MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 13 Oct 2011 03:43 AM PDT |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 12 Oct 2011 11:25 PM PDT Lapuran Polis Terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda Posted: 11 Oct 2011 04:11 PM PDT Sebanyak 10 lapuran Polis dibuat di Balai Polis Temerloh oleh wakil-wakil peneroka dan ahli KPF terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda. Lapuran Polis Terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda
Lapuran ini dibuat terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi FELDA, kerana telah menyalahgunakan kuasa serta merampas jawatan Pengerusi Permodalan FELDA Berhad dari pemegang jawatannya, Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah dan semasa Datuk Dzulkifli Wahab berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.
Semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab, Tan Sri Mohd Isa Samad telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi Felda Malaysia Berhad (KPF) pada 25hb Ogos 2011, dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Mohd Isa Samad telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF, secara bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa Datuk Dzulkifli menunaikan Umrah di Mekah.
Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
Tan Sri Mohd Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membukakan keahliannya hanya kepada Peneroka Felda atau anak peneroka FELDA atau kakitangan tetap FELDA. Kedudukan Tan Sri Isa Samad hanyalah bertaraf kontrak. Perlantikan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan Undang-Undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan keatas dirinya sendiri.
KPF merupakan salah sebuah daripada 10 buah koperasi cemerlang yang menjadi contoh Koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi diatas kadar 15% setahun, dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya. Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan Undang-Undang Koperasi ini adalah pengkhianatan kepada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad dan lapuran ini dibuat supaya Tan Sri Mohd Isa Samad disiasat kerana melanggar Undang-Undang Koperasi dan menyalahgunakan kuasa.
(Lapuran ini dibuat secara serentak di Balai-Balai Polis utama di seluruh Negara di Negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak pada 12hb Oktober 2011 jam 10.30 pagi oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat, peringkat Negeri masing-masing) | |
Anwar Ibrahim Posted: 12 Oct 2011 07:10 PM PDT Lebih 200 PATI Diberi IC Untuk Mengundi BN Posted: 12 Oct 2011 04:44 AM PDT Keadilan Daily Kira-kira 260 Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dipercayai bakal dijadikan pengundi hantu oleh Umno, berjaya dikesan di sebuah resort di sini hari ini. Sekumpulan PATI itu dibawa dengan 6 buah bas persiaran dari Johor ke Putrajaya untuk diberikan kad pengenalan segera. Bagaimanapun, tindakan pantas Pemuda Pas berjaya menghalang tindakan yang dipercayai didalangi Umno-BN itu, sehingga memaksa mereka membatalkan rancangan tersebut. Sehingga kini difahamkan kumpulan PATI tersebut masih dikurung di Istana Dugang Country Resort, Dengkil, tetapi 6 bas yang membawa mereka sudah bertolak balik ke Johor lebih kurang jam 1 petang tadi atas nasihat polis. Lokasi yang dipercayai menjadi tempat simpanan PATI sebelum diberikan kad pengenalan segera Menurut Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman, perkara tersebut diketahuinya daripada pemandu bas yang membawa PATI tersebut. "Saya dapat maklumat malam tadi daripada salah seorang pemandu bas, sebabnya dia meragui kerana masing-masing ada dokumen dan cakap-cakap daripada penumpang, mereka akan dapat kad pengenalan hari ini. "Ekoran itu saya sudah berhubung dengan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda Pas Johor) lebih kurang jam 1 pagi dan meminta Pemuda PAS Selangor dapat bergerak sebab mereka dijangka sampai sekitar Subuh di Putrajaya," kata Mazlan pada sidang media di luar pagar Istana Dugang Country Resort. Katanya, daripada maklumat yang diterima, kesemua PATI itu mempunyai dokumen khas sehingga menimbulkan kecurigaan mereka. "Berdasarkan dokumen yang ditunjukkan kepada kami dokumen disiap terlebih dahulu, maknanya ejen-ejen mereka menyiapkan terlebih dahulu. "Ejen-ejen ini juga yang mengikut mereka ke mari dengan menggunakan kereta Exora hitam yang jadi mastermind dalam modus operandi mereka," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya kini masih memantau kawasan tersebut dibimbangi kegiatan itu akan diteruskan. "Lebih kurang jam 11 pagi, pintu pagar resort ditutup, tapi tidak mengapa kerana kami sudah ada bukti kehadiran PATI dan gambar-gambar mereka. "Kami Pemuda PAS, akan memantau keadaan di sini walaupun pintunya ditutup. Setakat ini, kami tidak nampak apa-apa yang mencuriga," kata beliau. | Kebebasan Ekonomi Malaysia Jatuh ke tangga 78 Posted: 11 Oct 2011 11:24 PM PDT Keadilan Daily Malaysia jatuh di tangga ke 78 dari 141 negara dalam Senarai Indeks Kebebasan Ekonomi Sedunia, dalam laporan tahunan 2011 yang dikeluarkan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS). "Pada tahun lalu, Malaysia berada pada tangga ke 77. Tetapi tahun ini, kita jatuh satu tangga ke angka 78. Sebenarnya, kedudukan Malaysia jatuh sejak beberapa tahun dan ini trend membimbangkan," Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dipetik sebagai berkata. Indeks berkenaan mengukur kebebasan ekonomi dari skala 0 hingga 10, dengan 0 adalah yang terendah dan 10 yang terbaik. Skor Malaysia dalam setiap ukuran kategori pada tahun ini menurun berbanding tahun lalu dari segi saiz kerajaan (merosot kepada 5.5 mata) , laluan kepada kewangan yang mantap (merosot kepada 6.50 mata) dan kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa (merosot kepada 7.23 mata). Menurut Wan Saiful, masalah utama yang membawa kepada penurunan itu ialah saiz kerajaan. "Sejak 1995, saiz kerajaan kita telah meningkat. Lebih buruk, kita mencatat sifar di bawah sub-kategori 'Perusahaan kerajaan dan pelaburan'. "Ini menunjukkan tahap penglibatan kerajaan dalam ekonomi melalui GLIC (Syarikat berkaitan pelaburan kerajaan) dan GLC (Syarikat berkaitan kerajaan) adalah membimbangkan," katanya. Menurutnya lagi, kerajaan perlu mengakui keperluan merasionalisasi penglibatannya dalam ekonomi dan telah terdapat rancangan melucutkan pegangan kerajaan dalam pelbagai GLC serta meliberalisasi berbagai sektor ekonomi. "Ini penting dan ia mesti diperbaharui sekarang," katanya. Laporan kebebasan ekonomi dunia menggunakan 42 ukuran untuk mencipta kedudukan indeks negara-negara di seluruh dunia berasaskan dasar yang menggalakkan kebebasan ekonomi. Tahap kebebasan ekonomi diukur dalam lima bidang berikut: (1) saiz kerajaan, (2) struktur undang-undang dan keselamatan hakmilik harta, (3) laluan kepada kewangan yang mantap, (4) kebebasan untuk berdagang di arena antarabangsa, dan (5) regulasi kredit, tenaga buruh dan perniagaan. Hong Kong mencatatkan kedudukan pertama kebebasan ekonomi yang baik diikuti Singapura dan New Zealand. Manakala Zimbabwe menerima sekali lagi skor terburuk diikuti Myanmar, Venezuela dan Angola. | MP: Kenapa Takut Hingga Hantar Pulang Peguam Perancis? Posted: 11 Oct 2011 11:17 PM PDT Malaysiakini Ahli parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan tindakan kerajaan yang “seolah-olah begitu takut” dengan perbicaraaan satu kes rasuah di Perancis melibatkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene. Hinggakan, katanyha, kerajaan Malaysia telah menahan dan menghantar pulang seorang peguam Perancis yang menangani kes berkenaan ke negara asalnya Julai lalu. Sedangkan, peguam William Bourdon hanya berada di negara ini untuk menghadiri satu majlis mengutip dana untuk membiaya perbicaraan kes tersebut. “Saya tak tahu apa yang kerajaan takut sangat. Saya agak, sebagai seorang profesional, dia tidak akan dedahkan maklumat yang belum disahkan di mahkamah. “Apa yang ditakutkan Malaysia hingga beliau ditahan dan dihantar keluar daripada Malaysia? “(Tindakan tersebut) tunjukkan Malaysia takut dengan kes ini, seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan,” katanya di bangunan parlimen hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas satu jawapan bertulis oleh menteri dalam negeri di parlimen yang menyebut, tindakan itu diambil atas Bourdon kerana peguam hak asasi tersebut telah melanggar syarat pas lawatan sosial. Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, menurut jawapan bertarikh 11 Oktober itu lagi. “Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan kaitan dengan, atau arahan yang diendors di atas mana-mana pas, permit atau pas sempadan, adalah melakukan kesalahan terhadap peraturan ini.” Bourdon berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali atas kesalahan tersebut. Menteri dalam negeri juga menepis soalan yang dikemukakan Tian bahawa beliau telah memberi kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan ketua pengarah imigresen berhubung kes berkenaan sebelum ini. “Perkara yang dinyatakan menteri dalam negeri dan ketua pengarah imigresen adalah mempunyai maksud yang sama dan berlaku kekeliruan oleh laporan akhbar tersebut,” jawapan itu dipetik. | Malaysia’s Old Economic Model Posted: 11 Oct 2011 09:27 PM PDT From Wall Street Journal Malaysian Prime Minister Najib Razak has unveiled a budget full of freebies designed to win over voters in the next general election, expected in the next six months. In the process, he is dashing expectations of economic reforms needed to promote growth. This contrasts with the political reforms Mr. Najib announced last month. A promised overhaul of the country’s colonial-era legal code would guarantee political and civil freedoms long denied to Malaysians. Mr. Najib seems to have thought of a handout for nearly everyone in 2012. The country’s 1.3 million civil servants will see salaries and pensions rise, in many cases by as much as 30%; households earning less than 3,000 ringgit ($960) a month will receive one-off payments of 500 ringgit; parents will find many school fees abolished or reduced. Then there are the taxi drivers who get fat tax exemptions. Worse, the government has not taken the necessary steps to wean Malaysia off food and fuel subsidies. Mr. Najib earlier pledged to phase them out, since they have skewed consumption patterns and strained public finances for many years. He even likened subsidies to “opium” and made small but noteworthy cuts last year. He could have continued that rehab this year by incrementally raising regulated prices to bring them closer to market levels. This combination of temporary handouts and tax breaks on one hand and welfare spending on the other doesn’t help Malaysia’s competitiveness. The export-dependent economy is already hurting from weak markets abroad and a rising cost of living at home—GDP growth fell below 5% in year-on-year terms for the last two quarters—and needs long-term incentives to invest and build a stronger domestic consumer market. Yet Mr. Najib offered no permanent changes to the tax structure and no guide to reducing regulation and spending. The 2012 budget proposes a 9.4% hike in expenditure from the 2011 budget. And considering the government spent 13 billion ringgit ($4.16 billion) more than it budgeted in the past year, it could well prove more profligate. To its credit, one small of area of reform the government has kept pushing is liberalization of foreign investment in services. In 2009, Mr. Najib dismantled a long-time restriction that benefited “sons of the soil.” Foreigners were earlier forced to jointly venture with Malays, the country’s ethnic majority, but they can now own 100% stakes in businesses in 27 sub-sectors. Friday’s budget extends that reform to 17 more sub-sectors such as medical and education services. However, these are small industries that don’t hire many Malays. The government needs to tackle bigger reforms in industries like manufacturing, where regulations still give Malays dominance. In the same vein, the labor market suffers from entrenched affirmative-action policies. Mr. Najib has spoken of enacting radical changes when he presented a “New Economic Model” last year, but he keeps disappointing voters by failing to follow through. | More Abuse Of Power? Confirmed, The Najibs Used Govt Plane For “Private” Visit Posted: 11 Oct 2011 08:16 PM PDT Malaysia Chronicle Prime Minister Najib Razak’s office has confirmed that he left for a “private visit” to Perth, Australia on August 31, a day when Malaysians were celebrating Independence from British rule in 1957. The PM and his family had sneaked off for their holiday without informing the country, which ran counter to protocol, and worse still, it was later discovered that the Najibs and their guests had flown there using the government’s jet plane reserved for official use. "For the House's information, YAB Prime Minister's visit to Perth, Australia from 31 August to 3 September 2011 was a private visit," said the written reply to a question raised by PKR MP for Batu Tian Chua. Between damage control and outright lies The PM had last appeared in the King’s Palace for a Hari Raya function on August 30. News then leaked out that he had flown off on Merdeka Day, riling many Malaysians wo were already disgusted at his lavish spending and suspected abuse of government facilities for his personal use. To compound matters, Najib’s advisers tried to damage-control by insinuating that the trip was for official purposes and Najib had gone to attend a dinner for students in Perth. But Najib and family flew out on Wednesday, while the dinner took place on Saturday night. To make matters worse, national news agency Bernama reported the students as praising Najib to the skies. Compliments like “awesome” were used to describe his speech to them. But the overkill annoyed the students and many of posted the true situation on Facebook, again exposing the lies that surround the first couple. “They totally changed and added stuff that we never said. And the whole thing was done before the speech and not after. I feel it is rather silly and unnecessary,” Malaysiakini reported the student as saying.
“They put in quotes that we actually did not say and altered our words. We did not say anything bad so I don’t see why they needed to do that." Last week, the PM’s office also admitted that as much as RM9 million was spent to rent the Airbus A319-IIX used by Najib to fly to Perth. The plane has been rented from Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad since 3 August 2007 for official use by important country leaders such as the King, the Prime Minister and the Deputy Prime Minister. The government had been responding to a query from PKR MP for Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Abuse of power There is growing unhappiness about the first couple’s lavish lifestyle and public clamoring for a thorough public inquiry into whether they have been abusing their power and charging their personal expenses to taxpayers. ‘ On Tuesday, Parliament was also stunned to hear that a trip to Kazakhstan had cost Malaysians more than RM1 million. This trip caught the public’s eye after news leaked that Najib had intentionally scheduled an official visit to coincide with his daughter’s engagement to a rich Kazakh scion. Accusation were rife that the first couple had included their private guests in the official entourage, which was flown there and feted first class, courtesy of the Malaysian public. It did not help when Najib also admitted to Parliament on Tuesday that he had paid RM94 million to disgraced UK public relations firm FBC Media to produce ‘glowing’ programs that gave a false impression of his leadership and projects. FBC is now under probe by the UK regulator for slipping these ‘propaganda’ productions as news into segments broadcast by CNN, CNBC and BBC. “These are unethical practices and will tarnish the country’s image,” PKR vice president Chua Jui Meng toldMalaysia Chronicle. | |
BULETIN RAKYAT Posted: 12 Oct 2011 11:48 AM PDT KERAJAAN TRANSFORMASI NAJIB BAZIR WANG RAKYAT RM83.88 JUTA.... Posted: 12 Oct 2011 08:33 AM PDT RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.
"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.
Menurut Mohamad, dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih.
"Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi.
"Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau.
Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka.
"Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu.
"Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau.
Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih.
"Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.
"Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad.
Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.
"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta," kata Najib. |
|
|
| KENAPA KECUH BILA LIM GUAN ENG NAK TURUN SEGAMAT ? Posted: 12 Oct 2011 07:01 AM PDT Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.
Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.
Pihak Polis turut menghantar FRU bagi mengawal keadaan dan sehingga ke jam ini keadaan masih lagi terkawal walaupun terdapat beberapa insiden membaling batu diantara kedua dua pihak.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng dilaporkan masih lagi belum sampai ke lokasi ceramah yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam ini.
Menurut pendemo yang berada dilokasi demo aman yang diadakan ini adalah bagi membantah kunjungan Lim Guang Eng dari menjejakkan kaki ke negeri Johor ekoran penghinaan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tersebar baru baru ini dalam memburuk burukkan negeri Johor dihadapan diplomat asing di Singapura.
Laporan dari KL Pos | HOSPITAL BARU UNTUK HULU SELANGOR ~ DR XAVIER JAYAKUMAR Posted: 12 Oct 2011 01:24 AM PDT KUALA KUBU BHARU, 11 OKTOBER : Kerajaan Selangor bersedia untuk menyediakan tanah untuk pembinaan Hospital baharu untuk daerah Hulu Selangor namun pembinaannya bergantung kepada kerjasama kerajaan pusat untuk mendirikannya dalam masa terdekat.
Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata demikian dalam lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu. "Kerajaan Negeri bersedia memberikan tanah untuk pembinaan sebuah hospital baru di daerah Hulu Selangor tetapi beliau tidak yakin hospital tersebut akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat," katanya. Beliau telah ditemani pengarah hospital, Dr. Jasmeet Singh untuk melawati wad kanak-kanak dan Ibu Bersalin disamping memberikan sumbangan kepada mereka. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor, Nazar Yakin, Penyelaras Dun Ulu Bernam, Haji Shukor dan Penyelaras Dun Batang Kali, Khalid Jaafar. Dalam ucapan selepas lawatan tersebut, Dr. Xavier mengatakan bahawa lebih 70% daripada rakyat mendapatkan khidmat perubatan dari hospital-hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta. "Beban kerja para doktor serta kakitangan hospital semakin berat apabila seorang doktor kerajaan harus merawat 200 pesakit pada satu-satu masa,' katanya. Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kelewatan pembinaan Hospital Shah Alam yang dirancang mempunyai lebih 250 katil tetapi telah dua tahun lewat dari tarikh siapnya. Beliau juga mengatakan bahawa penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti semakin meningkat dari setahun ke setahun. Ujarnya lagi lebih 3,500 kes pesakit kencing manis baru dilaporkan setiap tahun dan peningkatan ini membimbangkan pihak berkuasa. "Kes-kes demam denggi semakin menurun secara keseluruhannya di Negeri Selangor tetapi kes-kes baru masih dilaporkan di kawasan Bukit Beruntong dan kawasan persekitarannya kerana terdapatnya banyak rumah-rumah serta premis rumah kedai yang terbengkalai dan tidak berpenghuni yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes," katanya. | KONVOKESYEN UNISEL ~ 15-17 OKT 2011 Posted: 12 Oct 2011 12:56 AM PDT SHAH ALAM 12 Oktober : Kira-kira 4,000 graduan akan menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) keenam yang akan berlangsung pada 15-17 Oktober ini. Menurut Pengarah Komunikasi Korporat, Unisel Rosniza Mohamad Rasol berkata buat pertama kalinya Unisel menganugerahkan Ijazah Kehormat kepada bekas Perdana Menteri Jordan yang pernah dilantik selama dua penggal iaitu pada 1993 – 1195 dan 1997 – 1998, Profesor Abdel Salam Majali,86,juga seorang tokoh akademik tersohor yang banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan perubatan tinggi dan saintis Islam. "Istiadat konvokesyen yang penuh gilang-gemilang itu akan dijalankan dalam enam sidang dan disempurnakan oleh Canselor Unisel,YAD Raja Tan Sri Datuk Seri Arsyad Raja Tun Uda pada sidang pertama," katanya dalam kenyataan media. Menurut Rosniza lagi daripada jumlah berkenaan,10 graduan (dua dari Sumatera, Indonesia) akan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Phd), 81 orang menerima Ijazah Sarjana, 1,759 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda, manakala 2,021 menerima diploma dan 152 lagi penerima Sijil Program Asas. Bagi memeriahkan majlis konvokesyen tahun ini,Festival Konvokesyen (Feskon) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) membabitkan penyertaan pelbagai gerai jualan,sukaneka,konsert nasyid dan kebudayaan di tapak pesta berhampiran Dewan Utama, Unisel Bestari Jaya bermula 12 hingga 17 Oktober ini. "Pelbagai gerai jualan seperti gerai jualan makanan,bunga cendermata, pakaian dan sebagainya disediakan untuk orang ramai khususnya kepada keluarga graduan untuk membeli-belah dan menjamu selera," katanya. | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 12 Oct 2011 11:12 AM PDT Beri saja setiap rakyat yang pergi mengundi RM500 Posted: 11 Oct 2011 11:47 PM PDT Bajet 2012 PM kata, ketua isi rumah pendapatan RM3000 sebulan akan dapat RM500. Tapi kena melalui proses Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN pula kena daftar dengan e-Kasih, kemudian melibatkan pula BSN dan POS Malaysia, juga Zakat. Senang cerita macam nilah, sepatutnya RM500 ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang pergi mengundi. Siapa yang pergi mengundi akan dapat RM500. Pasti ramai rakyat kita yang ada Mykad sah akan berebut daftar dengan SPR, tak payah penat-penat Pengerusi SPR kempen, daftarlah, daftarlah, lepas tu kena kempen undilah, undilah. Juga tak akan timbul masalah pengundi hantu. Jangan pula nak bagi RM500 ni jadi macam tahun 2009 projek Kupon Beras SUBUR untuk keluarga miskin yang akhirnya ditangguhkan entah sampai bila kerana senarai nama yang layak menerima tidak lengkap, ada yang dah mati pun dapat, seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.htmlBantuan rakyat RM500 mula diagih Jan 2012 October 12, 2011 "SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN," KATANYA. KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012. Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan. Bantuan "one off" atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas. Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif. Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini. Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN. Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri. "Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa," katanya. Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan. Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan. "SOAL ISI RUMAH…SEORANG, TETAPI SUDAH BEKERJA DAN BAYAR ZAKAT SENDIRI, SAYA RASA DIA LAYAK. NAMUN, INI KITA AKAN PASTIKAN KEMUDIAN DAN MASUKKAN DALAM ISU-ISU YANG PERLU DIPERJELASKAN," KATANYA. - Bernama http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/12/bantuan-rakyat-rm500-mula-diagih-jan-2012/ | Rakyat DUN Paroi untung bila wakil rakyatnya PAS Posted: 11 Oct 2011 08:57 PM PDT Pengundi di DUN lain di Negeri Sembilan ini juga di seluruh Malaysia, perlulah mencontohi majoriti pengundi di DUN Paroi. Apabila DUN Paroi diwakili oleh PAS sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, pemimpin Umno pun buka mata. Kawasan ladang yang bertahun-tahun wakil rakyat BN sebelum ini jadi wakilnya, dapat saja ke PAS terus dapat lampu jalan dan macam-macam kemudahan lain, nak tawan baliklah katakan. Kenali wakil rakyat DUN Paroi di blog beliau di http://mohdtaufek.blogspot.com/Sinar Harian 12 Okt 2011 SUNGAI GADUT - Kerajaan Negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pengundi di sekitar kawasan ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hampir semua permintaan orang ramai berhubung penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur telah dilaksanakan. "Sebagai contoh, jika dulu kawasan Ladang Kombok di sini gelap pada waktu malam, kini sudah terang benderang setelah lampu jalan dipasang. "Banyak kemudahan awam dan infrastruktur lain turut dinaik taraf untuk keselesaan orang ramai di sini," katanya pada majlis bersama rakyat di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, di sini, baru-baru ini. Pada majlis sama, Mohamad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan India Kombok dan bantuan lain kepada seramai 54 warga emas serta 12 ibu tunggal. Sehubungan itu menurutnya, pengundi seharusnya melahirkan penghargaan mereka dengan mengundi BN pada PRU ke-13 nanti. Kata Mohamad, sokongan padu rakyat akan membantu BN untuk menawan semula kerusi Dun Paroi dan Dun Senawang yang pada masa ini disandang wakil rakyat pembangkang. Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum India terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. "Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan kaum India. Sehubungan itu, kaum India sewajarnya meneruskan sokongan terhadap BN agar kebajikan mereka terus dibela," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9627682.asp | Anak jutawan pun dapat RM100 dlm Bajet 2012 Posted: 11 Oct 2011 08:01 PM PDT Bayangkanlah betapa baiknya kerajaan BN ni, sampaikan kalau ada anak jutawan atau bilionwan yang berada di sekolah rendah atau menengah akan diberi RM100 setiap pelajar. Tapi ada syarat, iaitu terpulang kepada ibu bapa dan penjaga samada hendak menerima atau tidak mengikut kemampuan masing-masing. Apa punya syaratlah macam ni. Kenapa susah sangat nak letak syarat had pendapatan ibu bapa, letaklah RM 10,000 ke, RM 20,000 ke. Sepatutnya dah bagi, ambil sajalah. Terpulanglah kepada ibu bapa dan penjaga nak masuk dalam tabung masjid ke, tabung surau ke, tabung parti ke, tabung PIBG ke, tabung KWAPM ke, nak beli top up ke, nak beli pizza ke, beli kasut sekolah ke. Nampak sangat Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM separuh masak atau mungkin terlebih masak. Kalau tak takkan jadi macam bawah ni, Rumah Siap, Pahat Berbunyi Selasa Oktober 11, 2011 Ibu Bapa Diberi Pilihan Terima Atau Tolak Bantuan RM100 GEORGE TOWN: Kementerian Pelajaran memberi pilihan kepada ibu bapa sama ada untuk menerima atau menolak bantuan RM100 untuk pelajar seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat lepas. "SAYA BERPENDAPAT BAHAWA PELAJAR DARI KELUARGA YANG BERPENDAPATAN TINGGI TIDAK PERLU MENGAMBIL BANTUAN TERSEBUT JIKA TIDAK MEMERLUKANNYA KERANA TUMPUAN SEHARUSNYA DIBERIKAN KEPADA PELAJAR DARIPADA KALANGAN KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011163423&sec=mstar_beritaSelasa Oktober 11, 2011 MYT 6:51:01 PM Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/10/11/mstar_berita/20111011184704&sec=mstar_beritaBAJET 2012 Bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara. Memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana, atas dasar kebertanggungjawaban sosial, terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak. Di atas semuanya, langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 5.3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit. Bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article | Gesa rakyat tak panik, bertambah paniklah rakyat Posted: 11 Oct 2011 08:00 PM PDT Menteri kata jangan panik beli beras. Banjir besar di Thailand tidak akan menjejaskan stok beras negara. Menteri tak hebohkan dalam media, tak ada pun rakyat tahu, tapi sebab menteri dah heboh dalam media supaya tidak panik, bertambah paniklah rakyat. Tambahan pula berita malam tadi kata akan ada ribut lebih besar di Thailand, Vietnam dan Indonesia, negara pengeluar utama beras. Rakyat jangan panik beli beras Kosmo 12 Okt 2011 PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika ini. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul masalah kekurangan bahan itu. Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan. "Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm | PERCAYALAH, Johor negeri selamat, kurang jenayah Posted: 11 Oct 2011 07:59 PM PDT Tolonglah percaya, khususnya mereka yang menetap, melabur atau melawat negeri Johor. Johor adalah negeri yang selamat dan kurang kes jenayah. Tambahan pula kalau hari Jumaat, nak pergi sembahyang Jumaat pula tu. Tak percaya tanya Encik Faizal dari Kulaijaya, Johor di bawah ini. CULIK SEBELUM SOLAT JUMAAT 11 Oktober 2011 KULAIJAYA: "Saya terkejut apabila diacukan pistol di bahagian perut sebaik keluar dari kereta di pekarangan Masjid Bandar Putra di sini, Jumaat lalu. "Ketika itu, saya terbayangkan wajah isteri dan anak sebelum lelaki itu mengarahkan saya duduk di tempat duduk belakang, manakala lelaki berkenaan dan dua rakannya memandu kereta keluar dari pekarangan masjid tanpa menghiraukan jemaah lain," kata mangsa culik selama empat jam hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 51, semalam. Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 1 tengah hari Jumaat lalu, ketika dia dan anak lelakinya berusia 14 tahun menuju ke masjid berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di sini, untuk mengerjakan solat Jumaat. Katanya, selepas menurunkan anak, dia terus mencari tempat meletak keretanya dan sebaik keluar dari kenderaannya, dia didatangi tiga suspek dengan seorang bersenjatakan pistol. "Lelaki itu terus mengacu pistol ke perut saya dan tidak menghiraukan jemaah masjid dan orang ramai menyaksikan kejadian. Saya dipaksa masuk di tempat duduk belakang kereta BMW X5 saya. "Suspek kemudian memandu kereta saya menuju ke kawasan ladang kelapa sawit di Gelang Patah," katanya ketika ditemui, semalam. Katanya, ketika menuju ladang sawit itu kereta dipandu suspek melanggar kenderaan pacuan empat roda berhampiran bandar Kulai kerana dipandu dalam keadaan melulu dan berbahaya. Menurutnya, selepas hampir sejam dalam ladang berkenaan kumpulan penculik warga Indonesia itu kemudian menutup matanya menggunakan kain sebelum terdengar perbualan menyatakan 'bos' sudah tiba. Ketika itu, katanya, dia berdepan detik mencemaskan hampir empat jam dengan macam-macam kejadian tidak diingini mula bermain di fikirannya kerana bukan saja diacu pistol di perut, malah disembunyikan di sebuah ladang kelapa sawit untuk dipertemukan dengan ketua geng culik itu. "Kemudian saya mendengar suara lelaki dipercayai warga tempatan mendakwa saya orang kaya, memiliki beberapa stesen minyak dan memaksa saya menghubungi isteri mendapatkan wang tebusan. "Lelaki itu memberitahu jika mahu selamat, saya perlu memberikannya wang tanpa menetapkan jumlah bayaran yang dimahukan. "Tanpa berfikir panjang, saya menelefon isteri saya yang juga pengusaha sebuah stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang bagi menyediakan wang sejumlah RM25,000," katanya. Menurutnya, ketika berbual lelaki berkenaan merampas telefon dan berbincang dengan isterinya berhubung lokasi pertemuan bagi menyerahkan wang tebusan. "Pada mulanya, suspek meminta isteri saya menunggu di stesen minyak di Lebuhraya Pasir Gudang sebelum menukar lokasi pertemuan di Taman Perling dan akhirnya, meminta isteri memberhentikan kenderaan dan menunggu di susur keluar Kempas Lebuhraya Utara-Selatan," katanya. "Suspek kemudian memasuki kereta dipandu isteri, sebelum memandu kenderaan berkenaan bersama wang tebusan sebanyak RM25,000 berserta isteri menuju ke sebuah ladang sawit di Seelong. "Selepas memastikan wang tebusan, suspek kemudian menyuruh isteri menoleh ke belakang sebelum membawa lari kereta BMW 5 Series bernilai RM140,000 bersama wang berkenaan, meninggalkan isteri di ladang berkenaan berseorangan," katanya. Menurutnya, selepas suspek menerima wang tebusan itu dia dibebaskan di sebuah kampung berhampiran Seelong, kira-kira empat jam kemudian tanpa sebarang kecederaan dan membuat laporan polis di Balai Polis Kulai. http://www.hmetro.com.my/articles/2011101102102220111011021022/ArticleGengster Singapura ke Johor dipercayai terlibat kes bunuh Thursday, 28 June 2007 Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 27 Jun – Kumpulan gengster dari Singapura yang terlibat dalam kegiatan jenayah terancang di Johor dipercayai pernah terbabit dalam kes bunuh di republik itu beberapa tahun lalu. Utusan Malaysia difahamkan anggota kumpulan gengster itu yang berusia dalam lingkungan 20-an sehingga 50-an telah melarikan diri ke Johor menggunakan dokumen palsu dan diberi perlindungan oleh sindiket yang dilindungi oleh orang berpengaruh. Kumpulan gengster itu yang dari sehari ke sehari telah mengumpulkan kekuatan mereka merupakan dalang utama di sebalik kegiatan cetak rompak cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) haram bukan sahaja di Malaysia bahkan di rantau ini yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit setiap bulan. Selain itu, mereka juga mengaut keuntungan yang amat lumayan dengan aktiviti haram seperti pengedaran dadah dan mengeksploitasi wanita tempatan serta asing dalam sindiket pelacuran. Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kumpulan gengster dari Singapura terbabit dalam kegiatan jenayah terancang di Johor. http://www.malaysianbar.org.my/berita/komen_undang_undang/gengster_singapura_ke_johor_dipercayai_terlibat_kes_bunuh.html | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan