CINA ISLAM (林川興) Posted: 11 Sep 2011 01:51 AM PDT Parti Umno rekaan British semakin tergugat Posted: 10 Sep 2011 08:28 PM PDT 13 Syawal 1432H. [MOD] - KENYATAAN MEDIA Saya ingin membuat kenyataan media terhadap beberapa persoalan yang mengejutkan Negara akhir-akhir ini , pada asasnya saya melihat ada satu kecenderungan dari para professor yang menjadi pengampu kepada kerajaan BN yang mahu perbodoh rakyat. Keadaan ini tidak boleh kita biarkan kerana kesannya amat buruk kepada masa depan negara. Dari sudut lain saya menjagkakan juga merupakan strategi untuk terus menerus mengalih pandangan rakyat kepada isu lain yang lebih besar, juga selepas isu komunis nampaknya kurang menjadi. Benarkah negara ini tidak pernah dijajah?. kenyataan ini saya tujukan khas kepada ahli sejarawan yang diiktiraf kerajaan umno-bn, walaupun mereka ini bergelar profesor, namun tindakan mereka yang cuba menegakkan benang basah semata-mata menjaga kepentingan survival politik Umno-Bn telah mengenepikan nilai intelek mereka sebagai ahli akademik terbilang. Apalagi saya ulangi isu ini sengaja dimainkan Umno-Bn bagi mengaburi mata rakyat terhadap salahlaku kerajaan pusat yang perkuda SPR dan juga JPN. Ahli akademik sepatutnya menjadi pembela nilai ilmu lebih-lebih sejarah tanah air, terkini Malaysia sedang berada diambang kehancuran jika negara cuma membiarkan orang seperti Profesor Zainal Keling yang telah mengeluarkan pendapatnya bahawa katanya Malaysia tidak pernah terjajah. Saya mencadangkan supaya dia mesti segera diperiksa tahap mentalnya, kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah tidak masuk akal, bahkan jika benarlah begitu, ini bermakna menurut fakta oleh beliau menerangkan bahawa hari kemerdekaan cuma perlu disambut di Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja. Sekarang ramai dikalangan rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi, mereka mengkaji tentang sejarah tanah air, dalam masa sama Umno-Bn terus menggelapkan fakta hakikat bahawa penjajah British telah meninggalkan "bekas pegawai" mereka sejak tanah air mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Tidak ramai yang ambil tahu bahawa United Melay National Organitation atau Umno itu sendiri adalah cetusan orang putih, malah idea penubuhannya datang dari orang yang bukan berbangsa Melayu, bagaimana layak mereka mendakwa Umno pembela bangsa. Dari segi fakta, mustahil pejuang tanah air yang digelar British dengan nama kumpulan berhaluan kiri bermazhab komunis, kerana kita tahu bahawa komunis menolak secara total sebarang fahaman berbentuk keagamaan, individu seperti seperti Mat Indera adalah seorang agamawan malah nama beliau telah tercatat di dalam sebuah buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang bertajuk Pengukir Nama Johor sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan. Malah sebagaimana yang dijelaskan di dalam salah satu kajian ilmiah di Universiti Malaya pada tahun 1973 yang menyatakan bahawa Mat Indera memang merupakan tokoh pejuang dari Johor di era pra kemerdekaan, ini amat jelas sekali dari segi pembuktian yang berfakta. Begitu juga nama-nama seperti Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka sebagai pejuang kemerdekaan. Sejarah hari ini telah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sebut sahaja kemerdekaan di sekolah, maka nama yang hanya keluar dan disebut-sebut cumalah tokoh-tokh umno Umno sahaja, ini . Sebut soal pengorbanan dalam perjuangan, Tunku Abdul Rahman cuma sedikit dari apa yang para pejuang sejati Tanah Melayu pasca pra kemerdekaan telah lakukan, bahkan jika hendak diikutkan Tunku cuma perunding dan bukannya pejuang untuk menghalau penjajah. Saya mahu katakan bahawa penjajah British sengaja "membela" pemimpin Melayu yang pro mereka pada era tersebut dengan bertujuan cuma untuk menjaga astet dan lombong mereka sahaja, tidak lebih dari itu. Pada 31 Ogos 1957 British telah tinggalkan satu parti yang direka khas yang diberi nama United Melay National Organitation atau Umno bagi menyaingi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikepalai Dr Buhanuddin Al-Helmy dan rakan-rakannya. Parti Umno rekaan British ini semakin tergugat dan isu Mat Sabu disensasi dan diputar belit demi untuk menutup fakta sebenar bahawa dialah penghniat kepada orang melayu dengan bersekongkol dengan penjajah, rakyat mula tahu tentang sejarah penubuhan Umno itu sendiri. Saya juga ingin bertanya kepada mereka yang bertanggungjawab "membela" profesor-profesor ini, adakah wang rakyat telah dibazirkan begitu sahaja selama 53 tahun apabila menjelang hari kemerdekaan? Jika benar negara tidak dijajah, sila kembalikan semula wang rakyat yang diperuntukkan untuk sambutan tersebut, begitu juga cuti umum pada tarikh tersebut perlu dimansuh kecuali di Pulau Pinang dan Melaka. Di sini saya ingin menggesa ilmuan-ilmuan dan pakar sejarah supaya bangkit menentang penyelewengan fakta sejarah, nilai ini penting untuk tatapan generasi muda supaya mereka boleh belajar bagaimana orang terdahulu membina jati diri untuk mempertahankan negara dari sebarang bentuk jajahan yang berbentuk fizikal mahupun pemikiran. Diamnya BN dalam isu ini bermakna mereka juga yang terlibat secara rasmi dalam pembohongan 1Malaysia terhadap sejarah, rakyat perlu hukum pembohong sejarah pada PRU 13 nanti, ubah sekarang selamatkan Malaysia. Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar, 10 September 2011 | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 11 Sep 2011 01:33 AM PDT Posted: 10 Sep 2011 08:48 AM PDT | |
Salam Perjuangan Posted: 10 Sep 2011 11:16 PM PDT MEREKA KELIRU DAN MENGELIRUKAN - AZIZ BARI Posted: 10 Sep 2011 05:18 PM PDT | "Tunku hilang gelaran Bapa Kemerdekaan..." | 12 Syawal 1432 H | 11 September 2011 Prof. Dr Abdul Aziz Bari
Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi, dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa. Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.
British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).
British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.
Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka kedudukan sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan. Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.
Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan.
British cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu. Sekiranya ia dilaksanakan, maka sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).
Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan.
Tetapi adakah itu apa sebenarnya yang berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.
Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.
Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu. Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka? Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran. Beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!! Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.
Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap. - malaysiakini | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 10 Sep 2011 09:07 PM PDT Port Dickson bandar maut, ada lubang bahaya, AWAS Posted: 10 Sep 2011 06:23 AM PDT 9 Sep 2011 Kematian Anak: Mualaf Mahu Saman MPPD SUBANG: Seorang mualaf yang kehilangan anak sulung pada malam hari raya Aidilfitri lalu, berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang didakwa cuai untuk memastikan keselamatan pengunjung di pantai peranginan tersebut. Mohd Arif Yap Abdullah, 49, berkata saman itu akan difailkan ekoran kematian Nur Zahirah, dua tahun, yang ditemui lemas pada kira-kira pukul 8 malam, 30 Ogos lalu selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam hampir dua meter di tempat letak kereta di Pantai Batu 10, Teluk Kemang, di situ. Mayat kanak-kanak tersebut dijumpai di persisiran pantai kira-kira 100 meter daripada lubang tersebut dan dikebumikan di Felda Palong, Negeri Sembilan. Pada sidang media yang diadakan di sini pada Jumaat, Mohd Arif yang memeluk Islam sejak 18 tahun lalu berkata, dia telah melantik peguam Boestamam Ahmad untuk mewakili dirinya dalam memfailkan saman yang akan dilakukan di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan dalam masa terdekat. "Tindakan saman itu bukan kerana wang ringgit tetapi untuk memberi pengajaran kepada MPPD agar mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk keselamatan pengunjung daripada lubang perangkap maut itu," tambahnya. Dia yang bekerja sebagai tukang kasut juga memberitahu, tiada sebarang tanda diletakkan untuk memberi amaran kepada pengunjung mengenai lubang terbabit yang sukar dilihat dalam keadaan gelap. Selain itu, Mohd Arif Yap juga berharap tindakan saman tersebut dapat mengelakkan kejadian serupa yang menimpanya dan isteri, Hamizah Ibrahim, 36, berlaku kepada individu lain. Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Arif Yap berkata, semasa itu mereka sekeluarga berhenti untuk solat Maghrib di pantai itu. Nur Zahirah pada awalnya solat bersama di sebelahnya tiba-tiba keluar bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di pantai itu sebelum hilang. Dia dan bersama beberapa orang lain berusaha mencari Nur Zahirah dan pihak bomba serta polis juga turut menjalankan operasi pencarian selepas dimaklumkan oleh orang awam di situ. Mohd Arif Yap juga mendakwa, dia telah membuka bajunya untuk mencari Nur Zahirah di dalam lubang terbabit, tetapi dihalang oleh dua lelaki yang bimbang dengan keselamatannya. Tambahnya, meskipun redha dengan kehilangan Nur Zahirah, dia masih berada dalam keadaan sedih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja menyebabkan dia masih tidak membuka perniagaan membaiki kasut yang dijalankannya secara kecil-kecilan. "Sebagai seorang ayah, saya sangat sedih kerana anak yang paling saya sayangi sudah tiada," katanya dalam nada yang teresak-esak. Dia mempunyai seorang lagi anak lelaki, Kamarul Arifin yang berusia setahun. Dia juga memberitahu, telah membuat laporan polis pada 3 September lalu di Balai Polis Gemas, Negeri Sembilan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang DiPertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin di sebuah akhbar tabloid pada tarikh sama. Abdul Wahab semasa itu berkata, pihaknya telah menggantikan penutup lubang itu sebanyak dua kali, namun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beliau yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga Mohd Arif Yap juga menasihati pengunjung untuk berhati-hati dan menambah, masyarakat setempat perlu peka dengan permasalahan vandalisme yang giat berlaku. http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2011/9/9/mstar_mahkamah/20110909180734&sec=mstar_mahkamah | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH Posted: 10 Sep 2011 07:23 PM PDT Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka Posted: 10 Sep 2011 04:40 PM PDT Zainal Kling kata, Tanak Melayu tak pernah dijajah.. tetapi tiap tahun kita dok sambut Merdeka. Kalau dah tak dijajah, maka 54 tahun lepas, Umno dok sambut Merdeka perhabis duit rakyat pasal apa?
Mungkin Prof Datuk Dr ini terlebih nak mengampu jadi terlatah. Kalau iyapun nak ampu Umno, biarlah berpada sepadan dan "Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Zainal Kling ni bukanlah pakar sejarawan, dia bukan dalam bidang sejarah.. tak pernah mengajar sejarahpun di UM dulu sehinggalah berenti. Dia kata Tanah melayu dinaungi je.. yang Malaysia dok dalam negara Komanwel pasal apa pulak. Keluarlah dari Komanwel? Jadi apa maksud 31 Ogos 1957... ia bukanlah tarikh merdeka. Jadi Zainal Kling nak bagitahu rakyat takda tarikh merdeka. Zainal Kling berhujah berkata "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik." Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
Alahai mudahnya terperangkap dan cuba mengelirukan pemikiran rakyat kononnya dinaungi dan dilindungi. Setahu kita hanya Thailand tak dijajah. Memanglah itu bahasa Inggeris nak konkongi dan nak jajah Tanah Melayu. dalam erti kata lain takkan si Inggeris tu nak kata, akan jajah.
Itulah kelemahan Melayu dulukala, mudah percaya dengan terma yang bersalut penipuan. Orang Melayu itu memang mudah ditipu jika disantuni. Inggeris sudah memperlajarinya. Jadi Zainal Kling juga mungkin termasuk dalam pemudah cara ke arah itu.
Tuan Ibrahim berkata: "Rakyat semakin 'fening' di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah.
Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujahan Zainal Kling itu dengan menyifatkannya satu kesalahan besar..kerana ia bererti selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar.
Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu, maka ia bererti tidak dijajah oleh British. Habis kenapa Inggeris membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan Datuk Maharajalela | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Posted: 10 Sep 2011 03:31 PM PDT Rumah Terbuka PAS Kedah Posted: 10 Sep 2011 09:19 AM PDT PAS Kedah telah menganjurkan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada 10 September 2011 di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut. Ramai tetamu yang hadir dari pelbagai lapisan kaum dan parti politik antaranya kaum Melayu, Cina, India dan Siam serta parti PKR dan DAP. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri majlis tersebut dan ini membuktikan PAS mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk terus kekal mengemudi negeri Kedah.
Kelihatan YB Ust Hj Abd Ghani sedang menikmati juadah yang disediakan dengan disertai juga YB Dato Hj Ir Phahrolrazi (Timbalan Pesuruhjaya 1), Ust Mohd Isa Syafie (Timbalan Pesuruhjaya 3), Ust Zawawi Ahmad (YDP Padang Terap) dan YB Hj Yahya Abdullah (ADUN Jeneri).
Sebelum majlis tersebut berlangsung, semua Ahli BPPNK telah merakamkan gambar kenangan. Turut kelihatan YAB Dato Seri Ust Hj Azizan B Abdul Razak (Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar). Selepas sesi bergambar semua ahli BPPNK menikmati juadah makanan yang disediakan oleh 15 kawasan yang menghidangkan menu masing-masing. Acara selanjutnya ialah meraikan kehadiran tetamu yang terdiri daripada YB Encik Lee Guan Aik (Pengerusi DAP Kedah yang juga ADUN Kota Darulaman) dan bekas Senator Ir Hj Zamri B Yusuf. YAB Pesuruhjaya turut menyampaikan duit raya kepada kanak-[kanak yang hadir tidak putus-putus sejak jam 11.30 pagi hingga jam 4.30 petang. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 10 Sep 2011 03:10 PM PDT HAK MENDENGAR DAN HAK BERCAKAP DALAM NEGARA YANG MERDEKA Posted: 09 Sep 2011 05:37 PM PDT | MARI BELI LEMANG SERI ANGGERIK Posted: 09 Sep 2011 04:54 PM PDT Lemang Seri Anggerik nama diberi, taukehnya bernama Awi (Zawawi). Lemangnya sedap tidak terperi, nak tahu rasa sendiri, mana tau nak tambah lagi. Lokasinya di Taman Anggerik 5 di Bukit Sentosa 2 , berdekatan Surau Saidina Ali dan tidak sampai 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa. Tempahan juga boleh dibuat istimewa untuk jamuan hari raya dan seumpamanya. Hubungi Awi 0122663406 . Pengalaman dah lebih 5 tahun di sini. | MULAI SEKARANG JANGAN MAKAN SEBARANGAN AYAM Posted: 08 Sep 2011 09:47 PM PDT Mulai saat ini, hari ini teman syorkan pada diri teman sendiri dan sahabat dan pembaca tak kira penyokong PR atau BN kalau sesiapa ada kemampuan kecil elok benor ternak ayam secara kecilan untuk diri sendiri dan yang ada kemampuan besar tolong lah ternak ayam daging secara besar-besaran untuk jemaah dan masyarakat berdekatan kita, sebab ia sangat diperlukan demi mendapat makanan yang bersih dan sihat asal-usulnya.
Coretan berdasarkan emel dan pengalaman teman sendiri
Rasanya wajib teman berkongsi info di mana rujukannya adakah anda pernah tengok Majalah 3 di TV tige pada bulan July lepas dan beberapa tahun dahulu di mana kisah ayam organik herba di usahakan seorang Profesor - Dr Mohamad Zainol Abdul Haja. Teman tertarik dgn cara pembiakan ayam Dr Zainol usahakan di mana hasilnya nampak bersih, terkawal dan halal.
Kisahnya kawan teman dan suami telah menjejaki Dr Zainol dan berjumpa dan sempat berbual dengan beiau dan isterinya ,berjumpa dgn network beliau di Melilea Puchong.Sekadar ingin mengajak beliau berkongsi pengalaman dgn kami. Kawan teman terasa kagum dengan insan dan usahanya mengorbankan kerjaya profesional demi berbakti kepada ummah. Sungguhpun ,teknologi menjadikan kita negara yg moden tetapi jangan lupa teknologi juga akan merosakkan banyak perkara baik dlm tubuh kita di mana akhirnya boleh merosakkan akidah.Kalau hendak dicerita,sgt panjang. Teman ringkaskan.
Wujud enzim khinzir dalam ayam telah diperakui beberapa tahun buat kajian(research),malah banyak website yg ada maklumat ini,saya akan beri add nnt. Enzim khinzir mungkin tidak terlabel secara individual dlm proses menggemukkan ayam(Malaysia tidak akan buat label ) ,tapi hasil dari kajian ,protein dari khinzir,antibiotik, dan pelbagai lagi mampu menyuburkan ayam,cepat gemuk,lagi berat lagi cepat boleh jual,cepat dapat hasil., maka suntikan,makanan ayam ada campuran pelbagai yg sumbernya diragui. Oleh sebab itu kenapa,dari telur hingga ia menjadi hidangan anda,ayam tidak perlu mengambil masa berbulan bulan..ayam KFC cuma 28 hari,ayam daging mungkin 40 hari...saya tidak pasti.
Kebelakangan ini sibuk harga ayam naik,saya terjumpa pulak seorang pengusaha ayam berbangsa china di Buletin Utama 2 mlm yg lalu,"harga ayam mesti mau naik sikit,makanan ayam pun sulah naik halga,itu UBAT ayam pun sudah naik halga"...ubat ???..tapi tiada apa lagi yg memeranjatkan saya....anda fikirkan,anda nilailah.Ayam kat Malaysia ni sampai dah macam tak cukup supply,harga semakin lama semakin naik,yg gemuknye pengusaha ayam cina inilah. Halal ke ayam daging? tidak mengapa jika anda pasti dan yakin tentang kehalalannya, tambahan di Malaysia ada sykt besar yang melabelkan halal utk apa pun jua produk ayamnye tetapi Taraf Halal itu ,saya anggap ia hanya di kategorikan utk PROSES PENYEMBELIHAN cara islam yg diutamakan di sykt itu..walau pernah masuk TV,tetapi cara ayam dibesarkan,di beri makan makanan yg bagaimana tidak mungkin termasuk dlm HALAL yg dimaksudkan. ...anda fikir bagaimana?
Saya pernah bertanya kpd Dr Zainol,government negara islam ini tak berbuat apa apa ke? Dia jawab,it happens around the world nanee.its the technology!! Percaya atau tidak,sewaktu Dr Zainol confirm ayam daging ini ada enzim khinzir,beliau menangis,after a long time of research,baru skrg confirm!! Saya juga sgt sedih..sgt sgt sedeh. Bayangkan kotornye,hinanya makanan yang kita mkn,makanan yg membentuk 'kita'.
Ayam daging biasanya dlm 20 minutes kalau letak kat luar peti sejuk mesti lalat dah datang,bau dia mak aaaaiiiii... senang hanyir,kenapa? Ada sebahagian ayam ni daging dia punyelah padat dan banyak kan?..kenapa ya?...fikir fikirkan. Saya tidak berniat mempromosi apa apa,saya juga tiada share dlm biz Dr Zainol,tapi saya seru,kepada sesiapa sahabat yg terbaca email ini,mungkin sekarang tiba masanya kita mengubah sumber pemakanan kita..maafkan saya jika terlambat bercerita,saya hanya manusia,kadang2 saya takut juga pandangan ikhlas saya di salah erti.Pernah beberapa kali saya bercerita kpd kawan kawan, tapi cerita saya dianggap seperti diada adakan, malah ada yg tak respon apa apa,(bila fikir2 kelakar pun ada,takkan benda dasyat mcm ni takde respon ek...)jadi saya berhenti bercerita seketika..maafkan saya terlambat memanjangkan kepada kawan kawan..but anyway inilah sebenarnye tanggungjawab kita.
Forward this mail to your friends,kita ambillah tanggungjawab ini. Insyaaallah Allah berkati. Last month pun article Ayam Organic ada keluar kat Berita Harian, full page, kat dlm tu pun ada tentang enzim khinzir ini. Anyway saya dan keluarga kini tidak lagi risau harga ayam daging ni naik ke turun ke,lantokkkkkk le dia.... Ayam organik jauh lebih sedap,manis dan tak banyak daging.,yg penting kita pasti tentang sumber pembesaran ayam ini.,insyaallah.
Lagi satu Restoran makanan segera yang supply ayam organik - Radix Fried Chicken(RFC) sahabat semua.... kat Bangi senang nak dapat ayam ni ...ada kat kedai AZ ZAIN (en Zulkurnain yg bagi tau lokasi ini)....bangunan dia tak jauh dengan Hospital azzahrah...saya dah lama tak makan ayam daging kat luar sana ...sebab tu lah kalau ada jamuan kat office lauk ayam/kenduri kendara ... atau jamuan2 lain atau kfc atau mcd...saya 'lepaskan' keenakan hidangan ayam.......semenjak saya makan ayam Az Zain ...tekak dah rasa tak lalu nak telan ayam daging biasa ni...memang berbeza....ayam organik tak hanyir macam ayam daging biasa dan yang penting Insya Allah halal..cuma ia mahal sikit lah........tapi bagi saya ...kita perlu jaga darah daging kita ...jangan terlalu menjaga duit kita..........sebab itu yang akan dipersoalkan di akhirat nanti....
***perkara2 macam ni susah nak bagi tau kawan2 sebab tak semua orang boleh terima...kebanyakan orang sangat sukakan ayam dot dot dot .......risau dan takut orang kata kita alim sangat...pada hal tanggungjawab kita semua utk jaga diri kita dari makan makanan tak halal dan syubhah
Sahabat semua, apa yang diceritakan dalam emel di atas ni memang benar. Punca2 penyakit fizikal dan penyakit hati adalah dari makanan. Cari lah altenatif yang halal, ayam organik ni ada dijual. Kalau nak saya boleh bawakan. Rasa lebih sedap dan tak banyak lemak. Cuma harga mahal sedikit dari ayam biasa yang dijual dipasaran. Tapi harga bukan isu kalau kita cari yang halaalan toyiba. Wallahuallam bissawab | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 10 Sep 2011 01:34 PM PDT DEBAT “ ISU SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA “ Posted: 09 Sep 2011 08:25 PM PDT 1. Dalam isu sejarah perjuangan kemerdekaan negara, akhir-akhir ini ia menjadi satu polemik yang diperdebatkan secara terbuka melalui media massa. PAS melihat isu ini tidak wajar dipolimikkan sebegitu rupa hanya kerana dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang menyentuh isu Mat Indera sama ada ia pejuang kemederkaan atau petualang negara.
2. PAS bertanggungjawab dalam isu ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden PAS tersebut. Sehubungan dengan itu, di atas pertanggungjawaban isu ini PAS berhasrat menganjurkan satu debat secara terbuka antara Tuan Hj Mohammad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO. PAS berpandangan kedua-dua mereka adalah layak untuk berdebat atas status kedua-duanya adalah Timbalan Presiden kepada parti masing-masing. 3. Tajuk debat yang dicadangkan " SIAPA PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN NEGARA " 4. Pihak PAS menyerahkan kepada pihak YAB Tan Sri Muhyiddin bagi menentukan tarikh perdebatan tersebut. PAS mencadangkan tempat untuk diadakan debat tersebut adalah di Stadium Melawati, Shah Alam. Walau bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini. 5. PAS juga mencadangkan demi keadilan kepada semua rakyat di Malaysia, agar debat bersejarah ini disiarkan secara langsung menerusi RTM atau siaran TV swasta. 6. Penganjuran debat ini penting bagi merungkai isu yang menjadi polemik hangat dan menjawab semua persoalan yang dibangkitkan oleh kedua-dua pihak. Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan. 7. Pihak PAS juga menerima siapa sahaja di kalangan NGO, Persatuan Akademik atau Institusi Pengajian Tinggi yang bersedia bekerjasama bagi menjayakan debat ini. 8. Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak. | |
Batu Gajah Mari Posted: 10 Sep 2011 11:36 AM PDT Wacana Merdeka pentas penafian Malaysia dijajah?? Posted: 10 Sep 2011 09:51 AM PDT oleh: Safarizal Saleh IPOH, 10 Sept: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menyifatkan Wacana Merdeka yang dianjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) semalam gagal menjelaskan tajuk asal perbincangan mengenai tragedi Balai Polis Bukit Kepong: Siapa wira sebenar.
Malah, kata Ketua Penerangan PAS negeri, Ahmad Nuri al-Amin berkata pentas wacana tersebut lebih menjadi medan mencetuskan polemik baru yang menyanggah fakta besar yang telah diterima pakai selama 54 tahun dengan menafikan sejarah kemerdekaan negara.
Katanya, penafian terhadap kemerdekaan negara pada tahun 1957 itu lahir dari fakta yang disebut berulang kali oleh para panelis wacana bahawa Tanah Melayu langsung tidak pernah dijajah oleh British, suatu kenyataan yang tidak disiarkan oleh media massa perdana yang dikuasai kerajaan.
Malah, menurutnya bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar juga menggambarkan bahawa penubuhan Umno pada tahun 1946 bukan untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi hanya untuk memastikan bahawa Tanah Melayu dikembalikan kepada pemerintahan dahulu.
Tambahnya, manakala penekanan Tun Hanif berkaitan tragedi Bukit Kepong hanya mengisyithar bahawa kematian pasukan polis sebagai wira walaupun tidak menafikan polis ketika itu di bawah pemerintahan British.
Katanya, nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sering menjadi sebutan Tun Hanif semalam sepatutnya turut dijemput pihak IDR bagi menjelaskan isu berkaitan Ahmad Indera @ Mat Indera.
"Jika ianya diadili sebaiknya, wacana tersebut perlu dihadiri juga oleh Haji Mohamad untuk memperkatakan perkara tersebut. "Sesungguhnya hasil wacana semalam telah menimbulkan lebih banyak kekeliruan dari menjelaskan keadaan," ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Soalnya, bagaimana status pejuang-pejuang Melayu Perak seperti Datuk Maharaja Lela Pandak Lam yang dihukum buang negeri dan pejuang-pejuang Melayu lain yang terbunuh ketika dikatakan menentang British.
Katanya, jika Tanah Melayu tidak dijajah, siapakah yang mereka tentang dan siapakah pula yang menghukum dan membunuh mereka. "Adakah ini angkara Melayu gunakan British untuk menentang dan membunuh sesama Melayu?" soalnya lagi. | |
KHIDMAT MERU Posted: 10 Sep 2011 09:32 AM PDT HARI TERBUKA DUN MERU SUNGGUH MERIAH Posted: 10 Sep 2011 05:11 AM PDT | PESTA TANGLUNG MERIAH Posted: 09 Sep 2011 03:21 PM PDT Pesta Tanglung yang diadakan di Taman Klang oleh Persatuan Penduduk Taman Klang mendapat sambutan yang baik dari penduduk kaum Cina ditaman tersebut. YB Dr Rani mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Persatuan Penduduk Taman Klang kerana berjaya menganjurkan pesta tersebut yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir ialah Mr Deepakaran, Tuan Hj Taifor Hj Nor dan beberapa pimpinan masyarakat setempat. Dr Rani dalam ucapannya membacakan beberapa ayat Al-Quran dan Hadith Nabi yang menganjurkan ummat Islam agar mengadakan hubungan yang baik diantara maanusia walaupun dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa yang berbeza-beza.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan