Ahad, 16 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 Oct 2011 01:31 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Kerajaan Pusat Hutang Kelantan 9.4 billion – Husam

Posted: 15 Oct 2011 11:50 PM PDT

Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara. Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara. “Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya [...]

Pampasan Rumah:Pakatan Tambah RM22 Ribu

Posted: 15 Oct 2011 04:32 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 16 Oct 2011 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bapa tembak mati empat ahli keluarga dan orang gaji di Filipina

Posted: 16 Oct 2011 01:00 AM PDT

18 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MANILA: Seorang bapa menembak mati isterinya, tiga anak perempuan dan pembantu rumah sebelum menembak dirinya sendiri.

Polis berkata, Emmanuel Ponce dipercayai seorang pemabuk naik angin awal pagi tadi apabila bertengkar dengan isterinya, Melinda sehingga menyebabkan kejadian berkenaan di tengah bandar Talisay, Filipina.

Selepas menembak mati isterinya, Ponce menembak tiga anak perempuan mereka berusia 18 dan 26 tahun tetapi tidak membunuh anak bongsu mereka berusia 14 tahun.

Polis berkata, pembantu rumah keluarga itu turut dibunuh. - aFP

PAS KDAS 3

Posted: 15 Oct 2011 09:29 PM PDT

PAS KDAS 3


Kad kredit: Tidak pelik anak muda berstatus muflis

Posted: 15 Oct 2011 07:49 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Okt: Penggunaan kad kredit di kalangan masyarakat umum ketika ini bukan lagi dilihat sebagai satu kebanggaan atau satu gaya hidup akan tetapi sudah menjadi suatu kemestian dalam mengharungi zaman kenaikan harga barang dan taraf hidup yang semakin tinggi.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan lain di dalam mengharungi hidup terutama di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
"Namun adakah ini jalan penyelesaian yang terbaik dalam hendak memastikan diri dan keluarga 'berdaya saing' demi untuk meneruskan kehidupan," soalnya kepada Harakahdaily.
Sebelum ini, katanya media pernah melaporkan bahawa 449 muflis kerana kad kredit.
Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dikumpulkan oleh pengeluar kad kredit bagi 2007 hingga 2009, tiada kes muflis dilaporkan bagi pemegang kad kredit berusia 25 tahun ke bawah, manakala bagi pemegang kad kredit berusia 26 hingga 30 tahun, kes muflis akibat hutang itu secara puratanya adalah dua orang setahun.
Ini, ujarnya satu angka yang mesti diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Tambahnya, walaupun jumlah muflis akibat gagal membayar hutang kad kredit hanya mencatatkan 4,417 kes dalam tempoh lima tahun hingga Mei 2010 yang lalu, situasi penggunaan serta pengeluaran kad yang dilihat tidak terkawal dianggap membimbangkan serta boleh memusnahkan masa depan generasi muda.
Beliau menambah, statistik Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Mac 2009 juga menunjukkan bahawa pinjaman melalui kad kredit menguasai 6.1 peratus daripada jumlah pembiayaan institusi perbankan.
Katanya, pengiraan secara statistik menunjukkan sekiranya seseorang itu berhutang RM1,000 melalui kad kredit dan cuma membuat bayaran minimum lima peratus setiap bulan, dia mengambil masa lima tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutangnya termasuk kadar faedah.
Kajian juga, katanya menunjukkan pengguna kad kredit cenderung untuk berbelanja 17 peratus lebih daripada individu yang berurusan menggunakan wang tunai.
Menurutnya, antara sebab-sebab yang membawa kepada 'maslahah' ini adalah faktor kadar faedah yang tinggi, kawalan kelulusan pengeluaran kad kredit terlalu longgar, sikap institusi kewangan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat kepada kesan sosioekonomi dalam jangka masa yang panjang.
"Ditambah dengan sikap segelintir pengguna yang tidak berhemah dikenal pasti punca kenapa ramai yang jatuh muflis kerana gagal membayar hutang kad kredit," katanya yang juga ahli Parlimen Jerai.
Pihak kerajaan, tambah beliau perlu melihat kepada isu dengan lebih mendalam dan perlu mengambil tanggungjawab dan bukannya dengan mudah menyalahkan rakyat serta menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Ianya, kata beliau perlu dilihat juga dari segi harga kereta dan harga rumah di negara ini.
"Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah yang mana harganya semakin hari semakin meningkat yang mana menyebabkan harga rumah juga terus meningkat.
"Di dalam keadaan begini menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis," katanya.
Beliau berkata, bebanan yang ditanggung oleh rakyat perlu diambil kira sekiranya slogan 'Rakyat Didahulukan' dilaksanakan dan bukan sekadar retorik semata-mata.
Kalau dilihat secara teliti, katanya Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini juga tidak banyak membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah bebanan kenaikan harga barang.
Malah, katanya faktor inflasi dan kenaikan harga barang  juga turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang mana akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
"Maka tidak pelik kalau satu hari nanti Malaysia akan dipenuhi oleh anak-anak muda yang umur belum mencecah 25 tahun tetapi sudah berstatus muflis," katanya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Oct 2011 09:13 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu

Posted: 15 Oct 2011 06:20 AM PDT



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 15 Oct 2011 07:24 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


UMNO lebih teruk memperkecil Kedudukan Raja-Raja

Posted: 14 Oct 2011 09:34 PM PDT

Jangan lupa 'road show' Umno perkecil Raja-Raja


SUNGAI PETANI, 14 Okt: Tidak mustahil Umno Barisan Nasional (BN) mencari jalan muslihat dan penipuan bagi memastikan kuasa yang ada tidak hilang.
Ini termasuklah penipuan dalam undi pos, sepertimana yang dibangkitkan acap kali.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Kampung Berapit, Tikam Batu, Sungei Petani, malam tadi.
Menurut beliau lagi, BN menyedari undi popular yang berjaya diraih mereka di Semenanjung hanyalah sebanyak 46 peratus jika dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR) yang mendapat sokongan sebanyak 52 peratus.
"Berdasarkan kepada kenyataan ini, BN terpaksa melakukan apa jua tindakan bagi memastikan kemenangan mereka berulang. Isu rasis dan agama akan menjadi topik penting untuk dipermainkan bagi meraih sokongan.
"Kita jangan lupa pada fakta dan sejarah 1993, di mana Umno membuat 'road show' dengan memperkecilkan kedudukan Raja-Raja. Begitu juga dengan fakta sejarah yang menyatakan Dr Burhanuddin Al Helmy adalah pejuang.
"Mat Indera yang mereka nafikan perjuangan beliau juga adalah antara fakta sejarah yang harus menjadi sandaran dan pemerhatian rakyat. Sejarah tidak harus dilupakan bagi membuktikan kebenaran, " ujarnya lagi.
Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan sumbangan skim kafalah sebanyak RM500 setiap waris keluarga warga emas yang meninggal dunia di negeri Kedah.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Che'gu Bard serta kepimpinan PAS kawasan Sungei Petani.-Harakah

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Oct 2011 03:22 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


'SMART' KHALID SAMAT , SYABAS DR PRASAD

Posted: 15 Oct 2011 01:56 AM PDT

Utusan Malaysia (akhbar UMNO) di arah Mahkamah Tinggi Shah Alam membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ' Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.
"Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

"Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian," katanya ketika dihubungi.

Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan 'Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.'

Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.

Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

HULU SELANGOR PUN DAH ADA 237 ORANG KOD 71

Posted: 14 Oct 2011 08:43 PM PDT

Komen : Bayangkan bapa borek anak rintik, bapa(PM DS Najib) dikatakan mempunyai banyak undi Pos di Pariemn Pekan belum campur pendatang Kemboja dan lain yang dijadikan penggundi SEGERA untuk menyelamatkan nyawa politiknya.
Semalam teman berkesempatan berjumpa 2 kumpulan Parti PKR dan Parti DAP dalam menyusun gerakkerja bersama menghadapai PRU13 nanti di Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batangkali serta DUN Hulu Bernam dan DUN Kuala Kubu Baru.
Dapati pertambahan mendadak pengundi kod 71 yang mana seramai 237 orang dapat dikesan. Bayangkan ada Tempat Mengundi PRU12 yang dulu hanya 700 orang kini terdapat 2000 orang.


KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.
"Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong," tegas Shamsul.
Shamsul mengulas kenyataan Ismail omar yang enggan memberi komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab tidak menerima apa-apa laporan lagi.
Pada masa yang saman, Ketua Polis Daerah Sepang, Imran Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia tidak benar selepas menjalankan siasatan.
"Jangan hanya sekadar dengan penafian dan tidak dikemukan dengan fakta dan laporan. Semua orang boleh menafikan dan rakyat juga tidak bodoh dengan alasan penafian sebegitu," katanya kepada Keadilandaily.com
Kelmarin, Pemuda Pas mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya.
Dalam serbuan itu, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing, termasuk warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.
Pemberian kad pengenalan segera itu dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN.
Pemuda Pas dilapor mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan akan berterusan hingga Disember tahun ini – dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan Februari atau Mac tahun depan.

SUATU REKOD ! SUBHANALLAH !

Posted: 14 Oct 2011 04:37 PM PDT



Kali ke 2 jadi Yang Dipertuan Agung, subhanallah. Maju Kedah , Malaysia dapat faedah.


Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14 dan yang ironinya Sultan Abdul Halim pernah menjawat Yang DiPertuan Agung sebelum ini.

2011/10/14
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan
Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERNAMA



Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Tuanku Hajah Haminah Hamidum

MP Pendang

Posted: 15 Oct 2011 01:41 PM PDT

MP Pendang


KedahLanie.info: Mamat angau nak jadi MB Kedah sembang Undang-Undan...

Posted: 15 Oct 2011 07:20 AM PDT

KedahLanie.info: Mamat angau nak jadi MB Kedah sembang Undang-Undan...: oleh AnakKedah007 Aduhai mamat BAKAL MB KEDAH yg seandainya BN MENANG PRU13 nanti mai nak habaq kat hang bab murtad nie PAS dah sem...

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Dupahang's Weblog

Posted: 15 Oct 2011 11:55 AM PDT

Dupahang's Weblog


Prof Aziz Bari Sumbat Mulut Ezam ‘Katak’ Dan Zul ‘Hutang’ Dengan Tahi!

Posted: 14 Oct 2011 08:36 PM PDT

Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Hukum Hudud

Posted: 14 Oct 2011 08:32 PM PDT

Video: Awie, Zed Zaidi Dan Adam Jawab Isu Serah Borang Untuk Sertai UMNO

Posted: 14 Oct 2011 08:22 PM PDT

Semalam berlangsung'nya sidang media khas yang di'anjurkan Pemuda UMNO Malaysia yang melibatkan penyertaan beberapa artis popular tanah air seperti Awie, Zed Zaidi & Adam. Sepanjang pagi semalam, banyak ura ura mengatakan yang Awie bersama ramai selebriti lain akan menyerahkan borang penyertaan untuk menyokong Pemuda UMNO dalam majlis ini. Namun semua khabar angin itu tidak benar [...]

Kisah gadis desa Australia memilih menjadi muslimah – La Bianca

Posted: 14 Oct 2011 08:16 PM PDT

La Bianca hanya seorang perempuan desa sederhana yang dibesarkan di sebuah ladang peternakan di Perth, Australia Barat. Ketika masih kanak-kanak, ia mempunyai haiwan kesayangan, seekor kangaru. Ia juga membantu orang tuanya memelihara lembu dan biri-biri. Walaupun perempuan, La Bianca suka berburu. Arnab dan anjing hutan menjadi sasaran buruannya. Keluarganya tidak terlalu kuat mengajarkan agama. Tapi [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 15 Oct 2011 11:28 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Bersih 3.0 boleh di adakan sebelum atau selepas PRU-13

Posted: 15 Oct 2011 03:14 AM PDT

- bergantung samada pilihanraya dijalankan secara adil atau sebaliknya
KUALA TERENGGANU
- Usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang Melayu supaya menyokong parti itu dalam ilihanraya akan datang terus gagal.

Menururut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, isu-isu pembangunan seperti pembinaan jalan raya, tidak berkesan lagi mempengaruhi pemikiran rakyat, pada zaman 'internet' dan dikalangan generasi muda kini.

Oleh itu, katanya, Umno dan BN akan memanipulasikan isu raja-raja, perkauman dan agama, bagi cubaan mengembalikan sokongan kepada mereka.

"Kita lihat mereka menggunakan isu 3 R, hal Raja,  agama dan perkauman (royal, religion, race), kerana mereka tidak dapat menggunakan isu yang lain,

"contohnya, isu pembangunan (yang) popular pada tahun 60an dn 70an, sekarang tak boleh guna,"ujarnya ketika berucap pada program ceramah pra-perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K), di Pantai Pandak Chendering dekat sini, semalam 14 Oktober.

Beliau berkata, isu pada masakini yang dilihat penting adalah berkaitan integriti, samada berlaku pembaziran dan penyelewengan dalam sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan.

Walaupun gagal dalam percubaan memutarkan pelbagai isu, menurutnya, Umno dan BN tidak akan membiarkan diri mereka terus kalah.

Sehubungan itu, menurutnya lagi, Umno dan BN dikesan terus menerus melakukan penipuan dalam pilihanraya dengan menggunakan jentera kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, sejak tuntutan BERSIH 2,0 dibuat, rakyat terus didedahkan dengan pelbagai kepincangan perjalanan SPR dan pilihanraya.

Antaranya, kata beliau, usaha mendaftarkan pendatang asing dengan menggunakan kod '71' dalam kad pengenalan.

Sehingga kini, katanya, seramai 170,000 orang telah didaftarkan dengan kod tersebut sebagai pengundi

"kita tahu, saya beranak (diperanakkan) di Pulau Pinang (kod) 07, (diperanakkan di) Terengganu kod 11, itulah nombor kodnya,

"kod 71 tak tahu beranak dimana, mereka ini yang telah mendaftar seramai 170,000,"jelasnya.

Oleh yang demikian, katanya, Umno dan BN sedang cuba menawan kembali negeri Selangor dengan membawa para pengundi dari luar, bukannya dengan undi rakyat tempatan.

Justeru kata beliau, sekiranya ia berlaku, Himpunan BERSIH. 3.0, turun ke  jalanraya, boleh diadakan sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya

"Selangor kemungkinan Barisan Nasional ambil balik bukan dengan (undi) rakyat Selangor, tapi dengan orang-orang luar (dan) rakyat luar (negara) yang dibawa,

"kalau ini berlaku, atau dijangka akan berlaku, saya menyambung amaran Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

"Himpunan BERSIH 3.0 boleh berlaku sebelum pilihanraya (umum ke-13) atau berlaku selepas pilihanraya,"tegasnya

*** Dengar ceramah Mad Sabu di Buletinonline Radio atau lihat dan dengar di Buletinonline Channel

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Oct 2011 11:26 AM PDT

Batu Gajah Mari


Kepimpinan Sukun lemah...

Posted: 14 Oct 2011 11:26 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDVTRqGjTGpizHYYsOjyEdv7kGnQ_79VA8DuHYmCQYvAwXHOOmMJl6aAiT6ARsQL0TrgbCp3rbVDp0pQ2d-vWuHnNR870l3VqzejVXcLd5_Pkv45QMCO2SoR0S-dPWHureppdHAGjDWws/s400/sukun.gif
gambar hiasan

Dalam satu serangan yang berlapik tetapi menyengat terhadap Presiden Gerakan, Tan Sr Dr Koh Tsu Koon, ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Katanya, mereka malu menjadi bahan teguran dan dipandang rendah kerananya.

Tan menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya dipersidangan perwakilan kebangsaan Gerakan hari ini.


Tanpa menamakan Koh (kanan), beliau berkata, "tulisan sudah terpampang di dinding" dan pucuk pimpinan tidak boleh menafikannya.

"Jika anda perlu berundur, maka berundurlah," katanya sambil menambah, sekiranya rakyat telah menolak seseorang pemimpin, maka akurlah dengan kehendak mereka.

paeh: Parti ni patut kene bubar dah... hahaha

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Oct 2011 09:36 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu

Posted: 15 Oct 2011 06:33 AM PDT



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Oct 2011 09:08 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


UMNO mahu jadi sesumpah agama bila nyawa sudah dikerongkong?!

Posted: 15 Oct 2011 08:04 AM PDT

Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong!
Mohd. Nasir Awang   (harakahdaily)
Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad.

Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan.

Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain.

Kes itu membuktikan betapa Umno sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata demi menjaga imej dan maruah politiknya. Ia tidak bersedia untuk menerimapakai sebarang idea dan cadangan pihak pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang daripada PAS yang disifatkan sebagai 'musuh tradisi'nya dalam meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam.

Keegoan politik itu telah menyebabkan Umno buta mata hati dan gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya, walau pun apa yang dikemukakan PAS itu membabitkan soal menjaga kesucian aqidah dan kepercayaan umat Islam.

Sebab itu jika ada pemimpin Umno mendakwa mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, rakyat jangan sesekali percaya. Malah jika dalam keadaan tertentu apabila dilihat mampu meraih markah politik, kerap juga pemimpin Umno mengatakan mereka tidak mementingkan soal fahaman politik.

Lebih-lebih lagi apabila keadaan memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, Umno akan cuba melupakan rakyat tentang sikap dan pendiriannya selama ini yang amat berpilih kasih dalam melayan pihak yang tidak sealiran dengannya.

Seruan agar tidak mengutamakan sentimen atau fahaman politik hanya dikumandangkan Umno sebagai usaha mewujudkan persepsi kononnya parti lawan yang berperangai sedemikian. Sedangkan yang sebenarnya paling kuat beramal dengan sikap dan pendirian tidak demokratik itu adalah tidak lain daripada Umno sendiri.

Hari ini wajah dan suara hipokrasi itu menjelma semula di celah-celah kehangatan perbahasan mengenai isu murtad. Kesedaran masyarakat umum mengenai bahaya gejala kemurtadan umat Islam diulangsuara pelbagai pihak.

Media-media arus perdana yang diketahui menjadi talibarut Umno juga tidak melepaskan peluang. Ia bukan setakat menyuarakan sokongan terhadap harapan dan desakan khalayak yang cintakan kesucian agama Islam, malah secara terancang cuba menggambarkan betapa kerajaan dipimpin Umno juga mendukung hasrat serupa.

Justeru, suara-suara agar umat Islam bersatu mempertahankan kesucian aqidah dan mendepani pihak-pihak yang cuba menceroboh kepercayaan mereka kembali berkumandang. Sepertimana lazimnya, ia turut diiringi desakan dan cabaran keras kepada para pemimpin politik agar mengenepikan sentimen kepartian dan mengutamakan kepentingan agama.

Bahawa dalam menangani isu sebesar dan sepenting gejala murtad ini, para pemimpin Islam tidak sepatutnya terus bertelagah. Sebaliknya, mereka diseru meninggalkan perbalahan politik buat seketika untuk sama-sama mendukung agenda menyelamatkan agama.

Oleh kerana suara itu datang daripada pihak-pihak yang ada kecenderungan sangat jelas kepada parti pemerintah, walau atas apa jua nama pertubuhan yang mereka wakili, maka ia turut diiringi persepsi bahawa pihak yang paling dimaksudkan dalam seruan itu ialah para pemimpin politik beragama Islam dari pihak pembangkang.

Kononnya yang paling kuat berpegang kepada sentimen parti ialah pemimpin dan pengikut pembangkang. Sedangkan yang terbukti tidak simpatetik terhadap perjuangan pihak ketiga mempertahankan Islam selama ini ialah parti yang menunjangi pemerintahan negara ini sendiri.

Masakan tidak jika pengalaman lepas diambil kira. Usah disebut soal kelemahan pentadbiran agama yang acapkali dipertuturkan masyarakat. Tidak payah diperkatakan soal kegagalan kerajaan mengurustadbir wang zakat yang sebegitu banyak untuk menjamin kebajikan golongan kurang berkemampuan sebagai usaha membentengi mereka daripada dakyah agama lain.

Keadaan yang berlaku malah jauh lebih mendukacitakan. Umno bukan sahaja tidak bersedia mengakui kelemahan dan ketidakupayaannya menjaga kedaulatan Islam menerusi kuasa dimilikinya dalam pemerintahan, ia malah tidak bersedia memberi laluan kepada penambahbaikan pentadbiran agama. Ambil saja contoh bagaimana Umno menolak mentah-mentah sebarang usaha menggubal undang-undang berkaitan murtad tadi, hanya semata-mata kerana ia dikemukakan pemimpin pembangkang.

Usaha serupa bukan sekali, bukan dua kali dilakukan PAS. Tuan Guru Abdul Hadi mengulangi cubaan serupa pada penghujung 1999 setelah gagal lebih enam tahun sebelumnya. Malangnya cubaan beliau kali kedua itu juga tidak diberikan layanan lebih baik.

Ia kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada 2006. Ketika itu perbahasan isu murtad sangat hangat, terutama apabila ia dikaitkan dengan kebebasan beragama diperuntukkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Usaha-usaha pihak tertentu mewujudkan justifikasi tindakan mereka mengembangkan agama mereka di kalangan umat Islam, beserta beberapa kes melibatkan wanita Islam menukar agama secara terbuka kepada agama lain, meletakkan negara dalam polemik agama agak panas ketika itu.

Ada konvensyen dianjurkan pihak berkuasa agama negara khusus membincangkan tajuk kebebasan beragama dan isu murtad. Para ilmuan Islam dan ahli akademik masing-masing membentangkan kebimbangan mengenai isu diperbahaskan. Para mufti turut bersuara agar diwujudkan undang-undang menangani gejala merosakkan aqidah umat Islam itu.

Pada tahun itu juga Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) ditubuhkan. Di tahun sama, Himpunan Sejuta Umat Islam Mempertahankan Aqidah dan Kesucian Islam dilangsungkan. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lokasi himpunan itu menyaksikan kehadiran amat membanggakan.

Suasana sebegitu tegang dengan kemarahan umat Islam berada di kemuncak ketika itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk negara kita menghasilkan suatu undang-undang menjamin aqidah umat Islam. Sepatutnya segala desakan para ulama, mufti, pertubuhan bukan kerajaan berkepentingan Islam dan khalayak umum agar kerajaan berbuat sesuatu bagi membendung gejala itu berterusan sudah memadai untuk kita melihat wujudnya kini undang-undang dimaksudkan itu.

Namun segala harapan itu bagikan fatamorgana. Dari jauh ia dilihat amat meyakinkan, tetapi apabila tiba semakin hampir kepada realiti, ia sebenarnya hanyalah khayalan.

Kini isu murtad kembali mendapat perhatian umum. Himpunan Sejuta Umat Islam juga bakal diadakan buat kali kedua. Sepertimana siri pertama, ia juga dilaungkan sebagai himpunan tanpa sentimen politik. Ia untuk semua jiwa dan insan beragama Islam. Ia semata-mata di atas agenda mempertahankan aqidah dan melawan pencerobohan kepercayaan umat Islam.

Betul, ia tidak perlu melibatkan politik untuk memaut sokongan dan kehadiran semua pihak. Namun apakah kita hanya mahu kehadiran yang ramai sebagai penghujung agenda perjuangan? Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu, bahawa sebarang usaha sebegitu keras tidak akan mencapai hasil maksud tanpa campurtangan politik?

Di atas permis ia perhimpunan tanpa sentimen politik, himpunan itu nanti mungkin boleh memaut kehadiran yang besar. Tetapi tempik sorak, laungan takbir menyerakkan anak tekak dan gulungan resolusi menyendatkan fail tidak membuahkan hasil maksud apabila ia sewenang-wenangnya ditolak atau disepikan begitu sahaja oleh penguasa politik.

Pengalaman lalu sepatutnya mengajar umat Islam negara ini bahawa hanya dengan dokongan politik sesuatu usaha itu mudah direalisasikan. Untuk itu rakyat yang cintakan kesucian aqidah dan sayangkan kedaulatan Islam perlu tahu kepada siapa wajar mereka serahkan sokongan dan kuasa pemerintahan.

Begitu juga, setiap jiwa yang lantang memperjuangkan wujudnya undnag-undang berkaitan murtad ini, terutama dari kalangan penyokong tegar Umno seharusnya berhenti daripada terus memberikan kepercayaan kepada parti itu. Akuilah hakikat bahawa Umno bukannya pihak terbaik untuk diharap menyelesaikan permasalahan dihadapi umat Islam.

Bahkan, mengambilkira pengalaman lalu, rasanya para pemimpin Umno pun tersangat malu untuk menyokong sebarang usaha mewujudkan akta berkenaan. Jika tidak kerana keegoan politiknya yang terlampau mengutamakan sentiment kepartian, sudah lama akta tersebut menjadi realiti.

Justeru, mujur benarlah jika kali ini pemimpin Umno menyokong wujudnya undang-undang murtad!

Anak kecil berhati suci perlu dicorak menjadi pemimpin di satu hari kelak

Posted: 15 Oct 2011 07:33 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 15 Oct 2011 09:05 AM PDT

KHIDMAT MERU


BANGUNAN BARU UNTUK SRA PEKAN MERU

Posted: 14 Oct 2011 02:07 PM PDT















Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Oct 2011 09:02 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Konvoi HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT | FOTO

Posted: 15 Oct 2011 03:22 AM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura Bersama Lajnah Penerangan Pemuda Dun Sura

" Gelombang kebangkitan rakyat yang dimonopoli oleh golongan pemuda ini akan menjadi igauan buruk buat Umno / BN Terengganu dan mampu menjadikan 'PAS Ganti Umno' suatu realiti dalam PRU 13 nanti. "






Note : Gambar Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Akan Bersambung lagi.........

Petikan Khutbah Ketua Pemuda PAS Dungun

Posted: 14 Oct 2011 02:55 PM PDT

Khutbah Jumaat di Masjid Kg Pulau Serai [14 Oktober 2011]
oleh Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Sheikh Hanafi Abd Aziz.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan