Jumaat, 21 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 21 Oct 2011 03:43 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


YB. ZIARAH PEMUDA.

Posted: 20 Oct 2011 11:31 PM PDT

MERBAU KUDUNG, SIK - YB. Haji Yahya turun padang bagi sumbangan bola dan jaring untuk kegunaan latihan anak-anak muda di kampung tersebut.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Oct 2011 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Selangor Mahu Wujudkan Insurans Bagi Pekerja Yang Diberhentikan

Posted: 21 Oct 2011 12:30 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Kerajaan Selangor akan mengadakan rundingan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mewujudkan skim insurans untuk melindungi pekerja yang diberhentikan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata skim seperti ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang kehilangan kerja sekiranya berlaku kegawatan ekonomi pada masa hadapan.

"Skim ini bukan berbentuk pampasan sepenuhnya tetapi cukup untuk membantu mereka yang kehilangan kerja berdepan dengan hari-hari yang sukar. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan MEF mengenai perkara ini," katanya ketika pada majlis makan tengahari bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Bangunan SSAAS di Shah Alam, hari ini.

Menjawab soalan salah seorang tetamu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebajikan pekerja dan tidak berkompromi jika pekerja terbabit tidak dilayan secara adil oleh majikan.

"Oleh kerana itu kita menubuhkan dengan segera pasukan khas bagi menbantu pekerja di negeri ini yang hilang pekerjaan ketika ekonomi gawat pada 2008," katanya yang merujuk kepada pasukan khas yang dianggotai wakil agensi kerajaan, anak-anak syarikat kerajaan negeri, MEF, MTUC, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Agensi Pembangunan Industri Malaysia.

"Walaupun ekonomi semakin baik dan pemberhentian pekerja bukan lagi menjadi isu, pasukan khas ini akan digerakkan semula jika keadaan memerlukan," katanya.

Makan tengahari ini dihadiri lebih 60 ahli MTUC termasuk Presiden MTUC cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Gopal Krishnam, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Peralatan Pengangkutan dan industri bersekutu, Syed Shahir Syed Mohamud serta wakil MEF.

TV NEWS/-

Demo sokong Aziz Bari tegang

Posted: 21 Oct 2011 12:00 AM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini," kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", "Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

MALAYSIAKINI/-

Hembus nafas ke dalam mulut anjing

Posted: 20 Oct 2011 11:40 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JARED THOMPSON (kiri) dan Jamie Giese (kanan) memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing di Wausau, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.

Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.

Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.

Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.

Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.

Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku. - Agensi

Sekali tepuk RM50,000 lesap

Posted: 20 Oct 2011 11:40 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.

"Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.

"Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu," katanya di sini, semalam.

metro/-

Selangor peruntuk RM4 juta untuk sekolah Tamil

Posted: 20 Oct 2011 11:30 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 21 Okt: Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM4 juta bagi tujuan pembangunan pendidikan kepada Sekolah Jenis Tamil seluruh negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) berkata, ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan RM16 juta yang diperuntukkan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada 2011.

Katanya, bagi penyerahan bantuan pendidikan fasa pertama kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM6,692,786 termasuk 121 buah sekolah (SRA), 75 buah (SJKC) dan 97 buah (SJKT).

Menurutnya, sebanyak 97 buah sekolah telah menerima peruntukan bantuan pendidikan fasa pertama yang telah diserahkan melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Selangor pada 9 Jun yang lalu.

"Peruntukan untuk Sekolah (SKJT) bagi fasa 2 ini sebanyak RM1,385,400 dengan melibatkan 43 buah sekolah yang layak menerima bantuan tersebut melalui tapisan Jawatankuasa Kecil Penilaian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)," katanya pada majlis penyerahan bantuan fasa dua bagi SRJK, kelmarin.

Katanya, semasa bantuan diberikan pada Jun yang lalu telah umumkan bagi sekolah-sekolah yang inginkan bantuan, mereka boleh membuat permohonan yang bermula pada 10 Jun dan berakhir pada 11 Julai.

"Bantuan pendidikan ini akan di buat penilaian terlebih dahulu ke atas permohonan yang dibuat daripada sekolah-sekolah. Ia berdasarkan keutamaan dan keperluan sekolah tersebut iaitu baik pulih dan pembinaan infrastruktur sekolah dan program pembangunan pendidikan," ujarnya yang juga Adun Selat Klang.

Dr Halimah berharap Jawatankuasa PIBG SJKT bekerjasama dengan pentadbiran sekolah bagi membantu dan merancang meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menyediakan program- program pembangunan pendididikan yang berkualiti untuk para pelajar.

"Jawatankuasa PIBG SJKT juga hendaklah amanah dengan peruntukan yang diberikan ini. Semoga dengan adanya bantuan daripada kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) tanpa mengira ideologi politik sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan pencapaian di sekolah masing-masing," katanya pada majlis yang diadakan di ruang legar Bangunan SSAAS.

harakahdaily/-

Siswa desak UIA tarik balik gantung tugas Aziz Baru

Posted: 20 Oct 2011 09:30 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sekumpulan mahasiswa hari ini mendesak Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya semalam.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

Ia akan diserahkan kepada Zaleha selepas perhimpunan membantah tindakan terhadap Abdul Aziz petang ini.

Memondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

malaysiakini/-

Pakistan tembak 34 anggota militan

Posted: 20 Oct 2011 09:20 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ISLAMABAD 21 Okt. – Pasukan separa tentera Pakistan menembak mati seramai 34 anggota militan dalam pertempuran di wilayah bergolak di sempadan Afghanistan, semalam.

Tiga anggota tentera turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

"Kumpulan militan melancarkan serangan ke atas pasukan separa tentera ketika mereka melakukan rondaan di kawasan terbabit," kata pihak berkuasa. – REUTERS

Babun buka pintu kereta larikan barang

Posted: 20 Oct 2011 09:20 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BABUN itu melarikan diri dengan membawa sebuah beg manakala Hendrik Raven mengelakkan diri daripada dirempuh haiwan tersebut.

CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seekor babun membuka pintu dan melarikan beberapa barang dari sebuah kereta di pinggir Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.

Babun itu yang merupakan sejenis beruk besar dilihat mengendong seekor anaknya semasa dia melarikan barang dari kereta milik Hendrik Raven.

Raven hanya memerhatikan gelagat babun itu tanpa melakukan sebarang tindak balas.

Babun itu melarikan makanan dan beg yang terdapat dalam kereta tersebut.

Sejumlah pekerja diupah sebagai pemantau babun bagi menghalang haiwan berkenaan memasuki kereta, rumah dan menyelongkar tong sampah.

Kumpulan pekerja itu menghabiskan masa dengan mengikuti pergerakan haiwan berkenaan di Semenanjung Cape untuk memastikan babun tidak berkelakuan tidak menyenangkan.

Para pelancong juga dinasihatkan supaya tidak memberikan makanan kepada haiwan itu.

Babun merupakan spesies yang dilindungi oleh undang-undang Afrika Selatan tetapi sikap haiwan itu yang mencari makan telah mencetuskan konflik dengan penduduk. - Agensi

PR minta tubuh suruhanjaya siasat kes Ahmad Sarbaini

Posted: 20 Oct 2011 09:00 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja, bagi menyiasat kes kematian Pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, keputusan dibuat Mahkamah Koroner September tahun lalu, menyatakan kematian Ahmad Sarbaini disebabkan nahas, tidak dapat diterima ahli keluarganya.

"Tindakan keluarga menolak keputusan itu kerana ada beberapa fakta mengelirukan.

"Oleh itu, pihak keluarga tidak berpuas hati dengan keputusan dan meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja," katanya di lobi Parlimen semalam.

Hadir sama, bapa arwah, Mohamad Hitam Taib dan ibunya, Aishah Abdul Raof.

Sementara itu, sepupu Ahmad Sarbaini, Mokhtar Mansor berkata, mereka sekeluarga berharap satu suruhanjaya ditubuhkan.

"Ini bertujuan membersihkan nama arwah, sama ada kami akan menerima keputusan atau tidak, bergantung kepada keputusan dibuat suruhanjaya itu nanti," katanya.

Ahmad Sarbani, 56, bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, 6 April lalu.

sinar harian/-

PAS Bukit Katil nafi laporan Sinar Harian

Posted: 20 Oct 2011 08:50 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MELAKA, 21 Okt: PAS Kawasan Bukit Katil menggesa akhbar Sinar Harian membuat penafian berita mengenai penyertaan bekas ketua PAS cawangan ke dalam Umno.

Setiausahanya, Ramli Dalip (gambar kecil) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar tersebut hari ini bahawa 30 ahli PKR Ranting Bukit Piatu Parlimen Bukit Katil bertindak membubarkan ranting tersebut dan bertindak menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dalam laporan itu, bekas Ketua Ranting PKR Bukit Piatu, Md Said Abu berkata mereka sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PKR yang tidak menjaga kebajikan ahli.

Gambar dalam akhbar itu juga menunjukkan bahawa bekas Ketua PAS Cawangan Bukit Piatu, Abdul Samad Mamat ada bersama-sama dengan Mohd Ali dan Md Said.

Menurut Ramli, malam tadi beliau telah bertemu sendiri dengan kedua-dua bekas pemimpin cawangan PAS dan ranting PKR Bukit Piatu itu.

Katanya, mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka telah menyertai Umno dan menyerahkan borang kepada Mohd Ali.

"Gambar itu diambil semasa satu majlis yang melibatkan NGO bukannya majlis Umno atau majlis penyerahan borang Umno, mereka telah manipulasikan program tersebut ambil gambar kata Md Said masuk Umno.

"Cikgu Samad juga menafikan beliau menyertai Umno dan beliau masih aktif membantu Penyelia PAS Dun Kuala Linggi," ujarnya yang juga anggota Perhubungan PAS Negeri Melaka.

Ramli berkata tindakan media itu menyiarkan berita tersebut adalah berniat jahat dan cuba memburuk-burukkan PAS dan PKR khususnya di Bukit Piatu dan Parlimen Bukit Katil.

"Kita menyelidik berita tersebut sebelum menyiarkannya kepada umum, ianya memberikan impak yang besar kepada imej individu yang ditunjukkan dalam gambar tersebut," jelas Ramli.

harakahdaily/-

NTC umum pembebasan Libya

Posted: 20 Oct 2011 08:28 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 21 Okt. - Pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

"Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

"Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya. - AFP

Juadah dekat longkang

Posted: 20 Oct 2011 07:30 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JIJIK...keadaan dapur yang tidak bersih walaupun perniagaan baru beroperasi.

KUALA LUMPUR: Sangat kotor! Itulah ungkapan paling sesuai diberikan kepada sesetengah pemilik kedai makan sekitar Jalan Genting Klang yang tidak menjaga kebersihan sehingga memaksa pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis penutupan kepada kedai berkenaan.

Harian Metro turut serta dalam operasi lawatan kebersihan ke beberapa premis makanan itu mendapati rata-rata pelanggan yang datang seolah-olah tidak sedar mengenai tahap kebersihan kedai yang mereka kunjungi itu amat teruk.

Tinjauan mendapati ayam yang sudah dimasak dibiar tergantung dekat longkang tiada penutup dan tersumbat. Malah, lipas berlegar-legar di setiap sudut dapur kedai berkenaan.

Seorang pelanggan, Malissa, 21, berkata, dia tidak pernah sakit perut atau keracunan makanan setiap kali ke kedai berkenaan.

"Saya tidak tahu pun kedai ini kotor, mungkin sebab saya selalu memesan makanan dari depan jadi tidak nampak apa yang berlaku di belakang.

"Rumah saya dekat kedai ini, sebab itu saya sering datang makan, tetapi selepas dapat tahu mengenai perkara itu, mungkin saya tidak akan datang lagi sehingga mereka bersihkan kedai terlebih dulu," katanya.

Sementara itu Pegawai Kesihatan Parlimen Wangsa Maju dan Setia Wangsa, Dr Jamaiyah Mohd Yunus berkata, jika ada kedai yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis mereka akan dikenakan kompaun atau kedai perlu ditutup.

"Antara syarat perlu dipatuhi semua pengendali makanan ialah perlu mendapatkan suntikan, memakai apron, topi dan menghadiri kursus asas pengendalian makanan," katanya.

Sembilan kakitangan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL menyertai operasi itu dan enam kompaun dikeluarkan dengan kesalahan berniaga di luar premis, membuang sisa makanan di longkang awam, ada urungan lipas, tiada suntikan dan tiada lesen perniagaan.

metro/-

Anya Sun: Saya tak kenal, tak pernah jumpa anak Guan Eng

Posted: 20 Oct 2011 07:28 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Seorang pelajar perempuan, yang gambarnya digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk mengaibkan anak lelaki Lim Guan Eng kononnya telah melakukan gangguan seksual ke atasnya, hari ini menafikan dia mengenali atau pernah berkawan dengan remaja berkenaan.

Dalam satu kenyataan ringkas dikeluarkan hari ini, juara sukan catur Anya Sun Corke (gambar) menegaskan, gambarnya telah digunakan secara tidak wajar tanpa pengetahuan atau keizinannya.

"Hakikatnya, saya tidak pernah dijadikan mangsa dalam mana-mana keadaan oleh budak ini atau keluarganya," kata Corke lagi.

Corke yang sedang belajar di Wellesley College, Amerika Syarikat, berkata, dia terkejut dan kecewa dengan perkembangan ini.

"Saya berharap bahawa ia tidak akan berulang," katanya lagi.

Dia seterusnya berkata, "saya tidak pernah melawat Malaysia sejak tujuh tahun yang lalu."

"Saya tidak pernah bertemu atau mendengar mengenai mana-mana pihak yang terlibat (dalam isu ini). Saya pun tidak pernah diserang secara fizikal dalam apa jua cara," katanya sambil menambah, dia bersimpati dengan remaja terbabit.

Kenyataan Corke dikeluarkan dua hari selepas DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town, kata DAP kelmarin.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu pelajar perempuan satu kelas dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Kelmarin, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

"Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam," katanya.

Pengetua sekolah anak lelaki Lim pernah juga telah menafikan dakwaan sedemikian.

Lim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP awal minggu ini telah mengecam tindakan blog-blog pro-Umno dan beberapa pemimpin Umno yang mengaibkan beliau dan anaknya dengan dakwaan tidak berasas.



Themalaysianinsider/-

Turki serang Iraq

Posted: 20 Oct 2011 07:20 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANKARA : Tentera Turki termasuk pasukan pengebom tentera udara dan helikopter melancarkan serangan mengejut ke atas utara Iraq, beberapa jam selepas pemberontak Kurdish membunuh 24 askar negara ini dan mencederakan 18 yang lain dalam serangan di sepanjang sempadan kedua-dua negara, hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan membatalkan lawatan ke Kazakhstan dan mengadakan sidang media bagi mengumumkan Turki melancarkan serangan ke atas Iraq.

"Kami tidak akan tunduk terhadap mana-mana serangan sama ada dari dalam Turki atau dari luar," katanya.

Serangan yang dianggap sebagai terbesar dalam tempoh lebih tiga tahun itu turut mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Televisyen NTV melaporkan, tentera Turki memasuki kira-kira empat kilometer ke sempadan Iraq, manakala agensi berita Dogan melaporkan sekurang-kurangnya 20 pemberontak Kurdish terbunuh dalam serangan itu.

Kesahihan laporan itu masih tidak dapat dipastikan.

Serangan yang dipercayai dilancarkan kira-kira 200 pemberontak Kurdish di dua kawasan berasingan berhampiran sempadan Turki-Iraq itu merupakan serangan terbesar sejak 1990-an.

"Kami bertempur dengan tentera Turki di dua kawasan sejak pukul 3 pagi (waktu tempatan) hari ini," kata jurucakap pemberontak Kurdish, Dostdar Hamo di utara Iraq.

Sementara itu di Baghdad, jurucakap kerajaan tidak dapat dihubungi untuk ulasan berhubung serangan tersebut.

Presiden AS, Barack Obama menerusi kenyataan yang dikeluarkan White House mengutuk serangan ke atas Turki dan menyatakan sokongan kepada negara ini.

"Turki merupakan sekutu kami dan AS akan sentiasa memberikan sokongan padu kepada Turki bagi membendung ancaman keganasan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan berusaha mewujudkan keamanan terutamanya di tenggara negara itu," katanya. - AGENSI

Padah tumbuk muka isteri

Posted: 20 Oct 2011 07:00 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ZAINON (kiri) semasa hadir pada perbicaraan suaminya yang didakwa kerana mencederakannya di Mahkamah Majistret Melaka semalam.

MELAKA – Gara-gara mencederakan isteri sendiri dengan menumbuk mukanya ketika bertengkar, seorang peniaga didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Muzila Mohamed Arsad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Md. Norazman Mohd. Said, 44, selepas tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan kedua yang disabitkan ke atasnya.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mengugut isterinya yang boleh menyebabkan kematian atau cedera parah terhadap mangsa.

Bagi pertuduhan kedua itu, Md. Norazman didakwa mencederakan Zainon Basir, 43, di rumah No. 15, Jalan M27 Taman Merdeka, Batu Berendam pada pukul 12.30 malam, 1 Ogos lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman terhadapnya diringankan.

"Jika boleh saya hanya mahukan hukuman denda dan tidak dikenakan hukuman penjara," katanya.

kosmo/-

Susilo ingatkan rakyat tidak melampaui batas

Posted: 20 Oct 2011 06:50 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

NAJIB bersama Susilo pada sidang media selepas perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara ke-8, di Lombok semalam. Turut sama menteri Kabinet Malaysia (kiri) dan Indonesia.

Hubungan demokrasi Jakarta, KL patut dipertahankan

PRESIDEN Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mengingatkan rakyat negara itu supaya tidak melampaui batas ketika melakukan tunjuk perasaan membantah sesuatu perkara terhadap Malaysia.

Beliau berkata, dalam alam demokrasi negara itu, tunjuk perasaan boleh terjadi. Bagaimanapun, tunjuk perasaan tidak boleh melebihi sepatutnya kerana boleh melukai hati negara sahabat.

"Hubungan kedua-dua negara harus diletakkan dalam kerangka strategik, fundamental dan jangka panjang.

"Sebagai negara tetangga, pasti ada masalah. Indonesia dan Malaysia, walaupun saudara dekat, selalu ada masalah seperti itu," katanya pada sidang media selepas perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara ke-8 di sini, semalam.

Tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini berikutan dakwaan bahawa Malaysia merampas tanah milik republik itu di Kalimantan menjadi isu hangat apabila bertukar ganas.

Tindakan penunjuk perasaan merosakkan bahagian depan kedutaan di Jalan Rasuna Said menyebabkan ramai rakyat negara ini meminta kerajaan republik itu melakukan sesuatu.

Susilo berkata, semangat rakyat negara itu, walaupun apa pun terjadi tidak boleh merosak dan mengganggu hubungan strategik dan jangka panjang kedua-dua negara.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan penyelesaian masalah membabitkan kedua-dua negara, tiada lagi persepsi yang keliru dan isu diangkat mana-mana pihak.

"Kita perlu melangkah ke depan dengan semangat baru dan dengan tiada lagi masalah, tiada lagi isu yang boleh disalahertikan sebahagian rakyat Indonesia," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada empat prinsip yang mendasari hubungan kedua-dua negara.

Katanya, prinsip pertama ialah sebarang masalah yang wujud perlu diselesaikan secepat mungkin.

Selain itu, katanya, perlu ada suatu tempoh masa untuk menyelesaikan masalah, perhubungan berdasarkan layanan sama rata dan keadaan sama menang yang bukan hanya membabitkan kerajaan, malah rakyat.

berita harian/-

Lari tanpa seluar dalam

Posted: 20 Oct 2011 06:45 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA – Seorang pelanggan lelaki sebuah pusat urut batin di SS2 dekat sini, lari lintang pukang hingga tidak sempat memakai seluar dalam ketika premis itu serbu anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), semalam.

Lelaki berusia 30-an itu sempat meloloskan diri bersama seorang tukang urut dengan hanya bertuala mandi selepas menyedari kehadiran anggota penguatkuasa melalui kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang premis urut berkenaan.

Dalam serbuan itu, tiga premis urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi turut tidak terlepas dikenakan tindakan kerana beroperasi secara haram.

Operasi diketuai Penolong Pengarah Penguatkuasa MBPJ, Khir Johari itu turut menyerbu dua pusat siber judi yang satu daripadanya berselindung di sebilik operasi sebuah pusat snuker berlesen di situ

Sementara itu, Ahli MBPJ Zon 8, Tony Cheong berkata, semua premis terbabit dikenakan kompaun manakala peralatan serta barangan masing-masing turut disita.

"Pihak Jabatan Kawalan Bangunan MBPJ turut mengeluarkan notis supaya bahan binaan tanpa kebenaran dalam premis haram itu juga perlu diroboh segera dalam tempoh 14 hari

"Sebanyak 100 unit komputer dan unit pemproses pusat (CPU) serta peralatan seperti tilam dirampas dalam serbuan kali ini," katanya.

Kata Tony, operasi akan diadakan tiga bulan sekali selain pemantauan akan dibuat secara berterusan di kawasan itu bagi mengelak ianya dari terus popular sebagai lokasi premis haram beroperasi.

Tindakan diambil dibawa Undang Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber MBPJ 2007 dan Undang-Undang Kecil Pusat Kesihatan dan Kecantikan MBPJ 2007 dan Akta 133 (seksyen 71 (1) membuat binaan dalam premis tanpa izin.

sinar harian/-

Indonesia benar pembantu rumah ke M'sia mulai 1 Dis

Posted: 20 Oct 2011 06:40 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekaligus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan mengenai perkara itu dimumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di akhir mesyuarat delegasi dua hala pada acara perundingan tahunan Malaysia-Indonesia di Mataram Khamis.

"Kita ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh kerana itu, kita sepakat untuk memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

"Kita juga telah bersepakat bahawa dengan diadakan perubahan tentang pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006, mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah, pada 1 Disember kita akan menormalisasikan hal ini," kata Yudhoyono ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Berikutan itu, kedua-dua negara telah berunding sehingga satu kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

Bagaimanapun penerapan makanisme yang sesuai bagi pelaksanaan protokol itu berhubung perlindungan kepada pembantu rumah Indonesia dan majikan mereka oleh Pasukan Petugas Khas Bersama, telah menyebabkan penarikan balik moratorium itu tertangguh sehingga sekarang.

Najib, yang menyambut baik keputusan Indonesia itu, berkata persetujuan itu dicapai selepas kedua-dua negara menyelesaikan beberapa isu yang selama ini menjadi persoalan kepada proses membawa masuk pembantu rumah Indonesia.

Katanya mengikut kesepakatan hari ini Pasukan Petugas Khas Bersama yang ditubuhkan untuk mengendali urusan pengambilan dan penempatan pembantu rumah diminta mengemukakan laporan penuh kepada beliau dan Yudhoyono bulan depan.

"Semua masalah dan rintangan dapat diselesaikan. Laporan Pasukan Petugas Khas Bersama akan dibuat kepada saya dan Presiden Yudhoyono semasa Sidang Kemuncak Asean di Bali pada 17 dan 18 November ini.

"Kalau semuanya selesai, Insya-Allah tarikh moratorium itu ditarik balik pada 1 Disember ini," katanya.

Ditanya mengapa tarikh 1 Disember dipilih, beliau berkata ia kerana jadual beliau dan Yudhoyono yang sibuk untuk mengadakan pertemuan semula, dan tarikh-tarikh semasa Sidang Kemuncak Asean di Bali memberi peluang kepada mereka bertemu kembali untuk pertemuan bilateral.

Perdana menteri turut memberi peringatan kepada bakal-bakal majikan di Malaysia agar tidak mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Indonesia, yang bersetuju untuk menghantar semula pembantu rumah ke Malaysia.

Indonesia merupakan pembekal utama tenaga kerja di sektor tidak formal di Malaysia.

Najib berharap rakyat Malaysia tidak akan lupa untuk membalas keikhlasan dan ketulusan Yudhoyono dalam membuat pertimbangan untuk menarik balik moratorium ini dengan kebaikan juga, bukannya dengan penganiayaan terhadap pembantu rumah mereka.

"Yang penting tidak lakukan apa-apa penganiayaan, penderaan fizikal dan psikologi sebab ini akan membuat mereka terhiris hati. Walaupun satu dua kejadian yang menimpa tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

"Saya meminta semua bakal majikan memahami perkara ini untuk menjaga persepsi Indonesia terhadap rakyat Malaysia," katanya.

Perdana menteri berkata persoalan tentang pembantu rumah Indonesia merupakan topik yang hangat dibincangkan oleh rakyat Malaysia termasuk di kalangan pengikut beliau di laman sosial facebook dan twitter.

Kebanyakan mereka meletakkan harapan agar isu moratorium itu dibincang dan dicari penyelesaian segera melalui perundingan dengan Presiden Indonesia.

- Bernama

Tanah runtuh di Genting Highlands, lelaki cedera

Posted: 20 Oct 2011 06:30 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan.

"Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya.

Tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat sejak petang semalam membabitkan laluan menuju ke arah Genting Highlands dan ia tidak menjejaskan pergerakan trafik di sekitar kawasan terbabit.

- Bernama

Balak: Najib dituntut bayar Kedah RM100 juta

Posted: 20 Oct 2011 06:20 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk membayar imbuhan sebanyak RM100 juta setahun kepada Kerajaan Kedah kerana tidak menebang balak di negeri itu.

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman berkata, janji tersebut bukan hanya dibuat oleh Najib, malah oleh dua bekas Perdana Menteri sebelum ini, tetapi masih belum ditunaikan sehingga sekarang.

Katanya, Perdana Menteri tidak sepatutnya bercakap sahaja untuk membayar imbuhan tersebut, tetapi tidak pula mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

"Janji itu telah terlalu lama, malah sejak dua bekas Perdana Menteri sebelum ini dan sekarang perlu ditunaikan sejajar dengan janji yang telah dibuat," katanya ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Jika janji itu tidak dilaksanakan juga, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah, menurut beliau, berhak menuntutnya kerana Kerajaan Kedah sememangnya berhak mendapat imbuhan tersebut.

Sebelum itu, beliau turut menyentuh tentang keperluan Kerajaan Pusat memberikan imbuhan kepada persatuan pemandu teksi bagi membantu ahli-ahlinya dengan kadar yang berpatutan paling kurang RM15,000 setahun.

Selain itu, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan agar memberikan elaun kepada mereka yang terlibat dalam kerja-kerja penghantaran pesakit menerusi ambulan yang bukan dimiliki oleh hospital, tetapi Persatuan Bulan Sabit Merah dan Jabatan Pertahanan Awam.

Menurutnya, peranan mereka juga penting bagi membolehkan orang sakit atau mereka yang mengalami kecederaan dihantar ke hospital dengan segera, memandangkan ambulan hospital kadang-kalanya lambat tiba setelah dipanggil.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar mereka yang terlibat dengan kerja-kerja itu diberikan latihan mencukupi, bagi membolehkan mereka memberikan bantuan kepada pesakit dengan betul agar tidak mencederakan atau menambahkan lagi kecederaan pesakit.

"Jika terdapat pesakit yang perlu dimasukkan air ke dalam badannya, sekiranya mereka diberikan latihan, bolehlah mereka melakukan kerja-kerja itu dengan betul bagi membantu pesakit sepanjang berada di dalam ambulan," tegasnya.

Menyentuh tentang kepentingan pelajaran anak-anak, beliau menyarankan Kementerian Pengajian Tinggi melakukan penyelarasan terhadap tawaran masuk para pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, kini tawaran masuk para pelajar ke IPTA agar lambat berbanding tawaran yang diterima dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sehingga terdapat para pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu sebelum ke IPTA.

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya, diumumkan pada bulan Mac, manakala tawaran dari IPTS telah diterima oleh para pelajar sekitar bulan Jun dan ke IPTA pula sekitar bulan September.

"Disebabkan tawaran ke IPTA lambat, terdapat pelajar yang telah menerima tawaran ke IPTS terlebih dahulu kerana bimbang tidak akan mendapat tawaran ke IPTA.

"Apabila tawaran ke IPTA diterima kemudiannya, terdapat pelajar yang menanggung kerugian sehingga RM500 akibat membayar yuran yang tidak akan dipulangkan kembali kepada pihak IPTS terlebih dahulu," ujarnya.

Sebelum itu juga, beliau turut menyarankan Kementerian Kewangan agar turut membayar elaun kepada kakitangan kumpulan sokongan yang bertugas di hospital, setelah pihak kerajaan memutuskan untuk membayar elaun khas kepada para doktor dan pembantu perubatan baru-baru ini.

Beliau sebelum itu turut menuntut Kerajaan BN melaksanakan janjinya untuk membina hospital di Pendang di atas tapak seluas 40 hektar dengan kos RM150 juta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, memandangkan janji tersebut telah diulang banyak kali setiap kali pembentangan bajet dilakukan setiap tahun.

"Jadi bilakah lagi nak dibina hospital di kawasan itu? Janganlah hanya menunggu hendak diadakan pilihanraya barulah nak dibina hospital di Pendang," katanya.

Di awal ucapannya, beliau mendesak Kerajaan Pusat mengambil perhatian ke atas nasib para petani, khususnya yang mengusaha tanaman padi agar membantu memberikan benih padi kepada mereka, memandangkan para petani di kawasan Pendang khususnya dan di Kedah amnya kini mengalami kekurangan benih padi.

Kejadian tersebut, menurut beliau, tidak akan berlaku sekiranya perancangan yang dibuat oleh pihak kerajaan betul, tetapi disebabkan terdapat permainan politik di sebaliknya menyebabkan para petani pula yang terpaksa menanggung akibatnya.

Katanya, masalah tersebut tidak sepatutnya dipandang mudah oleh kerajaan kerana ia amat penting bagi kepentingan bekalan beras negara, memandangkan Malaysia kini hanya mempunyai stok beras sebanyak 295,000 tan sahaja setahun.

"Selebihnya, iaitu sebanyak 60 peratus lagi terpaksa diimport dari negara lain termasuk dari Thailand, tetapi Thailand pula baru-baru ini telah dilanda banjir sehingga menyebabkan 1.8 hektar kawasan tanaman padi di negara itu ditenggelami banjir.

Sebelum itu, beliau bertanya kepada Kerajaan BN mengenai status jalan raya yang hendak dibina oleh JKR khususnya jalan timur barat Pendang ke Sungai Tiang yang menelan belanja RM160 juta.

"Projek itu menelan belanja yang besar, tetapi status jalan itu sendiri pun tidak dimaklumkan. Adakah Lebuh Raya Timur Sepang? Apakah status sebenarnya jalan itu?" katanya.

harakahdaily/-

1 maut, 74 cedera kekecohan di Greece

Posted: 20 Oct 2011 06:00 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ATHENS: Kumpulan penunjuk perasaan Greece bertindak ganas di luar parlimen negara itu dengan melemparkan bom api dan batu, menyebabkan seorang pekerja binaan terbunuh.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan ketika ahli Parlimen Greece sedang berkumpul untuk mengundi langkah potongan seperti diarahkan pemiutang antarabangsa.

Susulan kejadian itu, sebuah hospital di Athens berkata, pihaknya memberikan rawatan kepada 74 pesakit yang cedera berikutan pertembungan antara penunjuk perasaan dan pihak polis anti-rusuhan.

Katanya, antara kecederaan yang diberikan rawatan termasuk mangsa yang mengalami kecederaan kepala.

Apabila polis anti-rusuhan melepaskan gas pemedih mata di ibu kota Athens di tengah-tengah Syntagma Square, lebih 50,000 penunjuk perasaan dari kumpulan kecil menyebabkan kekecohan tercetus. - AP

Mayat Muamar Gaddafi diheret dan dikasari

Posted: 20 Oct 2011 05:50 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

"Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi," kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

"Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan," katanya.

Anak juga terbunuh

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

"Ketika ditangkap, dia (Gaddafi) turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya)," kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

''Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC," kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

malaysiakini/-

Gempa bumi kecil bermagnitud 3.9 melanda San Francisco

Posted: 20 Oct 2011 05:45 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SAN FRANCISCO: Gempa bumi kecil bermagnitud 3.9 melanda San Francisco, hari ini, dan tiada laporan kerosakan diterima susulan kejadian itu.

Kejadian dicatatkan di kawasan Berkeley, selepas hampir 22 tahun kali terakhir ia melanda wilayah terbabit di Bay Area.

Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang dirasai sekitar 3.2 kilometer itu dicatatkan pada jam 2.31 petang (waktu tempatan). - AP

Aziz Bari: Warga UIA tuntut penjelasan

Posted: 20 Oct 2011 05:40 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (MPPUIAM) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar).

Presidennya, Mohamad Iqbal Ab Wahab berkata, apatah lagi, Dr Aziz telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu, kata

"Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan akademik secara jelas telah dicabul," katanya kepada Harakahdaily pagi ini.

Baginya, jenayah akademik dan intelektual sebegitu tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.

Tegasnya, yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun.

Tambahnya, tindakan penggantungan sebegitu serta layanan terhadap Dr Aziz sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.

"Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM," katanya.

Beliau menambah, MPPUIAM juga menuntut pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap Dr Aziz dan satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak.

"Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini.

"Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian taman ilmu dan budi , demi nusa, bangsa dan agama Islam yang tercinta," ujarnya lagi.

Tambahan pula, ujarnya apabila membawa nama Universiti Islam Antarabangsa.

harakahdaily/-

Kenyataan Jamil Khir sah Umno gagal jaga Islam

Posted: 20 Oct 2011 05:30 PM PDT

23 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah telah menyerlahkan dan mengesahkan kegagalan Umno selama ini untuk menjaga agama Islam di dalam negara ini.

Ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, sepatutnya Umno yang selama ini mendabik dada sebagai pembela orang Melayu dan agama Islam telah memartabatkan Islam di tempat yang selayaknya.

Tambahnya, tetapi amat malang setelah 54 tahun Umno memerintah negara ini, agama Islam telah semakin terpinggir daripada sudut pengamalan masyarakat Islam masakini dan yang paling dikesali Islam menjadi sasaran cemuhan dan hinaan masyarakat bukan Islam.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan sepatutnya Jamil Khir sebagai seorang agamawan Islam sepatutnya mengambil kesempatan di atas jawatan beliau untuk menyokong undang-undang hudud yang telah diluluskan di Dun Kelantan dan Terengganu dan diberikan nilai tambah untuk diluluskan dan dilaksanakan di peringkat Kerajaan Pusat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tetap berpandangan dengan pembabitan Pemuda Umno, Perkasa dan rakan seangkatannya di dalam perhimpunan tersebut akan menyebabkan program tersebut dimonopoli oleh mereka keseluruhannya.

Akhirnya, kata beliau program tersebut akan menjadi medan politik murahan Umno dan akan dipenuhi dengan hamburan maki keji nista terhadap agama lain seterusnya merosakkan hubungan baik antara agama di dalam negara ini.

Menurutnya, Umno, Perkasa dan rakan-rakan sekutu mereka selama ini telah terbukti dan terkenal di dalam meng'hijack' program orang lain dan memainkan isu-isu sentimen agama dan perkauman untuk kepentingan politik sempit mereka.

Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga penganjur program Himpun akan mempastikan program tersebut tidak akan menjadi medan yang akan merosakkan hubungan murni antara kaum dan agama di dalam negara ini.

"Sekiranya ianya berlaku maka ia akan menjadi episod malang dan bencana kepada negara dan agama Islam itu sendiri dan semuanya adalah kesalahan daripada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional," ujarnya.

harakahdaily/-

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 20 Oct 2011 11:49 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


100 keluarga terima bantuan Deepavali

Posted: 20 Oct 2011 06:11 AM PDT

GURUN : Seramai 100 keluarga dari kalangan masyarakat India di sekitar Gurun menerima bantuan sempena Deepavali yang disumbangkan oleh Dewan Pemuda dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Jerai.

Bantuan berupa hamper barangan keperluan harian itu disampaikan oleh ketua pemudanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai dan turut ditemani timbalan pengerusi DHPP, Yanapapasagam a/l Kuppasamy.

Firdaus dalam ucapannya berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan golongan yang kurang berkemampuan membuat persiapan untuk merayakan pesta cahaya itu.

"Setiap tahun kami akan memperuntukkan sejumlah dana bagi membantu golongan kurang berkemampuan di kalangan masyarakat India di sini untuk sama-sama bergembira menyambut perayaan Deepavali.

"Kita buktikan slogan 'PAS FOR ALL' bukanlah sekadar laungan dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan keturunan dalam penyaluran bantuan khususnya kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Menurut Firdaus, langkah yang diambil pihaknya itu adalah sebahagian dari usaha dan pendekatan PAS dalam menguatkan perpaduan antara kaum serta mengukuhkan integrasi antara kaum pada masa depan.

Ujar beliau lagi, tidak ada satu kaum pun yang akan tersisih dalam proses penyaluran bantuan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh parti untuk semua itu.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Oct 2011 09:32 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


KURSUS TERAPI SOLAT SEMPURNA

Posted: 20 Oct 2011 04:57 PM PDT



KURSUS TERAPI SOLAT SEMPURNA
Tarikh : 27 & 28 Okt 2011 (Khamis & Jumaat)
Masa : 8 pg - 5 ptg
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, N.Sembilan
Penceramah :
Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim (Ketua Penyelidik Biokejuruteraan Solat, Universiti Malaya)
Ustaz Nizam Abd Kadir (Tanyalah Ustaz TV9)

Untuk pertanyaan atau pendaftaran tel 06-6787155 (Ustazah Suraya /Ustazah Fauziah)
Semua dijemput hadir
Penyertaan kursus terhad kepada 200 orang peserta sahaja

Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara

Posted: 19 Oct 2011 11:56 PM PDT



Senaraikan projek terbengkalai seluruh negara
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Okt 2011 : Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran, lapor KeadilanDaily.

"Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan.

"Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.

Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang.

"Jangan ulangi untuk beri projek kepada syarikat tertentu dan broker sahaja kerana kesannya membebankan," tegas Kamarul.

Dalam pada itu, menyentuh kadar hutang semasa negara yang berjumlah RM437 bilion dengan kadar faedah 5 peratus setahun, Kamarul menjangkakan Malaysia akan mempunyai hutang terkumpul RM1 trilion pada tahun 2020.

"Apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan hutang piutang, sedangkan belum tentu kita dapat mengawal jumlah hutang yang ada sekarang. Apakah pendapatan negara meningkat dengan kadar sama munasabah dengan hutang semasa?" soal Kamarul.

Tambahnya, budaya hutang kritikal dicerminkan melalui statistik 41 belia muflis setiap hari di negara ini kerana masalah kad kredit, hutang kenderaan dan bayaran pinjaman perumahan.

"Lebih separuh dari gaji mereka digunakan untuk membayar hutang. Ini sangat bahaya. Kita tak mahu generasi muda yang diharapkan untuk mentadbir negara ini terjebak dalam hutang.

"Apakah ini yang kita mahu ketika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam masa 9 tahun?" soal Kamarul.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6083-senaraikan-projek-terbengkalai-seluruh-negara

PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Oct 2011 07:23 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Raja Melayu Hilang Kuasa Sebab Siapa?

Posted: 20 Oct 2011 03:35 PM PDT

Siapa Sebenarnya Yang Menghina Raja-Raja Melayu?
Raja berperlembagaan adalah sebuah kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara.[1]. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy. Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan. Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kalau mengikut peranan dan keistimewaan yang telah diperuntukan kepada Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Mulia Raja-raja Melayu maka sesiapa yang mempertikaikan atau menentang kelulusan undang-undang negeri yang telah di perkenankan oleh raja atau sultan negeri tersebut seharusnya di patuhi bukannya dihalang dari dilaksanakan.
Bila ada pihak yang mempertikaikan peranan Raja atau Sultan secara tidak langsung sudah menghina raja atau sultan yang memerintah negeri tersebut. Contoh di Kelantan dan Terengganu di mana undang-undang syariah sudah diluluskan dengan perkenan dari sultan mengapa masih ada pihak yang berani menghalang atau mempertikaikan undang-undang tersebut sampai sekarang terhalang. Bukankah ini sama saja menghina raja-raja Melayu? Mengapa tidak ada tindakan diambil keatas pihak yang menghina raja-raja Melayu tersebut?
Adakah disebabkan mereka memegang kuasa di pusat maka mereka bebas dari sebarang tindakan undang-undang tetapi kalau ada pihak yang memberi pandangan berdasar ilmu pengetahuan dan kepakaran beliau dalam bidang perlembagaan maka dengan segera tindakan diambil. Bagaimana pula kalau pihak yang mempertikaikan yang Malaysia tidak pernah dijajah tiada pula sebarang tindakan diambil.
Kita mendesak agar pihak keselamatan dalam negeri dan juga mereka yang bekenaan janganlah bertindak berdasar arahan dan kepentingan politik tertentu tapi biarlah bertindak secara professional. Malaysia sekarang dalam perhatian dunia kerana demokrasi di Malaysia sudah tercemar akibat campur tangan politik kotor yang melampau. Bebaskan Malaysia dari campur tangan orang politik yang kotor dan tidak adil. Semoga rakyat Malaysia dapat menentukan nasib mereka dengan memberi pengajaran kepada mereka yang mengotori amalan demokrasi di Malaysia ini nanti dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.

English Version
Who Actually insulting the Malay Rulers?
Constitutional monarchy is a government established under a constitutional system that recognizes the King as head of state. [1]. Modern constitutional monarchies usually use the concept of trias politica, or political trio. This means that the King is only a symbolic head of the executive and its links is limited by the Constitution. When a king has full sovereignty it is called an absolute monarchy or absolute monarchy.
The Yang di-Pertuan Agong's role is that of a constitutional monarch. The Federal Constitution and Parliamentary Acts made in accordance with it define the extent of his powers as the Federal Head of State. The executive power of the federal government is vested in him.
Malay Rulers have constitutional role to protect the privileges, position, eminence and greatness of the Malay Rulers, safeguard Islam, Malay as the national language and the legitimate interests of other races in Malaysia. From Wikipedia, the free encyclopedia.


If we follow the roles and privileges that have been allocated to The Yang di-Pertuan Agong and His Royal Highness of the Malay rulers those who argue for or against the approval of the state law that has been assent by the king or sultan of the state should be complied not be deprived of. If there are those who argue the role of the King or the Sultan had indirectly insulted the king or the sultan who ruled the state. Examples of Kelantan and Terengganu where Sharia law was approved with the consent of the sultan's why there are those who dare to impede or the legal dispute until now prevented. Is not this the same contempt of the Malay rulers? Why no action is taken against those who insulted the Malay rulers?
Is because they hold the power in the federal they are free from any legal action, but if there are those who give advice based on his knowledge and expertise in the areas of constitutional, then the immediate action is taken. What if those who argue that Malaysia has never occupied there was no action taken.We urge that the security and those concerning, do not act based on the direction and specific of political interests, but let acted professionally. Malaysia is now in attention of the world for democracy, Malaysia has contaminated as a result of political interference that is extremely dirty. Let Malaysia free from political intervention, dirty and unfair. Hopefully the people of Malaysia can determine their fate by giving lessons to those who sully democracy in Malaysia by giving votes to the Pakatan Rakyat.

PAS Kawasan Pekan

Posted: 20 Oct 2011 07:03 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


1,000 dijangka serta Persidangan ICT, Media Baru

Posted: 20 Oct 2011 01:59 AM PDT


Sumber : harakadaily

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ketua Penerangan, Ketua IT dan Penggerak Media Baru serta jawatankuasa berkenaan dijemput menyertai Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) pada 22 Oktober ini di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar.

Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan perasmian dan penutup program itu.

Pengarah Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadli Shaari yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan mengesahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menyampaikan amanat dan bertemu dengan pimpinan PAS yang menjadi penggerak Media Baru di semua peringkat.

Persidangan bertemakan "Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU-13" melibatkan tiga pembentangan kertas kerja berkaitan dengan ICT dan Media Baru iaitu Dr Muhammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Kedah dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah dengan ucaptama oleh Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.

Paling menarik adalah diskusi yang melibatkan tokoh akademik dalam bidang komunikasi dan media, Prof Dr. Azmuddin Ibrahim bersama penggiat media, Ahmad Lutfi Othman dan blogger Cina Islam, Drs Khalil Idham Lim sebagai moderator.

Dijangkakan kurang lebih 1,000 orang penggerak ICT dan Media Baru PAS akan berkumpul di Taman Melewar untuk membincangkan persiapan berhadapan dengan cybertrooper Umno bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Oct 2011 03:47 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AKHIRNYA UMNO IKUT JEJAK PAS DAN PKR !

Posted: 20 Oct 2011 11:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Umno tidak terbabit dalam penganjuran perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.

"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Bernama



Chua Soi Lek Bantah Himpunan Sejuta Umat..
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.

"Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu)," kata Dr Chua hari ini.

"Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini," kata beliau.


Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

"Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan," katanya.

22 OKTOBER ADALAH HARI KANAK-KANAK !

Posted: 19 Oct 2011 05:10 PM PDT

HIMPUN dikatakan akan di programkan pada 22 Oktober sempena hari kanak2 sedunia. Kalau silap2 tiada amalan soleh boleh jadi macam kanak2...mudahan Allah elakkan kita jadi begitu.
Yang teman pelik dan malu (mohon maaf pada dato seri Harussani jika terkasar bahasa) walaupun HIMPUN dikatakan diurus oleh NGO serta penyertaan namun rakyat tau sapa di belakangnya.
Apa yang pelik, kerajaan BN yang ada kuasa dengan JAKIMnya dengan JAIS dan Jabatan Agama Islam setiap negeri dengan Ulama dan Muftinya tidak dapat menangani masalah murtad terang-terangan.Kalau begitu gayanya , memang silap Najib tambah 2 tahun perkhidmatan kepada 60 tahun. Pase , dah tua dah tak produktif dan kreatif melakukan koroje. Hate elok bebenor org mude yang menerajuinya.
Tentang murtadnya yang sebenornya terletak pada individu yang sudah mengucap 2 kalimah sahadat waima dtg mubaligh kristian atau bapak kristian dari Itali yang ditemui Najib itu dakwah kalau iman dah kuat tak perlu akta2 ini. Yang penting Jabatan agama yang ada perlu beri sokongan dan penjelasan serta tonjolkan hukum Islam serta laksanakan hukum Islam yang ada maka berduyun lagi orang belum Islam akan masuk Islam.
Yang masalahnya UMNO atau kerajaan BN bila PKR atau PAS buat cadangan atau teguran atau penemuaan berkenaan Islam ... mereka(BN/UMNO) akan memperlekehkan sepatutnya dibantu dan dicadangbaik walaupun berlainan politik.
Dengan sebab kami PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bersetuju pada saranan Presiden PAS agar tidak menyertai HIMPUN pada 22 Oktober ini, kalau BERSIH 3.0 ok juga...tapi ingat Pihak Polis jangan dabel standad!

22 OKTOBER ADALAH HARI KANAK-KANAK !

Posted: 19 Oct 2011 05:10 PM PDT

HIMPUN dikatakan akan di programkan pada 22 Oktober sempena hari kanak2 sedunia. Kalau silap2 tiada amalan soleh boleh jadi macam kanak2...mudahan Allah elakkan kita jadi begitu.
Yang teman pelik dan malu (mohon maaf pada dato seri Harussani jika terkasar bahasa) walaupun HIMPUN dikatakan diurus oleh NGO serta penyertaan namun rakyat tau sapa di belakangnya.
Apa yang pelik, kerajaan BN yang ada kuasa dengan JAKIMnya dengan JAIS dan Jabatan Agama Islam setiap negeri dengan Ulama dan Muftinya tidak dapat menangani masalah murtad terang-terangan.Kalau begitu gayanya , memang silap Najib tambah 2 tahun perkhidmatan kepada 60 tahun. Pase , dah tua dah tak produktif dan kreatif melakukan koroje. Hate elok bebenor org mude yang menerajuinya.
Tentang murtadnya yang sebenornya terletak pada individu yang sudah mengucap 2 kalimah sahadat waima dtg mubaligh kristian atau bapak kristian dari Itali yang ditemui Najib itu dakwah kalau iman dah kuat tak perlu akta2 ini. Yang penting Jabatan agama yang ada perlu beri sokongan dan penjelasan serta tonjolkan hukum Islam serta laksanakan hukum Islam yang ada maka berduyun lagi orang belum Islam akan masuk Islam.
Yang masalahnya UMNO atau kerajaan BN bila PKR atau PAS buat cadangan atau teguran atau penemuaan berkenaan Islam ... mereka(BN/UMNO) akan memperlekehkan sepatutnya dibantu dan dicadangbaik walaupun berlainan politik.
Dengan sebab kami PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 bersetuju pada saranan Presiden PAS agar tidak menyertai HIMPUN pada 22 Oktober ini, kalau BERSIH 3.0 ok juga...tapi ingat Pihak Polis jangan dabel standad!

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Oct 2011 03:43 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


JUALAN BAJU IJTIMA' TARBAWI DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 2011

Posted: 20 Oct 2011 07:39 AM PDT



Baru-baru ini, bersempena dengan Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat 2011 (Ijtima' Tarbawi 2011) yang akan di adakan pada 28-30 Oktober 2011, satu rekaan khas bagi baju rasmi Ijtima' Tarbawi 2011 telah di lancarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasrudin Hassan Tantawi (Gambar).

Ijtima' Tarbawi yang akan dilangsungkan bertempat di KUIZM, Taman Melewar ini bakal menyajikan pengisian-pengisian rohani yang sangat melazatkan dan akan meningkatkan lagi kefahaman serta perasaan kasih kepada usaha-usaha untuk mendaulatkan Islam.

Dengan berbekalkan tema "Perkasakan Amal Tarbawi, Menangi Pilihanraya", Insya Allah barisan kepimpinan akan turun memberikan pengisian tarbiyyah yang sewajarnya bagi menyediakan jentera-jentera yang bukan sahaja mantap dari segi strategi pilihanraya, malahan juga dari segi persediaan tarbiyyah yang sebetulnya bagi seseorang yang menggelarkan diri mereka sebagai ahli gerakan Islam.

Justeru, adalah amat diharapkan agar seluruh ahli Dewan Pemuda PAS semua peringkat di seluruh Malaysia boleh turut hadir dalam Ijtima' Tarbawi 2011 ini. Bagi yang berminat untuk menempah baju rasmi Ijtima' Tarbawi 2011 (gambar), bolehlah menghubungi Saudara Kamal di talian 013 986 3106 untuk maklumat lanjut.

Jualan Runcit: RM20/Helai
Jualan Borong: RM18/Helai



(GAMBAR AL JAZEERA) GHADAFFI TERBUNUH!!!

Posted: 20 Oct 2011 06:41 AM PDT


Satu laporan berita dari Al Jazeera menyebut Muammar Gaddafi telah terbunuh, beliau cedera di kedua-dua kakinya,

Punca kematian Gaddafi akibat daripada kakinya yang cedera parah selepas diserang bertubi-tubi oleh tentera pealihan kerajaan (NTC) dengan bantuan tentera NATO yang berjaya menawan kubu terakhir Gaddafi di bandar kelahirannya, Sirte.


Jurucakap NTC, Jamal abu-Shaalah yang juga komander operasi menangkap Gaddafi berkata, semasa ditawan, Gaddafi merayu supaya tidak ditembak kerana kedua-dua kakinya cedera teruk semasa pertempuran.


Satu lagi laporan menyebut bahawa Gaddafi bersembunyi di dalam lubang bawah tanah setelah cuba melarikan diri menggunakan lebuh raya menuju ke sempadan Tunisia.


Jurucakap NTC yang berada di Sirte, Abdel Majid berkata Gaddafi dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah ambulans.


Majed juga menyebut semasa pertempuran tersebut, ketua turus tentera Gaddafi, Abu Bakr Younus Jabr terbunuh berhampiran dengan tempat di mana Gaddafi ditawan.


Agensi berita Reuters turut mengesahkan bahawa Gaddafi terbunuh, sebentar tadi.





AYUH.... DEMO DI MASJID UIA ESOK!!!

Posted: 20 Oct 2011 05:55 AM PDT

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab mengecam sekeras-kerasnya tindakan UIA menggantung tugas Aziz Bari. Katanya, tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'.


"Oleh yang sedemikian, SMM menyatakan pendirian sekeras-kerasnya mengecam tindakan tersebut. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UIA seharusnya mempertahankan Prof Dr Abdul Aziz Bari atas dasar kebebasan akademik dan kebebasan berpendapat.

"Justeru, SMM akan melakukan mobilasi mahasiswa secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Universiti Islam Antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, SMM menjangkakan hampir 1,500 orang mahasiswa dan anak muda akan hadir untuk turut serta.

.... AYUH... TUNGGU APA LAGI???

HIMPUN : AMARAN KERAS KPM KEPADA GURU & PELAJAR

Posted: 20 Oct 2011 05:40 AM PDT

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memberikan amaran keras kepada para guru dan pelajar untuk tidak terbabit dalam Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN)  pada 22 Oktober ini seumpama perhimpunan Bersih 2.0 terdahulu atau berhadapan tindakan undang-undang.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Puad Zarkashi berkata, amaran keras itu bagi memberi peringatan kepada mereka atau berhadapan dengan tindakan tatatertib, selain daripada tindakan undang-undang yang akan diambil oleh polis.

"Kita tidak akan berkompromi kerana ingatan demi ingatan telah dikeluarkan supaya rakyat termasuk kumpulan guru dan pelajar tidak menyertai perhimpunan itu.

"Malah memang diakui bahawa, pada perhimpunan Bersih 2.0 dahulu terdapat segelintir pihak menggunakan pelajar sekolah untuk menjadi benteng pertahanan mereka," katanya dalam satu sidang media

PROF AZIZ BARI DIGANTUNG!!!

Posted: 19 Oct 2011 10:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.


Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.

Aziz ketika dihubungi berkata beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan perkara itu.

"Saya serahkan kepada peguam saya," katanya ketika dihubungi.

.... malu aku jadi bekas pelajar UIA bile ada pentadbiran yang tunduk kehendak umno....

CHUA SOI LEK SURUH HIMPUN DIBATALKAN

Posted: 19 Oct 2011 05:48 PM PDT

Chua Soi Lek berkata penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) agar membatalkan kempen terhadap Kristian yang didakwa mencabar akidah umat Islam demi mengelakkan ketegangan agama.


"Sama ada ia harus diteruskan ataupun sebaliknya, saya fikir polis tahu apa yang hendak dilakukan, tetapi secara peribadi saya merasakan tidak harus ada sebarang perhimpunan (seumpama itu)," kata Dr Chua hari ini.

"Kita harus mengurangkan sebarang bentuk aktiviti agama yang akan menyumbang kepada perasaan sangsi antara pelbagai kaum di negara ini," kata beliau.

Dr Chua berkata setiap orang menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan kepelbagaian dalam pandangan.

"Dan, jika kita tidak boleh menerima yang itu dan selalu mahu mengenakan kepercayaan (kita) ke atas orang lain, akan sentiasa ada ketegangan," katanya.

DAKWAAN CABUL ANAK LIM... UMNO SUDAH KECUT...

Posted: 19 Oct 2011 05:45 PM PDT

Pemimpin-pemimpin Umno menegaskan dakwaan gangguan seks ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tiada kaitan dengan parti meskipun perkara itu dilontarkan oleh blog salah seorang ketua bahagian komponen teras Barisan Nasional (BN) tersebut.


Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman menggunakan nama Lim.

Bung Moktar RadinSementara beberapa ahli Parlimen dari BN memberitahu The Malaysian Insider bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

"Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri," kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

"Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, "ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan."

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 20 Oct 2011 03:27 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


HIMPUN: Halang?

Posted: 19 Oct 2011 09:35 PM PDT

Salam Palestin, Saya dihujani soalan daripada pelbagai pihak terutama rakan-rakan saya daripada pemuda PAS atas tulisan saya semalam. PAS halang atau tidak? Ia mungkin berpunca daripada satu arahan yang saya kurang periksa kesahihannya yang menghalang ahli PAS daripada menyertai perhimpunan satu juta anjuran sekretariat HIMPUN yang diketuai pemimpin NGO paling dikenali iaitu Cikgu Azmi TERAS. [...]

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 20 Oct 2011 01:47 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Misteri Cincin Puaka ~ Pendedahan SAMM

Posted: 20 Oct 2011 10:20 AM PDT

BACA ~ FAHAM ~ DAN SEBARKAN








AHLI AKADEMIK DITEKAN? ~ SHAMSUL ISKANDAR

Posted: 20 Oct 2011 10:07 AM PDT

pelbagai pihak menyatakan bantahan terhadap penggantungan perkhidmatan pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ekoran kenyataannya berkenaan titah Sultan Selangor baharu-baharu ini.
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melalui Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penggantungan itu jelas mencalarkan imej UIAM selaku 'Taman Ilmu dan Budi', apabila seorang pensyarah yang berhujah melalui fakta dan kepakarannya, ditekan dengan tindakan seumpama itu.
"AMK tidak berniat untuk campur tangan di dalam pentadbiran UIAM. Sebaliknya, yang dipertikaikan ialah kenapa wujud kekangan ke atas kebebasan akademik, atau secara asasnya kebebasan berfikir di kalangan pensyarah yang bertanggungjawab mendidik mahasiswa?," soal beliau dalam satu kenyataan media.
Sementara itu,Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) menjelaskan, mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik.
"Gerak merasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap beliau," kata setiausaha agungnya, Rosli H Mahat.
Jelasnya, Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
"Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui satu dokumen bertajuk Recommedation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel," ujarnya lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis juga dengan segera perlu menarik balik tindakan mereka mahu menakut-nakutnya pensyarah itu hanya kerana memberikan pandangan mengenai undang-undang.
"Pada masa yang sama, UIA seharusnya menarik balik surat tunjuk sebab yang mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah untuk menekan pandangan-pandangan yang berbeza," kata beliau.
Exco Selangor, Elizabeth Wong berkata tindakan UIAM menggantung pakar perlembagaan terkemuka itu amat mendukacitakan. "UIAM, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea," katanya.
Tambah Elizabeth lagi, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau.
"Dengan mengambil tindakan ini, UIAM terbukti mementingkan agenda politik UMNO.  "Transformasi" yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong," ujarnya.
Dalam pada itu ,kumpulan mahasiswa akan menggerakkan golongan itu secara besar-besaran daripada seluruh kampus di Lembah Klang untuk berdemonstrasi terhadap UIAM yang menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Pengerusi NGO Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Syukri Abd Razab berkata, dijangkakan hampir 1,500 mahasiswa dan anak muda akan hadir bagi "mempertahankan kebebasan akademik".
"Solidariti Mahasiswa Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Universiti Islam Antarabangsa menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari.
"Tindakan UIA adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'," kata Syukri.
Lawyers For Liberty pula menyatakan tindakan UIAM tersebut bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan yang memberi kebebasan untuk bersuara dan menuntut kebebasan akademik dipertahankan.
"Kami menuntut bahawa penggantungan ini  wajar ditarik balik serta-merta manakala menyeru SKMM tidak langkau sempadan bidang kuasa. Kami juga menggesa pihak polis menghentikan serta-merta mengganggu Prof Aziz Bari dengan penyiasatan di bawah zalim Akta Hasutan," katanya.
Perhimpunan itu dijadual berlangsung di masjid kampus UIA di Gombak selepas solat Jumaat.
Malahan protes ini semakin hebat melalui laman media sosial apabila beberapa laman Facebook dibuka untuk menyatakan bantahan tersebut.
Laman facebook "10,000 mahasiswa menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari" dan "Kami Bantah Penggantungan Dr. Aziz Bari" mencatat lebih 2,000 selepas beberapa jam laman itu dibuka.

Gambar : Bukti Zul Kulim amat berpengaruh di Kulim

Posted: 20 Oct 2011 10:00 AM PDT

Oleh Anak Sg Derhaka
Sebelum korang tengok gambar ribuan hadir dalam ceramah Zul Kilm diakhir entry.. baca dulu mesej ini..

Mesej dari abangg Mat, Kelang Lama ,Kulim Kedah.

Sebelum hang nak cabar prof Aziz Bari ..Aku cabar hang buat 'rumah terbuka' pada A'idil Adha nanti.

Apa macam malaun …. ,lagi pun tak lama dah kita akan sambut hari kemerdekaan seluruh umat islam sedunia.

Aku duk tunggu jugak sejak 2008 kot kot hang nak buat rumah terbukak sempena a'dil fitri yang barakah..Tak Dak Jugak!..Hang dah balun berbelas ribu sebulan ,apa cerita baruah UmporNo oiii? nak buat jamuan Teh 'O' dan dua tiga biji kuih raya tak boleh ka?

Bukan main sedap hang laa ni jadi DJ UMporNO konon hero islam nak menentang puak gereja macam brahim geli…piii laaaah mampoih…Kami dibawah punya susah payah nak bagi PKR menang di Parlimen Kulim/Bandar Baru..tup tup hang senang lenang jual agama masuk kedalam tong taik UMporNO..

Hang kena sedar laa sikit kami orang kampong tak akan HALALkan elaun hang duk makan tiap tiap bulan tu..Penipu melayu dan islam macam hang mana ada maruah..mentekedarah hasil keringat kerja buat orang kampong!

Lihatlah ribuan?? hadir mendengar pidato Zul Kulim..




Sumber gambar : Na'im Nikmat

CUKUP-CUKUPLAH ZUL KULIM TUNJUK BODOH

Posted: 20 Oct 2011 09:55 AM PDT

KEBODOHAN Zul Kulim terdedah di Parlimen hari ini bila beliau mendakwa PAS `menghalalkan' liwat suami ke atas isteri. Memang tabiat Zul Kulim, bila beliau berhujah beliau tidak akan membenarkan Ahli Parlimen dari Pembangkang mencelah kerana beliau tahu kebodohan beliau akan terserlah nanti. Justeru itu, beliau menganggap berhujah di Parlimen seperti bercakap di depan TV3 tanpa ada sesiapa mahu menyanggahnya.

Sebelum ini, Zul Kulim telah membuat satu alasan untuk tidak menyahut cabaran Prof Dr Aziz Bari bagi mengadakan debat dengan beliau dalam isu menghina Sultan Selangor. Cara bodoh Zul Kulim adalah dengan meletakkan syarat sebelum berdebat, syaratnya Prof Dr Aziz Bari mesti mohon maaf dahulu kepada Sultan Selangor. Di situ sudah cukup menunjukkan betapa bengapnya MP Kulim Bandar Baru ini. Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor, perlu apa lagi debat? Bukankah debat itu atas isu betulkah Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan Selangor? Itulah Zul Kulim yang sentiasa mencari alasan untuk menyorokkan kebaculannya. Sama juga seperti beliau bacul tidak berani menyahut cabaran YB Khalid Samad untuk berdebat dalam isu Kalimah Allah.
Kebengapan otak Zul Kulim tidak boleh disorokkan melalui `kopiah' di atas kepalanya. Hari ini terdedah lagi apabila beliau mahu bercakap isu agama iaitu berkaitan Hudud dan soal Baligh. Beliau merujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut beliau, perkara itu dirujuk pada Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

Jelas sememangnya Zul Kulim tidak tahu apa-apa tentang hukum Hudud tersebut. Beliau jahil di dalam menafsirkan undang-undang tersebut. Saya yang tidak berkopiah tinggi macam beliau pun faham serba sedikit tentang tafsiran undang-undang tersebut. Apa yang dimaksudkan di dalam undang-undang itu, jika berlaku perbuatan suami memasukkan zakar ke dalam dubur isterinya, ia tetap perbuatan liwat dan berdosa besar tetapi tidak menyamai hukuman liwat yang dilakukan selain dari suami dan isteri. Sama juga contoh, seseorang yang mencuri itu akan dipotong sebelah tangannya kecuali yang mencuri itu teramat lapar. Adakah ini bermakna orang yang lapar dihalalkan mencuri? Jawapannya tidak, mereka tetap berdosa kerana mencuri tetapi hukuman ke atasnya tidak sama dengan hukuman ke atas pencuri yang tiada alasan untuk mencuri.

Paling membangangkan, Zul Kulim tidak faham maksud `Mumayyiz' (berakal). Bagaimana mahu berhujah soal hukum Hudud jika bab Muamayyiz pun Zul Kulim tidak khatam? Hujah Zul Kulim cukup sekadar dijawap oleh Salahuddin Ayub dan MP dari PKR sahaja, tidak perlu Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi menjawabnya. Lain kali, bila Zul Kulim berhujah bab agama, kita harap PAS sediakan budak PASTI untuk menjawab dan mengajar MP Bebas dari Kulim Bandar Baru yang bakal hilang deposit di dalam PRU akan datang itu.

Lain-lain boleh baca di sini. Memang tepat PAS tendang, PKR pula sepak Zul Kulim keluar dari Jemaah daripada kita semua mendapat malu dari perangai dan kebodohan MP yang `tidak mumayyiz' lagi itu./wfauzdin.blogspot.com

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Oct 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Patah Pinggul Bertembung Kereta

Posted: 19 Oct 2011 08:00 PM PDT



ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori patah tulang pinggul manakala dua kelindan terselamat selepas lori dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta Proton Wira di Jalan Bukit Putus-Tebon-Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, pemandu lori, Mohd Shukor Bahari, 40-an, bersama Mohd Asyraf Arsad, 26, dan Khairul Azlan Othman, 20, dalam perjalanan pulang dari Durian Tunggal ke Maran, Pahang selepas selesai kerja.

Difahamkan, kereta Wira terbabit yang dipandu Nordin Senin, 28, dari arah Gemas ke Tebong cuba memotong sebuah lori muatan tiga tan namun gagal hingga bertembung dengan sebuah lori lain dari arah Gemas.

Menurut Mohd Asyraf, mereka bertiga terkejut sebaik menyedari kereta Wira terbabit tiba-tiba memotong sebuah lori lain namun gagal dan bertembung lori dipandu rakannya biarpun Mohd Shukor cuba mengelak ke kiri.

"Kereta Proton Wira itu tiba-tiba memotong sebuah lori di hadapannya, tetapi tidak lepas dan terus merempuh bahagian depan sebelah kanan lori yang kami naiki biarpun Mohd Shukor cuba mengelak ke kiri.

"Malah, lori yang kami naiki juga nyaris merempuh tiang elektrik berhampiran. Akibat pelanggaran itu pemandu kereta itu cedera di bahagian badan akibat tersepit manakala Mohd Shukor patah tulang pinggul.

"Saya dan Khairul Azlan bagaimanapun bernasib baik kerana tidak cedera," katanya.

Menurut Mohd Asyraf, dia dan Khairul Azlan tergamam dan tidak berani menolong Mohd Shukor dan Nordin kerana bimbang mereka mengalami kecederaan lebih teruk sebelum orang awam cuba membantu dan menghubungi ambulans.

Sementara itu jurucakap hospital berkata, kedua-dua pemandu yang cedera dihantar ke Hospital Tampin, Negeri Sembilan untuk rawatan sebelum Mohd Shukor dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Kemalangan Bas-Treler

Posted: 19 Oct 2011 04:51 PM PDT



JASIN: "Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan," kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42.

Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.


Menurut Aziz, ketika kejadian dia cuba memasuki lorong kecemasan bagi memberhentikan treler muatan besi buruk yang dipandu berikutan masalah brek kanan dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

"Dua penumpang cedera dalam kemalangan itu, seorang daripadanya yang identitinya masih belum dikenal pasti mengalami patah kaki kanan dan dihantar ke Hospital Tangkak, Ledang untuk rawatan.

"Manakala, wanita mengandung lima bulan dikenali sebagai Loh Hua Moi, 40, dari Kampung Sarang Buaya, Semerah, Batu Pahat, Johor pula hanya cedera ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Melaka sebagai pesakit luar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.

"Ketika kejadian, treler ini mengalami kerosakan pada bahagian brek kanannya dan bergerak perlahan dari laluan kiri untuk memasuki ke lorong kecemasan dan sebelum sempat keseluruhan bahagian badan treler masuk ke lorong itu ia dilanggar bas ekspres terbabit.

"Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya," katanya.

Menurutnya, pemandu bas dan treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kemalangan," katanya.

H/metro

Batu Gajah Mari

Posted: 20 Oct 2011 11:23 AM PDT

Batu Gajah Mari


Gaddafi Mati!!!

Posted: 20 Oct 2011 09:08 AM PDT



Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).
pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato."Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."

Pegawai kanan tentera NTC juga berkatamenteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar YounusJabr terbunuh sewaktu penangkapan bekaspemimpin Libya itu.

NONESebelum ini, APmelaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 20 Oct 2011 09:56 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Ganu Nelang : Gol kemenangan Terengganu

Posted: 19 Oct 2011 02:58 AM PDT



N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Oct 2011 09:47 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


DYMM Sultan Selangor tinjau Perpustakaan TUN UDA SHAH ALAM

Posted: 20 Oct 2011 08:26 AM PDT


19.10.11
SHAH ALAM

Pada hari yang bertuah ini, DYMM Sultan Selangor telah berkenan mencemar duli melawat sendiri bangunan Perpustakaan PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) di Seksyen 13 Shah Alam.

   Lawatan kerja ringkas tetapi menyeluruh DYMM Sultan Selangor menggambarkan keprihatinan baginda kepada pusat ilmu di Selangor.Minat mendalamnya kepada bahan-bahan ilmu dan perpustakaan jelas ternyata dengan minatnya sendiri untuk melihat rakyatnya mendapat manfaat daripada segala khazanah ilmu yang boleh dimuatkan dalam pusat sumber ilmu ini.

  Turut hadir EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor,YB Dr Hjh Halimah Ali, Pengarah PPAS Hjh Mastura, Setiausaha Kerajaan, Pengarah JKR, Dato' Bandar MBSA,Pengerusi Kumpulan Perangsang, Arkitek dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain serta ahli lembaga Pengarah.
  Baginda juga berkenan untuk merasmikannya pada 10.11.12 insyaallah sebagai salah satu event penting dalam rangkaian aktiviti sempena HARI KEPUTERAAN Baginda yang disambut pada 11.12.11.
Menjunjung kasih Tuanku!

DR ASRI dan sejarah 'MURTAD' di OXFORD

Posted: 20 Oct 2011 05:21 AM PDT

Murtad dan Bandar Oxford — Dr Mohd Asri Zainul Abidin

October 20, 2011
Lukisan menunjuk pembakaran Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer.
20 OKT — Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di UK dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu. Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar. Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke'jais'an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat.
Dari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat university di Paris. Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu.
Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konfliks politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini.
Dibakar Hidup-Hidup
Saya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang 'shuhada' Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup. Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16. Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik. Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas.
Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian theology, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Queen. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556.
Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka. Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka. Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.
Benarkah Murtad?
Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri?! Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat. Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama. Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.
Dikenang
Hari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia. Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang. Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata.
Penulis di tempat bekas tokoh-tokoh pembaharuan Kristian dibakar hidup-hidup.
Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih 'ganas'. Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa 'God was dead' (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang. Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion  atau penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar. Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya. Tuduh Murtad
Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal Tuhan kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci. Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri.
Menuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.
Islam adalah agama dialog dan hujah. Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak. Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog. Firman Allah (maksudnya): "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).
Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?
* Professor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah Visiting Research Scholar 2011-2012 di Oxford Centre for Islamic Studies, England.

TOKOH AKADEMIK JADI MANGSA: KES AZIZ BARI APA HAL?

Posted: 20 Oct 2011 04:12 AM PDT

Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai "tindakan mengampu".

NONE"Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.

"Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.

"Tindakan ini adalah tindakan mengampu," kata fellow pelawat di Universiti Oxford itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri (kanan) menyifatkannya sebagai "tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik".

Beliau bahkan sinis terhadap apa yang dirujuknya sebagai "kepimpinan baru di UIA" yang tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik.

"Kepimpinan UIA sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik," katanya.

Kesilapan besar
Katanya, setahu beliau rektor UIA sekarang merupakan ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), justeru beliau bimbang berlaku konflik kepentingan dalam tindakan mengambil tindakan terhadap Aziz.

azlan"Sebagai lepasan UIA, saya rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di UIA hari ini.

"UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran," katanya.

Tindakan terhadap Aziz, termasuk disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berpunca daripada komennya terhadap Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - bawah MAIS - terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Dr Asri mengibaratkan tindakan UIA itu seperti "mencampak diri ke zaman kegelapan Katholik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy (menyeleweng) kepada agama".

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Oct 2011 09:46 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


SUMBANGAN TABUNG PAS NEGERI SEMBILAN

Posted: 20 Oct 2011 06:46 AM PDT

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke Tabung PAS Negeri Sembilan boleh disalurkan melalui akaun berikut :
Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan
Bank Islam No akaun : 05030010000462

Gangguan bekalan air di Felda Raja Alias 3

Posted: 19 Oct 2011 11:54 PM PDT

Gangguan bekalan air di Felda Raja Alias 3
Dari laman web Aduan Rakyat
20 Okt 2011

Saya mewakili penduduk di Felda Raja Alias 3, Bandar Baru Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Di sini saya ingin meluahkan masalah yang di hadapi oleh semua penduduk di sekitar kawasan ini. Bekalan air sering terganggu di sini sehingga berminggu-minggu dan semasa keadaan ini berlaku tiada satu bantuan pun diberi.

Saya amat terkilan dengan pihak SAINS (Jabatan Air Negeri Sembilan) jika kami hubungi pegawai bertugas selalu memberi alasan yang tidak masuk akal.

Antara alsan yang sering digunakan ialah paip pecah tak masalah tersebut tak boleh selesai dalam masa 1 mggu tak kan pekerja nya tak menjalan kan tugas makan gaji buta shj ke?

Saya sudah bosan dengan masalah ini. Setiap minggu mesti gangguan bekalan air akan berlaku. tak kan tiap2 minggu paip pecah. Jika kami tak bayar bil bekalan di potong tapi wajar kah perkhidmatan sebegini yang kami terima.

Saya berharap sgt pihak aduan rakyat turun dan siasat di mana silap nya masalah ini.Jika berlaku hal ini kami tak mandi, tak masak paling susah jika ada anak kecil

By: siti

http://www.aduanrakyat.com.my/gangguan-bekalan-air-di-felda-raja-alias-3

Umno NS bergolak salahkan PKR, PAS pula

Posted: 19 Oct 2011 11:53 PM PDT

Umno NS bergolak salahkan PKR, PAS pula
oleh Zefry Dahalan

Free Malaysia Today

20 Oktober 2011



"Saya difahamkan berlaku krisis di antara Mohamad Hasan dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail," kata Dr Mohamad Rafie.

SEREMBAN: Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek hari ini membidas sebuah blog pro Umno Negeri Sembilan n9kini.net yang menuduh kononnya PKR dan PAS mengoyakkan banner yang terpampang muka Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan sempena lawatan Muhyiddin ke Seremban Sabtu lepas.

"Dalam banner yang sama kelihatan muka Mohamad Hasan dipangkah dengan "X". Blog ini menuduh kami (PKR dan PAS) yang mengoyakkan dan menconteng muka Mohamad Hasan. Inilah dia politik murahan amalan Umno dengan menuduh tanpa bukti.

"Persoalannya jika benar kami yang menconteng, kenapa kami hanya menconteng muka Mohamad Hasan sahaja tetapi bukan muka Muhyiddin? Jika diikutkan logik Muhyiddin adalah orang nombor dua berkuasa dalam Umno mahu pun dalam negara. Kalau nak lepas geram pun biar lepas geram pada orang yang lebih berkuasa.

"Tuduhan blogger pro Umno ini memang tidak masuk akal", kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat berkata adalah lebih baik Umno Negeri Sembilan mengaku sahaja bahawa memang berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka dan ada pihak dalam Umno sendiri tidak puas hati dengan Mohamad Hasan atas sebab-sebab tertentu.

"Sebab itu mereka menconteng muka Mohamad Hasan dan bukan muka Muhyiddin. Ini jelas menunjukkan di kalangan Umno sendiri tahap krisis semakin serius sampai ada lebih dari tiga kem dalam Umno Negeri Sembilan.

"Malah saya difahamkan berlaku krisis di antara Mohamad Hasan dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail yang bersangkut paut dengan program Muhyiddin di Ampangan dan Sikamat tempoh hari", jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata PKR dan PAS tiada masa untuk membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah seperti itu sebaliknya mereka (PKR dan PAS) lebih menumpukan kepada isu-isu yang membelenggu rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan tarif elektrik, sistem infrastruktur yang masih teruk, kemiskinan dan gejala sosial yang tiada kesudahannya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/20/umno-ns-bergolak-salahkan-pkr-pas-pula/

Peniaga trauma diacu parang

Posted: 19 Oct 2011 11:26 PM PDT



Peniaga trauma diacu parang
Sinar Harian 20 Okt 2011

SENAWANG – Seorang mangsa samun hanya mampu berdoa tidak dicederakan ketika diacukan parang di leher oleh seorang lelaki yang kemudiannya merentap rantai dan beg di pinggangnya.

Robiah Abd Samad, 51, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi di Taman Seri Pagi di sini, semalam, ketika dia dan seorang pembantunya bersiap-siap membuka gerai tepi jalan miliknya, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Pagi.

Menurutnya, secara tiba-tiba muncul enam lelaki bermotosikal dalam lingkungan 20-an.

"Seorang daripada mereka berpura-pura bertanyakan menu sebelum menghampiri saya dan mengacukan parang.

"Ini kejadian kali pertama sejak dua tahun berniaga di taman ini," katanya.

Robiah berkata, dia tidak mengesyaki jadi mangsa samun kerana dia dan pembantu menganggap semua lelaki terbabit mahu menjamu selera.

"Saya tak dapat mengecam wajah suspek kerana mereka memakai helmet.

"Lagipun ketika kejadian tiada sesiapa melalui kawasan ini menyebabkan mereka dapat melarikan diri," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang dan kerugian dianggarkan RM4,000.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Yusof Awang mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Menurutnya, polis giat mencari enam lelaki terbabit yang dipercayai turut terlibat dua kejadian sama sebelum ini.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9654375.asp

Gerai diroboh tanpa notis

Posted: 19 Oct 2011 09:36 PM PDT



Seorang peniaga, di sini kerugian kira-kira RM4,000 apabila gerai miliknya dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, awal pagi semalam. Perkara itu hanya disedari pemiliknya, Faridah Osman, 40-an sejurus tiba di kawasan berkenaan pada awal pagi.

Faridah terus memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya, Halijah Md Rof, 70 tahun yang menetap di kawasan berhampiran gerai miliknya.

Halijah berkata, Faridah mula berniaga di kawasan lapang di Batu 17 1/2 Jalan Seremban sekitar Ramadan lalu.

Menurutnya, mula-mula Faridah berniaga lemang semasa Ramadan dan dari situ dia terus berminat untuk berniaga secara sepenuh masa.

"Selepas itu, dia berjumpa dengan ketua kampung, jawatankuasa surau dan wakil rakyat di kawasan ini untuk meminta pandangan serta kebenaran.

"Dia mendapat sokongan penuh daripada wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di kawasan ini. Malah, penduduk di sini juga senang dengan tindakannya yang mahu berniaga," katanya.

Halijah berkata, kini Faridah menjual nasi lemak dan kuih-muih.

"Faridah membelanjakan hampir RM4,000 untuk mendirikan gerai secara kekal," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Apa yang dikesalkan oleh Halijah dan Faridah adalah pihak Majlis Daerah Jelebu tidak memberi kebenaran untuk Faridah berniaga di kawasan itu kerana tanah berkenaan adalah hak milik kerajaan selain berhampiran dengan jalan persekutuan.

Halijah berkata, Faridah tidak pernah menerima apa-apa notis berhubung kerja-kerja merobohkan gerai berkenaan yang masih belum siap dibina sepenuhnya.

"Saya hairan mengapa ramai peniaga yang berniaga di tepi jalan malah di kawasan berbahaya seperti di selekoh dibenarkan berniaga.

"Sedangkan lokasi gerai ini jauh dari jalan raya dan pelanggan juga tidak akan meletakkan kenderaan di jalan raya kerana boleh meletakkannya di kawasan pekarangan surau ini," katanya.

Menurutnya, Faridah adalah orang tempatan dan bukan orang luar.

"Mengapa pihak MDJ tidak boleh bertolak ansur dengan kami? Malah Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan juga pernah memaklumkan kepada saya bahawa SURAU DI BELAKANG GERAI INI JUGA AKAN DIPINDAHKAN KERANA DIBINA DI ATAS TANAH KERAJAAN.

"Padahal surau ini adalah usaha arwah suami saya, Jamaluddin Abdul Rahman. ARWAH SUAMI SAYA BERSAMA DUA LAGI RAKANNYA YANG BERUSAHA MENDAPATKAN SURAU INI KERANA PERMINTAAN PENDUDUK DAN SEKARANG HENDAK DIROBOHKAN JUGA," katanya.

Katanya, Faridah mempunyai tiga anak yang masih bersekolah. Anak yang sulung menuntut di tingkatan tiga di sebuah sekolah di Terengganu.

"Manakala anak kedua dan ketiga masing-masing berada di tahun enam dan tiga di sebuah sekolah di daerah ini.

"Suami Faridah adalah seorang kakitangan Felcra di Negeri Pahang. Selain anak, Faridah turut menanggung bapanya yang kini sakit tua," katanya.

Sinar Harian
20 Okt 2011

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9653874.asp

Sertai Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Oct 2011 04:57 PM PDT

Serta Rakan Facebook PAS Negeri Sembilan di http://www.facebook.com/PASN9

Dapatkan maklumat semasa di Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com

KHIDMAT MERU

Posted: 20 Oct 2011 09:41 AM PDT

KHIDMAT MERU


MANGSA RIBUT TAUFAN DI KUNJUNGI

Posted: 19 Oct 2011 04:59 PM PDT










Beberapa buah rumah di Kg Bukit Kapar dan Kg Meru telah di landa ribut taufan ketika hujan lebat baru-baru ini.


YB Dr Rani adalah pimpinan terawal yang mengunjungi mangsa-mangsa tersebut diiringi datuk-datuk ketua kampung dan pegawai-pegawai LZS bagi memberikan bantuan dana.


Mangsa-mangsa ribut perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum layak menerima bantuan LZS dan JKM








Landskap Siasah

Posted: 20 Oct 2011 07:51 AM PDT

Landskap Siasah


HIMPUN HORMATI DAN SAMBUT BAIK KEPUTUSAN PAS

Posted: 19 Oct 2011 10:10 PM PDT

Kenyataan Media HIMPUN

19hb Oktober 2011

HIMPUN HORMATI DAN SAMBUT BAIK KEPUTUSAN PAS - HIMPUN MENGUNDANG SEMUA KEPIMPINAN ISLAM DARI PARTI POLITIK UNTUK HADHIR

Sekretariat HIMPUN menghormati dan menyambut baik keputusan PAS bahawa ia tidak terlibat dengan anjuran HIMPUN atas alasan bahawa ini adalah inisiatif NGO dan tidak melibatkan mana-mana parti politik.

Saya berpendapat bahawa ini menjelaskan keadaaan bahawa tidak ada pengaruh parti politik atau mana-mana agensi yang berkait dengan instrumen parti politk dalam penganjuran perhimpunan yang digerakkan oleh NGO Islam.

Persetujuan agensi-agensi kerajaan dan separuh kerajaan serta NGO untuk hadhir dan memberi sokongan adalah atas jemputan sekretariat HIMPUN .

Sesungguhnya dorongan perhimpunan adalah bertolak dari keprihatinan terhadap amanah dan kebertanggungjawaban kepada Allah untuk berpegang teguh kepada aqidah tauhid dan bukan bertujuan untuk kepentingan mana-mana parti politik .

HIMPUN beriltizam untuk memastikan bahawa penyatuan ummah dapat diperkukuhkan dalam ikatan aqidah sebagai satu-satunya prinsip yang tidak mungkin umat Islam mahu berkompromi atau berpecah.

Oleh kerana itu kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik agar bersama dalam perhimpunan tersebut supaya mendidik umat Islam bahawa aqidah umat Islam mesti dipelihara dan betapa perlunya hidup beraqidah dikalangan umat Islam diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.

Dengan kehadhiran semua pemimpin Islam dari pelbagai parti politik diperhimpunan tersebut , kami mengharapkan semua ahli Muslim dari mana-mana parti politik yang cintakan dan prihatin terhadap isu aqidah umat Islam akan memahami bahawa isu aqidah umat Islam merentas dan mengatasi mana-mana kepentingan yang lain.

Ia juga adalah kesempatan baik semua kepimpinan Muslim di negara ini menunjukkan bahawa mereka komited kepada usaha mengekalkan keamanan dan kehidupan harmonis antara agama di negara ini berdasarkan kedudukan Islam yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan .

Sekaligus ini juga peluang kepada semua pihak dari semua kelompok dan lapisan masyarakat Islam untuk menyatakan komitmen sebagai keluarga besar ummah menghargai betapa negara ini perlu dilindungi dari sebarang konflik antara agama .

Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh HIMPUN ialah persoalan mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang gugatan dan ia juga menegaskan komitmen untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan penganut pelbagai agama di negara ini.

HIMPUN bertujuan untuk mendidik umat Islam supaya meningkatkan keiltizaman terhadap hidup beraqidah Tauhid dan memastikan penghayatan Islam benar-benar diamalkan secara menyeluruh.

Semangat untuk mengujudkan perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama di negara ini tetap akan dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Namun HIMPUN ingin menegaskan agar larangan untuk menyebar dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam hendaklah dihormati dan tidak dicabar.

Kami akur bahawa sememangnya cara mendidik dan memberi kefahaman yang mendalam adalah cara terbaik dalam memperkukuhkan aqidah umat Islam , namun usaha pihak yang sengaja mahu mengelirukan kefahaman umat Islam tetap perlu diwaspadai.

Sekali lagi kami mengundang semua kepimpinan Islam dari semua parti politik turut hadhir diperhimpunan pada hari sabtu ini dalam semangat ukhuwwah sejati untuk menjunjung amanah Allah dan mengembalikan izzah ummah.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi HIMPUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan