Isnin, 7 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 06 Nov 2011 10:36 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Upacara Qorban di Masjid Ar-Rahman, Kg Batru 4, Jalan Maran, Temerloh

Posted: 06 Nov 2011 07:58 PM PST





Menyiang dan menyaringkan daging untuk dimasukkan kedalam beg plastik, 2 kilo untuk peserta, 1 kili untuk petugas, tulang, hati, limpa dan kerabu tidak termasuk, boleh diambil sesuka hati (Kecuali hati, limpa dan kerbau yang terhad)
Bdertugas dengan tekun
Bertugas
Haji Suhaimi tak henti-henti bertugas manakala Kak Hendon pula membantu memasak soup yang dijamu kepada setiap yang hadir dengan hidangan nasi.
Eh Haji, rajin betul nampak, pakai baju PKR lagi!
Kerja Haji, kerja
Haji menyiang daging dan menimbang daging
Sewaktu pagi tadi jam 7-30 pagi penduduk mula-mula datang
Semasa nak menurunkan lembu/kerbau dari lori
Yang berdiri itu ada pula tugasnya semasa menyembelih
Lembu pertama sudah ditumbangkan
Tok Imam Zulkifli mengetuai penyembelihan
Persediaan untuk menyembelih
Ramai yang terlibat, berkopiah dan jaket putih itu adalah Pengerusi Masjid,
En. Zulkarnain.


Gambar atas itu, kerbau dan gambar bawah adalah lembu


Bermula jam 7.30 pagi tadi, 4 ekor lembu dan 4 ekor kerbau telah sampai ke perkarangan Masjid Ar-Rahman. Satu hal lah pulak macam mana nak menurunkan lembu dan kerbau itu dari lori. Masing-masing semuanya ada pengalaman lembu lepas lari apabila diturunkan dari lori, dan ada yang luka tangan untuk menarik tali lembu yang lari. Masing-masing tertunggu-tunggu sesiapa yang ada kemahiran untuk menurunkan lembu dan kerbau itu. Rupa-rupanya lebih susah menurunkan lembu berbanding kerbau kerana lembu kuat menendang.

Pengerusi Masjid, En Zulkarnaian, telah ditaklimatkan oleh Pemandu lori cara-cara menurunkan lembu dan kerbau itu iaitu dengan menyangkutkan dengan tali ke kedua-dua kaki binatang itu ditambat kepada tiang lori dan tali yang panjang ditambatkan ke kepala binatang tersebut dan membiarkan binatang itu terjun dari lori; dihujung tali di kaki ditambat kepada tiang yang disediakan ditempat penyembelihan manakala tali dikepala ditambatkan ke tempat yang disediakan, dengan cara itu lembu/kerbau itu direbahkan dengan posisi siap untuk disembelih

Cara itu diikuti dengan baik, dan seekor demi seekor disembeli oleh Tok Imam Zulkifli dengan semua yang hadir bertakbir sebelum penyembelihan.

Group yang ramai itu berkumpul dengan 2 seksyen. Satu yang terlibat menyembelih dan menyelupatkan kulit lembu/kerbau dan memotong kaki-kaki dan membuangkan perut-perut sebelum dihantar ke seksyen yang bertugas untuk menyiang dan membahagi-bahagikan daging kepada peserta-peserta Qorban dengan berat 2 kilo, tidak termasuk tulang, limpa, dan hati; manakala dimasukkan kedalam plastik seberat sekilo seorang untuk mereka yang tidak terlibat dengan Qorban tetapi hadir bersama untuk menyempurnakan upacara itu.

Tidak terhabis daging yang sebanyak itu kepada mereka yang terlibat berqorban, maka mana-mana peserta dan petugas diminta mengambil sebahagian lagi bungkusan dan jika ada diantara mereka berhajat menghantar kepada saudara-mara dan kenalan, maka 2 atau 3 bahagian diberikan kepadanya.

Dengan begitu ramai tenaga kerja hanya mengambil masa yang ringkas sahaja untuk menyempurnakan siangan daging itu dan menyaringkan daging dari tulang, hati, kerabu dan limpa. Setiap petugas diberikan tulang, hati, limba dan kerabu sebagai tambahan.

Begitu banyak daging yang diberikan kepada setiap peserta dan petugas.

Yang paling penting didalam upacara Qorban di Masjid ini semua pihak datang, ahli-ahli PAS, ahli-ahli UMNO, anggota-anggota PKR dan mereka yang tidak menyertai mana-mana parti politik semuanya turut hadir dan menyumbangkan tenaga. Kerjasama di kampong ini sungguh erat walaupun berbeza pandangan politik.

Tetapi memang tidak dapat dielakkan selepas upacara qorban itu ahli-ahli UMNO dan PAS bertanyakan kepada saya mengenai kedudukan Isa Samad didalam KPF dan kenapa PKR dan PAS menentang beliau menjadi Pengerusi KPF. Setelah saya memberikan jawapan, mereka puas hati dan ada diantara mereka dikalangan ahli-ahli UMNO menyatakan bahawa perlantikan Isa Samad itu tidak menepati Undang-Undang Koperasi dan Undang-Undang Kecil Koperasi. Bahkan ada diantara ahli-ahli UMNO itu menyatakan bahawa Isa Samad tidak sepatutnya dilantik sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi KPF.

Mereka juga bertanya kepada saya mengenai saman yang dikemukakan terhadap Felda oleh peneroka-peneroka Felda Jengka, dan ini memberikan peluang kepada saya untuk menerangkan isu sebenar.

Peneroka-peneroka bukan menyaman Felda untuk mengambil wang Felda tetapi mereka menyaman Felda RM3000.00 sebulan, sedangkan peneroka-peneroka hanya diberikan oleh Felda sebanyak RM1500.00 sahaja sebulan dikira hutang. Saya nyatakan bahawa setiap peneroka Felda Jengka itu menyaman Felda sebanyak RM483,000.00 iaitu kerugian yang peneroka alami selama 15 tahun. Saya menyatakan bahawa sebaik sahaja peneroka mahu menyaman Felda (belum saman lagi) Felda sanggup menaikkan peratusan perahan dari 17-18% kepada 20-21%; tetapi Makmal mengesahkan bahawa peratusan perahan KPG meningkat hingga 33% dan apabila dikira dengan sistem yang diamalkan oleh MPOB kadar perahan gred mereka tidak jatuh dari 27%.

Cubalah bayangkan ada perbezaan hingga 10%; setiap 1% berharga RM33.00 bagi setiap tan; 10% boleh mencecah RM330.00 bagi setiap tan, jika dikalikan dengan 8 tan buah sawit yang dikeluarkan bererti selama ini Felda telah memanipulasikan pendapatan peneroka sebanyak RM264,000.00 diatas KPG sahaja dan belum termasuk tuntutan keatas buah reject, abu dan biji kernal.

Dengan penerangan itu rakan-rakan dari UMNO, PAS dan PKR yang mendengar penerangan saya itu menyatakan bahawa memang tidak patut peneroka-peneroka ditipu sedemikian rupa sedangkan Felda mengenakan hutang kepada peneroka-peneroka sehingga RM100,000.00 dalam tempoh 8 tahun.

Apabila dibuat kajian, sebenarnya tiada peneroka yang terhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka didalam tempoh 8 tahun itu melebihi RM60,000.00 hingga RM200,000.00.

Oleh kerana saya diminta oleh rakan-rakan menerangkan isu Felda tersebut maka lewatlah sedikit dapat saya balik kerumah.

Selepas solat Zohor sebelum Asar ini, saya dan isteri saya, Hendon Jaafar akan pergi ke Kuala Krau untuk menyerahkan daging-daging kepada rakan-rakan yang tidak terlibat dengan korban. Saya mempunyai cukup banyak daging korban di rumah. Semalam kakak ipar saya di Kg Lubok Kawah memberikan 2 kilo daging; anak saudara saya dari Lanchang memberikan lebih dari 5 kilo; dan kumpulan Imam Mahadi di Kg Batu 5 memberikan entah berapa kilo daging, dan saya hari ini mendapat lagi 4 kilo daging sebagai peserta, 3 kilo daging sebagai petugas yang mahu menyampaikan daging qorban kepada sahabat-sahabat, tulang, hati, limpa, kerabu entah berapa kilo lagi.

Saya sudah pun menalipon kepada kawan-kawan di Kuala Krau untuk menerima bahagian masing-masing supaya mereka berada di rumah semasa saya dan isteri sampai nanti.

Ke Kg Lubok Kawah

Posted: 06 Nov 2011 09:32 AM PST

Jam 4.00 petang 6hb November 2011, kakak ipar saya melalui anaknya Sohaya telah menalipon ke rumah saya dan bercakap dengan anak saya Syukri untuk segera datang ke Kg Lubok Kawah untuk makan daging qorban.

Ya, memang saya mahu pergi ke Kg Lubok Kawah, tetapi jadual saya adalah pada hari kedua Aidil Adha, dan bila kakak ipar saya pinta saya dan keluarga datang segera, saya lekas-lekas mandi dan bersiap pakai baju Melayu warna biru (PKR) bukan biru uniform sekolah (BN).

Semasa saya sampai ke Lubok Kawah lebihkurang setengah jam dari Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, semua kaum keluarga kakak ipar saya ada disana. Nor Azman ada disana dengan seorang daripada anaknya. Baharom ada disana dengan isteri dan semua anak-anaknya. Sohaya ada disana dengan suaminya Rahman serta semua anak-anaknya, dan Suzlov Hakimi ada disana dengan isterinya serta 2 orang anaknya. Cuma isteri Azman dan anak-anak yang lain tidak pulang.

Anak-anak Sohaya sedang membakar daging, soup tulang dan daging sudah masak sedia untuk dimakan.

Setelah saya bersalam dengan semua ahli keluarga saya terutamanya kakak ipar saya, dan semua anak-anak saudara dan cucu-cucu saya, kami duduk diatas kerusi diantara keluarga saya dan keluarga abang saya, lepas sekeping daging bakar sekeping daging bakar yang lain.

Saya datang dengan isteri saya, Hendon Jaafar dan anak nombor dua saya Mohd Syukri. Kakak ipar saya bertanya dimana Sufizal dan Surina.

Sufizal, isterinya Khadijah Ibrahim dan anak-anak mereka Aina Syazrin dan Annuar Syakir bercuti ke Pulau Pinang disamping menghadiri perjumpaan business yang dia dapati untuk Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Sufizal ingin serahkan business itu kepada rakan businessnya yang ada di Kedah memandangkan Sufizal memperolehi kerja yang begitu banyak untuk Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Pahang, suatu kerja yang tidak boleh dihabiskan dalam jangka masa yang pendek.

Surina pula berada di Melbourne, Australia menyambung pelajarannya dibidang undang-undang untuk mendapatkan Master Degree.

Sambil berbincang-bincang dengan keluarga abang saya, saya asyik merenung ke kawasan perkuburan yang tidak jauh dari rumah kakak ipar saya itu. Di sana telah dikebumikan ayah dan ibu saya, dua orang abang saya iaitu Abdul Razak (abang tua, suami kepada kakak ipar saya itu, Siti Nor Mohamed) dan Jamaludin (abang nombor dua saya), mereka telah meninggalkan saya terlebih dahulu. Di dunia ini saya hanya tinggal berdua saja lagi adik beradik, saya dan Jaenah yang kini menetap di Kelang bersama suaminya Zainal Zin. Anak-anak kepada adik saya itu semuanya sudah bekerja, alhamdulillah, sesetengahnya menjadi engineer (2 orang) dan seorang menjadi peguam, dan seorang lagi bertugas di Jabatan Kerajaan sebagai pegawai dengan kelulusan BA (Hons.), boleh dikatakan keluarga adik saya ini berjaya, semuanya lulusan universiti, sedangkan adik saya itu hanyalah seorang penjual kuih-muih dan makanan mula-mula ditepi jalan dan akhirnya mendapat sebuah kedai disebuah Jabatan Kerajaan.

Dia cukup tabah. Dia dan suaminya rajin berniaga. Dan yang lebih menakjubkan dia membiayai pelajaran anak-anaknya dari kocek sendiri dan tidak sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa.

Dengan ketabahan kerjanya itu, adik saya dan suaminya dapat membeli dua buah rumah terrace iaitu satu di Shah Alam dan satu lagi di Kelang, mereka tinggal di Kelang manakala seorang anaknya tinggal di Shah Alam. Dia juga berjaya membeli sebuah rumah terrace di Mentakab, Pahang dan dia gunakan rumah itu semasa balik kampong.

Kini dia sudah mahu jualkan rumah di Mentakab itu kerana dia mahu membina sebuah rumahnya di Kg Lubok Kawah kerana dia masih ada kepinginan untuk kembali ke Lubok Kawah, suatu kampong yang penuh dengan perjuangan.

Ayah kami, Said bin Haji Ismail, adalah seorang pejuang kemerdekaan, beliau menganggotai Angkatan Pemuda Insaf, ditahan oleh Inggeris dengan ribuan pejuang-pejuang lain dan disumbatkan ke tempat tahanan tanpa bicara. Saya hanya berjumpa semula dengan ayah saya pada tahun 1952-53 (?) semasa ayah saya sudah dibebaskan dari tahanan secara terhad iaitu tidak dibenarkan kembali ke Kg Lubok Kawah.

Abang saya Abdul Razak meninggal dunia mengidap penyakit jantung. Beliaulah nadi keluarga kami kerana semasa ketiadaan ayah, dialah menjadi abang dan ayah kepada kami. Dia menoreh getah, dia membuat padi, dia mencari ikan, dialah ketua keluarga kami. Banyak jasanya kepada keluarga dan semua jasa itu tidak dapat kami balas semasa hidupnya. Hanya ayah dapat memberikan tanah pinggir seluar 7 ekar kepadanya dan keluarga kakak saya masih menoreh diatas tanah itu hingga sekarang.

Abang Jamaludin saya telah banyak berkorban untuk saya. Dia menangguhkan kemasukannya ke sekolah menengah semata-mata untuk membolehkan saya juga turut bersekolah. Keluarga kami yang miskin itu mesti mengorbankan diantara saya, Jamaludin dan Jaenah dari segi pelajaran kerana tiada kemampuan dari segi kewangan. Abang Abdul Razak memang sudah terlepas untuk bersekolah, dan dia dibesarkan hanya dengan mampu membaca Quran tetapi tidak mengenali ABC.

Aki saya disebelah ibu dan ayah dan begitu juga nenek-nenek saya serta kedua-dua moyang saya dikebumikan di Kampong Lubok Kawah.

Seorang adik kepada ayah saya Pok De Uda mati ditembak oleh tentera Inggeris kerana Pok De Uda adalah juga pejuang API. Begitu juga adik kepada ibu saya Ayah Cik Mokhtar mati ditembak Inggeris. Seorang pupu saya mati digantung didapati bersalah membantu gerakan bawah tanah menentang Inggeris.

Semualah keluarga saya yang sudah dewasa di zaman penjajahan itu ditahan tanpa bicara oleh Inggeris.

Kampong Batu 4, tempat saya tinggal sekarang telah dibuka oleh pejuang-pejuang menentang Inggeris diketuai oleh dua orang bapa saudara saya iaitu Pak Alang Min dan Pak Itam Abdul Rahman serta pupu-pupu saya iaitu Abang Manap, Abang Nordin, Abang Samah, kesemua mereka ini adalah pejuang API. Tidak hairanlah Kg Batu 4 itu menjadi sarang Pembangkang hinggalah ke hari ini, mula-mula mereka berada didalam Parti Rakyat Malaya dan kini didalam PAS.

Cerita kami semasa makan soup dan daging bakar itu berpanjangan. Diingatkan lagi cerita Haji Zubir, seorang bunian misteri yang sentiasa dijumpai di Lubok Kawah yang sudah berumur lanjut 700 tahun. Diceritakan bahawa Haji ini adalah sahabat kepada Aki saya, Haji Ismail, yang membuka kampong Lubok Kawah itu. Haji Zubir dan keluarganyalah yang sentiasa menolong Haji Ismail diketika Haji Ismail kehabisan makanan.

Dan dari masa ke semasa, Haji Zubir ini muncul didalam keluarga kami dengan secara tidak sengaja, hanya apabila dia sudah berlalu barulah tertanya-tanya akan kehadiran orang tua yang sudah berjanggut hingga ke pusat tetapi seolah-olah seorang pemuda yang masih kacak.

Haji Zubir biasanya datang melawat keluarga kami semasa berlaku kenduri kendara dan berlaku kematian didalam keluarga kami.

Orang lain nak percaya, percayalah, tak percaya pun tak apa, kerana misteri Haji Zubir ini hanya diketahui oleh keluarga kami sahaja.

Tapak rumah kakak ipar saya itu betulo-betul terletak diatas Markas dan kedai Koperasi API di Lubok Kawah diatas bukit bertepian Sungai Pahang menghala ke Kg Berhala Gantang dan Kg Bintang. Kalau orang bermotor air atau berperahu dari Hulu Sungai untuk ke Kuala Semantan, mereka pasti akan nampak Markas API itu yang ditulis dengan rekaan kayu yang besar dan dicat dengan warna merah.

Di kedai koperasi API itu tidak ada penjaga kedai, disana tempat anggota-anggota API membeli-belah, ambil barang sendiri, timbang dan bayar. Itulah disiplin yang sangat tinggi dikalangan anggota-anggota API dan kedai itu berfungsi dengan baik sehinggalah API diharamkan oleh Inggeris.

Di kampong Lubok Kawah ini juga ada kem latihan tentera, dan Rejimen ke-10 ada kaitan dengan kem yang ditegakkan di Lubok Kawah, kawasan kem itu adalah di Bukit Napi, sebuah hutan tebal di pinggir Kg Lubok Kawah dan pada hari ini tertegak bekalan air JBA untuk kawasan Temerloh.

Di Lubok Kawah pada waktu itu ada sebuah pondok dengan pengajian ugama Islam dan diketuai oleh Ulama Terkenal dari Kelantan yang digelar Tok Ayah. Beliau menggalakkan semua anak muridnya menyertai perjuangan API atau PKMM kerana dia yakin bahawa Negara yang tidak bebas tidak ada identiti kenegaraannya. Menantunya, Wan Abdullah dan anaknya sendiri Haji Ibrahim turut ditangkap dan ditahan oleh Inggeris.

Lubok Kawah diisytiharkan kawasan hitam apabila API diharamkan dan kami terpaksa berpindah randah dimerata kampong di Daerah Temerloh.

Keluarga saya mula-mula berpindah ke Kg Bangau menumpang di rumah dapur Tok Mohd Seh, ayah kepada Tan Sri Yahya, Tok Mohd Seh itu adalah Penghulu Mukim Bangau, dan Tan Srri Yahya itu adalah Menteri Besar Pahang.

Dari kampong itu kami berpindah ke Kg Chatin, Mentakab menumpang rumah abang kepada ibu saya, Pak Wa Hassan sehinggalah abang kepada ayah saya yang duduk di Kampong Penak, Chatin menjemput kami tinggal di Kampong beliau, dan abang Mat Zin mempunyai sebuah rumah kosong disana dan menempatkan kami disana. Abang Mat Zin ini ada hubungan keluarga dengan ayah saya.

Disana aki, wan, emak dan abang Razak saya menoreh getah kepunyaan Abang Mat Zin, maka dapatlah keluarga kami rezeki untuk menyambung kehidupan.

Apabila dikatakan Lubok Kawah diisytiharkan kawasan putih kembali, keluarga saya kembali ke Lubok Kawah mendiami rumah kami yang masih kukuh disana.

Pada tahun 1952 ayah saya dibebaskan dari tahanan, tetapi tidak boleh pulang ke Lubok Kawah, maka keluarga kami membuat keputusan untuk tinggal di Temerloh sahaja. Aki saya membeli sebuah rumah rakit hasil dari simpanannya dan juga duit pencennya sebagai Guru Ugama. Anaknya, Cikgu Yusof, Guru Besar Sekolah Telok Sentang juga memberikan sedikit bantuan kepada Aki saya.

Kemudian dari kerja yang ayah saya lakukan sebagai tukang masak di Kedai Restoran International kepunyaan Haji Amin, maka rumah rakit itu dibesarkan untuk diadakan bilik didalamnya untuk aki dan wan, dan untuk ayah dan emak.

Cerita itu panjang. Itulah kenangan saya semasa mendatangi rumah kakak ipar saya, dan kami tak pernah tidak mengalirkan air mata apabila bertemu begini khususnya pada Hari Raya.

Saya tidak merasakan kakak ipar saya itu sebagai kakak ipar tetapi sebagai kakak sendiri kerana hubungan keluarga kami amat erat dan amat rapat.

Apa bila pada jam 6.30 petang, saya pinta izin dari kakak ipar untuk pulang ke Batu 4, dia bekalkan tidak kurang dari 3 kilo daging mentah. Sampai dirumah sudah masuk Maghrib. Dan pembantu rumah saya mengatakan ada dua orang menghantar daging lembu dan kerbau, sehingga melebihi 10 kilo. Dia tidak tahu siapa yang menghantarnya tetapi selepas saya solat Maghrib anak saudara saya Mat Yunus dari Kg Sementeh, Lanchang memberitahu saya bahawa dia ada menghantarkan daging lembu dan kerbau kepada saya, kepada adik saya Yati Abdul Rahman (pupu dan adik angkat) dan kepada abang pupu dan angkat saya Saidal Khadri, dan daging yang sebahagian lagi itu dihantarkan oleh Imam Mahadi yang juga membuat qorban hari ini (ini tekaan sahaja kerana saya tidak tahu siapa yang menghantarnya).

Malam ni dah melebih 2.30 pagi, saya masih belum mengantuk, namun, pagi esuk jam 7.30 pagi, kami penduduk Kg Batu 4 akan bergotong royong untuk menyembelih 7 ekor lembu di perkarangan masjid Batu 4 menyempurnakan ibadat Qorban, moga apa yang kami lakukan mendapat ganjaran dari Allah swt.

Lawatan ke Kg Beredut, Kuala Krau

Posted: 06 Nov 2011 04:30 AM PST

Ahmad Abu yang lebih popular dengan panggilan Mat Abu, Ketua PKR Ranting Kg Beredut
Saya sempat bergambar dengan penduduk yang sedang menunggu untuk perjumpaan dimulakan
Cantiknya bungalo yang dibanggakan oleh UMNO ni!
Ini satu lagi bungalo mewah milik Pak Darus!
Bungalo ini lagi hebat, inilah yang UMNO war-warkan bahawa kehidupan Orang Asli sudah selesa, kepala hatuk mereka!


Pada 2hb November 2011 lepas saya dan Kak Hendon bersama Aliayasak dan isteri Nooryati Ghani membuat lawatan kerja ke Kg Beredut. Aliayasak adalah AJK PKR Cabang Kuala Krau manakala Nooryati adalah Naib Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau.

Saya sampai ke kampong itu lebih awal dari yang saya janjikan. Saya janji untuk sampai pada jam 5.00 petang tetapi saya sampai jam lebihkurang 3.00 petang. Maka didalam tempoh 2 jam itu dapatlah saya bertanya-bual dengan masyarakat perkampongan Orang Asal itu.

Mereka sangat berterima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat. Kerana usaha gigih dari PKR membuat desakan demi desakan kepada Jabatan-Jabatan tertentu di Daerah Temerloh maka mereka akhirnya setelah berpuluh-puluh tahun dapatlah jalan tar.

Tetapi jalan itu dibuat terlalu nipis dan baru lebih kurang satu tahun jalan itu sudah rosak balik, dan tak nampak gayanya pihak berkuasa nak repair jalan tu.

"Cuba Haji tengok perbezaan jalan menghala ke kampong ni dengan kawasan Felda Jenderak Selatan iaitu jiran kepada kampong ini. Jalan disana itu dibuat dengan elok dan tidak rosak dan kalau berlaku sedikit kerosakan terus direpair. Tetapi disini selagi jalan yang buruk itu boleh dilalui takkan pihak berkuasa nak repair jalan disini." kata Pak Darus dengan menggelengkan kepalanya.

Saya faham kenapa dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Memanglah pengundi kami disini kecil jika berbanding dengan Felda Jenderak Selatan, kami hanya adalah lebih kurang 95 orang pengundi saja, tetapi jika kami undi pembangkang, jumlah itu mungkin boleh memberikan kemenangan kepada pembangkang. Dulu dalam pilihanraya 2008, kami masih mengundi UMNO, tetapi selepas UMNO menang, batang hidung pemimpin-pemimpin UMNO pun tak nampak; yang hadir sentiasa ke kampong ini adalah tuan sendiri, dan tuanlah yang sentiasa membuat desakan demi desakan kepada Pihak Berkuasa. Hasil dari desakan tuan itu kami sudah dapat air bersih. Tapi batang hidung orang UMNO tak pernah nampak di kampong ni."

"Rumah-rumah disini, Tuan Haji boleh tengoklah. Orang Melayu apatah lagi orang Cina dah tak duduk rumah-rumah macam ni. Nak katakan rumah pun saya malu nak sebut. Tuan haji pergilah ambil gambar rumah-rumah disini. Rumah ke ni?" Darus terus mengeluk.

Pak Taklib menjemput saya ke serambi rumahnya untuk berbual dengan saya. Perjumpaan di petang hari itu sepatut dibuat di rumah RI, tetapi Ri masih belum balik dari tugasannya.

"Beginilah orang Asli, tuan Haji, kami ni ibarat binatang peliharaan saja. Dekat pilihanraya kami ni diberi beras, ikan sadin, minyak masak, dan orang kami yang bodoh ini mudah terhutang budi, teruslah mengundi dacing. Saya pun sangat rimas dengan keadaan ini. Dan sejak Parti Keadilan Rakyat menubuhkan Ranting disini, dan kehadiran tuan Haji yang acap ini, nampaknya orang kampong ni dah mula cerdik. UMNO/BN nak beri apa-apa pun kami akan ambil. Kalau UMNO pinta undi dari kami, kami akan katakan "Ya", tetapi kami takkan undi dia lagi,"kata Taklib.

Rumah saya ni dah macam nak runtuh, tapi manalah saya ada duit untuk perbaiki rumah ini, jauh sekali kalau nak buat rumah baru, katanya.

"Tanah kampong ini dah diisytiharkan sebagai Rezab Perhilitan, kami dipinta pindah dari kampong ini, tetapi saya dan keluarga saya tidak akan pindah. Bunuhlah saya dulu jika pinta saya pindah," Taklib yang sudah berumur warga emas itu menunjukkan girangnya.

Hampir tepat jam 5.00 petang, Sdr Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Kg Beredut sampai. Dia sampai dari Felda Jenderak Selatan mengambil isterinya yang belajar Kelas Dewasa disana. Ramai juga penduduk kampong itu yang belajar kelas dewasa, dan ramai yang sudah mulai pandai menulis dan membaca.

Kami tidak membuang masa, hampir seluruh penduduk kampong itu keluar ke rumah Pak Taklib, dan menggunakan loud-hailer (di kampong itu tidak ada bekalan elektrik), Ahmad Abu memulakan majlis dengan ucapan yang ringkas tetapi padat.

"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan Haji Suhaimi yang ditemani oleh Kak Hendon serta Lias dan Nooryati kerana datang ke kampong kami. Setiap dua minggu sekali adalah haji Suhaimi datang ke kampong ini. Wakil Rakyat kawasan ini pun tak pernah datang datang sekerap itu, pada tahun ini adalah dia datang sekali nak serahkan kerusi roda kepada seorang OKU, terima kasih jugalah kepada dia; tetapi Wakil Rakyat tu macam tak ada peranan langsung membela nasib orang kampong ini. Bahkan Haji Suhaimi dah bawa ke sini YB Zuraida, Wakil Rakyat dari Selangor ke sini. Fellicia Ling dah dua kali sampai di kampong ini.

"Saya tak perlu nak cerita panjang tentang penderitaan dan kedhaifan orang kampong ini, Haji Suhaimi sendiri dah tengok keadaan kampong dan penduduknya. Kanak-kanak yang bersekolah, kadang-kadang belum sampai darjah 6, dah berhenti sekolah. tidak ada apa insentif dan galakan untuk kanak-kanak bersekolah. Ibu-bapa miskin, mewarisi kemiskinan yang ditinggalkan oleh orang-orang terdahulu. Anak-anak ini pun tak nampak jalan boleh mendapat kesenangan hidup walaupun ada pelajaran, ramai anak-anak Orang Asli yang ada kelulusan hingga Tingkatan 5, nak kerja jadi JAGA pun tak dapat.

"Kita perlu berubah jika kita mahukan kemajuan. Saya dah tengok di Negeri Selangor, tak semacam kita di Pahang ni. Mereka disana dapat tanah, diberikan geran, tetapi disini, Kerajaan yang ceroboh tanah Orang Asal. Kononnya dulu tanah ini Rezab Orang Asal, tetapi bila mereka nak buat sesuatu seperti kampong ini untuk pemeliharaan binatang, mereka wartakan tanah di kampong ini sebagai Rezab Perhilitan.

"Kami Orang Asli dah tak dibenarkan masuk hutan di kawasan kami ini. Kalau masuk jugak, kami akan ditangkap.

"Ini kawasan binatang. Maka kami Orang Asli ini bertaraf lebih rendah dari bindatan." kata Mat Abu.

Diakhirnya Mat Abu menyeru penduduk dan saudara-maranya supaya berubah. Kalau dulu kita mengundi UMNO, kini kita akan undi PKR untuk DUN Jenderak ini. Dan marilah kita dengar penerangan Haji Suhaimi, Ketua Cabang kita mengenai kerjaq-kerja Pilihanraya.

Selaku Ketua Cabang saya tidak berucap panjang, tetapi terus kepada agenda penubuhan PACABA dan Sukarelawan di kampong itu sebagai jentera Pilihanraya. Seramai 8 orang PACABA telah dinamakan, dan hampir 20 orang lagi sebagai Sukarelawan, dan sukarelawan itu akan bertugas mulai dari sekarang dengan mula-mula menebang buluh untuk pemasangan bendera agar semasa Pilihanraya nanti tak lagi tercari-cari buluh.

Sukarelawan juga akan mempastikan isi setiap keluarga yang layak mengundi akan terus kekal dengan mesej perubahan dan mengundi calon Parti Keadilan Rakyat.

Menghampiri jam 6.30 petang dan setelah mendengar ucapan dari Sdr Aliayasak, Majlis itu ditutup dengan semua yang hadir berdiri dan melaungkan REFORMASI sebanyak 3 kali.

Dari Kampong Beredut kami terus ke rumah Ahmad Bila bin Adam di Felda Jenderak Utara untuk penubuhan PACABA dan Sukarelawan untuk Ranting disitu. Moga-moga kerja yang kami lakukan ini boleh membawa kekuatan kepada jentera PKR DUN Jenderak.

Posted: 06 Nov 2011 03:44 AM PST

Ini volvo WCU 8158, saya beli dengan harga RM5,500.00, walaupun kereta lama, tetapi masih mantap dan kepada mereka yang tak pernah pakai Volvo saya suka nak beri jaminan bahawa Volvo lama ini kadang-kadang boleh mengatasi kereta proton yang berusia 5 tahun. Volvo ini walaupun masih mantap untuk dipakai, saya sudah "pencen"kan dia dan alat-alat didalam kereta ini saya gunakan sebagai spare-parts untuk 2 buah volvo saya yang lain.
Volvo saya No. BDN 9890 ini saya beli dengan harga RM40,000.00 (secondhand), tetapi ia masih mantap, kukuh dan kuat dari segi enginenya dan bodynya. Nilai sekarang sudah tidak melebihi RM3000.00, ada kawan-kawan offer nak beli hingga RM6500.00 selepas mereka cuba driving kereta ini. Maaf saya tak jual, bahkan saya nak cari lagi kereta volvo lama yang boleh saya beli dengan murah seperti harga RM2500.00 hingga RM3500.00, berbaloi pakai volvo.
Yang volvo ini saya baru beli No Pendaftaran WCH 9613. Berapa harganya tau? Harganya, body saja RM2000.00 tetapi untuk ambil insuran dan road tax dan tukar nama saya bayar keseluruhannya RM3500.00, ini kalau dibuat touch-up dia akan menjadi volvo yang hebat di jalan raya.

Semalam saya sudah terlihat sebuah kereta volvo yang ditawarkan untuk dijual, tapi bila saya tanya harganya RM6000.00, conditionnya agak teruk; saya tawar dengan harga RM3000.00 tetapi tuannya tetap mahu RM6000.00. Maka tak jadilah nak beli.

Saya peminat volvo, saya dah test drive volvo-volvo model terbaru. Cukup hebat. Tapi nak buat apa berberlanja nak beli volvo baru sedangkan volvo lama saya boleh pecut hingga 140 km/jam. Jalan raya di Malaysia ni hanya membenarkan dikebanyakan laluan hanya antara 90 km/jam dan 110 km/jam.

Setiap bulan ada-ada saja saya dapat saman kerana apabila anak saya memandu kereta itu. Anak saya tu kaki pecut. Anak mudalah katakan.

Anwar Ibrahim

Posted: 06 Nov 2011 07:29 PM PST

Anwar Ibrahim


Protes Halang PRU-13 Jika Reformasi Tak Dilaksana

Posted: 06 Nov 2011 01:25 AM PST

Malaysiakini

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar mengambil pelbagai langkah sewajarnya untuk menghalang pilihan raya umum ke-13 daripada diadakan sebelum proses pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dilaksanakan.

"Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihan raya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (kiri) dalam satu kenyatan media.

Menurutnya, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, pilihan raya di negara ini hanya boleh diadakan selepas proses penambah-baikan dijalankan sekiranya kerajaan BN tidak mahu berdepan dengan kuasa rakyat.

"Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini.

"Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen dalam bulan November bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Paling kotor

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan.

"Jika ini tetap dilakukan maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihan raya kali ini hanya proses 'palsu' bagi menghalalkan regim terus berkuasa," katanya.

Chegubard berkata selain sistem pilihan raya yang belum diperbetulkan, pentadbiran BN dijangka cuba mengambil kesempatan daripada musim tengkujuh dan musim haji bagi kelebihan mereka.

Justeru, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa pusat PKR berkata SAMM bersama dengan organisasi massa yang lain memberi amaran supaya perdana menteri memastikan segala kepincangan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki sebelum membubarkan Dewan Rakyat.

"Kami SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa yang lain pada hari ini mewakili rakyat keseluruhanya memberi amaran kepada perdana menteri Malaysia bahawa pilihan raya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihan raya dilakukan.

"Proses penambahbaikan ini juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata," katanya lagi.

Kekal berkuasa

Sementara itu, Harakahdaily memetik presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim (kanan) berkata, pihaknya dan NGO lain yang bergabung dalam organisasi massa tetap bersama keseluruhan rakyat untuk melakukan perubahan.

Katanya, rakyat negara ini tidak lagi boleh menerima percubaan Umno BN untuk kekal berkuasa sehingga sanggup melakukan penipuan secara terang-terangan dalam pilihan raya.

“Namun kami telah menerima maklumat yang boleh dipercayai bahawa perdana menteri akan melakukan pembubaran parlimen pada 11 November ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 10 Disember ini.

“Jika benar, kita lihat ini sebagai satu langkah sekali lagi oleh Umno dan BN untuk memegang kuasa sama ada di peringkat persekutuan dan negeri melalui cara penipuan,” katanya dipetik akhbar rasmi parti PAS.

Selain Chegubard, hadir pada sidang media itu, adalah Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

AMK BATU

Posted: 06 Nov 2011 08:13 AM PST

AMK BATU


SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini

Posted: 05 Nov 2011 08:40 PM PDT



KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.

Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.

"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.

Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.

Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.

"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.

Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

-harakah daily.

komen admin kalau betul telahan berita 11/11/11 pru13 kita perlu bersiap-siaga selalu.

MB tiada kuasa rombak MAS Kg Baru, kata Nong Chik

Posted: 05 Nov 2011 08:26 PM PDT



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baharu.

Katanya, MAS tidak berada dalam bidang kuasa kerajaan Selangor kerana pengerusinya sekarang adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kuasa merombak keanggotaan lembaga tersebut terletak di bawah kerajaan Persekutuan.

Raja Nong Chik berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baharu, Ahmad Zambri As'ad Khuzami yang mahu merombak MAS dengan menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor.

"Saranan kepada kerajaan Selangor majukanlah kawasan Melayu di negeri itu sebab banyak lagi kawasan yang mundur serta perlu diperjuangkan. Tidak payahlah kacau kerajaan pusat dan kelirukan rakyat di Kampung Baharu.

"Dalam soal Kampung Baharu ini, kerajaan Barisan Nasional tiada agenda politik kerana niat kita bangunkan Kampung Baharu untuk orang Melayu dan berharap kerajaan Selangor tidak masukkan isu politik kerana apa yang penting sama ada kawasan itu akan dibangunkan atau tidak," katanya.

Sementara itu Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi banjir di sekitar Kuala Lumpur menjelang ketibaan musim tengkujuh hujung tahun ini.

Katanya, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Alam yang dikendalikan DBKL kini diletakkan dalam keadaan siap sedia menggerakkan bantuan bagi menyelamat orang awam sekiranya banjir berlaku.

"Disebabkan hujan yang kita terima tahun ini melebihi 30 peratus berbanding tahun lepas dan keadaan cuaca yang sukar diramalkan, persiapan bantuan telah dibuat menghadapi bencana ini.

"Jawatankuasa ini sedia memberi bantuan kepada negeri lain yang terlibat dengan banjir sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban dan sumbangan kewangan masjid serta surau di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai menyumbang 70 ekor lembu untuk diagihkan bagi melaksanakan ibadah kurban di masjid dan surau sekitar Parlimen Lembah Pantai.


Selain lembu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM121,000 kepada masjid dan surau untuk kegunaan qariah setempat menjalankan ibadah itu serta sambutan Aidil Adha.

Beliau berkata daripada jumlah itu RM3,000 masing-masing disumbangkan kepada setiap masjid utama dan lima buah surau diberi tauliah menjalankan sembahyang Jumaat, manakala RM2,000 tiap satu diberikan kepada 44 buah surau lain.

- Bernama

komen Admin isu tanah di kg baru adalah contoh bagaimana kerajaan umno bn tidak peka akan suara nurani rakyat setempat.

Usul potong sebulan gaji PM gagal tapi 'panas'

Posted: 05 Nov 2011 08:09 PM PDT




Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.

Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti setelah dibahaskan oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat dan kerajaan. Ia mendapat tentangan hebat dari BN termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan.

Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba 'mengarahkannya' mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti 'bodoh'.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit.

Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.

Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Usul tersebut dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.

(aritekel ini 100% tempelan dari malaysiakini melainkan gambar sahaja.)

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 06 Nov 2011 06:49 AM PST

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Selamat Menyambut Hari Raya Haji & Selamat Menunaikan Ibadah Kurban

Posted: 05 Nov 2011 10:45 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan