Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri Posted: 07 Nov 2011 03:27 AM PST ADUN JENERI ANJUR IJTIMA' KORBAN. Posted: 07 Nov 2011 12:21 AM PST 6 Nov 2011 - Sg. Pau. ADUN Jeneri, Majlis Tindakan DUN Jeneri dan Majlis Tindakan DUN Belantek menganjurkan Ijtima' Korban 1432 H. Dalam majlis tersebut sebanyak 16 ekor lembu dikorbankan dan disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Salleh Musa. Para petugas Unit Peti Undi (UPU) seluruh kawasan Sik turut membantu menguruskan sembelihan dan pengagihan daging pada hari raya pertama. "Program ini bukan pertama kali kita adakan tetapi ianya telah lama kita tidak laksanakan, dan hari ini kita laksanakan kembali program yang orang-orang terdahulu laksanakan" kata YB. Haji Yahya Abdullah. Program seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dan menyatukan semangat Ikram antara seluruh jentera parti disemua peringkat. "Insyaallah kita akan laksanakan berterusan disetiap tahun untuk membantu golongan yang tidak mampu dan menolong orang-orang miskin diseluruh kawasan Sik" -ujar Setiausaha MTD Belantek Muhammad Rashid A.Rahman. | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 07 Nov 2011 01:51 AM PST PAS : Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam Posted: 06 Nov 2011 01:12 AM PDT Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam. Dalam perutusan Aidiladha yang disiarkan diHarakahdaily, Abdul Hadi berkata, pada zaman ini sudah menjadi terbalik apabila pemimpin Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi. “Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan di zaman [...] | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 07 Nov 2011 01:21 AM PST Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji Posted: 06 Nov 2011 08:26 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah haji bersama jutaan umat Islam lain. "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di Malaysia. Najib dan Rosmah ialah antara 28,000 rakyat Malaysia yang menyempurnakan ibadah haji tahun ini. Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim. - Bernama | Banjir kini hampiri bahagian tengah Bangkok Posted: 06 Nov 2011 08:24 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Masyarakat Islam Thai menyambut Aidiladha hari ini ketika timbul kebimbangan bahawa banjir terburuk dalam lima dekad akan menuju ke bahagian tengah bandaraya ini.
Seluruh penduduk di tiga lagi daerah di wilayah Bangkok – Chactuchak (Bangkok Utara), Nong Khaem dan Phasicharoen (Bangkok Barat)- diarah berpindah memandangkan air banjir semakin naik. Sebelum ini, pemindahan besar-besaran seumpamanya dijalankan di ibu negara itu di daerah Don Mueang, Bang Phlad, Sai Mai, Thawi Wattana, Lak Si, Taling Chan, Bang Khen dan Bang Khae. Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra hari ini mengarahkan pemindahan penduduk di beberapa kawasan di daerah Min Buri dan Nong Chok di bahagian timur Bangkok. Pasar hujung minggu Chatuchak, paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang menempatkan 10,000 kedai dan menjana perolehan 10 bilion Baht (kira-kira RM1 bilion) setahun dibuka semula hari ini sekalipun kawasan sekelilingnya masih banjir. Bilangan pelawat merosot teruk walaupun keretapi landasan bertingkat dan 'subway' terus beroperasi di kawasan itu. Limpahan air banjir semakin mendekati bahagian tengah Bangkok ketika kebanyakan daerah sekitarnya di bahagian utara, barat dan timur Bangkok diliputi banjir. Masyarakat Islam di wilayah Nakhon Sawan dan Ayutthaya dapat melakukan korban haiwan sempena sambutan Aidiladha berikutan banjir yang surut, sementara di Bangkok aktiviti tersebut dilakukan di kawasan-kawasan tidak banjir. Kira-kira satu pertiga dari kawasan negara ini masih digenangi air, dengan lebih 3 juta penduduk di 25 wilayah di bahagian utara dan tengah terjejas oleh banjir yang melanda negara ini sejak 25 Julai. Jumlah kematian meningkat ke 506 hari ini . - Bernama
| Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam Posted: 06 Nov 2011 08:22 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
| KUALA LUMPUR, 7 Nov: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR," tegas beliau lagi. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini. "Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya. Mahfuz berkata, banyak yang boleh dipelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada. "Setakat ini, kita tidak pernah mendengar sebarang berita tentang tenaga kerja yang ada diagih-agihkan secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan tenaga kerja untuk mengoptimumkan pulangan. "Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya. Semua itu, kata Mahfuz, bukan salah kakitangan awam tetapi salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap dan tidak bijak. Lebih penting dari itu, tegas beliau, ialah memastikan ditamatkan segera campur tangan politik dalam urusan kakitangan awam. "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya. Beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran sehingga menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun. "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa," kata beliau. Mahfuz berharap rakyat bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi perkara itu. "Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa Ketua Setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah. "Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa Ketua Setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya. Dalam perkembangan lain, Mahfuz mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para jemaah haji dan selamat menunaikan ibadan korban sempena Eidul Adha. Harakahdaily/-
| | 11 maut, 27 cedera bas pelancong terbalik di Kaherah Posted: 06 Nov 2011 08:15 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KAHERAH: 11 pelancong Hungary terbunuh manakala 27 mengalami kecederaan apabila bas pelancong terbalik di bandar peranginan Laut Merah di tenggara Mesir lewat petang semalam, kata polis dan pegawai perubatan.
Menurut agensi berita Mesir MENA, nahas itu berlaku di pintu masuk Hurghada, kira-kira 510 kilometer di tenggara Kaherah. Mangsa yang terbunuh dan juga penumpang yang parah termasuk empat kanak-kanak dibawa ke hospital Hurghada oleh ambulans untuk rawatan lanjut. - AP | Gunung berapi dasar laut aktif hasilkan gelembung buih Posted: 06 Nov 2011 08:11 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] - MADRID: Aktiviti gunung berapi dasar laut di luar Pulau El Hierro, Kepulauan Canary boleh dilihat di permukaan laut dengan kewujudan gelembung buih.
Gas, asap dan objek panas terapung dilihat dari gunung berapi dasar laut itu. Aktiviti di gunung berapi dasar laut itu bermula sejak 17 Julai lalu dan lebih 10,000 gegaran berjaya direkodkan. - AP
| 22 maut tanah runtuh di Colombia Posted: 06 Nov 2011 08:08 PM PST 11 Zulhijjah 1432H. [MOD] -PENDUDUK membawa barangan peribadi masing-masing ke tempat selamat selepas penempatan mereka musnah akibat tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berpanjangan di perkampungan Cervantes, Manizales, Colombia, semalam. Setakat ini 36 mangsa terbunuh dalam kejadian itu. - Foto AP
MANIZALES, Colombia: Mangsa yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang menimpa sebahagian besar bandar di barat Colombia kelmarin meningkat kepada 22 orang hari ini manakala berpuluh lagi masih hilang.
Pegawai bahagian pengurusan risiko kerajaan, Sandra Calv, berkata enam mayat ditemui hari awal pagi tadi menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 22 manakala 17 yang lain cedera parah. Sementara itu, media tempatan melaporkan kira-kira 70 orang masih hilang. - AFP | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 06 Nov 2011 07:35 PM PST Ceramah Umum "Isu Hudud" Di Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah - Semua Dijemput Hadir Posted: 05 Nov 2011 11:17 PM PDT Menjelaskan kekeliruan berkenaan HUDUD oleh kebanyakan anggota masyarakat termasuk mereka yang mengaku sebagai Muslim. Dengan kehadiran penceramah yang tidak asing lagi Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dijangka segala kekeliruan dan kekusutan dapat dirungkai, insyaAllah. "Seiapa yang dikehendaki oleh Allah atasnya kebaikan, nescaya dia akan dijadikan oleh Allah orang yang faham akan agamanya" ~ mafhum Hadis riwayat Ibnu Majah
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 06 Nov 2011 07:25 PM PST Ada Gelanggang Serba Guna Tapi Tidak Berguna. Posted: 06 Nov 2011 05:32 PM PST Gelanggang Futsal Yang Tidak Berguna?Gambar keadaan gelanggang Futsal yang dikunci dan terbiar di Kampung Luak
MIRI– Menurut Setiausaha Politik Kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato Sebastian Ting, kawasan Parlimen Miri akan mendapat tiga gelanggang futsal bernilai RM150, 000 setiap satu yang akan dibina dalam masa terdekat. Gelanggang futsal berkenaan akan dibuat di Kampung Wireless, Kampung Sungai Adong dan Kampung Muhibah, Kuala Baram. Kita sentiasa menyokong hasrat kerajaan membina lebih banyak tempat permainan untuk rakyat dan penduduk kampong tetapi masalahnya sekarang apakah tempat tersebut dapat digunakan sepenuhnya? Satu contoh terbaik ialah gelanggang futsal di kampong Luak yang sudah lama dibina sehingga kini masih belum dibuka untuk penduduk kampong bermain dalam gelanggang tersebut disebabkan masalah penyerahan kunci belum dapat disempurnakan oleh pihak yang berkenaan. Peruntukan ini disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan kepada Parlimen Miri yang merupakan kawasan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui selaku Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, untuk kemudahan penduduk kampong tetapi sehingga kini pihak yang bertanggungjawab belum lagi menyerahkan kunci gelanggang tersebut kepada penduduk kampong. Mengapa perkara tersebut boleh terjadi sedangkan pembinaan gelanggang futsal ini sudah lama di bina? Apa erti gelanggang serba guna kalau tidak dapat digunakan? Apa erti kemudahan untuk penduduk kampong kalau hendak masuk kedalam gelanggang tersebut pun susah? Ada orang kampong kata inilah gelanggang futsal yang tidak berguna. Kita mendesak pihak yang bertanggungjawab dan yang berkenaan agar membuka gelanggang futsal tersebut dengan segera agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampong tersebut. Kita juga mendesak agar semua tempat permainan awam dibuka dengan percuma bukan dikunci seperti sekarang kerana buat apa membina tempat kemudahan awam sedangkan ianya menyusahkan orang awam menggunakannya. Kalau pun hendak menjaga tempat tersebut dari kerosakan pihak kerajaan sepatutnya melantik pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kampong untuk menjaga tempat tersebut dengan baik agar semua penduduk kampong yang ingin menggunakan tempat tersebut akan sama-sama menjaga tempat mereka dengan baik. Kita tidak mahu ada pihak tertentu membina gelanggang futsal semata-mata untuk kepentingan peribadi dan hanya sebagai 'gajah putih' seperti perasmian ketika musim pilihanraya kerana ianya adalah hasil wang pembayar cukai dan hak rakyat. Sepatutnya semua tempat kemudahan awam terbuka kepada semua penduduk kampong tanpa mengira fahaman politik. Diharap pihak yang berkenaan dapat bertindak dengan segera dengan membuka gelanggang futsal tersebut dan dapat digunakan oleh semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Jofri Jaraiee English version Futsal Court Is Useless? Photos of the futsal courts lock and abandoned in the Kampong Luak
MIRI-According to the Political Secretary to the Minister of Energy, Green Technology and Water, Datuk Sebastian Ting, Miri constituency will have three futsal courts of RM150, 000 each to be built in the near future. Futsal court will be made in the Kampung Wireless, Kampung Sungai Adong and Kampung Muhibah, Kuala Baram. We always support the government's intention to build more sport places for the people but the problems now are the place can be fully used? A good example is the futsal court in Kampong Luak who have been built to date have not opened for the villagers playing in the field due to the keys yet to be handover by the parties concerned. This provision is extended by the Federal Government under the Ministry of Youth and Sports to Parliament Miri which is the area of Datuk Peter Chin Fah Kui as the Minister of Energy, Green Technology and Water, for the convenience of villagers, but so far those responsible have not yet handed over the key courts to the villagers. Why these things can happen when construction of futsal court has long been built? What is the meaning of multi-purpose courts if not be able to use? What it means for the residents of village facilities if we want to get into court is too difficult? Some village people call this futsal court is useless. We urge the responsible and they respect to open a futsal court immediately in order to be utilized by the villagers. We also urge that all public playground opened with free not locked as it is now because what for construct public facilities when it is inconvenient for public use. If want to keep the place from damage the government should appoint a responsible party in the village affairs to keep the place well so that all villagers who want to use the site will jointly maintain their place with care. We do not want certain parties to build futsal court solely for personal gain and only as a 'white elephant' like opening during elections because it is the outcome of taxpayers' money and the rights of the people. All public facilities should be open to all villagers, regardless of political affiliation. It is hoped that the parties concerned can respond quickly by opening the futsal court and can be used by all people regardless of race, religion and political belief. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 06 Nov 2011 07:06 PM PST Lensa Qurban 2011 | Dun Sura_siri 1 Posted: 06 Nov 2011 05:11 AM PST Qurban @ Cawangan Sungai Buaya
Qurban @ Cawangan Padang Jambu
Lebih banyak gambar-gambar akan menyusul selepas ini...Lensa Qurban 2011 : Dun Sura_siri 2
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 06 Nov 2011 02:43 PM PST MEMANG SUMBANGAN TAPI NAMPAK SUMBANG JER ! Posted: 06 Nov 2011 01:00 AM PDT PM Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan dan isteri, Rosmah Mansor menyumbangkan 402 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha. Hanya untuk Parlimen Pekan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyerahkan seekor sapi sebagai ibadat korban. "Saya menyerahkan satu ekor sapi sebagai ibadah kurban saya dan keluarga untuk saatnya nanti diserahkan pada jamaah Masjid Istiqlal yang berhak," kata Presiden Yudhoyono.
Najib sumbang 402 ekor lembu, 'kelas' Najib. Sebagaimana umum mengetahui sebelum ini diriuhkan MB Selangor menyumbang lembu sumbangan syarikat-syarikat kerajaan negeri. MB ambil nama dan sebagai orang tengah agihkan sumbangan. Bagaimana dengan Najib, tentu sebagai orang tengah juga dan ambil nama dengan 402 ekor lembu!!
Dengan angka 402, alhamdulillah... teramat pemurah tu, lebih-lebih dipaparkan di UM!! | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 06 Nov 2011 12:37 PM PST Ceramah Umum "Isu Hudud" Di Dewan Orang Ramai Taman Ampang Indah - Semua Dijemput Hadir Posted: 05 Nov 2011 11:17 PM PDT Menjelaskan kekeliruan berkenaan HUDUD oleh kebanyakan anggota masyarakat termasuk mereka yang mengaku sebagai Muslim. Dengan kehadiran penceramah yang tidak asing lagi Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dijangka segala kekeliruan dan kekusutan dapat dirungkai, insyaAllah. "Seiapa yang dikehendaki oleh Allah atasnya kebaikan, nescaya dia akan dijadikan oleh Allah orang yang faham akan agamanya" ~ mafhum Hadis riwayat Ibnu Majah
| |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 06 Nov 2011 12:27 PM PST Solat hari raya di pusat tarbiah/musolla. Posted: 06 Nov 2011 09:48 AM PST Solat hari raya aidiladha bersama ust pakdie. Dan kami berterima kasih kepada ust kerana sudi menjadi iman/kutbah di pusat tarbiah/musolla di bendang siam baru. Hanya Allah saja lah yg dapat membalasnya Amin. | |
Dun Kelaboran Posted: 06 Nov 2011 10:30 AM PST Perasmian Wakaf Pendikir Tanjung Kuala Posted: 06 Nov 2011 05:48 AM PST Ucapan dari Ketua Cawangan Tanjong Kuala YB Mohd Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran ketika merasmikan majlis
Mengambil peluang bergambar bersama
Pada 30 hb Oktober 2011 baru-baru ini, satu majlis penuh meriah telah diadakan oleh penduduk Tanjung Kuala dengan bantuan YB Adun Kelaboran yang turut merasmikan pembinaan Wakaf tempat berlatih para pendikir terutamanya bagi Kumpulan Pendikir Seri Air Mata Tanjung Kuala Dun Kelaboran.
Pada malam itu sebanyak dua kumpulan telah mempersembahkan lagu-lagu mereka. Diharapkan usaha menghidupkan warisan tradisi anak Melayu Kelantan akan diteruskan supaya ianya tidak hilang ditelan arus zaman.
Semoga wakaf ini dapat digunakan sebaiknya terutamanya dalam usaha mengumpul dan menggalakkan anak muda untuk bersosial secara sihat dan berkarya seni agar dapat mengelakkan mereka dari terjebak di dalam kegiatan tidak diingini.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 06 Nov 2011 10:22 AM PST Berkorban untuk tegak Islam Posted: 06 Nov 2011 06:58 AM PST Harakahdaily KUALA LUMPUR, 6 Nov:Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Justeru, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib tidak lupa mengucapkan tahniah kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji. "Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim [...] | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 06 Nov 2011 10:03 AM PST |
KHIDMAT MERU Posted: 06 Nov 2011 08:20 AM PST YB SEMBELIH 2 EKOR LEMBU PADA HARI RAYA KORBAN Posted: 06 Nov 2011 02:18 AM PST YB Dr Rani bersama ahli-ahli karyah Surau Darul Makmur telah turun beramai-ramai bagi menjayakan program Korban Eidul Fitri yang dilaksanakan pada hari pertama. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan sebagai rasa tanggungjawab menyahut seruan Nabi Allah Ibrahim a.s. YB Dr Rani yang membaca khutbah Hari Raya Korban pada pagi ini menyeru ummat Islam agar kembali bersatu dibawah panji Allah dan menolak seruan bersatu selain dari landasan yang telah di letakkan oleh Allah. Selesai khutbah, ahli-ahli karyah telah berkumpul di Jalan Nenas bagi menjalankan ibadah korban dan YB Dr Rani sendiri menyembelih 2 ekor lembu korban tersebut. Selain bersama rakyat memapah, memotong dan menimbang daging-daging korban tersebut, Dr Rani sempat pula membelanja setiap mereka yang merewang dan kanak-kanak yang hadir dengan ais-kerim.yang dijual oleh penjual ais kerim bermotor.
| |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 06 Nov 2011 08:03 AM PST Lensa Qurban 2011 | Dun Sura_siri 1 Posted: 06 Nov 2011 02:32 AM PST Qurban @ Cawangan Sungai Buaya
Qurban @ Cawangan Padang Jambu
Lebih banyak gambar-gambar akan menyusul selepas ini...Lensa Qurban 2011 : Dun Sura_siri 2
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan