Kawan saya yang baru saja pulang dari menunai fardhu haji berkata pada saya di Mekah Rosmah tak bertudung.
Jika dia tak tutup aurat boleh terima, kerana terlalu ramai perempuan yang menyahut seruan sebagai tetamu Allah di Mekkah tak tutup aurat.
Termasuk kaum lelaki yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah.Tak terkuali ketika mengerjakan fardhu haji. Ini pengalaman saya ketika mengerjakan umrah dan haji suatu ketika dulu.
Betul kah begitu? Tengok dalam laporan media semasa di Mekah kelihatan ia sentiasa bertudung tapi mengapa kawan saya itu berkata Rosmah tak bertudung?
Tudung dan tutup aurat suatu yang berbeza. Ada yang bertudung tapi tak tutup aurat. Ini telah dijelaskan oleh Hadis Rasulullah SAW bahawa "mereka berpakaian tetapi bertelanjang".
Itu mereka yang berpakaian, termasuk bertudung.Apatah lagi mereka tak pakai tudung(tak tutp aurat) yang apabila keluar rumah segala amalannya tidak di terima selama lamanya.Minum arak hanya 40 hari saja amal ibadah tidak diterima.Cuba bayangkan besar atau kecil dosa tak tudung aurat.
Bercakap pasal tutup aurat di Mekah memang suatu yang sangat lazim, malahan ada yang berihram pun terbuka auratnya.Ini bagi mereka yang tidak ikut spek yang dikehendaki syarak.
Kebanyakan berlaku pada perempuan yang memakai seluar panjang yang nampak bentuk tubuhnya. Hal ini berlaku pada jemaah Indonesia yang pakai ihram ketika mengerjakan umrah meqa'di Bea Ali dan Tananim.manakala lelaki pula nampak pusat dan lutut.
Pendek kata terlalu ramai jumlahnya mereka ke Mekah mengerjakan umrah dan fardhu haji yang tak sempurna ihramnya. Yang tak pakai tudung mungkin tak kelihatan. Boleh dikatakan mereka yang datang ke Mekah semuanya bertudung. Cuma ia tak tutup aurat
Atas sebab itu saya naik hairan apabila kawan say a yang baru saja pulang dari tanah suci itu berkata Rosmah tak bertudung sedangkan kelihatan laporan media massa ia sentiasa bertudung dan tak tutup aurat kemungkinan berlaku. Mungkin jambul terkeluar ketika dalam majlis bertemu dengan jemaah haji rakyat Malaysia.
Tak lama kemudian kawan saya itu sebut " saya bersalam dengan Najib" bermakna dia dekat dengan Posisi Rosmah dan dapat lihat bahawa Rosmah tak bertudung seperti mana yang dikehendaki syarak.
Mungkin itulah yang di maksudkan kawan saya bahawa Rosmah tak bertudung. Bukan bogel tak ada tudung langsung. Rosmah bertudung tapi tak sempurna.Itu saja.
Kalau kawan saya sebut Rosmah tak tutup aurat barangkali boleh terima seratus peratus, kerana semenangnya dia tak tutup aurat dan malah tak bertudung selepas pulang dari mengerjakan fadhu haJI baru baru ini ketika bersama Najib di Bali.
FORUM: KEBEBASAN BERAKADEMIK dan AUTTONOMI MAHASISWA
Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) akan menganjurkan Forum Kebebasan Ilmuan Berakademik & Pulangkan Autonomi Mahasiswa pada :
Tarikh : 28 Nov 2011 (Isnin) Masa : 8 malam Tempat : Kuala Lumpur Selangor Assembly Hall (KLSCAH)
Ahli Panel : 1) Dato Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. 2) Sdr Rafizi Ramli; Pengarah Strategik PKR. 3) Sdr Hishamudin Rais; Mantan Aktivis Mahasiswa 4) Sdr Fahmi Reza; Aktivis Lecturer Student Power.
Gerakan yang bertunjangkan perjuangan menuntut Kebebasan Akademik secara total diperingkat universiti & mahasiswa ini juga mendapat sokongan daripada pertubuhan-pertubuhan besar mahasiswa diperingkat nasional serta kampus seperti :
1) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 2) Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 3) Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) 4) Student & Youth Democratic Movement (DEMA) 5) Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) 6) Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) 7) Pro Mahasiswa Nasional 8) Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) 9) Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) 10) Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 11) Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) 12) Sisters In Movement (SIM)
Seluruh rakan media dijemput hadir ke forum tersebut. Sidang media mengenai Himpunan Besar-Besaran Menuntut Kebebasan Akademik yang dirancang utk diadakan pada 17 Disember ini juga akan dijalankan pada malam forum tersebut.
tak ada pun minah ni cakap nak pm melayu tak ada pun minah cun ini kata bersih akan berdemo untuk anwar
kalau minah cun macam ini dalam pkr kalau minah cun cun ini dalam pakatan maka malaysia ini ada harapan
tapi kalau pkr penuh dengan anak muda kaki bodek penuh dengan anak muda poyo penuh dengan anak muda skema penih dengan anak muda nak masuk frame maka akan berat pkr untuk beergerak
tapi paling malang kalau pkr anya penuh dengan kerepok lekor hancuuuus laaaa pkr kah kah kah
Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.
"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.
PINDA PERLEMBAGAAN BUKAN PENDIRIAN PKR, PAKATAN – harakah daily
Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat tidak akan menyokong sebarang usaha Umno jika mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi semata-mata menjamin hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ketua Pembangkang itu menjelaskan cabaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam agar Umno meminda Perlembagaan hanya satu strategi sayap pemuda itu, bukannya pendirian PKR ataupun Pakatan Rakyat.
KAH KAH AKH KAH KAH KAH KAH KAH AKH . نور إبراهيم يصر على التمثيل النسبي لن تدعم أي جهد المنظمة الوطنية الماليزية المتحدة في حال رغبوا في تعديل الدستور الفدرالي يضمن فقط أن الماليزيين فقط يمكن أن يصبح رئيسا للوزراء. زعيم المعارضة يشرح التحديات التي تواجه القوة العدل يونغ (أكين) امس الى تعديل الدستور بحيث جناح الشباب هو استراتيجية المنظمة الوطنية الماليزية المتحدة، وليس PKR أو الوقوف في Pakatan راكيات.
Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.
"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.
"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit...INI LAAA MASAALAH.... PEMIMPIN TAK ADA OTAK... kah kah kah..
kah kah kah... TAK MEMILIKI PANDANGAN UNTUK DI GARAP... kah kah ka..
NOTA: lepas ini untuk membuktikan kenyaatan shamsul ini tepat dan bukan kenyatan rasis shamsul akan membawa amk bedebat denagn pemuda amk
amk anak diracuni pula dengan sikap anti china
ini poltik lama ini politik dari politikus yang tak membaca ini politik dari politikus yang tak tahu apa tujuan dia berpolitik ini politik yang nak pakai baji batik lengan penjang dan suka masuk frame kah kah kah
nota: muhyiddin yang hebat gendut cekap tegas dan lawak inilah bakal pm kita
MUHYIDDIN : SAYA DAN UMNO BUKAN RASIS, ITU HANYA TANGGAPAN – minsider
Muhyiddin Yassin berkata orang Melayu dan bukan Melayu masih boleh mengharapkan Umno sebagai parti yang menjadi tunggak kerajaan dan pemerintah negara ini, dan bukannya sebuah parti rasis.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut menyangkal dakwaan sesetengah pihaknya kononnya Umno dan dirinya rasis kerana ia adalah satu tanggapan sahaja. Kata beliau, apabila Umno membicarakan soal kepentingan Melayu, itu tidak bermakna parti teras Barisan Nasional (BN) ini bersikap rasis.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
NOTA: bakal pm kita ini bukan saje bodoh rupa rupa nya bodoh ditambah dengan ngoook kah kah kah
tak percaya sembab ini ngok
senang saje politik ialah tanggapan tanggapan itu cakap melayu cakap orang puteh ialah perception atau persepsi
semua politik ialah persepsi
persepsi muncul dari pengalaman persepsi lahir dari keadaan sekeliling
contohnya persepsi: najib hidup terseksa kerana dia minat wanita slim tapi bernasib malang najib berbini betina gemok
macam mana anggapan ini timbul?
senang saje isteri pertama najib cun dan slim altantuya cun dan slim zaina zain cun dan slim rosmah mansuh gemok macam anak badak maka dari sinilah lahirnya persepsi bahawa najib ini bodoh dari sinilah muncul tanggapan bahawa najib ini ngook
orang ramai melihat najib dulak dalik najib flip flop najib kluk klak muncul persepsi yang najib ini sama macam dolah
orang ramai melihat muhyiddin tegas muhyiddin cakap muhyiddin buat lahir persepsi yang muhyiddin ini lebih baik dari najib
satu lagi contoh persepsi:
filem filem awal dari holywood menunjukakn orang gemok adalah bodoh cerita hikayat melayu lama juga menfatwakan orang gemok menjadi tukang lawak
orang gemok jadi persepsi satu dunia sebagai tukang lawak maka orang menganggap muhyiddin yang gemok adalah pelawak dan bila muhyiddin jadi pm kita kita semua akan hidup gumbira ketawa setiap hari kah kah kah
apakah ini tak betul? ingat lawak dari ghafar baba? ingat lawak dari mat rahmat? ini semua politikus yang pandai buat lawak kah kah kah
politik ialah persepsi politik ilah anggapan ini hakikat jika tak faham ini jangan amsuk politik lebih baik duduk di brickfeild jaga lendir china doll duit masuk pancut senang kah kah kah
PERSEPSI ORANG RAMAI PADA GAMBAR INI
NOTA: gambar ini melahirkan persepsi bila satu malaysia melihat gambar ini maka satu melaysia akan menganggap bahawa najib selalu kena buli oleh rosmah
kerana selalu kena buli maka najib taidk dapat tidak terpaksa pergi ke mekah untuk meminta bantuan kah kah kah
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selamat Tahun Baru Hijriah 1433 kepada semua sahabat-sahabat readers yang dikasihi sekalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini kita akan lebih bersemangat dan bertenaga dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kita. Sewajarnya kita menyorot kembali apa yang telah berlaku pada tahun-tahun yang lepas bukan sebagai tudingan kesalahan tetapi mengambil ibrah dan peringatan agar kita tidak akan mengulangi kekhilafan yang telah kita lakukan.
Setiap tahun bila tiba tahun baru pasti orang akan bertanyakan apa azam kita pada tahun ini ? ce kita tanya balik dengan diri kita, kita duk sibuk ngan azam tahun baru, azam tahun lepas dah terlaksana ke belum ? kalau dah laksana Alhamdulillah moga-moga mendapat ganjaran atas apa yang kita lakukan sebelum ini. Bagi sahabat-sahabat yang masih belum menyelesaikan azam yang tahun lepas, masih ada peluang untuk kita melaksanakannya kerana kita boleh membawanya pada tahun ini dan tahun tahun yang seterusnya, bak kata bahasa moden sekarang nie " carry forward" .
Bagi yang melangsungkan perkahwinan dan yang bertukar status dari hidup seorang kepada berumah tangga saya dan keluarga mengucapkan selamat menenpuh alam rumah tangga dan binalah rumah tangga yang bahagia berteraskan iman dan islam , moga-moga kita beroleh rahmat dalah kehidupan
Sungguh mengharukan apabila menyaksikan kesetiaan binatang terhadap tuannya walaupun tuannya itu sudah tiada lagi di dunia ini. Menurut laporan, anjing ini tetap tidak berganjak dari kubur tuannya walaupun 7 hari tidak makan.
Tuan anjing ini, Lao Pan, meninggal dunia pada usia 68 tahun, tinggal seorang diri di sebuah kampung, iaitu Panjiatun di Wilayah Liaoning dengan anjing kesayangannya itu.
Selepas 7 hari, penduduk kampung yang simpati dan prihatin membawa makanan dan air untuk anjing itu. Mereka juga bercadang membina tempat berteduh untuk anjing itu. Apabila ditanya mengapa tidak membawa anjing itu pulang ke rumah? Seorang penduduk kampung menjelaskan bahawa anjing itu tetap meluru ke tanah perkuburan dan menunggu kubur tuannya walaupun dibawa pulang ke rumahnya.
Sampai bila anjing itu akan setia menunggu kubur tuannya? Tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya! -DCM
Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.
"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.
"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."
Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.
Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.
"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.
LEDANG – "Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini."
Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.
Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.
Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.
Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.
Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.
"Para penguat kuasa hanya me nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.
"Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam," katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.
"Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.
NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan.
Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut.
Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.
Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
"Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?" jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.
Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis.
Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut.
Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh.
Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.
Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya.
"Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut," kata penyerang Pawar, Harvinder Singh.
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu. – Agensi
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merupakan satu-satunya yang cuba sedaya upaya untuk mempertahankan keadaan kucar-kacir yang dibuat oleh keluarga Shahrizat Jalil berkenaan kejatuhan Gemas-NFC yang bernilai lebih RM250juta. Usaha bersemangat beliau hanya dijejaskan apabila "lembu" yang dibeli bukan seperti yang dilaporkan pada mulanya tetapi dua kondominium. Ini telah diakui oleh Salleh Ismail, bos NFC dan suami Shahrizat sendiri.
Maka tidak masuk akal bagi Khairy untuk membuka mulutnya lagi, beliau tidak sedar sehingga beliau melihat senyuman di wajah 'kawan-kawan'. Beliau mungkin telah benar-benar terkejut selepas itu, tetapi sebenarnya semua orang membuat justifikasi bodoh, malah orang yang paling bijak di dunia membuat keputusan bodoh. Perkara yang terbaik ialah: lebih bijak mereka fikir diri mereka, lebih keras mereka membuat anda ketawa. Niat tersembunyi
Namun, apabila Khairy Jamaludin mempertahankannya, beliau tidak cuba untuk menjadi pintar; beliau mementingkan diri sendiri mungkin kerana untuk melindungi dirinya daripada akibat kejatuhan Shahrizat dan juga melindungi bapa mertuanya. Mengapa? Kerana ia adalah sepanjang tempoh Abdullah Badawi sebagai Perdana Menterilah keseluruhan skim membuat wangnya dilahirkan dan dilaksanakan.
Khairy ketika itu merupakan ketua bagi orang bodoh di tingkat keempat, di mana idea tersebut telah dipromosikan olehnya selepas Kementerian Pertanian yang ketika itu diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkannya. Badawi ketika itu cuba untuk mempelbagaikan ekonomi dengan mengubah pertanian ke dalam perniagaan sebenar, oleh itu slogan "Pertanian itu Perniagaan" atau Pertanian juga Perniagaan muncul di papan iklan di seluruh negara. Seseorang boleh mengandaikan dengan selamat bahwa ini adalah idea Khairy. Tidak hairanlah beliau mempertahankannya seolah-olah ia adalah projek kesayangannya!
Malah, Muhyiddin telah melawat NFC di Gemas untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dengan projek ini pada 23 Jun 2011. Di ladang itu, pelawat yang dibezakan diberitahu bahawa "Ia adalah satu tanggapan salah bahawa pertanian tidak menguntungkan. Kami juga mahu menunjukkan bahawa Malaysia mampu menghasilkan daging lembu berkualiti tinggi," Malay Mali telah melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif NFCIzran Salleh sebagai berkata demikian. Izran, bersama-sama dengan abangnya Izmir dan kakak Izzana, telah menubuhkan ladang lembu merekadi atas tapak 5,000 ekar di Gemas, Negeri Sembilan pada tahun 2008.
Malangnya kejatuhan yang tak dpt dipertahankan dan apa yang keluar dari mulut Khairy bukan sahaja tidak masuk akal tetapi juga kedengaran agak bodoh. Pertahanan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian Noh Omar adalah separuh benar, menyebabkan lebih banyak soalan daripada memberikan jawapan. Kemudian Badawi masuk campur tanpa memberi sebarang fakta berkaitan seperti biasa, dan akhirnya, Muhyiddin sendiri putus asa dengan cubaan untuk menerangkan. Dia dengan sombongnya memberitahu rakyat untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Cuma sekawan lembu?
Sementara UMNO cuba untuk mempertahankan NFC yang gagal, menggambarkannya sebagai satu kejayaan melalui media, seseorang boleh membuat kesimpulan mudah dari klip video yang disiarkan melalui syarikat-syarikat televisyen UMNO yang menunjukkan Cuma sekawan lembu yang mereka ada di seluruh 5,000 ekar ladang. Ia amat nyata bahawa semuanya kurus, lembu-lembu tersebut jelas kekurangan makanan walaupun dengan pinjaman RM250 juta lembut.
Nampaknya tidak ada sesiapa dalam BN-UMNO mahu mengambil tanggungjawab dan Najib cukup gembira tidak menggali jauh ke dalam perkara itu kerana ini telah memberikan kepadanya beberapa kelebihan berbanding Muhyiddin. Ya, TPM mendapat kesan-kesan negatif kerana beliau adalah MenteriPertanian ketika itu. Tetapi Najib – jika beliau fikir beliau tidak perlu bertanggungjawab - juga Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Malangnya, masalah rakyat Malaysia dengan Najib masih ada – beliau benar-benarseorang pemimpin yang paling tidak bertanggungjawab dan mengambil berat hanya tentang glamor dan keseronokan peribadi.
Shahrizat dan keluarganya benar-benar bernasib baik kerana mempunyai Najib sebagai Perdana Menteri. Shahrizat juga sedar bahawa NFC akan dipertahankan dalam semua keadaan kerana ia akan menjadi paya UMNO. Wakil-wakil yang menghadiri perhimpunan tahunan Disember pasti akan menuntut untuk tahu bagaimana projek itu akhirnya diberikan kepada keluarganya? Mengapa pembida lain bagi projek Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Australia, menarik diri daripada skim ini? Itu adalah satu lagi kisah yang akan diberitahu pada hari yang lain, diharap bersabar. Siapa semakin kaya, siapa semakin miskin
Sekarang semua orang cuba untuk menjauhkan dirinya dari kejatuhan. Noh Omar baru-baru ini memberitahu kita bahawa pinjaman RM250 juta adalah tidak dirujuk kepada Kabinet. Tetapi Kabinet mana? Kabinet Badawi atau Kabinet Najib?
Keseluruhan kisah ini telah mendedahkan warna sebenar BN-UMNO dan menteri-menteri Malaysia. Malangnya, kerajaan UMNO-BN tidak mempunyai idea bagaimana untuk menyelamatkan NFC atau apa yang perlu dibuat dengannya. Perkara yang mudah dilakukan yang merupakan norma bagi kerajaan UMNO-BN adalah untuk memberhentikan NFC. Adakah ini bermakna keluarga Shahrizat akan menjadi RM250juta lebih kaya dan rakyat RM250juta lebih miskin?
Tiada siapa yang akan tahu sehingga audit yang menyeluruh dijalankan. Jadi ini adalah mengapa siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan. Malangnya, selepas RCI Teoh Beng Hock, tidak ramai yang mempunyai kepercayaan dalam mana-mana institusi lagi. Ia kelihatan seperti lebih banyak wang rakyat akan dicampakkan, bukan ke dalam longkang, tetapi sudah tentu ke dalam tahi lembu di Gemas.
KUALA LUMPUR: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini.
Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan kenyataan Muhyiddin itu jelas menunjukkan Umno BN segaja tidak mahu membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan perbezaan parti antara kerajaan negeri yang berada di bawah PAS dan Kerajaan Persekutuan yang kini berada di bawah BN.
Menurut beliau, pada hal tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.
Katanya, dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan perlu faham dengan perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas itu, tetapi kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan beliau tidak memahaminya.
"Sememangnya amat memalukan jika seorang Timbalan Perdana Menteri tidak memahami perkara itu sehingga tergamak membuat kenyataan sedemikian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Kelmarin, Muhyiddin dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Seperti yang dilaporkan media tempatan, beliau berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan.
Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan keengganan Kerajaan BN membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, tetapi ia pasti menjadi sebaliknya sekiranya kedua-dua pihak berada dalam satu pasukan.
"Disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, BN sanggup menganiaya rakyat Kelantan sehingga tergamak memejamkan mata dengan perjanjian sah yang dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.
"Pada hal Kerajaan Persetuan tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Ini bukan sekadar satu pelarian tanggungjawab, tetapi juga satu perlanggaran terhadap konsep federalisme," tegasnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang amat kesal kerana sebelum ini Muhyiddin juga pernah mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan mengenai bekalan air di Kelantan, dengan mengatakan segala masalah berkaitan dengannya boleh diatasi dengan mudah jika Kelantan dirampas oleh BN.
Muhyiddin dalam kenyataan berkata, punca masalah air di Kelantan itu berlaku disebabkan kerajaan Kelantan tiada wang untuk menyelesaikannya, berbanding Kerajaan Persekutuan yang mempunyai banyak wang.
"Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat negara ini tahu, Kerajaan Persekutuan sendiri yang sememangnya melakukan pengabaian terhadap bantuan untuk kerajaan Kelantan sehingga kerajaan Kelantan tidak mempunyai banyak wang," katanya.
Itulah sikap sebenar Umno atau Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan, tambahnya, yang sememangnya mencipta pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat Kelantan, termasuk memberikan alasan disebabkan perbezaan parti.
"Pada hal, alasan seperti itu tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali. Sebaliknya dalam masa yang sama, semua orang tahu, segalanya berpunca dari kedudukan Umno BN sendiri yang kini semakin ditolak oleh rakyat, tetapi berpura-pura semakin kuat sehingga Muhyiddin sendiri mengatakan BN boleh mencapai kejayaan cemerlang jika PRU Ke-13 diadakan sekarang," katanya.
Sekiranya benar-benar kuat, tegasnya, Umno BN tidak perlu mencipta alasan itu untuk mengajak PAS bersatu dengannya, tetapi perlu membuktikannya dengan melakukan reformasi dalam pilihanraya di negara ini dengan antara lain melaksanakan 8 tuntutan Bersih.
Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Perdana di Gelang Patah malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
JOHOR BARU — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
"Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
"Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
"Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.
"Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
"Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
"Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
JOHOR BARU— Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata skandal dan penyelewengan Umno-BN, yang berkuasa sejak lebih lima dekad lalu, semakin ketara sehingga menjadi bahan jenaka rakyat termasuk dengan sindiran "lembu-lembu kondominium."
'Lembu-lembu kondominium' menjadi rujukan kepada masalah yang menyelubungi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno.
Ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara akhir bulan lalu, PKR menjadikan sebagai isu dan ia kini disiasat oleh polis.
Pemimpin PKR mendakwa sebahagian wang itu digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.
"Mujurlah rakyat Malaysia ini kuat berjenaka – bila wang berbilion ringgit dibazirkan membeli peralatan perang terpakai yang tidak berfungsi, rakyat Malaysia berseloroh tentang kapal selam yang tidak boleh tenggelam.
"Bila wang ratusan juta yang sepatutnya sampai kepada penternak hilang di tengah jalan, rakyat Malaysia berjenaka tentang lembu-lembu di kondominium," kata beliau dalam ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini.
Di bahagian tajuk kecil "Pentadbiran Beramanah", Dr Wan Azizah berkata, muafakat dalam Pakatan Rakyat kian matang dan pimpinan PKR di semua peringkat harus memastikan bahawa ikatan itu kian mantap malah kerjasama intim ketiga-tiga parti harus diadakan di semua peringkat.
"PKR akan teguh dan kukuh bersama Pakatan Rakyat menuntut Islah, reformasi yang murni dan benar serta menolak kezaliman, penindasan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
"Sejak tsunami politik 2008 kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelumnya dirampas secara rakus), kita telah buktikan keupayaan kita membanteras rasuah, melaksanakan tata kelola yang lebih baik dan mampu mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat," kata beliau lagi.
Sebaliknya gelagat Umno-BN, kata beliau, masih di takok lama dengan keanggkuhan dan kerakusan kuasa.
"Malah lebih ketara skandal rasuah dan penyelewengan mereka," kata beliau lagi.
Teoh Lee Lan, kakak mendiang Beng Hock menyertai kempen memprotes Rang Undang-undang Perhimpunan Aman. ― Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Sekitar 300 orang berhimpun di kawasan taman KLCC di sini petang ini membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dikecam banyak atas alasan mengekang lagi kebebasan rakyat.
Kumpulan itu mengenakan kemeja-T dan membawa balon berwarna kuning serta bunga - yang simbolik kepada perhimpunan Bersih 2.0 empat bulan yang lalu, mempamerkan protes mereka terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua dua hari lalu.
Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.
Selain mereka turut hadir Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, rakan sejawatannya dari Segambut Lim Lip Eng, pemangku presiden Parti Makkal Sakti Malaysia A. Vathemurthy dan kakak mendiang Teoh Beng Hock, Lee Lian.
Kempen protes setengah jam itu dianjurkan oleh Freedom to Assemble Campaign iaitu sebuah gabungan 30 pertubuhan bukan kerajaan.
Sambil mengecam rang undang-undang itu, Wong berkata, adalah sesuatu yang mengarut apabila rakyat Malaysia yang hendak berhimpun perlu memaklumkan pihak polis 30 hari lebih awal.
Beliau berharap kerajaan akan mendengar suara majoriti rakyat Malaysia yang tidak memihak kepada syarat-syarat sedemikian.
Sementara itu, Maria berkata kerajaan seharusnya menggugurkan rang undang-undang ini, bukan setakat meminda peruntukan-peruntukan yang disyorkan.
"Rang undang-undang ini bercanggah dengan Perlembagaan," katanya lagi.
Protes aman ini berakhir sekitar 2.45 petang ekoran permintaan unit kawalan keselamatan KLCC agar bersurai.
Laporan media awal hari ini menyebut Kabinet yang mengadakan mesyuarat mingguan semalam memutuskan untuk mengkaji balik tujuh peruntukan dalam rang undang-undang itu.
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata calon boleh menang mestilah seseorang yang boleh diterima majoriti pengundi dalam masyarakat tempatan serta jentera parti.
Perdana Menteri berkata sekiranya jentera parti menolak, seseorang yang ada kebolehan atau mempunyai rekod kerja yang baik pun pada akhirnya tidak akan berjaya, seterusnya parti akan kalah dan kehilangan kuasa.
"Kalau kita sebagai anggota parti tidak ada sikap yang terbuka dan kita tekankan orang tu (calon itu) mesti merupakan calon yang ikut hierarki (parti) tapi calon kita itu tak mungkin berjaya, calon kita akan gagal," katanya kepada Bernama semasa wawancara khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, hari ini.
Dipetik Bernama Online, Presiden Umno itu menegaskan pentingnya semua pihak dalam parti memahami maksud calon boleh menang yang mahu ditonjolkan semasa pilihan raya.
"Kalau tidak, sukar nak mencapai kejayaan. Kalau calon boleh menang tu ditampilkan dalam kelompok dalam bahagian tanpa mengambil kira kehendak pengundi teramai, calon itu pun tak akan berjaya," kata Najib.
Beliau mengakui adalah sukar untuk memuaskan hati semua pihak, terutama di peringkat bahagian Umno.
Tetapi menurutnya, "rumusan calon boleh menang itu adalah supaya setiap kerusi yang ditandingi mempunyai peluang terbaik untuk menang."
Bagaimanapun katanya, proses pemilihan calon belum muktamad dan penilaian akan dibuat bukan sahaja secara subjektif tetapi juga objektif.
"Ini yang paling penting sekali, bukanlah orang yang kita sukai secara peribadi tetapi orang yang boleh diterima sebahagian besar pengundi dalam kawasan berkenaan. Itulah yang mesti kita lakukan," katanya.
Katanya soal menentukan calon ini adalah satu perkara yang sangat mencabar dan sukar dilakukan dan mustahil parti dapat memuaskan semua orang.
"Mengikut pengalaman saya 35 tahun dalam politik, tak pernah berlaku dalam pilihan raya (calon yang dipilih memuaskan hati semua orang).
"Tapi apapun yang dibuat parti, keputusan parti, pada kesudahannya kita kena terimalah, sebagai orang parti keputusan parti walaupun keputusan itu tidak mengikut selera atau kehendak kita," katanya.
Najib (gambar) berkata, banyak juga peristiwa di mana beliau melihat orang yang setia kepada parti, walaupun keputusan parti tidak disenanginya tetapi menerimanya dan akhirnya calon akan menang.
"Sebaliknya kalau dia terus menentang, dia nak kata apa nak jadi-jadilah, aku nak menentang. Jadi maknanya dia tak setia pada parti dan calon itu kalah dan maknanya parti akan kalah. Dia patut sedar bila parti kalah makna kita akan kehilangan kuasa," katanya.
Najib juga mengakui bahawa di peringkat bahagian pun, anggota parti tidak sependapat mengenai calon terbaik di kalangan mereka dan apa yang harus ada ialah disiplin parti.
"Maknanya bila sampai pada masanya (pemilihan calon), keputusan itu perlu diterima, disokong dan terus dipertahankan oleh setiap ahli parti," katanya.
Katanya, kriteria pemilihan calon ini difikirkan wajar berikutan keputusan pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional dan Umno tewas di lima buah negeri dan perlu menjadi pengajaran yang tidak harus dilupakan.
Menggunakan analogi semangat dan perjuangan skuad Harimau Muda yang menggondol pingat emas pada Sukan SEA Ke-26 di Jakarta-Palembang baru-baru ini, walaupun menghadapi cabaran sengit, beliau berkata Umno juga perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi pilihan raya.
"Kalau kita ada kekuatan mental dan kita ada jiwa yang kental, kita boleh berdepan dengan persekitaran yang sangat mencabar walaupun pihak musuh membuat apa jua tekanan terhadap kita termasuk tekanan psikologi dan emosi.
"Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya.
Mengenai pengundi muda, beliau berkata sudah terbukti dalam pilihan raya kecil sejak dua tahun yang lepas, biasanya majoriti golongan itu menyokong Umno.
"Bererti sudah terbukti bahawa tidak semestinya orang muda bersikap 'anti-establishment' (anti kerajaan) dan tidak menyokong parti kerajaan iaitu parti BN, mereka akan menilai, siapakah yang lebih memahami kehendak dan naluri mereka sebagai orang muda," katanya
KUALA LUMPUR — PAS mendakwa Umno mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat atas nama melakukan transformasi politik tetapi ia membawa kepada keadaan "lebih teruk" termasuk ekoran penggubalan akta berkenaan perhimpunan aman.
Sehubungan itu Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu mengatakan "Cukup" kepada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin parti itu yang bermuka-muka bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.
Kata beliau, kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam pilihan raya umum ke-13.
Tuan Ibrahim menambah Umno, parti teras Barisan Nasional (BN), sanggup mengambil langkah murahan selain memberi gula-gula pilihan raya demi bagi menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari.
"Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah," kata beliau dalam satu kenyataan yang menyentuh perkembangan termasuk langkah pentadbiran Najib menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
Rang undang-undang itu, yang bertujuan menggantikan Seksyen 27 Akta Polis, mendapat kritikan dan kecaman ramai atas alasan mengekang teruk kebebasan rakyat.
Ekoran tekanan itu Kabinet dalam mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan membawa beberapa pindaan ke atas peruntukan rang undang-undang itu.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya "harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya."
Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kerajaan Umno-BN dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik.
"Tetapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengistiharkan Seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan," kata Tuan Ibrahim.
Tambah beliau, semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya "tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk" kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.
Malah kata beliau, segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang semakin mendekat.
Jelas Tuan Ibrahim, kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.
"Skandal (projek ternakan lembu) National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.
JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, kepercayaan bahawa hanya Umno yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya hanya mitos lebih setengah abad.
"Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa Umno.
"Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada Umno. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan Umno kepada rakyat.
"Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan roh Umno. Umno kini menjadi teras kepada teras politik gelap," kata Azmin dalam ucapan dasarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Tambah Azmin, Kongres kali ini adalah persediaan KEADILAN untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 dengan menjadikan Johor sebagai kubu terakhir yang akan ditembusi, meskipun dimomokkan bahawa negeri ini adalah kubu Umno.
"KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah membuktikan keunggulannya mentadbir beberapa buah negeri berteraskan disiplin dan amanah. Prinsip KEADILAN jelas, khazanah adalah hak rakyat dan bukannya kurniaan penguasa.
"KEADILAN sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai kehidupan baru yang jauh lebih baik," tegas Azmin.
Lebih 1,000 perwakilan termasuk jemputan pemerhati antarabangsa dan wakil-wakil Pakatan Rakyat hadir ke perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kali ke-8 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru pagi ini.
Program pelancaran turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang menyampaikan puisi.
Terdahulu, pembukaan majlis dimukan dengan bacaan doa oleh Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Perwakilan kemudiannya secara beramai-ramai menyanyikan lagu rasmi KEADILAN, 'Arus Perjuangan'.
JOHOR BAHRU: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa.
"Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh," kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya dengan tema 'Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia', pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru.
Dalam ucapan sama, Wan Azizah turut meniup semangat juang menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, cabaran terbesar KEADILAN iaitu untuk memenangi hati rakyat perlu terus didepani walaupun berdepan kekangan seperti pilihan raya yang tidak bebas mahu pun adil.
"Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu Umno-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah," kata Wan Azizah.
KEADILAN juga, kata Wan Azizah, perlu membebaskan Malaysia dari 'penguasa elit' yang terus membiarkan rakyat menderita dan menafikan hak mereka mendapat terbaik dalam kehidupan.
"Malaysia negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya.
"Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan menderita dengan kepayahan hidup.
"Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, kebajikan terbela, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita," kata Wan Azizah.
Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.
Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.
JOHOR BAHRU: KEADILAN perlu mendekati semua kelompok anak muda dan bukan hanya terhad kepada golongan mahasiswa dan profesional, kata perwakilan dari Terengganu, Al Faizal Amjed.
Katanya, kaedah yang diguna Barisan Nasional dalam mendekati kelompok seperti golongan 'Mat Rempit' perlu dipandang serius.
"Mat Rempit, kutu lepak dan sebagainya yang dikategorikan sebagai golongan belia inilah yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk memerangi kita secara psikologi dan fizikal.
"Kita terlalai hanya meilhat kredibiliti anak muda profesional dan mahasiswa. Memang kelompok ini yang bakal menjadi pemimpin negara, tetapi kita tak boleh memilih bulu," kata beliau.
Tambah beliau, meskipun golongan berkenaan tidak dianggap pemimpin pada masa depan, namun mereka mempunyai peranan dalam mengubah sistem sesebuah negara.
"Kita juga mempunyai kawan atau saudara mara yang datang dari golongan ini. Kalau tak diberi hak sepenuhnya, mereka akan diambil oleh Umno-Barisan Nasional," tegas Al-Faizal.
Katanya, kini terdapat dua juta belia dengan 55% peratus daripadanya berumur di bawah 22 tahun.
"Anak muda hari ini melihat isu politik dari sudut nilai dan fakta. Disini peranan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memanfaatkan generasi muda," katanya sambil mencadangkan Majlis sayap pemuda di antara parti Pakatan Rakyat mengikut format Majlis Presiden.
"Penetapan dari Kongres perlu diambil. Keadaan ini boleh dibincangkan dan dibawa bersama kepimpinan Pusat, negeri dan Cabang," kata Al-Faizal.
JOHOR BAHRU : Buku Jingga dicadang dipatenkan sebagai harta intelek milik Pakatan Rakyat, kata perwakilan dari Kelantan, Muhamad Hisomuddin pada Kongres Nasional KEADILAN ke lapan.
Ini kerana beberapa dasar dalam Buku itu sedikit demi sedikit mula ditiru pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, walaupun Presiden Umno itu enggan mengakuinya.
"Paten ini penting kerana jika idea dan dasar dalam Buku Jingga dicuri lagi oleh pentadbiran Datuk Najib, kita boleh saman mereka di mahkamah," katanya pada perbahasan menyokong dasar ucapan Presiden dalam kongres hari ini.
Beliau yang merupakan pembahas terakhir turut menyelar tindakan Umno mempolitikan isu penjawat awam.
"Umno mempolitikan kononnya penjawat awam akan dikurang jika kita perintah.
"Suka saya ingatkan bahawa sejak Pakatan Rakyat perintah di empat negeri tiada seorang pun penjawat awam dikurangkan," katanya yang disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Beliau menegaskan, penjawat awam bukan sahaja diperjuangkan sebagaimana yang tercatat dalam Buku Jingga malah dibuktikan di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Sebagai contoh katanya, Kerajaan Selangor bermula Januari depan akan melaksana gaji minima dengan permulaan pada syarikat kerajaan negeri sebanyak RM1,500 sebulan.
KUALA LUMPUR – Kementerian dan agensi kerajaan belum tampil ke hadapan untuk memberitahu pekara sebenar kepada rakyat mengenai piawaian yang mereka sendiri tetapkan berhubung mutu produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menegaskan bahawa contoh susu tepung kanak-kanak jenama 1Malaysia telah melanggar Akta Peraturan Makanan kerana mengandungi Vitamin A berlebihan dengan kadar yang melampau.
Kataanya, apabila beliau membangkitkan isu itu buat kali pertama, beliau telah merujuk kepada Jadual I akta tersebut yang mentetapkan jumlah minima dan maksima kandungan nutrien yang mana jumlahnya tidak boleh melebihi 750IU atau 225g setiap 100kcal.
Namun, kenyataan Pua telah disangkal oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia sepatutnya dirujuk kepada Jadual III akta tersebut.
"Jika sekali pun kita mengikuti Jadual III akta itu, ia menetapkan bahawa jumlah maksima dalam penggunaan seharian ialah 5000IU," kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Beliau mahu kementerian menjelaskan dua perkara, iaitu kekeliruan di antara 'follow up miik' dan 'growing up milk', dan cara pengiraan yang dilakukan kementerian adalah tidak betul.
"Mengikut kata Menteri sebagai mana yang dilaporkan dalam akhbar The Star dan portal berita Malaysiakini, beliau mengatakan bahawa mengikut kajian mereka, susu tersebut hanya mengandungi 3240UI Vitamin A/100g.
"Merujuk kepada akta seperti mana diterangkan Menteri, jumlah maksima sehari ialah 5000UI. Namun jika mengikut cadangan hidangan susu 1Malaysia tersebut, jumlah Vitamin A-nya ialah 16416UI. Ini merupakan lebih 3 kali ganda had yang ditetapkan undang undang," jelasnya.
Pua berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Chong Chieng Jen.
Nurul Izzah pula berkata pihak yang mempersoalkan mutu dan kandungan produk 1Malaysia mempunyai fakta yang jelas dan berwibawa, dan dengan itu, pihak Kementerian Kesihatan perlu mengadakan pertemuan dengan mereka untuk menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.
"Jika mengikut track record Menteri Kesihatan, beliau adalah orang yang melakukan kesilapan dalam isu gas pemedih mata ditembak ke arah Hospital Tung Shin sewaktu perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
"Beliau tanpa membuat sebarang siasatan terus menafikan tembakan gas itu. Akhirnya, apabila laporan polis dibuat, barulah kebenaran timbul yang memang benar gas pemedih mata telah ditembak ke arah hospital."
Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menjelaskan bahawa usahanya bersama Pua dan wakil-wakil Pakatan Rakyat yang lain dalam isu produk KR1M telah membuahkan hasil kerana Kementerian Kesihatan sendiri telah menarik balik sos tiram 1Malaysia daripada pasaran.
"Kerajaan Najib harus akui bahawa peruntukan wang rakyat RM40 juta untuk KR1M ialah satu kegagalan dan mereka harus bertanggungjawab.
"Mereka menuduh kita Pakatan Rakyat mempolitikkan isu ini tetapi apabila Association of Standard Users Malaysia memberitahu media apabila mendapati bahawa kandungan plumbum dalam sos cili 1Malaysia melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang, adakah persatuan itu juga mahu dituduh mempolitikan isu ini?" katanya.
Chong menjelaskan, mengikut Seksyen 17 akta berkenaan, sesiapa yang mempromosikan jualan produk yang tidak mengikut akta, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"Siapa yang mempromosi produk ini? Datuk Seri Najib Razak yang mempromosikannya, Kabinet yang mempromosikannya.
"Saya menggesa kepada Datuk Seri Liow mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mempromosikan barangan yang melanggar akta tersebut," tambah beliau.
Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).
Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.
Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan.
Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut.
Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut.
Demokrasi terpimpin atau suara rakyat?
Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara.
Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat.
Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat?
'Demokrasi terpimpin' atau pun 'suara rakyat'? Leaders know best or people know best?
Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, 'cerdik pandai'.
Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor.
Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan 'demokrasi terpimpin'?
Pemimpin lebih bijak dari rakyat?
Perlukah kita dengan sistem para 'cerdik pandai' yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita?
Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat.
Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat?
Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega.
Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing.
"Kami lebih tahu dari anda"
Sikap ini berpunca dari sifat angkuh "kami lebih tahu dari anda" yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati.
Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi 'demokrasi terpimpin' yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat.
Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.
Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.
Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.
Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat
Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.
Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia.
Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi.
Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas.
Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan.
Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Sarawak kesal dengan sikap Alfred Jabu yang tidak sensitif terhadap umat Islam dengan mengaitkan hudud dengan 'politik kotor' dan 'keji'.
Ketuanya, Mohammad Arifiazul menyatakan demikian sebagai respons kepada ucapan Alfred selaku Timbalan Ketua Menteri ketika persidangan Dun Sarawak semalam.
Katanya, Alfred Jabu menggunakan istilah 'hudud politik' yang secara terang-terangan menghina dan mempermainkan hudud.
Menurutnya, Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan aggresif, sedangkan pada waktu yang sama, menghina dan mempermainkan hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam.
"Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan Rakyat.
"Alfred menggambarkan Pakatan Rakyat datang ke Sarawak, membawa budaya politik pelik," ujarnya dalam satu kenyataan.
Baginya, Alfred lupa bahawa Pakatan Rakyat Sarawak merupakan terdiri daripada rakyat Sarawak yang bosan dengan pemerintahan BN selama ini, dan bukannya orang luar.
Justeru, ujarnya Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud.
Beliau menambah, Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti itu dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau.
Katanya, Pemuda PAS Sarawak kesal dengan Adun-Adun PBB yang beragama Islam terutama Ketua Menteri sendiri yang tidak bangkit menegur kenyataan bodoh Alfred Jabu ini.
Tambahnya lagi, Adun-Adun PBB yang beragama Islam sepatutnya membela agama Islam dan menegur Alfred yang tidak sensitif terhadap agama Islam.
"Pemuda Sarawak menyeru Adun-Adun PBB yang penakut ini, untuk memberi ruang kepada PAS jikalau tidak mampu membela agama sendiri dalam dewan undangan negeri," katanya.
Justeru, tegasnya Pemuda PAS Sarawak menuntut Alfred Jabu membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan itu.
GOMBAK: Setiausaha Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikram Taib Azamudin berkata, Himpunan Tolak 1.0 memastikan mahasiswa bebas berfikir dalam menentukan hala tuju mereka tanpa dicampur tangan ghaib oleh mana-mana pihak.
Katanya, Himpunan Tolak 1.0 semalam juga bertujuan menyatakan suara Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut dua tuntutan dalam menegakkan kebenaran.
Himpunan aman yang dihadiri kira-kira 500 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas solat Jumaat itu berjaya dilaksanakan tanpa sebarang provokasi daripada pihak polis dan pengurusan universiti.
Akram berkata, antara tuntutan itu adalah tolak campur tangan ghaib yang sering mengganggu program mahasiswa, menolak tindakan pihak pengurusan pentadbiran yang berdolak dalik dan tidak professional dalam membuat keputusan.
"Kita mohon juga sebarang ketetapan yang ditentukan oleh pentadbiran UIAM perlu dinilai perkembangan mahsiswa.
"UIAM tidak seharusnya menyekat suara mahasiswa dalam menyatakan pandangan dan hujah mereka seperti apa yang berlaku terhadap Presiden SRC UIAM, Mohd Iqbal Abdul Wahab telah dikecam oleh UIAM apabila beliau terlibat dalam siaran televisyen, Hujah," katanya.
Justeru, ujarnya di peringkat mahasiswa dan mewakil pimpinan Gamis mendesak UIAM dan kerajaan menyokong mahasiwa dengan baik agar dapat melahirkan mahasiswa yang berpotensi tinggi.
Sementara itu, Farzana Omar selaku jurucakap Pro-M UIAM, We Unique For Islam (WUFI) pula berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan isu yang berbangkit di UIAM dengan apa cara sekalipun demi menegakkan keadilan.
"Jika pihak berwajib enggan menerima tuntutan himpunan Tolak 1.0, maka kami daripada semua mahasiswa akan menyusun strategi yang lebih efektif. Ini adalah bertujuan adalah untuk membuka mata pihak berwajib dan UIAM agar tidak sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja terhadap mahasiswa," katanya.
Tegasnya, mahasiswa UIAM bukan seperti lembu yang dicucuk hidung dan mereka bukan mahasiswa yang mudah diperkotakkatikkan.
"Kami bukan mahasiswa jalanan tetapi kami adalah mahasiswa yang mendapat pendidikan sentuhan daripada para pendidik yang mempunyai ilmu yang tinggi dari sudut sahsiahnya," ujarnya.
KUALA LUMPUR- Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dicadangkan oleh kerajaan Umno BN antara lain mestilah menghantar notis kepada pihak polis selama 30 hari sedang negara lain seperti Myanmar jelas lebih maju penghayatan demokrasinya apabila menghadkan hanya 5 hari notis kepada pihak berkuasa untuk menganjurkan himpunan aman.
"Ini membuktikan Malaysia di bawah pentadbiran Umno dan BN semakin mundur ke belakang dengan slogan transformasi angan-angan Mat Jenin," kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, kelihatan mereka seperti mahukan perubahan setelah perit ditolak rakyat dalam pilihan raya umum tempoh hari tetapi mereka tidak mempunyai keberanian untuk benar-benar berubah dan menyambut baik aspirasi rakyat.
Menurutnya, mereka bimbang kehilangan kuasa dan mereka tidak berani sebenarnya untuk melakukan perubahan dengan memberi lebih kuasa kepada rakyat berbanding memusatkan kekuasaan sepenuhnya pada mereka kerana telah biasa berkuasa sejak lebih 50 tahun yang lalu.
"Langkah ini akan memakan diri mereka sendiri," ujarnya.
Beliau menambah, apabila mereka dilihat enggan berubah malah semakin memusatkan kekuasaan mereka bererti mereka akan menyaksikan nasib serupa sewaktu rakyat menolak kepimpinan mereka melalui pilihan raya umum 2008 yang lalu.
"Dulu mereka ditolak kerana keangkuhan dan pemusatan kuasa yang keterlaluan selama ini," katanya.-Harakahdaily
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) mengalu-alukan langkah untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan membenarkan pelajar universiti berumur 21 dan ke atas ruang untuk menggunakan hak perlembagaan mereka untuk bebas bersuara dan membentuk persatuan. Hak-hak ini dijamin di bawah Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan dan termaktub dalam Perkara 19-21 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Kesedaran hak sivil dan politik di kalangan generasi muda perlu dilihat secara positif dan disokong sepenuhnya kerana pelajar universiti merupakan pemimpin masa depan negara. Pendidikan formal dan latihan yang diterima di universiti hendaklah ditambah dan dilengkapkan dengan pengalaman dan pengajaran yang boleh diperolehi di luar kampus bagi membolehkan mereka menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya. Sekatan yang tidak munasabah terhadap hak asasi mereka untuk menyuarakan pendapat tidak sepatutnya dikenakan.
Suruhanjaya menyambut baik komitmen Perdana Menteri untuk mengubah negara menjadi sebuah negara yang moden dan progresif. Langkah ini perlu dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam membawa negara ke satu tahap di atas dari segi ekonomi dan politik.
Suruhanjaya ambil maklum dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang telah mengisytiharkan seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak mengikut perlembagaan, atas dasar ianya melanggar kebebasan bersuara. Sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri untuk negara, Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk menimbangkan semula hasrat untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan meneruskan usaha untuk mendukung dan melindungi hak rakyat
*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kanan) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas.
SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.
Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.
Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.
Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang.
Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal 'menimbulkan keraguan munasabah' tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut.
Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara 'spontaneous' (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut.
'Double standard'
Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.
Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana.
Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap 'double standard' Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat.
Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan 'menghapuskan' Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.
"Mereka tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang," timbalan pengerusi PKR Sabah.
PETALING JAYA: PKR Sabah mahu BN dihumbankan jauh-jauh kerana menipu, tidak amanah dan rasuah, kata seorang pewakilan negeri itu.
"Mereka tidak mempedulikan rakyat asalkan mereka mendapat wang," Jonathan Yasin, ketua PKR Ranau ketika membahaskan ucapan dasar presiden.
Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucapan dasarnya berkata parti akan lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya akan datang.
Katanya, parti tidak akan bertolak ansur dengan bakal calon yang berlagak seperti "gunting dalam lipatan".
Menurutnya, tender bekalan elektrik sepanjang dua kilometer dari Kota Kinabalu ke pulau Gaya berharga RM100 juta tetapi menurut pakar kosnya hanya RM42 juta.
Di Ranau pula, projek kincir angin elektrik yang berharga jutaan ringgit hanya tiang besi saja yang dibina.
`Projek potong rumput'
"Tidak ada projek yang mereka lakukan, mereka cuma kejar wang peruntukan untuk kepentingan mereka, mereka tidak kisah yang penting poketnya," kata Jonanthan yang juga timbalan pengerusi PKR Sabah.
Jonanthan berkata, cukuplah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengaut beratus juta ringgit dengan projek diberikan kepada kroni.
"Projek potong rumput tidak diberikan kepada rakyat Ranau tetapi diberikan kepada orang luar," tambahnya.
Dalam pilihan raya umum 2008 rakyat belum sedia tetapi 2012 kita kalahkan BN Sabah, kata Jonanthan.
Beliau juga mendakwa, lebih 700, 000 rakyat asing di kad pengenalan untuk mengundi BN.
"Saya tidak tentang orang asing diberi kad pengenalan tetapi harus mengikut peraturan seperti tinggaI selama tujuh tahun," katanya.
Jonanthan juga mendedahkan penduduk Tawau yang mendaftar untuk mengundi di Selangor dalami pilihan raya umum akan datang.
Ketika pentadbiran Umno-BN terdapat kuota politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku.
PETALING JAYA: Sejak mengambil alih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat telah menghapuskan kuota politik bagi tujuan pengagihan rumah kos rendah kepada rakyatnya.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, ketika pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) terdapat kuota politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berlaku.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media semalam bagi menjelaskan tentang kegiatan seorang individu yang menipu pembeli rumah kos rendah di beberapa kawasan di Klang, Balakong, Selayang dan Cheras.
"Individu berkenaan Mohd Yatim Dato' Abu Bakar, yang mengambil sejumlah bayaran sebagai deposit adalah bukan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau tidak pernah bekerja dan tidak wujud di Pejabat Menteri Besar," terang beliau.
Sehubungan itu katanya, dakwaan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang menuduh pegawai Menteri Besar terlibat dalam penipuan ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.
Faekah berkata, sebab itu sejak mengambil alih pentadbiran 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk memansuhkan kuota politik samada secara nyata mahupun tersirat dalam segala bentuk bantuan kepada rakyat.
"Kami telah meminta mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja dimaklumkan oleh beberapa pembeli rumah yang terpedaya yang datang sendiri ke Pejabat Menteri Besar untuk mendapatkan kepastian mengenai status individu berkenaan.
"Malah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan sebanyak empat kali berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa.
"Kami berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat aduan ini dan mengheret individu ini dan pihak lain yang mungkin bersekongkol ke mahkamah untuk didakwa dan dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan," jelasnya.
Faekah menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Menteri Besar dan LPHS tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau individu untuk mengutip bayaran bagi mendapatkan rumah kos rendah atau perkhidmatan lain.
"Sekiranya melibatkan bayaran, ia sepatutnya dibayar terus kepada Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan dan bukan melalui orang ketiga," katanya.
Tegas beliau, "dengan penjelasan ini, kami berharap tiada lagi pihak yang mengaitkan individu atau penipuan ini dengan Pejabat Menteri Besar dan menasihatkan pihak-pihak berkenaan supaya tidak cuba 'menangguk di air keroh" untuk memburuk-burukkan Menteri Besar dan kerajaan negeri.
Kelab Umno Luar Negara (KULN), yang mempunyai rangkaian yang luas di luar negara, perlu menjadi pasukan pertama tiba membantu rakyat Malaysia di luar negara yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang, kata Pengerusi KULN Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kelab itu yang kini mempunyai 74 cawangan di seluruh dunia perlu menggunakan kelebihan rangkaian mereka membantu rakyat Malaysia dengan lebih pantas.
"Rangkaian mereka dari segi menghubungi pelajar satu dunia lebih kuat, kerajaan pun tak dapat mengatasinya, maknanya kerajaan ada jabatan penuntut misalnya di United Kingdom mungkin hanya dua atau tiga (orang)... manakala sistem kedutaan hanya wujud di ibu kota.
"Tapi KULN ada 74 di satu dunia, di bandar-bandar kecil pun ada, sekecil-kecil St Petersburg (Russia) pun ada," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kursus kepimpinan dua hari KULN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan juga berkata kelab itu kini tidak lagi dilihat sebagai satu agenda politik tetapi sebagai NGO yang paling berkesan sekali merangkaikan pelajar-pelajar Malaysia di seluruh dunia.
Dalam pada, Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara Umno meminta warga kelab itu tidak mengabaikan penghayatan konsep transformasi negara yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun mereka berada di luar negara.
Beliau berkata pemahaman prinsip-prinsip itu di samping kesediaan mereka menghadapi cabaran dunia yang semakin liberal akan melahirkan ciri-ciri pemimpin yang lebih mantap.
"Mereka mesti bersedia untuk berhadapan dengan suasana dan dunia yang lebih liberal, maknanya kalau dulu ada banyak sekatan-sekatan (penulisan di internet dan pindaan AUKU 1974) yang dikenakan, tetapi sekarang sekatan itu beransur pulih.
"Jadi sekarang mereka perlu lebih bersedia untuk mempunyai kelebihan dan kekuatan dari segi intelektual, dari hujah, gerak kerja, kebajikan dan juga kepimpinan,"katanya.
Katanya, kesediaan mereka dalam menjadi pemimpin negara juga akan membantu proses meremajakan Umno yang memerlukan bakat kepimpinan dapat dikesan dengan lebih awal.- Bernama
Hujan yang kadang kala lebat di Kelantan menyebabkan bertambahnya pemindahan mangsa banjir daripada 1,781 orang malam tadi kepada 1,884 orang pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri bagaimanapun berkata sehingga kini, hanya empat daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat manakala keadaan banjir di daerah Bachok dan Pasir Puteh sudah pulih.
"Walaupun berlaku sedikit pertambahan mangsa banjir, namun secara keseluruhannya keadaan banjir bertambah baik. Pusat pemindahan di Bachok dan Pasir Puteh sudah ditutup sepenuhnya manakala 17 pusat pemindahan dibuka di Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat," katanya.
Beliau berkata daripada keseluruhan pusat pemindahan itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah pusat pemindahan terbanyak iaitu 11 diikuti Kota Baharu dengan tiga buah pusat, Tumpat (2) dan Tanah Merah (1).
Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, manakala Km24, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang hanya ditutup kepada kenderaan ringan.
Di Tumpat, Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti ditutup kepada semua kenderaan.
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras 10.18 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter, namun, paras air sungai itu terus menunjukkan penurunan secara perlahan-lahan sejak semalam, kata jurucakap itu.
Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan berkurangan kepada 461 orang pagi ini berbanding 798 orang petang semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata mereka terdiri masing-masing tujuh orang di Hulu Terengganu dan Kamaman, Kuala Terengganu (41), Marang (34) dan sebanyak 372 di Setiu.
Katanya lebih ramai mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang hari ini memandangkan keadaan cuaca yang semakin baik manakala paras air sungai di negeri ini keseluruhannya masih bertahan dan berada pada paras biasa.
Hampir 3,000 penduduk dipindahkan sejak banjir melanda Terengganu Ahad lepas.- Bernama
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta menjelaskan tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah kuil 25 tahun di Shah Alam atau bakal menghadapi protes.
"Kami tiada pilihan. Tiada pihak yang mempertimbangkan keadaan kami," kata exco pusat Parti Hak Asasi Manusia (HRP) S Thiagarajan.
Beliau juga meminta kerajaan memberikan hak milik tanah di lokasi kuil Sri Muneswarar di Persiaran Kerjaya yang seluas satu ekar supaya keadaan itu tidak berulang lagi.
Menurut jawatankuasa kuil A Manamohan, dalam kejadian tengah hari semalam, kira-kira 30 anggota polis dan pegawai penguatkuasa tiba dengan sepuluh kereta.
Beliau mendakwa tiada notis awal dikeluarkan. Exco Selangor Xavier Jayakumar bagaimanapun menafikan dakwaan itu.
Difahamkan kuil itu mampu memuatkan kira-kira 100 orang pada satu-satu masa.
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata parti itu telah memperoleh permit untuk satu program ceramah pada malam ini, membabitkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau telah melihat permit berkenaan pada malam tadi dan berharap pihak polis akan terus memberi kerjasama dalam penganjuran siri ceramah PKR seterusnya di seluruh negeri berkenaan, kata Saifuddin kepada pemberita dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres berkenaan di Johor Bahru.
Tambahnya, PKR telah menerima reaksi berbeza-beza ke atas permohonannya untuk mendapatkan permit bagi mengadakan program berkenaan.
"Kategori pertama polis diam. Kategori kedua, ya dia keluarkan permit macam malam ini (program melibatkan Anwar). semalam saya ditunjukkan permit uuntuk program Datuk Seri diadakan.
"Kategori ketiga, polis secara lisan maklum tak boleh teruskan, tak ada hitam putih," katanya lagi yang menambah, kesemua program berkenaan akan diteruskan.
PKR mengatur program ceramah di 14 kawasan DUN di seluruh negeri Johor sempena kongres nasional parti yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
Mengulas mengenai tindakan polis ke atas enam program ceramah yang dijalankan pada malam semalam, Saifuddin berkata PKR tidak menerima sebarang laporan berhubung gangguan atau tindakan kekerasan ke atas program berkenaan.
"Terbukti perhimpunan itu berjalan dengan elok dan terkawal," katanya lagi yang menyatakan bahawa sambutan rakyat Johor terhadap program berkenaan juga merupakan satu isyarat ke atas penerimaan parti itu di negeri berkenaan.
"Kami tak pernah dapat sokongan begini tujuh tahun dulu tapi kini gambaran biasa... Kita pernah terima isyarat ini di Perak dan Selangor dan kita terima isyarat ini kelihatan dari Johor.
"Maka munasabah tempat kongres parti ini kita pilih di Johor dan serentak dengan itu bukan saja kongres tapi 20 program penerangan serentak setiap malam. Walau kita berdepan halangan di sana sini tapi sambutan sangat baik," katanya lagi.
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu kini memfokuskan usaha untuk memecahkan kubu kuat Umno di Johor dengan menumpukan isu orang Melayu di kawasan Felda.
Katanya, PKR akan memfokuskan kepada isu orang Melayu yang dianiaya Umno dalam mendapatkan sokongan golongan masyarakat berkenaan.
"Selama 40 tahun warga Felda telah menyumbang kepada ekonomi tetapi diketepikan. Inilah fokus PKR untuk dua tiga bulan akan datang," katanya dalam satu sidang media bersama kira-kira 50 orang golongan peneroka berkenaan hari ini.
Tawaran utama PKR untuk memenangi hati warga Felda ini dikenali Janji Palong – manifesto khas enam perkara untuk "mengangkat martabat dan maruah warga Felda di seluruh negara."
Manifesto yang dilancarkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di gugusan Felda Palong, Negeri Sembilan itu antara lainnya menawarkan janji untuk memansuhkan Felda Plantations dan membuka 830,000 ekar tanah kepada peneroka.
Manifesto berkenaan, dilancarkan Isnin lalu, turut menawarkan untuk membuka tanah rancangan baru dengan melaksana skim baru untuk kepentingan generasi kedua dan ketiga Felda.
Selain itu, Janji Palong turut menawarkan janji untuk menghapuskan beban hutang yang ditanggung peneroka dengan mengemukakan kos penyata pendapatan sebenar yang patut diterima golongan tersebut.
Melalui Janji Palong, PKR juga berjanji untuk menyediakan perumahan yang selesa kepada warga peneroka, dengan tumpuan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Satu lagi janji utama PKR adalah untuk memberikan hasil sawit peneroka kepada 28 peratus, seperti yang diperolehi sekumpulan peneroka di Felda Kemahang 3 selepas kes berkenaan dibawa ke mahkamah.
Turut ditawarkan ialah agihan bantuan dan insentif yang adil kepada warga Felda, dianggarkan melibatkan 112,000 keluarga, melalui galakan untuk mengusahakan tanaman sendiri.
Beberapa tokoh sensasi PKR, PAS dan Umno dijadual berkongsi pentas dalam program wacana membincangkang tuntutan pilihan raya bersih dan adil serta prospek parti bertanding dalam pilihan raya umum.
Selain wakil Pakatan Rakyat, program berkonsepkan bual bicara anjuran kerajaan negeri itu dijadual melibatkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Turut terlibat sebagai ahli panel exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, penceramah popular Prof Madya Dr Mohd RidhuanTee Abdullah, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Dr Zaharuddin Abd Rahman
"Polemik berkaitan perjalanan pilihan raya terus menerus menjadi perbahasan yang tiada kesudahan.
"Mengambil kira kepada situasi inilah, wacana perdana yang berbentuk perbincangan atau perdebatan sekali lagi dianjurkan," kata jurucakap program.
Ia akan berlangsung dalam dua siri pada 8 dan 23 Disember, masing-masing di Balai Islam, Kota Bharu dan Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.
Kedua-duanya sesi itu akan dipengerusikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof.
Masa berubah. Dulu calun boleh sesiapa sahaja. Sekarang berbagai faktor diambil kira. Antaranya ialah latar belakang pendidikan. Tambahan pula kalau baru menjadi calun. Jika parti gagal mengemukakan calun yang agak baik dari segi akademik, maka imej parti tak kemana pun.
Jika anda tokoh rakyat, misalnya jaguh setinggan, jaguh pekerja, jaguh peneroka, tokoh politik nasional - mungkin latar belakang akademik tidak diambil kira sangat.
Pimpinan parti peringkat negeri dan kawasan hendaklah berusha mencari calun yang diterima oleh semua golongan pengundi. Paling kurang pun orang tak komen sangat hal calun. Biarlah kita bertarung atas isu dan dasar antara parti ketika pilihan raya nanti!!!!
Kalau kita ada kekurangan dan sudah berkali-kali bertanding dan kalah, baiklah jangan bertanding lagi!!!!!!
"Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.
"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilapurkan
Untuk melihat video pengakuan artis nie klik sini
Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata "dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat".
Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.
Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.
Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah.
Keputusan ini sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 OKT Lebuhraya Kesas. SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato' Abdul Rahim Uda hari ini menolak rayuan Peguam Negara dan sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Klang untuk membebaskan 11 Orang Kena Tahan (OKT) Lebuhraya Kesas dari dua pertuduhan di bawah Seksyen 27 Akta Polis.
Kesebelasan mereka dituduh atas pertuduhan berhimpun secara haram dan engkar perintah polis untuk bersurai.
Pada tahun 2009, kesebelasan mereka telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas kedua-dua pertuduhan tersebut tetapi kemudian Peguam Negara telah menfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi bagi mengenepikan keputusan tersebut.
Pada hari ini, 25 November bertepatan 11 tahun yang lalu, kerana pada tarikh yang sama pada tahun 2000, mereka dan kira-kira 145 orang yang lain telah ditangkap oleh pihak polis di beberapa lokasi di Lebuhraya Kesas kerana menghadiri satu perhimpunan yang dipanggil 'Perhimpunan 100,000 Rakyat' yang dirancangkan berlangsung di satu lokasi di Jalan Kebun, Klang.
Hakim Abdul Rahim dalam penghakiman lisannya menyatakan bahawa antara lain pihak Pendakwaraya gagal 'menimbulkan keraguan munasabah' tentang lokasi sebenar perhimpunan haram tersebut.
Ini kerana dari beberapa bukti dan kenyataan jelas menunjukkan bahawa lokasi perhimpunan yang dirancangkan ialah di Jalan Kebun tetapi kesemua OKT dan ribuan lagi pengguna lain lebuhraya tersebut berkumpul secara 'spontaneous' (secara tidak rancang) di Lebuhraya Kesas akibat kesesakan di lebuhraya tersebut.
'Double standard'
Tegasnya, Pendakwaraya juga gagal membuktikan bahawa amaran bersurai oleh pihak polis menggunakan pembesar suara tersebut dapat didengari secara jelas oleh orang ramai yang berkumpul di lebuhraya tersebut.
Kesemua OKT diwakili oleh peguam Yusmadi Yusoff yang juga ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Puan Farah Farhana.
Antara 11 OKT yang dibicarakan itu ialah Haji Sahri Bahri, bekas Setiausaha Agung PKR; Abdul Razak Ismail, Pembantu Khas Kepada
Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas Dr. Xavier Jayakumar dan S. Pusphalingam, ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.
Rata-rata OKT melahirkan rasa kurang senang terhadap sikap 'double standard' Kerajaan Barisan Nasional kerana baru semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat.
Rang-rang undang-undang tersebut bertujuan 'menghapuskan' Seksyen 27 Akta Polis tetapi dalam masa yang sama Peguam Negara masih bertegas untuk meneruskan pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi.
Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya...
Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari.
Peluang Terakhir Untuk Tentera Dan Kerajaan Sementara Mesir…
A man holds an Egyptian national flag during a demonstartion against the Egyptian military council in Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed.
Protesters chant slogans during a demonstration against the military council in Cairo's Tahrir square November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed.
A man holds a sign during a demonstartion against the Egyptian military council in Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Tens of thousands of Egyptians demanding an end to military rule converged on Cairo's Tahrir square on Friday in what activists say will be the biggest day yet in a week of demonstrations in which 41 people have been killed.
Egyptians stand on top of barricades surrounding the Interior Ministry near Tahrir square in Cairo November 25, 2011. Egypt's ruling military council appointed Kamal Ganzouri on Friday as prime minister to form "a national salvation government" to replace the cabinet which resigned this week.
Fireworks light up the sky over Egyptian protesters at Tahrir Square in Cairo during a mass rally demanding an end to military rule on November 25, 2011. Egypt's new prime minister Kamal al-Ganzuri, 79, is a former premier and veteran economist, but his appointment is not likely to satisfy mass calls for a fresh face to lead the country to democratic rule.
CAIRO, EGYPT – NOVEMBER 25: Protestors gather in Tahrir Square for a mass rally on November 25, 2011 in Cairo, Egypt. Thousands of Egyptians are continuing to occupy Tahrir Square ahead of parliamentary elections to be held on November 28, 2011.
Egyptian protesters hold a large national flag with Arabic writing that reads, "Jan. 25 revolution, Egypt," in Tahrir Square in Cairo, Egypt, Friday, Nov. 25, 2011. Tens of thousands of protesters chanting, "Leave, leave!" The Friday rally is dubbed by organizers as "The Last Chance Million-Man Protest," and comes one day after the military offered an apology for the killing of nearly 40 protesters in clashes on side streets near Tahrir over the last week.
Egyptian protesters pray during a march in Tahrir Square in Cairo November 25, 2011. Egypt's ruling military council appointed Kamal Ganzouri on Friday as prime minister to form "a national salvation government" to replace the cabinet which resigned this week.
An Egyptian girl makes the victory sign in Tahrir Square in Cairo, Egypt, Friday, Nov. 25, 2011. Tens of thousands of protesters chanting, "Leave, leave!" The Friday rally is dubbed by organizers as "The Last Chance Million-Man Protest," and comes one day after the military offered an apology for the killing of nearly 40 protesters in clashes on side streets near Tahrir over the last week.
Penunjuk perasan halang PM baru Mesir masuk Parlimen
KAHERAH 26 Nov. – Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di pintu masuk ibu pejabat Parlimen Mesir, semalam, sebagai usaha menghalang Perdana Menteri baru, Kamal al-Ganzuri daripada memasuki bangunan tersebut.
Penunjuk perasaan, Ahmed Zahran berkata, tindakan itu dilakukan sebagai membantah pelantikan Kamal. Beratus-ratus penunjuk perasaan berdiri di luar bangunan tersebut yang terletak tidak jauh dari Dataran Tahrir, sambil melaung-laungkan slogan 'Pergi!Revolusi!Ganzuri merupakan saki-baki rejim!'. – AFP
JOHOR BARU, 26 Nov - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.
Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.
"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.
Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.
Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.
Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.
Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.
Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.
Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.
Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat .
"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.
Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.
"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya.
KEMAMAN - Walaupun datang dari keluarga penyokong kuat parti MCA, Vincent Lee menyeru seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua Terengganu agar memilih PAS dengan memangkah simbol "bulan" pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.
Beliau berkata ayah dan datuknya adalah ahli seumur hidup MCA, namun menurutnya beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana prinsip-prinsip agama Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat itu menjelaskan, DHPP adalah "jambatan" penghubung antara PAS dengan bukan Islam.
"Saya sendiri datangnya dari keluarga parti MCA. Ayah dan Datuk saya ahli seumur hidup MCA. Sejak tahun 2004, saya menyertai Kelab Penyokong PAS dan peranan kita sebagai "jambatan" kepada parti PAS dengan kaum bukan Islam,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Bersama Kaum Tionghua yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai, di Kampung Dusun Nyior, Chukai, pada Rabu 23 November.
Vincent Lee berkata, rakyat dan pengundi hari ini mempunyai sebab kukuh untuk memilih PAS pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, peluang kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) memerintah negara selama lebih 50 tahun boleh dinilai dan rakyat mesti memberi peluang kepada Pakatan Rakyat
"Pesanan saya satu sahaja kepada rakyat pangkah bulan (PAS) dalam pilihan raya akan datang. Kita (rakyat) kena pangkah bulan dan ada sebab cukup kukuh kenapa kena pangkah bulan, itu yang paling penting.
"Sebab dalam tempoh 50 tahun Barisan Nasional memerintah terlalu banyak kepincangan dan penyelewengan.
"Sekurang-kurangnya, beri Pakatan Rakyat satu penggal dan jika kita (Pakatan Rakyat) tidak betul, anda (rakyat) boleh undi mana-mana parti yang anda suka. Beri peluang kita mentadbir negeri dan negara," jelasnya.
Beliau yang juga Ketua DHPP Wilayah Persekutuan menjelaskan selagi Pakatan Rakyat tidak berjaya menguasai "Putrajaya" banyak perkara tidak boleh dilaksanakannya.
Katanya, kuasa memerintah di Putrajaya boleh merubah segala-gala hasrat dan cita-cita kerajaan Pakatan Rakyat.
"Kita(Pakatan Rakyat) sepatutnya diberi peluang memerintah. Selagi kita tidak 'menjejakkan' kaki ke Putrajaya, dalam aspek negeri amat terhad sekali. Sebab banyak 'kuasa' berada di Putrajaya.
"Contohnya, harga barangan seperti minyak tidak boleh diturunkan di peringkat negeri tetapi boleh jika menguasai peringkat pusat. Selagi Pakatan Rakyat belum berpeluang menjejak kaki ke Putrajaya perkara itu tidak dapat dilaksanakan," tegasnya.
Sementara itu, beliau mengakui, kaum Tionghua telah banyak berubah dan tidak lagi 'phobia' kepada PAS dan agama Islam.
Menurutnya, sebelum ini orang Cina takut kerana mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya tentang PAS dan Islam.
"Sebelum ini, kaum Cina takut sekali dengan parti PAS dan yang paling asas sekali 'ketakutan' mereka mengenai makanan, kebudayaan dan agama.
"Kita (DHPP) yang memperkenalkan isu-isu, dasar dan prinsip-prinsip sebenar mengenai maklumat yang lebih tepat tentang parti PAS," ujarnya
Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat dan Naib Ketua DHPP Terengganu, Lip Woon Chang. -BO
Walaupun parti-parti politik Sabah berbeza dalam cadangan mereka untuk menambahbaik sistem pilihan raya, tetapi mereka sepakat dalam aduan mereka bahawa apa yang dipanggil Projek IC, telah mengubah demografi negeri itu dan mencemari daftar pemilih.
Ketika memberi keterangan pada sesi pendengaran awam kedua jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu hari ini, beberapa parti politik menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI).
Antara parti politik yang memberi keterangan kepada panel PSC yang diketuai pengerusinya, Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili hari ini ialah Upko, LDP dan PBS dari parti pemerintah dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.
Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan Umno.
Ahli jawatankuasa PKR, Dr Chong Eng Leong, berkata, selain menubuhkan RCI, mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula.
"Jika anda bertanya kepada sesiapa sahaja - keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini," kata bekas ahli politik PBS itu.
Chong adalah antara mereka yang mendedahkan Projek IC pada 2006, semasa sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Integriti di Sabah.
Sebagai contoh, Chong berkata penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.
"Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000... Mengapa ada 150,000?"
Sambil membangkitkan kadar pertumbuhan penduduk Sabah yang luar biasa, beliau berkata, jika ia mengikut kadar pertumbuhan Sarawak, negeri itu kini sepatutnya ada seramai 1.617 juta penduduk dan bukannya 2.354 juta pada 2010.
"Penduduk kami adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya." -M'kini
Ingatkan Bung Mukhtar jer yang seronok nak berbini dua, rupa-rupanya bekas peninju Anwar Ibrahim pun ada citarasa yang sama. Biar betullll.... disini. Tolong nafikan kalau tak betul.
Perhimpunan Aman yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, kelmarin, jelas bertujuan untuk menghalang himpunan diadakan oleh rakyat negara ini. Realiti itu terserlah apabila di dalam akta tersebut dikenakan pelbagai syarat yang tidak munasabah untuk membolehkan rakyat negara ini mengadakan perhimpunan berbanding kawalan sedia ada di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Jika di bawah Akta Polis 1967, sekurang-kurangnya hanya perhimpunan di tempat awam yang dikenakan permit, tetapi di bawah akta baru ini mensyaratkan semua perhimpunan walaupun di premis persendirian atau disewa perlu diberikan notis makluman awal kepada polis 30 hari sebelum tarikh himpunan yang dicadangkan itu hendak dibuat.
Katanya, Seksyen 9(5) Akta itu pula membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000.00 sekiranya tiada notis awal diserahkan kepada polis sebelum perhimpunan tersebut diadakan.
Peruntukan itu amatlah tidak munasabah kerana kebanyakan himpunan aman rakyat adalah berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku dan memerlukan tindakan yang segera..
Itulah prinsip demokrasi dan hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, menurutnya, tetapi malangnya hak-hak yang masih berbaki sedikit itupun cuba dihapuskan sepenuhnya oleh kerajaan Umno (Barisan Nasional).
Inikah transformasi yang dibangga-banggakan oleh Perdana Menteri atau transformasi yang dibuat hanya untuk mengubah negara menjadi negara diktator dan kuku besi?..
Akta baru itu juga,melarang individu di bawah umur 21 tahun untuk berhimpun secara aman dan ini tentulah merujuk secara khusus kepada para mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian tinggi negara.
Sudahlah para mahasiswa dikongkong teruk oleh AUKU, sekarang akta drakonian yang baru diperkenalkan ini pula meragut terus hak-hak asasi mereka untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman.
Kerajaan BN benar-benar memperlekeh dan memperbodohkan terus keintelektualan para mahasiswa dan mahasiswi kita..
Manakala Seksyen 21(3) akta itu, tegasnya, membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000.00, jumlah yang sangat tidak munasabah berbanding RM2000.00 sekarang, sedangkan kesalahan berhimpun bukanlah satu kesalahan jenayah yang serius.
Banyak lagi peruntukan lain yang tidak munasabah dimasukkan di dalam akta baru itu, manakala segala kelemahan yang berlaku itu disebabkan sikap ego kerajaan yang enggan mendengar pendapat ramai supaya segala undang-undang baru yang hendak digubal yang berkaitan hak-hak asasi rakyat patut dirunding secara konsultasi bersama.
Akta Perhimpunan Aman 2012 wajib di kecam kerana akta tersebut hanya seperti menanam tebu di tepi bibir, manis di mulut tetapi hakikatnya membawa bencana dan mala petaka besar kepada hak-hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Akta ini jelas mengongkong kebebasan rakyat untuk berhimpun dengan sekatan dan syarat-syarat yang amat zalim, tidak munasabah dan tidak pernah difikirkan oleh rakyat yang waras..
Jadi kita menggesa agar kerajaan menarik balik akta itu dengan segera dan berunding dengan rakyat terlebih dahulu sebelum memperkenalkan apa-apa undang-undang yang zalim seperti itu dan menyekat kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.
Kalau kita renungi ucapan Belanjawan Menteri Besar Selangor baru baru ini, kita pun akan bertanya, apa fungsi sebenar SYABAS.
Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.
Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.
Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.
Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.
Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.
Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.
Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.
Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.
Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.
Hebat hebat.
Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.
Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.
Cuma yang saya dengar penyokong tegar Tan Sri Rozali dalam exco adalah Hasan Ali. Tu yang sampai SYABAS boleh "sponsor" Muktamar PAS.
tb
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari hari ini menafikan dakwaan beliau ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu zakat di Selangor tidak diaudit. "Saya tak pernah hentam pengurusan zakat Selangor sebagaimana yang dititahkan," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu kepada FMT hari ini berhubung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam berhubung isu ini.
Minggu lepas beliau memberi komen tentang pindaan kepada enakmen mengenai pengurusan masjid dan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan cara Tuanku menitah para Ahli Dewan Undangan Negeri agar tidak menentang pindaan itu.
"Dua isu itu saya fikir tidak kena di sisi perlembagaan. Ini kerana ia memberi terlalu banyak kuasa dan ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan nama Tuanku. Kuasa mutlak itu termasuk dalam soal pengurusan masjid dan zakat.
"Saya tidak kata zakat di Selangor tidak diaudit. Apa yang saya komen ialah kebimbangan yang wujud ekoran pindaan itu dan ia mungkin berlaku di masa depan," jelas beliau. Tegas beliau, "saya tidak membuat apa-apa tuduhan; saya tidak buat apa-apa komen mengenai kedudukan pengutipan dan laporan zakat itu sekarang.
"Tegasnya saya tidak melakukan apa yang dititah oleh Tuanku semalam. Saya menyatakan kebimbangan di masa depan. Saya tidak membuat tuduhan atau cuba mengelirukan rakyat. "Apa pun saya sedia mengadap Tuanku jika dikehendakki. Saya fikir Tuanku berhak dan perlu mendapat input yang luas dan berbeza.
"Saya telah banyak membuat kajian mengenai institusi beraja. Saya juga membayar zakat dan fitrah di Selangor. Saya mahu zakat diurus dengan baik. Dua perkara ini melayakkan saya membuat komen. "Mungkin ada maklumat yang tidak saya ketahui. Sebab itu saya ulangi saya bersedia mengadap Tuanku jika dititahkan," katanya./fmt
Dalam senario sekarang ini, tiada yang lebih menarik untuk diperkatakan terutama di kalangan pemerhati politik, hinggalah di kedai-kedai kopi, melainkan tarikh pilihan raya umum ke-13Namun sehingga kini, masih belum ada 'pak nujum' politik yang benar-benar dapat meramalkan tarikh tepat bila tarikh pilihan raya yang dijangka sengit ini akan diadakan.Ini kerana ia adalah keputusan mutlak Perdana Menteri untuk mengumumkan apa yang berada dibenak fikirannya.
Menariknya dalam pada pelbagai analisis dibuat oleh bermacam pihak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang, akhbar bahasa Cina, Oriental Daily telah mengemukakan teori yang menarik untuk diperhatikan. Pertama, akhbar berkenaan melontarkan persoalan kemungkinan besar Parlimen akan dibubarkan pada 15 Januari ini.
Kedua, ini kerana menurut akhbar berkenaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan ke luar negara pada bulan Januari. Ketiga, Oriental Daily memaklumkan yang mereka mendapat maklumat cuti kesemua pegawai dan anggota polis dikatakan akan dibekukan pada bulan tersebut
Dan yang paling menguatkan hujah pilihan raya akan diadakan pada tarikh atau bulan berkenaan bila Najib dikatakan sudah hampir pasti tidak akan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland yang dijadualkan berlangsung juga pada bulan Januari. Sesungguhnya spekulasi yang dibuat Oriental Daily ini sekali gus telah menghangatkan semula cakap-cakap mengenai tarikh PRU-13.
Sebelum ini tanggapan ramai pihak yang kononny Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-13 pada 11 November lalu ternyata tidak menjadi kenyataan. Yang pasti apa pun tarikhnya, pembangkang awal-awal lagi enggan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum hingga 'memeningkan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SPR berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. Bagi penulis, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.
Proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa. Kita kena ingat, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.
Malangnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Apapun penulis ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua tukang tilik dan pak nujum pilihan raya ini, tak rugi pun kalau telahan tu tak betul. Cuma rasanya banyak lagi kerja berfaedah yang boleh kita buat daripada asyik memeningkan diri mencari pelbagai teori bila tarikh PRU-13 akan diadakan.
Tarikh 15 Februari yang dicanangkan Oriental Daily itu mungkin betul, mungkin tidak. Biarlah Najib sendiri yang umumkan tarikhnya, yang kita ni, ayuh teruskan kerja!
Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya...
Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari
Addin :
Yang sokong Umnoporno biasanya golongan yang tua kerepot yang mudah di tipu!! Otak berkarat.. budak2 muda sorilah nak sokong pengkhianat agama, bangsa dan negara ni (UMNOporno).
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kadangkala timbul persoalan terutama kepada yang mengaku beragama Islam, kenapakah sukar untuk mengakui, redha, menggunapakai serta menjadi duta Islam menerangkan keindahan hukum Islam kepada masyarakat keseluruhannya? Kebiasaannya mereka yang menentang hukum Islam yang dilihat agak tegas tetapi penuh keindahan ini, samada jahil , atau kerana mereka sendiri terlibat melakukan jenayah seperti yang terkandung di dalam [...]
Artis Catrionas Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.
Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang' itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.
"Saya maafkan mereka," ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.
Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.
Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.
"Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sibuk dengan shooting," ujarnya lagi.
Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.
Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.
Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.
Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.
"Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata," katanya.
Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang
You are subscribed to email updates from PERAKITE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Wan Azizah: Rasuah Umno-BN makin ketara hingga jadi jenaka rakyat
Oleh Mohd Farhan Darwis JOHOR BARU, 26 Nov — Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata skandal dan penyelewengan Umno-BN, yang berkuasa sejak lebih lima dekad lalu, semakin ketara sehingga menjadi bahan jenaka rakyat termasuk dengan sindiran "lembu-lembu kondominium."
'Lembu-lembu kondominium' menjadi rujukan kepada masalah yang menyelubungi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno.
Ekoran pendedahan Laporan Ketua Audit Negara akhir bulan lalu, PKR menjadikan sebagai isu dan ia kini disiasat oleh polis.
Pemimpin PKR mendakwa sebahagian wang itu digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.
"Mujurlah rakyat Malaysia ini kuat berjenaka – bila wang berbilion ringgit dibazirkan membeli peralatan perang terpakai yang tidak berfungsi, rakyat Malaysia berseloroh tentang kapal selam yang tidak boleh tenggelam.
"Bila wang ratusan juta yang sepatutnya sampai kepada penternak hilang di tengah jalan, rakyat Malaysia berjenaka tentang lembu-lembu di kondominium," kata beliau dalam ucapan dasar pada Kongres PKR Kelapan di sini hari ini.
Di bahagian tajuk kecil "Pentadbiran Beramanah", Dr Wan Azizah berkata, muafakat dalam Pakatan Rakyat kian matang dan pimpinan PKR di semua peringkat harus memastikan bahawa ikatan itu kian mantap malah kerjasama intim ketiga-tiga parti harus diadakan di semua peringkat.
"PKR akan teguh dan kukuh bersama Pakatan Rakyat menuntut Islah, reformasi yang murni dan benar serta menolak kezaliman, penindasan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
"Sejak tsunami politik 2008 kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (sebelumnya dirampas secara rakus), kita telah buktikan keupayaan kita membanteras rasuah, melaksanakan tata kelola yang lebih baik dan mampu mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat," kata beliau lagi.
Sebaliknya gelagat Umno-BN, kata beliau, masih di takok lama dengan keanggkuhan dan kerakusan kuasa.
"Malah lebih ketara skandal rasuah dan penyelewengan mereka," kata beliau lagi.
UMNO Upah 'Profesor Kangkung' Pinggir Pejuang Sebenar - Azmin Ali.
PERAK 26 Nov. - PKR menyelar beberapa sejarawan yang sanggup menjadi 'Profesor Kangkung' memutarbelit sejarah demi kepentingan UMNO.
Timbalan Presiden PKR, YB. Azmin Ali mendakwa, tindakan tersebut menggambarkan perbuatan keji UMNO sehinggakan sanggup mendapat khidmat 'pertolongan' UMNO bagi menipu fakta sebenar.
"Pakatan Rakyat harus membakul sampah buku sejarah tulisan profesor kangkong dan menulis semula sejarah dengan fakta tepat dan adil," kata Ahli Parlimen Gombak itu pada sambutan Aidilfitri anjuran cabang Pasir Salak dihadiri lebih 200 orang, semalam.
Azmin turut kesal dengan meminggirkan beberapa tokoh dan pejuang kemerdekaan seperti Dr. Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestamam dan Tok Janggut demi menonjolkan produk UMNO semata-mata.
Azmin berkata demikian selepas menyampaikan hamper kepada 50 orang masyarakat miskin setempat. Turut hadir ke program tersebut termasuklah Osman Abdul Rahman (Ketua Cabang KEADILAN Cabang Pasir Salak merangkap Penyelaras Dun Sungai Manik) dan Abdul Razak Ismail (Penyelaras Parlimen Pasir).
PKR telah memulakan Kongres Parti sejak dari semalam dengan menyatakan ikrar mengisytihar Ketua Umum Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang ketujuh dengan kemenangan cemerlang pada PRU13 kelak.
DI DALAM lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan semalam, dijaja lagi oleh beliau soal penyatuan Umno dan PAS. Nampaknya `gila talak' Umno kepada PAS begitu lama sekali sehingga bersilih ganti PM isu ini masih bermain di bibir pemimpin Umno. Parti sekular ini tiak pernah merasa tebal muka atau malu menagih simpati dari PAS kerana mereka sedar riwayat parti yang banyak menyusahkan orang-orang Melayu dan Islam yang didukungi oleh mereka akan berakhir tidak beberapa lama lagi.
Amat memalukan jika mereka waras, apabila PAS telah bersedia dan sedang berusaha dengan kempen `PAS ganti Umno', Muhyiddin datang dengan tebal muka menyarankan agar dilakukan penyatuan Umno - PAS. Untuk apa? Agama? Jauh sekali.
Penyatuan yang mereka mahukan hanya semata-mata untuk `perut' dan `duniawi'. Muhyiddin jelas menyebut, "Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan. Perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri", kata beliau apabila mengulas mengapa Kelantan dinafikan hak royalti minyak.
Beliau tidak sebut penyatuan itu hendaklah berasaskan Agama Islam yang maha suci. Sedangkan, PAS dari awal lagi menyebut bahawa penyatuan Umno - PAS hendaklah berpaksikan Al-Quran dan penyatuan itu mestilah melibatkan rakan sekutu PAS di dalam PR terutamanya PKR yang juga mempunyai pemimpin Melayu dan Islam. Jika Umno dan PAS sahaja bersatu, apa akan jadi kepada parti lain yang juga ramai ahli mereka yang berugama Islam?
Jelas, Umno hanya mahu menjadikan hak royalti minyak sebagai `pertaruhan' untuk penyatuan Umno - PAS. Adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS sanggup tidor sebantal dengan parti sekular yang menolak hukum Islam ini demi kerana `pitih' minyak? Jawapannya sudah pasti tidak. Maka, biarkan sahaja Umno terus `gila talak' sehinggalah sampai masa parti sekutu Apco ini dikuburkan selepas PRU akan datang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
(Oleh: Masdar Wahid) JOHOR BAHRU 26 Nov: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menegaskan wakil rakyat yang bertindak mengkhianati dan keluar dari parti itu sebelum ini, tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.
Perkara itu katanya, dibuktikan apabila Cabang Kulim Bandar Baharu misalnya mencatatkan pertambahan keanggotaan kedua tertinggi bagi tahun ini.
"Ahli Parlimen Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sentiasa diberi ruang oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia, RTM untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
"Adakah ia menjejaskan sokongan parti? jawapannya tidak," katanya menjawab soalan media pada Kongres Nasional yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini.
Mengulas lanjut katanya, pertambahan keanggotaan di cabang itu membuktikan KEADILAN sentiasa diberi kepercayaan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU)-13 akan datang.
Awal pagi tadi, dalam ucapannya, beliau mengumum Cabang Kulim Bandar Baharu mencatat keanggotaan baru seramai 790 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Cabang Tenom yang mencatat 812 anggota baru bagi tempoh sama.
Sijil penghargaan anugerah cabang itu disampaikan sendiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lain-lain cabang yang berjaya mencatat pendaftaran keanggotaan baru dalam 10 cabang tertinggi termasuklah Hulu Selangor seramai 340 orang, Kalabakan (370 orang), Permatang Pauh (395), Gombak (405), Kota Marudu (425), Kapar (446), Serian (673), Kuala Langat (751) dengan Cabang Tenom menyaksikan paling ramai sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 812 anggota.
KEADILAN memiliki 218 cabang dan empat lagi kini bertaraf penaja serta menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).
JOHOR BAHRU 25 Nov: Falsafah pendidikan yang berteraskan kekuasaan politik yang berlaku hari ini hanya melahirkan mahasiswa dan pensyarah pasif serta mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat, kata Mohamed Azmin Ali.
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, budaya Umno yang tidak meraikan kebebasan dan keberanian berfikir serta tidak bercita-cita untuk memastikan anak muda berfikiran kritis dan bebas membungkam dan memasung minda mereka.
Justeru, pencerahan yang membawa maksud perkembangan pemikiran perlu digalakkan, bukan sekadar menjadi generasi penghafal dan mengingat secara teknikal.
"Selari dengan slogan pencerahan, 'sapere aude' iaitu berani menggunakan pemikiran sendiri, kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sintesis yang dilontarkan.
"Keberanian berfikir untuk membongkar pembelengguan jiwa dan minda adalah antara langkah pertama untuk keluar dari segala bentuk eksploitasi manusia ke atas manusia," kata Azmin.
Beliau turut memetik ungkapan pujangga besar Keraton Jawa, Ronggo Warsito yang pernah meramalkan akan tiba satu zaman yang dikenali sbagai 'zaman edan' atau zaman gila.
Ini berpunca dari tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi dalang memastikan Auku (Akta Universitti dan Kolej Universiti) untuk menyekat keapuhan daya fikir yang menjadi senjata membongkar mitos hegemoni Umno.
"Kerana takutkan pensyarah seperti Profesor Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 menyatakan kritikan terhadap pemerintah, maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas.
"Akhirnya kita memiliki generasi muda yang pasif," kata Azmin seraya membacakan sajak terkenal Taufik Ismail, 'Takut 66, Takut 98′.
Justeru tegas Azmin, generasi yang kukuh kekuatan daya cipta serta berani bersaing dan tidak tercabut dari akar budaya akan berjaya.
"Inilah tema sebenar yang harus dibawa oleh sistem pendidikan kita untuk memenuhi cabaran pada masa akan datang," katanya.
Perwakilan: Renung kembali Deklarasi Permatang Pauh
(Oleh: Sidiqin Omar) JOHOR BAHRU 26 Nov: Perwakilan Melaka, Abdul Wahab Ibrahim meminta ahli dan pimpinan KEADILAN supaya merenung kembali Deklarasi Permatang Pauh yang dibacakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Katanya, semangat terkandung dalam deklarasi berkenaan perlu dilaksana dalam gerak kerja parti itu.
"Sebab itu keseluruhan pimpinan di atas perlu luangkan masa untuk buat jadual ke negeri yang belum menang. Di Johor, Umno dah kalah di dua kerusi.
"Ini bermakna Umno paling kuat di Melaka sebab tak pernah kalah. Sebabnya tak pergi ke ceramah dan tak tahu. Bermakna kita menjadi mata dan telinga kepada parti," kata Abdul Wahab dalam usul perbahasan ucapan Presiden di Kongres KEADILAN ke lapan.
Dalam pada itu, beliau yang merupakan bekas pegawai Bank Bumiputera, bertanyakan sama ada Umno pernah memulangkan pinjaman berjumlah RM368 juta dari bank berkenaan.
"Saya ada tanya perkara ini pada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar agar ia dibangkitkan di Parlimen. Saya dulu bekas pegawai di Bank Bumiputra,"
"Umno kata nak pertahankan orang Melayu, tapi Bank Bumiputra pun tak dapat nak pertahankan. Apakah pinjaman Umno yang berjumlah RM368 juta itu telah diselesaikan?" soal Abdul Wahab yang kini berniaga secara kecil-kecilan.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (Bippa), Ahmad Kassim menyarankan supaya budaya dialog dan perbicangan sesama masyarakat disuburkan bagi mengatasi sentimen kaum dan agama di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, cara itu mampu mengekang tindakan Umno yang menggunakan isu kaum dan agama demi kepentingan politik sempit mereka.
"Matlamat akhir budaya dialog ini bertujuan mengharmonikan rakyat pelbagai kaum dan agama dalam negara," katanya dalam menyokong ucapan dasar Presiden.
PELAJAR universiti kini bebas berpolitik setelah Seksyen 15 AUKU 1971 dipinda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan pelajar yang mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara itu semasa membentangkan usul memansuhkan Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Di atas segalanya, kerajaan percaya kepada kematangan dan kebijaksanaan para mahasiswa.
"Dengan itu, bagi menghormati hak Perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi negara yang telah mencapai umur baligh undang-undang atau age of majority, kerajaan akan pinda Seksyen 15 AUKU 1971 bagi membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," katanya.- Kosmo
Ada seseorang bertanya soalan dalam Facebook tentang status gaji para artis yang berlakon atau menjadi model; apakah hasil gaji mereka itu halal atau haram. Mendapat persoalan sebegitu, terasa agak pelik. Mengapa persoalan sebegini dibangkitkan.
Diberitahu bahawa dalam TV 3 baru-baru ini, kononnya berlaku sedikit perkelahian antara seorang ustaz dengan dua orang artis tentang status gaji itu. Ustaz terbabit tetap berkeras menyatakan bahawa gaji artis atau model adalah haram, jika dalam lakonan mereka itu ada unsur yang haram, seperti membuka aurat dan seumpama dengannya.
Secara peribadi, aku menganggap bahawa tindakan menyatakan hasil atau gaji artis yang bekerja dalam bidang lakonan atau nyanyian atau model yang membuka aurat sebagai haram secara mutlak adalah satu tindakan yang gopoh, dan tidak sepatutnya berlaku.
Mengapa aku menyatakan demikian? Mari kita perhatikan dari sudut penghujahannya.
Pertama;
Hukum haram itu, tidak boleh dilihat dari satu bentuk sahaja. Ini kerana, dalam pengajian ilmu usul fiqh dan maqasid syariah, hukum haram itu hendaklah dilihat kepada dua bentuk, iaitu haram mutlak dan haram liwasfih (melayu : haram berfaktorkan sifat). Lalu, haram liwasfih ini terbahagi pula kepada dua pula, iaitu haram liwasfih al-mujawir dan haram liwasfih al-lazim.
Maksud haram mutlak adalah sesuatu itu adalah haram yang tidak ada ruang untuk menyatakannya sebagai halal. Ia seperti Allah SWT mengharamkan makan daging babi yang termasuk juga tulang dan segala-gala yang berkaitan dengan babi. Dengan erti kata lain, pengharaman makan daging babi itu adalah haram mutlak.
Adapun maksud dengan haram liwasif al-mujawir adalah pengharaman terhadap sesuatu berfaktorkan sifat. Dan sifat tersebut pula, boleh direnggangkan. Contohnya adalah pengharaman solat dengan memakai pakaian curi atau berpuasa nazar pada satu syawal.
Hukum solat dalam keadaan pakaian curi adalah haram, tetapi perbuatan solat itu adalah sah. Serupa juga hukum menunaikan puasa nazar pada satu syawal, yang mana hukum puasa itu adalah sah, tetapi perbuatan berpuasa pada satu syawal itu adalah haram.
Berpuasa dan solat itu adalah amalan yang baik. Tetapi, memandangkan ada sifat yang tidak baik (haram) berdempek dengan amalan tersebut, maka ia dikira sebagai haram juga. Dengan erti kata yang lain, hukum solat itu adalah halal; hukum berpuasa itu adalah halal, ekoran itu puasa dan solat itu adalah sah. Tetapi, solat itu dilakukan dalam keadaan memakai pakaian curi, maka haramnya pada sifat curi itu. Begitujuga pada puasa yang dilakukan pada satu syawal. Dengan maksud, puasa itu adalah halal, ekoran itu ia adalah sah. Tetapi, puasa itu dilakukan pada satu syawal, maka haramnya itu pada satu syawal tersebut.
Adapun hukum haram liwasfih al-lazim pula adalah haram pada sifat. Sifat tersebut pula, tidak boleh berenggang langsung, tidak sepertimana pada haram liwasfih al-mujawir. Ia diumpamakan seperti hukum haram riba.
Riba merupakan sifat kepada jual beli. Tetapi, apabila disebut riba, mesti ia berkaitan dengan jual beli, sedangkan tidak semua jual beli itu adalah riba.
Kedua;
Memahami perkara ini, cuba kita perhatikan pula kepada hukum hasil kewangan yang terhasil oleh para artis yang berlakon yang mempunyai unsur yang tidak sepatutnya seperti buka aurat dan seumpamanya, seperti filem Tahajud Cinta, ayat-ayat cinta dan banyak lagi filem-filem yang lain.
Hukum berlakon tidak haram. Tetapi, dalam lakonan tersebut ada unsur maksiat seperti buka aurat dan seumpama dengannya. Ini dapat difahami bahawa haram yang dimaksudkan disini adalah haram liwasfih al-mujawir, bukan haram mutlak.
Dengan erti kata yang lain, duit yang terhasil dari lakonan itu adalah halal, tetapi perbuatan membuka aurat itu adalah haram. Makanya, unsur buka aurat itu wajib diberikan teguran dan ia tidak memberi kesan kepada penghasilan dari lakonannya, sepertimana sahnya puasa nazar, waima dilakukan pada satu syawal sekalipun.
Ia berbeda dengan lakonan bagi filem lucah. Ia adalah haram liwasih al-lazim. Dengan maksud, pengharaman tersebut memang dilihat pada sifat, tetapi sifat (lakonan lucah) itu tidak boleh berenggang dengan filem terbabit. Dalam bentuk ini, barulah duit yang terhasil dari lakonan itu adalah haram.
Dari penghujahan ini, aku mengira tindakan Ustaz terbabit yang amat mudah mengatakan duit gaji artis itu sebagai haram tanpa mengklasifikasikan bentuk-bentuk haram ini terlebih dahulu merupakan tindakan yang tidak cermat, dan sepatutnya ia tidak berlaku langsung.
HUJUNG bulan ini Umno akan mengadakan perhimpunan agung tahunannya kali ke- 62 Kerana perhimpunan ini adalah berdekatan dengan pilihan raya umum ke-13 tentulah ia akan memberi fokus lebih kepada pilihan raya.
Perwakilan Umno seramai 4,500 akan berbahas dan mengemukakan apa-apa saja idea, pandangan dan cadangan untuk memastikan Umno menang besar dalam pilihan raya nanti. Pilihan raya ke-13 menjadi ibu segala pilihan raya kepada UBN - bakal menentukan perjalanan masa depan apakah terus atau terhenti! Pilihan raya ke-13 pasti akan menjadi perhatian dunia.
Hajat utama Umno ialah menang dengan mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Kegagalan UBN berbuat demikian adalah keaiban paling besar buat parti tersebut. Tidak mustahil UBN akan terpaksa surrender sebelum cukup tempoh penggal parlimen ke-13 sekiranya parti itu gagal mendapat majoriti 2/3. Apa lagi kalau UBN gagal merampas balik Selangor dan Kedah ia akan mempercepatkan untuk Umno kibar bendera putih. Kalaulah menang.
Hajat lebih besar serta terdesak dari itu ialah untuk merampas balik Selangor dan Kedah yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu. Untuk itu saya yakin Umno akan mengatur tektik dan strategi khusus untuk kedua negeri berkenaan. Tidak mustahil kalau pilihan raya ke-13 ini 'berjeluah' dengan kejebatakan dan kejahatan.
Mungkin manifesto khas dikeluarkan untuk negeri-negeri yang menjadi fokus itu. Walaupun hajat sama ada terhadap Kelantan tetapi hati kecil Umno mengakui ia masih sukar. Kenyataan untuk merampas Kelantan setakat ini hanya sebagai mimpi saja. Umno Kelantan masih tercari-cari siapakah tokoh paling layak untuk mengambil alih tempat Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Keserabutan dan perebutan untuk menjadi calon di kerusi tertentu di beberapa kawasan boleh menyebabkan momentum yang baik untuk Umno menang akan musnah. Politik cas keting masih berlaku di Kelantan. Golok dan parang untuk memacung di antara satu sama lain sedang bergemerciangan diasah dan dikilir.
Berlainan dengan Terengganu nampaknya dengan senang Umno boleh menggulung Pas seperti menggulung tikar buruk sekiranya Pas tidak bangkit melakukan perubahan. 'Kewakyahan' menteri besar Terengganu Mat Said hari ini tidak diambil kesempatan sepenuhnya oleh Pas. Pas Terengganu seakan hilang akal bagaimana hendak merebahkan UBN.
Justeru ada sesuatu perkara yang besar dan penting yang perlu dilakukan Pas Terengganu kalau mereka mahu memakan telor penyu pada pilihan raya ke-13 nanti. Pengorbanan besar di kalangan pemimpinnya harus dilakukan. Peminat apa yang saya namakan sebagai pemimpin Van C twenty perlu berkorban. (Akan diulas di lain masa).
Di sini saya hanya akan mengulas mengenai peluang Umno di Kelantan saja. Saya ingin menabur idea sedikit kepada Umno Kelantan sekiranya mereka benar berhajat untuk menggulung tikar penguasaan Pas Kelantan dan menyandarkan di batang sejarah. Harap Mustapa Mohamed mendengar dan berani mengambil tindakan ke atas cadangan saya ini. Ia bukan memerlukan modal besar dan kewangan yang banyak. Ia hanya memerlukan kebernanian dan politik yang rasional.
Apa yang saya maksudkan ialah Umno Kelantan harus mengubah pendekatan politik mereka. Politik bebal dan ego yang diamalkan Awang Adek Hussein yang bukan saja tidak mahu menyokong agar royalti minyak diberikan kepada Kelantan, tetapi poster kempen royalti juga ditolak dan ditekis hendaklah ditohok jauh dari hidup Umno. Sudah sampai masanya Umno mengambil pendekatan terbuka dan ikhlas kepada rakyat Kelantan. Politik peninggalan Mahathir Mohamad yang menganiayaan Kelantan berpuluh tahun perlu disingkirkan.
Sikap mementingkan diri sendiri menerusi parti tidak wajar diamalkan lagi. Kenapa pemimpin Umno Kelantan tidak menyokong supaya royaliti minyak diberikan ialah kerana mereka lebih mementingkan diri dan perut sendiri. Kalau mereka meletakkan kepentingan rakyat Kelantan di hadapan mereka akan menyokong agar royalti diberikan. Mereka akan mengangkat sepanduk mendesak Ha Najib memulangkan wang dan hak rakyat Kelantan menerusi instrument undang-undang sepatutnya.
Mustapa sendiri kena ubah sikap dan pendekatan. Sebagai ketua beliau harus berfikir untuk rakyat bukan untuk parti dan diri sendiri. Beliau kena putarkan kepalanya ke arah lawan jam bukan mengikut denai dan lorong yang diamalkan selama ini. Beliau harus berani mencipta sejarah dan bukan hanya membaca sejarah. Orang Umno lain juga perlu bersikap dinamik dalam hal ini.
Makanya di dalam perhimpunan Umno hujung bulan ini Umno Kelantan harus berani merombak paradigma lama yang lapok dan menyebabkan parti itu tidak polpular di kalangan rakyat Kelantan. Untuk tujuannya ini hendaknya Mustapa akan berani membuat keputusan mendesak atau pun membenarkan kerajaan Pusat memberi royalti kepada Kelantan secara jujur dan ikhlas.
Kalau Mustapa sendiri merasa malu alah untuk bercakap, beliau boleh beri green light kepada kepada perwakilan lain untuk melontarkan cadanagan itu. Mereka yang dilantik menjadi jurucakap Umno Kelantan perlu diberikan keizanan untuk mereka menjadi berani dan kurang ajar meminta Ha Najib memberikan royalti minyak kepada kerajaan Kelantan bukannya menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atas nama wang ehsan.
Tindakan dan keberanian seperti itu menyalahi adat. Tetapi saya yakin dalam berdepan dengan rakyat Kelantan dan pengundi berpendidikan mereka suka dan menerima cadangan dan keberanian itu satu transformasi terbaik oleh Umno. Politik menghukum, mendenda membalas dendam sudah tidak sesuai lagi dizaman manusia lain sudah berani dan memiliki ilmu untuk hidup.
Saya rasa jurucakap Umno Kelantan nanti tidak akan segan silu untuk membuat desakan dan permintaan. Dalam hal ini orang paling layak ialah Mohamad Alwi Che Ahmad (foto). Serahkan kepada Mohamad Alwi. Lagi pun selama ini beliau menampakkan akan politik terbuka dan rasional. Walaupun dalam hal tertentu beliau bersetuju tindakan politik menghukum rakyat Kelantan diamalkan di zaman regim Mahathir turut dibencinya. Apakah Mustapa berani membuat keputusan dan mengambil risiko ini? Iya kalau Mustapa seorang pejuang tulen dan anak jantan beliau tidak ada masalah untuk menerima idea ini demi kebaikan Umno juga.
Saya cukup optimis perkembangan dan senario baru politik Kelantan selepas perhimpunan agugn Umno akan dapat disaksikan kalau cadangan ini menjadi realiti dalam perhimpunan agung Umno kelak.
Najib disalahkan: Sengketa dalaman Umno mengeruhkan PRU-13
Vladimir Putin telah digambarkan sebagai lelaki yang membawa kebanggaan kembali ke Rusia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet di bawah Gorbachev. Beliau yang dikeluarkan dalam gambar rasmi kerajaan, menunjukkan fizikal, imej macho, menunggang kuda dan berenang di Sungai Moscow yang sejuk. Tetapi baru-baru ini, beliau dicemuh oleh sebahagian besar penonton 20,000 lebih apabila beliau masuk ke dalam gelanggang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang siaran perjuangan seni mempertahankan diri yang ganas secara langsung di TV di seluruh negara.Tidak menghairankan, berlakunya penutupan berita untuk mengawal kerosakan dan melindungi beliau dari publisiti negatif.
Parti pemerintah Putin, United Russia akan melalui pilihanraya parlimen dalam masa dua minggu, dan walaupun beliau sudah pasti menang, sebenarnya populariti beliau telah melendut. Itulah mengapa apa jua cara dan kaedah yang digunakan penasihat perhubungan awam itu untuk meningkatkan imej tidak benar-benar bekerja seperti mana yang dihasratkan.
Begitu juga untuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak. beliau juga telah cuba untuk memperbaiki imej beliau di peringkat tempatan dan global, menggunakan beberapa pasukan perunding imej profesional yang mahal pada kos yang besar kepada pembayar cukai. Tetapi dari APCO hingga Media FBC ataupun pasukan bekas imej Tony Blair, tiada satu pun yang mampu untuk melakukan perkara yang mustahil, iaitu menukarkan katak menjadi Putera. Sebaliknya, usaha mereka telah menjadi bencana terang-terangan - menjadikan Najib dan Malaysia sebagai mangsa lawak golongan diplomatik, yang kagum dengan egonya yang besar.
Walaupun Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjaya ke tahap tertentu dalam menggambarkan diri mereka sebagai lelaki yang dinamik yang boleh diharapkan untuk melakukan perkara-perkara yang baik, perkara-perkara yang perlu untuk kebaikan orang negara mereka, Najib masih dilihat sebagai seorang pemimpin yang berparut skandal dan rasuah, bertukar-tukar fikiran dan bersedia untuk menggunakan kekerasan bagi berpaut kepada kuasa.
Kadang-kala, tidak ada berapa jumlah cat pun yang boleh menutup wajah yang cacat. Najib harus mengakui bahawa sebahagian besar daripada ketidakupayaannya untuk menang pada permainan persepsi adalah disebabkan oleh hakikat bahawa beliau lemah, ragu-ragu dan tidak tegas dengan isu-isu kritikal yang terlalu banyak. Ini adalah fakta-fakta yang sedih dan kenapa rakyat Malaysia perlu membenarkan dia untuk terus mencurahkan wang hasil titik peluh mereka ke dalam longkang untuk menutup kegagalan peribadi dan profesional sendiri!
Terlalu sibuk
Walau bagaimanapun, ia tidak nampak seperti Najib akan berhenti. Beliau telah sibuk dengan meningkatkan imej sehingga mengabaikan keadaan ekonomi negara dan kebajikan rakyat. Malah pemimpin-pemimpin tertinggi dalam parti Umno berfikir bahawa beliau telah mengabaikan mereka, terlalu sibuk dengan perjalanan-perjalanan ke luar negara hingga ramai rakyat Malaysia tidak dapat melihat beliau lebih dari seminggu di Malaysia pada satu-satu masa.
Pada masa kini, rakyat Malaysia tahu betapa marahnya bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada Najib. Bekas Presiden Umno itu masih sangat kuat dan nampaknya telah kehilangan semua kepercayaan pada Najib, baru-baru ini beliau mencerca Najib kerana terlalu sibuk untuk "menetapkan" semua perkara salah dalam UMNO. Dan kita semua tahu berapa banyaknya kesalahan dalam UMNO! Mahathir terus mengatakan bahawa sebagai hasil daripada pengabaian, UMNO telah menjadi begitu lemah dan tidak mampu untuk meningkatkan imej sehingga sekarang telah berbaik dengan kumpulan-kumpulan perkauman seperti PERKASA untuk menjadi kukuh sekali lagi.
Logik yang pelik? Tetapi itu adalah Mahathir sebenarnya. Beliau adalah seorang yang muktamad. Beliau katakan apa yang beliau mahu kata, pastikan semua orang tahu apa yang beliau katakan dan bahawa beliaulah orang yang mengatakannya. Dan bukan saja itu, beliau hanya katakana apa yang akan memberi manfaat kepada rancangannya!
Walau bagaimanapun, kisah panjang dan pendek tentang apa yang berlaku selepas Mahathir membuat komen "terlalu sibuk" kepada Najib dalam temu bual dengan akhbar Utusan adalah jelas kepada semua. Ia menghancurkan keyakinan pasukan Najib, dengan sepupu Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein cuba untuk mempertahankan beliau, manakala saingan Najib dalam UMNO - timbalannya Muhyiddin Yassin - bersetuju dengan Mahathir. Ya, terdapat banyak buah busuk dalam UMNO tetapi ia boleh dibaiki (sudah tentunya oleh beliau, itulah implikasinya!).
Huru-hara lebih teruk di dalam BN
Sesungguhnya sebagai media BN, terutamanya Star, suka menuding dan menuduh Pakatan Rakyat kerana tidak pernah dapat bersetuju dan sentiasa bersengketa dengan satu sama lain, ia sebenarnya dalam BN di mana huru-hara terbesar dan pertelagahan dalaman sedang berlaku. Ia amat sengit dalam UMNO, dengan calon saingan berentap dengan satu sama lain di Terengganu, Negri Sembilan, Perlis, Perak dan Selangor disebabkan kerusi, kedudukan dan bagaimana untuk membahagikan harta rampasan permainan politik ini.
Parti seterusnya yang paling bermasalah ialah sudah tentu MCA, kini di bawah Chua Soi Lek yang dicemari skandal. Bahawa ia telah melalui dua pecah-belah EGM tidak membantu untuk mendekatkan jurang antara puak yang dipimpin oleh pemimpin lama seperti Ong Ka Ting dan Ong Tee Keat. Sebaliknya semua sedang menunggu untuk isyarat yang tepat untuk menumbangkan Soi Lek, yang mereka semua tahu mesti berhenti kerana skandal DVD seks itu adalah liabiliti terlalu besar kepada masa depan parti.
Sama juga dalam Gerakan, di mana semua sedang menunggu untuk membuang Presiden tempang Koh Tsu Koon dan kroninya. UMNO tidak yakin dengan Tsu Koon hingga UMNO mahu membuat keputusan berkenaan Gerakan.
Tetapi nampaknya Najib, Soi Lek, Tsu Koon dan pengikut terkuat mereka lebih rela mati daripada mengakui ini. Soi Lek percaya beliau boleh memerintah MCA selama-lamanya kerana beliau mempunyai kawalan ke atas media yang paling berkuasa untuk memutar berita palsu bagi pihaknya – iaitu The Star dan cabangnya yang pelbagai termasuk stesen radio bahasa Cina yang popular. Tetapi seperti Najib dan UMNO, Soi Lek dan MCA tidak mungkin lebih silap.
Mengapa? Kerana di bawah semua rupa, mesti ada isi. Orang ramai bukannya bodoh. Mereka boleh diperbodohkan kadang-kala tetapi bukan selalu!
Perkara Sebenar!
Lihatlah Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, beliau mungkin kelihatan seperti seorang tokoh populis yang tahu bila dan bagaimana untuk mendebar-debarkan dadanya untuk memenangi hati pengundi nasionalis. Tetapi jangan silap, beliau juga seorang pengurus ekonomi yang sangat arif dan, bagi orang ramai, reformis kebenaran yang inginkan Turki untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam bidang ekonomi dan politik pada peringkat global, bermula dengan Eropah.
Berdasarkan laporan majalah Time, sepanjang tempoh Erdogan berkhidmat, pendapatan per kapita di Turki meningkat tiga kali ganda, eksport meningkat empat kali ganda, dan inflasi telah menurun dari setinggi 37% kepada di antara 5% dan 8%. Turki mempunyai ekonomi ke-17 terbesar di dunia, dan Goldman Sachs meramalkan ia akan memecah masuk ke dalam 10 teratas menjelang 2050, dengan mengandaikan semuanya berjalan lancar.
Jadi ya, Erdogan telah berjaya. Beliau dialu-alukan oleh ahli-ahli revolusi dalam kerajaan Spring Arab Mesir, Tunisia dan Libya. Beliau sangat dihormati sehinggakan kata-kata beliau juga sangat bermakna bagi Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Bolehkah Najib dan Soi Lek berani berharap untuk dibandingkan dengan tahap tersebut? Seperti membandingkan kecantikan dengan keburukan, bukan? Kedua-dua rakyat Malaysia ini tidak mempunyai sebarang hasil konkrit untuk ditunjukkan. Kedua-duanya dibelenggu skandal peribadi yang besar. Juga tidak imaginatif, kreatif ataupun mempunyai kualiti asas bagi menginspirasikan kepercayaan dan rasa hormat. Dan ini adalah jujur, menjaga perkataan seseorang, kebolehpercayaan dan amanah.
Berapa ramai rakyat Malaysia benar-benar boleh mengatakan yang mereka percaya atau hormat dengan apa-apa yang telah ditawarkan oleh Najib atau Soi Lek?
Rakyat Malaysia tidak penting bagi Najib
Najib – mempunyai risiko tertinggi - lebih prihatin tentang rupa dan bagaimana beliau akan muncul dalam buku-buku sejarah. Rakan-rakan UMNO-BN dan kroni mereka tidak berminat untuk meningkatkan ekonomi, tetapi seolah-olah lebih berminat untuk menggoyahkan dana negara dengan mengorbankan keperluan rakyat.
Najib tidak pernah menunjukkan kebimbangan sebenar bagi rakyat. Ia adalah terlalu terlalu susah bagi si lembut seperti beliau. Beliau sudah biasa untuk kehidupan yang baik dan lebih suka gaya hidup mewah sehingga beliau lebih daripada cukup kaya untuk menyokong. Dan cuba teka siapa yang harus diterima kasih untuk semua harta benda yang mewah?
Bagi Najib untuk menggulung lengannya dan menangani pelbagai masalah di negara ini adalah tidak sama sekali, bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada isteri beliau Rosmah Mansor. Dia mungkin satu-satunya orang yang boleh membuat beliau bekerja, tetapi ia kelihatan seperti dia lebih suka lorong pantas yang mahal lebih daripada suaminya.
Benar, sekarang, ia harus jelas bahawa pasangan tersebut di Malaysia benar-benar mempunyai kepentingan yang sangat sedikit untuk mengetahui apa yang akan dibuat Ali, Ah Chong dan Muthu dan keluarga mereka berasa sedikit lebih selamat dan lebih makmur. Sudah tentu, sebaliknya ia kelihatan seperti Najib dan Rosmah, UMNO dan BN lebih berminat untuk mengetahui bagaimana mereka boleh menjadikan diri mereka lebih selamat dan makmur!
Sememangnya pentadbiran sesebuah negara mempunyai tiga tiang utama, penggubal undang-undang (legislative), pelaksana undang-undang dan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).
Secara ideal dalam sesebuah demokrasi, ketiga-tiga badan ini harus diasingkan supaya mereka tidak terikat atau pun dipengaruhi antara sesama mereka.
Doktrin pemisahan kuasa atau seperation of powers ini dilihat lebih terlaksana di Ameri Syarikat, walau pun di kebanyakan negara Barat dan negara-negara lain yang matang demokrasi, di mana ketiga-tiga cabang itu dilihat bebas antara satu sama lain, juga turut dilaksanakan.
Di Malaysia, kita mengadaptasikan sistem parlimen ala Westminster yang tidak begitu terpisah tiga anggota pentadbiran tersebut.
Sebagai contoh, seorang Ahli Parlimen yang mencadangkan sesuatu undang-undang juga adalah seorang Menteri (eksekutif) yang akan melaksanakan dan menguatkuasakan undang- undang tersebut.
Demokrasi terpimpin atau suara rakyat?
Secara idealnya, wakil-wakil rakyat ini harus membawa bersama mereka aspirasi dan keinginan rakyat di dalam dasar penggubalan undang undang baru. Menteri pun seharusnya begitu, apatah lagi seorang Perdana Menteri yang mewakili aspirasi dan keinginan bahagian majoriti dalam sesebuah negara.
Itulah perdebatan sepanjang zaman atau pun retorik golongan politkus konservatif terhadap golongan politikus liberal, bahawa mereka bukanlah pemimpin tetapi hanya pengikut golongan majority. Oleh itu mereka dikatakan tidak layak memimpin masyarakat.
Jika membawa persoalan ini ke dalam konteks Malaysia, itulah persoalannya. Pemimpin yang perlu berfikir untuk kita, atau pun pemimpin harus bertindak mengikut kehendak rakyat?
'Demokrasi terpimpin' atau pun 'suara rakyat'? Leaders know best or people know best?
Tidak dinafikan bahawa mereka yang menyertai arena politik negara terutamanya kelas atasan dalam susun atur struktur parti politik masing-masing adalah golongan yang cerdik pandai. Biasanya mereka lulusan unversiti, golongan profesional, golongan ilmuwan; kesimpulannya, 'cerdik pandai'.
Ia bukan kebetulan bahawa empat daripada enam Perdana Menteri kita mempunyai latar belakang undang undang, dan juga seorang doktor.
Namun demikian adakah mereka berhak untuk berkata bahawa mereka lebih tahu segala-galanya dari kita? Perlukah kita dengan 'demokrasi terpimpin'?
Pemimpin lebih bijak dari rakyat?
Perlukah kita dengan sistem para 'cerdik pandai' yang kononnya lebih bijak daripada rakyat yang kurang cerdik untuk menentukan arah hidup dan hala tuju masyarakat kita?
Rakyat sudah jemu diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin negara. Namun demikian kerajaan pada hari ini masih gagal dalam mendengar hati nurani dan aspirasi rakyat.
Bagi golongan muda, mereka hairan bercampur marah dengan alasan alasan para menteri yang mahu terus mengekalkan undang-undang yang menyekat kebebasan pelajar, pensyarah dan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Adakah itu kemahuan rakyat, yakni mereka yang berada di dalam kampus dan mereka yang berada di luar kampus menanti orang di dalam kampus yang bakal memimpin rakyat?
Setelah kejayaan besar perhimpunan aman Bersih 2.0, Perdana Menteri berjanji untuk lebih terbuka dan adil. Rakyat menarik nafas lega.
Namun, dalam sekelip mata, amalan lapuk yang anti-kebebasan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, sekali lagi dilakukan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Jelas beliau sekali lagi berbohong dengan memperkenalkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang lebih teruk daripada Akta Polis yang selama ini menyekat hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Inikah aspirasi rakyat? Kita melihat bahawa sejak dari dahulu hingga kini, kerajaan bertindak lebih opresif mengekang rakyat daripada mengikuti kemahuan dan keperluan rakyat. Segala perkara mereka buat sesuka hati, bukan memikirkan tentang keperluan rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan parti masing masing.
"Kami lebih tahu dari anda"
Sikap ini berpunca dari sifat angkuh "kami lebih tahu dari anda" yang diamalkan kerajaan sejak Merdeka, sama seperti warisan penjajah yang tidak menghormati anak-anak negeri. Rakyat dikelentong dengan janji-janji palsu, malah di Dewan Rakyat pun mereka berani berhobong walhal segala maklumat mudah didapati.
Inilah sikap kepimpinan zaman Perang Dingin yang masih menyangka internet dan kemajuan teknologi maklumat belum dicipta dan dikembangkan. Dengan sikap itulah tertimbulnya ideologi 'demokrasi terpimpin' yang lahir daripada perasaan elitis di mana mereka fikir bahawa mereka lebih tinggi darjat dan kedudukan daripada rakyat.
Kepimpinan negara dan negeri serta para pemimpin politik harus sedar bahawa mereka sebenarnya tidak lebih pandai dari rakyat. Kerajaan bukan bos atau tuan kepada ibu pertiwi. Kerajaan hanyalah pekerja atau paling tinggi pun sekadar pengurus untuk rakyat.
Rakyatlah pemilik sebenar negara ini. Pemimpin harus menurut keperluan rakyat. Pemimpin hanyalah wakil kepada kepada perasaan, jiwa, keinginan, dan aspirasi rakyat, bukannya rakyat yang harus mengikuti kehendak dan kegelojohan pemimpin.
Rakyat yang membayar gaji, elaun, percutian pemimpin kerajaan, dan segala yang kerajaan berikan pada rakyat adalah hak mutlak sebagai warganegara. Oleh itu, janganlah pemimpin kerajaan pandai-pandai mengatakan rakyat tidak tahu bersyukur apabila rakyat tidak bersetuju dengan pemimpin.
Pemimpin jujur tidak akan lari dari rakyat
Para pemimpin tidak perlu takut kepada rakyat. Mereka yang takut kepada rakyat biasanya ada sesuatu yang mahu disembunyikan, ada muslihat jahat dan mungkin benci kepada rakyat yang mereka pimpin.
Justeru, hapuskanlah undang-undang dan dasar yang mencengkam kebebasan rakyat. Dengarlah cakap rakyat sebagai pendokong tamadun Malaysia.
Jangan bohongi mereka yang jahil dengan mengatakan bahawa hak asasi manusia dan demokrasi itu merupakan senjata untuk menghancurkan ummah. Rakyat, terutamanya orang Melayu, semakin sedar bahawa Islam itu membawa ummah keluar dari kegelapan, dari penindasan, dari kekangan hak asasi.
Para pemimpin kerajaan, jangan cuba memperbodohkan dan memperlekehkan kuasa, kemampuan, dan bakat rakyat. Bersikap jujurlah kepada rakyat dan bawa harapan rakyat secara ikhlas.
Tidak perlu berbelanja besar untuk pakar media, tidak perlu mencipta slogan, membuka kedai, memperkenalkan klinik untuk beri ubat penahan sakit. Memadai sekadar mendengar aspirasi rakyat dan melaksanakannya untuk memastikan rakyat benar-benar diutamakan.
Sesungguhnya, para pemimpin lebih memerlukan rakyat berbanding rakyat menagih kepimpinan mereka. – Roketkini.com
Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini IH ingin berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.
Kaum lelaki pula jangan menganggap enteng pasal aurat. Kali ini kita berkongsi artikel mengenai kesalahan-kesalahan dalam berpakaian lelaki pula. Semoga bermanfaat.
1. Isbal.
Isbal iaitu menurunkan atau memanjangkan pakaian hingga di bawah tumit. Larangan isbal bersifat umum untuk semua jenis pakaian seperti seluar panjang, kain pelikat, gamis atau pakaian lainnya. Ironinya, larangan ini dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam, padahal dalam pandangan Allah ia merupakan masalah besar.
Rasulullah SAW bersabda: "Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka." (HR. Al-Bukhari, shahih).
Ancaman bagi musbil (orang yang melakukan isbal ) dengan Neraka tersebut sifatnya adalah mutlak dan umum, baik dengan maksud takbur atau tidak. Jika isbal tersebut dilakukan dengan maksud takbur maka ancamannya lebih besar.
Nabi SAW bersabda:
"Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur." (Muttafaq Alaih, shahih).
Dan secara tegas Nabi SAW melarang kita kaum lelaki melakukan isbal. Beliau SAW bersabda:
"Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan." (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).
Hadis di atas memberi kata putus terhadap orang yang beralasan bahawa memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki dibolehkan asal tidak kerana sombong. Ini adalah alasan batil dan dicari-cari untuk membenarkan kebiasaan mereka yang menyalahi sunnah.
Hadis di atas dengan tegas memasukkan perbuatan isbal sebagai sikap sombong, apatah lagi jika memang berniat untuk sombong. Maka jelaslah ancamannya sangat berat. Dan fakta menunjukkan, lelaki yang musbil itu, memanglah pada umumnya untuk bergaya yang di dalamnya ada unsur bangga diri dan sombong. Buktinya kebanyakan mereka menganggap kekampungan, kolot serta melecehkan saudara-saudara mereka yang mengenakan pakaian di atas mata kaki, padahal itulah yang diperintahkan syariat.
Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.
Namun hakikatnya, yang dipraktikkan umat Islam di zaman ini adalah sebaliknya.
Lelaki memakai pakaian hingga di bawah tumit, sedang wanita pakaiannya jauh di atas tumit.
Naudzubillah, dan kepada Allah kita memohon keselamatan
2. Mengenakan pakaian nipis dan ketat.
Dalam kaca mata syariat, jika bahan-bahan pakaian itu sangat nipis sehingga menampakkan aurat, lekuk-lekuk tubuh atau sejenisnya maka pakaian itu tidak boleh dikenakan.
Perkara ini berdasarkan firman Allah Taala:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan." (Al-A'raf: 26).
Tetapi jika pakaian itu tidak menampakkan aurat dan lekuk-lekuk tubuh maka hal itu tidak mengapa. Namun jika pakaian itu menyerupai dan menunjukkan identiti pakaian orang kafir maka ia tidak dibolehkan.
Dan kebiasaannya lelaki yang body builder, kaki gym memakai baju ketat untuk menunjukkan ototnya yang berketul-ketul itu.
3. Mengenakan pakaian yang menyerupai pakaian wanita.
Di antara fitrah yang disyariatkan Allah kepada hambaNya iaitu agar lelaki menjaga sifat kelelakiannya dan wanita menjaga sifat kewanitaannya seperti yang telah diciptakan Allah. Jika hal itu dilanggar, maka yang terjadi adalah kerosakan hidup di masyarakat.
Dalam hadis shahih disebutkan:
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki." (HR. Al-Bukhari).
Sebagian ulama berkata, 'Yang dimaksud menyerupai dalam hadis tersebut adalah dalam hal pakaian, berdandan, sikap, gerak-geri dan sejenisnya, bukan dalam berbuat kebaikan.' Kerana itu, termasuk dalam larangan ini adalah larangan mendandan rambut, memakai anting-anting, kalung, gelang kaki dan sejenisnya bagi lelaki, sebab perkara-perkara tersebut adalah kekhususan bagi wanita.
Rasulullah bersabda:
"Allah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud, Shahihul Jami' , 5071) .
4. Mengenakan pakaian mengikut trend.
Sebahagian umat Islam, terutama remaja sering tergila-gila dengan fesyen pakaian yang sedang menjadi trend atau pakaian yang dikenakan oleh para artis dan idola mereka. Seperti pakaian bergambar penyanyi, kumpulan-kumpulan muzik, botol dan cawan arak, gambar-gambar makhluk hidup, salib atau lambang-lambang kelab-kelab bolasepak dan organisasi-organisasi non Islam, juga slogan-slogan kotor yang tidak hormat dan kebersihan diri, yang biasanya ditulis di belakang t'shirt dengan bahasa Malaysia atau bahasa-bahasa asing.
Pada umumnya para pemakai pakaian-pakaian tersebut merasa bangga dengan pakaiannya, bahkan dengan maksud untuk memperoleh populariti kerana pakaiannya yang aneh tersebut.
Padahal Nabi bersabda:
"Barangsiapa mengenakan pakaian (untuk memperolehi) populariti di dunia, niscaya Allah mengenakan kepadanya pakaian kehinaan pada hari Kiamat." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu Umar, hasan).
Imam Asy-Syaukani berkata, 'Hadis di atas menunjuk-kan diharamkannya mengenakan pakaian untuk meraih populariti. Dan larangan tersebut tidak khusus terhadap pakaian untuk populariti, tetapi termasuk juga pakaian yang berlawanan dengan pakaian masyarakat pada umumnya (yang bertentangan dengan agama/etika). Jika pakaian itu untuk maksud populariti, maka tidak ada bezanya antara pakaian yang mahal atau murah, sesuai dengan yang dikenakan orang pada umumnya atau tidak, sebab pengharaman tersebut bergantung (niat) populariti.'
5. Mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.
Seperti memakai seluar pendek atau pakaian sukan lainnya yang menampakkan peha. Aurat lelaki adalah dari pusat sehingga dua lutut.Oleh itu, peha termasuk aurat. Setiap muslim diperintahkan menutup dan menjaga auratnya kecuali di depan isteri atau hamba sahayanya.
Ketika Rasulullah SAW melihat sahabat Ma'mar tersingkap pehanya, beliau SAW bersabda:
"Wahai Ma'mar, tutupilah pehamu, kerana peha adalah aurat." (HR. Ahmad).
"Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba sahayamu." (HR. Imam lima kecuali An-Nasa'i dengan sanad hasan).
6. Tidak memperhatikan masalah pakaian ketika masuk masjid.
Sebagian orang yang akan menunaikan solat berjemaah tidak peduli dengan pakaian yang dikenakannya. Misalnya masuk masjid dengan mengenakan jenis pakaian sebagaimana disebutkan pada point keempat. Solat adalah untuk menghadap kepada Allah, kerana itu kita harus mengenakan pakaian yang bagus dan indah sebagaimana yang diperintahkan.
Allah berfirman:
"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid." (Al-A'raf: 31).
Disunahkan pula agar kita memakai wangi-wangian ketika hendak ke masjid dan menghindari bau-bauan yang tidak sedap. Demikianlah yang dituntunkan dan dipraktikkan baginda Nabi SAW dan para sahabatnya yang mulia.
7. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa
Apalagi gambar orang-orang kafir, baik penyanyi, seniman, pembesar atau orang-orang terkenal lainnya. Mengenakan pakaian bergambar makhluk bernyawa adalah haram, baik gambar manusia atau haiwan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Setiap tukang gambar ada di Neraka, Allah menciptakan untuknya (dari) setiap gambar yang dia bikin sebuah nyawa, lalu mereka menyiksanya di Neraka Jahannam." (HR. Muslim).
"Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar-gambar." (HR. Al-Bukhari).
Adapun gambar orang-orang kafir maka memakai atau menggunakannya mudaratnya akan semakin besar, sebab akan mengakibatkan pengagungan terhadap mereka.
8. lelaki menggunakan perhiasan emas dan kain sutera.
Sekarang banyak kita jumpai barang-barang perhiasan untuk lelaki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, butang baju, pen, rantai, cincin dan sebagainya.
Dari Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW melihat cincin emas di tangan seorang lelaki, serta merta baginda menngambilnya lalu membuangnya, seraya bersabda:
"Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian mengenakannya di tangannya!' Setelah Rasulullah SAW pergi, kepada lelaki itu dikatakan, 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah!' Dia menjawab, 'Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, kerana Rasulullah SAW telah membuangnya." (HR. Muslim, 3/1655).
Dan Rasulullah SAW bersabda:
"Dihalalkan emas dan sutera itu untuk kaum wanita dari kaumku dan diharamkan keduanya bagi kaum lelaki dari nya." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan An-Nasa'i, shahih).
Wallahualam.
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Audit Negara Ambrin Buang berkata pengendali utama kementerian pada awalnya, Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAT) telah menarik diri dari projek ini, satu langkah yang menyumbang kepada prestasi hambar NFC yang gagal untuk melatih 130 petani bagi projek tersebut.
Carian ke dalam Direktori Perniagaan Australia di Malaysia menunjukkan bahawa LAT mempunyai pejabatnya di Wisma Zelan di Bandar Tun Razak, syarikat kerjasama di Malaysia sejak tahun 2006 dengan aktiviti perniagaan yang melibatkan perkhidmatan ternakan dan ternakan, dan merupakan salah pembekal utama bagi 'National Feedlot Centre'.
Peranan Perunding Australia LAT juga merupakan perunding kepada Kementerian Pertanian (MoA). Ia telah mencadangkan satu cita-cita besar kepada kerajaan Malaysia untuk mentransformasikan industri ternakan tempatan kepada sektor yang moden, berdaya saing dan mempunyai pertumbuhan yang mampan. Matlamat akhir adalah bagi memastikan keselamatan makanan dan sebagai pelengkap kepada pendapatan eksport Malaysia, sambil menambah kepada baki perdagangan. Skop yang dirangkumi amat luas, dari ladang-ladang jagung untuk pengeluaran makanan haiwan, pembiakan, penjagaan kesihatan dan pemasaran untuk ayam, kambing, kerbau, lembu, kuda, babi, rusa dan burung layang-layang, juga menghasilkan tenusu, produk halal berasaskan pertanian. Ia sepatutnya bekerjasama erat dengan badan-badan kerajaan persekutuan dan negeri seperti Jabatan Veterinar, MARDI, FELDA, PORIM, FAMA dan usahawan swasta. NFC telah ditugaskan untuk meningkatkan taraf hidup individu dalam industri ini dan membolehkan mereka untuk mendapat gaji minima sebanyak RM2,500 sebulan. Ladang dan pusat-pusat satelit akan ditempatkan di semua koridor ekonomi di Tersat (Terengganu), Muadzam Shah (Pahang), Mersing (Johor) dan Kelantan. Pusat semasa yang berada di Gemas, Negeri Sembilan tidak diletakkan dalam cadangan tersebut langsung. NFC sepatutnya menjadi pemberat bagi industri daging lembu Malaysia yang aktif dan luas. Dan rancangan tersebut memang mempunyai potensi. Walau bagaimanapun, itu semua adalah sebelum Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terlibat. Tiba-tiba, keadaan berubah. Menjadi semakin teruk. PM 'de-facto' separuh masak (tak matang)
Jika anda telah mengikuti kebangkitan dan kejatuhan Khairy Jamaluddin, anda akan memahami betapa gigihnya Khairy semasa zaman kegemilangannya apabila beliau bukan sahaja menantu perdana menteri Abdullah Badawi , tetapi juga PM "de facto". Sebenarnya, Badawi tidak mampu untuk menggantikan tempat Mahathir. Badawi tidak mempunyai genggaman sewaktu mentadbir negara ini, beliau hanya mahu menunjukkan senyuman riang, berjabat tangan seperti Ratu dan tergesa-gesa ingin tidur - sebaiknya selepas beliau makan Nasi Kandar kegemaran beliau. Oleh itu, pangillah beliau apa yang anda mahu - KJ yang bercita-cita tinggi, KJ pemburu harta, KJ yang oportunis - ia bergantung kepadanya, yang masih 20-an, untuk mentadbir Negara ketika itu. Pengkritik KJ berkata, beliau juga telah menyibukkan diri ketika didakwa meraih semua wang yang boleh dikumpulnya. Seperti vakum pembersih super turbo, beliau dikatakan menyapu bersih segala-galanya yang dilihatnya hingga penasihat DAP Lim Kit Siang tidak tahan lagi dan melabelkan beliau "Jutawan Menganggur".
Bagaimana Shahrizat terlibat
Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil, yang kini seorang senator dan menteri yang dilantik dalam pentadbiran Najib, pada masa itu dibayangi oleh veteran Wanita Rafidah Aziz aka Puan AP atau Permit yang disahkan (bagi kenderaan bermotor). Untuk berada di bawah bayang-bayang Rafidah yang kasar dan suka mengarah adalah tidak mudah sama sekali. Bagi Shahrizat, ia sememangnya status terendah kehidupan politiknya, tiada apa dilakukannya menjadi. Beliau ditewaskan oleh wakil PKR Nurul Izzah Anwar di kerusi parlimen Lembah Pantai yang lama dipegangnya pada pilihanraya umum 2008. Beliau juga tidak lagi memegang banyak kepentingan dalam firma undang-undang lamanya. Suaminya, SallehIsmail, juga pada penghujung kerjaya akademik dan penyelidikannya manakala tiga anak muda mereka tidak memulakan kerjaya mereka sendiri lagi. Malah, keadaan begitu buruk bagi Shahrizat sehingga beliau terpaksa meminta bantuan Badawi. Beliau tidak tahu ketika tetapi nasib beliau akan bertukar menjadi baik. Muhyiddin sebahagian daripada permainan KJ
Muhyiddin, yang telah dicadangkan sebagai alternatif kepada Najib Tun Razak bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila Mahathir Mohamad telah bersara bagi Badawi. Namun, Muhyiddin akhirnya menjadi Menteri Pertanian, yang dilihat sebagai salah satu kementerian bertaraf rendah. Muhyiddin sangat kecewa, lebih-lebih lagi sejak beliau tidak mempunyai kawalan dan tidak mempunyai sokongan yang dijamin dari UMNO Johor. Malah, kedudukan Muhyiddin dalam UMNO agak tidak menentu walaupun sebagai seorang menteri. Beliau bukan ketua UMNO Johor; tetapi Menteri Besar ialah Ghani Othman sehingga sekarang. Muhyiddin perlu mempunyai beberapa pengaruh asas atau sekurang-kurangnya relevan bagi aktiviti UMNO. Untuk mencapainya, beliau terpaksa mencari beberapa jenis sokongan yang kukuh, seperti penaung yang berpengaruh dan broker kuasa. Apabila Shahrizat mendekati Badawi, beliau secara 'semula jadinya' merujuk kepada Khairy, yang terkenal bersikap posesif terhadap sesiapa yang ingin berjumpa dengan ayah mertuanya. Dalam sekelip mata, Khairy melihatnya sebagai peluang keemasan untuk melakukan semua rancangannya sekaligus. MoA di bawah Muhyiddin ketika itu baru hendak memulakan 'transformasi' pertanian; ya, perkataan 'T' adalah popular di Putrajaya walaupun sebelum Najib, PM semasa, mencurinya bagi Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. KJ memanggil Muhyiddin – ianya berlaku begitu saja
Badawi sangat berminat bagi memastikan Lembah Daging Lembu ditubuhkan sebagai legasi kecil sendiri yang berbeza daripada perdana menteri sebelumnya. Ia tidak mudah untuk bersaing dengan Cyberjaya, Putrajaya, Menara Berkembar dan apa sahaja yang merupakan idea Mahathir. Oleh itu, Badawi dikatakan telah meminta Khairy untuk membantu Shahrizat dengan melibatkan beliau dalam projek NFC. Apabila Khairy dikatakan memanggil Muhyiddin, Menteri Pertanian, beliau lebih dari bersedia untuk membantu kerana bantuan jenis ini kepada Khairy dan Badawi boleh meningkatkan masa depan politik beliau dan menambahkan bilangan orang yang terhutang budi dengannya. Sudah tentu, Khairy sebagai PM "de facto", dengan menunjukkan ketaatan, Muhyiddin merasakan beliau juga akan menunjukkan fleksibiliti dan kesetiaan kepada PM masa depan. PM masa depan di sini ialah Khairy, walaupun sekarang, ia adalah sukar jika bukan mustahil bagi membayangkan bagaimana KJ dapat mengisi jawatan tersebut. Menurut khabar angin Umno, Khairy memutuskan bahawa pelan transformasi pertanian mesti dilaksanakan lebih cepat daripada yang dirancang supaya dapat menggembirakan bapa mertuanya. Beliau mengarahkan "skim" yang akan dilaksanakan di negeri rumah asal beliau Negeri Sembilan bagi membawa beberapa pembangunan di sana. Beliau menganugerahkannya kepada suami Shahrizat kerana mengambil cadangan dari LAT sebagai rangka kerja projek. Ia bukan pilihan yang buruk sebenarnya kerana kawasan Gemas-Gemencheh sudah mempunyai beberapa aktiviti pertanian lembu yang sedang berlangsung. Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd tahu apa yang akan berlaku dan mereka tidak perlu untuk terus membazirkan wang, usaha dan masa bagi menjalankan perniagaan pertanian di Malaysia lagi, lalu mereka 'membunuh haiwan ujikaji' dan terus menarik diri. Telah hancur dari mula
Sekarang, bolehkah Malaysia memikirkan mengapa NFC telah ditakdirkan hancur dari mula. Idea di sebalik NFC bukan langsung apa yang dibayangkan pada mulanya. Rancangan asal adalah program menjaga, membesar dan membangunkan industri ternakan berkembang yang dilaksanakan secara profesional dan terperinci. Ia mempunyai cita-cita visi dan misi seperti mencapai matlamat yang telah ditetapkan seperti keselamatan makanan dan membekalkan 40% daripada penggunaan daging lembu negara. Sedih dikatakan, apa yang sebenarnya dibangkitkan akhirnya adalah tentang politik, nyawa politik dan wang – wang yang banyak. NFC adalah alat utama skim dalam skim yang lebih besar di mana kuasa yang dipegang dan wang bertukar tangan. Seperti biasa, graduan Oxford Encik Khairy Jamaluddin fikir beliau sudah melindungi semua sudut. Tetapi semua kuasa di dunia pun tidak boleh menukarkan daging kambing menjadi kambing. Dan ia kelihatan seperti tiada universiti di dunia, tidak kira betapa prestijnya, boleh mengajar pengajaran asas tentang kebaikan sejagat dan balasan. Apabila idea yang lahir dari keinginan yang baik dan positif bertukar menjadi pelan mementingkan diri sendiri, tiada jumlah pembungkusan atau perhubungan awam boleh menyelamatkannya. Ia hanya menunggu masa sebelum plot bertukar menjadi serba salah dan bagi keluarga Shahrizat dan NFC, ia hanya mengambil masa selama 3 tahun yang ringkas untuk impian mereka binasa semula. Kapal Lanun Umno
Selain daripada karma, NFC gagal kerana ia tidak dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan kejayaan. Hanya 'kerja cepat' telah dilaksanakan bagi menunjukkan bahawa kerja telah dilakukan. Hanya bahagian fidlot bagi pelan kompleks telah digesakan di bawah samaran "Projek Berimpak Tinggi". Ia telah dilaksanakan tanpa berfikir banyak dan perancangan yang sepatutnya; NFC telah ditakdirkan hancur dari awal. Sekarang UMNO harus menanggung beban kesan pemimpinnya yang serba kurang. Shahrizat dituduh mengecewakan semua orang dan sangat tidak bersyukur kerana menyusahkan kedua-dua Badawi dan Khairy. Adalah menyedihkan kerana pemikiran itu hanya menunjukkan sejauh mana UMNO telah jatuh ke dalam kerugian dan kebinasaan. Mencuri dan rasuah bebas dianggap sebagai hak mereka. Selagi anda melakukannya dengan betul dan baik dan menyebarkannya, seperti Mahathir dan anak-anak yang telah dituduh melakukannya, maka anda adalah seorang pemimpin yang baik yang layak memegang jawatan-jawatan tertinggi parti, walaupun setinggi jawatan presiden. Tetapi jika anda tidak tahu bagaimana untuk 'lap mulut anda' selepas mengambil 'makanan' haram, maka anda mengecewakan parti. Sekarang, siapa yang menyifatkan Umno sebagai kapal lanun – adakah tuduhan itu tidak adil atau tepat!
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433 kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Pada lazimnya kita tidak teruja dgn sambutan awal tahun hijrah ini. Kita semua teruja dengan sambutan Tahun Masehi. Inilah didikan yg amat berjaya oleh penjajah minda.
Biasanya ramai di kalangan kita membuat azam baru dan ramai jgk yang memperbaharui azam serta niat dan impian harapan yang tidak kesampaian di tahun lepas. Tentunya harapan dan impian itu semuanya baik-baik belaka...tidak ada sebarang azam yang tidak baik. Insya Allah semua harapan, misi yang kita rancang mendapat keberkatan dari Allah Taala.
Sekian kalinya, Laman Nurani masih lagi bersiaran untuk tahun baru ini. Sudah lama Laman Nurani ketandusan posting. Namun Laman Nurani tidak akan pernah padam. Insya Allah.
Saya percaya, kita semua telah bersemangat baru, berwajah baru dan beriltizam baru dengan Tahun Baru Hijrah ini. Jika ahli politik, mereka akan berazam untuk memastikan kemenangan dalam pilihanraya. Jika wakil rakyat, mereka tentu akan berazam untuk memberikan perkhidmatan yg terbaik terus menerus kepada rakyat yang diwakilkannya. Jika dia Perdana Menteri, pastinya dia akan berazam untuk mentadbir negara dengan penuh keikhlasan demi memajukan rakyat dan negaranya. Jika dia seorang pelajar, pastinya dia berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Insya Allah.
Apa jua azam, apa jua harapan, apa jua misi, mestilah ada sekali dengan usaha yang seiring dgn misi serta azam yang ingin dicapai. Usaha tangga jaya.
Syabas kepada semua. Semuga tahun lepas yang kita lalui akan menjadi tauladan kepada kita semua untuk meneruskan pencarian di tahun ini. Insya Allah.
Dabong, 26 November 2011 29 Zulhijjah 1432. 18:50
You are subscribed to email updates from Laman Nurani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawabnya saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.
Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.
Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.
Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.
Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.
Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.
Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.
Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.
Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.
Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.
Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 26 November 2011
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini.
Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan kenyataan Muhyiddin itu jelas menunjukkan Umno BN segaja tidak mahu membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan perbezaan parti antara kerajaan negeri yang berada di bawah PAS dan Kerajaan Persekutuan yang kini berada di bawah BN.
Menurut beliau, pada hal tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.
Katanya, dalam hubungan ini, Kerajaan Persekutuan perlu faham dengan perjanjian antara kerajaan Kelantan dan Petronas itu, tetapi kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan beliau tidak memahaminya.
"Sememangnya amat memalukan jika seorang Timbalan Perdana Menteri tidak memahami perkara itu sehingga tergamak membuat kenyataan sedemikian," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Kelmarin, Muhyiddin dalam sesi dialog pada majlis perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri oleh 1,000 warga pendidik di Pusat Dagangan Kelantan berkata, urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.
Seperti yang dilaporkan media tempatan, beliau berkata, perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri.
"Ia akan mengindahkan jika kita boleh jadi pasukan bersama," katanya dalam reaksi kepada soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan kawasan Limbungan, Zainuddin Awang Ahmad mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan.
Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Muhyiddin itu jelas membuktikan keengganan Kerajaan BN membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, tetapi ia pasti menjadi sebaliknya sekiranya kedua-dua pihak berada dalam satu pasukan.
"Disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, BN sanggup menganiaya rakyat Kelantan sehingga tergamak memejamkan mata dengan perjanjian sah yang dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.
"Pada hal Kerajaan Persetuan tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Ini bukan sekadar satu pelarian tanggungjawab, tetapi juga satu perlanggaran terhadap konsep federalisme," tegasnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang amat kesal kerana sebelum ini Muhyiddin juga pernah mengeluarkan kenyataan yang amat memalukan mengenai bekalan air di Kelantan, dengan mengatakan segala masalah berkaitan dengannya boleh diatasi dengan mudah jika Kelantan dirampas oleh BN.
Muhyiddin dalam kenyataan berkata, punca masalah air di Kelantan itu berlaku disebabkan kerajaan Kelantan tiada wang untuk menyelesaikannya, berbanding Kerajaan Persekutuan yang mempunyai banyak wang.
"Dalam masa yang sama, seluruh rakyat Kelantan khasnya dan rakyat negara ini tahu, Kerajaan Persekutuan sendiri yang sememangnya melakukan pengabaian terhadap bantuan untuk kerajaan Kelantan sehingga kerajaan Kelantan tidak mempunyai banyak wang," katanya.
Itulah sikap sebenar Umno atau Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan, tambahnya, yang sememangnya mencipta pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat Kelantan, termasuk memberikan alasan disebabkan perbezaan parti.
"Pada hal, alasan seperti itu tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali. Sebaliknya dalam masa yang sama, semua orang tahu, segalanya berpunca dari kedudukan Umno BN sendiri yang kini semakin ditolak oleh rakyat, tetapi berpura-pura semakin kuat sehingga Muhyiddin sendiri mengatakan BN boleh mencapai kejayaan cemerlang jika PRU Ke-13 diadakan sekarang," katanya.
Sekiranya benar-benar kuat, tegasnya, Umno BN tidak perlu mencipta alasan itu untuk mengajak PAS bersatu dengannya, tetapi perlu membuktikannya dengan melakukan reformasi dalam pilihanraya di negara ini dengan antara lain melaksanakan 8 tuntutan Bersih.
Walaupun parlimen menarik balik tiga pengisytiharan darurat pada Khamis, peguam Karpal Singh berkata pengisytiharan berkaitan Indonesia dan Konfrontasi masih wujud.
Pengerusi Nasional DAP Karpal Singh hari ini berkata bahawa Malaysia masih dalam keadaan perang dengan negara jiran Indonesia ekoran pengisytiharan darurat 1964 masih belum ditarik balik.
Katanya, pengisytiharan terhadap konfrontasi Indonesia itu tidak termasuk dalam tiga pengisytiharan yang ditarik balik di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menambah, pendirian kerajaan bahawa pengisytiharan secara tersirat ditarik balik dengan lulusnya pengisytiharan 1969 seperti dinyatakan dalam penghakiman Majlis Privi 1978 (Teh Cheng Poh lawan pendakwaraya).
Majlis Privi merupakan mahkamah tertinggi di negara ini pada waktu itu.
Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk mengadakan satu demonstrasi dalam menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.
Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.
"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.
"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).
"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.
Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.
"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.
Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.
Sebelum ini ada yang sms bagitahu PM Melayu itu adalah satu strategi AMK.. Terkejut jugak aku bila dengar strategi macam tu, entah siapalah golongan pemikir Shamsul Iskandar tu.. Nampak lebih racist dari UMNO, mungkin datang dari Biro Perang Saraf UMNO tu,ya lah.. hanya yang datang dari Biro Perang Saraf UMNO saja yang tak boleh melupakan perkataan Melayu bila bercakap.
Nasib baik ada DS Anwar Ibrahim yang membela.. tapi kenapa perlu DSAI pula yang membela? Sebagai Ketua Shamsul Iskandar sendiri sepatutnya yang menjelaskan kepada Media akan kenyataannya itu! Bukan DSAI..
Sebelum korang baca kenyataan DSAI ni aku cadangkan korang baca dulu artikel di (SINI), supaya lebih memahami..
Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri disandang hanya orang Melayu" sekadar cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap UMNO, dan ia bukan pendirian AMK, PKR malah Pakatan Rakyat.
"Sila baca ucapan Ketua AMK. Bukan pendirian Angkatan Muda, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat. Oleh kerana UMNO hanya bicarakan soal Melayu, dia cabar UMNO untuk meminda..." kata Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan dirasmikan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.
Turut ditemani Shamsul Iskandar Mohd Akin di sebelahnya, Anwar berkata, "Yang dia lontarkan itu challenge, cabaran kepada UMNO kerana UMNO bicara Melayu, Melayu, Melayu sahaja. Melayu atasan, bukan Melayu rakyat. Jadi, cabar, pindalah!"
Bagaimanapun, Shamsul Iskandar berdiam diri sepanjang sidang media yang diadakan bersama Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.
Wartawan kemudian melontarkan soalan bahawa "pindaan perlembagaan memerlukan sokongan ahli parlimen Pakatan Rakyat", lantas Anwar menjawab, "Kita tidak akan sokong! Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar UMNO kerana UMNO bicara Melayu sahaja, itu pun kita pertikai, bukan Melayu rakyat. Bukan Melayu bawahan. Melayu atasan."
"Jadi mengapa PKR mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang bersifat perkauman..." Anwar menjawab sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan, "Sebab dia sebut negeri ini hanya Melayu, ketuanan Melayu, dasar untuk Melayu, dia cuba kelirukan masyarakat Melayu. Jadi kita nak kata... itu strategi," beliau terus memperbetulkan, "Itu bukan strategi saya! Ini strategi Ketua AMK."
Wartawan memanjangkan soalan bahawa PKR seharusnya mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang maju ke depan dalam pendemokrasian, Anwar bersetuju, "Betul, itu pendekatan. Ia sebenarnya menunjukkan apakah benar, konsisten...(UMNO). Kalau dia buat begitu, dia tidak akan kerana menang... dalam pindaan kerana kita tidak akan menyokong."
Sekali lagi Anwar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong pindaan perlembagaan tersebut, "tetapi kita nak tengok apakah berani UMNO melakukan apa yang dilaungkan di kampung. Di kampung dia laungkan begitu, kalau begitu kita kata bawa ke parlimen! Tetapi bukan pendirian kita."
Anwar dibanjiri soalan apakah pendiriannya terhadap pendekatan strategi sebegitu, dan sama ada cabaran ini akan ditarik balik, "Tak timbul. Konteksnya apa, if you suggest to the Malay, it's a Malay country, it's Malay leadership, it's Malays' everything, then we challenge you..." Di sini sekali lagi Anwar cuba mengasingkan diri dari Ketua AMK, dengan memperbetulkan ia sebagai cabaran Ketua AMK.
Beliau menegaskan PKR-Pakatan tidak bersetuju dengan pindaan perlembagaan, sebaliknya bersetuju dengan peruntukan perlembagaan yang sedia ada. Bagaimanapun Anwar menambah, pendekatan strategi yang diambil tidak mengubah dasar Keadilan mahupun Pakatan Rakyat.
Sebelum sidang media tamat, Anwar diajukan soalan sekali lagi, seandainya UMNO menyahut cabaran Ketua AMK tersebut, bukankah Pakatan Rakyat akan dilihat tidak berani membela kuasa Melayu, jika mengambil pendirian tidak menyokong pindaan tersebut.
"Kalau you baca ucapan itu, dia kata ini bukan ukuran berkesan untuk membela Melayu. Dalam ucapan itu disebut, selepas cabaran itu, bahawa pimpinan itu mestilah pimpinan yang tidak rasuah, dan menjaga keadilan untuk semua rakyat. Jadi kita cabar, apa yang mereka kempen di kampung itu dia berani ungkapkan di parlimen. Kemudian, kalau dia buat, kita akan jawabnya dengan hujah ini. Kita tidak sokong kamu sebab kamu main sentimen kaum walaupun kaum Melayu tidak dibela."
Ini adalah satu analisa mengenai ucapan Ketua AMK, Shamsul Iskandar yang mencabar UMNO supaya meminda perlembagaan agar jawatan PM hanya disandang oleh orang Melayu..
Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk dibayangkan, apabila Timbalan Presiden partinya datang dengan membawa "semangat zaman (zeitgeist)" dalam ucapan perasmiannya; malah dalam ucapan dasar dirinya memetik bekas Timbalan Presiden yang menekankan "keadilan untuk semua" sebagai prinsip perjuangan parti - namun akhirnya "Perdana Menteri untuk Melayu" pula yang menjadi tumpuan - dalam kongres sayap pemuda sesebuah parti yang mendakwa membawa politik baru dengan melaungkan "Keadilan Untuk Semua".
Untuk berlaku adil kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, cabaran "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri hanya disandang orang Melayu" - sememangnya dilontarkan dalam konteks di mana siri pengkhianatan UMNO terhadap Melayu disenaraikan. Seperti biasa, kenyataan sedemikian akan cuba dipertahankan sebagai "langkah percaturan politik", dan ia telah diakui secara tidak langsung oleh Shamsul sendiri dalam sidang media selepas itu, apabila mendakwa ianya sekadar "cabaran untuk UMNO". Bagi mereka yang masih mahu membela ketua AMK ini, mungkin hanya boleh memberikan alasan "barangkali pengolahannya kurang baik".
Sebelum kita pergi jauh kepada soal idealisme, biar kita kupas beberapa persoalan di sebalik kenyataan ini. Andaikan ini sebagai langkah percaturan politik untuk memerangkap UMNO, apakah ia strategi yang bijak?
Mati dua kali
Pertama, "cabaran sedemikian" semestinya menembak diri di depan komuniti bukan Melayu. Apa tidaknya, AMK mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang lebih bersifat "perkauman", dari kaca mata bukan Melayu. Padahal kebanyakan bukan Melayu akur dengan realiti politik bahawa PM disandang Melayu, cuma, apa perlunya "jaminan perlembagaan"? Pendirian Ketua Pemuda DAPSY Anthony Loke jelas, bahawa ini mungkin bukan masanya PM disandang bukan Melayu, tetapi cadangan untuk menyekat bukan Melayu melalui pindaan perlembagaan semestinya dilihat sebagai langkah undur ke belakang.
Mungkin dari perhitungan Shamsul (gambar kiri), seandainya UMNO tidak berbuat demikian, maka ia mampu membongkarkan kemunafikan UMNO di depan masyarakat Melayu, lantas Melayu sedar dan mengalihkan sokongannya dari UMNO. Jikalau inilah perkiraanya, maka ia jelas naif - kerana UMNO terkenal sebagai parti politik perkauman. Strateginya senang, seandainya UMNO membalas cabarannya dengan menawarkan agar ahli parlimen PKR atau PAS menyokong bersama agar pindaan ini dibuat, apa pula pendirian PKR, malah Pakatan Rakyat?
Di sini langkah percaturan politik Shamsul ini mematikan PKR untuk kali kedua, di depan Melayu - sungguhpun dua kali Shamsul terselamat dalam pemilihan sebagai Ketua AMK.
Masalah kepimpinan Shamsul
Ia mungkin boleh disifatkan sebagai "bodoh", dari segi strateginya. Padahalnya ia bukan kali pertama Shamsul Iskandar melakukan kesilapan sedemikian. AMK di bawah pimpinan Shamsul pernah mencadangkan "Kongres Anak Melayu" untuk membincangkan masalah Melayu, dalam kongres AMK pada Mei 2010. Tiada masalah untuk PKR membincangkan masalah Melayu, padahal ia lebih dilihat sebagai masalah "pengolahan" pada ketika itu, jikalau dibandingkan dengan kes hari ini.
Apa yang menjadi persoalannya - adakah kongres itu telah diadakan untuk meredakan kerisauan Melayu? Jika jawapannya ya, apakah pula hasilnya?
Di sini masalah pimpinan Shamsul Iskandar - prestasi, atau hasil kerja. Pernah beliau mendakwa mahu mengumpul 100 ribu tandatangan dari seluruh pelusuk Malaysia untuk membantah pembinaan Menara Warisan Merdeka, tatkala kehangatan suara bantahan dalam laman internet. Tepuk dada tanya selera, di manakah petisyen tersebut, yang dijanjikan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri?
Budaya bercakap besar (atau kosong) dan "hangat-hangat tahi ayam" ini yang menjurus kepada kelemahan AMK pada hari ini. Tiada prestasi yang terserlah untuk diserahkan. Ketika menggulung perbahasan pada hari ini, sekali lagi Shamsul mendesak, mengugut untuk turun ke jalan raya bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional, seandainya pilihan raya terus sarat dengan penipuan. Anak muda yang progresif tidak ada masalah dengan "jalan raya". Masalahnya cuma, sejauh manakah kemampuan AMK untuk mobilisasi demonstrasi jalanan, sedangkan lebih setengah kerusi dewan dikosongkan sebelum kongres melabuh tirai?
Hilang arah
Mungkin kegagalan untuk menunjukkan prestasi yang unggul menjejaskan keyakinannya, yang menjurus kepada situasi "serba tak kena". Ucapan meskipun bersemangat, tetapi berkerut-kerut dahi audiensnya. Apabila Shamsul melontar cabaran ini kepada UMNO, beliau seolah-olah lupa bahawa AMK adalah sayap pemuda untuk sebuah parti politik yang mahu mendepani zaman. Beliau bukan mencabar UMNO untuk mengambil selangkah ke depan - agar persaingan politik membawa kemajuan dalam pendemokrasian, sebaliknya cuba "memerangkap" musuh politiknya untuk berundur ke belakang. Sebagai kesudahannya, dirinya yang terperangkap.
Parti politik yang disuntik semangat zaman menggagaskan sesuatu yang progresif. Selama ini parti pembangkang meraih simpati, tidak dipersalahkan kerana golongan progresif memahami situasinya yang tercengkam dalam ruang bersuara yang sempit. Ideal yang progresif tidak diketengahkan, dikhuatiri bakal mengundang serangan UMNO, dan pembangkang tidak mempunyai saluran untuk menjelaskan pendirian atau pandangan mereka.
Namun simpati ini seolah-olah diambil kesempatan, sehingga mengeluarkan sesuatu yang konservatif, bercanggah dengan politik reformasi, malah semangat zaman! Seandainya situasi ini berlarutan, ia bakal membawa krisis identiti kepada AMK. Shamsul tidak perlu berteori atau memetik konsep canggih dalam ucapannya. Beliau hanya perlu menjawab, "Apakah yang membezakan antara AMK, dengan Dewan Pemuda PAS, DAPSY, dan Pemuda UMNO?"
Mat Sabu berkata Malaysia sekarang menanggung malu yang amat sangat kepada dunia luar kerana layan demo Bersih 2.0 dengan begitu zalim.Malah jiran kita Singapura dan Indonesia turut kutuk Malaysia kerana bersikap zalim kepada demo Bersih 2.0 9 julai lalu.
"Sekarang ni dalam dunia ni hanya ada dua negara saja yang amalkan undang-undang jakun (undang-undang rimba) iaitu Malaysia dan Myanmar.Cukup teruk.Malaysia lagi teruk daripada Mynmar, pakai baju kuning pun tangkap." – sepenuhnya sila baca di ( SINI )
Jika Mat Sabu mengatakan Malaysia lagi teruk daripada Mynmar.. memang benar kenyataannya itu, berita dibawah menyokong kenyataan Mat Sabu itu..
Yang menjadikan Malaysia lebih teruk dari Myanmar ialah ..
The Bill will require demonstrators to inform the authorities about their assembly "five days in advance", Upper House member Aye Maung of the Rakhine Nationalities Development Party was quoted as saying by AFP.
Pihak berkuasa Myanmar perlu diberitahu tentang Demo yang akan diadakan 5 hari sebelum demo tapi di Malaysia notis 30 hari diperlukan untuk mendapatkan kelulusan sebelum demo itu diadakan..
"Undang-undang ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan," kata Anwar Ibrahim di ( SINI )
*************************************
Myanmar Parliament passes Bill allowing peaceful protests 04:45 AM Nov 25, 2011
YANGON - The Myanmar Parliament has passed a Bill that allows citizens to protest peacefully, the latest in a series of reforms since a civilian government took power in March.
The Bill will require demonstrators to inform the authorities about their assembly "five days in advance", Upper House member Aye Maung of the Rakhine Nationalities Development Party was quoted as saying by AFP.
He said that protestors will be allowed to hold flags and party symbols but must avoid government buildings, schools, hospitals and embassies. The Bill needs to be signed by President Thein Sein to become law.
The move comes four years after the "Saffron Revolution", mass protests led by monks which were brutally put down by the military government. More than 30 people were killed, hundreds jailed while others were forced to escape as refugees to the United States.
Myanmar has embarked on a series of reforms since the army nominally handed over power in March to civilians after the first elections in two decades.
Its overtures have since included calls for peace with ethnic minority groups, some tolerance of criticism, an easing of media controls, the release of about 200 political prisoners and more communication with pro-democracy leader Aung San Suu Kyi, freed last year from 15 years of house arrest.
In a landmark development, Ms Suu Kyi has expressed her intention to run for Parliament in coming by-elections, a decision that was expected after her party, National League for Democracy, decided last week to rejoin mainstream politics.
In recognition of the promising reforms, South-east Asian leaders last week approved of Myanmar as chairman of the Association of South-east Asian Nations in 2014, paving the way for a more influential role.
Myanmar also won a powerful endorsement last Friday when US President Barack Obama announced Secretary of State Hillary Clinton would visit the resource-rich country, the highest-ranking American to do so in more than 50 years.
Washington has, however, said it wants to see more reforms before considering lifting economic sanctions imposed in response to rights abuses by its former military leaders.
Mr Kyaw Hsan, Myanmar's Information and Culture Minister, told reporters last week that more reforms were in store. "We are hoping for a more open country with a thriving democracy and one that is active in the local, regional and international arena." - Agencies
Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.
"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.
"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.
Katanya, ucapan Shamsul itu boleh digunakan oleh komponen BN bagi menuduh PKR sebagai parti rasis.
Loke bagaimanapun menegaskan bahawa ucapan Shamsul tidak melambangkan pendirian bersama Pakatan yang menuruti prinsip meritokrasi.
Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.[Baca berita penuh]
MCA: Sebar prasangka kaum
Sementara itu, Pemuda MCA juga dalam kenyaaannya hari ini berkongsi nada yang sama dengan DAP.
"Dalam negara berbilang bangsa seperti Malaysia, kenyataan Shamsul akan menyebarkan prasangka kaum.
"Kenyataan seperti ini, yang keluar dari mulut ketua Pemuda PKR amat mengejutkan," kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen.
Dalam kenyataannya hari ini, Chai berkata, kenyataan sebegitu untuk tujuan politik tidak harus diucapkan dengan mudah kerana semua parti politik bertanggungjawan memastikan keharmonian kaum dan kestabilan sosial.
"Walaupun belum mentadbir kerajaan persekutuan, mereka sudah membuat kenyataan perkauman yang tebal; oleh itu saya rasa Shamsul hanya mahu menggunakan peluang dalam kongres PKR untuk muncul sebagai wira di media," katanya.
JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
"Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
"Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
"Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.
"Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
"Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
"Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin (foto) tidak wajar mengeluarkan kenyataan pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0 sekiranya Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Samsul berkata demikian kononnya beliau yakin kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan. Menurut Samsul lagi, Anwar akan kembali ke mahkamah pada 8 Disember 2011 ini dan beliau amat yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam masa terdekat. Samsul berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini. Persoalannya, apakah wajar Samsul berkata demikian?. Kenapa perlu beliau kaitkan kes Anwar dengan himpunan Bersih 3.0?. Bukankah beliau sendiri tahu bahawa himpunan Bersih itu adalah bagi membuat lapann tuntutan rakyat untuk menyaksikan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini. Malah, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga juga pernah mengatakan bahawa himpunan Bersih bukan didalangi oleh parti pembangkang, sebaliknya melibatkan berbagai NGO yang prihatin. Walau pun kerajaan pernah mengatakan himpunan itu melibatkan pembangkang namun ia dinafikan. Kini, dengan tindakan Samsul ingin gunakan platform Bersih 3.0 untuk kes Anwar maka kita gusar apa yang disyaki oleh kerajaan itu akan terserlah jua akhirnya. Kenapa perlu ganggu himpunan Bersih dengan kes tersebut, sedangkan itu adalah masalah peribadi pemimpin terbabit. Maka, Samsul perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan hal ini.
[Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu mencari idea yang lebih bagus untuk mengadakan himpunan jalanan dengan tidak mencampurkan urusan Bersih 3.0 dengan kes Anwar. Jika tidak, sudah pasti kebenaran terserlah bahawa pembangkang adalah dalang kepada himpunan tersebut nanti. Mereka perlu ingat, rakyat turun berbondong-bondong untuk menyatakan sokongan terhadap pilihanraya yang bersih dan adil terlaksana di negara ini. Mereka tidak boleh samakan dengan perhimpunan reformasi jalanan di awal kes Anwar dulu. Kini suasananya sudah berbeza, maka Shamsul perlu mengatur strategi baru untuk mengajak rakyat bangkit menyatakan bantahan andainya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan kembali semula mendiami Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini. Semua harus bersedia hadapi segalanya dan tidak terlampau terburu-buru keluarkan kenyataan].
"Awak kenal tak seorang perempuan ni....namanya Norlaila...." kata seorang anggota polis Cawangan Khas berpangkat pegawai kepada salah seorang ahli keluarga tahanan ISA yang baru ditahan di Sabah, dua minggu yang lalu.
"Norlaila? Saya tak kenal Tuan...." ujar Puan J, kakak kepada tahanan tersebut yang telah dibawa dari Tawau ke Kuala Lumpur.
Puan J memang benar.Beliau tidak pernah bertemu dengan saya.Lantas, dalam keadaan terperanjat, terus bertanya, kenapa nama "Norlaila" itu begitu penting kepada polis itu.
" Norlaila tu musuh ISA..." ujarnya dengan tegas.
Puan J dan tiga lagi wanita adalah ahli keluarga tahanan terbaru ISA yang telah telah dibawa oleh GMI ke Semenanjung dengan tujuan untuk menziarahi serta mengetahui keadaan kesihatan ahli keluarga mereka yang sedang dikurung beberapa pusat tahanan polis di Kuala Lumpur.
PAS, salah satu dari 82 anggota gabungan GMI telah berusaha menjejaki keluarga mereka yang sedang di zalimi ini.Dalam satu sidang akhbar di Dewan Parlimen pada 24 Nov lepas, YB Salehudin serta semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya mereka semua 13 orang yang ditahan, segera dibebaskan atau dakwa mereka dimahkamah.
Secara konsistennya, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim sentiasa mengingatkan supaya semua tahanan mesti diberi hak bertemu peguam dan pembelaan yang sewajarnya melalui proses mahkamah.Beliau turut mempersoal, dimanakah janji PM Najib yang ingin memansuhkan akta tahan tanpa bicara itu , yang sangat jelas zalim serta mencabul hak asasi mangsanya.
p/s: polis kata aku (Norlaila) musuh ISA.itu satu komplimen!!!Maknanya jelas aku tidak bersekongkol dengan undang-undang zalim itu.
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
I am a italian girl. I have seen an announcement in Italy of an car that I would want to buy and I have known that it is found in England, the transport society that must carry it in Italy wants that I make the payment quickly and after it sends the machine. But I have fear that features of uan swindle and therefore I would want myself to be known if this society of transport exists:
Company address United Kingdom
Auto Moto Cargos Car and Boat Shipping UK
1st Move International Limited
International House
Chittening Industrial Estate
110 Marylebone High Street
London W1U 4RY
United Kingdom
44 (703) 185-9434
Thank you for your help...
Answer on This transport society (for Italy) exists? Pleaseeee!!!!
This is Astronomy and Space, so no one knows what you're talking about.
i have maybe 4 days in italy. My arrival is in ROME. I want to visit ROME - FLORENCE - PISA and VENICE. Can someone make an itenerary for me? and also I want to know the fastest way to get those cities. Thanks
Answer on My first time in ITALY and only 4days pls. help?
If you are only here for 4 days, then I would recommend that you do not try to see all these on the same trip. You will end up spending a lot of time in transit rather than sightseeing especially if you need to get back to Rome for a return flight. There's enough to see in Rome that you could spend the whole time there. However, I do understand wanting to see the other cities.
Rome to Florence is only 90 to 100 minutes on the faster trains. You can easily do this part of the trip. The train arrives within a short walk of the historic area of Florence. Florence to Venice is another 2 and a half hours on the high speed trains. Pisa is one hour to 2 hr 15 minutes each way from Florence.
You can use this site for planning train travel here in Italy:http://www.ferroviedellostato.it/cms/v/i… The trains are relatively cheap and fast over the distances between Rome and Venice here. While flying time would be faster, the overall trip isn't because you have time to get to/from airports, check-in, security, baggage pickup, and you have to be there well before the flight time.
You are subscribed to email updates from al-brangi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti Suara Dari Bumi, Jas Salleh, Pas Beruk, Padi Jantan dan Azmy Awang Kelana Jaya...
Semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya.... Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...- Manjung Mari
JOHOR BAHRU 26 Nov: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menegaskan wakil rakyat yang bertindak mengkhianati dan keluar dari parti itu sebelum ini, tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap KEADILAN.
Perkara itu katanya, dibuktikan apabila Cabang Kulim Bandar Baharu misalnya mencatatkan pertambahan keanggotaan kedua tertinggi bagi tahun ini.
"Ahli Parlimen Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sentiasa diberi ruang oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia, RTM untuk menyerang KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
"Adakah ia menjejaskan sokongan parti? jawapannya tidak," katanya menjawab soalan media pada Kongres Nasional yang diadakan di Pulai Spring Resort, di sini.
Mengulas lanjut katanya, pertambahan keanggotaan di cabang itu membuktikan KEADILAN sentiasa diberi kepercayaan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU)-13 akan datang.
Awal pagi tadi, dalam ucapannya, beliau mengumum Cabang Kulim Bandar Baharu mencatat keanggotaan baru seramai 790 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Cabang Tenom yang mencatat 812 anggota baru bagi tempoh sama.
Sijil penghargaan anugerah cabang itu disampaikan sendiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lain-lain cabang yang berjaya mencatat pendaftaran keanggotaan baru dalam 10 cabang tertinggi termasuklah Hulu Selangor seramai 340 orang, Kalabakan (370 orang), Permatang Pauh (395), Gombak (405), Kota Marudu (425), Kapar (446), Serian (673), Kuala Langat (751) dengan Cabang Tenom menyaksikan paling ramai sepanjang tahun ini iaitu sebanyak 812 anggota.
KEADILAN memiliki 218 cabang dan empat lagi kini bertaraf penaja serta menunggu kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).
JOHOR BARU, 26 Nov — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) agar melupakan hasrat dan cita-cita untuk menawan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuk Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan Anwar pada Ceramah Perdana PKR di pejabat Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah malam tadi sempena kongres tahunannya di sini.
"Umno jangan mimpi nak tawan negeri-negeri Pakatan Rakyat, mustahil, ... Umno tidak akan berjaya untuk menawan kembali Selangor," tegasnya di hadapan 300 penyokong parti itu.
"Negeri-negeri PR sudah membuktikan kami mampu mentadbir dengan berhemah dan cekap, buktinya di Selangor, hasil pentadbiran yang cekap, kami mampu untuk memberikan air percuma kepada rakyat Selangor," katanya lagi.
Tambah Ketua Umum PKR ini, Johor juga tidak akan mampu menahan arus perubahan yang sedang melanda politik negara dewasa ini.
"Sekiranya pimpinan Umno-BN masih lagi mengamalkan corak pentadbiran sedia ada, mengabaikan hak dan kepentingan Melayu, tidak mustahil kami akan menawan negeri ini, walaupun ia kubu kuat Umno, ini sudah dibuktikan di Ijok.
"Dahulunya Ijok juga merupakan kubu kuat Umno, tapi kita lihat apa yang jadi? Bila rakyat bangkit menolak pemimpin yang korup, PR mampu menawan Ijok," katanya.
Namun begitu, Anwar juga memberikan teguran kepada pimpinan PR supaya tidak mengikuti sikap pemimpin Umno-BN yang menurutnya takbur, dan lupa diri.
"Ingat, pimpinan PR jangan jadi seperti pemimpin Umno-BN, jangan takbur riak, dan lupa diri apabila sudah memerintah, utamakan hak rakyat dan bukannya pentingkan diri sendiri," katanya memberi peringatan kepada pemimpin parti berkenaan.
Penasihat Ekonomi Selangor ini juga berjanji sekiranya parti pimpinannya berjaya menawan Putrajaya, tarif elektrik negara dan harga minyak akan diturunkan dalam masa seminggu pemerintahannya.
"Ini janji saya, sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, harga tarif elektrik dan minyak akan saya turunkan.
"Umno-BN akan cakap saya hanya buat janji kosong, tidak berasas, negara boleh bankrup sekiranya saya laksanakan perkara ini, tapi mereka lupa, lapan tahun saya pegang jawatan Menteri Kewangan, bodohkah saya?" katanya mempersoalkan tuduhan kerajaan terhadapnya.
Bill Perhimpunan Aman yang akan dibentang oleh BN di Parlimen merupakan satu insiden hitam bagi sebuah negara demokrasi. BN mengambil sistem demokrasi untuk negara tetapi takut dengan sistem itu sendiri. Apa yang akan dibentangkan dan diluluskan oleh parlimen ini merupakan satu tindakan yang mengekang perhimpunan secara aman dan nampaknya kerajaan yang memerintah amat gerun dengan kebangkitan rakyat untuk menyuarakan suara dan manifestasi mereka secara terbuka.
Cadangan ini adalah bercanggah dengan kehendak perlembagaan yang membenarkan rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka melalui perhimpunan secara aman. Demokrasi hanyalah dalam bentuk packagingnya sahaja tetapi sebenarnya di alam packaging itu penuh dengan elemen dictatorship dan jika BN mengambil kesempatan untuk mendapatkan kelulusan dengan sokongan 'simple majority' di parlimen ia tidak lain dari tindakan menekan terhadap gerakan fikiran rakyat untuk melakukan perubahan.
Bagi pendapat saya secara peribadi, BN akan teruskan membentangkan bill ini dan akan mendapat kelulusan 'simple majority' di dewan parlimen. Tidak ada siapa yang boleh menyangkalnya jika BN masih mahukan akta yang menekan ini untuk dikenakan kepada rakyat.
Perhimpunan tidak dibenarkan di semua tempat dan ini adalah cara BN untuk mengelakan insiden seperti Bersih 2.0 untuk berlaku sekali lagi. Tentunya bill ini merupakan tanda-tanda yang kerajaan BN tidak akan melaksanakan pilihanraya secara adil dan bill ini penting untuk mengelakan reaksi marah rakyat yang ramai.
Saya tidak mahu komen banyak tentang isu ini. Hanya saya hendak bersama dalam isu menentang bill ini kerana ianya akan menjadikan negara ini sebagai apa yang dikatakan sebagai 'police state' dan ianya tidak ada bezanya dengan sebuah negara yang berkepimpinan diktator yang bersalutkan demokrasi.
Saya telah sebutkan beberapa kali yang demokrasi di negara ini telah beransur-ansur mati. Jika pilihanraya di adakan kali ini saya berkeyakinan yang isu ini akan dapat di atasi jika semua rakyat bersatu; tidak kira apa bangsa sekali pun untuk pergi ke peti undi dengan aman dan terus sahaja memberikan undi kepada mana-mana parti selain dari UMNO dan BN.
Dengan cara ini tidak payah lagi kita hendak bertengkar dan berbahas. Bagi saya masa untuk berbahas sudah tidak ada lagi kerana UMNO dan BN tidak akan dapat mengubati penyakit rendah diri itu lagi. Penyakit itu sudah menjadi kanser tahap empat. UMNO tidak akan berubah lagi.
Kita sepatutnya tidak merasa bersalah lagi untuk meninggalkan UMNO itu kerana ianya lebih membawa penyakit dari membawa yang baik untuk rakyat. Rakyat tidak di berikan kebebasan untuk berfikir. Kita hanya dibenarkan untuk menganggok sahaja dan tidak dibenarkan mengeleng.
Jika ini cara UMNO memimpin dan membina pembangunan rakyat, kita akan menjadi rakyat yang tolol dan tidak boleh berbeza fikiran lagi.
Apabila saya membaca apa yang sedang berlaku ini, ada juga keinginan saya untuk keluar memberikan pandangan dalam ceramah-ceramah dan perhimpunan bagi menambah usaha untuk bersama-sama membetulkan keadaan yang tidak baik yang sedang menyelubungi politik negara.
Kita tidak juga boleh menyalahkan BN menggubal akta seperti ini. Kita mesti faham mereka yang sedang berkuasa ini amat takut dan gerun untuk menerima kekalahan yang saya rasa akan mereka alami. Selalunya mana-mana kerajaan yang akan jatuh selalunya bersikap seperti apa yang kita lihat sedang dilakukan oleh BN sekarang ini.
BN tidak gentleman. Mereka terlalu seronok dengan kuasa dan tidak mahu melepaskannya walaupun mereka tahu mereka tidak berkelayakan lagi untuk mentadbir negara. Tetapi mereka masih mahu berkuasa, maka tidak hairan kenapa mereka menggubal dasar-dasar yang ketat dan dianggap gila oleh mereka yang berfikir.
Jika rakyat benar-benar hendak mengelakan akta seperti ini wujud, caranya ialah untuk tidak memberikan kuasa lagi kepada mereka yang bertanggungjawab menggubal akta yang tidak senonoh ini. Jika mereka tidak lagi berkuasa, maka mereka tidak akan lagi berada di tampuk kuasa untuk menggubal dasar-dasar yang menekan seperti ini.
Kita mesti mengakui yang peralihan kuasa itu adalah fenomena normal dalam sesebuah negara demokrasi. Jika mereka yang terpilih melanggar semangat demokrasi itu rakyat mempunyai hak untuk memberikan mandat itu pada pihak lain, dan itu bukan sekali-kali merupakan kesalahan. Memberikan sokongan kepada pihak lain itu bukannya satu tindakan yang kriminal. Kita boleh melakukannya tanpa takut kepada mana-mana pihak.
Sebenarnya rakyatlah yang bertanggungjawab. Jika mereka masih memberikan sokongan dan seterusnya mandat untuk berkuasa maka rakyatlah yang patut dipersalahkan. Mereka yang berkuasa sekarang memang tidak merasa bersalah kerana melakukan kesalahan itu adalah kerja mereka.
Rakyatlah yang bertanggungjawab samada akta ini mahu diteruskan atau dibubarkan. Itu sahaja komen dari saya. Jika kita kaji secara halus tentang apa yang sedang berlaku di sekeliling kita, untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya kali ini bukanlah satu perkara yang mustahil malahan ianya merupakan keadaan yang agak mudah bagi parti-parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya ini.
Ingat kepada slogan ABU (asalkan bukan UMNO), undilah mana-mana parti yang lain. Insyaallah segala akta yang menekan boleh kita hapuskan.
Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.
Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.
Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.
"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.
"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).
"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.
Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.
"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.
Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya.
Kabinet hari ini mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz supaya mengkaji semula dan meminda Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
Lewat petang ini, beberapa akhbar Cina memetik sumber-sumber yang berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada kaitan dengan arahan semakan tersebut.
Najib dikatakan berada di luar negara ketika rang undang-undang itu dibawa ke Kabinet dan tidak dapat memberikan sebarang input mengenai perkara itu.
Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, sumber itu berkata, Najib memberi beberapa cadangan dan mengarahkan Nazri mengambil langkah perlu mengenainya.
Sumber itu berkata walaupun rang undang-Undang itu jadual dibahas di Dewan Rakyat Selasa ini, tetapi pindaan masih boleh dibuat di peringkat jawatankuasa.
Sumber itu berkata, antara lain, peruntukan yang menghendaki penganjur perhimpunan memberitahu notis 30 hari kepada pihak polis, akan disemak semula.
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia dicadangkan bahawa notis 30 hari itu dikurangkan kepada 10 hari.
Bagaimanapun, sumber itu menegaskan Kabinet masih tetap dengan pendiriannya tentang pengharaman demonstrasi jalanan.
Sementara itu, ekoran bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 oleh pembangkang dan badan masyarakat sivil, Pemuda MCA hari ini menggesa kerajaan supaya memendekkan tempoh notis 30 hari untuk mengadakan perhimpunan, seperti terkandung dalam rang-rang undang-undang tersebut.
Bagaimanapun, ia menyokong peruntukan yang akan menggantikan syarat sekarang yang memerlukan permit polis dengan pemberitahuan awal.
Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong menggesa kerajaan menjelaskan keperluan tersebut, sama ada notis itu perlu dikemukakan kepada pihak polis 30 hari sebelum perhimpunan atau dalam tempoh 30 hari.
Walaupun rang undang-undang itu memberikan ruang yang lebih banyak berbanding dengan Seksyen 27 Akta Polis, Wee memberitahu satu sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa pusat sayap Pemuda MCA hari ini, bahawa kerajaan perlu menjelaskan butir-butir mengenai rang undang-undang tersebut.
Tempoh yang munasabah untuk memberi notis kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan, hendaklah dalam masa lima hingga tujuh hari kerana tempoh notis selama 30 hari adalah terlalu lama untuk sebarang perhimpunan yang mahu diadakan berdasarkan isu-isu semasa.
KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta kerajaan tidak meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes dibawa pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan membuat rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu.
"PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah," kata Presiden Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, langkah itu secara tidak langsung menunjukkan iltizam dan komitmen sebenar kerajaan dalam bersikap terbuka dan berjiwa besar dalam menangani isu ini.
"PKPIM memandang bahawa keputusan mahkamah ini tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan