Khamis, 29 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 29 Sep 2011 04:10 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


TG NIK AZIZ - UMNO YG MASIH HALANG HUKUM HUDUD

Posted: 29 Sep 2011 01:42 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Sep 2011 11:26 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


365 orang lagi Peneroka-Peneroka Felda Jengka Saman Felda

Posted: 28 Sep 2011 03:26 AM PDT

Seramai 365 orang lagi peneroka-peneroka Felda sekitar Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 29hb September 2011, dan kesemua mereka akan diwakili oleh Peguam YB Sivarasa Rasiah yang akan dibantu oleh Latheefah Koya dan T.Kumar.

Pdemfailan akan disempurnakan jam 11.00 pagi dan Sidang Media akan disempurnakan pada jam 11.30 pagi.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Sep 2011 01:33 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Sep 2011 01:33 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 28 Sep 2011 01:33 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 28 Sep 2011 07:30 PM PDT

Anwar Ibrahim


Hudud: Pakatan Sepakat Akui Enakmen Syariah Kelantan, Terengganu

Posted: 28 Sep 2011 06:13 PM PDT

Harakah

DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

“Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

“Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

“Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga,” katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

“Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat,” kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

——

Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pekerja MAS Tidak Maafkan Mahathir

Posted: 28 Sep 2011 06:07 PM PDT

Malaysia Chronicle

Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).

Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.

“MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.

“Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.

“Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS," katanya.

Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.

Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun.

Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.

“Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.

“Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?" soalnya.

Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.

Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.

“Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung,” ujarnya lagi.

Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.

“Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.

Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).

"Kita tidak mahu ini terjadi.

“MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka,” sambung beliau lagi.

Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Mengapa Najib, Rosmah Mesti Jadi Saksi

Posted: 28 Sep 2011 07:56 AM PDT

Malaysiakini

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE"Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya," katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Perkara 149 Di Sebalik Pemansuhan ISA

Posted: 28 Sep 2011 07:48 AM PDT

Merdeka Review

Mungkin tepukan diberikan terlalu cepat, apabila Najib Razak mengumumkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu kenyataan “berani” yang disifatkan sebagai “the most revolutionary statement daripada seorang Perdana Menteri”.  Pakar perlembagaan, mahupun peguam lebih berwaspada terhadap pengumuman ini, mengingatkan dua undang-undang baru “di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan” akan digubal sebagai pengganti kepada ISA.

Perkara 149 dalam Perlembagaan Persekutuan membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang bertentangan dengan artikel-artikel di mana hak asasi seseorang warganegara dijamin, pada Bahagian Kedua dalam perlembagaan.  “Artikel 5, Artikel 9, Artikel 10 memberi anda hak asasi, tetapi Perkara 149 boleh menghapuskannya sekaligus,” kata Sivarasa Rasiah, ahli parlimen Subang.

Malah, Perkara 149 yang menghalalkan kewujudan ISA, dakwa Sivarasa Rasiah yang juga seorang peguam.  Perkara 149 bersama Perkara 150 adalah antara dua perkara yang paling dipertikaikan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk sekian lama, malah disifatkan “lebih teruk” keadaannya selepas merdeka, berbanding dengan zaman penjajahan British.

Demikianlah “peringatan” daripada pakar perlembagaan dalam Forum Politik Malaysia Pasca ISA, anjuran Institut Kajian Dasar di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam.  Kira-kira 100 orang hadir dalam forum yang dipengerusikan Amin Ahmad, dengan ahli panelnya Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan), Wong Chin Huat (pengkaji politik), dan Sivarasa Rasiah (ahli parlimen Subang).  Timbalan Presiden PKR, juga ahli parlimen Gombak merangkap ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali tampil sebagai penggulung forum.

Perkara 149 dan 150

Abdul Aziz Bari bermula dengan menegaskan bahawa ISA adalah bertentangan dengan rule of law, sebelum melanjutkan pembentangannya bagaimana Perkara 149 membenarkan parlimen untuk menggubal undang-undang yang mencabul hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian Kedua Perlembagaan Persekutuan; dan Perkara 150 yang membenarkan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat.

Darurat mungkin hanya bermakna sesuatu keadaan yang luar biasa, dari erti katanya; namun dari sisi undang-undang, ia bermaksud eksekutif boleh membuat undang-undang tanpa pergi ke parlimen, jelas Abdul Aziz Bari. (gambar kiri)  Lebih-lebih lagi, pindaan selepas itu membolehkan darurat diisytiharkan sebelum “sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan…”.

Lantaran daripada itu, kerajaan diberi kuasa untuk mengisytiharkan darurat, sebelum atau sedang darurat itu berlaku, tanpa keputusan ini boleh dibawa untuk dikaji mahkamah.  Malah, selagi darurat “hidup”, maka undang-undang digubal di bawah Darurat akan hidup, suatu keadaan yang sungguh “bahaya”, kata Abul Aziz Bari.

Pandangan ini dikongsi bersama Sivarasa Rasiah, yang juga tidak “positif” terhadap pengumuman Najib.  Sivarasa memetik ayat dalam teks ucapan Najib Razak pada malam sebelum Hari Malaysia, berbunyi “dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan… untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.”

Beliau menjelaskan, Artikel 5 dalam Bahagian Dua Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk dihadap ke mahkamah selepas ditangkap atas tuduhan tertentu, dinafikan begitu sahaja dengan Perkara 149.  “ISA tidak sah jikalau Perkara 149 tidak wujud,” tekannya.

Tiada lagi tahanan politik?

Apa yang membimbangkan Sivarasa adalah, Najib menyebut bahawa dua undang-undang baru di bawah semangat Perkara 149 akan digubal, maka kemungkinan undang-undang baru itu turut mencabul hak asasi manusia.  Sivarasa tidak termakan dengan jaminan bahawa “mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik”, mengambil contoh bagaimana beberapa orang reformis termasuk Tian Chua, Saari Sungip, Hishamuddin Rais dan lain-lain ditahan ISA pada April 2001, atas alasan “menyimpan bom petrol” – yang gagal dibuktikan sehingga hari ini.

“Pasca ISA, mengikut perkataan Najib sendiri, adalah undang-undang yang lebih kurang sama,” simpul ringkas Sivarasa (gambar kanan).

Malah, Sivarasa Rasiah turut meragui azam politik Najib untuk melaksanakan kata-katanya, dengan mengambil kira reaksi anggota kabinet dan Ketua Polis selepas pengumuman Najib yang dianggap “bijak” dari segi politik itu.  Sivarasa memetik teks asal Najib, “…suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.”

Perkataan “terus” memberi gambaran bahawa cadangan ini akan diusulkan dalam sidang parlimen akan datang, iaitu Oktober 2011, namun dua hari selepas itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz mengumumkan bahawa ia akan dibentangkan tahun depan, bukan tahun ini, begitu juga dengan Ketua Polis Negara, kata Sivarasa.

“Perdana Menteri kata ‘terus’, tetapi Menteri di bawahnya, Ketua Polis di bawahnya, menangguhkan…” kata Sivarasa Rasiah.  Abdul Aziz Bari turut berkongsi pengamatan yang sama, melihat kepada reaksi “lambat” Timbalan Perdana Menteri untuk menyokong pengumuman Najib, dan beberapa reaksi daripada pemimpin PERKASA.

Baca: Perlaksanaan penghapusan ISA: PR sedia duduk semeja PM, Azmin

Ahli-ahli panel yang bijaksana, saudara-saudari sekalian yang dihormati.

Saya merasa gembira kerana dapat melibatkan diri dalam wacana yang penting ini dalam usaha kita untuk membina Malaysia yang baru berpaksikan nilai-nilai demokrasi dan kebebasan.

Tahniah kepada saudara Khalid Jaafar dan IKD yang telah memulakan inisiatif ini untuk push the boundary of the discussion.  Saya yakin wacana yang berterusan akan mewujudkan kesedaran awam bahawa ISA dan undang-undang draconian yang lain seperti Akta Hasutan 1948, Akta Penerbitan dan Percetakan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja tidak relevan tetapi adalah ejen pembunuh demokrasi dalam negara.

Tema wacana ini amat menarik tetapi situasi hari ini belum lagi menepati tema berkenaan.  Walaupun, Perdana Menteri Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan ISA, namun rakyat hari ini mencabar kredibiliti beliau dan pentadbiran BN di Putrajaya; apakah ada political will untuk melaksanakan reformasi politik atau hanya sekadar istilah muluk-muluk sebagai halwa telinga tanpa pengisian dalam konteks perlaksanaan.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

Pengumuman Perdana Menteri menjelang sambutan Hari Malaysia disusuli dengan suatu gerakan propaganda melampau untuk mewujudkan euphoria supaya rakyat berterima kasih kepada Najib dan UMNO.  Namun kita harus sedar bahawa kebebasan adalah milik mutlak rakyat yang merdeka dan bukan pemberian oleh pemerintah.

Kita tidak berterima kasih kepada Inggeris kerana memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.  Walaupun hari ini ada teori baru yang mendakwa Malaysia tidak pernah dijajah.  Apakah penjajah Inggeris akan memberikan kemerdekaan jikalau rakyat tidak menuntutnya, memperjuangkannya hatta dengan mengangkat senjata?

Rakyat India tidak berterima kasih apa lagi memberikan tahniah kepada Lord Mounbatten.  Wira kemerdekaan mereka seperti Gandhi, Jawarharlal Nehru, Maulana Abdul Kalam Azad, telah mencetuskan kesedaran dan menggembleng kekuatan rakyat untuk menentang dan membebaskan India daripada penjajahan British.

Dalam sejarah perjuangan rakyat Malaysia, atas prinsip yang sama, kita tidak berterima kasih kepada British kerana menurunkan Union Jack pada 31 Ogos 1957.  Terima kasih dan rasa hormat kita adalah kepada pejuang-pejuang kemerdekaan.

Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah perjuangan rakyat pelbagai kaum dari pelbagai faham politik, cara perundingan termasuk kaedah radikal.  Semua pihak ini mempunyai peranan masing-masing dan sumbangan mereka tidak boleh dipadamkan dari sejarah.  Kita juga harus mengiktiraf tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Bashir – Gunung Semanggol, Tun Tan Cheng Lock, V.T Sambanthan termasuk juga Mat Indera.

Kemerdekaan tidak selesai dengan hanya diturunkan Union Jack dan berkibarnya jalur gemilang.  Kemerdekaan harus dimaknai dengan pengisian yang menjamin sebuah Negara yang demokratik, bebas dan berkeadilan.  Kita merdeka pada 31 Ogos 1957 tetapi Undang-Undang Darurat yang dilaksanakan oleh penjajah British masih diwarisi Perikatan dan kemudiannya UMNO dan Barisan Nasional.  Undang-Undang Darurat ini telah melahirkan beberapa undang-undang yang menyekat kebebasan atas nama keselamatan Negara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang membenarkan tahanan tanpa bicara.  Ketika Tun Razak membentangkan pindaan perlembagaan pada 20 April 1960, beliau menegaskan, “Mana-mana negara yang diancam oleh komunis harus mengekalkan satu-satunya cara untuk menghadapi ancaman tersebut, iaitu dengan menahan komunis dan agen-agen mereka, maka ia boleh menghalang daripada berlangsungnya perancangan yang memudaratkan”.

Malangnya, rekod membuktikan bahawa hampir keseluruhan tahanan ISA adalah di kalangan pimpinan politik yang mempunyai pendirian berbeza dengan pimpinan UMNO.  Istilah seperti “komunis”, “anasir anti-nasional” atau “subversif” sentiasa dijadikan alasan untuk membatasi kebebasan politik rakyat.

Ketika Anwar Ibrahim ditahan pada tahun 1974, antara alasan yang digunakan ialah beliau merupakan agen komunis.  Namun beberapa tahun kemudian beliau diangkat pula sebagai anggota kabinet kerajaan.

Rejim UMNO dan Barisan Nasional tuntas menggunakan undang-undang ini untuk membungkam saingan politik seperti Dr. Burhanudin al-Helmy, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Syed Husin Ali.  Apabila berlaku konflik dan perebutan kuasa dalam UMNO, ISA juga digunakan.  Abdul Aziz Ishak, Menteri Pertanian pertama dan musuh ketat Tunku Abdul Rahman turut ditahan di bawah ISA.  Hal yang sama juga berlaku ke atas beberapa orang Timbalan Menteri seperti Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid.  Wartawan veteran, Allahyarham A. Samad Ismail juga adalah antara mangsa-mangsa ISA.

Justeru perjuangan untuk mencapai kebebasan rakyat berterusan selepas merdeka dan generasi hari ini harus mengiktiraf dan menghargai mereka yang berdekad-dekad memperjuangkan kebebasan.  Kebebasan adalah hak rakyat sebagai seorang warganegara yang merdeka dan hak ini tidak boleh dirampas dan diperdagangkan oleh pemerintah.  Oleh kerana itu, kita harus berpegang kepada amalan demokrasi yang menjamin bahawa setiap hak rakyat harus dihormati dan dipertahankan.

Hal ini adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Reinhold Niebuhr bahawa : “Man’s capacity for justice makes democracy possible; but man’s inclination to injustice makes democracy necessary”. (Kemampuan manusia untuk berlaku adil menjadikan demokrasi itu satu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia kepada kejahatan menjadikan demokrasi itu satu kewajiban).  Hanya demokrasi yang akan menjamin keadilan dan kebebasan terhadap rakyat sesebuah negara.

Rakyat Malaysia yang memahami dan menghayati nilai-nilai demokrasi yang tulen pasti akan meragui kenyataan Perdana Menteri yang mencadangkan bahawa perlu ada dua undang-undang baru di bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.  Dakwaan Najib, dalam sesebuah demokrasi moden perlu ada perseimbangan serta perimbangan antara keutamaan keselamatan nasional atau kebebasan individu.

Saya berpendapat, demokrasi itu tidak membawa makna sekiranya kebebasan dan hak seseorang rakyat itu dirampas dan dinafikan, meskipun atas nama keselamatan nasional.  Keselamatan nasional amat penting.  Keselamatan nasional dalam pengertian yang sebenar termasuklah melindungi hak dan kebebasan individu sesebuah negara.  Apa makna keselamatan nasional sekiranya pejuang-pejuang kebebasan dan keadilan, samada ahli politik atau tokoh-tokoh NGO, tidak selamat dari rejim pemerintah?

Bagi UMNO-BN, kebebasan dan keselamatan adalah dua matlamat yang bertentangan.  Itu adalah fahaman kuno yang telah disanggah kuat oleh Amartya Sen dalam bukunya Development as Freedom.  Pakatan Rakyat berpendirian, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun dan bergerak tidak bertentangan dengan keselamatan nasional.  Jika kita punya pasukan keselamatan yang profesional, terlatih, cekap, dan tidak menjadi instrumen kepada parti politik, saya yakin mereka bukan sahaja mampu menjamin keselamatan nasional tetapi mereka juga akan menjadi pelindung kepada hak dan kebebasan rakyat.

Antara asas mengapa kita menentang penggunaan ISA adalah kerana ia membenarkan tahanan tanpa bicara.  Penahanan tanpa bicara sama sekali bertentangan dengan prinsip rule of law.  Konsep asas perundangan menyatakan bahawa “a person is presumed innocent unless proven guilty” (Seseorang itu tidak dianggap bersalah selain telah dibuktikan bersalah).  Kerana itu, adalah zalim sekiranya kita membiarkan seseorang terus ditahan tanpa dibuktikan kesalahannya.

Kewibawaan Najib terjejas ekoran kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebut bahawa tahanan tanpa bicara tetap akan diteruskan.  Justeru tidak hairanlah

rakyat tidak yakin bahawa reformasi politik ini akan terlaksana.  Tahanan tanpa bicara ini sudah tentunya bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Pemasyhuran Kemerdekaan.  Kedua-dua dokumen ini boleh menjadi “basic structure” demi menjamin hak asasi rakyat Malaysia.  Ini adalah sejajar dengan prinsip Maqasid Syariah atau matlamat Tinggi Syariah.  Inti kepada Maqasid Syariah adalah untuk menjamin karamah insaniah atau kemulian darjat insan yang berteraskan hak dan kebebasannya.  Makanya manusia itu mulia dan punya darjat.  Oleh itu, dia tidak boleh dihumban ke dalam penjara tanpa di bicarakan.

Ulamak muktabar merumuskan lima asas Maqasid Syariah, iaitu mempertahankan agama, nyawa, akal, keturunan dan maruah, juga harta benda.  Kita ambil maruah sebagai contoh.

Sejak tahun 1998, dan tiga pilihan raya umumyang lalu, rejim UMNO-BN berterusan memfitnah dan merobek maruah Anwar Ibrahim.  Tidak ada pemimpin dalam sejarah Malaysia, dan dalam sejarah dunia moden yang maruahnya diaibkan sebegitu rupa.  Maka Najib jangan bercakap tentang Maqasid Syariah selagi fitnah terhadap Anwar Ibrahim terus dilancarkan oleh media di bawah kawalan beliau.  Jangan jadikan Maqasid Syariah sebagai tempelan untuk mengaburi mata rakyat dari realiti kebejatan yang ada.

Malaysia dan rakyatnya tidak memerlukan retorika politik yang sebegitu rupa.  Kita perlukan substantive reform, reformasi bermakna.  Reformasi bermakna bermula dari kesedaran dan kefahaman.  Pakatan Rakyat dengan kerjasama NGO dengan tuntas melaksanakan kempen untuk memberikan pendidikan dan pencerahan kepada rakyat tentang makna kebebasan, demokrasi dan hak asasi ini.

Jelas sekali, pimpinan UMNO dan BN memerlukan pendidikan dan kefahaman tentang falsafah dan nilai-nilai murni yang mendasari demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

Najib perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah Jerman dan apa yang dilakukan oleh Konrad Adenauer, Canselor Jerman pasca Perang Dunia Kedua.  Apabila Hitler berkuasa beliau menghakis segala nilai-nilai yang mendasari demokrasi dan merobohkan institusi-institusi demokrasi.  Masyarakat Jerman di bawah pemerintahan Nazi melakukan pelbagai kezaliman dan pemerkosaan hak asasi manusia.  Nilai-nilai kebebasan dan hak asasi manusia yang mendasari demokrasi dan rule of law terpadam dari ingatan rakyat Jerman.  Apabila Jerman tewas dalam Perang Dunia Kedua dan Konrad Adenauer ingin membangun semula Jerman sebagai sebuah negara demokrasi, beliau melancarkan program besar-besaran untuk mendidik rakyat Jerman tentang nilai-nilai demokrasi, rule of law dan hak asasi manusia.  Dan Konrad Adenauer menggunakan parti-parti politik sebagai ejen utama untuk melaksanakan program tersebut melalui penubuhan pelbagai yayasan parti politik.

Najib tidak boleh mendabik dada kononnya ini adalah politik pasca-ISA.  Pemerintah harus faham bahawa hak dan kebebasan asasi manusia yang dikurniakan oleh tuhan dan bukan milik pemerintah.

Rakyat sendiri tahu kebebasan itu perlu hadir dengan tanggungjawab.  Justeru, apabila kita mengambil inisiatif untuk memperkasa masyarakat tentang asas-asas hak asasi, kebebasan dan juga keadilan, kita juga perlu menegaskan keperluan tanggungjawab.  Hal ini turut dijelaskan oleh Eleanor Roosevelt yang menyatakan bahawa: “Freedom makes a huge requirement of every human being.  With freedom comes responsibility“.  Saya nukilkan pandangan Eleanor Roosevelt kerana beliau adalah tokoh yang mempengerusi dan memimpin jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang yang menggubal dan meluluskan Universal Declarations of Human Rights.

Dalam soal hak asasi manusia, saya berpendapat bahawa kita harus mempunyai suatu konsensus jelas terhadap nilai-nilai yang bersifat sejagat ini.  Kita perlu tegas dan jangan sekali-kali berkompromi dalam hal yang menindas dan mencabuli hak masyarakat.  Perkara ini adalah di luar batas kaum, agama, mahupun sempadan Negara.  Kerana itu, kerajaan juga harus mengkaji dan melakukan penilaian semula kepada beberapa deklarasi antarabangsa yang sehingga kini masih belum ditandatangani oleh Negara kita.

Saya ingin mengimbau kegetiran hidup yang dilalui oleh Nelson Mandela.  Beliau dipenjarakan selama 26 tahun di bawah undang-undang Apartheid.  Tetapi demi untuk menghapuskan Apartheid, beliau sanggup duduk semeja dan berunding dengan musuh ketatnya Frederik Wilhem de Clerk, ketua kepada rejim yang memenjarakan beliau.  Mengambil inspirasi tersebut, Pakatan Rakyat bersedia berbincang dengan Perdana Menteri untuk merangka secara teratur dan bertanggungjawab kaedah dan perlaksanaan penghapusan ISA dan segala undang-undang draconian di Malaysia.

Kita bersedia melakukan constructive engagement dengan Barisan Nasional demi untuk mengembalikan segala hak dan kebebasan rakyat yang selama ini dinodai.

Saya akhiri rumusan saya pada malam ini dengan firman Allah s.w.t :”Hendaklah kamu melakukan Keadilan, kerana Keadilan itu lebih dekat kepada taqwa” (Surah Al Maidah: 8)

Sekian, terima kasih.

*Teks ucapan Azmin Ali (gambar kiri), ahli parlimen Gombak, ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Timbalan Presiden PKR dalam Forum Politik Malaysia Pasca ISA, pada 27 September 2011, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Posted: 28 Sep 2011 05:01 PM PDT

Wee Choo Keong


Thank you Warga Wangsa Maju & others, all of you have made the open house a memorable event

Posted: 28 Sep 2011 02:47 AM PDT

Thank you Warga Wangsa Maju and other Malaysians, all of you have made the Raya open house a memorable event for all. It was a real 1Malaysia event represented by all races, who came to celebrate Hari Raya and party with our Muslim brothers and sisters. Despite the foods (12,000 sticks of satay, 10 roasted [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 28 Sep 2011 11:37 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umno Seremban dan polis FRU N.Sembilan bekerjasama

Posted: 28 Sep 2011 12:54 AM PDT





Ketua Polis Negara harus perjelas program Umno dalam Markas FRU dan logo Umno memenuhi persekitaran markas. Pada 26 September 2011, bertempat di Markas Polis Simpanan Persekutuan- FRU (Unit 7 PSP NS) telah diadakan satu program bersama di dengan parti politik UMNO.

Pada hari tersebut bendera Umno memenuhi ruang sekitar Markas FRU dan jelas tertera logo dan nama Umno dalam pemidang dibelakang pentas. Malah ucapan Ketua Umno Bahagian Seremban penuh bersifat politik kepartian.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini.

Dato' Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana - mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban.

Lebih serius program ini berlaku selepas polis dilihat melindungi dan gagal bertindak dengan kejadian Pemuda Umno Seremban yang menyerang sehingga mencederakan orang awam ketika Majlis Hari raya anjuran PAS yang dihadiri oleh Hj. Mohamad Sabu baru - baru ini.

Muhammad Saufi Miad
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Sembilan
27 September 2011

Sumber berita dan gambar di http://chegubard.blogspot.com/2011/09/ketua-polis-negara-harus-perjelas.html

Polis paling ramai stres, kes polis tertembak diri

Posted: 27 Sep 2011 09:17 PM PDT

Kejadian di bawah bukan merupakan kes pertama yang berlaku dalam PDRM. Kita harap PDRM melakukan siasatan terperinci dan orang awam elakkan sebarang spekulasi. Bagaimana pun dalam satu berita lain menyatakan laporan pakar mendedahkan polis adalah mereka yang paling ramai mengalami stres di tempat kerja di Malaysia.

Begitu jarang kedengaran pistol jenis Revolver Smith & Wesson .38 M15 Double Action tertembak dengan sendirinya kecuali terjatuh dari tempat tinggi. Itu pun mesti jatuh pada picu atau hammer.

Beberapa kejadian anngota PDRM tertembak diri sendiri sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html

*********
Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.

*********
Tragedi cuci revolver
Harian Metro 28 Sep 2011

SUGUL...isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin.

KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.

"Dengan tiba-tiba mereka terdengar bunyi tembakan dan nampak keadaan mangsa dalam keadaan parah.

"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini.

Beliau berkata, peluru berkenaan adalah yang terakhir dalam revolver mangsa dan kejadian berkenaan dipercayai adalah kemalangan.

Katanya, anggota berkenaan sudah berkhidmat lebih daripada dua tahun di IPD Kajang dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kampung Baru Air Panas, Kuala Lumpur, baru saja berkahwin dan isterinya kini hamil tujuh bulan.

Sehingga ini, katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.

http://www.hmetro.com.my/articles/Tragedicucirevolver/Article

*********
POLIS LEBIH STRES BERBANDING GURU
Berita Harian
27 Sep 2011




Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.

Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.

Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja.

Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis.

Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.

Akhbar berkata, ANGGOTA POLIS YANG MENGALAMI STRES BOLEH MENGHADAPI MASALAH SAKIT JIWA BERPANJANGAN DAN MENGAKIBATKAN BANYAK PERKARA TIDAK DIINGINI BERLAKU, TERMASUK PEMBUNUHAN SESAMA RAKAN ATAU BUNUH DIRI SERTA SALAH GUNA KUASA SEHINGGA MENYEBABKAN NYAWA ORANG LAIN TERANCAM.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Article

*********
Constable accidentally shoots himself
2011/09/28
http://www.nst.com.my/nst/articles/Constableaccidentallyshootshimself/Article

*********
Wednesday September 28, 2011
Constable accidentally shoots himself while removing bullets
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F28%2Fnation%2F9590101




*********
38 SPECIAL CALIBER, REVOLVER
WARNING: The listed Taurus revolvers, when dropped from a height of three feet on the hammer may discharge.
http://firearmsid.com/Recalls/FA_Recalls%205.htm

*********
Single-action revolvers have no external safeties, and they usually have no internal safeties, such as a hammer block or transfer bar, to render them drop-safe.

On almost all double-action revolvers, there are no external safety devices; a trigger pull will always result in firing. In addition to that fact, most modern double-action revolvers do have an internal safety, either a hammer block or a transfer bar, that prevents firing not originating from a trigger pull (e.g., gun is dropped). http://en.wikipedia.org/wiki/Safety_(firearms)

*********
Jenis-jenis Pistol Dalam PDRM
REVOLVER SMITH & WESSON .38 M15
http://suksisusm.blogspot.com/2009/10/jenis-jenis-pistol-dalam-pdrm.html

Smith & Wesson .38 Special , double-action
Feed system 6 round cylinder
http://en.wikipedia.org/wiki/Smith_%26_Wesson_Model_15

Empat cedera letupan di pusat beli belah Subang

Posted: 27 Sep 2011 06:10 PM PDT



Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery
September 28, 2011

SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/empat-cedera-letupan-pusat-beli-belah-empire-gallery/

Sebelum ini ada beberapa artikel bahawa pusat beli belah di Subang Parade ada menerima ancaman bom. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut sila ke pautan berikut :

"Bomb Threat" at Subang Parade...?
http://lucifer-doom.blogspot.com/2007/12/bom-threat-or-earthquake-in-subang.html
http://www.usj.com.my/bulletin/upload/archive/index.php/t-20756.html
http://sengsoon.blogspot.com/2007/12/update-on-bomb-scare-at-subang-parade.html

Explosion rips through Empire Gallery, four hurt
September 28, 2011

A view of Empire Gallery Subang after a reported explosion early this morning. — from twitter yfrog.com/nywrgpajSUBANG JAYA, Sept 28 — Four people were hurt in an early morning explosion at the Empire Gallery shopping mall here early this morning.

Eyewitnesses described a scene of chaos, adding police, ambulances and the fire brigade are still on the scene. Police tracker dogs are also there as the cops investigate the incident.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tweeted this morning and prayed for the safety of the residents nearby.

Subang Jaya assemblyman Hannah Yeoh is also there, he added.

The shopping mall opened last year.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/explosion-rips-through-empire-gallery-four-hurt/

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 28 Sep 2011 10:28 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Video - Ceramah Bob Lokman Di Felda Bersia

Posted: 28 Sep 2011 03:45 AM PDT



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan