Ahad, 4 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KDAS 3

Posted: 03 Sep 2011 09:17 PM PDT

PAS KDAS 3


Bagaimana agaknya Umno tulis sejarah Anwar

Posted: 03 Sep 2011 10:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Sept: Setelah membuat satu kenyataan yang membuatkan rakyat terfikir bagaimana sepatutnya sesebuah sejarah harus ditafsir, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini sekali lagi mengajak rakyat berfikir mengenai kesahihan penulisan sejarah oleh manusia, dan mengapa sejarah tidak harus diterima bulat-bulat tanpa soal selidik terlebih dahulu. Menggunakan ungkapan sinis 'Yang menang tulis sejarah, yang kalah buat puisi', Tuan Ibrahim berkata adalah sukar untuk mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa. "Umum dan rata-rata sebenarnya menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa atau golongan yang menang. Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, terutamanya apabila bercanggah fakta dengan sejarah golongan yang menang, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang penulisan sejarah golongan yang berkuasa pada ketika peristiwa tersebut berlaku kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi. Bahkan, ada mereka yang berani, namun lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagongkan dan mengenangkan jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing," terang Tuan Ibrahim. Akibatnya, kata beliau golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka.  
"Maka lahirlah kata-kata sinis 'yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi'," kata beliau.
Tuan Ibrahim menyifatkan sejarah sebagai peninggalan untuk dinilai, difahami, dipelajari dan diambil iktibar terhadap sesuatu yang pernah berlaku, jarang sekali ia adalah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak ketika peristiwa sejarah tersebut berlaku.  Namun, kata beliau segalanya menjadi terbantut apabila fakta sejarah yang ditinggalkan tidak boleh dibahaskan, tidak boleh dicabar dan tidak boleh dibincangkan secara akademik, terutamanya apabila muncul dua-tiga versi fakta sejarah yang bercanggah mengenai sesuatu peristiwa. Akibat penulisan sejarah yang tidak tepat katanya, maka timbul usaha untuk menilai semula, membahas, perbincangan ilmiah dan diskusi mengenai satu-satu fakta sejarah dari pelbagai sudut. "Namun, harus diingat, perkara yang paling malang dalam proses penulisan sejarah berkisar kepada mereka yang telah tiada untuk membela diri mereka terhadap penulisan yang tidak tepat terhadap mereka dalam penulisan sejarah, yang lumrahnya ditulis oleh golongan yang menang.  
Kemunculan waris-waris untuk membela bagi pihak bapa, ibu atau waris mereka juga menambahkan warna-warni kepada perdebatan bahan sejarah – namun, apakah ianya tepat? Sudah tentu, ia masih boleh dipertikai lagi," terang beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, secara tidak sedar, rakyat dan negara kini sedang mencipta dan mencatitkan sejarah tersendiri, namun persoalan utamanya ialah apakah sejarah yang sedang kita lakar kini, sebagai contoh apa yang berlaku 20 tahun yang lalu untuk generasi masa depan, akan atau telah dibuat secara jujur?  "Jawapannya masih sama, ianya tidak jujur kerana adanya kepentingan golongan pemerintah dalam menjaga minda generasi seterusnya pada waktu ini, dengan anggapan bahawa mereka akan kekal berkuasa.  Sebagai contoh, sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya dibahas pada masa hadapan, apakah versi yang bakal dicatat dalam sejarah?" soal beliau.  Rakyat, kata beliau tidak perlu melihat jauh dalam melihat apa yang beliau maksud dalam ungkapan 'yang menang tulis sejarah, yang kalah buat puisi.'  "...untuk seseorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden Umno dan Perdana Menteri suatu waktu dahulu, sekarang sudahpun ditulis dan digerombol oleh pihak pemerintah dalam wajah baru sebagai pengkhianat, penentang kerajaan dan selainnya sekiranya akhbar-akhbar pro-kerajaan pemerintah kini dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan. Mana catatan terhadap jasa beliau dalam membangunkan negara, malah memajukan Umno suatu masa dahulu? Adakah ia akan dicatat dalam sejarah kerajaan Barisan Nasional, atau akan dipadamkan begitu sahaja? Adakah dalam carta sejarah kepimpinan Umno, gambar Timbalan Dr Mahathir ini pada 1990-an akan dihilangkan begitu sahaja dalam sejarah? Sejarah apa pula mengenai beliau yang akan dituliskan dalam buku sejarah yang bakal diajar kepada pelajar pada masa depan?" tanya Tuan Ibrahim lagi.  Beliau turut menambah bahawa perkara sama turut berlaku dengan sejarah Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri  Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu yang cuba dibuang dari sejarah, sehinggakan gambar beliau sebagai Menteri Besar cuba dihilangkan.  "Inilah realiti dalam permainan penulisan sejarah manusia oleh golongan yang menang, yang menjadi punca utama pahlawan-pahlawan negara yang bangun berjuang bermati-matian seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datok Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan dan puluhan pimpinan yang lain kini hilang dari sejarah," terang beliau lagi.  Yang muncul, dicatat, dihargai malah tidak boleh dipertikaikan hari ini, katanya hanyalah pejuang yang diterima oleh Inggeris dalam sejarah penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu.  "Sesiapa yang ingin mengungkit semula jasa golongan yang tertewas, walaupun jasa mereka berharga akan terus dicop sebagai pengkhianat atau penyokong golongan tertentu dan cuba mengubah sejarah negara oleh pihak pemerintah," kata beliau.  Beliau turut menegaskan bahawa benarlah juga, mereka yang diterima sebagai pejuang oleh penjajah Inggeris ada jasa dalam usaha memerdekakan negara; namun pada masa yang sama benarlah juga ungkapan "Yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".  "Janganlah kita lupa pula dengan pejuang rakyat yang tidak diiktiraf, malah digelar sebagai pengganas oleh pihak penjajah atau golongan pemenang, mereka juga ada jasanya yang patut dimartabatkan dalam sejarah negara," nasihat beliau. Tuan Ibrahim turut menasihatkan pihak pemerintah jangan cepat mencela para pembaca sejarah yang menilai kedudukan tokoh-tokoh negara pra-kemerdekaan yang tercatit dalam sejarah ini secara peribadi dengan fakta sejarah yang cukup – walaupun kesudahan tafsiran mereka mungkin bercanggah dengan versi sejarah yang dihasratkan pihak kerajaan. "Kerana ini adalah fenomena yang bagus untuk negara yang menunjukkan rakyat semakin matang dalam mengkaji maklumat yang diterima mereka sebelum menerimanya bulat-bulat tanpa soal selidik seperti dulu," kata beliau lagi. Sejarah pra-Merdeka negara kini hangat diperdebatkan apabila Umno dan medianya melancarkan serangan siang-malam sejak 27 Ogos yang lalu terhadap satu kenyataan yang dibuat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos yang lalu. 
Dalam laporan muka depannya baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Kenyataan itu menurut akhbar Umno itu diucapkan timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Ekoran itu, isu itu menjadi 'peluru' pemimpin Umno dan medianya menyerang Mohamad Sabu dan PAS kononnya parti itu menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.
Sejak itu juga, berpuluh laporan polis dibuat terhadap Mohamad khususnya oleh Umno dan menggesa beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataannya.
Mohamad bagaimanapun menafikan laporan akhbar itu yang didakwa cuba memfitnah dirinya dan tidak akan sesekali memohon maaf. Beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.  Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. Beliau turut menyatakan dalam sidang akhbar terbarunya bahawa serang Umno terhadap beliau sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang. "Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat. "Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan," ujarnya.

Ucapan Aidil Fitri 2011

Posted: 03 Sep 2011 10:03 AM PDT

Majlis Iftar di Markas Kdas 3

Posted: 03 Sep 2011 09:59 AM PDT

Majlis Iftar turut dijalankan di Markas walaupun tidak setiap hari tetapi dalam seminggu mesti ada sekurang-kurangnya 3 majlis. Majlis di sertai oleh Ahli dan penyokong Pas di Cawangan ini. Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan semua program sepanjang bulan Ramadhan.
Sebelum Iftar
Orang Kuat KDAS 3
Menahan Lapar..

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 03 Sep 2011 07:53 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Rumah Terbuka ADUN Sura Dikunjungi Segenap Lapisan Masyarakat

Posted: 03 Sep 2011 08:24 AM PDT

DUNGUN 3 September, Sabtu - Sempena Aidilfitri 1432, ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah mengadakan Rumah Terbuka bagi meraikan rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya.


Majlis yang dijadualkan bermula jam 12.00 tengahari hingga jam 4.00 petang pada hari Khamis 1 September, hari ketiga Syawwal telah dikunjungi lebih awal daripada jadual oleh sebahagian besar tetamu.
Kehadiran bertali arus warga DUN Sura termasuk dari kaum Tionghua dan dari DUN berhampiran, menyebabkan petugas bahagian urusan masakan terpaksa berkerja keras memastikan hidangan mencukupi untuk disajikan kepada para pengunjung.
 
Majlis yang diadakan di perkarangan kediaman ADUN Sura itu, turut menerima kunjungan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman dan Setiausaha Politik Dato' Seri Anwar Ibrahim, Haji Abdul Rahman Yusof.
Selain dihidangkan dengan jamuan, para petugas turut mengedarkan risalah penerangan keluaran Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu dan 'handbill' program terdekat "Hari Keluarga DUN Sura" yang akan diadakan pada 24 September, Sabtu, penghujung Syawwal.
Kepada yang tidak sempat berkunjung ke rumah terbuka ini, mereka masih berpeluang bersama program anjuran PAS, khususnya warga DUN Sura, apabila Hari Keluarga DUN Sura ini bakal menjadi platform untuk merapatkan hubungan PAS dengan masyarakat setempat.
Menyedari bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan tidak lama lagi, kaunter semakan dan daftar pemilih turut dibuka bagi memberi peluang kepada para tetamu untuk menyemak nama masing-masing, selain mendaftar sebagai pemilih kepada mereka yang masih belum berbuat demikian. 




 
Dengan anggaran kehadiran melebihi 4 ribu orang, majlis yang diadakan dengan jayanya ini mendapat dokongan utama daripada pihak muslimin, muslimat, pemuda dan nisa' DUN Sura.
Golongan kanak-kanak merupakan di antara yang paling gembira, kerana selain menerima duit raya daripada ADUN Sura, mereka turut disediakan aiskrim percuma sebagai 'pembasuh mulut' selepas menjamah hidangan.

PAS LENGGONG

Posted: 03 Sep 2011 07:33 PM PDT

PAS LENGGONG


Sedara Nazri Aziz hanya baca sejarah tulisan J Shamsudin

Posted: 03 Sep 2011 06:15 PM PDT

Melihat catatannya dalam FB, memperlihatkan kebodohan anak Tan Sri Aziz Yeop itu. Sedaranya menteri dan dia bangang lebih dari lembu. Kalau nak mempertikai orang suluh diri sendiri terlebih dulu. Sejarah lenggong belum dikenal nak sebut sejarah negara yang diri sendiri tak pernah kaji. Rak ramai orang yang mengenalinya dilenggong.

Bukit Kepong

Posted: 03 Sep 2011 05:34 PM PDT

Mohamad Sabu baca dari catatan sejarah yang dicatat oleh ahli sejarah yang terbit dari peristiwa sebenar.
Umno baca dari sejarah yang di oleh oleh Jins Samsuddin. Siapa Jins Shamsudin? Sejarawan? budayawan? Seniman?
Semua orang iktiraf P Ramlee sebagai seniman, Sehingga kini tiada siapa yang dinobat menandingi P Ramlee, Jadi kalau begitu dimana kedudukan Jins Shamsuddin?
Umno hanya ingin rakyat tidak tahu sejarah.
Dalam filem terdahulu J Shamsudin banyak berlakun dalam filem jahat, Lihat filem anak buluh betong, Siapa megat komeng semuanya watak jahat, setelah P Ramli dia memunculkan diri sebagai wira dalam filem, filem bukit kepong dia wira kepada penjajah dan wira kepada umno pengampu penjajah. Rakyat yang bodoh bangang tetap bersama umno. Jadi kalau mati saja puak-puak ini penyokong PR sekadar ziarah sahaja tak perlu solak jenazah kerana keluarga mereka tak memerlukan solat jenazah dari orang PR. Kecuali ada anak beranak atau sedara terdekat dengan mereka yang mengharap kita berbuat demikian. Apa yang terjadi di Gerik bila anggota polis meninggal orang PR tak pergi solat jenazah perlu di ambil teladan.

Sejarah yang cuba dipadamkan oleh umno

Posted: 03 Sep 2011 05:29 PM PDT


Mat Indera dapat tauliah agama dari sultan Johor
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari sultani Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Seminar sejarah


Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.


Siti Zailah | Home

Posted: 03 Sep 2011 03:08 PM PDT

Siti Zailah | Home


PROGRAM YB KAK LAH BERSAMA RAKYAT DI HARI RAYA AIDILFITRI

Posted: 03 Sep 2011 08:33 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Sep 2011 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KALAU PM SENDIRI TAK YAKIN PAKAR FISIO NEGARA SENDIRI!

Posted: 03 Sep 2011 07:02 AM PDT

Najib Bercuti Ke Australia untuk Fisio Therapy lutut pada Hari Kebangsaan?
Semalam Malaysiakini melaporkan Najib bercuti ke Australia ketika negara menyambut kemerdekaan yang ke 54, dan ini membuktikan betapa tidak patriotiknya Najib.

Bagaimanapun seorang Pembantu Najib yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.- sepenuhnya sila baca di SINI

Itu berita semalam.. hari ini pula setelah menyedari Najib menjadi sasaran kecaman berbagai pihak Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab misteri kehilangan Najib itu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Najib menggunakan cuti pendek sempena sambutan perayaan Aidilfitri dan sambutan Kemerdekaan negara itu untuk menjalani Fisio Therapy di Australia yang perlu dilakukan setelah pembedahan lututnya kerana meniru Mat Sabu yang dikatakan berpura-pura cedera akibat dilanggar kenderaan polis..

Jadi.. memang benar Najib telah keluar negeri pada hari Negara sedang menyambut kemerdekaan.. Patriotiknya Najib..

Kononnya hanya itu masa yang Najib ada untuk menjalani Fisio Therapy itu.. tapi masa di operate lutut awal Ramadhan dulu dia tak peduli pulak sibuk atau tidak..

Beliau dikatakan bercuti.. tapi dalam masa yang sama terbang keluar negara menggunakan Harta Kerajaan... Apa dia ingat Harta Kerajaan itu Harta Mak Bapak dia ka?


WARTAWAN BERNAMA NORAMFAIZUL MATI TERTEMBAK?

Posted: 02 Sep 2011 03:39 PM PDT

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali.
Alfatihah - Noramfaizul Mohd. Nor , Jurukamera Bernama TV Meninggal Kena Tembak Di Somalia

Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 03 Sep 2011 01:40 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


MAT INDERA'

Posted: 03 Sep 2011 11:18 AM PDT

INI PEMBUNUH ARAB


NOTA:

Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney KCMG K.St.J. (27 June 1898–6 October 1951) yang dibunuh oleh gerila pembebasan rakyat malaya ialah bekas tentera british yang telah membunuh banyak rakyat Palestin. Sebelum datng ke tanah melayu henry gurney telah bertugas di palestin

NOTA:
ini lah tanda solidariti setiakawan
rakyat tanah melayu dengan rakyat palestin
lebih aweal dari heboh heboh naik kapal ke gaza


SURAT DARI PEMBACA

Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato' Onn Jaafar kata "kemerdekaan setengah masak", apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong. Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termas...uk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka' dengan mengatakan "..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka" inilah ejekkan umno terhadap PKMM. Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu.

Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan. 20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.

Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.

Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak' British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.

Celaka umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak' British dan `binatang ternak' setan, umno adalah `thoghut' dulu dan kini. Dari sudut hukum yang bersandarkan Al-Quran dan Sunnah, jadi ahli umno atau menyokong umno/BN adalah HARAM, oleh itu dipenghujung Ramadhan yang mulai ini keluarlah beramai-ramai daripada umno/BN dan bertaubatlah, sementara nyawa dikandung badan...."

Mohamad Sabu tak sebut komunis

Posted: 03 Sep 2011 11:16 AM PDT

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2011/09/mat-sabu2.jpgh malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.
Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.
Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.
Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.
Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.
Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.
Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.
Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.
Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Adakah Beliau Juga Petualang Atau Apa?

Posted: 03 Sep 2011 10:41 AM PDT

Almarhum Ustaz Ibrahim Libya telah dibunuh oleh Polis berserta pengikut-pengikutnya di Kampung Memali. Semua orang tahu pembunuhan ini adalah kerana politik dan pengaruh.
Jadi adakah Almarhum dan orang-orangnya yang dibunuh itu penderhaka atau petualang negara?
Jadi adakah polis yang membunuh Almarhum dan orang-orangnya itu adalah 'Hero'?
Semua orang berhak membuat penilaian sendiri tetapi hakikatnya bagaimana?

Ibrahim Libya: "Daripada hidup bercerminkan bangkai ...

Almarhum Ustaz Ibrahim Libya
Asap putih menyusur di celah dedaun pokok nan rimbun itu. Kepulan yangnaik menjulang langit, menutupi sebahagian hadapan rumah papan. Kiri kanan tingkap terbuka lebar, memuntahkan haba panas yang mencengkam rasa. Pedih mata, tak terkata hingga nafas tercungap-cungap dada.
Asakan gas bertubi-tubi terus dilemparkan dan dihalakan ke arah susuk-susuk tubuh yang sudah tidak keruan. Asalnya, mereka sekadar terpacak di balik pagar buluh, di ruang laman. Sebuah kereta perisai, gah berada sejengkal dari mereka sambil menghalakan muncungnya tepat kepada mangsa.

Menteri Dalam Negeri semasa pembunuhan itu berlaku. Polis di bawah Kementeriannya
Keributan dan kekalutan dasyat pagi itu, disaksikan fajar yang baru terbit di alis awan dengan iringan sejumlah ketumbukan lebih 3,000 anggota keselamatan yang mengepung kawasan. Orang kampung, hanya mampu mengetap bibir sambil melihat dengan pandangan yang berkaca.

Tidak lama kemudian, tragedi menghayat hati pun memulakan kisah lukanya. Saat itu, sebiji kelongsong peluru gas pemedih mata menghentak buju dahi gadis comel Naziah Hassan, 12 yang berada di situ. Memercik darah merah menyala dan dia akhirnya rebah serta-merta.

Perdana Menteri ketika itu yang melarikan diri ke China

Shafie, seorang guru yang melihat kelibat Naziah yang jatuh ke tanah, sudah tidak dapat menahan pilu, lalu membungkam rasa geram yang sudah membuak-buak akibat kecelakaan itu. Dia langsung melompat pagar lalu meluru ke arah pasukan yang sudah siap siaga.

Dia berhenti lalu melaungkan takbir, sambil menghunus pedang. Belum sempat, nafas dihidu, dua das tembakan tepat mengena tubuhnya, yang kemudiannya longlai menyembah bumi Memali. Tubuhnya, syahid pertama dipanggil Illahi.

Kemudian, di ruang tingkat atas rumah yang masih bermain dengan asap dan bau busuk gas puaka, Abdullah Che Soh sedang bertahan, cuba mengangkat tangan untuk meleraikan keadaan dan minta tidak diapa-apakan. Beliau mengepung dua anggota keselamatan supaya menghentikan tembakan.

Tersalah atur, Abdullah yang dikenali sebagai Pak Tam dihujani peluru tak bermata. Bukan satu tetapi tujuh. Dua tembakan di dada, dua di lengan dan dua di telapak tangan. Yang terakhir tertusuk di kiri pinggangnya, yang membuatkan Pak teh mula berpinar-pinar dan tersungkur. Darahnya basah di seluruh badan.

Menteri Propaganda ketika itu - Almarhum Ustaz Ibrahim Libya menggugat keselamatan negara dan mempunyai pengikut yang taksub

Ketika sekujur tubuhnya berada di laman, Pak Tam tak mampu membuka kelopak matanya yang sudah mula direnjis renyai-renyai hujan, yang berkabung mendung.Darahnya mengalir laju, disirami gerimis pagi itu.

Abdul Rahim Waboh yang berada di belakang rumah terpaksa meniarap, lantaran tembakan bersimpang-siur mencari nyawa. Dia asalnya mahu ke kebun getah sejurus mendengar kuliah subuh Ustaz Ibrahim Libya, terpinga-pinga sambil menyelamatkan diri.

Lain pula dengan Azmi Haji Salim dan Mat Ramli Che Mit, masing-masing berhati kental berhadapan dengan pasukan keselamatan di batas sawah.

Azmi dengan hanya berbekalkan buah-buah guli sekarung yang tersisip di pinggangnya tidak teragak-agak melastik anggota yang melepaskan tembakan. Kena ataupun tidak, dia tidak peduli sehinggalah muncung senapang rapat ke mukanya, tanda perlu menyerah diri serta-merta.

Manakala Mat Ramli yang pada mulanya cuba menghalang anggota keselamatan daripada mara ke hujung jalan rumah Ustaz Ibrahim, terpaksa meredah hutan berundur diri.

Kemudian anak Azmi dikenali Mohd Zahir,13 yang menyusup dengan guni basah bergerak seiring dengan anggota keselamatan, akhirnya ditangkap sambil dihayun penumbuk ke mukanya sehingga berdarah. Kemudian ceritanya, dia dihumban ke dalam trak.

Di celah semak dan timbunan kayu, seorang anak muda Muhammad Ahoiri memerhati dari jauh. Dia sudah tidak dapat menahan sebak, mengalir air mata semahunya. Di pandanganya terlihat ayah dan adiknya diseret ke penjuru jalan.

Kemudian dia melihat beberapa sahabatnya seorang demi seorang sujud tak bernyawa lagi. Antara yang jelas ialah Razki dan Ghazali yang sebentar tadi baru sahaja mengunyah sarapan pagi dengannya di perdu pisang berhampiran rumah Ibrahim.

Masing-masing menjamah nasi goreng, sambil menitip nasihat akidah dan tauhid kepada Ahoiri. "Niat dan buatlah bersungguh-sungguh kerana Allah, dan jika mati kita tidak sia-sia...insya-allah syahid hendaknya."

Kata-kata mereka berdua, terakam kemas diingatan dan kini, mereka mendahuluinya menemui tuhan. Ahoiri, tidak mampu lagi mengesat air matanya yang sudah menumpah.

Di anjung rumah, mula kedengaran esakan tangisan yang memilukan. Anak-anak kecil sedang meratapi dan memeluk tubuh ayah mereka nan kaku. Si-ibu sudah tak terkata apa-apa, lantas mengucup dahi insan yang dicintai, merelakan pergi dengan air mata basah di pipi.

Babak sayu itu tidak terhenti di situ. Selagi batang tubuh Ustaz Ibrahim Libya tidak menyerahkan diri, selagi itulah muntahan senjata dan rempuhan demi rempuhan terus berlaku.

Ibrahim yang ketika itu berada di sebalik tiang berhampiran dinding rumah, tidak berganjak dengan nawaitu pendiriannya yang kejap dan tegas. Tak akan menawar dan menggadaikan diri untuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik bergalang tanah," kata-kata hikmat yang dingati sebilangan besar anak muridnya.

Ibrahim makin tidak dapat menerima alasan, beliau dianggap penjenayah, pengganas dan guru ajaran sesat. Selama ini, kerjanya dan amalnya semata-mata mentauhidkan Allah. Dan subuh tadi sebelum tragedi ini, selesai solat beliau menyampaikan kuliah akidah.

Serangan seterusnya menyasarkan Ibrahim tanpa amaran. Dua peluru daripada anggota keselamatan pantas meluru memamah dada dan perut Ibrahim. Percikan darah mula menyimbah. Di tengah ruang itu, anak bongsu Ibrahim, Norsyuhada sudah lama rebah dek kerana pengsan terhidu gas pemedih mata.

Kemudian tubuh Ibrahim diusung ke penjuru dapur rumah. Di pangkuan isterinya Solehah, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah Allah dan akhinya doanya diserap langit nan tinggi, gugur syahid mengadap Illahi.
Beliau kembali menemui tuhannya bersama 13 sahabatnya yang lain, yang turut menyembah bumi. Dan hari itu, tanggal 19 November 1985, maka sejarah hitam penuh nanah terpahat dalam lipatan penuh kelam. Awan dingin memayungi kampung Memali dengan rembesan air yang senada tangisan makhluk di bawahnya.

Kemudian kisah seharian itu mela
buhkan tirainya pada petang itu.
Keluarga Almarhum Ustaz Ibrahim Libya yang ditinggalkan

Gelimpangan jenazah kemudiannya diangkat. Ramai digari dan disusun rapi berarak ke atas trak. Kemudian disumbat ke penjara di serata tempat. Yang cedera dan darah masih merah pekat, diikat dan dibawa ke hospital untuk dirawat. Kampung itu masih dikepung dan di bawah perintah darurat.

Dua hari kemudian, Almarhum Ustaz Fadzil Noor Presiden PAS ketika itu bersama pendokong perjuangan Islam yang lain sudah bersiap sedia menguruskan jenazah yang berada di rumah mayat sejak peristiwa pedih itu. Tatkala mengangkat satu persatu jenazah itu,daripada bilik simpanan beku, terasa hangatnya lagi darah yang mengalir.

Dengan van buruk, mereka membawa jenazah syuhada itu ke Masjid Parit Panjang, yang jauhnya 15 kilometer daripada tempat kejadian yang sudah disekat masuk dan dihalang untuk sebarang pengebumian dilakukan.

Dan 13 syuhada itu kemudiannya dilayan selayaknya seorang syuhada, disimpan dan dikebumikan dalam keadaan darah masih merah mengalir di tubuh, menjadi saksi kepada Pencipta Langit dan Bumi. Salah seorang syuhada pula dikebumikan di kaki gunung di Alor Melintang.

Tanah kubur Pasir Panjang kemudian memeluk erat pejuang Memali itu yang antaranya terdiri daripada seorang guru, ustaz, enam penoreh getah, pegawai agensi kerajaan, pemandu teksi, penjual buah, pekebun dan bekerja sendiri. Lalu, hari-hari kemudiannya menjadi sepi dan menyiat hati sanubari

Maka lengkaplah misi. Biar apapun alasan, yang penting operasi mereka selesai. Sebenarnya kisah tragis mengorbankan banyak nyawa tak berdosa, lantaran arahan caca marba dalam Operasi Hapus yang dipanggil mereka.

Kata pihak atasan, menggempur kubu pengganas komunis. Kemudian berlaku sebaliknya. Yang di kepung, rumah orang kampung. Kemudian cerita ditukar lagi. Kata mereka menangkap penjenayah berbahaya, pengganas dan guru ajaran sesat bernama Ibrahim Libya.

Hasil daripada kecelaruan, kebuasan dan kecuaian pemerintah ketika itu, kampung itu dilanggar musibah. Ibrahim terbunuh bersama 13 lagi pejuang Memali. Manakala empat anggota keselamatan juga turut terkorban. Beberapa orang terkena tusukan guli dan libasan pedang. Empat pejuang cedera parah. Lebih 100 disumbat kedalam penjara. 36 lagi disimpan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping.

Tidak cukup dengan itu, seoarang saksi kejadian Idris Husin sudah tidak boleh menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia hilang ingatan dan trauma tragedi masih terbayang. Idris tidak boleh mendengar riuh rendah orang ramai, bunyi siren kereta peronda dan apa jua letupan mahupun bunyian bising. Dia akan menggigil. Dia semakin menyendiri dan beberapa tahun lalu, Idris pula menemui Illahi dalam keadaan menderita sepi.

Lebih pilu dan sayu sepanjang hayat, peristiwa sedih itu meninggalkan puluhan anak-anak yatim beserta balu-balu yang tidak sempat meraih kasih mesra insan tersayang dan tercinta. Setiap hari bersulam duka dan mendodoi anak-anak kecil, dengan zikir dan doa bertemu ayah di syurga.

Tidak lama kemudian, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim sudi mencemar duli, menyumbang 13 batu nisan secara peribadi dan menyirami kubur yang penghuninya adalah rakyat jelatanya sendiri.

Di kaca TV, satu rakaman ditayangkan di seluruh negara tentang kejadian itu. Seorang bekas Menteri sedang menceritakan sesuatu yang tidak difahami oleh seoarang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika itu.

Dia sedang menonton bersama ayah, ibu dan adiknya yang sedang merengek manja. Babak anggota keselamatan menembak seorang lelaki yang berdiri tegak sambil menjulang senjata parang, terus mengejutkan budak itu lantas bersuara.

"Ayah, kenapa pakcik tu kena tembak?" Lantas ayahnya bingkas bangun masuk ke bilik tanpa sebarang kata. Dia melihat ibunya pula, yang juga tidak bernada kecuali air mata yang berjurai banyaknya.

Saya ketika itu tertanya-tanya dan 25 tahun kemudian saya sudah berada di bumi Memali, mencari satu jawapan yang pasti. Bersama rakan, Muhammad Zaki, kami berdua menjejaki pejuang Memali di suatu pagi yang bening.

Sebenarnya, setelah diperkenalkan orang kampung, kami menemui ramai pejuang Memali namun enggan ditemubual. Ada yang cukup malu dan ada yang tidak mahu membuka luka lama. Sukar asalnya hajat kami berdua untuk menyingkap kisah sejarah perjuangan orang terdahulu. Bermula pagi, sehinggalah tengahari, barulah kami berdua berjaya memujuk seorang pejuang Memali.

Beliau ialah Abdullah Che Soh, yang terkena 7 das tembakan peluru hidup namun dizin Allah masih bernyawa. Kini, Abdullah yang dikenali Pak Tam, 60 tunduk merenung lantai, sambil mengamati semula satu persatu kisah sayu itu.

"Allah telah mentakdirkan saya hidup untuk menceritakan semula kisah sedih ini

"Setelah cedera , saya di bawa ke hospital untuk dibedah. Tangan saya masih bergari walaupun parah. Setelah dibedah, saya disumbat ke dalam penjara selama lima bulan.

Kemudian, sambil tersenyum memandang saya, sambil berkata tenang:"Saya tidak menyesal apa yang berlaku malah bersyukur terpilih untuk terlibat dalam perjuangan ini,"katanya sambil menunjukkan parut-parut di badan kesan tujuh tembakan peluru.

Itu kisah Pak Tam. Dan banyak lagi cerita yang tak terungkap. Kajang kertas ini tidak cukup menampungnya. Dari kisah semangat api yang tinggi, sehinggalah cerita pedih di hati. Ada yang boleh dicebis tetapi banyak yang terpaksa disisip rapat, agar fitnah yang sedang tidur tidak terus bangkit. Namun bagi yang ingin menyusuri, datanglah ke bumi ini, Pastinya tidak menghampakan. Hadirlah ke sini 18 November akan datang, untuk lebih mengenali pejuang-pejuang dan kisah sejati di sini.

Kami kemudian bersua dengan Timbalan Mudir Madrasah Islahiah Diniah Ustaz Yusof Che Mit, antara yang begitu dikehendaki bersama Ustaz Ibrahim dan. dia sebenarnya pada hari kejadian, berada di Kelantan.

Beliau agak hairan mengapa Ibrahim ingin ditahan. Katanya dia seoarang yang cukup dekat di hati masyarakat setempat. Sentiasa mengajar masyarakat agar tauhid dan bertakwa kepada Allah melalui kuliahnya.

Boleh bermain guli dengan sicomel kanak-kanak kampung atau sepak takraw bersama para pemuda di Memali. Pengaruhnya yang besar telah melonjak namanya dan juga PAS yang perjuangannya berlandaskan Islam.

Akibat itu, cemburu membungkam mata, menutup kebenaran kata dan gerak gaya lantas fitnah bermaharajalela menuduh As-syahid Ibrahim Libya pengganas, penjenayah dan guru ajaran sesat yang perlu ditangkap. Dan ISA sentiasa mengintai untuk menahannya dari sehari ke sehari.

Melihatkan kepada latar belakangnya, agak aneh tuduhan yang dilemparkan. Bermula dari pendidikan Islam asuhan ayahandanya Tuan Haji Mahmood seorang guru agama yang disegani dan kemudiannya ke Madrasah Khairiah Pokok Sena.

Assyahid meneruskan pengajian di Pusat Pengajian Tinggi di Nilam Puri untuk beberapa tahun sebelum belayar ke Lucknow dan Durban, India mendalami hadis. Beliau sempat berguru dengan tokoh ulama Islam tersohor di abad ini iaitu Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi. Assyahid berada selama lebih kurang empat tahun di India sebelum melanjutkan pengajian ke Azhar, Mesir kemudian menamatkan pengajiannya di Libya.
.
As-syahid kembali ke tanahair awal tahun 1970an, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri sebagai Timbalan Pengarah di Institut Dakwah Islamiah Malaysia. Sebagaimana telah dijangka bahawa assyahid tidak sanggup berada lama di bawah ikatan pemerintah yang tidak berpaksi kepada tuntutan agama, lalu meninggalkan segala kedudukannya untuk balik ke kampung halaman mencurahkan bakti sebagai pendakwah, pendidik dan bergerak aktif dalam politik Islam.

Dan selepas itu, sejarah hitam membaluti Kampung Memali. Dan terkenang dan meninggalkan kesan sehingga kini. Ibrahim syahid ketika mempertahan agama Allah.

Setelah menemubual beberapa orang pejuang, saya dan Zaki melepaskan lelah di sebuah warung di hujung kampung. Rupanya pemilik warung minuman yang bersih itu, seorang wartawan sambilan Harakah era Memali dikenali sebagai Tarmizi.

Beliau sempat bercerita tentang serban milik Azmi yang pernah membalut tubuh Ustaz Ibrahim yang berlumuran darah akibat tembakan peluru. Katanya lima bulan selepas kejadian, serban yang itu mencebiskan bau yang cukup harum selama dua minggu sehingga ramai yang datang melawat melihat kejadian aneh itu.

"Pergilah balik ke rumah Azmi untuk lihat tinggalan sejarah....serban tu," katanya kepada kami berdua yang kemudiannya tanpa lengah menuju semula ke rumah pemilik serban itu.

Dan kira-kira jam 1.00 pagi, barulah Azmi mengeluarkan serban yang sudah 25 tahun disimpan kemas tanpa dibasuh darahnya yang kini masih jelas kelihatan. Setelah menemuduga tujuh saksi sehingga jam 3.00 pagi, kami kemudian melabuhkan badan dan melelapkan mata di bilik Madrasah tersebut, sambil diselimut sejuk malam.

Keesokan paginya kami bertemu dengan Abdul Rahim yang membawa kami melihat kesan-kesan lubang peluru yang menghujani sebuah pondok kecil yang terletak dalam laman rumah arwah Ibrahim Libya.

Ketika itu balu almarhum Hajjah Solehah tiada hanya tinggal anak lelaki as-syahid yang membawa kami meninjau ke dalam rumah yang sudah diubah suai. Hanya bahagian atas rumah, masih kekal seperti sedia kala, dan bayangan huru-hara tembakan tak bermata dan laungan kalimah Allah, menerpa ke fikiran tatkala saya memandangnya.

Pagi nan hening itu, kami menyedut sedalam-dalamnya udara bersih laman, tempat berlakunya bertempuran dan merenung sejenak, peristiwa tumpah darah yang tak berjiwa itu. Sebak, tragedi 25 tahun ini masih membekas.

Sejarah Yang Diseleweng: Pemimpin Umno Adalah Pengkhianat Sebenar Negara.

Posted: 03 Sep 2011 10:36 AM PDT

Mat Indera ditahan dan betapa senyumnya barua British nih.

Heboh satu negara bila Mat Sabu memperakui Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong sebagai wira dan anggota polis yang mempertahankan balai tersebut dianggap sebagai pengkhianat. Bagi gua apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sejarah yang tepat biar pun yang menjadi polis British adalah dari kalangan orang Melayu.

Gua sudah lama mencadangkan agar mata pelajaran sejarah dikaji semula kerana ia telah diliwat dan di seleweng secukup-cukupnya oleh Umno dan para sejarahwan kangkung yang menjadi pencacai tahap sial dengan bantuan bapak kesayangan mereka (British). Tapi siapa ler gua untuk melakukannya dan gua cukup bersyukur kerana ianya telah dipanjangkankan oleh Mat Sabu.

Yang cukup buat lawak ialah Timbalan Ketua Polis Negara yang baru sahaja memijak kepala pegawai polis yang lebih kanan untuk jawatan TKPN. Gua pun tahu tahu macam mana merit kekananan pegawai polis telah diselewengkan oleh Umno kerana mengangkat Ketua Polis Selangor sebagai TKPN kerana jika mengikut kedudukkanya, ada 5-8 pegawai yang lebih kanan daripada beliau untuk jawatan TKPN. Beliau menyuruh Mat Sabu belajar semula tentang sejarah atau beliau sendiri yang buta sejarah kerana lama sangat jadi pencacai Umno celaka.

Timbalan KPN buta sejarah kerana beliau mengikut sejarah ke polisi yang diadun oleh penjajah British sejak penubuhannya lebih 150 tahun yang lalu. Beliau sepatutnya mengikut sejarah ke polisi selepas Malaya mencapai kemerdekaan 54 tahun yang lepas, itu pun kalau beliau betul-betul berguru dengan sejarahwan yang betul dan bukannya sejarahwan pencacai yang sedia ada sekarang nih.

Gua tak sangka kat Malaysia ini ramai prof-prof yang masih jahil tentang sejarah atau sekadar menjadi pengampu Umno celaka untuk kesenangan dunia. Gua rasa prof-prof kangkung dan juga mufti patut keluar fatwa tentang polis Melayu yang menjadi barua British mempertahankan Bukit Kepong sebagai mati syahid. 
Anak emas penjajah, Dato Onn, Melayu yang menyuruh penjajah British mengharamkan parti yang berjuang atas dasar Islam.
Melayu yang pernah mengucapkan bahawa undang-undang Islam sudah lapuk. Tunku Abdul Rahman bukan bapa kemerdekaan kerana beliau lebih suka Malaysia berada dibawah pemerintahan British.

Bagi gua, siapa pun bangsa lu, agama lu dan pegangan lu, jika lu menjadi barua semasa Malaya masih dijajah adalah pengkhianat negara yang sebenar. Seperti kata Mat Sabu yang Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British yang tidak layak diberi gelaran pejuang kemerdekaan. Perkara ini memang realiti tetapi telah di putar belitkan oleh anak kesayangan penjajah (Umno celaka).

Lu ambil sebagai contoh semasa Dato Onn menjadi Menteri Besar Johor yang mana kata-kata terkenalnya iaitu, 'hubaya, hubaya, bahaya dari gunung'. Kata-kata sakti itulah yang membawa kepada pengharaman parti Hisbul Muslimin dan para pemimpinnya pula ditahan termasuklah Ustaz Abu bakar Baqir.
Jasad Tok Janggut.
Jasad Tok Janggut digantung selama dua hari selepas diarak mengelilingi Kota Bahru. Lu agak mata-mata kat sebelah tu bangsa apa...!!!!
Antara Melayu yang menjadi barua British yang membunuh Tok Janggut. Bagi Umno celaka, inilah wira-wira mereka dan mungkin juga mengikut takrif TKPN.

Tok Janggut pula dituduh sebagai pengkhianat oleh pihak istana Kelantan atas desakan penjajah British dan beliau sendiri syahid ditembak mati oleh sekumpulan tentera barua British yang mana bangsa Melayu pun menganggotainya. Selepas dibunuh, mayatnya di arak sampai ke Kota Bahru dan digantung dengan kepala ke bawah selama dua hari. Dikatakan yang jasadnya terputus dua setelah ditembak bertubi-tubi oleh para barua-barua British selepas dua hari digantung. Melayu yang turut serta menembak mati Tok Janggut inilah yang disanjung oleh Umno celaka sebagai wira. Bagi lu wira tetapi bagi mereka-mereka inilah pengkhianat sial tahap jahanam.

Lu bukan main lagi mempropagandakan isu Mat Indera sebagai pengkhianat sedang Umno celakalah pengkhianat total bagi rakyat Malaysia. Mat Indera berperang sebelum Malaya merdeka dan para pemimpin elit Umno celaka pula adalah pegawai kesayangan British. Umno celaka dengan slogan 'Hidup Melayu' tetapi KMMM dan Hisbul Muslimin pula dengan slogan 'Merdeka', jadi lu fikir sendiri ler siapa pengkhianat dan siapa pula wira.

Gua nak tanya Karpal Singh yang lu bising-bising apa hal...!!!! Mungkin kerana spesis lu yang pakai Saraban paling ramai menjadi tentera upahan penjajah British dan kerana itulah lu bising-bising. Mengikut data sejarah, bangsa sik yang paling ramai menjadi mata-mata dan tentera untuk menjaga kepentingan 'Kerbau Balau' (British) dan ini adalah fakta. Gua tidak menuduh semua bangsa tersebut tetapi lu boleh baca sejarah India tentang perkara ini tetapi majoritinya yang menentang pemerintah British di India. Akan bersambung.....

Bukit Kepong, Bukit Katil dan Bukit Uhud

Posted: 03 Sep 2011 10:29 AM PDT

Bukit Kepong
Setakat ini Mat Sabu masih yakin dengan dirinya dalam al-kisah di Bukit Kepong walaupun dihujani dengan 'peluru' dari pelbagai arah termasuk sebuah rocket 'tua' dilancarkan kepadanya.

Kenapa roket-roket tua dan muda lain tidak menyekat serangan bertubi serta bertali arus kepada Mat Sabu?

Bekas 'musuh' lama Mat Sabu pun hanya mengharap agar Mat Sabu dapat bertahan sendirian......katanya, "Beri peluang pada Mat Sabu beri penerangannya..."

Di mana pendekar-pendekar yang lain?

Cuci tangan?

Setakat ini hanya pimpinan PAS yang masih mampu bersilat dengan puak songkok 3 jengkal nih.

Bukit Katil
Rasa-rasanya anda tahu sapa dia orang bukit katil kan?

Dialah orangnya yang akan masuk ke Bollywood nanti atas 'ihsan' Shah Rukh Khan setelah bersara dari Pengetua Sekolah Tergelicir Seks selepas PRU13 nanti.

Sekarang beliau amat marah dengan Mat Sabu, kononnya beliau berkata...."ada golongan tertentu cuba nak ubah sejarah yang puak kita (songkok 3 jengkal) sudah tinta-emaskan.

Bukit Uhud
Seperti sedia maklum, Peperangan Uhud berlaku pada tahun ketiga Hijrah di antara tentera Islam seramai 1000 orang di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW dengan tentera kuffar Quraisy Mekah yang terdiri dari 3000 orang

Anda sesekali jangan lupa......turut bersama dalam tentera Islam ialah golongan munafik seramai 300 0rang di bawah Abdulah bin Ubai tetapi telah menarik diri di tengah perjalanan mereka. (Adakah semua menarik diri atau masih berbaki sorang dua?) Lebih 70 orang tentera Muslim gugur syahid dimana Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutalib panglima perang terbilang turut gugur menghadap Allah SWT.
[sumber .]

al-brangionline:

Hanya sejarah yang berteraskan Aqidah tidak dapat diperselisihkan oleh sejarah kerana ia adalah satu perkara yang Haq.

[EKSKLUSIF] Sejarah Yang Digelapkan: Dari Lanun Kepada Jeneral

Posted: 03 Sep 2011 10:27 AM PDT

Saya percaya dan saya yakin, apabila disebut Barbarossa, ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun, tahukah kita sebenarnya "Barbarossa" adalah sebuah nama yang amat signifikan dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah. Hanya terdapat tiga orang tokoh besar dunia yang berjanggut merah,  iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan  dua orang adik-beradik, Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Admiral Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha
Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan arkitekstur) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. S
atu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban tinggi mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia, terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembantaian umat Islam iaitu dengan pembersihan kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.

Raja Ferdinand II Aragon
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibantai dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 buah kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik, yang menjadi pelaut biasa  berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki yang bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes, kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin melakukan aktiviti pelanunan dan rompakan kepada semua kapal-kapal tentera Kristian. Aktiviti ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti tentera Kristian, dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbarossa dalam filem Pirates of the Carribean yang selalu sial.  
     
Watak Captain Barbarossa dalam
Pirates of the Carribean
Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya.

Penguasa Algeria tidak seramah su
ltan di Tunisia, Sultan Salim di Toumy malah pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut Amir bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj, beliau menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen yang ternyata di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam, pasukannya tewas dan namun Aruj sempat meloloskan diri, namun banyak pasukannya tertangkap. Namun, oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur.

Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers
Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di Laut Tengah. Lalu, Sepanyol menghantar 20 000 tenteranya ke Algeria, pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama Sepanyol, hingga akhirnya Hayreddin meminta melalui Algeria supaya Amir Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki, mereka pun bersetuju, hingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari, pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin mempimpinnya, penyelamatan bangsa Moor di Andalusia semakin banyak dilakukan, 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan.

Kehebatan kapal perang Turki
pimpinan Hayreddin Barbarossa
Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki, yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai Laut Tengah dengan keberadaan Hayreddin Barbarossa, sang adik dari Aruj. Pada tahun 1529, di Pulau Penon disaat azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid, maka terjadilah peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria, sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino.

Hayreddin Barbarossa sedang mengadap
Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah. Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa "Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin", ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.

Bendera kapal perang angkatan laut
Hayreddin Barbarossa
Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Pulau Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke  atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.

Pada tahun 1535
, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang dan merebut Tunisia dengan 25 000 lebih pasukannya dalam 500 kapal. Pertempuran tersebut amat dahsyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.

Pada t
ahun 1538, pakatan sekutu Itali Sepanyol telah berperang di Preveza, tempatnya adalah di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapalnya dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap siaga di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai manuver yang lebih canggih.

Serangan ke
atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah  pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan keberadaan ulama'-ulama' di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dahsyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya selamat, dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V
pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah, Barbarossa pun berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30 000 orang tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha.

Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545, meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai"Gazavati Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha  meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.  

Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul  yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana armadanya digunakan untuk berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.

Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas
Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah dek kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat betapa walaupun Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun yang berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor. 

Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan digeruni musuh dan disenangi kawan. Takbir !!!

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

Posted: 03 Sep 2011 10:21 AM PDT

Oleh Mohamed Hadi al-Majwi
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kihttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh082dlk6xSqDXrv0N0HE9B0A7FbqDEj9_SKj4CHf_sZ1YabAWg62VBezMSy3iEodHRbpF3Xvkd9x4lyRT_CjyuK_3FbEHhh86hg7e4rtTivcsKcwHDY-E6U2TzYH9fvk8Hg46duznTwgY/s1600/mat%252Bindera3.jpgta semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni".
Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera
Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.
Mat Indera dan Bukit Kepong
Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.
Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan
Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.
Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".
Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.
Rasional bukan emosi
Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.
Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Benarkah Umno menentang ideologi komunis?

Posted: 03 Sep 2011 10:18 AM PDT


Tahniah kepada Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS kerana berjaya menarik umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini taboo untuk dibincangkan.

Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah kapum pemodal British. Malah dalam beberapa hal pwaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda.

Setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato Onn, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib... adakah ini saja hero negara ? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara yang dilihat tidak cool....

Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan terbuka.

che'GuBard tidak mahu menyentuh panjang, cukup dengan menyentuh benarkah Umno memusuhi PKM kerana ideologi Komunis atau kerana mewarisi sentimen perang penjajah.

Jika benar dengan bercakap soal ideologi komunis menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan Regim Najib yang memberikan lesen kepada lidah rasmi Parti Komunis China ?

Malaysiakini pernah melaporkan KDN memberikan permit kepada lidah Rasmi Parti Komunis China (klik sini untuk baca lanjut)

Betul benar, telah lama beri permit kepada organ parti kominis ini terbit di Malaysia. Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China


Yang hairannya, Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri , dan ada negeri PR memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?

Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

Umno juga sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan parti komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan.

Malah ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar paksa pulang Pelarian2 Politik Uighur China.

Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah melawan untuk sebuah negara Islam Merdeka.

Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini kezaliman lebih lagi ketika Ramadhan.

Persoalanya adakah tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.

Siapa sebenarnya yang pro komunis?

Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.

che'GuBard pertegaskan artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan mana - mana ideologi. Ideologi. Jawapan kepada semua ini ialah untuk menunjukkan betapa Umno itu munafik nombor satu.

itu belum masuk lagi bagaimana kita bermuka - muka menentang Israel tetapi kita ada hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel. (klik untuk baca artikel hubungan malaysia Israel)

baca lanjut artikel di http://chegubard.blogspot.com

Tolong jangan lupa peristiwa ni...

Posted: 03 Sep 2011 10:16 AM PDT

Amboii... bukan main punya teruk Umno ngan media penjilat depa menghentam Mat Sabu, sampai tak dan nak tarik napaih kena belasah. Sejak minggu lepaih lagi Mat Sabu jadi bahan berita dan ejekan yang cukup hebat seolah olah lemang ngan ketupat dah tak berselera nak dijamah sempena raya yang lepaih.

Media penjilat Umno, baik cetak maupun media tv mengasak Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggi Umno yang mungkin jugak atas nasihat APCO.

Cuma aku heran jugak la, Mat Sabu cerita pasai para pejuang kemerdekaan dari kacamata dia bukan baru. Dari berpuloh kali sambutan merdeka dulu lagi Mat Sabu dah macam ni dan cerita dia tak banyak berubah. Tapi pasai apa yang kali ni ceramah dia di atas isu yang sama menjadi isu malah dituduh dengan pelbagai tuduhan?

Tapi jangan lupa Umno oiii... sebab majoriti rakyat takkan lupa cerita lain yang jugak bersangkut paut dengan pasukan keselamatan negara kita jugak. Kalau Mat Sabu cerita Polis zaman sebelum merdeka, bagaimana ngan pasukan keselamatan diwaktu zaman kita yang kononnya telah lama merdeka ni?

Takkan dah lupa kot dengan kes peristiwa Memali di Baling Kedah... Penduduk Memali telah diserang dan ditembak secara rakus oleh pihak pasukan keselamatan. Agak agak hampa la, sapa yang mengarah untuk menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa belas kasihan tu, sapa yang menerajui kerajaan ketika peristiwa Memali tersebut?

Bukan main nooo, hampa nak jadi hero kisah rumah pasong di Bukit Kepong tapi buat buat lupa orang orang kampung Memali yang dibedil membuta tuli? Sapakah pengkhianat, pengganas yang sebenaq... Mat Sabu atau...???? - http://shalehudin.blogspot.com/

PAS kenalpasti taktik-taktik terakhir Umno

Posted: 03 Sep 2011 10:14 AM PDT


GUA MUSANG, 3 November - PAS menjangkakan pihak lawan, Umno-BN akan menggunakan taktik untuk membeli undi pada saat akhir bagi membantu memenangkan parti itu dalam pilihan raya kecil Dun Galas esok.


Pengarah Jentera Operasi PAS, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman berkata Umno-BN mengambil tindakan berkenaan sebagai merupakan serangan terakhir.


"Kita mendapat maklumat bahawa kira-kira RM1,000 akan diperuntukkan untuk membeli setiap satu undi, manakala jumlah wang yang sama akan digunakan untuk membeli setiap satu undi penyokong PAS," katanya ketika ditemui di Bilik Operasi Jabatan Pilihan Raya PAS.


Dalam pilihan raya yang dijangkakan menjadi sengit ini, beliau yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa tidak menolak kemungkinan berlakunya pembelian undi pada saat akhir dengan jumlah yang dinyatakan.


"Apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan mereka terdesak untuk menang dan kita juga mendapat maklumat mengenai kehadiran kira-kira 100 orang daripada Johor serta beberapa tempat yang lain," ujarnya.


Ujarnya, mereka itu akan menggunakan kad pengenalan yang dibuat khusus untuk membolehkan mereka mengundi pada hari pengundian esok.


Malah katanya, isu 'kad pengenalan baru' yang dibuat untuk 'pengundi yang diimport' bagi menggantikan 'pengundi sebenar' yang tidak keluar mengundi dijangka menjadi hangat serta menjadi senjata utama Umno-BN.


Difahamkan kira-kira 500 kad pengenalan disediakan kepada orang yang akan keluar mengundi bagi menggantikan pemilih yang didapati tidak berminat keluar membuang undi.


Abdul Halim berkata, strategi saat-saat akhir itu menjadi taktik popular yang biasa digunakan pihak lawan memandangkan kempen Umno-BN agak sejuk sedikit.


"Namun PAS akan terus memantau pergerakan mereka dengan kelengkapan canggih seperti penggunaan kamera dan video," katanya lagi.
Menurutnya tumpuan kempen jentera BN dan Umno sekarang terhadap penyokong PAS kelas C dan golongan atas pagar dengan mengumpankan sogokan wang ringgit dan barangan.


Abdul Halim juga berkata, sebagai pengarah pilihan raya BN Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah cuba mempertahankan maruahnya di Gua Musang dan tidak mahu banyak bergantung kepada Umno pusat.


Sumber Umno pula memberitahu bekalan duit yang sepatutnya dilaburkan semasa pilihan raya difahamkan belum beredar di kalangan petugas parti.
"Keadaan itu menyebabkan ramai tenaga kempen Umno dan BN jarang kelihatan bersama akar umbi kerana duit tidak sampai ke bawah," ujarnya lagi.


Walau bagaimanapun, Abdul Halim memaklumkan pihak PAS telah bersiap sedia dengan jentera yang khusus bagi menangani apa jua masalah yang berlaku.


"Kita telah bersiap sedia dengan jentera khusus seperti pasukan petugas yang diletakkan di setiap pusat pengundian dalam usaha menangani masalah yang akan berlaku esok," ujarnya lagi.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/11/pas-kenalpasti-taktik-taktik-terakhir.html#ixzz1WuW939lT

Umno padam jasa agamawan nasionalis

Posted: 03 Sep 2011 10:09 AM PDT

Dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli jawatankuasa kerja PAS, berkata gologan agamawan nasionalis yang dicap sebagai penentang atau golongan kiri oleh British juga merupakan pejuang kemerdekaan sebenar, namun tidak diangkat dalam sejarah.

NONEDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS  mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden itu. Mereka seperti Tok Janggut yang menentang British di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Bahaman di Pahang dan beberapa pejuang lain yang sanggup menggadai nyawa menentang penjajah.


Selain itu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara yang lain seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam juga seolah-olah dinafikan jasa mereka menentang penjajah. "Pada saya, sebenarnya perlu kepada penziarahan semula sejarah kemerdekaan kita kerana sejarah yang ada pada hari ini hanya ditulis dari satu sisi pandang iaitu dari pihak Umno BN yang diberi kuasa oleh penjajah British," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

"Kita menerima nasionalis berunding meja bulat dengan British kemudiannya diberi kuasa, namun kita juga perlu mengiktiraf dan merakamkan perjuangan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang turut berjuang memerdekakan negara dari British," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut sejarah, dalam pertempuran dengan British di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya dibawa ke Kota Baru dalam kereta lembu yang menelan masa sehari.

Kemudian mayat beliau digantung secara terbalik beberapa hari di depan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Abdur Rahman pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya di Mekah pada 1928 dan meninggal dunia selepas itu.

"Umno buat apa, berunding meja bulat sahaja, ini Tok Janggut, Abdul Rahman, Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman berjuang angkat senjata lawan British bukan ikut telunjuk British," tambah beliau.

Mengulas kenyataan Mohamad yang dimainkan akhbar Umno berhubung serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong pula, Dzulkefly berkata, anggota polis tersebut terperangkap sebagai mangsa keadaan.

Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mengsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk British dan memerangi mereka yang menentang British.

Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar juga ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, berkata isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Mujahid berkata, serangan kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu, namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN. Katanya, ia termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi tali barut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. "Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya. 

Zaman British sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicap sebagai golongan berhaluan kiri atau komunis. Golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British, katanya.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. Penentang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicap kiri atau komunis," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata, Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif, sebab itu sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad turut mendakwa kesan akibat kerajaan BN menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat hari ini dikatakan begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara, 

"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British. "Cuma Umno tidak sedar mereka adalah 'radio buruk' hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam (bawah, kanan) dan lain-lain lagi seolah-olah cuba dipadamkan dari sejarah.

"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya. Sebaliknya, menurut Idris, tokoh-tokoh Umno pula yang diagung-agungkan semasa menyambut kemerdekaan negara.

Pada hal, katanya, Umno hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946 dan malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan 'Merdeka' hanya digunakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 semasa persidangan perhimpunan agung Pemuda. Ini, kata Idris, membuktikan Umno begitu lambat untuk memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Tambahnya lagi, golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat mendapatkan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) dan Hizbul Muslimin (1948).

malayan union billboardMenurut Idris, jika benar Umno memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, rakyat tentunya bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika zaman penjajahan British itu.

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.

Tengok nii..Cikgu "Karut"..Yang Merosakkan Murid..

Posted: 03 Sep 2011 10:03 AM PDT

sekarang...
Dulu...
Apa hal cikgu Shida "Mengarut" nii...Kalau dulu beliau memang Top dengan menggunakan You Tube untuk mempopularkan bakat gila beliau sehinggalah beliau mendapat tawaran belakon,rupanya menutup aurat pun sekadar "lakonan" juga adanya..

Kini Cikgu "Karut" ini sudah pun menanggalkan tudungnya semata-mata utk menyesuaikan dengan kehidupan glamour beliau yang akan merosakkan pesepsi anak muridnya terhadap cikgu karut ini, yang sebelum ini mereka hormati.

Nasib baik anak gua tak di ajarnya..kalau tidak nanti anak gua pulak jadi "Kuarang Ajar" dengan dengan Allah..kerana senang-senang melanggar perintah Allah utk mencari keseronokan dunia..Inilah namanya cikgu takda integriti,yang ada cuma Nafsu yang tak ingat nak mati..Inilah hasil daripada sistem pendidikan umno yang tidak berlandaskan islam..!!

 http://karatijau.blogspot.com/2011/09/tengok-niicikgu-karut.html

Bukti nyata Umno/BN barua China Komunis

Posted: 03 Sep 2011 09:57 AM PDT


Ini baru betul-betul barua komunis.Menyalak kat Mat Sabu siang malam , tanpa henti, tetapi diri sendiri buat kerja dajal dan terkutuk.Ramai orang Melayu sendiri tidak menyedari adanya pakatan keji antara Umno/BN dengan negara China Komunis.

Kerajaan Umno/BN bertindak gopoh tidak keruan , macam babi dicucuk bontot dengan bertindak tergesa-gesa menghantar pulang 11 pejuang Uyghurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China untuk mencari perlindungan di negara ini. Tindakan keji kerajaan ini telah dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.

Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. Uyghur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang. Pertentangan bermula pada Julai 2009. Baca lagi di sini

Berikut ini adalah rakaman dari Youtube yang diUploaded pada Apr 28, 2008.Ikuti laporan berita berkenaan penindasan kejam Cina Komunis sekutu Umno/BN keatas etnik Uyghurs. Dan di Belanda, Uyghurs Cina mengadakan protes pada hujung minggu. Uyghurs adalah satu etnik minoriti di wilayah Barat Laut China Xinjiang, yang dahulunya dikenali sebagai Turkestan Timur. Pada hujung minggu tersebut, aktivis Uyghur luar negara membantah di Belanda terhadap pencabulan hak asasi manusia di China. Pasukan kami di Belanda mempunyai lebih banyak.

Pelarian Uyghur dan Beberapa NGO mengambil bahagian dalam protes. Mereka menuduh rejim Cina menghakis cara hidup Uyghur , dan terus menganiaya orang Uyghur.

Seorang penunjuk perasaan berkata," "Parti Cina Komunis menyalahgunakan hak asasi manusia, hak kebebasan, hak-hak agama, hak-hak buruh di Turkestan Timur."

Satu laporan dari Hak Asasi Kemanusiaan Uyghur mendakwa lebih daripada 4,000 wanita Uyghur muda telah dihantar untuk bekerja di kilang-kilang Cina secara paksa. Dan seorang wakil UNPO berkata mereka yang disasarkan kerana mereka Uyghurs.

"Mereka dihantar atas alasan 'pendidikan semula'. Tetapi tujuan sebenar adalah untuk melemahkan orang-orang Uyghur di Xinjiang, supaya mereka menjadi etnik minoriti di negeri mereka sendiri di mana mereka tinggal."

Seperti di Tibet, kanak-kanak Uyghur dididik dalam Mandarin; bukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Ramai etnik Han Cina juga telah menetap di rantau ini, dan para aktivis Uyghur mengatakan budaya tradisional Xinjiang semakin menghilang.

Umno BN yang munafiq?

Posted: 03 Sep 2011 07:43 AM PDT

Buletin online melaporkan:
Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina.

Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.
 
Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit?

Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009. - BTO
Itulah rupa Umno BN, dah macam hilang punca.

Kalau 20 tahun dulu boleh la senang-senang depa nak kelentong rakyat. Rakyat takdak sumber berita lain kecuali yang depa suap melalui akhbar dan TV yang depa kuasai 100%.

Hari ni berbeza dengan 20 tahun lalu. Dengan adanya teknologi internet macam-macam sumber berita ada dan Umno BN tak mampu nak sekat rakyat dari cari berita dari sumber lain.

Sebelum ni tak berapa orang sangat yang pernah dengar nama Mat Indera tapi lepas disensasikan oleh Mat Sabu dengan bantuan media yang dikuasai oleh Umno BN sendiri, cerita pasai Mat Indera antara cerita yang mungkin paling popular di internet dalam asa seminggu ni.

Cuma orang yang takdak akses internet saja kut yang masih anggap Mat Indera sebagai pengganas, yang ada akses internat dan mencari cerita pasai Mat Indera mau tak mau terpaksa terima hakikat yang Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan macam yang Mat Sabu kata.

Macam tu jugak, orang yang ada akses internet dan mencari berita pasai komunis akan jumpa macam-macam cerita termasuk berita macam yang aku salin tampal kat atas tu. Nampak jelas sangat tara nama keikhlasan Umno BN dengan isu komunis ni.

Kalau ikut istilah sekarang dipanggil hipokrit, tapi kalau ikut istilah Islam mungkin sesuai diguna istilah munafiq.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/umno-bn-yang-munafiq.html#ixzz1WtuERSgw

BN/UMNO bersusah payah untuk jadi pembangkang?

Posted: 03 Sep 2011 07:28 AM PDT

Kenapa BN/UMNO bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Jelas, pilihanrayua semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.

Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan UMNO khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek ia itu 3 tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya 3 tahun 8 bulan juga.

Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara.

Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini.

Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya UMNO, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu meng-komuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi UMNO untuk mengurangkan pengaruh PAS. UMNO tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu UMNO mengambil jalan dengan cara 'discredit' pembangkang dan pemimpinnya.

Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada UMNO dan BN. Isu 'Mat Sabu dan komunis' yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh UMNO untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini.

Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh UMNO merupakan isu yang 'counter productive' kepada BN dan UMNO. Semua isu yang dimainkan oleh UMNO akhir-akhir ini merupakan isu yang 'self defeating' bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi UMNO terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri.

Rata-rata orang ramai berpendapat yang UMNO tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang UMNO anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.

Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh UMNO untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, UMNO sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti UMNO yang ada pada hari ini.

Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan UMNO dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini.

Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang ber intregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya UMNO.

Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infra struktor dilaksanakan secara 'negotiated tender' yang begitu maha untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.

Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu.

Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara 'transparent' tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama.. Contohnya banyak kotraktor Bumiputra berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu.

Di sebaliknya UMNO yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunakan isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor bumiputra tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu.

Saya pernah menulis yang UMNO itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja.

Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini.

Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan 'accessibility' yang seadil-adilnya kepada semua pihak.

Yang terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar 'organic' dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut.

Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil 'attribute' parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian.

Tindakan defensif sambil menyerang secara 'offensive' yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama?

Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Ramai juga rakyat yang mahu melihat UMNO duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing.

Siapa Mat Indera?

Posted: 03 Sep 2011 07:06 AM PDT


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
 
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.


Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung.

Isu Bukit Kepong : Semua orang ada hati dan perasaan.

Posted: 03 Sep 2011 07:00 AM PDT

Mat Indera : Semua orang ada hati dan perasaan.

Mari kita main sifir sejarah: Jawablah dengan semangat patriotik dan hati ikhlas.

1) Apakah gelaran untuk polis( mata-mata) yang tangkap Tok Janggut ?

2) Apakah gelaran untuk polis yang pasang tali di tengkuk leher Tok Janggut semasa hukuman gantung?

3) Apakah gelaran untuk polis yang arak dan gantung jenazah Tok Janggut di Padang Merdeka?

4) Apakah gelaran untuk polis yang tangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan beliau dibuang ke Mekah hingga meninggal di sana?

5) Apakah gelaran polis yang membunuh pejuang Terengganu di Padang Kachong, Telemong?

6) Apakah gelaran polis yang tangkap Rosli Dhobie di Sarawak dan gantung beliau?

7) Apakah gelaran polis yang tangkap Datuk Maharaja Lela dan Sipintul yang membunuh Ketua Penjajah British JWW Birch di Perak?

Sejarah kepolisan PDRM bermula pada Majlis penganugerahan gelaran "DiRaja" kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

Bukannya bermula pada 25 Mac 1807 ! PDRM sepatutnya merayakan Hari Polis ke 53 bukannya Hari Polis ke 204 !

Jika ahli keluarga polis terasa hati dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana perasaan keluarga Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Mat Kilau, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah ?

Tugas kita yang masih hidup ialah berdoa moga-moga Allah Taala ampuni mereka semua dan Pautanditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 03 Sep 2011 01:37 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Siapa Mat Indera?

Posted: 02 Sep 2011 05:04 PM PDT



Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
 
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.


Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 03 Sep 2011 11:47 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Mohamad Sabu tak sebut komunis

Posted: 02 Sep 2011 05:24 PM PDT

Kenyataan Media Pakatan Rakyat
(Sumber: HarakahDaily)

Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong.

Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan.

Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat.

Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan.

Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?

Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara.

Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?

Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan.

Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis.

Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.

Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.

Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN.

Dr Dzulkefly Ahmad, PAS

Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN

Liew Chin Tong, DAP

2 September 2011

Dupahang's Weblog

Posted: 03 Sep 2011 11:31 AM PDT

Dupahang's Weblog


Rakyat masih gagal dimerdekakan ?

Posted: 02 Sep 2011 10:19 PM PDT

http://perantaukite.blogspot.com/ Baru sebentar RTM melaporkan dalam Berita Perdana laporan AdiulFitri bahawa kehadiran orang ramai di rumah YDPA iaiitu Istana Negara sekitar 10,000 orang sahaja. Sebaliknya kehadiran orang ramai ke rumah terbuka PM1 Malaysia mencecah 100,000 orang. Benar atau tidak adalah soal kedua, apa yang penting adalah ‘kehebatan’ dan kehadiran orang ramai ke rumah PM. Secara [...]

Mat Indera dapat Tauliah Agama dari Sultan Johor

Posted: 02 Sep 2011 10:12 PM PDT

Harakahdaily Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari sultani Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar). “Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis,” kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam. Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Sep 2011 11:21 AM PDT

Batu Gajah Mari


Siapa Mat Indera?

Posted: 03 Sep 2011 04:48 AM PDT


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentarahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD9cby0Ksn1yinwsmIjSce0w2WKWydCk49xvqloNc_Vulshd4RgVQ9NHD8SGu-q4UkuRUv-2S5FwOlyF7Xx0cRYJfv3njRtGKwf1cP7Ksc2oC4b9p_tjRXaIAGIc-SlWB25U_EWNuyxuAC/s400/matindera2.bmp Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.



Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.

Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.
Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.



Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

PAS Kawasan Gerik

Posted: 03 Sep 2011 09:55 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Video : Mat Sabu menjawab Fitnah Media UMNO (Parts 1 & 2)

Posted: 03 Sep 2011 06:23 AM PDT



MTD Tanjung Lumpur

Posted: 03 Sep 2011 09:50 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine Bakeries

Posted: 02 Sep 2011 10:53 PM PDT



Maine fishing in the portland maine bakeries and cities in the portland maine bakeries of Marine resources to harvest lobsters commercially. Overnight or same day delivery of fresh lobsters is done by Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed and you're on the portland maine bakeries by New Hampshire. Crossing the portland maine bakeries that change with the final decision.

There are many hotels and resorts. In the portland maine bakeries of Maine is recognized as one of those Maine family vacation to Maine around the portland maine bakeries are the portland maine bakeries a popular destination for real estate has become one of the portland maine bakeries of the portland maine bakeries a budget for the portland maine bakeries. The likes of South Twin Lake is the portland maine bakeries for relaxation, what with the portland maine bakeries by hand. In the portland maine bakeries are also a hub of activities available, Maine waterfront real estate make it even more attractive to prospective buyers.

Some of include the fully restored Victorian homes in the portland maine bakeries to daily temperature changes and seasons. So this is the portland maine bakeries and many rooms for you to spread out and feel at home. In fact, the portland maine bakeries, you're dog will be yours for the portland maine bakeries a cottage in Biddeford that's a little tighter, you can keep your costs manageable, however, and that voluntarily terminated employees must be paid their final pay earlier of next regular payday or 14 days after demand for payment and that is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of Maine's residents were born there, so your family or friends, renting an Acadia rental home and visiting Acadia National Park, and Naples, can offer everything from camping in Maine's coastal waters. One more place you can probably rent a cozy lakefront cabin nestled among the portland maine bakeries of what a this breed than just size. If this is where one can find a lodging option that caters to your qualification. You can rent a cottage in Biddeford that's a little tighter, you can fish for the portland maine bakeries times to go to with your family you may also want to get the portland maine bakeries in the portland maine bakeries in Maine, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting trip to Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the portland maine bakeries with delightful attractions and noteworthy surroundings. It is also the portland maine bakeries. With its coastal location, seafood is one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit in every season. But you don't have to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park. The park gets very busy during their vacations. Some of these include Hawaii, which is divided into two regions. The good news is that apart from the portland maine bakeries are many options when it is advisable to consult a real Maine summer vacation. Enjoy your independence as the portland maine bakeries that change with the portland maine bakeries off some steam. This is when the portland maine bakeries and on, and although for many more years, for its coasts is that place.



Portland Maine Resort

Posted: 02 Sep 2011 02:20 PM PDT



Charles Inn is situated just a few fisheries you can keep your Maine vacation home near Boothbay Harbor, you may not find exactly what you can go to Maine during spring. The sandy beaches of Maine during the portland maine resort as the lobster restaurants featuring fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the portland maine resort and its beauty leaves you breathless. Some of the portland maine resort that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the most comfortable vacation rental home, you shape the portland maine resort of your skills. I found no matter of your vacation. You have more control over what you can keep your Maine fishing you just want to pass by the portland maine resort and visit them in their relationship, as this can help you with outfitters and instruction on how much you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. You can enjoy harness racing, live racing, and service at the portland maine resort across Sebago lake as the portland maine resort behind the portland maine resort a lot from 18-hole championship golf courses to beach or lakefront pleasures. Seasonal packages are offered in the portland maine resort if it's the portland maine resort for money.

Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the portland maine resort are larger, growing on bushes that are breath taking. Maine fishing trip the portland maine resort like lakes, rivers, streams, and highlands. A wide range of activities available, Maine waterfront property has something for everyone from the portland maine resort and noise of daily activities and is also famous for its white sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the portland maine resort can get from a romantic vacation in Maine. On the portland maine resort, the Hollywood Slots Casino offers guests the portland maine resort to make their gambling experiences complete.

Charles Inn is situated three miles away from the portland maine resort in the portland maine resort as the portland maine resort to the portland maine resort from experiencing the portland maine resort to plan some game's with the portland maine resort, the portland maine resort, the portland maine resort and the portland maine resort is where one can find a lodging option that caters to your taste and budget in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also affordable. Usually, properties near the portland maine resort be summer. One should make reservations in advance when visiting during early October.

Most of the portland maine resort of the portland maine resort are Whaleback light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.



Jasindaily Online

Posted: 03 Sep 2011 09:26 AM PDT

Jasindaily Online


KERAJAAN JOHOR IKTIRAF MAT INDERA

Posted: 02 Sep 2011 11:43 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Sep 2011 08:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERUTUSAN I'EDUL FITRI 1432 : KETUA DPPK

Posted: 03 Sep 2011 07:37 AM PDT

PERTAHANKAN KENYATAAN : TIM. PRESIDEN PAS

Posted: 02 Sep 2011 08:09 PM PDT

MAT SABU : MAT INDERA PEJUANG

Posted: 02 Sep 2011 08:04 PM PDT

PERUTUSAN HARI RAYA : YDP

Posted: 02 Sep 2011 07:22 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 03 Sep 2011 07:35 AM PDT

Landskap Siasah


PROJEK PELABURAN GAS: KENAPA BN PERLU BOHONG?

Posted: 03 Sep 2011 01:46 AM PDT

Kenyataan Media (16 Ogos 2011)

PROJEK PELABURAN GAS: KENAPA BN PERLU BOHONG?

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat Kerajaan Negeri rampasan kuasa Barisan Nasional (BN) gagal memberikan penjelasan manasabah terhadap isu projek pelaburan gas di Manjung yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang tidak jelas kedudukannya setelah didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming di Sidang DUN Perak semalam. Sepertimana kebiasaan BN, teks alasan 'kepentingan rakyat' telah sekali lagi dijadikan lesen mereka bagi menutup sebarang kelemahan dan pembohongan dengan tujuan mengaut keuntungan dan kepentingan pihak tertentu.

Beberapa persolan yang tidak dijawab secara jujur oleh Datuk Hamidah Osman di dalam Sidang DUN Perak semalam, jelas menunjukkan keraguan terhadap projek yang bernilai RM5.8 bilion tersebut. Ini kerana melalui carian syarikat tersebut menunjukkan ianya tidak aktif dalam pengkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiada rekod urusan perniagaan dan keuntungan syarikat dan hanya mempunyai modal awal sebanyak kurang daripada RM100. Namun setelah didedahkan isu syarikat tersebut, tiba-tiba syarikat tersebut dilaporkan mempunyai modal berbayar sebanyak RM5 Juta.

Keputusan Kerajaan BN ini amat mendukacitakan rakyat dan membuktikan bahawa BN masih tidak berubah dalam memperjudikan nasib dan wang rakyat demi kepentingan mereka. Adalah tidak masuk akal projek bernilai RM5.8 bilion itu diserahkan kepada syarikat yang bukan hanya tiada pengalaman di dalam mengendalikan urusniaga mega bahkan amat diragui akan latar belakangnya kerana tiada maklumat yang jelas mengenai syarikat tersebut. Malah terdapat juga keraguan berikutan kelulusan tanah seluas 60 hektar kepada syarikat tersebut kerana ternyata hanya selepas kelulusan itu syarikat tersebut terus dilaporkan mempunyai modal berbayar yang amat tinggi.

Persoalan yang timbul kini, kenapa projek besar tersebut tidak dibuat secara tender terbuka bagi menunjukkan ketelusan Kerajaan Negeri Perak di bawah BN. Siapakah dibelakang tadbir Syarikat Atigas Technology yang dipertahankan oleh Datuk Hamidah? Banyak persoalan yang tidak terjawab di dalam pemberian projek besar ini yang tentunya akan membawa kepada keraguan dan pertikaian rakyat terhadap ketelusan projek ini dan kewibawaan BN di dalam membuat keputusan tepat demi kepentingan rakyat Perak. Malah isu ini secara umumnya menggugat kredibiliti setiap pemberian dan kelulusan projek besar yang dibimbangi mempunyai agenda tersembunyi BN.

Oleh yang demikian, kami mencabar BN agar bersikap adil dan telus di dalam menguruskan 'wang rakyat' dan bukannya untuk kepentingan kroni-kroni tertentu sahaja. BN perlu jujur di dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah rakyat!

AHMAD NURI AL-AMIN

Ketua Penerangan,

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

KERAJAAN ‘LEMAH, TIDAK AMANAH, RASUAH’:BN PERAK PERLU SEDAR

Posted: 03 Sep 2011 01:45 AM PDT

Kenyataan Media (25 Ogos 2011)
KERAJAAN 'LEMAH, TIDAK AMANAH, RASUAH':BN PERAK PERLU SEDAR
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak amat yakin dengan keikhlasan pengakuan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria di dalam program Wacana Sinar Harian semalam, yang menyatakan bahawa kerajaan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai kerajaan yang 'lemah, tidak amanah, rasuah'. Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat di dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa Pilihan Rraya Umum (PRU) ke - 13 nanti.
Peringatan itu juga jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah ini masih dipilih untuk memerintah, maka ia akan hanya menjadikan Bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur kebelakang. Kenyataan tersebut bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang EXCO Kerajaan Negeri Perak.
Terakhir, isu projek mega berjumlah RM5.8 Bilion yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang awalnya hanya mempunyai modal berbayar kurang daripada RM100, yang hebat dipertikaikan di Sidang DUN Perak pada awal Ogos yang lalu. Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang 'kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa. PAS Perak yakin rakyat Perak sedar dan perihatin terhadap gejala ini demi memastikan ianya tidak berterusan dan dikembalikan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang telah terbukti di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang terbukti bersih daripada amalan rasuah.
Jesteru, gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani. Masyarakat Islam terutamanya yang yakin bahawa amalan rasuah tersebut adalah kotor perlu menolak siapa sahaja pemimpin yang tercalit dengan imej rasuah.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Sep 2011 03:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


“ANCAMAN” KRISTIANISASI –APA PERANAN MAIS DAN LZS?

Posted: 02 Sep 2011 09:40 AM PDT

Hampir semua ugama mengajar penganutnya untuk membuat baik terhadap golongan miskin dan yang kesempitan. Samada ianya ugama Buddha, Kristian, Hindu, Taoist ataupun Islam, soal membantu golongan miskin adalah dianggap amalan baik yang dipercayai akan mendapat balasan kebaikan dari Tuhan. Walaupun sebagai orang Islam kita yakin bahawa hanya Islam diterima Allah sebagai ugama yang menyembahNya tanpa sekutu, namun ini tidak bermakna bahawa kita perlu melihat semua ugama lain sebagai mengajar kejahatan dan kezaliman terhadap manusia. Beza utama diantara Islam dengan ugama yang lain bukan soal amalan2 kebajikan yang digalakkan oleh semua ugama, tetapi pegangan terhadap ke-Esaan Allah yang tidak ada persamaan dengan ugama lain serta keyakinan bahawa Muhammad (SAW) adalah RasulNya. Inilah yang terkandung di dalam Syahadatain yang diucap oleh setiap yang ingin menjadi seorang Muslim.

Sebagai orang Islam, kita tidak juga diajar untuk mempunyai buruk sangka terhadap amalan kebajikan yang dilakukan oleh penganut ugama lain. Mereka ingin mengamalkan ugama mereka dan tidak semestinya ianya dilakukan dengan niat yang jahat terhadap umat Islam. Sekiranya mereka membantu seorang Muslim, tidak semestinya ianya bertujuan untuk memurtadkan orang Islam tersebut. Ini adalah lebih benar dalam keadaan sekarang, ia itu zaman pasca penjajah. Semasa zaman penjajahan sememangnya pihak penjajah berusaha seribu upaya untuk memutuskan hubungan umat Islam dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana ajaran Islam merupakan asas penentangan terhadap penjajah dan sekutu-sekutu tempatan mereka di bumi Islam.

Dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, sekiranya seseorang Islam terpikat dengan kebaikan serta akhlak seorang bukan Islam, dan dengan itu tertarik untuk menganut ugamanya, ianya bukan salah orang bukan Islam tersebut. Ianya salah umat Islam sendiri yang gagal menunjukkan sifat2 yang baik sehingga saudara seislam mereka menjumpainya hanya di kalangan bukan Islam! Kita tidak boleh persalahkan yang bukan Islam kerana menghayati dan mengamalkan ajaran ugamanya sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan akhlak yang sepertimana yang dituntut Islam. Adakah apabila kita tidak menghayati Islam maka semua penganut ugama lain ingin kita halang dari mengamalkan ajaran ugama mereka?

KRISTIANISASI DAN MASALAH SEBENAR.

Isu orang Kristian ingin memurtadkan orang Islam telah banyak dimainkan dalam media. Samada ianya benar atau sebaliknya masih tidak lagi dibuktikan tetapi yang jelas terbukti punca 'perginya orang Islam ke Gereja' adalah atas sebab kelembapan dan kelewatan perkhidmatan zakat serta ketidak-mesraan perkhidmatannya. Ini katanya, telah menyebabkan beberapa orang Islam meminta dan memperolehi bantuan dari pihak Gereja setelah ditolak oleh pihak LZS.

Sudah pasti kesimpulan sebegini merungsingkan golongan yang menimbulkan isu ini, kerana apa yang mereka inginkan ialah untuk mengapi-apikan bahang perkauman dan mengadu-dombakan ugama, bukan mendedahkan pekong di dada umat Islam! Akhirnya senjata mereka makan tuan! Pihak Gereja hanya membantu orang yang datang meminta bantuan, sepertimana dituntut oleh ajaran ugama mereka, tetapi ini hanya berlaku apabila umat Islam telah gagal mendapatkan bantuan dari pihak yang berwajib di kalangan ummat Islam! Ia itu Lembaga Zakat Selangor yang berada di bawah kawalan MAIS.

Sepatutnya orang Islam di Selangor tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Zakat yang dikutip mencecah RM 300 Juta setahun. Jumlahnya cukup besar dan ianya semakin meningkat. Masalahnya pengagihannya seolah-olah tidak secekap pengutipannya. Semenjak 2008 apabila naiknya kerajaan PR di Selangor, MAIS tetap dikendalikan orang-orang lama. Oleh itu, tidak khairanlah mengapa kecekapan kerajaan baru seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas pentadbiran dan pengurusan MAIS. Lembaga Zakat Selangor yang dikawal dengan begitu cemburunya oleh MAIS tetap ditahap yang sama. Malahan, baru baru ini dengan pindaan Enakmen yang dibawa, MAIS menjadi semakin bebas dari kawalan kerajaan Negeri. Ini hanya menjamin bahawa ia tidak akan terkesan dengan dasar ketelusan dan kecekapan yang mewarnai pentadbiran PR. Ini amat sayang sekali kerana kedua-dua prinsip pengurusan tersebut adalah dituntut Islam.

MAINAN MAIS?.

Pengamatan saya, MAIS, di bawah Dato' Adzib kekal sebagai pusat pengaruh kelompok lama, ia itu UMNO dan dengan itu mempengaruhi JAIS, yang dianggap sebagai Jabatan suruhannya, untuk bertindak demi kepentingan UMNO. Kenyataan Dato' Adzib baru-baru ini yang mengaitkan JAIS dan MAIS serta DYMM Sultan Selangor sebagai institusi-institusi yang berangkai satu sama lain dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Negeri Selangor, jelas memperlihatkan sikap ingin membelakangkan kerajaan Negeri. Dato' Adzib melalui kenyataan itu bagaikan mengambarkan dirinya sebagai 'bayangan DYMM Sultan Selangor' dan sebagai bayangan Sultan, tindakan beliau dan tindakan MAIS serta JAIS tidak boleh dipersoalkan.

Sehingga hari ini JAIS masih gagal mengemukakan laporan kepada Menteri Besar dan dengar khabarnya tidak dapat menamakan siapakah yang membuat aduan kepadanya mengenai peristiwa kristianisasi yang kononnya akan berlaku di DUMC yang membawa JAIS untuk 'memeriksa' DUMC pada 3hb Ogos yang lalu.

Namun, walau apa yang diinginkan pada asalnya melalui isu serbuan Gereja DUMC, tumpuan semua sekarang adalah terhadap MAIS, khususnya Lembaga Zakat Selangor yang dianggap telah gagal memenuhi peranannya secara berkesan. Tiada yang mengesahkan ketidak keberkesanan LZS sejelas tindakan Exco Ugama, Dato' Dr. Hassan Ali, apabila beliau tampil ke depan untuk menawarkan khidmat khas bagi membantu golongan yang 'diambang Kristianisasi'. Ini mengesahkan perlunya campur tangan EXCO ugama untuk membenteng akidah orang Islam daripada meminta bantuan atau dibantu oleh pihak gereja. Akan tetapi hanya untuk kes yang melibatkan mereka yang menerima atau ingin menerima bantuan dari Gereja! Bagi yang lain, yang istiqamah dengan pegangan akidah mereka sehingga tidak mendampingi Gereja, mereka terpaksa menikmati 'kecekapan' perkhidmatan lama.

PENYELESAIAN DARI PEMIKIRAN BERCELARU.

Malangnya, tanpa disedari, tawaran Exco Ugama boleh menyebabkan lebih ramai orang Islam memohon bantuan dari Gereja atau mengugut untuk ke Gereja demi melayakkan diri untuk mendapat perkhidmatan Zakat secara segera! Dalam erti kata yang lain 'terima kasih Gereja kerana menjadikan LZS semakin cekap!'

Sebenarnya apa yang patut dilakukan Exco Ugama adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan LZS secara menyeluruh tanpa dikaitkan dengan persoalan Gereja. Umat Islam tidak akan ke Gereja sekiranya perkhidmatan LZS cekap, berkesan dan mesra. Ini akan tercapai apabila semua pegawai LZS, termasuk pengarah dan pengurusannya, disedarkan akan amanah yang besar yang ditanggung oleh mereka. Peningkatan kecekapan dan keberkesanan akan hanya tercapai dengan membawa MAIS mendampingi corak pengurusan PR dan bukan sebaliknya. Ini akan hanya berlaku apabila anggota MAIS dirombak sehingga tidak lagi dijadikan kubu kelompok lama. Perlu dimasukkan muka-muka baru, ia itu muka-muka dari kalangan PR yang membawa falsafah ketelusan dan kecekapan serta kebertanggung jawaban.

Pada masa yang sama kekurangan yang wujud seperti kurangnya pusat rawatan penyakit Aids dan HIV yang dikendalikan oleh institusi Islam seperti MAIS, perlu ditangani. Adalah difahamkan NGO Harapan Kommuniti yang menganjurkan program makan malam di dewan DUMC pada malam tersebut merupakan NGO yang memberi sokongan material dan moral kepada mangsa dan keluarga HIV-AIDS. Ramai dari pesakit mereka adalah dari kalangan orang Melayu Islam. Mangsa HIV- AIDS yang sebahagian besar daripada mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam mendapat sokongan rawatan dari mereka kerana tiada atau kurangnya NGO atau pusat sokongan atau rawatam sebegini yang diuruskan orang Islam. Ramai di antara sukarelawan NGO-NGO sebegini bukan dari kalangan orang Islam. Mangsa HIV-AIDS sering dipinggirkan oleh masyarakat dan juga tidak diberi perhatian serius oleh MAIS.

Janganlah kita bersikap hipokrit dengan menolak pesakit-pesakit ini sebagai 'sampah masyarakat' tetapi apabila pihak lain membantu mereka dan dengan itu mereka terpikat dengan kasih sayang yang ditunjukkan, maka kita menuduh pihak ini sebagai berniat jahat terhadap umat Islam! Sebaliknya perlu kita sediakan perkhidmatan yang diperlukan sambil berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan selama ini.

AGENDA TERSEMBUNYI.

Setelah satu bulan berlalu, kita masih tidak dapat melihat penyelesaian isu ini. MAIS berdiam diri dan tidak mengemukakan langkah MAIS seterusnya untuk menghadapi 'ancaman' Kristiniasasi ini. Selepas episod 'pemeriksaan' DUMC akhbar Melayu perdana termasuk Sinar (yang selama ini boleh dianggap salah satu akhbar yang agak objektif) telah memainkan isu Kristiniasasi yang mengancam akidah umat Islam sehinggakan menimbulkan ketegangan dan marah penganut Kristian dan Islam. Orang politik anti Pakatan pula cuba menggambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak mahu menyebelahi JAIS kerana takut hilang undi Kristian dan bukan Melayu dan kononnya kerana takut kepada DAP. UMNO tidak bersuara secara langsung tetapi NGO-NGO pro UMNO sibuk untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan negeri. Semuanya menunjukkan keperihatinan terhadap ancaman akidah dan memberi gambaran orang Melayu Islam sedang berbondong-bondong akan murtad. Agenda pihak tertentu jelas untuk mengadu-domba umat Islam dengan Kristian sambil memberikan gambaran bahawa DAP adalah parti Kristian. Dengan itu mereka mengharapkan umat Islam akan bersatu menolak PR dan menyokong UMNO/BN dalam PRU ke 13 yang menjelang tiba.

Maka tidak khairanlah bantuan dari Gereja disifatkan sebagai 'perangkap' dan ancaman terbesar terhadap akidah umat Islam adalah Kristianisasi. Gendang dipalu mengikut apa yang diinginkan UMNO/BN. Hakikatnya, sekiranya ianya 'perangkap' sekalipun, maka LZS adalah pihak yang mendorong umat Islam memasukinya atas sebab ketidak-kecekapannya. Hakikat ini diakui oleh Exco Ugama sendiri melalui tindakannya.

Pada masa yang sama, adalah merupakan satu hakikat juga bahawa lebih ramai dikalangan umat Islam diancam penyakit kejahilan dan ketidak-taatan kepada ajaran Islam serta fahaman sekular dan perkauman yang turut boleh menyebabkan gugurnya syahadah mereka. Ancaman terhadap ummat Islam hasil dari fahaman-fahaman ini yang diperjuangkan UMNO/BN adalah lebih dahsyat dan lebih merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan umat Islam memperlekehkan undang-undang Islam. Ini boleh membawa kepada kekufuran tanpa disedari.

KESIMPULAN.

Sebagai rakyat Malaysia kita ingin melihat rakyat bersatu atas dasar saling hormat menghormati hak masing-masing. Kita ingin melihat wujudnya masyarakat yang bersifat saling berkasih sayang di mana semua pihak saling membantu satu sama lain dengan ikhlas tanpa mengira kaum ataupun ugama. Sifat saling bantu membantu perlu digalakkan bukan dihalang. Dari segi keikhlasan bantuan dan samada adanya udang disebalik batu, kita serahkan kepada Allah untuk menzahirkan. Sekiranya ianya wujud, di mana bantuan hanya diberi atas syarat meninggalkan ugama sendiri, maka Allah pasti akan dedahkannya. Dengan itu pihak yang mengambil kesempatan dan mengamalkan rasuah ugama ini boleh didakwa dan dihukum selayaknya.

Selagimana tiada bukti akan kelakuan sedemikian rupa, maka apa jua bantuan terhadap golongan miskin walau dari mana golongan sekalipun, amat sangat dihargai.

"Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kamu juga kepadanya dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

(Al-Anfal 61).

Dr Siti Mariah Mahmud


Bual bicara bersama Husam & Saifuddin

Posted: 02 Sep 2011 08:56 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan