Rabu, 21 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 20 Dec 2011 11:25 PM PST

Salam Perjuangan


NAJIB, FAHAMI MESEJ MAHASISWA - AZIZ BARI

Posted: 20 Dec 2011 05:19 AM PST

24 Muharram 1433 H | 20 December 2011

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan 'bendera' berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

"Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).


"Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?" kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.


Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku Perdana Menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes AUKU.

"Universiti-universiti sudah wujud sebelum AUKU  diperkenalkan pada 1971, jadi mengapa perlunya AUKU.


"Kerajaan perlu mendengar suara mahasiswa... jadi mereka tidak perlu meminta, saya tidak perlu memohon maaf, jangan sombong, dengar suara mereka," katanya.

Aziz Bari yang menjadi sasaran siasatan polis, pengurusan UIA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dua bulan lalu menegaskan, selagi kerajaan tidak memansuhkan AUKU, pelajar-pelajar universiti akan terus memperjuangkan perkara berkenaan.

Menjawab soalan sama ada tindakan itu sesuatu yang tidak beradab, Aziz berkata, "Kalau nak kata beradab tidak beradab, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradab, tidak sopan sebelum ini.

"Saya tidak melihat menurunkan bendera Najib ini sesuatu yang tidak beradap, seteruk tindakan mereka sebelum ini," katanya lagi. - themalaysianinsider

Idris Ahmad

Posted: 20 Dec 2011 11:12 PM PST

Idris Ahmad


Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat

Posted: 20 Dec 2011 07:02 PM PST

Dap Ganti Pas, Muhyiddin Pening Lalat

Idris ahmad
1/12/11

Tan Seri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC pada 29 november 2011 telah  menyatakan  Dap ganti Pas, bukan Pas ganti Umno. Sifir mana Timbalan Presiden Umno ini belajar. Budak tadika pun tahu jawapannya, jika Umno lawan Pas yang menang sudah tentu antara Umno atau Pas. Bagaimana Najib lawan Muhyidin yang menang ialah Chaw Sow Lek. Analogi yang tidak masuk akal langsung. Kalau inilah kenyataan yang keluar daripada seorang Menteri Pelajaran, maka amat malanglah rakyat Melaysia. Lain yang ditanya maka lain pula yang dijawab.

Timbalan Presiden Umno menyebut Dap ganti Pas sebagi strategi Umno untuk menakutkan rakyat daripada memilih Pas dan meninggalkan Umno walaupun anologi beliau sebagai orang yang pening lalat.

Rakyat Malaysia sedar Persidangan Umno pada kali ini akan menjadi pesta memaki hamun dan memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah strategi Umno untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi teras kepimpinan negara. Parahnya pentadbiran negara telah didedahkan oleh  Ketua  Audit  Negara, sebaliknya pujian urus tadbir cemerlang diberi kepada negeri Pakatan Rakyat.

Walaupun Tan Seri Muhyiddiin cuba menakutkan rakyat terutama orang melayu daripada  menyokong Pas, kononnya Dap yang mengganti Pas. Tetapi rakyat semakin cerdik dan tahu siapa sebenarnya pengkianat RM52 bilion saham bumiputera, RM32 juta wang PPRT, 1.3 juta hektar tanah rezab melayu digadai di bawah kepimpinan Umno. Jika inilah yang berlaku maka MCA ganti Umno?.


Filed under: Pilihanraya, Politik

Video Klip hina Hudud, Noh Mesti Bertindak.

Posted: 20 Dec 2011 06:59 PM PST

Video Klip hina Hudud, Noh Mesti Bertindak.
Idris ahmad
16/12/11

Datuk Seri Noh Omar  mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip sembang rakyat yang menghina hukum hudud. Beliau tidak boleh melepaskan diri dalam isu ini. Kerana individu yang sama 
 yang menguruskan blog anggota Parlimen Tanjung Karang , laman web Puteri Umno Selangor dan Umno Tanjung Karang, disamping blog Pena Noh.
Beliau mesti menunjukkan sikap tegas membenteraskan golongan yang menghina hukum Allah. Bukankah sekarang Umno Selangor begitu tegas “memelihara akidah” rakyat Selangor. Jangan pula Noh Omar lupa pula bahawa mereka menghina hukum Allah boleh terbatal akidah, bukan sahaja mereka yang tukar agama sahaja boleh menjadi murtad. 
Jika Noh Omar lupa perkara ini, beliau boleh merujuk Kitab Mastika Hadis jilid pertama keluaran Jabatan Perdana Menteri halaman 225-229. Di di dalam kitab tersebut menjelaskan dengan ditil perkara yang membatalkan akidah.

 Datuk Seri Noh perlu menunjukkan sikap yang keras dan bertindak kepada pembuat video klip ini jika benar seperti yang dituduh. Jika beliau tidak bertindak maka beliau redha dan restu terhadap perbuatan tersebut. Ingat azab Allah pedih dan kekal selama-lamanya bagi mereka yang terlibat. Janganlah kerana politik maka sanggup menghina Allah dengan tukaran dunia yang murah. Sekarang terbukti siapa yang menghina hukum Allah, sebelumnya Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang begitu lantang menghina hukum Allah, Noh Omar dan pemimpin Umno menikus tidak menegur tindakan Presiden MCA.


Filed under: Agama

TV Internet Usaha Terakhir BN Tarik Belia

Posted: 20 Dec 2011 06:52 PM PST

TV Internet Usaha Terakhir BN Tarik Belia
Idris ahmad
20/12/11

Barisan Nasional resah kerana propaganda mereka tidak lagi dipercayai terutama di kalangan anak muda. Media perdana seperti televisyen dan akhbar perdana tidak lagi membantu BN untuk meyakinkan anak muda di negara ini. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan televisyen Internet dan mobil pertama dengan harapan menjadi  wadah dan sumber terbaru bagi belia mendapatkan maklumat, berita,mesej yang  meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut.

Pelik juga rakyat melihat gelagat pemimpin BN yang takut dengan bayang-bayang kebangkitan rakyat yang terdiri daripada anak muda. Pemimpin BN sedar seramai 4.5 juta  daripada 12 juta pengundi atau 38.8%  daripada golongan belia yang bakal menjadi pengundi PRU 13.

Ini merupakah langkah terakhir yang Datuk Seri Najib terpaksa lakukan untuk memastikan golongan ini menyebelahi BN. Sebenarnya bukan masalah media yang tidak cukup, tetapi laporan dalam media yang sudah tidak beretika dan berat sebelah menyebabkan golongan belia mual dengan laporan tersebut. Belia pada hari ini mahu politik baru yang telus dan berintegriti. Mereka mempunyai maklumat dan merasakan perlu perubahan politik di negara ini. Belia mengetahui kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat menguruskan negeri begitu cemerlang berbanding dengan pemimpin BN yang penuh dengan penyelewingan dan ketirisan. Semua maklumat ini diperolehi melalui media baru. Apa makna televisyen internet jika kandungan berita yang diambil daripada Media Perdana, dengan ini tidak ada apa yang baru kepads belia.
Mereka bukan lagi belia di zaman Datuk Najib menjadi ketua pemuda Umno, yang hanya menjadi belia kompang dan sehelai baju T. Belia pada waktu itu boleh diupah dengan sebiji karipap dan sebotol air mineral. Sekarang mereka sudah berubah, walaupun nampak berpakaian “rock” tetapi motor ditampal gambar Tuan Guru Nik Aziz.


Filed under: Politik

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 20 Dec 2011 09:26 PM PST

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Oley!!

Posted: 20 Dec 2011 05:49 AM PST

Hasan Ali bersuara - 20 Dis 2011

Posted: 20 Dec 2011 05:16 AM PST

DPP PADANG TERAP

Posted: 20 Dec 2011 09:01 PM PST

DPP PADANG TERAP


Ceramah Isu-Isu Negara

Posted: 19 Dec 2011 11:30 PM PST


Isnin, 19 Disember. Satu ceramah berkaitan isu terkini telah diadakan di Markas Pas Kampung Bukit Nambua. Ceramah yang menampilkan 2 orang tokoh yang hebat dalam arena politik iaitu  Ahli parlimen Padang Terap, Yb Ust Nasir Zakaria dan Yb Ust Taib Azamuddin, Ahli parlimen Baling telah dihadiri oleh lebih seribu orang. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Timbalan Ydp Padang Terap, tuan Syed Ibrahim Al-Jefri. Dalam ucapan beliau, Tuan Syed Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli yang terlibat dalam menjayakan ceramah ini. Beliau turut menceritakan keadaan politik yang telah menyemarakkan suasana demokrasi di Malaysia.

Ceramah  yang disampaikan oleh Yb Ust Nasir pula menyentuh isu-isu nasional yang pincang dan tidak adil kepada seluruh rakyat jelata. Beliau juga menjelaskan tentang isu skandal NFC yang dikaitkan oleh Ketua Wanita Umno, Dato Seri Shahrizat Jalil. Dalam isu Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baharu-bahau ini. Isu ini yang amat tidak adil kepada seluruh rakyat malaysia kerana hanya kakitangan kerajaan sahaja yang mendapat imbuhan sedangkan orang awam yang bekerja sendiri diabaikan. Beliau juga menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Umno adalah satu tindakan yang terdesak dan tergesa-gesa.

Dalam ceramah yang disampaikan oleh Yb Ust Taib Azamuddin pula menyebut tentang penghijrahan yang dilakukan oleh umat islam pada zaman sekarang ialah dengan berhijrah daripada tidak baik kepada baik. Beliau juga menyebut hakikat yang dilakukan oleh masyarakat dunia yang seringkali menyatakan Amerika adalah negara yang paling berkuasa. Selain itu, beliau turut menyelar sikap manusia yang tidak mementingkan soal halal dan haram adalah jauh daripada Allah. Ucapan beliau yang penuh dengan kiasan dan sangat membawa maksud yang mendalam. Dalam ucapan ceramahnya lagi, beliau berkata, pemberian wang 

tunai yang akan diberi oleh kerajaan hanyalah umpan untuk mencari rakyat yang berpendapatan besar untuk diambil cukai pendapatan. Beliau mengibaratkan "memberi ayam makan beras untuk ditangkap dan disembelih". Sedangkan RM 250 juta diberikan kepada pemimpin Wanita Umno tidak disiasat oleh pihak berkuasa. Dalam ceramah tersebut, beliau turut menerangkan tentang hukum yang ditetapkan oleh Allah  yang menjadi perdebatan pelbagai pihak. Katanya lagi, "Kafir Zimmi yang tinggal di negara yang diperintah oleh islam layak diberikan hak seperti orang islam selagi ia tidak melanggar arahan pemerintah. Tetapi penerangan seperti ini Umno tidak menceritakan kepada orang bukan islam sedangkan kewajipan islam adalah  melaksanakan keadilan terhadap semua agama dan bangsa,"katanya lagi.




N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 20 Dec 2011 07:57 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Mahasiswa/Anak Muda Sekarang Bukan Lembu NFC !

Posted: 20 Dec 2011 10:04 AM PST


Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu?  Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.

Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe.  Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."
 
baca artikel penuh...di sini.

PAS LENGGONG

Posted: 20 Dec 2011 07:52 PM PST

PAS LENGGONG


SBPA- ??????

Posted: 20 Dec 2011 02:23 AM PST

SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Dis: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi.

"Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan," kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut.

Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011.

PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup.

Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini.

Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini.

"Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara," ujarnya.

SBPA- ??????

Posted: 20 Dec 2011 02:23 AM PST

SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Dis: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi.

"Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan," kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut.

Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011.

PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup.

Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini.

Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini.

"Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara," ujarnya.

Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan

Posted: 20 Dec 2011 02:18 AM PST


BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran. "Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini. "Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam. Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya. "Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu. "Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya. Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi. Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya. "Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini baru nak bagi RM500. Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya. Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. "Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan. Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan. Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat. Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri. "Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil. Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang. Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai. Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni. Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.

NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula

Posted: 20 Dec 2011 02:16 AM PST


SHAH ALAM, 20 Dis: Umno perlu membuat keputusan segera untuk bertindak kepada pihak yang bertanggungjawab dalam skandal NFC atau terus dimalukan.

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semakin membarah apabila PKR hari ini mendedahkan NFC membeli sebuah kondominium bernilai hampir RM10 juta di Singapura.

(Kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura. Disinilah NFC membeli unitnya bernilai kira-kira RM10 juta)

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Pendedahan kali ini dibuat oleh tiga pemimpin kanan PKR dalam sidang media mereka hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik).

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno menekan agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Turut memberikan tekanan adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ini kerana, NFC dikendalikan oleh suami dan anak-anak beliau.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu beranggapan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pinjaman itu diluluskan, Tan Sri Muhyidin Yassin mesti bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini kerana projek ini terletak di bawah penyeliaan kementerian yang beliau jaga.

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka.

"Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh," kata kenyataan mereka bertiga.

Pendedahan dibuat ekoran Umno dan Shahrizat belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat.

"KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.


Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura.

Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura.

Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura, kata mereka.

Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

"Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

"Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Dec 2011 03:49 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


UMNO CHERAS VS L.PANTAI BERGADUH, TUDUH MENUDUH MEMANG HUDUH !

Posted: 20 Dec 2011 01:49 AM PST

UMNO CHERAS & UMNO L.PANTAI BERGADUH..... SAKSIKAN KEJADIAN MEMALUKAN INI.............20 Dec, 2011 ihsan TukarTayarBaru
Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.cheras umno deputy chief mahadi abdul shukorTimbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee. "(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian."Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.Terpaksa hubungi polisDalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat."Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.azlan"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13.(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.

RUGI BERJUTA, BONUS 8 BULAN

Posted: 20 Dec 2011 01:26 AM PST

« The MYCC "hush-hush" public meetings!MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff! »MAS paid US$3.35 million under anti-trust law in US Please read "Azman Mokhtar must Go (part 3)" by Jebut Must Die and judge for yourself.Updated @ 12:30 am 15-12-2011: MyCC to investigate into the MAS -AirAsia share swap comes Jan 1, HERE.MAS has announced on 18-02-2010 that 0n 16-2-2010 it had received a complaint filed in the US District Court for Eastern District of New York on behalf of Benchmark Export Services and six other plaintiffs against MAS and 11 other defendants on the allegations of price fixing airfreight shipping services and fuel surcharge and etc. MAS has denied such infringement. On 11-7-2011 MAS paid US$3.35 million as an out of Court settlement which can be considered as the lowest settlement sum under anti-trust laws.MAS is not the only airline that had to face charges of violating of anti-trust laws in Australia, USA, Europe, South Korea and other countries. In 2006 Korean Air has been found to have violated the anti-trust law in US and has been fined by US Court US$300 million by US Court. In 2008, Japan Airlines has been fined US$110 million, Qantas Airways US$61 million, British Airways US$300 million and settled US$135.9 million in civil claims in the US Court.There are also other complaints against Air France, Cathay Pacific, Asiana Airlines, Singapore Airlines, Air New Zealand and Thai Airways in the Courts in USA, Australia and South Korea where the complaints are still pending in the various courts. On 18 January and 28 March 2008, MAS has also been served with various complaints under the anti-trust laws in the US District Court Northern District of California and Central District of California involving allegations of price fixing for transpacific fares and related surcharges. These cases are still pending.Yours truly hope that both Tan Sri Azman Mokhtar, MD of Khazanah and his ex-business partner in BianFikir Sdn Bhd, En Mohammed Rashdan Yusoff aka Danny (now appointed deputy CEO of MAS), were fully aware of these complaints against MAS. Yours truly hopes that these two ex-founders of BinaFikir Sdn Bhd, which was sold to MayBank for RM8 million in 2008, were fully appraised of the anti-trust laws in Malaysia and other jurisdictions when the secret MAS – AirAsia share swap and the Collaborative Framework agreements were signed in a rush on 9-8-2011.After the signing of the said agreements, we have heard of many statements concerning the "STRATEGIC ALLIANCE" between MAS and AirAsia which has resulted in MAS or Firefly having to terminate profitable routes from JB to Kuching and Kota Kinabalu from 24-8-2011, MAS terminated Bandung route from 4-10-2011, Firefly terminated its routes within East Malaysia and the impending termination of routes from KK to Korea, Japan and Perth. But AirAsia has not terminated any of its profitable routes that are in competition with MAS like London, Singapore and others.It will be incomplete if yours truly does not mention about Rahsdan rushing to London on 16-8-2011 (7 days after the said secret share swap) to "GIVE AWAY" RM18 million of MAS money to sponsor QPR's home jersey when MAS is bleeding. It must be noted that in April 2011 Tan Sri Tony Fernandes (Tony) had bought a substantial share in QPR. Most of the above decisions were made, when Rashdan was in full control of MAS via the newly formed EXCO comprising of Tony and Datuk Kamarudin Meranun. yours truly leaves it to you to judge whether there were conflicts of interest in making those decisions.By the way AirAsia or AirAsia X Sdn Bhd have been competing with MAS over these routes and are still operating these routes. After the inking of the said secret share swap on 9-8-2011, Tony and Datuk Kamarudin Meranun, both are from AirAsia Bhd and AirAsia X Sdn Bhd, are also sitting on the Board of MAS where the said decisions may have been subsequently endorsed.December 14, 2011 by weechookeongUpdated @ 12:25 am 19-12-2011:http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/12/04/azman-mokhtar-must-go-part-1/http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/12/05/azman-mokhtar-must-really-go-part-two/http://jebatmustdie.wordpress.com/2011/12/16/azman-mokhtar-must-go-now-part-3/http://www.thesundaily.my/news/238904

PUNGGUNG TUN HANGAT, PASAL DAH TAK INGAT !

Posted: 20 Dec 2011 12:10 AM PST

Saya merujuk kepada penafian Tun Mahathir Mohamad bahawa pentadbiran beliau mengambil bantuan kewangan dari Bank Dunia dalam tahun 1999, seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 19 Disember 2011. Beliau juga mempersoalkan kesahihan dokumen-dokumen perjanjian pinjaman di antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia yang dikemukakan KEADILAN.Saya telah menulis secara rasmi kepada Bank Dunia untuk mendapatkan pengesahan mereka bahawa semua dokumen yang dipaparkan di laman web mereka adalah sahih. Saya yakin bahawa kesemua itu adalah dokumen sah.Kalau pun Tun Mahathir meragui dokumen-dokumen rasmi dari Bank Dunia, beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan di Parlimen. Saya lampirkan Penyata Akaun Memorandum Hutang Awam Luar Negeri Kerajaan Malaysia seperti pada 31 Disember 2008 yang terkandung di dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2010. Dokumen ini dibentangkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.Penyata tersebut mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengambil pinjaman dari Bank Dunia dalam tahun 1999 dengan rujukan "4452 MA Projek Sokongan Sektor Sosial" dari Bank Dunia (dikenali sebagai Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan). Kadar faedahnya adalah 7.47% bagi tahun 2008 dan sehingga 31 Disember 2008, Kerajaan Malaysia masih berhutang sebanyak RM701,040.14 daripada keseluruhan pinjaman berjumlah USD60 juta yang diambil dalam tahun 1999.KEADILAN tidak mahu memanjangkan isu ini. Kami hanya mengemukakan fakta untuk membetulkan kenyataan Tun Mahathir Mohamad sebelum itu yang jelas satu pembohongan.Penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas sekarang berbanding sedekad lalu memungkinkan pelbagai dokumen rasmi Bank Dunia dipamerkan kepada umum kerana mereka mengamalkan dasar terbuka, bukannya seperti pentadbiran Barisan Nasional yang menggunakan Akta Rahsia Rasmi untuk menyekat pelbagai dokumen daripada diteliti rakyat.Sewajarnya Tun Mahathir Mohamad perlu menerima hakikat bahawa beliau telah tersilap dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana berbohong mengenai bantuan Bank Dunia kepada Malaysia dalam tahun 1999. MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN20 DISEMBER 2011

TIBA-TIBA MASA INI SEMUA PERLU DIBANTU DENGAN RM

Posted: 19 Dec 2011 10:31 PM PST

PUTRAJAYA 19 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan telah meluluskan dana berjumlah RM400 juta bagi membantu syarikat bas henti-henti yang sedang menghadapi masalah kewangan di dalam meneruskan operasi mereka.Perdana Menteri berkata dana yang diluluskan itu akan diurus oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang untuk mengagihkan sejumlah RM100 juta pada suku pertama 2012."Untuk fasa pertama, dana bantuan itu akan digunakan untuk membantu syarikat-syarikat yang bermasalah di Selangor diikuti dengan negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Pahang."Dana ini juga merupakan langkah interim yang diharap dapat menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti, demi kepentingan rakyat yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan melalui SPAD akan memulakan rundingan dengan pengusaha bas terlibat untuk membincangkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.Perdana Menteri berkata ia penting untuk mencari penyelesaian jangka panjang bagi membolehkan pengusaha terlibat terus beroperasi, berteraskan kepentingan pihak pengusaha dan juga pengguna.Beliau menjelaskan antara kaedah yang akan dibincangkan adalah penggunaan dana yang diluluskan sebagai subsidi mengikut per kilometer.Menurutnya langkah itu perlu memandangkan beberapa syarikat bas yang menjalankan operasi bas henti-henti terutamanya di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kini menghadapi masalah untuk mengekalkan perkhidmatan disebabkan masalah kewangan."Kerajaan menyedari impak perkhidmatan bas kepada pengguna pengangkutan awam dan sehubungan itu, SPAD akan terus komited untuk mencari penyelesaian komprehensif bagi menangani masalah yang timbul."Langkah-langkah itu adalah selaras dengan prinsip Rakyat Didahulukan yang sentiasa menjadi pendekatan kerajaan," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

JOM LIHAT BLOG PAS SELANGOR

Posted: 19 Dec 2011 09:57 PM PST

http://selangor.pas.org.my/index.php?option=com_weblinks&Itemid=23

REZAB GAS ASLI JER DAH LEBIH RM65 BILION, BELUM MINYAK !

Posted: 19 Dec 2011 08:03 PM PST

Kelantan miliki RM65.5 bilion rizab gas asliKOTA BHARU: Negeri Kelantan memiliki kira-kira 20 tcf (trillion cubic feet) rizab gas asli di dalam dasar lautnya di luar Pantai Senok yang dianggarkan bernilai RM65.5 bilion.Sekiranya sumber bahan galian mentah gas asli ini dapat dimaju dan diniaga-kan di pasaran gas asli antarabangsa, sudah tentu ia akan membawa hasil lumayan kepada kerajaan negeri dan rakyat Kelantan untuk menikmati bayaran royaltinya.Demikian diterangkan Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Zulkifle Wan Yusoff, di seminar Pelan Pembangunan Strategik Negeri Kelantan Tahun 2000-2010 di Kota Darul Naim di sini kelmarin."Ini hak Kelantan, hak rakyat Kelantan, dan bukan hak negeri-negeri lain, kerana ia dijumpai di luar pesisiran pantai Kelantan,"
tegas beliau.Katanya, sehingga kini jumlah rizab gas asli yang terbukti berada di luar pantai Kelantan adalah berjumlah 13 tcf, manakala jumlah rizab yang dijangkakan melebihi 20 tcf. "Penemuan penting gas asli ini tertumpu di sempadan Malaysia-Thailand, yang juga disebut sebagai Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thai."Menurut beliau, sebagai langkah awal, sebuah perbadanan bersama bagi mengekspolitasi sumber lumayan itu telah ditubuh-kan yang diamanahkan kepada Petronas bagi pihak kerajaan pusat Malaysia dan pihak berkuasa industri petroleum Thailand."Bersifat proaktif dalam penyertaan pembangunan sumber gas asli ini, Kerajaan Kelantan telah secara agresif membentuk Keloil (Kelantan oil) Sdn. Bhd. yang beroperasi di bawah PKINK mulai 1992 untuk menerajui dan memajukan industri minyak dan gas asli, bagi memastikan sumber bumi Kelantan dapat dida-ratkan di Kelantan, serta menyiapkan diri untuk penglibatan secara komersil dalam industri petrokimia," katanya.Wan Zulkifle berkata, Keloil menekankan tiga aspek penting iaitu memastikan sumber petroleum dan gas di luar pantai Kelantan didaratkan di kawasan industri minyak dan gas di Kelantan; mewu-judkan projek pembe-nihan berasaskan gas petroleum cecair dan produk petro-leum lain untuk pasaran tempatan dan luaran; serta menerokai dan memajukan industri minyak dan gas dan aktiviti yang berkaitan dengannya di Pantai Senok.Objektif tersebut, katanya, didasarkan kepada faktor kuat kenapa Kelantan boleh menjadi pusat petroleum dan petrokimia masa depan kerana terdapat sumber petroleum dan gas asli yang banyak di luar pantainya; terdapat pelbagai bahan asas petrokimia dari projek petrokimia huluan di Utara dan Selatan Kota Bharu; kedudukan Kota Bharu yang strategik untuk pasaran serantau iaitu Malaysia, Thailand dan Indo-china; dan terdapat tapak yang sesuai untuk diwujud-kan industri petroleum dan petrokimia di Kelantan.Keterangan lanjut sila lihat di link ini :-http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11197

BN TAKUT DENGAN MASA TAMBAHAN TAPI NGELAT MENAMBAH MASA

Posted: 19 Dec 2011 07:40 PM PST

untuk makluman SPR telah menghapuskan masa selama 1jam untuk Bantahan pada hari penamaan calon di PRU13PUTRAJAYA 19 Dis. - SuruhanjayaPilihan Raya (SPR) akan menghapuskan masa bantahan selama sejam pada hari penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) .Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keadaan itu bermakna pegawai pengurus pilihanraya akan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kelayakan seseorang calon untuk bertanding dalam pilihan raya.''Ini bermakna calon lawan tidak lagi boleh membangkitkan soal-soal teknikal tetapi tugas tersebut akan dipikul sepenuhnya oleh pegawai pengurus.''Kalau pihak tertentu ada bukti bahawa calon itu tidak layak bertanding dan ia tidak disedari pegawai pengurus, maka mereka boleh bawa petisyen ke mahkamah selepas pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.Abdul Aziz turut mengumumkan calon yang telah dinamakan tidak lagi dibenarkan menarik diri pada saat-saat terakhir.''Keadaan ini akan memudahkan SPR mencetak kertas undi lebih awal dan tidak perlu menungguselama tiga hari untuk melihat sama ada terdapat calon yang mahu menarik diri," katanya.Beliau berkata, SPR turut membenarkan pengundi golongan orang kelainan upaya (OKU) sepertiorang buta atau cacat dibantu oleh orang yang dipercayainya untuk mengundi.''Orang yang boleh dipercayai itu bagaimanapun mesti terdiri daripada warganegara Malaysiayang berumur 21 tahun ke atas," katanya.SPR turut bersetuju untuk mempamerkan daftar pemilih baru selama 14 hari berbanding tujuhhari seperti sedia ada.''SPR juga membersihkan daftar pemilih pada setiap hari dan kami meminta parti politik supayatidak menghebohkan kepada media sekiranya terdapat satu atau dua kesilapan.''Maklumkan kepada kita, SPR bersedia memperbetulkan mana-mana kesilapan yang tidakdisengajakan," kata Abdul Aziz.Tambah beliau, pihaknya telah bersetuju untuk mengubah tempat duduk wakil calon untukmemantau proses buang undi.Masa bantahan dihapusOleh THOMAS CHONGpengarang@utusan.com.my

ASTAGFIRULLAH ! WIRA DUNIA DAH NYANYUK ?

Posted: 19 Dec 2011 05:04 PM PST

Akhirnya bekas pemimpin yang dianggap wira dunia tiba-tiba berubah perangai kebdak-budakan apabila mengikut jejak Senator Ezam Norr pakar sumpah dan Saiful 'kes liwat' dalam membuat kenyataan. Mungkin lepas ini Najib sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor akan sedaya upaya menguasai masjid melalui MAIS dan JAIS agar imam dan ajk masjid bersedia memberi ruang bagi pemimpin UMNO bersumpah laknat.UMNO tahun dan Tun Mahathir baru nak guna tektik cabar sumpah kerana beliau tahu Anwar tidak akan layan dan tidak akan bersumpah bila dicabar. Dengan cara ini mereka rasa rakyat akan nampak kekalahan pada Anwar bila tidak mahu bersumpah bila dicabar.Tunggu sajalah adingan yang ingin kita lihat bilamana Shahrizat Abdul Jalil dan Tun Mahathir akan cuba menonjolkan diri masing-masing dalam siri menutup tokak mereka yang sedang membusuk hari demi hari.Ketua Pembangkang DS Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan bekas PM Che Det yang mencabarnya untuk bersumpah dengan menjunjung al-quran tidak perlu dilakukan berikutan ia perlu dibuktikan dengan fakta dan bukannya dengan bersumpah seperti yang diminta.Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat hari ini, membidas dakwaan Tun Dr Mahathir mengenai Anwar yang dikatakan adalah agen Barat iaitu Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut kenyataan itu, dalam rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu Tun Dr mahathir memfitnah Anwar."Sewajarnya juga dinyatakan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah bertindak menulis surat kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.Beberapa hari lalu, Tun Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran. klik http://web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/COUNTRIES/EASTASIAPACIFICEXT/MALAYSIAEXTN/0,,menuPK:324530~pagePK:64030134~piPK:241685~theSitePK:324488,00.html

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Dec 2011 03:19 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


"JANGAN HINA KAKANDA SAYA UST NASA", NIK ABDUH

Posted: 20 Dec 2011 01:44 AM PST

Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar lidah rasmi parti itu Harakah kerana menerbitkan kartun yang mengkritik bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.
Bukan itu sahaja, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga menjadi mangsa kritikan atas kenyataannya terhadap Nasharudin dan bekas pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sebelum ini.

"Saya menolak kartun Drnots dalam Harakah cetak terbaru yang menghina kekanda saya, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa.

"Harakah mesti beretika, berakhlak dan tahu untuk membina dan mendamai, bukan memecah dan meruntuh," kata Nik Abduh.

Harakah edisi Isnin menerbitkan kartun karya Drnots yang digambarkan terjerat dengan panjing di depan bendera BN.

Seorang watak mirip Datuk Seri Najib Razak digambarkan memegang pancing itu sambil berkata dalam hati: "kena dahhh...."

Penerbitan kartun dalam ruangan "Malaysia Kini" itu dilihat sebahagian daripada 'perang' menghadapi pemimpin itu yang sering dikaitkan dengan Umno sejak beberapa tahun lalu.

.... selesaikan dengan cara yang terbaik...jangan ikut sangat rentak UMNO...

UDAH-UDAH LE BOGELKAN SHAHRIZAT...HUHUHUHUHU

Posted: 20 Dec 2011 01:17 AM PST

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.


Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.


...Bila lagi Shahrizat nak failkan saman terhadap PKR?

HASSAN KATA PAS YANG TERGELINCIR...

Posted: 20 Dec 2011 01:13 AM PST

Sambil menegaskan beliau bukan "duri dalam daging" bagi PAS, Datuk Dr Hasan Ali mahu parti itu kembali ke landasan asal penubuhan supaya perjuangannya terus konsisten dengan usaha memartabatkan Islam yang sebenar.


Exco kerajaan negeri Selangor ini turut menegaskan, PAS sekarang seperti tergelincir dari landasan asal perjuangan akibat kekurangan golongan ulama dalam barisan kepimpinannya.

"PAS sekarang sudah dipenuhi dengan golongan profesional dan akademik yang bersifat sekular berbanding sebelum ini yang menyaksikan parti ini dikuasai golongan ulama.

"Saya berjuang bagi memastikan matlamat PAS diletakkan kembali di landasan asalnya bagi memastikan semangat perjuangan Islam itu kembali menjadi teras dalam perjuangan PAS," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.

Menurut Hasan (gambar), pihaknya mempunyai bukti penyokong PAS semakin berkurangan kebelakangan ini akibat persekitaran sedemikian.

"Penyokong mula menarik diri dari PAS, mereka bukan seperti lembu yang dicucuk hidung, mereka adalah insan yang berbudaya, bertatasusila dan beragama dan terbukti mempunyai kekuatan intelektual dan laras berfikir yang matang dan mesti dihormati," katanya mempertikaikan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali baru-baru ini bahawa dirinya terlibat menghasut penyokong PAS bahawa parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak lagi memperjuangkan Islam.

Jelas Hasan, beliau menghormati peranan golongan profesional dalam parti, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka turut sama berjuang mengembalikan parti kepada matlamat asal perjuangan menegakkan teras Islam.

"Perjuangan saya turut mendapat respons positif Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Tantawi, mereka menyokong usaha saya meletakkan semula PAS di landasan awal," katanya lagi.

KAMI TIDAK AKAN MOHON MAAF!!!

Posted: 19 Dec 2011 05:47 PM PST

Kumpulan mahasiswa yang menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno di sini kelmarin menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri atas insiden itu.

Sebaliknya, pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), yang mengadakan demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum insiden itu berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razak ketika dihubungi.

DAKWAT KEKAL BAGI PRU 13 INI.... BIAR BETUL???

Posted: 19 Dec 2011 04:46 PM PST

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 — memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, contoh dakwat kekal yang akan digunakan telah pun dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan pengesahan kandungan.

Laporan ujian dijangka akan diperoleh dalam tempoh seminggu.

"Ini keputusan SPR bagi pilihan raya umum akan datang, menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda," kata Aziz pada sidang media di sini hari ini.

Sebaik sahaja kandungannya disahkan, dakwat kekal akan dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk tindakan susulan.

"Mereka akan memutuskan sama ada dakwat kekal itu tidak haram dan tidak menghalang Muslim daripada menunaikan solat atau menunaikan ibadah lain," katanya lagi.

"Jika mereka mengisytiharkan haram, maka kami akan mencari sumber-sumber lain. Setakat kami tahu, ia digunakan dengan meluas oleh Muslim di negara-negara lain," katanya lagi.

Kemudian katanya, dakwat kekal akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk disahkan bahawa ia selamat untuk digunakan.

Bagaimanapun Aziz enggan memberitahu sumber bekalan dakwat kekal itu diperoleh.

Beliau hanya berkata bahawa ia digunakan di negara-negara lain dan dalam pilihan raya-pilihan raya lain.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 20 Dec 2011 01:39 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Alasan Bodoh Perkasa Dakwa Kononnya Orang Melayu Tidak Turun Mengundi Jika Guna Dakwat Kekal

Posted: 20 Dec 2011 09:29 AM PST


Tidak habis-habis Perkasa membuat lawak jenaka untuk kepentingan politik "bos" mereka. Terkini, Perkasa mendakwa orang Melayu tidak akan keluar mengundi jika dakwa kekal digunakan dalam PRU 13 nanti.

Apa alasan mereka?

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya banyak pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.

"Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.

"Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan," katanya.

Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh sebab cara itu  membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.

"Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?" katanya.


Siapa sangka Perkasa yang menjerit nama Melayu dalam isu tertentu pendek akal hingga memberikan alasan sebodoh itu? Jika diperhatikan, Perkasa sebenarnya langsung tidak memberikan hujah sebab Melayu dan orang Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal.  Adakah orang Melayu/Islam tidak mahu menggunakan dakwat kekal semata-mata hanya kerana cara itu digunakan di kebanyakan negara dunia ketiga? Melayu mana yang boleh menerima alasan bodoh ini? Melayu Perkasa?

Sebelum bercakap mewakili Melayu, Perkasa tanyalah diri dulu, setiap kali mereka mengadakan demontrasi, berapa kerat orang Melayu datang menyokong mereka dengan hati yang ikhlas? 20 orang, 50 orang? Dalam jumlah itu, berapa banyak SB dalam kalangan mereka, berapa banyak pula warga asing upahan dalam kalangan mereka?

Negara-negara yang dikatakan mundur ini sebenarnya lebih cerdik dalam menangani penipuan pilihan raya. Malah, penggunaan dakwat kekal jauh lebih murah daripada penggunaan sistem canggih yang dicadangkan oleh kerajaan yang terdedah dengan segala macam manipulasi. 

Selain menyebut nama-nama negara di atas, Perkasa perlu juga menyebut Indonesia, Filipina, Mesir, Tunisia, India, Lubnan, yang turut menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan penipuan pilihan raya. Hebat atau maju sangatkah Malaysia sampai Perkasa menghina negara-negara yang menggunakan dakwat kekal?



Penggunaan dakwat kekal hanya satu daripada 8 tuntutan utama BERSIH 2.0. Penggunaan dakwat kekal sahaja tidak dapat menjamin 100% pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil. Sebelum PRU 13, kita perlu memastikan semua tuntutan pelaksanaan pilihan raya yang BERSIH dipenuhi.

SPR setuju guna dakwat kekal, BERSIH 3.0 dah tak relevan?

Posted: 20 Dec 2011 09:26 AM PST

mStar melaporkan:
PUTRAJAYA: Dakwat kekal 'silver nitrate' akan digunakan pada pilihan raya umum ke-13 kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz berkata dakwat itu adalah berlainan dengan dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum 2008, tetapi tidak digunakan ketika itu selepas keberkesanan kaedah itu dipersoalkan pelbagai pihak.

Beliau berkata dakwat kekal yang mengandungi 'silver nitrate' itu telah dihantar ke Jabatan Kimia pada 9 Dis untuk diteliti kandungan dan kesesuaiannya digunakan di negara ini dan seterusnya akan dihantar ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memastikan ia sesuai digunakan orang Islam. - mStar.
Akhirnya selepas banyak kali berdolak dalik, SPR setuju jugak untuk gunakan dakwat kekal untuk PRU13 nanti. Walaupun Pengerusi SPR bagitau ada beberapa orusedul lagi yang perlu dibuat tapi aku rasa semua tu cuma teknikal.

Aku sebenarnya cukup skeptikal dengan keputusan SPR setuju nak guna dakwat kekal tu. Tah apa muslihat SPR aku taktau tapi aku yakin tentu punya ada muslihat SPR tiba-tiba kata setuju nak guna dakwat kekal. Kalau dah guna dakwat kekal, payah la puak-puak celaka yang selama ni buat kerja menguruskan pengundi hantu untuk mengundi.

Ada yang kata, SPR setuju pasai depa dah jumpa cara nak padam dakwat kekal tu. Bab ni memang tak boleh dinafikan, tambah-tambah dalam keadaan teknologi kimia yang cukup canggih sekarang ni, memang tak mustahil dah ada cara mudah nak hilangkan dakwat kekal tu.

Ada yang kata SPR setuju pasai depa dah tak perlu cara mengundi 2 kali untuk menang. Pasainya depa dah cukup tenaga hasil operasi bagi MyKad kepada warga asing. Jadinya takdak masalah kalau jari kena calit dakwat kekal pun.

Apa pun, penggunaan dakwat kekal tu memang kita kena sukong, pasainya memang menguntungkan PR.

Paling kurang pun, penggunaan dakwat kekal tu memudahkan jentera pilihanraya untuk kenalpasti sapa yang belum keluar mengundi.

Memang berlaku sebelum ni, masa petang hari mengundi bila kita semak dan cari pengundi PAS yang belum keluar mengundi, kita cari sampai ke rumah tapi pengundi tu kata dia dah keluar mengundi, padahal dalam senarai kita dia memang belum keluar mengundi. Mungkin senarai kita silap atau mungkin jugak memang mamat tu malas nak mengundi.

Apa pun, penggunaan dakwat kekal tu cuma 1 dari 8 tuntutan BERSIH 2.0. Ada lagi 7 tuntutan lain yang belum dipenuhi sepenuhnya.

Kot-kot ada yang lupa, 8 tuntutan tu adalah
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

Untuk detail kepada 8 tuntutan tu boleh baca di portal BERSIH. Walaupun memang ada penambahbaikan tapi memang jelas 7 tuntutan lain tu belum betul-betul dipenuhi. Dan manpak macam memang Umno BN takkan benarkan semua tuntutak BERSIH 2.0 tu dipenuhi.

Jadinya, himpunan BERSIH 3.0 masih relevan.

Aku sangat-sangat sokong dengan cadangan untuk adakan himpunan BERSIH 3.0 selepas parlimen dibubarkan dan sebelum hari penamaan calon.

[Kredit gambar: HarianMetroOnline]

Berkaitan
Dakwat kekal: Jangan ada halangan seperti 2008 - Hrkh

Betapa BANGANGnya PERKASA ni

Posted: 20 Dec 2011 09:24 AM PST

PERKASA Umno
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.

Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. - TMI.
Kalau nak tak bersetuju pun bagi la alasan lain, yang nampak logik sikit, yang agak-agak orang tak gelak kalau dengar.

Sungguh-sungguh bagitau yang kemungkinan orang melayu Islam takkan keluar mengundi kalau kena calit dakwat kekal tapi tak pulak bagitau apa alasan depa.

Takkan kut kulit dan kuku orang melayu Islam ni lain dari yang bukan melayu Islam. Untuk orang bukan melayu Islam takdak masalah tapi untuk orang melayu islam tak boleh.

Kalau alasan calit dakwat kekal tu salah dari segi agama, Majlis Fatwa dah pun keluar kenyataan dan Majlis Fatwa tak pernah keluarkan fatwa haram calit dakwat kekal tu.

Dalam Islam ni senang ja sebenarnya, dari segi hukum Fiqh' asal hukum semuanya adalah harus kecuali ada dalil, kalau ada dalil yang haram maka haramlah hukumnya, kalau ada dalil wajib maka wajiblah hukumnya macam tu jugak kalau sunat atau makhruh, bukannya susah sangat, cuma yang susahnya nak kiaskan hukum dengan dalil yang ada, pasai tu la kena ada sampai Majlis Fatwa kebangsaan.

Lagi pun macam kata Pengerusi SPR sebelum ni, kajian dah pun dibuat dan akan dihantar kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan untuk pastikan dakwat kekal tu tak gunakan bahan yang bahaya ataupun bahan yang haram.

Takkan la PERKASA hebat sangat sampai kalah Kementerian Kesihatan dan Majlis Fatwa kebangsaan.

Jadinya, apa punya BANGANG punya PERKASA buat kenyataan BANGANG macam tu. Takkan boleh main ugut SPR macam tu ja. Kalau ugut cara macam tu pun SPR akan tunduk, aku taktau nak kata apa la.

Tapi bila difikir balik, elok jugak kalau betul macam PERKASA kata tu. Memang cantik sangat kalau orang melayu terutama sekali ahli PERKASA tak keluar mengundi kalau duna dakwat kekal. Dah tentu la yang PERKASA kata melayu yu melayu Umno, bukan melayu PAS dan PKR dan sudah barang tentu bukan melayu DAP.

Jadinya hampir pasti la Umno BN akan tumbang PRU13 nanti.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 20 Dec 2011 11:04 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula

Posted: 19 Dec 2011 11:13 PM PST

SHAH ALAM, 20 Dis: Umno perlu membuat keputusan segera untuk bertindak kepada pihak yang bertanggungjawab dalam skandal NFC atau terus dimalukan.

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) semakin membarah apabila PKR hari ini mendedahkan NFC membeli sebuah kondominium bernilai hampir RM10 juta di Singapura.
(Kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura. Disinilah NFC membeli unitnya bernilai kira-kira RM10 juta)

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Pendedahan kali ini dibuat oleh tiga pemimpin kanan PKR dalam sidang media mereka hari ini.

Ketiga-tiga mereka adalah Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung), Zuraida Kamarudin (Ketua Wanita) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik).

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno menekan agar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Turut memberikan tekanan adalah  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Ini kerana, NFC dikendalikan oleh suami dan anak-anak beliau.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu beranggapan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika pinjaman itu diluluskan, Tan Sri Muhyidin Yassin mesti bertanggungjawab ke atas penyelewengan ini kerana projek ini terletak di bawah penyeliaan kementerian yang beliau jaga.

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka.

"Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh," kata kenyataan mereka bertiga.

Pendedahan dibuat ekoran Umno dan Shahrizat  belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat.

"KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, mereka ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.


Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga  Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura.

Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura.

Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura, kata mereka.

Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga  Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

"Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

"Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Pakatan Rakyat Perak diperkukuh

Posted: 19 Dec 2011 11:12 PM PST


(Pemimpin muda PAS dan PKR Perak bertemu secara rasmi hujung minggu lalu)
IPOH, 20 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Angkatan Muda Keadilan PKR Negeri Perak bagi mengukukuhkan hubungan antara kedua parti yang kini dalam Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Rombongan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss bersama 10 orang Ahli Jawatankuasa Kerjanya membuat kunjungan itu hujung minggu baru-baru ini.
Angkatan Muda Perak pula diketuai oleh Ketuanya, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak bersama Ahli Jawatankuasa Kerjanya menyambut kedatangan Pemuda PAS Perak.

Perbincangan lebih kearah untuk mengukuh peranan anak muda di dalam PR Perak bagi memastikan PR akan kembali memerintah Negeri Perak setelah dirampas dengan cara kotor awal Februari 2009 yang lalu.

Perbincangan hampir sejam tersebut banyak membincangkan persiapan jentera pilihanraya kedua-duanya.

Pemuda PAS Perak juga akan bertemu selepas ini dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda Sosialis DAP Negeri Perak dalam masa terdekat untuk meneruskan agenda mengukuhkan hubungan dengan parti tersebut menjelangnya persiapan jentera Pilihan Raya Umum ke - 13 nanti.
Futsal Pemuda Perak meriah

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melalui Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) telah menganjurkan kejohanan Futsal tahun 2011 kali ini.

Sebanyak 33 pasukan telah menyertai kejohanan kali ini yang datang daripada seluruh Negeri Perak. Pasukan yang telah menyertai kali ini dipilih oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Haji Asmuni Awi.

Manakala kehadiran daripada kepimpinan Pemuda PAS Perak terdiri daripada Timbalan Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan Setiausahanya, Salman Saleh.

Kejohanan kali ini diserikan dengan cabutan bertuah yang menarik berikutan hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat hadirin untuk tunggu hingga ke saat akhir.

Adun DAP Bukit Gasing meninggal dunia

Posted: 19 Dec 2011 11:12 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis: DAP hari ini mengucapkan takziah terhadap keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Edward Lee, yang meninggal dunia akibat barah kolon pagi tadi.

Lee, 61, menghembuskan nafas terakhir berikutan barah yang telah merebak ke hati dan tulangnya, lapor Roketkini.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut dan sedih dengan pemergian Lee.

"Takziah kepada keluarga beliau. Malaysia telah kehilangan seorang patriot yang tekun dan rajin. Rest in peace," katanya melalui mesej Twitter.

Lee memenangi kerusi Dun Bukit Gasing dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket DAP setelah menewaskan calon penyandang Gerakan Datuk Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.
Sebelum itu, mendiang adalah aktivis alam sekitar di Petaling Jaya, khususnya bergiat untuk menyelamatkan Bukit Gasing untuk dikekalkan sebagai kawasan hijau di Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, Leed yang beliau kenal merupakan seorang yang jujur dan perihatin terhadap masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik.

"Takziah kepada keluarga beliau, semoga tabah dan kuatkan azam terhadap mendiang," katanya.
Lee merupakan Pembantu Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.

Mendiang juga merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). – Roketkini.com

SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara

Posted: 19 Dec 2011 11:11 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi.
"Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan," kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut.

Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011.

PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup.

Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini.

Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini.

"Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak," ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini.

"Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara," ujarnya.

Umno lemah hadapi ugutan komponen BN

Posted: 19 Dec 2011 11:10 PM PST

TEMERLOH, 19 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India.

Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula.

"Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri.

"Apa faedahnya kerajaan berbelanja sehingga berjuta untuk mencetak, kemudian menampal beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India tetapi akhirnya ditarik balik selepas novel sudah dirosakkan," katanya.

Tambahnya, keputusan berubah-ubah itu turut melibatkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada mulanya setuju dimansuh tetapi kemudiannya ditangguh apabila dibantah sesetengah pihak.

"Jadi secara jelas sikap flip-flop ini menunjukkan betapa lemahnya Umno," kata Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Seminar Penerangan PAS Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta hadir. Turut membentangkan kertas kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anuar Hashim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) kali ini, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan yang paling sengit sehingga diakui dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru-baru ini sebagai PRU menentukan hidup mati Umno.

Tambahnya, selepas PRU 2008 yang menimbulkan kejutan, sudah ada mood rakyat untuk melakukan perubahan.

"Pemerhati meramalkan jika tsunami dulu berpusat di Kedah sehingga membuatkan negeri di utara Semenanjung jatuh ke tangan PR, kali ini dijangka berpusat di Negeri Sembilan di mana akan menjatuhkan negeri-negeri di selatan tanah air pula," katanya.

Mengenai Pahang, beliau berkata pergantungan kepada pengundi Felda menjadi penentu kerana di negeri ini terdapat 27 kerusi Dun melibatkan kawasan Felda daripada 42 kesemuanya.

Tambahnya, dengan perkembangan terbaru isu-isu Felda PR mungkin menerima lonjakan undi luar biasa asalkan kerja-kerja penerangan dilakukan secara berterusan.

Serentak itu, beliau mahu saluran maklumat melalui dunia internet dipergunakan semaksimum mungkin dalam penyebaran maklumat termasuk melalui portal berita, blog, facebook dan twitter.

Dakwaan 120 sertai Umno di Bachok karut

Posted: 19 Dec 2011 11:09 PM PST

BACHOK. 19 Dis: Dakwaan 120 orang ahli PAS keluar parti di Kampung Beoh dalam Cawangan Redang, dekat sini adalah karut, malah anak Mohd Nor Jusoh yang dikatakan menyertai Umno tidak menyertai bapanya.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bachok, Abdul Aziz Kadir (gambar kiri), ketika ditemui memberitahu apa yang berlaku hanya empat orang satu keluarga sahaja menyertai Umno.

Sambungnya, Datuk Awang Adek kini memang kerap keluar masuk kampung serta memberikan pelbagai janji pada rakyat agar mereka menyertai Umno.

"Adik beradiknya (Awang Adek) belum tentu menyokong perjuangannya, apa lagi rakyat,"ujarnya ketika ditemui pada majlis bubur as-syura, di Kampung Beoh, dekat sini semalam.

Baru-baru ini beberapa buah akhbar termasuk televisyen melaporkan seorang penduduk Mohd Nor Jusoh, mewakili 120 orang penyokong kuat PAS menyertai Umno kerana tidak yakin dengan perjuangan parti itu.

Malah salah seorang anaknya, Mohd Adnan Mohd Nor, 28, (gambar kanan) mendakwa bukan semua anggota keluarga mengikut ayahnya.

Jelasnya, apa yang dilakukan hanya untuk memburukkan perjuangan PAS.

"Saya langsung tidak berminat dengan Umno kerana tidak ada sebab saya menyertai parti itu apa lagi perjuangan PAS terbukti benar-benar membela rakyat,"ujarnya.

Hadir sama pada pertemuan itu Penghulu Mukim Lubuk Tembesu, Beoh, Mohd Sabri Mat Nawi dan Ketua PAS Cawangan Beoh, Mohd Idris Mat.

KHIDMAT MERU

Posted: 20 Dec 2011 10:45 AM PST

KHIDMAT MERU


KEM ANAK SOLLEH SURAU DARUL EHSAN

Posted: 19 Dec 2011 11:26 PM PST









Seramai 320 pelajar telah menghadirkan diri dalam program KEM ANAK SOLLEH anjuran Surau Darul Ehsan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah solat dhuha, 2 siri motivasi dan LDK. Program ini adalah siri program mengisi cuti persekolahan yang amat mendapat sambutan yang baik di Dun Meru.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Dec 2011 10:14 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pakar Motivasi Dr Abdullah Khairi 24 Dis 2011 di Seremban

Posted: 19 Dec 2011 03:23 PM PST



CERAMAH MOTIVASI MASYARAKAT
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 9 Mlm
Tempat : Dataran Senawang
Oleh Pakar Motivasi Ustaz Dr. Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon

Semua dijemput hadir

Maklumat lanjut hubungi Dzuha 019-0196651176 , Aki 019-2171942 , Kak Ros 019-3572101

***************
BENGKEL MOTIVASI PELAJAR DAN IBU BAPA
Tarikh : 24 Dis 2011, Sabtu
Masa : 2 ptg - 5 ptg
Bersama Pakar Motivasi Ustaz Dr. Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon,
Tempat : Dewan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail (SMKA Pedas), Pedas, N.Sembilan

Terbuka kepada orang ramai, pelajar sekolah rendah/menengah serta ibu bapa dan penjaga

Yuran penyertaan RM10 seorang

Jika pelajar datang bersama ibu/bapa/penjaga, ibu/bapa/penjaga percuma untuk setiap pelajar

Jika ada pelajar yang kurang berkemampuan, pihak penganjur akan cuba mencari menaja.

Untuk tempahan tempat, pertanyaan atau menaja pelajar yang kurang berkemampuan sila hubungi : Sufian 013-3589328 , Pn Wani 013-013-3851202 , Hakki 013-3840022 , Sahrizal 017-4680125 , Shukur 017-3627238 , Rozmal 012-2267406

BIODATA PENCERAMAH
Nama : Hj Abdullah Khairi bin Hj Haroon
Kelulusan : B Sc (Hons) Electrical Eng., Ijazah (Master) Kaunselor Islam
Umur : 45 tahun
Keluarga : Beristeri dengan 6 orang anak
Pengalaman : 9 tahun sebagai jurutera, 12 tahun sebagai guru, mendapat tauliah mengajar dari Majlis Agama Islam Negeri

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Dec 2011 09:54 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


Kerajaan Selangor taja International Conference on Islamic Education(ICIED)2011

Posted: 20 Dec 2011 06:52 AM PST

Nasional » Sentral » Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor

Perkukuh Pendidikan Islam Di Selangor
Oleh Hafizan Taib
19/12/2011
319 View
Share


BANGI, 19 DIS - Kerajaan Selangor mengalu-alukan usaha memperkukuhkan pendidikan Islam di negeri ini dengan menjalinkan kerjasama erat antara semua pihak termasuk pakar pendidikan dan ahli akademik Islam.
Oleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melihat Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam Ke-2 (ICIEd2011) sebagai ruang terbaik dan harus digalakkan demi kebaikan sistem pendidikan Islam di peringkat global.
"Kita memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam bidang pendidikan Islam yang boleh melakukan penyelidikan dan memberi pandangan mereka untuk memperbaiki sistem sedia ada.
"Inovasi dalam pendidikan Islam perlu dipertingkatkan supaya kita dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam membangunkan pengetahuan," katanya ketika merasmikan ICIEd2011 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya sini hari ini.
Menteri Besar memaklumkan semua pihak perlu memainkan peranan yang bersepadu dan menyeluruh untuk memastikan pendidikan Islam boleh menyumbang kepada dunia dalam erti kata sebenar.
Tambahnya, kerajaan negeri sendiri menerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan diketuai, Dr Halimah Ali sedang merancang menjadikan Selangor sebagai hab untuk pengetahuan pendidikan Islam dan juga destinasi pelancongan yang berdasarkan konsep Edu-Pelancongan melalui ICIEd2011.
Katanya, usaha bagi membaiki dan meningkatkan pendidikan Islam juga adalah inisiatif Kerajaan Negeri ke arah mencapai kemajuan dan kualiti pada tahap membanggakan.
ICIEd2011 bertemakan "Pendidikan Islam : Sumbangan Kepada Dunia" akan mengupas pelbagai persoalan dan isu berkait rapat dengan sejarah dan perkembangan Pendidikan Islam serta sumbangannya kepada dunia.
Melalui perkembangan teknologi komunikasi dan informasi semasa Pendidikan Islam mampu berkembang dan memanfaatkan peranannya khususnya dalam perkembangan tamadun dunia.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali; Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan awam, Datuk Dr Hasan Ali; Rektor KUIS, Datuk Dr Aziuddin Ahmad dan Pengarah Persidangan Antarabangsa Pendidikan Islam, Profesor Dr Ab Halim Tamuri.

Projek Jambatan Kpg Delek Ke Pelabuhan Klang

Posted: 20 Dec 2011 06:41 AM PST



Kampung Delek bakal membangun terus dengan wujudnya jalan alternatif baru yang  boleh digunakan oleh pekerja dan pengguna yang menghala ke Pelabuhan Klang dan juga ke Lebuhraya Shapadu tanpa mengalami kesesakan lalu lintas kritikal khususnya waktu kemuncak iaitu pagi dan petang. Selama ini penduduk mengambil jalan pintas dengan menggunakan jambatan kecil JPS yang sebenarnya merupakan kunci air dan hanya boleh dilalui satu kenderaan sahaja.Bayangkan betapa payahnya ribuan orang yang perlu menyeberang sungai ini setiap hari bertahun-tahun lamanya.

Satu perkara yang amat penting yang menyebabkan saya selaku ADUN SELAT KLANG mendesak JKR Selangor memberi perhatian khusus kepada laluan ini ialah keperluan untuk membawa jenazah daripada Kampung Delek, Kpg Sg Udang dan sekitar KAWASAN DUN SELAT KLANG yang perlu melalui jalan jauh keluar daripada Selat Klang dan perlu pusing lalu ke Pelabuhan Klang untuk ke tapak perkuburan yang hanya di seberang sungai.

Majlis pecah tanah tadi telah dihadiri oleh Pengarah(Jalan) JKR Selangor, JKR Klang, Pegawai JPS Klang, KADO Tanah Klang, Penghulu Klang, Ketua Kpg Delek, Nazir Masjid, Ahli Majlis MPK, Pengerusi surau-surau berhampiran, penduduk tempatan.

ADUN SELAT KLANG rasmi majlis pecah tanah jambatan baru Kpg Delek

Posted: 20 Dec 2011 05:24 AM PST

KLANG, 20 DIS : Kesesakan lalu lintas tidak lagi menjadi masalah buat pengguna jalan perhubungan Kampung Delek dan Pelabuhan Klang di masa hadapan. Ini kerana pagi tadi telah berlangsung Majlis Pecah Tanah untuk Projek membina Jambatan di atas Sungai Telok Gadung di Jalan Sri Perantau, Sungai Delek Klang.Majlis tersebut disempurnakan oleh ADUN Selat Kelang, Dr Halimah Ali diiringi Ketua Penolong Pengarah Jalan JKR, Jalalonmuhali Abd Rahman.
Pembinaan jambatan yang menelan kos sekitar RM3 juta itu dijangkakan akan mengurangkan 40 peratus kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.
"Jambatan ini turut direka bukan sahaja untuk kenderaan ringan, malah untuk laluan kenderaan berat juga. Jadi laluan ini dijangka akan menjadi laluan utama penduduk dan juga orang luar ke Pelabuhan Klang.
Namun begitu, dengan adanya kenderaan yang banyak melalui jalan ini, penduduk harus lebih peka dengan isu-isu keselamatan mereka," ujar Jalalonmuhali.
Sementara itu, Menurut Halimah, keperluan menyediakan prasarana terbaik menjadi agenda penting kerajaan demi menyediakan kehidupan yang selesa kepada rakyat.
"Kerajaan bukan sahaja melihat kualiti kerja malah ingin memastikan bahawa setiap sen yang dikeluarkan itu berbaloi.
"Oleh itu, rakyat juga diseru untuk memantau projek demi memastikan aspek-aspek yang dijanjikan berjaya diperolehi," jelas Halimah yang juga merupakan EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Jambatan yang akan dibina melibatkan jalan raya sepanjang 800 meter dengan kelebaran 10.5 meter dan 23 meter panjang serta dibina mengikut standard R3 iaitu mempunyai laluan dua hala.
Pembinaan jambatan tersebut dijangka siap dalam tempoh setahun.
Buat masa ini, penduduk tempatan menggunakan jambatan kunci air milik JPS yang digunakan untuk mengawal pasang surut air di Sungai Telok Gadung.
Bagaimanapun, oleh kerana laluan tersebut merupakan jalan pintas terdekat Ke Pelabuhan Kelang ia digunakan oleh kebanyakan penduduk sekitar.
Di penghujung majlis itu juga, Halimah menyampaikan sumbangan kepada beberapa orang mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Delek baru-baru ini.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 20 Dec 2011 09:38 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


MPD jadi alat politik kotor Umno Dungun

Posted: 19 Dec 2011 11:55 PM PST

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura


Kibaran bendera di sekitar laluan masuk ke bandar Sura Gate meresahkan puak Umno yang tidak senang duduk lalu mengarahkan Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk membuangnya dengan apa cara apapun.

Pemasangan bendera adalah bersempena penganjuran majlis ceramah oleh Pensyarah Undang-undang UIA,Prof Dr Aziz Bari di perkarangan Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, Sura Gate.Satu tempat yang sudah menjadi kelaziman dianjurkan program-program ceramah penjelasan isu-isu semasa.



Tindakan membuang bendera atas alasan menerima arahan itu turut dipantau oleh pihak Cawangan Khas @ SB dan dikawal oleh pihak Polis berseragam seramai 6 orang pada jam 3.10 petang.

Pihak petugas parti juga turut dihasut bagi melakukan provokasi oleh individu tertentu yang dipercayai dari Cawangan Khas.Ini berdasarkan maklumat dari kalangan dari petugas yang sudah dapat mengenal pasti individu tersebut dalam majlis-majlis yang pernah dianjurkan sebelum ini.



Kenapa tindakan yang sama tidak diambil oleh pihak MPD bila bendera Umno dipasang di sepanjang Jalan Sura Gate baru-baru ini bersempena kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke Dun Sura.Adakah kehadiran ini atas nama Timbalan Presiden Umno tetapi menggunakan peruntukan yang diambil dari duit rakyat.

Namun pada jam 5 petang, bendera-bendera yang dirampas ini dipasang kembali oleh Pemuda Dun Sura di tempat yang sama.

Tidak mustahil selepas ini akan ada lagi tindakan tertentu dari pihak MPD sendiri yang berkemungkinan menerima arahan pihak Umno bagi mengganggu kelancaran sebarang program yang dianjurkan oleh pihak PAS Dun Sura khasnya.


p/s : Mohon maaf atas kelewatan menyiarkan artikel ini yang disebabkan kekangan tugas lain yang perlu juga disiapkan segera.











Pemuda PAS Merbok

Posted: 20 Dec 2011 08:10 AM PST

Pemuda PAS Merbok


KEJOHANAN FUTSAL WALAD B12 PIALA KETUA PEMUDA PAS KAWASAN MERBOK 2011

Posted: 19 Dec 2011 09:23 PM PST























Pada 14 Dis 2011 bertempat di Kickers Futsal,Sg Petani telah diadakan Kejohanan Futsal Walad (bawah 12 tahun) bagi merebut Piala Ketua Pemuda Pas Merbok.Pertandingan tersebut telah diwakili mengikut cawangan-cawangan dari seluruh Parlimen Merbok. Johan tempat pertama ialah pasukan dari cawangan Seri Bayu, tempat kedua ialah cawangan dari Taman Peruda dan tempat ketiga ialah cawangan dari Kampung Perak.DPPKM mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua cawangan yang terlibat,dan juga pihak-pihak samada individu ataupun pihak syarikat yang memberikan sumbangan dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kejohanan tersebut.Kepada semua pemain-pemain,DPPKM mengucapkan syabas atas kehadiran,komitmen yang diberikan.Tahniah kepada semua pasukan.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 20 Dec 2011 03:42 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PAS TEMERLOH ANJURKAN JAMUAN MAKAN AMAL

Posted: 19 Dec 2011 04:27 AM PST

TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh maju dengan melangkah setapak lagi dengan penganjuran Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat peringkat parlimen Temerloh diadakan baru ini dekat sini.

Majlis Makan malam ini adalah sebagai simbol komiten dan persepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat  setempat. 


Selain itu, majlis ini adalah untuk mengumpul dana PRU 13 bagi tabung pilihanraya MTD Kuala Semantan  untuk menghadapi pilihanraya akan datang.




Majlis ini turun mengundang pimpinan kanan PAS Tuan Hj Mohammad Sabu, YB Tan Seng Giaw  Naib Pengerusi DAP Pusat sebagai tetamu utama bersama-sama dengan pimpinan Pakatan setempat.












Foto 2: Pimpinan Pakatan Rakyat Temerloh yang turut hadir








Foto 3: YB Mohammad Sabu sedang menjamu selera di majlis berkenaan





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan