Sabtu, 3 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Dec 2011 03:17 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Jenayah dikalangan anggota-anggota penguatkuasa: Syor modul latihan dikaji

Posted: 02 Dec 2011 07:29 PM PST

Marang: Semakin banyak kes-kes jenayah seperti rompakan atau samun yang melibatkan pegawai penguatkuasa, berlaku di Malaysia akhir-akhir ini.

Walaupun bukan semua mereka yang dituduh itu disabitkan dengan kesalahan, namun fenomena ini jika tidak dibendung, dikhuatiri akan menjadi trend dimasa akan datang.

Hal ini membimbangkan rakyat, kerana pegawai penguatkuasa sepatutnya menjadi pelindung rakyat daripada kejahatan dan bukannya bertindak sebagai pelaku kejahatan itu sendiri.

Bagi Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, mengesyorkan agar dibuat kajian kembali berkenaan isi kandungan modul latihan bagi semua samada pengambilan baru atau anggota penguatkuasa sedia ada.

"Saya melihat kajian berkenaan isi kandungan modul latihan adalah perlu ketika ini kerana semakin banyak kes-kes seumpama ini berlaku sekarang.

Saya sangat berharap agar ditekankan penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem latihan yang ada sekarang.

Saya amat yakin dan percaya bahawa Islam adalah penyelesai kepada permasalahan ini," tegasnya penuh yakin.

Dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang anggota polis telah ditahan bersama seorang rakannya bagi membantu siasatan satu kes rompakan kedai emas di Wakaf Tapai, Marang.

Suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Hulu Terengganu dikatakan telah melepaskan tembakan rambang setelah melakukan rompakan dan hampir mengenai dua orang kanak-kanak yang berada berhampiran tempat kejadian.

Turut dilaporkan sebelum ini, beberapa orang pegawai SPRM telah ditahan bagi membantu siasatan kes rompakan keatas penggurup wang di KLIA.

Ustaz Mohd Nor turut meminta agar pegawai-pegawai penguatkuasa atasan, tidak sibuk berpolitik sehingga mengabaikan anggota-anggota bawahan mereka.

Mereka (pegawai-pegawai) sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tanggung jawab mereka kepada masyarakat dan menyerahkan hal-hal berkaitan politik kepada ahli-ahli politik.

Ini kerana dibimbangi pegawai-pegawai ini sebenarnya digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjayakan agenda politik mereka.

Beliau memberikan satu contoh yang berlaku didalam majlis Multaqa Guru-guru J-Qaf baru-baru ini apabila seorang pegawai polis dikatakan telah memberikan ceramah yang berlegar memburukkan parti-parti pembangkang.

Baginya lagi, hal-hal seumpama ini mungkin menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dikalangan anggota-anggota penguatkuasa kerana pegawai atasan mereka mengabaikan anggota-anggota bawahan kerana sibuk berpolitik.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Dec 2011 01:47 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC

Posted: 03 Dec 2011 01:24 AM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis.

A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi.

"Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat.

"Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan.

"Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.

"Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka.

"RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur.

"Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat.

"Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang.

Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut.

Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan.

Harakahdaily/-

Fidlot: Kenyataan polis tak mampu selamatkan Umno

Posted: 03 Dec 2011 01:15 AM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Percubaan polis untuk menghalang huru hara di dalam Umno berikutan kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan berjaya, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"(Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri) Khalid (Abu Bakar) dakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Kenyataan Khalid itu mungkin menyelamatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) yang berhempas pulas membela projek suami (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu dari menghadapi huru hara dalam perhimpunan agung Umno serta dipersoalkan oleh perwakilan-perwakilan yang berlakon kononnya mahu ketelusan dan amalan yang bersih dalam pemberian projek itu.

"Tetapi ia tidak mungkin menyelamatkan Umno dari menghadapi huru hara yang lebih besar lagi selepas ini," katanya.

Menurut Mahfuz, masalah terbesar yang dihadapi bukannya ketegasan ahli-ahli Umno kepada prinsip menentang kronisme, penyalahgunaan kuasa atau amalan yang tidak bersih dalam pemberian mana-mana projek.

"Semua itu mereka tidak peduli dan tidak pernah ambil peduli. Huru hara akan berlaku kerana semakin ramai ahli Umno yang akan mempersoalkan mengapa pemimpin tertinggi atau keluarga mereka mendapat habuan yang banyak sedangkan mereka hanya mendapat tulang-tulang sahaja.

"Tak mungkin boleh berpuas hati dengan sedikit suapan yang dihulurkan ketika pemilihan parti itu.

"Tentu mereka juga mahu habuan besar seperti keluarga Shahrizat kerana bagi mereka, mereka dan keluarga mereka juga berkerja keras dan berhak mendapat apa yang dinikmati oleh keluarga Shahrizat," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Begitu juga dengan ahli-ahli Umno yang mendapat upah lima enam puluh ringgit memasang poster ketika pilihan raya, mereka juga teringin hendak mendapat habuan besar seperti dinikmati keluarga Ketua Wanita Umno, kata Mahfuz.

"Ahli-ahli Umno juga tentu boleh berfikir, itu habuan untuk keluarga Sharizat, bagaimana pula dengan pemimpin Umno lain dan keluarga mereka?

"Sebab itulah huru hara yang ditumbulkan oleh lembu fidlot itu besar kemungkinan akan berpanjangan dan semakin buruk.

"Bila keluarga Sharizat daat habuan besar, tidak ada jaminan para penyokong (Tan Sri) Rafidah (Aziz) yang ditewaskan oleh Shahrizat dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita Umno sebelum ini akan berdiam diri," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan Khalid kononnya tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC.

"Khalid dan (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) sendiri berkata siasatan terhadap projek NFC masih diteruskan.

"Kalau masih disiasat bagaimana pula boleh mendakwa tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam penggunaan dana untuk NFC?" kata Mahfuz sambil menyatakan beliau merasa sangat kasihan melihat Khalid berusaha sungguh-sunguh memberi penjelasan dalam kes yang melibatkan para pemimpin Umno itu.

"Khalid tentu mahu menjadi Ketua Polis Negara," katanya lagi sambil tersenyum.

Harakahdaily/-

Gempa bumi 5.3 magnitud melanda Jepun

Posted: 02 Dec 2011 10:47 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 menggegarkan Jepun, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, pihak beruasa negara itu berkata, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang melanda pada jam 5.55 pagi (waktu tempatan) dikesan di Chiba, iaitu 60 kilometer tenggara Tokyo.

Katanya, ia dicatatkan pada kedalaman 18 kilometer dan kawasan yang terbabit adalah Chiba dan kawasan lain berdekatan Tokyo.

Agensi Meteorologikal Jepun, berkata ia juga dikesan 200 kilometer dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. - AFP

Mangsa banjir di Kerian meningkat

Posted: 02 Dec 2011 10:13 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.

"Mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," kata ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam. - BERNAMA

Jalan Ke Taman Negara Loagan Bunut Perlu di naiktaraf

Posted: 02 Dec 2011 05:31 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD]
PAS Miri

MIRI - Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 130 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

Paras air di dalam tasik ini adalah betul-betul bergantung kepada paras air Sungai Bunut, Sungai Tinjar dan Sungai Baram. Paras air sungai-sungai ini berubah-ubah sepanjang tahun dan hasilnya, paras air di Loagan Bunut juga turun naik. Paras air di Loagan Bunut biasanya terendah dalam bulan Februari dan Mei atau Jun. Tempoh air yang rendah berlangsung selama kira-kira 2 hingga 3 minggu.

Populasi ikan juga berubah-ubah akibat situasi yang unik ini. Apabila tempoh kering pada waktu kemuncak, Loagan Bunut boleh menjadi kering lumpur retak yang besar. Anda sebenarnya boleh berjalan di atas lumpur kering tersebut.

Tasik dan kawasan sekitarnya yang meriah dan indah, semasa paras air yang tinggi dan rendah.

Tarikan kebudayaan yang utama di tasik ini adalah kaedah yang unik dan tradisional menangkap ikan ('Selambau') yang masih dikekalkan oleh nelayan Berawan.

'Selambau' telah dimajukan untuk menangkap ikan yang bergerak semasa paras air yang turun naik. Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dan telah membolehkan nelayan Berawan mengurus perikanan yang unik dan berkesan dan dapat bertahan untuk banyak generasi.

Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan hutan paya gambut. Terdapat berbagai jenis burung dan juga hidupan liar terdapat di sini seperti rusa,kancil dan sebagainya.

Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari, 1990 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991.

Jalan perhubungan yang teruk

Sayang sekali keunikan dan keindahan seperti yang tersebut di atas sukar untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara disebabkan jalan perhubungan untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut amat teruk sekali hanya sesuai untuk kenderaan berat dan juga lori-lori balak. Perkara semacam ini seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin memajukan sector pelancongan dan juga meningkat ekonomi Negara.

Kita cadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalanraya yang lebih elok dan, memberi kemudahan asas serta menjaga kawasan tersebut dari tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Memandangkan Sarawak kaya dengan sumber hasil dan juga mempunyai tempat yang indah serta menarik untuk pelancongan adalah disarankan kerajaan Sarawak membina lebih banyak infrastruktur serta membina jalanraya yang baik untuk kemudahan orang ramai melawat ke Taman Negara di Sarawak.

Hasil dari pelancongan dari dalam dan luar negara akan memberi banyak menafaat kepada semua rakyat. Ini antara perkara yang akan kita rancangkan jika diberi peluang mengambil alih kuasa dari kerajaan yang ada sekarang. Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, jalan perhubungan yang teruk serta ramai penduduk miskin.

Kemana perginya peruntukan dan hasil sumber bumi Sarawak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak selama ini? Kalau peruntukan yang berbilion ringgit tersebut dapat digunakan dengan baik dan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat sudah pasti Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Jadi rakyat kena berfikir siapa yang untung dan mendapat manafaat dengan peruntukan tersebut? Adakah rakyat biasa atau pihak yang tertentu saja? Fikirlah sendiri, kalau rakyat yang mendapat manafaat sudah pasti penduduk di luar bandar tidak merungut dengan masalah kemudahan asas dan juga infrastruktur selama ini. Kita semua tahu berapa puluh tahun kerajaan yang ada sekarang sudah memerintah.

Bukannya 5 atau 10 tahun mereka memerintah tapi sudah berpuluh tahun. Kalau hendak dikira peruntukan yang sudah disalur ke penduduk luar bandar sudah boleh mencecah berbilion ringgit dan tidak sepatutnya Sarawak masih jauh ketinggalan 20 tahun ke belakang.

Sudah tiba masanya Sarawak diberi kuasa kepada mereka yang benar-benar jujur,ikhlas, amanah serta perihatin akan masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

Perhimpunan Agung UMNO masuki hari terakhir

Posted: 02 Dec 2011 04:42 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari terakhir hari ini disambung semula pagi ini dengan perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial.

Sebanyak 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Penggulungan juga membabitkan ketua ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang bermula Selasa lepas melabuhkan tirainya hari ini. -- BERNAMA

Ulasan :

Saya yakin semua pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa bersedia untuk "bertempur" dengan cerita dongeng yang akan di alunkan oleh pimpinan umno pada hari akhir persidangan.

3 Naib Presiden UMNO Jilat Semula Ludah Mereka

Posted: 02 Dec 2011 03:55 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur'

Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang.

Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan.

Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden.

Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi.

Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang.

Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini.

"Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu.

Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk

Laporan sebelumnya

Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ketiga-tiga Naib Presiden Umno Khamis menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Khamis.

Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang.

Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian.

"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri."

Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. -Bernama


Ulasan GB

Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur.

http://greenboc.blogspot.com

Seperti Binatang

Posted: 02 Dec 2011 03:15 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya" (QS. Al Furqan 43-44).

Meskipun berjalan tegak, berpakaian bagus, beruang banyak, serta berkendaraan mewah, jangan disangka itu semuanya makhluk manusia berderajat mulia. Ada di antaranya sudah hina seperti binatang dan bahkan lebih buruk lagi. Ya, memang ada manusia seperti binatang, sebagaimana beberapa kali disebutkan dalam Alquran (QS. Al Furqan 43-44) dan (QS. Al Araf: 179).

Sebutan tersebut dialamatkan kepada orang-orang yang lebih mementingkan hawa nafsunya (QS. Al Furqan 43-44). Dalam ayat yang lain (QS. Al 'Araf: 179), sebutan itu ditujukan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan mata, telinga, dan hati untuk melihat, mendengar, dan menghayati kebenaran. Semua ini mengajak kita semua untuk memikirkan kembali diri sendiri agar (kembali) berusaha untuk kembali meraih martabat sebagai manusia yang telah diciptakan sebagai makhluk dalam bentuk yang sangat bagus (QS. At-Tiin: 4).

Dengan demikian, untuk mengembalikan marwah manusia atau memanusiakan manusia, perlu sekuat tenaga menghilangkan budaya memperturutkan hawa nafsu dan hidup layak sebagaimana terdapat dalam pedoman hidup dalam Alquran dan assunnah. Yang juga penting dilakukan adalah jangan terlibat dalam upaya mengangkat orang-orang yang mementing diri sendiri dan hawa nafsunya sebagai wakil atau pengurus rakyat. Sebab, yang demikian sama dengan mengangkat orang-orang yang manusia binatang, yang tak akan berjuang, kecuali kepada kepentingan dirinya sendiri. Bahkan dikatakan, orang-orang yang hanya mementingkan diri atau perutnya sendiri, tak ubahnya seperti apa yang keluar dari perut. Sungguh menjijikkan!

Serambi/-

Guru Kesederhanaan

Posted: 02 Dec 2011 03:12 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian" (QS. Al- Furqan: 67).

Guru tak semuanya dikenal di dunia ini. Yang banyak dikenal hanya guru-guru yang diangkat sebagai atau menyebut diri guru. Namun sebenarnya, ada sejumlah hamba Allah yang mendiami bumi ini yang layak untuk tempat berguru. Termasuk di antaranya orang-orang yang senantiasa hidup sederhana dalam keadaan memiliki harta yang memadai atau tidak. Rasulullah SAW juga mengingatkan bahwa tak akan menderita kesusahan orang yang hidup sederhana (HR. Ahmad).

Terbukti dalam kenyataan, pola hidup sederhana telah membuat banyak orang selamat dari berbagai prahara. Yaitu selamat dalam meniti jalan kesabaran. Kesabarannya diteguhkan di saat berbagai godaan datang. Mereka akan berhenti makan sebelum kenyang. Mereka tidak akan mencintai harta, kecuali yang sudah sanggup dimiliki.

Sebaliknya, pola hidup tidak sederhana telah menelan banyak korban di mana-mana. Hidup tak sederhana telah membuat banyak manusia menjadi panjang angan-angan. Karena hidup tak sederhana, banyak orang ingin tampil lebih dari orang lain, meskipun di saat tak memiliki kemampuan. Akibatnya, tak sedikit yang terjebak mengambil atau menggunakan yang bukan haknya.

Namun anehnya, dibandingkan dengan orang-orang yang hidup sederhana, orang yang hidup mewah lebih banyak dijadikan guru. Akibatnya, pola hidup sederhana dan orang-orang yang setia hidup seperti itu menjadi tak dikenal, meskipun mereka guru sejati karena telah memberi contoh melalui perilakunya bagaimana hidup sederhana.

Serambi/-

Keutamaan Wudhu

Posted: 02 Dec 2011 03:10 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Islam adalah agama yang memiliki syariat yang indah. Faedah dan pahala melaksanakan syariat Allah akan kembali kepada umatnya. Di antara syariat Islam yang indah itu adalah wudhu. Wudhu disyariatkan ketika seseorang akan melaksanakan shalat, thawaf di Baitullah dan menyentuh mushaf.

Allah berfirman, artinya, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…" (QS. al-Maaidah: 6)

Rasulullah bersabda kepada 'Aisyah (tentang wanita haidh), "Kerjakanlah seperti yang dikerjakan oleh orang yang mengerjakan haji kecuali berthawaf di Baitullah hingga kamu bersuci." (Mutaffaq 'alaihi)

Dalam hadits yang lain Rasulullah bersabda, "Tidak boleh menyentuh al-Qur'an kecuali orang yang suci." (HR. al-Hakim)

Seperti kita ketahui bahwa setiap syariat Allah selalu dipenuhi dengan keutamaan yang sangat banyak. Demikian juga dengan syariat wudhu ini. Banyak sekali hadits-hadits Rasulullah yang menjelaskan keutamaan wudhu, antara lain:

1. Tanda bagi umat Muhammad ketika dipanggil pada hari Kiamat kelak. Rasulullah bersabda dalam hadits Abu Hurairah, "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan bertanda bulatan putih (pada dahinya) dan belang putih (pada kakinya) bekas wudhu." (Mutafaq 'alaih)

2. Allah akan memberikan ampunan dosa yang telah lalu, jika seseorang berwudhu sesuai dengan wudhu Rasulullah. Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Utsman, Rasulullah bersabda, "Barangsiapa berwudhu seperti wudhuku ini lalu dia mengerjakan shalat dua rakaat, yang pada keduanya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri, niscaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosa yang telah lalu." (Mutafaq 'Alaihi)

3. Allah akan memberikan ampunan atas dosa yang terjadi antara wudhu dengan shalat yang berikutnya.Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang Muslim berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya tersebut, kemudian mengerjakan shalat melainkan Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa yang terjadi antara wudhu itu dengan shalat yang berikutnya."(HR. Muslim)

4. Wudhu akan menjadi kafarat (penebus) dosa yang lalu, selama tidak melakukan dosa besar. Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang Muslim yang telah tiba waktu shalat wajib, lalu dia menyempurnakan wudhu, kekhusyuan, dan rukuknya, melainkan itu akan menjadi kafarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan itu berlaku selamanya." (HR. Muslim)

5. Dengan wudhu akan meraih surga. Rasulullah bersabda, "Tidaklah seorang Muslim berwudhu lalu dia menyempurnakan wudhunya kemudian mengerjakan shalat dua rakaat dengan hati yang khusyu dan wajah yang khudu (tunduk), melainkan telah diwajibkan baginya Surga." (HR. Muslim)

6. Akan keluar dosa dari setiap anggota wudhu. Rasulullah bersabda, "Jika seorang hamba Muslim atau Mukmin berwudhu lalu membasuh wajahnya, akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang dilakukan kedua matanya bersamaan dengan keluarnya air atau tetesan air yang terakhir. Jika dia membasuh tangannya, akan keluar dari kedua tangannya setiap dosa yang pernah diperbuat oleh kedua tangannya itu bersama air atau tetesan air yang terakhir. Jika dia membasuh kedua kakinya, akan keluar setiap dosa yang pernah diperbuat oleh kedua kakinya bersama dengan air atau tetesan air yang terakhir, sehingga dia akan keluar dalam keadaan benar-benar bersih dari dosa." (HR. Muslim)
Rasulullah juga bersabda, "Barangsiapa berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya maka kesalahan-kesalahannya akan keluar dari tubuhnya sampai-sampai dari bawah kuku-kukunya." (HR. Muslim)

7. Meninggikan derajat.Rasulullah bersabda, "Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang dengannya Allah menghapus dosa dan meninggikan derajat." Para sahabat menjawab, "Mau ya Rasulullah." Beliau bersabda, "Yaitu menyempurnakan wudhu pada saat yang tidak disukai (menyulitkan), banyak melangkah ke masjid, dan menunggu shalat setelah shalat. Itulah ar-ribath (perjuangan), dan itulah ar-ribath." (HR. Muslim)

Wudhu Yang Sempurna

Setelah mengetahui keutamaan wudhu, kita hendaknya mengetahui bagaimana tata cara wudhu yang sempurna. Dalam hadits Humran bekas budak Utsman, beliau berkata: "Bahwa Utsman bin Affan meminta diambilkan air wudhu kemudian dia berwudhu dengan membasuh kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali. Kemudian dia berkumur-kumur dan ber-istintsar (mengeluarkan air yang dihirup ke hidung). Kemudian dia membasuh wajahnya tiga kali. Kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga siku sebanyak tiga kali. Kemudian dia membasuh tangan kiri seperti itu pula. Kemudian dia mengusap kepalanya. Kemudian dia membasuh kaki kanannya hingga mata kaki sebanyak tiga kali. Kemudian dia membasuh kaki kiri seperti itu pula. Kemudian Utsman berkata: Aku melihat Rasulullah dulu berwudhu seperti yang kulakukan tadi. Kemudian Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang berwudhu seperti caraku berwudhu ini kemudian bangkit dan melakukan shalat dua raka'at dalam keadaan pikirannya tidak melayang-layang dalam urusan dunia niscaya dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni." (HR. Muslim)

Secara lebih rinci tata cara wudhu yang sempurna adalah sebagai berikut,

1. Berniat dalam hati untuk berwudhu.Hal ini berdasarkan hadits Umar, "Amal perbuatan itu tergantung pada niat." (Muttafaq 'alaih)

Niat itu tidak perlu diucapkan atau dilafalkan karena Nabi tidak pernah melafalkan niat secara lisan dan karena Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati.

2. Mengucapkan, "Bismillah."

Hal itu didasarkan pada hadits Abu Hurairah, dari Nabi beliau bersabda, "Tidak ada shalat bagi orang yang tidak berwudhu dan tidak ada wudhu bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya." (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan at-Tirmidzi)

3. Mencuci kedua telapak tangan tiga kali

4. Mengambil air dengan telapak tangan kanan sambil sebagian dimasukkan ke dalam mulut (madhmadhah) dan sebagian dihirup ke dalam hidung (istinsyaq) kemudian membuangnya dengan tangan kiri (istintsar). Itu dilakukan tiga kali dengan tiga kali cidukan air dengan telapak tangan. Lalu menyempurnakan wudhu dan melakukan istinsyaq sedalam-dalamnya kecuali bagi orang yang sedang puasa. Rasulullah bersabda, "Dalam-dalamlah di dalam menghirup air dengan hidung, kecuali jika kamu sedang berpuasa." (HR. Abu Dawud)

5. Membasuh muka tiga kali dari telinga yang satu ke telinga yang lain dengan skala melebar, dari rambut kepala paling depan sampai ke jenggot paling bawah dan dagu dengan skala memanjang. Selanjutnya, menyela-nyela jenggot sebagaimana hadits Anas bin Malik, bahwa Rasulullah dulu apabila berwudhu maka beliau mengambil air dengan telapak tangannya kemudian dia masukkan ke bawah dagunya dan menyela-nyela jenggotnya dengan air tersebut. Lantas beliau mengatakan, "Demikianlah yang diperintahkan oleh Rabbku" (HR. Abu Dawud)

6. Membasuh tangan kanan sebanyak tiga kali dari ujung jari sampai ke siku-siku, menggosok-gosok lengan, membasuh bagian siku, serta menyela-nyela jari-jari, kemudian membasuh tangan kiri seperti yang dilakukan terhadap tangan kanan.

7. Mengusap kepala sekali, yaitu dengan membasahi kedua tangan dengan air lalu mengusapkannya dari bagian kepala terdepan sampai tengkuk, kemudian membalikan tangan ke tempat semula. Selanjutnya memasukkan kedua jari telunjuk ke dalam telinga dan mengusapkan kedua ibu jari ke bagian luar telinga.

8. Membasuh kaki kanan tiga kali dari ujung kaki sampai ke mata kaki, membasuh mata kaki, menyela-nyela jari-jari. Dilanjutkan dengan membasuh kaki kiri seperti yang dilakukan terhadap kaki kanan.

9. Kemudian membaca,


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ ، وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ

"Aku bersaksi bahwasannya tidak ada ilah selain Allah, yang tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba sekaligus Rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri."(HR. at-Tirmidzi)

Demikianlah tata cara wudhu yang sempurna. semoga bermanfaat. Wallahu a'lam bish shawab (Redaksi)

http://www.alsofwah.or.id/?pilih=lihatannur&id=651

Tukang Masak Jadi Guru lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin

Posted: 02 Dec 2011 03:05 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Inilah Kak Maireyemuhan, sedang memberikan tunjuk ajar kepada para perantis tentang kemahiran membuat kuih-muih tradisional Kirgiz. Beliau sudah berjaya mengembangkan urusniaganya kepada satu kilang kuih-muih yang besar yang mempunyai lebih 30 orang pekerja dalam tempoh masa 15 tahun.

Sebelum ini, beliau hanya mempunyai satu kedai kecil sahaja. Setelah mencapai kejayaan dalam kerjayanya, Kak Maireyemuhan menumpukan perhatian kepada penduduk yang miskin di kawasan terpencil, dan membantu lebih 100 orang remaja dari keluarga miskin mengikuti latihan secara percuma, malah membantu mereka mendapatkan kerja dalam pemasakan kuih-muih.

Kata Maireyemuhan, beliau pernah mendapatkan bantuan besar dari kerajaan tempatan dan masyarakat, maka, patut membalas budi tersebut melalui menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

China Tingkatkan Bantuan Kewangan Kepada Kawasan Miskin

Posted: 02 Dec 2011 02:53 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Kerajaan China baru-baru ini telah mengumumkan "Program Penerokaan dan Pembasmian Kemiskinan di Kawasan Luar Bandar Negara China (Tahun 2011-2020)". Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan akan meningkatkan jumlah bantuan kewangan kepada kawasan yang miskin.

Menurut program itu, usaha membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam tempoh 10 tahu ini menyasarkan penduduk yang miskin mempunyai makanan dan pakaian yang mencukupi, mendapat pendidikan wajib, perubatan dan rumah kediaman menjelang tahun 2020.

Kawasan pergunungan di Liupanshan, Qinba, Wuling, Wumeng, dan kawasan sempadan barat Yunnan, Tibet, kawasan yang didiami oleh penduduk etnik Tibet di empat provinsi, Daerah Sandi wilayah Xinjiang telah ditetapkan sebagai keutamaan program ini.

Individu tertua di Jepun meninggal dunia

Posted: 02 Dec 2011 02:51 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

TOKYO 3 Dis. – Individu tertua di Jepun, Chiyono Hasegawa (Gambar)meninggal dunia pada usia 115, semalam.

"Hasegawa merupakan wanita kebanggaan Jepun dan kehilangannya amat dirasai," kata Gabenor daerah Saga, Yasushi Furukawa.

Gelaran individu tertua Jepun kini menjadi milik seorang lelaki, Jiroemon Kimura yang berusia 114 dan beliau turut memegang gelaran lelaki tertua di dunia. – AFP

Gempa bumi: 300 rumah musnah di China

Posted: 02 Dec 2011 02:49 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

BEIJING 3 Dis. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 Skala Richter menggegarkan barat laut China sekaligus meranapkan beratus-ratus rumah dan bangunan, semalam.

Menurut Kementerian Hal Ehwal China, hampir 300 rumah di wilayah Kashi musnah dalam kejadian tersebut namun tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan.

Sehubungan itu, kira-kira 1,500 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga keadaan kembali stabil. – AFP

Seorang lagi pelajar Malaysia di Malang meninggal dunia

Posted: 02 Dec 2011 02:47 PM PST

7 Muharram 1433H. [MOD] -

Selepas kira-kira sebulan, seorang lagi pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Malang, Indonesia meninggal dunia malam tadi.

Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Pusat menerusi laman Facebooknya bagaimanapun berkata, punca kematian pelajar tersebut masih belum dipastikan tetapi dipercayai akibat masalah kesihatan.

Ini merupakan kematian kedua pelajar Malaysia di kota di Jawa Timur itu selepas awal bulan lalu seorang pelajar perubatan di Universiti Brawijaya, Adrian Jay Pereira maut akibat ditetak di leher ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya

MTUC desak tarik balik Akta Kerja

Posted: 02 Dec 2011 06:40 AM PST

6 Muharram 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Nov: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan menarik balik Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober lalu di Parlimen.

Pengerusi MTUC Selangor dan Wilayah, N.Gopal Krishnan sewaktu berucap menjelaskan akta tersebut bersifat akta 'bapa ayam' yang jelas zalim dan bersikap kuku besi.

"Saya nyatakan dengan perlaksanaan akta ini kerajaan akan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan sebelum ini dan dengan perlaksanaan ini jelas menunjukkan kerajaan bersifat zalim malah umpama 'bapa ayam'.

"Kita tidak mahu pekerja dinafikan hak di negara ini dan secara tidak langsung taraf pekerja warganegara kita hanya setanding dengan pekerja warga asing," jelasnya.

Beliau menyatakan bantahan it akan terus dilakukan kerana hak pekerja itu perlu ada pada tahap yang sepatutnya.

"Kita tidak mahu pekerja ditekan dan terus ditekan oleh pemerintah sekarang, kita akan terus mendesak serta menentang habis-habisan sehingga kerajaan menarik balik akta tersebut," sambung beliau lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani yang turut hadir berkata, selama ini menentang perlaksanaan akta tersebut di Parlimen memberitahu akta tersebut bersifat 'rejim Israel'.

"Apa yang ingin saya katakan akta ini bersifat seperti 'rejim Israel' yang sikap ganas serta memijak kepala pekerja.

"Secara jelas saya membantah akta tersebut dan semua pasti tidak mahu masalah menimpa anak-anak mereka yang sudah pasti mangsanya mereka.

"Kita tahu akta ini sudah berulang kali ingin dibentang tetapi gagal, dan disebabkan majoriti yang besar penyokong kerajaan Barisan Nasional maka ia diluluskan pada sesi Parlimen kali ini," ucapnya.

Beliau berkata akta itu akan dimansuhkan jika berlakunya perubahan politik negara pada masa akan datang.

"Ini janji saya dan juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, jika berlakunya perubahan lanskap politik di negara ini, maka hak pekerja akan dipenuhi selain memansuhkan akta yang zalim ini.

"Kita mahu meletakkan pekerja pada tempat yang sepatutnya ia berada bukannya di bawah tapak kasut kerajaan sekarang," sambungnya lagi.

Mantan Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud memberitahu dengan terteranya akta itu maka pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan syarikat-syarikat swasta akan menggunakan khidmat pekerja kontrak.

"Akibat dan kesan kepada perlaksanaannya menyebabkan pada masa akan datang tidak akan ada lagi pekerja tetap dan semua akan menjadi pekerja kontrak.

"Kita pasti ini semestinya akan berlaku kerana pihak swasta dapat menjimatkan kos operasi mereka, jadi apa hak yang kita akan dapat dan apa akan jadi kepada anak-anak kita nanti.

"MTUC bersama pekerja serta Pakatan Rakyat akan terus mendesak agar akta ini ditarik balik, kita mahu kerajaan yang kejam serta menindas rakyat itu faham apa yang di alami oleh pekerja," ucapnya.

Sebelum itu perhimpunan bantahan yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam merupakan susulan bantahan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini.

Turut hadir ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Presiden MTUC, Malaysia Mohd Khalid Atan dan juga kesatuan-kesatuan pekerja kilang di seluruh Shah Alam.

Satu resolusi dan ikrar telah dibaca oleh seribu pekerja dan akan dibawa ke peringkat MTUC Malaysia bagi membincangkannya.

Harakahdaily/-

200 kereta tenggelam dalam banjir di Kajang

Posted: 02 Dec 2011 06:28 AM PST


6 Muharram 1433H. [MOD] -

Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.

ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang.

Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.

Malaysiakini/-

Kajang dilanda banjir kilat (Video "Banjir" di Kajang)

Posted: 02 Dec 2011 06:15 AM PST

BANJIR kilat yang melanda daerah Kajang selama hampir satu jam mengakibatkan sebahagian besar daerah itu dinaiki air sehingga menyebabkan paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya. Ia adalah kejadian banjir terburuk melanda sebahagian daerah di Selangor tahun ini.



6 Muharram 1433H. [MOD] -

KAJANG: Hujan lebat selama hampir sejam bermula 4 petang tadi menyebabkan sebahagian besar daerah Kajang dilanda banjir kilat sehingga ada kawasan yang dinaiki air hingga ke paras dada.

Pusat Bandar Kajang antara paling teruk terjejas apabila arus deras banjir melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang menyebabkan orang ramai di premis berkenaan panik.

Puluhan premis perniagaan dan kediaman turut dimasuki air banjir selepas paras air di Sungai Kajang melepasi paras bahaya dan melimpah ke kawasan sekitarnya.

Berpuluh kenderaan turut tersadai dan ada yang ditenggelami air.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Air banjir sudah beransur surut selepas hujan reda sekitar jam 5 petang.

Salam Perjuangan

Posted: 02 Dec 2011 11:33 PM PST

Salam Perjuangan


DAKWAT KEKAL - SPR 'KAMBING HITAM' MAJLIS FATWA?

Posted: 02 Dec 2011 04:19 AM PST

Adakah SPR tidak sedar sudah ada fatwa pada tahun 2007?
6 Muharram 1433 H | 2 December 2011
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.
"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.
"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.

Keputusan Majlis Fatwa, 2007:
"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 02 Dec 2011 09:52 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Hijrah Kota Raya

Posted: 02 Dec 2011 07:40 AM PST

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Dec 2011 08:02 PM PST

PAS Kawasan Miri


Jalan Ke Taman Negara Sarawak Teruk, Apa Tindakan Kerajaan?

Posted: 02 Dec 2011 04:54 PM PST

Jalan Ke Taman Negara Loagan Bunut Perlu di naiktaraf
MIRI - Taman Negara Loagan Bunut terletak di hulu Sungai Bunut kira-kira 130 km dari Miri merupakan salah sebuah tasik semula jadi yang terbesar di Sarawak dan hanya didapati di pulau Borneo. Nelayan tempatan Berawan mengelar tasik ini dengan panggilan tasik 'Logan Bunut'. Keluasan taman ini kira-kira 650 hektar, Tasik Loagan Bunut tidaklah besar mengikut piawaian dunia, tetapi, ia bukan tasik yang biasa. Ianya terkenal dengan kekayaan biodiversiti dan ekosistem akuatik yang unik.

Paras air di dalam tasik ini adalah betul-betul bergantung kepada paras air Sungai Bunut, Sungai Tinjar dan Sungai Baram. Paras air sungai-sungai ini berubah-ubah sepanjang tahun dan hasilnya, paras air di Loagan Bunut juga turun naik. Paras air di Loagan Bunut biasanya terendah dalam bulan Februari dan Mei atau Jun. Tempoh air yang rendah berlangsung selama kira-kira 2 hingga 3 minggu.

Populasi ikan juga berubah-ubah akibat situasi yang unik ini. Apabila tempoh kering pada waktu kemuncak, Loagan Bunut boleh menjadi kering lumpur retak yang besar. Anda sebenarnya boleh berjalan di atas lumpur kering tersebut.

Tasik dan kawasan sekitarnya yang meriah dan indah, semasa paras air yang tinggi dan rendah.
Tarikan kebudayaan yang utama di tasik ini adalah kaedah yang unik dan tradisional menangkap ikan ('Selambau') yang masih dikekalkan oleh nelayan Berawan.

'Selambau' telah dimajukan untuk menangkap ikan yang bergerak semasa paras air yang turun naik. Teknik ini telah digunakan selama berabad-abad dan telah membolehkan nelayan Berawan mengurus perikanan yang unik dan berkesan dan dapat bertahan untuk banyak generasi.

Kawasan sekitarnya dipenuhi dengan hutan paya gambut. Terdapat berbagai jenis burung dan juga hidupan liar terdapat di sini seperti rusa,kancil dan sebagainya.

Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari, 1990 dan ia dibuka kepada orang ramai pada 29 ogos 1991.

Jalan perhubungan yang teruk
Sayang sekali keunikan dan keindahan seperti yang tersebut di atas sukar untuk dinikmati oleh pelancong tempatan dan juga pelancong luar negara disebabkan jalan perhubungan untuk menuju ke Taman Negara Loagan Bunut amat teruk sekali hanya sesuai untuk kenderaan berat dan juga lori-lori balak. Perkara semacam ini seharusnya diberi perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin memajukan sector pelancongan dan juga meningkat ekonomi Negara.

Kita cadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalanraya yang lebih elok dan, memberi kemudahan asas serta menjaga kawasan tersebut dari tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Memandangkan Sarawak kaya dengan sumber hasil dan juga mempunyai tempat yang indah serta menarik untuk pelancongan adalah disarankan kerajaan Sarawak membina lebih banyak infrastruktur serta membina jalanraya yang baik untuk kemudahan orang ramai melawat ke Taman Negara di Sarawak.

Hasil dari pelancongan dari dalam dan luar negara akan memberi banyak menafaat kepada semua rakyat. Ini antara perkara yang akan kita rancangkan jika diberi peluang mengambil alih kuasa dari kerajaan yang ada sekarang. Sarawak sudah jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas, jalan perhubungan yang teruk serta ramai penduduk miskin.

Kemana perginya peruntukan dan hasil sumber bumi Sarawak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Sarawak selama ini? Kalau peruntukan yang berbilion ringgit tersebut dapat digunakan dengan baik dan sepenuhnya untuk kemudahan rakyat sudah pasti Sarawak sudah maju kehadapan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia.

Jadi rakyat kena berfikir siapa yang untung dan mendapat manafaat dengan peruntukan tersebut? Adakah rakyat biasa atau pihak yang tertentu saja? Fikirlah sendiri, kalau rakyat yang mendapat manafaat sudah pasti penduduk di luar bandar tidak merungut dengan masalah kemudahan asas dan juga infrastruktur selama ini. Kita semua tahu berapa puluh tahun kerajaan yang ada sekarang sudah memerintah.

Bukannya 5 atau 10 tahun mereka memerintah tapi sudah berpuluh tahun. Kalau hendak dikira peruntukan yang sudah disalur ke penduduk luar bandar sudah boleh mencecah berbilion ringgit dan tidak sepatutnya Sarawak masih jauh ketinggalan 20 tahun ke belakang.

Sudah tiba masanya Sarawak diberi kuasa kepada mereka yang benar-benar jujur,ikhlas, amanah serta perihatin akan masalah rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Road to the Loagan Bunut National Park should be upgraded
MIRI - Loagan Bunut National Park is located in the upper River of Bunut about 130 km from Miri is one of the largest natural lakes in Sarawak and is only found on the island of Borneo. The local Berawan fishermen call this lake 'Logan Bunut'. Area of the park is about 650 hectares, Loagan Bunut may not be large by most world standards, but, it is not an ordinary lake. It is famous for its rich biodiversity and unique aquatic ecosystem.

The water level in the lake is totally depends on the water levels of Sungai Bunut , Sungai Tinjar and the Sungai Baram. The water level in the rivers it fluctuates throughout the year and as a result, the water level at Loagan Bunut also fluctuates. The water levels at Loagan Bunut usually lowest in the month February and May or June. The low water period lasts about 2 to 3 weeks. Fish inhabitants are also changing as a result of this unique situation. When the dry periods are at their peak, Loagan Bunut can become a huge expanse of dry cracked mud. You can actually walk on the dry mud.

The lake and its surrounding areas are vibrant and scenic, during the level of high and low water. The main cultural attractions at the lake are unique and traditional methods of fishing ('Selambau') which was maintained by Berawan fishermen. Selambau' has been developed to harvest migrating fish during the fluctuating water levels. This technique has been used for centuries and has enabled Berawan fishermen to manage fisheries with a unique and effective and can last for many generations.

The surrounding area is filled with swamp forest. There are many types of birds and wildlife is found here such as deer, mouse deer and others.

The national park was gazetted on January 1, 1990 and it was opened to public on August 29, 1991.

Bad roads
Unfortunately the uniqueness and beauty, as mentioned above is difficult to reach by locals and foreign tourists due to roads leading to the National Park Loagan Bunut is abysmal only suitable for heavy vehicles and timber trucks. Things like this should be given attention by the government, if you want to develop the tourism sector and also increased the national economy.

We suggest that the government can build a better roads and basic amenities and protect them from the polluted or degraded due to uncontrolled logging activities.

Since Sarawak is rich in sources of revenue and also has a beautiful and exciting place to travel is recommended Sarawak government to build more infrastructures and to build good roads for the public to visit national parks in Sarawak.

Revenue from tourism from within and outside the country will provide many benefits to all citizens. This is one of the things that we are planned if given the opportunity to take over power from the present ruler. Sarawak is far behind in terms of basic facilities, poor roads and poor people.

Where did the allocation and revenue sources of Sarawak which should be enjoyed by people of Sarawak all this while? If the provisions of the billions of ringgits can be used appropriately and in full for the convenience of the people of Sarawak have certainly move forward compared to other states in Malaysia.

So people have to think who is gains and benefit of these provisions? Are the common people or the specific parties? Think for yourself, if the people who benefit certainly the rural population did not complain of lack of basic amenities and infrastructure over the years. We all know how many years the present ruler has ruled. Not 5 or 10 years they ruled but it has been many years. If the provision had to be calculated, goes to rural people are able to reach billions of ringgits and should not be Sarawak is still far behind 20 years back.

It is time for Sarawak to be empowered by those who really honest, sincere, trustworthy and caring about the problems of the people regardless of race, religion and political belief.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 02 Dec 2011 07:58 PM PST

Dr Azman Ibrahim


PESANAN UNTUK PEMUDA-PEMUDI ISLAM

Posted: 02 Dec 2011 07:22 PM PST


Masa muda adalah masa yang penuh kekuatan dan dinamisme yang memancar. Kerana itu, tanggungjawab terhadap masa ini jauh lebih besar. Pada hari kiamat nanti, setiap orang akan diberi pertanyaan tentang empat hal pokok di antaranya menyangkut usia secara umumnya dan masa muda secara khususnya.
Sejarah mencatatkan;

Pengikut Nabi Musa adalah pemuda-pemuda kaumnya yang sedang berkembang. Allah berfirman, "Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, melainkan pemuda-pemuda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun dan pemuka-pemukanya akan menyiksa mereka." (Yunus: 83)
Ashabul Kahfi yang diabadikan oleh Allah dalam kitabnya yang mulia terdiri dari pemuda. Al Quran menyebut, "Kami ceritakan kisah mereka dengan benar, sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka pertunjuk." (Al Kahfi: 13)

Ibnu Abbas berkata, "Allah tidak akan mengutuskan seorang Nabi melainkan dari kalangan pemuda. Seorang yang berilmu tidak akan dikurniakan ilmu kecuali ia sedang tumbuh sebagai pemuda."
Para sahabat Rasulullah di peringkat awal dakwah terdiri dari kalangan pemuda, paling tua di kalangan mereka adalah Abu Bakar As Siddiq yang berumur 38 tahun ketika memeluk Islam dan paling muda adalah Ali bin Abi Talib yang belum genap usianya sepuluh tahun. Tidak menghairankan, kebelakangan ini yang banyak mengibarkan panji Islam adalah pemuda.
Musuh Allah tentunya ingin membelengu pemuda-pemudi dalam bingkai kekufuran. Mereka perlu dibaratkan, baik agama atau kehidupannya, mereka perlu dijauhkan dari Islam samada pemikiran, tingkah laku, kepercayaan supaya mereka hidup di tengah-tengah kelompok Islam dan ketimuran tetapi akal dan hati mereka tidak mencerminkan sosok peribadi muslim. Begitulah yang mereka inginkan.

Tetapi, Allah telah menyiapkan pemuda-pemudi yang siap mendukung agama, risalah dan dakwahnya. Di pelbagai negara telah muncul generasi baru yang tidak gentar untuk memikul amanah membawa risalah Islam, berusaha untuk hidup sesuai dengan ajaran Islam bahkan hidup dan mati untuk Islam. Itulah Islam. Itulah keabadian agama ini. Agama ini selalu ada yang menjaganya. Apabila ada sekelompok orang yang masih membawa pemikiran sihat di kepala, iman yang kuat di dada, akhlak terpuji di tengah ummat manusia, amal soleh di dalam kehidupan ini, maka berbahagialah.

Adalah suatu nikmat Allah yang besar apabila kita masih mendapati adanya muda-mudi muslim di wilayah timur mahu pun barat. Adalah suatu rahmat untuk ummat ini apabila masih ada muda-mudi Islam yang melazimkan bangun malam, rajin berpuasa pada Isnin dan Khamis serta membasahkan lidah dengan bacaan Al Quran. Inilah muda-mudi rabbani yang sentiasa berusaha untuk hidup dan melestarikan Islam di dalam kehidupan.
Para pemuda mempunyai beberapa tanggungjawab berat di era ini.

1.     Menjaga Identiti Muslim

Jagalah identiti keislaman kita wahai para pemuda dan pemudi. Janganlah meleburkan diri di tengah masyarakat hingga tenggelam dan rugi. Apa ertinya gelar dan darjat keilmuan yang dimiliki andai kita kehilangan darjat di sisi Allah. Apalah ertinya satu syahadah (ijazah) andai kita kehilangan dua syahadah, tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. Apalah ertinya mengumpul kekayaan duniawi tetapi kita menuai kerugian dalam kehidupan beragama.

Sesungguhnya Allah disembah di mana sahaja. "bertaqwalah kepada Allah di mana saja kamu berada…" Itulah wasiat Rasulullah untuk kita. Jagalah solat, puasa, zakat dan berpantanglah dari hal-hal yang diharamkan oleh Allah serta perhatikanlah cabang-cabang agama Allah di mana saja kita berada yang merangkumi kehidupan dunia dan akhirat, menyelaraskan akal dan hati, mempertemukan roh dan material, menyeimbangkan antara individu dan masyarakat.

Yakinlah dengan izzah kurnian Allah kepada kita, bahawa kitalah ummat yang memiliki manhaj yang tepat, hanya kita yang memiliki dokumen samawi yang tak terusik dan terjamah dan tidak mampu dirubah. Kitalah yang memiliki Al Quran yang mulia itu.

2.     Menjaga Keturunan dan Keluarga

Tidak seharusnya kita menjaga identiti keislaman kita sendiri tetapi membiarkan identiti keturunan dan keluarga mencair dan hanyut bersama keadaan sebagaimana mencairnya mentega di bawah teriknya sinaran matahari.  Jagalah keislaman anak, isteri, suami dan keluarga kita kerana pastinya kita tidak ingin ke syurga seorang diri kalaupun dibolehkan begitu. Apatah lagi tentunya tidak dibolehkan kerana setiap insan adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita pimpin.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (At Tahrim: 6)

Nyatakanlah dengan bangganya bahawa kita dan keturunan kita adalah muslim. Allah tiada membanggakan seseorang kerana berbangsa Arab atau lainnya melainkan kerana ia seorang muslim.

3.     Mendakwahkan Islam

Wahai para pemuda Islam, selanjutnya kita harus hidup untuk menyebarkan Islam. Peruntukan masa, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit kita untuk menebar ajaran agama ini. Jangan pernah beranggapan bahawa dakwah Islam hanyalah tugas para syaikh dan ulama. Bukan! Setiap muslim memikul kewajipan.
Semua Muslim diseru oleh Allah, "Serulah manusia kepada jalan Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik." (An Nahl: 125)

Setiap orang berkewajipan menebar dakwah sesuai dengan kemampuan masing-masing. Ada yang berdakwah dengan menulis buku, ada yang berdakwah dengan menyelenggara ceramah, forum dan diskusi, ada yang berdakwah melalui khutbah, ada yang berdakwah dengan kata-kata yang baik, ada yang berdakwah dengan contoh dan tauladan bahkan ada yang berdakwah dengan ziarah dan mengunjungi.
Sungguh sangat memalukan jika setiap agama, falsafah dan kepercayaan lain memiliki para penyeru, pendokong, pengikut dan penjaganya yang berusaha untuk menyebarkan dan membangunkan semua itu sementara Islam tidak mendapat sokongan dan dokongan dari para pengikutnya. Tidak! Hal ini tidak boleh terjadi, wahai para pemuda muslim.

Saya pernah terbaca suatu ungkapan, 'Alangkah hebatnya kalau agama ini didokong oleh pendokong-pendokong yang hebat." Perhatikan dengan saksama bahawa Islam mempunyai lebih dari satu billion jiwa yang menganutnya, tetapi kebanyakkan mereka tidak dianggap sebagai orang yang mendokong Islam. Kita tidak menghendaki banyaknya ummat seumpama buih di tengah air yang mengalir.

4.     Memberikan Perhatian Terhadap Persoalan Kaum Muslimin

Selanjutnya, janganlah kita meninggalkan saudara-saudara seagama kita sesama muslim. Hubungan silaturahim antara kita dan mereka hendaklah sentiasa terjalin. "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Al Hujurat: 10)

Sesunggunya kuasa Salib dan Komunis telah mencerai-beraikan kita, sehingga antara satu sama lain telah tidak saling peduli, kita tidak merasai lagi kesakitan dan penderitaan sesama  saudara.

Masyarakat muslim adalah satu ummat. Allah tidak menyebut kita sebagai beberapa umam (bangsa). Sebagai muslim, bangsa kita satu, kiblat kita satu, kitab kita satu, Tuhan kita satu, Nabi kita satu, aqidah kita satu, syariat kita juga satu. Maka sampai bila-bila pun bangsa ini tidak boleh dipisah-pisahkan.

5.     Saling Membantu Memberikan Khidmat Untuk Islam.

Tanggungjawab yang besar dan berat mustahil dapat dipikul secara berseorangan dan menyendiri. Kita tidak mampu menjaga keislaman diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara bersendirian. Ombak besar akan menghempas kita dan kita akan tenggelam dan hilang. Amanah ini bisa kita penuhi andai kita bergandingan tangan bersama saudara muslim yang lain. Jamaah adalah kekuatan untuk membangunkan ketaatan, perisai diri dari maksiat, kemampuan untuk menghadapi lawan dan tenaga untuk memecah persoalan.
Kita seorang diri dikira lemah. Tetapi bersama saudara-saudara yang lain kita akan diperhintungkan kuat. 

Syaitan adalah serigala bagi manusia yang akan menerkam kambing yang bersendirian. Maka janganlah kita menjadi binatang gembalaan yang terpisah dari kawanan sehingga kita dimangsakan serigala.
Apabila orang-orang yang batil bersatu sementara kita sebagai penegak kebenaran bercerai-berai, maka bencana besar akan melanda. Bersatu padulah wahai pemuda-pemuda Islam.

Al Quran menyebut, "Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu wahai kaum Muslimin tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Al Anfal: 73)

Kalaupun tidak ada nas yang memerintahkan kita supaya bersatu, maka demi kemaslahatan dan keharusan, kita tetap akan hidup berjamaah. Apatah lagi jika di sana nas-nas yang banyak mewajibkan kita supaya bersatu. Firman Allah, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalannya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (As Saf: 4)
Intipatinya,kita harus sentiasa memelihara keislaman. Jadikanlah identiti keislaman kita  kukuh dan kuat, tidak mudah larut dan mencair. Jangan kita menyangka bahawa manusia yang pernah menjejakkan kaki ke bulan tidak lagi memerlukan Islam. Mungkin saja mereka mampu ke angkasa, menjelajah ke planet, membelah lautan luas, mendaki puncak tertinggi di dunia tetapi tetap mereka tidak akan mampu membahagiakan diri mereka sendiri tanpa Islam.

Kehidupan bertamaddun mengikut pengertian barat tidak akan mampu mengenyangkan rasa lapar rohani, tidak mampu mengisi kekosongan aqidah, tidak memberikan keamanan dari rasa takut, tidak memperkenalkan tujuan kehidupan ini, dari mana kita, apa tanggungjawab kita dan di mana kesudahan kita?
Pertanyaan sebegini seringkali muncal di benak setiap insan. Dari mana aku berasal? Apa tujuan kehidupanku? Ke mana akan ku tuju selepas mati? Tamaddun manusia tidak mampu memberikan jawapan terhadap persoalan rumit ini. Satu-satunya agama yang mampu memberikan jawapan adalah Islam. Inilah agama yang moderate, manhaj rabbani, berkemanusian, bermoral dan bersifat global.

Semoaga Allah memberikan keampunan atas dosa-dosa kita dan berdoalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkan doa kita.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 02 Dec 2011 07:53 PM PST

N.19 MTD PANCHING


Hina peneroka: JKPP Felda mahu saman Isa

Posted: 02 Dec 2011 01:05 AM PST



AMPANG, 28 Nov: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Dec 2011 07:10 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Ikhwanul Muslimin Sedia Galas Cabaran

Posted: 02 Dec 2011 06:00 AM PST

Ikhwanul Muslimin sedia galas cabaran
KAHERAH - Selepas menunggu selama 83 tahun, Parti Ikhwanul Muslimin akhirnya semakin hampir mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk mentadbir Mesir selepas dilaporkan mendahului pilihan raya fasa pertama sejurus pengiraan undi tamat, semalam.

Parti berlandaskan Islam itu berharap mampu mengemudi perubahan politik Mesir selepas revolusi Arab, dan berikrar akan meningkatkan kembali ekonomi negara dengan 80 juta penduduk itu yang terjejas akibat pergolakan politik, awal tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Mesir dijangka mendapat kedudu-kan kukuh di Parlimen dan berharap dapat membentuk kerajaan campuran sejurus pilihan raya tiga fasa itu berakhir, Januari depan.

Kejayaan parti itu mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.

Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan 'Islam adalah penyelesaiannya' dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

Namun perjalanan politik parti itu dijangka berhadapan cabaran besar apabila majlis tentera Mesir dilihat mahu mempengaruhi pemilihan Kabinet dan cuba meletakkan pemimpin pilihan mereka.

Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.

Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Dec 2011 03:34 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


FATWA DAH ADA, DAKWAT PULA TIADA

Posted: 02 Dec 2011 12:55 PM PST

Dulu.. dakwat Kerajaan dah beli dengan bernilai jutaan ringgit namun disaat akhir SPR kata tak jadi. Akhirnya tindakan bangang Kerajaan BN buang dakwat tersebut dengan tergesa2. Kini kata nak tunggu fatwa pula padahal pengundi tahaf segera yang beratus ribu telah sedia , itu pasal BN nampak relek jer nak guna dakwat kekal.Pada teman, walau BN setuju nak guna dakwat kekal , namun SPR jangan lupa bersihkan daftar pengundi.

DAKWAT KEKAL - SPR 'KAMBING HITAM' MAJLIS FATWA?

Adakah SPR tidak sedar sudah ada fatwa pada tahun 2007?
6 Muharram 1433 H | 2 December 2011
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa.
"Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.
"Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal.
"Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya.

Keputusan Majlis Fatwa, 2007:
"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.
Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

MENANTI BOB LOKMAN DI BANDAR BUKIT SENTOSA 13 DISEMBER 2011

Posted: 02 Dec 2011 01:58 AM PST


Bob Lokman kata pernah 2 orang menteri hubungi beliau.
Penceramah dan pendakwah bebas saudara Bob Lokman mendakwa beliau telah dihubungi oleh dua orang menteri dan menawarkan sesuatu kepada beliau.Menteri terbabit dikatakan bertanya kepada Bob Lokman ,"Engkau nak apa, Engkau nak berapa?".Bob Lokman diminta datang ke pejabat mereka tapi tidak dilayan oleh beliau.Bob Lokman mendedahkan perkara tersebut dalam ceramah beliau malam tadi di Markaz Pas Cawangan Seksyen 18, Shah Alam.Bob Lokman tidak mendedahkan siapa dua menteri terbabit.

Bob Lokman kini semakin berani dan bersemangat selepas beliau dihalang pihak berkuasa JAIS kerana berceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Selangor.Pihak Jais telah keluar waran tangkap terhadap Bob Lokman.Ketika mengulas kes tersebut Bob Lokman berkata masjid terbabit telah tiga kali panggil beliau untuk berceramah sebab itu beliau datang.Bob Lokman kata kes beliau hadir ke masjid tersebut untuk berceramah umpama menolong isteri jirannya minta tolong bawa kereta hantar beliau ke hospital untuk bersalin..Beliau kata tidak ada lesen memandu.Isteri jirannya kata bawa sajalah janji tidak accident.Sampai dipertengahan jalan tidak berlaku accident tapi ditahan polis kerana tidak ada lesen memandu dan dibawa ke balai polis.Kata Bob Lokman takkan tak ada sifat perikemanusiaan langsung pihak berkuasa kerana beliau menolong orang!

Ketika mengulas isu akta RUU yang diluluskan di parlimen Bob Lokman berkata rakyat jangan takut dengan ugutan pihak berkuasa.Sebagai contoh kata beliau Mahatma Ghandhi yang tahu beliau akan ditangkap telah hadir bersama-sama rakyat India yang lain ke jalanraya.Kata Bob Lokman sepatutnya apabila para peguam turun ke jalanraya bantah akta RUU semua rakyat turut serta biar pihak polis tak tahu yang mana satu peguam yang mana satu rakyat biasa.Begitu juga apabila profesor Dr Aziz Bari dihalang tugas di UIA semua rakyat kena turut serta bantah bukan hanya golongan pelajar saja berdemontrasi.Jika semua rakyat turun di jalanraya berapa banyak sangat mereka mampu tahan dan tangkap?

"Jika pemimpin tidak mahu berubah rakyat akan mengubah.Apabila rakyat buat perubahan pemimpin akan bertukar" kata Bob Lokman dalam forum 'Apa Salah Kami?' di Markaz Pas Seksyen 18 Shah Alam.
Posted by MISAIMERAH

SEMOGA RAMAI ARTIS BERUBAH !

Posted: 02 Dec 2011 01:51 AM PST

Pelakon dan pelawak terkenal Ahmad Busu atau lebih dikenali dengan Mat Deris dalam sitcom komedi 'Pi Mai, Pi Mai Tang Tu' muncul dalam ceramah Pas sempena forum Maal Hijrah di Markaz Pas Seksyen 18, Shah Alam malam tadi.

Beliau hadir bersama penceramah dan pendakwah bebas popular masa kini Bob Lokman yang jadi ahli panel dalam program yang bertajuk 'Apa Salah Kami' bersama profesor Dr Aziz Bari pakar perlembagaan Malaysia yang juga pensyarah UIA.

Ahmad Busu tidak berucap, hadir sebagai pemerhati dalam majlis tersebut. Bob Lokman ketika menyampaikan ucapan mempelawa Ahmad Busu untuk sertai Pas.

TAJAM HINGGA MENEMBUSI NEGERI TERKEBAL DI DUNIA !

Posted: 01 Dec 2011 09:34 PM PST




Kongres Nasional berakhir sudah kelmarin, tercatat sejarah di Johor negeri lahirnya umno dan negeri Johor adalah negeri umno yang paling kuat di dunia berjaya ditembusi Keadilan 3 hari 3 malam berkampong di sana.

Sebelah siangnya berkongres sebelah malamnya memberi penerangan kepada rakyat Johor, Alhamdulillah sambutan luar biasa di Johor tak seperti dahulu yang memang sukar untuk ditembusinya.

Biarpun tekanan pihak berkuasa juga luar biasa sikapnya terhadap rakyat Johor terutamanya tuan rumah tempat ceramah tetapi kini rakyat Johor sudah begitu berani menghadapi tekanan pihak berkuasa yang menjadi kuda kepang tunggangan umporno.

Semasa di Kongres, sharpshooter tidak lepaskan peluang bertemu dengan tokoh pejuang veteran Senator Syed Husin Ali, seorang tokoh yang amat sharpshooter hormati.

Kesempatan bertemu berbual dan membeli senaskah buku "MEMOIR Perjuangan Politik Syed Husin Ali" dengan harga RM30 siap dengan tandatangannya dan kata-kata semangat menjadikan buku ini terlalu istimewa buat sharpshooter.

Syed Husin Ali berkata "Kalau mereka kata saya fitnah..saman jerlah..saya tulis dalam buku.."

"Perjuangan tidak ada jalan mudah..yang penting kita tahu apa yang kita perjuangkan dan mesti ikhlas dalam perjuangan..." Katanya lagi.

"Jangan putus asa dengan sepak terajang dalam politik, kena banyak sabar dan istiqamah dalam perjuangan"

Buku ini membongkar rahsia mengapa katak-katak jadian itu melompat..itulah yang membuatkan katak-katak kepanasan bak disalai api melompat tinggi kepanasan...umur katak-katak ini pun dah tak lama..sebab itu mereka kuat mencerca Anwar supaya mereka dipilih untuk menjadi calon B-END.

Selepas Kongres sharpshooter terus bermalam di rumah Pak Long di Kg Melayu Majidee, hari ini akan bertolak ke Singapura..

KREDIT UNTUK CARTABLOGGER DI AWAL MUHARRAM !

Posted: 01 Dec 2011 08:12 PM PST




PASBS2 di ranking 45 ..menten 40an pun ok!
Kalau nak tengok sebelum dan selepas sila klik LINK
http://cartablogger.blogspot.com
Blog Aku Budak Balun antara blog Hulu Selangor yang terpanas pun ada hate kat ranking ke 49 .

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Dec 2011 03:07 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


“Saya Terfikir Untuk Bersara Awal” – Khairul Fahmi.

Posted: 02 Dec 2011 12:21 AM PST

Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya.


Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.

Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.

Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.

SHAHRIZAT 'LIABILITI' UMNO : PERWAKILAN WANITA

Posted: 01 Dec 2011 10:54 PM PST

Beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi "liabiliti" kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC "menghancurkan kami semua."


Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa "amat takut" untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

"Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

"Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

"Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri," kata beliau lagi.

"KAMI NAK IDRIS NATANG" TAK BERTANDING PRU-13

Posted: 01 Dec 2011 04:48 PM PST

UMporNO meminta wakil rakyat parti itu mencontohi Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Idris Jusoh yang dengan gentlemennya menawarkan diri untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagi memberi laluan kepada calon boleh menang walaupun di dalam pada hakikatnya beliau masih menaruh harapan tinggi untuk menyandang semula jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 seperti pada pilihanraya 2004 lalu.


Idris, 56, adalah bekas Ahli Parlimen Besut yang dimenanginya pada PRU 1995, dan pada PRU 1999 beliau bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Raja namun tewas.

Pada PRU 2004 beliau bertanding di kerusi DUN Jerteh dan menang serta dilantik sebagai Menteri Besar. Beliau mengekalkan kerusi itu pada PRU 2008 namun gagal mengekalkan jawatan sebagai Menteri Besar.. "KAMI NAK IDRIS, NATANG"

PAU KALI INI PALING JIJIK DALAM SEJARAH

Posted: 01 Dec 2011 04:37 PM PST

DAP menyifatkan Umno sudah membuktikan ia ketandusan modal politik tetapi tebal dengan fitnah selepas pemimpin dan perwakilannya menggunakan kata-kata jijik dan berbaur perkauman dalam perhimpunan tahunan mereka kali ini.


Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno.

"Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran Umno yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan," kata beliau dalam satu kenyataan dengan merujuk bahawa

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

"Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta menyasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

"Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata," kata Lim.

Jelas beliau, statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70 peratus daripada tindakan di pulau dan 85 peratus di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu.

"Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang," katanya lagi.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, katanya, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya Umno mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang.

Malah katanya, sekali lagi Umno telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1 Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan Umno.

"Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas Umno di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

"Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan 'tweet' yang berbunyi 'mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada', yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu," katanya.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan Umno, kata beliau.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 02 Dec 2011 09:56 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


UMNO cari strategi kekal di upah rakyat untuk tadbir Malaysia walau PKFZ,NFC, Jet hilang enjin, rasuah resam parti!!

Posted: 02 Dec 2011 08:50 AM PST

Umno pilih tiga pendekatan lain bagi kekal berkuasa
Sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dianggap paling penting dalam sejarah Umno, tiga pemimpin utamanya menyampaikan ucapan dasar dengan berkobar-kobar, semuanya dengan tujuan menaikkan semangat perwakilan menjelang pemilihan itu.

NONEBagi presiden Umno, Datuk Najib Abdul Razak, beliau memilih kesederhanaan dan pendekatan untuk berdamai. Namun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih tema "Ketuanan Melayu" dan menjadi orang Cina sebagai momokannya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengambil pendekatan lebih intelektual. Beliau menggesa ahli-ahli parti yang muda supaya lebih progresif dan liberal. Namun ini dijangka tidak dapat difahami oleh kebanyakan perwakilan.

Ketika ini, Umno cuba memperlihatkan parti itu sebagai terbuka tetapi pada masa yang sama berpegang kukuh terhadap konsep Melayu, meskipun Najib telah berulang-kali, khususnya sejak mengambil tampuk pentadbiran pada 2009 berkata Umno perlu melalui proses transformasi untuk kekal relevan.

NONERentak dan nada perbahasan pada perhimpunan kali ini ditetapkan oleh Muhyiddin Yassin yang pada malam Selasa lalu memalu gendang bahawa perpaduan Melayu hari ini menghadapi ancaman yang semakin menonjol daripada masyarakat Cina dan penganut Kristian.

Pada ucapannya beliau menggesa perwakilan supaya berjihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Beliau juga menggambarkan parti DAP yang didominasi oleh masyarakat Cina sebagai "parti paling rasis" dan musuh utama Umno.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 02 Dec 2011 09:49 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Ikhwanul Muslimin sedia galas cabaran

Posted: 02 Dec 2011 06:21 AM PST

KAHERAH - Selepas menunggu selama 83 tahun, Parti Ikhwanul Muslimin akhirnya semakin hampir mendapat peluang yang ditunggu-tunggu untuk mentadbir Mesir selepas dilaporkan mendahului pilihan raya fasa pertama sejurus pengiraan undi tamat, semalam.

Parti berlandaskan Islam itu berharap mampu mengemudi perubahan politik Mesir selepas revolusi Arab, dan berikrar akan meningkatkan kembali ekonomi negara dengan 80 juta penduduk itu yang terjejas akibat pergolakan politik, awal tahun ini.

Ikhwanul Muslimin, gerakan Islam tertua di Mesir dijangka mendapat kedudu-kan kukuh di Parlimen dan berharap dapat membentuk kerajaan campuran sejurus pilihan raya tiga fasa itu berakhir, Januari depan.

Kejayaan parti itu mendahului pilihan raya menandakan perubahan besar kerana pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak dan pemimpin sekular sebelum ini menindas dan melarang Ikhwanul Muslimin menyertai dunia politik.

Diketuai golongan profesional seperti doktor, jurutera dan guru, Ikhwanul Muslimin membawa slogan 'Islam adalah penyelesaiannya' dan turut mengutamakan demokrasi, keadilan sosial serta kebebasan undang-undang.

Namun perjalanan politik parti itu dijangka berhadapan cabaran besar apabila majlis tentera Mesir dilihat mahu mempengaruhi pemilihan Kabinet dan cuba meletakkan pemimpin pilihan mereka.

Populariti Parti Ikhwanul Muslimin juga menghancurkan impian kuasa Barat yang sejak dahulu kerap menjadikan pemimpin Arab sebagai boneka demi memenuhi kepentingan mereka.

Selain Mesir, parti berlandaskan Islam juga memenangi pilihan raya terbaru di Tunisia dan Maghribi.

SINAR HARIAN/-

Indeks Persepsi Rasuah negara terus merudum

Posted: 02 Dec 2011 06:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Prestasi terburuk Malaysia selama 10 tahun dalam laporan Indeks Persepsi Rasuah 2011 oleh Transparency International (TI) menggariskan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencapai matlamat anti-rasuah dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Kegagalan untuk menangani gejala rasuah ini lantas akan membawa kepada kegagalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk mentransformasikan ekonomi Malaysia kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia telah menurun untuk tiga tahun berturut-turut, iaitu 4.3 bagi tahun ini berbanding 4.4 pada tahun lepas.

Lebih teruknya, katanya kedudukan Malaysia telah jatuh kepada tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-56 daripada 178 negara pada tahun lepas.

Pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pucuk pimpinan negara sebagai Perdana Menteri kelima, Malaysia berada di tangga ke-37 dalam kaji selidik tersebut yang merangkumi 146 negara.

Kaji selidik TI ke atas 1,000 orang responden juga mendapati bahawa pihak polis dan parti-parti politik dilihat sebagai institusi-institusi yang paling korup dalam negara. Juga dilaporkan bahawa kebanyakan warga Malaysia percaya tahap rasuah tidak akan berubah dalam masa 3 tahun akan datang.

Timbalan Presiden TI, Malaysia Mohammad Ali juga berkata bahawa CPI Malaysia terus merosot kerana "unsur-unsur kerajaan" yang memudahkan "rasuah besar" masih lagi tersebar luas.

"Dakwaan yang begitu berat oleh TI jelas menerangkan serangan ganas Umno terhadap DAP dalam Perhimpunan Agung Umno yang berkisar pada perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.

"Serangan Umno terhadap sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, dan DAP sebagai penindas orang Melayu yang kononnya hendak menguasai negara, sampai penyokong DAP dilabel sebagai bangsat, merupakan tindakan terdesak untuk mengalih perhatian daripada kegagalan Umno untuk menangani masalah-masalah seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tambahnya, tidak pula ada kritikan mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah mendedahkan terlebihan belanja sebanyak RM3.7 bilion oleh jabatan-jabatan kerajaan dan tidak pula disebut tentang skandal lembu dan kondo yang melibatkan keluarga seorang Menteri Persekutuan.

Katanya, soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa.
"Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak," ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya, setiap pemimpin Umno hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.
Rakyat Malaysia, ujarnya menginginkan integriti dan bukan rasuah, tender terbuka dan bukan rundingan terus, tiada kenaikan tol dan bukan kenaikan tol yang membawa manfaat kepada syarikat-syarikat pengendali tol, kebebasan dan bukan penindasan, serta keluhuran undang-undang dan bukan ketidakadilan.
"Harapan untuk membasmi rasuah tidak akan tercapai selagi kita tidak mengambil langkah untuk menanganinya.

"Rasuah akan menjadi isu utama dalam pilihan raya umum yang akan datang, di mana rakyat boleh memilih sama ada untuk menyokong BN yang telah mencuri masa depan kita selama 54 tahun atau untuk menolak BN untuk mencegah masa depan anak-anak kita daripada dilenyapkan," katanya. -Hrkh

SN A Samad Said ketuai bantahan Akta Perhimpunan esok

Posted: 02 Dec 2011 06:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

Kebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

"Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

Acara bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Mengikut MalaysiaKini, penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.

Keadilan Daily

Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi

Posted: 02 Dec 2011 06:01 AM PST


Jangan buat kontroversi, susah kami nanti'

KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.

Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini," katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya.

Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka.

Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda.

Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90.

"Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah," katanya. -FMT


Skandal NFC masih hantui Wanita, dakwa Shahrizat liabiliti Umno


KUALA LUMPUR, 2 Dis — Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.


Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.


Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi "liabiliti" kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC "menghancurkan kami semua."


Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa "amat takut" untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.


"Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.


"Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?" kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.


Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.


Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.


"Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri," kata beliau lagi.


Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.


Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.


Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.


"Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?" kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. "Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan," katanya lagi.


"Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa," katanya lagi.


Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama "gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak."


Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.


"Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu," kata perwakilan dari Perak.


Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.


"Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?" katanya.


Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.


"Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini," katanya lagi.


"Ada yang terlalu risau," katanya.-TMI

Kajang Dilanda Banjir Kilat

Posted: 02 Dec 2011 04:48 AM PST

Kajang: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat.

Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat menyatakan banjir kilat bermula jam 5.30 petang selepas tebing Sungai Langat dan Sungai Semenyih, yang merentasi bandar Kajang, runtuh.

Kawasan yang terjejas termasuklah Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kg Sg Kantan dan Jalan Sg Gelok.

Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008.

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai beberapa minit lalu.




PAS Kawasan Setiu

Posted: 02 Dec 2011 09:46 AM PST

PAS Kawasan Setiu


Projek I-Sharp Punca Banjir Bertambah Buruk

Posted: 02 Dec 2011 05:39 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Dec 2011 09:03 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penempatan: Masa depan bakal guru suram

Posted: 01 Dec 2011 03:08 PM PST



Penempatan: Masa depan bakal guru suram
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Dis 2011 : Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) hari ini membawa tuntutan mereka agar Menteri Pelajaran menyelesaikan masalah penempatan guru ke Parlimen untuk diambil tindakan segera.

Gabungan tersebut mengambil tindakan demikian selepas masih belum ada tindakan positif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahupun Kementerian Pengajiian Tinggi (KPT) berhubung masalah yang dihadapi mereka.

Presiden GMPK, Mohd Abdullah Mohd Yusuf berkata, pihaknya menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat.

Pengambilan guru-guru selain daripada Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) katanya tidak wajar kerana dalam masa sama masih ramai guru yang belum mendapat penempatan.

"Kementerian Pelajaran Malaysia perlu segera mengumumkan tarikh rasmi dibuka permohonan penempatan guru ISMP," kata beliau pada sidang media sebelum menyerahkan memorandum tuntutan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

GMPK yang ditubuhkan selepas konvensyen pra perguruan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan lalu turut menuntut KPM menjelaskan segera status kontrak pemegang biasiswa kementerian yang masih belum mendapat penempatan.

Selain itu, kerajaan dicadangkan memberi insentif dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan ISMP sehingga mendapat pekerjaan tetap, serta menyelesaiakan masalah dalaman di antara KPM dan KPT.

"Unjuran KPM semasa menawarkan program khusus pendidikan di IPT dengan pengumuman terbaru had umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun baru-baru ini tidak selari menyebabkan masalah lambakan graduan ISMP," katanya.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS selepas mendengar tuntutan tersebut berkata, KPM perlu mencari penyelesaian segera bagi mengelakkan graduan ISMP tiada pekerjaan setelah bertungkus lumus menjalani pengajian.

Katanya, kerajaan seharusnya sudah jelas bilangan guru yang diperlukan sebelum melakukan pengambilan pelajar dalam bidang ini.

"Masa depan mereka agak suram dan memerlukan kata putus daripada pihak kerajaan agar mereka segera mendapat penempatan.

"Ini merupakan satu kecelaruan, ketidakselarasan di antara KPT dan KPM.

"Kerajaan seharusnya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang bakal timbul, tidak sepatutnya wujud lambakan bakal guru ini," katanya.

Awal November lalu, graduan ISMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan demonstrasi menuntut diberi penempatan dan membantah kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI supaya "cari kerja lain".

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6814-penempatan-masa-depan-bakal-guru-suram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan