1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?
2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?
3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?
4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?
5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?
6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?
7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?
9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?
12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?
13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?
14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?
15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?
17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?
21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?
22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].
23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?
24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?
25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?
26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.
27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.
28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).
29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?
30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?
31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.
32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.
33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?
34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?
35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?
36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?
37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?
38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?
39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?
40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?
41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.
42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?
43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?
44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?
45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?
46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorangperunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?
47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.
48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?
49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?
50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikitdaripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenarperjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?
51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?
52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?
53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.
54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan