Rabu, 21 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 21 Dec 2011 12:00 AM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Benarkah Ceramah Kami Mencaci dan Memfitnah?

Posted: 20 Dec 2011 07:43 AM PST

Media arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO/BN menyatakan bahawa kami dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR sentiasa mencaci dan menabur fitnah didalam ceramah-ceramah kami.

Kami berjuang untuk peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda tanpa mengira aliran dan pegangan politik mereka.

Semasa kami memperjuangkan supaya setiap peneroka Felda dikeluarkan geran tanah diatas nama individu dan tidak atas nama kelompok atau koperasi telah memberikan faedah dan menfaat kepada seluruh peneroka Felda tanpa mengira pegangan politik.

Kami memperjuangkan hak peneroka Felda yang dimanipulasi pendapatan mereka berhubung dengan peratusan perahan KPG telah memberikan faedah yang besar kepada setiap peneroka di Malaysia.

Hasil dari perjuangan kami maka pada hari ini peratusan perahan KPG telah dinaikkan dengan serta merta kepada 20%-21% daripada kebiasaannya sebanyak 17%-19%. Walaupun kenaikan itu hanya diantara 2% hingga 3% sahaja, tetapi faedahnya amatlah besar kepada peneroka-peneroka. Setiap 1% berharga RM33.00 (minima) bagi setiap tan sawit maka perbezaan 3% sudah memberikan faedah sebanyak RM99.00 kepada peneroka bagi setiap tan, dan jika si peneroka itu mengeluarkan 10 tan setiap bulan, maka peneroka itu akan memperolehi tambahan pendapatan sebanyak RM99.00 x 10 tan iaitu sebanyak RM990.00 setiap bulan, satu tambahan pendapatan yang agak besar bagi peneroka-peneroka itu.

Makmal membuktikan bahawa peratusan perahan KPG adalah didalam lingkungan 25% hingga 27%, ini bererti ujud baki beza sebanyak 7%. 7% x RM33.00 = 230.00 bagi setiap tan, dan jika peneroka itu mengeluarkan 10 tan sebulan, maka pendapatan mereka yang dimanipulasikan oleh Felda adalah sebanyak RM2,300.00 setiap bulan, bayangkan berapa jumlah pendapatan peneroka yang sudah dimanipulasikan oleh Felda didalam tempoh 15 tahun.

Tuntutan kepada jumlah pendapatan yang dimanipulasikan ini adalah untuk faedah peneroka, tanpa mengira aliran politik yang mereka pegang, dan kami tidak pernah membezakan diantara peneroka Pembangkang dengan Peneroka UMNO.

Ramai daripada mereka yang terlibat menuntut kepada Felda adalah terdiri daripada peneroka-peneroka UMNO dan mereka yang terlibat itu sudah pun mendapat faedah awal dengan kenaikan peratusan perahan KPG dan akan menikmati pendapatan yang besar apabila tuntutan mereka itu nanti akan diputuskan oleh Mahkamah seperti yang telah diputuskan didalam kes Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Isu pemansuhan Felda Plantation untuk faedah Generasi Baru Felda juga tidak wujud perbezaan diantara mereka yang berada di pihak pembangkang dan di pihak UMNO. Generasi Baru Felda yang terdiri daripada UMNO dan Pembangkang memperolehi faedahnya apabila Felda Plantation dapat dimansuhkan dan tanah diladang-ladang itu diagih-agihkan kepada mereka tanpa mengira pegangan politik mereka.

Begitu juga isu yang kami utarakan untuk menghapuskan hutang peneroka-peneroka Felda. Tuntutan ini bukan berlandas kepada isu politik atau emosi tetapi diatas fakta bahawa peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka.

Jika seseorang peneroka itu menguruskan ladangnya sendiri, pada tahun ke-4 selepas ditanam semula, beliau boleh berpendapatan lebih kurang RM2000.00 sebulan dan pendapatan bulanan ditahun ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 setiap bulan darinya adalah melebihi RM3000.00 sebulan.

Maka pada tahun ke-8 itu Felda biasanya memberitahu bahawa seseorang peneroka itu telah berhutang sejumlah tidak kurang dari RM90,000.00 dengan mengambil kira bahawa semua kos pembangunan, pengurusan, tanam semula dan elaun sara hidup didahulukan oleh Felda.

Felda tidak pernah menyerahkan Penyata Kira-Kira (Kunci Kira-Kira) yang mengandungi tanggungan (hutang) dan pendapatan. Tetapi dengan pengiraan bahawa si peneroka itu boleh berpendapatan tidak kurang dari RM204,000 dalam tempoh itu, tetapi pendapatan itu tidak dikeluarkan kepada peneroka, maka jika dibuat penolakan diantara pendapatan yang boleh diperolehi dengan hutang yang ditentukan oleh Felda itu, maka lebihan pendapatan adalah RM114,000.00. Pendapatan ini dinafikan kepada peneroka-peneroka.

Jika diambil pendapatan sebenar yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan paling minima RM5000.00 sebulan, maka adalah lebih besar lagi hutang Felda kepada peneroka-peneroka.

Maka apabila peneroka-peneroka menuntut supaya hutang mereka dihapuskan ini bermakna tuntutan mereka itu adalah adil dan yang hak.

Disini tidak timbul sebarang cacian, atau fitnah. Tuntutan ini berlandaskan semata-mata kepada fakta dan mendatangkan faedah kepada peneroka-peneroka yang selama ini dinafikan pendapatan kerana wujudnya manipulasi.

Oleh kerana itu, amatlah tidak adil bagi sesiapapun yang mengatakan bahawa penerangan kami berbentuk cacian, maki hamun dan fitnah.

Insya Allah, perjuangan ini akan difahami oleh semua pihak walaupun ada golongan tertentu cuba menyekat penerangan dari kami dengan pelbagai cara.

Kombinasi Mazlan Aliman, Suhaimi Said, Rebin Birham dan Zabidie

Posted: 20 Dec 2011 06:17 AM PST


Pakatan Rakyat Kuala Krau mempertemukan pejuang-pejuang Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda didalam satu Majlis Penerangan di Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011, satu pertemuan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh masayarakat Peneroka Felda di Negeri Pahang.

Mazlan adalah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang terkenal dengan kekentalan perjuangannya menuntut keadilan untuk peneroka-peneroka Felda dengan memberikan tumpuan kepada perjuangan untuk generasi baru Felda yang kini berjumlah lebih dari satu juta manusia.

Rebin Birham pula adalah seorang anak Peneroka Felda Palong 10 yang begitu aktif memperjuangkan hak dan kepentingan Peneroka-Peneroka Felda dan sebagai anak muda beliau memberikan tumpuan kepada generasi muda Felda khususnya di Negeri Sembilan.

Dengan kegiatan yang beliau ceburi di rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan, Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menubuhkan ranting-ranting PKR di seluruh rancangan Felda di DUN Palong, dan menghampiri 1000 orang ahli-ahli UMNO disana menyertai PKR.

Sdr Zabidie Abas adalah pengasas ANAK dan beliau telah menjadi tunggak kepada Persatuan itu dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha dari sejak penubuhannya sehinggalah kini beliau menjadi Naib Presiden kepada Persatuan itu.

Beliau kini menjadi Setiausaha Pengelola kepada Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor dan terlibat secara aktif dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR serta menjadi salah seorang penggerak kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Saya (Haji Suhaimi Said) adalah seorang veteran didalam perjuangan menegakkan keadilan untuk peneroka-peneroka Felda bermula dengan perjuangan menuntut Hakmilik Individu untuk peneroka Felda keatas tanah ladang mereka dan kerana itu telah 2 kali disumbatkan oleh UMNO/BN kedalam ISA.

Kini saya memimpin Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat serta menjadi konsultan kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Pada 30hb Disember 2011 nanti kami berganding bahu menjayakan program penerangan Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau dan sudah tentu peneroka-peneroka seluruh Pahang khususnya sekitar Parlimen Kuala Krau, Jerantut dan Maran akan menghadiri Ceramah yang bersejarah itu.

Ketua PKR Ranting Paya Mendoi Beransur Pulih

Posted: 20 Dec 2011 05:58 AM PST




Saya dan Kak Hendon mengambil peluang pada siang tadi melawat Sdr Daud Busu, Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi yang juga AJK PKR Cabang Kuala Krau.

Beliau telah diserang oleh stoke dan tidak berupaya menggunakan anggota badannya sehinggakan percakapannya menjadi sukar dan telo.

Beberapa minggu beliau hanya terbaring di tempat tidur. Tetapi Alhamdulillah sejak beberapa hari yang lepas beliau sudah boleh bangun tetapi percakapannya tidak serancak dulu dan pergerakannya masih lemah.

Beberapa hari lalu beliau cuba menaikki motosikal untuk pergi sekeliling kampong, tetapi beliau telah terjatuh.

Saya dan Kak Hendon sampai di rumahnya jam 4.30 petang tadi. Kami membawa sedikit buah tangan untuknya. Beliau masih belum boleh membuat apa-apa kerja.

Tetapi semangatnya cukup tinggi. Beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertugas untuk parti semasa PRU akan datang dan akan turut hadir pada 24hb Disember 2011 akan datang ke Kg Penderas bagi mendengar ceramah oleh Sdr Bob Mazlan mengenai Dasar PKR terhadap tanah Orang Asal. Bob Manolan adalah Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan AJK AMK PKR Pusat.

Kami doakan agar Daud sembuh dengan cepat.

Anwar Ibrahim

Posted: 20 Dec 2011 07:31 PM PST

Anwar Ibrahim


Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia

Posted: 20 Dec 2011 05:50 PM PST

Keadilan Daily

KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli,  meskipun Mahathir 'meragui' dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

"Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan "4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial" dari Bank Dunia,".

"Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999," kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Rafizi yang menulis surat kepada Bank Dunia bagi mengesahkan pinjaman itu, turut membidas kenyataan Tun Mahathir yang mempersoal kenapa isu itu baru dibangkitkan sekarang.

"Saya nasihat mudah saja. Sekarang kita hanya bolehsearch internet. Ia tak sama macam tahun 1999. Kini semua dokumen rasmi ada di internet, cuma nak tahu macam mana nak cari sahaja," kata beliau.

Tegas Rafizi, KEADILAN menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau yang jelas merupakan satu pembohongan.

"Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999," tegasnya

Surat Terbuka Tokoh Dan Sarjana Islam Berhubung Fitnah Keatas Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 20 Dec 2011 03:05 AM PST

Penerangan: Surat Terbuka oleh tokoh dan ilmuwan Islam ini diterbitkan pada Julai 2008 oleh Majalah Islamica. Admin blog berhasrat memaparkan semula surat terbuka ini kerana keprihatinan rakyat terhadap kezaliman ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Surat ini menjadi saksi betapa ramai sarjana dan tokoh umat Islam yang khuatir fitnah berterusan ke atas beliau. Moga kita mendapat manfaat dari surat ini.

Letter signed by 45 Islamic scholars concerning Anwar Ibrahim published by the Islamica Magazine.

In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful

May Peace and Blessings be upon the Prophet Muhammad and his kin

" … [M]ake peace between them justly, and act equitably. Lo! Allah loveth the equitable. / The believers are naught else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that perhaps ye may obtain mercy." (The Holy Qur'an,Al-Hujurat, 49:9-10)

OPEN LETTER CONCERNING DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM

Al-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu,

We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes.

We are deeply concerned about the physical safety and freedom of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. We are troubled by the unsubstantiated and clearly scurrilous claims made against him and his character. Allah says in the Holy Qur'an:

"O ye who believe! Shun much suspicion; for lo! some suspicion is a crime. And spy not, neither backbite one another. Would one of you love to eat the flesh of his dead brother? Ye abhor that (so abhor the other)! And keep your duty (to Allah). Lo! Allah is Relenting, Merciful." (The Holy Qur'an, Al-Hujurat, 49:12)

Our beloved Malaysia is today one of the leading countries of the Muslim Ummah. It is an example of a successful modern Islamic country, and in many ways a model and example for other Muslim countries. This has been due to the Grace of Allah and then largely to the historical and invaluable efforts and contributions made by Tun Dr. Mahathir Mohammed and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi (among others). Every Muslim who knows anything about Malaysia is proud and appreciative of these efforts. Equally, every Muslim who knows Malaysian politics is appreciative of the formidable political courage in leadership exhibited by Tun Dr. Mahathir Mohammed during his time as Prime Minister of Malaysia and of the example of personal piety and forbearance that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi has given the Ummahtoday.

Indeed, perhaps precisely because of Malaysia's prominence within the Ummah and the world, we would like to point out that the global Muslim community is paying close attention to the way our respected and honorable brother Dr. Anwar Ibrahim is treated. We have no wish to interfere in the internal politics of Malaysia, or in civil and criminal accusations within the country, which we reiterate are ultimately the business only of the Malaysian state and people. However, the spectacle, ten years ago, of our respected brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim sitting patiently in court after having been personally and illegally beaten up by then Police Chief of Malaysia is still fresh within our minds as a travesty of justice and impartiality under the law in a leading Muslim country. We are all still ashamed of that image, which will ever be indelibly engraved in our memories. So we remind our bothers in Malaysia that our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) said that justice is the very goal of government in Islam. And Allah Himself says in the Holy Qur'an:

"Say: My Lord enjoineth justice …" (Al-A'raf, 7:29)

Thus we feel that we have a right — and indeed, an obligation under Islam — tostrongly urge the Malaysian authorities to facilitate a swift, transparent and just resolution to this issue and resolutely ensure the safety, freedom and physical well-being of our honorable and respected brother Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur'an:

"The Truth is from thy Lord (O Muhammad), so be not thou of those who waver." (Al-Baqarah, 2:147)

Moreover, given the political implications of the timing of this latest incident; given the political undertones of the previous incidents of similar accusations made in 1998 — which led to the wrongful incarceration of Dr. Anwar Ibrahim for six years, and that have since been publicly refuted in the highest Malaysian court of law — and given the proven questionable nature of the authorities involved in the investigation, we feel morally obliged to also state our deep concern about the prospects of true justice for Anwar Ibrahim in the current authorities in the police and prosecution departments (whose leadership was personally involved in Dr. Anwar Ibrahim's previous unjust accusations) without deliberate, careful, impartial and independent political oversight. Allah says in the Holy Qur'an:

"Lo! Allah enjoineth justice and kindness, and giving to kinsfolk, and forbiddeth lewdness and abomination and wickedness. He exhorteth you in order that ye may take heed." (Al-Nahl, 16:90)

Finally, we are morally obliged as Muslims to also point out that our religion and our beloved Prophet Muhammad (may the peace and blessings of Allah be upon him) regard false accusations in these matters to be of extremely grave consequence. In fact, under Islamic Law, accusations of this magnitude that are not substantiated by four eye-witnesses of impeccable character (such as did not occur neither with these accusations nor with the previous ones) incur severe legal punishment only for the accusers themselves. Perhaps what is most insidious and disturbing, however, is the likely malevolent and slanderous intent behind these attacks on the moral character of our brother Dr. Anwar Ibrahim. Allah says in the Holy Qur'an:

"When ye welcomed it with your tongues, and uttered with your mouths that whereof ye had no knowledge, ye counted it a trifle. In the sight of Allah it is very great. / Wherefor, when ye heard it, said ye not: It is not for us to speak of this. Glory be to Thee (O Allah)! This is awful calumny. / Allah admonisheth you that ye repeat not the like thereof ever, if ye are (in truth) believers." (The Holy Qur'an, Surat Al-Nur, 24:15-17)

However, we have complete trust in Allah and so remain hopeful that the highest political authorities in Malaysia will, in sha Allah, secure an honest and just outcome to this deeply troubling situation. Allah says in the Holy Qur'an:

    "Let there arise from you a band of people who invite to goodness, and enjoin right conduct and forbid wrong. Such are they who are successful." (Aal-'Imran, 3:104)

Wal-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu.

Signed by (in Alphabetical Order of First Names):

Dr. Abubaker Al-Shingieti
President, American Muslims for Constructive Engagement (AMCE)

Prof. Dr. Akbar Ahmed
Ibn Khaldun Chair of Islamic Studies, American University, Washington DC; Former Pakistani High Commissioner to the UK

Shaykh Al-Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri
Founder and Director, Taba Institute, United Arab Emirates

Mr. M. Ali Lakhani
Founder and Editor of Sacred Web: A Journal of Tradition and Modernity, Canada

Dr. Anas Al-Shaikh-Ali
Chair, Association of Muslim Social Scientists UK
Academic Advisor, International Institute of Islamic Thought, London

Ms. Amina Rasul
Lead Convenor, Philippine Council for Islam and Democracy, Mandaluyong City, Philippines

Prof. Dr. Aref Ali Nayed
Muslim Scholar, Libya; Senior Advisor, Cambridge Interfaith Program, Faculty of Divinity, Cambridge University; Former Professor, Institute for Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia

Ms. Asma Mirza
President, MSA National (USA)

Asst. Prof. Dr. Caner Dagli
College of the Holy Cross, Worcester MA, USA

H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Ceri?
Grand Mufti and Head of Ulema of Bosnia and Herzegovina

Prof. Dr. Din Syamsuddin
President, Central Board of Muhammadiyah, Indonesia

Mr. Eboo Patel
Founder and Executive Director, Interfaith Youth Core, USA

Ms. Farah El-Sharif
President, Muslim Students Association, Georgetown University, USA

Shaykh Faraz Rabbani
Hanafi Scholar; Instructor, The Razi Institute, Canada

Dr. Faroque Khan
Chairman, Islamic Center of Long Island, NY, USA

Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal
Chairman of the Board of the Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Jordan

Shaykh Salih bin Sultan Ghalib Al-Quaiti
Hadramaut, Yemen

Mr. Hasan (Charles) Le Gai Eaton
Writer on Islam, UK

Dr. Ibrahim Kalin
Director, SETA Foundation, Ankara, Turkey; Asst. Prof. Georgetown University, USA

Prof. Dr. Ingrid Mattson
President, The Islamic Society of North America (ISNA)

Intisar Rabb, Esq.
Princeton University

Dr. Jamal Barzinji
Vice-President, International Institute of Islamic Thought, USA

Dr. Jonathan Brown
Assistant Professor, University of Washington, USA

Dr. Marve Kavakci
George Washington University

Dr. Mohammad Fadel
Assistant Professor of Law, University of Toronto, Canada

Dr. Mohamed Bechari
President of the National Federation of Muslims of France (FNMF); Secretary-General of The Islamic European conference (EIC/CIE); Vice-President of the Foundation of Islamic Works of France (FOI); President-Rector de of the Avicenna Institute (IASH), France

Mohamed H. Marei
Founder and Director, Qasid Institute, Jordan

Hafiz Moez Masoud
Host of Al-Tariq Al-Sah television show, Cairo, Egypt

H.E. Amb. Dr. Murad Hofmann
Author and Muslim Intellectual, Germany

Mr. Musa Saket
Chairman of the Board, Al-Salam Audio Media (Hayat Fm), Jordan

Prof. Dr. Mustapha Cherif
Muslims Intellectual; Former Minister of Higher Education and Former Ambassador, Algeria

Prof. Dr. Muzammil H. Siddiqui
Islamic Scholar and Theologian; Chairman of the Fiqh Council of North America, USA

Dr. Nabil El-Sharif
Editor- in-Chief, Al-Dustour Daily Newspaper, Jordan

Mr. Nihad Awad
National Executive Director, Co-Founder
Council on American-Islamic Relations (CAIR), USA

Shaykh Nuh Ha Mim Keller
Author and Educator, Jordan

Dr. Seyyed Reza Shah-Kazemi
Author and Muslim Scholar, UK

H.E. Prof. Dr. Rusmir Mahmutcehajic
Professor, Sarajevo University; President of the International Forum BosniaFormer Vice President of the Government of Bosnia and Herzegovina

Prof. S. Abdallah Schleifer
Distinguished Professor, The American University of Cairo; Founder and former Director of the Adham Center for Journalism (AUC); former Washington DC bureau chief Al Arabiya News Channel

Dr. Sayyid Syeed
ISNA Secretary-General, USA

Dr. Sherman A. Jackson
Arthur H. Thurnau Professor of Near Eastern Studies, University of Michigan; Co-Founder The American Learning Institute for Muslims, USA

Mr. Sohail Nakhooda
Editor-in-Chief, Islamica Magazine

Prof. Dr. Sulayman S. Nyang
Howard University, USA

Dr. Tawfik Awji
Beirut Islamic University, Lebanon

Dr. Yusuf Islam
Composer and Philanthropist, Islamia Schools Trust, London, UK

Dr. Yousuf Zia Kavakci
Director Islamic Association of Northern Texas and Member Fiqh Council of North America

—-

Terjemahan

Dengan Nama Allah, Yang Maha Penyayang, Yang Maha Pemurah, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarganya.

"…Dan apabila dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya.Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. /Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kemau mendapat rahmat. (Al Quran al Karim, Al- Hujurat, 49:9-10)

SURAT TERBUKA BERHUBUNG DATUK SERI DR. ANWAR IBRAHIM

Al-Salaamu  'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu,
?

Kami yang menandatangani surat ini, percaya saudara kami yang terhormat Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim merupakan seorang yang beretika dan tinggi integriti moralnya, Muslim yang patuh serta ayah dan suami yang setia. Beliau dikenali dunia sebagai pemimpin yang memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan, beliau mempunyai sejarah panjang dalam memartabatkan Islam serta mengangkat etika Islam dan usaha amal.

Kami sesungguhnya mengambil berat akan keselamatan fizikal dan kebebasan rakan kami yang dihormati Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim. Kami terganggu dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan ke atas beliau yang jelas cuba menghina keperibadian beliau. Allah berfirman dalam Al Quran al Karim:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencri-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang." ( Al Quran, Al Hujurat, 49: 12)

Negara Malaysia yang tercinta hari ini merupakan salah satu negara terkemuka buat umat Islam. Ia merupakan salah satu negara Islam moden, dan dalam banyak hal ia merupakan model dan contoh  kepada negara Islam lainnya. Ini oleh kerana Rahmat Allah dan juga usaha serta sumbangan Tun Dr. Mahathir Mohammed dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi. Setiap Muslim yang mengetahui Malaysia pasti akan berbangga dan menghargai usaha tersebut. Begitu juga setiap Muslim yang mengetahui mengenai politik Malaysia, pastinya menghargai kekuatan kepimpinan politik Tun Dr. Mahathir Mohammed yang ditunjukkan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, dan contoh ketakwaan serta kesederhanaan yang tampilkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi kepada ummah masa kini.
?
Oleh kerana Malaysia tersohor di kalangan umat Islam dan dunia, kami ingin menyatakan komuniti umat Islam seluruh dunia memerhatikan dengan dekat layanan terhadap saudara kami yang dihormati Anwar Ibrahim. Kami tidak berniat untuk mencampuri urusan politik dalaman Malaysia, mahupun pertuduhan sivil dan jenayah di dalam negara ini, yang kami ingin ulangi merupakan urusan rakyat dan negara Malaysia. Akan tetapi, gambaran, sepuluh tahun dahulu, bila saudara kami yang dihormati Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk dengan sabar di dalam mahkamah selepas dicederakan secara salah dan di luar batas perundangan oleh Ketua Polis Negara pada waktu itu, masih segar dalam ingatan, betapa tindakan itu merupakan pencabulan ke atas konsep keadilan dan kebebasan di bawah undang-undang, terutamanya di sebuah negara Islam yang tersohor. Kami masih merasa malu akan imej tersebut, yang akan sentiasa tersemat di dalam ingatan kami. Kami mengambil peluang ini untuk mengingatkan saudara kami di Malaysia, Nabi Muhammad yang kita dikasihi( rahmat Allah ke atasnya) berkata sesungguhnya keadilan merupakan matlamat utama sesebuah negara dalam Islam. Allah sendiri berfirman dalam Al Quran Yang Mulia:

"Katakanlah: Tuhanku menyuruhku berlaku adil…." (Al- A'raf, 7:29)

?Oleh itu kami merasa kami mempunyai hak — atau sebenarnya satu tanggungjawab di atas nama Islam — untuk menyeru dengan tegas pihak berkuasa Malaysia agar memastikan satu penyelesaian yang adil, terbuka dan cepat ke atas masalah ini dan mestilah memastikan keselamatan, kebebasan dan kesihatan fizikal saudara kami yang dihormati Anwar Ibrahim. Allah berfirman dalam Al Quran Yang Mulia:

"Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-sekali engkau( Muhammad) termasuk orang yang ragu-ragu." ( Al – Baqarah, 2: 147)

Tambahan lagi, waktu berlakunya insiden terbaru ini dan implikasi politiknya, serta menyedari motif politik ke atas insiden lepas dengan tuduhan yang sama yang dilemparkan pada tahun 1998 — mengakibatkan saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan secara salah selama enam tahun, yang kemudiannya tuduhan itu ditolak oleh mahkamah undang-undang tertinggi di Malaysia — kami terpanggil atas dasar moral untuk menyatakan kebimbangan kami bila menyedari hakikat penglibatan pihak berkuasa di dalam siasatan, yang mana kedudukannya amat meragukan sekarang serta kemungkinan saudara kami Anwar Ibrahim, dinafikan keadilan yang sebenarnya, terutamanya dibawah kendalian pihak polis dan pihak pendakwaan( pimpinan jabatan itu secara peribadi terlibat dalam pertuduhan yang terbukti tidak adil ke atas Anwar Ibrahim) tanpa seliaan politik yang bebas serta pertimbangan yang berhati-hati, cermat, dan secara tidak memihak. Allah berfirman di dalam Al Quran:

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Al-Nahl, 16:90)

Terakhir sekali, kami sesungguhnya bertanggungjawab sebagai saudara Muslim untuk juga mengingatkan bahawa agama Islam dan Nabi Muhammad yang kami kasihi (rahmat Allah ke atasnya) menganggap tuduhan palsu seperti ini amat besar dosanya. Malah, di bawah undang-undang Islam, sekiranya dakwaan-dakwaan sebesar ini tidak disahkan melalui empat orang saksi yang berkeperibadian murni (pembuktian cara ini tidak pernah diberi pertimbangan kepada dakwaan-dakwaan di sini termasuk juga dakwaan yang terdahulu) dapat menyebabkan pihak penuduh dikenakan hukuman undang-undang yang berat. Namun apa yang amat  merbahaya dan mengganggu, adanya kebarangkalian serta niat jahat dan unsur fitnah disebalik tohmahan dan tuduhan terhadap karakter moral saudara kami Anwar Ibrahim. Allah berfirman di dalam Al Quran:

"(Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong)itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar. / Dan mengapa kamu tidak berkata ketika kamu mendengarnya, "Tidak patas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar."/ Allah memperingatkan kamu agar (jangan)kembali mengulangi seperti itu selama-selamanya, jika kamu orang yang beriman.( Surat Al-Nur, 24:15-17)

Sesungguhnya kami meletakkan seluruh kepercayaan kami kepada Allah dan sentiasa berharap, dengan izin Allah, agar kepimpinan tertinggi politik Malaysia memastikan penyelesaian yang telus dan adil kepada situasi yang amat menyulitkan ini. Allah berfirman dalam Al Quran yang Mulia:

"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran, 3:104)

Wal-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullah wa Barakatuhu.

Skandal NFC: Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura

Posted: 19 Dec 2011 09:59 PM PST


Memandangkan UMNO dan Dato' Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmiSingapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama).

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.

MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN

Fitnah II: NGO Islam Ingatkan Hukum Qazaf

Posted: 19 Dec 2011 08:05 PM PST

Keadilan Daily

Sebuah NGO Islam, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) mengulangi semula tuntutan qazaf dalam kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan beberapa kekeliruan yang dilakukan mantan pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), prof Dato Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, berhubung tuduhan liwat dan Zina terhadap Anwar.

Dr Sidek Baba ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pernah memegang beberapa jawatan dalam Abim termasuk sebagai Naib Presiden.

Manakala Dr Yusri Muhammad yang pernah memimpin ABIM sebagai Presiden, baru melepaskan jawatannya sebagai pensyarah di UIAM dan kini selaku Yang Di Pertua Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Wadah, Abdul Halim Ismail menegaskan kembali pendirian yang diambil dalam satu pernyataan bersama yang dibuat dengan Abim dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dalam isu yang sama pada 27 Mac lalu.

Memetik ayat Al Quran yang menyebut tentang hukum qazaf- iaitu menuduh seseorang melakukan zina dan liwat- Wadah mengingatkan sikap dan pendirian berhubung isu itu perlu dibuat berlandaskan syariat.

Sambil menegaskan bahawa Wadah menolak pertuduhan liwat dan zina terhadap Anwar dan menganggapnya sebagai 'gejala fasik',  NGO itu juga menasihati mereka yang terlibat dalam jenayah qazaf supaya insaf dan merujuk kembali kepada amaran Allah.

"Sehubungan dengan ini juga, Wadah ingin menegaskan bahawa sebarang kenyataan, pandangan atau pendapat yang dikeluarkan oleh Prof Dato' Dr Sidek Baba dan Dr Yusri Muhammad, termasuk yang berkaitan dengan isu ini, adalah tidak mewakili pandangan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)," tegas beliau.

NFC: Sidang Media Tergempar Hari Ini

Posted: 19 Dec 2011 07:46 PM PST

Satu sidang media tergempar akan dibuat jam 12 tengahari ini (Selasa, 20 Disember 2011) di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai skandal NFC. Pendedahan pada hari ini melibatkan penyalahgunaan wang untuk membeli aset, yang belum didedahkan sebelum ini.

Sidang media akan dihadiri YB Saifuddin Nasution, YB Zuraida Kamaruddin dan Sdr.Rafizi Ramli

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 20 Dec 2011 12:09 PM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Posted: 20 Dec 2011 08:30 AM PST

PINJAMAN BANK DUNIA YANG DINAFIKAN TUN MAHATHIR SAH DITERIMA KERAJAAN MALAYSIA, TERSENARAI DALAM PENYATA AKAUN NEGARA

Saya merujuk kepada penafian Tun Mahathir Mohamad bahawa pentadbiran beliau mengambil bantuan kewangan dari Bank Dunia dalam tahun 1999, seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 19 Disember 2011. Beliau juga mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia yang dikemukakan KEADILAN.

Saya telah menulis secara rasmi kepada Bank Dunia untuk mendapatkan pengesahan mereka bahawa semua dokumen yang dipaparkan di laman web mereka adalah sahih. Saya yakin bahawa kesemua itu adalah dokumen sah.

Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen. Saya lampirkan Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Luar Negeri Kerajaan Malaysia seperti pada 31 Disember 2008 yang terkandung di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010. Dokumen ini dibentangkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan "4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial" dari Bank Dunia (dikenali sebagai Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan). Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999.

KEADILAN tidak mahu memanjangkan isu ini. Kami hanya mengemukakan fakta untuk membetulkan kenyataan Tun Mahathir Mohamad sebelum itu yang jelas satu pembohongan.

Penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas sekarang berbanding sedekad lalu memungkinkan pelbagai dokumen rasmi Bank Dunia dipamerkan kepada umum kerana mereka mengamalkan dasar terbuka, bukannya seperti pentadbiran Barisan Nasional yang menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menyekat pelbagai dokumen daripada diteliti rakyat.

Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

Posted: 20 Dec 2011 08:22 AM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan