Ini adik saya, seorang ahli perniagaan di Kuala Lumpur.
Ini seorang lagi adik saya dengan anak-anaknya berkhidmat di Kuala Lumpur.
Anak-anak saudara saya.
Anak-anak saudara saya bersama cucu saya, Annuar
Dia senyum melebar, seorang pembantu rumah yang bekerja dengan adik saya.
Ini semua anak-anak saudara saya
Anak-anak saudara saya, yang sedang menangis tu adalah Aina bersama Wannya.
Saudara-mara saya disebelah keluarga angkat tinggal di Selangor.
Semua anak-anak saudara saya dengan anak masing-masing
Semuanya anak saudara saya
Saya, berbaju hitam, bersama pupu saya Kak Zamiah, bekas anggota Rejimen ke-10, di sebelah kiri saya adalah anak Zamiah, bernama Zamni bersama dua orang anaknya, dan disebelah Kak Zamiah adalah anaknya bernama Mazni.
Saya dikiri bersama Kak Zamiah dan anak saudara saya, iaitu anak kepada adik saya Jaenah yang tinggal di Kelang.
Mazni dan Zamni, anak saudara saya.
Jaenah, adik kandung saya, sebelah kanan, sebelah kirinya Zainal Zain, suaminya, dibelakang Zainal, Mohd Syukri, anak saya dan kiri bercermin mata, menantu adik saya.
Yang menangis ni, Aina, dia betul-betul tidak sihat pada Hari Raya ni, dia demam.
Ini adik saya, Jaenah Said, tinggal di Kelang.
Waris-waris dari Haji Ismail, aki saya sebelah ayah dan Haji Ibrahim, aki saya sebelah emak saya adalah begitu besar dan meluas. Majoriti daripada mereka jarang-jarang dapat saya bertemu, sesetengahnya bekerja di kampong, sesetengahnya menjadi peneroka Felda, sesetengahnya berniaga, sesetengahnya menjadi pegawai dan kakitangan kerajaan, ada juga yang menjadi tentera dan tidak kurang juga yang menjadi Polis.
Haji Ismail mempunyai 9 orang anak, kecuali ayah saya yang tidak ramai mempunyai anak-anak, yang lain-lain mempunyai hingga berbelas orang anak, dan pupu saya sebelah ayah saya tidak kurang dari 60 orang, dan masing-masing mempunyai keluarga yang besar, menjadikan antara pupu-pupu dan anak-anak saudara sebelah ayah saya berjumlah beratus orang.
Haji Ibrahim mempunyai 4 orang anak sahaja, dan pupu saya sebelah ibu saya hanya berjumlah lebih sedikit dari 20 orang.
Tetapi diantara kedua-dua aki saya sebelah ayah dan ibu saya mempunyai tali kekeluargaan yang begitu besar sehinggakan hampir keseluruhan penduduk Kg Bintang, Kg Berhala Gantang, Kg Paya Banir, Kg Paya Jejawi, menjalar ke Sanggang, Bangau, Telok Ira, Kerdau, Songsang, Chatin dan Penak adalah anggota keluarga kedua-dua aki saya.
Keluarga besar ini bolehlah dikatakan bertaburan di Mukim Bangau, Mukim Sanggang, Mukim Mentakab dan Mukim Songsang, iaitu kesemua Mukim dalam DUN Mentakab. Sekira-kiranya jika keluarga ini bersatu padu, maka DUN Mentakab sudah pasti tidak akan terlepas kepada pihak lain menjadi wakil rakyatnya melainkan menjadi milik keluarga besar ini.
Setakat hari ini, Dato Sabaruddin Chik pernah mewakili kawasan Parlimen Temerloh, Dato Mohd Sharkar, Exco Kerajaan Pahang mewakili DUN Lanchang dan suami kepada anak saudara saya, menjadi wakil rakyat 3 penggal mewakili DUN Guai dan kemudiannya Kemayan, manakala suami kepada pupu saya, Haji Idris Long menjadi ahli Exco Kerajaan Negeri Pahang.
Dari segi politik keluarga besar ini berpecah, ada yang menjadi ahli UMNO, ada yang menjadi ahli PAS, ada yang menjadi anggota PRM dan kini ramai pula yang menjadi anggota PKR. Bagaimanapun, trend mengundi keluarga besar ini masih lagi memilih anggota keluarga menjadi wakil rakyat kawasan Temerloh jika tidak ada pertembungan sesama keluarga yang bertanding, yakni mereka masih boleh memilih dikalangan ahli keluarga.
Mahu tidak mahu, saya kena akui bahawa semasa saya bertanding untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh dulu, saya menang kerana faktor keluarga juga kerana saya tidak bertembung dengan ahli keluarga yang lain, walaupun pada waktu itu Ketua Bahagian Temerloh memilih untuk tidak menyokong saya, tetapi saya bukan berlawan dengan beliau.
Keluarga ini juga terkenal dengan perjuangan menentang Penjajah Inggeris. Seluruh kampong Lubok Kawah diisytiharkan sebagai kawasan hitam kerana penduduk kampongnya yang sebahagian besarnya adalah dari keluarga ini menyokong PKMM, API dan Awas. Begitu ramai daripada keluarga ini yang ditangkap oleh Inggeris dan disumbat di beberapa kem Tahanan Inggeris.
Ramai juga yang menyertai Rejimen ke-10 dan sesetengahnya kembali ke kampong setelah wujud Perjanjian diantara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.
Ada 3 orang dari keluarga ini mati dengan penuh tragik, dua darinya ditembak mati oleh tentera Inggeris, dan seorang lagi dihukum gantung kerana dituduh bersimpati dengan komunis.
Saya bergembira menjadi sebahagian dari keluarga besar yang penuh dengan warna-warni ini.
Di Hari Raya ini hanya sebahagian kecil sahaja dari keluarga besar ini yang datang ke rumah saya, yang lain-lain, juga mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan hari ini sebelah petang dan malam hinggalah hari esuk dan lusa adalah giliran saya untuk menziarahi ahli-ahli keluarga ini yang berpangkat kekeluargaan yang lebih tua dari saya. Begitulah adat bersaudara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan