Jumaat, 16 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 16 Sep 2011 01:26 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


KERAJAAN NEGERI AKAN PASTIKAN PREMIS AWAM DAN SWASTA SEDIAKAN RUANG SOLAT LEBIH SELESA

Posted: 15 Sep 2011 08:56 PM PDT

KENYATAAN MEDIA YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA 15 SEPTEMBER 2011 Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berusaha memastikan rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa, agama mahupun pegangan politik dapat menikmati kehidupan lebih makmur dan selesa. Ini adalah intipati hasrat kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) sejak mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) [...]

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 16 Sep 2011 12:14 AM PDT

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Jemputan Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfiri

Posted: 15 Sep 2011 05:27 PM PDT


Hanya Umno yang kenali komunis baik atau bahaya

Posted: 15 Sep 2011 05:11 PM PDT

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahamanajib tun razakn (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu."

Kata perdana menteri: "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka." Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.


Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara.

Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis?

NONEBukankah ini melanggar logik Najib sendiri?

Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat?

Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat.

Kena tanya Umno, MPN

Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja.

Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong.

Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

NONECuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.

Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai.

NONEDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah ketua penerangan PAS Pusat.

Salam Perjuangan

Posted: 15 Sep 2011 11:47 PM PDT

Salam Perjuangan


MANSUH ISA - PAS AMBIL PENDIRIAN 'TUNGGU DAN LIHAT'

Posted: 15 Sep 2011 08:56 PM PDT

17 Syawal 1432 H | 16 September 2011
PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.


"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri. 


"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.


Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.


Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional. 


"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya. - harakahdaily

DPP PADANG TERAP

Posted: 15 Sep 2011 09:58 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Rumah Terbuka IPD PadangTerap

Posted: 15 Sep 2011 01:06 AM PDT





Gambar ketika Yb Nasir menghadiri Majlis Rumah Terbuka IPD Padang Terap. Turut hadir ialah beberapa Ahli Majlis Daerah Padang Terap. Kelihatan dalam gambar Adun Kuala Nerang, Yb Dato' Syed Sobri...

PAS Negeri Sembilan

Posted: 15 Sep 2011 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat

Posted: 14 Sep 2011 11:20 PM PDT

Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat
September 15th, 2011

Saya mewakili kakitangan Seremban Regional Office, Petronas Gas Bhd (PGB) di lokasi Km 11, Jalan Seremban-Tampin ingin membuat pengaduan tentang terdapat sebuah trailer panjang membawa muatan besar kini sedang berhenti di persimpangan masuk ke pejabat PGB semenjak dari pukul 8.00 pagi tadi hingga sekarang (15/9/11).

Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan kepada kenderaan kakitangan, syarikat dan juga orang ramai kerana menghalang pemandangan semasa keluar/masuk ke pejabat . Sila rujuk gambar yang di lampirkan.

Sebelum keadaann menjadi lebih buruk, saya bagi pihak syarikat memohon kerjasama penguatkuasa JPJ untuk mengambil tindakan segera. Saya ingin mencadangkan supaya pihak JPJ menjalankan rondaan di sepanjang laluan ini kerana tempat ini merupakan lokasi popular di kalangan pemandu lori, tanker dan trailer meletakkan kenderaan mereka.

Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

By: jimeen

http://www.aduanrakyat.com.my/kenderaan-menghalang-laluan-dan-pemandangan-kakitangan-petronas-keluar-masuk-pejabat

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 15 Sep 2011 09:15 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 15 Sep 2011 05:22 PM PDT


















Kita selalu bercakap tentang kemenangan. Namun setiap hampir tiba PRU kerja kita tidak sistematik....tidak ada kemudahan...computer,IT,dll..masa amat berharga pada kita..jika cara lama kita berkerja..maknanya kita telah membuang masa yang sepatut boleh digunakan untuk tindakan lain.
Jika mahu bercakap lagi tentang kemenangan...perubahan perlu 'URGENT' dibuat dari saat ini, jika tidak usah bercakap lagi soal kemenangan..........

PAS KDAS 3

Posted: 15 Sep 2011 09:14 PM PDT

PAS KDAS 3


Ustaz Ismail Kamus - Bala & Kuasa Allah

Posted: 15 Sep 2011 09:11 PM PDT

Ustaz Ismail Kamus - Solat Jamak

Posted: 15 Sep 2011 09:10 PM PDT

DR ASRI-TAULIAH ""..SAMPAIKAN DARIKU WALAU SEPOTONG AYAT...RWT BUKHARI

Posted: 15 Sep 2011 09:03 PM PDT

DUN CHINI

Posted: 15 Sep 2011 08:33 PM PDT

DUN CHINI


Kita Tak Pernah diJajah ?

Posted: 15 Sep 2011 03:13 AM PDT

Lu Fikir laa sendiri,.....

Kalau kita tak pernah dijajah... Bermakna

  1. Kita telah bazirkan billion ringgit wang rakyat untuk sambutan sejak 50 tahun lalu sambutan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
  2. Mungkinkah kita kena batalkan sambutan yg membazir ini dan cuti 31 ogos juga mesti dikaji.
  3. Ini juga memberi gambaran semua PM dan rakyat selama ini buat kerja bodoh sambut 31 ogos.
  4. Kematian Pejuang maharaja lela, Tok Janggut,Mat kilau, tok janggut, Dato bahaman, Tok gajah dll mati sia sia kerana menentang kerajaan yg sah bukan penjajah
  5. Negara Komenwell hanyalah Melaka dan Pulau Pinang bukan Malaysia. Ubah senarai negara Komenwell
  6. Malaysia mesti menarik diri dari sukan Komenwell kerana sukan itu untuk negara jajahan British. Sukan Komennwell hanya boleh disertai oleh Melaka dan Pulau Pinang
  7. Semua tesis atau kalian ilmiah tentang sejarah kemerdekaan tidak ada nilai dan B.A, M.A, PHD mereka yg menulis tentang kemerdekaan negara dan yg bercanggah dengan kenyataan Zainal Kling ditarik balik dan batalkan.
  8. Tengku Abd Rahman bukan Bapa kemerdekaan... buku sejarah tersalah tulis.
  9. Semua guru sejarah akan pening kepala untuk mengajar sejarah kemerdekaan.

Tiada lagi tauliah untuk ahli politik

Posted: 15 Sep 2011 03:10 AM PDT

Tiada lagi tauliah untuk ahli politik berceramah di masjid, surau: JAIS
SHAH ALAM: Ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin.

"Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu. Marzuki berkata, Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Beliau berkata, mereka yang melanggar arahan itu (menyampai ceramah tanpa tauliah) boleh didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Jais, Seksyen 119 (1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kini terdapat 2,601 penceramah agama yang bertauliah di Selangor.

Awal bulan ini JAIS memanggil Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, bagi disiasat terhadap dakwaan bahawa beliau memberi tazkirah tanpa tauliah dengan perbicaraan berhubung perkara itu telah ditetapkan diadakan di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 24 November depan.
Khalid didakwa menyampaikan kuliah agama tanpa permit pada 16 Ogos lalu di Surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. - BERNAMA

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 15 Sep 2011 08:27 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Perutusan Khas Hari Malaysia...Najib & UMNO BN Masih Membisu Terhadap Kenyataan MPN

Posted: 15 Sep 2011 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept : Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

"Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.

"Rakyat masih menunggu pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.
sumber : Harakahdaily

PAS LENGGONG

Posted: 15 Sep 2011 07:57 PM PDT

PAS LENGGONG


Pemegang IC Palsu

Posted: 14 Sep 2011 11:27 PM PDT

Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mendedahkan kepada media, 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, usaha itu bertujuan mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kewujudan kad pengenalan palsu yang boleh memberi ancaman kepada negara.

Katanya, Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera.

Menurutnya, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu adalah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam The Star pada 24 Julai 2011 yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon (palsu) dalam daftar pemilih sah SPR.

Di samping itu, ujarnya terdapat dua nama yang sama di mana nombor kad pengenalan kedua-duanya hampir sama.

Katanya, kedua-dua identiti itu hanya dibezakan oleh beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja.

Selain itu, katanya maklumat pengundi palsu itu pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi.

Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, katanya SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dihubungkan melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System).

"Atas asas ini, maka kami berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit adalah 90% palsu," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Katanya, kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara.

Tambahnya, keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi itu tidak dikenakan tindakan.

Tegasnya, rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku.

Justeru, beliau mengharapkan semua pihak termasuk media, pertubuhan politik, NGO, individu berpengarah dan seluruh rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak kerajaan bertindak membanteras pengkhianatan itu.

"Siarkanlah maklumat yang kami berikan dalam media masing-masing sama ada melalui media baru atau media elektronik atau media cetak.

"Maklumat yang kami siarkan adalah diperolehi daripada daftar pemilih yang sah dan rasmi SPR. Ia adalah maklumat public dan tidak rahsia," ujarnya.

10 kad pengenalan palsu adalah seperti berikut:

1. Nama: JUMAAYAH BINTI ALUS

Nombor KP: 511122-10-5834

Alamat: Tiada

Dun: Sungai Burong

Parlimen: Tanjong Karang

2. Nama: SAINAM BINTI TUKISAN

Nombor KP: 500307-10-5474

Alamat: Jalan Anggerik

Dun: Sungai Panjang

Parlimen: Sungai Besar

3. Nama: KATIMAH BINTI KADNI

Nombor KP: 500808-01-5290

Alamat: Tiada

Dun: Sri Medan

Parlimen: Parit Sulong

4. Nama: BANYAH BINTI SATEMAN

Nombor KP: 481020-01-5614

Alamat: Tiada

Dun: Sedili

Parlimen: Kota Tinggi

5. Nama: JABIDAH BINTI YUSUP

Nombor KP: 470926-08-5666

Alamat: Manong

Dun: Manong

Parlimen: Kuala Kangsar

6. Nama: KARSINAH BINTI PAIMAN

Nombor KP: 420514-01-5164

Alamat: Tiada

Dun: Pulai Sebatang

Parlimen: Pontian

7. Nama: PONIYAM BINTI SAILAN

Nombor KP: 450930-10-5078

Alamat: Tiada

Dun: Tanjong Sepat

Parlimen: Sepang

8. Nama: SALEH BIN TUPAI

Nombor KP: 650715-12-5013

Alamat: Tiada

Dun: Tanjong Batu

Parlimen: Kalabakan

9. Nama: TOMINI BINTI SARMAN

Nombor KP: 470109-01-5692

Alamat: Tiada

Dun: Sedeli

Parlimen: Kota Tinggi

10. Nama: AZINAH BT MOHD FAZIN

Nombor KP: 800820-02-5150

Alamat: KM12 Jalan Tokai

Dun: Tokai

Parlimen: Pendang

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 15 Sep 2011 04:01 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


ISA Dimansuhkan???Satu LAGI TANDA PRU SEMAKIN HAMPIR

Posted: 15 Sep 2011 06:25 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Jamil Khir: Saya guna duit sendiri ubah suai rumah, bukan wang zakat

Posted: 15 Sep 2011 01:51 AM PDT


September 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.

Rumah Jamil Khir Baharom di Kampung Batu Muda yang melalui kerja-kerja pengubahsuaian. — Foto ihsan www.keadilandaily.com
Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri.

"Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.

"Saya berani bersumpah kalau mereka berani," kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portalMalaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.

Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.

"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya.

Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai "politik terdesak" untuk memburukkan imejnya.

"Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.

"Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah," katanya.

Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.

"Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja," katanya

1 MALAYSIA :Pesta dalam Surau!! Karnival juara rakyat

Posted: 15 Sep 2011 01:47 AM PDT


67,942

Uploaded by on Aug 28, 2010

Rakyat 1Malaysia tahu di mana2 Juara rakyat adalah Umno. yg lain sekadar proksi Umno saja:-
http://klangat.adk.gov.my/modules/news/article.php?storyid=96

Sijangkang 9Mei - Kemeriahan upacara makeover pertandingan rias pengantin DALAM SURAU. sempena Karnival Seni BUDAYA 'Juara' Rakyat 1Malaysia anjuran Biro Pembangunan Wanita Muda UMNO Bahagian Kuala Langat, MAYC & Rakan Muda Kuala Langat dgn sokongan penuh Umno Bahagian Kuala Langat 9Mei2010 di Sek Keb Sijangkang. Dengan BANGGANYA, Perasmian penutup disempurnakan oleh Datuk Sulaiman Karli, Ketua Umno Bahagian Kuala Langat. Macam-macam ada dlm surau ni ...
Related link: website ini tunjuk gambar semasa 'upacara' makeover dalam surau & upacara catwalk kat padang.
http://ilhammempelai.blogspot.com/2010/05/karnival-juara-rakyat.html

Related link: Senarai acara kat karnival ni:-
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=116121165073003&id=19224...

Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari

Posted: 15 Sep 2011 12:18 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mendedahkan kepada media, 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat berkata, usaha itu bertujuan mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kewujudan kad pengenalan palsu yang boleh memberi ancaman kepada negara.

Katanya, Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera.

Menurutnya, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu adalah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam The Star pada 24 Julai 2011 yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon (palsu) dalam daftar pemilih sah SPR.

Di samping itu, ujarnya terdapat dua nama yang sama di mana nombor kad pengenalan kedua-duanya hampir sama.

Katanya, kedua-dua identiti itu hanya dibezakan oleh beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja.

Selain itu, katanya maklumat pengundi palsu itu pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi.

Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, katanya SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dihubungkan melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System).

"Atas asas ini, maka kami berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit adalah 90% palsu," ujarnya.

Katanya, kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara.

Tambahnya, keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi itu tidak dikenakan tindakan.

Tegasnya, rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku.

Justeru, beliau mengharapkan semua pihak termasuk media, pertubuhan politik, NGO, individu berpengarah dan seluruh rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak kerajaan bertindak membanteras pengkhianatan itu.

"Siarkanlah maklumat yang kami berikan dalam media masing-masing sama ada melalui media baru atau media elektronik atau media cetak.

"Maklumat yang kami siarkan adalah diperolehi daripada daftar pemilih yang sah dan rasmi SPR. Ia adalah maklumat public dan tidak rahsia," ujarnya.

harakahdaily/-

Apabila Mat Sabu "dikepong" oleh pengkritik

Posted: 14 Sep 2011 11:41 PM PDT

Oleh Mustafa K Anuar

Kupasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terhadap peristiwa Bukit Kepong dalam sejarah silam negara kita telah, seperti kita sedia maklum, mendapat perhatian, malah kritikan serta cemuhan dari pelbagai kelompok pengkritiknya.

Mengikut pensejarahan rasmi, "Peristiwa Bukit Kepong" ini merujuk kepada pertempuran berdarah pada 23 Februari 1950 di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong, Muar antara pihak polis dan anggota Parti Komunis Malaya yang diketuai oleh Muhammad Indera, atau lebih terkenal sebagai "Mat Indera". Tetapi bagi Mat Sabu, Mat Indera inilah merupakan salah seorang "pejuang kebebasan" tanah air yang melawan pihak penjajah British.

Turut penting akibat dari insiden ini ialah kenyataan yang dianggap kontroversi ini telah mencetuskan kesedaran umum bahawa sejarah tanah air memerlukan "bacaan semula" dan kajian mendalam lagi kritis oleh para sejarawan dan juga rakyat yang prihatin terhadap kesahihan "fakta" sejarah yang selama ini didedahkan kepada orang ramai, khususnya kepada anak-anak muda di bangku sekolah dan universiti.

Keperluan untuk melihat semula sejarah negara menjadi mendadak lebih-lebih lagi apabila Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Dr.Zainal Kling, mendakwa bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British tetapi sekadar berperanan untuk "melindungi" (dasar protectorate) kawasan di bawah "naungan" British. Seperti yang disangkakan, pernyataan akhbar profesor ini sudah tentunya mendatangkan keluh kesah dalam kalangan rakyat kerana ini menafikan perjuangan rakyat yang menuntut kemerdekaan tanah air pada masa yang lalu.

Lagipun, kerakusan pihak British - yang disifatkan "pelindung" itu - dalam usahanya untuk mengeksploitasi kekayaan sumber asli di Tanah Melayu dan juga tindakan menentukan hal ehwal dalam tanah air ini, selain daripada perkara yang menyentuh agama dan adat istiadat orang Melayu, berada dalam genggamannya tentunya membayangkan tindak tanduk suatu kuasa kolonial atau penjajah.

Keadaan ini sudah tentunya bercanggahan dengan konsep negara bebas dan tidak dijajah yang sepatutnya mempunyai keupayaan dan kuasanya sendiri untuk menentukan hala tuju masyarakatnya serta perancangan dan persiapan dari segi sosio-ekonomi dan juga hak politik rakyat jelatanya.

Seperkara lagi, sepertimana yang dihujahkan oleh seorang pengkaji sosiologi Australia, dakwaan Zainal Kling ini juga mempunyai kesan untuk memajukan idea bahawa "kedaulatan Melayu" di semenanjung ini tidak terjejas kerana kesinambungan pemerintahan raja Melayu terpelihara melalui "perlindungan" British. Perspektif ini juga boleh mencetuskan respons dari pelbagai pihak dalam masyarakat kita.

Dalam konteks ini, istilah "pelindungan" atau protectorate yang digunakan khususnya oleh pihak British boleh dilihat sebagai satu eufemisme (euphemism) bagi melindungi agenda atau tujuan asas dan tersirat pemerintah British di semenanjung Melayu ketika itu, iaitu menjajah dan meraih keuntungan ekonomi dan politik pada masa yang sama.

Istilah tertentu yang digunakan boleh mewarnai tanggapan kita tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat kita di masakini dan masa yang lampau. Itulah sebabnya ada pengkaji sejarah dan politik dalam negara ini yang berhujah bahawa kita jangan terikut-ikut dengan, atau telan bulat-bulat, istilah, malah perspektif, yang dimajukan oleh si penjajah dan sekutunya.

Dengan kata lain, isu sejarah ini mencadangkan bahawa satu pengkajian atauscholarship yang lebih kritis, mendalam lagi bebas amat diperlukan bagi menentukan kualiti keilmuan yang lebih mantap dan disegani.

Pensejarahan rasmi negara kita, khususnya mengenai detik segolongan rakyat berjuang untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah air yang dikatakan dijajah oleh British itu, sudah semestinya mendapat perhatian sebilangan pengkaji dan ahli politik yang berhujah bahawa terdapat tokoh-tokoh pejuang kebebasan (selain daripada orang UMNO) yang tidak diambil kira perjuangan mereka.

Dengan kata lain, jika peminggiran tokoh ini dilakukan, ia bukan sahaja merupakan satu usaha untuk menyanjung satu pihak saja dalam perihal tindakan memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara malah ini telah mengherotkan naratif sejarah tanah air yang sudah tentunya mencairkan kesahihan pensejarahan negara rasmi.

Tidak kurang seriusnya ialah, pensejarahan masyarakat yang menyeluruh lagi inklusif juga berkaitan rapat dengan usaha untuk mencapai satu identiti politik dan budaya kolektif di mana kelompok-kelompok rakyat dalam masyarakat merasakan "keahlian" dirinya (sense of belonging) terhadap negara yang akhirnya dinamakan Malaysia. Itulah sebabnya usaha, peranan dan perjuangan gigih tokoh-tokoh politik, misalnya, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan Dr.Burhanuddin Al-Helmy dan juga pertubuhan politik seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu (PKMM) dan Angkatan Pemuda Insaf (API), antara lain, memerlukan pertimbangan serta pengiktirafan sewajar daripada sejarawan dan ahli politik semasa.

Pendek kata, ini adalah satu usaha mulia untuk mencari dan mendekati kebenaran sejarah sebaik mungkin.

Sesungguhnya, persengketaan mengenai penulisan sejarah bukanlah perkara yang baru dalam sejarah dunia. Pernah kita diberitahu bahawa sejarah sesebuah negara atau masyarakat selalunya ditulis oleh pihak yang menang (dalam percakaran politik atau pepeperangan), dan oleh itu memungkinkan pensejarahan yang kurang adil dan benar. Misalnya, Jepun tidak lama dahulu terjerumus dalam kontroversi untuk "membersihkan" dirinya dalam hubungannya dengan negara China. Pada bulan Mac 2007, perdana menteri Jepun, Shinzo Abe, cuba menafikan bahawa militer Jepun memaksa wanita China mengalami keabdian seks dalam Perang Dunia Kedua.

Dalam hal ini, kita juga harus ingat bahawa sesuatu perspektif sejarah itu bukan sahaja "hidup" dan berkembang semata-mata melalui buku sejarah untuk, misalnya, pelajar sekolah. Wacana sejarah sedemikian rupa berlaku melalui perbincangan dalam akhbar arus perdana, novel, drama dan filem seperti "Bukit Kepong" (yang diterbitkan oleh Jins Shamsudin pada tahun 1981).

Kontroversi yang berkisar pada apa yang dilafazkan oleh Mat Sabu (gambar atas) diharap tidak dilihat semata-mata sebagai sesuatu yang negatif. Ini seharusnya mencetuskan perbincangan yang serius dan bertamaddun dalam kalangan pihak yang berkenaan dan prihatin. Kerana hanya melalui wacana yang bebas dan bertamaddun boleh kita mendabik dada untuk mengatakan bahawa Malaysia sudah mulai matang dari segi intelek dan politiknya.

*Mustafa K Anuar ialah seorang pemerhati politik tanah air dan juga pembacaMerdekaReview.

Sejarah Memali dan Batang Kali Bukti UMNO dan BRITISH Kejam + Video

Posted: 14 Sep 2011 11:18 PM PDT

Tentera british bunuh orang kampung batang kali
12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.


Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.


Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.


Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang 'saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke 'War Office'.


Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.


Satu kenyataan Surat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-


i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.
Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.


Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..


Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk "In Cold Blood" disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut.Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.


Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun tiada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.


Fikirkan juga mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?


Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.



@TUKANGLAWAN Fikir pasti ada sesuatu yang british mahu dari Malaya dulu.
Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama' yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut 'Ops Komunis' ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato' Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.





ZAID UMPAMA DIKTATOR... 'KITA' RETAK MENANTI BELAH

Posted: 14 Sep 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajui bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, menyaksikan keretakan awal dengan dua pemimpin kanan dikenakan tindakan disiplin — seorang digantung manakala lagi seorang dilucutkan jawatan.


Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif, dikenakan tindakan digantung keahlian manakala Abd Latif A Tambi pula dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti.

Muhammad Firdaus ketika dihubungi menyifatkan Zaid mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

"Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau," kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.

Katanya, sekiranya Zaid sebelum mendakwa banyak perkara tidak kena dalam PKR sehingga menyebabkannya keluar parti itu, "beliau seolah-olah mengendalikan Kita seorang diri."

"Saya sedia untuk membayar apa sahaja kos selagi kebenaran didedahkan dan akan terus berjuang untuk mengetengahkan tentang salah laku, ketidakadilan dan sikap diktator seorang pemimpin," kata beliau lagi.

Muhammad Firdaus juga membayangkan parti itu berhadapan dengan masalah kewangan dan dua penyandang jawatan bendahari telah pun ditukar sebelum ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, oleh Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, "parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal."

Katanya, tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara itu berlaku.

"Pihak pentadbiran Parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan," kata Masrum.

Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.

"Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.

"Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad," katanya.

Tegas Masrum, "parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif A Tambi tamat berkuat kuasa hari ini untuk menambah kelicinan pentadbiran parti," katanya.

Muhammad Firdaus berkata, pihaknya akan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Kita pada satu sidang media esok.

Kita dilancarkan pada Januari lalu dengan moto "moderat, demokratik dan liberal."

Malah, Muhammad Firdaus juga menuduh Masrum tidak layak mengeluarkan kenyataan malam tadi kerana beliau bukan merupakan seorang ahli parti.

"Berdasarkan maklumat yang ada pada saya, Masrum bukan ahli parti... jadi, macam mana boleh mengeluarkan kenyataan ini," katanya lagi.

Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah : Ust Nasa

Posted: 14 Sep 2011 06:21 PM PDT

Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah
1. Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap Tuhan yang mencipta mereka. Leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap masyarakat dan negara, DPP Malaysia akan bangkit bersama Ngo - Ngo Muslim untuk menggerakkan kebangkitan Ummat Islam di negara ini agar peka terhadap tanggungjawab mereka mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya.
2. Ummat Islam seperti dibiarkan hanyut mengikut arus jahiliah moden yang melanda negara hari ini. Mereka dibiarkan jahil terhadap agama yang mereka anut tanpa sebarang tindakan yang efektif untuk memantapkan kefahaman dan aqidah sebaliknya aktiviti yang berpotensi meracuni pemikiran dan merosakkan aqidah ummat Islam semakin subur dan marak.
3. Melalui industri filem yang semakin mempopularkan amalan khurafat, tahyul, pergaulan bebas dan sindiran tajam kepada golongan yang komited dengan agama, kini aktiviti dan kenyataan yang mengguris hati dan nurani ummat Islam itu melarat pula ke laman sosial seperti facebook dan twitter tanpa sebarang sekatan.
4. Isu " Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" yang telah menghina Islam secara terbuka melalui laman web, facebook dan twitternya seperti mendapat restu dari pihak berkuasa agama apabila tiada satu pun tindakan berkesan diambil. Sungguhpun beberapa kali desakan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mahupun Ngo - Ngo muslim termasuk kumpulan Jingga 13.
5. Sebelum ini DPP Malaysia telah memberikan had tempoh 10 hari untuk pihak berkuasa agama bertindak setelah isu ini terlalu lama dibiarkan berlarutan. Jika tidak, DPP Malaysia tidak teragak- agak untuk bangkit bersama dengan Ngo - Ngo muslim dan seluruh rakyat prihatin menggerakkan "Himpunan Sejuta Ummah" bagi menentang apa jua usaha, kenyataan dan perlakuan yang cuba meruntuhkan aqidah ummah dan mempersendakan ajaran Islam yang suci ini.

6. Dakyah golongan tertentu melalui pelbagai agensi dan elemen, yang dilihat cuba mempengaruhi pemikiran dan keyakinan [aqidah] ummat Islam juga giat dirancang dan berjalan dalam negara kita. Sementara keadaan ummat Islam yang semakin jauh dari suasana [bia'h] hidup beragama turut mengundang kepada gejala keruntuhan akhlak dan aqidah
7. Mutaakhir ini, negara juga menyaksikan terlalu banyak ideologi ciptaan manusia disogok dan dipaksa kepada ummat Islam supaya mereka menerima dan menganutnya. Begitu juga ajaran - ajaran sesat semakin berkembang dengan berselindung disebalik pelbagai aktiviti sosial malah mereka seperti mendapat "lesen" untuk beroperasi secara terang - terangan. Termasuklah penularan fahaman syiah yang semakin membimbangkan masyarakat Islam dalam negara ini.

8. Ummat Islam tiada pilihan dan mereka mesti bangkit. Mereka perlu disedarkan segera dari lena yang panjang dan alpa yang mengasyikkan. Justeru itu Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan 200% kepada usaha Ngo - Ngo Islam bagi menjayakan "Himpunan Sejuta Ummah" di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 kelak sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid semalam.

9. Objektif gerakan ini sangat murni dan sayugianya tiada siapa dari kalangan ummat Islam yang prejudis terhadap "Himpunan Sejuta Ummah" yang akan membangkitkan kesedaran Ummat Islam dari seluruh negara. Mudah - mudahan mereka memahami amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang tidak boleh membiarkan diri mereka dipersenda dan agama mereka dihina.

10. Insyaallah, bertepatan pula dengan resolusi Sidang Meja Bulat Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama 14 Ngo - ngo Islam di Shah Alam tempohari, DPP Malaysia akan menggerakkan seluruh kekuatan pemuda - pemuda Islam negara ini untuk bangkit mempertahankan aqidah, akhlak dan fikrah ummah agar Islam kembali tegak dan dihormati sebagai agama yang membawa rahmat [kasih simpati], a'dalah [keadilan] dan barakah [kebaikan yang melimpah ruah] dari Tuhan Sang Pencipta.

11. Himpunan dan kebangkitan ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat non muslim sebaliknya Himpunan dan Kebangkitan ini adalah berobjektifkan untuk memperkasa aqidah ummat Islam dan menentang elemen penghinaan terhadap agama Islam. Justeru Islam adalah agama yang sangat menghormati dan menjaga hak - hak non muslim dan ia adalah agama yang sangat toleransi terhadap agama - agama lain.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

BRAHIM KATAK ADA POINT NAK TANDING PRU-13

Posted: 14 Sep 2011 05:35 PM PDT

akhirnya Brahim katak ada point nak masuk bertanding pilihanraya....wakakakakaka

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Sambil menggesa pentadbiran Najib mengambil tindakan tegas ke atas Mohamad Sabu berhubung kenyataannya berkaitan tragedi Bukit Kepong, Perkasa berkata timbalan presiden PAS itu "harus dihalang" jika bertanding pilihan raya umum ke-13.

Ibrahim AliPresiden Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga hari ini Putrajaya hanya memberi amaran dan tiada tindakan ke atas Mohamad walaupun telah didesak banyak pihak.

"Sebelum ini ada desakan supaya Mat Sabu ditangkap, namun kita tidak buat begitu kerana kalau kita desak Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan.

"Kalau saya jadi Menteri Dalam Negeri, dah habis Mat Sabu . . . sebab itu kerajaan perlu bertindak bijak tapi kita (orang Melayu) perlu bersama, kita mahu tindakan diambil (ke atas Mohamad), jangan sampai rakyat hilang kepercayaan dan jangan sampai rakyat mengambil undang-undang sendiri," katanya ketika berucap menutup Forum Merdeka Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan anjuran Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, rakyat terutamanya orang Melayu perlu menolak pemimpin yang menjual maruah bangsa sendiri terutamanya Mohamad pada pilihan raya umum.

"Kita perlu halang Mat Sabu, caranya mudah sahaja iaitu pada pilihan raya umum ke-13 nanti kita perlu turun beramai-ramai untuk berkempen menentangnya," katanya.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 15 Sep 2011 03:53 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Jemputan Untuk Anak2 Kedah di Perantauan

Posted: 14 Sep 2011 05:44 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 15 Sep 2011 03:13 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


OLE-OLE POLITIK DI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SENTOSA DAH MULA

Posted: 15 Sep 2011 03:49 AM PDT


Tak salah ke?
Kalau BN/UMNO tak salah, kalau MB Khalid nak masuk Sekolah ..awal2 dah ada amaran dan alasan. Gambar MB Khalid sebagai Menteri Selangor pun tiada tempat dalam Sekolah terutama di Dewan besar Sekolah ini.

SEORANG POLIS BERSALAH ATAS KEMATIAN REMAJA

Posted: 15 Sep 2011 02:09 AM PDT

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.


Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.


Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.MK

UMNO PADAH 16 SEPTEMBER, SEJARAH BALAI POLIS DAN MASJID ASSALAM BUKIT SENTOSA

Posted: 14 Sep 2011 04:14 PM PDT

16 September 2011 please remember, hari Jumaat ! Hari cuti, Jom ramai-ramai ahli kariah turun ke Masjid AsSalam solat Jumaat dan selepas itu solat Hajat Mohon Allah Tolak dan Jauhkan FITNAH UMNO kepada Masjid AsSalam Bukit Sentosa.
Selepas solat hajat kita turun beramai dengan kudrat masing-masing ke Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang, Selangor bagi membuat laporan balas atas laporan fitnah yang dibuat oleh UMNO Batangkali yang diketuai bukan penjenayah Bentongkali tapi YB Dato Mohd Isa Abu Kasim ADUN Batangkali bersama kuncunya yang antaranya bernama Sahak dan lain-lain.

Astaghfirullah ! aSTAGHFIRULLAH ! staghfirullah hal azim ! Akhbar Sinar pun sekali-sekala nak ikut rentak Utusan Meloya dan Beita Hairan nampak, menokok tambah lebih sudu dari kuah. UMNO meme dah biaso almaklumlah tak kira cara kotor untuk merosakkan imej dan prestasi Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) di Selangor.

Ahli Pakatan Rakyat (Islam atau bukan Islam) dan penyokong Pakatan Rakyat dan ahli UMNO yang nak keluar dari UMNO atas kesedaran Marilah turun beramai dengan sepanduk "Ahli Kariah Masjid dan rakyat Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa menolak sekeras-kerasnya pembohongan dan fitnah UMNO terhadap Masjid AsSalam atas isi kutbah Jumaat yang diperasaninya menyentuh perasaan dan hati nurani UMNO dan pemimpin UMNO.
MARI KE BALAI POLIS JAM 2.30 PTG - 3.30 PTG
UMNO Batangkali dah tahu dan tertekan dengan lemahnya sokongan rakyat pada mereka walaupun YB Dato Isa bertungkus-lumus berkerja untuk memenangi hati rakyat. Dengar kabor ada Dato dari Sg. Buaya nak jadi hero atas kes ini juga bagi menyaingi YB Dato Isa.
Lantoklah kamu Dato berdua nak berebut jadi calon PRU13 ...pada teman yang penting Pakatan Rakyat adalah pilihan utama rakyat dan ahli UMNO sedar yang dah semakin ramai.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 15 Sep 2011 01:21 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Siapa Bercakap BENAR Antara Mufti Perak Dan Mantan Perdana Menteri Kes Pecat DS Anwar? Jom Bongkar...

Posted: 15 Sep 2011 11:57 AM PDT

Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Agak lama Mahathir ingin membalas balik perkara tersebut. Hari ini Mahathir menafikan Harussani pernah menasihati. "Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu," kata Mahathir.

Mahathir juga mengutuk Harussani dengan berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.

"Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.


Barangkali Mahathir bukannya pernah dan nak dengar orang agama menasihatinya. Kita juga pernah mendengar hukum agama pun dia permainkan!!
Anda mungkin juga meminati:

Misteri Binaan Piramid Dijawab Oleh Al-Quran

Posted: 15 Sep 2011 11:42 AM PDT


Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ 

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Piramid Bosnia


Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Baru 3 Tahun Jadi Menteri Dah Hidup Mewah - Minta Penjelasan Sikit!!

Posted: 15 Sep 2011 10:20 AM PDT


Mohon penjelasan rumah mewah Datuk Seri Jamil Khir
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit. Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

"Kalau dia (Jamil Khir - gambar) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

"Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.


"Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain"katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali. Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu. Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

MAT SABU VS IBRAHIM ALKATAKI DI PASIR MAS - BULU SIAPA YANG AKAN DICABUT?

Posted: 15 Sep 2011 10:10 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

`SEEKOR katak' dari Pasir Mas mahu tunjuk hebat di atas nama PERKASA kununnya beliau lebih berani dari Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri di dalam menangani isu Mat Sabu sekiranya beliau diberi peluang menjadi Menteri Dalam Negeri. Raja katak ini terlupa bahawa kerusi beliau di Pasir Mas itu pun hasil kesihan orang-orang PAS kepadanya yang sebelum ini beberapa kali bertanding sebagai calon Bebas di situ tetapi teruk kena `buli'.



Berahim raja katak ini menunggu masa sahaja untuk di`pijak' oleh rakyat Pasir Mas agar peribahasa `mati katak' menjadi realiti selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika raja katak ini masih mempunyai `buah' kejantanannya. Tetapi kita semua tahu, beliau tidak pernah ada `buah', dan ini terbukti sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Di dalam TV, bagaikan nak pecah kaca TV dengan suara penuh semangat beliau memberi amaran kepada BERSIH untuk berdepan dengan puluhan ribu geng-geng `berudu' di dalam PERKASA. Bila tiba masanya, beliau duduk di bawah ketiak bininya dan `berudu-berudu' peliharaannya menonton TV di restoren mamak.

Malaysiakini hari ini memetik kenyataan raja katak yang kesal kerana KDN masih tidak melakukan apa-apa terhadap Mat Sabu. Katanya, "Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut (Malaysiakini). Saya mahu tanya, siapa yang bodoh sangat mahu melantik raja katak ini untuk menjadi Menteri? Semua tahu, usahkan Menteri sedangkan kerusi MP Pasir Mas yang dia duduk sekarang ini pun atas simpati PAS. Tidak malukah raja katak berangan mahu menjadi Menteri?

Ada seorang bekas pemimpin Umno yang kini menjadi pemimpin di dalam PKR di Pahang menceritakan, pernah suatu ketika sewaktu raja katak ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang di bawah pimpinan Mahathir Kutti, raja katak pernah komplen kepada Mahathir di dalam satu Mesyuarat Kabinet. Raja kata ini berkata, beliau pernah menyuruh Ketua Hakim Negara mengadapnya di pejabat tetapi Ketua Hakim Negara tidak mahu datang berjumpanya. Semua ahli kabinet yang mendengar rungutan raja katak di waktu itu tertawa. Ertinya, Ketua Hakim pun tidak respek raja katak walaupun dia Menteri yang menjaga undang-undang. Apa yang raja katak tahu pasal undang-undang?

Raja katak ini jika diberi apa jua jawatan, tidak akan memberi makna apa pun. Orang yang kuat `mengipas' untuk hidup ini selalunya tidak cerdik, sebab itu hanya bergantung sekuat mana `kipasan'nya kepada bos. Sekarang, berangan untuk menjadi Menteri Dalam Negeri? Belum menjadi Menteri lagi sudah ada niat buruk dan hasad dengki. Orang macam ini usahkan Umno, jauh sekali lah PAS, DAP atau PKR, Parti Komunis Malaya pun jika masih wujud tidak akan pilih raja katak menjadi ahli.Link
Oleh kerana raja katak teringin sangat mahu menjadi Menteri Dalam Negeri, kita cabar beliau memohon menyertai Umno dan bertanding atas tiket Umno di dalam PRU akan datang. Itulah sahaja jalannya jika beliau ingin menjadi Menteri, itu pun jika Umno masih belum dikuburkan. Masalahnya, adakah ahli-ahli Umno berselera dengan spesis seperti Berahim Ali ini?

Suka kita ingatkan Berahim, usahlah bercita-cita mahu mencabut bulu Mat Sabu jika beliau sendiri takut pada bini. Saya sokong jika Mat Sabu bertanding di Pasir Mas nanti untuk kita lihat `bulu' siapakah yang tercabut di situ. Setuju?/wfauzdin.blogspot.com

Batu Gajah Mari

Posted: 15 Sep 2011 11:26 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!!! Ucapan Najib Menampakkan PRU semakin Hampir

Posted: 15 Sep 2011 06:24 AM PDT

Ucapan Sempena Hari Malaysia Dato' Seri Najib menggambarkan PRU-13 semakin hampir. Beliau telah mengumumkan pemansuhan senjata-senjata kerajaan kerajaan seperti ISA. Siap sedia!!!

saya petik:


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan sempena sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Sep 2011 10:12 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat

Posted: 14 Sep 2011 11:20 PM PDT

Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat
September 15th, 2011

Saya mewakili kakitangan Seremban Regional Office, Petronas Gas Bhd (PGB) di lokasi Km 11, Jalan Seremban-Tampin ingin membuat pengaduan tentang terdapat sebuah trailer panjang membawa muatan besar kini sedang berhenti di persimpangan masuk ke pejabat PGB semenjak dari pukul 8.00 pagi tadi hingga sekarang (15/9/11).

Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan kepada kenderaan kakitangan, syarikat dan juga orang ramai kerana menghalang pemandangan semasa keluar/masuk ke pejabat . Sila rujuk gambar yang di lampirkan.

Sebelum keadaann menjadi lebih buruk, saya bagi pihak syarikat memohon kerjasama penguatkuasa JPJ untuk mengambil tindakan segera. Saya ingin mencadangkan supaya pihak JPJ menjalankan rondaan di sepanjang laluan ini kerana tempat ini merupakan lokasi popular di kalangan pemandu lori, tanker dan trailer meletakkan kenderaan mereka.

Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

By: jimeen

http://www.aduanrakyat.com.my/kenderaan-menghalang-laluan-dan-pemandangan-kakitangan-petronas-keluar-masuk-pejabat

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Sep 2011 10:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO Pendidikan Lancar Majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Perpustakaan

Posted: 15 Sep 2011 09:24 AM PDT

 Khamis
15.9.11
Kpg Sg Udang KLANG

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor terus maju mengorak langkah ke depan sebagai salah satu aset negeri terpenting yang mampu merancang kemudahan awam gedung ilmu yang bukan sahaja mencerdikkan penduduk malah menyediakan suasana kondusif untuk menggalak pembangunan holistik insan.
   Selari dengan misi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor yang mahu menjadikan Selangor hub ilmuwan, hub pendidikan, maka PPAS(Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) memutus untuk mencari ruang dan peluang untuk menyediakan kemudahan pusat sehenti sumber ilmu pengetahuan di seluruh Selangor. Setelah berjaya menyediakan bangunan baru di Seksyen 13 Shah Alam, hari ini PPAS melancarkan majlis pecah tanah untuk pembinaan kompleks perpustakaan PPAS di Kpg Sg Udang, Klang.
Majlis disempurnakan oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali.Turut hadir YB Dr Yunus Hairi selaku Pembantu Exco Pendidikan, Pengarah PPAS, Hjh Mastura,Ketua Penolong Pengarah BPI JAIS, Hjh Amir Danuri, Ketua Kampung Sg Udang dan Kpg Delek, Nazir Masjid, Imam, Guru-guru dan pelajar-pelajar serta penduduk setempat.
 YB Dr Halimah dalam ucapannya menekankan bahawa dewan usang yang berada di atas tapak kompleks ini yang selama ini diguna untuk aktiviti yang negatif oleh penagih dadah, kumpulan lepak dan tempat letak sampah yang haram bakal di tukar kepada premis yang mampu melahirkan modal insan BUKAN menjadi sarang 'insan liabiliti' seperti yang berlaku selama ini.Semua pemimpin setempat serta seluruh rakyat diseru untuk menggunakan kemudahan ini dan membantu secara bersinergi untuk melahirkan generasi cemerlang yang bakal membantu pencapaian visi kerajaan Selangor untuk menjadi negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan.
Dalam ucapan YB Exco juga menyatakan bahawa perpustakaan dua tingkat ini bakal dilengkapi oleh bilik seminar yang mampu memuatkan seramai 100 orang, bilik mesyuarat, bilik perbincangan bagi pelajar dan oranga wam dan ruang rujukan.Ia juga akan turut dilengkapi dengan kemudahan surau dan mini kafe.PPAS juga telah mengambil inisiatif untuk menyediakan satu ruang santai dan kondusif di samping perkhidmatan wi fi kepada pelanggan.
Dr Halimah bersama dif-dif kehormat dan pelajar tahfiz

Di antara yang hadir bersama

Gimik pelancaran: menanam pokok

SAMAN EKOR: TESTIMONI MANGSA

Posted: 15 Sep 2011 06:15 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 15 Sep 2011 09:47 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Mahathir Tiada Autoriti Bercakap Soal Sejarah

Posted: 14 Sep 2011 09:52 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathirberdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinyauntuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yangmenyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara(MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliruterhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi olehProfesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyatMalaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyatMalaysia. Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jikaMalaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO bolehdianggap pejuang kemerdekaan?

DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir bukan ahli sejarah yanglayak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Beliau hanyalahseorang ahli politik negara. Sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dankajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikanpandangannya mengenai sejarah negara.

Apakah Dr Mahathir berani mengakubahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernahdijajah. Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokohkemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' OnnJaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathirmenyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala DrBurhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul RahmanLimbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagaipengkhianat negara?

DPPM menjelaskan gerakan-gerakanmenuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda(KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf(API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 , Angkatan Wanita Sedar (AWAS) danBarisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewatbeberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini.Saat gerakan nasionaliskiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan "hidup Melayu".

UMNO pula telah diharamkan pada tahun1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkantahun 1988. Roh UMNO zaman 'kemerdekaan'telah berkubur sejak itu. Zaman Tun DrMahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannyadan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini.

DPPM mempunyai pandangan yang tegasbahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkanlagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku.


Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 15 Sep 2011 09:35 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Cukai 6% prabayar mesti dibatalkan bukan ditangguhkan !

Posted: 14 Sep 2011 10:59 AM PDT


1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik persetujuan pihak syarikat telekomunikasi untuk menangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan 6% secara terus kepada pengguna. Malah DPPM menggesa supaya ianya dibatalkan terus demi kepentingan rakyat khasnya warga muda negara dan berharap pihak kerajaan sebagai penerima hasil cukai tersebut dapat mempertimbangkan mekanisma percukaian yang lebih efektif kepada pengeluar dan pengguna.

2. Mengikut pengumuman asal pada 8 September, pihak syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai perkhidmatan 6% secara terus (passed-through) kepada pengguna bagi setiap transaksi tambah nilai dan pembelian pek permulaan, bermula 15 September ini. Kadar 6% ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan semenjak tahun 1998 dan telah dikenakan secara terus kepada pengguna sistem pasca-bayar dan diserap (absorbed) oleh syarikat telekomunikasi bagi penggunaan sistem pra-bayar bagi memastikan kadar pakej yang kompetitif dan mampu milik.

3. Jika sistem cukai ini diteruskan, golongan yang paling menerima kesan adalah golongan muda, pelajar dan golongan berpendapatan rendah yang terpaksa mengikat perut menghadapi kos sara hidup yang makin tinggi, berbanding pihak kerajaan yang terus mengaut hasil cukai atas keperitan rakyat. DPPM juga berpendapat, impak langsung cukai ini kepada golongan pengguna adalah sama dengan impak cukai GST yang akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

4. DPPM berpendapat, impak penyerapan cukai ini kepada syarikat telekomunikasi adalah minima, sebagaimana yang dianggarkan oleh Maybank Investment di dalam nota kajian bertarikh 9 September yang menganggarkan penurunan pendapatan sekitar 1% - 4% oleh syarikat telekomunikasi terbabit dan AmReseach pula menganggarkan impak kepada EBITDA (keuntungan operasi) adalah sekitar 2% sahaja.

5. Justeru, pihak DPPM menggesa pihak kerajaan sebagai pihak yang bertanggungjawab memperkenal dan mengutip hasil cukai ini agar tidak mengambil kesempatan untuk mengaut laba daripada penggunaan telekomunikasi yang tidak anjal (inelastic demand) dan mengharapkan cukai perkhidmatan 6% ini terus dimansuhkan sebagai tanda prihatin kepada generasi muda di dalam Bajet 2012 yang akan diumumkan pada Oktober ini.

Jika pihak kerajaan sekarang tidak mampu melaksanakan, pihak DPPM begitu yakin pihak kerajaan Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya jika diberi mandat oleh rakyat bersesuaian dengan agenda Membangun Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS.



Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

MTD Jeneri

Posted: 15 Sep 2011 09:33 AM PDT

MTD Jeneri


TERIMA KASIH YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA MTD JENERI.

Posted: 15 Sep 2011 03:28 AM PDT





PAS Kulaijaya

Posted: 15 Sep 2011 08:13 AM PDT

PAS Kulaijaya


Majlis Aidil Fitri PAS Kawasan Kulai.

Posted: 14 Sep 2011 06:50 PM PDT

Dun Kijang

Posted: 15 Sep 2011 03:22 AM PDT

Dun Kijang


Menanti Di Barzakh..

Posted: 15 Sep 2011 12:30 AM PDT

Jom layan lagu ni dulu.. Yang penting.. Hayati liriknya.. Bukan dengar sambil menutup pintu hati. Menanti di Barzakh.. Kita semua pun akan melaluinya.. Takde sorang pun yang akan terlepas..  Jadi, hayatilah betul-betul liriknya.. 




Penampilan mencerminkan Keperibadian

Posted: 14 Sep 2011 06:30 PM PDT

Pelik tengok anak-anak muda sekarang. Terlalu mengikut arus kemodenan sampai tak tau mana yang halal, mana yang haram. Bila orang pakai tudung, kita pun turut nak pakai. Ikut trend la katakan. Tapi, bila pakai.. Sama je macam tak pakai.. Kenapa saya cakap macam tu.. tengok je gambar kat bawah ni..

gambar sini.
Kadang-kadang bila tengok diorang naik motorsikal tu, sibuk nak tarik-tarik baju adik dia punya konon tak nak kasi nampak belakang. Dah kalau nak sangat pakai camtu, kenapa nak tutup lak kan.. Biar jelah terdedah sana sini..

Malu.. Habis tu.. Yang duk tayang segala macam bentuk kat orang ramai tu apehal... Tambah-tambah lagi lelaki.. Memang raya sakan la kan.. Diorang cakap. "Dah rezeki depan mata, takkan nak tolak.".. Memang la sekali pandang tu rezki, tapi kalau dah berkali-kali tengok tu, tu bukan rezeki namanya.. 

Pakailah betol-betol tudung tu, pakaian tu kalau boleh biarlah menutup aurat. Janganlah sampai terdedah sana.. Terdedah sini. Nak tunggu bila baru nak berubah. Nak tunggu beuban dan kulit pun berkedut dulu, Tu pun kalau sempat la. Buatnya tengah kita bawak motorsikal dengan pakaian yang macam ni, tiba-tiba pulak eksiden, haaa.. macam mana. Renung-renungkan..

Penampilan kita mencerminkan sahsiah kita... Orang pakai tudung tak semestinya baik. Tapi satu benda yang kita kena ingat. Orang yang baik semestinya pakai tudung. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan