Jumaat, 30 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 30 Sep 2011 01:54 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Maaf Sultan Johor, tetapi mahu saman media

Posted: 30 Sep 2011 01:50 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 30 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) memohon maaf kepada Sultan Johor ekoran rasa tersinggung baginda tentang kenyataannya namun beliau akan menyaman media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

"Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.

Beliau memberikan reaksi ekoran laporan media yang berkata Sultan Johor tersinggung dengan kenyataan beliau yang berkata Johor tidak selamat.

Mula-mula, beliau dikatakan menyatakan perkataan itu di Australia namun kemudiannya dikatakan menyatakannya di Singapura pula.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan, kenapa media tidak bising cacian yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka terhadap negeri Kelantan.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik.

"Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau merasakan telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

"Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat," katanya.

Setakat ini, katanya, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.

"Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," kata beliau.

harakahdaily/-

Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting

Posted: 30 Sep 2011 01:35 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LUMUT, 30 Sept: Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.

Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya sudah teraniaya.

Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka.

Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 27 kapal NGPV ini.

Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai.

Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor.

NGPV

TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an.

Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion ringgit kepada media massa.

Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan.

Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan.

Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006.

Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini.

Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting.

Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai pangkat Laskar Kanan.

"Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini.

Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa pembelaan nasib anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak telus, adil dan saksama.

"Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu.

Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan kepada mereka.

Teraniaya

"Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat Bintara Muda (petty officer).

"Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata sumber itu.

Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan pengambilan anggota sejak tahun 2009.

Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka.

Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera laut.

Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat.

Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari perkhidmatan melalui pendekatan ini.

Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah yang menjadi mangsa.

Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal.

Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan tatatertib oleh TLDM.

Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media.

harakahdaily/-

Kedah: Umno bahagian diingat selesai kemelut dalaman

Posted: 30 Sep 2011 01:31 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.

"Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah.
"Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita di Alor Setar.

Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN.

"Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih.

"Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.

- Bernama

Penjara lama jadi tarikan pelancong

Posted: 30 Sep 2011 01:21 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG kanak-kanak melihat patung banduan yang dipamerkan di salah satu lokap di muzium terbabit.

GREEN ISLAND, Taiwan - Penjara yang menempatkan penjenayah tegar dan tahanan politik di Pulau Green yang terletak di pantai timur Taiwan merupakan lokasi paling ditakuti suatu ketika dahulu.

Di sana, beribu-ribu banduan dipenjarakan dengan sebahagian daripada mereka menemui ajal. Namun kini, ia menjadi destinasi pelancongan utama kerana pemandangan cukup indah dan sejarah hitam yang dimilikinya.

"Ketika saya kecil, ayah suka menakutkan saya untuk dihantar ke Pulau Green sekiranya tidak menjaga tingkah laku. Sekarang saya berpeluang melihatnya dan mengakui ia sungguh menakutkan apabila memikirkan bagaimana banduan tinggal beramai-ramai di dalam lokap yang kecil," jelas seorang pengunjung ke penjara yang kini sudah diubah menjadi sebuah muzium, Vicky Liu, 22.

Muzium tersebut mengumpul dan mempamerkan artifak dari tahun 1951 hingga 1987. Antaranya ialah lukisan yang menunjukkan banduan dipukul dengan buluh panjang atau dipaksa melutut di atas serpihan kaca. Pada satu masa, penjara itu pernah menempatkan sehingga 2,000 orang banduan.

"Kami mahu menjadikan penjara ini sebagai satu bangunan yang diingati," kata ketua muzium terbabit, Cheng Sheng-hsing.

Beberapa buah kedai di bandar Jhongliao turut menjual barangan cenderahati bertemakan penjara. Misalnya, lakaran kartun sekumpulan banduan yang sedang merancang untuk melarikan diri. - AFP

Diskaun kompaun MBSA hinggai 70 peratus mulai bulan depan

Posted: 30 Sep 2011 01:00 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 30 SEPT : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pengurangan kompaun kesalahan trafik sehingga 70 peratus kepada orang ramai yang mempunyai tunggakan kompoun di kawasan pentadbirannya mulai 1 oktober sehingga 30 November ini.

Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad menerusi kenyataan medianya hari ini menjelaskan kempen pengurangan kompun ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai kesalahan trafik dan letak kenderaan melunaskan kompaun mereka sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka.

"Kempen ini bertujuan mendidik masyarakat supaya bertanggungjawab dan tidak melenggah-lenggahkan masa untuk menjelaskan bayaran kompaun yang dikenakan ke atas mereka."

Berikut adalah peratus pengurangan kompaun yang diberikan (berbeza mengikut tempoh masa)

Tempoh Pengurangan
1 0ktober - 16 Oktober 70 Peratus
16 0ktober - 31 Oktober 60 Peratus
1 November - 30 November 50 Peratus

Mengulas lanjut, Shahrin menyeru orang ramai untuk mengambil peluang tempoh dua bulan ini untuk membuat semakan dan seterusnya menyelesaikan tunggakan kompaun masing-masing.

Selain itu pihak MBSA juga menyedia kemudahan pembayaran secara on-line bagi memudahkan orang ramai melunaskan tunggakan mereka menerusi FPX dan kad kredit dengan melayari laman sesawang MBSA www.mbsa.gov.my.

tv news/-

Malaysian Insider mohon maaf kepada Tajudin

Posted: 30 Sep 2011 12:45 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Portal berita The Malaysian Insider hari ini mengemukakan permohonan maaf kepada bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli kerana penerbitan berita tanpa fakta dan berunsur fitnah.

Syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd; Ketua Pegawai Eksekutifnya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal menyerahkan surat kenyataan itu menerusi peguam mereka George Miranda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Harminder Singh Dhaliwal di dalam kamar di Kuala Lumpur

Turut hadir peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin.

Di luar mahkamah, Miranda memberitahu pemberita bahawa kesemua pihak menandatangani surat kenyataan maaf itu dan selain kenyataan tersebut, beberapa terma lain turut dibincangkan tetapi tidak boleh didedahkan.

Melalui surat tersebut ketiga-tiga pihak menyatakan kekesalan mereka di atas segala kesulitan yang dialami Tajudin berikutan tersiarnya berita berkenaan.

Kesemua pihak juga bersetuju menarik balik berita yang disiarkan serta mengakui berita itu fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih.

Penyelesaian hasil rundingan di luar mahkamah ini adalah rentetan daripada permohonan saman Tajudin terhadap portal itu berjumlah RM200 juta pada 18 Ogos lepas.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama, Jahabar dan Shazwan sebagai defendan kedua dan ketiga.

- Bernama

Wang RM500,000 lesap

Posted: 30 Sep 2011 12:30 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH - Penipuan melibatkan penggunaan kepala surat agensi kerajaan semakin berleluasa, terbaru melibatkan kerugian sehingga RM500,000 oleh seorang ahli perniagaan.

Pengarah Urusan Weng Yip Engineering Enterprise, Yip Kam Weng mendakwa ditipu seorang wanita yang mengaku boleh membantu mendapatkan permit mengambil pasir di Tanjung Tualang untuk projek pembinaan jalan raya.

Mangsa mulanya diperkenalkan seorang rakan kepada seorang wanita yang mengaku mempunyai tanah lombong dan sedia membantu untuk memperoleh pasir lombong yang diinginkan.

Tanpa menyelidik latar belakang wanita berkenaan, mangsa terus percaya dan memberikan wang pendahuluan sebanyak RM50,000 kononnya sebagai deposit dan kemudiannya meminta beberapa lagi jumlah wang untuk urusan memperoleh permit pasir.

Wanita berusia 32 tahun itu kemudiannya memperdaya mangsa dengan memberikan surat kelulusan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta yang dipalsukan.

Penipuan terbongkar selepas pasir yang sepatutnya dibekalkan untuk projek jalan raya di Kampung Gajah tidak dapat disediakan berikutan permit dikeluarkan kepada pihak lain.

Keliru dengan surat yang diterima, Kam Weng mengemukakan aduan kepada Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional berkenaan, Mohd Rawi Abdullah membuat rujukan dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan mendapati permit telah dikeluarkan individu lain.

Katanya, wanita berkenaan cuma menukarkan alamat individu sebenar yang memiliki permit itu dengan alamat Weng Yip Engineering Enterprise.

"Saya tanya dia (wanita itu) tentang perkara itu dan dia mengaku menipu. Saya juga minta dia bayar duit yang telah dikeluarkan untuk urusan atau proses permit itu.

"Memang dia ada bagi 10 cek untuk bayar balik semua wang saya tetapi dua daripada cek itu adalah cek tendang, selebihnya belum lagi dicuba untuk ditunaikan kerana mungkin cek tendang juga," luah Kam Weng.

Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan Kam Weng akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Pihak Pusat Khidmat dan Aduan BN juga akan membawa kes berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Tanah dan Galian serta Ketua Polis Negara.

"Isu ini cukup serius dan jika tidak dibendung, ia akan memburukkan imej agensi kerajaan.

"Mana-mana pihak yang pernah alami masalah sama diharap tampil melaporkan kejadian itu kepada polis untuk siasatan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

sinar harian/-

Perangsang Selangor sasar 1,500 siswazah berniaga

Posted: 30 Sep 2011 12:00 AM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 30 Sept: Sebagai salah satu agenda dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) telah menganjurkan satu program untuk membantu siswazah-siswazah Selangor bagi penyediaan mereka memasuki alam pekerjaan.

Pengerusi Kumpulan Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin menjelaskan pada satu sidang media bersama Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim itu meletakkan sasaran membantu lebih 1,500 siswazah dari Negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri.

"Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri ini dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.

"Dalam pada ia dapat membantu Negeri Selangor mengurangkan kadar siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan dan serta sebagai satu usaha untuk mendukung hasrat merakyatkan ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Tambah beliau lagi, program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan jangka pendek releven dengan pasaran kerja sekarang.

"Kita akan menyediakan latihan di tempat kerja (On-Job Training) dan usaha ini untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus.

"Bagi siswazah yang mengikut kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah tersebut bagi memulakan pekerjaan," tambahnya.

Idris memberitahu program ini disasarkan kepada semua siswazah dari Negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa jua bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.

"Untuk tahun 2011 semua kursus latihan akan bermula pada bulan Oktober dan November dan kita berharap usaha ini mendapat sambutan dari setiap siswazah," sambungnya lagi.

Sebelum itu Perangsang Selangor mengharapkan semua siswazah yang berminat untuk memohon bagi mengikuti program tersebut dapat menghubungi Unit Pelaksanaan CSR Perangsang Selangor.

haralahdaily/-

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor

Posted: 29 Sep 2011 11:51 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

Lim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.
Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.

Berita Harian melaporkan baginda tersinggung bila mendengar tuduhan tidak berasas dibuat berkaitan keadaan Johor.

Menurut baginda, polis Johor yang dipimpin Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan dalam menjaga keselaatan dan keamanan untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan pelancong ke negeri ini.

Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.

Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.

Kenyataan Lim itu dilaporkan mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak setiausaha agung DAP itu memohon maaf di atas kenyataaan itu.

Bahkan kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor dilaporkan mahu tindakan undang-undang diambil kepada Lim dan menasihatkan beliau agar tidak masuk ke negeri tersebut.

malaysiakini/-

Mohd. Raffie bersyukur tidak buta

Posted: 29 Sep 2011 11:40 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MUHD. Khairun Aseh (kiri) melawat mangsa simbahan asid, Mohd. Raffie Abdul Latiff di Hospital Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Tiada kata mampu diucapkan oleh seorang jurujual minyak wangi yang menjadi mangsa simbahan asid pada hari kelapan Ramadan lalu selain bersyukur kerana mata kanannya berjaya diselamatkan.

Bagi Mohd. Raffie Abdul Latiff, 28, kejayaan sekumpulan doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pembedahan ke atas mata kanannya sehingga kembali pulih amat tidak diduga sama sekali.

Pembedahan tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif HKL, Dr. Normala Basiron yang sebelum ini turut merawat mangsa renjatan elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22.

Malah lebih menggembirakan jurujual minyak wangi itu apabila kulit badannya yang melecur akibat terkena asid juga semakin pulih.

"Sejak tragedi itu, saya sudah pasrah mata kanan saya akan buta tetapi tak sangka pula ia boleh pulih. Jadi kedua-dua mata boleh melihat kembali.

"Terima kasih banyak-banyak kepada semua tenaga pekerja HKL terutamanya di Unit Rawatan Kebakaran kerana menjaga saya selama ini," katanya.

KOSMO/-

136 mangsa pemerdagangan diselamatkan

Posted: 29 Sep 2011 11:30 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seramai 136 mangsa jenayah pemerdagangan manusia diselamatkan menerusi 73 tangkapan individu yang terlibat dalam 53 kes sejak Januari hingga Ogos lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa pemerdagangan itu kini ditempatkan di seluruh negara - 71 daripadanya lelaki, 40 wanita, 15 kanak-kanak perempuan dan 10 kanak-kanak lelaki.

"Pecahan mengikut kewarganegaraan mencatatkan Myanmar adalah rekod paling tinggi iaitu 41 mangsa, diikuti Pakistan 38, Indonesia 27, India 10, Malaysia 8, Filipina 4, Thailand 3, Vietnam dan Kemboja masing-masing dua mangsa dan China satu mangsa," katanya.

Beliau berkata statistik itu adalah sebahagian laporan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat menerusi aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.

Tangkapan paling tinggi direkodkan terhadap warga Malaysia iaitu 55 individu diikuti Myanmar (5), Indonesia (4), China (2) dan Thailand serta India (masing-masing 1).

Berdasarkan statistik 53 kes itu, tafsiran Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) meletakkan 24 daripadanya sebagai jenayah eskploitasi seks, 19 (perkhidmatan paksa), tujuh kes penjualan bayi dan tiga adalah kesalahan eskploitasi visa di bawah Akta Imigresen 1963.

- Bernama

Krisis Air Selangor : FOMCA cuba temukan SYABAS dan LUAS.

Posted: 29 Sep 2011 11:25 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 30 Sept : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempunyai fakta dan hujah yang berasas namun berbeza pada situasi dalam mendepani krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bendahari Agung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusuf Abd Rahman berkata perbincangan meja bulat berhubung situasi pembekalan air semasa akan dilaksanakan menerusi siri jelajah serata Selango. Hasilnya akan dimuatkan dalam satu memorandum untuk diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Syabas berpendirian bahawa krisis air bakal berlaku sekirannya cadangan pembinaan loji rawatan air Sungai langat 2 tidak diluluskan oleh kerajaan Negeri.

Sebaliknya, LUAS pula menyifatkan krisis air ini tidak akan berlaku kerana rekod menunjukan tujuh empangan dan sungai-sungai utama di serata Selangor pada tahap tidak membimbangkan. Ini bermakna bekalan air mentah mencukupi untuk keperluan loji pembersihan air.

"program berpincangan itu masih lagi berjalan, setakat ini lima daerah kita telah jelajah bagi mengumpul maklumat sebelum menyerahkan memorandum tersebut, oleh kerana perbincangan meja bulat itu belum selesai, kita belum muktamatkan isi kandungan memorandum tersebut."

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVSelangor bagi mengulas tujuan perbincangan meja bulat dalam membentuk satu memorandum yang dijangka akan selesai hujung bulan ini.

Kerajaan Negeri sebelum ini berpendirian bahawa tidak akan meneruskan cadangan pembinaan loji rawatan air (Langat 2) sekiranya penstrukturan semula air dapat diselesaikan dan dipersetujui semua pihak.

Namun hasrat ini terbantut kerana sehingga kini kerajaan persekutuan menerusi Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin tidak meluluskan cadangan itu.

Situasi ini membataskan Syabas dan LUAS dalam menjalankan tanggungjawabnya mendepani kekangan krisis air dan jaminan kepada pengguna.

"kalau isu ini tidak dimuktamatkan, kemungkinan bakal berlaku krisi air 2014, walaupun kerajaan negeri menyatakan ianya tidak akan berlaku sehingga 2019"

"Persoalannya kedua-dua pihak LUAS dan Syabas memberikan fakta yang berbeza dalam keadaan yang berbeza, secara dasarnya LUAS bertanggungjawab dalam membekalkan air mentah, walaupun ia pada paras yang banyak tetapi tidak boleh digunakan kecuali ianya dirawat terlebih dahulu, merujuk kepada Syavas pula air bersih untuk digunakan pada 2014 mungkin tidak mencukupi."

Syabas sebelum ini mendakwa isu krisis bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menjadi kenyataan apabila rizab harian penggunan air hanya mencukupi keperluan kira-kira 800,000 pengguna di kawasan Gombak.

LUAS pula dilihat mengesa Syabas untuk melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji-loji sedia ada bagi menambah kapisiti loji pembersihan tersebut.

"Apa yang diharapkan setelah menyerahkan memorandum tersebut, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dapat meneliti dan sekirannya terbukti memorandum itu berasas, kita harapkan mereka akan mengambil tindakan segera."

tv news/-

Najib belum jawab kos selenggara rumah RM49 juta

Posted: 29 Sep 2011 09:25 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk 'menaiki bas' dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.

Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Keadilan Daily melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

"RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal," katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

"Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau," katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.

"Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.

"Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi," katanya.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria.

haralahdaiy/-

Masa Depan Perniagaan Penyewa Empire Gallery Kabur

Posted: 29 Sep 2011 09:00 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Penyewa pejabat dan lot kedai Empire Gallery yang rosak teruk akibat letupan awal pagi semalam dibenarkan masuk mengambil harta benda mereka hari ini.

Namun ramai daripada kalangan mereka mengharapkan penjelasan rasmi dari pemilik bangunan berhubung status bangunan dan masa depan perniagaan mereka.

TVSelangor difahamkan pihak Suruhanjaya Tenaga menemui sisa gas yang tertinggal di bawah runtuhan dan kerja-kerja menghapuskan sisa gas sedang giat dijalankan.

Tinjauan TvSelangor mendapati hari ini mendapati semua penyewa ruang beli belah Empire Soho dan ruang pejabat Menara Empire dibenarkan untuk mengambil harta benda mereka di bangunan tersebut sambil diiringi pihak berkuasa polis dan pengawal.

Kaunter dibuka seawal jam 8.30 pagi tadi sehingga 6.00 petang bagi membolehkan dua wakil untuk setiap unit sewaan mengambil harta benda mereka.

Pengurus Besar kompleks membeli-belah Empire Gallery, May Woo menerusi kenyataan medianya hari ini berkata pihaknya berusaha keras bagi membolehkan para penyewa menyelamatkan harta benda mereka dan menjanjikan pertolongan sebaik mungkin kepada para penyewa.

"Izinkan saya menekankan bahawa keselamatan tanpa ragu-ragu adalah utama kami. Kami akan melakukan apa jua keperlauan berhubung kemalangan ini bagi memudahkan penyewa kami", katanya.

Salah seorang pemilik unit di Empire Gallery, Lee Kwong Seng mengharapkan satu kenyataan berhubung status bangunan segera dimaklumkan kepada para penyewa.

"Apa yang penting buat masa ini, pemilik dan pelabur harus diberitahu tetang status bangunan ini, masih boleh digunakan atau tidak"

Sementara itu, Ke Tung Chen, pekerja yang berkhidmat di salah sebuah syarikat yang menyewa di bangunan tersebut, turut mengharapkan satu penjelasan yang rasmi berhubung keadaan bangunan untuk memikirkan perancangan akan datang.

"Sekurang-kurangnya kenyataan dikeluarkan dahulu dan kita sudah boleh lakukan perancangan akan datang."

Kejadian letupan Kompleks membeli-belah ini dilaporkan berlaku 3.30 pagi semalam dan pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat tiba 15 minit kemudian.

Hasil siasatan polis setakat kini bagaimanapun menolak unsur sabotaj dan keganasan sebagai punca letupan yang menggegarkan kompleks tersebut.

Sebaliknya, pihak berkuasa mengesahkan letupan disebabkan kebocoran gas yang kemungkinan ada kaitan dengan elemen kecuaian.

Kompleks Empire Gallery terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Kompleks itu juga menempatkan menara pejabat 12 tingkat, pusat membeli-belah lima tingkat, ruang pejabat kecil 9 tingkat.

Kawasan yang mengalami kerosakan akibat letupan ialah aras letak kereta, dua aras ruang kedai dan restoran, dan juga block A bangunan itu.

Blok pangsapuri dan pejabat bersebelahan bangunan itu turut mengalami kerosakan.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika ditemui TvSelangor hari ini menjelaskan pihaknya bersama Bomba dan penyelamat sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca letupan.

"Siasatan masih giat dijalankan dan kita tutup kompleks ini untuk orang ramai.

tvsnews/-

Ikhwan ancam boikot pilihan raya pada 28 November depan

Posted: 29 Sep 2011 08:50 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Kumpulan parti pembangkang, Ikhwanul Muslimin bersama 59 parti lain, kelmarin mengancam untuk memboikot pilihan raya yang akan diadakan 28 November depan jika pemerintah tentera tidak meminda undang-undang pilihan raya.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu turut memberi tempoh sehingga Ahad ini bagi memenenuhi tuntutan mereka.

Selasa lalu, Majlis Tertinggi Tentera menyatakan pilihan raya akan bermula pada 28 November depan dan mereka yang mahu bertanding perlu mendaftar semasa hari penamaan calon pada 12 Oktober depan.

"Kami tidak akan menyertai pilihan raya tersebut melainkan undang-undang asal dipinda," menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Gabungan Perikatan Demokratik itu.

warkahdaily/-

PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang

Posted: 29 Sep 2011 08:45 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa.

Katanya, majlis itu adalah "bersejarah" kerana parti tersebut berhasrat memberi impak lebih besar di negeri tersebut, walaupun ia kini hanya mempunyai dua kerusi - satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri, Permatang Pasir.

Beliau bagaimanapun tidak komited sama ada parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan seawal November atau tahun depan.

Mujahid (kanan) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi parti itu selama ini ketika ia berdepan dengan usaha "penjenamaan semula" supaya boleh diterima semua rakyat Malaysia.

"Adalah penting rakyat Pulau Pinang tahu sejarah PAS dan bagaimana parti itu bermula di negeri ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika ditemui di Seberang Perai, malam tadi.

Sepanjang termpoh tersebut, tambahnya, PAS menjadi lebih kuat, tidak seperti parti-parti politik lain yang akhirnya lenyap, tetapi PAS berjaya berkembang dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

malaysiakini/-

Padah terima suapan

Posted: 29 Sep 2011 08:30 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH - Gara-gara menerima suapan RM1,500, daripada seorang pemandu traktor, seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikenakan hukuman penjara sehari serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Julie Lack Abdullah menjatuhkan hukuman ke atas Mad Karimin Mansor, 49, selepas mendapati tertuduh bersalah melakukan perbuatan itu dan dalam penghakimannya, Julie Lack menasihatkan tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mad Karimin kelihatan sugul di kandang tertuduh sejurus hakim menjatuhkan hukuman itu ke atasnya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam bela Terence Naidu, memohon agar hukuman terhadapnya dikurangkan dengan alasan dia menanggung dua anak selain kehilangan kerja dan wang pencen apabila mengambil keputusan untuk mengaku bersalah.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), M Kathan memohon agar hukuman setimpal dikenakan memandangkan perbuatan rasuah merupakan suatu kesalahan yang serius.

Tertuduh mengaku memperoleh rasuah RM1,500 daripada S Letchamanan pada pukul 7.40 malam, 4 September 2009 di Kedai Makan Yunos berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jenderata Bahagian Tiga di Hutan Melintang.

Wang itu adalah sebagai upah untuk tidak mengambil tindakan terhadap Letchamanan yang memandu traktor bernombor pendaftaran AM 3297 tanpa cukai jalan, iaitu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

sinar harian/-

Taib terus berkuasa, kekalkan menteri ‘yes boss’

Posted: 29 Sep 2011 08:30 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telah dijangka.

Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawak kali ini.

Katanya, beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankan berkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.

Menurutnya, hampir semua muka-muka lama masih lagi dikekalkan sebagai menteri penuh kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.

Kelmarin, Taib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang.

Semua menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Tujuh muka baru dilantik Menteri Muda iaitu Datuk Len Talif Salleh, Julaihi Narawi, Liwan Lagang, Abdul Karim Rahman Hamzah, Dr Jerip Susil, Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat.

Ini, ujar Arifiriazul jelas menunjukkan bahawa Taib ingin mengekalkan penguasaan beliau dalam pengurusan pentadbiran Negeri Sarawak bagi menjaga kepentingan-kepentingannya.

"Hampir semua portfolio masih lagi dipegang oleh muka-muka yang sama seperti kabinet yang lepas dengan hanya satu perubahan portfolio dan satu menteri penuh yang lepas digugurkan menjadi menteri muda," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, kata beliau jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri yang sedia ada tiada banyak pilihan dalam barisan kepimpinannya yang berkemampuan untuk dilantik dalam senarai kabinet negeri.

Ini juga, tambahnya menunjukkan bahawa sekali lagi, Ketua Menteri yang sedia ada jelas ingin mengekalkan penguasaannya dalam kabinet negeri dengan mengekalkan semua menteri-menteri 'Yes Boss'.

Katanya, kabinet Sarawak kali ini hanya mengemukakan tujuh muka baru sebagai Menteri Muda yang sebenarnya tidak membawa dan menggambarkan perubahan yang besar terhadap dasar pentadbiran kerajaan negeri.

"Pemuda PAS Sarawak cukup kecewa selaku wakil kepada golongon muda dan membawa aspirasi golongan belia di Sarawak apabila tiada golongan muda dilantik di dalam kabinet negeri kali ini," ujarnya.

Ini, katanya jelas berbeza dengan kenyataan Ketua Menteri beberapa hari yang lepas yang inignkan golongan muda bersama-sama dalam pengurusan negeri dan kerajaan tempatan.

"Dengan pengumuman kabinet baru ini dan mengekalkan muka-muka lama dalam pentadbiran kerajaan negeri jelas sekali menunjukkan bahawa janji Ketua Menteri dan Barisan Nasional untuk membuat peralihan kuasa kepada Ketua Menteri baru adalah retorik politik semata-mata," katanya lagi.

Justeru, kata beliau Pemuda PAS Sarawak menyeru seluruh rakyat negeri Sarawak untuk memulakan proses perubahan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih bertanggungjawab, lebih telus dan lebih kompeten bagi mencapai kemaslahatan umum bagi semua rakyat Sarawak.

Menurutnya, proses perubahan ini jelas tidak akan dapat dilakukan dengan mengekalkan pentabir kerajaan negeri yang sedia ada.

"Perubahan ini hanya dapat dilakukan dengan menyeluruh dari luar dengan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang," katanya.

harakahdaily/-

Statistik PDRM Buktikan Jenayah Johor Lebih Tinggi Dari Pulau Pinang

Posted: 29 Sep 2011 08:25 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Media massa kawalan pemerintah UMNO-Barisan Nasional menjadi haru-biru apabila Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa menghina negeri Johor, negeri kelahirannya, dalam satu wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

Laporan itu yang dibuat oleh agensi berita nasional Bernama dan disebarkan oleh media kawalan BN rupa-rupanya silap dan berbentuk berita palsu yang jelas bermotif politik.

Walau pun pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menuntut permohonan maaf, media kawalan UMNO-BN begitu bongkak enggan berbuat demikian walau pun fitnah itu telah luas tersebar.

Untuk menutup malu atas perbuatan fitnah mereka, dicungkil pula sumber kononnya "penghinaan" terhadap Johor berhubung kadar jenayah negeri itu dikatakan dibuat oleh Guan Eng sewaktu berada di Singapura.

Sama ada benar atau tuduhan itu, ia mungkin akan dijelaskan kepada umum tidak lama lagi.

Tetapi isu yang lebih utama, sama ada benar atau tidak tuduhan media kawalan UMNO-BN itu, ialah adakah bercakap benar tentang sesuatu keadaan itu dianggap satu penghinaan?

Pelabur mahu diyakinkan

Memang benar Guan Eng selaku Ketua Menteri melawat ke Singapura dalam usaha menarik pelaburan ke Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Bukan sahaja Singapura, malah banyak negara telah dan sedang dilawatinya untuk membantu memulihkan ekonomi negara yang agak malap sekarang.

Lawatan Lim Guan Eng itu adalah atas dasar lawatan untuk menarik pelabur Singapura datang melabur /berdagang di Pulau Pinang. Ini bukan jemputan ke Pulau Pinang untuk sekadar merasa semangkok cendol atau sepinggan char kue tiaw.

Ini jemputan yang akan membawa masuk wang, kepakaran dan teknologi yang ianya berjumlah berjuta-juta ringgit, malah billion ringgit. Pelaburan ini akan memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya anak watan yang akan berkerja di situ. Laba ini untuk seluruh rakyat Pulau Pinang.

Justeru, modal Lim Guan Eng untuk meyakinkan pelabur datang ke Pulau Pinang harus 'besar' dan 'convincing' dengan jaminan keselesaan dan keselamatan pelaburan itu. Ini termasuklah dengan kestabilan politik di Pulau Pinang dan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri yang terkenal menerusi urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Maka tidak hairanlah jika mana-mana Ketua Menteri, Menteri Besar atau Menteri termasuk Perdana Menteri akan bersungguh-sungguh meyakinkan bakal pelabur untuk menanam modal di negara kita.

Statistik jenayah

Jika benar Guan Eng dikatakan membandingkan kadar jenayah yang berlaku di negeri seberang Singapura, iaitu Johor dengan Pulau Pinang, ia hanya sekadar perbandingan statistik rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia.

Bukankah statistik dan data yang ada dikeluarkan sendiri oleh Polis Diraja Malaysia? Ini bukan laporan statistik yang dibuat oleh badan asing tanpa tauliah berbanding PDRM. Sila semak data statistik itu sendiri yang tertera di laman web PDRM.

Malah, laporan-laporan akhbar kawalan UMNO-BN sendiri telah menyatakan bahawa kes-kes jenayah yang dicatatkan di Johor pada tahun lalu adalah 20,648 kes berbanding 12,161 kes di Pulau Pinang.

Adakah menjadi kesalahan bagi negeri-negeri seperti Perlis yang mempunyai kadar jenayah paling rendah untuk menggunakan statistik itu sebagai daya penarik untuk pelabur datang ke negeri Indera Kayangan?

Lagi pula, pelabur bukannya jenis manusia yang tidak berakal. Walau pun Selangor dan Kuala Lumpur mempunyai kadar jenayah yang paling tinggi (kerana jumlah penduduk yang besar), pelaburan tetap tinggi di Lembah Klang kerana banyak faktor-faktor lain turut diambil kira oleh usahawan antarabangsa seperti infrastruktur, kemudahan asas dan lain-lain.

Jadi, menyatakan apa yang benar bukan soal menghina mana-mana negeri, termasuk Johor atau pihak polis. Malah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang sendiri telah memuji pihak polis yang berjaya mengurangkan kadar jenayah di pulau mutiara itu.

Malah, polis Johor sendiri tidak perlu emosi atau kecewa. Mereka pegawai yang profesional dan mereka telah berusaha gigih menurunkan kadar jenayah. Daripada beremosi, adalah lebih baik mereka terus menggembleng tenaga dalam menurunkan kadar jenayah di negeri Johor. Itu lebih praktis dan baik demi kesejahteraan rakyat Johor.

Siapa burukkan siapa?

Kedua, istilah "memburuk-burukkan" negeri Johor digunakan oleh media massa milik UMNO-BN hanya bertujuan memomokkan Guan Eng yang mereka lihat mewakili kejayaan Pakatan Rakyat. Jelas ia bermotif politik.

Sudah menjadi lumrah, jika fakta yang baik, akan dikenal dan mengharum wangi baunya. Jika buruk, tidak perlu kita heboh-hebohkan kerana, bau busuknya itu tetap akan terhidu oleh jiran kita.

Menuduh Guan Eng menghina Johor adalah perbuatan terdesak. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dilahirkan di Johor dan dibesarkan di banyak tempat termasuk di Batu Pahat dan di Melaka. Kehidupannya perit kerana menerima tempias perjuangan politik bapanya Lim Kit Siang yang sentiasa dijadikan mangsa oleh kerajaan BN.

Guan Eng sepatutnya menjadi kebanggaan Johor kerana beliau adalah anak jati Johor yang diterima baik oleh warga Pulau Pinang untuk menjadi Ketua Menteri mereka. Tidak mungkin beliau sanggup menghina negeri kelahirannya sendiri.

Karenah Mahathir dan UMNO-BN

Malah, dalam soal hina-menghina ini, bukankah pemimpin agung UMNO Tun Mahathir Mohamad terkenal dengan penghinaannya terhadap Kelantan sejak PAS mengambil alih kerajaan negeri lebih 20 tahun lalu?

Adakah orang-orang UMNO sudah lupa dengan sindiran yang menghina kepada isu 'janggut nabi' suatu masa dahulu? Atau, semua juak-juak UMNO sudah lupa bagaimana Mahathir menghina Raja-Raja Melayu?

Isu-isu yang sekadar untuk menimbulkan emosi orang-orang Melayu khususnya, tidak perlu diambil serius. Apa yang penting, kita jelaskan kepada khalayak, apakah dasar kita yang sebenar. Jangan tertipu dengan mainan sentimen UMNO-BN.

Dalam soal kritik-mengkritik, ia adalah amalan biasa dalam demokrasi yang matang. Jika kritikan dan teguran dianggap penghinaan, maka gelap masa depan anak-anak Malaysia yang akan menjadi terlampau manja sehingga sentiasa mahu menangis apabila ditegur sedikit.

Permainan kotor UMNO-BN boleh memandomkan generasi akan datang. Sekejap main isu hudud, sekejap main isu Ketuanan Melayu, sekejap main isu Perlembagaan, lepas itu main isu komunis. Hakikatnya, semua isu-isu ini tidak pernah dijelaskan oleh UMNO secara lengkap untuk memberi kefahaman rakyat.

UMNO-BN amat mengharapkan rakyat gelap tanpa ilmu yang cukup di dada. Di padang yang tiada helang, maka belalang menjadi raja. – Roketkini.com

AS sedia perang di Pakistan

Posted: 29 Sep 2011 08:20 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Yusuf Raza Gilani (kiri) dan Laksamana Mike Mullen
Islamabad tolak tekanan Washington henti sokong kumpulan Haqqani

WASHINGTON: Semakin ramai anggota Kongres Amerika Syarikat menyokong langkah memperluas tindakan ketenteraan di Pakistan daripada sekadar serangan pesawat kawalan jauh yang digunakan untuk menyasarkan militan di sempadan negara itu.

Senator Lindsey Graham, tokoh berpengaruh Republikan mengenai dasar luar dan hal-ehwal ketenteraan, membuat komen itu selepas pegawai kanan tentera Amerika, Laksamana Mike Mullen yang menuduh Pakistan menyokong pergerakan militan Haqqani untuk menyerang Kedutaan Amerika di Kabul, 13 September lalu.

Penyelesaian kepada isu berasaskan tanggapan semata-mata perlu menerusi rundingan. Langkah menyalahkan Pakistan perlu dihentikan dan kepentingan negara Pakistan perlu dihormati.

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, kelmarin pula berkata Washington semakin hampir memutuskan sama ada untuk melabelkan Haqqani sebagai kumpulan pengganas.

Amerika sudah lama mendesak Pakistan memburu kumpulan Haqqani yang bersekutu dengan Taliban dan paling aktif memerangi tentera asing di Afghanistan.

Kumpulan Haqqani yang berpangkalan di Pakistan menjadi tumpuan sejak pegawai Amerika menuduhnya melancarkan serangan selama 13 jam ke atas Kedutaan Amerika di Kabul kononnya dengan sokongan agensi perisikan tentera Pakistan yang berpengaruh iaitu ISI.

Sementara itu, di Islamabad, pemimpin politik Pakistan meminta Amerika berhenti menyalahkan Islamabad atas ketidakstabilan serantau ketika semua pemimpin parti mengadakan rundingan bagi membincangkan reaksi terbaru dari Washington.

Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani ketika mengulas kepada pemberita, berkata: "Penyelesaikan kepada isu berdasarkan tanggapan semata-mata mestilah menerusi rundingan. Pakistan tidak boleh ditekan supaya melakukan lebih banyak lagi."

Gilani juga memberitahu pemimpin ISI, Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha dan pemerintah tentera, Jeneral Ashfaq Kayani:

"Kepentingan negara kita perlu dihormati setiap masa. Bagi kita, pintu rundingan masih terbuka. Kami perlukan kerjasama masyarakat antarabangsa."

Islamabad, yang menerima bantuan berbilion dolar dari Amerika di sebalik keengganan memerangi rangkaian Haqqani, berdepan tekanan hebat untuk memerangi militan Islam sejak ia menyertai kempen memerangi keganasan tajaan Amerika sedekad lalu. – Reuters

Wang loteri terjun laut

Posted: 29 Sep 2011 08:00 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANGKAT...kereta dinaiki lima lelaki yang terjunam ke dalam laut dekat Dermaga Bagan Dalam, Butterworth dikeluarkan, semalam.

BUTTERWORTH: Kegembiraan lima sahabat untuk meraikan wang loteri yang dimenangi berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki terjunam ke laut dekat Dermaga Bagan Dalam di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian kira-kira jam 12.45 tengah malam itu, lima lelaki terbabit dari Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah ke pekan Bukit Mertajam untuk meraikan kejayaan dua rakan mereka memenangi wang loteri.

Mereka dipercayai mengambil minuman keras sebelum pulang dengan sebuah kereta dipandu seorang daripada mereka yang berusia 24 tahun.

Kereta dinaiki mereka melalui laluan Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Pulau Pinang, namun pemandunya dipercayai tersilap haluan apabila memasuki susur ke Dermaga Bagan Dalam milik Penang Port Sdn Bhd (PPSB).

Difahamkan, kereta dinaiki lima lelaki terbabit meneruskan perjalanan ketika sampai di pos kawalan dermaga berikutan penghadang di laluan masuk rosak dan sedang dibaiki.

Bagaimanapun, kereta berkenaan dikatakan gagal berhenti, malah pemandunya memecut ke arah pelabuhan sebelum terjunam ke dalam laut yang dianggarkan sedalam kira-kira sembilan meter.

metro/-

8 anggota PBB sokong Palestin

Posted: 29 Sep 2011 07:45 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RAMALLAH: Palestin mendapat sokongan lapan anggota Majlis Keselamatan untuk menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kurang satu untuk mendapatkan sembilan undian diperlukan.

Bercakap kepada media di sini, Menteri Luarnya, Riyad al-Maliki berkata beliau menerima jaminan daripada dua lagi negara - Nigeria dan Gabon – untuk mengundi bagi pihak Palestin.

"Lapan negara menyokong Palestin dalam Majlis Keselamatan. Kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan undian kesembilan dan kesepuluh," katanya.

Riyad berkata, Palestin mendapat jaminan undian 'ya' dari Lubnan, Russia, China, India, Afrika Selatan dan Brazil sebagai tambahan kepada pengesahan baru dari Nigeria dan Gabon.

"Kami sedang berusaha mendapatkan undi Bosnia, Colombia dan Portugal," katanya lagi.

Beliau dijadualkan melawat Bosnia sejurus selepas itu manakala Presiden Palestin Mahmud Abbas akan melawat Colombia, Portugal, Honduras dan Republik Dominica pada Oktober ini. – AFP

Jom Shopping Sungai Pinang Dapat Sambutan Luar Biasa

Posted: 29 Sep 2011 07:30 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Program 'Jom Shopping bersama Adun' yang diperkenalkan kerajaan Selangor pada 15 Julai lalu bagi meraikan sumbangan warga emas kepada negeri itu diteruskan dengan kali ini memperlihatkan pemberian baucar sejumlah RM100 kepada 100 warga emas yang berdaftar di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Program yang berlangsung di pasaraya Tesco Setia Alam itu memberi peluang kepada warga emas untuk berbelanja tanpa sekatan sambil beramah mesra bersama pemimpin.

Program anjuran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Pinang yang bermula pada pukul 11 pagi itu disertai Speaker Dun Selangor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim.

Menurut Teng, program 'Jom Shopping' kendalian Dun Sungai Pinang adalah program kali kedua yang dianjurkan di kawasan itu dalam tempoh sebulan dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga emas berbilang kaum.

Teng berkata, 'Jom Shopping' menjadi program paling popular di kalangan warga emas sehingga kini dan beliau berharap supaya ia diteruskan walaupun peruntukan bagi pelaksanaan program ini adalah terhad.

"Oleh itu saya berharap anak syarikat kita, khususnya Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlibat dalam perlombongan pasir ini dapat memperolehi keuntungan yang lebih pada tahun hadapan juga tahun ini supaya lebih banyak keuntungan itu dapat diagihkan kepada warga emas dalam menyertai program Jom Shopping ini."

Jelas Teng, program 'Jom Shopping' Dun Sungai Pinang yang diadakan buat pertama kali pada bulan lalu memberi tumpuan khusus kepada warga emas berbangsa Melayu sempena sambutan Aidilfitri.

Manakala pemberian baucar kali kedua ini lebih tertumpu kepada warga emas berbangsa Cina memandangkan bilangan mereka yang mendaftar di bawah SMUE adalah besar di kawasan itu.

"Bilangan yang mendaftar sudah melebihi 4000. Jadi mengikut kadar ini kalau setiap kali kita bawa 100 orang, bererti perlu ambil masa empat tahun untuk dihabiskan. Oleh itu saya berharap peruntukan yang lebih banyak dapat diberikan dan kalau hendak peruntukan yang lebih tinggi, kita perlu mendapatkan keuntungan yang lebih banyak daripada pasir supaya program ini boleh dirancakkan lagi.

Bererti dalam sebulan kita boleh bawa antara 200 hingga 300 warga emas dan memendekkan masa warga emas yang sedang menunggu untuk menyertai program ini." katanya.

Program 'Jom Shopping' ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, yang telah berdaftar dengan SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak 2008.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk program ini kepada 100,000 warga emas melalui keuntungan perlombongan pasir yang disalurkan anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tujuan program ini bukan sahaja untuk memastikan golongan warga emas boleh berbelanja melalui pemberian baucar sebanyak RM100, tetapi turut memberi peluang kepada mereka untuk bersosial bersama pimpinan kawasan terpilih.

tv news/-

'Saya tak gentar amaran PERKASA'

Posted: 29 Sep 2011 07:00 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.

Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.

"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran".

malaysiakini/-

Puchong jadi bandar judi

Posted: 29 Sep 2011 06:56 PM PDT

3 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PREMIS tingkat dua rumah kedai di sekitar kawasan pusat bandar Puchong banyak dijadikan pusat mesin judi haram.

PUCHONG – Di sebalik pembangunan pesat di bandar ini, ia rupa-rupanya menjadi syurga kepada sindiket mesin judi haram yang tumbuh bak cendawan selepas hujan di sekitar kawasan berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di kawasan pusat bandar, Puchong Perdana dan Puchong Permai sahaja mendapati terdapat lebih daripada 10 premis haram yang kebanyakannya beroperasi di premis rumah kedai.

Berselindung di sebalik papan tanda perniagaan, pemilik pusat judi haram didakwa semakin bermaharajalela apabila berani membuka perniagaan selama 24 jam sehari semata-mata mahu mengaut keuntungan besar.

Malangnya, mereka yang menjadi mangsa adalah golongan remaja dan pelajar sekolah yang merupakan pengunjung tegar ke premis itu.

Menurut sumber, pemilik premis kebanyakannya menyewa bilik di tingkat dua premis rumah kedai dan mengubahsuainya menjadi bilik memuatkan mesin-mesin slot judi.

Selain itu, pemilik premis memasang kamera litar tertutup bagi memantau serbuan pihak berkuasa selain mengupah Tonto yang sentiasa mundar-mandir berhampiran kawasan premis terbabit.


BANGUNAN rumah kedai ini juga menjadi lokasi banyak premis mesin judi haram yang dikunjungi pelajar sekolah di sekitar Puchong.

Seorang penduduk, Ismail Hamzah, 41, berkata, dia sendiri pernah melihat pelajar sekolah yang memakai pakaian seragam masuk ke premis tersebut pada waktu persekolahan.

Menurutnya, gejala yang berlaku menunjukkan pemilik premis tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa yang melarang mereka di bawah usia 18 tahun mengunjungi pusat hiburan mahupun perjudian.

"Kalau sudah berniaga secara haram, apa sahaja mereka akan lakukan asalkan dapat untung. Keadaan ini jika dibiarkan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya gejala sosial dan ponteng sekolah yang semakin serius di bandar ini," katanya di sini semalam.

kosmo/-

Salam Perjuangan

Posted: 29 Sep 2011 11:57 PM PDT

Salam Perjuangan


HUDUD : PENDIRIAN RASMI PAS

Posted: 29 Sep 2011 11:56 PM PDT

2 Dzulka'edah 1432 H | 30 September 2011
1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing,  maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)'s STAND
30 SEPTEMBER 2011
 
1. PAS would like to stress that its struggle and actions are within the framework of democracy and the provisions of the Federal Constitution. These include the basics such as the position of Islam as the Federal religion, the guarantee for the freedom to practise other religions, the sovereignty of the Malay language as the National Language while maintaining the rights to one's mother tongue, the status of the Malay Rulers, as well as the special rights of the Malays and Bumiputera and the rights of all other communities as guaranteed under the Federal Constitution.


2. PAS reiterates its commitment towards comprehensive reforms in the country through a people's charter agreed upon under what is called Pakatan Rakyat Common Policy Platform and the Orange Book.


3. In all its actions as well as policies of PAS whether at party or governmental level, PAS strongly subscribes to the struggle for a benevolent state which demands for the universal justice of Islam to be enjoyed by all, and rejects in the strongest terms any acts of injustice to any citizen.


4. The differences with DAP with regard to the Syariah Criminal Enactment are based on the interpretation that it runs contrary to the provisions of the Federal Constitution. Matters of interpretation are subjective, as there are clear differences in the understanding between the legal experts of both parties, particularly in finding a solution. For PAS, the solution will ultimately lie with a court of law.


5. In line with Syariah Criminal Enactment II (1993) and Syariah Criminal Enactment (2003)  respectively passed by the state assemblies of Kelantan and Terengganu, PAS is of the view that the state government has the power to translate these enactments into law. The question of whether the Federal government is agreeable or not is secondary and one that needs to be solved in a suitable and logical setting. The people of Kelantan chose PAS on the basis of its Islamic ideals, and as such, their right to practise their religion must be acknowledged. Any attempt otherwise goes against the spirit of democracy which has been mutually agreed. As for the Enactment, it is now up to the Kelantan state government to proceed with the next step.


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
PAS Information Chief
30 September 2011

HUDUD : ANTARA 'TIDAK MENYOKONG' DAN 'MENGHALANG'

Posted: 29 Sep 2011 08:28 AM PDT

1 Dzulka'edah 1432 H | 29 September 2011


Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya.

Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR.

Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini.

Pendirian PR dalam memperakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 membuktikan PR telah bertindak dengan penuh cermat dan berhemah dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu pelaksanaan hudud.

Perakuan ini bermakna PR memperakui bahawa undang- undang jenayah syariah yang dilulus oleh kedua- dua dewan negeri telah melalui prosedur yang betul, menepati kehendak dalam sistem demokrasi.

Sehubungan itu, perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, dan Enakman Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut.

Persoalan sekarang ialah sejauhmana kesediaan pusat untuk memberi kebenaran untuk pelaksanaan merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan.

Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang dibawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama.

Kini terpulanglah kepada kerajaan Kelantan bagi menggazetkan undang-undang tersebut.


Antara "Tidak menyokong" dengan "Penghalang"

PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal ini dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka.

DAP berpendapat ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.
Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguat-kuasakannya.

Jadi jelas, yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun, dan bukannya DAP. DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf.

Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya.
Tambahan pula, dengan kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Namun responnya mengecewakan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan mereka dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai 'damage control' ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah.

Pendirian orang bukan Islam "tidak menyokong" dan orang Islam yang "menghalang" amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.



Hipokrit Umno dan BN

Kini, sikap menghalang Umno itu bertambah nyata kini apabila berhadapan tekanan dari MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN) seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu. Tapi, tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu. Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?

Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia.

Sikap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bilakah Umno akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini? Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno.



Hudud bukan isu politik

PAS ingin tegaskan bahawa isu hudud bukanlah isu politik tetapi ianya tuntutan syarak ke atas kerajaan yang memerintah. Kerana itu, kerajaan Kelantan secara konsisten telah melakukan pelbagai cara bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap kewajipan menerima dan melaksanakannya selama ini.

Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud telah diadakan setiap tahun. Kerana itu, bilamana isu hudud timbul dan dipolemikkan oleh media Umno, rakyat Kelantan samada Islam atau bukan Islam langsung tidak termakan dengan polemik tersebut, kerana mereka telah biasa dengan isu ini.

Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan perkara ini berpuluh kali bahawa beliau ingin melaksanakan sistem perundangan syarak ini kerana amanah yang terpikul di atas bahunya di akhirat.

Bahkan, kalau diamati beberapa langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembangunan Kelantan selaras dengan syarak tidaklah menguntungkan politik PAS di Kelantan - sebagai contoh tindakan menutup premis perjudian, kelab malam, disko dan menghadkan penjualan arak; semua ini dari sudut politik ia bukanlah menguntungkan PAS.

Natijahnya taukeh judi, kaki judi, disko dan lainnya tidak akan memberi undi kepada PAS, kerana mereka akan menentang peraturan ini. Namun, kerajaan Kelantan terus melaksanakannya semata-mata kerana tuntutan syarak.

PAS melihat keputusan yang telah dibuat oleh PR memberi ruang pengiktirafan dalam lingkungan demokrasi. Keputusan rakyat Kelantan untuk menerima PAS sebagai parti yang mewakili mereka, serta tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 adalah hak dan dalam bidang kuasa mereka.

Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak perlembagaan atau berlawanan dengan kehendak perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.



Jaminan PAS

PAS akan cuba menegakkan syariat Allah sedaya upaya dalam kerangka demokrasi yang ada. PAS sesekali tidak akan menjadi seperti Umno yang mengalah terus untuk menunaikan syariat Islam tanpa sebarang usaha yang ikhlas. Orang yang sikap mengalah tidak akan mencari jalan penyelesaian. Maka dengan Umno, masyarakat Islam bolehlah lupakan sahaja syariat Allah dapat ditegakkan.

PAS memberi jaminan tidak akan memaksa orang bukan Islam menerima hudud secara paksa. PAS juga ingin menegaskan di sini, hudud hanya melibatkan orang Islam sekiranya ia dapat dilaksanakan dalam kerangka demokrasi yang ada.

Namun, diharap rakyat dapat memahami situasi amat berlainan di negeri Kelantan, kerana rakyat Kelantan ingin hukum hudud dilaksanakan. Hak dan keinginan rakyat Kelantan harus dihormati.

FAHAMI KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN

Posted: 29 Sep 2011 04:01 AM PDT

1 Dzulka'edah 1432 H | 29 September 2011

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat memahami bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 diluluskan secara demokratik iaitu melalui undi di Dewan Undangan Negeri (Dun).

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan pemimpin DAP dari segi penafsiran undang-undang tersebut iaitu sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah.


"Di Kelantan, enakmen tersebut wujud mengikut prosedur di Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan 39 undi sewaktu dibentang.


"Jadi tak timbul kita melanggar prinsip demokrasi. Cuma percanggahan pendapat di sini dan DAP menentang kerana penafsiran yang berbeza.

"Mungkin DAP tak setuju bukan soal hudud tapi soalnya kerana pada penafsiran DAP bahawa sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, dan  bukan Mahkamah Syariah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.


Ujar Tuan Ibrahim, soal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hanya boleh ditentukan oleh mahkamah. Namun begitu Kelantan tetap mempunyai hak untuk melaksanakan undang-undang tersebut.


Bagaimanapun katanya, dalam Buku Jingga, pelaksanaan hudud memang tidak termasuk dalam agendanya. 


"Hudud tidak termasuk dalam perkara yang dipersetujui bersama (dalam Buku Jingga) tapi yang dipersetujui bersama ialah menghormati sistem demokrasi.


"Jadi dalam menghormati sistem demokrasi, cadangan Kelantan untuk laksanakan hudud juga merupakan keputusan yang dibuat secara demokratik iaitu melalui Dewan Undangan Negeri," katanya.



'Roadshow' hudud

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus memberikan penerangan mengenai hudud kepada orang Islam dan bukan Islam agar mereka faham bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja.


"Pas akan teruskan penerangan dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat pun telah buat kenyataan bahawa PAS akan teruskan penerangan kepada sesiapa yang kurang jelas dari semasa ke semasa melalui seminar, dialog, wacana ilmiah dan bersikap terbuka terhadap apa yang sulit dalam enakmen hudud ini.


"Sebab kita laksana hudud kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak terlibat dengan enakmen ini dan yang keduanya kita laksanakan dalam konteks Kelantan sahaja," katanya.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 29 Sep 2011 10:33 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Wacana Sinar-Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? [bhg.1]

Posted: 29 Sep 2011 07:10 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 29 Sep 2011 10:05 PM PDT

DPP PADANG TERAP


PAS AJAK PEMUDA GERAKAN BERDIALOG

Posted: 29 Sep 2011 05:12 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 29 Sep 2011 09:45 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PAS N.Sembilan buat laporan polis terhadap PERKASA

Posted: 29 Sep 2011 02:39 AM PDT



29 Sep 2011 - PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".

"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.

Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan hujung minggu lalu.

Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.

http://malaysiakini.com/news/177227

Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa

KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5675-ancam-mat-sabu-polis-digesa-siasat-perkasa

PAS KDAS 3

Posted: 29 Sep 2011 09:28 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 29 Sep 2011 09:06 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Tak catat nama, nombor punca gagal saman polis : cuai hak pelindung kita

Posted: 29 Sep 2011 08:43 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 29 Sep 2011 07:56 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENIPUAN FELDA KIAN PENEROKA SEDAR

Posted: 29 Sep 2011 02:08 PM PDT

365 peneroka lagi saman Felda RM175 juta

TEMERLOH, 29 Sept: Seramai 365 orang lagi peneroka sekitar Jengka hari ini memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh menuntut ganti rugi sebanyak RM175 juta.

Peguam R. Sivarasa memberitahu ini merupakan saman yang kedua oleh peneroka daripada Gugusan Jengka di mana Jun lalu 711 melibatkan pemeroka dari 16 tanah rancangan Felda seluruh Jengka menuntut RM344 bagi jumlah kerugian selama 15 tahun (sejak 1995).

Katanya, asas tuntutan peneroka ialah Felda sudah melakukan penipuan dan pecah amanah dalam urusan kadar perahan gred (KPG) jualan hasil sawit.

"Hari ini peneroka menyaman Felda kerana menipu KPG pada purata 18.5% sedangkan bacaan kepada contoh hasil buah kelapa sawit yang dihantar kepada tiga makmal bebas menunjukkan kadarnya ialah 31.5% dan setelah diselaraskan peneroka percaya purata KPG tidak kurang daripada 27%. Ini bermakna terdapat perbezaan purata 8.5% yang digunakan oleh Felda.

"Ini bukan angka yang kecil. Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu berdasarkan harga pada 2008, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM250 setan, jika 10 tan sebulan bermakna kira-kira RM30 ribu wang peneroka telah dirampas dalam setahun.

"Selain daripada itu peneroka mendakwa kilang Felda juga telah memotong buah sawit yang dianggap 'buah busuk' dengan kadar 200 kilogram sebulan tetapi tidak dikembalikan kepada mereka dan dijual kilang Felda," katanya dalam sidang media selepas saman difailkan.

Tambah Sivarasa, ini membawa kerugian kepada peneroka dengan kadar RM560 x 2.4 atau RM1,344 setahun bagi setiap peneroka dan penipuan berleluasa selama dalam tempoh 15 tahun.

"Ini bermakna dalam tempoh yang sama (15 tahun), bagi kedua-dua penipuan, Felda telah menyebabkan kerugian sebanyak RM175 juta kepada peneroka. Dicampur dengan tuntutan 711 peneroka dulu (RM344 juta) bermakna peneroka Jengka saja telah menuntut RM520 daripada Felda," tambahnya.

Turut hadir dua orang peguam lagi yang mewakili peneroka Lateefa Koya dan T. Kumar. Hadir sama Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Pusat Suhaimi Said, Pemangku Ketua Perhubungan PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Ahli Dewan Undangan Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad serta para peneroka.

Tambah Sivarasa, apa yang berlaku ini memangnya penipuan yang jelas serta pecah amanah daripada Felda sedangkan seperti disebut hakim dalam kes peneroka Kemahang saman Felda, bahawa Fela sepatutnya menjaga peneroka bukannya menipu.

Sementara itu Suhaimi Said dalam sidang media yang sama memberitahu sebelum ini peneroka dari Gugusan Bera juga telah menyaman Felda atas isu yang sama menjadikan sehingga kini kira-kira 1,700 peneroka telah berbuat demikian.

Bagaimanapun, Suhaimi berkata, peneroka bukanlah berminat sangat untuk menyaman Felda kerana mereka lebih cenderung untuk berunding.

"Malangnya setiapa kali apabila wakil peneroka pergi ke ibu pejabat Felda, mereka akan dimaki hamun dituduh tidak mengenang budi. Sedangkan dalam kes ini setiap peneroka kerugian kira-kira RM700 ribu dalam kes KPG, TTS dan sebagainya.

"Jika Felda mengembalikan hak peneroka yang ditipu selam aini itu lebih baik kerana peneroka telah banyak berkorban untuk menyumbang kepada ekonomi negara dan keuntungan Felda selama ini," ujarnya

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5683-365-peneroka-lagi-saman-felda-rm175-juta

BELANJAWAN HILANG AKAL ATAU BAJET TERDESAK BN NAK UNDI KEKAL ?

Posted: 28 Sep 2011 09:57 PM PDT

Bajet KEBAJIKAN Najib?

3 Oktober 2011, Parlimen akan bersidang. Minggu pertama ini seperti lazimnya YAB Menteri Kewangan akan membentangkan Belanjawan Negara. Bajet 2012 dikobar sebagai Bajet pilihanraya (skrip Pas+PkR+DAP). Inilah perbendaharaan kata paling murah yang ada dalam minda pemimpin pembangkang.

Apa pun, Pak Sedaro difahamkan bahawa Bajet Kebajikan merupakan mauduk dan resepi utama Belanjawan 2012. Input Bajet Kebajikan antaranya:

1. Skim pencen ilat diberikan kepada semua pesara tentera, polis, anggota pakaian seragam/beruniform dan kakitangan awam tidak beruniform akan dikaji semula. Wang perbendaharaan simpanan di PERKESO akan diberi lebih kepada mereka.

2. Skim pencen ilat kepada pesara swasta yang menerima nasib yang daif dek kerana kecacatan kekal atau tidak kekal juga akan dikaji semula. Yang pasti mereka akan terima pampasan dan faedah lebih daripada simpanan atau pelaburan PERKESO.

3. Simpanan KWSP akan ditokok dividen kepada 10% daripada kedudukan biasa. Ini berdasarkan simpanan KWSP ialah tabung Ke-4 paling besar di dunia.

4. Semua pelabur simpanan yang masih memiliki simpanan pelaburan dalam mana-mana Dana ASN akan menerima bonus simpanan sebanyak 10% daripada nilai simpanan yang ada, dan boleh diwarta pemilikan pada 1 Januari 2012.

5. Semua pelabur dalam Simpanan Tabung Haji akan menerima "Top-Up" daripada Tabung Haji kerana kekayaan sektor pelaburan dalam TH Plantation Berhad dan perniagaan lain. Pelabur dan penyimpan akan menerima LABA Khas sebanyak RM 1000 hingga RM 5000 mengikut jumlah simpanan berkenaan.

6. Semua kampung Melayu seluruh negara yang dianggar sebanyak 16,500 buah akan menerima Wang Ehsan Kerajaan Malaysia sebanyak RM5,000 setiap kampung untuk tujuan pengindahan landskap dan keceriaan kariah kampung.

7. Semua imam Masjid, Surau seluruh Malaysia akan menerima ganjaran sara hidup bulanan ehsan selama 12 bulan sebanyak RM2,000 seorang. Semua jawatankuasa masjid dan surau seluruh Malaysia akan menerima elaun khas ehsan selama 12 bulan sebanyak RM250 seorang, kecuali Bilal dan Siak sebanyak RM500 seorang. Elaun Ehsan ini sebagai tambahan dan insentif menjalan usaha-usaha imarah Masjid dan Jemaah Kariah. Elaun untuk beli petrol motosikal dan motorkar, bukan buat tak tentu ARAH.

8. Semua petugas pilihanraya ke-13 akan menerima elaun khidmat khas yang ditambah sebanyak 20% daripada elaun semasa sejak PRU-1 hingga PRU-12 dulu. Ini akan memberi kesan kepada sumbangan dan pengiktirafan Kerajaan Malaysia kerana petugas berkorban tanpa mengira mereka penyokong parti mana.

9. Semua anak yang lahir pada 2008 hingga 2013 akan menerima bantuan buka akaun di BSN dan PTPTN sebanyak RM20 dan RM100 masing-masing. Sumbangan ini daripada Tabung Ikhlas GLC di bawah Khazanah Nasional. Semua anak Malaysia tanpa mengira kedudukan dan status ekonomi keluarga serta latar belakang politik akan dianugerahkan HADIAH SIMPANAN KHAS NEGARA.

Semua bentuk Kebajikan ini akan menelan belanja sebanyak RM15 billion. Semua rakyat memiliki bahagian tersendiri. Siapa yang beringat dan insaf akan bersyukur. Inilah lambang keamanan, perpaduan dan agenda besar Gagasan 1 Malaysia.

BEKAS TENTERA BERSAMA RAKYAT, JOM HADIR AMBIL BERKAT !

Posted: 28 Sep 2011 09:12 PM PDT


Khamis 29 September 2011
HIMPUNAN BEKAS TENTERA BERSAMA MB KELANTAN DAN DS ANWAR - 02 OKT DI SERDANG, SELANGOR

Kepada semua bekas tentera dijemput untuk menghadiri Program Himpunan Bekas Tentera Bersama Rakyat pada 02 Oktober 2011 bertempat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Jln 7/1, Serdang Jaya, Selangor. Program bermula jam 08.00 malam sehingga 12.00 malam.

Tetamu undangan adalah MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan juga Penasihat Ekonomi Selangor merangkap Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.

Di dalam majlis tersebut, borang Felda Plantation akan diedarkan kepada bekas-bekas tentera untuk mereka mendapat tanah rancangan felda sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan. Di samping itu, Resolusi Sekreteriat KERABAT akan diserahkan kepada Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.

Sebarang maklumat, sila hubungi 019- 9571875/013-7125721/010-7056899. Jangan lepaskan peluang ini dan sila hebahkan.
Posted by Kapt(B) Yazid Mohd Deni

FELDA ANAK EMAS AKAN JADI MACAM MAS ?

Posted: 28 Sep 2011 07:59 PM PDT

FELDA
Felda Plantation dicagarkan tanpa restu pengurusan

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) curiga dengan keputusan yang dibuat mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang didakwa dipengaruhi ahli politik yang berkepentingan terhadap Felda.

Lebih menimbulkan persoalan apabila mesyuarat pada Ogos lalu dibuat ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, salah satu keputusan penting iaitu mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun wajar dipertikaikan.

Difahamkan, Dzulkifli tidak dimaklumkan apa-apa sebelum cadangan tersebut dibawa dalam Lembaga Pengarah, dan Lembaga Pegarah bersetuju mungkin atas permintaan ahli-ahli yang sebahagiannya ialah orang politik.

"Apa hak Lembaga Pengarah Felda membuat keputusan demikian?

"Adakah ini bermakna FGVH akan membuat pinjaman berskala besar dengan Tanah Felda Plantation sebagai cagarannya?

"Dan bagaimana keputusna itu boleh dibuat di saat Datuk Dzulkifli tiada dalam mesyuarat?Adakah memang sudah dirancang mesyuarat itu dibuat ketika beliau tiada?" soalnya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, dekat sini hari ini.

Turut menimbulkan keraguan apabila mesyuarat membuat keputusan melantik Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad untuk menerajui Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) atas alasan program penstrukturan semula FGVH.

Ini kerana Isa bukan peneroka, kakitangan kumpulan Felda, isteri dan anak peneroka yang menjadi ahli berdaftar koperasi.

"Adakah pelantikan beliau melalui 'pintu belakang' bagi membolehkan ekuiti KPF bernilai RM398.32 juta iaitu sebanyak 51 peratus dalam Felda Holding dibawa masuk ke FGVH?

"Adakah ini juga membawa maksud Isa akan menguasai aset KPF yang bernilai RM1.17 bilion dan memudahkannya melaksanakan polisi perniagaan tanpa sebarang gangguan? soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Tuntut pendirian kerajaan

Ekoran beberapa keputusan yang dilihat berpihak kepada individu berkepentingan dan mengenepikan nasib peneroka, Anak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian secara terbuka mengenai keputusan tersebut.

Ini kerana keputusan tersebut dilihat bukan hanya mewujudkan konfrantasi dengan Dzulkifli namun dengan 23 kakitangan kumpulan Felda dan peneroka.

"Perdana Menteri mesti nyatakan pendirian yang jelas mengenai implikasi keputusan ini.

"Anak difahamkan keputusan Lembaga Pengarah ini dipersetujui oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai Felda iaitu Datuk Ahmad Maslan yang didalangi Isa.

"Mereka berdua adalah pengkhianat yang mencampuri urusan Pengarah Besar Felda.Perdana Menteri tidka boleh berdiam diri sahaja," katanya.

Hazayani Zakaria

MAS
(Syarikat Penerbangan Malaysia.

SUBANG JAYA, 28 Sept: Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).
Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.
"MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.
"Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.
"Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS," katanya.
Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.
Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun.
Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.
"Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.
"Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?" soalnya.
Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.
Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.
"Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung," ujarnya lagi.
Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.
"Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.
Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).
"Kita tidak mahu ini terjadi.
"MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka," sambung beliau lagi.
Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.
H/daily

DUA BELAS PUN KERJA HEBAT, PAS KAWASAN LAIN KENA PERAMBAT !

Posted: 28 Sep 2011 05:44 PM PDT

PAS Kuala Selangor berjaya bantah 12 pengundi ragu

YDP, Tn Hj Muhd Rashid Kassim turut bersama dalam sesi pendengaran awam.

22 Sept 2011 (Khamis) - Kuala Selangor : Sessi mendengar bantahan senarai pemilih suruhanjaya pilihanraya (SPR) Selangor telah diadakan di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor. Sessi tersebut juga melibatkan bantahan dari Parlimen Kuala Selangor, Sabak Bernam dan juga Tanjung Karang. Untuk Parlimen Kuala Selangor, pihak JPrK telah membuat sebanyak 15 bantahan telah ke atas senarai pengundi terkini yang telah dipamerkan oleh SPR pada bulan Julai lepas. Sebanyak 12 nama pengundi baru dari jumlah tersebut berjaya dibantah dan diterima oleh pihak SPR untuk dikeluarkan dari senarai pemilih, kecuali 3 pengundi yang hadir sendiri ke SPR Selangor untuk membuktikan mereka berdaftar secara sah.

Pihak JPrk akan menyiasat mengenai 3 pengundi tersebut dan akan membuat rayuan atas keputusan tersebut. Senarai nama yang diterima untuk dibuang dari senarai pemilih baru tersebut rata-ratanya adalah pemegang kad pengenalan merah yang berstatus penduduk tetap (PR). Antara senarai pemilih yang dikesan kebanyakkannya dimasukkan di DUN Jeram ialah pengundi baru di Saujana Utama yang menempatkan 7 pengundi baru dalam satu rumah. '

Ini menunjukkan, ada 'tangan-tangan ghaib' yang berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk memasukkan pengundi hantu dalam senarai pemilih terkini, terutamanya di Selangor' Ulas Tn Hj. Muhd Rashid Kassim, YDP PAS Kawasan Kuala Selangor yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada ahli-ahli PAS Kawasan Kuala Selangor yang terlibat dalam sessi mendengar bantahan tersbut. Beliau juga bersyukur kepada Allah kerana usaha-usaha membuat bantahan senarai pemilih ini berjaya menyekat pengundi-pengundi hantu ini mengundi untuk PRU yang akan datang. Ini juga membuktikan dakwaan Bersih 2.0 untuk membersihkan senarai pemilih adalah amat relevan dan amat perlu untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

DUN CHINI

Posted: 29 Sep 2011 07:29 PM PDT

DUN CHINI


MESYUARAT TANPA DATO' DZUL.? ( FELDA )

Posted: 29 Sep 2011 02:48 PM PDT

FELDA
Felda Plantation dicagarkan tanpa restu pengurusan

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) curiga dengan keputusan yang dibuat mesyuarat Lembaga Pengarah Felda yang didakwa dipengaruhi ahli politik yang berkepentingan terhadap Felda.

Lebih menimbulkan persoalan apabila mesyuarat pada Ogos lalu dibuat ketika Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab tiada kerana menunaikan umrah.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, salah satu keputusan penting iaitu mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation kepada kumpulan pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun wajar dipertikaikan.

Difahamkan, Dzulkifli tidak dimaklumkan apa-apa sebelum cadangan tersebut dibawa dalam Lembaga Pengarah, dan Lembaga Pegarah bersetuju mungkin atas permintaan ahli-ahli yang sebahagiannya ialah orang politik.

"Apa hak Lembaga Pengarah Felda membuat keputusan demikian?

"Adakah ini bermakna FGVH akan membuat pinjaman berskala besar dengan Tanah Felda Plantation sebagai cagarannya?

"Dan bagaimana keputusna itu boleh dibuat di saat Datuk Dzulkifli tiada dalam mesyuarat?Adakah memang sudah dirancang mesyuarat itu dibuat ketika beliau tiada?" soalnya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, dekat sini hari ini.

Turut menimbulkan keraguan apabila mesyuarat membuat keputusan melantik Pengerusi Felda, Tan Sri ISa Samad untuk menerajui Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) atas alasan program penstrukturan semula FGVH.

Ini kerana Isa bukan peneroka, kakitangan kumpulan Felda, isteri dan anak peneroka yang menjadi ahli berdaftar koperasi.

"Adakah pelantikan beliau melalui 'pintu belakang' bagi membolehkan ekuiti KPF bernilai RM398.32 juta iaitu sebanyak 51 peratus dalam Felda Holding dibawa masuk ke FGVH?

"Adakah ini juga membawa maksud Isa akan menguasai aset KPF yang bernilai RM1.17 bilion dan memudahkannya melaksanakan polisi perniagaan tanpa sebarang gangguan? soalnya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.

Tuntut pendirian kerajaan

Ekoran beberapa keputusan yang dilihat berpihak kepada individu berkepentingan dan mengenepikan nasib peneroka, Anak mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian secara terbuka mengenai keputusan tersebut.

Ini kerana keputusan tersebut dilihat bukan hanya mewujudkan konfrantasi dengan Dzulkifli namun dengan 23 kakitangan kumpulan Felda dan peneroka.

"Perdana Menteri mesti nyatakan pendirian yang jelas mengenai implikasi keputusan ini.

"Anak difahamkan keputusan Lembaga Pengarah ini dipersetujui oleh Menteri yang bertanggungjawab mengenai Felda iaitu Datuk Ahmad Maslan yang didalangi Isa.

"Mereka berdua adalah pengkhianat yang mencampuri urusan Pengarah Besar Felda.Perdana Menteri tidka boleh berdiam diri sahaja," katanya.

Hazayani Zakaria

MAS
(Syarikat Penerbangan Malaysia.

SUBANG JAYA, 28 Sept: Isu penggabungan syarikat penerbangan Airasia dengan Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) semakin hangat diperkata sehingga menimbulkan bantahan dari pelbagai pihak termasuk Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU).
Dalam satu temubual bersama Setiausaha Agung Maseu, Ab Malek Arif di pejabatnya hari ini, beliau menjelaskan MAS mempunyai banyak aset, kenapa perlu penggabungan dengan syarikat yang kecil seperti Airasia yang hanya baru bertapak.
"MASEU memang tidak setuju dengan penggabungan tersebut kenapa MAS yang mempunyai banyak aset perlu bergabung, ini menjadi satu kemusykilan dan persoalan.
"Secara jelas saya katakan dalam penggabungan ini, kita hanya nampak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes hanya di hadapan sedangkan yang memainkan peranan di belakang masih ada lagi tangan-tangah ghaib.
"Kita tahu Tony tidak akan dapat berbuat apa-apa jika tiada mereka yang mempunyai pengaruh di belakang. Tony datang di bawah arahan pihak tertentu dan ini diketahui oleh kakitangan MAS," katanya.
Sebenarnya, kata beliau tangan ghaib ini telah wujud sekian lama semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli menjadi Pengerusi MAS apabila Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Mahathir Mohamed melantik Tajuddin menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman walaupun pada waktu itu MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun.
Katanya, manakala semenjak pengerusi ditukar MAS bukan sahaja tidak untung malah terus rugi setiap tahun.
Tambah Malik lagi sehingga sekarang kakitangan MAS masih memarahi dan tidak maaf apa yang telah dilakukan oleh Mahathir itu.
"Secara jelas kakitangan MAS tidak maafkan Mahathir sehingga sekarang persoalan timbul kenapa individu yang boleh membawa keuntungan kepada MAS ditukar dan membawa masuk mereka yang telah menyebabkan MAS rugi teruk.
"Tidakkah ini menunjukkan ada individu yang berpengaruhi di dalam politik mahupun kerajaan?" soalnya.
Justeru, beliau ingin menyatakan sejak Januari hingga Mac tahun 2011, MAS mengalami kerugian RM270 juta manakala dari April hingga Jun kerugian bertambah dan hampir RM500 juta.
Keadaan ini, ujarnya menyebabkan kakitangan MAS tidak boleh terima, jelas ada sesuatu yang berlaku di sebaliknya.
"Kenapa kerugian ini terus berlaku dan persoalan kenapa kerajaan tidak memanggil Abdul Aziz kembali jika selama ini dibawah beliau kita tahu MAS sentiasa untung," ujarnya lagi.
Setiausaha Agung MASEU itu memberitahu mereka bersetuju jika ia adalah kerjasama biasa tetapi penggabungan yang membolehkan Tony masuk ke dalam MAS tidak boleh diterima.
"Kerjasama biasa kami boleh terima tetapi jika selain dari itu kami tidak boleh terima kerana kita tahu Tony bukan sahaja masuk untuk dirinya sendiri tetapi bersama-sama tangan ghaib yang ada di belakangnya, apa akan jadi. Tony tidak boleh buat macam AirAsia.
Katanya, kedatangan Tony dengan tangan ghaib itu bukan sahaja ingin mengambil MAS tetapi akan turut mengambil MASKargo dan juga Maintenance Repair Overhaul (MRO).
"Kita tidak mahu ini terjadi.
"MAS adalah hak rakyat dan kerajaan adalah pemegang amanah, kalau ada mana-mana orang dalam kerajaan mahu memberi MAS kepada individu sepatutnya ia dibentang di Parlimen bukannya dibuat mengikut kuasa yang dimiliki oleh mereka," sambung beliau lagi.
Malik menegaskan sekali lagi perancangan awal pengabungan ini akan dilakukan sebelum bermulanya Sidang Dewan Rakyat tetapi apabila perkara ini telah hangat perkara tersebut dilengahkan.
H/daily

PAS Kawasan Miri

Posted: 29 Sep 2011 07:17 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Jangan Ubah Undang-Undang ALLAH

Posted: 29 Sep 2011 12:04 AM PDT

Mahkamah Syariah di Malaysia Patut dikaji Semula
Apakah perlaksanaan undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia benar-benar selari dan menepati dengan kehendak Al Quran dan Hadis? Inilah persoalan yang perlu kita fikir bersama kerana selama ini terdapat beberapa keraguan tentang hukuman yang di laksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia seperti hukuman orang yang mencuri,berzina,perogol dan juga peminum arak yang agak berlainan dengan hukuman yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis.

Apa peranan sebenar Mahkamah Syariah terhadap perlaksanaan hukum Islam?
Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

Sejarah
Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC – Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton – Mahkamah Rayuan Negeri Melayu Bersekutu –(1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mempunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).

Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. 3 tahun penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Kalau di rujuk kepada perkara tersebut di atas jelas sekali undang-undang syariah di Malaysia tidak berapa menepati dengan hukuman yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis sepenuhnya dan masih lagi terikat dengan tuntutan perlembagaan sekular Malaysia. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seperti yang tercatat dalam sejarah sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Tanah Melayu. Sekarang negara kita sudah merdeka dari jajahan British maka sepatutnya negara kita mengambil semula undang-undang syariah yang telah diamalkan semasa Tanah Melayu berdaulat dan bebas dari jajahan.

Selepas kita mencapai kemerdekaan sepatutnya Perlembagaan yang telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid dalam tahun 1956 dimansuhkan dan kita perlu mengamalkan semula undang-undang syariah yang pernah diguna pakai di Tanah Melayu sebelum dijajah. Kita yakin tiada masalah untuk melaksanakan perundangan syariah sepenuhnya kerana sekarang pun kita ada dua sistem perundangan iaitu sistem perundangan common law dan perundangan syariah. Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Common law merupakan satu istilah bahasa Inggeris yang bermaksud "undang-undang am" atau "undang-undang semua" dan merupakan sebahagian daripada undang-undang kebanyakan negara, terutama mereka yang mempunyai sejarah penjajahan empayar British keatas mereka.

Bagi umat Islam yang taat dan patuh dengan ajaran Islam sudah pasti tiada keraguan dan masalah untuk menerima perundangan Islam sepenuhnya dan bagi yang bukan Islam mereka boleh menggunakan undang-undang adat resam dan agama masing-masing atau memilih 'Common Law' seperti yang di amalkan sekarang. Terserah kepada mereka untuk memilih perundangan yang mereka rasa adil buat mereka jadi tidak timbul masalah orang bukan Islam takut dengan perundangan syariah yang hanya dilaksanakan terhadap umat Islam.

Kita minta agar pakar dalam perundangan dan perlembagaan Malaysia tampil kehadapan untuk menjelaskan dan membetulkan keadaan yang kucar-kacir selama ini agar rakyat faham apa sebenarnya perundangan syariah yang sebenarnya. Mudah-mudahan dengan penerangan dan penjelasan dari pakar perundangan dapat difahami dengan tepat dan betul oleh rakyat semua. Pakar perundangan Islam pun mesti mempastikan bahawa perundangan syariah di Malaysia benar-benar menepati dan menuruti kehendak Al Quran, Hadis dan itjimak Ulama bukan hanya berpandukan kepada perlembagaan penjajah. Hudud termasuk dalam perundangan syariah dan kalau perkara ini dapat diperbetulkan dan dikaji semula, kita yakin tiada timbul soal penolakan hukum hudud dan syariah yang memang sesuai untuk dilaksanakan sepanjang zaman.

Mengapa Hudud?
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Sekiranya benar mahkamah syariah di Malaysia melaksanakan perundangan menepati dan menuruti Al Quran dan Hadis maka dengan sendiri isu hukuman hudud tidak timbul kerana perintah Allah adalah perundangan yang terbaik untuk umat Islam dan bukan Islam. Kita minta rakan-rakan seperjuangan agar jangan mudah melatah dan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya merosakan perhubungan di antara kaum, agama dan fahaman politik masing-masing. Kita minta semua pihak berbincang dengan hati yang terbuka dan selesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik tanpa sebarang gangguan dari pihak yang jahil tentang undang-undang syariah.

Setelah kita mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Tanah Air kita sebelum dijajah maka jelaslah yang Tanah Melayu sebelum dijajah sudah melaksanakan undang-undang Islam. Kita mendesak agar pihak kerajaan mengkaji semula perundangan syariah di Malaysia agar ianya selari dengan kehendak Al Quran dan Hadis. Jangan mengubah apa-apa kandungan hukuman yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan Hadis semata-mata menurut kehendak perlembagaan yang direka bentuk oleh penjajah yang bercanggah dengan syariah Islam. Berlaku adil dan saksama kepada semua itulah yang di ajar oleh Islam. Bagi mereka yang masih ragu-ragu dan tidak mengetahui tentang perundangan Islam sebenar, kenalah rujuk kepada pakar perundangan Islam untuk keterangan lanjut. Untuk umat Islam dan bukan Islam usah takut dengan perundangan Islam selagi kamu tidak melakukan kesalahan jenayah yang berat kamu semua tetap selamat dari dikenakan hukuman. Hanya mereka yang melakukan jenayah takut kena hukum.

Secara kesimpulannya bahawa undang-undang syariah yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis adalah dari Allah Tuhan yang Maha Adil dan Lagi Maha Mengetahui. Siapalah kita ini pandai-pandai mengatakan bahawa hukuman Allah tidak sesuai dan tidak adil untuk semua. Islam itu adil untuk semua. Jadi fikir-fikirlah dengan hati yang terbuka dan ikhlas tanpa prajudis terhadap Allah Tuhan pencipta sekelian alam. Wallahu ta'ala a'lam
Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
Shariah Courts in Malaysia should be reviewed
Is the implementation of Islamic law in the Syariah Court in Malaysia is really in line and conform to the requirements of the Quran and Hadith? These are questions that we need to think together as all this there is some doubt as to the sentence that are run by the Syariah Court in Malaysia such as the punishment of the theft, adultery, rape and alcohol drinkers are also quite different from the punishment in the Quran and the Hadith.

What is the actual role of the Syariah Court on the implementation of Islamic law?
Syariah Court is the judicial institution which tried and sentenced for the offense of Muslim religion according to civil and criminal jurisdiction assigned to it.

History
In the 15th century, Islam had been established in Melaka. Islamic Law began to be used when the royal family and the rulers embrace Islam. Brochure Canon Law, Law of Malacca and Pahang law is Islamic law which existed at the time. "Before the advent of British, Islamic law is the law of the country in Malaya/Malaysia. Sect (mazhab) that followed the Shafi sect" said Judge Edmond JC - Shaik Abdul Latif, etc. Shaik vs. Elijah Bux) " "Islamic Law is not foreign law but local laws & laws of the country" (Case Ramah vs Laton - Federated Malay States Court of Appeal - (1927) 6 FMSLR 128). The fall of Malacca in 1511, the Portuguese and later Dutch conquered Malacca, however the position and the implementation of Islamic law are not affected. Beginning in 1786, the arrival of the British taking Penang and Kedah became the starting point of efforts to waiver Islamic law. They think of Penang when it does not have any legal system (Law) and claimed that Islamic law is practiced as evil. (Their claim is false because at the time Malaya has written Muslim laws).

Constitution of Malaysia 1984
The powers provided by the Syariah Court Constitution of Malaysia 1984 with the amendment are as follows:
1. To be judge and sentence with jail or fines for Muslims only
2. A fine not exceeding RM5000.00 only or
3. 3 years imprisonment or
4. Caning not exceeding six strokes or
5. The combination of all three (fines, imprisonment and caning)

If referred to the above items it is clear that the Sharia laws in Malaysia is not meet with the punishment in the Quran and the Hadith in full and are still bound by the demands of Malaysian secular constitution. Malaysian Constitution also allows multiple unique judicial system, the secular laws (criminal and civil) and sharia law. The implementation and the relationship between the two legal systems are quite complex and has raised uncertainty.

Constitution of Malaysia, known as the Federal Constitution contains 183 articles, is the supreme law in Malaysia. It is a written legal document that was developed based on the two previous documents of the Federation of Malaya Agreement 1948 and the 1957 Independence Constitution. This constitution was drawn up based on the advice of the Reid Commission which conducted a study in 1956. The Constitution is force immediately after its independence on August 31, 1957. From Wikipedia, the free encyclopedia

As noted in the history before the arrival of British, pre-Islamic law is the law of the country in Malaya. Now our country is independent from the British colonies, our country should take the Sharia law that was practiced during the Malayan sovereign and independent from the colonies.
After independence the constitution drafted based on the advice of the Reid Commission in 1956 it should be repealed and we need to practice the sharia law that has been adopted in Malaya before colonization.

We are confident that there is no problem to implement full Sharia law because even now we have two legal systems of common law legal system and sharia law.
The law of Malaysia is mainly based on the common law legal system. This was a direct result of the colonization of Malaya, Sarawak, and North Borneo by Britain in between the early 19th century to 1960s.

For the faithful and obedient Muslim with the teachings of Islam is certainly in no doubt and no problem to accept the complete Islamic law and to non-Muslims, they can use the law and religious customs, or choosing their 'Common Law' as the practice now. It's up to them to choose their sense of legal justice for them so it does not a problem of non-Muslims to scare of Sharia law which is only carried out against Muslims.

Common law (also known as case law or precedent) is law developed by judges through decisions of courts and similar tribunals rather than through legislative statutes or executive branch action.


We ask the legal and constitutional experts in Malaysia to come forward to clarify and correct the conditions for this mess so that people understand what the sharia law is actually. Hopefully with the explanations of the legal experts can be accurately understood by people of all.
Islamic jurists also have to ensure that Sharia law in Malaysia fits with and scrutinize with the requirements of the Qur'an, Hadith and Islamic intellectual (ulama) not only based on the colonial constitution. Hudud included in the Sharia law and if this can be corrected and reviewed, we believe that there is no question of rejection of sharia law and hadd that are appropriate to be implemented in this era.

Why Hudud?
Hudud (Arabic, also transliterated hadud, hudood; singular hadd, حد, literal meaning "limit", or "restriction") is the word often used in Islamic literature for the bounds of acceptable behavior and the punishments for serious crimes. In Islamic law or Sharia, hudud usually refers to the class of punishments that are fixed for certain crimes that are considered to be "claims of God." They include theft, fornication, consumption of alcohol, and apostasy.

If true sharia court in Malaysia implementing legislation is conform and abide by the Quran and the Hadith by itself hudud issue does not arise because the command of Allah is the best legislation for Muslims and non-Muslims We ask our counterparts not simply issued a statement that eventually ruined the relationship between ethnic, religious and political beliefs, respectively. We urge everyone to talk with an open mind and solve this problem in the best way without any interference from the ignorance of sharia law.

Now that we know something about the history of our country before colonization that Malaya has implemented Islamic law. We demanded that the government review the Syariah laws in Malaysia that it is aligned with the Quran and Hadith. Do not change any content of penalties prescribed in the Qur'an and Hadiths solely by virtue which the constitution is designed by the colonial government in conflict with Islamic law. Be fair and equitable to all that is taught by Islam.

For those who are still in doubt and are not aware of Islamic law actually they have to refer to Islamic jurists for more information. For Muslims and non-Muslims do not fear Islamic law as long as you do not do serious criminal offense, you are safe from retribution. Only those who commit crimes have to fear the law.

To conclude that sharia law in the Quran and the Hadith is from the God, the Most Just and most omniscient. Who are we to say that the sentence of God is not appropriate and not fair to all? Islam is justice for all. So think, think with an open mind and honest without prejudice to God the creator of the Universe. Wallahu ta'ala a'lam (Only God Knows)

PAS LENGGONG

Posted: 29 Sep 2011 07:11 PM PDT

PAS LENGGONG


Kepelikan dalam kesepakatan Pakatan Rakyat

Posted: 28 Sep 2011 10:34 PM PDT

Peringkat setiausaha agong mengarahkan pucuk pimpinan tertinggi tutup mulut sehingga malam 28.9.11 dan pemimpin tertinggi akur.
Saidina Umar lega kerana ada pemuda berani tegur Umar. Dan pemimpin tertinggi PR akur dengan arahan pemimpin bawah, yang paling muda ialah wakil DAP. Persefahaman ini merupakan kekuatan PR dan ianya meyakinkan keupayaan PR membawa negara kepada kemakmuran sejati dan semua rakyat merasainya.

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu | Print |
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.

Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.

"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan.

"Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.

"Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya.

Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain.

Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini.

Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi.

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.

Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan.

Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Rembau Hari Ini

Posted: 29 Sep 2011 07:09 PM PDT

Rembau Hari Ini


'Kami tidak diajak berunding'

Posted: 28 Sep 2011 08:37 PM PDT



'Kami tidak diajak berunding'
Sinar Harian 29 Sep 2011

SEMERBOK – Penduduk di Kampung Semerbok Masjid, dekat sini, kesal apabila tanah yang dipajak bagi tujuan tanaman padi sudah berubah menjadi jalan atau laluan yang bakal diturap.

Wakil penduduk, Abdul Rahim Mohamad, 53, berkata, dia selaku waris pemilik tanah berkenaan berasa terkejut dan kecewa dengan tindakan agensi terlibat kerana tidak berunding terlebih dahulu dengan pemilik tanah.

Menurutnya, kebanyakan pemilik tanah adalah terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal, bagaimanapun, ia tidak seharusnya membolehkan pihak berkaitan sesuka hati menceroboh tanah pajakan bagi tujuan lain.

"Pada awalnya, saya menjangkakan kerja yang dilaksanakan adalah bagi membina sistem air dan saliran bagi tanaman padi yang mana tanahnya telah dipajakkan sejak dari tahun 2009 lagi.

"Bagaimanapun, pada kira-kira 5 petang, Ahad lalu, saya terperanjat apabila mendapati ia adalah kerja membina jalan. Setakat ini terdapat lapan orang pemilik tanah yang terlibat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Abdul Rahim berkata, dia tidak menolak kerja berkenaan bakal membabitkan tiga lagi pemilik tanah.

Berikutan itu, dia dan pemilik tanah terlibat membuat laporan di Balai Polis Chembong, Isnin lalu dan menggesa pihak serta agensi terlibat untuk bermesyuarat dengan mereka bagi mencari jalan penyelesaian.

"Kami mahu menuntut ganti rugi kepada pihak bertanggungjawab kerana telah sesuka hati membina jalan, sedangkan projek tanaman padi masih juga belum membuahkan hasil.

"Pemilik tanah hanya menerima RM200 setahun bagi pajakan sewa tanah selama 10 tahun bagi tujuan tanaman padi," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9575160.asp

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 29 Sep 2011 03:34 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Burukan JOHOR kena ambil tindakan!!!

Posted: 29 Sep 2011 02:51 AM PDT

Ali Rustam burukkan Kelantan macam mana?

MELAKA, 29 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor.

Beliau melontarkan pertanyaan itu kerana Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini.

"Macam mana pula orang Kelantan dengan Ali Rustam, apa yang Ali Rustam tak cakap tentang Kelantan. Dalam dan luar sidang Dun, sentiasa Kelantan diburukkan.

"Beliau pernah melarang pegawai kerajaan pergi Kelantan. Pernah beliau menarik balik larangan itu?"

"Di Melaka orang buang anak, di Kelantan orang buang anak dan dibakar anak itu, itu antara ucapan Ketua Menteri dalam sidang Dun," ujar Adly yang juga Yang Dipertua PAS Alor Gajah di dalam blognya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

Menurut Adly, kalau polis Johor hendak bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, maka Ketua Polis Kelantan juga wajar bertindak terhadap Ali Rustam.

Beliau mempersoalkan mengapa polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang dituduh memburukkan Johor tetapi mendiamkan diri terhadap tindakan Ketua Menteri Melaka yang acapkali memburukkan negeri Kelantan.

"Burukkan Johor bertindak, burukkan Kelantan tak apa, 1Malaysia apa?" soal Adly sinis.

Adly berkata rakyat Johor sedang dihasut agar membenci Lim Guan Eng kerana dianggap menjatuhkan imej Johor.

"Menjatuhkan imej Johor di luar negara. Johor selamat, YAB Lim kata tak selamat?

"Sedangkan secara faktanya Pulau Pinang paling selamat di Malaysia dengan indek jenayah 27%," katanya.

Hudud: Kenyataan TGNA dlm FB pagi ini

Posted: 28 Sep 2011 07:45 PM PDT


Bismillah, saya dimaklumkan keputusan pimpinan Pakatan Rakyat semalam yang menghormati hasrat Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah. Alhamdulillah, saya menerima baik dan bersyukur sangat2 kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh non muslim. Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh UMNO yang masih menghalang hasrat kami.

UMNO LEGA HUDUD HANYA AKAN LAKSANA BILA SEMUA PR SETUJU

Posted: 28 Sep 2011 05:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu 'panas' minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang media tengah malam tadi bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

"Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua ketiga-tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

"Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

"Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," kata mereka.

Selain itu, kata mereka, mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat.

"PKR dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini," kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu mereka menambah, mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa "kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecahbelahkan kesatuan Pakatan Rakyat."

"Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini," kata mereka.

"Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik, kebertanggungjawaban, ketelusan, kompetensi bagi mencapai kemaslahatan umum untuk semua rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin kanan ini.

Hampir 30 pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan lebih tiga jam malam tadi untuk menyelesaikan perbezaan pendirian parti-parti dalam perikatan itu.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 29 Sep 2011 02:59 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka vs Kelantan Menujukkan Ali Rustam Jahil Matematik

Posted: 29 Sep 2011 07:30 AM PDT



Polis diminta jangan bersikap berat sebelah dalam menangani isu berkaitan memburukkan negeri seperti yang didakwa oleh Lim Guang Eng tempoh hari. Ia seolah-olah menampakkan polis di bawah bidang kuasa UMNO/BN sedangkan polis merupakan agensi kerajaan yang tidak sama fungsinya dengan mana-mana parti politik dalam negara.

Sebelum ini pun aku mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor. Ingatkah anda sebelum ini bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini. Namun setelah sekian lama, Ali Rustam menarik balik larangan tersebut ibarat menyedut hingus ke dalam mulut.

Di sini aku ingin membuat perbandingan mengenai jenayah indeks yang berlaku antara negeri Kelantan dan Melaka bagi Januari sehingga Mei 2010/2011 dan jenayah jalanan bagi bagi Januari sehingga Mei 2009/2011. Namun aku akan buat perbandingan ini mengikut kapasiti kepadatan penduduk bagi kedua-dua negeri mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 supaya Ali Rustam dan UMNO/BN Melaka tidak buta angka.

Klik imej untuk pembesaran


Klik imej untuk pembesaran

Bagi statistik indeks jenayah negeri Kelantan pada Januari sehingga Mei 2011 adalah sebanyak 178 kes jika dibandingkan dengan Melaka yang mencatat 232 kes pada tahun yang sama. Jika mahu diambil kira jenayah pada Januari sehingga Mei 2009 pula, Kelantan mencatatkan 144 kes berbanding Melaka 217 kes dan jika diambil kira kapasiti penduduk pula jumlah penduduk Kelantan adalah 1.54 juta berbanding Melaka yang hanya 0.85 juta penduduk dan beza penduduk Kelantan dengan Melaka ialah 53.23%.

Kesimpulannya, jenayah di Melaka lagi teruk di Kelantan kalau dikirakan nisbah jenayah kerana jumlah kes bagi kedua-dua tahun tersebut bagi Kelantan adalah 322 kes bersamaan 1.54 juta penduduk jika dibandingkan dengan Melaka dengan 449 kes bersamaan 0.84 juta penduduk. Sekarang Ali Rustam kena belajar statistik supaya tidak lagi menunjukkan kebodohannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Jika dikira semua kes di atas bagi kedua-dua tahun tersebut untuk Kelantan ialah 5915 kes dan Melaka pula  ialah 4895 kes dan harus diingat bahawa kapasiti penduduk di Kelantan lebih ramai berbanding Melaka. Ali Rustam patut malu kerana Melaka paling banyak jenayah berbanding Kelantan. Kelantan tiada pusat judi seperti yang Ali Rustam bimbangkan sehingga meminta Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Melaka Berhad memotong bekalan elektrik.

Kelantan tiada pusat hiburan sehingga jam 3 pagi seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Ali Rustam. Ali Rustam diminta bertaubat dan jangan tunjukkan kebodohan dalam membuat statistik. Jika masih lagi tidak faham dengan angka itu, boleh belajar kelas matematik dengan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam beserta doa harian yang akan diajar oleh kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

Sumber: kijang59

Kerajaan Melaka Buat Web Negeri Macam Bapak UMNO Punya

Posted: 28 Sep 2011 01:52 AM PDT

Melaka Sifar Pembangkang. Mungkin itu tagline bagi kerajaan UMNO/BN di Melaka yang ingin melihat keadaan di Melaka bebas dari pembangkang dan sampai bilakah UMNO/BN mahu bersikap seperti kebudak-budakan ini. Setelah dibuat tinjauan ke atas tiga laman web negeri yang diterajui oleh PAS (Kelantan) dan 2 negeri yang diperintah UMNO/BN iaitu Perlis dan Melaka, hanya web kerajaan Melaka sahaja yang syok sendiri menjadikan web itu milik UMNO.

Cuba kita perhatikan dengan tindakan 'menyifarkan' pembangkang oleh kerajaan negeri Melaka itu sedikit sebanyak menafikan hak rakyat yang memberikan mandat kepada lima ADUN Pakatan Rakyat dari DAP. Adakah DAP memenangi pilihanraya lalu mendapat mandat dari makhluk asing sehinggakan dinafikan demikian? Sememangnya sifar pembangkang jika lima ADUN tersebut tidak disenaraikan namun ia tidak menunjukkan sifar yang nyata sebaliknya ada parut yang mencacatkan web tersebut.

Klik imej untuk pembesaran

Mari kita lihat dan perhatikan tindakan kerajaan negeri Melaka menjadikan pembangkang sifar di lima DUN yang dimenangi oleh DAP/PR. DUN yang dimenangi tersebut ialah di N.15 Bachang - YB Lim Jak Wong, N.16 Ayer Keroh - YB Khoo Poay Tiong, N.19 Kesidang - YB Goh Leong San, N.20 Kota Laksamana - YB Betty Chew Gek Cheng dan N.22 Banda Hilir - YB Tey Kok Kiew. Kerusi DUN di Melaka mempunyai 28 kerusi yang mana 5 kerusi telah dimenangi oleh DAP/PR atau dalam peratus yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Melaka ialah 17.56%.

Bukan setakat menafikan ADUN-ADUN DAP tersebut, web kerajaan itu juga memasukkan pautan UMNO seperti dalam gambar di bawah ini. Nampak gayanya UMNO/BN Melaka semakin takut pada bayang-bayang sendiri walhal mereka yang memerintah Melaka. Itu baru lima ADUN DAP/PR yang mendapat mandat, jika mandat dapat kepada semua PR maka UMNO/BN Melaka boleh jadi gila meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat kejayaan PR ini.

Klik imej untuk pembesaran

Apakah motif pautan tersebut dimasukkan bersama dalam laman web kerajaan negeri? Adakah UMNO tiada jentera untuk membuat pautan dalam blog atau lain-lain medium sehinggakan terpaksa menggunakan laman web rasmi kerajaan. Adakah mungkin yang bekerja dalam jabatan kerajaan terutama unit I.T dalam kerajaan Melaka budak hingusan yang tidak dapat membezakan laman web rasmi atau web sebuah parti. Mungkin juga unit I.T tersebut hanya tahu dalam Melaka hanya UMNO sahaja yang wujud maka senarai lima ADUN DAP/PR tlah dinyah dari laman tersebut.

Sekrang kita cuba tengok perbandingan antara tiga buah kerajaan yang satu kerajaan PAS (Kelantan) dan dua kerajaan yang diperintah UMNO/BN (Perlis dan Melaka). Berikut ialah laman web tersebut:-

1) Kerajaan Negeri Kelantan [PAS]

Klik imej untuk pembesaran

Portal rasmi Adun Kerajaan Negeri Kelantan. Adun UMNO dipamerkan dan diperkenalkan. Tiada tanda salah guna kuasa (pautan PAS) di laman web berkenaan. Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. 

2) Kerajaan Negeri Perlis [UMNO/BN]

Klik imej untuk pembesaran

Portal rasmi Adun Kerajaan Perlis. ADUN PAS dipamerkan dan diperkenalkan. Malah tiada salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal. Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis. 

3) Kerajaan Negeri Melaka [UMNO/BN]

Klik imej untuk pembesaran

MasyaALLAH.. Portal rasmi Adun Kerajaan Melaka. ADUN DAP tidak dipamerkan dan tidak diperkenalkan. Malah salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal. Apa sudah jadi dengan UMNO Melaka?

Sumber: kopokamu

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 29 Sep 2011 02:52 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR - KHAIRY PERLU TEGAS DESAK KERAJAAN

Posted: 27 Sep 2011 07:42 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

                                         KHAIRY PERLU TEGAS DESAK KERAJAAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang menyokong cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, supaya Kerajaan Pusat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud yang telah diluluskan di DUN Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengucapkan tahniah di atas keberanian Khairy memberikan pandangan yang  'menongkah arus' daripada kejahilan dan kejumudan pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO yang lain termasuk Presiden UMNO sendiri berkenaan isu hudud ini. Sepatutnya UMNO yang dikatakan mewakili masyarakat Melayu Islam dan telah menjadi penguasa di dalam Negara ini lebih daripada 50 tahunlah yang perlu berada di pentas utama politik Malaysia untuk melaksanakan hukum Hudud di dalam negara ini dan tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakannya di peringkat Negeri Kelantan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga perjuangan Khairy untuk meminta Kerajaan Pusat melaksanakan permintaan beliau ini tidak hanya berjalan separuh jalan sahaja malahan beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO perlu menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk mempastikan pihak Kerajaan melaksanakan pindaan tersebut. Jangan hanya pandai bercakap dan beretorik di dada akhbar untuk menjuarai isu hudud tetapi menjadi pemuda yang bacul dan pengecut apabila ditekan dan diancam ugut oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang lainnya. Pergerakan Pemuda UMNO perlu bangkit menyokong dan mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda mereka dengan mendesak Kerajaan supaya melaksanakan pindaan tersebut dan tidak mempedulikan ancaman dan ugutan daripada parti sekutu BN yang lain.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mendoakan semoga perjuangan Kerajaan PAS Negeri Kelantan untuk meneruskan agenda perlaksanaan hukum Hudud seperti yang telah diluluskan dahulu akan sentiasa dipermudahkan dan diberkati oleh Allah Taala.   


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA - PENIPUAN SEMAKIN TERBONGKAR

Posted: 27 Sep 2011 07:22 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

PENIPUAN SEMAKIN TERBONGKAR

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berasa cukup positif dan gembira dengan pembongkaran isu-isu yang telah dibuat mutakhir ini oleh orang perseorangan ataupun badan-badan NGO yang membabitkan penipuan, penyelewengan dan salah guna kuasa oleh penjawat awam dan agensi jabatan kerajaan di dalam memastikan penerusan kuasa UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya lalu. Baru-baru ini melalui laman sesawang Malaysiakini telah didedahkan bahawa seorang pemastautin tetap yang memohon untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan negara ini telah 'dinasihatkan' oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara supaya 'membalas budi' dan menjadi tugas utama beliau sekiranya diberikan kerakyatan untuk mengundi parti pemerintah iaitu UMNO/BN.

Begitu juga dari petikan Wikileaks (kabel diplomatik Amerika yang bocor), pendedahan Pengerusi Mafrel (NGO Pemantau Pilihanraya), Malek Husin, terhadap pengakuan yang telah dibuat oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengakui UMNO telah melaksanakan 'kempen kotor' untuk merampas Sabah daripada PBS waktu itu dengan memberikan taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja asing (kebanyakan dari Indonesia dan Mindanao, Filipina) untuk menjadi pengundi berdaftar di Sabah. Bahkan Tan Sri Rashid mengakui secara peribadi telah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu khusus untuk membantu UMNO di Sabah. Ianya juga dikenali sebagai 'Projek IC' yang turut membabitkan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menurut laporan tersebut.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan pendedahan sebegini telah jelas mengesahkan dan membenarkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat terhadap penipuan dan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh UMNO/BN selaku pihak kerajaan untuk meneruskan kekuasaan mereka memerintah negara ini secara 'kotor dan haram'. Sepatutnya pihak UMNO/BN selaku Kerajaan yang memerintah negara ini berasa malu dan insaf terhadap tindakan mereka membelakangkan undang-undang negara dan mengkhianati amanah rakyat.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya siasatan segera dilakukan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang bebas dan telus serta mengambil tindakan tegas terhadap pelaku-pelaku yang telah menyalahguna kuasa hatta mantan perdana menteri sekalipun. Sesungguhnya mereka yang telah terlibat di dalam sebarang penyalahgunaan kuasa ini adalah merupakan PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru dan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk tampil membuat pendedahan sekiranya ada terhadap penyelewengan dan penipuan sistem pilihanraya di dalam negara ini.

MOHD SANY BIN HAMZAN    
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

21 September 2011

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 29 Sep 2011 02:22 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Selamat datang ke Sambutan 60 Tahun PAS

Posted: 29 Sep 2011 04:45 AM PDT

Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini.
(Kanan: Padang Bandaran Butterworth.)
Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang.

Mereka menjadikan medan Padang Bandaran Butterworth yang kini lebih dikenali Padang Putra Merdeka sebagai tapak pelancaran parti Islam yang senantiasa utuh dari segi kepimpinan, perjuangan dan pendekatan walaupun terpaksa mengalami jatuh bangun akibat kepimpinanya yang terjun ke laut sebelum sampai ke daratan.
Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih.
(Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.)
Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak.

Waktu itu terciptalah satu gelombang yang melonjak nama PAS ke arena politik yang lebih mencabar. Ramai anak muda berkupiah putih, berserban, berjubah dan berjanggut berbanding dulunya nampak lebih 'simple'.

Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama.

Begitu juga anda boleh meninjau sendiri ke Masjid Al Jamiul Badawi yang mana anda boleh melihat sendiri sebuah bangunan yang ada dua beranda (serambi) yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat tarbiyah yang pertama di waktu Allahyarham Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda manakala ayahandanya Tuan Guru Abdullah Fahim bertindak sebagai penasihat penubuhan.

Selepas itu pusat berkenaan berpindah pula ke Masriyah di Bukit Mertajam apabila Ustaz Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pertama.

Itulah antara lokasi yang menjadi kewajipan kepada para peserta sambutan ke 60 tahun PAS mesti lihat dengan mata kepala sendiri kerana tempat itu adalah koleksi perjuangan yang mesti terpahat di dada ahli PAS yang mahu melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia.

Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
(Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.)

Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'.

Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Gurtu Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Analisis Mohd Sabri Said - Hrkh

Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober

Posted: 29 Sep 2011 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam.

Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela.
Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia.

Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan.

"Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen.

Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500.

"Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan.

"Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go",  untuk kepentingan semasa.

"Perkara  ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya.

Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973.

PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu.

"Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya.

Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.

Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda.

PAS NS buat laporan polis terhadap PERKASA

Posted: 29 Sep 2011 04:29 AM PDT

 
PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohd Sabu ceramah at SerembanMohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".

"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.

Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hujung minggu lalu.

Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

NONEAmaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

 Berita sebelum ini tentang keganasan PERKASA

'Saya tak gentar amaran PERKASA'

Posted: 29 Sep 2011 04:21 AM PDT


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak gentar dengan amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Negeri Sembilan yang mahu mengadakan protes sekiranya beliau berceramah lagi di negeri itu.

Sebaliknya, tokoh yang dikenali sebagai 'ayam sabung PAS' itu, akan terus berceramah termasuk di negeri itu sekiranya menerima jemputan.

"Saya tidak rasa apa-apa (dengan amaran itu). Sebenarnya mereka yang gelisah. Saya telah didakwa, (jadi) tunggu mahkamah (buat keputusan).

"Saya akan terus berceramah kalau dapat jemputan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, beliau akan menghadiri satu lagi ceramah di negeri tersebut, yang dijadual pada 6 Oktober ini di DUN Paroi.

Mohamad mengulas kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang dilapor akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Amaran itu dikeluarkan selepas kekecohan tercetus di ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban Sabtu lalu sehingga menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA mara ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Mengulas mengenai keselamatan yang pada ceramahnya akan datang, Mohamad menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk berbuat demkian termasuk ceramah yang dibuat dalam kawasan persendirian yang tidak memerlukan permit.

Sementara itu, amaran PERKASA tersebut mengundang reaksi balas, khususnya dari pemimpin Pemuda PAS yang mengecam dan menyelar "kenyataan amaran dan ancaman" pemimpin PERKASA itu.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggapnya kenyataan kurang cerdik dan dangkal yang "hanya dilakukan oleh puak-puak yang tidak mempunyai keberanian untuk berhujah secara ilmiah dan beradab."

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata PERKASA sepatutnya mengadakan protes terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwanya "memutarbelitkan dan menyalahtafsirkan" kandungan sebenar ucapan Mohamad.

Sehubungan itu, beliau meminta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kenyataan PERKASA yang didakwanya berbaur ancaman dan hasutan untuk mendatangkan kecederaan ke atas Mohamad.

"Kenyataan PERKASA ini juga menunjukkan mereka ini sebenarnya kumpulan 'samseng' yang tidak menghormati undang-undang, tetapi sebaliknya berselindung di atas nama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Mohd Sany juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil sebarang langkah yang membelakangkan undang-undang untuk memudaratkan pimpinan PAS.

Sementara itu, ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Riduan Mohd Nor juga kesal dengan PERKASA yang didakwanya "sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS bertindak balas" sewaktu kekecohan itu berlaku.

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi seumpama itu.

"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.

Dengan nada menyindir, Riduan menyifatkan tindakan PERKASA mengganggu dan didakwa memukul penyokong PAS sebagai "tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran".

Tanggungjawab MP Umno sokong hukum hudud

Posted: 29 Sep 2011 04:19 AM PDT

KOTA BHARU, 29 Sept: Anggota parlimen (MP) Umno yang beragama Islam perlu turut sama bertanggungjawab bagi memastikan pelaksanaan undang-undang Islam di Kelantan menjadi kenyataan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mereka mesti menyokong hasrat PAS melaksanakan perundangan Islam di Kelantan dengan melakukan beberapa pindaan undang-undang di parlimen.

"Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut mencadangkan supaya peruntukan undang-undang yang sedia ada sekarang perlu dipinda terlebih dahulu," katanya di sini.

Semalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat keputusan menghormati usaha kerajaan Kelantan memasukkan hukum hudud dalam undang-undang syariah selepas dilulus pada persidangan Dun 1993.
Mesyuarat itu turut membenarkan PAS menerangkan mengenai undang-undang syariah biar pun DAP menyatakan tidak menyokong sekiranya ia dilaksanakan.

Dr Mohamed Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan meminta orang Islam yang menentang hukum hudud kembali kepada ajaran Islam.
"Janganlah mempolitikkan sehingga ia menjadi isu. Ini kerana hudud adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan mana-mana pemerintah.

"Adalah amat tidak wajar sekiranya umat Islam sendiri menjadikannya isu politik apa lagi menentangnya. Matlamat perjuangan PAS memastikan keseluruhan perintah Allah dapat diamalkan umat Islam," ujarnya.
Bagaimanapun katanya tanpa kuasa di peringkat pusat dan mendapat sokongan majoriti dua pertiga, hasrat PAS melaksanakan hukum terbabit akan terhalang.

Malah menurutnya kemenangan PAS di Kelantan sejak 1990 kerana rakyat mahu hukum hudud dilaksanakan.

"PAS memohon agar dibenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagaimana yang disebut dalam Enakmen Hudud yang diluluskan pada persidangan Dun 1993," katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah undang-undang di UIAM menjelaskan hukum hudud hanya akan dilaksanakan di kalangan penjenayah orang Islam sahaja.

"Orang yang tidak berniat melakukan jenayah atau orang bukan Islam tidak perlu takut kerana mereka tidak terlibat dengan enakmen ini," ujarnya.

Dr Mohamed Fadzli juga berkata, program penjelasan dan penerangan mengenai hukum hudud akan dibuat secara berterusan supaya rakyat lebih faham.

Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, pihaknya menyokong apa jua dasar yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat untuk kebajikan dan kebaikan rakyat.
"Kami sedar kewajipan pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dipertikaikan individu Muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.

"Maka menjadi tanggungjawab orang yang beriman menyokong dan menerima hukum Hudud, Takzir dan Qisas dengan penuh rendah diri," katanya.
Menurutnya juga kekeliruan yang timbul sebelum ini kerana dakyah disebarkan Umno melalui media massa tajaan mereka.

Beliau juga berkata, kenyataan Dato' Seri Najib Razak awal-awal lagi menolak melaksanakan hukum hudud perlu dinilai orang Melayu yang beragama Islam.

Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa

Posted: 29 Sep 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan pendesak Melayu, Perkasa ekoran ancaman terbuka mereka untuk 'menyerang' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka.

"Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban.

Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap.

Anwar: Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?

Posted: 28 Sep 2011 05:55 AM PDT

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE"Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya," katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

Kedah terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah

Posted: 28 Sep 2011 04:52 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setelah tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah.

Sehingga kini tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai kerajaan, malah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata berjaya mentadbir negeri dengan baik dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan intergiti.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, penentangan terhadap rasuah merupakan dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah hendaklah dihukum dan tidak dilindungi, manakala semua urusan kerajaan mestilah dilaksanakan secara telus tanpa sebarang penyelewengan.

Menurut beliau, sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, beberapa langkah berhubung hasrat kerajaan untuk menegakkan pentadbiran yang berintegritikan telah dilaksanakan.

Katanya, antaranya termasuklah Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud serta pengurangan elaun mesyuarat bagi Menteri Besar dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC).

"Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak lagi dibayar elaun tetap bulanan seperti yang diamalkan semasa Kedah berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini yang mencecah sehingga RM7 juta setahun tetapi sekarang hanya menerima eluan hadir mesyuarat yang tidak pun mencapai RM2 juta setahun," katanya.

Setelah Pakatan Rakyat memerintah Kedah, menurut beliau seperti yang dicatatkan di dalam buku Kedah Sejahtera 2008, Menteri Besar tidak lagi menggunakan jet khas, tidak lagi tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartmen biasa yang disewa oleh Kerajaan Negeri.

Katanya, Menteri Besar turut meminimumkan perjalanan ke luar negara dengan hanya 3 kali dalam tempoh 3 tahun, manakala Exco pula dinasihati menaiki penerbangan kelas ekonomi jika melakukan perjalanan dengan pesawat walaupun layak menggunakan "business class".

"Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus bertindak dengan merangka dan melaksanakan aktiviti strategik dalam bidang pembangunan, pendidikan, pembangunan insan, ekonomi, pertanian, industri, kebajikan dan pelancongan demi merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua," katanya.

Di dalam buku yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu, Azizan menegaskan, walaupun baru tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, pencapaian Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat.

Katanya, dalam masa yang sama, rakyat juga dapat melihat usaha ke arah kemajuan negeri dan kebaikan rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang telah dilancarkan sebelum ini.  

Dari sudut pentadbiran, setelah mengambil alih pemerintahan negeri, pemberian kontrak sesuatu projek di bawah Kerajaan Negeri telah dilaksanakan secara telus dan adil.

Hasilnya, menurut beliau, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2009 menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus dari hasil balak berbanding tahun 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka," jelasnya.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, perakuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri.

"Buat pertama kalinya, GLC telah berjaya menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa Kedah berada di bawah BN sebelum ini.

"Lebih jauh dari itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi," jelasnya.

Rakyat bukan mahu PM naik bas atau basikal

Posted: 28 Sep 2011 04:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

"Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama," kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.
Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.

Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.
Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.

Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.
Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.

"Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.

"Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini," katanya.
Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.

Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.
"Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.
"Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat," ujarnya.

PAS cadang bawa isu Kg Baru ke antarabangsa

Posted: 28 Sep 2011 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR,28 Sept: Jika kerajaan terus berdegil tidak mahu memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, PAS akan membawa perkara itu ke peringkat dunia, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar kanan).

"Jika kerajaan terus bersikap keras kepala dengan keengganannya untuk memulihara Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu, banyak lagi yang akan dilakukan dalam pelan tindakan bersama-sama Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) termasuk membawa perkara itu ke peringkat dunia dan bukan setakat isu nasional sahaja.

"Bukan setakat perjuangan demi mengekalkan warisan bangsa Melayu yang semakin pupus, tetapi kami yang terlibat membantu bantahan penduduk Kampung Baru terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 (RUU PPKB 2010) menyifatkan perjuangan itu sebagai pejuangan peribadi kami sehingga dapat diselamatkan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu," tegas beliau.

Menurut Salahuddin, para pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru menyifatkan kandungan RUU PPKB 2010 jelas cuba memanipulasi mereka dan mereka membantah dengan menaikkan kain rentang di rumah-rumah mereka.

Hasilnya, bacaan kedua rang undang-undang berkenaan telah ditangguhkan pada sesi Mac 2011.

"Tetapi, jika kerajaan terus berdegil dan RUU PPKB 2010 akan dibaca bagi kali kedua di peringkat jawatankuasa, PAS dan SPKB akan menggunakan semua saluran yang sah di sisi undang-undang untuk mempertahankan Kampung Baru sebagai khazanah warisan Melayu," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau juga kesal dengan kegelojohan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang melihat Kampung Baru dari sudut keuntungan komersil dan ekonomi semata-mata.

"Pemuliharaan warisan bangsa tidak sepatutnya ditangani secara komersil tetapi ia adalah tanggungjawab sosial kerajaan untuk memulihara warisan bangsa.

"Jika perkampungan Portugis di Ujong Pasir, Melaka boleh dipulihara, mengapa kerajaan BN menunjukkan sikap yang luar biasa rakus terhadap Kampung Baru yang menjadi khazanah warisan Melayu?" Salahuddin mempersoalkan.

Beliau mengingatkan kerajaan supaya jangan terus mengabui mata orang-orang Melayu dengan apa yang didakwa sebagai persetujuan  sebahagian mereka yang telah mengembalikan borang referendum yang diedar oleh kerajaan kepada mereka.

"Jangan gunakan suara minoriti untuk menekan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru supaya tunduk dan menyerah kalah kepada taktik pulas tangan kerajaan (Datuk Seri) Najib (Razak)," katanya.

Salahuddin menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak bersikap jujur kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru

Menurut beliau, borang referendum itu diedarkan pada Jun 2011 oleh kementerian dengan janji bahawa ia akan dijadikan asas utama untuk menentukan sama ada RUU PPKB 2010 akan diteruskan.

"Pada 17 September menteri wilayah mengumumkan sekali lagi bahawa bacaan kali kedua akan diteruskan pada sesi parlimen Oktober 2011.

"Walau bagaimanapun beliau langsung tidak menyatakan perkembangan referendum yang telah dijalankan," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak hairan dengan taktik di luar apa jua ukuran moral itu..

"Kalau kuota Bumiputera pun mereka nak buang, apa nak dihairankan kalau pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru ditipu," katanya.

Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS

Posted: 28 Sep 2011 04:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.

Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'

Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.

Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.

Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.

Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.

Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.

Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).
Suasana berbeza
Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.

Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).

Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.

"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.

"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.

Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.

Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.

Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.

Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik.

Letupan di kompleks Subang Jaya, empat cedera

Posted: 28 Sep 2011 04:44 AM PDT

Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.

NONELetupan itu menyebabkan keseluruhan aras bawah kompleks membeli-belah itu mengalami kerosakan teruk, antaranya cermin pecah, dinding bangunan pecah dan lantai retak serta beberapa buah kereta didapati remuk.

Beberapa laluan jalan raya menghubungkan kompleks membeli-belah itu ditutup buat sementara waktu oleh pihak berkuasa.

Penghuni apartmen berhampiran dilihat berkumpul di luar perkarangan kompleks membeli-belah dan diarahkan anggota pihak berkuasa mengosongkan kediaman buat sementara waktu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
NONEKejadian itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis, termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata, beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat.
Setakat ini punca kejadian belum diketahui.
Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Osman Abdullah berkata jentera bomba pertama sampai kira-kira jam 3.50 pagi.

NONEMenurutnya, setelah sampai dilokasi, berlaku kebakaran di bahagian hadapan melibatkan saluran gas yang dipercayai berpunca dari letupan yang kuat.

"Kami menerima laporan daripada pengawal keselamatan bangunan, terdapat dua orang mangsa pengawal keselamatan berbangsa Nepal terperangkap di bahagian aras bawah (basement) mengalami cedera ringan.

"Manakala dua orang awam berjaya diselamatkan dan mengalami cedera ringan kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans," katanya.
NONESementara itu, menurut Berita Harian Online, Ketua Polis Daerah Subang, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata punca kejadian masih disiasat dan laporan terkini akan dikeluarkan pasukan bomba serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Beliau berkata, letupan di bahagian bawah bangunan itu mengakibatkan cermin bangunan pecah membabitkan tiga kedai makan.

"Dua daripada mangsa adalah warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ manakala dua lagi rakyat tempatan.

"Semua mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan," katanya.
NONEMenurut saksi, Daryl Chua, 27, (kanan) ketika kejadian berlaku, dia bersama teman wanitanya sedang menuju ke mesin bayaran tiket letak kereta.

Ketika sampai di mesin tersebut, katanya, tiba-tiba dia terdengar bunyi 'letupan' dan terus rebah ke lantai.

"Saya terpaksa memapah teman wanita saya yang longlai dan tidak berdaya, keluar dari kompleks membeli-belah tersebut, kira-kira tiga minit selepas kejadian berlaku," katanya ketika menceritakan detik cemas itu.

Pada masa yang sama, dia ternampak beberapa orang awam dan pengawal keselamatan bertempiaran lari menyelamatkan diri

"Nasib baik saya dan teman wanita tidak cedera serius, saya hanya luka kecil di tangan manakala kereta rosak teruk," katanya.
Bomba: Dipercayai kebocoran saluran gas

Sementara itu, Bernama melaporkan Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 3.45 pagi dan 50 anggota dihantar ke tempat kejadian.

Beliau berkata letupan itu dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas dari aras bawah yang menempatkan kedai-kedai makan dalam pasar raya itu.

"Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Buat masa ini, kami tidak benarkan orang ramai memasuki pasar raya ini. Kebocoran dah dapat dikawal, cuma sekarang kami sedang siasat lebih terperinci mengenai puncanya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Kira-kira 300 orang awam yang menginap di hotel berdekatan pasar raya itu dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga dan sehingga pukul 4 petang ini, kesemua mereka belum dibenar memasuki hotel itu.

Azmin: Pakatan tolak undang-undang ganti ISA

Posted: 28 Sep 2011 04:42 AM PDT

Pakatan Rakyat tidak akan menerima sebarang undang-undang untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mahu dimansuhkan oleh kerajaan, kata timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

NONEPendirian Pakatan, tegasnya, adalah jelas, iaitu mansuhkan ISA sepenuhnya dan tiada undang-undang baru menggantikannya.

Bercakap selepas satu forum awam malam tadi, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata, Pakatan bersedia untuk membantu kerajaan dalam mendraf rangka kerja pasca-ISA.

Azmin berkata pihaknya akan menunggu respon kerajaan terhadap tawaran kerjasama tersebut.

Penalis forum mengenai pasca-ISA itu ialah ahli parlimen Subang, R Sivarasa; profesor undang-undang, Abdul Aziz Bari, dan penganalisis politik, Wong Chin Huat.

Ditanya mengenai "rangka kerja" tersebut jika ia bukan undang-undang untuk menggantikan ISA, Azmin berkata, pakatan akan membentangkan cadangannya untuk reformasi pasukan polis.

Menurutnya, pasukan polis yang berwibawa akan mampu bertindak menangani ancaman keselamatan negara tanpa memerlukan tahanan tanpa bicara.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 29 Sep 2011 01:18 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Mengapa Rayuan rebet Cukai Tanah UUM Ditolak.

Posted: 07 May 2011 08:32 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
@ kedahla.blogspot.com


BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.


Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.

 
Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?


Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.


Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.


USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.


Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.


Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut.


Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?


Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.


Dupahang's Weblog

Posted: 29 Sep 2011 12:30 PM PDT

Dupahang's Weblog


PERKASA AJAK PAS TIMBULKAN SUASANA HURU HARA?

Posted: 28 Sep 2011 07:48 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap ahli-ahli kumpulan PERKASA yang bertindak menyerang dan menumbuk penyokong PAS dalam ceramah umum yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di  Ampangan, Seremban, beberapa hari lalu. Bagi DPPM, tindakan ahli atau penyokong PERKASA tidak wajar kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dan mengganggu ketenteraman awam. [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 29 Sep 2011 11:28 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!! - Blogger UMNO hentam Masyitah!

Posted: 28 Sep 2011 06:05 PM PDT

dipetik dari Blogger Upahan Hamidah ( Sungai Rapat Online )

Dari dulu lagi saya dah menduga perkara sebegini akan keluar daripada seorang ustazah cantik yang memegang potfolio timbalan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tetapi sayang mulut terlalu celupar.


Semasa menjadi Ahli Parlimen Baling dulu pun ramai rakyat Baling mengeluh kenapalah mangkuk ini jadi ahli parlimen kami sedangkan kami mempunyai ramai lagi pemimpin yang lebih berjiwa rakyat berbanding Mashitah Ibrahim.


Untuk selanjutnya sila baca disini

____________________________________________



Wahai Ustazah Masyitah.. jaga tingkah laku.. Andalah satu-satunya Ustazah harapan dalam UMNO.. siapa lagi nak jadi Ustazah UMNO... jaga adab tau... tau.. hehe..

Pemuda Guchil

Posted: 29 Sep 2011 10:19 AM PDT

Pemuda Guchil


Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

Posted: 28 Sep 2011 06:37 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 29 Sep 2011 10:06 AM PDT

KHIDMAT MERU


WAKIL RAKYAT PRIHATIN

Posted: 29 Sep 2011 01:13 AM PDT


















Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai wakil rakyat DUN Meru dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Dr Rani dapat membuktikan kepada warga Meru bahawa beliau masih mampu memperuntukkan masa bagi berinteraksi dan menyelami hati rakyat Meru yang berbilang masa, satu usaha mulia yang gagal dipraktikkan oleh wakil rakyat Umno sebelum ini.



Rata-rata rakyat Meru berasa bertuah kerana sebelum ini terlalu amat susah kata mereka nak bertemu dengan wakil rakyat Umno untuk mencurahkan masaalah yang dihadapi mereka.


Selain senang untuk bertemu Dr Rani di Pusat Khidmat Masyarakat, beliau juga sering boleh ditemui di Masjid As Syariff Meru.










Jasindaily Online

Posted: 29 Sep 2011 09:59 AM PDT

Jasindaily Online


USTAZ AZHAR IDRUS LIVE DI MELAKA

Posted: 29 Sep 2011 06:09 AM PDT

TINDAKAN TEGAS TERLAHADAP DATOK ALI

Posted: 28 Sep 2011 10:37 PM PDT

KERJA BANGANG UMNO MELAKA

Posted: 28 Sep 2011 10:32 PM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 29 Sep 2011 09:04 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


CUCI HATI

Posted: 29 Sep 2011 07:27 AM PDT

Bantu SISWAZAH MASIH CARI KERJA oleh Anak SYARIKAT KERAJAAN SELANGOR

Posted: 29 Sep 2011 06:29 AM PDT

SHAH ALAM
Graduan yang masih mencari kerja diberi peluang mempertingkatkan keupayaan diri agar lebih mampu untuk lulus temuduga kerja, menambah kemahiran spesifik atau mendapat permentoran perniagaan.
Kumpulan Perangsang Selangor Bhd tampil menawar tanggungjawab sosialnya dengan membiayai kursus jangka pendek siswazah yang masih menganggur dan mahu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk mempertingkatkan employabiliti diri.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 29 Sep 2011 08:15 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


AHLI PAS MESTI FAHAM PERJUANGAN PARTI : UST. SYED QADIR

Posted: 28 Sep 2011 11:47 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 29 Sep 2011 07:40 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN

Posted: 29 Sep 2011 02:39 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan