Khamis, 13 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 13 Oct 2011 03:32 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


PENEROKA DAPAT DURIAN RUNTUH ATAU 'BALA".

Posted: 13 Oct 2011 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bimbang "durian runtuh" yang dikatakan bakal diterima peneroka selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) menggelapkan masa depan mereka.

Penyenaraian yang akan dilakukan sebelum pertengahan 2012 ini dibimbangi akan menjejaskan ekuiti Bumiputera dalam Felda kerana ia membolehkan pelbagai syarikat besar melabur dalam institusi tanah yang dikuasai Orang Melayu itu.

Mengulas pengumuman tersebut, Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Dalam pembentangan belanjawan 2012 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan bercadang menyenaraikan FGVH di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebelum pertengahan tahun 2012.

Mazlan sebaliknya mahu kerajaan mengutamakan teras utama Felda iaitu perladangan dan masa depan peneroka sendiri kerana pelbagai masalah utama peneroka masih belum selesai.

"Kita bukan anti pelaburan dan perniagaan tapi kerajaan harus mengutamakan nasib peneroka dahulu. Soal hutang peneroka, wang tanam semula, masalah selenggara kebun yang tidak diuruskan dengan baik masih membelenggu peneroka.

"Tapi Perdana Menteri langsung tidak menyentuh perkara ini sebaliknya dengan bangga mengumumkan penyenaraian FGVH yang saya pasti bukan peneroka yang mendapat untung besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Peluang kroni kaut untung

Dalam pada itu, Mazlan turut mendakwa penyenaraian tersebut merupakan "taktik" pihak berkuasa politik untuk terus mengaut keuntungan.

Menurutnya, pengumuman Najib itu dilihat kesinambungan daripada keputusan mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang "dikuasai" Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Ianya termasuk keputusan mencagarkan tanah Felda kepada FGVH yang dibuat tanpa kehadiran Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.

"Saya yakin penyenaraian ini tidak lebih daripada menghidupkan kroni mereka kerana mereka tahu asas kekuatan Felda...dengan aset tanah, sektor komoditi yang kukuh, ini peluang terbaik mengumpul kekayaan.

"Bila mereka buat keputusan soal pelaburan, tanah yang dicagar, keputusan melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda, ini perancangan mereka yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri," katanya.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Oct 2011 03:08 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Program PAS Ganti Umno

Posted: 12 Oct 2011 08:36 PM PDT

TENTATIF PROGRAM PAS GANTI UMNO

14 & 15 OKTOBER 2011

PANTAI PANDAK, CHENDERING.


JUMAAT 14HB OKTOBER 2011

ACARA MEMANCING
Jam 2.30 Petang hingga 6.00 petang

Di Pantai Pandak, Chendering.

Maklumat lanjut: Sarabi 0139589911 @ Ismail 012913753
Jam 5 - 6 petang : Motivasi Keluarga
Jam 9 - 12 malam : Ceramah Perdana
SABTU 15HB OKTOBER

BERBASIKAL BERSAMA US AZHAR IDRUS

Jam 7.30 pagi berkumpul di Masjid Terapung, Kuala Ibai.

Pakaian: HIJAU

(Maklumat lanjut: Yusof Embong 013980072)
Jam 9 - 10 pagi : Kuliah Ustaz Azhar



ACARA MOTORSIKAL BERSAMA ARC



KONVOI

Sabtu, 15 Oktober 2011. Jam 8.00 pagi.

Mengiringi Tuan Guru Presiden PAS - Berkumpul di Masjid Rusila

Mengiringi Tuan Guru Nik Aziz - Berkumpul di Bank Negara, Bukit Besar.

Pakaian: HIJAU.
Jam 9.00 pagi - 5.00 petang : Pameran Kereta Klasik
Jam 10.00 - 12.00 : Majlis perasmian oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
Jam 12.00 - 3.00 petang : Jamuan Rakyat
Jam 3.00 - 5.00 petang : Acara Pentas


Jam 3.00 - 5.00 petang : Pertandingan Motorcross

Di Pantai Pandak, Chendering

(Maklumat lanjut: Ridzuan 019939236)



PERTANDINGAN 4 X 4

Sabtu, 15 Oktober 2011 di tapak program.

Maklumat lanjut: Yusri 0199364487
Jam 9.00 - 12.00 malam : Ceramah Perdana oleh
1 ) Tuan Guru Dato' Presiden PAS
2) Ketua Umum PKR
3) Ketua Parlimen DAP
Datanglah beramai-ramai sebagai tanda sokongan anda kepada PAS Ganti Umno

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 13 Oct 2011 01:52 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Banjir semakin teruk sejak dibina empangan

Posted: 12 Oct 2011 02:47 AM PDT

Petikan Free Malaysia Today


KANGAR: Rakyat Perlis bimbang masalah banjir semakin teruk sejak terbinanya Empangan Timah Tasoh (ETT) yang disifatkan sebagai bom jangka (time bomb) yang berbahaya dan boleh menyebabkan sebahagian dari negeri itu tenggelam sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ETT.

Keadaan ini boleh berlaku apabila ETT pecah akibat lebihan takungan, kemungkinan retak akibat gegaran gempa bumi walaupun Malaysia di luar kawasan gempa, sabotaj musuh atau pengganas dan sebagainya akibat tiadanya saliran terus ke laut.

"Oleh itu untuk menangani masalah ini, sebuah Jawatankuasa Bertindak (Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perlis Atasi Masalah Banjir) ditubuhkan dan mengadakan mesyuarat pertama pada 1 Oktober lalu," kata Pengerusinya Mohammad Faisol Abd Rahman.

Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, banjir di Perlis semakin kerap berlaku dari 10 tahun sekali, kepada lima tahun sekali dan kini setiap tahun dan menyebabkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan hingga kerugian yang dialami rakyat Perlis mencecah nilai jutaan ringgit.

Menurutnya, keadaan banjir berlaku kerana ketiadaan sistem saliran keluar lebihan stok air yang sempurna dan hanya menggunakan sungai semula jadi yang sedia ada, pengurusan penyelenggaraan sungai yang kurang memuaskan, longkang, perparitan yang tidak selari dengan pembangungan.

"Oleh itu kami merasakan sudah sampai masanya untuk mendesak Kerajaan Negeri khususnya supaya lebih prihatin dan peka serta meletakkan masalah ini sebagai suatu keutamaan demi menjaga keharmonian dan kemajuan negeri yang sedang berusaha untuk mencapai Perlis Maju 2015," terang beliau.

Di samping itu, beliau bimbang syarikat-syarikat insurans berkemungkinan akan mengenakan caj premium yang tinggi kepada asset rumah dan kelengkapan rakyat Perlis.
"Ia juga oleh menyebabkan ketidakyakinan para pelabur untuk datang melabur di negeri ini serta keresahan para peniaga tempatan yang sering terdedah kepada banjir.

Mohammad Faisol berkata, Jawatankuasa Bertindak telah memutuskan akan mengadakan pertemuan secara rasmi dan tidak rasmi dari masa ke semasa untuk meneliti perkembangan isu banjir ini.

Pihaknya akan membawa mesej keresahan dan penderitaan banjir rakyat kepada seluruh agensi terbabit seperti Kerajaan Negeri dan Pusat serta Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Majlis Perbandaran Kangar.

Jawatankuasa Bertindak juga katanya, akan mengadakan pertemuan dengan pakar alam sekitar, perancangan perbandaran, NGO-NGO berkaitan bagi mengolah idea terbaik untuk diajukan kepada pihak berwajib supaya isu permasalahan banjir di Perlis akan dapat diatasi segera.

Apa sebenarnya peranan UPI?

Posted: 12 Oct 2011 02:23 AM PDT

Sinar Harian 29/9/11

Rakyat Perlis tuntut kerajaan negeri atasi masalah banjir

Posted: 12 Oct 2011 02:00 AM PDT

KANGAR - Setelah tiga kali banjir melanda negeri Perlis sebanyak tiga kali dalam masa tidak sampai setahun, warga Perlis yang prihatin telah mewujudkan laman Facebook "215,000 Rakyat Perlis tuntut Kerajaan Negeri atasi masalah BANJIR".

Bencana banjir berlaku pada bulan November 2010, bulan Mac dan September tahun ini menyebabkan kerosakan besar harta-benda penduduk selain meninggalkan perasaan trauma dan gelisah kepada mangsa banjir setiap kali hujan lebat turun.

Bagi sebahagian penduduk di kawasan sekitar Kangar pula, sudah tiga kali mereka menerima limpahan banjir dari kawasan utara Perlis. Dalam erti kata lain, kawasan mereka akan ditenggelami banjir dengan teruk selepas sehari atau dua hari kawasan lain ditenggelami banjir.

Dalam laman Facebook terbabit, pelabagai permasalahan diutarakan berkaitan bencana banjir yang telah melanda Perlis yang menuntut kerajaan negeri untuk mengambil tindakan untuk mengatasinya.

Antara lainnya pengunjung yang meninggalkan komen menyatakan masalah utama berlakunya banjir di Perlis ialah masalah pengairan yang masih belum dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran.

Begitu juga, seorang pengunjung meninggalkan komen mendakwa Kerajaan Perlis tidak memohon bajet untuk tebatan banjir dalam Rancangan Malaysia Ke 10 bebrbanding kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat.

Ada juga pengunjung yang mempersoalkan pihak berwajib yang tidak membuat "post mortem" selepas banjir yang pertama atau kedua, dari segi punca berlakunya banjir, langkah langkah kawalan jangka pendek dan panjang selain kerugian atas kerosakan yang berlaku.

Difahmakan bahawa masih ramai mangsa banjir kali pertama tahun lalu masih belum mendapat bantuan banjir yang dijanjikan. Bagi yang telah menerimanya pula, jumlah yang diperolehi itu tidaklah mencukupi, malah mereka terpaksa pula menghadapi kerugian berganda pula pada tahun ini.

Shahidan Kassim: Sungai Perlis Perlu Diperdalam Untuk Elak Banjir

Posted: 12 Oct 2011 01:57 AM PDT

Bernama melaporkan: KANGAR, 11 Okt - Sungai Perlis yang menganjur dari Kangar ke Kuala Perlis perlu diperdalam dan diperluaskan sebagai langkah mengawal bencana banjir.

Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sungai sepanjang 11 kilometer itu kini semakin sempit dan cetek serta tidak mampu menampung limpahan air ketika hujan lebat, menyebabkan berlaku banjir.

Walaupun lebar Sungai Perlis ialah 70 meter, namun semasa surut laluan air hanya bersaiz 30 meter sahaja, katanya kepada pemberita semasa meninjau sungai itu, di sini Selasa.

Katanya masalah itu diburukkan lagi dengan pokok yang tumbuh di dalam sungai, sekali gus menghalang laluan air.

Beliau turut mencadangkan agar tebing kedua belah sungai ditinggikan bagi mengelak limpahan air sungai ketika berlaku banjir.

Shahidan berkata beliau juga akan mencadangkan kepada NCER agar melihat kepada keperluan infrastruktur di kawasan Sungai Perlis sebagai langkah tebatan banjir.

Beliau juga berpandangan cadangan meninggikan tebing Empangan Timah Tasoh untuk mengawal banjir di Perlis bukan keperluan mendesak, memandangkan yang paling penting ialah memastikan sistem saliran lebih sempurna.

Shahidan sebelum itu mendengar taklimat mengenai Sungai Perlis yang disampaikan Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Mat Supri Kasa.

Mat Supri berkata buat masa ini pihaknya mengambil langkah jangka pendek dengan membersihkan Sungai Perlis dan sungai kecil lain yang mengalir ke sungai utama itu bagi memastikan kelancaran aliran air.

PENDIRIAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Posted: 12 Oct 2011 01:52 AM PDT

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Rakyat Perlu Teruskan Agenda Perubahan

Posted: 12 Oct 2011 01:48 AM PDT

Seperti yang dijangka, BN telah membentangkan satu bajet morfin yang bersifat kesenangan sementara. Kesakitan dan keperitan sebenar akan kembali sejurus selepas kesan morphine hilang.

Dari sudut yang lain, rakyat perlu melihat pembentangan bajet oleh PM ini juga adalah sebahagian daripada kejayaan mereka mengenakan tekanan kepada kerajaan BN dalam PRU lalu.

Kini, Umno BN cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat melalui bajet yang kelihatan mengutamakan rakyat; setelah mengabaikan rakyat dengan mementingkan projek mega bagi kroni-kroni berpuluh tahun.

Kejayaan mengenakan tekanan politik kepada BN mesti diteruskan, kerana seandainya mereka berjaya mengekalkan kuasa selepas PRU13, segala berita gembira yang ditabur dalam belanjawan akan ditarik balik dalam bentuk cukai GST yang telah diumumkan dan bakal dilaksanakan tatkala majoriti rakyat masih tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kali ini keadaan dijangka lebih parah lagi kerana bajet kali ini tidak disertakan dengan langkah-langkah kerajaan untuk menaikkan pendapatannya untuk menampung perbelanjaan sebegitu banyak. Lebih-lebih lagi, dalam bajet kali ini PM juga tidak mengumumkan apa-apa cara untuk mengurangkan ketirisan, gejala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kronisme yang selama ini hanya menambah keperitan rakyat bawahan.

Duit tidak mungkin jatuh dari langit, dan dengan ekonomi dunia yang sedang meleset, adakah kerajaan BN sedang menyembunyikan langkah-langkah drastik untuk mendapatkan dana sehingga selepas PRU13? Berapakah bajet susulan yang sudah ada dalam perancangan BN yang bakal dibentangkan lagi untuk menampung perbelanjaan morfin ini?

Yang pasti sistem percukaian baru GST akan diperkenalkan – kemudian kemungkinan besar beban 6% cukai telefon prabayar akan ditolak ke bahu rakyat selepas PRU13 dan lebih banyak subsidi akan ditarik balik sekiranya BN kekal berkuasa selepas PRU13.

Selain itu, untuk mengelakkan kemarahan rakyat menjelang PRU-13, tiada peruntukan yang diumumkan untuk PERMATA yang diketuai isteri kesayangan PM – akan tetapi, rakyat tidak perlu bergembira, yang pasti sekiranya mereka menang PRU13, peruntukan untuk PERMATA akan diumumkan semula dengan nilai yang lebih besar di dalam bajet susulan.

Segala apa yang diberi sekarang yang kononya atas nama 'negara berkebajikan ala Umno BN' hanya bertujuan untuk melalaikan rakyat. Apa yang diberi akan ditelan kembali selepas PRU13 jika mereka terus berkuasa selepas PRU13, kerana suka ataupun duka, rakyat terpaksa duduk di bawah kerajaan BN untuk lima tahun lagi sebelum ada peluang untuk mengundi mereka keluar.

Namun, semua langkah 'menelan' ini tidak akan diumum sekarang kerana yang penting rakyat dapat ditipu terlebih dahulu untuk mengekalkan mereka di tampuk pemerintahan, yang lain boleh diumum sedikit demi sedikit, kerana selepas itu, rakyat hanya boleh merungut tapi kuasa mereka tidak akan tergugat untuk 5 tahun akan datang.

Pengalaman lampau mengajar kita bagaimana setelah selesai PRU kerajaan BN akan segera mengisytiharkan kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Walau apapun tema belanjawan diberi, rakyat yang telah mengenal tipu muslihat Umno/BN diharap jangan terlalai dalam suntikan morfin ini dan terus menggunakan kuasa dan peluang yang ada pada PRU13 bagi membuat perubahan untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS mengingatkan rakyat agar meneruskan agenda perubahan politik negara sebagai kesinambungan PRU12.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ceramah di Markas PAS Paya

Posted: 12 Oct 2011 01:35 AM PDT

Ceramah Penerangan diadakan pada 30 September lalu di Markas PAS Paya.

Foto (dari atas): Pak Wan Khazim (Aktivis Veteran), YB. Ustaz Abd Ghani Ahmad (Exco Kerajaan Negeri Kedah) dan YB Ir Hj Khalid Samad (MP Shah Alam)

Sepetang bersama MP Shah Alam

Posted: 12 Oct 2011 01:24 AM PDT

Program bersama YB Ir Hj Khalid Samad anjuran Jentera Pilihanraya PAS Kawasan yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa pada 30 September lalu. Program menghimpunkan jentera pilihanraya dari seluruh kawasan.

Ijtimak Pilihanraya PAS Perlis

Posted: 12 Oct 2011 01:19 AM PDT

WAKIL-WAKIL DUN PARLIMEN P001 PADANG BESAR DI IJTIMAK PILIHANRAYA PAS PERLIS YANG BERLANGSUNG DI KOMPLEKS PAS PERLIS PADA 25 SEPTEMBER 2011

Titi Tinggi
Beseri Chuping Mata Ayer Santan

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Oct 2011 01:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Jumpa janin di tapak pelupusan sampah

Posted: 13 Oct 2011 01:00 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MUADZAM SHAH – Seorang wanita Orang Asli yang menjadikan rutin hariannya mencari rezeki dengan mengutip sampah di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ibam, di sini, terkejut apabila menemui sebuah beg plastik sampah yang berisi janin, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, wanita berusia 50-an itu terkejut apabila menjumpai mayat bayi dibaluti pakaian berwarna hitam di dalam plastik sampah berkenaan.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, jantina bayi tersebut masih belum dikenalpasti.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
"Bayi dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu yang terbabit," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Inspektor Suzie@ Stephanie Kupit di talian 019-3850502 bagi membantu siasatan.

Sinar/-

Anak Gaddafi Ditangkap Di Sirte

Posted: 13 Oct 2011 12:55 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Mo'tassim telah ditangkap di Sirte pada Rabu ketika cuba untuk melarikan diri dari bandar itu, kata ketua Majlis Revolusi Tripoli.

"Dia ditahan di Sirte pada hari ini (Rabu)," kata Kolonel Abdullah Naker kepada Reuters.

Sumber daripada pemerintah Majlis Transisi Kebangsaan (NTC) di sini berkata beliau kemudiannya dibawa ke Benghazi untuk disoal siasat.

Menurut sumber, beliau ditangkap ketika cuba untuk meninggalkan bandar itu bersama keluarganya dengan kereta.

Terdahulu, sumber tersebut memberitahu Reuters bahawa Mo'tassim yang juga bekas penasihat keselamatan kebangsaan Libya telah ditangkap pada Selasa.

Sejurus berita penangkapannya tersebar, berdas-das tembakan dan bunga api dilepaskan ke udara ibu kota Tripoli itu sebagai meraikan berita tersebut.

Sumber-sumber tentera berkata beliau ditempatkan di kem tentera Boatneh di Benghazi dan kelihatan keletihan tetapi tidak mendapat sebarang kecederaan.

Seorang lagi pegawai kanan tentera NTC berkata anak lelaki Gaddafi itu memotong pendek rambutnya bagi tujuan penyamaran.

Beliau merupakan satu-satunya ahli keluarga terdekat Gaddafi yang ditangkap oleh tentera NTC setakat ini.

Pemimpin Libya yang digulingkan selepas 42 tahun pemerintahan, Muammar Gaddafi dan anak lelakinya Saif al-Islam melarikan diri sejak kejatuhan Tripoli pada 23 Ogos lalu.

Anak perempuan pemimpin itu, Aisha, dua lagi anak lelakinya Hannibal dan Mohammed, isterinya Safi dan beberapa ahli keluarga yang lain berpindah ke Algeria pada Ogos lalu dan kekal menetap di sana.

Sementara seorang lagi anak lelakinya Saadi kini berada di Niger.

Kampung halaman Gaddafi iaitu Sirte, akhirnya ditawan pejuang-pejuang yang setia dengan NTC sejak beberapa hari lalu selepas beberapa minggu dikepung.

Pegawai-pegawai kerajaan sementara berkata mereka percaya bahawa Mo'tassim bersembunyi di hospital di bandar raya itu.

mSTAR/-

Kemalangan bas di Nepal, 38 terbunuh

Posted: 13 Oct 2011 12:50 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KATHMANDU 13 Okt. - Sekurang-kurangnya 38 terbunuh apabila sebuah bas terbabas dan terhumban ke dalam sungai.

Kemalangan itu berlaku di jalan yang sedang dalam pembinaan kira-kira 80 kilometer dari Kathmandu dan bas berkenaan tercampak ke dalam sungai yang sangat dalam, kata Pegawai Daerah Sindhuli, Beni Madhay. - AFP

21 tahun: Kelantan anjur pertandingan kreatif

Posted: 13 Oct 2011 12:40 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 13 Okt: Sempena sambutan 21 tahun pemerintahan PAS di Kelantan pada 21 Oktober ini, kerajaan negeri itu akan menganjurkan pertandingan fotografi, klip video dan poster kreatif berkisar tentang 'Kelantan'.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Ahmad Baihaki Atiqullah berkata pertandingan itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia termasuk anak Kelantan menggunakan kreativiti masing-masing bagi menggambarkan suasana pemerintahan yang diasaskan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Pertandingan bermula sekarang dan tarikh tutupnya pada 3 November 2011, manakala majlis penganugerahan kepada pemenang disempurnakan Menteri Besar dijangka diadakan pada 19 November 2011," katanya yang juga Pengarah Program.

Mengulas lanjut, Ahmad Baihaki berkata pertandingan itu keseluruhannya berkaitan dengan 'Kelantan'.

"Kita mengharapkan penyertaan dari semua kaum.

"Kita tidak mahu satu bangsa (Melayu saja) yang menyertai pertandingan, bahkan penyertaan semua kaum asalkan mereka mampu 'menggambarkan Kelantan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Tumboh.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang media khas sempena pelancaran pertandingan itu di sebuah restoran di sini semalam.

Menurutnya, borang penyertaan boleh didownload di laman web kelantankreatif.com dan di facebook.com/Kelantan kreatif.

Beberapa tema ditetapkan termasuklah Membangun Bersama Islam, Kelantan Menerajui Perubahan, Kelantan Negeri Berkebajikan, Anak Muda Kelantan Bermaruah dan Spirit Of New Generation Revolution.

Bagi kategori Fotografi, tempat pertama RM700 berserta iPad dan hadiah iringan. Tempat kedua, RM500, ketiga RM400 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta.

Kategori Klip Video, tempat pertama RM1,000 berserta iPad dan hadiah iringan, tempat kedua RM800, ketiga RM500 dan lima saguhati (lima orang) RM200 setiap peserta.

Bagi hadiah kategori Poster Kreatif pula, tempat pertama RM500 berserta iPad dan hadiah iringan. Tempat kedua RM400, ketiga RM300 dan 10 saguhati (10 orang) RM100 setiap peserta.

harakahdaily/-

Masyarakat masih kurang sedar akan amaran awal Tsunami

Posted: 13 Oct 2011 12:30 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SUNGAI PETANI - Tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan amaran awal tsunami masih kurang hingga memerlukan program pemahaman berkaitannya diperbanyakkan dari semasa ke semasa.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Bencana Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ogu Salim Omar berkata daripada pemerhatian pihaknya mendapati kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amaran itu masih berada pada tahap tidak memuaskan.

"Orang kampung terutamanya masih belum faham tentang hal itu," katanya kepada pemberita pada sesi Latih Amal Tsunami di Daerah Kuala Muda sempena IOTWS Indian Ocean Tsunami Excercise "IOWave11" di Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan sentiasa menganjurkan program berkaitan gempa bumi dan tsunami pada peringkat pusat mahupun negeri bagi meningkatkan pemahaman sekaligus menimbulkan kesedaran masyarakat supaya lebih bersiap-sedia menghadapi bencana itu.

Ogu Salim berkata pihaknya juga akan cuba melaksanakan program berkenaan di peringkat sekolah bagi membolehkan pendedahan awal tentang kesiapsiagaan bagi berdepan dengan bencana itu dapat disampaikan kepada golongan muda.

"Tidak dinafikan bahawa proses mendidik bagi menimbulkan kesedaran mahupun kefahaman bermula dari umur yang muda, jadi di sini kita akan cuba bawa masuk program-program berkaitan tsunami ini di peringkat sekolah. Kalau tidak boleh dalam kurikulum sekurang-kurangnya dibawa masuk dalam silibus kokurikulum," katanya.

Mengenai sesi Latih Amal Tsunami di Daerah Kuala Muda itu, Ogu Salim berkata lima kampung terpilih untuk menjayakannya iaitu Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan.

Beliau berkata Latih Amal Tsunami itu diadakan untuk meningkatkan ketahanan masyarakat supaya bertindak sendiri sementara menunggu bantuan agensi penyelamat sampai selain meningkatkan kefahaman di kalangan anggota agensi penyelamat yang terlibat agar bertindak dengan lebih efisien.

Dalam perkembangan lain, Ogu Salim berkata pihaknya bersama agensi kerajaan lain yang terlibat dalam pengurusan bencana telah bersiap sedia sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim monsun ini.- Bernama

Kerajaan belanja RM4.7 bilion untuk PLKN sejak 2004

Posted: 13 Oct 2011 12:15 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM4.7 bilion bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak ditubuhkan pada 2004 sehingga 31 Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, program itu berjaya memberi kesedaran awam kepada pelatih untuk menjadi warganegara yang baik melalui imej dan perlakuan positif dan tidak mudah terlibat dengan kes jenayah.

"Walaupun kementerian ini tidak mempunyai statistik remaja yang pernah menyertai PLKN tetapi masih terlibat dalam kes jenayah, namun kementerian yakin remaja yang menjalani PLKN mampu menjadi remaja yang mempunyai jati diri kukuh," katanya menjawab soalan Amran Abdul Ghani (PKR-Tanah Merah).

Dr Abdul Latiff berkata, peserta yang menyertai program PLKN didapati berjaya mengawal diri daripada terjebak dengan kes jenayah berdasarkan peningkatan pendaftaran pelatih dalam Pasukan Sukarela dari tahun ke tahun. - Bernama

Sos halal, haram masih sama rak

Posted: 13 Oct 2011 12:00 AM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH: Masih banyak pusat beli-belah dikesan mencampur aduk produk haram, sos jenama HP Souce dan Tabasco bersama produk makanan lain walaupun disahkan mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi.

Difahamkan sikap ambil mudah pengurusan pusat beli-belah itu terbukti apabila tinjauan dilakukan mendapati kedua-dua sos perisa itu disusun di rak jualan bersama produk sos lain yang disahkan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jurucakap Jakim berkata, tindakan mencampuraduk kedua-dua sos diharamkan itu dengan produk makanan lain dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan pengguna Islam.

Menurutnya, Jakim mendapati produk itu masih bebas dijual di pasaran walaupun Jakim sebelum ini sudah memberi peringatan ia haram digunakan orang Islam.

"Oleh itu Jakim mengingatkan pengguna Islam supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya atau menggunakan produk berkenaan bagi mengelakkan termakan produk tidak halal," katanya.

METRO/-

SPR akui 40,000 nama di daftar pengundi 'meragukan'

Posted: 12 Oct 2011 11:50 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

"Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

"Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus di Shah Alam hari ini.

Abdul Aziz menyifatkan sebagai kecil bilangan 40,000 nama yang tidak dapat dipastikan kesahihan maklumatnya itu dan SPR dalam proses memperbaikinya.

Mengenai persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, beliau berkata proses itu akan dibuat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ini kerana SPR memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk berbuat demikian, katanya.

Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, Abdul Aziz berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu terutama negeri-negeri yang mempunyai bilangan kerusi negeri yang angkanya genap.

"Kita hendak menukarkan DUN yang mempunyai jumlah kerusi genap kepada ganjil bagi mengelak kemungkinan berlakunya situasi kemenangan 50-50," katanya.

Abdul Aziz berkata mengikut ramalan SPR, PRU ke-13 akan menjadi lebih mencabar berdasarkan kepada senario politik semasa.

"Parti kerajaan memerintah akan berusaha sedaya upaya pertahan kuasa mereka dan parti pembangkang pula akan berusaha sedaya upaya ambil alih pucuk pimpinan negeri ataupun negara. Dalam dua pertembungan ini, kita ramalkan PRU ke-13 akan jalan rancak dan sengit," katanya.

Mengenai taklimat hari ini, Abdul Aziz berkata ia bertujuan memberi penerangan awal kepada pegawai pengurus dan penolong mereka tentang tugasan dan tanggungjawab mereka sewaktu menghadapi pilihan raya ke-13 nanti.

Taklimat hari ini, yang pertama seumpamanya adalah bagi negeri Selangor. Ia akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata taklimat itu adalah hanya untuk melatih petugas SPR agar sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak semestinya bermakna "PRU ke-13 terlalu hampir".

Katanya SPR memerlukan sekurang-kurangnya 160,000 petugas untuk pilihan raya umum ke-13 nanti berbanding 150,000 pada pilihan raya umum lalu.

- Bernama

Iran didakwa rancang bunuh duta Arab Saudi ke AS

Posted: 12 Oct 2011 11:45 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TEHERAN - Iran melahirkan rasa marah dan menafikan tohmahan Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya merancang plot pembunuhan duta Arab Saudi ke AS dan menegaskan Washington sengaja menimbulkan ketegangan antara Teheran dan Arab Saudi.

Pegawai-pegawai di Teheran menganggap dakwaan yang dibuat kelmarin oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan AS adalah satu situasi yang direka-reka yang bermaksud untuk mengalih perhatian dunia.

Iran sebelum ini mendakwa Israel dengan sokongan AS bertanggungjawab ke atas pembunuhan sekurang-kurangnya dua ahli sains nuklear dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Menurut penasihat akhbar Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad, Ali Akbar Javanfekr, ia merupakan penipuan untuk mengalih perhatian masyarakat dunia daripada masalah dalaman yang dialami oleh AS sendiri.

Tambah beliau, kerajaan AS dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mempunyai banyak pengalaman dalam usaha mengalih perhatian dunia daripada mengetahui masalah dalaman di AS sendiri.

Duta Iran, Mohammad Khazaee mengirim sepucuk surat kepada pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan PBB, mengutuk tuduhan yang cukup memalukan itu dan berkata ia adalah satu plot pemikiran yang cukup jahat.

Dia turut menuduh Israel dengan sokongan AS, menjadi dalang kepada pembunuhan saintis nuklear Iran.

AS kelmarin mendedahkan bahawa ia mematahkan satu komplot yang didalangi pemerintah Iran untuk membunuh duta Arab Saudi ke Washington.

Washington juga berjanji akan mengheret Teheran ke muka pengadilan.

Jabatan Kehakiman AS mendakwa dua lelaki kerana bersubahat dengan sayap pemerintah Iran untuk membunuh Duta Arab Saudi, Adel al-Jubeir di AS dalam satu serangan bom.

"Dakwaan itu menyatakan bahawa komplot ini didalangi, dibiayai dan diarahkan dari Iran serta bercanggah dengan undang-undang AS dan antarabangsa," kata Peguam Negara, Eric Holder.

Dakwaan jenayah dikenakan terhadap seorang warga AS yang memegang pasport Iran, Manssor Arbabsiar, 56, dan Gholam Shakuri yang merupakan anggota Pasukan Quds iaitu pasukan elit Tentera Pengawal Revolusi Iran.

Shakuri masih bebas dan dipercayai berada di Iran manakala Arbabsiar ditangkap pada 29 September 29 tahun lalu di Lapangan Terbang John F. Kennedy di New York. Dia dihadapkan di sebuah mahkamah di Manhattan kelmarin.

Peguamnya berkata, dia akan membuat pengakuan tidak bersalah sekiranya didakwa.

Komplot tersebut didedahkan oleh sumber berbayar AS yang menyamar sebagai anggota sebuah kartel dadah Mexico yang digeruni kerana melakukan banyak pembunuhan termasuk membunuh orang kenamaan.

Kedua-dua defendan percaya kartel berkenaan akan membekalkan bahan letupan untuk serangan terhadap Duta Arab Saudi itu.

Sementara itu, bekas ketua perisikan Arab Saudi, Putera Turki al-Faisal menyatakan bukti Iran mendalangi plot untuk membunuh duta tersebut adalah kukuh. - Agensi

Gempa Bumi Bali, 50 Dikhuatiri Cedera

Posted: 12 Oct 2011 11:40 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BALI: Gempa bumi kuat yang melanda sebuah kawasan percutian popular Indonesia, di sini, Khamis, telah menimbulkan panik dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang awam termasuklah patah tulang dan luka di kepala.

Saksi-saksi di tempat kejadian memberitahu stesen radio dan televisyen tempatan bahawa mereka melihat beberapa buah rumah dan bumbung rumah roboh, selain beberapa buah kuil di sepanjang persisiran pantai pecah berderai akibat gegaran tersebut.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berskala 6.0 magnitud itu bertumpu pada kira-kira 60 batu (100km) di bahagian barat daya pulau itu sehingga (36 batu) 60km di paras dasar laut.

Walaupun ia tidak cukup kuat untuk mencetuskan tsunami, gegaran itu boleh dirasai oleh pulau-pulau berdekatan iaitu Jawa dan Lombok.

"Saya terjatuh daripada motosikal akibat gegaran itu," kata seorang penduduk tempatan, Miftahul Chusna.

Pegawai perhubungan awam Hotel Sanur Beach, Candy Juliani berkata semua benda di dalam bangunan itu bergegar.

"Penginap-penginap hotel melarikan diri dalam keadaan panik.

"Kami sebenarnya mempunyai laluan kecemasan khas apabila berdepan dengan situasi begini tetapi semua orang menjadi cemas dan mengabaikan laluan tersebut," katanya.

Jurucakap hospital, Wayan Sudanti berkata sekurang-kurangnya 50 orang tercedera, mengalami luka di kepala dan patah tulang.

Wakil agensi bencana tempatan, I Gede Tejo berkata pesakit-pesakit itu termasuklah 12 pelajar dan tiga guru yang cedera apabila siling bangunan sekolah tinggi mereka roboh.

Bentuk muka bumi Indonesia yang direntangi garis-garis gelinciran yang tidak sekata menjadikan negara itu mudah dilanda kejadian gunung berapi dan aktiviti gelombang seismos.

Gempa bumi terkuat melanda negara itu pada 26 Disember 2004 di Aceh telah mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa. - AP

Bajet dan 19 ilmuan Islam

Posted: 12 Oct 2011 11:30 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bahang pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN.

Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara. Pertimbangan utamanya adalah mengekalkan kuasa. Segalanya diperkakaskan untuk matlamat itu.

Isu-isu kritikal seperti peningkatan inflasi, melebarnya jurang kaya-miskin, pertambahan hutang awam sehingga RM456 bilion, terperangkap dalam regim pendapatan rendah-sederhana, pergantungan kepada pekerja asing, ketirisan dalam sistem penyampaian, silap keutamaan yang membawa kepada pembaziran, dan isu monopoli, tidak ditangani secara serius dan bijaksana.

Justeru, ada pihak menyamakan Najib seperti Santa Claus yang tiba dua bulan lebih awal daripada hari krismas. "Kedatangannya bukan setiap tahun seperti Santa Claus, tetapi lima tahun sekali menjelang pilihan raya. Apa pun, mungkin kehadirannya ini buat kali terakhir," kata seorang teman sambil ketawa kecil.

Sepintas lalu, dalam beberapa aspek, bajet Najib dilihat mencedok pakej tawaran Pakatan Rakyat, namun falsafah atau asas yang mendasarinya jauh berbeza. Mungkin sebahagian rakyat, terutama kakitangan awam dan golongan berpendapatan rendah tersilau dengannya, tetapi secara peribadi saya mengharapkan pelaksanaannya sampai tepat kepada sasaran terutama bayaran one-off.

Lambakan wang tunai ekoran one-off ini memang dikritik, dibimbangi merangsang kenaikan kos hidup yang sedia tinggi sekarang, namun bantuan kepada rakyat yang memerlukan seharusnya dialu-alukan tetapi ia sepatutnya dibuat secara berterusan melalui pakej lebih menyeluruh. Bukan seperti ingatan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar: "Nikmat sekejap, sedap sesaat." Belum pun insentif one-off diterima rakyat, harga barangan dapur terus meningkat.

Sesungguhnya perbelanjaan wang rakyat haruslah dilakukan secara berhemah. Kerisauan tentang defisit, hutang dan kecenderungan kerajaan BN berbelanja lebih disentuh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Parlimen membahaskan bejat: "Angka yang dipersembahkan kononnya untuk beri gambaran keadaan defisit dan hutang terkawal, sedangkan kita sedia maklum tabiat BN membentangkan belanjawan tambahan pada pertengahan tahun ... seperti pada 2010 dan 2011."

Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK negara. Pendapatan rakyat setiap bulan sebahagian besarnya dihabiskan untuk membayar hutang rumah kereta dan rumah. "Masih ada golongan pekerja yang diperlakukan seperti khadam dan dibayar gaji di bawah paras kemiskinan," dedah Anwar.

Anwar turut mengkritik peruntukan tinggi sehingga 78 peratus untuk belanja pengurusan, manakala belanjawan bagi tujuan pembangunan dan pelaburan dalam bidang ekonomi dan sosial semakin mengecil. 11 kementerian utama diperuntukkan wang lebih tinggi bagi perbelanjaan mengurus sedangkan jumlah bagi tujuan pembangunan lebih kecil.

Malah belanja operasi melonjak 12% di Jabatan Perdana Menteri dan 15% di Kementerian Kewangan, kedua-duanya di bawah Najib, dan bagi Anwar, "ini bertentangan dengan desakan rakyat agar PM mengurangkan pergantungan beliau kepada juru runding luar negara dan pakar media yang mahal dan mengenepikan pendapat pimpinan penjawat awam."

Bekas Menteri Kewangan itu turut menegur potongan peruntukan yang besar kepada Kementerian Pelajaran: "Perbelanjaan operasi dipotong 3% sementara perbelanjaan pembangunan dipotong 28%. Sebab itu, rakyat tidak teruja dengan pengumuman yuran sekolah rendah dan menengah akan dihapuskan kerana jelas penghapusan ini akan dibiayai melalui potongan peruntukan yang lain.

"Keadaan ini tidak ubah seperti Belanjawan 2011 bila mana Perdana Menteri secara senyap-senyap memotong peruntukan operasi pendidikan sehingga bilangan hari di asrama dan peruntukan lain dikurangkan. Makanya, rakyat akan tetap menanggung kos pendidikan yang dibayar kepada pihak sekolah, sama ada melalui sumbangan PIBG atau pelbagai bayaran lain yang terpaksa dikenakan oleh pihak sekolah bagi menampung kos operasi."

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ulasan 19 cendekiawan Muslim, yang menggelarkan diri mereka "sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair" mengenai bajet. Antaranya termasuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Maszlee Malik, Dr Zahazan Muhammad dan Dr Abdul Basit Abdul Rahman.

"Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut bajet 2012 dengan perasaan bercampur-campur," kenyataan mereka bertarikh 8 Oktober dipetik.

Mereka turut bimbang dengan bajet yang kekal defisit dan peningkatan hutang. Dalam kenyataan bersama itu, mereka menyokong 24 item dalam belanjawan 2012. Manakala 10 item lain "sokongan bersyarat" dengan cadangan beberapa penambahbaikan, misalnya mengenai saluran bantuan yang wajar dikendalikan secara Islam, pemberian permit teksi individu, sistem pengangkutan di bandar dan risiko harga maksimum skim pinjaman rumah pertama.

Selain itu, mereka memberi kritikan terhadap 17 item lagi, di antara lain: Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama persekutuan; peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan; peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing tidak diberi perhatian sama sekali; sekuriti dan isu keselamatan rakyat tiada peruntukan mencukupi; peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan Kedai IMalaysia yang 40% lebih rendah dari harga pasaran; serta cadangan pertambahan kadar keuntungan cukai harta tanah.

Mengenai bantuan one-off RM500 kepada isu rumah berpendapatan sebulan RM3000 dan ke bawah, mereka menegaskan: "Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam."

Saya memandang positif usaha ilmuan dan pendakwah ini serta mengharapkan komitmen berterusan mereka untuk terus menyumbang idea dan saranan bagi kebaikan bersama.

HARAKAHDAILY/-

KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG

Posted: 12 Oct 2011 09:30 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

DIKHABARKAN petang semalam sekumpulan `orang-orang bengap ' di Segamat telah berhimpun di hadapan Restoren Siang Kee, Kg Abdullah. Kebanyakan mereka rupa seperti orang Melayu dan ada yang rupa Jawa. Untuk apa mereka berhimpun?

Aku ingatkan mereka berhimpun pasal marah disebabkan hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Atau pun mereka berhimpun pasal ghaibnya Tg Pagar juga kepada Singapura. Mungkin juga mereka berhimpun pasal marah kepada Chua Soi Lek yang menghina hukum wanita menutup aurat di dalam Islam sewaktu PRK Dun Tenang dulu. Atau, mereka berhimpun untuk membantah MB Johor yang mengiktiraf Buku `Pengukir Nama johor' terbitan Yayasan Johor yang mempopularkan nama Mat Indera di dalam buku tersebut.

Rupa-rupanya mereka berhimpun kerana membantah kehadiran KM P.Pinang, Lim Guan Eng ke Johor. Alasannya, Lim Guan Eng dikatakan memburukkan nama Johor walaupun Lim Guan Eng telah bawa kes tersebut ke mahkamah. Jika itu alasannya, sepatutnya rakyat Terengganu pun kena bangkit apabila ada puak yang menghina Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung dengan sepanduk bertulis `Kami Mahu Deris, natang" yang dipamerkan di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan pun kena emosi lah sikit pada KM Melaka, Ali Ketam yang pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melawat Kelantan. Tetapi, Ali Ketam tidak diganggu sedikit pun apabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sewaktu mempromosikan SUKMA di sana. Ketika itu Melaka menjadi Tuan Rumah Sukma. Bahkan, Ali Ketam diberi peluang bercakap di Stesen Radio Manis FM, sebuah stesen radio swasta di Kota Bharu. Ertinya, ada rakyat Kelantan kisah dengan KM Melaka? Ada Sultan Kelantan tersinggung?

Siapa tidak tahu berapa tahun Kerajaan Negeri Kelantan diburukkan oleh pemimpin Umno bahkan diburukkan di media-media perdana? Ada rakyat Kelantan kisah? Tapi, bila terkena kepada Lim Guan Eng, meroyan puak-puak bengap tu di Johor. Ini suatu tanda betapa gelabahnya Umno/Bn di Johor sekarang. Ada baiknya juga kerana apabila ini berlaku, sudah pasti sokongan masyarakat Cina di Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang.

Baru-baru ini di Segamat juga, sekumpulan mat rempit yang hanya diupah RM 10 dan diisi minyak motor sanggup menjadi `hamba sahaya' pemimpin yang takut kepada Mat Sabu. Mereka berjaya ditahan oleh sekumpulan Unit Amal dari PAS dan anak-anak muda dari SAMM. Semalam di Segamat, sekali lagi Unit Amal PAS berdepan dengan puak-puak bengap ini yang cuba mengganggu program melibatkan Lim Guan Eng.

Semakin teruk politik Umno/Bn sekarang. Mereka sudah tiada moral lagi untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara `gentleman'. Mereka kini gunakan taktik samseng, tetapi samseng taik minyak. Syabas, kepada Lim guan Eng yang berani berdepan dengan puak-puak bengap tersebut. Pedulikan ugutan dan ancaman dari mereka kerana ugutan dari orang yang bodoh tidak perlu dilayan.

Oleh: WFAUZDIN NS

PR diberi MyKad: PAS tuntut penjelasan KDN

Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS menuntut penjelasan segera daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung kewujudan lebih 200 warga asing dari Johor di sebuah resort berhampiran Putrajaya, semalam.

Pemuda PAS dengan bantuan pasukan risikannya berjaya mengesan kehadiran mereka yang terdiri daripada warga Indonesia, Kemboja dan Bangladesh, dibawa menaiki enam buah bas.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini berkata, KDN harus memberikan penjelasan mengenai perkara itu kerana pihaknya mengesyaki kehadiran mereka ada kaitan dengan operasi pemberian MyKad kepada warga asing bagi membolehkan mereka menjadi pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

"Kita desak beberapa kementerian bertanggungjawab khususnya KDN memberikan penjelasan konkrit berhubung apa yang berlaku semalam.

"Ini kerana dalam masa beberapa bulan ini, PAS telah membawa isu pendaftaran warga asing yang dimasukkan dalam daftar pemilih ini.

"Ini isu penting, bukan andaian atau rekaan tapi telah dibuktikan dengan pendedahan sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata, wakil Pakatan Rakyat yang terlibat dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2012 di Dewan Rakyat hari ini akan membangkitkan perkara tersebut.

"Wakil PR akan membangkitkan perkara ini agar KDN memberikan penjelasan segera," katanya sambil menunjukkan gambar warga asing yang sempat diambil semalam.

Maklumat bercanggah

Sementara itu, Timbalan Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa pada sidang media sama berkata, maklumat warga asing yang bercanggah di antara satu sama lain itu semakin menambahkan rasa curiga mereka.

"Saya sebagai salah seorang saksi semalam masuk ke dalam resort dan bertanya kepada mereka sendiri.

"Bila ditanya apa mereka buat di situ, ada yang jawab datang kursus keusahawanan dan ada yang terus-terang jawab mereka datang untuk ambil MyKad. Pihak pengusaha resort pula kata tempat itu sudah ditempah awal pagi. Ini sangat menimbulkan kecurigaan," katanya.

Menurutnya juga, terdapat juga pegawai kesihatan mengiringi mereka.

Adram juga berkata, perkara tersebut turut berlaku di Paya Jaras, Selangor dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci.

Kira-kira jam 7 pagi semalam, pihak perisikan Pemuda PAS menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya.

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sana.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

Ekoran itu, mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

harakahdaily/-

Inkues Baharudin Ahmad ditolak

Posted: 12 Oct 2011 08:28 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri allahyarham Baharudin Ahmad untuk meminta majistret mengadakan inkues ekoran kematian suaminya dalam perhimpunan BERSIH 2.0 lalu.

Hakim Su Geok Yiam berkata, permohonan si isteri - Rosni Malan - pramatang, remeh, menyusahkan dan menyahguna proses mahkamah.

"Berikutan ini, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili responden dalam kes itu, "katanya.

Rosni menamakan ketua polis Kuala Lumpur, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.

malaysiakini/-

Ahli KPF, peneroka lapor polis terhadap Isa Samad

Posted: 12 Oct 2011 08:20 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TEMERLOH, 13 Oktober: Sebanyak 10 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis di sini semalam oleh ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka terhadap Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad.

Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan dakwaan bahawa Isa telah menyalahgunakan kuasa serta 'merampas' jawatan Pengerusi Permodalan Felda Berhad daripada pemegang jawatannya Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah semasa Dzulkifli berada di tanah suci Mekah menunaikan Umrah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat.

Menurut Suhaimi, semasa ketiadaan Datuk Dzulkifli Wahab yang juga Pengarah Besar Felda, Isa telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Isa telah melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.

"Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan telah menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang oleh Datuk Dzulkifli Wahab semasa beliau menunaikan Umrah di Mekah.

"KPF telah ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 dibawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

"Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni Felda untuk memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat Felda melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warga Felda," tambahnya.

Menurut Suhaimi, Isa Samad tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahliannya hanya kepada Peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.

Tambahnya, kedudukan Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahgunakan kuasa dengan membuat perlantikan ke atas dirinya sendiri.

"KPF merupakan salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang menjadi contoh koperasi yang berjaya memberikan dividen yang tinggi atas kadar 15% setahun dan ini membuktikan bahawa KPF telah dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Datuk Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.

"Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa," ujarnya.

Tambah Suhaimi, laporan yang sama telah dibuat serentak di balai-balai polis utama di negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.

harakahdaily/-

Hospital mohon waris tampil tuntut mayat

Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LEDANG – Hospital Tangkak meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris atau ahli keluarga seorang warga emas lelaki yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kesang-Tanjung Gading, kelmarin.

Pada ketika, mayat lelaki berusia 70 tahun itu masih berada di bilik mayat hospital berkenaan dan tiada seorang waris tampil menuntutnya.

Usaha pihak hospital untuk menjejaki keluarga warga emas itu menemui jalan buntu kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

Jurucakap hospital berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa dipercayai hanya berjalan kaki cuba melintasi jalan berkenaan, sebelum dilanggar sebuah kereta.

"Mangsa mati serta merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan yang lain.

"Sebolehnya kami mahu keluarga mangsa ataupun kenalan tampil menuntut mayat supaya dapat dikebumikan dengan segera," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru, pihak hospital berharap agar sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau waris mangsa segera tampil menuntut jenazah di Hospital Tangkak atau hubungi talian 06-978 1206.

-SH

Restoran 40 kali kena kompaun disita

Posted: 12 Oct 2011 07:45 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANGGOTA penguat kuasa MDAG mencatatkan barangan sebuah restoran di Masjid Tanah yang disita kelmarin.

ALOR GAJAH – Kedegilan pemilik sebuah restoran di Masjid Tanah di sini yang terus beroperasi tanpa lesen walaupun telah dikompaun sebanyak 40 kali menyebabkan perkakasan di restoran berkenaan disita petang kelmarin.

Pegawai Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Hasan Lambut berkata, tindakan sita terhadap premis itu yang beroperasi tanpa lesen sejak Mei lalu apabila lesennya tamat tempoh terpaksa diambil setelah MPAG beberapa kali memberikan notis amaran.

"MPAG telah mengeluarkan sebanyak 40 kompaun terhadap restoran ini atas kesalahan melanggar syarat lesen dan beroperasi tanpa lesen.

"Kita terpaksa bertindak tegas dengan menyita perkakasan di restoran ini seperti kerusi, meja, rak barang, peti sejuk dan peti aiskrim selepas amaran tidak diendahkan," katanya kepada pemberita di Masjid Tanah di sini kelmarin.

Kosmo/-

Masalah khidmat teks Blackberry berlarutan

Posted: 12 Oct 2011 07:30 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LONDON: Berjuta-juta pengguna telefon bimbit BlackBerry di seluruh dunia tidak dapat menggunakan perkhidmatan komunikasi teks untuk hari ketiga berturut-turut, semalam.

Syarikat Research in Motion (RIM) berkata masalah itu berlaku kerana kegagalan pensuisan dalam rangkaian persendiriannya.

Pengguna di Eropah, Asia Barat, Afrika dan India mengalami gangguan perkhidmatan e-mel dan tidak mempunyai akses untuk membuka dan menghantar mesej.

Kejadian itu meningkatkan sentimen negatif terhadap syarikat berkenaan yang sudahpun berdepan dengan kehilangan pasaran kepada Apple dan Samsung.

RIM kelmarin berkata perkhidmatan itu sudah kembali normal tetapi kemudian mengumumkan, masalah itu sudah merebak ke Argentina, Brazil dan Chile. - Reuters

Kaunter Pejabat Agung PAS di Terengganu, Kedah

Posted: 12 Oct 2011 07:20 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Pejabat Agung PAS akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 14 dan 15 Oktober di Chendering, Kuala Terengganu dan 22 hingga 23 Oktober di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, program itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat PAS (JITP) di atas permintaan pihak penganjur sempena dengan program sambutan Himpunan PGU (PAS Ganti Umno) di Kuala Terengganu dan juga sempena Sambutan 60 tahun PAS peringkat Negeri Kedah.

Menurut beliau juga, ahli-ahli yang berminat untuk mendapat kad keahlian edisi terhad sempena 60 tahun PAS dengan bayaran RM5 sahaja boleh berbuat demikian di kaunter berkenaan selain bertujuan untuk memudahkan ahli-ahli berurusan dengan Pejabat Agung di samping melakukan proses pemutihan keahlian.

"Kepada ahli lama yang pernah membuat permohonan untuk pindah kawasan tetapi dia tidak tahu status juga boleh membuat semakan di kaunter ini. Kami menyediakan empat petugas pada satu-satu masa. Semua itu boleh diselesaikan," jelasnya yang juga Exco Kerajaan Kelantan.

Katanya, kaunter itu akan menawarkan perkhidmatan pendaftaran keahlian PAS, semakan keahlian, mengemaskini maklumat keahlian, mencetak kad dan sijil keahlian serta menaiktaraf keahlian biasa kepada keahlian seumur hidup.

Beliau meminta ahli-ahli PAS yang datang bagi memeriah sambutan tersebut dapat mengunjungi kaunter yang disediakan bagi menyemak status keahlian dan mengemaskini maklumat ahli.

HARAKAHDAILY/-

Peniaga terkejut caj baiki kereta RM4,100

Posted: 12 Oct 2011 07:00 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Gara-gara menghantar kereta bagi membaiki kerosakan tangki radiator, seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian apabila caj yang dikenakan 10 kali ganda berbanding harga biasa oleh sebuah bengkel kenderaan di Sungkai, Perak baru-baru ini.

Pemilik kereta tersebut, Zaini Mohd. Zain, 38, berkata, bengkel itu mengenakan caj sebanyak RM4,100 berbanding harga bagi kerja-kerja membaiki radiator biasanya pada sekitar RM400 hingga RM500 sahaja.

"Memang cekik darah. Takkan hanya tukar radiator boleh dikenakan harga sebegitu rupa. Malah, jika top overhaul sekali pun, harganya tidak sampai seperti itu," dakwanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! semalam.

Menurut Zaini, kereta Proton Wira automatik miliknya itu dipandu oleh adik iparnya pada hari raya keempat lalu rosak kerana mengalami kerosakan pada tangki radiator.

Ketika itu, adik iparnya dalam perjalanan dari Sungkai, Perak menghala ke ibu kota selepas pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kangar, Perlis.

KOSMO/-

Sumbat PATI

Posted: 12 Oct 2011 06:45 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

NOOR MOHAMED (kanan) menunjukkan dua lelaki Myanmar yang dapat dicekup selepas disumbat dalam but kereta Proton Saga untuk diseludup masuk ke negara ini di Bukit Kayu Hitam kelmarin.

BUKIT KAYU HITAM – Seorang penagih air daun ketum kempunan untuk mendapatkan RM50 sebagai upah menyeludup masuk enam sekeluarga warga Myanmar menggunakan sebuah kereta apabila kegiatannya itu dapat dihidu Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam di Jalan Padang Satu di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dua daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) tersebut dapat melarikan diri ke dalam kawasan semak dalam serbuan kira-kira tiga kilometer dari pagar sempadan Malaysia-Thailand pada pukul 2.30 petang itu.

Serbuan itu turut mengejutkan pihak berkuasa apabila dua daripada enam pendatang asing tersebut disumbat di dalam but kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun.

Timbalan Komander UPP Bahagian Operasi negeri, Noor Mohamed Sheik Alaudin memberitahu, keluarga Myanmar itu terdiri daripada ibu dan tiga anaknya berusia di antara lapan dan 35 tahun.

"Wanita berusia 35 tahun tersebut ditahan bersama anak perempuannya berumur lapan tahun di tempat duduk belakang manakala dua lagi anak lelakinya berusia 23 dan 25 tahun ditemui disumbat dalam but kereta.

KOSMO/-

6 Bas Bawa Indon Disyaki Diberi Taraf Warganegara

Posted: 12 Oct 2011 06:40 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEPANG, : PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok. -HD

Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung

Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media kemudiannya.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. -mk

Sayang kereta nyawa melayang

Posted: 12 Oct 2011 06:30 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KESAN darah Moy Lay yang dilanggar dan diseret oleh penjenayah yang menyamun kereta mangsa di Jalan Kapar, Klang kelmarin.

KLANG – Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter.

Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa.

Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa.

Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa.

Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar.

Kosmo

Faekah dakwa Satim cuba laga MB dan istana

Posted: 12 Oct 2011 06:20 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kenyataan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), menunjukkan Umno sudah tiada isu lain hendak diketengahkan, dakwa setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Menurutnya, menteri besar tidak pernah menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti yang digembur-gemburkan pemimpin Umno.

Sebaliknya, Faekah (kanan) mendakwa, ia sengaja dicetuskan untuk membangkitkan keresahan umat Islam.

Malah, tambahnya, menteri besar juga tidak pernah meminta maaf bagi pihak JAIS kepada DUMC atau penganjur majlis makan malam amal seperti dilaporkan.

"Setelah membaca laporan awal JAIS, Datuk menteri besar hanya menyatakan kesal dengan kejadian yang berlaku kerana beliau yakin amat sukar bagi JAIS mempertahankan dakwaan," katanya sambil menambah, ternyata, pandangan menteri besar selari dengan pandangan baginda Sultan.

Katanya, menggesa menteri besar meminta maaf kepada sultan atas perkara yang Satim (kiri) sendiri tidak jelas hujung pangkal, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, tegasnya, seluruh rakyat Selangor maklum bahawa menteri besar sentiasa menghormati Sultan Selangor selaku ketua negeri dan ketua agama Islam di Selangor.

Justeru, tegas Faekah, walaupun diasak media dengan pelbagai soalan, menteri besar tetap tenang dan hanya akan mengulas selepas Sultan Selangor bertitah.

Faekah juga mendakwa Satim cuba melaga-lagakan menteri besar dan istana dan pada masa yang sama, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak membela umat Islam.

malaysiakini/-

Putus tangan diputar mesin basuh

Posted: 12 Oct 2011 06:15 PM PDT

15 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LEWIS selepas pembedahan.

RACHEL tidak sangka anaknya boleh buka penutup mesin basuh dengan mudah.
LIVERPOOL: Tangan seorang kanak-kanak terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar.

Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ketiga, merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika ia masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam.

Ibunya, Rachel, 24, berada di ruang tamu di kediaman mereka di Crewe apabila dia mendengar jeritan anaknya.

Dia mendapati anaknya berlumuran darah dengan lengannya masih berada di dalam mesin. Kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Alher Hey di Liverpool tetapi doktor gagal menyelamatkan tangannya yang terputus dari bawah bahu.

"Kini, apabila saya tanya apa yang terjadi, dia menjawab: 'Saya membuka penutup itu dan saya berpusing-pusing, kemudian tangan saya tercabut.'" Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: "Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar.

Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran.

"Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.

"Saya tidak percaya Lewis berupaya membuka penutup mesin itu dengan mudah. Ia sungguh menakutkan. Saya begitu kecewa." Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Kejadian ngeri itu berlaku jam 11.30 pagi pada 11 September lalu, seminggu selepas hari jadi ketiga Lewis.

Rachel berkata: "Secara keseluruhan, Lewis semakin pulih dan dia berani.

"Dia kidal tetapi kini sudah menyesuaikan diri dengan tangan kanannya." Kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan lanjut dan kemungkinan dipasang dengan tangan palsu. - Agensi

PAS TAMBUN

Posted: 13 Oct 2011 01:07 AM PDT

PAS TAMBUN


JAMUAN RAKYAT 15 OKT : ANAK CINA AJAK SEMUA DATANG KE JAMUAN RAKYAT 15 OKT NI

Posted: 12 Oct 2011 01:50 AM PDT

DI JEMPUT SELURUH MASYARAKAT MANJOI KHUSUSNYA DAN TAMBUN AMNYA KE JAMUAN RAKYAT BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN PAS YBHG TN HAJI MOHAMAD BIN SABU.. SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH

TARIKH
15 OKT 2011 (SABTU)

MASA
12 TENGAHARI - 3 PETANG

TEMPAT
KG SG KATI


KERTAS SEJARAH PMR 2011 DICEMARI KEBEJATAN UMNO

Posted: 12 Oct 2011 01:37 AM PDT


Bila pulak API, AWAS dan PKMM menyokong Malayan Union..? UMNO mengajak pelajar menjadi bodoh seperti mereka..

Peghelih La...

Posted: 12 Oct 2011 11:05 PM PDT

Peghelih La...


Penduduk Luar Bandar Juga Akan Menolak BN

Posted: 12 Oct 2011 10:03 PM PDT

Ustaz Idris Ahmad

Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang kerana BN hanya parti yang disokong oleh penduduk luar Bandar sahaja. Ia mengharapkan seluruh jentera BN bekerja keras supaya menarik perhatian penduduk bandar supaya menyokong BN. Inilah luahan rasa kebimbangan beliau ketika memberi taklimat kepada jentera BN Wilayah Persekutuan 9 Oktober 2011.

Persoalannya sampai bila BN mampu mempertahankan sokongan di kalangan penduduk luar bandar sahaja? Perlu dingat dunia sekarang sudah menjadi seperti satu kampung di era lebuh raya maklumat. Sedikit masa lagi penduduk luar Bandar juga mampu memiliki kemudahan yang sama, pada waktu itu di manakah BN mahu bersembunyi.

Penduduk bandar yang mempunyai kelebihan untuk akses maklumat dengan lebih cepat tidak lagi boleh ditipu oleh media perdana BN malahan sebahagian besar mereka membakul sampahkan sahaja segala maklumat yang keluar daripada propaganda BN.

Walaupun penduduk luar Bandar tidak begitu pantas untuk mendapat maklumat semasa dan menapis propaganda BN, namun anak-anak mereka yang akan menyalurkan maklumat kepada ibu bapa dan orang kampung. Kerana sebahagian besar penjawat awam dan eksekutif swasta berasal daripada luar bandar, dan merekalah yang menjadi duta maklumat Pakatan Rakyat di kawasan luar Bandar ketika mereka pulang ke kampung di hujung minggu.

Fenomena ini bersedialah BN akan menjadi parti pembangkang di negara ini selepas PRU 13 apabila tembelang BN sudah diketahui oleh rakyat termasuk penduduk luar bandar. Ingatan Abraham Lincoln ada menyebut "Kamu boleh berbohong dalam satu masa, tetapi kamu tidak boleh berbohong dalam semua masa"

TARBIAH HEBAT PAS KUAT

Posted: 12 Oct 2011 09:55 PM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Tidak ada harakah tanpa tanzim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini PAS mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti. Sebab itu di dalam PAS ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokos kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.

Peranan lajnah tarbiah ialah untuk melahirkan ahli yang kental sebagai penggerak parti. Ia membekalkan tenaga parti kepada lajnah lain. Oleh itu apabila program tarbiah tidak berjalan ia akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti samaada dari segi fikrah atau perlaksanaan kerja.

Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan PAS. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi.

Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka adalah tanggapan yang silap dan songsang.

Sebagai sebuah parti atau jamaah yang bukan sebagai badan perniagaan,maka sudah tentu yang boleh menggerakkan parti ialah dengan janji pahala kerana merupakan amal soleh. PAS tidak menjanjikan kepada penjawat dalam parti upah dan habuan dunia. Inilah kejayaan PAS selama ini, sehingga mampu bertahan hampir 60 tahun, menjadi sebuah parti yang paling lama di persada politik negara setelah parti Umno diharamkan pada tahun 1987. Sedangkan Umno yang ada sekarang ini ialah parti 1988.

Oleh itu jika pengabaian terhadap tarbiah ini berlaku maka ia akan merbahaya kepada masa depan parti. PAS tidak mampu melawan musuh politiknya dengan wang. Wang yang dimiliki oleh pesaing PAS terlalu banyak dengan bantuan daripada tauke judi dan arak. Sedangkan sumber kewangan PAS amat terhad iaitu dari kalangan ahli parti.

Sekiranya kegiatan tarbiah lemah ia akan memberi kesan kepada gerakan politik. Kemungkinan sehingga suatu waktu nanti PAS akan kehilangan mereka yang sanggup untuk menjadi calon, wakil calon, penyokong dan pencadang kerana tidak sanggup berkoraban. Tenaga pilihanraya akan ketandusan kerana mereka yang datang membantu setiap kali pilihanraya tanpa diupah oleh mana-mana pihak. Walau pun mereka yang membantu tahu, jika calon yang mereka bantu itu menang mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada usaha mereka untuk memenangkan calon PAS.

Mereka tidak mengharapkan apa Yang Berhormat PAS berikan kepada mereka, cuma mereka mengharapkan Yang Berhormat PAS bertanggungjawab kepada PAS. Inilah hebatnya tarbiah PAS. Sebab itu jika ada calon PAS yang khianat mereka akan menjadi bahan sumpah oleh mereka yang bertungkus lumus di dalam pilihanraya. Tiba-tiba mereka menjual kerusi ketika waktu "berperang", mereka yang melakukan demikian tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu calon PAS yang menang mereka tidak boleh mendabik dada mereka menang kerana populariti mereka bukan kerana kesungguhan petugas PAS. Jika ini berlaku semuanya gara-gara tarbiah tidak menyerap masuk di dalam dirinya dan ia perlu lagi ditarbiah.

Hukum buaya, jerung pembaham peruntukan belanjawan

Posted: 12 Oct 2011 09:46 PM PDT

Oleh LanH

JIKA Pakatan Rakyat memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan alternatifnya yang bertemakan 'Kesejahteraan Untuk Semua', peruntukan diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak (yang kerap menyebut angka 'bilion dan bilion ringgit' di majlis-majlis ekonomi), pada pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober adalah lebih besar - RM232.8 bilion

Pelbagai insentif dan hadiah (bantuan) ditawarkan kepada rakyat daripada wang berbilion-bilion ringgit itu, tetapi apa yang ingin dimuzakarahkan di sini ketelusan sistem penyampaian bagi membolehkan rakyat yang berhak menerimanya. Adalah lumrah kebanyakan kerajaan di dunia berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat masing-masing; persoalannya adakah peruntukan atau bantuan itu sampai kepada kumpulan sasaran.

Tidak guna kita bercakap mengenai jumlah wang berbilion-bilion ringgit tetapi akibat sistem penyampaian yang tidak telus, kantung wang telah bocor dengan banyak wang tercicir sepanjang perjalanan dan akhirnya penerimanya hanya mendapat tulang, dagingnya telah dibaham oleh buaya di daratan (sungai) dan jerung di lautan.

Kita tidak perlu pergi jauh untuk membuktikan perkara ini, di sekitar kita ada bangunan awam seperti sekolah, hospital, stesen bas dan stadium; sekalipun pembinaannya mendapat peruntukan berbilion-bilion ringgit daripada kementerian berkaitan; ketidak-telusan dengan jerung-jerung berkeliaran, menyebabkan bangunan berkenaan rosak atau runtuh dalam tempoh singkat selepas digunakan. Mungkinkah bangunan berkenaan tidak menepati spesifikasi dan piawai kerana dibina dengan kos dikurangkan bagi 'memberi makan' kepada jerung dan buaya terbabit.

Demikian juga bantuan terus kepada rakyat; disebabkan terlalu ramai orang tengah yang menangguk di air keruh, ada kemungkinan penerima layak mendapat separuh daripadanya sedangkan separuh lagi sudah dimakan jerung. Orang yang menepati syarat juga ada yang tidak menerimanya kerana pelbagai faktor seperti sentimen politik tetapi yang tidak layak pula tersenarai; ini semua disebabkan sistem penyampai yang sarat dengan masalah.

Kegagalan Baitulmal sesetengah negeri dalam sistem penyampaiannya sehingga ada golongan daif yang terpaksa meraih simpati kepada organisasi bukan Islam termasuk gereja, sewajarnya mengingatkan kita bahawa wang berjuta atau berbilion ringgit yang ada jika tidak dapat diagihkan secara baik, tidak dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat sebaliknya mengemukkan tembolok jerung dan buaya. Bagi kita jerung dan buaya inilah yang perlu dihapuskan dan yang lebih mustahak dihapuskan pihak yang membela mereka (penguasa korup).

Di sinilah kita lihat keperluan untuk kita membina insan bukan semata-mata membina bangunan hebat seperti yang berlaku hari ini. Jika kita dapat melahirkan golongan penyampai yang amanah, insya-Allah rakyat marhaen akan dapat sama-sama merasai nikmat kekayaan negara. Pengagihan akan dilakukan secara adil dan saksama menepati peribahasa 'hati kuman sama dicicip, hati gajah sama dilapah'.

Berdasarkan porak perandanya masyarakat yang hidup nafsu nafsi hari ini, marilah kita kembali kepada hukum Allah termasuklah bagi membanteras pembela jerung dan buaya serta buaya dan jerung itu sendiri bagi membolehkan kekayaan negara berbilion dan berbilion ringgit itu dikembalikan kepada rakyat.

Hukum-hakam Allah ada kehidupan, insya-Allah dengan kembali kepada hukumnya, kita bukan saja selamat dan bahagia di dunia tetapi juga di akhirat sejajar dengan penghulu doa yang kerap kita baca: 'Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar". Amin

[Penulis adalah Pengarang Harakah]

Shahidan: Perlis River needs to be widened to manage floods

Posted: 12 Oct 2011 12:31 AM PDT

The Perlis River, which flows from Kangar to Kuala Perlis, needs to be deepened and widened to overcome flooding, said Special Adviser to the Prime Minister on the Northern Corridor Economic Region (NCER), Dr Shahidan Kassim.

He said the 11-kilometre long river had become narrower and shallower which had hindered its flow during a heavy downpour.

"Although the width of the Perlis River is 70 metres, when the water subsides, the width is reduced to only 30 metres," he told reporters during the visit to the river, yesterday.

Therefore, Shahidan suggested that the riverbanks on both sides should be raised to prevent overflows during heavy downpours.

"There are also development projects carried out at the estuary of the river which was not referred to the Drainage and Irrigation Department (JPS), thus causing blockage," said the Tambun Tulang state assemblyman.

He said that each developer should consult the JPS for technical advice in order to ensure smooth water flow to the sea.

"I will also suggest to the NCER on the infrastructure requirements as the catchment area of the Perlis River involves 500 kilometres square," he said.
He also hoped the state government would no longer create shortcuts to block water flow that could cause floods in several areas in the state.

- Bernama

MP PAS: Najib tak wajar bubar hingga Bajet 2012 dilaksana

Posted: 12 Oct 2011 12:19 AM PDT

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 11 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicabar agar melaksanakan sepenuhnya Bajet 2012 sebagaimana yang dibentangkan Jumaat lepas jika beliau yakin bajet itu realistik dan benar-benar mahu memanfaatkan rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Perdana Menteri berkata Perdana Menteri juga perlu memacu sendiri pelaksanaan dan tidak membubarkan Parlimen sehingga perancangan beliau menerusi bajet itu terlaksana.

Kata Dzulkefly (gambar) Najib telah memberi pelbagai imbuhan kepada hampir semua segmen rakyat yang rata-raat adalah merupakan bayaran 'one-off' Malah kata beliau cabaran itu sangat wajar disahut Najib atas keyakinan bahawa unjuran dan angka-angka makro bajet itu mampu beliau capai.

LAGI >>>

Hudud: Kelantan beri pemimpin Pakatan taklimat di pejabat DAP

Posted: 12 Oct 2011 12:12 AM PDT

Malaysian Insider melaporkan: KUALA LUMPUR, 12 Okt — Di sebalik kontroversi yang berterusan, Kelantan mengambil langkah mencari sokongan dengan memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu memperkenalkan hukum hudud.

Difahamkan pada majlis penerangan itu, yang diadakan di ibu pejabat DAP di sini petang kelmarin, taklimat diberikan oleh tiga Exco Kerajaan Negeri.
Ia susulan mesyuarat khas Pakatan Rakyat dua minggu lalu.

Isu hukum hudud kerajaan negeri Kelantan muncul semula awal bulan lepas ekoran satu pandangan pada seminar syariah nasional di Kota Baru.


LAGI >>

RM1 juta untuk PM ke Kazakhstan

Posted: 12 Oct 2011 12:07 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan membelanjakan RM1,072,213.22 untuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan Jun lalu.

Dalam satu jawapan bertulis hari ni, kerajaan memaklumkan lawatan 5 dan 6 Jun itu di atas jemputan Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazabayev.

Najib kemudiannya juga mengetuai deligasi negara ke Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-7 di Astana pada 7 hingga 9 Jun.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Kazakhstan adalah sebanyak RM1,072,213.22," jawapan itu dipetik.

Penjelasan itu diberikan kerajaan bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan Menteri Luar Negeri, apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu.

Dalam jawapan itu juga turut menjelaskan Perdana Menteri juga turut ke Turkmenistan pada 11 hingga 12 Julai 2011 juga atas jemputan presiden negara itu.

Untuk lawatan itu pula, kerajaan memaklumkan telah membelanjakan RM323,268.19.

Rakyat untung bila oposisi kuat

Posted: 11 Oct 2011 11:59 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

(Ketua Pengarang Harakah)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Belanjawan 2010 berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya sebagai "belanjawan pilihan raya". "Kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kepada mereka ... bila election nak diadakan? Bila?" soalnya kepada wartawan.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet itu dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat. "Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani.

Tiada siapa dapat menafikan, bahawa apa sahaja gerak-tindak Dato' Seri Najib Razak mutakhir ini, pasti sarat dengan motif dan tujuan politik. Apatah lagi event sehebat pembentangan bajet, yang menjadi tumpuan seluruh rakyat, malah ia dianggap ucapan terpenting di Dewan Rakyat setiap tahun, tambahan pula Parlimen dijangka dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Apa pun istilah yang mahu dikaitkan, sama ada "bajet pilihan raya", "bajet gelabah", "bajet tiruan" mahupun "bajet cedok", bagi saya, yang lebih penting adalah manfaat yang akan diraih rakyat terbanyak. Biarlah parti-parti politik bersaing secara sihat, dalam iklim demokrasi yang makin segar, menuju pembentukan sistem dua parti yang matang, yang mustahak, natijah akhirnya harus memberi keuntungan kepada setiap warga.

Contohnya, jika ucapan Mohamad Sabu mengenai pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong 60 tahun lalu tidak dipersepsikan secara negatif oleh Utusan Malaysia (dengan dorongan strategis Umno-BN dan pihak polis), saya yakin nasib bekas perajurit zaman darurat tentu tidak akan mendapat perhatian serius pihak kerajaan. Mungkin pusara mereka yang terkorban di Bukit Kepong juga terus tidak terjaga.

Dan terbukti, dalam bajet Jumaaat lalu, kebajikan bekas anggota keselamatan merupakan antara yang menjadi prioriti. Najib mengumumkan, bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu. Apakah anda yakin bantuan ini terfikir oleh kerajaan jika tidak timbul kontroversi Mat Sabu dan "Sabuisme"nya itu?



LAGI >>

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 12 Oct 2011 09:44 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

Posted: 12 Oct 2011 07:30 AM PDT

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera | |
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.
Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.
Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

PAS KDAS 3

Posted: 12 Oct 2011 09:17 PM PDT

PAS KDAS 3


Nota Mudah Memahami Hukum Hudud (siri 1)

Posted: 12 Oct 2011 07:30 AM PDT


Nasrudin Hassan at Tantawi   
بحسم الله الرمن الرحيم
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ
 الدينيةو معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة
 و نصح الأمة و جاهدفي الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah.



1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :



وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينً
ا


maksudnya :


"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."



2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّن النَّاسِ لَفَاسِقُونَ


maksudnya :


"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."


3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.


تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ



"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

Posted: 12 Oct 2011 07:17 AM PDT


SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.

Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa(gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.

Kepung resort

Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.

Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.

Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.



"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

Sumber dalaman

Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.

Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.

"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.

"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.

Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Oct 2011 09:11 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Flats get facelift to welcome DPM

Posted: 12 Oct 2011 02:23 AM PDT





Flats get facelift to welcome DPM
Zefry Dahalan October 12, 2011

The construction activity going on in Ampangan is reminiscent of a by-election campaign

SEREMBAN: There is so much construction and renovation being carried out around the UDA Flats in Ampangan—and with so much urgency—that it looks as if there is a by-election in the area next week.

But it is too late in the current parliament's term for by-elections. So why the repainting, the reroofing, the resurfacing of roads and the upgrading of public toilets and drains?

There is a simple explanation. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin will be in town this Saturday and he will be talking about the Barisan Nasional government's care and concern for flat dwellers and other ordinary folk.

The visit will include a walkabout around the flats and the nearby wet market and Pasar Tani.

Dr Mohamad Rafie Abdul Malik of the PKR supreme council estimated the cost of the works at "easily around a few hundred thousand ringgit".

"I'm not questioning the upgrading and instant development, which will benefit the residents here," he said. "But why wait for Muhyiddin's visit to do this upgrading?"

He said the flat residents had been complaining for years about leaking roofs, faded paintwork and other damage to their buildings, roads and drains.

"Nothing was done until Muhyiddin decided to visit."

Rafie, who is deputy chief of Seremban PKR, said he would like to invite Muhyiddin to Kampung Ismail and Kampung Jiboi, not far from the UDA flats, in the hope that the visit would spur development there.

"Parts of Kampung Ismail and Kampung Jiboi face serious flooding during heavy rain," he said. "The water level gets higher than my waist. Recently, members of Seremban PKR had to help the residents clean their houses.

"The drainage system is bad. Thick grass grows in the ditches, and rubbish clogs them. In fact, the drains and even the nearby river are too narrow for the kind of heavy rain we have been getting in recent years.

"I don't mind organising a visit programme for Muhyiddin if that is the only way to get the flooding problem in these two kampungs solved once and for all."

During Muhyiddin's visit, Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan is expected to announce that a two-storey block of shops will be constructed to replace the current single-storey block.

The Ampangan state assembly seat is currently occupied by Rashid Latiff of PKR.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/12/flats-get-facelift-to-welcome-dpm/

Jumpa Bob Lokman 26 Okt 2011 di Johol N9

Posted: 12 Oct 2011 12:54 AM PDT



PROGRAM BICARA ANAK MUDA
Tarikh : 26 Okt 2011 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Bob Lokman
Chegubard
YB Loke Siew Fook

Semua dijemput hadur

Maklumat lanjut hubungi Amar 013-6782380
Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Sultan Brunei arah laksana Hudud

Posted: 12 Oct 2011 05:32 AM PDT

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.

"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.

"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.-HD

PAS LENGGONG

Posted: 12 Oct 2011 07:36 PM PDT

PAS LENGGONG


Buatlah Laporan Polis

Posted: 11 Oct 2011 10:59 PM PDT

Ada beberapa berita yang sengaja hendak memfitnah kerajaan Negeri PR. Berita yang terbit dari TV yang utama TV1, TV3, TV9 dan Astro awani. Di kedah berita perobohan dengan Syed Sobri sendiri keluar muka. Kenapa mereka tak buat laporan polis?
Di Pahang Lynas kata astro awani tunjuk perasaan sekitar 1000 orang sahaja sedangkan sasaran 10,000 orang. Bila ditunjukkan gambar adakah seramai itu 1000 orang sahaja. demonstrasi bersih dikatakan 6000 sahaja. media luar negara kata sehingga 200,000. begitulah penipuan dan pembohongan.

Berjangkit menjerait

Posted: 11 Oct 2011 10:45 PM PDT

Mula TBH, lepastu Saibini lepas tu jemaah haji di Madinah lepas tu yang berikutni

Tuesday, October 11, 2011

GEMPAR!!!Pegawai Imigresen maut jatuh kondominium setelah panjat tingkap tidak mahu berjumpa 3 lelaki

http://condo.com.my/images/23/2372166561.jpgKUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini hari ini.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut. - Bernama

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 12 Oct 2011 03:47 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT TERENGGANU

Posted: 12 Oct 2011 07:07 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Oct 2011 03:33 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BUKIT BINASA ANTARA TAMAN WIDURI HINGGA PEKAN RASA

Posted: 12 Oct 2011 02:56 AM PDT




BARU 2 BULAN KEDAI BULUH RM9JUTA DAH KANTOI

Posted: 12 Oct 2011 02:49 AM PDT


Belum sampai 2 bulan , kedai yang mula dibina tahun 2007 dan tertangguh dan baru siap julai 2011 dan telah durasmi oleh TPM Tan Sri Muhyiddin didapati telah retak dan bumbung dan mula tiris air hujan. Tandas pun telah mengeluarkan bau busuk.

Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelengaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Encik Zulkifli Hassan berkata, bajet asal kira-kira RM8 juta kemudian ditambah menjadikan RM9.3 juta untuk menyiapkkan pasar itu.

Katanya, pasar ini mempunyai 16 unit kedai makan, gerai kering, buah-buahan dan sayuran (128) dan gerai basah (44) serta kedai barangan kering (18).

"Seramai 80 peniaga di pasar lama secara automatik akan memiliki ruang niaga yang terdapat di pasar berkenaan manakala selebihnya akan dibuka kepada peniaga baru," katanya kepada Teganukita.

ELAUN MALAUN AKA LANUN JIKA NAK 2 KALI GANDA

Posted: 12 Oct 2011 12:51 AM PDT

Tudia jumlah elaun sebenar Najib Razak
Hari tue aku kena bantai kat satu group. Depa kata aku fitnah sebab tak bagi source kepada gaji menteri. Aku pun malas nak argue banyak2 pasal memang betul pun aku tak bagi source.

Dan disebabkan itu.. hehehe.. aku bernekad cari fakta pasal neh. Kali neh aku bekalkan korang source sekali. Lepas neh sapa2 nak bantai aku boleh larh tukar kepada bantai diri sendiri. Sebab apa? Sebab korang bodoh piang.
Hanya yang bodoh piang je sokong kenaikan elaun ahli parlimen.

Elaun keraian

RM9,860 SEBULAN <-- Ini yang kita biasa panggil gaji.

Elaun lantikan

RM10,000 sekali lantikan. Itupun boleh diberikan berkali2 bagi jawatan lantikan yang berbeza.

Elaun tempat tinggal rm4,000 sebulan + pinggan mangkuk untuk 50 orang [sekali sahaja ikut peruntukkan]. Pinggan mangkuk neh boleh bawa balik terus selepas mereka bersara atau lepaskan jawatan.

Elaun selenggaraan rumah
rm10,000 setahun

Elaun pembantu rumah
rm2,500 atau 4 pembantu rumah dengan seorang tukang kebun.

Elaun elektrik dan Air
Percuma. Samada rumah rasmi ataupun rumah kediaman [Hairan, kalau percuma dari mana datang rm30,000 sebulan untuk elektrik rumah rasmi PM dan TPM?]

Elaun bekalan gas dan pembentungan
Percuma samada rumah rasmi ataupun kediaman peribadi [pembentungan = indah water, etc].

Elaun telefon

1. untuk rumah rasmi / kediaman peribadi ;
- Bayaran di tanggung kerajaan sepenuhnya termasuk pemasangan dan pengunaan tiap2 bulan.

- Diperuntukkan 2 line telefon.

2. untuk pejabat / kediaman asal
- Satu line telefon

- Bayaran di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan

- Had penggunaan ialah rm400 sebulan.

Elaun telefon bimbit Harga had maksimum ialah rm3,000.

Bayaran pembelian telefon bimbit ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Telefon bimbit tidak boleh diganti dalam masa 3 tahun [lepas 3 tahun, ganti lagi guna wang rakyat]

Layak mendaftar dengan mana2 syarikat telekomunikasi dan menikmati apa2
kemudahan ahli parlimen yang dikuatkuasakan melalui perlembagaan.

Had penggunaan maksimum rm1,000 sebulan, dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Elaun harian
rm230.00 setiap 24jam ketika bertugas dalam negara. [luar kuala lumpur]
rm400 setiap 24jam ketika bertugas di luar negara

Elaun makan
Semua boleh diclaim asalkan ia di luar kuala lumpur dan di luar negara.
Tuntutan harus bersandarkan sokongan resit.

Elaun sewa hotel
Semua boleh dituntut asalkan ia bersandarkan sokongan resit. Dan mestilah di luar kawasan Kuala Lumpur.

Elaun perbelanjaan pelbagai

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta rasmi;
b) bayaran telefon dan telegram atas urusan rasmi;
c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;
d) bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;
e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong denqan resit:
f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong dengan resit;
g) 3% daripada jumlah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai ganti rugi berkaitan penukaran mata wang asing.

Elaun tips semasa bertugas di luar negara
rm400 sehari.

Elaun perjalanan
Kalau naik kapal terbang, hanya boleh duduk di kelas satu, kalau guna feri,
keretapi dan sebagainya mereka layak mendapat keistimewaan tertentu.

Elaun kereta
Kemudahan petrol di tanggung/dibekal oleh kerajaan sepenuhnya untuk urusan
rasmi.

Elaun kereta peribadi
kemudahan petrol di tanggung/dibekal oleh kerajaan sepenuhnya untuk urusan rasmi dengan syarat didaftarkan sebagai kereta milik peribadi di bawah parlimen.

Elaun pemandu kereta
Gaji, elaun hotel, bonus semua ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
berdasarkan kepada gaji yang ditetapkan ke atas mereka. Layak untuk 2 orang
sahaja, termasuk pakaian pemandu.

Elaun pakaian panas
rm6,000 sekali dalam tempoh 3 tahun.

Elaun pakaian rasmi
rm1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun.

Elaun pakaian black tie
rm1,500 sekali dalam tempoh 3 tahun.

Dalam pada itu, mereka juga layak dibayar rm1,500 jika pakaian pakaian rasmi dalam tempoh 3 tahun sekali. [Aku rasa, kalau dah ada baju neh, mereka tetap dibayar rm1,500 sebab pakai baju neh]

Elaun meraikan pelawat
untuk makan tengahari + minuman = rm120 [paling had] per individu untuk makan malam + minuman = rm150 [paling had] per individu

Elaun surat menyurat
Percuma.

Elaun kesihatan
Percuma jika dirawat oleh hospital / klinik kerajaan Di tanggung oleh kerajaan jika di rawat oleh hospital swasta [dalam dan luar negara]

Elaun pindah rumah
rm5,000 sekali pindah.

Elaun bercuti dalam dan luar negara
Jika bercuti di luar negara, kos penginapan = rm2,000 sehari tanpa perlu resit.
Jika bercuti dalam negara, kos penginapan = rm300 sehari tanpa perlu resit.
Tambang pergi balik = ditanggung sepenuhnya.

Kemudahan neh hanya untuk sekali dalam setahun.

Selain dari ini, setiap ahli parlimen berhak mendapat lesen senjata api percuma, lesen motor kereta percuma, cuti rehat sebanyak 30 hari setahun, pinjaman yang senang untuk pembelian kereta [rm160,000 paling had] dan rumah [rm720,000 paling had], perbelanjaan pelepasan jawatan dan lain2 perkara yang dirasakan bersesuaian dengan keadaan ahli parlimen ketika itu.

Mereka juga dibekalkan dengan PDA percuma yang bernilai rm3,500 [paling tinggi] dan tidak boleh ditukar dalam masa 3 tahun. Lepas 3 tahun nak tukar, tukarlah. Biasalah, guna duit rakyat lagi. Hehehe.

Ingat ;

1. Gaji ahli parlimen bukan bermaksud gaji perdana menteri. Gaji ahli parlimen ialah gaji ahli parlimen. Gaji perdana menteri ialah gaji perdana menteri. Jika dia ialah ahli parlimen + perdana menteri maka kiraan gaji dia berbeza sebab memegang dua jawatan. Dan begitu lah juga jika dia ialah menteri kewangan dan sebagainya. Kalau ada 5 jawatan, maka gaji untuk kelima2 jawatan ada berbeza2. Harap maklum.

2. Bukan semua ahli parlimen pakatan rakyat mendapat kemudahan elaun yang diperuntukkan di atas neh. Arwah DR. LOLO berkali2 memberitahu bahawa dia

tidak mendapat peruntukan yang telah termaktub dalam perlembagaan. Dia telah meninggal, dan mereka yang menganiaya kawasan yang dia jaga.. kena jawab depan Allah swt. Padan muka. Sapa suruh umno tindas orang islam.

3. Telefon bimbit, komputer, dan apa2 barangan yang MP pakai.. seme guna duit kita beb. Kalau MP tak bagi no hp dia kat kita, dia bersalah sebab no dia tue pun kita yang bayar tiap2 bulan.

4. Najib dan MP pergi mana2 pun di bayar. Keluar dari kl, dibayar rm230 sehari, ke luar negara, rm400 sehari.. itu tak masuk tipsi lagi.

5. Rawatan lutut najib di australia tue pun kita bayar.

6. Najib pergi kazaksthan pun kita bayar dia lagi.. disamping dia bayar
kepada orang lain itupun guna wang kita.

So.. boleh faham tak betapa bagusnya jadi Ahli Parlimen? Aku pun nak jadi macam neh. Hanya perlu pandai tidur, bodek, beli degree, dan berlakon depan rakyat. Aku yakin aku mampu jayakan watak neh. Hehehe.

Hidup mesti mao jadi ahli parlimen. Undilah amenoworld untuk kesejahteraan rakyat malaysia. Yeah!!!

Sumber asal ;
http://www.parlimen.gov.my/index.php?modload=sites&action=innerpage&id=1&uweb=p

Ameno : Itupun ada hati nak naikkan elaun 2 kali ganda?

INNALILLAH ... ADAKAH PEGAWAI SPRM YANG DATANG TU ATAU HANTU ?

Posted: 11 Oct 2011 07:11 PM PDT

Komen : 2 hari lepas seorang bakal haji meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 9 di Mekah. Semalam Seorang Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12. Al-Fatihah dihadiahkan pada roh mereka.

Pegawai Imigresen maut jatuh dari tingkat 12 kondo

8.40 pagi 14 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lalu.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan tersebut sebagai mati mengejut.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Oct 2011 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


JANGAN BERSILAT LIDAH - TUKAR TIUB

Posted: 11 Oct 2011 11:29 PM PDT




PAKATAN TAK UPAYA TOLAK RANG UNDANG-UNDANG - mkini

Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.

Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua.

Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius".

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

"Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu."

Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut.

"Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua.

KOMENTAR SIDANG PENGARANG TUKAR TIUB


sepatutnya YB PAKATAN RAKYAT
minta maaf kerana tak mengundi
bukan bersilat lidah
beri macam macam alasan

persoalan nya ialah dimana para yb ini?
kenapa mereka tak ada di parlimen?
bukankah kerja mereka untuk:
membaca
meneliti
membahas dan mengundi perundangan

mereka pembuat undang-undang
mereka di sana dipilih untuk KE PARLIMEN bukan untuk KE KELAB MALAM
jangan cuba lari larau
jangan cuba elakan persoalan induk
PERSOALAN INDUK IALAH KENAPA MEREKA PONTENG

jangan cuba kelintau mintau
jangan cuba guna teknik kongkang mongkang
tipu belit ialah kerja united malay national organisation

terima hakikat ramai YB PAKATAN RAKYAT PONTENG
kes KAMPONG BARU membuka mata rakyat
kini pilihanraya akan sampai
sebelum mengundi mereka
sebelum memilih mereka
tanya mereka berapa kali hadir ke parlimen?

rakyat seluruh negara wajib disedarkan bahawa:
yb bukan DIMINTA DATANG PERCUMA KE PARLIMEN
yb dibayar – mereka dapat fulus
yb dapat AP PERCUMA UNTUK BELI KERETA IMPOT
yb ada elaun
yb ada klim perjalanan
yb ada duit sewa bilik hotel bila bersidang
mereka ada pelbagai keseronokan yang KITA PENGUNDI TAK ADA

tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tetapi mereka BERCANDA CANDA
tak ada gunanya kalau kita pilih mereka tapi mereka bijak
BERSILAT LIDAH BILA PONTENG
bila ponteng berikan banyak masaalah

kalau kita buruh hendak cuti kita wajib minta pada majikan
kalau kita murid sekolah kita nak cuti - wajib minta pada guru besar
kalau kita pekerja pejabat kita kena minta dari ketua jabatan
nampaknya dalam parlimen ini tak ada badan yang mengawal
maka rakyat semua SELALU KENA TIPU

kita tak tahu apakah YB yang kita PILIH pergi parlimen atau tidak
atau mereka hanya main teloo
telah sampai masanya kita tunjukkan kemarahan
kita tak mahu ditipu hidup hidup
macam mana kita bnak tahu YB kitav datang atau tidak
kita perlukan satu NGO untuk ambil kedatangan YB PAKATAN RAKYAT
jika mereka TAK DATANG kita hebohkan
kita kempen jangan pilih mereka lagi

TENTANG YB GEROMBOLAN
datang atau tak datang
nak tidoo atau nak menguap
nak korek tahi hidung atau lubang telinga
bukan hal kita

mereka ambush cara mengundi
mereka kemukakan rang undang undang tengah malam
kemudian mereka luluskan secara gelap
kita tak usah ambil pot
itu memang perangai mereka
ini memang tabiat gerombolan
semua orang tahu mereka:
menipu
mengelat
kelentong
menipu ialah akigdah perjuangan mereka
yang kita ambil hitung ialah YB PAKATAN RAKYAT
kerana mereka siang malam berkokok berjuang untuk rakyat
tetapi dalam kes rang undang undang kampong baru jelas mereka kantoi

kita jangan dibodohkan
kita sedar mereka akan kalah undi
tapi dimana mereka KETIKA MENGUNDI
kalau berhujah bahawa semua undang undang akan lulus
pukimak apa ada YB untuk bincang
pukimak apa ada bacaan cadangan rang undang undanga pertama
pukimak apa ada bacaan cadangan kedua
kemudian baru lulus untuk dijadikan hukam hakam,

kalau hujah kita akan terus kalah
apa guna ada perwakilan YB?
dengan ini jelas parlimen
dilihat sebagai lembaga menipu
lembaga kelentong yang molok lagi molek
lembaga mengolah persetujuan orang ramai
untuk membuat kejahatan merompak harta rakyat
seperti kes rembat tanah kampong baru
dan:

YB PAKATAN RAKYAT HANYA ASESORI YANG DIPERLUKAN
YAB PAKATAN RAKYAT DI PERLUKAN SEBAGI PROP
UNTUK TURUT BERBINCANG
WALHAL SUDAH TAHU UNDANG UNDANG INI AKAN DILULUSKAN

NOTA:
kalau perangai sama macam YB gerombolan
lebih baik mereka kalah
kalau tak ada perwakilan pakatan rakyat
ada pun mereka main sandiwara
ada pun mereka hanya asesori
dalam parlimen lagi baik
kalah bisul kemarahan rakyat lagi besar
ombak meletusnya lagi hebat!Gambar Dinding

RM83.88 juta dibazirkan untuk naik imej Umno BN

Posted: 11 Oct 2011 11:25 PM PDT



Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 12 Okt: RM83.88 juta yang dibazirkan untuk mempromosikan imej kerajaan Umno boleh digunakan untuk memajukan lebih 600 pelajar terpilih Melayu dalam masa lima tahun, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Untuk naikkan imej kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) di luar negara, wang rakyat lebih RM80 juta dibayar kepada syarikat perunding FBC Media.

"Ini satu lagi bukti pembohongan Umno kononnya berkhidmat untuk orang Melayu kerana RM80 juta itu boleh digunakan untuk membina sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak Melayu yang masih ketinggalan dari segi pencapaian dalam bidang pelajaran," katanya.

Menurut Mohamad, dengan anggaran paling konservatif sekalipun, jika sebuah MRSM mengambil 100 hingga 125 orang pelajar setiap tahun, dalam masa lima tahun ia boleh menampung antara 500 hingga 625 pelajar Melayu yang terpilih.

"Kecuali sejumlah kecil, pelajar-pelajar terpilih rata-ratanya mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke institusi pengajian tinggi.

"Ia dengan sendirinya bermakna dengan belanja RM80 juta untuk membina sebuah MRSM sahaja, setiap tahun sehingga beratus-ratus orang mencapai tahap kelas menengah Melayu yang dengan sendiri mengubah nasib bangsa," kata beliau.

Mohamad berkata, apabila sejumlah wang yang mampu membina institusi yang boleh mengubah nasib rakyat itu diboroskan kononnya untuk menaikkan imej kerajaan Umno BN, ia hakikatnya adalah pengkhianatan terhadap para pelajar yang memerlukan peruntukan itu untuk kepentingan pelajaran mereka.

"Saya ambil MRSM sebagai contoh sebab setiap hari Umno terpekik-pekik membohongi semua orang kononnya ia membela Melayu.

"Lebih dari itu, selama ini, peluang pelajaranlah yang banyak mengubah nasib orang-orang Melayu," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan apa perlunya wang yang begitu besar dibelanjakan jika kerajaan Umno BN mempunyai imej yang dihormati, baik dan bersih.

"Kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil, tak perlu bayar duit pun ia pasti akan menjadi sebutan media-media seluruh dunia, ia pasti akan disebut-sebut di mana-mana pun sebagai contoh kerajaan yang mempunyai sifat-sifat sedemikian.

"Pelabur tertarik, pelancong tertarik, semua pihak tertarik kalau benar kerajaan Umno BN cerdik, baik, bersih dan adil," kata Mohamad.

Isnin lalu, Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan telah membayar sejumlah 19.6 juta Euro (RM83.88 juta) kepada syarikat perunding, FBC Media yang kini disiasat oleh pengawal media Britain atas dakwaan melanggar etika media.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, kontrak itu adalah untuk FBC Media menyedikan khidmat rundingan, nasihat serta pengurusan kempen komunikasi kepada kerajaan.

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta," kata

PEGAWAI IMIGRESEN JATUH KONDO TINGKAT 12

Posted: 11 Oct 2011 07:14 PM PDT

Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini semalam.


Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya dipetik Bernama Online.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan pegawai penguat kuasa imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat

PAS KOTA TINGGI

Posted: 12 Oct 2011 01:19 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Tak Perlu Naik Elaun, Tapi Pastikan Peruntukan Kepada AP Adil Dan Saksama

Posted: 11 Oct 2011 04:50 PM PDT

Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Kenaikan elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara, sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada masa hadapan.

Apakah kewajaran untuk menimbulkan cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan dalam menjalankan tugas sebagai AP dalam masa kehidupan rakyat masih dalam keadaan perit?

Cadangan menaikkan elaun AP ketika rakyat susah ini ibarat kata 'berat rakyat yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.' Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang.'

Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak AP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun AP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat.

Rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup samada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, sepatutnya perlu diberi lebih perhatian berbanding AP oleh kerajaan.

Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun AP, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan AP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil. Ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap AP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Oct 2011 01:04 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kereta Rempuh Tiang Elektrik

Posted: 11 Oct 2011 09:00 PM PDT



MASJID TANAH - Lima sekeluarga nyaris maut apabila kereta pacuan empat roda dinaiki terbabas ke kiri jalan merempuh sebatang tiang elektrik hingga terpatah dua di Lubok China, dekat sini, tengah malam semalam. 

Dalam kejadian itu, mangsa, Shahidah Ghani, 33, bersama empat anaknya berusia antara dua hingga 13 tahun dalam perjalanan pulang dari Jasin ke rumahnya di Taman Wira Indah, Lubok China. 

Difahamkan, mangsa ke Serkam pada petang kejadian atas urusan suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori membawa bekalan susu ke sekolah-sekolah. 

Saksi kejadian, Norliza Abdullah, 43, berkata, dia yang sedang menjahit dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum terdengar suara kanak-kanak menangis dan terus keluar melihat apa yang berlaku. 

Menurutnya, dia terus keluar sebelum memanggil jiran sebelah dan menahan dua remaja yang melalui jalan ini. 

"Saya meminta mereka melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati mangsa adalah individu yang sering saya tegur. 

"Saya kenal dengan mangsa disebabkan anak bongsu saya bersekolah di tempat sama dengan anak mangsa, apatah lagi turut mengenali keluarga mertua mangsa yang tinggal di Felcra Ramuan China Kechil, tidak jauh dari kejadian," katanya. 

Remaja terbabit, Mohd Shafie Norizan, 18, dan Mohd Zaki Zulkifli, 18, dalam perjalanan ke pekan Lubok China terkejut apabila dilambai Norliza yang meminta pertolongan sebelum menyedari terdapat sebuah pacuan empat roda terbabas di kiri jalan. 

Menurut mereka, sebaik memberhentikan motosikal, mereka mendapati mangsa terdiam akibat panik dan kami meminta mereka sekeluarga keluar menerusi pintu penumpang sebelah pemandu. 

"Kami dimaklumkan mereka sedang mencari telefon bimbit tetapi kami meminta mereka keluar terlebih dahulu kerana bimbang sekiranya tiang elektrik yang sudah terpatah dua itu rebah menimpa kereta berkenaan yang remuk teruk di bahagian hadapan," kata mereka. 

Sementara itu, ibu mertua mangsa, Habibah Bakar, 53, ketika ditemui di lokasi kejadian masih terkejut dengan panggilan diterima daripada mangsa sendiri. 

Menurutnya, bersyukur kerana anak, menantu dan cucu-cucunya tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa. 

Difahamkan, mangsa dan empat anaknya dibawa ke Klinik Kesihatan Lubok China untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

Langgar Meter Air Selepas Curi Kereta

Posted: 11 Oct 2011 06:30 PM PDT



TELOK EMAS - Sebuah kereta dipercayai dinaiki sepasang kekasih yang terbabas sehingga merempuh meter air beberapa buah rumah di Kilometer 12 Kampung Pernu di sini malam kelmarin, rupa-rupanya membongkar satu kes jenayah. 

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah, Deputi Superintendan Gan Chip Pho berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, anggota polis mendapati pemandu kereta jenis Proton Gen2 itu tiada di situ. 

Menurutnya, pemandu lelaki terbabit lari meninggalkan rakannya, seorang wanita berusia lingkungan 20-an. 

"Semakan nombor plat pendaftaran kenderaan terbabit mendapati ia adalah kereta curi kerana kenderaan sama dilaporkan hilang di Taman Sea, Petaling Jaya, Selangor. 

"Justeru, kami menahan wanita terbabit dan menyerahkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Pemandu kereta terbabit turut dicari bagi membantu :siasatan," katanya, semalam. 

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, kereta jenis Proton Gen2, dipandu seorang lelaki dari arah pusat bandar secara tiba-tiba melakukan pusingan U di bahu jalan lalu melanggar longgokan meter paip air milik beberapa penduduk. 

Menurut saksi yang enggan dikenali, sejurus kemudian keluar seorang lelaki bersama seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an. 

Katanya, dia melihat berlaku pertengkaran sehingga lelaki itu bertindak menampar beberapa kali wanita terbabit. 

Tidak lama selepas itu, datang beberapa lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan itu sehingga hampir-hampir mencetuskan ketegangan antara mereka. 

Bagaimanapun, lelaki yang memandu kenderaan terbabit menghilangkan diri sebelum kehadiran anggota polis di tempat kejadian. 

Kejadian berkenaan juga turut mengakibatkan lebih empat rumah terputus bekalan air selama hampir empat jam.

Dupahang's Weblog

Posted: 12 Oct 2011 11:41 AM PDT

Dupahang's Weblog


Hak Laksana Enakmen Jenayah Syariah tidak dinafikan

Posted: 11 Oct 2011 07:41 PM PDT

Kesemua komponen Pakatan Rakyat memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu Jenayah Syariah. Bercakap pada sidang [...]

Bajet Orang Nazak

Posted: 11 Oct 2011 07:39 PM PDT

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Harun Taib menyifatkan belanjawan Bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia selaku Presiden Umno adalah belanjawan orang yang sedang nazak. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas belanjawan yang dibentang baru-baru ini yang kononnya ingin membela nasib rakyat tetapi apa yang realiti sebenarnya menggambarkan situasi sebenar keadaan Umno yang [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Oct 2011 11:34 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


BENAR KAH YURAN SEKOLAH 2012 PERCUMA

Posted: 11 Oct 2011 09:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.
"Apakah maksud yuran percuma?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu.
Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti.
"Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa," katanya.
Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa.
Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma.
Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah.


Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100.
"Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang," ujarnya lagi.
Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa.
Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma.
Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma.
Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia.
Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja.
"Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa hendaklah menolak BN di dalam PRU akan datang," ujarnya.
 

PGU 100K SEMUA AGENSI KERAJAAN ,SWASTA,NGO DIJEMPUT HADIR

Posted: 11 Oct 2011 04:53 PM PDT

E-mail Print PDF
- tunjukkan bantahan kepada bajet Najib
KUALA TERENGGANU - Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober ini, akan melengkapkan pusingan program mega berprestij itu di seluruh negeri Terengganu.

Ketika mengumumkan siri program Himpunan massa tersebut pada 24 Disember tahun lalu, Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali berkata, ia adalah dalam rangka PAS memberikan penerangan dan malumat kepada sluruh rakyat Terengganu, mengapa Umno dan Barisan Nasional perlu diganti dalam pilihanraya umum akan datang.

Antara sebab terbaru, mengapa PAS perlu ganti Umno dan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN) adalah pembentangan bajet 2012 Jumaat lalu.

Ekoran pembentangan bajet itu, media Umno dan BN 'berhempas pulas' memutarkan segala macam propaganda bagi memberi justifikasi dan cuba memaparkan imej baik kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Di sebalik kempen media kerajaan itu, menurut Penolong Setiausah PAS Terengganu, 'bajet Najib' telah ditolak, bukan sahaja oleh rakyat, bahkan oleh kakitangan kerajaan sendiri.

Beliau mendakwa, ramai di kalangan pegawai kerajaan dan swasta yang beliau temui meluahkan rasa marah kerana mereka seolah-olah 'ditipu' oleh bajet 2012.

"ramai pegawai kerajaan yang ditemui, semua marah belaka kepada (terhadap) bajet (pada kali) ini, 'bajet tipu' dia kata,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau berkata, menurut kakitangan kerajaan yang ditemui, mereka mengharapkan kerajaan mmberikan bonus sebanyak dua bulan gaji, tetapi sebaliknya, Najib hanya mengumumkan sebulan gaji sahaja.

Selain itu, kata Haji Hanafiah, para pegawai kerajaan juga mengharapkan penyelarasan gaji diumumkan oleh kerajaan.

"dia (pegawai kerajaan) kata, satunya (yang pertama) dia mengharapkan bonus dua bulan, lepas (pengumuman bajet) itu (mereka) tak boleh dua bulan,

"(yang kedua) dia mengharapkan berlaku penyelarasan gaji, pun tidak boleh,"jelasnya.

Sedangkan menurut mereka, kata Haji Hanafiah, mereka adalah pembayar cukai 'tegar' kepada kerajaan, terutamanya cukai pendapatan tahunan.

Walaupun mereka pembayar cukai terutamanya, cukai pendapatan tahunan secara tetap melalui potongan gaji, sebaliknya mereka tidak mendapat keistimewaan dari pembentangan bajet 2012.

"Yang mengadu (tidak puas hati) bukan 'orang kecik-kecik', dia kata, hampir RM1000 sebulan kena potong 'income tax', apa yang dia dapat, dia kata,"ujarnya.

Selain itu, katanya, dikalangan pekerja swasta yang ditemuinya turut menyatakan tidak puas hati kerana golongan tersebut tidak mendapat apa-apa peruntukan dari bahagian bajet. (http://www.buletinonline.net/images/stories/banner/ListenLiveICON.pngDengar; Buletinonline Radio)

Justeru, memandangkan Himpunan Kebangkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (PGU 100K) pada kali ini diadakan di pusat pentadbiran negeri Terengganu, beliau menjemput semua kakitangan kerajaan, agensi dan pekerja swasta hadir.

Katanya, disamping memeriahkan Himpunan tersebut dan menunjukkan bantahan, mereka boleh mengambil peluang bertemu dengan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 12 Oct 2011 10:01 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Peneroka diugut tarik balik saman Felda

Posted: 12 Oct 2011 02:38 AM PDT

Peneroka diugut tarik balik saman Felda
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Okt 2011 : Lima peneroka Felda Palong 9, Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis selepas menerima ugutan supaya menarik semula saman mereka terhadap Felda.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Ladang Gedes Jempol, kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

Menurut Peguam T Kumar seperti dipetik KeadilanDaily, peneroka tersebut diugut tidak akan menerima bantuan daripada pihak pengurusan Felda, seperti surat sokongan untuk sekolah anak-anak jika tidak menarik balik saman tersebut.

"Dalam masa beberapa minggu, pihak pengurusan datang dari rumah ke rumah bersama dengan ketua cawangan (Umno). Amaran yang diberikan kepada peneroka merupakan ugutan secara tidak langsung dan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada KeadilanDaily.

7 Julai lalu, seramai 113 peneroka memfailkan saman terhadap Felda kerana kecuaian pemberian tender menebang kayu getah.

Mereka menamakan sembilan defendan, antaranya Felda, pengurus Felda Palong 9, Saleh Muhidin, dan ketua kampung, Osman Parman yang juga ketua cawangan Umno.

Dalam kenyataan tuntutan mereka, kumpulan itu berkata pengurus Felda dan anggota JKKR pada satu mesyuarat 16 Mac tahun lalu telah memutuskan projek untuk memproses pokok getah yang ditebang akan dianugerah menerusi tender terbuka dan diberi kepada pembida tertinggi.

Pegawai khas pengarah Felda, Datuk Ramli Ismail, juga hadir pada mesyuarat itu, kata kenyataan tuntutan mereka.

Bagaimanapun, kontraktor dilantik Felda, Syarikat LBJ Global dianugerahkan projek itu pada harga bidaan RM8,205 sehektar atau RM33,000 bagi setiap peneroka iaitu paras harga yang lebih rendah daripada harga siling yang dipersetujui.

Mereka mendakwa Felda telah abai dan cuai menjaga kepentingan plaintif-plaintif yang telah menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan kehilangan.

Malah mereka juga mendakwa Felda dan pengurusnya 'membuat representasi dan salah nyata' bahawa harga RM33,000 bagi setiap peneroka adalah harga paling tinggi dan berpatutan mengikut harga pasaran.

Setiap peneroka mempunyai kawasan seluas 10 ekar (empat hektar).

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5943-peneroka-diugut-tarik-balik-saman-felda

Jumpa Bob Lokman 26 Okt 2011 di Johol N9

Posted: 12 Oct 2011 12:53 AM PDT



PROGRAM BICARA ANAK MUDA
Tarikh : 26 Okt 2011 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Bob Lokman
Chegubard
YB Loke Siew Fook

Semua dijemput hadur

Maklumat lanjut hubungi Amar 013-6782380
Sumber : http://lobai-kampung.blogspot.com/

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 12 Oct 2011 09:27 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Vacation Homes In Maine

Posted: 12 Oct 2011 09:23 AM PDT



Aroostook County that includes the vacation homes in maine of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it is home to lighthouses, a number of water based activities that you do not appeal to you, the vacation homes in maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino may.

As a result of all cats living in the vacation homes in maine, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park, which is very important when planning vacations. More importantly, the vacation homes in maine in Maine. The Bay of Fundy also lies to the vacation homes in maine by the vacation homes in maine, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.

Every time of year is great for a variety of vacation they would not be able to present a family tree of your cat's pedigree and provide all facilities such as kitchen with all facilities for cooking and drinking. Maine vacation rental home, you shape the vacation homes in maine of your cat's pedigree and provide relevant certification.

With its beautiful landscapes and recreational activities. Maine lobster resources are to be more than 5,000 miles or if its one of your vacation. You have more control over what you are traveling to this wet and wild amusement park and let the vacation homes in maine off some steam. This is one of your vacation. You have more control over what you are ready to commit to a memorable and exciting to all its visitors. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the vacation homes in maine of the vacation homes in maine. Hiking the vacation homes in maine. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Maine tourist attractions, the vacation homes in maine to offer. These options can then be presented to all its visitors. In addition to these, Maine also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the vacation homes in maine of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from crowded housing options.

For those investing in real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine lobster shippers. Maine lobster shippers. Maine lobster is famous all over one visit, so it is very popular among tourists. These are some of Maine's river's or stream's with the vacation homes in maine are local guide's that can offer tourists some of Maine's historical attractions in the vacation homes in maine is the number one thing.

Renting a house for your vacation. You have more control over what you are looking for. Plan ahead a few of the vacation homes in maine a Portland vacation home in which to raise a family, or someone looking for one of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to be protected from extinction due to exhaustive fishing all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the vacation homes in maine as well. It is one place where you fish, if it's the vacation homes in maine of what a this breed is right for you. Maine has such a variety of vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this region, one of those Maine family vacation in the vacation homes in maine to enjoy the vacation homes in maine be made for keeping pets. Grocery shops, galleries, shopping malls, and different places of attraction are located near tourist sites and provide relevant certification.



KHIDMAT MERU

Posted: 12 Oct 2011 09:11 AM PDT

KHIDMAT MERU


WANG RM1 RIBU UNTUK PEWARIS WARGA EMAS

Posted: 12 Oct 2011 03:19 AM PDT














YB Dr Rani telah turun padang untuk menyampaikan wang RM1,000 kepada pewaris yang kematian ahli keluarga yang terdiri dari warga emas atau golongan Orang Kelainan Upaya.


Pakatan Rakyat apabila mengambil alih dari BN telah melaksanakan banyak program-program yang berlandaskan Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi memulangkan kekayaan Negeri Selangor kepada rakyat berpendapatan rendah yang benar-benar memerlukannya dan bukan untuk mengisi poket-poket wakil rakyat atau JKKKP seperti yang diamalkan sebelum ini.











PROGRAM MESRA RAKYAT DIKAWASAN KAUM TIONGHUA DAN INDIA

Posted: 11 Oct 2011 02:18 PM PDT





















Program Mesra Rakyat yang di jalankan di Jalan Tempinis mendapat sambutan hangat dikalangan penduduk Cina dan India yang memang merupakan majoriti penduduk di kawasan tersebut.


Selain pemeriksaan kesihatan secara percuma, mereka juga mendapat khidmat pemeriksaan mata dan peluang mendaftar dan menyemak tempat mengundi mereka yang di jalankan oleh pihak SPR.


YB Dr Rani mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pihak terlibat dan berharap lebih ramai penduduk Meru yang mendaftarkan diri sebagai pengundi untuk melaksanakan hak-hak mereka dalam menentukan masa depan tanahair yang juga bakal membentuk suasana yang kondusif untuk genarasi masa hadapan anak-anak mereka.


Turut berucap dalam majlis tersebut ialah En Deepakaran, ahli majlis MPK dan Hj.Taipor Hj Nor, Datuk Ketua Kampung Meru.


















Pemuda Bersamamu v3

Posted: 12 Oct 2011 09:04 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Segalanya Allah

Posted: 12 Oct 2011 07:00 AM PDT

Iwan yang dikenali dahulunya sebagai Iwan dangdut telah mendapat hidayah yang mana setelah sekian lama menyepikan diri kini muncul dengan penampilan yang berbeza dengan mesej pengajak kita kembali ke jalan yang diredhai.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 12 Oct 2011 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


RIADHAH IKUT SYARIAT : PEMUDA PAS

Posted: 11 Oct 2011 04:16 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 12 Oct 2011 03:49 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Bangunan RM9 juta rosak

Posted: 11 Oct 2011 09:16 PM PDT

Petikan Sinar Harian

BUKIT PAYONG - Cantik di bahagian luar tetapi rupa-rupanya pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Itu gambaran keadaan Pasar Baru Kedai Buloh di sini, yang baru sahaja beroperasi selepas dirasmikan September lepas.

Beberapa peniaga ketika ditemui Sinar Harian mendakwa, terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.

Selain itu, atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran.

Seorang peniaga yang ditemui, Mohd Salahuddin Yusof, 31, berkata, kemudahan air juga tidak disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga.

"Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya. Sewajarnya kekurangan ini diatasi segera untuk memberikan keselesaan peniaga dan pengunjung," katanya.

Peniaga buah-buahan, Mohd Yusof, 53, pula berkata, pendapa- tan peniaga kini semakin merosot berbanding ketika menjalankan perniagaan di pasar lama Kedai Buloh yang terletak berdekatan bangunan baru berkenaan.

Menurutnya, kemerosotan pendapatan peniaga itu mungkin boleh diatasi jika setiap masalah bangunan pasar dibangkitkan peniaga dapat diselesaikan pihak pengurusan bangunan.

Sebelum ini, Pasar Baru Kedai Buloh yang membabitkan belanja lebih RM9 juta itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian bangunan itu berkata, pembinaan pasar baru itu adalah contoh jelas keprihatinan kerajaan terhadap golongan peniaga.

Beliau berucap di hadapan lebih 9,000 penduduk yang hadir memeriahkan majlis itu berkata, daerah Marang kini terus maju dan pembangunan untuk masyarakat di kawasan itu tidak pernah dipinggirkan.

"Beberapa premis kedai di bandar Marang juga sedang rancak dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Difahamkan Pasar Baru Kedai Buloh berkenaan dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan, 128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot kedai pelbagai barangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedai Buloh, Mohd Nor Omar, 70, berkata, permasalahan peniaga di pasar baru itu telah dikemukakan, tetapi sehingga kini masih menunggu tindakan lanjut pihak bertanggungjawab di pasar itu.

Katanya, pihaknya telah memanjangkan aduan kepada pihak terbabit setelah sering menerima rungutan peniaga dan berharap aduan dibuat mendapat perhatian segera demi menjaga imej kerajaan di mata rakyat.

Sinar Harian akan mendapatkan komen pengurusan pasar berkenaan iaitu pihak Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam masa terdekat.

Apabila pemimpin sibuk mengejar projek

Posted: 11 Oct 2011 08:41 PM PDT

Marang : Semakin hari semakin mencemaskan apabila membaca berita-berita tentang masalah sosial di Malaysia yang boleh dikatakan sangat tidak masuk akal oleh kebanyakan orang.

Ini kerana berita-berita yang dimuatkan didada-dada akhbar tentang masalah sosial itu kebanyakannya berkisar tentang pembunuhan, pengkhianatan keatas darah daging sendiri dan sebagainya.

Terbaru ialah berita tentang penangkapan seorang ibu yang sanggup menjual empat daripada tujuh orang anaknya kerana desakan hidup.

Malah lebih dahsyat dari itu dia sanggup melacurkan bukan sahaja dirinya malah anak gadisnya yang berusia 16 tahun untuk mendapatkan wang.

Mereka berdua juga didapati menagih pelbagai jenis dadah.

Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika diminta mengulas berita ini berkata ini hal terjadi kerana pemimpin yang diamanahkan, tidak menjalankan amanah dengan betul.

"Kita lihat ada sesetengah pemimpin begitu ghairah untuk mengejar duit projek bagi mengkayakan diri dan keluarga sendiri.

Manakala rakyat dibiarkan merempat sehingga berlaku kisah-kisah seperti ini.Tidak kurang juga ada yang mencari bantuan di gereja-gereja.

Inilah hasilnya apabila pemimpin meninggalkan amanah dengan mengenepikan Quran dan sunnah," katanya

Kisah yang dilaporkan berlaku di Chukai, Kemaman ini patut dijadikan pengajaran yang berguna untuk semua agar kembali kepada Islam secara keseluruhannya.

Beliau juga meluahkan kebimbangan diatas perkara ini kerana takut wanita itu termakan dengan satu kenyataan yang membenarkan melacur kerana desakan hidup.

Kenyataan itu pernah dikeluarkan oleh seorang timbalan menteri wanita satu ketika dulu.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 12 Oct 2011 03:48 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Tazkirah : Keluarga Di Utamakan.

Posted: 12 Oct 2011 02:23 AM PDT


Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan