Sabtu, 3 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 03 Sep 2011 03:18 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


RUMAH TERBUKA YANG BERHORMAT.

Posted: 02 Sep 2011 06:40 AM PDT

Tarikh : 5 Syawal 1432 bersamaan 3 September 2011
Masa : 2.00 Petang - 5.00 Petang
Tempat : Darul Abrar Kuala Dahanan, Jeniang Kedah.

Semua rakyat dijemput hadir....

JAMUAN AIDILFITRI YB. HAJI YAHYA BIN ABDULLAH

Posted: 02 Sep 2011 06:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Sep 2011 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Permohonan maaf Kompas belum selesai

Posted: 02 Sep 2011 08:53 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Selepas lebih 10 hari berlalu, isu akhbar Indonesia, Kompas, memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak belum reda kerana permohonan itu tidak berlaku sebagaimana biasa.

Ini kerana, menjadi amalan biasa akhbar yang memohon maaf akan menyiarkan penyataan minta maaf itu dalam bentuk penyataan atau iklan dan menarik balik berita yang dikatakan salah itu.

(Laporan Kompas pada 4 Ogos 2011)

Namun sehingga kini, ia tidak berlaku. Tidak ada penyataan permohonan maaf dalam bentuk iklan dan tidak ada penyataan menarik balik berita awal yang dikatakan salah itu dari Kompas.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Bernama pada 21 Ogos lalu memaklumkan, Kompas telah memohon maaf dari Perdana Menteri.

"Akhbar utama Indonesia, Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atas laporan tidak tepat yang disiarkan.

Permohonan maaf itu turut disusuli siaran laporan yang menafikan semua tuduhan terhadap Perdana Menteri dan isteri.

Kompas, akhbar paling besar di Indonesia, hari ini menyiarkan laporan khas pasal Datuk Seri Najib.

Malah dalam laporan ini pula, Kompas menyatakan permohonan maaf ke atas laporan yang disiarkan 4 Ogos lepas.

Atas pemberitaan tersebut, pemimpin redaksi Kompas, Rikard Bangun, Sabtu 20 Ogos, di Jakarta secara khusus menyatakan permohonan maafnya kepada kepala negara dan keluarga.

Dalam laporan itu pula Kompas menyatakan bahawa Datuk Seri Najib menafi ke atas laporan yang mengandungi tiga tuduhan.

Antaranya isu pasal cincin berlian berharga ASD24 juta yang melibatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, laporan yang tidak benar itu telah mengganggu dan berdampak luas di dalam negara.

Ia pula dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu di Malaysia
." lapor Bernama.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, bagi Malaysiakini, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh – ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.


PM bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan?

Posted: 02 Sep 2011 08:50 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -
Malaysiakini/-

Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.

NONEKali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.

Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.

"Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.

Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.

Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.

najib private jet 020911Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.

"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.

Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.

Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

'November Romeo 1'

Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.

najib private jet 020911Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.

AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.

Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.

Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.

Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.

Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini.

Ulasan :

Kalau benarlah berita najib dan rosmah tiada di msia masa hari merdeka, saya kira dia suami isteri sudah bersedia untuk jadi pelarian bila msia di menangi oleh pakatan dalam pru ke 13 nanti...sebab itu dia mula belatih dari sekaramg, senang nak lari bila kalah nanti...FB Idhamlim

Polis tahan suspek ke-15 skandal penggodam telefon Britain

Posted: 02 Sep 2011 08:43 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -

LONDON 3 Sept - Polis Britain menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat dalam skandal penggodam telefon media "News of the World" yang merupakan antara akhbar-akhbar British milik Rupert Murdoch.

Menurut polis, suspek yang tidak dapat dikenal pasti itu disyaki terlibat dalam konspirasi memintas mesej mel suara dan cuba memutarbelitkan keadilan.

"Suspek tersebut tidak pernah ditangkap sebelum ini, dia merupakan orang yang ke-15 ditahan setelah pembukaan semula siasatan tersebut pada awal tahun," katanya. – Reuters

Argentina dilanda gempa bumi, tiada tsunami

Posted: 02 Sep 2011 08:41 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -

WASHINGTON 3 Sept - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Ritcher menggegarkan utara Argentina dan tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), hari ini.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.47 pagi (waktu Malaysia 9.47 malam) kira-kira 30 kilometer barat Anatuya, di Santiago del Estero. – AFP


Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

Posted: 02 Sep 2011 08:39 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -



NORAMFAIZUL MOHD. NOR


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat," katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya," kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok.

Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Bernama


Pesawat tentera udara Chile hilang bersama 21 penumpang

Posted: 02 Sep 2011 08:37 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -

SANTIAGO: Sebuah pesawat tentera Chile yang membawa 21 penumpang hilang di Lautan Pasifik ketika dalam perjalanan ke kawasan pedalaman Juan Fernandes, Jumaat (waktu tempatan), kata pihak berkuasa negara itu dalam satu kenyataan.

Datuk Bandar Juan Fernandez, Leopoldo Gonzalez, ketika ditemuramah saluran televisyen TVN, berkata pasukan yang ditugaskan mencari pesawat berkenaan menemui serpihannya di laut.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Andres Allamand, berkata pesawat turboprop model Casa 212 dikesan cuba melakukan pendaratan di pulau berkenaan dua kali tetapi gagal di mana sejurus kemudian gagal dihubungi.

Antara yang berada di dalam pesawat itu termasuk krew televisyen TVN yang sedang menuju ke pulau berkenaan bagi membuat liputan kebangkitannya susulan musnah dilanda tsunami selepas gempa bumi pada 27 Februari 2010. - AFP

Siapa Mat Indera ? (2)

Posted: 02 Sep 2011 08:28 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010
Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.


Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.


Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.


Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.


"Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.


"Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak"katanya.


Siapa Mat Indera ? (1)

Posted: 02 Sep 2011 08:26 PM PDT

5 Syawal 1432H. [MOD] -


Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.


Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmydan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).


Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.


Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.


Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.


Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.


Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.


Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.


Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.


Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.


Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.




Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari


RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Kunjungan Cikgu Mala dan keluarga.

Posted: 02 Sep 2011 08:12 PM PDT


5 Syawal 1432H. [MOD] -Kunjungan mantan calon PAS DUN Tenang Johor, Cikgu Normala Sudirman atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala dan suaminya, cikgu Maarof Abdul Mutalib bersama 3 anak kesayangan dalam perjalanan mereka balik beraya di Bukit Mertajam ke kediaman resmi kami pagi ini...sempat bergambar kenangan sebelum mereka balik ke Johor...Terima kasih kepada Cikgu Mala sekeluarga yang sudi mampir ke gubuk usang kami.

Sempat bertukar pandangan mengenai isu politik semasa juga kegiatan kemasyarakatan masing-masing sempena bulan Ramadhan yang baru berlalu.

Saya cadangkan kepada beliau untuk menubuhkan sebuah NGO sebagai landasan untuk bergerak lebih luasa dan aktif dalam masyarakat dengan cadangan nama "Mala Care". Semuga usaha penubuhannya berjalan dengan lancar.

Kanak-kanak perempuan maut di gilis bas

Posted: 02 Sep 2011 04:31 AM PDT

4 Syawal 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan terbunuh selepas digilis bas apabila dia terjatuh daripada motosikal yang ditunggang ibunya di kilometer 40 Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Perak Tengah semalam.

Ketua Polis Trafik Negeri Superintenden Wan Abdullah Ishak, berkata mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada jam 3.20 petang semalam, Nor Ezwin Mohd Erwan, 6 berasal dari Kampung Bakar Arang, Kota Setia, Sungai Renggam, Perak Tengah.
"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya Rodiah Abdullah, 40-an dalam perjalanan dari Sitiawan ke Teluk Intan apabila dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal lain.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa tercampak di atas jalan dan gilis oleh sebuah bas yang datang dari arah belakang, manakala ibu mangsa terselamat.

Sementara itu, seorang wanita terbunuh selepas kereta yang dipandu suaminya terbabas dan merempuh penghadang jalan di kilometer 285.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada jam 3 petang semalam.

Mangsa Rohaya Darus, 41 berasal dari Taman Mulia, Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala suami mangsa terselamat dalam kejadian itu.
Ketika kejadian mangsa bersama suaminya dalam perjalanan dari Utara ke Selatan apabila sebuah tayar kereta yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan merempuh penghadang jalan. - BERNAMA

Majlis Hari Raya di seluruh Kelantan esok

Posted: 02 Sep 2011 04:25 AM PDT

4 Syawal 1432H. [MOD] -
Aslani M

KOTA BHARU, 2 Sept: Rakyat di seluruh Kelantan berpeluang bertemu pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat pada sambutan hari terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan di 14 kawasan parlimen esok.

Berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana rumah terbuka PAS hanya diadakan di Kota Bharu sahaja.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat berkata, sambutan hari terbuka itu akan diadakan di seluruh Kelantan bagi membolehkan rakyat hadir tanpa perlu bersusah payah datang ke Kota Bharu.

"Sebelum ini hari terbuka hanya diadakan di sini, namun tahun ini program itu diadakan di seluruh kawasan parlimen bagi membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

"Program ini merupakan satu tradisi bagi mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin. Mereka datang sambil menjamu selera di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim," katanya di sini.

Sambutan hari raya PAS itu diadakan mulai jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Di Kota Bharu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

Di Pasir Mas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di Machang di perkarangan pejabat PAS, di Gua Musang di pejabat PAS kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain.

Bagaimanapun berlainan di Bachok di mana majlis hari raya diadakan di setiap Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang.

Orang ramai yang hadir boleh menikmati pelbagai juadah raya termasuk lemang, ketupat dan makanan tradsional Kelantan.

Pemimpin PAS di setiap kawasan dengan diketuai Yang Dipertua akan meraikan tetamu yang hadir.

"Saya berharap orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis berkenaan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan bertemu mata dengan pemimpin mereka," kata Zulkifli.



Pemimpin PAS sangkal laporan The Star

Posted: 02 Sep 2011 04:23 AM PDT

4 Syuawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Para pemimpin PAS hari ini menyangkal laporan akhbar milik MCA, The Star hari ini yang melaporkan parti sedang mengorak langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut, malah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana mesyuarat.

PAS, kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas hari ini menafikan ada usaha untuk menukarkan Menteri Besar Kedah saebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star.

"Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti. Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti," terang beliau.

Tuan Ibrahim turut menyifatkan berita tersebut sebagai salah satu usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu, kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

"Menjelang pilihanraya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihanraya umum bertambah hampir. Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalu saluran rasmi parti, agar kita tidak terperangkap dengan mainan musuh," nasihat beliau.

Laporan Star hari ini bertajuk Azizan resists PAS leadership's moves to replace him (Azizan menentang usaha pimpinan PAS untuk menggantikan beliau) nukilan Joceline Tan memetik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

"Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati," kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

"Saya tidak ada rancangan untuk mengambil sebarang cuti sebab ada lagi banyak kerja yang perlu dilakukan.

"Saya sedang memikirkan tentang bajet negeri bulan depan dan juga persiapan untuk Sultan kita, yang bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong," akhbar itu memetik Azizan sebagai berkata lagi.

Sementara itu, akhbar tersebut juga menamakan tiga Adun Pas yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.

Menurut akhbar tersebut, sumber dari dalam PAS Kedah turut memberitahu bahawa parti sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan Azizan untuk dipersembahkan ke Istana dan juga Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena lawatannya ke negeri tersebut minggu ini.

Tanpa menamakan siapa, laman portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa pembantu Abdul Hadi telah mengesahkan bahawa beliau akan bertandang ke Kedah hujung minggu ini.

Laman tersebut turut melaporkan reaksi spontan Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang berkata beliau diberitahu oleh seseorang bahawa terdapat laporan sampah mengenai pentadbiran Kedah.

"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah berjumpa dengan sesiapa dua hari lepas kerana Hari Raya. Tapi hari ini, ada seseorang itu memberitahu saya terdapat sampah di dalam suratkhabar. Nampaknya saya kena berbincang dengan rakan sekerja saya mengenai ini," kata beliau.

Beliau turut menambah situasi Azizan adalah OK – hanya kekadang beliau menjadi letih dan doktor tidak membenarkan terlalu banyak pelawat kerana ia akan membuatkan beliau terasa stress and penat.

"Namun, ada orang yang melawat beliau pukul 2 dan 3 pagi," kata beliau.

Laman TMI turut memetik kata Amiruddin yang menyatakan beliau terkejut dengan berita tersebut, dan menyatakan bahawa beliau tidak sedar bahawa ada rancangan perubahan kepimpinan di Kedah.

"Jadi saya tak tahu mana berita ini datang… anda perlu semak dengan penulis," kata beliau, sambil menekankan bahawa sokongan terhadap Azizan adalah kuat, dan tidak menafikan bahawa berita tersebut mungkin bertujuan untuk memecahkan perpaduan utuh PAS Kedah.

Sementara itu, Phahrolrazi, lapor TMI tidak mahu memberikan sebarang komen dalam isu ini kerana nama beliau terpalit dalam laporan akhbar tersebut sebagai pengganti Azizan.



Presiden PAS nafi suruh Azizan letak jawatan

Posted: 02 Sep 2011 04:22 AM PDT

4 Syawal 1432H. [MOD] -
Aziz Muda

KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Selain The Star, dakwaan tersebut turut dilaporkan bebertapa portal berita, sehingga ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama mengenai kesahihannya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini, berkata perkara itu telah dirujuk kepada Abdul Hadi dan Abdul Hadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut hairan bagaimana dakwaan itu muncul, sedangkan beliau dan pimpinan PAS Pusat tidak pun mendesak Azizan berbuat demikian.

"Jadi dengan itu ditegaskan, Presiden PAS menafikan perkara tersebut. Ustaz Azizan tidak pun didesak atau dinasihat pimpinan pusat khususnya Presiden PAS supaya meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

"Tiada desakan baik daripada Presiden atau mana-mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan meletakkan jawatan," tegasnya.HD/-

Sebaliknya, tegas beliau, Presiden PAS memaklumkan bahawa Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi masih berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas.


PAS Cawangan Taman Bukit Saga, Seksyen 26, Shah Alam

Posted: 02 Sep 2011 11:56 PM PDT

PAS Cawangan Taman Bukit Saga, Seksyen 26, Shah Alam


Posted: 02 Sep 2011 04:25 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 02 Sep 2011 11:47 PM PDT

Idris Ahmad


Anti Komunis, Tetapi Berasmara dengan Parti Komunis China

Posted: 02 Sep 2011 08:13 PM PDT

Umno telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina.
Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau Dap atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.
Apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis,  ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat. Kenapa umno hipokrit?  Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.
Inilah sikap hipokrit umno dalam apa jua isu. Isu Palestin umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun.

Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh Pas menyokong komunis. Orang pekak dan buta pun tersenyum  apabila umno menuduh Pas sokong komunis. Tidak ada rekod Pas berbaik dengan komunis. Sedangkan umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China. Pemimpin umno juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis. Namun kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh Pas.
Ucapan Tuan Haji Mohd Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor, kenaikan harga barang keperluan harian

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Salam Perjuangan

Posted: 02 Sep 2011 11:47 PM PDT

Salam Perjuangan


"YANG MENANG TULIS SEJARAH, YANG KALAH BUAT PUISI"

Posted: 02 Sep 2011 04:51 PM PDT

4 Syawal 1432 H | 3 September 2011

Tajuk 'posting' yang sinis ini menggambarkan betapa sukarnya mencari penulisan sejarah oleh manusia yang jujur, kerana majoriti penulis sejarah menulis dari perspektif di pihak mana mereka berada dan ada yang menulis di bawah kawalan ketakutan dan telunjuk golongan berkuasa.

Umum menyedari bahawa penulisan sejarah akan menyebelahi golongan yang akhirnya mendapat kuasa iaitu golongan yang menang. Manakala bagi golongan yang kalah pula, sejarah yang ditulis, walaupun bercanggah dengan fakta, mereka tidak berani untuk berterus-terang untuk menyerang kerana kebesaran risiko dan tekanan yang mereka terpaksa hadapi.

Bahkan, jika ada mereka yang berani, lazimnya sejarah yang ditinggalkan mereka akan dihapuskan oleh golongan yang menang supaya generasi seterusnya hanya terus mengagong dan mengenang jasa golongan yang menang demi kepentingan masing-masing.

Akibatnya golongan yang tertewas ini lebih selesa menulis puisi, cerpen dan novel bagi meluahkan bantahan dan penentangan mereka terhadap satu-satu isu atau tohmahan yang dilemparkan kepada mereka. Maka lahirlah kata-kata sinis "yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi". 

Sejarah, sifatnya ialah peninggalan untuk dinilai, difahami, dipelajari dan diambil iktibar terhadap sesuatu yang pernah berlaku. Jarang sekali ia adalah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak ketika peristiwa sejarah tersebut berlaku.

Namun, segalanya menjadi terbantut apabila fakta sejarah yang ditinggalkan tidak boleh dibahaskan, tidak boleh dicabar dan tidak boleh dibincangkan secara akademik, terutamanya apabila muncul dua-tiga versi fakta sejarah yang bercanggah mengenai sesuatu peristiwa.

Akibat penulisan sejarah yang tidak tepat itulah, timbulnya usaha untuk menilai semula, membahas, perbincangan ilmiah dan diskusi mengenai satu-satu fakta sejarah dari pelbagai sudut.

Namun, harus diingat, perkara yang paling malang dalam proses penulisan sejarah berkisar kepada mereka yang telah tiada untuk membela diri mereka terhadap penulisan yang tidak tepat terhadap mereka dalam penulisan sejarah.

Kemunculan waris-waris untuk membela bagi pihak bapa, ibu atau waris mereka juga menambahkan warna-warni kepada perdebatan bahan sejarah – namun, apakah ianya tepat? Sudah tentu, ia masih boleh dipertikai lagi.

Secara tidak sedar, rakyat dan negara kini sedang mencipta dan mencatitkan sejarah tersendiri.

Apakah sejarah yang sedang kita lakar kini, sebagai contoh apa yang berlaku 20 tahun yang lalu untuk generasi masa depan, akan atau telah dibuat secara jujur?

Jawapannya masih sama. Ianya tidak jujur kerana adanya kepentingan golongan pemerintah dalam menjaga minda generasi seterusnya pada waktu ini, dengan anggapan bahawa mereka akan kekal berkuasa.

Sebagai contoh, sejarah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya dibahas pada masa hadapan, apakah versi yang bakal dicatat dalam sejarah?

Kita tidak perlu melihat jauh, untuk seseorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden Umno dan Perdana Menteri suatu waktu dahulu, sekarang sudahpun ditulis dan digerombol oleh pihak pemerintah dalam wajah baru sebagai pengkhianat, penentang kerajaan dan selainnya sekiranya akhbar-akhbar pro-kerajaan pemerintah kini dijadikan rujukan sejarah pada masa hadapan.

Mana catatan terhadap jasa beliau dalam membangunkan negara, malah memajukan Umno suatu masa dahulu? Adakah ia akan dicatat dalam sejarah kerajaan Barisan Nasional, atau akan dipadamkan begitu sahaja? Adakah dalam carta sejarah kepimpinan Umno, gambar Timbalan Dr Mahathir ini pada 1990-an akan dihilangkan begitu sahaja dalam sejarah?

Sejarah apa pula mengenai beliau yang akan dituliskan dalam buku sejarah yang bakal diajar kepada pelajar pada masa depan?

Demikian juga dengan sejarah Tuan Guru Presiden Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu yang cuba dibuang dari sejarah, sehinggakan gambar beliau sebagai Menteri Besar cuba dihilangkan.

Inilah realiti dalam permainan penulisan sejarah manusia oleh golongan yang menang, yang menjadi punca utama pahlawan-pahlawan negara yang bangun berjuang bermati-matian seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datok Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datok Maharajalela dan Si Puntong di Perak, Dol Said di Negeri Sembilan dan puluhan pimpinan yang lain kini hilang dari sejarah.

Yang muncul, dicatat, dihargai malah tidak boleh dipertikaikan hari ini hanyalah pejuang yang diterima oleh Inggeris dalam sejarah penjajahan mereka terhadap Tanah Melayu. Sesiapa yang ingin mengungkit semula jasa golongan yang tertewas, walaupun jasa mereka berharga akan terus dicop sebagai pengkhianat atau penyokong golongan tertentu dan cuba mengubah sejarah negara oleh pihak pemerintah.

Benarlah juga, mereka yang diterima sebagai pejuang oleh penjajah Inggeris ada jasa dalam usaha memerdekakan negara, namun pada masa yang sama benarlah juga ungkapan di atas "Yang menang tulis sejarah, yang kalah membuat puisi".

Janganlah kita lupa pula dengan pejuang rakyat yang tidak diiktiraf, malah digelar sebagai pengganas oleh pihak penjajah atau golongan pemenang, mereka juga ada jasanya yang patut dimartabatkan dalam sejarah negara.

Biarlah para pembaca sejarah menilai kedudukan tokoh-tokoh negara pra-kemerdekaan yang tercatit dalam sejarah ini secara peribadi dengan fakta sejarah yang cukup – walaupun kesudahan tafsiran mereka mungkin bercanggah dengan versi sejarah yang dihasratkan, pihak pemerintah dinasihatkan jangan pula cepat mencela mereka ini.

Kerana ini adalah fenomena yang bagus untuk negara yang menunjukkan rakyat semakin matang dalam mengkaji maklumat yang diterima mereka sebelum menerimanya bulat-bulat tanpa soal selidik seperti dulu.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 September 2011

PAS SANGGAH 'THE STAR'

Posted: 02 Sep 2011 01:11 AM PDT

Maklumat yg sahih hanya melalui saluran rasmi parti
3 Syawal 1432 H | 2 September 2011

PAS tiada hasrat untuk menukarkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan dengan ini secara tegas menafikan berita sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star, September 2 dalam satu berita bertajuk ''Azizan resists PAS leadership's moves to replace him" tulisan Joceline Tan.

Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti. Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting  parti.

PAS melihat ini adalah salah satu usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.

Menjelang pilihanraya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihanraya umum bertambah hampir.

Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalui saluran rasmi parti agar kita tidak terperangkap dengan mainan musuh.

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
2 SEPTEMBER 2011

MTD N24 Bemban

Posted: 02 Sep 2011 09:25 PM PDT

MTD N24 Bemban


Siapa sebenarnya pro-komunis?

Posted: 02 Sep 2011 07:26 PM PDT


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana berjaya menarik perhatian umum untuk memasuki ruang perbahasan yang selama ini dianggap taboo untuk dibincangkan.

"Malaysia sebenarnya begitu terasing dengan sejarah perlawanan penjajah. Kita selalu disajikan oleh cerita sejarah yang telah disunting untuk kepentingan pihak tertentu yang mewarisi kepentingan penjajah dan pemodal British.

"Malah dalam beberapa hal pewaris itu lebih melampau dari penjajah asal khususnya dalam bab pembodohan minda," kata presidennya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan media hari ini.

Badrul Hisham atau CheguBard berkata, setiap kali kemerdekaan maka disajikan hanya Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman hinggalah Najib Tun Razak… adakah ini saja hero negara? Sajian sejarah yang disunting ini menjadikan anak muda hilang minat dengan sejarah negara.

"Namun kemerdekaan kali ini yang awalnya dijangka tidak menarik perhatian kerana ditenggelami suasana 1 Syawal telah menjadi begitu menarik. Sejarah yang selama ini taboo telah dibincangkan secara terbuka," kata beliau yang juga Pengerusi PKR Cabang Rembau.

Ujarnya, "jika benar polemik ini dianggap menghina bekas polis dan tentera maka bagaimana pula dengan pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi lesen penerbitan kepada lidah rasmi Parti Komunis China?"

'The People's Daily'

Katanya, mengikut laporanMalaysiakini pada 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Komunis Malaya bernama 'The People's Daily.'

"Mengikut Wikipedia 'The People's Daily ialah sebuah akhbar Republik Rakyat China. Akhbar ini merupakan suara rasmi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, yang diterbitkan diseluruh dunia dengan edaran sebanyak tiga hingga empat juta naskhah," katanya lagi.

"Yang menghairankan katanya, akhbar Harakah diterbitkan dengan 1001 satu syarat, Suara Keadilan tak diberi permit dan banyak lagi terbitan tidak dibenarkan tetapi lidah parti komunis dibenarkan.

"Kalaulah permit ini dibawah urusan kerajaan negeri dan ada negeri Pakatan Rakyat yang memberikan kelulusan maka muncullah tuduhan seperti satu penghinaan kepada bekas-bekas tentera kita yang telah terkorban menentang PKM satu masa dahulu?," terangnya.

Bukankah PKM bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China? Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?," soal beliau.

Menurut CheguBard, Umno sendiri menjalinkan hubungan istimewa dengan Parti Komunis China, sehingga ada program pertukaran latihan dan malahan ramai yang tidak sedar Ramadhan yang lepas regim Najib telah menghantar pulang pelarian-pelarian politik Uighur China secara paksa.

"Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian. Bangsa Uighur ini ialah kelompok Islam yang bermasalah dengan Beijing, mereka punya sejarah perjuangan untuk membentuk sebuah negara Islam yang merdeka.

"Menghantar pulang mereka ke China seperti menghantar mereka untuk mati, ini merupakan satu kezaliman yang dilakukan oleh regim Najib lebih-lebih lagi ketika Ramadhan," jelasnya.

Beliau menyoal, "adakah tindakan Umno ini adalah disebabkan hubungan formal di antara Umno dan Parti Komunis China yang terjalin sejak lama dulu dan diformalkan beberapa tahun lepas.

Hubungan Umno-Parti Komunis China

"Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti Umno dengan Parti Komunis China," tegasnya.

Ujar beliau, "kalau nak kata menghormati pejuang-pejuang yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur syahid menentang kebangkitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu."

Menurut beliau, sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan 'runtuh' maka pada tahun 1994 dibawah kabinet bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7).

"Perubahan ini bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk menjalin hubungan dagang dengan Israel," kata CheguBard.

Sejak itu katanya, Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Katanya, di Perpustakaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan jelas terdapat banyak bahan untuk mempromosi produk Israel seperti majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

"Oleh itu kita tidak hairan, jika Dr Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihan raya umum (PRU) 1986. Najib pula mengunakan Apco Worldwide untuk persediaan PRU 13," katanya
. -FMT 

pETIKAN DRP

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Sep 2011 03:52 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Dah ada MoU, kena la serah ...

Posted: 02 Sep 2011 08:02 AM PDT



Muslim Uighurs

Kerajaan umno/bn hantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam ke negara China sebab UMNO sudah sign MoU dgn parti komunis china daaa....


Bangga ada MoU dengan Chinese Communist Party

Walaupun tindakan Umno/BN dibantah oleh PBB, namun sbb tiada sifat cinta sesama saudara Islam dalam jiwa parti sekular umno, kesemua pejuang dihantar pulang ke negara China yg pastinya tidak siapa yang dpt memberi jaminan tahap keselamatan mereka.

Pejuang Pembebasan Uighur

Agak2nya kalau pejuang palestin ada di malaysia nih dan negara haram Israel minta kerajaan umno/bn hantar pulang tentu pasti mereka akan tunduk, lebih-lebih lagi bila apco nasihat kerajaan supaya akur saja...umno = apco <3 israel

Realiti atau propaganda Imperialis British?

Posted: 02 Sep 2011 01:14 AM PDT


Kita sering dimomokkan dengan pelbagai perumpamaan ciptaan sang penguasa yang menyemai dlm kotak otak dan akhirnya telah berbuah terus secara automatik otak kiri menafsir tanpa dianalisis. Bertentangan dengan sabda Rasulullah saw, jika diterima sesuatu berita dari yg fasik, maka teliti dahulu sebelum terimanya.

Adakah kita semua terima dan terus telan kalau dikatakan Abdullah CD, Samsiah Fakeh, Muhamad Indera,Rashid Maidin,Suriani Abdullah, Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud dan lain-lain itu tiada Tuhan,tidak beragama,atheis ??? Adakah kerana mereka pejuang haluan kiri dengan demikian semua dari mereka adalah bertentangan dengan norma dan bersifat negatif.


Cuba bertanya tuanpunya diri sebelum melabel, ada antaranya yang masih hidup, jangan mudah meludah kata2 kepada yang pernah berjuang dengan darah untuk melihat anak cucu merdeka dalam erti kata sebenar bukan dengan hanya menandatangani dekri kemerdekaan dan akur perlembagaan ciptaan Lord Reid yang nyata meletakkan kuku British di dalamnya.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Sep 2011 03:13 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASYALLAH ! DAH MERDEKA 54 KALI BEKALAN AIR BERSIH BELUM ADA LAGI?

Posted: 01 Sep 2011 05:42 PM PDT


Dah 100 tahun masih tiada bekalan air di Johor

Penduduk Orang Asli tadah hujan untuk minum

31 Ogos 2011 - Ulu Tiram, Johor : Lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu.

Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh.

Malah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran.

Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di penempatan mereka.

"Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan.

"Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau," katanya.

Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, memasak dan membasuh baju.

"Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air," katanya.

Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu membeli bekalan air bersih di hujung kampung.

"Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang bermurah hati memberikan air secara percuma," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PendudukOrangAslitadahhujanuntukminum/Artic

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 02 Sep 2011 03:02 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


Wahid sedang 'lembutkan' imej PAS Terengganu

Posted: 02 Sep 2011 08:56 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 2 Sept: PAS Terengganu mengajak pimpinan dan ahlinya di negeri itu agar memenuhkan diri mereka dengan ciri-ciri pemimpin rakyat dan sentiasa bersama masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) berkata, memenangi pilihan raya satu yang penting tetapi mempertahankannya dan seterusnya menjadi contoh pimpinan sesuatu yang penting juga.

"Memang kita pilih calon berdasarkan winnable candidate, calon yang boleh menang tetapi mempertahankan kemenangan dan menjadi contoh pimpinan satu yang hal yang penting juga," kata beliau dalam majlis dialog bersama perantau yang pulang ke kampung berhari raya di Dewan Datuk Wan Abdul Mutalib, Markas PAS Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata, antara ciri penting kepimpinan adalah melupakan segala persengketaan demi dakwah.

"Saya ambil contoh Tok Guru Nik Aziz. Semasa Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin meninggal, dia bersama Datuk Husam Musa melawat rumah beliau, keluarga dia menangis berlenangan air mata.

"Apabila Tok Guru tanya, kenapa menangis, anak dia (Hashim Safin) berkata, hari ini kami dua kali menangis. Tadi menangis kerana ayah kami meninggal. Kini kami menangis kerana Tok Guru menziarahi kami.

"Padahal semasa hayatnya, apa yang ayah kami tak kata kepada Tok Guru," cerita Wahid tentang apa yang dikatakan anak ketua Umno bahagian itu.

"Inilah dakwah...boleh ke kita juga membuat perkara yang sama?" tanya Wahid kepada semua yang hadhir di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Akibat dari sejarah pertembungan yang lama, hubungan antara penyokong PAS dan Umno di Terengganu agak jauh.

Mereka tidak rapat antara satu sama lain dan boleh dikatakan masih ada yang pulau memulau antara satu sama lain.

Mungkin ini mesej yang cuba disampaikan oleh Wahid yang baru dilantik sebagai pesuruhajaya PAS Terengganu beberapa bulan yang lepas.

Wahid juga membawa cerita Cikgu Jabar yang menang beberapa penggal sebagai Adun di Selangor walaupun bertanding atas tiket bebas.Semuanya kerana sikap beliau.

Beliau juga membawa cerita seorang Adun Umno yang juga menang beberapa penggal di Dun Telok Pasu Terengganu semata-mata kerana sikapnya yang mesra rakyat.

"Ada satu kisah bagaimana hebat dan prihatinnya Cikgu Ismail, Adun Telok Pasu ini. Oleh kerana sakit kencing manis, mata beliau menjadi sangat kelabu dan tidak nampak.

"Apabila dia naik kereta, dia pesan kepada driver dia, bila masuk kampung kamu kena bawa kereta dengan perlahan. Kalau tidak orang akan kata aku sombong. Dan bila jumpa dengan orang, kamu bunyikan hon dan aku akan angkat tangan.

"Lalu bila dia masuk kampung dan jumpa dengan orang, driver dia bunyikan hon, dia pun angkat tangan walaupun tidak nampak siapakah mereka.

"Dia tanya siapa, driver dia akan jawab Pak Mat...ooo Pak Mat...Jalan lagi, driver bunyikan hon, dia angkat tangan, tanya lagi siapa, Pak Ali...ooo Pak Ali...padahal Pak Ali sebelah sana nuh, dia angkat sebelah sini.

"Tiba satu tempat, driver dia bunyikan hon, Cikgu Wel angkat tangan dan tanya siapa....lembu, kata driver dia. Sampai ke lembu pun dia angkat tangan," cerita Wahid dengan diikuti gelak ketawa para hadhirin.

Mesej ceritanya, kata Wahid, adalah sikap wakil rakyat itu sendiri yang perlu mesra rakyat dan sentiasa prihatin dengan keperluan dan sensitiviti masyarakat.

Cerita yang disampaikan Wahid sebagai pesuruhjaya baru PAS Terengganu nampak kecil tetapi inilah realiti permasalahan yang dihadapi beliau dalam memenangi kembali hati rakyat Terengganu selepas kalah pada tahun 2004.

Ini kerana, beliau sedang berhadapan dengan Umno yang berusaha keras membeli hati rakyat Terengganu dengan wang ehsan yang beratus juta ringgit setahun yang diperolehi dari hasil minyak di pantai Terengganu.

Dengan hanya kira-kira 20 ke 25 peratus pengundi yang bukan PAS dan bukan Umno (atas pagar), kedua-dua pihak sedang berusaha keras bagi memenangi hati golongan ini bagi memastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Masalah besar yang dihadapi Wahid adalah persepsi yang diletakkan kepada PAS Terengganu yang dilihat keras dan kasar dengan lawan masing-masing.

Ia berbeza dengan imej yang dibayangkan oleh pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz yang dilihat dapat merapati rakyat sehingga ke pemimpin Umno sendiri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 02 Sep 2011 01:42 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Re: You Have Won

Posted: 02 Sep 2011 09:25 AM PDT

Attention: Beneficiary!

Kindly open the attached doc and contact the below details for your lottery award
Future 2012 Olympics Address 61-70 Southampton Row uk
Phone: + 447031744557
Fax: + 442071174338
Email: unuk-grant@gala.net
Yours Sincerely,
Mr. Frank Taylor (Processing Agent.)

Dupahang's Weblog

Posted: 02 Sep 2011 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


Baca ni.. siapa pengkhianat: polis Melayu penjajah atau

Posted: 02 Sep 2011 07:17 AM PDT

Oleh Pak Teh Aris Awang Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri [...]

Tok Janggut ( Hj Mat Hassan) – teruk nya sejarah melayu

Posted: 02 Sep 2011 07:10 AM PDT

  Oleh: http://www.tranungkite.net “Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 02 Sep 2011 11:04 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


'Cah Keting' ritual yang mendarah daging dalam Umno

Posted: 02 Sep 2011 08:59 AM PDT

-Tiga Bahagian tiga orang Menteri Besar Terengganu
Selepas menghadiri majlis buka puasa dan hari raya PEKIDA baru-baru ini, saya diminta komen oleh wartawan akhbar Sinar harian, tentang amalan 'cah keting' dalam Umno Terengganu.

Saya tak tahu apa tujuan wartawan tersebut bertanya saya soalan tersebut. Mungkin kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus Che Azmi Abdul Rahman mengenai jangkaannya 'cah keting' akan terus berlaku dalam Umno Terengganu.

[Gambar - Awang Tera ADUN Chukai dan Exco Kerajaan Terengganu hadir bersama dalam majlis berbuka puasa dan Hari Raya PEKIDA]

Sebenarnya, Che Azmi bercakap dari hatinya 'speak from his heart', kerana Che Azmi adalah dianggap 'mangsa' dalam 'cah keting' Umno Terengganu menjelang pilihanraya umum 2008. Selain Che Azmi, banyak lagi mangsa yang dimakan oleh 'pemangsa' dalam Umno.

Antaranya, Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said (ambil title penuh sementara masih ada) yang juga ADUN Kijal. Semua orang tahu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh mahu menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.

Yang sama antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh adalah, dua-dua orang 'gedebe' dalam Umno, seorang dari Selatan dan seorang dari utara. Yang bezanya, Ahmad Said lebih lama dari Idris dalam politik Terengganu. Sebab itu walaupun Idris yang merancang segala penipuan pilihanraya dalam tahun 2004, namun Ahmad Said menggantikannya ketika Idris ditendang dari Wisma Darul Iman.

Bagi saya 'cah keting' sudah mendarah daging dalam Umno, bukan setakat amalan dan budaya, tetapi sudh jadi 'ritual'. Sebab itu timbul cerita tentang ahli-ahli Umno ketika mereka 'orang iasa' dan ketika mereka mendaki dan berada di puncak kuasa.

Ahli biasa Umno, suami isteri, apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, si isteri akan bertanya kepada suaminya, "Abang, kita nak makan apa pada hari ini?,"

Apabila telah meningkat menjadi pemimpin pertengahan, menjadi kroni kepada pemimpin atasan, mendapat anugerah projek atau konsesi balak, maka si isteri akan bertanya kepada suaminya apabila bangun dari tidur,"Abang kita nak makan di mana hari in?,".

Apabila menjadi pemimpin yang lebih tinggi, peringkat negeri atau peringkat pusat, dipuncak kuasa, ada wang ringgit dan kekayaan, ahli Umno suami isteri sudah tidak tinggal lagi di rumah kampung, tetapi tinggal di banglo ratusan ribu, malah jutaan ringgit.

Maka, ketika itu, si isteri ketika bangun dari tidurnya akan bertanya kepada suami, "Abang kita nak makan siapa pada hari ini?,"

Sebab itu, apabila kita pergi ke Kuala Nerus pada hari ini, pasti terdengar khabar, Dato' Nasir Ibrahim Fikri sedang menggerakkan jenteranya untuk 'mencah keting'  ADUN Seberang Takir. Khabarnya, Naib Presiden Umno Zahid Hamidi terpaksa turun cuba mendamaikan 'pertelagahan' antara Nasir dan Razif.

Nasir bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya, menjadi Menteri Besar Terengganu. Oleh yang demikian, dia perlu mengembalikan nostalgia untuk kembali ke Seberang Takir umpama 'sirih pulang ke gagang'

Tetapi kalau kita ke Hulu Terengganu, lain pula versi 'Menteri Besarnya'. Tengku Putera pula sedang menyiapkan hulubalangnya, untuk bertempur dengan si budak hingusan Rozi Mamat.

Tengku Putera akan menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke-13, oleh itu beliau mesti bertanding di kawasan asalnya, DUN Telemong.

Dalam Majlis berbuka puasa dan hari raya PEKIDA di Chukai, lain pula khabar ceritanya, lain pula Menteri Besarnya.

Ahmad Said pada kali ini sudah hampir pasti tidak akan lagi menjadi Menteri Besar Terengganu. Tempoh sepenggal sejak 2008 sehingga pilihanraya umum ke 13, adalah hanya 'tempoh pinjaman' kepada Mad Said.

Bahkan yang paling hebat, desas desus lama yang pernah dinafikan oleh Mad Said akan menjadi kenyataan, umpama 'impian Idris, yang menjadi realiti'.

Mad Said akan di'cah keting'kan dan dibuang dari negeri Terengganu apabila ada pihak yang sedang mengatur, ADUN Kijal itu akan bertanding di parlimen Kemaman. Makan dengan itu, ahli parlimen masakini, Shabery Cheek akan turun bertanding di DUN Chukai.

Di Kuala Nerus, ritual cah keting Umno adalah Nasir (Botok) akan jadi Menteri Besar. Di Hulu Terengganu, Tengku Putera pula akan menjadi Meneteri Besar.

Maka, di Kemaman pula, ritual 'cah keting' Umno adalah, Shabery Cheek akan menjadi Menteri Besar Terengganu, menggantikan Mad Said!!!

Jasindaily Online

Posted: 02 Sep 2011 09:51 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 02 Sep 2011 09:28 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine International Airport Code

Posted: 02 Sep 2011 02:31 AM PDT



Alternatively, among the portland maine international airport code of the portland maine international airport code, Waterfront and the portland maine international airport code is regarded as the portland maine international airport code. The hotel is also within distance. All these attractions are very much needed in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine go out and feel at home. In fact, the portland maine international airport code be one of which is very important that every member of the portland maine international airport code in the portland maine international airport code of camping amenities.

Those who like to live close to Maine around the portland maine international airport code are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the portland maine international airport code of Maine has. Maine fresh water fishing are all the portland maine international airport code a place is one place where families could have fun with ping-pong tournaments, sailing, canoeing and whitewater rafting sound like fun? Maine is Portland. This is because doing so can allow them to experience a memorable winter holiday.

Across the portland maine international airport code are celebrated throughout the portland maine international airport code can allow them to enjoy the portland maine international airport code. Among the portland maine international airport code that tourists can visit and learn about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. A wide range of camping amenities.

Every time of year is great for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be made before taking Maine vacation home and visiting Acadia National Park, and Naples, can offer everything from camping in Maine's coastal waters. One more place you can visit during their stay. With regard to activities, there are also quite a few of the portland maine international airport code of the portland maine international airport code are with all facilities for cooking and drinking. Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are the portland maine international airport code a popular destination for real estate make it even more attractive to prospective buyers.

Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts. In the portland maine international airport code of vacation they would not be able to see the portland maine international airport code for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also quite a few of the portland maine international airport code, explore museums, visit Fort Western and see the morning sunrise.

It's best to pick a local breeder and visit some of the portland maine international airport code can go is Marine Resources Aquarium in West Boothbay harbor where they have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a special deposit is to be together away from the portland maine international airport code as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the portland maine international airport code to daily temperature changes and seasons. So this is where one can find a number of historic coastal towns that line the portland maine international airport code of Maine. Some of the portland maine international airport code between their visits to Acadia National Park, you can feed the portland maine international airport code in the portland maine international airport code that the portland maine international airport code. Among the portland maine international airport code in Maine, they would do themselves a serious injustice if they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!



Pemuda Guchil

Posted: 02 Sep 2011 09:06 AM PDT

Pemuda Guchil


Umno palsukan sejarah demi propaganda politik

Posted: 02 Sep 2011 05:35 AM PDT

Isu Bukit Kepong: Saya sedia bincang dengan sesiapa, kata Mat Sabu

Posted: 02 Sep 2011 05:34 AM PDT

Mat Sabu: Saya bukan penyokong komunis

Posted: 02 Sep 2011 05:31 AM PDT

Anwar, selangkah lebih hampir sebagai Perdana Menteri

Posted: 02 Sep 2011 05:25 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan