Ahad, 11 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 11 Sep 2011 03:57 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


CUKAI PERKHIDMATAN 6% PM PERLU BERTANGGUNGJAWAP

Posted: 10 Sep 2011 08:55 PM PDT

najib tun razak may 2011


















ULASAN Kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6 peratus tidaklah mengejutkan. Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut apabila seorang perdana menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat perdana menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6 peratus
sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila perdana menteri sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak hairanlah perdana menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

azlan











Tabiat Datuk Seri Najib Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi menanggung cukai perkhidmatan 6 peratus, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro) hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan. Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Datuk Seri Najib Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang perdana menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 10 Sep 2011 11:23 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Hari Pertama Jelajah Pahang oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR

Posted: 10 Sep 2011 06:06 PM PDT

Berucap di Felda Keratong 10, Rompin
Pak Jabit, Penceramah Utama untuk Jelajah Pahang, Biro Masyarakat Felda dan Orang Asa
l
Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang terlibat dengan Jelajah
Wak Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Caang Rompin sedang memberikan taklimat mengenai ceramah yang diadakan di kawasan Rompin untuk penetapan tempat dan tenaga-tengaga penceramah. Sebanyak 12 destinasi ceramah dan dialog telah ditetapkan seperti berikut:
Felda Keratong 10, Felda Keratong 6, Kg Dong, Buluh Nipis, Kg Jemeri, Felda Keratong 1, Felda Keratong 5, Felda Selancar 2, Felda Keratong 3, Felda Selancar 1, Felda Keratong 7 dan Felda Keratong 9. Didalam ceramah dan dialog yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan ada beberapa masalah yang dibangkitkan oleh peneroka-peneroka Felda iaitu kegagalan Felda mengeluarkan geran tanah untuk peneroka-peneroka Felda walaupun peneroka-peneroka telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) dan CAC lebih dari 7 tahun yang lampau; Felda juga gagal mengembalikan wang dari caruman tanam semula sebanyak RM17,000.00 kepada peneroka-peneroka; Isu Peratusan Perahan KPG juga dibangkitkan kerana masih ada kilang-kilang Felda memberikan grading yang sangat rendah iaitu 18%-19%, mereka berminat untuk mengemukakan saman seperti yang dilakukan oleh Peneroka-Peneroka Felda Kemahang 3, Felda Maokil, Felda Serting 1 dan 2 dan Felda kawasan Jengka; Peneroka-peneroka juga menimbulkan isu bahawa bayaran wang MPOB telah dimanipulasi oleh pihak tertentu, bayaran yang sepatutnya mereka terima sebanyak RM4000.00 telah dipotong oleh pihak-pihak tertentu sehingga RM300.00 kononnya sebagai upah atau komisyen kepada pihak tertentu; dan peneroka-peneroka akan beramai-ramai membuat laporan polis dan SPRM jika wang itu tidak dibayar sepenuhnya kepada peneroka-peneroka; Sebuah Ranting baru PKR telah berjaya ditubuhkan di Kg Dong, Buluh Nipis.
Tenaga penceramah yang menyumbang tenaga dari seluruh Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.
Pak Jabit (kiri) sedang mencatitkan isi taklimat dari Wak Rabidin (kanan); Sdr Rosli Ahmad, Ketua Cabang PKR Jerantut, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro, dan Zabidie Abas, Pengerusi Generasi Kedua Biro.
Sdr Bostamin Bakar, Ketua PKR Cabang Maran.
Rahman Kaimin (dari Johor), Bob Manolan (dari Pahang), Pak Jabit Setiausaha Kerja Biro.
Wak Rabidin meneruskan taklimat
Pak Jabit (kiri), Rosli Ahmad, Suhaimi Said dan Wan Fauzudin

Pak Jabit, Kak Hendon dan saya bertolak dari Temerloh lebih kurang jam 11.30 pagi ke Rompin dan sampai di Felda Keratong 6 di rumah Sdr Rosni Haji Arshad jam lebih kurang 1.30 tengah hari di ketika semua yang hadir sedang menjamu selera. Saya dan rombongan juga turut menjamu selera.

Kemudian kami Solat Berjemaah, yang dari jauh melakukan solat Jama'. Selepas solat, kami mulakan dengan majlis taklimat.

Taklimat dari saya adalah mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh Peneroka-Peneroka Felda dan penduduk Orang Asal, dan kemudian Sdr Rabidin Kasmawi memberi taklimat untuk penetapan tempat serta penceramah-penceramah.

Jam lebih kurang 4.00 petang kami sudah bertaburan di tempat-tempat ceramah yang telah ditetapkan dengan pemandu-pemandu tempatan membawa kami ke destinasi ceramah.

Selepas ceramah kami kembali semula ke rumah Sdr Rosni untuk makan malam dan solat, dan jam lebih kurang 8.30 malam kami sekali lagi bertaburan ke destinasi ceramah masing-masing.

Selepas ceramah saya dan rombongan saya kembali ke Temerloh kerana pada hari esuk (hari ini) ada jemputan Kenduri Kahwin di rumah Anggota PKR di Kuala Krau dan juga di rumah YB Syed Hamid, ADUN Kuala Semantan.

Selepas menghadiri kenduri kahwin nanti, saya, Pak Jabit dan Kak Hendon akan bertolak pula ke Pekan iaitu hari Kedua Jelajah Pahang dan kami akan bertumpu di Rumah Sdr Saleh, di Felda Chini.

Insya Allah, jelajah oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan ke Negeri Pahang akan menempah kejayaan.

AMK KEDAH

Posted: 10 Sep 2011 09:08 PM PDT

AMK KEDAH


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM BERADA DI PADANG SERAI

Posted: 09 Sep 2011 11:41 PM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 10 Sep 2011 07:51 PM PDT

Anwar Ibrahim


Selangor Catat Pelaburan Tertinggi Enam Bulan Pertama 2011

Posted: 10 Sep 2011 08:22 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
10 SEPT 2011

Negeri Selangor terus mencatatkan prestasi membanggakan apabila berjaya merekodkan pelaburan tertinggi dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM5.2 bilion.

Dalam tempoh ini, Selangor menerima pelaburan asing sebanyak RM3.1 bilion dan pelaburan tempatan sebanyak RM2.1 bilion.

Sebanyak 135 projek telah diluluskan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan membuka 9,847 peluang pekerjaan. Jumlah projek ini yang diluluskan ini jauh lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Daripada 135 projek ini, 89 adalah pelaburan baharu manakala 46 adalah mengembangkan pelaburan sedia ada.

Mengulas perkembangan positif ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jumlah ini menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi pelabur asing dan tempatan terhadap kerajaan negeri.

"Kerajaan Selangor bekerja keras untuk menyakinkan pelabur dan kita amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan ini.

"Selangor mencatatkan pelaburan tempatan dan asing yang seimbang dengan mencatatkan 135 projek berbanding negeri-negeri lain yang merekodkan antara 2 hingga 93 projek sahaja," kata Menteri Besar.

Mengikut pecahan sektor, industri pembuatan elekronik mencatatkan pelaburan tertinggi dengan RM1.3 bilion daripada 18 projek yang diluluskan membabitkan RM110 juta pelaburan tempatan dan RM1,149 bilion pelaburan asing.

Jepun menjadi pelabur terbesar di Selangor dengan 13 projek membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1.136 bilion, diikuti Korea Selatan sebanyak RM652 juta ( tiga projek) dan Singapura dengan RM510 juta (8 projek).

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Majlis Profesor Tersasar Jauh Dari Kebenaran

Posted: 10 Sep 2011 08:17 AM PDT

Malaysiakini

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma’ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar "ada bahaya dari gunung" merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta’rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).

‘Malaysia Tak Pernah Terjajah’ Usaha Tipu Rakyat

Posted: 10 Sep 2011 12:03 AM PDT

Malaysiakini

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk “menipu rakyat” serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya.

“Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya.

“Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama,” tambahnya.

Dakwaan bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah” itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu.

“Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun.

“Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka.

“Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.

“Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah,” katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.

Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai “hero (filem) Hindustan yang datang lambat.”

“Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah,” katanya.

Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.

Dakwaan bahawa Tanah Melayu “tidak pernah terjajah” itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil.

“Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhna.

“Dan semua kajian yang dapat (ijazah) kedoktoran dan sarjana itu kena batal semuanya sebab salah,” katanya yang menambah, Umno juga telah ditipu berhubung sambutan kemerdekaan itu.

Dalam sidang media sama, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpandangan sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf bahawa Malaysia pernah terjajah.

Keluar Dari Penipuan Cendekiawan Sempit Umno- Azmin

Posted: 09 Sep 2011 07:57 PM PDT

Keadilan Daily

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengajak rakyat Malaysia keluar daripada pemikiran sempit yang dibawa cendekiawan Umno, berhubung soal sejarah.

"Cukuplah. Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," katanya.

Menurut Azmin, penolakan idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel dilabel sebagai komunis dan sosialis.

Sedangkan, katanya, konsep dan idea sama pernah dirai oleh sahabat nabi dan ulama Islam seperti Abu Dzar dan Abdul Rahman Auf.

"Kenapa begitu? Menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, ini semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis. Sentimen diutama dan kebenaran  dipinggirkan," katanya pada blognya hari ini.

Abu Dzar ialah sahabat nabi yang menitikberatkan konsep keadilan dan kesamarataan dalam Islam dengan memberi penekanan terhadap prinsip keadilan sosial dan ekonomi.

Dianggap sebagai pemikir radikal, beliau pernah menyatakan setiap lebihan (al-afwu) dalam rumah seorang Islam, menjadi hak orang lain yang memerlukannya.

Ibnu Hazm, seorang lagi ulama besar pula menyatakan sesebuah kelompok miskin tidak bersalah apabila berperang menuntut hak jika ia dirampas.

Abdul Rahman Auf pula diketahui umum sebagai seorang sahabat nabi yang kaya tetapi banyak menyumbangkan harta untuk menegakkan Islam.

"Tidakkah ini sama dalam isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan (Timbalan Presiden PAS) Mat Sabu.

"Beliau mahu penilaian adil diberi kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Berbanding kebanyakan pemimpin Umno yang dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, Azmin berkata, Mat Indera dikenali sebagai kuat beribadah,  seorang hafiz dan cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya.

Dalam konteks tanah air, British menjajah dan merompak hasil kekayaan di Tanah Melayu sedangkan masyarakat Melayu Islam ketika itu hidup melara dan miskin.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 10 Sep 2011 11:40 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kenaikan Bil Elektrik Membebankan

Posted: 10 Sep 2011 06:25 AM PDT


Kenaikan Bil Elektrik Membebankan
Aduan Rakyat, 9 Sep 2011

Sebelum kenaikan tarif baru TNB, bil letrik saya adalah sekitar kurang dari RM100. Namun sejak kebelakangan ini bil saya melonjak purata RM140 walaupun berbagai cara saya lakukan untuk mengurangkan penggunaannya.

Kenaikan purata 40% adalah terlalu tinggi bagi rakyat yg berpendapatan rendah seperti saya namun saya bersyukur bil air jauh berkurangan disebabkan rebat yang ditawarkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Adalah diharapkan kerajaan memberi perhatian dan menilai semula kenaikan tarif letrik yang bukan sahaja membebankan rakyat tapi memberi impak yang tinggi terhadap inflasi negara keseluruhannya.

Saban tahun TNB dilihat tidak pernah kerugian bahkan mencatat keuntungan berlipat ganda. Jesteru apa rasionalnya menaikkan tarif jika tidak kerugian dan dimana slogan 'Rakyat didahulukan..'.

By: Ishak bin Said

http://www.aduanrakyat.com.my/kenaikan-bil-elektrik-membebankan

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 10 Sep 2011 09:37 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


umNO berjaya mengalih isu...

Posted: 10 Sep 2011 08:25 AM PDT

Sehingga kini belum didengar komen dari kalangan umNo dan sekutunya berkaitan kenyaaan Zainal Kling dan kumpulannya. Kementerian pelajaran juga masih mendiamkan diri. Apakah ianya tanda restu, kebingungan atau terkejut gorila dengan dakwaan terbaru ini. Kementerian kesenian yang dijaga oleh menteri yang ada doktor juga nampaknya mengambil sikap membisu. Itu sebahagian petanda restu barangkali kerna ianya sedikit sebanyak membantu mengalih tumpuan dan menguntungkan umNO.

Beberapa andaian boleh diambil kira dari kenyataan Zainal Kling ini;

1) Dakwaan tanah Melayu tak pernah dijajah bertujuan menyatakan bahawa polis Bukit Kepong ada polis tanah Melayu dan bukan polis penjajah. Jika dianggap polis bekerja untuk penjajah, maka teori Mat Indera sebagai pejuang boleh diterima. Ia merugikan umNO!

2) Dengan andaian tanah melayu tak pernah dijajah, maka sesiapa sahaja yang menentang kerajaan dan menentang mereka yang meneruskan usaha datuk On dan Tengku Abd Rahman akan dianggap penderhaka kerana keduaya bukan pegawai British tetapi pemimpin negara.

Namun demikian, ada beberapa perkara yang membingungkan umNO kini,

1) Apakah mereka mampu mengekalkan nama tokoh umNO sebagai berjasa memerdekan negara sedangkan negara tidak pernah dijajah mengikut teori Zainal Kling.

2) Apakah jasa umNO menentang Malayan Union adalah satu kebenaran sejarah atau lakonan semata kerana British tiada kuasa terhadap Tanah melayu kerana ia hanya penaung. Kalau ikut teori Zainal Kling, Tanah melayu terjajah juga selama setahun ketika Malayan Union... bila tarikh merdekanya dan siapa yang mengistiharkan merdeka itu? makin keliru jadinya....

Kita menanti komentar pemimpin negara ..... jika mereka jujur....
Kita juga menanti komentar tokoh sejarah bertaraf profesor lain... adakah mereka setuju dengan Zainal atau tidak.... Jika setuju mengapa hanya setelah lebih 50 tahun... jika tidak.... mengapa membisu...??
Kita menanti reaksi segera bijak pandai bagi menjaga nilai sejarah negara.

Tawaran Gerakan untuk biasiswa kepada mat Sabu tak cukup. Mereka juga perlu menaja Najib dan Muhyidin serta pemimpin umNo lain selama ini kerana mereka adalah orang yang berhempas pulas menyambut hari merdeka... kita menanti perkembangan yang sangat berjaya mengalihkan isu besar yang melanda negara....

Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan