Ahad, 27 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Nov 2011 01:28 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Salam Maal Hijrah.

Posted: 26 Nov 2011 10:37 PM PST


1 Muharram 1433H. [MOD] Kami seluruh warga kerja blog Cina Islam mengucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433 kepada seluruh umat Islam di mana saja berada khususnya pengunjung setia blog ini.

Harapan kami semuga kedatangan tahun baru ini memberi semangat dan perangsang baru kepada kita untuk meningkatkan usaha memartabatkan Islam di bumi tercinta ini.

Sesungguhnya sinar Islam akan tetap gemilang dan terserlah walaupun ianya cuba diasak dari segenap sudut dan aspek atas usaha gigih dari para pejuang yang ikhlas dan gigih mempertahankan Islam dengan harta beda dan jiwa raganya.

Siaran Langsung Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP)

Posted: 26 Nov 2011 07:34 PM PST

1 Muharram 1433H-

Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) sedang berlangsung sejak jam 9. Pagi tadi dan akan berakhir pada jam 12 malam ini. Pelbagai program menarik telah diatur oleh pihak penganjur yang mensasarkan kehadiran lebih 10,000 orang pemuda dari seluruh pelusuk negeri Perak.

Bagi yang mahu mengikuti siaran langsung program itu bolehlah layari website Dewan Pemuda PAS Perak di ;-

http://pemudapasperak.com/v1/

Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua

Posted: 26 Nov 2011 07:03 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -
 
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Tahun Baru Islam (Arabic: ‎ رأس السنة الهجري Ras as-Sanah al-Hijriyah) adalah hari yang menandakan permulaan tahun kalendar Islam yang baru, dan hari di mana kiraan tahun bertambah.

Sekarang tiba masanya rakyat Malaysia kena bersiap sedia untuk perubahan secara menyeluruh bukan setakat untuk menukar pemimpin tapi lebih dari itu iaitu dari sistem kapitalis kepada sistem Islam yang bersifat adil untuk semua. Perubahan ini hanya boleh berlaku kalau setiap orang mahu melakukannya kerana kita tidak mampu untuk mengubah sesorang tanpa usaha mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ". QS Ar-Ra'd:11

Kepada yang bukan Islam mereka sepatutnya jangan takut untuk menerima Islam sebagai cara hidup kerana tiada paksaan dalam agama Islam terhadap yang bukan Islam. Mereka bebas mengamal agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka kena mengenali Islam secara dekat bukan setakat mendengar dari orang lain yang tidak mengamal Islam sebenarnya. Insya-Allah kita yakin suatu hari nanti orang bukan Islam akan melihat keindahaan Islam secara menyeluruh.

Akhir sekali kita mesti bersatu dan berjuang bersama untuk menegak keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan penyalahguna kuasa yang berlaku hari ini demi masa depan rakyat Malaysia akan datang.

PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
Selamat Tahun Baru 1433 hijrah kepada semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia mendapat pemerintahan yang baru yang lebih adil dan saksama untuk semua.
 
Wassalam
PAS Miri
Jofri Jaraiee

'Perarakan peguam' pada Selasa diteruskan

Posted: 26 Nov 2011 05:19 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

Majlis Peguam akan tetap meneruskan perarakan mereka Selasa depan walaupun kerajaan kini mempertimbangkan menilai semula beberapa peruntukan dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dicadangkan.

"Walaupun ia sedikit positif bahawa kerajaan - sebagai reaksi kepada bantahan awam - mempertimbang meminda tujuh peruntukan, kecuali untuk mengurangkan tempoh notis, kita tahu, tidak pindaan lain ...," kata pengerusi majlis itu Lim Chee Wee.

lawyers at brickfields police station 220509 lim chee wee"Bagaimanapun, ia sebenarnya mencerminkan apa yang salah dengan proses yang melibatkan rang undang-undang itu - ia amat tergesa-gesa untuk dijadikan undang-undang tanpa perundingan awam yang mencukupi."

Kata Lim, penyelesaian terbaik dengan merujuk rang undang-undang itu kepada jawatankuasa khas parlimen.

Majlis Peguam semalam mengerahkan 14, 000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (berjalan untuk kebebasan) pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.

Lim berkata, rang undang-undang itu amat berbeza dengan amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.

"Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan," katanya.

Ibu dan anak dilapor hilang dalam tragedi feri karam

Posted: 26 Nov 2011 04:52 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

SEMPORNA 27 Nov. – Seorang ibu berumur 44 dan anaknya, 14, dilaporkan hilang apabila feri yang membawa lori mereka untuk menyeberang sungai ke Kampung Lihak-Lihak dekat sini karam petang semalam.

Mereka adalah antara tiga orang yang berada di dalam lori itu semasa kejadian tersebut berlaku kira-kira 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Azim Khan Abdullah berkata, adik lelaki kepada wanita berkenaan, yang memandu lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang keluar dari lori tersebut.

Beliau berkata, empat orang yang berada di dalam sebuah kereta dan pekerja feri turut berjaya menyelamatkan diri.

Operasi mencari dan menyelamat oleh anggota Pasukan Gerakan Marin dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dilakukan. – Bernama

14 terbunuh, lebih 30 nelayan hilang ribut landa pantai

Posted: 26 Nov 2011 04:46 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

COLOMBO 26 Nov. - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lebih 30 nelayan hilang selepas dilanda hujan lebat dan tiupan angin kencang di selatan Sri Lanka, lapor pihak berkuasa, hari ini.

Seorang jurucakap Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, 14 orang disahkan mati manakala 30 nelayan dilaporkan hilang selepas kawasan pantai itu dilanda tiupan angin kencang.

Tambahnya, lebih 1,500 buah rumah rosak dengan sebahagian besar mereka kehilangan bumbung dalam kejadian itu.

Sri Lanka bergantung kepada hujan monsun untuk sistem pengairan dan penjanaan kuasa namun hujan lebat yang sering berlaku menyebabkan banyak kematian dan kerosakan harta benda. - AFP

Sertai tunjuk perasaan: Mesir usir tiga pelajar AS

Posted: 26 Nov 2011 04:39 PM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

KAHERAH 26 Nov. - Kerajaan Mesir hari ini menghantar pulang tiga penuntut warga Amerika Syarikat (AS) yang ditangkap semasa tunjuk perasaan di dataran Tahrir, menuntut menamatkan pemerintahan tentera, kata seorang pegawai di lapangan terbang.

Ketiga-tiga penuntut Universiti Amerika di Kaherah, dibebaskan pada Khamis lalu selepas berada dalam tahanan polis selama tiga hari.

Agensi berita MENA berkata, ketika kejadian, tiga penuntut itu ditangkap bersama sebuah beg yang mengandungi botol air yang diisi dengan petrol. - AFP

Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu beransur pulih

Posted: 26 Nov 2011 03:35 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu pada petang ini semakin beransur pulih dengan ada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di TERENGGANU, sehingga 4 petang ini seramai tujuh mangsa terakhir yang ditempatkan di Sekolah Padang Kemunting, Kemaman dibenarkan pulang tengah hari tadi setelah air di kawasan rumah mereka surut.

Namun sebanyak 12 pusat pemindahan masih dibuka di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Jumlah mangsa meningkat kepada 561 orang berbanding 461 orang pagi tadi di daerah-daerah itu.

Mangsa yang ada di pusat pemindahan sekarang ialah Kuala Terengganu (148), Hulu Terengganu tujuh orang, Setiu (372) dan Marang 34 orang.

Di KELANTAN, hanya tinggal lagi tiga daerah yang masih terlibat dengan banjir iaitu Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat dengan jumlah mangsa pemindahan menurun kepada 1,623 orang berbanding 1,884 orang pagi tadi.

Sehingga kini, terdapat 12 buah pusat pemindahan yang masih dibuka iaitu 10 di Pasir Mas dan masing-masing sebuah pusat di Kota Bharu dan Tumpat. – Bernama

7 askar Pakistan maut serangan helikopter NATO

Posted: 26 Nov 2011 03:29 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

KHAR (Pakistan): Pegawai Pakistan berkata, tujuh anggota tenteranya terbunuh dalam serangan helikopter NATO di sebuah pusat pemeriksaan di sempadan utara negara itu dengan Afghanistan.

Serangan awal hari ini terhadap kawasan penempatan terpencil Mohmand itu turut mencederakan lima anggota tentera.

Serangan itu dilakukan pada pada sebelah malam waktu tempatan.

Tahun lalu, helikopter Amerika Syarikat secara tidak sengaja membunuh dua tentera Pakistan berdekatan sempadan Pakistan sehingga kerajaan Pakistan bertindak menutup sementara kawasan sempadan terbabit daripada kemudahan askar NATO di Afghanistan. - AP

Kawasan kebakaran hutan Australia mirip 'zon perang'

Posted: 26 Nov 2011 03:27 AM PST

1 Muharram 1433H. [MOD] -

PERTH (Australia): Kebakaran belukar di sini yang memusnahkan keindahan pantai dan mengakibatkan beberapa kawasan mirip 'zon perang', kata penduduk hari ini sambil pihak berkuasa menamatkan amaran berjaga-jaga yang dikeluarkan semalam.

Sebanyak 34 rumah, empat bangsal dan sembilan calet termasuk bangunan bersejarah sekitar 1895, Wallcliffe House musnah dalam kebakaran berkenaan serta turut mengakibatkan 16 rumah dan sebuah kedai di Prevelly, Gnarabup dan Redgate rosak.

"Walaupun amaran ditamatkan namun ancaman kebakaran masih wujud dan mungkin menjadi lebih teruk pada bila-bila masa," menurut Jabatan Alam Sekitar dan Penasihat Pemuliharaan Kebakaran Belukar di Australia Barat.

Ia dijangka ia akan mengambil masa seminggu untuk memadamkan sepenuhnya api yang memusnahkan 3,363 hektar dan merebak kira-kira 280 kilometer kawasan pantai di barat daya Bandaraya Perth. - AFP

Salam Perjuangan

Posted: 26 Nov 2011 11:16 PM PST

Salam Perjuangan


LEBIH INDAH JIKA KELANTAN DIBAYAR ROYALTI

Posted: 26 Nov 2011 04:12 AM PST

29 Dzulhijjah 1432 H | 26 November 2011

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa urusan kerajaan negeri Kelantan dan Persekutuan pasti menjadi lebih mudah dan "mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan, disifatkan sebagai salah satu bukti jelas pengkhianatan Kerajaan BN terhadap rakyat Kelantan selama ini.

Sebaliknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau patut malu kerana membuat kenyataan seperti itu kerana ia jelas memperlihatkan sikap sebenar para pemimpin Umno BN yang tidak bertanggungjawab dan ingin lari dari melaksanakan tanggungjawabnya.  

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan kenyataan Muhyiddin itu jelas menunjukkan Umno BN sengaja tidak mahu membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan disebabkan perbezaan parti, sekaligus bertentangan sama sekali dengan perjanjian yang telah dimetrai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.  

"Sememangnya amat memalukan jika seorang Timbalan Perdana Menteri tidak memahami perkara itu sehingga tergamak membuat kenyataan sedemikian.

"Disebabkan tidak berada dalam satu pasukan, BN sanggup menganiaya rakyat Kelantan sehingga tergamak memejamkan mata dengan perjanjian pembayaran royalti yang telah pun sah dimetrai sejak tahun 1975 lagi.

"Pada hal Kerajaan Persetuan tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Ini bukan sekadar satu pelarian tanggungjawab, tetapi juga satu perlanggaran terhadap konsep federalisme," tegasnya.

USAH TERPEDAYA POLITIK MURAHAN UMNO

Posted: 26 Nov 2011 02:58 AM PST

29 Dzulhijjah 1432 H | 26 November 2011

Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawab saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.

Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.

Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.

Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.

Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.

Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.

Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini. 

Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.

Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.

Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 26 Nov 2011 09:51 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Ceramah YB Khalid Samad 3 Dis 2011 di Seremban

Posted: 26 Nov 2011 06:36 AM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Dis 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah AlamCik Kumutha Raman, Dewan Himpunan Penyokong PASYB Hj Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Ustaz Norazman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
CheGuBard, Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 26 Nov 2011 09:06 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


1433H: Semoga bawa perubahan Putrajaya- DS Nizar

Posted: 26 Nov 2011 04:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berharap tahun baru 1433 Hijrah membawa perubahan besar-besaran di Putrajaya.

"Salam Hijratul Rasul kepada semua muslimin muslimat, semoga Tahun Baru Hijrah kali ini membawa perubahan besar-besaran di Putrajaya dan Parlimen Malaysia,"

PAS LENGGONG

Posted: 26 Nov 2011 07:54 PM PST

PAS LENGGONG


Ustaz Manaf bin Majid Meninggal dunia pagi tadi.

Posted: 26 Nov 2011 07:48 PM PST


Ust Manaf berdiri diperhatikan oleh ustaz Idris dan Pesuruhjaya PAS Perak.

PAS Kawasan Miri

Posted: 26 Nov 2011 07:51 PM PST

PAS Kawasan Miri


Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Malaysia kepada kesejahteraan untuk semua

Posted: 26 Nov 2011 05:46 PM PST

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Tahun Baru Islam (Arabic: ‎ رأس السنة الهجري Ras as-Sanah al-Hijriyah)adalah hari yang menandakan permulaan tahun kalendar Islam yang baru, dan hari di mana kiraan tahun bertambah.

Sekarang tiba masanya rakyat Malaysia kena bersiap sedia untuk perubahan secara menyeluruh bukan setakat untuk menukar pemimpin tapi lebih dari itu iaitu dari sistem kapitalis kepada sistem Islam yang bersifat adil untuk semua. Perubahan ini hanya boleh berlaku kalau setiap orang mahu melakukannya kerana kita tidak mampu untuk mengubah sesorang tanpa usaha mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ". QS Ar-Ra'd:11

Kepada yang bukan Islam mereka sepatutnya jangan takut untuk menerima Islam sebagai cara hidup kerana tiada paksaan dalam agama Islam terhadap yang bukan Islam. Mereka bebas mengamal agama dan kepercayaan masing-masing. Mereka kena mengenali Islam secara dekat bukan setakat mendengar dari orang lain yang tidak mengamal Islam sebenarnya. Insya-Allah kita yakin suatu hari nanti orang bukan Islam akan melihat keindahaan Islam secara menyeluruh.

Akhir sekali kita mesti bersatu dan berjuang bersama untuk menegak keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan penyalahguna kuasa yang berlaku hari ini demi masa depan rakyat Malaysia akan datang.

PAS berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik
Selamat Tahun Baru 1433 hijrah kepada semua rakyat Malaysia, semoga Malaysia mendapat pemerintahan yang baru yang lebih adil dan saksama untuk semua.

Wassalam

PAS Miri
Jofri Jaraiee



English version
Maal Hijrah New Year 1433 Time to change Malaysia to prosperity for all

Awal Muharram or Maal Hijrah is a significant day for Muslims because it marks a significant event occurred in the history of Islam, which commemorates the migration of the Prophet Muhammad from Mecca to Medina in 622 AD. The first day of the year is observed on the first day of Muharram, the first month in the Islamic calendar.

The Islamic New Year (Arabic: رأس السنة الهجري Ras Al-Sanah al-Hijri) is the day which marks the beginning of the new Islamic calendar, and day of the year in which the count is increased.

Now it is time for Malaysians to be prepared to change as a whole not just to change the leader but more than that from capitalist system to the Islamic system that is fairer to all. This change can only happen if each person wants to do this because we are not able to change someone without their own efforts. "Allah does not change the fate of a people unless people themselves are changing all that in them". Surah Ar-Ra'd: 11

To non-Muslims, they should not be afraid to accept Islam as a way of life because there is no compulsion in Islam against non-Muslims. They are free to practice religion and their beliefs. They have to know Islam intimately not just hear from others who are not practicing true Islam. God willing, we are confident that one day non-Muslims will see the beauty of Islam as a whole.

Finally, we must unite and fight together for justice and eliminate fraud and the trespasser which is happening today for the future of Malaysians to come.

PAS fight for all regardless of race, religion and political belief.
Happy New Year 1433 Hijrah to all Malaysians, May Malaysia has a new rule that is more just and equitable to all.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 26 Nov 2011 07:27 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah

Posted: 26 Nov 2011 04:45 AM PST

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.


Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.

Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.

Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.

Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahkan sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun turut memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura juga dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur.


sumber : blog pemuda Dun Sura

Hijrah Mengajar Umat Islam Mengatur Strategi & Gerak Kerja : TGNA

Posted: 25 Nov 2011 07:14 PM PST


nik aziz
KOTA BHARU, 26 November Sabtu - Peng­hijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengajar umat Islam supaya mengatur strategi dan gerak kerja.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, strategi Rasulullah cukup teratur, bagi memastikan kejayaan membentuk kerajaan dan mentadbir mengikut acuan Islam.

"Peristiwa itu mencetuskan momentum besar dalam sejarah perjuangan Rasulullah iaitu pembentukan negara Islam pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada terang-terangan," katanya dalam perutusan sempena Hijratur-Rasul 1433 Hijrah.

Menurutnya, Pas mendidik rakyat agar mengenali batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa agar tidak berlaku penolakan terhadap perintah ALLAH SWT, menolak cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.

"Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku, namun dalam masa sama, kita menyaksikan runtuhnya nilai agama dan jauhnya manusia daripada ALLAH SWT.

"Kita tidak mahu ber laku penyelewengan dalam pentadbiran seperti mana laporan audit negara yang dibentangkan dengan menyaksikan pelbagai ketirisan sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat, sedangkan kita ada undang-undang untuk menyekat salah laku itu," katanya.

Misi Pas di dalam gerak kerja politik katanya, berjuang melalui pilihan raya untuk mendapatkan kuasa, sekali gus membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertakwa kepada ALLAH SWT.

sumber : sinarharian.com 

Rembau Hari Ini

Posted: 26 Nov 2011 07:04 PM PST

Rembau Hari Ini


Ceramah YB Khalid Samad 3 Dis 2011 di Seremban

Posted: 26 Nov 2011 06:39 AM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Dis 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah AlamCik Kumutha Raman, Dewan Himpunan Penyokong PASYB Hj Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Ustaz Norazman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
CheGuBard, Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir

PAS Bandar Seri Putra

Posted: 26 Nov 2011 03:39 PM PST

PAS Bandar Seri Putra


HIJRAH MEMBENTUK NEGARA ISLAM

Posted: 26 Nov 2011 07:17 AM PST

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Perutusan Hijratur-Rasul Al-Mursyidul Am PAS Sempena Tahun 1433 Hijrah
بسم الله الرحمن الرحيم
وَمَنْ يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً وَمَنْ يَخْرُجْ مِنْ بَيْتِهِ مُهَاجِرًا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ أَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
– Surah al-Nisa' ayat 100
Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.
Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada'? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.
Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur, batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.
Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.
Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it'am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.
Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.
Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh: 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 26 Nov 2011 03:21 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MALAYSIA NO. 1 DI DUNIA - HAK ASASI MANUSIA PALING BURUK.

Posted: 26 Nov 2011 12:36 AM PST

Kebebasan rakyat di Malaysia kini lebih terhad ekoran undang-undang baru perhimpunan aman berbanding di Myanmar, negara Asean yang pernah mempamerkan rekod hak asasi manusia paling buruk.

Myanmar telah meluluskan undang-undang baru baru-baru ini yang membenarkan protes jalanan dan syarat-syarat yang jauh lebih kecil berbanding Rang Undang-undang Perhimpunan Aman dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah transformasi politik beliau.

Amat memalukan apabila Myanmar boleh mengesyorkan undang-undang yang lebih demokratik berbanding Malaysia.

Perkembangan itu satu penghinaan ke atas rakyat Malaysia kerana sebelum ini rakyat Malaysia dijanjikan dengan amalan demokrasi yang lebih luas.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 26 Nov 2011 03:10 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SELANGOR AWAS! KETUA PERHUBUNGAN UMNO CUBA KUASAI MASJID DAN SURAU

Posted: 26 Nov 2011 03:29 AM PST

Banyak desas-desus UMNO melalui visi Ketua Perhubungan UMNO Selangor iaitu DS Najib sedang merangka dan merampas penguasaan orang PAS dan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran Masjid dan Surau. Mereka (UMNO) ini dikatakan akan sanggup mengenepikan nilai-nilai Islam dan sunnah pemilihan pegawai dan ajk pentadbiran Masjid dengan menggunakan nama Sultan.
Strategi ini amat penting bagi Najib sebelum umumkan PRU13 kerana DS Najib sudah tersilap langkah dengan melantik dirinya sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor setelah beliau seolah-olah tidak percaya kepada pemimpin UMNO Selangor yang ada terutama Dr Khir Toyo masa itu. Sedemikian beliau(DS Najib) akan malu besar jika dalam PRU13 nanti beliau akan kecundang merampas negeri yang terkaya dan terkuat serta terpenting dalam Malaysia.
Dengar kabo dari perisik Pakatan Rakyat , mereka ingin membuat perlantikan baru pada akhir bulan Disember 2011 dan mengenepikan pemilihan dari ahli kariah masjid dan surau.
Mereka (UMNO) ingin melakukan seperti apa yang dilakukan pada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang mana dilantik oleh mereka berdasarkan kelayakan akademik dan sebagainya.
Sedemikian , rakyat Selangor berharap DYMM Sultan Selangor dapat mengelakkan diri dari diarah secara politik muslihat dan jahat oleh puak UMNO yang sudah terdesak demi merampas Negeri Selangor secara tidak gentlemen malah secara tidak bertamadun.
Rakyat harus bantah jika cara memilih Pegawai dan ajk pentadbiran masjid dan surau secara pemilihan dari ahli kariah cuba pihak UMNO mansuhkan dan mereka(UMNO) cuba gantikan dengan pemilihan secara lantikan.

PILIHAN RAYA PADA 1 MUHARAM.?..SUBHANALLAH!

Posted: 25 Nov 2011 06:33 PM PST

30 Zulhijjah 1432H.
Pilihan raya New Zealand esok? Memang hebat negara bukan Islam memulakan Pilihan Raya Umum mereka pada awal Muharam 1433Hijriah.Mudah-mudahan Kerajaan Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam wajib melakukan Pilihan Raya Umum dengan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.
Lebih 3,000,000 orang (tiga juta orang) dijangka mengundi dalam pilihan raya New Zealand esok. Yang menariknya walau bukan negara Islam berbanding Malaysia penipuan untuk mendapatkan undi tidak seburuk di Malaysia di mana mereka tidak takut pada demokrasi iaitu siapa yang menang dia yang memerintah. Tiada kenyataan seperti di Malaysia di mana pemimpin UMNO sentiasa mendabik dada bila berkata hanya parti UMNO serta BN yang mampu memerintah Malaysia.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 26 Nov 2011 12:09 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Sekitar Majlis Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Piala Tok Guru 2011

Posted: 25 Nov 2011 02:39 PM PST










Sekitar Majlis Bersama Angkasawan Negera Dan Pimpinan Negeri Kelantan

Posted: 25 Nov 2011 02:34 PM PST










Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 26 Nov 2011 10:01 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah YB Khalid Samad 3 Dis 2011 di Seremban

Posted: 26 Nov 2011 06:34 AM PST



CERAMAH UMUM
Tarikh : 3 Dis 2011, SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan

Penceramah :
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah AlamCik Kumutha Raman, Dewan Himpunan Penyokong PASYB Hj Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan Ustaz Norazman, Ketua Penerangan PAS N.Sembilan
CheGuBard, Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 26 Nov 2011 10:00 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


USAH TERPEDAYA POLITIK MURAHAN UMNO

Posted: 26 Nov 2011 03:40 AM PST

USAH TERPEDAYA POLITIK MURAHAN UMNO

29 Dzulhijjah 1432 H | 26 November 2011

Untuk menutup skandal besar yang tidak terjawab saban hari, Umno kini mengambil langkah mudah bersifat murahan untuk menipu rakyat bahawa mereka sedang bertransformasi dan juga giat memberikan gula-gula politik menjelang pilihanraya.

Selepas kegagalannya meningkatkan pendapatan kebanyakan rakyat jelata, kerajaan Umno-BN mengambil langkah mudah untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia, kini muncul pula terbaru Kedai Ikan Satu Malaysia yang menjanjikan pelbagai jenis ikan dengan harga yang murah.

Umno turut mengambil langkah mudah dalam membendung kemarahan rakyat menuntut hak kebebasan berhimpun dengan percubaan membodohkan rakyat bahawa mereka sedang berubah dengan mengemukakan Rang Undang-Undang Perhimpunan Awam 2011, yang hanya harum namanya, tetapi lebih kejam daripada akta sebelumnya.

Setelah melihat kemarahan para mahasiswa yang kian meningkat terutamanya setelah nasib yang melanda professor Aziz Bari dan keputusan mahkamah rayuan terhadap 4 pelajar UKM, kerajaan Umno dilihat sekali lagi mengambil langkah mudah untuk meredakan keadaan dengan mengumumkan pemindaan terhadap Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik, tapi pada masa yang sama tetap merayu keputusan mahkamah rayuan yang mengistiharkan seksyen 15 AUKU tidak sah dari segi perlembagaan.

Semua langkah mudah yang diambil oleh kerajaan Umno telah memberikan signal jelas kepada rakyat bahawa para pemimpin Umno sememangnya tidak ikhlas, tidak ingin berubah, dan malah sedang bertransformasi ke arah lebih teruk kerana tidak berfikir panjang sebelum mengemukakan sesuatu.

Segala langkah mudah yang diambil Umno bermotifkan keuntungan politik pendek semata-mata, dan hanyalah taktik murahan untuk mendapat undi rakyat dalam PRU13 yang semakin mendekat.

Kecelaruan dan kenaifan pemikiran pemimpin Umno dalam mengambil langkah mudah ini turut membuktikan kebimbangan mereka dengan perubahan kesedaran politik rakyat kini.

Skandal National Feedlot Corporation dan RUU Perhimpunan Awam 2011 telah menyedarkan rakyat bahawa sudah tiba masanya untuk mengiatkan kempen 'Asal Bukan Umno' demi menyelamatkan negara.

Katakan 'Cukup' pada pembohongan Umno dan tunjukkan kepada para pemimpin Umno yang bermuka-muka ini bahawa rakyat Malaysia tidak sebodoh dan semurah yang mereka tanggapkan.

Kini rakyat hanya mempunyai satu jalan keluar untuk mendapatkan transformasi yang diharapkan untuk negara iaitu menunjukkan menunjukkan jalan keluar bagi Umno dalam PRU akan datang, insyaAllah.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 26 Nov 2011 09:41 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Simulasi pilihanraya @ Dun Sura : BN guna sekolah

Posted: 26 Nov 2011 03:41 AM PST

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



DUN SURA 26 Nov 2011 - Penyalahgunaan premis awam dan kerajaan sebagai tempat kegiatan parti sudah menjadi kemestian buat Umno/BN dalam meraih undi rakyat.Simulasi pilihanraya Umno/BN seluruh negeri Terengganu pada hari ini terang-terangan menggunakan premis kerajaan iaitu sekolah sebagai tempat pembuangan undi.

Hasil tinjauan Team IT Pemuda Dun Sura di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura pagi ini mendapati Umno/BN Dun Sura turut menggunakan sekolah sebagai tempat pembuangan undi pilihanraya olok-olok mereka.


Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun

Antara sekolah-sekolah yang menjadi mangsa adalah Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun,Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun,Sekolah Rendah Sultan Omar dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa.

Kerja-kerja membuka markaz giat dijalankan dua hari sebelum itu dengan menaikkan bendera dan poster BN.Tinjauan yang dibuat juga mendapati persiapan markaz sedikit terkejar-kejar di saat akhir yang berkemungkinan besar menunggu peruntukan terlebih dahulu terutama upah petugas markaz.

Simulasi pilihanraya Umno/BN Dun Sura dimulakan dengan majlis ceramah isu-isu semasa pada malam semalam di Arena Square,Padang Merdeka oleh penceramah jemputan dari Kelantan.

Dalam ucapan aluan oleh Penyelaras Umno Dun Sura, Datuk Wira Rosli Mat Hassan meluahkan sedikit terkilan dengan kehadiran yang kurang mendapat sambutan walaupun cuaca pada malam tersebut baik tanpa hujan seperti hari-hari sebelumnya.

Beliau juga memberi penekanan kepada kepentingan perpaduan dalam Umno itu sendiri dalam suasana masing-masing ingin menonjolkan diri sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang ini.

Selain itu masalah calon 'bidan terjun' Umno/BN Dun Sura turut dipersoalkan oleh beliau walaupun calon itu dilahirkan di Dun Sura tapi kurang dikenali penduduk tempatan yang disebabkan banyak masa dihabiskan diluar dari Dungun terutama di Kuala Lumpur.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 26 Nov 2011 07:55 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


HANCURNYA JALAN RAYA, HANCURNYA HATI RAKYAT

Posted: 26 Nov 2011 12:53 AM PST

MASALAH PEPARITAN TERUS MENGHANTUI RAKYAT

Posted: 25 Nov 2011 11:50 PM PST

" DULU ROCK, KINI DAKWAH "

Posted: 25 Nov 2011 10:38 PM PST

mtdchenderoh

Posted: 26 Nov 2011 07:22 AM PST

mtdchenderoh


MAJLIS BERKHATAN PASTI KAW PDG RENGAS

Posted: 25 Nov 2011 08:24 AM PST


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 26 Nov 2011 03:51 AM PST

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Pemuda Amal lancar Kayuhan Hijaukan Temerloh

Posted: 25 Nov 2011 09:41 PM PST


TEMERLOH: Seramai lebih 30 orang anak muda menyertai Kayuhan Hijaukan Temerloh pada pagi tadi.

Para peserta dilepaskan oleh Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid Syed Mohammad bertempat di dataran Kubang Gajah. Hadir sama YDP PAS Kawasan Tuan Hj Md Jusoh Darus, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh En Ahmad Zuber Omar bersama En Woo Chee Wan pengerusi DAP Temerloh serta rakan-rakan Pakatan yang lain.

Sebelum berlepas Ust Anuar Suhaimi Abdullah selaku wakil ulama Kawasan memimpin bacaan doa bagi mengiringi perjalananan para perserta berkenaan.

Kayuhan Amal Hijaukan Temerloh ini, memilih beberapa laluan kampung sehingga ke pekan Kuala Krau. Dan kayuhan ini akan berpatah balik ke bandar Temerloh.

Semasa berucap beliau merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatian Amal Temerloh bagi menyedarkan generasi masyarakat muda tentang kerja-kerja kesukarelaaan.


PAS Temerloh giat menambah keahlian baru

Posted: 25 Nov 2011 04:26 AM PST


TEMERLOH: Yang Dipetua PAS Kawasan Temerloh Hj Md Jusoh B Darus , telah menyempurnkan penyampaian sijil keahlian PAS kepada seramai 30 orang ahli baru cawangan Sg Gau Temerloh.

Majlis berkenaan diadakan disalah sebuah kedai makan di Batu 6 Jalan Maran Temerloh. Seramai lebih 30 orang hadir ke majlis berkenaan.

Semasa berucap, beliau mengingatkan ahli PAS bertanggungjawab menjaga akhlak dan tatasusila dalam masyarakat setempat. Masyarakat amat peka dengan sebarang kesalahan kecil kita dan akan menjadi bahan bualan masyarakat. Kehadiran dan keberadaan kita sentiasa mendapat perhatian masyarakat, ujarnya.

Cemuhan masyarakat kepada kita menunjukkan mereka amat sensitif dan memerhati semua gerak geri dan gerak kerja kita. Ini bermakna perjuangan kita dinaungi oleh Allah.

Beliau memuji cawangan ini yang berjaya menganjurkan majlis penyampian sijil ini. Keahlian ahli PAS sudah menghampiri 1 juta. Kini sahaja sudah melebihi 900 ribu orang iaitu setakat no sijil yang tuan puan terima pada hari ini.

Di majlis yang sama juga, Adun Kuala Semantan YB Syed Hamid b Syed Mohammad menerima penyerahan borang keahlian baru daripada seorang bekas tentera.

Turut hadir dimajlis berkenaan Sdr Ahmad Zuber Omar selaku Setiausaha PAS Kawasan , dan bersama beberapa orang lagi jawatankuasa PAS Kawasan





Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 26 Nov 2011 03:45 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


BN’s lack of innovative policies

Posted: 25 Nov 2011 05:40 AM PST

With the 13th General Election around the corner, the Barisan Nasional, especially Umno and MCA, is getting desperate. This evident by Umno and MCA are dishing out goodies and financial aid to the people.
It also shows BN's lack of innovative policies to help ease the financial burden of the people. BN is only good at copying the PR. That too, is carried out without sincerity and sustainability.
Also, what the BN could not do or deliver in 54 years, PR did in its maiden rule in its states. The following are three significant examples:
- The DAP-led PR Penang government implemented a policy to help senior citizens in the state by giving them a yearly cash aid of RM100 each;
- The PKR-led PR Selangor provided free water for all in the state who used less than 20m3 of water per month; and
- The then PAS-led PR Perak government implemented a policy to allow the conversion of leasehold land to freehold but this was retracted by BN who toppled the PR state government with the support of unethical political frogs.
The BN slammed the PR state governments' innovative people-friendly policies and described the initiatives as just populist political gimmicks.
However, the "gimmicks" in Penang and Selangor have remained sustainable.
Compare what the PR state governments have introduced and implemented with the BN and MCA's one-time financial aid to the people.
The BN and MCA's recent announcement of cash aid to the people are clearly insincere, made just to "buy" votes for the coming general election.
Prime Minister Najib Tun Razak, in his Budget 2012 presentation, announced a RM100 aid to all public school children. He also announced a one-time payment of RM500 assistance to households with an income of RM3,000 and below.
This was followed by MCA's announcement that it would allocate about RM30 million to distribute RM100 to help its members and RM200 for a new-born. This is only a one-time payment as it is unsustainable and a massive drain on the party funds.
Also, funds raised for the 1MCA Medical Foundation are now being described as just another mode of income tax collection and a twisted gimmick.
If not for the people's support for the PR in 2008 followed by the political pressures from PR's style of governance, the BN and MCA would not have made the above people-friendly efforts.
In fact, the people should wisely accept and take the goodies from BN and MCA but continue to support the PR in the next general election.
Without the pressures from the PR, the BN and MCA will not bother to even consider any such massive financial aid to the people.
Should the PR secure federal power in the next general election, there is every indication that the people are set to benefit more with the PR's access to federal funds.
This is just simple logic based on what the PR state governments had been able to do or deliver since securing the mandate to rule in 2008.

PAS TAMBUN

Posted: 26 Nov 2011 02:16 AM PST

PAS TAMBUN


APAHAL DENGAN PROJEK KG SRI KLEBANG NI..?

Posted: 25 Nov 2011 09:52 PM PST


SUKIMAN.. PASU TU NAK JATUH.. Kena orang lalu-lalang situ sape nak jamin..

PERSIAPAN HIJRAH SENI 1433 MALAM INI.

Posted: 25 Nov 2011 09:37 PM PST

Persiapan pentas..

Genset di turunkan dari lori..

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Nov 2011 01:47 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Sabar.

Posted: 25 Nov 2011 03:30 PM PST

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Hadith:

DARIPADA Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya (memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri (tidak ingin keredaan Allah).

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan, menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.

2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya.

3. Di dalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pilihan raya New Zealand esok.

Posted: 25 Nov 2011 03:26 PM PST


30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -PEKERJA pilihan raya Charlotte Coxon (kiri) dan rakannya, Bill Davidson, bertugas di pusat membuang undi Scott Base, kawasan penyelidikan paling terpencil di pulau Ross, berhampiran gunung Erebus, wilayah Rose Dependency Antartika yang dikendalikan New Zealand. Lebih tiga juta orang dijangka mengundi dalam pilihan raya New Zealand esok. Seramai 50 rakyat negara itu yang berada di Antartika sudah membuang undi. - Foto AFP

Selsema dan Petua Menghilangkannya?

Posted: 25 Nov 2011 03:24 PM PST

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
http://harian-hullahup.blogspot.com
Memang tension giler bile sok-sek, sok-sek (selsema); dah berhari dah ini! Menangung jer! Makan ubat pun tak jalan. Bila dan tak jalan, cukuplah setakat itu je. Ubat-ubat ini pun bukannya elok sangat kalau kita praktikkan! Jangan bergantung 100% pada ubat ini.

Sedikit background demam selsema ini, biasanya memang pakej sekali demam + seleseme

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Ada dakwaan yang aku baca dalam satu entri, bahaya ubat selsema ini, rujuk petikan yang aku rembat

UBAT BATUK DAN SELSEMA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE (Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)


BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE . Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.


Lebih lanjut, anda baca sendiri di nuriman.wordpress

Apa kata kita cuba kaedah tradisional plak, tapi payah pulak nak cari semua benda-benda 'mengkarung' ni, al-maklumlah, kalau dulu dok kampung memang selamba jer aku lih pi ambik! La ini..dah la kat bandar, pehtu memalam buta camni.

Ayuh! kita lihat ada 2 petua/ kaedah menghilangkan selsema. Ikhtiar la

Untuk golongan dewasa;

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5_4Qm-7-efx5mpM_PF7cB_bWEFmO69-ZFH1RNwdRe0swULHv6KIVTEuYL-R4EQutbv4dfPrCGaO3ttSLfboyQ-DD-mTitdASvVBrgAPAnUmfmGJRznvpYq0zE7Bi5dI2kcyC3nV4Eoc4/s1600/daun_sirih.jpg
2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Untuk golongan kanak-kanak/ bayi;

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

http://sitik.files.wordpress.com/2010/01/halia.jpg

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

Tiga warga Eropah diculik, seorang lagi dibunuh di Mali

Posted: 25 Nov 2011 03:14 PM PST

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BAMAKO 26 Nov. – Sekumpulan penculik bersenjata menculik tiga warga Eropah dan membunuh seorang lagi di wilayah Timbuktu, utara Mali, semalam, kata pasukan keselamatan.

Menurut sumber keselamatan, mangsa yang terbunuh, ditembak mati di bahagian kepala selepas cuba melawan penculik terbabit.

Bagaimanapun, identiti mangsa yang diculik dan dibunuh tidak didedahkan.

Kejadian terbaru itu merupakan yang kedua dalam tempoh 48 jam selepas dua ahli geologi Perancis diculik, dipercayai dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda Islamic Maghreb (AQIM). – AFP

Penunjuk perasan halang PM baru Mesir masuk Parlimen

Posted: 25 Nov 2011 03:10 PM PST

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH 26 Nov. - Beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di pintu masuk ibu pejabat Parlimen Mesir, semalam, sebagai usaha menghalang Perdana Menteri baru, Kamal al-Ganzuri daripada memasuki bangunan tersebut.

Penunjuk perasaan, Ahmed Zahran berkata, tindakan itu dilakukan sebagai membantah pelantikan Kamal.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berdiri di luar bangunan tersebut yang terletak tidak jauh dari Dataran Tahrir, sambil melaung-laungkan slogan 'Pergi!Revolusi!Ganzuri merupakan saki-baki rejim!'. - AFP

Liga Arab beri 24 jam untuk Syria terima pasukan pemantau

Posted: 25 Nov 2011 02:54 PM PST

30 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KAHERAH 26 Nov. - KAHERAH 25 Nov. - Liga Arab mengeluarkan kata dua terbaru kepada Damsyik kelmarin, memberi negara itu tempoh 24 jam untuk membenarkan kemasukan pasukan pemantau atau berdepan sekatan.

Liga itu buat kali pertama turut meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 10 tentera, termasuk enam juruterbang elit Syria, terbunuh dalam serangan 'pengganas', yang dikaitkan dengan campur tangan luar dalam demonstrasi menentang Presiden Bashar al-Assad.

"Sekumpulan pengganas bersenjata melakukan pembunuhan terancang yang mengorbankan enam juruterbang, seorang anggota teknikal dan tiga anggota lain di pangkalan udara yang terletak di antara Homs dan Palmyra.

"Kejadian ini menunjukkan penglibatan unsur-unsur dan sokongan dari luar negara terhadap operasi pengganas dalam usaha melemahkan keupayaan tentera negara ini," kata seorang jurucakap tentera Syria. - REUTERS

Sidang DUN Perak ditangguhkan pada jam 8.30 malam

Posted: 25 Nov 2011 04:37 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Sidang DUN Perak yang berlangsung sehingga 5 hari berakhir sebentar tadi dengan pengumuman dari Speaker Dewan dengan menangguhkan sidang kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Usul kenaikan Ahli Dewan Negeri Perak ditolak.

Posted: 25 Nov 2011 04:04 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Usul yang dibawa oleh YAB Pangkor itu di sokong oleh Wakil Bercam yang telah mengajukan soalan berkaitan kenaikan elaun itu pada sidang 15 Ogos 2011 lepas pada awalnya akhirnya ditarik balik oleh pihak kerajaan selepas dibahas oleh beberapa orang.




Pemuida PAS Sarawak tuntut Alfred Jabu mohon maaf dan tarik balik kenyataan

Posted: 25 Nov 2011 03:58 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA RASMI PEMUDA PAS SARAWAK

1. Merujuk ucapan Timb Ketua Menteri, Alfred Jabu ketika persidangan DUN Sarawak semalam, Pemuda PAS Sarawak kesal dengan sikap Alfred Jabu yang tidak sensitif terhadap umat Islam dengan mengaitkan Hudud dengan 'politik kotor' dan 'keji'. Alfred Jabu menggunakan istilah 'hudud politik' yang secara terang-terangan menghina dan mempermainkan hudud.

2. Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan aggresif, sedangkan pada waktu yang sama, menghina dan mempermainkan hukum hudud yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam. Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan Rakyat. Alfred menggambarkan Pakatan Rakyat datang ke Sarawak, membawa budaya politik pelik. Alfred lupa bahawa Pakatan Rakyat Sarawak merupakan terdiri daripada rakyat Sarawak yang bosan dengan pemerintahan BN selama ini, dan bukannya orang luar.

3. Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini. Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau.

4. Pemuda PAS Sarawak kesal dengan ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam terutama Ketua Menteri sendiri yang tidak bangkit menegur kenyataan bodoh Alfred Jabu ini. ADUN-ADUN PBB yang beragama Islam sepatutnya membela agama Islam dan menegur Alfred yang tidak sensitif terhadap agama Islam. Pemuda Sarawak menyeru ADUN-ADUN PBB yang penakut ini, untuk memberi ruang kepada PAS jikalau tidak mampu membela agama sendiri dalam dewan undangan negeri.

5. Pemuda PAS Sarawak menuntut Alfred Jabu membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan beliau itu.

MOHAMMAD ARIFIRIAZUL
(KETUA PEMUDA PAS SARAWAK)

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 berlarutan sehingga ke malam.

Posted: 25 Nov 2011 03:49 AM PST


29 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Sidang DUN hari ke berlarutan sehingga ke malam dan perbahasan berlanjutan dalam meluluskan beberapa enekmen baru selepas lewat petang tadi dewan Perak meluluskan Bajet 2012.

Speaker memberi laluan kepada Anggota Dewan untuk menunaikan solat maghrib secara bergilir-gilir sebagaimana yang dicadangkan oleh wakil Pengkalan Hulu. Sebelum itu wakil dari Titi Serong bangun mengingatkan dewan mengenai waktu sembahyang maghrib telah masuk dan mencadangkan supaya sidang ditangguhkan.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Dewan Perak luluskan Pembubaran Undang-Undang Kolej Islam Darul Ridzuan 2011.

Posted: 25 Nov 2011 03:10 AM PST

Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dewan Perak pada hari ini meluluskan Pembubaran Undang-Undang Kolej Islam Darul Ridzuan 2011. Berikutan dengan itu ianya diganti dengan Kolej milik Kerajaan Perak itu akan dikenali dengan nama baru iaitu Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

Usul Pembubaran itu dibentang oleh Wakili dari Kamunting dan mendapat persetujuan dewan sebulat suara.

Naib Presiden SPDP dipecat

Posted: 25 Nov 2011 03:08 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUCHING 25 Nov. - Naib Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Datuk Sylvester Entri dipecat daripada parti itu hari ini kerana kesalahan menentang parti, demikian diumumkan oleh Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan.

Beliau adalah juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Marudi.

Empat pemimpin yang menyokong beliau terdiri naib presiden kanan dan Adun kawasan Tasik Biru, Datuk Peter Nansian, naib presiden dan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr. Tiki Lafe, ketua penerangan yang juga ADUN Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, dan anggota majlis tertinggi parti dan ADUN kawasan Bekenu, Rosey Yunus, dianggap tidak lagi memegang jawatan parti.

"Hari ini merupakan hari paling sedih dalam kerjaya politik saya. Selepas melalui proses dan perbincangan dengan Majlis Tertinggi, saya dengan rasa sedih, mengumumkan bahawa Entri bukan lagi anggota SPDP berkuat kuasa serta merta," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP selama jam di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Mesyuarat itu juga menetapkan bahawa Tiki tidak akan dicalonkan semula untuk bertanding di Mas Gading kerana beliau bukan daripada kalangan "calon boleh menang", kata Mawan. - Bernama

Sidang DUN Perak Hari Ke 5 : Dewan Perak luluskan Bajet 2012

Posted: 25 Nov 2011 02:55 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dewan Undangan negeri perak yang bersidang pada hari ini telah meluluskan Bajet 2012 dengan mendapat kelulusan majoriti anggota dewan.

Bajet yang telah dibentang oleh YAB dari Pangkor pada isnin lepas telah dibahas oleh 28 ADUN BN dan PR sehingga kelmarin dan telah digulung oleh pihak kerajaan sebelum dilulus kan oleh Dewan perak lewat petang ini.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Isu Tahun Melawat Perak 2012

Posted: 25 Nov 2011 02:41 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ADUN Pasir Panjang DS Nizar mempersoalkan mengenai kelewatan pelancaran logo Tahun melawat Perak yang agak lambat.

Disamping itu dia mempertikaikan mengenai satu delegasi untuk memanjat Gumung Kinabalu untuk mempromosi Tahun Melawat Perak dan apakah alasannya serta bertanya berapakah jumlah yang digunakan untuk tujuan itu.

YAB dari Pangkor menjawab bahawa promosi mengenai Tahun Melawat Perak juga dilakukan juga ke destinasi negeri lain seperti ke kedah dan sebagainya.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Bantuan kebajikan kemasyarakatan

Posted: 25 Nov 2011 02:25 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Peruntukan sebanyak 25 juta ringgit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat perhatian dengan dibahas oleh beberapa ADUN .

ADUN Setiawan mendedahkan mengenai wanita MCA yang dilantik berkerja di Pejabat kebajikan masyarakat.

ADUN Buntong pula menjelaskan mengenai aduan dari pemohon yang telah diluluskan tidak dibayar pembayaran dengan alasan kewangan tidak mencukupi supaya diambil perhatian oleh pihak kerajaan.

Mangsa banjir meningkat.

Posted: 25 Nov 2011 02:13 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,892 orang pagi ini, berbanding 1,420 malam tadi ekoran hujan berterusan yang mengakibatkan kawasan rendah terus dinaiki air.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata Pasir Mas kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka di daerah itu setakat ini.

"Jumlah pusat pemindahan yang dibuka (di seluruh negeri) semakin bertambah daripada 28 buah malam tadi kepada 32 buah pagi ini," katanya.

Beliau berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, berada pada paras bahaya manakala laluan di Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas.

Di Machang, laluan yang ditutup ialah Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata; di Pasir Mas membabitkan Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram dan Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu; manakala di Tanah Merah jalan yang ditutup ialah Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh.

Di Tumpat pula, tiga laluan yang ditutup ialah di Km 3 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti, Km 2 Jalan Keselamatan (Kesban)-Pengkalan Kubor - Kampung Jambu dan Km 3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,236 pagi ini berbanding 2,404 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.

Di PAHANG, 11 orang dari dua keluarga di Kampung Chendor Baru dekat Cherating yang dipindahkan akibat banjir sejak semalam, masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Mereka yang terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditempatkan di Balai Raya Kampung Chendor.

Menurut jurucakap bilik gerakan polis rumah mereka masih ditenggelami air pada paras 0.5 meter. - BERNAMA

Angkasawan negara kutip dana bina hospital Palestin

Posted: 25 Nov 2011 02:10 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU: Majlis Perundingan NGO Islam Malaysia (MAPINM) akan meneruskan siri penjelajahan ke seluruh negara untuk mengumpul derma bagi mengisi tabung bantuan rakyat Palestin, terutama pembinaan hospital kanak-kanak terbesar di negara itu membabitkan kos sebanyak RM100 juta.

Angkasawan Negara yang juga pengerusi jawatankuasa pengumpulan dana majlis itu, Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, berkata Kelantan adalah antara negeri yang dikunjungi bagi menjayakan misi itu.
"Selepas ini kita akan meneruskan siri penjelajahan ke negeri lain, termasuk Pulau Pinang dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sini, hari ini.

Sheikh Muszaphar Shukor berkata, MAPINM sudah menghulurkan bantuan AS$60,000 kepada Kerajaan Palestin melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh, baru-baru ini.

Majlis Perundingan itu adalah badan induk yang dianggotai pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh negara, termasuk Cakna Palestin yang diwujudkan Kerajaan Negeri Kelantan tiga tahun lalu.

Beliau berharap penduduk Gaza akan menikmati penjagaan kesihatan lebih sempurna apabila hospital 10 tingkat itu yang akan mula dibina dengan bantuan Kerajaan Malaysia pada tahun depan, siap sepenuhnya.

Katanya, matlamat beliau dalam program penjelajahan itu bukan sahaja bertujuan mengumpul dana, malah untuk berkongsi pengalaman sebagai Angkasawan Negara yang berkait rapat dengan ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

Beliau berkata, untuk merealisasikan lagi harapannya beliau bercadang menubuhkan Yayasan Angkasawan yang kini masih di peringkat kajian.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata sebagai Menteri Besar beliau amat bersyukur dapat menemui Angkasawan Negara itu di samping berkongsi pengalaman dengan rakyat negeri ini sebagai angkasawan kerana bidang keilmuan astronomi itu mempunyai kaitan rapat dengan ilmu Islam yang terkandung dalam al-Quran.

Katanya, angkasawan itu akan mengadakan beberapa siri pertemuan dengan rakyat negeri ini sepanjang kunjungan selama dua hari ke Kelantan.

"Melalui program yang diatur itu, kita dapat mengumpul lebih banyak dana menerusi Jawatankuasa Misi Bantuan Cakna Palestin yang ditubuhkan tiga tahun lalu," katanya. - BERNAMA

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Sidang ditangguh untuk solat Asar.

Posted: 25 Nov 2011 02:04 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Speaker mengumumkan sidang ditangguh selama 20 minit sehingga jam 6.00 petang untuk memberi laluan kepada ADUN dan pegawai yang beragama Islam untuk menunaikan solat Asar.

Sidang DUN Perak Hari Ke 5: Jabatan Mufti dicadang tingkat pengurusan kewangan

Posted: 25 Nov 2011 01:36 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ADUN Lubuk Merbau, YB. Hj Zainuddin Yusoff mencadangkan supaya pengurusan cuma 2 bintang yang diberikan oleh Jabatan Audit Negara terhadap Jabatan Mufti Perak pada tahun 2010 perlu diambil perhatian supaya pengurusan kewangan yang diperuntukkan sejumlah 1,787,900 ringgi yang diperuntukkan dalam bajet 2012 untuk jabatan itu diurus dengan lebih baik.

Angin kencang, laut bergelora diramal sehingga Selasa

Posted: 25 Nov 2011 01:23 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.

Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kawasan Pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan angin kencang dan ombak kuat yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - BERNAMA

Syarikat kutip organ palsu manusia

Posted: 25 Nov 2011 01:00 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEBUAH kotak yang mengandungi organ palsu manusia berada di tepi seorang pekerja di syarikat OrthoMetals di Zwolle, Belanda pada 14 November lalu.

ZWOLLE, Belanda - Sebuah syarikat di sini mengumpul dan menjual organ palsu manusia sebagai barang lusuh untuk dikitar semula.

Syarikat OrthoMetals mendapat bekalan organ palsu manusia daripada 450 rumah pembakaran mayat di 15 buah negara Eropah secara percuma.

Pengarah OrthoMetals, Ruud Verberne berkata, antara organ palsu yang diasingkan sebelum mayat dibakar pada suhu 900 darjah Celsius itu termasuk paha, lutut dan implan logam.

Menurutnya, keluarga dan saudara-mara si mati lebih rela melihat organ palsu orang kesayangan mereka dikitar semula daripada ia dibuang ke tong sampah.

Verberne berkata, sejumlah 200 tan logam berharga dikumpul dari rumah-rumah pembakaran mayat di Eropah pada setiap tahun.

Di gudang syarikat tersebut, pelbagai peralatan palsu itu diasingkan mengikut kategori seperti besi, titanium dan kobalt kromium dan kemudian dijual kepada pembeli barang lusuh dengan mengikut harga pasaran. - AP

'Hudud politik': PAS selar kenyataan TKM S'wak

Posted: 25 Nov 2011 12:55 AM PST

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PAS Sarawak menyelar kenyataan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkaitan hukum hudud yang didakwanya secara "terang-terangan menghina" dan mempermainkannya.

bn candidates announcement pbb hq 030411 alfred jabu"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred Jabu supaya berhenti memberi kenyataan mengenai hudud, kerana beliau tidak mempunyai maklumat dan penerangan yang cukup mendalam mengenai hukum hudud ini," kata ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo.

"Pemuda PAS Sarawak menyarankan Alfred supaya lebih sensitif terhadap isu-isu keagamaan seperti ini dan Pemuda PAS Sarawak mengingatkan rakyat Sarawak tidak mungkin dapat menerima pemimpin yang tidak sensitif seperti beliau," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohammad Arifiriazul menuntut Alfred Jabu (kanan) membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua umat Islam serta menarik balik ucapan itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohammad Arifiriazul mempertikaikan tindakan Alfred Jabu menuduh Pakatan Rakyat mengamalkan politik kotor dan agresif, sedangkan pada waktu yang sama, didakwa mempermainkan hukum yang termaktub dalam Al-Quran dan sebahagian daripada perundangan Islam.

"Secara nyata, Alfred Jabulah yang mengamalkan politik kotor dan tidak sensitif di Sarawak, bukannya Pakatan," katanya lagi.

Segi tiga 'politik hudud'

Dewan itu juga menyatakan kekesalannya terhadap ADUN Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan ketua menteri yang beragama Islam tetapi tidak menegur kenyataan "sensitif" itu.

Akhbar tempatan The Borneo Post semalam melaporkan Alfred Jabu menyifatkan Pakatan bersama-sama terbabit dalam memainkan segi tiga "politik hudud".

Menurut menteri pembangunan luar bandar itu, ia dilihat apabila PKR mahukan hukum hudud sementara sebagai balasan DAP mahu mengenakan "politik hudud" terhadap PKR dan PAS.

"Rakyat sendiri telah menyaksikan situasi menarik ini. Di Sarawak sejurus sahaja pilihan raya negeri (PRN) selesai pada April lalu, DAP telah mengambil sekurang-kurangnya dua calon PKR yang bertanding pada PRN," beliau dipetik sebagai berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada persidangan DUN di Kuching.

Sebagai contoh, katanya, calon PKR di Meluan dan Bukit Begunan yang tewas diambil oleh DAP.

Bukan itu sahaja katanya, pencalonan bagi jawatan senator yang dicadangkan oleh Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) kepada ahli DAP yang baharu dan bekas calon PKR di Meluan (John Brian Anthony) turut ditolak dengan menyaksikan calon BN Lihan Jok mendapat jawatan itu.

"Ramai di kalangan rakyat Sarawak kini menyatakan bahawa ia merupakan cara yang kejam oleh DAP apabila melaksanakan politik hududnya dalam politik PKR, yang mereka anggap sebagai rakan dalam Pakatan," beliau dipetik sebagai berkata.

malaysiakini/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan