Isnin, 31 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 31 Oct 2011 03:10 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PAS KAWASAN TEMERLOH BANTAH KONSERT GEGARIA HARIAN METRO (KGHM)

Posted: 30 Oct 2011 08:46 PM PDT



TEMERLOH, 28 Oktober: PAS Kawasan Temerloh menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang mengizinkan konsert sempena Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) di Taman Awam Kubang Gajah di sini, bermula hari ini sehingga 30 Oktober ini. Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Temerloh, Ahmad Zubir Omar kepada pihak MPT petang ini. Menurut memorandum tersebut, konsert melibatkan artis seperti itu sudah terlalu acap diadakan di sini tanpa mengira keresahan penduduk serta acara yang dijalankan tidak langsung memberi kebaikan malah dikhuatiri memberi kesan negatif. Menurut memorandum yang ditujukan kepada Yang Dipertua MPT itu, konsert tersebut bakal mencampur-adukkan remaja berlainan jantina bukan mahram yang sudah tentu mendedahkan kepada gejala kurang sihat seperti seks bebas, rogol, kecurian, minuman keras dan bertindak di luar sedar. "Lokasi yang berhampiran dengan surau dan kawasan perumahan berdekatan dengan lokasi konsert tersebut pula bakal mengundang rasa tidak selesa, biadab, gangguan bunyi dan bakal mengganggu konsentrasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. "Penganjuran aktiviti ini hanyalah mengundang kepada penularan gejala maksiat dan mungkar yang semakin berleluasa dan membarah di kalangan remaja, seolah-olah tiada rasa keprihatinan terhadap bala bencana yang menimpa negara-negara seluruh dunia dunia. "Keizinan MPT menggambarkan persetujuan dan menggalakkan lagi gejala keruntuhan akhlak anak-anak muda tempatan pada masa akan datang kerana pada tahun ini sahaja sudah banyak aktiviti seumpama itu di situ. Sedangkan agensi kerajaan tidak boleh dilihat sebagai promoter kepada program maksiat." Memorandum tersebut akhirnya memohon dan mengharapkan MPT selaku tuan milik premis, tidak mengizinkan konsert berkenaan diteruskan demi untuk menghindarkan kemurkaan Ilahi tambahan hanya beberapa hari menjelang hari raya Aidil Adha.

60 tahun PAS Peringkat Negeri Pahang

Posted: 30 Oct 2011 04:54 AM PDT

TEMERLOH: Sambutan 60 Tahun PAS peringkat negeri Pahang selamat diadakan pada 26hb Oktober yang lalu. Sempena dengan sambutan berkenaan PAS Kawasan Temerloh turut serta memeriahkan acara sepanjang 2 hari sambutan berkenaan.

Turut memeriahkan sambutan berkenaan adalah dengan kehadiran YB Zailah Ketua DMP Pusat, YB Hj Mohammad Sabu Timbalan Presiden, YB Sallehudin Ayub rakan-rakan Pakatan.

Para delagasi PAS Kawasan selain menghantar para petugas turut menyertai pameran memaparkan sejarah aktiviti PAS bersama NGO dan rakyat sejak 60 tahun tahun yang lalu sejeak keberadaan PAS Pahang dalam arena politik tanah air.

Rata-rata para pengunjung yang hadir dapat berbangga dengan paparan pameran, namun bagi sesetengah pengunjung mahukan format perayaan yang besar begini diubah mengikut kesesuaian dan kaedah terkini.

Namun demikian seorang aktivis PAS yang enggan nama disiarkan turut memberi pandangan yang bernas dan berguna kepada PAS.


Rakyat mesti didedahkan, biar PAS didekatkan dengan rakyat, bukannya perayaan sesama ahli PAS sahaja, ujar beliau.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 31 Oct 2011 01:55 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Aziz Bari: Peluru tak patahkan semangat saya

Posted: 30 Oct 2011 07:43 PM PDT

3 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak di Kuala Lumpur bagi memberi keterangan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping Perak.

NONE"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut...pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan itu hari ini.

Abdul Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan polis Abdul Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

Beliau berkata motif ugutan masih lagi disiasat dan mengesahkan jenis peluru yang digunakan ialah jenis caliber 9mm.

- Bernama

PAS kecam Soi Lek cetus polemik agama

Posted: 30 Oct 2011 07:42 PM PDT

3 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

| Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.

"Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan," kata beliau.

PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.

Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

"Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

"Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama," terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

"Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam," kata beliau.

Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.

"Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa," terang beliau.

Facebook Pro-M UIAM digodam

Posted: 30 Oct 2011 07:35 PM PDT

3 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


GOMBAK, 31 Okt: Akaun facebook milik Pro-Mahasiswa (WUFI) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu telah disedari oleh salah seorang anggota kumpulan yang berjuang bagi menegakkan hak-hak mahasiswa di UIAM, petang semalam.

Menurut Pengerusi WUFI UIAM, Muhammad Hafizuddin, motif sebenar penggodaman tersebut disyaki untuk menyekat kebangkitan mahasiswa dan cuba untuk memecah belahkan gerakan mahasiswa.

Tambahnya, tindakan itu dilihat mahu memberi tekanan kepada Pro-M daripada terus memperjuangkan isu Prof Abd Aziz Bari.

"Kami tetap serius dan istiqamah dalam memperjuangkan isu kebebasan akademik walau apa ancaman sekalipun yang pihak kami terima.

"Kami berharap mahasiswa dan masyarakat seluruhnya tidak termakan dengan sebarang provokasi dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Menurutnya lagi, tindakan itu juga dipercayai ada kaitan dengan 'tangan jahat' yang sering mengganggu bermula daripada isu Ustaz Azhar Idrus, penafian Presiden MPP dalam rancangan Hujah TV9 dan Prof Abd Aziz Bari.

Ugut Aziz Bari

Dalam masa yang sama, ujarnya berita penghantaran peluru ke rumah Prof Aziz agak mengejutkan mahasiswa UIAM khususnya.

Katanya, tindakan sedemikian sangat bercanggah dengan norma kehidupan manusia.

Menurutnya, mahasiswa UIAM tetap menyokong sepenuhnya perjuangan kebebasan akademik yang dibawa oleh Prof Aziz.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menghantar peluru tersebut seolah-olah mahu menakutkan Prof Aziz dalam masa ini," katanya.

Sehingga hari ini, pihak UIAM masih belum mengeluarkan sebarang respons selepas menarik balik penggantungan terhadap Prof Abd Aziz Bari.

Harakahdaily/-

Serangan terbaru Israel bunuh pejuang Gaza

Posted: 30 Oct 2011 07:32 PM PDT

3 Dzulhijjah 1432H. [MOD] -

BANDARAYA GAZA: Serangan udara Israel membunuh seorang pejuang Gaza beberapa jam selepas kumpulan Islamic Jihad berikrar akan mematuhi gencatan senjata yang dirundingkan Mesir sehari selepas pertempuran yang meragut 10 nyawa.

Ketenangan bertahan selama lapan jam sebelum Israel melancarkan serangan baru terhadap apa yang disifatkan pihak tentera sebagai "skuad pengganas yanng bersiap sedia untuk menembak roket" dan membunuh seorang pejuang dan mencederakan seorang yang lain.

Kematian terbaru itu menjadikan angka korban di pihak Palestin berikutan serangan udara Israel itu meningkat kepada 10 pejuang. - AFP

Posted: 30 Oct 2011 03:35 AM PDT


2 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Bergambar kenangan bersama Prof Dr.Aziz Bari di tempat kenduri khawin rakan seperjuangan di Kepong Selangor.Sempat bertanya khabar mengenai ugutan berupa kiriman sebutir peluru. Katanya petang ini satu sidang media mengenai isu tersebut akan diadakan.

TIMBALAN SPEAKER DUN PERAK GAGAL RAYU: JAWATANKUASA HAK DAN KEBEBASAN DUN PERLU HUKUM!

Posted: 30 Oct 2011 02:59 AM PDT

2 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Aulong, Yew Tian Hoe berhubung serangan yang dilakukan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Hee Yit Foong yang menggunakan alat semburan serbuk lada pada sidang DUN Perak, 7 Mei 2009 yang telah memenangi kes berikutan Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie yang bersidang pada 27 Oktober yang lalu bersama Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Clement Allan Skinner menolak rayuan Datuk Hee selepas berpuas hati bahawa mahkamah itu tiada sebab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan pada 14 Jun 2011 yang lalu.

Pertamanya, dengan kemenangan Yew jelas mengesahkan bahawa Datuk Hee terbukti bersalah membawa alat serbuk semburan lada di dalam Dewan pada 7 Mei 2009 yang lalu. Ianya adalah satu kesalahan kerana Datuk Hee dengan niat ingin mencederakan ADUN pada Sidang DUN tersebut dan juga jelas adalah satu kesalahan membawa senjata di dalam Dewan yang mulia. Kami mendesak agar Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak memanggil Datuk Hee untuk memperjelaskan perkara tersebut dan Jawatankuasa perlu mengusulkan pada Sidang DUN, 21 Oktober 2011 ini agar mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan dalam Perintah Tetap DUN Perak.

Keduanya, jelas juga bahawa Datuk Hee telah berbohong menafikan alat semburan serbuk lada yang telah digunakan dan hilang integriti sebagai penyandang Timbalan Speaker DUN Perak selama ini. Ini kerana seseorang Speaker atau Timbalannya perlu berkata jujur dan tidak bercakap bohong, kami juga mendesak agar Datuk Hee meletakkan jawatanya bagi memelihara kesucian DUN Perak kerana tercemar dengan seorang yang tidak bertanggungjawab. Jika Datuk Hee gagal meletakkan jawatanya, sudah tentu institusi DUN Perak akan dipandang rendah oleh seluruh masyarakat umumnya.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 31 Oct 2011 01:21 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Pasti Melunaskan Tanggungjawab Ibubapa Dalam Pendidikan Islam

Posted: 30 Oct 2011 06:21 PM PDT

30 Oktober- Pasti Kawasan Tanjung Malim telah menjalankan acara tahunannya iaitu Majlis Konvokesyen Pelajar Pasti bertempat di dewan Tan Sri Ghazali Jawi. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dirasmikan oleh YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Antara lain, beliau mengingatkan ibubapa tentang tugas memberi pendidikan Islam kepada anak-anak merupakan amanah besar yang wajib dipikul oleh para ibubapa. Walau bagaimanapun, Pasti telah membantu meringankan tanggungjawab ibubapa ini. Ilmu Islam ini merupakan bekal kepada masa depan anak-anak, buka sekadar di dunia bahkan hingga ke kehidupan yang kekal abadi di akhirat.

Turut mengiringi Tn Hj Aminuddin, Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop serta turut diraikan, Tn Hj Yusuf, suami kepada almarhumah Ustazah Aminah yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini.

YDP turut menyampaikan anugerah kepada pelajar dan guru-guru Pasti.

Minum Petang Bersama Timbalan Presiden

Posted: 30 Oct 2011 06:15 PM PDT

Abang Mat bersama pimpinan Pas Kawasan serta pimpinan PKR dan DHPP

Tetap luangkan masa walaupun sibuk dengan tugas harian

Tn Hj Salam dan Tn Hj Junid serius membincangkan sesuatu..

Idris Ahmad

Posted: 30 Oct 2011 11:51 PM PDT

Idris Ahmad


Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.

Posted: 30 Oct 2011 06:20 PM PDT

Laporan Audit , Petanda Ikan Busuk Di Kepala.
Idris Ahmad
31/10/11
Setiap kali laporan Ketua Audit negara di keluarkan masalah yang berlaku tetap sama. Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih. Ini adalah skima yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi. Tidak ada penambah baikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN. Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari? Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan.Tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa Menteri boleh tidur lena.
Musibah yang menimpa kepada Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad dalam kes tuduhan pecah amanah wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), patut diambil iktibar. Beliau terpaksa turun naik ke mahkamah, sedangkan menteri tidak diapa-apakan, hanya kereta menteri sahaja yang dirampas.

Patutlah Laporan Audit 2010 diberi lewat kepada Ahli Parlimen, sehingga selepas didesak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Laoran Audit Negara telah tenggelam bajet gula-gula pilihanraya.
Jika laporan audit 2010 mengekalkan rekod yang sama, apalah yang hendak diharapkan dengan belanjawan 2012.
Pemimpin BN cuba hendak bermain silap mata, dengan kenyataan yang keras supaya diambil tindakan terhadap penyelewingan. Inilah juga kenyataan yang dikeluarkan setiap tahun selepas laporan audit dikeluarkan untuk meredakan kemarahan rakyat.
Tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran. Jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir 1 bilion) walaupun tanpa baucer. Ini satu misteri, sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100.00 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.
Kerajaan menghabis wang rakyat untuk membayar set pen yang berharga RM1146.00 sedangkan harga pasaran RM60.00, lebihan RM986.00. Begitu juga jet kereta harga pasaran RM50, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM1664.00, lebihan RM1614.00.
Begitu juga Laporan Audit untuk kerajaan negeri Pahang pada tahun 2009. Minyak kereta kerajaan ada yang diisi RM100 untuk satu liter?. Macam mana Proton Perdana kapisiti tangki hanya untuk 64 liter tapi kereta Perdana kerajaan Pahang boleh diisi 130 liter, apakah tangki kereta jenis stokin yang boleh kembang? Laporan juga ada menyebut kereta yang sudah lupus tetapi kad untuk isi minyak masih digunakan. Ini hanya contoh-contoh kelakar laporan Audit Negara.
Persoalaannya kenapa masih tidak ada penambah baikan, apakah ini transformasi Datuk Seri Najib?
Sebab apa berlaku demikian, jawapannya Ikan busuk di kepala.


Filed under: Ekonomi, Kezaliman Umno/BN

MCA Menghina Islam, Umno Membisu.

Posted: 30 Oct 2011 06:16 PM PDT

MCA Menghina Islam, Umno Membisu.
Idris Ahmad
30/10/11
Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi?. Kenapa mereka menikus?. Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA? Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.
Kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam, kononnya dengan hukum Islam akan menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran. Ini bukan pertama kali Presiden MCA menghina Islam. Ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila Cikgu Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.
Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka.
Dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN 22 hb Oktober 2011.
Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.
Apakah MCA boleh menghina Islam, orang lain tidak boleh? Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

Hudud turns back the clock star 29/10/11

JOHOR BARU: PAS’ intention to carry out hudud law will cause the nation to backslide and scare away investors, said MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

The impact would be great on foreign direct investments and also tourists who would shy away, he said, adding that several countries practising hudud law were backward except for their rich natural resources.

Speaking to reporters after attending a function at the Hock Lin Gong Chinese temple here yesterday, Dr Chua stressed that even non-Muslims in the country would be affected, especially in terms of economy and education.

Medical aid: Dr Chua checking on Ng Dee Eng, 47, after presenting a 1MCA Medical Foundation cheque to her in Batu Pahat on Thursday.
"It is misleading and a lie to say that the implementation of hudud will not affect non-Muslims," he said.

He criticised the DAP for its inconsistency as the party did not support hudud law but was willing to help PAS leaders win the election by asking the Chinese to support them.

At the event, Dr Chua promised an allocation of RM30,000 for the temple which was celebrating its 20th anniversary.

In Batu Pahat, Dr Chua said the financial management of Pakatan Rakyat-controlled states was still lacking.

Referring to the Auditor-General’s Report 2010, he noted that a Selangor state-run agency lost RM200mil while the Penang government had yet to build affordable houses for the rakyat.

The populist policy being practised by the Pakatan Rakyat had not solved anything, he added.

"They give RM100 to the elderly once a year and another RM100 for people to go shopping. This does not solve anything at all but merely a feel-good factor to the rakyat and is quite misleading," he said during a 1MCA Medical Foundation dinner on Thursday.

He also said that the people wanted to see changes and the Government had listened to their feedback.

"The only thing that has yet to be transformed is the Pakatan Rakyat," he said.

Under the transformation programmes introduced by the Prime Minister, he said the rakyat could see the changes.

"The economic, social and political landscape in Malaysia is being transformed. We have attracted many foreign direct investments for the country to achieve high-income status while creating a more democratic society," he said.


Filed under: Agama, Politik

Salam Perjuangan

Posted: 30 Oct 2011 11:37 PM PDT

Salam Perjuangan


DI MANA UMNO KETIKA ISLAM DIHINA?

Posted: 30 Oct 2011 05:13 AM PDT

2 Dzulhijjah 1432 H | 30 October 2011

KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.


"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus? 


"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?" soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.


Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.


"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.


"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.


Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.


Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.
Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.


"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.


"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. 


"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya. - harakahdaily

PAS Negeri Sembilan

Posted: 30 Oct 2011 09:44 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Sambutan 60 PAS peringkat Negeri Sembilan

Posted: 30 Oct 2011 06:52 AM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA
Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad)
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
YB Dato Husam Musa
YB Dato Ir Amirudin Hamzah
Ustaz Nasarudin Hasan
YB Hj Mohamad Taufek

Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang

Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828

Untuk sumbangan boleh disalurkan ke :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

Promosi Facebook dan Blog PAS N.Sembilan

Posted: 30 Oct 2011 06:12 AM PDT

- Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9
- Layari Blog PAS N.Sembilan untuk maklumat terkini di http://pasns.blogspot.com
Sila sebarkan, terimakasih.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 30 Oct 2011 09:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Aisyah Mahfuzah dan Nur Nassahel dianugerah pelajar terbaik Ibnu Sina Konvokesyen PASTI Kota Kinabalu

Posted: 30 Oct 2011 08:55 PM PDT

KOTA KINABALU, 31 Okt: Aisyah Mahfuzah Bachotang dan NurNassahel Hassan telah dianugerahkan pelajar terbaik (Ibnu Sina) 2011 sempenaMajlis Konvokesyen Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Kota Kinabalu kalike-21 yang diadakan di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS, Ahad lalu.

Majlistersebut dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Sabah, HishammudinSulaiman. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa anak-anak yangdilahirkan perlu diberikan pendidikan sempurna termasuk menyematkan asas agama.

"Anak-anakini, jika kita asuh dengan baik maka jadi baik. Agama dalam diri anak-anakperlu disematkan supaya menjadi benteng kepada musuh-musuh akhlak dan peribadi.

"Amatmalang sekiranya anak-anak ini dibiarkan tanpa asas agama yang kuat yangakhirnya menjadi mangsa keadaan pada kemudian hari." katanya.

Seramai253 pelajar daripada 16 buah PASTI kawasan Kota Kinabalu yang mengambilbahagian telah menerima sijil konvokesyen masing-masing yang disampaikan olehHishammudin Sulaiman. Konvokesyen itu yang menampilkan ucapan wakil pelajaroleh Aiman Hakim Suparlan dari PASTI Al-Amal, Likas turut diserikan denganpersembahan nasyid dan pengenalan pengajaran al-Quran menerusi teknikAl-Baghdadi oleh pelajar PASTI Puterajaya dan PASTI Al-Amal.

Turuthadir sempena konvokesyen tersebut ialah Pengarah 1 PASTI zon Pantai Barat,Muhammad Shuaib; Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong; Naib YangDiPertua PAS Kawasan Sepanggar, Nazri Sulaiman; Pengarah Konvokesyen, AbdulFakar Shaari dan para ibu bapa pelajar.

Pemuda PAS Sabah gesa kerajaan kaji Akta Tentera 1972

Posted: 30 Oct 2011 12:46 AM PDT

KOTA KINABALU, 30 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini mengesa dan mencabar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib TunRazak untuk meminda dan mengkaji Akta Tentera 1972, yang disifatkan sebagaimenzalimi anggota tentera peringkat bawahan.

KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar)mendakwa, Kementerian Pertahanan perlu mengkaji serta membuat pindaan terhadapakta tersebut memandangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telahdiumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

"Aktaini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidakmelibatkan kepada pegawai tertinggi," dakwanya kepada Sidang Media selepasPerasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Sa'adah,Wisma MUIS disini pagi tadi.

Beliaumenambah, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang sama rata kepada semuaanggota tentera dan tidak tertumpu kepada anggota bawahan sahaja.

Pada25 Oktober lalu, beliau mendakwa berlakunya penindasan dan penyelewangan terhadapanggota apprentice Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ketikadiminta mengulas isu berkenaan, beliau mendakwa kerajaan sudah menghabiskanberbillion ringgit disebabkan penyelewengan dan penindasan tersebut. Dakwanya,kerajaan dan TLDM perlu memberi penjelasan lanjut dan bukannya berselindungmencari pelbagai alasan.

"Sekiranyakerajaan dan TLDM telus dan bersungguh memperjuangkan hak dan kebajikan anggotatentera, maka PAS mencabar supaya isu ini dijawab dalam masa tujuh hari.Kerajaan tidak perlu khuatir terhadap pendedahan ini," cabarnya.

Beliaujuga meminta agar pihak pengurusan tertinggi TLDM tidak gelabah dan 'melenting'kerana penindasan tersebut juga melibatkan kepentingan anggota yang terdiridaripada  golongan belia.

"PASkomited kepada golongan belia. PAS sama sekali tidak mempolitikkan isu ini,kerana PAS sudah sedia maklum sebagai parti yang memperjuangkan hak dankebajikan rakyat," jelasnya.

Tambahbeliau, walaupun skim berkenaan telah dimansuhkan oleh TLDM dan hampir 200daripada 1,000 pelatih telah berhenti namun anggota yang berhenti tersebutwajar menerima pampasan dan ganti rugi terhadap penindasan tersebut.

"Merekaini perlu diberikan pampasan dan ganti rugi. Mereka ini berada dikalanganmereka yang ditindas dan kerajaan yang menindas perlu bertanggungjawab,"ujarnya.

PAS Sabah bersedia menghadapi pilihanraya

Posted: 29 Oct 2011 11:52 PM PDT

KOTA KINABALU, 30 Okt: PAS Sabah kini menumpukan usahauntuk menawan Sabah yang kini diterajui kerajaan pimpinan UMNO/ BarisanNasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

KetuaPenerangan PAS Negeri Sabah Hishammudin Sulaiman (gambar) berkata, PAS kini bersedia memikul amanah mengurus negeriSabah daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sekarangtidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai negeri itu.

"Sudahsampai masanya UMNO/ BN mengangkat bendera putih," kata Hishammudin dalam SidangMedia selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu di DewanSaadah, Wisma MUIS disini pagi tadi.

"Kerajaan Sabah dilihat begitu banyakkepincangan dan ketirisan sama ada sektor pentadbiran atau pengurusan. Tidakbanyak pembangunan yang dibuat berlandaskan kepada keselesaan rakya ," tambah Hishammudinlagi.

Beliauyang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan ini mendakwa kebanyakan janji-janjiyang ditaburkan UMNO/ BN kepada rakyat hanyalah seperti menanam tebu dibibir.

"Kitasudah ada negeri contoh seperti Kelantan dan Kedah. Negeri Kelantan sudahdiperintah hampir 25 tahun oleh PAS, sudah banyak contoh yang boleh diambiluntuk ditiru oleh negeri-negeri yang UMNO/ BN perintah," ujarnya.

Hishammudinberkata, kepimpinan PAS Sabah sudah mula menggerakkan jentera kawasan sebagailangkah awal mendendang paluan gendang untuk menanti pilihanraya.

"Kita juga telah melancarkan jenterapilihanraya setiap kawasan di Sabah. Itu persediaan awal yang kita buat,"katanya.

Selainitu, Hishammudin juga berkata PAS Sabah akan memberi saingan sengit kepadaUMNO/ BN dan tidak akan membiarkan UMNO/ BN berada dalam keadaan selesa setiapmasa.

Ketikaditanya mengenai hubungan antara Pakatan Rakyat Sabah, Hishammudin mengatakanbahawa hubungan yang dijalinkan bersama DAP dan PKR sangat baik.

"PASmenyeru kepada semua rakyat, PAS akan menjadi mata, telinga, tangan, lidah dankepala rakyat untuk mengangkat kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan dankeluar dari kepompong kezaliman," jelasnya.

PAS KDAS 3

Posted: 30 Oct 2011 09:18 PM PDT

PAS KDAS 3


Ust Azhar Idrus : Rambut batang nyapu, Muka gelebeknyeng

Posted: 29 Oct 2011 10:05 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 30 Oct 2011 09:06 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ahlan wasahlan YB Husam Musa ke Parlimen Pasir Salak

Posted: 30 Oct 2011 07:25 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 30 Oct 2011 07:09 PM PDT

PAS LENGGONG


Ceramah di Parlimen Lenggong

Posted: 30 Oct 2011 03:27 AM PDT

Tajuk : Jangan Tipu Rakyat
Tempat: Kampong Luat
Tarikh 2.11.2011

tajuk 2 Selamat Aqidah umat
Tempat 2- kg Chepor

Hapus hutang FELCRA
tempat Kg Tawai
Tarikh 15.11.11

Siapa Pengkhianat Negara
Mohamad Sabu
Kg Gelok
17.11.11

semua ambil maklum.

Siasat menteri bawa masuk Yahudi

Posted: 30 Oct 2011 03:19 AM PDT

Pastinya tidak dapat disiasat kerana kecekapan Polis kita dalam urusan ini lemah. Pilos Malaysia hanya cekap bila laporan polis terhadap anggota pemimpin PR sahaja.
Khairil Abdul Rahim
TEMERLOH, 29 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak siasatan dijalankan bagaimana seorang peninju warga Israel, Ilya Grad yang mendakwa memasuki Malaysia dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai anjuran stesen TV AXN.

Serentak dengan itu, Tuan Ibrahim mendesak menteri tersebut juga disiasat dan digantung sementara jawatannya kerana menganggap ini satu jenayah keselamatan.

"Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyatnya diharamkan memasuki negara ini dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila menteri sendiri yang membawa masuk, ini satu jenayah kerana melibatkan pelanggaran dasar negara.

"Sebab itu kita desak satu siasatan bebas daripada kerajaan. Sementara itu Menteri Belia dan Sukan digantung jawatannya seperti dikenakan kepada Dr Aziz Bari dulu, supaya siasatan berjalan lancar," katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan & Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, di Bangau Tanjung, di sini pagi ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas juara tinju Muay Thai Israel Ilya Grad, dalam blognya yang memasuki Malaysia sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah beliau mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia dengan pas khas, kerana pasport Israelnya tidak dicop, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

Sementara itu dalam ucapan yang sama Tuan Ibrahim berkata, perubahan politik hampir pasti akan berlaku di negara ini kerana ia senario baru dan sedang melanda seluruh dunia.

Mengenai peluang Pakatan Rakyat (PR) di Pahang, beliau berkata tumpuan serangan BN terhadap negeri-negeri tertentu terutama di PR menyebabkan peluang PR cerah di Pahang.

"Dun Mentakab ini sendiri berpotensi besar untuk menang dengan kapasiti pengundinya 52 % Melayu dan 48 % bukan Melayu," tambahnya.

Untuk memenangi pilihan raya, Tuan Ibrahim turut menasihatkan pendokong PAS agar melakukan kerja secara berstrategi, mengumpulkan dana yang mencukupi untuk gerak kerja dan seterusnya menjaga hubungan dengan Allah.

Turut berucap pada majlis tersebut, calon DAP Mentakab Lai Chee Meng.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Oct 2011 03:31 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TUNTUT BUKAN UGUT

Posted: 30 Oct 2011 02:21 AM PDT

Mulai saat ini Pakatan Rakyat harus proaktif memohon kejentelmen SPR malah keadilan SuruhanJaya Pilihanraya dalam menghadapi Pilihan Raya UMUM atau Pilihan Raya Kecil agar tidak menghalang penggunaan bendera Pakatan Rakyat digunakan atau dikibarkan di mana-mana dalam PRU dan PRK selagi bendera Pakatan Rakyat atau Parti Pakatan Rakyat yang mempunyai komponen PAS , PKR dan DAP tidak diluluskan oleh pendaftar pertubuhan.
Dengan cara ini adil dan empatsegisama (fair & square) Parti BN lawan Parti PR atau jika parti PR tidak diluluskan maka parti BN akan melawan parti PAS+PKR+DAP .Sedemikian waima BN lawan PAS di suatu DUN maka bendera PKR dan DAP boleh dikibarkan. Jika tidak , luluskan segera parti PR yang telah dipohon sejak PRK P094 April 2011 yang lalu.

SPR waktu ini sewajarnya menghalusi apa-apa yang belum beres dalam pengurusannya bukan merekacipta bukan-bukan seperti undi pos untuk wartwan dan sebagainya.
Rakyat melalui Pakatan Rakyat sudah acapkali memohon undi pos dibatalkan bukan ditabah lagi. Ini menunjukkan kebingalan SPR dalam mempertimbangkan bantahan dan permohonan rakyat agar undi pos dan daftar undi diBERSIHkan.

Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning

Posted: 30 Oct 2011 03:25 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 30 Oct 2011 01:52 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Mengapa Kita Terus Terlena...

Posted: 30 Oct 2011 05:37 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 30 Oct 2011 11:33 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 30 Oct 2011 12:53 AM PDT

29 Oktober 2011

Wahid disambut hangat di stadium Shah Alam.


KUALA TERENGGANU - Kemunculan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut di stadium Shah Alam diberi sambutan hangat oleh rakyat Terengganu.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu kini bersama puluhan ribu rakyat Terengganu memberikan sokongan kepada pasukan 'Peteh'.

Haji Wahid bersama rombongannya. Timbalan Pesuruhjaya PAS II Haji Muhyiddin Rashid dan Penolong Setiausaha Hj Hanafiat Mat memasuki stadium Shah Alam kira-kira jam 7.15 petang.

Menurut Haji Hanafiah, anak-anak muda berebut-rebut untuk bersalaman dengan pimpinan nombor satu PAS Trengganu itu.

"PJ (Haji Wahid) dan rombongan diberi sambutan hangat pemuda berebut-rebut untuk bersalam, mulai jam 715 petang masuk ke dalam stadium,

"bendera negeri Terengganu dan bendera PAS berkibar (dimerata tempat), tepukan sorak riuh dengan berebut nak bersalam,"ujar Haji Hanafiah yang dihantar kepada Buletinonline melalui sistem pesanan ringkas.

Menurutnya, orang ramai terkejut dengan kehadiran Haji Wahid yang mengambil keputusan untuk bersama anak-anak muda ke stadium Shah Alam.













TANDA BESAR UMNO MAT SAID AKAN KALAH PRU13!

Posted: 30 Oct 2011 12:17 AM PDT

| | 0 comments
Penulis baru aje posting artikel sebelum ini yang bertajuk " Selangor simpan 1b… Mat Said simpan 2 bijik telor sahaja", semalam berulang lagi dengan Negeri Sembilan. Apabila bola piala Malaysia Terengganu 1, N.Sembilan 2.
Nampaknya rekod bola pun Umno-BN gagal memecahkan prestasi pasukan bolasepak Terengganu yang semasa pemerintahan Pas yang dipimpin oleh DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada tahun 2001 lalu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia.

Walaupun kali ini Datuk Mat Said membelanjakan 750K duit rakyat untuk memberi subsidi separuh harga tiket yang asalnya berharga RM50. 30ribu tiket untuk Terengganu yang kebanyakannya diagihkan melalui pejabat Wakil Rakyat BN dan JKKK Umno. Nampaknya tiket itu sok-sek sok-sek kebanyaknnya dikalangan Umno sahaja. Bagi rakyat biasa, pemuda-pemuda, ahli Pas yang meminati bola dan tidak memperolehi tiket maka terpaksa memenuhi medan bersama layar skrin yang dipasang maupun dikedai-kedai yang memiliki astro diseluruh pelusuk kampong di negeri Terengganu.

Nampaknya begitu bersungguh Mat Said cuba meraih kesempatan politik kali ini tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Hasrat dan harapan beliau untuk menjaja piala Malaysia tidak kesampaian. Mungkin ada hikmah disana. Walaupun seluruh pemain dan jurulatih bersungguh-sungguh berusaha dengan sokongan padu peminat didalam stadium Shah Alam maupun diluar stadium bahkan detik-detik awal yang berpihak kepada pasukan Terengganu tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada N. Sembilan jua.

Apapun syabas diucapkan kepada semua yang telah berusaha dan memberi sokongan padu dan diharapkan lain kali ada kesempatan untuk Piala Malaysia kembali ke negeri Terengganu. Bila? Adakah ini menandakan kekalahan Mat Said dan selepas Pru-13 PR akan memerintah… barulah sekali lagi Piala Malaysia sudi kembali ke Terengganu? InsyaAllah.

120 fakir miskin Dun Chukai dapat perhatian PAS

Posted: 29 Oct 2011 12:31 PM PDT

KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MDT) Chukai berjaya mengadakan program sumbangan eKasih PAS, apabila seramai 120 orang fakir miskin mendapat perhatian PAS.

Malah, program kebajikan tersebut menepati manifesto PAS Terengganu yang baru diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut pada Himpunan PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu.

Bertemakan, "Terengganu Maju, Islam Berdaulat dan Negeri Berkebajikan" ianya selari dengan lima perkara yang diumumkan sebagai manifesto pilihan raya PAS Terengganu.

 
 Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata program sumbangan eKasih PAS Dun Chukai menepati lima perkara dalam manifesto PAS untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Katanya, pertama melaksanakan pengecualian cukai pintu rumah kediaman yang dikenakan semula oleh kerajaan Umno-BN.. 

 
Menurutnya, ketika zaman pemerintahan kerajaan PAS Terengganu dari tahun 1999-2004 pernah dikecualikan cukai pintu kepada rakyat.

 
Katanya, PAS Terengganu juga berjanji akan menyelesaikan isu tanah rakyat yang 'dirampas' oleh kerajaan Barisan Nasional. 

 
Menurutnya, sebaik sahaja kerajaan PAS tumbang pada Mac 2004, semua tanah-tanah yang telah diagihkan kepada rakyat 'dirampas' kembali.

Selain itu, kata Hanafiah cuti 30 hari bergaji penuh kepada kakitangan kerajaan negeri yang kematian suami.

Manakala, komitmen lain katanya akan menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, PAS akan mewujudkan dasar merakyatkan ekonomi serta menyediakan skim khas kepada rakyat miskin.

 
"Lima perkara tersebut pertama, melaksanakan pengecualian cukai pintu rumah kediaman. Kedua, menyelesaikan isu tanah rakyat yang 'dirampas' oleh kerajaan BN. Ketiga, cuti 30 hari bergaji penuh bagi kakitangan kerajaan yang kematian suami.

"Keempat, menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun dan kelima, mewujudkan dasar merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas kepada rakyat miskin," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sumbangan eKasih PAS Dun Chukai, di Surau Haji Muda Geliga, 28 Oktober lalu.

Hanafiah berkata program kebajikan tersebut merupakan aktiviti tahunan PAS bagi meringankan beban rakyat menyambut hari raya korban (Aidil Adha) minggu depan.

 
Katanya, kerja-kerja kebajikan tersebut dilaksanakan sepanjang masa dan bukan sebagai kerja 'bermusim' jika mahukan kemenangan.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Dungun.

Difahamkan, MTD Chukai telah memperuntukkan hampir RM10,000 sebulan bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan.


Pemuda PAS anjur bicara profesional

Posted: 29 Oct 2011 12:22 PM PDT


KEMAMAN: Rakyat umumnya masih keliru antara perbandingan Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman mengambil inisiatif menganjurkan suatu forum Bicara Profesional Hi-tea bersama pimpinan PAS dan pakar ekonomi negara pada 12 November 2011, depan.

Bendaharinya, Wan Muhammad Zawawi berkata tujuan program bicara profesional diadakan bagi menerangkan kepada rakyat berhubung dengan Bajet 2012.

Sekaligus, katanya keuntungan tersebut bagi keperluan dana pilihan raya umum yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

"Kaji selidik yang kami (Pemuda) buat, rakyat umum masih tidak ketahuan apa untung-rugi antara belanjawan yang diumumkan itu. Baik dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

"Sebab itu, kita buat program bicara profesional ini untuk memudahkan pemahaman rakyat di peringkat bawah ini," ujarnya kepada Harakah.

Justeru itu, katanya antara ahli panel terbabit iaitu Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa, bekas Pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Rafizi Ramli.

Menurutnya, tajuk bicara tersebut "Belanjawan Pakatan Rakyat vs Bajet BN: Suatu Perbandingan".

Harakah dimaklumkan, majlis tersebut akan diadakan di Restoran Cahaya Mesra, Geliga Besar, Chukai, Kemaman dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.

Orang ramai yang berminat menyertai program tersebut bolehlah berurusan ditalian 019-967 1409 untuk tempahan tempat yang terhad dengan bayaran RM50.00 seorang.

Batu Gajah Mari

Posted: 30 Oct 2011 11:11 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS Perlu yakinkan Rakyat

Posted: 30 Oct 2011 02:41 AM PDT


Oleh: Muhammad Faeez

Bagan Serai, 30 Okt : PAS perlu bersedia untuk menggantikan UMNO bagi menghadapi PRU-13 nanti.

Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu Berkata, PAS perlu memberi keyakinan kepada rakyat bahawa jika PAS menggantikan UMNO, agama Islam dan bangsa Melayu akan lebih berdaulat dan terbela.

"PAS akan menggantikan UMNO dari pelbagai sudut khususnya pembelaan terhadap Islam dan Melayu," katanya ketika ucapan perasmian Majlis Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak di Masjid Tinggi pagi tadi.

Tambahnya lagi, PAS perlu kikiskan tanggapan orang melayu yang beranggapan nasib dan hak melayu akan terjejas dan tidak terbela jika PAS menggantikan tampuk pemerintahan daripada UMNO .

Justeru, jentera parti harus bekerja keras bagi meyakinkan rakyat bahawa PAS sudah bersedia untuk menubuhkan kerajaan yang adil dan berintegriti.

"Tiada gunanya PAS memerintah jika masalah rasuah dan ketidakadilan terus berleluasa di Negara ini. PAS bukan hanya ganti tempat UMNO, PAS mahu merubah cara pemerintahan bagi menyelamatkan Malaysia" tegasnya.

Dalam program perasmian tersebut, lebih 10 ribu dari seluruh Negeri Perak telah memenuhi Dewan Ustaz Abd Wahab Nor, Bagan Serai.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, AJK Pas Pusat, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin dan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Pelbagai program dan aktiviti yang telah diadakan sejak daripada semalam. Acara kemuncak ialah Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan wakil daripada Kerajaan negeri Kedah pada malam ini.

Jasindaily Online

Posted: 30 Oct 2011 09:30 AM PDT

Jasindaily Online


JOM BUAT PERBANDINGAN

Posted: 30 Oct 2011 01:33 AM PDT

NEGARA PEMINUM ARAK TERTINGGI

Posted: 30 Oct 2011 01:24 AM PDT

FATWA AZHAR TERKINI ; LARANGAN BERKAHWIN DENGAN BEKAS AHLI NDP

Posted: 30 Oct 2011 01:18 AM PDT

UMNO KIRIM PELURU KE RUMAH DR AZIZ BARI

Posted: 29 Oct 2011 07:20 PM PDT

UMNO MAIN KOTOR SESAMA SENDIRI

Posted: 29 Oct 2011 07:14 PM PDT

IJTIMA' TARBAWI 2011

Posted: 29 Oct 2011 06:20 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 30 Oct 2011 07:18 AM PDT

Landskap Siasah


Bajet Kad Kredit

Posted: 30 Oct 2011 06:35 AM PDT


Bajet Negara kita umpama bajet Kad kredit jika benar kenyataan yang FEFSA dedahkan.

Malaysia umpama diurus oleh pasangan suami isteri, semua kemahuan isteri dibiayai oleh kad kredit suami yang ternyata adalah hutang bukannya wang simpanan sebenar si suami.

Kini kesemua imbuhan dan janji manis kerajaan kepada semua rakyat terutama penjawat awam adalah janji hutang sekadar menenangkan anak yang menangis. Alangkah rendahnya mentality rakyat yang sekadar berpuas hati jika kerajaan mampu menjanjikan kebajikan sedangkan ia sebenarnya tiada wang dan hanya mampu menambah hutang sahaja.

Tidak hairan jika Akta Pinjaman 1959 dan Akta Pendanaan 1963 terpaksa dipinda untuk membenarkan kerajaan terus berhutang sehingga melepasi 55% KDNK Negara selasgi mana ingin menerus hayat BN.

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan MTD N43Sg Rapat

REFSA: Hutang negara mungkin cecah RM1 trillion

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.

Media Baru bukan mukjizat perubahan sosial politik

Posted: 30 Oct 2011 03:00 AM PDT

Kehadiran saya ke Persidangan ICT di TM serta Kursus Kewartawanan Harakah di Ipoh minggu lalu 22-23 Okt 2011 telah mengilhamkan saya untuk menulis artikel http://landskapsiasah.blogspot.com/2011/10/rakyat-kurang-membaca-cabaran-besar.html

Ada banyak bait-bait hujah Ahmad Lutfi yang saya tertinggal daripada catatan peribadi saya. tetapi nasib menyebelahi saya apbila tulisan di bawah diasilkan pula oleh Ahmad Lutfi untuk memberi gambaran hujah beliau yang dibentang dalam 2 program menarik tersebut.

Pandangan beliau yang cuba menyorot perspektif hadirin untuk menghargai media baru sekadar medium mempercepat maklumat tanpa mengimani medium ini sebagai punca sebenar perubahan sosial, gelombang rakyat.
Perhatikan hujah beliau.

Muhammad Nuruddin Bashah

FB, kuda dan Shahrizat

Ahmad Lutfi Othman

Hujung minggu lalu, saya menghadiri dua program khusus mengenai media, di hadapan aktivis PAS yang kelihatan ghairah menanti tarikh pilihan raya umum ke-13. Pada 22 Oktober, Persidangan ICT dan Media Baru 20011, di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, dan esoknya kursus kewartawanan, di Ipoh, Perak.

Membedah fenomena dunia siber -- dan kompleksiti media baru dengan segala perubahan yang begitu pantas -- tentunya bukan tugas mudah, apatah lagi dilakukan di hadapan mereka yang mahir ICT. Sebenarnya saya tertinggal jauh di belakang berbanding penguasaan dan kepakaran peserta persidangan terhadap teknologi media baru.

Di zaman internet "mendefinisikan" pergolakan politik antarabangsa, sehingga Facebook, twitter dan youtube dilihat mampu menjatuhkan sesebuah kerajaan dan menggulingkan regim, seperti ditunjukkan di Timur Tengah, saya cuba membawa perspektif agak berbeda, sambil mempersoalkan beberapa "tanggapan dan kepercayan" terhadap mukjizat kuasa siber.

Dalam konteks siasah tempatan, "padang permainan" kini hampir sama rata; tiada lagi monopoli maklumat sepertimana situasi 20 tahun lalu. Meskipun media konvensional, seperti akhbar, radio dan televisyen, masih dikongkong elit penguasa dengan pelbagai peraturan ketat, namun majoriti rakyat mempunyai pilihan dan akses terhadap media baru, yang menawarkan berita dan laporan lebih seimbang.

Faktor-faktor lain yang juga membantu kesedaran berpolitik, antaranya adalah kualiti pendidikan, meluasnya kelas menengah, pertumbuhan urbanisasi, peningkatan tahap ekonomi, celik IT, dan pengaruh globalisasi.

Namun, sewaktu masih ramai yang teruja, misalnya dengan pengaruh kejayaan revolusi rakyat 18 hari di Dataran Tahrir, Kaherah, yang difaktorkan oleh pencetusnya, Khalid Said dan Wael Ghonim, melalui sumbangan besar media sosial, kita wajar menekuni semasaknya gelagat dan kerencaman politik lokal. Malaysia harus ada formula tersendiri dan tidak terikut-ikut dengan realiti dunia luar, tanpa memperkecilkan suntikan semangat dan motivasi di atas kejayaan mereka.

Khalid Said adalah anak muda Mesir, 28 tahun, dibunuh kejam Amin Daulah (unit khas polis paling ditakuti di Mesir) apabila mendedahkan komplot jahat polis bersama pengedar dadah, yang dimuat-turun dalam youtube. (Perhatikan pengaruh luar biasa video bergerak melalui youtube). Kepalanya dikatakan dihentak ke dinding dan tangga sehingga mati; mayatnya dicampak ke tepi jalan tetapi polis mendakwa beliau mati disebabkan terlebih mengambil dadah.

Wael Ghonim, eksekutif muda Google, membuka akaun Facebook, 'Kulluna Khalid Said' atau 'We are All Khalid Said', memaparkan gambar ngeri Khalid, yang kemudiannya menaikkan rasa amarah amat sangat rakyat terhadap Presiden Hosni Mubarak. Di peringkat awal siapa pun tidak menjangkakan jaringan laman sosial mampu mencetuskan revolusi rakyat secara aman yang bersejarah itu.

Tarikh 25 Januari diingati sebagai "Hari Melahirkan Marah". Wael ditangkap. Penahanannya tidak meredakan malah mencetuskan kebangkitan lebih hebat. Ramai nyawa terkorban. Rasa takut yang menyelubungi rakyat Mesir selama lebih 3 dekad hilang. Melalui youtube kita saksikan mereka berani mengasak kereta perisai tentera.

Laluan internet disekat, tetapi anehnya ia makin mendorong lebih ramai membanjiri Tahrir. Ya, daripada bersembang dalam FB dan merayau di alam maya, tekad mereka lebih serius untuk berkubu di lapangan, berdada langsung menuntut perubahan. Akhirnya Hosni tinggal keseorangan, "perkakas tradisinya" seperti tentera dan media "berpaling tadah. Beliau terpaksa berundur juga.

Realiti Mesir waktu itu diasak enam isu besar: Kadar kemiskinan tinggi, merebaknya rasuah, pengangguran tidak terkawal, inflasi melonjak, gaji rendah, Hosni mungkin bertanding presiden lagi atau memberi jalan kepada anaknya, manakala suara rakyat langsung tidak dilayan.

Secara kasar, isu sama turut melanda negara kita, tetapi perinciannya agak berbeda. Malaysia nampak ke hadapan daripada segi kebebasan bersuara, agihan kekayaan dan partisipasi politik. Sistem demokrasi dan perjalanan pilihan raya kita lebih maju dan tersusun. Penyelewengannya agak "sofistikated" dan tidak begitu menjolok mata seperti Mesir.

Dalam kedua-dua majlis, di Taman Melewar dan Ipoh, saya menekankan agar aktivis arif memahami kerencaman persekitaran dan budaya-sensitiviti lingkungan. Selain menguasai perkembangan ICT dan aplikasi media baru sepenuhnya, aspek modal insan mesti diperkukuhkan ke peringkat kecemerlangan. Meskipun internet seolah-olah dianggap semacam "agama baru" di abad ke-21 ini, tidak semudah itu pengaruhnya melempah, seperti yang kita hajatkan.

Saya tertarik dengan soalan seorang peserta, yang membangkitkan keberkesanan media baru dalam kempen pilihan raya negeri Sarawak. Bagi saya, internet hanya satu alat atau medium berkesan untuk kita berhubung langsung dengan pengundi. Banyak lagi aspek lain wajar ditekuni.

Dalam konteks Sarawak, apakah rakyatnya dapat akses dengan media baru secara berkesan dan menyeluruh? Saya perhatikan, banyak pendedahan berfakta mengenai salahlaku dan penyelewengan Ketua Menteri, Taib Mahmud, bertaraf mega disiarkan beberapa laman, tetapi para pengunjungnya tidaklah begitu ramai. Malah, dengan hambatan keluasan negeri, kemudahan perhubungan, tahap celik IT, dan politik ugut BN terutama di kawasan luar bandar, Sarawak memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan perubahan.

Dalam pada itu, asas penulisan dan kewartawanan perlu dihadam sebaiknya oleh aktivis dunia siber. Begitu juga selok-belok penggunaan bahasa yang baik dan indah, dengan etika terjaga. Memang internet telah menghapuskan segala hirarki dalam penerbitan media tradisi. Tulisan tidak perlu diedit dan disemak lagi. Dengan sekali klik atau tweet, kita dapat berkongsi sehingga jutaan orang. (Tapi ia tidak seindah disangka, hal jaringan ini perlu dianalisis lebih rapi).

Saya mengingatkan, tanpa kredibiliti, media (termasuk internet) akan hilang bisa dan pengaruhnya. Sedangkan, pembinaan dan pemantapan pengaruh merupakan perkara asas terpenting dalam proses reformasi. Jika akhbar pro-Umno, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, semakin tipis pengaruhnya disebabkan hilang wibawa, maka laman-laman sosial turut terdedah kepada gugatan serupa.

Facebook atau blog tidak akan membawa impak positif jika ia hanya sarat dengan gosip dan khabar angin.

Justeru, program melahirkan lebih ramai penulis berwibawa harus digiatkan, termasuk di kalangan blogger dan 'facebooker'. Bahan yang terhidang dalam laman sosial mestilah berkualiti, baik dari segi hujah, idea, pendekatan mahupun susunan bahasa, serta dapat dipertanggungjawabkan dan mampu mempengaruhi khalayak. Biarpun lebih terdedah kepada generasi muda, mutu kandungan usah diremehkan.

Apa pun, tentulah pendekatan dan persembahan dalam laman sosial tidak perlu terikat dengan bentuk penulisan kewartawanan. Pastinya ia lebih padat tetapi santai, ringkas dan bersahaja, mudah difahami, selari dengan jiwa anak muda tetapi harus ada elemen "menggemparkan" sehingga ramai audien mahu berkongsi dan membuat pautan.

Sejumlah 12 juta pemegang akaun Facebook di Malaysia memang merupakan sasaran berpotensi, yang jika digerakkan dengan bijaksana, mampu membentuk gelombang dan menarik turun BN daripada Putrajaya. Tapi harus diingat, generasi yang bermaklumat tidak semudah itu dapat dipengaruhi. Mereka semakin bijak menilai dan menganalisis, serta menuntut pembuktian. Ya, jangan sama sekali perkecilkan minda anak muda ...

Saya kira, Facebook juga bergantung dengan capaian youtube dan ruang itu belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh aktivis Pakatan. Tidak banyak klip video mengenai senario sosio-politik-ekonomi, apatah lagi yang benar-benar kreatif, telah dihasilkan. Sedangkan "bahan-bahan mentahnya" mudah didapati di mana-mana. Klik sahaja enjin carian seperti Yahoo atau Google, segalanya di hadapan mata.

Misalnya mengenai pembentangan bajet Najib Razak dan belanjawan alternatif Pakatan. Begitu banyak fakta dan pendedahan menarik dikemukakan Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan yang lain, susulan daripada Buku Jingga, yang boleh dipakejkan dalam yotube. Tawaran Pakatan juga dapat diolah dalam bentuk animasi mudah.

Seorang rakan FB saya telah menunjukkan klip-klip video kempen parti-parti politik di Britain, yang dirakam untuk tayangan dalam masa hanya 60 saat. Malah ia mendedahkan fakta menarik, merujuk insiden-insiden tertentu yang berlaku dalam masa satu minit, misalnya jumlah kecurian atau pelepasan gas karbon disoksida di England. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan sebagai persiapan kempen pilihan raya umum akan datang.

Jika pilihan raya 1999 menyaksikan ledakan laman-laman web reformasi, dan pilihan raya 2008 disendat dengan kemunculan blog dan youtube, tidak syak lagi perang PRU13 akan riuh-rendah dengan pertarungan "sengit tetapi santai" di laman-laman sosial.

Cadangan agar aktivis lebih didedahkan dengan aspek-aspek teknikal dan meneroka pengkhususan, seperti kaedah menaikkan ranking blog, wajar diberi perhatian segera. Mungkin bengkel-bengkel lebih kecil perlu diusahakan. Lagi pula, keajaiban dunia siber, khususnya berkaitan jaringan laman sosial, masih banyak misterinya. Kita belum benar-benar mengoptimumkan aplikasinya.

Apa pun, sewaktu kita begitu obses dengan media baru, usah lupa medium tradisi, yang sepatutnya menjadi pelengkap di antara satu sama lain. Internet bukannya alternatif tetapi lebih dilihat sebagai satu lagi medium untuk memperkukuhkan prasarana sedia ada. Janganlah diremehkan pengedaran risalah, pembikinan VCD, penerbitan buletin dan usaha menyebarluaskan Harakah itu sendiri.

II.

Saya belum sempat meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010. Meneruskan tradisi daripada tahun-tahun sebelum ini, pendedahan tentang pelbagai kelemahan, kepincangan dan penyelewengan bukan lagi satu kejutan.

Tiga tahun lalu, kita digemparkan (sekadar contoh kecil) dengan harga set screwdriver RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Selain itu, pihak Audit juga tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) kepada kontraktor yang terlibat dalam pembinaan 6 kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia, bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan!

Tahun ini, ia berulang lagi. RM56,350 dibelanjakan bagi sepasang teropong visi malam, iaitu 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940. Komputer riba dan pencetak warna berharga RM3,428 dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus).

Harga 23 kuda yang dibeli Majlis Sukan Negara berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Lebih teruk, hanya lima kuda didapati layak dan dapat bertanding pada pertandingan World Endurance Championship.

Kita juga masih belum mendapat jawapan Shahrizat Jalil, seorang menteri kanan dan ketua wanita Umno, di atas kegagalan Pusat Feedlot Kebangsaan yang dimiliki dan dikendalikan National Feedlot Corporation Sdn Bhd, kepunyaan suami dan anak-anak Shahrizat.

Sasaran projek bernilai RM250 juta di atas tanah anugerah seluas 5,000 ekar itu bagi memenuhi 40 peratus permintaan dan pengeluaran daging lembu untuk pasaran tempatan. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekor sehari sedangkan jumlah lembu yang kini disembelih hanya 20 ekor sehari.

Bukan setakat Shahrizat, malah Muhyiddin Yassin sebagai bekas Menteri Pertanian dan Agro Industri yang terlibat menganugerahkan projek ini kepada rakan menteri beliau perlu memberi respons segera.

Benarlah rumusan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man: "Kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan Audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada peti undi."

Ya, masakan saban tahun kita belum jelak lagi dengan paparan Laporan Ketua Audit yang hampir sama. Itu belum dikira rasuah atau salahguna kuasa elit pemerintah bersama suku-sakat mereka, yang tidak dapat dihidu SPRM ...



Gambar: Ahmad Lutfi dan Editor Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam bergambar bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Mohd Nuri Al-Amin Endut (duduk, tengah) dan jawatankuasa kursus kewartawanan, di pejabat Perhubungan PAS Negeri, 23 Oktober lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan