Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pulau Pinang memang meriah dan bersejarah. Hadirin, saya kira 30,000 orang, sebahagiannya di dalam Dewan Milenium "berlagu lutut" pada majlis Rapat Umum Perdana di sebelah malamnya.
Pekan Kepala Batas sesak teruk. Saya terpaksa perlahan-lahan menapak agak jauh dari tempat letak kereta. Ramai lagi yang berpusing-pusing mencari parkir. Mujur perut sudah diisi nasi kandar di gerai berdekatan.
Seusai program, jam 12 malam, sekali lagi terpaksa menunggu lama disebabkan laluan kereta tersekat di celah-celah rumah kedai, 2km dari lokasi ceramah.
Di sebelah paginya, mood kongres nampak ceria dan bersemangat. Ucapan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penganugerahan tokoh buat "putera terbaik Melayu", Dr Burhanuddin Al-Helmy menyuntik inspirasi baru buat petugas parti. Cerita mengenai kegigihan, istiqamah, ketekunan dan ketabahan berdepan tribulasi dan rintangan berpanjangan di atas jalan dakwah.
Yang nyata, selepas Mohamad Sabu menimbulkan kontroversi Mat Indera, berbicara tentang sejarah (apatah lagi mengenang jatuh bangun parti) sudah mampu menarik perhatian umum dan memaku tumpuan.
Saya sendiri melihat kongres itu memberi makna tersendiri, sehingga menggagahi juga turun jauh ke utara. Muktamar PAS pun bagi saya tidak seistimewa itu. Jun lalu, meskipun Taman Melewar tidak begitu jauh dengan kediaman saya di Bukit Ampang, saya tidak bersedia untuk bersesak di persidangan tahunan PAS.
Malaysiakinimelaporkan Sejumlah 262 kanister gas pemedih mata telah digunakan untuk menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, demikian menurut satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Menjawab soalan ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, Kementerian Dalam Negeri berkata 226 peluru gas pemedih mata (TS Shell) dan 36 bom gas pemedih mata (TS Grenades) digunakan ke atas penunjuk perasaan.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kos TS Shell TS dan TS Grenades ialah masing-masing RM79.76 dan RM135 (tiap satu).
Katanya, kerajaan membelanjakan RM22,855.76 untuk membelinya.
Harakahdaily KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).
Menurut beliau, untuk tujuan itu juga sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara untuk dipanggil jika keadaan memerlukan.
"Pihak PDRM terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain.
"Kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani perhimpunan tersebut adalah sebanyak RM2,018,850.06," katanya.
Teresa dalam soalannya meminta Hishamuddin menyatakan bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai 2011.
Beliau juga menanyakkan jumlah elaun yang dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan aman Bersih 2.0.
Pada 9 Julai lalu, Bersih atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang turut disokong parti politik pembangkang dan lebih 60 NGO telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 rakyat berkumpul di ibu negara biarpun berdepan halangan pihak berkuasa sejak awal pengumuman mereka.
Selain mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram, mereka yang memakai baju kuning berlogo bersih juga ditangkap.
Selain itu polis juga turut menghalang sebarang bentuk program termasuk ceramah yang melibatkan himpunan tersebut.
Selain halangan tersebut, kerajaan juga turut menggunakan seluruh media milik mereka menggambarkan Bersih 2.0 sebagai ganas dan merbahaya.
Ianya juga menyaksikan semua jalan utama menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dikunci setiap penjuru pada tarikh 9 Julai itu.
PAS mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi menyiasat Tan Sri Isa Samad di atas tindakan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) tanpa melalui mesyuarat agong sebagaimana peruntukan undang-undang koperasi.
Perlantikan ini bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga.
KPF ini adalah milik peneroka dan pada pandangan mereka, kepimpinan Pengarah Besar Felda dan juga Pengerusi KPF, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak perlu ditukar kerana sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.
Selain itu, tahun lalu, KPF telah dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011. KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.
Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Oleh itu, Isa yang hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan semestinya tidak layak jadi ahli.
Yang menyayatkan hati warga dan kakitangan Felda sekarang ialah bilamana beliau yang bukan ahli KPF, telah secara tidak segan-silu melakukan perlantikan diri-sendiri untuk menerajui KPF didakwa hanya berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.
Lebih menghinakan bagi warga dan kakitangan Felda ialah perlantikan tersebut dikatakan berlaku ketika Datuk Dzulkifli tidak ada dalam negeri.
Tindakan ini mencerminkan sikap sebenar pengerusi baru Felda ini yang terang-terang tidak menghormati kepimpinan koperasi Felda yang sedia ada sehingga menimbulkan bantahan daripada ahli-ahli KPF sendiri.
Kurang setahun Isa menjawat jawatan Pengerusi Felda – banyak keputusan yang membinggungkan warga dan kakitangan pengurusan Felda telah dibuat.
Antaranya:
1. Pinjaman RM6 billion daripada KWSP untuk tujuan yang tidak diketahui sehingga kini. Pada masa yang sama, Timbalan Menteri Ahmad Maslan bermati-matian mempertahankan dakwaan Felda stabil dan mempunyai aset RM19 bilion.
2. Pencagaran keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.
Dan kini, beliau telah mencetuskan satu lagi kontroversi dengan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF.
Peneroka dan kakitangan Felda kini mula bimbang dengan masa depan KPF kerana ia bakal diuruskan oleh seorang pemimpin Umno, yang Umno sendiri pernah menghukumnya kerana terlibat dalam politik wang suatu masa dulu.
Demi masa depan KPF, ahli-ahli KPF perlu bersama PAS dan Pakatan Rakyat dalam mendesak Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Isa Samad kerana telah melanggar akta koperasi dalam perlantikan tersebut.
Kongres Sambutan 60 Tahun PAS yang berlangsung pada 1 Oktober lalu di Pulau Pinang memang meriah dan bersejarah. Hadirin, saya kira 30,000 orang, sebahagiannya di dalam Dewan Milenium "berlagu lutut" pada majlis Rapat Umum Perdana di sebelah malamnya.
Pekan Kepala Batas sesak teruk. Saya terpaksa perlahan-lahan menapak agak jauh dari tempat letak kereta. Ramai lagi yang berpusing-pusing mencari parkir. Mujur perut sudah diisi nasi kandar di gerai berdekatan.
Seusai program, jam 12 malam, sekali lagi terpaksa menunggu lama disebabkan laluan kereta tersekat di celah-celah rumah kedai, 2km dari lokasi ceramah.
Di sebelah paginya, mood kongres nampak ceria dan bersemangat. Ucapan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan penganugerahan tokoh buat "putera terbaik Melayu", Dr Burhanuddin Al-Helmy menyuntik inspirasi baru buat petugas parti. Cerita mengenai kegigihan, istiqamah, ketekunan dan ketabahan berdepan tribulasi dan rintangan berpanjangan di atas jalan dakwah.
Yang nyata, selepas Mohamad Sabu menimbulkan kontroversi Mat Indera, berbicara tentang sejarah (apatah lagi mengenang jatuh bangun parti) sudah mampu menarik perhatian umum dan memaku tumpuan.
Saya sendiri melihat kongres itu memberi makna tersendiri, sehingga menggagahi juga turun jauh ke utara. Muktamar PAS pun bagi saya tidak seistimewa itu. Jun lalu, meskipun Taman Melewar tidak begitu jauh dengan kediaman saya di Bukit Ampang, saya tidak bersedia untuk bersesak di persidangan tahunan PAS.
Sayang, pengisiannya pada hanya sebelah pagi, dan tiada ruang untuk penyertaan aktif daripada perwakilan. Hanya ada dua pembicara, Dato' Kamarudin Jaffar dan Subky Abd Latif. Ramai yang mahukan sambutan 60 tahun itu diraikan di peringkat akar umbi, di seluruh negara, dan mengaitkannya dengan persiapan PRU13.
Semasa berucap, Ustaz Abdul Hadi kelihatan sebak sewaktu menyebut nama-nama Yang Dipertua Agung atau Presiden PAS sebelumnya. Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu.
"Marilah kita menjadi seperti mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya.
Pidato tengahari naib-naib presiden, Husam Musa dan Mahfuz Omar lebih menekankan keupayaan parti menempuh cabaran mendatang, dengan memanfaatkan pengalaman silam.
Husam membentangkan data-data menarik tentang PRU13, khususnya bagi menjayakan pelan kemenangan menguasai Putrajaya. Exco Kanan Kerajaan Kelantan ini menarik perhatian peserta dengan ungkapan "minda berkerajaan dalam PAS", yang dilihat mampu meletakkan parti Islam itu sebagai peneraju kerajaan alternatif berdasarkan pengalaman memerintah negeri.
"Bagi 60 tahun akan datang, PRU13 adalah sebahagian dari barometer yang penting. Kongres ini dianjurkan tepat menjelangnya tarikh penting itu. Terpulang kepada ahli sama ada mampu melonjak PAS seribu langkah ke hadapan dan memundurkan lawan kita seribu langkah ke belakang dalam pertarungan penting untuk meletakkan perjuangan kita ke persada utama negara," rumus Husam.
Mahfuz, yang berapi-rapi berucap, mengimbau konsep Melayu Raya yang diperjuangkan Burhanuddin, dan mahu ia dikembangkan dalam bentuk Malaysia Raya, dengan asas Islam yang kukuh. Baginya, fasa 60 tahun kedua PAS perlu dimantapkan lagi, terutama selepas terbukti Umno makin tersepit dengan asakan kesedaran rakyat yang ditunjangi PAS.
Sebelumnya, Tok Guru Nik Aziz menyampaikan tazkirah tentang hal-hal asas seperti solat dan membaca al-Quran, yang dikaitkan dengan pengalaman PAS berdepan pelbagai tekanan, termasuk mengharamkan simbol bulan bintang. Beliau juga menyentuh polemik hudud.
Tok Guru mengharapkan, satu hari nanti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan muncul sebagai "Parti Islam Se-Dunia" (PAS). Keuzuran sememangnya tidak pernah menghalang Tok Guru untuk terus menyampaikan nasihat, yang pastinya cukup bermanfaat buat bekalan melalui jalan berliku dalam perjuangan suci ini.
Tazkirahnya membekas di hati; ya, Tok Guru memang tiada duanya. Peringatannya begitu menyentuh biarpun mengulas tema biasa dalam kehidupan.
Sementara menunggu pidato umum malamnya, semasa menjamah nasi kandar di pekan Kepala Batas, seorang yang mengenalkan dirinya sebagai pembaca setia Harakah, merapati saya. "Bang, saya minta sangat-sangat, tolonglah tulis tentang penagihan dadah terutama di kampung-kampung, yang cukup tenat sekarang," nada suaranya cukup serius, di antara merayu dan mendesak.
"Bangsa kita punah kalau macam ini. Kerajaan dan polis memang tak serius tangani masalah dadah. Betul. Undang-undang berat pun tak guna kalau pelaksanaannya longgar," tambahnya. Beliau bercerita panjang, penuh emosi dan sekali lagi menggesa Harakah menimbulkan isu ini.
Sebenarnya hari itu, saya diasak satu lagi isu yang "membingungkan" apabila terbaca laporan Berita Harian, 1 Oktober, tentang kajian isu pembuangan bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM).
Kajian itu mendapati tiga daripada enam remaja berumur di antara 15 hingga 28 tahun, kebanyakannya lulusan universiti, melakukan hubungan zina. Seramai 1,922 daripada 5,016 responden yang diselidik mengetahui rakan mereka mengandung anak luar nikah. 76 peratus (3,812 responden) mempunyai rakan yang pernah menonton video lucah.
Semasa singgah di Taiping, tengahari Ahad, 2 Oktober, untuk menziarahi makam Pahlawan Umat, Dr Burhanuddin, di Masjid Lama Taiping, dan pusara Mat Indera, di Kg Jambu, tidak jauh daripada situ, kemelut gejala sosial yang membarah itu masih menganggu fikiran saya.
Bagaimanapun, pelbagai cerita yang dikongsi daripada setiausaha masjid, Mohd Zamhuri Baharim dan penjaga kubur Mat Indera, Yaakob Din, dapat meringankan sedikit "sakit kepala" saya. Sayang kami tidak dapat memenuhi jemputan makan tengahari PAS kawasan yang disampaikan Bashir Ahmad, pegawai khas Dato' Seri Nizar Jamaluddin untuk Dun Sepetang.
II.
Selain pengumuman tawaran menarik oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 kepada media, 4 Oktober lalu, beberapa penekanan yang dibuatnya elok juga diberi tumpuan.
Di antaranya, Anwar menekankan: "Golongan maha kaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus-lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan maha kaya ini seronok melancong dan berbeli-belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
"Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35 peratus dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
"Statistik rasmi dari kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca-merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
"40 peratus rakyat Malaysia datang daripada isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. Tiga perempat dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya dalam negara (termasuklah golongan maha kaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% kekayaan negara.
"Angka ekonomi negara rendah-rendah belaka, kecuali kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan harga gula melonjak 66%, harga 1 kilogram ayam melonjak 37%; susu bayi, 26%; teh tarik, 25%; dan roti putih, 20%.
"Unjuran angka inflasi membayangkan jika keadaan ini berterusan sehingga 2015 akibat kegagalan BN mengawal harga barang, rakyat akan menanggung kos barangan harian yang melonjak 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%."
Justeru, rakyat tiada pilihan selain bertindak menukar kerajaan. Pembolotan khazanah kekayaan negara mesti dihentikan. Rasuah yang membarah bagai tiada kesudahan. Undang-undang tidak mampu menyekat keserakahan nafsu pemimpin Umno-BN dan suku-sakatnya.
Pengalaman saya mengikuti beberapa kes rasuah berprofil tinggi membuktikan bahawa peluang untuk melakukan salahguna kuasa hanya dapat ditutup melalui undang-undang yang berat, penguatkuasaan yang tegas dan integriti diri yang tinggi.
Begitu banyak ruang dan peluang salahguna kuasa yang tidak mampu dikesan oleh undang-undang, apatah lagi dengan realiti Malaysia Boleh!
Dalam masa sama, Dato' Seri Najib Razak tentu tidak akan melepaskan peluang semasa membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini, bagi menarik sokongan kepada BN. Pastinya ia bajet terakhir sebelum PRU13 dan usah terkejut dengan tawaran-tawaran itu nanti.
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.
Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.
Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.
Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.
"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.
Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.
Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.
Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.
"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.
"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Naib presiden PAS, Salehuddin Ayub hari ini menyatakan PAS memandang serius tindakan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melantik dirinya sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.
Perlantikan ini bertentangan dengan akta kecil koperasi Malaysia kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga, ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Apa yang memalukan ialah Isa bukannya ahli koperasi tersebut, bahkan juga tidak layak untuk menjadi ahlinya kerana dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda, kata Salehuddin.
Lebih tragis lagi apabila Isa melantik dirinya sebagai pengerusi ketika pengerusi yang ada Datuk Dzulkifli Wahab tidak ada iaitu sedang menunaikan umrah di Makkah.
KPF sebagai sebuah koperasi cemerlang di negara ini di bawah kepimpinan Datuk Dzul tidak wajar di rampas oleh Isa atas sekeping surat dari Perdana Menteri itu.
Salehuddin bercadang untuk membawa isu ini ke dalam sessi Parlimen ini demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda seluruh negara kerana kita bimbang Isa dan Najib mempunyai agenda tersendiri dalam KPF ini.
Peneroka juga bantah Isa rampas KPF
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka.
Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda.
Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman.
Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru.
Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF.
Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad.
Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.
Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri.
Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.
Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa.
Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya.
"Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan.
"Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak.
"Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily.
KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.
Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.
"Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.
"Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang).
"Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.
"Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi.
Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka.
"Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi. -hd
Beberapa penduduk menutup hidung akibat bau busuk ekoran kolam kumbahan yang tidak berfungsi dengan baik di Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir, Jempol, baru-baru ini.
JEMPOL 5 Okt. 2011 - Bayangkan jika anda terpaksa menjalankan kehidupan seharian dengan menghidu bau busuk dari kolam kumbahan!
Itulah senario yang dihadapi oleh sebahagian penduduk dari Rumah Rakyat Peringkat Tiga, Batu Kikir di sini.
Seorang penduduk Yahya Ahmad, 59, mendakwa, perkara ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalu dan penduduk setempat terpaksa menahan bau busuk dari kolam kumbahan milik sebuah sekolah berasrama penuh, yang didakwa tidak berfungsi dengan sempurna.
''Rumah saya berhampiran dengan sekolah tersebut. Sukar untuk kami melakukan aktiviti seharian akibat tidak tahan dengan bau busuk.
''Lihat sahaja kawasan perumahan ini. Kebanyakan penduduk di sini terpaksa berkurung di dalam rumah dengan menutup tingkap dan pintu. Jika buka pasti bau busuk itu sampai ke dalam rumah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Rakannya, Harun Hanipah, 53, berkata, perkara itu hanya akan diambil tindakan selepas penduduk bertindak membuat aduan kepada pihak sekolah berkenaan namun, kali ini tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.
''Kini sudah tiga minggu kami membuat aduan selepas kolam kumbahan tersebut tidak berfungsi dengan baik sehinggakan airnya melimpah. Namun, masih tiada tindakan sewajarnya.
''Rumah ini dibina dahulu sebelum sekolah tersebut. Jadi, sepatutnya mereka tidak meletakkan tangki tersebut berhampiran kawasan perumahan kami.
''Malu juga jika ada tetamu datang ke rumah. Macam mana kami hendak makan jika terpaksa menghidu bau busuk. Kalau hendak buat kenduri, risau tiada orang datang akibat masalah ini,'' katanya.
Seorang lagi penduduk, Musa Kasiran, 60, berharap pihak berkenaan dapat melakukan tindakan sewajarnya bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan itu terus terjamin tanpa sebarang gangguan bau busuk.
''Saya juga risau jika kami berdepan dengan masalah kesihatan akibat masalah ini. Sampai masa hendak makan pun boleh hilang selera," katanya.
MEMORANDUM BANTAHAN TERHADAP PENJUALAN PULAU-PULAUMENTUKOD, MENGALUM DAN PANDANAN
DEWAN PEMUDA PASNEGERI SABAH (DPPNS) mengalu-alukan jawapanyang dikemukakan oleh Pengarah JabatanTanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan Pulau-pulauMontukod,Mengalum dan Pandanan (rujuk: http://www.theborneopost.com/2011/09/24/no-application-for-sale-of-islands-%E2%80%93-director). Namun DPPNS berpendapat ia masihmendatangkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan gambaran penyelasaian yangkonkrit bagi memastikan hak dan khazanah negeri Sabah terus terpelihara.
Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlakupertukaran tanah atau "land swap" antara KementerianPertanian dan Industri Makanan dengan Pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalumsedangkan ia terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) sangat bernilai yang kinitelah menjadi tarikan pelancongan. Transaksi ini sebenarnya telah menyebabkankerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah yang sangatbernilai. Nyatakan Siapa Syarikat Pemaju Wisma Pertanian! Siapakah individuyang bertanggungjawab di sebalik Syarikat tersebut!
Bagaimana pula Pulau Pandanan boleh ditukar hakmilikkepada individu tertentu yang mempunyai keistimewaan untuk menjual pulauberkenaan di pasaran antarabangsa sedangkan pemilik waris yang mempunyai hakNCR di Pulau Pendanan Kecil, DatuPangeran Ahmad bin Datu Ali Alam, menyangkal bahawa tiada waris mengambiltindakan menjual Pulau demikian. (rujuk: http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=8524:osman-jamal-berbohong-dan-berniat-jahat&catid=69:tanah-adat&Itemid=75). Nyatakan siapakah individu terbabit.Jika urusniaga terbabit dibuat tanpa autoriti pihak terbabit maka ini bolehdianggap sebagai pencabulan terhadap hak pulau tersebut.
DPPNS juga ingin mendapat penjelasan bagaimana PulauMontukod dan Pandanan yang memiliki status Native Title (NT) boleh dijual diPasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran hanya untuk aktiviti pertanian.
Jika penganugerahan status CL tersebut bertujuanmembangunkan industri pelancongan di Pulau Mengalum mengapa tidak sajadiserahkan saja peranan tersebut kepada Taman-Taman Sabah yang kini mengurusbeberapa pulau seperti Pulau Tiga, Pulau Sipadan, Taman Marin Tun Sakaran danPulau Sipadan tanpa melepaskan setiap inci pun pulau tersebut kepada pihakAsing.
DPPNS mempersoalkan sekiranya penganugerahan pulautersebut telah dilakukan pada sebelum dari kerajaan yang ada sekarang, apatindakan yang perlu dilakukan untuk mempastikan kepentingan hak dan kepentinganbersama terjaga? Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur bolehmenguatkuasakan Seksyen 42,Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadappenduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya mampumenguatkuasakan undang-undang yang berada dalam ruang lingkup yang sama bagimenjaga kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan. Adalah memalukan jika pulauyang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatannegara di biarkan sahaja terlepas kepada Pihak Asing tanpa ada tindakan prerogatifdan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya.
Oleh itu DPPNS mengulangi pendirian agar kerajaanmenghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugianterutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.
Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah terkejut dengan penjualan 3 buah pulau iaitu Pulau Mengalum yang terletak di pesisir Kota Kinabalu, Pulau Pandanan di Semporna dan Pulau Montukod di luar pesisir kimanis yang diiklankanmenerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.
Jesteru Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah amat kesal dengan pengakuan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal yang menyatakan kerajaan tidak boleh menghalang penjualan Pulau-pulau tersebut kerana ianya adalah hakmilik persendirian.
Persoalannya bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.
Dewan Pemuda Pas juga hairan bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur boleh dengan begitu mudah memberikan kelonggaran kepada individu tertentu untuk memiliki sebuah pulau sedangkan dalam masa yang sama Jabatan ini juga yang melakukan perampasan terhadap Hak Tanah Adat yang menyaksikan begitu ramai penduduk kampung yang tinggal di pedalaman diusir, ditangkap dan didakwa seperti laporan Suhakam yang menyatakan bahawa Sabah mencatat aduan tertinggi pencabulan tanah adat sebanyak 824 kes atau 82.4% antara tahun 2002 hingga suku pertama tahun 2011.
Jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.
Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripadatuntutan negara Jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan 3 buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing. Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara Asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka.
Jesteru Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.
Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!
"Saya akan dedahkan perbelanjaan di zaman BN di Sidang DUN" -Dato' Phahrolrazi
ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi akan mendedahkan bagaimana duit peruntukan Pusat untuk penyelenggaran jalan digunakan di zaman BN.
Kenyataan tersebut dibuat ekoran dakwaan beberapa pemimpin pembangkang negeri ini, bahawa tindakan kerajaan negeri tidak menggunakan kesemua peruntukan Pusat berkaitan jalan sebagai satu penyelewengan. "Apa yang dibuat kerajaan negeri sekarang dalam pengurusan kewangan adalah sama seperti yang dibuat oleh kerajaan lalu, kita tidak pernah mengeluarkan arahan baru kepada pegawai melainkan mengekalkan prosedur sedia ada.
"Semua duit yang diterima dimasukkan dalam akaun yang disatukan dan semua perbelanjaan dibuat mengikut Bajet yang telah diluluskan.
"Di masa BN dulu pun sama, duit (peruntukan) jalan Pusat tidak dibelanjakan semuanya, diguna untuk macam-macam urusan lain... tunggu saya akan dedahkan perbelanjaan di zaman BN dalam Sidang DUN nanti, jika ada soalan," ujarnya.
Menurut Phahrolrazi, pihak pembangkang sibuk mainkan isu peruntukan jalan bagi menggambarkan seolah-olah berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan.
Walhal, katanya, pihak Ketua Audit Negara telah meluluskan atau memperakui bahawa tidak berlaku penyelewengan dalam pengurusan kewangan negeri.
"Takkan kita nak kata Dato' Bashah (ADUN Bakar Bata) lebih pandai dari Ketua Audit Negara?" soal beliau sinis.
Mengenai 'Tabung Amanah' yang disebut oleh YAB Menteri Besar dalam Sidang DUN lalu, Phahrolrazi menjelaskan bahawa setiap lebihan dari peruntukan asal perlu dimasukkan dalam kira-kira kewangan yang disebut akaun amanah (bukan Tabung Amanah). Ia menjadi prosedur kewangan sejak 2003 lagi.
Berhubung isu rungutan orang ramai mengenai sebahagian jalan negeri yang berlopak disebabkan musim hujan, Phahrolrazi mengakui berlaku masalah dalam pemilihan kontraktor membaiki jalan. Sebelum ini, katanya, penyelenggaraan jalan dibuat oleh Bina Kuari dan Seri Temin namun terdapat cadangan baru supaya ia diurus oleh GLC dan kontraktor lain dalam tempoh yang agak lama bagi memantapkan perancangan jangka panjang.
Sementara perkara tersebut belum dimuktamadkan, beliau telah meminta Pengarah JKR Negeri supaya mengarahkan JKR Daerah beri secara langsung projek penyelenggaraan jalan kepada mana-mana kontraktor.
"Mereka boleh berbuat demikian bagi projek yang bernilai kurang RM500 ribu, tidak ada masalah kerana bajet tersebut memang sedia ada... InsyaAllah rungutan orang ramai berhubung ketidaksempurnaan jalan khususnya di musim hujan ini akan diselesaikan segera," katanya.
Terakhir Dikemaskini (Rabu, 05 Oktober 2011 08:49)- Warta Darul Aman
Lapangan Terbang Miri Patut Dinaik taraf Jadi Hub Pelancongan Antarabangsa Gambar Hiasan Dalam Lapangan Terbang Miri
Miri merupakan daerah yang kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 300,000 orang. Kemajuan bandar Miri di sebabkan oleh kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum dan kayu balak. Miri mendapat taraf bandaraya pada 20 Mei 2005 dengan membawa gelaran "Bandaraya Peranginan".
Salah satu jalan masuk yang perlu dinaiktarafkan di Miri adalah Lapangan terbang Miri. Memandangkan Miri sering digelar sebagai Pintu Masuk Utara ke Sarawak dan salah sebuah tarikan pelancong utama dan terpenting di negeri ini maka lapangan terbang Miri sepatutnya dinaiktaraf menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa untuk kemudahan penerbangan terus pelancongan antarabangsa.
Miri juga mempunyai aset-aset semulajadinya yang banyak mengagumkan pelancong. Miri bangga kerana dikelilingi oleh empat buah taman negara bertaraf antarabangsa seperti Gunung Mulu, Gua Niah, Bukit Lambir dan Loagan Bunut. Taman Negara Gunung Mulu diperakui sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO mempunyai lubang gua terbesar di dunia, iaitu Lubang Nasib Bagus (Sarawak Chamber). Gua Niah di Taman Negara Niah ialah sebuah tapak arkeologi dan sejarah yang penting kerana di sinilah dijumpai salah satu tulang rangka manusia tertua di Asia Tenggara.
Tambahan lagi, Miri juga dikenali kerana hasil kraftangan, terutamanya keluaran bermanik. Kedai kraftangan sepanjang Jalan Bendahara, dan Jalan Brooke merupakan destinasi pilihan di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Pusat Kraftangan Miri di simpang Jalan Merbau dan Jalan Brooke juga dijadikan tempat pilihan pemburu hasil kraftangan dan cenderahati.
Sekiranya kerajaan Sarawak ingin memajukan industri pelancongan peringkat antarabangsa seharusnya bandaraya Miri juga perlu di perkenalkan diperingkat antarabangsa sebab bandaraya Miri memang sesuai untuk dijadikan hub pelancongan antarabangsa memandangkan Miri berada di tengah-tengah sempadan antara Brunei dan juga Sabah.
Ini juga akan memberi banyak peluang perniagaan kepada rakyat tempatan menjual hasil kraftangan serta lain-lain produk tempatan ke peringkat antarabangsa sekiranya kemudahan penerbangan terus dari negara Eropah,Asia Barat dan juga negara Asia seperti China,Thailand,Philipine dan juga negara jiran terdekat kita Indonesia dan Singapura dapat dilaksanakan.
Disamping itu ramai juga pekerja asing yang bekerja dalam industri minyak dan gas di Miri akan mudah berulang alik ke negara asal mereka tanpa melalui banyak perjalanan yang sudah pasti mengambil kos yang tinggi. Industri pelancongan dan juga hotel-hotel di Miri juga akan menikmati keuntungan hasil dari lawatan langsung para pelancong dari dalam dan luar bandaraya Miri. Ini juga akan meningkatkan daya hasil kepada negeri Sarawak disamping dapat mengurangkan pengangguran kepada penduduk tempatan.
Kita berharap agar cadangan ini dapat diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan terutama sekali Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak. Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan, jangan disebabkan yang memberi cadangan tersebut dari pihak pembangkang maka pihak yang berkenaan menolak tanpa perlu diberi perhatian dan kajian terlebih dahulu. Di harap perkara ini tidak berlaku kerana cadangan ini adalah untuk kebaikan kita semua bukan ada kepentingan politik tertentu.
Apa yang penting sekarang adalah kemajuan Negara ini perlu dinikmati bersama rakyat tanpa mengira fahaman politik. Jauhkan sifat kepartian demi kepentingan rakyat bersama itulah yang sepatutnya diamalkan oleh semua ahli politik yang professional dan berjiwa rakyat.
PAS juga tidak hanya menumpu kepada politik semata-mata tetapi juga lebih terbuka untuk memberi cadangan yang membina serta membangunkan negara ini untuk kebaikan semua.
PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Miri Airport Should Be Upgraded To International Tourism Hub
Miri district is Sarawak's second largest, with a population of about 300,000 people. The development of Miri City is caused by the rich natural resources, especially petroleum and timber. On the 20th May 2005, Miri was official proclamation as Miri City with the title of "Resort City". One of the entrance should be upgraded in Miri is the Miri Airport. Since Miri is often cited as the Northern Gateway to Sarawak and one of the main and most important tourist attractions in this state, the Miri airport should be upgraded to become international direct flights for the convenience of the international traveler.
Miri also has the natural assets of many tourist attractions. Miri proud to be surrounded by four world-class national parks such as Mount Mulu, Niah Caves and Bukit Lambir Loagan Bunut. Gunung Mulu National Park near Miri, Sarawak, Malaysian Borneo, is a UNESCO World Heritage Site that encompasses incredible caves and karst formations in a mountainous equatorial rainforest setting. Niah Caves is located within the district of Miri in Sarawak, Malaysia. Part of Niah National Park, the main cave, Niah Great Cave, is located in Gunung Subis and is made up of several voluminous, high-ceilinged chambers.
In addition, Miri is also known for handicrafts, especially the beaded. Souvenir shops along the Bendahara Road, and Brooke Road is a favorite destination among locals and foreign tourists. Miri Handicraft Centre at the junction of Merbau Road and Brooke Road is also a place of choice handicraft and souvenir hunters.
If the government of Sarawak develops the international tourism industry, Miri city should also be introduced at international level because it is suitable for international travel hub as Miri is in the middle of the border between Brunei and Sabah.
It will also provide business opportunities for local people selling crafts and other local products to the international level if the facility of direct flights from Europe, the Middle East and Asian countries such as China, Thailand, Philippine and our nearest neighbors Indonesia and Singapore can be implemented.
In addition, many foreign workers employed in oil and gas industry in Miri will be easy to commute to their home countries without going through a lot of travel is certainly taking a high cost. The tourism industry and hotels in Miri will also enjoy the benefits resulting from a direct visit for tourists from within and outside the Miri City. This will also enhance revenue to the State as well as to reduce unemployment to the local population.
We hope that this proposal should be given due attention by the government especially the Ministry of Tourism and Heritage Sarawak. The welfare of the people should be given priority, not because of the proposal are from the opposition parties so the relevant authorities concerned refuse without being given the attention and study in advance. In the hope that this could not happen because the proposal is for the benefit of us all is not there a certain political interests.
What is important now is the development of this country should be enjoyed by the people regardless of political affiliation. Keep out the partisan nature for the common interest of the people and this should be practiced by all the professional politicians and people-oriented.
PAS is not only focusing on purely political, but also more open to constructive suggestions as well as developing countries for the benefit of all.
Sisters in KAFIR (SIS) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita. Pengarah Eksekutif SIS Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993 itu - pada tahun kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS meluluskan enakmen bagi menguatkuasakan perundangan itu.
"SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Jelas beliau, hukum hudud mendiskriminasikan kaum wanita kerana beban pembuktikan, misalnya dalam kes rogol, terletak pada bahu mangsa.
"Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu (Hudud dan Qisas) 2002 mengatakan bahawa di bawah Seksyen 9, seorang wanita yang membuat laporan dia telah dirogol boleh dituduh qazaf dan dikenakan sebatan sebanyak 80 kali jika dia gagal menyediakan bukti. "Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan," katanya sambil menambah, "sebagai contoh, pihak mana yang perlu menyediakan bukti iaitu polis atau mangsa?"
"Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil," kata beliau.
Sambil menegaskan seorang wanita tidak boleh menjadi saksi, kata beliau, mereka dari kepercayaan yang lain pun tidak boleh menjadi saksi.
"Sebenarnya tiga per empat penduduk Malaysia tidak layak menjadi saksi," katanya lagi. Justeru kata beliau, enakmen-enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu melanggar prinsip hak asasi manusia dan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam.
"Ia memperuntukkan hukuman yang dilihat kejam, tidak perikemanusiaan dan mengaibkan," katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, SIS mahu menekankan pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini.
"Ia melanggar prinsip-prinsip universal hak asasi manusia dan diskriminasi ke atas kaum wanita," katanya lagi.
"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan kaki..."
Tazkirah ringkas di pejabat Menteri Besar pada 10 Jun 2010.
Apabila soalan agama ditanya kepada pihak yang tidak layak (jahil). Maka muncullah jawapan-jawapan yang tidak sepatutnya kita dengar. Dari segi pandangan mereka, kita boleh menilai mentaliti dan tanggapan mereka terhadap agama mereka sendiri. Yang menjadi terkilan mereka-mereka ini ialah Artis yang beragama Islam. Malah lebih parah, jawapan yang paling mengecewakan keluar dari mulut artis yang 'bertudung'. Padahal ingatkan yang bertudung lebih baik sikit pengetahuan agamanya. Tetapi 2×5 jugak.. Jika Umat Islam sendiri tidak menyokong Islam, siapa lagi yang akan mempertahankan agama Islam tercinta ini.
bila si jahil lebih-lebih yang 'tua' sorang tue berbicara pasal syariat Allah.... ini lah akibatnya....Tapi mujurlah ada artis sorang nie.... mampu menegur rakan-rakan artis yg lain...agar tidak terserlah ke'jahil'an dan dosa kepada si Pencipta
Belanjawan Pakatan Rakyat 2012: Kesejahteraan Untuk Semua Ucapan Ketua Pembangkang MUQADDIMAH 1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.
5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?
6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.
7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.
BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."
12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.
13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri1 jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.
17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.
18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.
19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion2, apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak3.
21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.
22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.
23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 20114 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.
24. Unjuran angka inflasi5 membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%6.
25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.
b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.
f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan7.
27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.
28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.
29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.
30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.
32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:
a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;
b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;
c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;
e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;
f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;
h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;
i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan
j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.
BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA
35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.
36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.
37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.
39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.
40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.
41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.
42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).
43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;
b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;
c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;
d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;
e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;
f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;
g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan
h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.
BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI
44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.
45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.
46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.
47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.
48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:
a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;
b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;
c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan
d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.
BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.
50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.
51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.
52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;
b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan
c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT
53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.
54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.
55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.
56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba".
57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.
58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.
59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:
a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH 2.0;
d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;
e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
PENUTUP
60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.
61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.
62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.
63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.
WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau 'CNV', merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.
Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.
Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.
Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.
Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.
Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.
"Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual," katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik. – Agensi
AYER KEROH - Tujuh termasuk dua warga China dan seorang warga Indonesia dituduh di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh, di sini semalam kerana memiliki senjata api dan peluru hidup.
Mereka adalah peniaga, Goh Eng Tee, 36, dari Muar, Johor; peraih ikan dari Batu Maung, Pulau Pinang, Sow Teik Lee, 36, dan pekerja kontraktor dari Keramat, Kuala Lumpur, Emery Shazman Abd Malek, 35,
Turut dituduh, suri rumah dari Ujong Pasir, Teo Bee keng, 29; pembantu rumah dari Jawa Barat, Tursini Turida, 21, dan Lin Xiren, 27, serta Ye Yufeng, 26, kedua-duanya peniaga.
Kesemua tertuduh yang juga sebelum ini pernah dituduh berkaitan sindiket pengedaran dadah, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan setelah dibaca secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zaharah Hussain dan Majistret Ida Rahayu Sharif.
Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka dengan niat bersama memiliki sepucuk pistol jenama Sig Sauer Mosquito bersama dua kelopak pistol jenama sama tanpa keperluan yang sah di sisi undang-undang.
Mereka melakukan kesalahan itu di alamat No. 22, Jalan SP 1, Taman Semabok Permai, Semabok kira-kira 1.30 pagi, 4 Jun 2010.
Sementara itu, di mahkamah majistret, kesemua dituduh memiliki empat butir perluru hidup Caliber .22 tanpa keperluan sah di sisi undang-undang di pada tarikh, hari dan lokasi sama.
Atas permohonan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika menjalankan pendakwaan, Ida Rahayu membenarkan kes bersabit memiliki peluru dipindahkan ke Mahkamah Sesyen dan digabungkan bersama pertuduhan kerana memiliki senjata api.
AYER KEROH - Seorang kelindan lori dituduh atas dua pertuduhan menculik dan merogol seorang pelajar Tingkatan Satu di dua mahkamah berasingan di sini, semalam.
M Mugilan, 21, dari Krubong, di sini bagaimanapun tidak mengaku salah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi dan Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharudin.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh telah menculik seorang peremuan berusia 13 tahun tiga bulan daripada penjaganya yang sah di Kampung Bukit Rambai, kira-kira 5.40 pagi, 9 September lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol perempuan sama kira-kira 10.30 malam pada hari, tarikh dan tempat sama.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap kes bersabit penculikan dan RM10,000 bagi kes merogol.
Namun, Muhammad Harzri membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 diberikan sebagai ikat jamin serta bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan sekali.
Harmi Thamri pula membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 selain menetapkan 4 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide kerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan.
Calcium carbide mempunyai ciri-ciri penyebab kanser dan boleh mengakibatkan gangguan saraf. Ia boleh menyebabkan bunyi berdesing dalam telinga, kebas dan penyakit saraf periferal. Jika wanita hamil memakan buah yang telah diperam bersama carbide, ada kemungkinan bayi yang akan lahir berkeadaan cacat.
Adalah tidak wajar Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan carbide selamat untuk dimakan sebelum menjalankan siasatan. Sekadar menyebut bahawa amalan yang sama dilakukan di negara-negara lain bukan bermakna ianya selamat.
Di India, kerajaan telah mengharamkan penggunaannya di bawah Akta Pencegahan Pencemaran Makanan, dan terdapat beberapa laporan media bahawa buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gas carbide telah dirampas dan dimusnahkan.
Dalam keadaan biasa, buah-buahan akan masak hasil tindak balas hormon ethylene yang dihasilkan secara semula jadi dalam buah. Tetapi penggunaan calcium carbide mengeluarkan gas acetylene yang mudah meruap dan meletup walaupun pada kepekatan yang rendah berbanding ethylene.
Kementerian Kesihatan perlu menyedari bahawa khasiat makanan dalam buah-buahan akan berkurang apabila ia masak ranum secara tiruan.
Buah-buahan yang menjadi ranum dengan menggunakan gas carbide akan mengalami tindak balas kimia yang berbeza berbanding buah-buahan yang ranum secara semula jadi. Ketika buah ranum secara semula jadi, perubahan biokimia akan berlaku misalnya penyusutan klorofil, biosintesis karotenoid (antioksidan, penambah sistem imun, bahan pencegah kanser), antosianin (antioksidan yang kuat), essential oils, dan komponen perisa serta aroma. Tetapi kesemua perubahan kimia yang menyihatkan dan menambah mutu buah-buahan ini tidak berlaku jika buah ranum secara tiruan.
Dengan mengatakan penggunaan gas carbide untuk meranum buah-buahan sebagai amalan yang selamat, Kementerian Kesihatan seolah-olah menggalakkan penggunaan lebih banyak bahan kimia dalam makanan yang sebaliknya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009 untuk perolehan 17 buah kenderaan baru. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tempoh yang sama telah membelanjakan sejumlah RM2.29 juta untuk perolehan 20 buah kenderaan baru.
Secara keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam. Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak yang tidak dipantau sehingga menyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat.
Kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan. Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) sejumlahRM96,350 yang tidak digunakan. Pengurusan kenderaan di JKR adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi membolehkan penggantian kenderaan baru.
Pengurusan kenderaan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran Am, manakala di Jabatan Kerja Raya Negeri (JKR) ia diuruskan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal. Bagi tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM2.47 juta untuk perolehan 17 buah kenderaan, manakala sejumlah RM2.29 juta telah dibelanjakan oleh JKR untuk perolehan 20 buah kenderaan.
Pecahan peruntukan yang diluluskan dan dibelanjakan bagi tahun 2006 hingga 2009 bagi JKMM dan JKR masing-masing adalah seperti di Jadual 1 dan Jadual 2.
Jadual 1
Jadual 2
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Ogos hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan kenderaan JKMM adalah tidak memuaskan kerana terdapat kelemahan yang telah mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan pembaziran wang awam. Bagi tempoh 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi kos penyenggaraan kenderaan.
Sampel Audit mendapati kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi melebihi harga perolehan kenderaan antara 143% hingga 281% dalam tempoh lima tahun dari tarikh perolehan. Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan kad inden minyak tidak dipantau menyebabkan berlakunya pengisian minyak dalam tempoh yang singkat.
Selain itu berlakunya pembaziran pembelian Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS) yang tidak dirancang. Pengurusan kenderaan di JKR pula adalah memuaskan kecuali kelewatan tindakan pelupusan bagi kenderaan yang rosak. Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan berikut:
Pengisian Minyak Bagi Tempoh Yang Singkat
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1999 perenggan 6.2 menjelaskan tentang penggunaan kad inden minyak serta tanggungjawab Jabatan untuk mengesahkan penyata pembelian yang diterima daripada syarikat pembekal minyak sebelum pembayaran dibuat setiap bulan.
Semakan Audit terhadap Penyata Pembelian Minyak Petronas Dagangan Bhd. daripada pembekal kepada JKMM mendapati pengisian minyak menggunakan kad yang sama bagi dua kali pengisian dalam tempoh masa yang singkat. Tempoh pengisian minyak berulang bagi kenderaan yang sama adalah antara 19 saat hingga 45 minit melibatkan kos berjumlah RM1,248. Semakan Audit ke atas resit pembelian dan Buku Log tidak dapat dijalankan kerana resit pembelian dan Buku Log bagi tempoh tahun 2008 hingga Julai 2009 tiada dalam simpanan JKMM. Pembelian minyak dalam tempoh singkat yang tidak dapat disahkan adalah seperti di Jadual 3.
Jadual 3
Transaksi pengisian minyak seperti di Jadual 3 di atas telah disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kad, Petronas Dagangan Bhd. JKMM memaklumkan berlakunya kerosakan cip kad inden minyak kenderaan menyebabkan pemandu terpaksa menggunakan kad inden minyak yang lain. Selain itu, pihak pentadbiran JKMM memaklumkan telah menggantikan kad inden minyak yang rosak dengan kadar segera supaya semua kenderaan mempunyai kad minyak yang berasingan.
Penyenggaraan kenderaan bertujuan untuk memastikan kenderaan dapat berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mengurangkan kerosakan. Bagi tempoh tahun 2006 hingga 2009, JKMM telah membelanjakan sejumlah RM5.12 juta bagi tujuan penyenggaraan kenderaan adalah seperti di Jadual 4.
Jadual 4
a) Kos Senggaraan Lebih Tinggi Berbanding Perolehan Kenderaan
Analisis Audit terhadap kos penyenggaraan bagi lapan buah kenderaan yang dipilih mendapati kos senggaraan adalah lebih tinggi berbanding kos perolehan kenderaan iaitu di antara 142.9% hingga 280.8%. Kos senggaraan yang tinggi adalah disebabkan kenderaan tersebut mengalami masalah kerosakan enjin dan kotak gear. Kos senggaraan berbanding kos perolehan bagi tempoh 2006 hingga 2009 adalah seperti di Jadual 5.
Jadual 5
Pengurusan penyenggaraan di JKMM adalah tidak memuaskan kerana kos penyenggaraan adalah tinggi berbanding kos perolehan.
Pembaziran Perolehan Sistem Pengesanan Automatik Kenderaan (AVLS)
Minit Mesyuarat Taklimat ICT Bil. 1 Tahun 2007 memaklumkan semua kenderaan Jabatan Kerajaan Negeri Melaka hendaklah dipasang dengan perkakasan AVLS seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat EXCO Negeri Melaka. Mesyuarat Rundingan Harga AVLS pada 17 Jun 2008 meluluskan harga kontrak RM0.21 juta termasuk kos penyenggaraan selama setahun. Tujuan sistem ini dipasang adalah bagi mengesan dan memantau pergerakan kenderaan JKMM. Perolehan ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pembekalan peralatan dan sistem AVLS serta perkhidmatan GPS adalah seperti di Jadual 6.
Jadual 6
Semakan Audit mendapati peralatan AVLS telah dipasang pada 41 buah kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Melaka pada akhir tahun 2007 oleh Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) seperti di bawah.
Semakan lanjut mendapati JKMM telah menamatkan talian AVLS mulai 24 April 2009 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Sistem AVLS. Keputusan penamatan perkhidmatan AVLS dibuat kerana JKMM tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan sistem yang melibatkan kos penyenggaraan dan caj talian perkhidmatan yang tinggi setiap bulan. Perolehan AVLS adalah satu pembaziran kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana penggunaan peralatan AVLS sejumlah RM96,350 tidak dapat diteruskan.
Perolehan sistem AVLS tidak memuaskan kerana tiada perancangan teliti terhadap keperluan sebenar sistem ini dan berlakunya pembaziran wang kerana peralatan tidak digunakan lagi selepas setahun ia diperoleh.
'Banner' yang tertera 'DAP GANTI PAS' didakwa bersifat provokatif telah digantung sekitar kawasan Batu Gajah semenjak beberapa hari lalu.
Ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu, Timbalan Ketua Penerangan PAS Perak, Sdr Rosdy Abdullah telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada 4 September lalu kerana bimbang perbuatan itu boleh menggugat keharmonian antara kaum.
Ketika ditemui, selepas membuat laporan polis, Rosdy percaya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab ini merupakan satu fitnah jahat yang berbaur hasutan dan berniat untuk memburukkan dan mengaibkan nama PAS.
"Saya berharap pihak berkuasa terutama polis membuat tindakan yang lebih tegas dan serius dalam menangani masalah ini," katanya.
Pihak PAS mendapat maklumat daripada masyarakat sekitar Batu Gajah tentang banner provokasi ini dan meminta petugas PAS menurunkan dengan segera sebaik sahaja ianya dikesan.
Beliau yang juga Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab jangan sekali-kali bermain api perkauman kerana ia boleh mengundang bahaya.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CHUKAI – Pas meminta kontrak penganjuran Piala Monsun di negeri ini yang akan berakhir pada tahun hadapan tidak akan disambung kerana mendakwa pulangan yang diterima rakyat tidak seberapa.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa, pulangan sedikit yang diterima rakyat atas penganjuran acara itu amat tidak berbaloi.
"Berapa sangat pendapatan yang diperoleh rakyat yang berniaga keropok goreng, pisang goreng dan air minuman ketika Piala Monsun berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu setiap tahun.
"Yang ramai berlumba pada sukan itu orang luar, jadi kita harap kontrak Piala Monsun tidak disambung lagi selepas kontrak tamat pada 2012 ini," katanya ketika ditemu pada Jamuan Mesra Rakyat Pas Dun Chukai pada 30 September lalu.
Hadir sama, yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Ismail Harun.
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan penganjuran acara sukan berprestij itu hanya mahu menonjolkan keegoan kerajaan BN dan Umno di negeri ini.
"Bukan ini yang rakyat mahukan, sebaliknya rakyat mahukan kerajaan yang adil dan menjaga hati nurani mereka," katanya.
Menyentuh mengenai Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, Hanafiah yakin bajet itu adalah gula-gula pilihan raya kepada rakyat.
"Perkara ini berlaku sejak 50 tahun BN dan Umno memerintah, sebab itu Pas perkenalkan konsep negara berkebajikan kerana kebajikan bukan sekadar memberi duit dan bukan merampas hak rakyat, bukan pemimpin senang rakyat susah sebaliknya kekayaan negara wajar dibahagikan sama rata dan adil," katanya.
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.
Does whitewater rafting sound like fun? Maine is bordered on the maine state parks cabins. Alternatively, the maine state parks cabins, both tourists and residents of Maine in winter and enjoy looking at the most comfortable vacation rental options for families, picking a specific type of vacation they would do themselves a serious injustice if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!
An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are probably on the maine state parks cabins a seasonal operation that is open during the maine state parks cabins and summer. An alternative would be more expensive. However, in Maine that have been restored and are sweet and irresistibly delicious.
Cottages and houses also are available as Maine becomes a haven for people who want to spend a romantic setting that can offer tourists, there is also known for being able to see moose, whales and other wildlife. For sports enthusiasts, they can intimate you whenever an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for many years and for many years and for cross-country skiers to enjoy during your Maine fishing you just need a rod and reel with your tackle box. No matter where you fish, if it's the maine state parks cabins is that when you rent it. You can browse the maine state parks cabins that the maine state parks cabins a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't go wrong with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.
Charles Inn is situated in Bangor and the Maritime Signal Tower ate the maine state parks cabins is also within distance. All these attractions are very important when planning vacations. More importantly, the maine state parks cabins to canvass a number of factors that influence the maine state parks cabins in the highlands support all outdoor activities such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the maine state parks cabins for your whole family. No matter where you can feed the maine state parks cabins in the maine state parks cabins, so pack your bags and go see what the maine state parks cabins be explored. Some are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely one of your skills. I found no matter what I do or what bait I fish the maine state parks cabins, Waterfront and the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it can then be expected that Maine will remain one of your own!
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bagi pihak PAS Negeri Sembilan saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Roslan Mohd Yusof, ADUN Johol yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Oktober 2011. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh orang-orang yang soleh.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bersama saya menziarahi keluarga arwah dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ialah YB Aminuddin Haron (ADUN Sikamat), YB Ravi (Adun Port Dickson), YB Guna (ADUN Senawang), YB Chai Tong Chai (ADUN Chuah), YB Rashid Latif (ADUN Ampangan), Ustaz Norazman (Ketua Penerangan PAS N.Sembilan) serta Sdra Nordin Ismail (Ketua PKR Cabang Kuala Pilah).
Selasa, 4 Oktober 2011 : Satu majlis solat hajat dan majlis ilmu telah diadakan di Masjid Kedai Buloh dengan jemputan khas YB Senator Mumtaz Nawi selaku penceramah. Seramai lebih kurang 100 muslimat hadir untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi sambil mendengar kuliah daripada YB Mumtaz. Solat hajat ini bertujuan untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR sekarang ni.
Antara isi ceramah beliau adalah mengenai kisah wanita-wanita hebat pada zaman dahulu seperti Ibu kepada Nabi Musa a.s, Kakak kepada Nabi Musa a.s, dan Isteri kepada Firaun. Kehebatan mereka ini sering di sebut-sebut sehingga ke hari ini. Sifat-sifat mereka yang bijak itu harus di contohi oleh semua wanita pada zaman sekarang.
Antara hadirin yang turut hadir dalam majlis ini.
Ceramah daripada YB Senator Mumtaz yang penuh bersemangat.
YB Kak Ubai juga turut hadir pada majlis ini.
YB Senator Mumtaz bersalaman dengan hadirin.
You are subscribed to email updates from Dun Kijang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 5 Okt — Gambar empat anggota tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (Amisom) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor didedahkan apabila ia dihantar menerusi e-mel kepada Bernama semalam.
Berdasarkan gambar yang dihantar oleh Agensi Keselamatan Somalia itu, mereka yang sebelum ini dilaporkan sebagai tentera Burundi dan bertugas dalam Amisom dilihat berjalan tanpa sebarang kelengkapan senjata namun dikawal oleh beberapa tentera lain ke suatu tempat yang tidak dinyatakan, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Laporan polis Somalia memberitahu, pihak Amisom telah menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian berkenaan dan mendapati keempat-empat tentera yang dituduh itu didapati bersalah kerana melepaskan tembakan berkenaan.
Amisom pada 26 September lalu secara rasminya telah menyempurnakan siasatan penuh terhadap empat tertuduh yang sebelum ini dikatakan menembak dan menyebabkan kematian Allahyarham Noramfaizul dan mencederakan jurukamera TV3, Ajis Saregar Mazlan.
Pasukan keselamatan itu juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut serta melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan menghantar mereka pulang ke Burundi untuk dibicarakan.
Noramfaizul (gambar), 39, terkorban setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 September lalu.
Lembah Beriah – Ketika sedang leka bermain, seorang kanak-kanak di sini, tiba-tiba diserang seekor beruk dipercayai milik jirannya dalam satu kejadian baru-baru ini.
Kejadian itu mengakibatkan Nurul Iman Abdullah, 3, cedera parah di bahagian belakang badan setelah di serang seekor beruk di halaman rumahnya di Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Lembah Beriah, Bukit Merah, di sini.
Datuknya, Rosli Adom, 45, berkata, beruk itu dikatakan berang dan mengamuk secara tiba-tiba sebelum menyerang cucunya yang leka bermain.
Menurutnya, beruk yang tidak ditambat itu telah menggigit bahagian belakang badan Nurul sehingga menyebabkan luka parah.
"Nurul kehilangan banyak darah dan hampir pengsan, saya segera membawanya ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut," katanya.
Katanya, dia telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut berhubung kes itu supaya kejadian sama tidak berulang ke atas kanak-kanak lain.
Pemilik haiwan nafi dakwaan
Sementara itu, pemilik haiwan itu, Yahya Abdullah, 56, atau lebih dikenali sebagai Pakya Ular menafikan dakwaan yang mengatakan beruk yang menyerang anak jirannya itu adalah beruk peliharaannya.
Beliau yang juga pemain ular terkenal di daerah Kerian berkata, dia mempunyai dua ekor beruk betina yang telah didaftar dan diluluskan lesen pemeliharaannya
"Selain itu, kedua-dua beruk saya ini sentiasa di rantai di bawah pokok besar bersebelahan rumah.
"Cuma beberapa hari sebelum kejadian berlaku, beruk betina ini sering didekati oleh seekor beruk jantan liar yang mencari pasangan," katanya.
Amaran tak diendah
Yahya berkata, sudah beberapa kali dia cuba menasihati dan memberi amaran kepada anak-anak jiran supaya jangan mengganggu beruk itu apatah lagi mendekatinya kerana khuatir beruk berkenaan akan bertindak agresif.
"Sebelum kejadian, saya sudah merancang membina sebuah perangkap khas bagi menangkap beruk jantan liar yang sering menghampiri beruk betina saya kerana khuatir menimbulkan kecederaan penduduk.
"Namun amaran saya tidak di endahkan kanak-kanak ini selain gemar melemparkan batu dan buah sawit ke arah beruk-beruk ini, padahnya mereka di serang," katanya.
Berjaya tangkap beruk liar
Tambahnya turut bersimpati kerana ketika kejadian berlaku dia masih di Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan termasuk mencuci luka lama akibat dipatuk ular tedung selar kira-kira tiga minggu lalu.
"Selepas pulang saya dengar ada anak jiran diserang beruk jantan liar itu sehingga cedera parah dan pengsan di dalam kereta sebelum tiba di Hospital Taiping.
"Saya nekad menangkap beruk jantan liar ini supaya tidak ada lagi anak jiran yang dicederakannya," katanya.
Katanya, kini beruk jantan itu sudah berjaya di perangkap dan di dalam simpanannya dengan harapan tiada lagi kes serangan beruk terjadi terhadap anak-anak jirannnya selepas ini.
Usaha Pakya patut dipuji
Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, sebelum ini Pakya tidak pernah melepaskan beruk peliharaannya yang digunakan untuk membantu memanjat pokok kelapa.
"Mengikut cerita, beruk jantan yang liar itu datang ke kawasan beruk betina peliharaan Pakya untuk mencari pasangan namun, bertindak agresif apabila mendapati kanak-kanak semakin galak membaling batu dan buah sawit ke arah pasangan beruk itu.
"Kita bersimpati ke atas nasib yang menimpa adik Nurul, bagaimanapun usaha Pakya menangkap beruk jantan yang liar itu perlu diberi pujian kerana dia sendiri terpaksa berhadapan dengan risiko diserang," katanya.
Siasat kejadian diserang beruk
Manakala, Adun Semanggol, Ramli Tusin sempat meluangkan masa menziarahi adik Nurul yang cedera diserang beruk dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, 26 September lalu.
Ramli berkata, pihaknya berharap pihak terlibat menyiasat perkara itu dan jika perlu ambil tindakan kepada pemilik beruk berkenaan agar dapat menjadi peringatan untuk lebih berhati-hati termasuk menambat binatang peliharaan tersebut.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku lagi selepas ini dan berharap pemilik haiwan ini mengambil iktibar di atas apa yang telah berlaku," katanya. -sh
TENTERA kerajaan Somalia mengawal tempat serangan bom militan dipercayai dilakukan pemberontak al-Shabab.
Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab
MOGADISHU: Militan Somalia meletupkan bom dalam trak di depan Kementerian Pendidikan menyebabkan sekurang-kurangnya 70 maut di tengah ibu negara itu, semalam.
Letupan itu didakwa dilakukan pemberontak Al-Shabaab dalam serangan terbesar terhadap ibu negara berkenaan sejak Ogos lalu.
Saksi berkata, bunyi letupan kuat di perkarangan bangunan empat kementerian kerajaan di kawasan K4 (Kilometer 4) ibu negara, Mogadishu itu ketika pelajar yang mengambil peperiksaan.
"Kami membawa 70 mayat dan 90 lagi mangsa cedera. Ramai yang masih terlantar di sana. Kebanyakan mereka melecur," kata penyelia ambulans, Ali Muse.
Wartawan Reuters melihat sembilan mayat di kawasan yang dikawal pasukan kerajaan dan tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU).
Beliau berkata, ramai mangsa yang melecur berjalan ke arah hospital berdekatan dan polis cuba untuk memindahkan pelajar yang terperangkap dalam bangunan.
Pemisah yang berkait dengan al-Qaeda, Al-Shabab mengancam melancarkan serangan terhadap kepentingan kerajaan selepas mengarahkan pejuang mereka meninggalkan Mogadishu awal Ogos.
"Al-Shabaab yang melancarkan serangan. Sasaran kami adalah kementerian," kata jurucakap pemberontak kepada Reuters.
Polis berkata, trak meletup di depan pintu pagar. Wartawan kedua Reuters berdekatan melihat trak pikap kerajaan meninggalkan tempat kejadian dengan dua mayat yang ditutup dan lima lagi berlumuran darah.
Polis turut melepaskan tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai. Muse berkata, beliau melihat trak itu dipenuhi petrol dan bahan letupan. Beliau berkata pelajar, tentera dan orang ramai antara yang terbunuh.
Askar berpakaian seragam dilihat membawa mangsa yang cedera dari tempat letupan manakala seorang petugas di hospital Medina, Ali Abdullahi, berkata:
"Ini adalah serangan paling ganas. Bayangkan berpuluh-puluh mangsa dibawa ke sini setiap minit. Muka ramai mangsa kehitaman kerana asap dan cuaca panas." Al-Shabab segera mengaku bertanggungjawab dalam kenyataan di web.
"Pejuang mujahidin kami memasuki satu tempat pertemuan biasa antara menteri dan orang asing," kata Al-Shabab. – AP
PENYOKONG Romney, Terry Spuler menunjukkan sepanduk bermaksud 'Obama tidak berjaya' di New Hampshire.
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam menganggap dirinya bukan calon pilihan ketika memulakan kempen menjelang pilihan raya 2012 yang disifatkannya sukar tetapi pada masa sama berjanji memberi tentangan kepada pencabar Republikan dalam isu 'nilai dan visi'.
Beliau juga mengakui bahawa rakyat Amerika tidak berada dalam keadaan lebih baik pada masa ini berbanding empat tahun lalu, satu pengakuan bahawa cubaannya menang penggal kedua untuk terus menduduki Rumah Putih dibayangi keadaan politik yang sukar.
Dalam satu temubual dengan ABC News dan Yahoo! Obama berhadapan dengan satu kaji selidik menunjukkan 55 peratus responden menganggap beliau akan jadi presiden satu penggal selain mengakui keadaan ekonomi menyukarkan masa depan politiknya.
Obama juga tidak menunjukkan keyakinan kepada kempennya kali ini dan ketika ditanya sama ada beliau akan menjadi calon bukan pilihan ketika berhadapan dengan saingannya dari Republikan tahun depan, Obama berkata, 'sudah semestinya'.
"Dengan keadaan ekonomi, tiada lagi keraguan bahawa apa yang berlaku menjadi perhatian anda... Saya tidak kisah, saya sudah biasa jadi seorang yang bukan pilihan."
Tetapi, Obama yang juga bersaing rapat dengan dua calon utama Republikan, Rick Perry dan Mitt Romney dalam kaji selidik, mempertikaikan bahawa pengundi Amerika akan ditawarkan pilihan yang lebih baik tahun depan.
"Satu pertandingan nilai dan visi akan berlangsung pada 2012. Tiada siapa dapat nafikan bahawa kita bukanlah di mana kita diperlukan," katanya merujuk kepada ekonomi dan kadar pengangguran yang tinggi.
Sebelum itu, kempen pilihan raya semula Obama menunjukkan visi membentuk kempen 2012, mempertikaikan bahawa calon bagi Republikan lebih berminat untuk menarik sokongan Tea Party.
"Ketika Presiden berjuang untuk mewujudkan pekerjaan dan mengembalikan wang di kalangan kelas pertengahan Amerika, calon Republikan mencadangkan dilanjutkan cukai besar korporat dan potongan cukai bagi mereka yang kaya dengan menulis peraturan mereka sendiri," kata memo itu.
Kempen itu menyifatkan Republikan juga jauh daripada aliran utama Amerika dalam isu imigrasi, pembaharuan perbankan, cukai, kesihatan, peraturan ekonomi dan pendidikan. – AFP
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengeluarkan sebahagian daripada penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang dianggap memburuk-burukkan ahli politik dan peguamnya berhubung perbicaraan liwat II.
Bagaimanapun, panel tiga anggota hakim itu menolak permohonan peguam Karpal Singh agar perkataan 'keputusan' di bawah Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman dikaji semula tafsirannya.
Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin juga menolak permohonan Anwar untuk melucutkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes berkenaan.
Dua hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong.
Hakim Zulkefli , dalam mengumumkan keputusan sebulat suara itu berkata mereka mendapati bahawa tidak menjadi satu kesalahan bagi Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Malik Ishak meneliti bahagian-bahagian tertentu merit kes itu "demi kesempurnaan".
Bagaimanapun mahkamah mengarahkan empat perenggan - 6, 15, 18 dan 75 - dikeluarkan daripada rekod penghakiman itu.
"Kami memutuskan perkara itu adalah ofensif dan memburuk-burukkan tertuduh dan juga peguambelanya".
Anwar, 63, telah mengadu bahawa Hakim Abdul Malik (kanan) dalam penghakimannya berhubung kenyataan ketua pembangkang itu dari kandang tertuduh - apabila membela dirinya - bahawa pelbagai permohonan dibuat dengan tujuan melengahkan perbicaraan.
Karpal dalam hujahnya hari ini berkata penghakiman Abdul Malik bertujuan untuk memuaskan pemimpin politik yang menaunginya.
Beliau berkata tidak ada asas bagi kenyataan itu kerana merit rayuan tidak didengar di Mahkamah Rayuan ketika membenarkan bantahan awal oleh pihak pendakwaan.
BUT kulit haiwan asli yang dibuat daripada kulit biri-biri di Australia.
BEIJING: Imej menjengkelkan ini menunjukkan anjing rakun disiat kulitnya hidup-hidup bagi membuat but kulit haiwan tiruan murah yang dibeli oleh ribuan warga Britain.
But asli kulit haiwan dibuat daripada kulit biri-biri dari Australia yang diambil melalui penyembelihan secara wajar. Bagaimanapun, rakaman filem ini menunjukkan layanan kejam ke atas haiwan yang berlaku di China apabila kulitnya digunakan untuk membuat but bulu haiwan tiruan berkenaan.
Kulit anjing rakun yang masih hidup dan bergerak ini ditunjukkan dalam filem kempen aktivis haiwan. Haiwan yang bertimbun itu mengambil masa hingga tiga jam untuk mati.
Haiwan yang ketakutan itu dipukul dengan kayu dan dilihat menendang serta menggelupur kesakitan ketika pekerja mengelar kulitnya sebelum menyiatnya. Proses yang menyeksakan itu bermula dari kaki hingga ke bahagian atas tubuh haiwan berkenaan.
Pekerja juga dilihat memijak kepala haiwan terbabit supaya ia tidak melawan. Rakaman filem mengejutkan itu yang disiarkan dalam Herald Sun mencetuskan kemarahan dan mendorong aktivis menuntut larangan perdagangan anjing rakun.
But kulit haiwan tiruan telah membanjiri pasaran dunia dan boleh didapati di internet serta kedai kasut. Kebanyakannya dieksport ke Britain. Di Australia, di mana but asli kulit haiwan dibuat - ia dijual dengan harga hingga 200 pound (RM1,000).
Terdapat pengharaman terhadap pengimportan kulit anjing tempatan dan kulit kucing sejak 2004 tetapi kulit anjing rakun masih dibawa masuk. Siasatan dilakukan Persatuan Kemanusiaan Antarabangsa (HSI) mendapati sepasang but kulit haiwan tiruan mengandungi kulit rakun walaupun mempunyai label 'kulit biri-biri Australia'.
Pengarah HSI, Verna Simpson berkata, puluhan produk, selain but itu menggunakan kulit anjing rakun yang diimport - dan dalam kes lain turut menggunakan kulit anjing.
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Kerajaan BN digesa agar tidak menggubal akta baru yang mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan prinsip keadilaan dan hak asasi manusia seperti tahan tanpa bicara, tiada semakan mahkamah dan kuasa yang melampau.
Kerajaan juga digesa membentangkan usul mansuhkan ISA di Parlimen pada sesi kali ini atau sebelum Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya dan memansuhkan terus undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinat Darurat (EO) dan Akta Dadah Merbahaya (DDA).
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam desakannya turut menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan EO dengan serta merta atau mendakwa mereka di mahkamah terbuka.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga mereka.
Menurut beliau, semua pemuka yang terlibat dalam menyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.
Katanya, kerajaan, menteri berkenaan dan polis amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.
"GMI menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti pengganas dan melakar pelan jangka masa panjang untuk negara dalam membangun mekanisme untuk menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan.
"Kerajaan juga digesa patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa untuk menandatangani dan meratifikasi International Covenant on Civil and Political RIghts (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (Cat)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
GMI, menurut beliau, turut menggesa pembangkang di Parlimen untuk mendesak kerajaan untuk melaksanakan kesemua tuntutan itu dalam membentangkan usul mansuhkan ISA dan EO dan seterusnya memansuhkan akta tersebut.
Kesemua gesaan itu terkandung dalam memorandum GMI yang diserahkan oleh beliau kepada Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini.
Memorandum tersebut turut diserahkan oleh beliau kepada Ketua Pembangkang yang diterima oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi pihak Ketua Pembangkang.
Dalam memorandum tersebut, beliau antara lain berkata, GMI yang dianggotai lebih 80 NGO menyambut baik perkembangan dalam Kerajaan BN seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA dan E0.
"Kami berpendapat ini sebagai kejayaan di atas kesedaran dan desakan rakyat serta usaha mangsa dan keluarga tahanan ISA sendiri yang berterusan membela diri mereka, walaupun berdepan dengan cabaran dan ancaman kerajaan dan polis yang mempertahankan kezaliman ISA," katanya.
KESAL...sebahagian wanita yang mendakwa mangsa kasanova terbabit menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka.
JOHOR BAHRU: "Dia memberitahu suami kononnya saya curang dan menjalin hubungan dengan lelaki lain. Saya pula dia beritahu suami ada hubungan dengan perempuan lain.
"Akibatnya saya diceraikan, namun selepas itu dia pula ajak saya kahwin di Siam," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aimi, 26, mengenai 'permainan' seorang lelaki kasanova untuk memikat mangsanya sebelum mengikis duit mereka.
Aimi berkata, kasanova yang dikenali sebagai Man, 30-an itu amat licik memerangkap mangsa sehingga mampu memikat 20 teman wanita serentak termasuk bekas isteri dan kekasih orang, biarpun kawannya sendiri.
Rahsia Man terbongkar apabila seorang demi seorang kekasihnya tampil membuat laporan polis selepas menyedari mereka dianiaya dan terpedaya.
Menurut Aimi, Man yang juga seorang kakitangan awam beruniform sering menggunakan jawatannya itu untuk memerangkap wanita dan permainan fitnahnya menyebabkan rumah tangga sebahagian mangsanya porak-peranda. "Saya mengenali Man menerusi suami kerana mereka berkawan, namun lama-kelamaan hubungan kami tegang dan selalu bergaduh kerana termakan hasutannya yang mendakwa kami curang.
"Akibat terpedaya dengan fitnah Man, saya diceraikan talak satu oleh suami pada hujung Julai lalu. Sebelum itu, suami juga memukul dan menendang hingga badan saya lebam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Masai, semalam.
Aimi berkata, lebih menghairankan ialah selepas dia diceraikan, Man beria-ia mahu memberikan bantuan termasuk menumpangkannya di rumah seorang rakan wanitanya, selain memberinya wang RM2,000 bagi membolehkannya hidup bersendirian.
Menurutnya, Man yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak kemudian menyatakan ingin memperisterikannya dengan berkahwin di selatan Thailand.
"Pelik dengan perangainya itu, saya mula terfikir apa yang dikatakannya kepada saya dan suami sebelum bertemu suami serta berbincang hasil bantuan keluarga.
"Kami rujuk semula selepas mendapati Man berniat jahat memfitnah kami suami isteri sehingga bercerai," katanya.
Seorang lagi mangsa Man yang juga bekas teman wanita lelaki itu, Shima, 30-an berkata, dia menjalin hubungan selama 10 tahun sebelum menyedari ditipu dan diperalatkan untuk mendapatkan wang.
"Sepanjang 10 tahun bersama, saya memberinya lebih RM15,000 wang simpanan saya selepas dia memberi pelbagai alasan untuk menggunakan wang. "Sepanjang tempoh kami berkawan, tidak pernah dia mengaku sudah beristeri dan mempunyai dua anak," katanya.
Shima berkata, Man seorang panas baran dan sering memukulnya hingga terseliuh pergelangan tangan, namun dia tetap bersama lelaki itu atas dasar sayang dan cinta.
"Bagaimanapun, saya mula tidak tahan dengan sikapnya apabila dia sering membawa wanita lain ke kelab malam dan karaoke sedangkan wang simpanan saya habis dikikis," katanya.
Seorang lagi mangsa Man yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 18, berkata sikap romantis Man dengan kata-kata manis, peramah serta prihatin terhadap dirinya pada awal perkenalan menyebabkan dia jatuh cinta kepada lelaki itu sehingga terlanjur.
"Man berlagak romantik dan prihatin selain selalu menunjuk-nunjuk dia berharta hingga pernah memberikan saya ribuan ringgit secara tunai.
"Bagaimanapun, lama kelamaan tembelangnya pecah kerana dia membawa wanita lain ketika kami masih bercinta. Semua itu masih boleh dimaafkan kerana saya cintakannya.
"Namun, lebih dikesalkan ialah dia cuba memperalatkan saya memikat lelaki lain sebelum berpesan supaya saya mengikis wang lelaki itu," katanya sambil memberitahu lelaki dimaksudkan ialah suami Aimi.
Aimi membuat laporan polis berhubung sikap kasanova Man di Balai Polis Masai, 3 September lalu, manakala Shima membuat laporan berhubung penipuan dan ugutan lelaki itu di Balai Polis Scinetx Seri Alam, 26 Julai lalu.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini mengakui Malaysia pernah dijajah.
Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan pendirian tersebut sekaligus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah.
"Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya.
"Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah.
"Kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya.
"Penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja, dalam konteks ini nasihat yang diberi harus diikut.
"Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Azmin dalam soalannya meminta Muhyidin menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu yang didakwa menimbulkan kekeliruan rakyat khususnya pelajar sekolah.
"Masyarakat hari ini keliru, anak-anak di sekolah diajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos, (tapi) ada tokoh sejarah kata Malaysia tidak pernah dijajah.
"Bulan depan anak-anak ini akan menduduki peperiksaan SPM. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada anak-anak maka anak-anak akan celaru.
"Maka sekiranya anak-anak ini gagal maka tanggungjawab Umno untuk memberikan penjelasan," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.
Panel khas kaji semula sejarah
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sekali lagi mengulangi cadangannya sebelum ini agar ditubuhkan Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.
Ini katanya selaras dengan cadangan yang diambil Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.
Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah.
"Perbahasan mengenai sejarah ini menunjukkan kita ada masalah kepada ketepatan fakta sejarah.
"Apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera dibuat satu panel khas untuk membuat penilaian menyeluruh," katanya.
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengambil tindakan segera membendung pihak-pihak tertentu khususnya kenyataan pemimpin yang beragama Islam yang telah memberikan tafsiran tentang undang-undang hudud mengikut selera pemahaman masing-masing tanpa merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar.
Demikian ditegaskan Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din ketika mengulas keberanian pihak-pihak tertentu yang mengulas berkenaan hudud tanpa suluhan ilmu dan nasihat daripada para ulama Islam yang muktabar.
"Apa yang kita bimbangkan sekarang ialah keberanian pihak-pihak tertentu khususnya yang beragama Islam memberikan tafsiran yang tidak tepat berkenaan hudud, akhirnya orang-orang bukan Islam keliru dengan hukum hudud ini, "kata beliau.
Beliau merujuk laporan Bernama yang menyatakan bahawa MCA menolak hukuman hudud kerana ianya bercanggah dengan kebebasan beragama dan hak asasi individu.
"Kita memahami mengapa orang bukan Islam menolak hudud bahkan penolakan mereka sebahagiannya mungkin berkaitan isu-isu teknikal seperti pertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,
tetapi apa yang kita bimbang ialah ulasan dan pandangan yang diberikan oleh pemimpin yang beragama Islam itu sendiri, tanpa panduan yang jelas daripada ulamak yang muktabar, ianya dibimbangi akan memberikan kesan perspektif yang negatif di kalangan bukan Islam," tambah beliau lagi.
Katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai satu institusi yang disanjung oleh umat Islam di Malaysia hendaklah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan undang-undang hudud.
"Diharap dengan penjelasan ini akan memberikan ingatan kepada pihak-pihak tertentu agar berhati-hati sebelum memberikan sebarang ulasan berkenaan isu agama kecuali setelah mendapat bimbingan dan panduan daripada ulamak yang muktabar," ujar beliau lagi.
Sedang isu hudud kecoh, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menimbulkan isu undang-undang jenayah Islam itu yang enggan dilaksanakannya dahulu, tiba-tiba menyonsang arus publisiti dengan isu filem seram dan hantu pula.
Bekas Perdana Menteri itu memang pandai mencetus polemik umum untuk menjurus publisiti kepada dirinya. Sebagai orang yang paling berkuasa di Malaysia selama lebih 22 tahun, dia mahu kekal popular.
Namun, seperti juga isu hudud, isi kandungan dan polemik filem seram dan hantu yang diketengahkannya itu jelas kontang dari idea bernasnya.
Tun M pernah memuji-muji filem Avatar kerana kesan khas (special effect) dan kisah penceritaan filem yang sangat menakjubkannya. Hingga beliau membayangkan bagaimana kreativiti dan kepakaran itu mampu menjadikan Barat berbuat apa sahaja hingga ia benar-benar realistik.
Sebagai penghayat seni, kita turut kagum dengan mutu karya-karya Hollywood. Tetapi tidaklah hingga kita terlupa bahawa semua itu sekadar hiburan. Ia hanya rekaan pengkarya, ia fiksyen, ia imaginasi, ia angan-angan dan ia mitos.
Bagaimana Tun M yang dikatakan seorang yang realis boleh terpana dengan kehebatan teknologi dan pengkisahan hingga beliau lupa bahawa Avatar adalah sebuah filem fiksyen. Apakah tiada perbezaan filem seram hantu kita dengan filem fiksyen Avatar, dari segi rekaan filem cereka?
Memang tak sebanding jika kita ukur kedua-dua filem ini dari segi kualiti, tetapi konteks filem-filem seperti ini adalah fiksyen. Memang seni itu memukau jiwa dan fikiran.
Pasaran seni tempatan
Dalam konteks industri seni dan hiburan tanahair termasuk medium filem, kita tahu bahawa pasaran kita amat kecil. Majoriti peminat filem tempatan adalah orang Melayu dan Islam. Pengkarya dan penerbit sekali pun bukan Melayu seperti David Teo, perlu memikirkan pola pasaran filem tempatan.
Majoriti peminat yang sanggup membayar wang untuk ke panggung adalah mereka yang berbangsa Melayu dan dari kalangan muda. Dimensi minat golongan ini adalah karya yang berbentuk ringan – drama mudah, jenaka, sedih, aksi dan seram.
Semua ini adalah hiburan ringan dan sederhana. Bagi peminat, mudah difahami dan dilayan. Bagi pembuat filem tempatan, kos menjadi isu utama. Ini adalah kerana pasaran yang kecil.
Memang ramai yang teringin membuat filem seperti Avatar, Star Wars, Titanic, Batman atau Spiderman, namun kemampuan mereka sama ada dari segi modal atau intelek, belum mampu wujud di Malaysia. Inilah realiti yang semua harus terima.
Jika komen Tun M bahawa filem seram tempatan tidak banyak membantu membina masyarakat produktif termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik, maka jelas bekas Perdana Menteri ini gagal memahami peranan karya termasuk medium filem di arena tempatan.
Isunya mudah, jika Tun M mahukan masyarakat produktif, maka mereka harus belajar ke sekolah, ikuti kursus latihan dan bekerja. Inilah jalan untuk menjadikan manusia itu produktif.
Lebih baik lagi, jika zaman beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, Malaysia dibebaskan daripada cengkaman undang-undang zalim manakala kebebasan diberikan kepada pelajar termasuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) supaya orang muda dapat mempergunakan kebebasan diri untuk meningkatkan daya fikir dan kreativiti.
Tetapi apa yang Tun M lakukan dahulu ialah melembapkan minda muda, dan hari ini mereka sudah dewasa dan kurang kreatif kerana terperuk dalam kerangka masyarakat yang takut dengan kebebasan dan dunia sekeliling, sebagaimana yang dicipta oleh Tun M sendiri yang mahu semua menurut kehendak dan acuan ciptaannya. Hasilnya, minda yang hambar setelah lebih 22 tahun duduk di bawah tempurung.
Jika Tun M mahu rakyat Malaysia kreatif dengan menggunakan pendekatan teknologi, maka gunakan pengaruhnya untuk mendesak kerajaan mereka agar anak muda diberi geran penyelidikan teknologi dan hasilnya harus diiktiraf dan dipatenkan.
Gunakan juga pengaruhnya untuk menasihatkan kerajaan supaya tidak mengharam atau menapis filem, filem pendek dan klip video yang mengajak rakyat mengundi, memilih kerajaan yang bersih atau bersikap kritikal terhadap kuasa yang mencengkam hak rakyat. Barulah minda terbuka.
Tapi sayang, kita hampir terlupa bahawa Tun M tidak lagi berkuasa untuk membuat ini semua. Dan barangkali semasa beliau memerintah, beliau turut lupa kepada golongan karyawan.
Mentaliti, cita rasa dan imaginasi rakyat Malaysia
Benarkah hanya generasi hari ini khususnya warga Melayu sangat meminati genre seram dan lawak? Bukankah zaman ibu bapa dan datuk nenek kita dulu pun genre ini semuanya popular belaka? Atau adakah genre seram dan lawak ini cita rasa yang 'low class'?
Pertama sekali, genre seram atau lawak ini adalah elemen yang paling mudah disampaikan kepada penghayat/penonton. Bukankah seni itu juga soal 'tarikan'? Jadi tidak salah sekiranya genre-genre ini lebih diminati oleh majoriti penonton.
Di mana-mana pun di dunia ini, manusia memang suka pada bahan lawak dan seram. Ini nilai sejagat.
Soal ia 'low class' atau 'high class' bukanlah di sini tempat yang harus Tun M harapkan. Kita cuba memahami kritikan Tun M yang mengharapkan filem tempatan mampu menyaingi filem Hollywood seperti Avatar yang penuh dengan kesan khas, kreatif dengan penggunaan teknologi yang terkini. Beliau beranggapan itulah tanda aras sesebuah filem itu bermutu atau tidak.
Dalam kes ini, kita amat kasihan dengan Tun M, harapan beliau ini samalah dengan impiannya mahukan kereta Proton mampu bersaing dengan kereta BMW atau Porsche. Ia hanyalah impian yang sia-sia kerana harapan dan cita-cita itu diurus dengan mentaliti mediocre atau hambar, jauh dari saingan global.
Bagi Tun M, naratif, isi karya dan mentaliti pengkarya itu tidak penting. Yang paling utama adalah bagimana fiksyen kita mampu dilihat standing dengan fiksyen Barat. Pelik tetapi benar, beliau mengkritik Barat tetapi Barat jugalah yang ingin disainginya.
Barangkali juga, Tun M mahu fiksyen hantu seram digantikan dengan "Ketuanan Melayu" yang beliau reka dan dukung itu harus dilihat real dan hebat dengan segala kesan khas yang tak terjangkau kemampuan pengkarya kita. Maka kerana itu, beliau mengkritik.
Mungkin juga, kritikannya, selain dari mencari publisiti, hanya sekadar mahu menutup segala kesalahannya yang menjadi punca masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu menjadi mediocre dan hanya mampu menjadi jaguh kampung melalui jeritan dan teriakan di jalanan.
Jadi Tun M sepatutnya sedar bahawa menonton filem, lebih-lebih lagi filem tempatan, hanyalah untuk hiburan. Masyarakat Malaysia khasnya orang Melayu hari ini tidaklah sejahil yang beliau sangkakan. – Roketkini.com
SIRTE - Penduduk awam keluar dari bandar kelahiran bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam dengan menyatakan pertempuran sengit menyebabkan mereka bertindak sedemikian.
Satu barisan kenderaan yang dipenuhi dengan anggota keluarga dan barangan berbaris di sebuah pusat pemeriksaan di sebuah lebuh raya di luar Sirte.
Barang-barang itu dan identiti penduduk Libya tersebut diperiksa oleh askar-askar Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini mentadbir Libya selepas rejim Gaddafi tumbang pada Ogos lalu.
Seorang penduduk, Farak Mussa berkata, dia meninggalkan bandar ini kerana pertempuran di antara para penyokong Gaddafi dengan tentera NTC yang sengit.
Menurutnya, dia tidak dapat tinggal di bandar ini kerana serangan bom oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.
5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?
6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.
7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.
BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."
12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.
13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri1 jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.
17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.
18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.
19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion2, apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak3.
21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.
22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.
23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 20114 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.
24. Unjuran angka inflasi5 membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6%6.
25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.
b. Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.
f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan7.
27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.
28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.
29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.
30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.
32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:
a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;
b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;
c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;
e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;
f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;
h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;
i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan
j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.
BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA
35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.
36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.
37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.
39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.
40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.
41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.
42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).
43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;
b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;
c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;
d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;
e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;
f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;
g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan
h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.
BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI
44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.
45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.
46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.
47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.
48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:
a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;
b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;
c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan
d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.
BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.
50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.
51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.
52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;
b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan
c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT
53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.
54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.
55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.
56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba".
57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.
58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.
59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:
a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH 2.0;
d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;
e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
PENUTUP
60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.
61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.
62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.
63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.
SENGKANG – Lambakan najis burung di dalam kawasan Dewan Serba Guna Kampung Baru Sengkang, di sini menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk setempat yang sering menggunakan kemudahan dewan berkenaan.
Penduduk, Norhayati A Rahmat berkata, situasi itu tambah membimbangkan apabila mangsa banjir yang dipindahkan ke dewan itu sebagai penempatan sementara terpaksa tidur bersama lambakan najis burung.
"Apabila tiba musim hujan, burung-burung juga masuk ke dalam dewan untuk berteduh menyebabkan najis mereka bersepah di sekitar dewan ini.
"Keadaan ini menyebabkan dewan menjadi kotor dan kami mengalami masalah gatal-gatal sewaktu tidur di dewan ini pada musim banjir baru-baru ini," katanya.
Norhayati berkata, masalah berkenaan sering berulang walaupun pihak berwajib telah mengambil tindakan membaik pulih lubang bagi mengelakkan burung-burung berkenaan masuk ke dalam dewan.
"Kira-kira setahun lebih yang lalu, pihak berwajib telah jalankan kerja baik pulih dan masalah ini mula berkurangan.
"Namun tidak lama kemudian, burung mula kembali dan membuat lubang pada bahagian atas dewan menyebabkan ia dapat masuk semula ke dewan dan masalah sama berulang," katanya.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan membaik pulih yang lebih bersesuaian bagi memastikan masalah sama tidak berulang dan mengelakkan burung-burung berkenaan membuat kerosakan.
Sementara itu, Penghulu Mukim Sengkang, Johari Seman berkata, masalah berkenaan sudah diajukan kepada pihak berwajib dan tindakan segera akan diambil bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih.
"Masalah ini telah lama berlaku sehingga mengganggu keselesaan penduduk dan pihak yang berkenaan juga telah menjalankan tinjauan berhubung aduan yang dikemukakan," katanya.
Ada cara dan doa Rasulullah untuk berlindung daripada syaitan
DALAM Quran, jelas sekali Allah swt mendedahkan bahawa musuh manusia bukanlah manusia tetapi Iblis yang ingkar akan perintah-Nya untuk sujud kepada Adam.
Oleh kerana disingkirkan dari syurga, Iblis berjanji untuk membinasakan Adam dan anak cucunya hingga ke hari akhirat. Allah swt telah mengizinkannya.
Allah mengingatkan agar kita sentiasa berwaspada daripada pengaruh syaitan. Ia melihat dan hidup bersama kita tetapi kita tidak dapat melihatnya. Dia selalu mengacau sekalipun dalam solat. Ia menghiaskan kita dengan pelbagai maksiat.
Bagaimana kita dapat mengatasi, menolak segala rupa ancaman serta bisikannya yang mendorong kepada kesesatan?
Pertama, hendaklah kita menganggapnya sebagai musuh utama di dunia ini. Bahaya syaitan yang paling kita khuatiri ialah bahawa ia mengetahui kelemahan jiwa manusia.
Ulama telah memberikan pandangannya tentang dunia syaitan. Syaitan mempunyai zuriat sama seperti manusia sebagaimana yang difirmankan Allah yang bermaksud:
"Patutkah kamu mengambil ia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu?" -- Al-Kahf: 50.
Jika syaitan itu bukan daripada unsur malaikat tetapi serba sedikit ada menyerupainya. Tatkala Allah swt memerintah malaikat sujud kepada Nabi Adam
as, iblis terus menyampuk sambil berkata: "Patutkah aku tunduk dan sujud kepada makhluk yang dijadikan daripada tanah?'' Apabila iblis enggan melaksanakan
perintah Allah swt, maka ia terus disingkir daripada rahmat-Nya. Allah berfirman:
"Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya." -- Al-Kahf: 50
Iblis bukan sahaja menderhakai Allah swt malah bersumpah dengan kekuasaan Allah bahawa ia akan tetap menggoda segala makhluk Allah melainkan hamba-Nya yang ikhlas dan taat. Al-Quran menyebut:
"Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka (orang-orang yang telah diberi taufik untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah)." -- Shaad: 82,83.
Justeru itu, Allah swt selalu mengingatkan kita akan godaan syaitan. Setiap insan ada syaitannya yang sering menggoda, menyesat dan menghiaskan baginya pelbagai maksiat.
Dalam hal ini, para ulama telah mengemukakan beberapa dalil. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, yang berkata:
"Rasulullah saw telah keluar pada satu malam dari kamarku. Secara sepontan, aku berasa cemburu padanya. Apabila Rasulullah saw datang melihat keadaanku, maka Baginda pun bertanya:
Apa yang telah terjadi padamu ya Aisyah? Adakah kamu cemburu padaku? Aku menjawab: Adakah aku pernah cemburu seperti yang aku hadapi sekarang? Rasulullah saw berkata: Adakah syaitanmu telah menguasaimu? Aku menjawab: Wahai
Rasulullah! Adakah syaitan bersamaku juga? Jawab Rasulullah: Ya.
"Aku teruskan pertanyaanku. Adakah syaitan juga bersamamu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ya, Tetapi Tuhanku telah melindungiku hinggalah aku terselamat daripadanya."
Ada juga sepotong hadis yang maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu masuk lari ke dalam tubuh anak Adam melalui saluran darahnya."
Syaitan mempunyai pelbagai cara perangkap dan komplot. Syaitan sangat suka menyesatkan orang-orang yang jahil atau kurang ilmu.
Ia menghiaskan mereka dengan amalan telek-menelek dan kepercayaan karut sehingga dapat menyakinkan manusia dengan ilmu ghaib.
Ia juga memperdaya orang-orang jahil supaya memberi fatwa tanpa pegangan ilmu yang sahih dan juga menyebarkan perkara bidaah serta memesongkan manusia dengan ajaran-ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam.
Kita dapat mempertahankan hasutan dan tipu-daya syaitan dengan memohon perlindungan daripada Allah. Allah swt menyifatkan orang-orang yang bertakwa sahajalah yang dapat menentang ancaman syaitan daripada menembusi hatinya seperti firman-Nya:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa wasangka daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." -- Al-A'raaf: 201.
Tipu-daya syaitan itu lemah jika dinisbahkan dengan seorang Mukmin yang teguh imannya.
Apabila syaitan mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran, dirinya menjadi kecil seperti ukuran lalat dan apabila mendengar seruan azan pula, ia lari lintang-pukang dek ketakutan. Allah swt telah mengajar kita bagaimana kita dapat menolak syaitan sehingga ia mengundurkan dirinya. Allah berfirman:
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." --
Al-A'raaf: 200.
Rasulullah saw juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat al-Kursi sebelum tidur, seperti sabdanya yang bermaksud:
"Apabila salah seorang daripada kamu hendak tidur, maka bacalah ayat al-Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan Allah dan syaitan tidak akan mengganggunya sehinggalah waktu fajar."
Terdapat juga doa-doa menentang godaan syaitan iaitu seperti doa Rasulullah yang berbunyi: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaanNya, kejahatan hamba-Nya dan juga daripada bisikan-bisikan syaitan."
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan langkah cemerlang ke arah sistem timbang tara yang matang dan berkesan.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, persoalan gaji minimum di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 bukannya RM1,500 akan dijelaskan malam ini.
Penjelasan itu akan dibuat pada Forum Belanjawan kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012, di Quality Hotel, Shah Alam bermula jam 8.00 malam..
Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Anwar Ibrahim semalam juga meletakkan persoalan gaji yang diterima oleh rakyat.
Persoalan gaji yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada dibangkitkan agar ia lebih bermaruah dan bertepatan dengan keperuan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa.
Anwar menjelaskan rakyat bukannya menuntut keistimewaan mahupun kemewahan tetapi ia adalah merupakan satu konsep hak asasi menusia yang diterima pakai di seluruh dunia.
"Setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
"Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.
"Memenuhi kehendak rakyat gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, PR akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada dan gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan," jelasnya.
Anwar memberitahu pengenalan gaji minima ini dapat dimanafaatkan oleh tiga ratus ribu orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100 sebulan.
Dalam pada itu tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing.
"Selain gaji minima, PR juga akan melaksanakan pembayaran elaun pendidikan sebanyak lima ratus ringgit sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.
"Sebanyak RM5.9 bilion diperuntukan bagi melaksanakan penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan gaji minima dan juga janji Buku Jingga," katanya lagi.
Jelas Anwar lagi, PR akan menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh serta kedudukan awam dalam proses kerajaan.
Peruntukan tambahan RM1.3 bilion diberikan untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
"Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.
"PR juga akan melaksanakan skim 'Bina dan Jual' secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai," jelas beliau lagi.
Tambahnya, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintahan yang sedia ada bajet PR juga akan menganugerahkan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon.
"PR akan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi," tambahnya.
ABDUL Wahab terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah selepas cedera di kepala dan tertusuk bilah pemotong rumput di Kampung Tok Tambak, semalam.
Mangsa dipercayai tertekan suis ketika tukar bilah baru dibeli
ALOR SETAR: Seorang lelaki koma apabila bilah pisau mesin pemotong rumput yang sedang ditukarnya patah lalu melantun dan tertusuk di kepalanya, selepas dia dipercayai tersilap tertekan suis mesin berkenaan dalam kejadian di rumahnya di Kampung Tok Tambak, Tunjang, dekat sini, Ahad lalu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam ketika Mohd Abdul Wahab Mat, 37, dikatakan sedang menukar bilah pisau mesin pemotong rumput yang baru dibelinya sehari sebelum itu dengan pisau yang berbentuk cakera sebesar piring.
Mangsa dikatakan menukar bilah mata pisau berkenaan pada malam itu sebagai persediaannya untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.
Abang mangsa, Mohamad Nor, 49, berkata adiknya yang masih bujang dan mengambil upah kerja kampung, dipercayai tertekan suis mesin pemotong rumput berkenan menyebabkan pisaunya itu patah apabila terkena lantai simen.
Katanya, serpihan bilah pisau itu yang terpelanting kemudian tertusuk di bahagian atas dahinya.
Ketika kejadian hanya mangsa serta ibunya, Chik Ali, 65, dan bapanya, Mat Don, 71, berada di rumah dan mereka berdua terkejut apabila mangsa menjerit sebelum pengsan di ruang tamu rumah.
"Dia baru saja membeli mesin pemotong rumput berkenaan dan menukar bilah matanya sebagai persediaan untuk memotong rumput di sawah pada keesokannya.
"Dia mungkin tertekan suis mesin pemotong rumput itu menyebabkan pisau pemotong itu berputar dan patah apabila terkena lantai.
"Sebaik bapa dan ibu mendapati Abdul Wahab terbaring berlumuran darah, mereka terus mengambil kain serta menekap kepala adik yang luka kerana darah terlalu banyak keluar sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans dengan mata pisau itu masih melekat di kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Abdul Wahab yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dilaporkan kritikal dan tidak sedarkan diri. Doktor sudah menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan mata pisau yang tertusuk di kepalanya sehingga menembusi otak mangsa.
Katanya, doktor memaklumkan adiknya itu perlu menjalani pembedahan susulan kerana masih ada serpihan mata pisau itu terbenam dalam kepalanya.
NEW DELHI 5 Okt. - Pemimpin-pemimpin India dan Afghanistan bertemu semalam dan menandatangani perjanjian bagi menguatkan hubungan kedua-dua negara di sebalik keadaan tegang dengan Islamabad.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh bertemu di New Delhi bagi memeriksa proses ke arah keamanan di negara yang binasa akibat perang itu.
Lawatan tersebut berlaku selepas keadaan tegang berlaku antara Afghanistan dan Pakistan akibat pembunuhan bekas Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani bulan lalu dimana Karzai menuduh ia perbuatan pelampau Pakistan. - dpa
CULOZ (Perancis): Seorang bapa yang kurang siuman menyimbah keretanya dengan minyak petrol kemudian membakar kereta itu dengan dirinya dan tiga orang anak di dalamnya.
Dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun dan lelaki yang berusia 33 tahun itu, mati di sebuah stesen minyak di sebuah pasar raya di Culoz, tenggara Perancis.
Menurut polis, anak lelakinya yang berusia 11 tahun, berjaya keluar dari kereta yang terbakar tetapi mengalami kecederaan serius.
Isteri lelaki itu yang berusia 29 tahun pula dijumpai mati dicekik di rumah mereka, 60 batu dari tragedi yang berlaku pada jam 8.30 malam, semalam.
Menurut jurucakap polis, "Lelaki itu memberhentikan keretanya seperti mahu mengisi minyak tetapi dia mencurahkan minyak petrol di badan kereta, melompat masuk dan terus membakarnya."
"Hanya seorang daripada tiga anaknya dapat melepaskan diri tetapi yang lain mati di situ."
Kata jurucakap polis itu lagi, siasatan ke atas keadaan mental lelaki itu sedang dijalankan.
BAITULMUQADDIS - Polis Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga di utara negara ini selepas sebuah masjid dibakar di kampung Badwi.
"Sejumlah besar anggota polis kekal ditempatkan di kampung Tuba Zangaria," kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
"Pada malam kelmarin, terdapat satu siri tunjuk perasaan semasa batu-batu dilemparkan ke arah pasukan keselamatan," katanya,
Menurutnya, sebuah pusat kebudayaan dan klinik telah dibakar.
Tunjuk perasaan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah masjid dibakar di kampung itu yang dipercayai dilakukan oleh ekstremis berhaluan kanan Yahudi. - AFP
BEIJING 5 Okt. - Sekurang-kurangnya 13 orang pekerja lombong batu arang di barat daya China terbunuh selepas letupan berlaku di lombong tersebut, semalam, lapor media tempatan.
Agensi berita Xinhua melaporkan seramai lima orang lagi pekerja masih dilaporkan hilang dalam letupan yang berlaku di Lombong Batu Arang Anping di wilayah Guizhou.
Menurut laporan berita itu lagi, seramai 13 orang pelombong lagi berjaya menyelamatkan diri.
Soalan: Assalamualaikum..saya nak tanya, apakah hukum seorang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan dan bercumbuan pada pertama kali tanpa melakukan zina? Adakah dosa keterlanjuran ini sangat berat walaupun tidak berlaku zina? Apakah Allah akan mengampunkan dosanya sekiranya mereka ini telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan ini untuk kali kedua? Saya kurang jelas tentang hal ini..
Jawapan: Perbuatan tersebut sekalipun belum berzina tetapi ia telah membabitkan pelbagai dosa dan kesalahan yang ditegah Syariat, iaitu:
Ia menghampiri zina. Firman Allah (bermaksud); "Dan janganlah kamu menghampiri zina" (Surah al-Isra', ayat 32). Berkata Imam Ibnu Kathir; "Dengan ayat ini Allah menegah hamba-hambaNya dari zina, dari menghampirinya dan dari terlibat dengan segala sebab dan pendorong kepada zina" (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir).
Berdua-dua antara lelaki dan wanita bukan mahram. Sabda Nabi; "Tidak bersunyian (berdua-duaan) seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga antara mereka" (Sunan at-Tirmizi).
Menyentuh bukan mahram. Sabda Nabi; "Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya" (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi. Berkata al-Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. Berkata al-Munziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal-Qadier, hadis no. 7216). Jika menyentuh sudah begitu hebat ancamannya, bagaimana dengan saling bersentuhan dan bercumbuan.
Membuka aurat kepada bukan mahram. Firman Allah (bermaksud); "Dan janganlah mereka (perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak lelaki mereka…" (Surah an-Nur, ayat 31). Di dalam hadis, Rasulullah bersabda kepada orang lelaki; "Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau hamba perempuan yang kamu miliki" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, an-Nasai dan at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami' as-Saghier, hadis no. 264)
Tidak menjaga pandangan mata. Firman Allah; "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka…. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka" (Surah an-Nur, ayat 30-31).
Melepaskan nafsu seks mengikut jalan yang haram. Di dalam al-Quran Allah menyebutkan di antara sifat orang beriman ialah; "Mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela.
Maka sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian itu, maka mereka adalah orang-orang yang melampaui batas" (Surah al-Mukminun, ayat 5-7). Perhatikan Allah menegaskan "sesiapa mengingini selain dari yang demikian itu" (yakni mencari jalan untuk melepaskan nafsu selain kepada isteri dan hamba sahaya) mereka adalah orang yang melampau batas.
Dengan ayat ini Imam as-Syafiie menegaskan; Haram mengeluarkan mani dengan tangan (yakni melakukan onani) kerana ia termasuk melepaskan nafsu bukan kepada isteri atau hamba sahaya (Lihat; Tafsir Ibnu Kathir). Jika melepaskan nafsu secara sendirian sudah dianggap haram, apatahlagi jika membabitkan pasangan yang bukan mahram, maka lebih-lebih lagilah haram.
Orang yang melakukan perbuatan sedemikian wajiblah ia segera bertaubat kepada Allah. Pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah dengan syarat ia benar-benar bertaubat nasuha iaitu dengan melaksanakan rukun-rukun taubat berikut;
Meninggalkan maksiat tersebut sepenuhnya.
Menyesali ketelanjuran lalu dengan sesungguh hati.
Bertekad tidak akan mengulangi lagi.
Sebagai bukti kejujuran taubatnya, ia hendaklah mengubah hidupnya dari suasana maksiat kepada suasana taat (menjaga ibadah terutamanya solat, menjauhi pergaulan luar batasan antara lelaki dan wanita, bergaul dengan orang-orang soleh, mendampingi masjid dan majlis ilmu, menanamkan rasa takut kepada Allah dan balasan di akhirat).
Hanya dengan berada dalam suasana ketaatan sahaja kita dapat memelihara diri dari terjerumus ke dalam maksiat. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda; "Seseorang manusia itu berada di atas agama teman rapatnya. Maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman" (HR Imam at-Tirmizi dan Abu Daud dari Abu Hurairah. Menurut as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami' as-Saghier, hadis no. 4516)
Lima sektor pekerjaan kini dibenarkan mengambil seramai 1.3 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) yang berdaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) bagi mengisi kekosongan dalam sektor berkenaan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, lima sektor berkenaan yang dibenarkan dalam dasar semasa kerajaan ialah perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.
"Saya yakin 1.3 juta PATI ini yang tidak mempunyai majikan sebelum ini dapat disalurkan kepada lima sektor ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama Pengarah Imigresen Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, beliau dimaklumkan keperluan tenaga pekerja asing dalam lima sektor tersebut kini melebihi 1.3 juta pekerja.
Menurutnya 1.3 juta PATI itu adalah sebahagian dari jumlah keseluruhan 2.3 juta pendatang asing yang berdaftar dalam Program 6P lalu.
Hishammuddin berkata tindakan susulan untuk menawarkan dan membahagikan pekerjaan kepada mereka terletak di bawah tanggungjawab kementerian yang relevan dengan lima sektor berkenaan.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata "post-mortem" fasa kedua Program 6P iaitu pemutihan akan dibuat hari ini dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Muhyiddin Yassin serta dianggotai oleh 14 kementerian dan agensi.
Antara perkata penting yang akan dibincangkan sama ada proses pemutihan itu akan mengguna pakai Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa atau dasar khas khusus untuk proses pemutihan, katanya.
Hishammuddin juga berkata pihak berkuasa akan memberi perlindungan keselamatan sepanjang masa kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, AKM Atiqur Rahman berikutan ugutan yang diterimanya dari pihak tertentu.
Ugutan itu dipercayai berikutan keputusan Pesuruhjaya Tinggi itu tidak membenarkan ejen untuk mendaftar warga Bangladesh di bawah program 6P.
"Dengan adanya Pesuruhjaya Bangladesh bekerjasama rapat dengan kita, kita dapat mendaftarkan seramai 400,000 warga Bangladesh sama ada yang masuk secara sah atau tidak dalam negara ini," katanya.
Terdahulu, dalam perjumpaan itu, Hishammuddin meminta Jabatan Imigresen mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi berkaitan bagi mengesan dan menahan PATI dan majikan yang gagal berdaftar melalui Program 6P tersebut.
KOTA BHARU, 5 Okt: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan program Himpunan Kesyukuran pada Khamis, 6 Oktober (esok) sebagai menterjemahkan rasa syukur di atas penerimaan rakyat negeri itu terhadap perlaksanaan Kanun Syariah Jenayah ll (Hudud).
Pengerusi Jawatankuasa Induk program, Datuk Ahmad Yaacob, ketika ditemui memberitahu, program berkenaan juga dianjurkan untuk melahirkan rasa syukur memandangkan rakyat di negeri ini sudah memahami berhubung perkara itu.
Jelasnya, sempena program berkenaan, diadakan wacana berhubung hudud bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim yang bakal disertai oleh kakitangan awam di negeri itu.
"Tiga ahli penal kita undang khas untuk menjayakan hasrat ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Daud Muhammad, pensyarah, Aziz Bhari dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud," ujarnya.
Pada masa yang sama, menurutnya jamuan rakyat khusus untuk seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa agama serta fahaman politik juga diadakan pada hari yang sama bermula pukul 5.00 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberitahu, pada sebelah malam pula diadakan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Anggota Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat.
"Tiga penceramah yang tidak asing lagi diundang khas, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada majlis berkenaan.
API dan asap hitam menjulang tinggi di Loji Kimia Magnablend Inc. yang terbakar di Waxahachie, Texas, kelmarin.
DALLAS - Satu kejadian kebakaran besar di sebuah loji kimia di selatan Dallas menyebabkan asap tebal kelihatan sehingga memaksa ratusan penduduk di bandar Waxahachie dipindahkan kelmarin, kata beberapa pegawai bomba.
Kebakaran di Loji Kimia Magnablend Inc. itu berlaku kira-kira pada pukul 11 pagi dan merebak dengan cepat.
Ketua Bomba Waxahachie, David Hudgins memberitahu wartawan kelmarin, 80 peratus daripada kebakaran itu berjaya dikawal.
Asap daripada kebakaran itu boleh dilihat dari jarak jauh tetapi tiada seorang pun yang mengalami kecederaan.
Sebahagian daripada mereka yang dipindahkan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang kelmarin, jelas seorang jurucakap bandar Waxahachie, Amy Hollywood.
Loji tersebut menghasilkan pelbagai bahan kimia yang digunakan dalam pertanian, pengeluaran minyak, pembersihan perdagangan dan perindustrian serta rawatan air. - Reuters
KEPALA BATAS, 5 Okt: Dewan Pemuda PAS Kepala Batas mencabar Umno menampilkan sijil dan nombor keahlian 36 orang yang didakwa pemuda PAS menyertai Umno di Kampung Bakau Tua,Penaga dua harilepas.Sekiranya gagal bermakna semua itu bohong sebaliknya sengaja mencipta drama untuk mengabui mata rakyat. Ketuanya,Mohd Hafiz Kasim dalam kenyataanya menjelaskan, setakat siasatan oleh Dewan Pemuda PAS [...]
“Belanjawan yang adil dan saksama untuk semua“ KUALA LUMPUR, 4 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perbentangan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat menjelaskan selaras dengan tema ‘Kesejahteraan Untuk Semua’, Pakatan Rakyat (PR) sentiasa memandang tinggi dengan apa yang telah disumbangkan oleh golongan warga emas sejak sekian lama. Beliau mengatakan PR akan melaksanakan bantuan-bantuan untuk [...]
“Walaupun media arus perdana milik UMNO, tak semestinya blh buat statement sesuka hati. Media terus menerus diperkudakan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Tidak hairanlah Utusan Malaysia selalu mengeluarkan berita tahap budak sekolah rendah kerana Menteri depa pun pemikiran tahap macam tu jugak” KUALA LUMPUR, 4 Okt:Datuk Seri Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan [...]
IPOH – Amalan berpuak-puak dan budaya cantas mencantas dalam parti tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 negeri berkata, semua ahli dalam PR tidak kira sama ada sesama Pas, PKR mahupun DAP, masing-masing sepakat dalam apa juga keputusan.
Menurutnya, jika berlaku sebarang percanggahan pendapat atau perkara berbangkit, semua boleh duduk semeja untuk berbincang bagi mencari jalan penyelesaian.
"Amalan berpuak-puak dan budaya cantas mencatas ini sebenarnya hanya berlaku dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno sahaja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjangkakan peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 agak tipis.
Kata Mahathir, amalan suka berpuak-puak dan budaya cantas mencantas dalam parti itu kini berada pada tahap kritikal.
Menurut Nizar, berbeza dalam PR apabila semua parti bekerja keras untuk memenangkan calon yang bertanding dan bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri.
"Malah semasa PRU ke-12 dahulu, fenomena negatif seumpama ini tidak pernah berlaku dalam PR kerana setiap calon yang dibawa adalah mereka yang benar-benar boleh bekerja untuk rakyat.
"Kita tidak terlibat dengan gejala negatif seperti ini, tetapi kita hanya akan pastikan setiap calon mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin kepada rakyat," katanya.
Lebih daif daripada setinggan Sinar Harian 5 Okt 2011
TAMAN D'PINGGIRAN KOTA – Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi idaman semua orang, namun bagi kira-kira 80 pemilik dan penghuni rumah di Taman D'Pinggiran Kota, Lukut, rumah yang dibeli puluhan ribu ringgit disifatkan lebih daif daripada rumah setinggan.
Ini kerana rumah yang mereka diami ini tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) menyebabkan perumahan mereka tiada kemudahan awam seperti surau, balai raya, talian telefon tetap, padang permainan dan penyelenggaraan berkala oleh pihak berkuasa tempatan. Malah lebih membebankan apabila bekalan air ke rumah mereka juga ditamatkan sejak Sabtu lalu.
Tinjauan Sinar Harian di kawasan rumah flat itu mendapati ia dipenuhi dengan semak samun dan tidak terurus.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman D'Pinggiran Kota, Adyanto Tauhid berkata, penduduk di sini sudah terlalu banyak bersabar dengan pelbagai kesukaran sejak tinggal di sini.
Menurutnya, dari dahulu lagi, pemaju sering memberi janji demi janji bermula dengan CF, kemudian berkenaan pusat pelupusan sampah yang katanya akan ditutup sebaik sahaja penyerahan kunci rumah dilakukan.
"Begitu juga dengan kemudahan air, pihak pemaju memberitahu mereka sedang berurusan dengan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bagi memastikan air disalurkan ke rumah setiap penghuni dengan menggunakan meter individu berbanding sekarang hanya guna meter pukal.
"Akibatnya sejak Sabtu lalu, Sains memotong bekalan air berikutan pemaju mempunyai jumlah tunggakan mencecah RM82411.40," katanya kepada Sinar Harian.
Adyanto berkata, pihaknya sudah banyak kali memohon pemaju agar setiap rumah dipasang meter individu, malah deposit pemasangan meter juga dibayar agar penduduk boleh membayar bil masing-masing.
"Namun pemaju hanya memberikan alasan dan akhirnya perkara yang kami khuatir memang terjadi iaitu pemaju tidak membayar bil air dan bekalan dipotong oleh Sains.
"Pihak Sains pula dalam rundingan mereka memberitahu bekalan hanya akan disambung semula jika tunggakan tersebut dibayar," katanya.
Beliau berkata, masalah ketiadaan air menggusarkan penduduk di sini ditambah pemaju yang bertanggungjawab ke atas perumahan berkenaan diisytiharkan muflis pada pertengahan tahun lalu.
"Memandangkan rumah ini tidak mempunyai kelulusan CF banyak masalah lain yang timbul selain keperluan kemudahan asas.
"Sistem pembetungan di kawasan ini juga tidak mendapat penyelenggaraan. Pada akhir Julai lalu, pam sistem pembetungan rosak dan mengakibatkan limpahan najis. Pelbagai pihak dirujuk untuk membaiki kerosakan itu, namun mengecewakan dan akhirnya mendapat bantuan ihsan daripada pihak bertanggungjawab," katanya.
Katanya, pihaknya juga sudah melakukan pelbagai cara termasuk membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna dalam memperjuangkan hak penduduk di sini, namun sehingga kini tiada jawapan positif diterima.
Sementara itu, seorang penduduk, Azman Abd Rahim, 38, berkata, mereka boleh bersabar dalam menghadapi pelbagai masalah di kawasan rumah ini sejak mendiaminya namun, bekalan air yang dipotong Sabtu lalu benar-benar menguji kesabaran.
"Jika masalah longkang tersumbat dan rumput panjang kami boleh melakukan gotong-royong membersihkannya, tetapi masalah bekalan air mengakibatkan kami rasa kesal.
"Penduduk, di sini semuanya berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, diharap pihak bertanggungjawab dan Kerajaan Negeri dapat membantu dalam menyelesaikan masalah ini," katanya.
Katanya, penduduk, di sini berasa sedih dan terkilan dengan sikap pemaju yang seakan lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka menyediakan kemudahan tersebut kepada penduduk.
"Setiap kali kami adukan masalah ini, mereka hanya memberi janji dan janji tersebut hanya tinggal janji sehingga kini.
"Kami penduduk D'Pinggiran Kota memang terasa dipinggirkan," katanya.
Sinar Harian turut difahamkan ada sesetengah penduduk yang tidak bertanggungjawab membela anjing dengan mengurungnya di salah sebuah rumah kosong di flat tersebut.
Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah, khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).
Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan Melayu Se Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober 1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato' Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.
5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?
6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.
7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.
BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: "Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu."
12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.
13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.
17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.
18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.
19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak .
21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.
22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.
23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.
24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% .
25. Makanya, tema "Kesejahteraan Untuk Semua" adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.
b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.
f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan .
27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.
28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.
29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.
30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.
32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:
a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;
b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;
c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;
e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;
f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;
h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;
i. Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan
j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.
BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA
35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.
36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.
37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.
39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.
40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.
41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.
42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).
43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;
b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;
c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;
d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;
e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;
f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;
g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan
h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.
BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI
44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.
45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.
46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.
47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.
48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:
a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;
b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;
c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan
d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.
BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.
50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.
51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.
52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;
b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan
c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT
53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.
54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.
55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.
56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan "salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba".
57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.
58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.
59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:
a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;
d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;
e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
PENUTUP
60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.
61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.
62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.
63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan