Islam tetapi DAP pula hanya dilabel sebagai musuh Islam oleh UMNO..
Agak menghairankan bagaimana seorang yang mengaku tinggal di Pulau Pinang boleh mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul sedangkan perarakan tersebut telah diadakan setiap tahun sejak dari awal tahun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan Pulau Pinang lagi.
Biarpun ada pihak yang cuba untuk sabotaj perarakan itu, ianya tetap dijalankan malah setiap kali perarakan diadakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang menjadi jemputan.
Mungkin beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut lalu beliau tetap mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.
Atau hati beliau terlalu gelap untuk melihat kebenaran?
Selain itu Ketua Pemuda UMNO Pulalu Pinang Shaik Hussein Mydin juga berkata Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.
Statistik yang telah lama dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuktikan apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah fitnah.
Dimana statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.
Statistik dari mana Shaik Hussein Mydin perolehi untuk menyokong fitnahnya itu?
Mengakhiri ucapannya Shaik Hussein Mydin menyarankan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.
Jelas Shaik Hussein Mydin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan demokrasi.
Shaik Hussein Mydin perlu sedar UMNO telah ditolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang kerana rakyat sudah muak dengan sikap ahli-ahli dan juga pemimpin UMNO.
Sikap tidak telus dalam pentadbiran, salah guna kuasa yang berleluasa, tidak mempedulikan masaalah rakyat dan mengutamakan kroni dalam setiap pemberian tender projek milik Kerajaan Negeri itulah sikap pemimpin UMNO semasa berkuasa.
Dan ahli-ahli UMNO diperingkat Bahagian pula menjadikan harta Kerajaan Negeri sebagai harta mereka ini termasuk dewan-dewan orang ramai yang dijadikan seperti harta UMNO dan juga tanah-tanah yang didirikan gerai-gerai milik mereka seolah-olah harta kerajaan itu harta UMNO dan harta UMNO itu pula harta emak bapak mereka.
Samada Melayu mendominasi Pulau Pinang atau tidak itu bukannya terletak di tangan UMNO tetapi ditangan rakyat Pulau Pinang.
Sesuai dengan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO.
Kami akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.
Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib Pakatan Rakyat berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukannya berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.
Amir Haji Ghazali Ketua Angkatan Muda KeAdilan Negeri Pulau Pinang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).
Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene.
"Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen," kata Ketua Umum KEADILAN ketika menyampaikan Ceramah Perdana, 'Malaysia Tanpa Umno' di Hulu Selangor semalam.
Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.
Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.
Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.
"Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?" kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.
Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.
Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.
HULU SELANGOR: Di sebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang mengkhianati Melayu.
"Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.
"Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?" katanya.
Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.
"Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo," katanya.
Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.
"Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini," katanya.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.
"Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat," katanya.
Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR 3 Dis. — Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.
"Jangan dengar fitnah...mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab Umno Luar Negara di sini hari ini.
Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran. — Bernama
Kerabu: Mahasiswa tidak bodoh dan mudah ditipu macam puak umno la bik mama.
KUALA LUMPUR: Persatuan Undang-Undang Asia dan Pasifik (Law Asia) menyifatkan Akta Himpunan Aman 2011 sebagai bercanggah Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.
"Akta itu melanggar norma hak asasi manusia secara langsung dan tidak langsung, yang dinyatakan melalui Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat – Setiap individu mempunyai hak kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan," kata Presidennya, Malathi Das.
Menurut Malathi, Law Asia membantah undang-undang tersebut kerana ia mengekang himpunan aman yang menjadi amalan biasa di negara-negara bertamadun yang lain.
"Law Asia mendapati akta ini memberi sekatan teruk dan ini tidak dapat diterima negara-negara bertamadun ekoran sekatan terhadap demonstrasi jalanan, mengambil kira had umur peserta yang menghadiri perhimpunan. Malah prosedur membebankan termasuk perlu mendapatkan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan," katanya.
Tambahnya kerajaan Malaysia turut meluluskan akta perhimpunan amam ini diluluskan dengan tergesa-gesa serta dibahaskan di Parlimen dengan masa yang singkat.
"Kerajaan hanya memberikan sedikit masa bagi ahli-ahli parlimen masih belum membiasakan diri dalam dengan kekangan terhadap kebebasan berhimpun yang masih boleh dibahaskan dengan masa yang tidak cukup bagi berunding dengan orang ramai."
"Perhimpunan aman melalui jalan perarakan boleh dilaksanakan di Malaysia tanpa memerlukan akta yang menyekat seperti Akta Perhimpunan Aman," kata Malathi.
Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional walaupun pada masa sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen bagi membantah akta tersebut.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut.
Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.
Namun, selepas mendapat tekanan dan bantahan dari rakyat, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.
Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.
SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyifatkan perbahasan dari wakil Selangor Datuk Johan Abdul Aziz kononnya pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor lemah dan terdapat pelbagai penyelewengan di Perhimpunan Agung Umno semalam sebagai tidak berasas malah fitnah semata-mata.
Timbalan Ketua AMK Selangor, Muhammad Najmi Samsudin menjelaskan Umno sebenarnya sudah kehabisan isu besar untuk menawan balik Selangor pada pilihanraya nanti.
"Bagi saya apa yang dikatakan oleh Johan itu tidak berasas malah tiada bukti langsung serta bersifat fitnah semata-mata,
"Apa yang dikata oleh beliau amat berbeza sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat disini, banyak kebaikan yang telah berjaya dilakukan terutama agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor."
"Mereka cuba diungkit kembali isu lama sedangkan kita tahu rakyat sudah mula menolak Umno-Barisan Nasional apatah lagi setelah berlaku skandal isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)," jelasnya kepada keadilandaily.
Beliau juga menambah Umno dilihat menyebar fitnah dengan memutarbelit tentang pemberian lesen pusat hiburan kononnya Pakatan Rakyat menjadikan Selangor sebagai pusat maksiat.
"Saya selaku Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ingin menekankan angka-angka yang beliau katakan itu tidak benar dan apa yang diketahui sehingga sekarang tiada lesen hiburan terbaru dikeluarkan.
"Malah pusat hiburan yang sedia ada semuanya diluluskan semasa Umno-BN memerintah, angka empat ribu pusat hiburan itu tidak tepat dan hanya fitnah jahat Umno.
"Penguatkuasaan dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan pusat hiburan berlesen beroperasi mengikut arahan dan yang tidak berlesen disita sepenuhnya," sambungnya lagi.
Najmi juga Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat menambah, perwakilan Umno di sepanjang persidangan seolah-olah tidak membincangkan perkara serius mengenai agenda membangunkan rakyat dan hanya sibuk menyerang Pakatan Rakyat
"Selain Umno bersikap rasis perkauman kita juga melihat mereka memainkan isu Pakatan Rakyat tidak menghormati Sultan dan semua ini hanyalah untuk menarik orang Melayu mengundi mereka.
Beliau memberitahu jika Umno membesarkan isu perkauman bersifat rasis sehingga menyebabkan timbul ketidak puashatian dari kaum lain dan menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak diingini maka Umno perlu dipertanggungjawabkan dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat.
"Saya cabar Johan tampil secara berdepan dan kemukakan bukti jika apa yang beliau katakan itu benar, AMK Selangor sedia berhadapan dengannya dengan bukti-bukti bahawa apa yang dikatakannya semuanya menipu dan fitnah," katanya.
HULU KLANG, 3 DIS: Tugas dan tanggungjawab yang dipikul dalam mentadbir negeri Selangor yang memiliki hasil negeri yang besar dengan jumlah penduduk seramai 5 juta orang bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan.
Demikian coretan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap dihadapan hampir 400 penduduk setempat di Dewan Serbaguna Taman AU2 bersempena dengan lawatan kerja sehari ke Daerah Gombak semalam.
Katanya, pengorbanan besar perlu beliau lakukan dalam memastikan hasil negeri dapat ditadbir dengan baik selain berdepan cabaran musuh politik demi memastikan rakyat dibawah dibela dengan sewajarnya selain membuktikan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan berbanding pemerintah terdahulu.
"Saya ada bilik kecil yang saya simpan barang-barang golf. Saya minat main golf di seluruh negara yang saya pergi. Oleh sebab itu, dalam bilik golf saya ada 25 beg.
"Saya beritahu isteri saya, bilik ni kena kunci dan saya tidak boleh bermain lagi. Rakyat sudah memilih saya, maka saya kena bekerja untuk membantu mereka," katanya.
Dalam ucapannya turut memaklumkan, Pembentangan Belanjawan Berimbang 2012 dengan jumlah RM1.6 billlion dengan tambahan Geran Selangorku berjumlah RM300 merupakan bukti ketelusan dan komited Pakatan mentadbir demi keselesaan rakyat.
Ujar Abdul Khalid, pemberian air percuma 20 meter padu kepada rakyat yang dipertahankan selama ini sebenarnya telah mendidik rakyat supaya mengetahui hak sebenar yang patut mereka perolehi selama ini.
"Dua sebab kita berikan air percuma. Satu kerana saya rasa kita sudah silap dalam perjanjian dengan syarikat konsesi air. Kita bagi pada orang yang silap.
"Kedua, kalau saya tidak melakukan perkara ini rakyat tidak akan diberitahu mengenai hak mereka sebab perjanjian yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, harga setiap tiga tahun naik.
"Tahun 2008, dia (syarikat konsesi) ingin menaikkan (harga) sebanyak 30 peratus. Jadi saya protes," katanya.
Beliau menambah, kerajaan negeri dalam usaha membuka peluang kepada semua rakyat supaya dapat meningkatkan pendapatan bagi mengelakan berlakunya salahguna kuasa dan rasuah terutamanya kakitangan awam.
Katanya, rakyat sudah matang dan boleh menilai sendiri prestasi yang ditunjukkan pemimpin negeri sejak mengambilalih Selangor dari Barisan Nasional.
GOMBAK : Kanak-kanak yang lahir di Selangor mulai 1 Januari 2008 layak untuk mendaftar dengan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) walaupun telah mencapai umur melebihi setahun pada hari pendaftaran.
Ketika ini, pendaftaran TAWAS hanya boleh dibuat sebelum kanak-kanak ini menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kelonggaran ini dibuat bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak yang lahir di Selangor mendapat manfaat daripada kekayaan negeri.
"Kita melonggarkan syarat ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak di Selangor mendapat faedah hasil pelaburan dengan TAWAS.
"Kita tidak mahu ada sekatan kepada kanak-kanak untuk mendapat manfaat hasil kekayaan negeri yang sepatutnya dinikmati oleh semua rakyat di Selangor," katanya pada Majlis Dialog Bersama Rakyat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak sempena Program Khas Mesra Rakyat Daerah Gombak, semalam.
Kerajaan Selangor menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, mereka ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.
Sehingga September 2011, Kerajaan Negeri telah mengagihkan peruntukan lebih RM2.7 juta kepada 27,212 kanak-kanak yang telah telah mendaftar dengan TAWAS.
Pada dialog itu, Menteri Besar menegaskan beliau akan menghentikan projek pembangunan yang sedang dalam pembinaan jika didapati pemaju yang sama telah gagal menyiapkan projek terdahulu atau projek yang telah siap itu tidak sempurna sehingga menimbulkan masalah kepada pembeli.
Katanya, Kerajaan Negeri sekarang tidak lagi 'pejam mata' jika pemaju dengan sengaja telah gagal mematuhi syarat perjanjian seperti yang berlaku ketika pentadbiran kerajaan yang terdahulu.
"Kita tidak akan membenarkan pemaju-pemaju yang bermasalah berurusniaga di Selangor kerana kebajikan rakyat menjadi keutamaan kepada pentadbiran kerajaan sekarang," katanya.
Menteri Besar sebelum itu merasmikan Skim Ceria Fasa 2 di Flat Taman Samudera yang bertujuan memberikan imej lebih ceria dan tempat tinggal selesa kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah.
Beliau juga menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Zakaria, Gombak, selepas menunaikan Solat Jumaat.
BATU CAVES : Rakyat Selangor terus berpeluang menikmati keuntungan dan kelebihan hasil inisiatif kerajaan menaikkan kualiti dan taraf hidup rakyat dengan pelancaran Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) fasa kedua.
Majlis pelancaran program CERIA ini dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Flat Samudera, Taman Samudera dengan dihadiri oleh penghuni flat dan tetamu-tetamu kehormat lain.
"Tujuan konsep perkongsian ini adalah untuk menggalakkan penyertaan penghuni secara langsung seterusnya menimbulkan rasa penghargaan dan pemilikan kepada usaha dan sumbangan mereka sendiri dalam skim seumpama ini," ujar Abdul Khalid.
"Jika usaha kerjasama ini berjaya bermakna tercapailah konsep 'Selangorku' kerana negeri Selangor ini milik rakyat. Maka rakyat perlu mengambil sikap berkongsi dengan kerajaan bagi bersama-sama membangunkan negeri ini."
Program ini telah melepasi fasa pertama yang melibatkan 18 kawasan sebelum ini manakala fasa kedua akan melibatkan 45 kawasan perumahan.
Sewaktu ucapan pembukaan majlis, EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa melalui program ini, kerajaan memperkenalkan sistem 'perkongsian kos' antara rakyat dan kerajaan dimana 20 peratus ditanggung oleh rakyat manakala 80 peratus lagi ditanggung kerajaan.
"Konsep 80-20 ini merupakan nisbah yang rendah dan kita juga telah menerapkan konsep ini kepada pangsapuri-pangsapuri kos sederhana dengan nisbah 60-40.
"Jika bandingkan skim ini dengan kerajaan pusat yang turut menggunakan skim ini, skim yang kerajaan negeri amalkan ini jauh lebih rendah dan menguntungkan rakyat berbanding kerajaan persekutuan yang mengenakan konsep 50-50," Iskandar berkata.
Dalam pada itu, Pengerusi Flat Taman Samudera, Mohd Kori Ab Rahman turut menyatakan kegembiraan menerima skim CERIA ini dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Beliau juga berharap kerajaan negeri meneruskan usaha murni sebegini kerana bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan malah boleh mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.
"Lapan belas tahun duduk dekat sini dan ini kali pertama dan ucap terima kasih dan kalau boleh longkang-longkang juga dapat dibersihkan dan saya amat genbira dan mengucapkan terima kasih", kata seorang lagi penduduk Norzaliza Mohd Khalid.
Kos keseluruhan bagi mengecat dan mencantikkan Flat Samudera berjumlah RM360,000 iaitu meliputi 6 blok bangunan bersamaan 600 unit rumah.
Bagaimanapun, Ahli Jawatan Kuasa Zon 11 telah menyumbang sebanyak RM16,900 bagi mengurangkan beban penduduk dan penghuni flat hanya perlu membayar 5 peratus dari jumlah itu iaitu RM16,900 bersamaan dengan RM29 setiap keluarga.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan parti itu supaya berbuat sesuatu jika tidak mahu "nikmat" pemerintahan terus berada di pihaknya.
"Jika kita tidak buat sesuatu, nikmat pemerintahan yang diberikan kepada Umno, nikmat kemajuan dan kesejahteraan tidak akan kekal jika kita tidak berbuat sesuatu," katanya.
Dalam sesi penggulungan di perhimpunan agung Umno hari ini, bagaimanan berkata, setakat ini respons yang diterima terhadap usaha tranformasi perdana menteri disambut baik.
Menyentuh soal calon boleh menang, Khairy berharap selepas ini perbincangan itu hendaklah ditamatkan dan menerima siapa sahaja calon yang dinamakan Datuk Seri Najib Razak.
"Selepas ini tak payah lagi cakap. Cukup dengan ikrar kita akan menyokong siapa saja yang presiden pilih sebagai calon boleh menang," katanya.
Beliau juga berkata, selain calon boleh menang, jentera juga mesti berjalan supaya Umno menjadi parti boleh menang bagi menyokong calon terpilih.
"Sekarang ini PM boleh menang kita sudah ada," katanya sambil menegaskan keperluan gandingan orang lama dan baru dalam menghadapi pilihan raya.
Ahli-ahli kesatuan gabungan MTUC yang menghadiri perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja 1955 di Shah Alam petang ini. ― Foto oleh Jack Ooi
SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak menolak kemungkinan pindaan Akta Kerja, khususnya yang berkaitan sistem kontraktor tenaga kerja, akan memberi kesan ke atas populariti kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum.
Khalid Atan berkata, lazimnya pekerja-pekerja mengharapkan perlindungan daripada kerajaan dan oleh itu, jika ada apa-apa penggubalan ataupun pindaan menjejaskan kepentingan mereka, ia akan mengganggu sokongan atau undi ketika pilihan raya.
"Mungkin, mungkin ada," kata beliau ketika ditanya mengenai kesan sokongan para pekerja, yang dianggarkan lebih lima juta orang merupakan pengundi jika kerajaan enggan memenuhi desakan MTUC agar jangan meneruskan pindaan Akta Kerja.
Rang Undang-undang Kerja 2011 sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu tanpa mempedulikan piket kongres itu tiga hari sebelum itu.
Ia kini menunggu giliran untuk diluluskan di Dewan Negara.
Ketika ditanya sama ada MTUC akan membincangkan syor agar badan induk kesatuan sekerja itu mengisytiharkan perang ke atas kerajaan BN jika Rang Undang-undang Kerja diluluskan juga, Khalid berkata, "saya tidak boleh membuat keputusan seorang diri."
"Bagaimanapun jika dibawa ke majlis am, MTUC akan membincangkan, kita serah kepada majlis am," katanya lagi sambil menambah, ini bukan keputusan individu.
Beliau juga menekankan MTUC merupakan sebuah badan yang tidak memihak mana-mana parti politik.
Perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja hari ini, yang disertai lebih 1.000 pekerja dari Kuala Lumpur dan Selangor, turut disertai wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Zuraida Kamaruddin dan Abdullah Sani masing-masing Ahli Parlimen Ampang dan Kuala Langat.
Pada 27 November lalu, Setiausaha Kewangan MTUC Alias Awang Ibrahim menegaskan, badan induk pekerja itu akan mengisytihrkan perang ke atas kerajaan BN jika Rang Undang-undang Kerja 1955 dipinda di Dewan Negara kelak.
MTUC sebelum ini membantah pindaan terbaru yang menyediakan peruntukan kontroversial sistem kontraktor bagi tenaga kerja.
Alias Awang berkata, badan induk itu yang dianggotai 390 kesatuan akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan-pindaan dibawa ke atas Akta Kerja sekarang.
"Jika ia diluluskan di Dewan Negara maka MTUC akan mengisytiharkan perang ke atas mereka (kerajaan). Tiada ruang untuk berkompromi," kata beliau.
MTUC telah menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi belum ada perkembangan positif setakat ini.
Ketika ditanya sama ada MTUC mahu mengadakan piket kedua di pekarangan Parlimen menjelang pembentangan di Dewan Negara, Khalid berkata, ia juga akan diputuskan oleh majlis am kelak.
"Piket ini sama ada perlu atau tidak akan diputuskan oleh majlis am," katanya dan menjelaskan mesyuarat badan tertinggi MTUC belum diputuskan.
Pada perhimpunan pekerja peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan hari ini, peserta berikrar bahawa "MTUC menentang sepenuhnya pindaan Rang Undang-undang Kerja yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011, sehingga pindaan ini ditarik balik dari Dewan Negara supaya ia tidak boleh dilaksanakan."
Mereka juga berikrar untuk memberi sokongan kepada parti-parti politik yang sanggup menolak pindaan ke atas Akta Kerja dan yang menyokong perjuangan pekerja.
"Dengan ini kami tetap teguh dan terus berjuang dengan tegas menentang mereka yang menzalimi kaum pekerja serta menuntut supaya dikembalikan hak pekerja seadilnya," bunyi ikrar itu.
KUALA LUMPUR — Susulan gesaan selama 10 bulan tidak menemui hasil diharapkan, Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) hari ini membuat laporan polis terhadap enam pihak termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran berhubung kontroversi penggunaan novel itu sebagai teks sastera tingkatan lima.
Laporan dibuat di ibu pejabat polis Dang Wangi mendakwa enam pihak yang dinamakan telah menyalah guna kuasa mereka dan mengelirukan orang ramai dengan memberi maklumat tidak tepat.
Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia, S Barathidasan berkata, laporan itu turut membabitkan presiden tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) MIC, MCA dan Gerakan serta Dewan Bahasa dan Pustaka dan anggota panel yang mengkaji semula kandungan novel berkenaan.
Hadir sama membuat laporan polis ialah Pengerusi NIAT Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim. Persatuan itu merupakan salah satu pertubuhan bukan kerajaan menganggotai NIAT.
"Aduan ini dibuat kerana mereka terlibat secara langsung dalam memberi maklumat palsu mengenai Interlok kepada rakyat Malaysia bahawa versi baru Interlok adalah bersih," katanya.
Bagaimanapun katanya, novel itu masih memperlekehkan kaum-kaum di Malaysia dan tidak sesuai untuk digunakan di sekolah.
"Timbalan Perdana Menteri telah mengelirukan negara dan juga Parlimen. Kami mahu polis menyiasat salah guna kuasa oleh Timbalan Perdana Menteri dan pihak-pihak lain," katanya lagi.
Awal bulan ini, NIAT menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong agar campur tangan membolehkan novel Interlok yang kontroversi ditarik balik daripada silibus sekolah.
Novel itu, yang baru-baru ini diterbitkan dalam versi baru, digunakan di sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun salah seorang anggota panel kajian itu awal minggu ini mendakwa versi baru ada pindaan tetapi tidak semurni yang diharapkan.
NIAT memulakan kempen menggesa Putrajaya agar menarik balik penggunaan novel Interlok sejak awal tahun ini walaupun Kabinet memutuskan ia akan terus digunakan dengan dibuat beberapa pindaan.
Akhir Januari lalu, Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
KUALA LUMPUR — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.
Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu."
"Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
"Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya.
Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.
"Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
"Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi.
Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
"Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat," kata beliau lagi.
Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda.
Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.
Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu.
Menurutnya, namun Isa dalam ucapannya enggan tunduk dengan desakan itu dan ini pasti memaksa Shamsuddin mengambil tindakan saman di mahkamah terhadap pengerusi Felda yang penuh kontroversi itu.
Katanya, Shamsuddin yang mesra dengan panggilan Pak Sam ternyata telah mengambil tindakan yang tepat untuk kepentingan warga Felda dan Anak telah mengambil tindakan menyokong penuh dengan sebarang tindakannya untuk mendesak Isa tidak menandantangi atau membatalkan perjanjian itu.
"Sekiranya Isa tetap enggan tunduk dengan desakan itu, Anak turut menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Shamsuddin untuk menyaman Isa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Menurut beliau, sekiranya Isa terus berdegil dan enggan tunduk pada desakan itu, Anak turut merancang langkah tersendiri untuk mendedahkan perkara itu dan mendesak Isa, Perdana Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri membatalkan perjanjian tersebut, termasuk dengan mengadakan road show di seluruh negara bermula 8 Disember ini di Pahang.
"Pada keesokan harinya pula, 9 Disember, Anak turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacub bagi mendesak Kerajaan Pahang membatalkan perjanjian tersebut," katanya.
Sekiranya tuntutan itu juga tidak diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, tegasnya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember ini di Putrajaya.
Menurut beliau, tindakan Isa untuk menandatangani perjanjian dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd berhubung perkara itu jelas satu pengkhianatan terhadap Felda dan warga Felda di seluruh negara.
Langkah tersebut, tambahnya, tidak ubah seperti menguburkan masa depan Felda serta para peneroka dan jelas mempunyai motif kepentingan peribadi dari pihak Isa dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.
Katanya, menerusi perjanjian pajakan yang awalnya hanya 60 tahun dan kemudiannya bertambah kepada 99 tahun itu, tanah-tanah Felda ternyata akan semakin berkurangan kerana akan diambil alih dan dikuasai sepenuhnya secara beransur-ansur oleh FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.
"Tanah-tanah Felda yang terhakis itu sekitar 30 hingga 3,000 hektar bagi setiap kawasan Felda di seluruh negara. Sekiranya perjanjian pajakan itu dimetrai, jumlah tanah Felda Plantations yang terkorban berjumlah 360,000 ekar semuanya," jelasnya.
Kerugian-kerugian yang akan ditanggung oleh Felda sekiranya perjanjian itu dimetrai, menurut beliau, berupa kadar bayaran pajakan yang terlalu rendah hanya RM251 juta setahun, manakala bayaran itu pula adalah secara tetap atau bukan mengikut kadar semasa.
Katanya, dengan kadar bayaran serendah itu, Felda akan mengalami defisit RM1.3 juta sekiranya perjanjian itu dimetrai dan ia ternyata akan menjejaskan masa depan warga Felda yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara.
"Keperluan tahunan Felda tidak boleh kurang RM1,500 juta setahun, tetapi berdasarkan perkiraan yang dibuat dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan tahunan Felda pada tahun 2010, didapati Felda akan mengalami defisit sedemikian tinggi sekiranya perjanjian itu dimetrai," tegasnya.
Motif sebenarnya Isa menandatangai perjanjian itu, untuk membolehkan Felda disenaraikan di dalam Bursa Saham Malaysia menerusi Felda Global Vantures dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pasti akan mendatangkan keuntungan amat besar kepada beliau dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.
"Untuk kepentingan peribadi, Isa dan koncu-koncunya ternyata sanggup mengorbankan kepentingan Felda dan seluruh warga peneroka. Inilah sikap para pemimpin Umno BN terhadap rakyat sekarang dan selama ini.
"Sikap buruk mereka itu ternyata masih mampu disembunyikan kepada sebahagian rakyat. Anak pasti akan mendedahkan semua itu menerusi road show kami nanti untuk membolehkan orang ramai tahu kejahatan pemimpin-pemimpin Umno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau.
Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 memperakui bahawa Barisan Nasional berada di hujung kuasa dan langkah terdesak itu akan menjadikannya akan mengikuti kejatuhan rejim-rejim Timur Tengah yang dijatuhkan oleh rakyat.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada rang undang-undang itu yang diluluskan Dewan Rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional pada 29 November lalu.
"Satu lagi titik hitam tercatat di dalam negara kita. Ia hanya menambah senarai kezaliman yang tidak berkesudahan malah membuktikan ketakutan Barisan Nasional berdepan kebangkitan rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau melihat cubaan pihak kerajaan BN mengemukakan rang undang-undang itu secara tergesa-gesa merupakan cubaan terancang mereka untuk mencabul hak kebebasan berhimpun yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Tambahnya, ia meletakkan kedudukan negara kita setaraf dengan negara-negara yang mundur demokrasi seumpama Myanmar, bahkan lebih teruk lagi.
Katanya lagi, rang undang-undang itu menjelaskan retorik janji Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno pada tanggal malam sambutan Hari Malaysia 15 September 2011.
"Rang undang-undang ini mengesahkan keberkesanan kuasa rakyat yang berhimpun tanggal Julai 2011 menuntut pilhanraya bersih dan adil," ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah.
Baginya, undang-undang itu memperlekehkan intelek rakyat di samping Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang sedang mengkaji syor rakyat bagi menambahbaik pilihanraya hanyalah topeng palsu bagi menipu dan memperbodoh rakyat.
"Belumpun sempat syor untuk ruang yang lebih adil diberi kepada parti politik bergerak dicadangkan, Barisan Nasional telah melakukan tindakan jijik mengemukakan undang-undang ini.
"Tiada masyarakat sivil yang sukakan sekatan seperti ini. Justeru, tiada jalan lain bagi rakyat. Bangkit dan jatuhkan Barisan Nasional," ujarnya lagi.
KUALA LUMPUR: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.
"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.
"Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya.
Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek.
"Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja.
"Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu.
"Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz.
"Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka?
"Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk.
"Bila keluarga Sharizat daat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi.
Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.
"Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan.
"Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu.
"Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum.
KUALA LUMPUR: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.
A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.
"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.
"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.
"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.
"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.
"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.
"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.
"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.
Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.
Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan.
Baru-baru ini, setiausaha agung Umno telah mengumumkan bahawa keahlian parti itu kini telah mencapai lebih daripada 3 juta ahli dan Umno negeri Sabah adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian dengan lebih daripada 480,000 orang ahli.
Begitu bangganya Umno dengan jumlah keahlian parti yang begitu besar. Negeri Sabah pula adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian parti tersebut pada hari ini. Betulkah keahlian Umno ini begitu ramai?
Adalah perlu diingati bahawa mempnyai jumlah keahlian parti yang begitu besar sekali di negara ini tidak semestinya akan dapat menghasilkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berintegriti, bermaruah tinggi dan berkualiti.
Kalau benar-benar Umno mempunyai lebih daripada 3 juta orang ahli parti, maka bolehlah ditafsirkan parti-parti lain seperti PKR, PAS, PRM, KITA, DAP dan sebagainya telahpun menjadi tin kosong.
Ataupun bolehkah kita katakan keahlian Umno sekarang mungkin merangkumi orang-orang yang tidak sepatutnya wujud, seperti orang-orang Indonesia, Bangladesh, Bansa Moro Filipina, Pakistan, Rohingya Myanmar, Afghanistan, mat-mat rempit, peragut-peragut, banduan-banduan penjara dan berkemungkinan juga terdapat ramai ahli-ahli yang telahpun meninggal dunia.
Negeri Sabah diragui
Jumlah keahlian Umno di negeri Sabah sememangnya patut diragui dengan angka lebih daripada 480,000 orang ahli seperti yang didakwa mereka, ekoran terdedahnya satu skandal di negeri tersebut.
Kita telahpun mengetahui bahawa Sabah yang kini diperintah oleh Umno sedang menghadapi persoalan yang paling serius berikutan timbulnya skandal Projek IC baru-baru ini, yang mana ramai pihak telah mengadu ramai pendatang asing tanpa izin telah diberi kewarganegaraan agar mereka dapat mengundi pada pilihanraya umum dan negeri.
Bukan sahaja parti-parti pembangkang di Sabah yang mengadu dan meminta agar siasatan dijalankan dengan segera, malah parti-parti komponen BN (kecuali Umno) turut mengadu masalah tersebut telah hilang kawalan dan menjadi serius. Parti-parti komponen BN yang lantang menggesa agar skandal Projek IC ini disiasat dengan lebih mendalam adalah PBRS, LDP, Upko dan PBS. Sebelum ini, SAPP turut menggesa agar kes tersebut disiasat dan dilanjutkan ke peringkat suruhanjaya diraja. SAPP telahpun keluar daripada BN ekoran daripada masalah tersebut yang semakin berlarutan dan ini bergerakan sebagai parti pembangkang di negeri tersebut.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Pembaharuan Pilihanraya yang turut mengadakan suatu seesi dialog dengan rakyat di Sabah baru-baru ini turu mengesyorkan kepada kerajaan pusat agar dibentuk satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat dengan lebih mendalam skandal tersebut yang telah berlarutan selama lebih sepuluh tahun.
Duit rakyat habis dibolos, subsidi pun hilang
Jika sekiranya keahlian Umno yang kini telah menjangkau lebih 3 juta ahli itu adalah benar, bolehlah juga kita katakan bahawa ianya adalah salah satu daripada penyumbang kepada kekeringan dana kerajaan dan bertambah teruknya siri-siri penyalahgunaan kuasa dan kewangan kerajaan yang semakin ketara.
Ini terbukti dengan laporan tahunan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang telah mendedahkan puluhan ribuan bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam jentera kerajaan yang dikuasai oleh Umno, kontrak-kontrak yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor Umno yang kebanyakan tidak mempunyai sebarang kepakaran di dalam kerja-kerja yang ditawarkan, mereka-mereka yang hanya mengalibabakan kerja-kerja kontrak itu kepada pihak-pihak lain dan sebagainya.
Beginilah cara duit rakyat habis dibolos oleh kroni-kroni Umno ini dan akibat daripada itu, dana kerajaan menjadi semakin tenat, terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), UEM Corporation, MRCB, YTL, Petronas, CIMB, Maybank dan sebagainya melalui pinjaman dan jaminan-jaminan bon yang besar.
Oleh kerana beban-beban pinjaman yang terpaksa diambil kerajaan BN, beberapa jenis subsidi-subsidi yang bertujuan untuk membantu rakyat meringankan bebanan inflasi, seperti makanan dan beberapa jenis kemudahan asas ditarik balik sepenuhnya. Akibatnya, rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mendadak beberapa jenis barangan keperluan asas.
Masyarakat Melayu terus miskin
Jika sekiranya ada lebih daripada 3 juta ahli Umno sekarang, persoalannya adalah kenapa sehingga pada hari ini, masih terdapat puluhan ribu orang-orang Melayu yang masih hidup dalam keadaan daif, miskin, buta huruf, tidak mendapat pendidikan dan pekerjaan yang sempurna, mengalami pelbagai jenis penderitaan, banyak kampung-kampung Melayu di kawasan pendalaman yang masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, jalanraya, telefon dan sebagainya?
Kenapa dengan adanya lebih daripada 3 juta ahli dalam Umno, orang-orang Melayu masih lagi terpinggir dan hidup melarat seperti yang didakwa oleh beberapa perwakilan di dalam perhimpunan agung Umno yang kini sedang berlangsung?
Kenapa pula dengan adanya lebih daripada 3 juta ahli dalam Umno, parti tersebut masih tidak berdaya untuk membantu orang-orang Melayu yang menderita serta bermasalah dan kenapa pula dengan kuasa mutlak yang Umno nikmati sekarang masih juga tidak berdaya untuk mengeluarkan orang-orang Melayu daripada kongkongan kemiskinan yang teruk dan membawa mereka ke alam pembangunan dan arus kemajuan yang telahpun banyak dikecapi oleh kebanyakan orang-orang bukan Melayu?
Ini adalah tanda tanya dan persoalan yang masyarakat Melayu pada keseluruhannya perlu kaji sama ada Umno ini benar-benar membantu mereka ataupun sebaliknya, sama ada keahlian dalam Umno ini benar-benar terdiri daripada orang-orang Melayu sahaja ataupun sebaliknya, sama ada jika Umno tidak lagi berkuasa, maka orang Melayu akan lenyap dari bumi ini, dan akhirnya, sama ada orang-orang Melayu benar-benar memerlukan Umno untuk meneruskan hidupan harian mereka ataupun sebaliknya.
Yang peliknya adalah, apabila Pakatan Rakyat menerajui beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, timbul pula yang kononnya Pakatan Rakyatlah yang menyebabkan orang-orang Melayu jatuh miskin, menderita dan terpinggir, sedangkan Umno telahpun memerintah negara ini lebih daripada lima puluh tahun dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mereka anjurkan sejak tahun 1970an sehingga bagi membantu orang-orang Melayu untuk membangun?
Sedarlah, bahawa Umno ini hanyalah suatu penipuan yang maha besar rupanya.
Pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu gemar menonjolkan diri dengan menyatakan usaha mereka memberi manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi, kata Budiman Mohd Zohdi.
Perhimpunan Agung Umno 2011
KUALA LUMPUR: Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), program ekonomi bersepadu kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, menjadi sasaran kritikan ketika sesi perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Wakil Selangor, Budiman Mohd Zohdi mendakwa para pemimpin Pakatan negeri itu gemar menonjolkan diri dengan menyatakan usaha mereka memberi manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi menerusi program MES.
Tetapi sebaliknya tindakan Pakatan itu katanya, hanya untuk menutup mata rakyat berhubung segala usaha yang dilaksanakan Umno- Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu, sebelum ini.
"Dulu kerajaan Pakatan kata mereka yang pertama membawa kebaikan dan faedah dari segi ekonomi kepada rakyat. Tapi saya lihat di Selangor tiada banner 1Malaysia pun sampai ke Sabak Bernam. Mereka takut sampai ke Sabak Bernam agaknya," katanya.
Katanya, walaupun Pakatan Rakyat Selangor menganggap Belanjawan 2012 mereka sebagai yang terbaik, namun ia tidak meliputi semua golongan masyarakat secara keseluruhannya.
Budiman mempertikai usaha kerajaan negeri Selangor memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1,500 yang hanya melibatkan penjawat awam yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja.
"MES bagi gaji minimum RM1,500…..bagaimana pula dengan nasib 19,000 penjawat awam yang lain? Sedangkan mereka (kerajaan negeri) hanya beri kepada GLC sahaja. Kenapa nak bezakan di antara penjawat awam GLC dengan penjawat awam yang lain?," soal beliau.
"Pakatan Selangor sedia geran RM300 juta. Kalau setiap rakyat diberi RM55, nilai itu sama dengan harga pergi urut kaki di rumah-rumah urut yang banyak di Selangor," katanya dengan nada sinis.
Sementara itu, perwakilan dari Pahang Dato' Rosni Zahari pula mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mana-mana GLC di negara ini dipilih dari kalangan orang Umno.
Cadangan itu katanya bagi memastikan usaha untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan dengan jayanya.
"Saya cadangkan agar jawatan CEO GLC diberi kepada mereka yang berkelayakan dan CEO ini perlu dari kalangan orang Umno. Jika CEO bukan dari kalangan Umno, mereka tidak faham tentang semangat Umno untuk bantu Bumiputera," katanya.
Presidennya Tan Sri Rozali Ismail berkata beliau bimbang jika peneraju itu tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam syarikat kerana terlalu aktif berpolitik.
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (MPEM) hari ini menolak cadangan supaya jawatan tertinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada orang Umno.
Presiden MPEM Tan Sri Rozali Ismail berkata beliau bimbang jika peneraju itu tidak mampu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam syarikat kerana terlalu aktif berpolitik.
"Dalam syarikat mesti ada 100 peratus perhatian," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Rozali yang juga pengerusi eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihaknya masih berpegang dengan penetapan syarat kelayakan untuk menjadi peneraju GLC dan GLIC selain pengetahuan dan pengalaman.
Rozali berkata, apa yang penting peneraju sedia ada hanya perlu "ditiupkan roh kesedaran" untuk mempertingkatkan ekonomi Melayu.
Namun beliau tetap tidak menafikan kepentingan penglibatan golongan bumiputera dalam memainkan peranan membantu ekonomi orang Melayu.
Umno bantu Melayu
"Kita tidak boleh melupakan tanggungjawab membantu Melayu dan bumiputera yang masih ketinggalan," katanya.
Ketika perbahasan usul ekonomi dalam perhimpunan agung Umno semalam, beberapa wakil negeri menuntut supaya GLC diterajui orang Umno.
Sementara itu, wakil Umno Pahang Datuk Rosni Zahari semalam dalam hujahnya berkata ahli Umno lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana bumiputera, satu kelompok kaum terbesar di negara ini namun gagal menguasai ekonomi sedangkan pelbagai pelan diwujudkan untuk membela nasib mereka.
Rosni juga berharap satu pelan transformasi yang lebih efektif mampu menangani kemelut ekonomi masyarakat berpendapatan rendah khususnya Melayu dapat dibentangkan menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Dakwaan sumpah Bai'ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.
Bahkan, katanya, bai'ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.
"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.
"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju," katanya.
Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: "Setuju".
"Pembangkang membuat bai'ah juga," tambahnya.
Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.
Katanya, orang yang berani adalah orang yang ikhlas sambil memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib pernah bersumpah untuk menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
"Ada ketua umum PKR berani bersumpah. Ada? Dekat mana dia bersumpah?" sindir Komarul.
"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussin menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak.
Di akhirnya, tegas beliau, rakyat yang akan memutuskan nasib Umno (berhubung perkara itu).
"Di akhirnya, rakyat akan memutuskan nasib Umno, bukan orang yang bercakap sama ada ia liabiliti atau tidak."
Beliau memberitahu demikian ketika ditanya sama ada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) merupakan liabiliti kepada Umno.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, beliau amat berbangga kerana perwakilan dalam perhimpunan hari ini memberikan mandat kepada tranformasi yang mahu dijayakan Datuk Seri Najib Razak.
Menyentuh soal calon boleh menang, Hishammudin berkata ia bukan sahaja isu Umno tetapi BN secara keseluruhannya.
Naib presiden Umno itu berkata, isu tersebut harus juga mengambil kira kerusi boleh menang
"Bermaknanya tak semestinya kawasan Umno itu tetap Umno, kawasan Gerakan tetap Gerakan kerana kita mahu kerusi yang boleh menang," katanya.
Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.
ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.
Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang.
Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.
Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.
Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.
"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.
Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.
Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.
Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.
"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.
Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang.
Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.
Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.
Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.
Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.
Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.
"Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu.
Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.
Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.
"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya.
"Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di New Delhi, hari ini.
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.
Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku - kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan.
"Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan.
"Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya.
Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik.
"Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya.- Bernama
ISU Feedlot yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil tidak akan terhenti setakat Timbalan Ketua Polis Negara berkata siasatan awal menunjukkan tiada penyelewengan atau pecah amanah di dalam isu NFC tersebut.
Kenyataan dari pihak Polis tersebut memang dijangka ramai kerana kenyataan seperti itu sudah seperti menjadi kelaziman apabila adanya kes terhadap Menteri, namun kita masih berharap dengan siasatan yang masih belum selesai itu pihak Polis akan `dibukakan hati' dan menjumpai sesuatu yang `tersembunyi' dan akhirnya ada sedikit keberanian pihak Polis untuk menyatakan yang benar.
Pada ucapan Shahrizat di hadapan perwakilan Wanita Umno baru-baru ini, umpama `lembu betina yang baru lepas beranak' gelagatnya dengan garang dan emosi sekali. Apabila beliau menyentuh isu NFC, Ketua Wanita Umno ini menyinsing lengan bajunya menampakkan aurat beliau sekadar untuk menunjukkan betapa beliau seorang Ketua Wanita yang hebat, garang dan berani. Katanya, beliau tidak takut dengan isu NFC yang dicanangkan oleh Pembangkang kerana beliau tidak tiada kaitan dengan NFC. Nampaknya, melepaskan diri dari `beban' yang ditanggung oleh suaminya di dalam isu tersebut bagi Shahrizat adalah suatu contoh isteri yang `Solehah'.
Keberanian Shahrizat sehingga mengenggam penumbuk di atas pentas ternyata dapat memperdayakan semua kaum Hawa di dalam Dewan tersebut. Mereka bertepuk tangan dan bersorak kerana rasa mereka amat bertuah memiliki Ketua Wanita seberani dan sehebat Shahrizat, calon Umno yang tewas di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nurul Izzah itu.
Namun demikian, apa yang berlaku di luar Dewan? Malaysiakini melaporkan, "Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC. Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu."
Itulah `kehebatan' Shahrizat yang dibanggakan oleh Wanita Umno itu. Kononnya berani, tidak takut dengan isu yang bakal menggoncang keluarganya, hakikatnya beliau terlalu takut. Bagaimana beliau mahu menjawab soalan mengapa suaminya mendapat projek sebesar itu ketika beliau berada di dalam Kabinet? Mampukah Shahrizat menjawab dengan fasih dan lancar, mengapa pinjaman dibuat atas nama projek lembu secara tiba-tiba bertukar menjadi pembelian kondo? Itu hanya dua soalan yang terlalu mudah tetapi teramat payah untuk dijawab oleh orang yang `biasa menipu'.
Amat menyedihkan, meskipun terang dan nyata perangai insan seperti ini ditunjukkan namun masih ada golongan Hawa yang bertempik sorak menyokongnya. Lebih malang lagi, yang paling kuat bertempik sorak itu usahkan dapat menternak seekor lembu, mahu memakan daging lembu sebulan sekali pun susah. Apa pun, satu kejayaan buat Shahrizat apabila Pihak Polis `pantas' bertindak dengan mengumumkan peringkat awal `tiada yang pelik dan salah'nya di dalam isu NFC itu. Saya keliru, yang mana satu `lebih lembu dari lembu'?
AKHBAR Kosmo yang diwujudkan bagi menampung kerugian Utusan Malaysia yang tak laku kerana terlalu banyak cerita bohong dilihat mengikut perangai Utusan Malaysia.
Meskipun Kosmo dilihat lebih mirip cara laporannya seperti Harian Metro yang mengutamakan cerita seks dan kontroversi atas dasar keuntungan, dari segi propaganda politik, akhbar itu masih sama dengan Utusan.
Terbaru, berita kejatuhan indeks persepsi rasuah Malaysia yang diumumkan oleh Transparency Internasional, TI iaitu sebuah badan dunia yang mengkaji tahap rasuah antarabangsa diputar belit sampai jadi berita sampah.
Inilah cara media propaganda menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng supaya tak faham berita yang dilaporkan.
Beritanya mudah iaitu "Indeks Persepsi Rasuah Malaysia terus merudum" namun bahasa-bahasa pelik digunakan.
Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana media jahanam ini berjaya menukar berita negatif jadi berita positif.
Tahap rasuah di Malaysia semakin teruk, tapi kosmo putar belit laporkan berita dengan tajuk "CB (Corruption Barometer) di Malaysia bertambah baik". Mereka mahu rakyat fikir ini berita positif.
Ini taktik menipu orang kampung, menipu rakyat! Sama seperti perkataan "rasionalisasi subsidi" yang bermakna pemotongan subsidi yang akan menyebabkan barang naik harga.
Kalau sebut "pemotongan subsidi" rakyat akan naik darah, akan marah maka mereka cipta perkataan baru untuk mengelirukan rakyat. Supaya rakyat tak faham dan tak jadi marah.
Kini perkataan baru dicipta lagi, iaitu "CB di Malaysia bertambah baik" yang bermaksud "rasuah di Malaysia semakin buruk".
Kenyataan menggemparkan Dato Ahmad Maslan yang dengan semborono menuduh DAP sebagai agen Kristianiti (menyebarkan agama kristian) disifatkan banyak pihak sebagai berunsurkan perkauman yang salah untuk diucapkan oleh orang biasa sekalipun, apatah lagi bagi seorang Timbalan Menteri sepertinya. Tidak cukup dengan itu, Ahmad Maslan turut menuduh DAP sebagai anti raja dan anti Islam.
Penulis berpendapat, kenyataan Ahmad Maslan itu adalah hasil 'asuhan' UMNO dimana dia sendiri dilantik sebagai Ketua Penerangannya.
Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, apa yang disebut Ahmad Maslan ini ialah bukti sebenar prejudis UMNO terhadap kepelbagaian agama di Malaysia ini – hakikat yang sering dinafikan pucuk kepimpinan parti tersebut.
Tuduhan DAP sebagai agen kristian ini adalah satu lagi salah tanggap yang sedang bermain dikalangan masyarakat melayu di negara ini terhadap parti tersebut. Salah tanggap yang pertama ialah DAP hanya mengutamakan kaum cina sedangkan perlembagaan DAP jelas menyatakan bahawa ia adalah parti untuk semua kaum.
Semua ini bermula dari isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada Ogos lepas. Tindakan kepimpinan DAP yang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membantah serbuan JAIS itu disalah ertikan sebagai DAP menyokong kristianiti dan cubaan memurtadkan orang Islam.
Walaupun sudah dijelaskan dengan panjang lebar bahawa bantahan itu tidak ada kena mengena dengan sokongan DAP kepada cubaan murtad sebaliknya terhad kepada tindakan JAIS menyerbu kawasan gereja yang berada diluar skop penguatkuasaannya, ia masih tidak mampu menghentikan penyelewengan fakta mengenai DAP.
Dengan pendedahan yang dibuat Ahmad Maslan, sekarang tahulah kita dalang sebenar disebalik penyebaran maklumat salah mengenai DAP.
UMNO sedar sekarang bahawa ia sudah hilang peluang dikalangan orang bukan melayu yang secara total memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat, maka itu ia perlu mengeluarkan kenyataan yang sedemikian bagi menjamin undi melayu kepadanya.
DAP perlu menghentikan tuduhan tidak berasas ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Maslan. Penulis yakin, seperti mana kenyataan kontroversi berbaur perkauman UMNO yang lain, Ahmad Maslan akan menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang sedemikian tapi dengan kerjasama portal berita yang mendedahkannya, penulis tidak nampak ada sebarang masalah kenapa tindakan undang-undang tidak boleh diambil.
Penulis takut jika tindakan lambat diambil, ia boleh menyebabkan sokongan orang melayu terhadap PKR dan PAS akan turut terjejas kerana kedua parti tersebut mempertaruhkan nasib parti masing-masing dikawasan majoriti orang melayu./suaraPR
KUANTAN- Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) digesa menyiasat satu laporan ketidakpuasan hati ramai kontraktor kantin sekolah-sekolah agama seluruh Pahang akibat tindakan "pihak tertentu" mengatur kontraktor terpilih untuk "tender kantin sekolah-sekolah agama Pahang musim 2012".
Difahamkan, semua tender kantin sudah pun tamat pada tahun ini dan sepatutnya MUIP seperti biasa akan membuka tender baru untuk dipohon oleh kontraktor-kontraktor terbabit. Namun, anehnya pada kali ini "tender dibuat secara runding terus" oleh Pejabat Kewangan Negeri Pahang.
Difahamkan sebelum ini MUIP hanya mengeluarkan hebahan dan tender sebaliknya peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Negeri sendiri. Namun, kali ini ia agak mengejutkan bilamana tender tidak lagi dikeluarkan sebaliknya pejabat Kewangan Negeri mengawal proses tersebut.
Daripada sumber maklumat yang diperolehi, terdapat campurtangan yang begitu jelas oleh Pegawai Kewangan Negeri Pahang sendiri iaitu Dato' Norzan Bin Hj.Ahmad (foto)yang dipercayai menganugerahkan "tender runding terus" kepada proksi-proksi "isteri muda"nya.
Menurut seorang saksi, beliau amat kecewa dengan senario yang berlaku ini. Ia jelas menggambarkan betapa teruknya sikap pegawai kerajaan menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat.
"Sudahlah tender dibuat secara runding terus kali ini, malah harga tender juga dinaikkan secara tidak munasabah (RM2.00 satu kepala). Bayangkan berapa ratus ribu pelajar-pelajar sekolah agama di seluruh negeri Pahang ini?.
Semuanya dikontrol oleh mereka. Sedangkan jika kami masuk tender sekali pun, mereka mahu agar harga direndahkan .. tiba-tiba tender runding terus mereka naikkan harga sedemikian rupa. Ini jelas satu lagi bukti penyelewengan yang nyata sebenarnya", kata kontraktor itu.
Kemungkinan satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dibuat oleh mereka terhadap dakwaan ini.
[Difahamkan, banyak syarikat yang mendapat projek tender tersebut secara "runding terus" adalah dimiliki oleh proksi isteri beliau. Jika sebelum ini, rakyat melihat Rosmah Mansor mengawal projek-projek kerajaan pusat.
Kini ia menular pula ke negeri Pahang, hingga projek tender kecil seperti ini pun mahu dikawal oleh mereka yang berkuasa. MUIP digesa mengambil tindakan segera untuk memberi hak kepada semua kontraktor masuk tender secara terbuka.
Pegawai Kewangan Negeri Pahang tidak wajar campurtangan dalam hal ehwal yang membabitkan sekolah agama seperti ini. Malah difahamkan antara syarikat yang dipercayai mendapat tender runding terus itu ialah NS Jaya Enterprise yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan isteri pegawai terbabit.
Hak rakyat tidak wajar dinafikan, dan mereka tidak perlu menunjukkan kuasa walau pun mereka ada kuasa. Justeru itu, diharapkan agar perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum laporan lanjut yang lebih panas menyusul. Sudah tiba masanya rakyat mengetahui kebenaran daripada terus takut dibelenggu penyelewengan oleh mereka yang "gila berkuasa"].
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.
Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.
"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.
"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.
Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.
Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.
Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.
Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.
Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.
Ini pula adalah kehidupan rakyat Malaysia yang mendapatkan perkhidmatan KTM. Dulu Paklah janji duwet subsidi minyak digunakan untuk belanja pengangkutan awam. Penipu! Rupa2nya bagi kat wanita mamak untuk kereta lembu. Parking di kondo.
Ni gambar anak gua yang tak nak tido dalam kerusi baby. Dia nak tido atas platform yang rata. So, gua terpaksa merempat la kat memana dalam keretapi. Tu bukan salah kerajaan. Tu salah gua sendiri. Takda hal. Gua mengaku.
Tapi bagaimana dengan ini? Dari berjuta-juta lesap dalam setiap projek2 kerajaan, apa salahnya ditambah gerabak untuk memenuhi permintaan rakyat. Inilah sebabnya gua sangat anti kepada Melayu hutan dan pinggir hutan. Sebab kebodohan diorang lah menyebabkan sebahagian Melayu tersiksa dalam negara sendiri.
Ini gambar seorang ibu dan seorang baby yang merempat bawah seat. Kehabisan tiket. Waktu bukan perayaan. Sedih bukan. Perasaan gua ketika ini mahu mencarut2 kepada Melayu hutan yang bangsat dan bodoh dalam maklumat.
Bagaimana dengan ini? Lokasi di sebelah tandas yang berbau hancing. 3 beradik yang tiada seat akibat kehabisan tiket. Terpaksa menaiki keretapi secara 'lompat'. Dan membayar tambahan denda RM10 untuk seat biasa.
Apakah jalan penyelesaiannya selepas gua menyuarakan semua ini? Mengharamkan naik lompat? Memaksa penumpang lompat turun di stesen berikutnya? Bagi mengelakkan perkara ini didedahkan lagi? Ini bukan falsafah perjuangan. Ini falsafah menjaga kedudukan atasan. Falsafah perjuangannya ialah menambah gerabak untuk memenuhi permintaan.
Back to Kota Bharu. Semoga satu hari nanti, dengan penglupusan 9 dewa, kita dapat menjimatkan berbilion duit rakyat untuk kos kayangannya, kos anak beranaknya, kos keretanya, kos sukannya, kos hobinya. Bangsat! Semoga Allah hampirkan kita dengan hak kita sendiri. Amin.
Sampai waktu, detiknya kan tiba...
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
'ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam). Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu? Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi 'Enam Jahanam' itu adalah tajuk ucapan KJ atau 'Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu 'Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'.
Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut;
1. Menjahanamkan sistem demokrasi
2. Menjahanamkan sistem pentadbiran
3. Menjahanamkan maruah negara
4. Menjahanamkan sejarah negara
5. Menjahanamkan jati diri bangsa dan
6. Menjahanamkan kemakmuran negara.
Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ? Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC. Sebab apa? Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu;
Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi. Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi. Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka? Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara. Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi. Pendatang pun boleh mengundi? Dan...banyak lagi.
Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran. Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari? Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka. Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran. Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'. Dan...banyak lagi..
Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara. Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka. Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa? Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara. Ini menjahanamkan maruah negara. Dan, banyak lagi....
Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara. Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British? Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu? Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat? Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik? Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik? Dan, banyak lagi...
Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa. Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan. Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu? Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini. Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris? Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris? Mana jati diri? Dan, banyak lagi....
Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara. Semenjak bila negara ini tidak makmur? Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur? Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan? Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya. Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran. Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa? Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.
Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi. Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC). Syabas KJ./ wfauzdin.blogspot.com
Ia merupakan fenomena yang luar biasa yang mana DAP setiap hari mendapat publisiti yang meluas dari media massa bahasa Melayu kawalan UMNO. Jika dahulu musuh mereka nombor satu ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tumpuan mereka lebih teralih kepada DAP.
Jika kita mengamati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang paling banyak dihentam dan diberi publisiti (walau pun negatif) ialah DAP. Bukannya dalam kadar yang sedikit liputannya, tetapi bermuka-muka surat setiap hari.
Lim Guan Eng dan Tony Pua merupakan antara yang tokoh-tokoh DAP paling popular di akhbar tersebut. Setiap hari ada ada saja tentang beliau. Orang Melayu yang tidak pernah mendengar DAP atau nama-nama pemimpinnya kini sudah tahu siapa mereka.
Hingga saat ini dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, DAP yang paling banyak disebut. Para perwakilan UMNO tidak perlu buat kajian atau persediaan untuk berucap; cukup sekadar membuat tuduhan liar dan fitnah seperti 'DAP parti rasis', 'ejen kristianisasi', 'anti- Raja', 'anti-Melayu', 'semua penyokong DAP adalah bangsat!'.
Itulah antara yang dilaungkan di PWTC ketika ini. Hinggakan ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pun menyebut 'DAP' lebih 60 kali. Sememangnya, jika anda menyebut DAP kepada orang UMNO, andalah yang paling 'cool'.
Apa yang mereka buat ialah hentam DAP habis-habisan. Benar atau tidak, itu tidak penting. Lagi pun jika orang nombor dua parti sudah memaki-hamun DAP, tentulah yang di bawah lebih terhegeh-hegeh mahu membodek bos mereka.
Jadi, mengapa DAP ditakuti oleh UMNO?
Terlalu kerap difitnah, orang ingin tahu sebab difitnah
DAP merupakan antara parti masyarakat majmuk yang paling lama wujud di Malaysia. Sejak dari awal penubuhannya sudah terdapat ahli dan calon Melayu dalam parti.
Menyedari hakikat ini, UMNO dari awal lagi melabel DAP sebagai parti cauvanis Cina dan komunis kerana ia memang berniat mahu orang Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti yang mahu menghancurkan orang Melayu.
Menurut propagandis UMNO, itulah pendirian dan tujuan asal DAP – semata-mata mahu menghancurkan Melayu. Berjaya juga propaganda itu sepanjang tahun-tahun 1970-an hingga 1990-an.
Namun apa yang jelas, sekarang propaganda fitnah besar-besaran ini bagaikan menetak kaki sendiri kerana lebih ramai pula orang Melayu mahu menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.
Barangkali itu mungkin kesan terbalik daripada fitnah. Bagaikan gerakan anti-Islam yang memburuk-burukkan Islam, tetapi semakin teruk difitnah, semakin ramai orang ingin mengetahui mengenai Islam, dan akhirnya ramai pula memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenar.
Seperti mana mangsa fitnah yang lain, semakin banyak fitnah dilontarkan kepada DAP, semakin ramai orang ingin mencari kebenaran. Itu hakikat di mana-mana pun, dan itu juga merupakan sebab utama media alternatif meletup hebat.
Semuanya kerana orang ingin mencari kebenaran, iaitu selain 'kebenaran' yang disiarkan dalam akhbar harian atau ditayangkan oleh TV3 dan RTM.
Demokrasi sosial untuk semua kaum, agama
Jika orang mencari kebenaran tentang DAP, mereka akan dapati bahawa di sebalik segala fitnah, DAP merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan sesuatu yang baik. Ia merupakan sebuah parti demokrat sosial yang percaya pada sebuah sistem ekonomi terbuka yang menyediakan jaring keselamatan untuk rakyat berpendapatan rendah.
DAP juga sebuah parti yang berunsurkan nilai-nilai sosial di mana kebajikan masyarakat menjadi agenda paling utama. Oleh itu, ia sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang miskin dan tertindas oleh sistem.
Kalau dulu siapa pun tidak percaya dengan hasrat murni DAP, kini ia sudah memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan negeri Selangor. Rakyat kini boleh melihat sendiri kejayaan hebat di negeri-negeri Pakatan apabila rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dapat dibenteras.
Kita lihat sahaja di Pulau Pinang di mana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membasmikan secara keseluruhan kemiskinan tegar di negeri tersebut. Ya, anda membaca dengan tepat. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SECARA 100 peratus, dan kerajaan Pakatan Pulau Pinang kini merancang untuk membasmi kemiskinan keseluruhan pula di negeri tersebut menjelang 2015.
Ini hasil pegangan DAP kepada ideologi demokrasi sosial yang baik dalam mengutamakan rakyat. Ramai Melayu yang telah menyertai DAP atas keadilan ideologi demokrasi sosial, malah ideology ini dengan jelas menolak komunisme, kerana ia menerima kehadiran pasaran terbuka dengan jaminan bahawa pekerja dan rakyat sentiasa dijaga.
Mana-mana orang Melayu yang mencari kebenaran tentang DAP akan tertarik dengan ideologi ini, terutama setelah sedar bahawa parti itu bukan komunis dan bukan untuk mana-mana kaum. Ia adalah parti bukan kaum yang memperjuangkan hak untuk semua kaum.
Hanya mereka yang terikat dengan minda perkauman akan kekal dengan prejudis yang telah ditanam kepada mereka oleh UMNO.
UMNO yang tiada hujah atau jawapan kepada alternatif yang ditawarkan oleh DAP, telah mengambil jalan mudah – apabila gagal berhujah, tuduh dan tohmah sahaja lawan politik. Kerana para pemimpin UMNO gagal berhujah secara intelektual, mereka memilih untuk membakar emosi perkauman dengan membuat fitnah semata-mata untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak berani mencari kebenaran.
Malah, isi kandungan fitnah itu tidak banyak beza dengan yang dicanangkan pada akhir tahun-tahun 1960-an dulu. Yang berbeza hanyalah zaman dulu tidak ada telefon bimbit, sms, internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya.
DAP adalah segalanya yang bukan UMNO
Jika UMNO sebuah parti untuk satu kaum sahaja, DAP pula sebuah parti pelbagai kaum. Jika UMNO parti kronisme dan korupsi, DAP merupakan parti CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). Jika UMNO parti mencari kekayaan individu, DAP parti yang memperkayakan rakyat dengan dasar demokrasi sosial. Jika orang muda tidak boleh bersuara dalam UMNO, dalam DAP orang mudalah menjadi tunjang.
Perbezaan DAP dan UMNO ini bagai langit dan bumi. Dan konsep inilah yang boleh menggoncangkan dunia realiti UMNO dan negara.
Jika pengasas UMNO Onn Jaafar mempunyai wawasan parti berbilang kaum, UMNO telah terus menghalau beliau keluar parti. Persoalannya, mengapa tidak boleh? Mengapa orang Melayu harus ditakutkan kepada sebuah parti politik yang berbilang bangsanya?
Walau pun dalam realiti politik Malaysia pada hari ini ramai mengganggapnya tidak realistik kerana dasar pecah dan perintah penjajah British dan BN, jika pada satu hari kita boleh meruntuhkan tembok perkauman dan segalanya berbeza tentang kita, bukankah ini satu impian yang dapat dicapai?
Kita harus berimpian bahawa satu hari nanti api perkauman UMNO dapat dipadamkan dan kita nyalakan api semangat anak Malaysia untuk mengangkat tamadun sebuah bangsa (nation) Malaysia yang mana kita 100 peratus bebas daripada kebencian kaum.
Segala yang buruk tentang UMNO
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita dapat melihat segalanya yang buruk tentang UMNO. Yang paling jelas, untuk mereka terus kekal relevan, pemimpin mereka hanya tahu membakar api kebencian kaum.
Yang mereka tidak nampak ialah peracunan minda orang Melayu inilah yang akan membinasakan Melayu sendiri. Ini adalah kerana fitnah mereka terhadap DAP sudah terlajak kepada memburukkan kaum lain, terutama Cina dan India (contohnya kata-kata "semua penyokong DAP adalah bangsat").
Tanpa kebencian memupuk kebencian terhadap kaum lain, pemimpin UMNO tiada modal lain kecuali mengajak Melayu sahaja untuk terlibat dalam politik mereka.
Tetapi semakin ramai orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak semestinya Melayu. Anti-UMNO tidak pernah sama dengan anti-Melayu. Itulah mitos selama ini yang cuba ditonjolkan UMNO, bahawa UMNO = Melayu.
Oleh kerana itu, melalui media massa yang mereka kuasai, para pemimpin UMNO cuba menunjukkan bahawa kritikan terhadap korupsi dan salah guna kuasa UMNO adalah serangan terhadap Melayu; dan serangan terhadap syarikat ternak lembu yang diberi wang oleh kerajaan kepada satu keluarga Menteri tetapi gagal mencapai matlamat, sebaliknya membeli kondominium dan kereta mewah pula, itu dianggap sebagai serangan terhadap UMNO dan hak Melayu.
Yang jelas, UMNO semakin takut kepada DAP kerana bersih, adil dan saksamanya DAP itu, selain urus tadbir CAT, secara terbuka mendedahkan kelemahan dan kepincangan sistem UMNO.
Dan jika Melayu akhirnya menerima dasar-dasar dan amalan DAP (walau pun tanpa perlu menyertai DAP), maka UMNO tidak akan relevan lagi buat selama-lamanya. Itulah mengapa UMNO amat takutkan DAP. Itulah sebabnya DAP menjadi mangsa fitnah setipa hari. – Roketkini.com
Ukuran bakat dalam Pemuda Umno: Anak haram, pondan dan bapok
Oleh Melissa Lee
Media BN pasti mesti merasa bodoh. Hanya pada hujung minggu lalu,mereka bergegas menghentam PKR sebagai sebuah parti yang tidak mempunyai isu relevan untuk bersaing dengan BN.
Malah, beberapa perwakilan Pemuda PKR telah muncul di khalayak ramai,menyuarakan kebimbangan mereka tentang kemampuan parti untuk seiring dengan momentum pertumbuhan. Mereka tidak perlu berbuat demikian. Untuk media Umno, walaupun semua dengan semua usaha mereka untuk memburukkan PKR, mereka telah sekali lagi mendedahkan segala-galanya melainkan yang benar.
Terdedah jua akhirnya
Dalam Perhimpunan Umno yang menjadi perhatian ramai, rakyat Malaysia telah disajikan dengan pratonton bakal pemimpin parti dan perdana-menteri. Mereka tidak dikecewakan.
Seperti yang dijangka, Pemuda Umno menempuh kegagalan yang teruk apabila ia mengesahkan tuduhan bahawa tiada seorang pun yang memiliki apa jua bakat patut menyertai parti seperti itu- di mana kumpulan seperti Perkasa dan pemimpin-pemimpin yang dicemari rasuah termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, Shahrizat Jalil danPresiden Umno sendiri, Najib Razak dilahirkan
Berucap dengan penuh bara api dan belerang, yang mereka bayangkan adalah lambang gerakan belia-walaupun hakikatnya ramai dikalangan pemimpin Pemuda Umno sendiri sudahpun bergelar datuk dengan perut buncit dan rambut semakin berkurang. Mereka bergilir-gilir menyerang Pakatan Rakyat, yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim .
Ketiadaan bakat
Mengapa bahasa yang paling keji digunakan? Tentu saja –untuk sebuah parti yang dikatakan pengkritik sebagai "tidak akan ragu-ragu melakukan penipuan besar-besaran dalam usaha untuk berpaut kepada kuasa pada pilihan raya umum" yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.
"PKR dan PAS adalah bapok dan pondan kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar DAP. Satu undi untuk DAP adalah undi untuk memusnahkan Islam, "kata Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, disambut dengan tepukan dan teriakan" PKR, PAS tak ada telur! "
Selain daripada memburukkan DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, mereka juga menuduh Pakatan secara sistematik menghakis hak-hak orang Melayu di negeri-negeri seperti PulauPinang dan Kedah.
Shaik mendakwa bahawa PKR dan PAS tidak akan dapat menghentikan DAP daripada membuli orang Melayu dan Islam apabila Pakatan berkuasa kelak.
Beliau menuduh DAP sebagai anti-Islam dan anti-Melayu dan gerai-gerai makanan Melayu telah dirobohkan dan perniagaan Melayu terjejas sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Beliau mengulangi bahawa DAP mempunyai motif utama untuk menyebarkan agama Kristian.
"Dalam DAP, orang Melayu telah menjadi 'baruas' mereka. Saya tidak akan menapis kata-kata saya, kerana saya maksudkan apa yang saya katakan. Sesiapa sahaja yang menyokong DAP adalah 'bangsat' (bajingan), "kata Shaik Hussin
"Ini adalah realiti yang menyedihkan Pulau Pinang. Umno telah menggandakan usaha di sini! "
Khairy yang lemah dalam Pemuda Umno
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan juga menyerang Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming keran menggelarkan Menteri Besar Zambry Kadir sebagai Menteri Besar 'logam hitam'.
"DAP bersifat perkauman. Jika mereka berkata Menteri Besar Perak 'hitam metalik haramjadah', maka DAP adalah ibu dan bapa 'haramjadah', " ujar Khairul.
Kor Ming telah memohon maaf kepada masyarakat India termasuk Zambry, manakala orang Kristian telah mula mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen BN tidak mengatakan apa-apa apabila ahli-ahli Umno mencemar nama baik agama mereka, seolah-olah mengucapkan agama Kristian adalah satu perkataan yang kotor.
"Kini rakyat Malaysia boleh melihat dan menilai untuk diri mereka sendiri dan orang-orang yang mengatakan bahawa Pakatan tidak boleh mentadbir. Sekarang, lihatlah kebenaran untuk diri mereka sendiri," kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Umno telah menghadapi ketandusan bakat selama beberapa dekad dan yang pasti, orang-orang yang mempunyai bakat walau sedikit sudah melompat ke Pakatan. Tiada siapa yang berfikiran waras mahu menyertai sebuah kapal lanun seperti Umno. Ini sudah tentu mengesahkan bahawa Umno di ambang keruntuhan dan ahli-ahlinya tidak akan mampu untuk menyelamatkannya. Ia adalah satu gambaran kelemahan Khairy Jamaluddin atas sayap yang dipimpin beliau. "
Hulubalang Pak Pacak - Umpama Lembu Dicucuk Hidung!
Bukan lembu saja dicucuk hidung...rupa-rupanya di Perhimpunan Agung Umno pun ada sesi cucuk hidung secara beramai-ramai.
Tapi , rasa saya, manusia yang paling sabar kena cucuk hidungnya ialah Khairi Jamaluddin yang walaupun menjadi Ketua Pemuda dan Ahli Parlimen Rembau, beliau terpaksa akur menjadi Pak Pacak tanpa portpolio - waima Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia & Sukan.
Ini adalah gambar majlis berkhatan beramai-ramai sempena musim cuti sekolah bagi kanak-kanak
Ini pula majlis cucuk hidung beramai-ramai sempena PAU
Mukhriz Mahathir yang kalah kepada Khairi dalam perebutan Ketua Pemuda, dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri.
Sementara itu pula, Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri dilantik Timbalan Menteri Kesihatan.
Betapa tercabarnya kesetian Khairi tatkala melihat, Shahrizat yang kalah dalam PRU ke-12 itu diangkat jadi Menteri ikut pintu belakang. Apatah lagi, bila Koh Tsu Koon Ketua Menteri Pulau Pinang yang tersungkur itu juga dijadikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Waduh, saya tabek sama lu Khairi! Inilah cara kesetiaan yang sangat didambakan oleh PM Najib dalam ucapannya dibawah ini - kesetiaan Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa, sekalipun sedang berada di kemuncak karier.
Amat bertepatan sekali bila Muhyiddin Yassin menggelarnya "hulubalang" Mungkin ini menjadikan dia perasan yang dirinya sehebat hulubalang lagenda - Hang Tuah yang setia membabi buta. Hoi! sedarlah! kau cuma sebagai Pak Pacak dalam wayang Umno/BN, tidak lebih dari itu! Terpaksalah gah sebagai 'hulubalang Pak Pacak' macam dalam filem-filem Melayu sekadar pegang tombak kayu mundar mandir diluar kabinet kerana tidak dapat masuk !
Kritikan yang diterima oleh Datuk Sharizat Abdul Jalil dan jawapan balasnya mengenai kemelut National Feedlot Corporation (NFC) dikhuatiri menenggelamkan pesanan yang jauh lebih penting untuk masa depan Umno.
Mesej itu disampaikan oleh Presiden Parti Datuk Seri Najib Razak sendiri, iaitu Umno harus peka kepada pemikiran baru pengundi dan menguasai media baru atau menempa tragedi pada pilihanraya umum akan datang.
Apakah dia pemikiran baru yang dimaksudkan? Apakah pula tuntutan baru pengundi yang berbeza sekarang dengan citarasa mereka sepuluh atau lima belas tahun yang lalu?
Dan, soalan cepumas – bagaimana semua ini berhubungkait dengan NFC – sebuah projek RM250 juta kerajaan yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat milik keluarga Sharizat semasa pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada tahun 2007?
Jawapannya ialah, kebertanggungjawaban - pengembangan sumber maklumat menerusi alam siber menjadikan rakyat semakin lantang dalam menuntut kebertanggungjawaban dalam sesuatu isu yang melibatkan kepentingan nasional.
Skandal NFC bukan cetusan Pembangkang sungguhpun PKR yang memanjangkannya dengan melontar tuduhan salahguna wang secara bersiri sepanjang tiga minggu lalu.
Isu itu dibangkitkan oleh kerajaan sendiri – menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Justeru tidak ada pihak yang harus bingkas mencadangkan Kerajaan mahu "menutup" isu berkenaan.
Susulan pendedahan-pendedahan yang melibatkan pembelian kondominium, kereta mewah dan lain-lain dengan menggunakan wang Kerajaan, isu itu diserahkan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun terma "dalam siasatan" tidak cukup untuk meredakan kemarahan rakyat. Begitu juga penjelasan ringkas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar bahawa siasatan awal mendapati tidak ada unsur pecah amanah dikesan.
Walaupun Khalid bercakap dari sudut undang-undang semata-mata, pengundi di kurun 21 tidak dapat menerima jawapan sebegitu kerana secara rasional wang Kerajaan harus dan hanya boleh digunakan untuk maksud yang ianya diberikan. Dalam kes ini untuk ternakan lembu semata-mata.
Kemampuan kerajaan untuk menangani pemikiran baru pengundi-pengundi sebeginilah yang menjadi cabaran kepada Najib dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13.
Dan cara menanganinya bukanlah secara konfrontasi tetapi dengan memahami dan menguasai media baru untuk menjelaskan pendirian Kerajaan yang disokong dengan tindakan dan langkah-langkah tegas dalam menangani sesuatu isu.
Media baru dalam bentuk blog, facebook, twitter dan lain-lain adalah capaian terbaru generasi muda dan pertengahan umur serta menjadi sumber maklumat yang mempunyai jaringan begitu luas.
Tidak dapat dinafikan Pembangkang telah jauh mendahului Umno dan lain-lain parti Kerajaan dalam menggunakan media baru untuk mencari kelebihan politik.
Mereka berjaya menggunakan media baru untuk menangkis pengaruh media arus perdana secara berkesan dan pada masa sama, membentuk dan menyebarkan persepsi bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah rasuah dan harus digantikan dengan apa cara sekali pun.
Di Malaysia hari ini amat janggal sekali untuk sebuah keluarga tidak memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer riba, atau telefon Blackberry mahupun I-phone. Hampir setiap orang memiliki Facebook dan akaun Twitter.
Semua ini menjadi medan pertempuran untuk meraih sokongan rakyat pada PRU ke 13 dan pilihanraya-pilihanraya akan datang. Semua bentuk media baru ini memberikan maklumat kepada pelayar siber dalam sekelip mata. Maklumat yang dibaca menerusi skrin komputer riba atau telefon bimbit membentuk akal minda mereka semasa membuang undi.
Berbalik kepada isu NFC, siapakah yang "menggoreng" Sharizat dan mahukan beliau meletak jawatan, sekaligus menolak penjelasannya bahawa beliau tidak terbabit dalam syarikat yang diuruskan oleh suami dan ahli keluarganya?
Tentunya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Sharizat, apabila tidak dijawab secara pantas dan berkesan, merebak bagaikan api menerusi portal-portal berita dan twitter serta facebook oleh pelbagai pihak.
Semua ini mencerna gelombang atau arus yang menuntut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu meletak jawatan.
Anehnya tidak ada gelombang sebegitu yang menuntut Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan sebagai presiden PKR kerana suaminya dibelit, malah didakwa dan dihukum atas salahlaku moral.
Jawapan kepada "kejanggalan" atau dwi-standard ini terletak kepada pihak mana yang lebih pintar menguasai media baru.
Kejanggalan ini yang dikupas oleh Najib dan terpulang kepada Umno untuk memikirkan strategi membetulkan ketidakseimbangan ini.
Himpunan UMNO , retorik dan lakonan untuk selamatkan kuasa menjelang pilihanraya
Oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Semangat rasis yang disemarakkan oleh Umno di perhimpunan agungnya perlulah dibuang jauh-jauh kerana unsur ini tidak lebih dari mengundang kemusnahan terhadap negara.
Saya melihat kegelabahan pemimpin Umno yang dipamirkan serta mendapat liputan meluas dari media pengampu adalah tidak lebih dari retorik dan lakonan pemimpin Umno di pentas politik negara yang diulang bekali-kali untuk selamatkan kuasa menjelang pilihanraya.
Malah saya sangat terkejut dengan pemimpin wanitanya yang menyingsingkan lengan tangannya semasa berucap.
Dalam Perhimpunan Agung Umno, hakikatnya mereka sedang menanam kebencian terhadap orang Cina dan juga DAP selepas sokongan kaum itu jelas tidak memohak kepada BN dan MCA jelas telah ditolak oleh orang Cina.
Dalam masa yang sama sokongan orang India juga diharapkan kembali kepada BN dengan pelbagai cerita dan mengapi-apikan kononnya berlaku penghinaan kepada bangsa tersebut sedangkan siapakah yang sebenarnya yang menghina dan menkhianati orang India bila sekolah Tamil sudah hilang separuh jumlahnya selapas 54 tahun negara menyambut kemerdekaan.
Pada waktu sekarang, kegusaran Umno jelas menyerlah dan memuncak kerana mereka sudah hilang sokongan dari kaum cina dan India . Lalu gendang perkauman dipalu bagi mendapat sokongan orang Melayu.
Itupun saya beranggapan bahawa orang Melayu tidak semudahnya akan menyokong Umno kerana jasa dan pejalanan serta realiti apa yang berlaku di negara kita telah melakarkan bahawa Umnolah pengkhinat sebenar kepada agama , bangsa dan negara.
Melihat perkembangan tersebut diharapkan semoga parti umno cepat berkubur kerana mereka sudah tidak relevan lagi dipersada politik tanahair.
Jika kita boleh gambarkan di TV ,sebenarnya rancangan kartun upin ipinlah yang lebih relevan berbanding umno yang sudah ketandusan modal untuk berceloteh dengan kata-kata semangat mereka tidak lebih dari bahan yang berunsur mengarut.
Najib sudah palu gendang PRU13 dan menyatakan ia sudah semakin hampir, justeru ayuh pimpinan dan pendokong pakatan siap"tempur" untuk selamatkan negara dari pemimpin UMNO yang sedang belakon bagi meraih sokongan rakyat demi kuasa yang sudah berada di hujung usianya..
Putrajaya sudah pasti dalam gengaman PR jika usaha gigih secara berterusan dilakukan bagi menjatukan BN dan disulami dan disertakan bersama doa dan tawakkal kepada Allah SWT.
Kalau sudah lemah, apa sahaja digunakan untuk menang
Oleh Aspan Alias
Kalau kita sudah lemah atau kurang sehat, kita akan bercakap seperti orang yang meroyan. Ia memang begitu. Kepada orang yang sedang demam panas selalunya dia akan meroyan dan bercakap tidak tentu buah butirnya. Begitu jugalah apa yang kita sedang lihat dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dan Perhimpunan UMNO sekarang ini.
Muhyiddin memulakan ucapan keras untuk membentuk bibit kebencian di antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Buat masa ini rakyat berbilang kaum di bawah-bawah ini bersatu dan tidak bermusuhan di antara satu dengan lain. Yang menaikkan semangat benci membenci di kalangan rakyat dan di antara kaum ini ialah pemimpin sendiri dan ini boleh kita lihat dari intipati dalam teks ucapan Timbalan Presiden UMNO itu.
Kerja dan usaha memecah belahkan rakyat berbilang kaum itu diperkuatkan dengan beberapa cebisan ayat-ayat suci al Quran dalam beberapa surah di dalam kitab suci itu. Ayat-ayat Quran digunakan untuk memecahkan kesatuan di antara kaum yang wujud di antara kami di bawah ini. Selepas ini apabila keadaan tidak berubah dan sokongan masih tidak didapati, tidak tahulah ayat apa pula yang akan di gunakan. Saya rasa carut-mencarut pula akan menjadi senjata untuk memecah belahkan rakyat untuk mengambil kesempatan untuk mendapat kuasa lanjutan dari rakyat.
Katanya DAP itu rasis, PKR itu parti yang memperjuangkan tubuh badan individu dan PAS itu sudah jadi baruah DAP. Kita memahami kenapa Muhyiddin bercakap begitu. Ia adalah satu usaha untuk menyatukan orang Melayu di belakang UMNO. Bagi Muhyiddin saya yakin beliau tidak lagi menaruh harapan kepada bangsa lain kerana bangsa lain terutamanya kaum cina, mempunyai pendirian yang tetap dan payah untuk di goyahkan.
Bagi Muhyiddin oleh kerana kegelabahan dan kegelisahan beliau, Timbalan Presiden UMNO ini terlupa dengan apa yang dia kata semalam dan hari ini misalnya. Hari ini bercakap lain, besok dia akan bercakap perkara yang sama tetapi dalam mood yang bertentangan dengan apa yang beliau perkatakan pada hari sebelumnya.
Selalunya kalau kita kaji dari psikolojinya Muhyiddin sudah mula hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat khususnya orang Melayu. Bagi Muhyiddin beliau boleh berkata apa sekali pun terhadap bukan Melayu kerana beliau merasakan beliau tidak boleh mengharapkan bangsa cina untuk bersama beliau dan UMNO. Kata-kata beliau begitu rasis, malahan lebih rasis dari Perkasa semasa berucap di Perhimpunan 3 sayap parti, Wanita, Puteri dan Pemuda.
Maka kita lihat apa yang di suarakan oleh Najib melalui slogan 1Malaysia itu dilanggar secara 'head-on' oleh Muhyiddin. Muhyiddin sudah kesuntukan akal. Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau merupakan pengganti kepada Najib jika ada apa-apa yang berlaku kepada kepimpinan Najib. Belum pun beliau mengambil alih beliau telah menunjukkan sikap tidak boleh 'co-exist' dengan bangsa-bangsa lain di negara ini, bagaimana kah beliau boleh diterima oleh rakyat secara menyeluruh nanti?
Bagi saya sikap Muhyiddin itu merupakan sikap 'mengecilkan padang' beliau sendiri. Beliau hanya mahukan orang Melayu untuk bersatu dan seolah-olah menolak kewujudan bangsa lain terutamanya bangsa cina yang sudah berada empat keturunan di negara ini.
Bagaimana kah Muhyiddin boleh di terima sebagai pemimpin jika beliau hanya mahu menjadi pemimpin kepada bangsanya sendiri sahaja. Pada Muhyiddin bangsa lain semuanya anti Islam, komunis, jahat, dan semuanya yang tak elok. Hendak juga saya melihat jika Muhyiddin jadi PM dengan hanya menjaga orang Melayu. Bila bercakap seperti orang yang tidak berfikir langsung semata-mata kerana hendak menjaga 'hard liners' dalam UMNO.
Apa kah agaknya sebab-sebab Muhyiddin menuduh DAP hendak jadikan negara ini sebagai sebuah Republik? Saya percaya Muhyiddin menyebut ini kerana rasa terdesak di atas keruncingan sokongan orang ramai terhadap UMNO dan BN pada hari ini. Kadang-kadang kita tidak boleh menyalahkan MCA dan Gerakkan menuduh yang kedua parti itu tersungkur kerana sikap pemimpin reputasi UMNO yang menerajui BN itu. UMNO kini tidak mempunyai 'magnanimity' yang tinggi. Muhyiddin sepatutnya membaca dan menghayati isi kandungan perlembagaan parti itu betul-betul.
Sesungguhnya saya sudah percaya apa yang di katakan oleh Gerakkan dan MCA beberapa lama selepas kekalahan teruk dalam PRU 2008 yang UMNOlah menyebabkan kedua parti itu jatuh merudum. Kaum-kaum khususnya kaum cina beranggapan yang Gerakkan dan MCA itu hanya sebagai parti-parti yang telah di pariahkan oleh UMNO sendiri. Maka tindakan bangsa cina tidak menyokong MCA dan Gerakkan itu adalah tepat bagi mereka kerana MCA dan Gerakkan itu sentiasa mengikuti kerenah buruk UMNO sebagai parti tunjang kepada BN itu.
Dengan ucapan pedas Muhyiddin di Perhimpunan 3 sayap UMNO yang baru lalu ini bangsa cina nampaknya lebih takut jika BN khususnya UMNO, masih diberikan mandat kali ini. Apa yang di perlukan pada hari ini ialah seorang pemimpin Melayu yang di hormati oleh semua bangsa kerana pimpinan utama negara ini adalah moralnya hak orang Melayu.
Tetapi kalaulah pemimpin seperti Muhyiddin yang bakal mengambil alih kepimpinan Najib yang sedang di usahakan oleh setengah kumpulan dalam UMNO sekarang ini sudah dibuai dengan sentimen rasisnya maka menjadikan Muhyddin sebagai pemimpin yang bakal menerajui pimpinan BN yang akan hanya mengambil tanggungjawab terhadap orang Melayu sahaja.
Itu cerita Muhyiddin. Bagaimana pula kalau kita belek-belek sedikit cerita Shahrizat, Ketua Wanita UMNO, yang masuk parlimen melalui pintu belakang itu? Dalam Perhimpunan Wanita Sharizat secara jelas juga seorang yang tidak begitu 'center' sebagai seorang nombor satu dalam Wanita UMNO. Menyingsing lengan bajunya di hadapan perwakilan dengan nada garang tidak bertempat. Ada di antara yang ada di dalam dewan persidangan memberi komen, 'kenapa tidak sensing kainnya sekali?'
Kenapa memberikan reaksi marah hanya kepada Zuraida PKR sahaja kerana desakan Zuraida yang meminta beliau meletakkan jawatan? Kenapa tidak marah kepada Bung Mokhtar dan gengnya sekali kerana mereka dalam UMNO sendiri meminta beliau meletakkan jawatan?
Saya di sini tidak berkeyakinan yang UMNO mampu mengenepikan Shahrizat dalam PRU nanti kerana beliau adalah Ketua Wanita UMNO. Jika beliau masih di calonkan maka ianya akan memberikan 'effect' yang 'negatif' kepada BN di seluruh negara. Yang boleh mengenepikan beliau hanyalah beliau sendiri dengan berhenti secara sukarela dan tidak lagi menjadi calon dalam PRU nanti. Lagi pun UMNO boleh melantik beliau sekali lagi melalui pintu belakang. Itu pun dengan syarat BN menang pilihanraya nanti.
Yang tidak akan dapat dinafikan oleh sesiapa ialah pendekatan Najib dan Muhyiddin sangat berbeza dan sentiasa bersalah-salahan. Najib dengan 1Malaysia nya. Muhyiddin dengan rasis Melayunya. Muhyiddin yang rasis Melayu cuba hendak menuduh DAP sebagai rasis cina yang hanya di anggotai oleh kaum cina. Tetapi apabila DAP hendak membawa orang Melayu untuk mengimbangi kaum-kaum yang berbilang dalam negara ini Muhyiddin kata cina DAP melakukannya untuk mengumpan dan mengudakan orang Melayu dan orang Melayu yang menyertai parti itu di anggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara pula.
Siapa yang pengkhianat? Jika menyertai DAP itu pengkhianat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara kenapa tidak haramkan sahaja DAP itu? Tuduhan Muhyiddin ini begitu serius dan kepada siapa yang mahu hidup bersama secara aman mesti menolak Muhyiddin kerana jika beliau menerajui kepimpinan negara kehidupan kita di antara kaum akan porak peranda.
Sebagaimana yang saya tekankan sebelum ini pengkhianat ini ialah seseorang yang menjahanamkan negara dan keselamatan rakyatnya. Pengkhianat yang sebenarnya ialah perasuah kerana budaya rasuah akan menjahanamkan sistem pentadbiran negara dan membawa perpecahan kepada rakyat yang menghuninya. Rasuah lebih dahsyat akibatnya dari ancaman komunis dan dadah.
Mereka yang rasuah ini merupakan benar-benar pengkhianat terhadap negara kerana tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara jujur seperti yang di amanahkan oleh rakyat. Stigma rasuah ini merupakan stigma yang tidak dapat ditanggalkan dari UMNO dan BN. Seperti yang saya sebutkan dalam posting yang lalu, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar di antara satu dengan yang lain, malahan keselamatan negara akan terancam jika rakyat tidak mahu menyingkirkan perasuah dari barisan kepimpinan negara.
Kritikan tentang rasuah ini sudah lebih satu dekad di persoalkan oleh rakyat tetapi nyata rasuah ini tidak dapat ditanggalkan dari UMNO. Maka pimpinan UMNO wajar berfikir, jangan tuduh seteru politik sembarangan kerana UMNO sendiri itu tidak berkemampuan untuk membuat perubahan minda dengan mengaku rasuah itu adalah musuh nombor satu negara dan rakyat.
Pemimpin UMNO boleh berucap bertempik-tempik di Dewan Merdeka dengan retorik dan janji-janji menggunung, tetapi rakyat tidak dapat melupakan isu rasuah yang terlalu menebal dengan UMNO. Cubalah berusaha untuk bersatu tetapi rasuah tadi tidak akan membolehkan mereka bersatu di antara satu dengan lain dalam UMNO dan BN.
Kalau UMNO boleh bersatu, rakyat juga boleh bersatu untuk menolaknya. Sebenarnya rakyatlah yang sudah penat menangani isu perpaduan ini. Sudah nampak jelas rakyat mahu bersatu dalam erti kata yang sebenarnya tetapi nampaknya mereka lebih cenderung untuk bersatu di luar UMNO dan BN. Sangat susah untuk bersatu dibawah UMNO jika pemimpin-pemimpin mempunyai sikap seperti Muhyiddin Yassin. Beliau hanya inginkan orang Melayu sahaja bersatu sedangkan rakyat mahu bersatu bagi semua kaum yang hidup dalam negara ini.
Inilah bibit-bibit yang menyebabkan rakyat berbilang kaum sekarang menerima parti-parti berbilang kaum dan secara deras menolak parti-parti yang di anggotai oleh hanya satu kaum seperti UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan wadah dan keterampilan Najib dengan Muhyiddin ini akan memberi lebih sebab kenapa rakyat patut menyertai parti-parti berbilang kaum di negara ini.
Setiap parti yang terdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan menerima kandungan perlembagaan negara. Oleh kerana tuduhan pemimpin UMNO yang parti-parti ini tidak menghormati perlembagaan negara inilah yang menyebabkan rakyat berpecah belah.Semua parti menghormati perlembagaan dan tuduhan Muhyiddin yang ada pihak tertentu hendak jadikan negara ini negara republik itu amat menyentuh perasaan rakyat kerana ianya adalah tuduhan yang amat jahat dan memalukan bangsa Melayu kita sendiri.
Itulah sebabnya pemimpin-pemimpin terdahulu pernah berkata yang kita mesti jauhkan pemimpin yang mempunyai sikap rendah diri dan mempunyai tahap 'confidence' yang rendah untuk memimpin. Ugut mengugut, gertak menggertak dan memulas tangan rakyat adalah senjata akhir untuk terus berkuasa. Memaki hamun, mencarut dan menyinsing lengan macam Sharizat menjadi perkara biasa. Jangan menyinsing kain cukuplah.
Pemimpin seperti ini akan bertindak mengikut rasa hati mereka sahaja dan tidak bertindak mengikut keperluan bangsa-bangsa yang dipimpinnya. http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Banyak yang tidak masuk akal dan "kurang ajar" oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Najib dan Umno pada masa lalu.Menurut mereka, orang Melayu jauh di belakang kaum-kaum lain dari segi kekayaan dan pembangunan dan juga membentuk majoriti golongan miskin.
Mengapa orang Melayu tidak makmur walaupun DEB untuk lebih daripada 40 tahun dan sebagai kerajaan selama lebih daripada 60 tahun?
Bagaimana Umno yang mempunyai dan menggunakan kuasa mutlak terhadap semua, termasuk Sultan, tidak dapat membetulkan keadaan miskin orang Melayu? Sesungguhnya, perlu ada penjelasan logik untuk Umno terus memiskinkan Melayu.
UMNO tidak perlu menggunakan kebijaksanaan dan kerja keras untuk tugas ini. Negara Malaysia ini telah dikurniakan dengan minyak, gas, kayu balak, tanah, air dan sumber semula jadi yang lain untuk menjana beratus-ratus bilion untuk manfaat orang Melayu dan anak-anak yang lain.
Tetapi entah bagaimana, semua kekayaan yang besar ini "tidak pernah menemui jalan" kepada orang Melayu miskin.
UMNOputra telah merompak kekayaan negara di bawah alasan untuk membantu orang Melayu yang miskin, dan mengumpulkan berbilion Ringgit untuk diri mereka, keluarga mereka dan rakan-rakan.
Terdapat banyak empayar korporat Melayu yang sangat besar dan terkenal - empayar Mahathir (Galian, YTL, San Miguel, dll), empayar Najib (CIMB, dll.), empayar Badawi, empayar Daim, empayar Taib Mahmud, empayar Syed Al-Bukhary, dan sebagainya.
Jika UMNOputra yang bersifat perkauman, mereka tidak akan memberi tumpuan kepada mengumpul kekayaan besar untuk diri mereka sendiri tetapi sebaliknya akan memberi tumpuan kepada berkongsi kekayaan yang ada dengan bangsa mereka yang miskin.
Dimanakah Tanah Rezab bangsa melayu?
Dulu British tinggalkan 3 juta hektar untuk anak bangsa melayu, kini tinggal 1.7 juta hektar saja.
Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu. Tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan kenapa tak beri kepada rakyat melayu Kelantan?
Ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup mengganggur tanpa pekerjaan setimpal dengan sijil/ijazah mereka.
Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato' Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!
Melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion), adakah itu juga langkah memperjuangkan Melayu?
Ke manakah ekuiti Bumiputera yang hanya tinggal RM2 bilion dalam kek ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion?
Apa yang jelas di sini adalah bahawa UMNO dan pemimpinnya, Mahathir, Muhyiddin, Najib, dan sebagainya BUKANLAH ada sifat perkauman perjuangkan Melayu. Mereka hanya jahat dan rasuah.
Wang adalah TUHAN mereka.
Mereka terlalu keji sehingga sanggup menjual bangsa, agama dan negara untuk wang. Wang adalah apa yang penting kepada mereka, tiada moral dan etika dan pastinya bukan kerana bangsa dan sama sekali bukan kerana agama (semua ini adalah bersalah atas semua dosa-dosa besar dalam Islam, dari rasuah, menipu dan mencuri, zina dan judi).
Melayu miskin adalah semata-mata suatu lesen yang rasmi bagi UMNO untuk merompak dan merampas negara. Dan ia adalah kelebihan Najib dan UMNO dengan menyimpan sebahagian besar Melayu di kampung-kampung dan Felda yang terus-menerus jahil dan diperbodohkan.
Kerana hanya dengan cara ini, UMNO boleh terus menipu orang Melayu dan memenangi undi. Jika UMNO membuat Melayu pintar, maka orang Melayu akan membuang UMNO dari dahulu lagi.
Masalah besar pemikiran anak bangsa Melayu ialah.... Celakanya spesis UMNO yang sombong yang senang-senang memperbodohkan akal pemikiran bangsa Melayu yang ditafsirkan oleh mereka sebagai bangsa pemalas dan bodoh....
SEBERANG JAYA,: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri.
Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat.
Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.
Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu.
Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu.
Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya.
Semasa ditemui ada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.
Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.
"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya.
Di dalam perhimpunan agung tahunan Umno kali ini, para pemimpin parti tersebut semakin membenci dan mengganas.
Sewaktu merasmikan persidangan tahunan wanita, pemuda dan puteri Umno pagi semalam, timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin menyeru para perwakilan ketiga-tiga sayap parti tersebut agar membenci Pakatan Rakyat, khususnya DAP dengan sesungguh dan sepenuhnya.
Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri turut mendakwa bahawa DAP sedang merancang untuk menggulingkan Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu bagi membolehkan negara ini dijadikan sebuah republik. Tambah beliau DAP selama ini menentang sistem Raja Berpelembagaan dan inginkan sistem tersebut dimansuhkan.
Sebelum ini, ketua penerangan Umno Ahmad Maslan turut mendakwa bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan Islam akan terus hilang jika sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum yang akan datang sambil memberi amaran bahawa DAP akan juga berusaha mengKristiankan negara ini, termasuk orang-orang Melayu.
Ketandusan modal
Sejak pilihanraya umum pada tahun 2008 yang lalu, Umno telahpun ketandusan modal untuk memerintah dan asyik memainkan sentimen perkauman agar masyarakat Melayu menambahkan lagi syak wasangka mereka terhadap kaum-kaum yang lain.
Penggunaan agenda-agenda perkauman yang berterusan ini bertujuan untuk menyemaikan perasaan membenci kaum-kaum lain yang didakwanya sebagai pendatang yang berbuat kacau di dalam negara ini, seterusnya menyemarakkan lagi permusuhan di antara kaum di negara kita ini.
Bagi menutup perbuatannya yang keji ini, Umno telah menubuhkan puluhan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercirikan agenda Melayu untuk menjalankan kegiatan perpecahannya agar rakan-rakannya di dalam Barisan Nasional (BN) tidak akan tersinggung.
Puluhan NGO Umno ini bergiat aktif di beberapa buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sering menganjurkan beberapa siri tunjuk perasaan yang ganas bagi menggugat kestabilan negeri-negeri tersebut dengan mendakwa kononnya masyarakat Melayu di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat sering dipinggirkan.
Corak politik baru Umno
Benci-membenci, seterusnya mencetuskan keganasan adalah merupakan corak kempen dan politik Umno yang baru bertujuan untuk memujuk masyarakat Melayu pada keseluruhannya untuk kembali menyokong dan mengundi Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.
Para pemimpin Umno ini tidak lagi menghormati sistem demokrasi dan pertandingan secara adil di dalam pilihanraya umum, mengemukakan agenda-agenda pembangunan dan perubahan serta tawaran faedah-faedah untuk rakyat.
Para pemimpin Umno ini telah menjadikan kempen dan pilihanraya umum suatu medan pertarungan yang sengit seperti peperangan dengan sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggalak dan menyemaikan kebencian, menganjur dan mengadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan yang ganas dan mengancam keselamatan rakyat.
Parti-parti komponen BN masih membisu
Sehingga pada petang tadi, parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko masih membisu dengan sikap para pemimpin Umno tersebut yang semakin melampaui batas.
Kenapa pula dengan MCA, MIC, PPP, Gerakan, SUPP, PBS, LDP, PBRS, SPDP dan Upko yang sering mendakwa diri mereka mewakili masyarakat masing-masing masih enggan mengutuk perbuatan Umno yang boleh dikatakan tidak akan menguntungkan BN dan akan memudaratkan lagi peluang kemenangan mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Kita telahpun memerhati bagaimana Gerakan telah kecundang di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih separuh kerusi mereka, MIC pula kalah teruk, manakala PPP pulangan dengan tangan kosong pada pilihanraya umum 2008 yang lalu. Masihkah mereka ini di alam kebinggungan sehingga tidak dapat berbuat apa-apa untuk memulihkan imej parti masing-masing?
Ketidakberkesanan parti-parti komponen BN ini menunjukkan bahawa mereka masih dikongkong secara langsung oleh ketuanan Umno di dalam BN dan gabungan tersebut bolehlah dianggap sudah tidak lagi berfungsi sejak dari tahun 2008 lagi. BN itu telah menjadi sebahagian daripada Umno. Tidak perlu disebut lagi dengan panggilan BN kerana ianya telah tidak lagi wujud.
Kemunculan sekali-sekala parti-parti komponen BN ini di mata umum pada hari ini adalah hanya untuk mengimbangi kedudukan ketuanan Umno semata-mata.
Rakyat semakin bosan
Jika sekiranya parti-parti komponen BN masih tidak merasa apa-apa akibat daripada kenyataan para pemimpin Umno yang mengajak masyarakat Melayu untuk membenci dan mengganas, kita semua telahpun merasai dan tersinggung dengan sikap Umno yang semakin tidak bertanggungjawab ini.
Umno selama ini tidak mahu masyarakat Melayu bersatu dengan kaum-kaum lain seperti, Cina, India, Kadazan, Serani, Siam, Dayak, Iban, Orang Asli dan sebagainya untuk memantapkan lagi perpaduan di negara ini.
Bagi Umno, jika sekiranya perpaduan di negara ini dapat dimantapkan dengan sepenuhnya, parti tersebut akan kehilangan kuasa dengan lebih cepat.
Justeru daripada itu, Umno akan senantiasa mengacau bilau perpaduan di negara ini agar ianya dapat bertahan. Selagi ada Umno, masyarakat Melayu akan terus diasingkan daripada arus perpaduan dan pembangunan negara.
Selagi ada Umno matlamat negara ini untuk maju ke hadapan akan hanya tinggal angan-angan semata-mata kerana kesemua bentuk faedah yang dikecapi akan dikaut terus masuk terus ke kocek para pemimpin mereka.
Kalau tidak, kenapa sehingga kini, masih ada di kalangan masyarakat Melayu yang terus hidup melarat, miskin, buta huruf, ketinggalan di dalam arus pembangunan dan sebagainya? Layakkah Umno untuk terus "mewakili" orang-orang Melayu?
Usaha berterusan telah dilakukan untuk perkara ini sehingga sekarang, apatah lagi Zul Kulim ini sudah tidak mempunyai kewangan cukup untuk menyara hidup mewahnya.
Tidak hairan saban malam Zul Kulim ada dipentas UMNO dengan bayaran yang cukup besar bagi setiap ceramah yang diberikan.
Terbaru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah memebrikan jamin secara bertulis bahawa Zul Kulim adalah calon UMNO di situ sekiranya dia mengisi borang UMNO.
Setakat maklumat yang ada, belum ada kata putus dikeluarkan. Saya pun tak pasti kenapa. Apakah Zul Kulim masih rindu kepada PAS?
Tuan Ibrahim Tuan Man pernah menyatakan "Pengalaman dalam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS"
"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau"
"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malangnya atas kesilapan PKR telah mengambilnya untuk jadi calon di Bandar Kulim melalui pecaturan DS Anwar Ibrahim. Walaupun ada beberapa pimpinan tak setuju kerana Zul Kulim telah ditolak oleh syura tapi atas dasar menjaga hati perkara ini didiam sahaja.
Pada amnya keputusan syura PAS tak banyak silap dalam membuat keputusan kerana setiap perkara yang disyurakan dibahaskan berlandaskan banyak pendapat dan nas.
Pada sekitar tahun 2008 telah banyak artikel yang menjurus perangai Zul Kulim yang ada menyebut dia akan cenderung kepada UMNO. Tapi pada masa itu yang cerodong, lurus bendul, fanatic, termakan budi atau ikut-ikutan sahaja yang tidak akan dapat menerima hakikat ini. Ini adalah senarainya yang dikumpul tuduhan yang perlu dijelaskan oleh Zul Kulim kalau dia membacanya:-
1. Melemparkan fitnah terhadap 'otai' dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?
3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.
4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.
5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.
6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.
7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.
8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.
9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.
10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.
11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.
12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.
13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.
14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!
15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.
16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.
17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato' Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.
18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.
19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.
20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.
21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara 'remot' atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.
22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.
Saya bawa untuk perbincangan umum demi kepentingan umum untuk PRU-13
Firman Allah, "Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang sangat besar". (Luqman : 13)
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)
Firman Allah, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni segala dosa selain syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah berbuat dosa yang sangat besar. " (An-Nisa: 48)
Firman Allah, "Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, maka pasti Allah akan mengharamkan baginya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. " (Al-Maidah: 72 )
Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka." (HR Bukhari dan Muslim)
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gambar ini di ambil semasa banjir kilat di Kajang petang semalam.. Cuba perhatikan betul-betul dalam bulatan.. buaya ke? Addin pun tak pasti, gambar ni di post ke wall fb Addin.. macam-macam cerita yek. Wallahualam sejauh mana kesahihannya gambar dan cerita ini.. Sahabat-sahabat ada maklumat ke? Kalau ada ama-sama kita kongsi..
Hasan Ali, Exco negeri Selangor dan juga bekas pengarah BTN, telah menghina kepintaran orang Melayu dan kesucian agama Islam dengan mendakwa bahawa orang Kristian mempunyai motif utama untuk memurtadkan orang Melayu. Isu ini telah mencetuskan kemarahan para pemimpin Kristian dan Islam sederhana. Adalah tidak waras untuk Hasan berfikir bahawa seorang Islam boleh memeluk agama Kristian dengan hanya membaca atau mendengar bacaan Injil. Adakah orang bukan Islam memeluk Islam beramai-ramai selepas mendengar Azan setiap hari di masjid dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca di televisyen?
Jika Hasan mendakwa bahawa dirinya ilmuan Islam, bolehkah beliau mengambil bahagian dalam perdebatan perbandingan agama apabila dia takut pada Injil?
Pada hari ini, pelajar universiti - orang Islam dan bukan Islam - terdedah kepada Kitab Suci semua agama. Haruskah universiti berhenti menawarkan kursus Perbandingan Agama- untuk para pelajar semata-mata kerana kesempitan fikiran Hasan Ali dan hipotesis beliau yang samar-samar mengenai isu murtad? Atau adakah asas agama Hasan sendiri begitu goyah sehingga beliau takut pada Injil?
Fahami kandungan Injil dan Kitab-kitab agama lain
Hasan adalah seorang Muslim yang cetek fikiran dan ada baiknya beliau mengambil tunjuk ajar daripada Allahyarham Ahmed Hussein Deedat (1918 - 2005), seorang ulama, yang menkaji kedua-dua Al-Quran dan Injil. Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan iman Islam jika seseorang itu mengatakan bahawa apabila seorang Muslim mendengar bacaan Injil, dia akhirnya akan masuk Kristian. Seorang Muslim, jika boleh, hendaklah membaca dan memahami kandungan Injil dan kitab semua agama dan bandingkan dengan kandungan Al-Quran untuk mengukuhkan fahaman mereka terhadap Islam.
Usaha ini tidak akan dalam apa-apa cara sekalipun mengurangkan keimanan seorang Muslim. Masalah dengan kebanyakan orang Islam di negara ini adalah mereka membaca al-Quran tetapi tidak mampu untuk memahami makna ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa Arab. Kejahilan ini telah membuat ramai orang Islam takut pada kitab agama-agama lain kerana kitab-kitab ini kebanyakannya ditulis dalam bahasa mereka dapat baca dan fahami.
Hassan sebaliknya harus menyeru orang-orang Islam untuk membaca Al-Quran dan belajar untuk memahami makna ayat-ayat al-Quran demi mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap Islam. Ini akan membantu umat Islam mengukuhkan keimanan mereka apabila terdedah kepada buku atau kitab suci agama-agama lain.
Rakyat Malaysia secara amnya tidak perlu terpengaruh dengan fanatik agama yang bermotifkan politik untuk melagakan orang Melayu terhadap Kristian. Media pro-kerajaan tidak akan melakukan keadilan walau untuk Islam. Mereka mampu menggunakan agama untuk memutarkan dan menonjolkan cerita-cerita dongeng bagi menipu penduduk Melayu luar bandar untuk berfikir bahawa orang Kristian semua mahu memurtadkan orang Melayu.
UMNO hanya mahu undi daripada penduduk luar bandar dan mengksploitasi mereka dan ini tidak ada kena-mengena dengan Islam atau Kristian. Mereka menyebarkan penipuan untuk memenangi undi orang Melayu yang kurang berpelajaran. UMNO sedang cuba untuk melemahkan kerajaan negeri Selangor dan pembangkang di peringkat kebangsaan. Walaubagaimanapun, tidak semua orang percayakan cerita-cerita dongeng mereka.
Ramai yang sedar bahawa bangsa, agama dan raja digunakan oleh UMNO untuk menyebarkan budaya takut pada rakyat supaya mereka mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Rakyat tidaklah sebodoh itu kali ini. Kesunyian rakyat terhadap dakwaan palsu ini dan maklumat yang salah tidak menggembirakan UMNO. UMNO menjangka beberapa bentuk huru-hara dalam masyarakat untuk menjustifikasikan perbuatan buruk mereka, tetapi mereka kecewa kerana ini tidak berlaku.
Menggalakkan satu agenda politik jahat
Menghentam Kristian telah menjadi satu cara hidup untuk beberapa tokoh agama dan politik cerdik yang percaya dengan berbuat demikian akan menyatukan orang Melayu. Menghentam Kristian turut berlaku di negeri Selangor hanya kerana negeri ini adalah di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Walaubagaimanapun, mereka tidak menang.
Kelakuan gila mereka telah gagal untuk menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia. Terdapat beberapa fanatik politik dan agama yang berniat untuk membuat kekecohan dalam masyarakat untuk mempromosikan agenda politik jahat mereka bagi pihak Barisan Nasional dan UMNO. Ini tidak pernah berjaya kerana mereka tidak mendapat reaksi daripada rakyat Malaysia yang sudah semakin matang.
Eksterimis politik ini akan cuba dengan sedaya upaya untuk mewujudkan keganasan dalam masyarakat. Menggunakan kepala lembu dalam demonstrasi, mengebom gereja-gereja, membuang bangkai babi ke dalam kawasan masjid - semua ini tidak berjaya. Mereka menjangka beberapa insiden hodoh, kekecohan atau reaksi marah daripada rakyat yang mengikuti mereka episode mereka. Malangnya, ia tidak berlaku, kerana majoriti rakyat Malaysia tidak begitu bodoh untuk jatuh ke dalam perangkap UMNO.
Pada tahun 2006, Mufti Perak, Harussani Zakaria, menyebarkan khabar angin bahawa sebuah gereja di Jalan Silibin, Ipoh telah menjalankan upacara pembaptisan bagi umat Islam. Kira-kira 200 umat Islam berkumpul di gereja untuk membantah 'kegiatan murtad' dan memaksa pihak polis menyuraikannya.
Insiden ini bagaimanapun tidak membawa kepada apa-apa pertelingkahan agama. Mereka telah menyedari kebodohan itu. Ia adalah angkara mufti yang menyebarkan racun tanpa apa-apa bukti. Bagaimanapun, oleh kerana beliau seorang yang bodoh, rakyat bersedia untuk memaafkannya.
Mufti yang sama mendakwa bahawa antara 100,000 dan 250,000 orang Islam yang telah meninggalkan Islam. Dia sebenarnya menjadi alat politik kepada beberapa pihak yang berminat untuk menyebabkan kekecohan dalam masyarakat. Majoriti orang Melayu yan g bijak hanya mengabaikan dakwaan ini. Ironinya, tiada tindakan diambil terhadap orang-orang yang menyebarkan maklumat palsu.
Perkara yang kebanyakan orang lebih suka untuk tidak endahkan
Pelbagai khabar angin bodoh telah dicipta yang mencadangkan ada satu konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Hanya baru-baru ini, Hasan - yang mempunyai ijazah doktor falsafah - mendakwa bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjumpai alat audio yang telah digunakan untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Hasan mendakwa bahawa alat audio solar Injil itu telah ditemui oleh JAIS semasa dalam penyiasatan kegiatan memurtadkan umat Islam di Selangor. Kononnya, alat tangan Injil itu juga digunakan untuk mengajar dan kalimah Allah juga telah digunakan dalam versi Bahasa Malaysia Injil.
"Penyelidikan" ini seolah-olah menunjukkan bahawa terdapat usaha-usaha oleh masyarakat Kristian untuk memurtadkan umat Islam dengan menubuhkan kumpulan kebajikan, memberi bantuan kewangan dan lain-lain bentuk bantuan kepada ibu tunggal, golongan miskin dan warga tua. Isu-isu ini telah menjadi sesuatu yang kebanyakan rakyat lebih suka untuk tidak endahkan.
JAIS bekerja dalam kadar luar biasa lebih keras hari ini dengan tujuan untuk memburukkan kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Mereka bertindak agak pasif kepada pesalah umat Islam di negeri ini semasa kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN). JAIS sering di selar oleh rakyat Selangor yang sedar motif jahat mereka. Dari segi politik, rakyat akan tanpa ragu-ragu masih mengundi Pakatan Rakyat di negeri ini pada pilihan raya umum yang akan datang. Terima kasih kepada JAIS kerana memainkan peranan untuk merealisasikan perkara ini.
Hasan telah gagal dalam tesisnya
Dalam kebanyakan kes, Hasan tidak dapat memberikan apa-apa bukti terhadap dakwaan yg direncanakan ini, tetapi masih dengan niat mementingkan diri sendiri dan membangkitkan kemarahan orang Melayu. Beliau menyimpulkan tesisnya dengan mengenal pasti bilangan orang Melayu yang menjadi Kristian melalui pembolehubah yang beliau sendiri cadangkan untuk memurtadkan orang Islam.
Dalam erti kata lain, apa yang dipanggil beliau sebagai "penyelidikan" adalah sebenarnya satu khayalan. Ia tiada bukti empiric maka adalah sangat tidak patut untuk seorang ulama yang memegang PhD. Ini adalah satu penghinaan kepada mana-mana pemegang PhD dari mana-mana universiti. Apa yang beliau maksudkan dengan "penyelidikan" ternyata hanyalah satu trend atau desas-desus. Dari sudut pandangan Islam, ini adalah fitnah - kerana ia tidak ada bukti dan tidak disahkan secara empirik dalam kajian kes. Hasan tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti fizikal yang ketara atau signifikan dalam kegiatan memurtadkan umat Islam. Ia juga cacat dari segi akademik dan tidak ubah seperti fitnah lain di mata Islam.
Terdapat undang-undang di negara ini untuk menghukum mereka yang cuba untuk memurtadkan orang Islam. Jika ada bukti, maka pesalah-pesalah yang cuba untuk menukar agama orang Islam haruslah didakwa. Tetapi setakat ini kita tidak mendengar kes sebegini
Hasan sebenarnya telah gagal dalam tesisnya. Ini adalah cukup jelas bahawa sesetengah orang boleh "berpendidikan tinggi" tetapi pada masa yang sama ketaksuban boleh menjahilkan mereka. Melayu berpendidikan pada hari ini tidak lagi menerima iman yang berdasarkan indoktrinasi buta tetapi berdasarkan fakta dan pertimbangan. Rakyat moden termasuk orang Melayu, akan belajar dan mencari bukti untuk menyokong kepercayaan mereka. Hasan, dalam kes ini telah gagal.
Terdapat agenda tersembunyi untuk semua isu palsu ini oleh beberapa tokoh "agama" dan politik. Beberapa fanatik agama ini adalah sebenarnya ahli-ahli politik yang menggunakan Islam untuk faedah politik. Seperti yang kita semua tahu, kebanyakan ahli-ahli politik menyembah syaitan dan bukan Allah. Atas sebab ini, umat Islam sejati tidak harus jatuh dalam perangkap ini. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berkhidmat untuk kepentingan mereka sendiri dan berusaha mendapatkan sokongan atau kuasa walaupun ia menjejaskan kepercayaan mereka terhadap Islam.
Hentikan Keangkuhan
Orang-orang ekstrimis agama yang menggunakan agama untuk faedah politik sebenarnya memperkecilkan Islam dan ini adalah satu keaiban kepada semua umat Islam yang waras. Orang-orang Kristian sememangnya membantu kumpulan terpinggir seperti ibu tunggal dan orang kurang upaya. Pertubuhan-pertubuhan Kristian akan sentiasa menjadi yang pertama untuk menghulurkan bantuan tanpa syarat kepada apa-apa bencana yang berlaku di semua negara Islam atau bukan Islam, termasuk Malaysia.
Kami tidak pernah mendengar satu pun kes seorang Melayu yang memeluk agama Kristian di negara ini kerana bantuan tersebut. JAIS dan Hasan perlu mencontohi perbuatan baik orang-orang Kristian dalam membantu orang Melayu yang miskin dan terpinggir, orang Islam dan bukan Islam dan bukan memburukkan mereka. Mereka harus mencontohi perbuatan baik semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama dan berhenti menyinggung perasaan orang lain dan bersikap sombong.
Beribu-ribu orang Melayu telah belajar di sekolah-sekolah Kristian, mereka sembahyang dengan orang-orang Kristian, mereka dihantar ke negara-negara Kristian untuk belajar akan tetapi tiada bukti empirikal bahawa seorang pun orang Melayu telah memeluk agama Kristian kerana pendakwah Kristian. Anak-anak Melayu di negara ini semuda berusia empat tahun dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak yang dikendalikan oleh orang Kristian yang berdedikasi tanpa firasat dalam fikiran ibu bapa mereka bahawa anak-anak mereka akan dimurtadkan. Iman umat Islam agak kukuh dan mereka tidak begitu mudah terpengaruh.
Satu-satunya bukti empirik adalah orang Melayu dan umat Islam yang terdedah kepada pendidikan di negara-negara Kristian secara amnya telah menjadi Muslim yang baik dan toleransi tinggi terhadap kaum dan agama lain. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk orang-orang yang tidak melalui pendidikan sekular.
Hasan patut sedar bahawa dengan kemudaha akses kepada Internet oleh hampir semua rakyat Malaysia dari semua kaum dan agama, pengguna dapat mengakses hampir semua maklumat mengenai mana-mana agama di dunia ini. Seseorang tidak memerlukan peranti tangan solar untuk belajar tentang agama Kristian. Seseorang itu boleh memuat turun atau akses kepada apa-apa maklumat tentang agama dari internet - termasuk Injil atau Al-Quran.
Tuduhan melulu terhadap orang Kristian
Jika JAIS dan Hasan takut bahawa umat Islam boleh dimurtadkan oleh orang Kristian dengan menggunakan alat-alat berteknologi tinggi, maka penggunaan komputer dan Internet akan diharamkan ke atas umat Islam. Adakah masyarakat Islam ini jenis yang JAIS dan Hasan mahukan? Rupa-rupanya, kedua-dua JAIS dan Hasan kurangan pengetahuan tentang apa yang membuatkan seseorang itu berpegang kepada iman. Hujah mereka dogmatik kepada kegiatan murtad dan menghina minda orang Melayu serta umat Islam. Hasan harus dibiarkan bersendirian, dipulaukan dan terdampar di pulau yang tidak berpenghuni.
Kemungkinan besar Hasan tidak akan dipilih lagi dalam pilihan raya umum akan datang. Dia tidak akan mendapat sokongan orang bukan Islam dan orang Melayu yang waras.
Kenyataan beliau bahawa orang Kristian menggunakan Injil audio untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam tidak akan memberikan petanda yang baik kepada orang bukan Islam. Tabiat berterusan menakut-nakutkan orang Islam bahawa iman mereka berada dalam bahaya daripada orang Kristian juga tidak akan berjaya untuk mempengaruhi orang Melayu.
Tuduhan Hassan ke atas orang-orang Kristian tidak akan menjejaskan keharmonian agama di negara ini. Pendirian Hasan mengenai isu ini tidak penting dan JAIS hanyalah memainkan lagu politik UMNO, dan Hasan pula bimbang dia sedang bersendirian sekarang.
Bawa perkara hina ke pejabat
Jika iman seorang Muslim itu kukuh, tidak ada Injil, Taurat atau 700 ayat Kitab suci Bhagavad Gita atau mana-mana buku atau Kitab Suci yang lain boleh mendorong beliau untuk menukar agamanya. Apa yang sedang dilakukan oleh JAIS dan Hasan dengan niat mencetuskan kebimbangan, permusuhan dan kebencian terhadap orang-orang Kristian dan kepercayaan mereka adalah semata-mata untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia.
JAIS dan Hasan sedang bermain dengan politik tetapi mereka telah gagal untuk mempengaruhi minda rakyat. Rakyat Selangor cukup bijak untuk membaca fikiran mereka. Mereka menyedari hakikat bahawa Hasan menggunakan agama untuk menyemai rasa takut dan kebencian di kalangan kaum Melayu dengan mendakwa bahawa agama mereka adalah di bawah ancaman.
Ini secara tidak langsung mempengaruhi Sultan Selangor dan menyebarkan kebenciannya dan melemahkan Menteri BesarKhalid Ibrahim. Media pro-UMNO, di sudut yang lain, hanya menggunakan analisis dangkal Hasan dalam hal-hal agama untuk mengalihkan perhatian negara dari semua kesalahan-kesalahan yang berlaku dalam kerajaan BN.
JAIS dan Hasan perlu menghentikan wacana kotor mereka memandangkan mereka membawa perkara hina ke pejabat mereka dan hilangan kesopanan mereka serta tidak boleh dilihat sebagai badan agama atau pemimpin yang dihormati.
Mahu menjadi MB
Selain itu, secara tidak langsung, Hasan mempunyai niat yang untuk memprovokasi kerajaan negeri Selangor dan PAS. Pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lebih matang untuk bertindak balas terhadap semua gimik politik ini. Mujurlah, terdapat orang yang lebih rendah diri dalam Pakatan Rakyat , lebih pintar dan lebih banyak pengetahuan mengenai Islam dan agama-agama lain. Mereka tidak perlu bertindak balas terhadap teori dangkal Hassan.
Dengan menegur Hassan, ini akan menjadi kemenangan buat Umno. Mungkin inilah yang diharapkan Umno. Cukuplah untuk rakyat Selangor menyedari bahawa Hasan tidak didorong oleh iman tetapi politik dalam isu ini.
Matlamat lain JAIS adalah untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan menarik pengundi untuk mengundi UMNO menggunakan taktik menakut-nakutkan mereka. JAIS dipenuhi dengan pegawai-pegawai yang masih setia kepada UMNO. Ramai yang berfikir bahawa Hasan adalah satu ancaman kepada PAS. Lagipun, Hasan bersungguh-sungguh mahu menjadi MB Selangor pada tahun 2008 apabila Pakatan menang di negeri itu.
Dia didakwa bekerjasama dengan UMNO dan bekas MB Selangor untuk menjadikan beliau MB sekiranya dia dan lain-lain ahli PAS bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran. Hasan kini merupakan seorang lelaki yang terdesak dalam belenggu politik yang direkanya sendiri. Walaubagaimanapun, beliau masih mempunyai harapan kuat untuk menjadi MB Selangor suatu hari nanti. Tetapi sebelum ini boleh berlaku, pengundi pasti mahu menyingkirkan beliau dalam pilihan raya umum akan datang./mc
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?. Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas. Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?
Sekitar enam tahun yang lalu, sekumpulan saintis yang dipimpin oleh Prof. Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan pemerhatian terhadap alam semesta untuk mencari bentuk sebenar alam semesta ini. Ramalan umum selama ini mengatakan bahawa alam semesta berbentuk bulat dan ada juga yang mengatakan bentuknya rata dan mendatar sahaja.
Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP)
Hasil yang lebih terperinci apabila menggunakan WMAP
Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama Wilkinson Microwave anisotropy Prob (WMAP), mereka menemui hasil kajian yang sangat memeranjatkan kerana menurut hasil kajian tersebut alam semesta ini adalah berbentuk seperti trompet. Di mana pada bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) merupakan alam semesta yang tidak boleh diamati (unobservable). Sedangkan bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem suria berada merupakan alam semesta yang masih boleh diamati (observable). Lihat gambar bentuk alam semesta dibawah ini:
Bentuk Alam Semesta
Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 hal. 60 ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk difahami dan diteliti.
Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya bertanya, "Ya Rasulullah apakah sangkakala?" Jawab Rasulullah, "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya tanya, "Bagaimana besarnya?" Jawab Rasulullah, "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali. Pertama Nafkhatul faza '(untuk menakutkan). Kedua Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat dari cahaya. Saiz bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada trompet orang-orang zaman dahulu yang diperbuat dari tanduk.
Trompet yang diperbuat dari tanduk
Kalimat seluas langit dan bumi dapat difahami sebagai ukuran yang meliputi dan merangkumi seluruh kawasan langit (sebagai lambang alam tak nyata dan ghaib) dan bumi (sebagai lambang alam nyata dan syahadah). Atau dengan kata lain, bulatan trompet malaikat Israfil itu melingkar membentang dari alam nyata hingga alam ghoib.
Jika keshahihan hadis di atas boleh dibuktikan dan data yang diperolehi melalui WMAP tepat, ini bermakna kita ini ibarat rama-rama yang hidup di tengah-tengah kawasan gunung berapi yang aktif, yang boleh meletus bila-bila masa sahaja.
Dan Allah telah mengkhabarkan kedahsyatan trompet malaikat Israfil itu dalam surah An-Naml ayat 87.
"Dan pada hari ketika trompet ditiup, maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang di kehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadapNya dengan merendahkan diri."
(An-Naml ayat 87)
Pada saat bergoncangnya bumi, manusia bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya, yang menyusui lupa pada bayinya, anak-anak jadi beruban dan syaitan-syaitan berlarian. "
Ada sebuah soalan yang berlegar-legar dikepala, jika terompetnya sebesar itu, bagaimana dengan si peniupnya. Dan lebih dasyat lagi, bagaimana dengan Sang Penciptanya? Wallahua'lam.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Raja Katak dah rasa cuak dan Perkosa sudah tak tentu hala.
Kah kah kah kah....
Kalau dakwat kekal diguna pakai dalam PRU13 nanti, maka.... 300 ribu ahli Perkasa tidak akan mengundi. Isy.. isy... isy... Kalau 300 ribu tak mengundi, alhamdulillah. Bagus sangat ler tu...
Oleh itu, sekarang.... beriya-iya mereka tak mahukan penggunaan dakwat kekal sebab... dakwat kekal akan mengakibatkan UMNO parti yang dijilat mereka TERKUBOR!!
Sekarang mereka cuba menggunakan Majlis Fatwa untuk menentukan nasib penggunaan dakwat kekal dalam PRU13. Weh.... banyak negara Islam yang menggunakannya... apasal pulak kita... tak boleh mengguna pakai. Hihihihi.... sengaja nak cari alasan bodoh, takut kalah kot??
Weh... takkan Majlis Fatwa akan tunduk dengan desakan puak-puak kurang asam ni?? Takkan nak jadi lembu UMNO dan koncu-koncunya kot??
Dakwat kekal.... Dakwat kekal...
Kini menjadi 'hantu' yang ditakuti oleh mereka yang takut dan tak mahu kalah.
Lawak bodoh dari perwakilan Kelantan. Bodoh ler katakan..... so tanya pun soalan yang bodoh.
'Dr M sudah, Pak Lah pun sudah, Nik Aziz bila nak undur? [Baca sini]
Soalan kacang.... Biar aku jer yang jawab.
Dr Mathathir sudah Pak Lah pun sudah....
Mahathir... rakyat menyampah. Pak Lah.... rakyat sumpah tapi Tok Guru Nik Aziz disayangi rakyat. Kalau tidak.... tak kan sampai 21 tahun kekal memerintah Kelantan. Beliau bukan saja disayangi rakyat Kelantan tetapi disanjung di seantero 1Malaysia. Rakyat sayang, parti pun sayang.
DR M dan Pak Lah bukan saja rakyat menyampah tetapi juga diangap sebai sampah. Sebab tu, ditolak oleh parti mereka sendiri. Kalau mereka tak berundur.... parti akan hancur dan UMNO akan terkubur.
Sebaliknya, hamba Allah macam Tok Guru Nik Aziz, kalau boleh... rakyat mahu dia kekal memerintah sampai ke penghujng hayatnya. Sebab... di bawah kepimpinannya, negeri dan parti sentiasa dirahmati Allah SWT. Rahmat Allah SWT lah yang kita mahu weh.
So... kalau DR M sudah, Pak Lah pun sudah... alhamdulillah tapi kalau nak desak Tok Guru berundur, lu orang boleh blah!! Hahahaha.... Lu orang takut,ek??
Lawak... lawak....
Haish.... Ada ke nak samakan Tok Guru dengan dua orang malaon UMNO tu??
Jauh panggang dari api. Ibarat langit dengan bumi weh...
Dah semingu tak online.... macam-macam lawak berlaku, especially di Perhimpunan UMNO. Pelbagai gelagat badut-badut UMNO yang bikin kita ketawa.
Ini lagi lawak...
Perwakilan UMNO mahu jawatan penting GLC kepada UMNO.
Kah kah kah kah kah...
Lawak... lawak.... very lawak.
Beri jawatan penting GLC kepada UMNO??
Hahahaha... Alamat, innalillah ler jawabnyer. Samada mampus terus atau hidup segan mati tak mahu. Apabila ini berlaku.... duit rakyat juga yang jadi mangsa untuk menyelamatkan nyawa. GLC yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan dikerjakan para pemimpin UMNO. Tapi... pemimpin UMNO... kaya raya dengan gaji dan elaun yang banyak giler-giler.
Rentikan ler... UMNO, parti pelingkup negara. Usah percaya ler komer. Itu semua helah nak bikin tembolok para pemimpin UMNO besar giler. Apa jua yang di'sentuh' oleh UMNO... musnah belaka. Wa tak tipu wa cakap lu...
Bukan aku sorang jer berpandangan begitu, tapi banyak orang lagi yang mempunyai pendapat yang sama. Butul wa cakap lu.....
Perwakilan UMNO yang bagi cadangan agar GLC dijawat oleh pemimpin UMNO, pergi cermin muka dulu, ya??
Nak pegang jawatan tinggi dalam GLC???
Kah kah kah kah.... Pigiraahhh!! Lu orang bikin wa gelak guling-guling beb!!
Oooo... kau suruh aku letak jawatan, yek? Apasal aku kena letak jawatan?? Yang dapat projek tu LAKI aku bukannya aku. Sekarang, aku cabar kau. Kau desak Anwar letak jawatan. Dan... aku juga desak Wann Wan Azizah letak jawatan!!
Kah kah kah kah...
Usah dilayan lembu meroyan!! Orang terdesak..... macam tu lah psikologinya dan begitulah peelnya. Meroyan dan giler babi jadinyer.
Ketawakan jer lembu meroyan tu. Woit alang-alang melondeh lengan, baik londehkan kain terus. Oooppss...!! Terlupa pulak. Kain dia kan ke dah dilondehkan.
Dakwaan sumpah Bai'ah di kalangan pemimpin PAS turut menarik perhatian seorang perwakilan Umno yang membahaskan usul agama di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini. Perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan kepada pucuk kepimpinan juga mengadakan sumpah bai'ah di kalangan perwakilan untuk mengelak parti disabotaj oleh 'pengkhianat' dalam pilihan raya umum.
Bahkan, katanya, bai'ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu.
"Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini.
"Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju," katanya.
Lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Medeka melaungkan: "Setuju". "Pembangkang membuat bai'ah juga," tambahnya. Bercakap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, Komaruldin berkata ia juga sebagai bukti bahawa Umno tidak pernah mengetepikan perjuangan agama yang berlandaskan Al-Quran dan Al Sunnah.
Katanya, orang yang berani adalah orang yang ikhlas sambil memberi contoh Presiden Umno Datuk Seri Najib pernah bersumpah untuk menafikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
"Ada ketua umum PKR berani bersumpah. Ada? Dekat mana dia bersumpah?" sindir Komarul.
"Andai kata kita tulus dan mulus, maka sumpah ba'iah adalah sesuatu yang penting untuk mempastikan tiada pengkhianatan dalam parti dan memastikan Umno berkuasa di negara ini," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ada wakil rakyat Umno yang telah menyatakan kesediaan mereka untuk memberi laluan kepada muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ada berjumpa dengan saya secara peribadi... Sanggup beri laluan, beri kepada muka-muka baru," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penggulungan.
Ditanay mengenai penyandang kerusi parlimen sama ada dipilih semula, Najib berkata, beliau akan melihat sejauh mana prestasi mereka sebagai wakil rakyat.
"Prestasi baik, kemungkinan di pilih semula. Kita tidak kata dua penggal atau tiga penggal, kita tengok kepada winnable candidate," katanya.
Melangkah ke pusingan akhir persediaan untuk menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.
Sambil mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP, Najib mencabar parti Islam itu meninggalkan DAP.
"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.
Menurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".
"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.
"(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.
Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.
"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.
"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.
Katanya lagi, ia berhubung dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.
"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.
Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.
"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.
"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.
"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib. Beliau juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".
Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati enam ahli parlimen dan lima ADUN termasuk peguam peribadinya bertindak keluar parti.
"Segala rahsia (dia) pada DAP. DAP ada segalanya, sebab itu, jalan berkepak, jalan lain macam sebab (rahsia) ada di tangan dia," katanya.
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 memperakui bahawa Barisan Nasional berada di hujung kuasa dan langkah terdesak itu akan menjadikannya akan mengikuti kejatuhan rejim-rejim Timur Tengah yang dijatuhkan oleh rakyat. Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada rang undang-undang itu yang diluluskan Dewan Rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional pada 29 November lalu. "Satu lagi titik hitam tercatat di dalam negara kita. Ia hanya menambah senarai kezaliman yang tidak berkesudahan malah membuktikan ketakutan Barisan Nasional berdepan kebangkitan rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau melihat cubaan pihak kerajaan BN mengemukakan rang undang-undang itu secara tergesa-gesa merupakan cubaan terancang mereka untuk mencabul hak kebebasan berhimpun yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Tambahnya, ia meletakkan kedudukan negara kita setaraf dengan negara-negara yang mundur demokrasi seumpama Myanmar, bahkan lebih teruk lagi. Katanya lagi, rang undang-undang itu menjelaskan retorik janji Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Umno pada tanggal malam sambutan Hari Malaysia 15 September 2011. "Rang undang-undang ini mengesahkan keberkesanan kuasa rakyat yang berhimpun tanggal Julai 2011 menuntut pilhanraya bersih dan adil," ujarnya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah. Baginya, undang-undang itu memperlekehkan intelek rakyat di samping Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang sedang mengkaji syor rakyat bagi menambahbaik pilihanraya hanyalah topeng palsu bagi menipu dan memperbodoh rakyat. "Belumpun sempat syor untuk ruang yang lebih adil diberi kepada parti politik bergerak dicadangkan, Barisan Nasional telah melakukan tindakan jijik mengemukakan undang-undang ini. "Tiada masyarakat sivil yang sukakan sekatan seperti ini. Justeru, tiada jalan lain bagi rakyat. Bangkit dan jatuhkan Barisan Nasional," ujarnya lagi.
Hasil pemilu Mesir menunjukkan mayoritas partai-partai Islam berhasil mengalahkan kelompok aktivis liberal yang memimpin pemberontakan terhadap Husni Mubarak. Sayap politik Ikhwanul Muslimin siap untuk mengambil bagian terbesar dari suara, sebanyak 45 persen. Namun Partai Salafi An-Nur, yang mengemban interpretasi di mana demokrasi harus dibawah Al-Quran, bisa memenangkan seperempat suara, memberikan mereka banyak kekuatan untuk mempengaruhi perdebatan. Seorang juru bicara partai Salafi An-Nur, Yussari Hamad, mengatakan, partainya menganggap hukum Allah satu-satunya sumber hukum. "Di negeri Islam, saya tidak bisa membiarkan orang memutuskan apa yang diperbolehkan atau apa yang dilarang," kata Hamad kepada Associated Press. "Hanya Allah yang berhak memberikan jawaban apa yang benar dan apa yang salah." Partai An-Nur adalah sayap politik utama dari gerakan Salafi yang ada di Mesir. Mereka berbicara secara terbuka tentang tujuan mereka untuk mengubah Mesir menjadi negara di mana kebebasan pribadi, termasuk kebebasan berbicara, perempuan berpakaian dan seni, harus dibatasi oleh hukum Islam. Salafi melarang perempuan masuk dalam peran kepemimpinan, mengutip hadits Nabi Muhammad yang melarang kepimpinan diberikan kepada perempuan." Namun, ketika peraturan pemilihan memaksa semua partai untuk melbatkan perempuan, ulama Salafi Yassir el-Burhami mengalah, mengatakan bahwa "melakukan dosa-dosa kecil" adalah lebih baik daripada "melakukan dosa yang lebih besar" - yang maksudnya membiarkan orang-orang sekuler menjalankan pemerintahan. Pada akhirnya, partai An-Nur menempatkan perempuan di bagian bawah daftar pemilih, diwakili oleh foto bunga karena perempuan dianggap tidak pantas memamerkan wajahnya. Salafi adalah pendatang baru di panggung politik Mesir. Mereka sejak lama menjauhi konsep demokrasi, mengatakan demokrasi memungkinkan hukum manusia mengesampingkan hukum Tuhan. Namun mereka akhirnya membentuk partai dan masuk ke dunia politik setelah penggulingan Mubarak, berusaha untuk mengabadikan hukum Islam dalam konstitusi baru Mesir.(fq/ap)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan terhadap projek lembu Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) masih diteruskan walaupun setakat ini didapati tiada unsur pecah amanah.
"Hakikat bahawa tiada pecah amanah tidak bermakna kes ditutup. Ia masih berlangsung," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas bertemu pelajar luar negara di ibu negaran, Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Katanya, ia ekoran kedudukan polis di bawah pengawasannya.
"Tidak bertanggungjawab untuk saya mengeluarkan sebarang kenyataan berdasarkan perkara ini," katanya. Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dengan pembelian kondominium mewah di ibu negara.
Khalid dilaporkan berkata siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah. Namun, katanya, pihak polis masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.
Menurutnya, 74 individu telah sudah panggil untuk diambil keterangan setakat ini
KUALA LUMPUR 3 Dis. — Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.
"Jangan dengar fitnah...mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab Umno Luar Negara di sini hari ini.
Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran. — Bernama
Hari ini Bung Mokhtar sekali lagi mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatannya dan mendakwa Shahrizat sudah menjadi liabiliti kepada UMNO/BN..
Ada pihak yang mengucapkan syabas kepada Bung Mokhtar kerana beliau menunjukkan sikap bijaksana dan berani mendesak Shahrizat untuk meletakkan jawatan berikutan scandal NFC yang melibatkan Keluarganya, adakah benar Bung memang berani dan bersikap telus?
Sebenarnya ianya bukanlah menunjukkan ketelusan ataupun keberanian Bung Mokhtar Ahli Parlimen dari BN ini tetapi desakannya ini adalah kerana membalas dendam sahaja..
Ini kerana apabila Bung didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 beliau dibidas oleh Shahrizat..
Jadi inilah peluang bagi Bung untuk membalas dendam… sila baca di SINI dan juga di SINI.
*******************************************
Isu NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 3 Dis — Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.
Katanya: "Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu."
"Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu," kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
"Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti," katanya.
Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.
"Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
"Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya," kata Bung Moktar lagi.
Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
"Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat," kata beliau lagi.
Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.
Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Rakyat Pulau Pinang sila nilaikan.. Adakah Pulau Pinang masih memerlukan pemimpin begini?? kononnya mahu membantu Melayu tapi.. Melayulah yang telah ditipunya dalam isu RM100 dan Bazaar Perdana Bandar Perda..
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.
Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.
"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.
"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.
Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.
Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.
Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.
Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.
Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.
Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin
Bapok, Pondan, Bangsat dan Barua! Itulah apa yang dilontarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin kepada PKR dan PAS serta penyokong DAP dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2011 baru-baru ini.
Bahasa yang jelas mencerminkan cara pemikiran terkini UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi penuh dengan kebencian, semangat permusuhan, dendam dan juga ketakutan.
Siapa Bapok dan pondan sebenarnya?
Pada 7 Mac 2010, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah mencabar Pemuda UMNO Pulau Pinang untuk berdebat di Debat Perdana Rakyat 2010 yang bertajuk "Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran".
Ini berikutan tindakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sering mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu dan Islam semakin dipinggirkan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bukan sahaja sikap Bapok dan Pondan Pemuda UMNO terserlah disini bilamana mereka takut untuk berhadapan dengan Pemuda Pakatan Rakyat dan ribuan rakyat yang hadir dalam debat ini, malah mereka mempamirkan sikap bapok dan pondan yang bacul.
Jika dikatakan DAP menjadikan Melayu sebagai Barua mereka dalam pemerintahan Kerajaan PR Pulau Pinang, tidakkah Shaik sedar Melayu UMNO sendiri memang menjadi barua kepada Gerakan ketika mereka diperkudakan oleh Gerakan semasa BN menguasai Pulau Pinang?
Tidakkah UMNO sendiri telah menyerlahkan sikap bapok dan pondan mereka malah sanggup menjadi barua kepada Gerakan kerana takut untuk menuntut jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan mereka mempunyai majoriti kerusi yang lebih besar dari Gerakan?
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam ucapannya juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.
Shaik juga talah melabel penyokong DAP sebagai bangsat kerana menurutnya DAP itu musuh kepada Islam.
Jika begitu penyokong UMNO sudah tentu lebih bangsat kerana UMNO telah menjalankan urus niaga dengan Israel, UMNO juga telah membenarkan rakyat Israel memasuki Malaysia, UMNO juga telah menggunakan Firma dari Israel sebagai penasihat malah UMNO juga telah membenarkan warga Israel terlibat dalam pembinaan sistem komunikasi PDRM.
Siapa lebih bangsat? Israel dilabel sebagai musuh Islam oleh seluruh dunia Islam tetapi DAP pula hanya dilabel sebagai musuh Islam oleh UMNO..
Agak menghairankan bagaimana seorang yang mengaku tinggal di Pulau Pinang boleh mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul sedangkan perarakan tersebut telah diadakan setiap tahun sejak dari awal tahun Pakatan Rakyat menguasai pemerintahan Pulau Pinang lagi.
Biarpun ada pihak yang cuba untuk sabotaj perarakan itu, ianya tetap dijalankan malah setiap kali perarakan diadakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang menjadi jemputan.
Mungkin beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut lalu beliau tetap mengatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul.
Atau hati beliau terlalu gelap untuk melihat kebenaran?
Selain itu Ketua Pemuda UMNO Pulalu Pinang Shaik Hussein Mydin juga berkata Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.
Statistik yang telah lama dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang membuktikan apa yang diucapkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu adalah fitnah.
Dimana statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.
Statistik dari mana Shaik Hussein Mydin perolehi untuk menyokong fitnahnya itu?
Mengakhiri ucapannya Shaik Hussein Mydin menyarankan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.
Jelas Shaik Hussein Mydin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan demokrasi.
Shaik Hussein Mydin perlu sedar UMNO telah ditolak oleh majoriti rakyat Pulau Pinang kerana rakyat sudah muak dengan sikap ahli-ahli dan juga pemimpin UMNO.
Sikap tidak telus dalam pentadbiran, salah guna kuasa yang berleluasa, tidak mempedulikan masaalah rakyat dan mengutamakan kroni dalam setiap pemberian tender projek milik Kerajaan Negeri itulah sikap pemimpin UMNO semasa berkuasa.
Dan ahli-ahli UMNO diperingkat Bahagian pula menjadikan harta Kerajaan Negeri sebagai harta mereka ini termasuk dewan-dewan orang ramai yang dijadikan seperti harta UMNO dan juga tanah-tanah yang didirikan gerai-gerai milik mereka seolah-olah harta kerajaan itu harta UMNO dan harta UMNO itu pula harta emak bapak mereka.
Samada Melayu mendominasi Pulau Pinang atau tidak itu bukannya terletak di tangan UMNO tetapi ditangan rakyat Pulau Pinang.
Sesuai dengan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO.
Kami akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.
Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib Pakatan Rakyat berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukannya berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.
Amir Haji Ghazali Ketua Angkatan Muda KeAdilan Negeri Pulau Pinang
KUANTAN, 3 Dis - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (foto) menggesa kerajaan 'membuka mata' dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi. Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g. Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut. "Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. "Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng. "Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama penduduk," katanya.
Concentration Plant Lynas Mt Weld, Australia yang dikatakan alami kebocoran
Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan termasuk Lynas terkecuali. Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang seolah-olah menjadi 'jurucakap' mereka."Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa."Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP ketika beliau melawat kilang itu di Gebeng kelmarin."Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa," katanya. Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat itu merupakan input daripada Lynas semata-mata.
KUANTAN, 3 Dis - Ramai pihak yang terkejut dengan pendedahan tentang penglibatan beberapa orang kuat PAS Pahang dengan syarikat kontroversi Lynas Corporation. Biar pun isu itu dianggap kecil bagi sesetengah pihak dalam parti PAS, namun sebenarnya tindakan ini sukar untuk diterima oleh majoriti yang lain terutamanya mereka yang membantah pembinaan kilang memproses rare-earth di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Soalnya sekarang, kenapa ada pula pihak yang menyokong tindakan ahli-ahli terbabit?. Malah mereka memberikan berbagai hujjah untuk menghalalkan tindakan tersebut. Bagi mereka "tidak menjadi masalah" kepada mana-mana ahli PAS yang berkerja atau mendapat kontrak (projek) dengan Lynas kerana itu adalah hak masing-masing (profesionalisme kerja). Namun, mereka lupa bahawa PAS secara rasmi menentang Lynas malah mahu kerajaan membatalkan operasi syarikat tersebut demi keselamatan rakyat. Malah, NGO seperti Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Barisan Bertindak Anti Rare Earth Refinary (BADAR), Stop Lynas Coalition (SLC) dan sebagainya secara jelas membantah projek berkenaan. Tambahan pula, dalam NGO terbabit terdapat ramai ahli serta pemimpin PAS yang berjuang habis-habisan menentang Lynas. Tapi, tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan penglibatan ahli PAS sendiri dengan projek itu. Kontrak jutaan ringgit diperolehi oleh mereka untuk tempoh lima tahun jelas sekali membuktikan mereka tidak langsung "peka" dengan isu bantahan Lynas oleh parti mereka sendiri. Alasan pihak berkenaan, mereka memang menentang Lynas tetapi terpaksa mengambil projek dengan syarikat terbabit untuk mencari dana bagi membantu parti dan menentang syarikat terbabit. Maknanya, duit yang diperolehi disalurkan kepada parti PAS untuk "melawan Lynas" semula. Atas alasan, jika mereka tidak ambil projek itu maka pasti ada pihak lain yang akan mengambilnya. Begitu mudah alasan dangkal yang mereka berikan untuk mengesahkan tindakan tersebut. Sedangkan, mereka sendiri tahu orang lain bersusah payah berjuang menentang Lynas tiba-tiba mereka "senang-senang" kaut untung lumayan. Apakah adil untuk rakyat agaknya?. Apakah jika mereka tidak ambil projek dengan Lynas syarikat mereka akan "lingkup". Berapa ribu yang dihulurkan kepada perjuangan menentang Lynas daripada jutaaan ringgit yang diperolehi daripada kontrak tersebut?. Kenapa mereka "sanggup khianat" kepada rakyat?
[Atas apa jua alasan sekali pun, apa yang berlaku ini tidak wajar sama sekali. Sepatutnya sebagai seorang ahli kepada parti Islam mereka wajar akur dengan kepimpinan parti. Mereka sering ditarbiyah agar patuh kepada perjuangan. Namun, dek kerana mengejar keuntungan duniawi masih ada yang terbawa-bawa perangai lama. Apakah rakyat boleh terima semua ini. Kita bukan mahu mencari kesalahan sesiapa, namun kita juga tidak wajar sembunyikan apa yang mereka lakukan. Jika ini keadaannya, apa guna menentang Lynas sebab keuntungan syarikat itu juga mengalir dalam dana perjuangan PAS iaitu parti yang begitu lantang menentang Lynas. Jika Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli dipanggil oleh lembaga displin parti gara-gara mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan dasar parti dalam isu Lynas. Maka, kini sepatutnya parti perlu memanggil pihak yang terlibat secara langsung dengan Lynas. Jika tidak, nama parti akan terus rosak jika isu ini dijadikan senjata oleh UMNO BN pada PRU-13 nanti. Oleh itu, langkah pembersihan perlu dilakukan segera!].
26.11.2011. Dewan Himpunan Cina Kg. Koh, Sitiawan. Anjuran PAS Kawasan Lumut.
Boleh menerima PM berbangsa Cina spt Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang yang lebih menjaga Orang Melayu dan Islam dari PM Melayu yang berterusan memperbodohkan melayu.
Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan menunjukkan Najib seorang pembohong, penipu besar dan tidak tunaikan janji kepada rakyat seperti yang diumumkannya semasa Hari Malaysia 16 September 2011.
AYUH, KITA TURUN KLCC JAM 2.00 PTG INI!!
PAK SAMAD KETUAI PROTES AKTA PERHIMPUAN –sisipan dari mkini
Sasterawan Negara, A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok (*hari ini 3 Dec 2011), bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.
"Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.
KILL THE BILL!
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.
Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.
Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.
Terbaru yang juga hendak menjadi ikutan Umno ialah supaya calon yang bertanding dalam pilihan raya mengadakan ba'iah untuk mengelakan calon melakukan sebotaj. Seorang perwakilan dari Terengganu, Kamaruddin Omar mencadangkan supaya Umno mengadakan bai'ah dengan bersumpah walahi, wabilahi dan wathalhi... mengaku taat setia kepada calon.
Sebelum ini Umno mempersendakan akan kaedah Pas dalam ikhtiar menjamin agar ahli taat setia dan tidak menyusahkan parti dengan sebotaj dan berpaling tadah dengan melakukan bai'ah - perjanjian untuk setia dengan parti. Macam-macam dituduh terhadap tindakan Pas itu sebagai tidak demokratik, bidaah dan sebagainya.
Tetapi hari ini setelah Umno sudah hilang kepercayaan kepada ahlinya, bimbang ahlinya akan melarikan diri maka kaedah (ikrar) itu juga dicadangkan diperkenakan. Menariknya semasa perwakilan itu mencadangkan demikian para himpunan melaung berkata setuju, setuju.
Persoalannya kini apakah bai'ah itu boleh berlaku di dalam Umno. Umno adalah parti sekular dan liat untuk mematuhi saranan ayat-ayat Quran dan menggunakannya sebagai hujah dan panduan dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kalau mereka guna pun sekerat ayat sahaja, dipilih ayat-ayat yang sesuai dan cocok dengan jiwanya saja. Pada saya kalau Umno tidak kembali keseluruhan kepada Quran, bai'ah atau ikrar itu tidak akan membawa hasilnya.
Ikrar seperti dicadangkan itu bukan saja tidak akan dihormati tetapi ia juga akan diragui seperti mana sumpah laknat dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno dalam menyakinkan orang ramai terhadap hujah dan apa yang dikatakan.
Pernah terjadi ada pemimpin Umno yang melakukan sumpah laknat, bersumah dengan versi disebutkan Kamaruddin Omar itu, tetapi ia tidak memberi kesan. Orang ramai tidak percaya kerana sudah mengenali akan kemunafikan dan kebejatan sosial mereka selama ini.
Jadi kalau orang-orang seperti mana tokoh itu diminta bersumpah, berikrar mereka akan bokeh bersumpah 10 kali sehari bukan di dalam masjid hatta di atas kubah masjid sekalipun dia sanggup tetapi sejauh mana sumpah dan ikrarnya akan dipatuhi sukar untuk dipercayai.
Sebenarnya sumpah dan ikrar itu hanya berlaku kepada orang beriman yang sudah sedia kuat pegangan dan ketauhidannya kepada Allah s.w.t. Sebebab itu di dalam ayat-ayat berhubung dengan perintah Allah disebut, wahai orang-orang beriman. Ertinya orang yang tidak beriman atau beriman sepenuhnya tidak terkena perintah dan arahan yang dimaksudkan ayat-ayat itu. [wm.kl.11:45 am 03/12/11]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
sejak Isnin lepas 29 november bersamaan ulangtahun ke 13 perkahwinan kami - Annisa masuk wad kerana sesak nafas, diikuti esoknya An-Nur. Hari ini Sabtu masih di sini - namun semakin baik. Aku dan Sham juga turut demam dan sakit. Mungkin kami tak selasak dulu.
10 tahun lagi jika semuanya panjang umur - Annisa akan 20 tahun dan An-Nur 18 tahun sementara kami menuju 50 tahun.
Sebab itu kami sedang berusaha membantu anak-anak kami mencapai tahap tertinggi yang mereka mampu. Moga Allah merestui. Ada yang memberikan pandangan mengguris hati mempertikaikan jumlah yang kami perlukan terlalu besar iaitu hampir setengah juta ringgit sedangkan katanya belum tentu pulih lagi. Mereka menasihatkan kami bersabar dan redha dengan takdir, terima hakikat dan bermacam-macam lagi.
Tak mengapa kawan, tentang redha dan sabar atau hakikat tak perlulah kau ajarkan kami. kami telah merempuhnya tanpa sesaat pun rasa kesal.
Tentang perabis duit sedangkan belum tentu sembuh - kami tak pernah harapkan sembuh tetapi jika keajaiban berlaku, bagaimana? Tak cuba pasti tak tau. kami telah jumpa bermacam-macam orang malah pakar perubatan pun pernah memberitahu kami yang umur Annisa hanya 3 tahun saja, mereka tak boleh melihat (buta) dan mereka akan makan minum menggunakan tiub selama-lamanya sehingga jika keadaan teruk, perut akan ditebuk. kami lawan semua itu dan berusaha walaupun pakar tersebut menyatakan "langit ke tujuh pun cari takkan ada ubat"
Ya! kami degil dan kedegilan itu telah membuat kami nekad mencabut tiub di hidung Annisa dan melatihnya makan dan minum oral. Hari ini Alhamdulillah- dia sudah 10 tahun. Sesiapa yang punya anak pasti mahukan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Walaupun pendidikan di negara kita cukup tetapi ada di antara kita menghantar anak ke luar negara kerana mereka mahu yang terbaik. Begitu juga kami yang punya anak OKU tetapi di dalam negara hampir TIADA keperluan untuk Annisa dan An-Nur.
Setakat ini kutipan baru menjangkau RM10 ribu - masih jauh lagi. Terima kasih kawan-kawan yang berusaha dengan bermacam-macam cara. Ada yang menderma dalam akaun hanya RM3 saja tapi kesungguhan untuk menderma itu mengharukan kami.
Percayalah - kami percaya - kami akan berjaya! sampai di sini dulu...ketemu lagi
Ayuh!
haiya'alalfalah!
wad 5a hospital serdang
11.46 malam - 2 nov 2011
You are subscribed to email updates from ronasina To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan