Ahad, 28 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 27 Aug 2011 09:07 PM PDT

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


SEMARAK RAMADHAN...SUMBANGAN PRIHATIN..

Posted: 27 Aug 2011 06:06 PM PDT


Amalan bersedekah ketika kita mempunyai rezeki yang lebih adalah merupakan sifat yang dituntut dan terpuji.Ditambah lagi dengan menjelang Aidil Fitri terutama bagi mereka yang kehidupannya tidaklah semewah mana.PPU Bahagian Rompin mengambil inisiatif untuk mengadakan program Semarak Ramadhan dengan menyampaikan sumbangan kepada warga yang memerlukan.Bersama YB KP,rombongan PPU juga turut sama mengadakan program berbuka puasa bersama masyarakat di lokasi terpilih.Semoga dengan sumbangan ini akan dapat memberikan sedikit keceriaan dan kegembiraan dalam menyambut Aidil Fitri.Adalah diharapkan agar lebih ramai lagi penyumbang akan tampil ke hadapan untuk menambah dana bagi tujuan menambah bilangan penerima sumbangan pada masa hadapan.Sesungguhnya tangan yang memberi itu adalah lebih baik dari yang menerima.Bagi pihak PPU Rompin juga ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada warga prihatin yang telah bermurah hati membuat sumbangan.Moga rezeki kita akan bertambah lagi..insyaallah..

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 27 Aug 2011 03:03 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 27 Aug 2011 01:54 PM PDT

I hope to meet you when I visit Malaysia

Posted: 26 Aug 2011 07:10 PM PDT

Dear

Hi,I just came back from oversea trip to Scotland.I am Laura Hamid,I work with Avocet Mining PLC in UK as assistant senior supervisor.We may not know ourselves for now but it is my heart desire to take vacation leave from our company to visit Malaysia for the first time . My father originally came from Malaysia unfortunately I lost my father early without knowing  my relatives.

I want to come and meet new friends, have fun and possibly discuss some business matters.It is no longer a news that Asia is developing so fast and catching up with developed countries with a lot of tourist attraction  centers,it gives me so much joy because I want to witness it and be part of it.

I do not mean to inconvenience you neither do I want my presence to affect your work or business hours,instead I can adjust my time so that we can only meet in the evenings and weekends.I will appreciate it if you can spare your little  time to welcome and accompany me ,never mind I will take care of the expenses.If you say OK please let me know the nearest airport that will be easier for you to come and fetch me on arrival.

Rgds
Laura

Posted: 26 Aug 2011 04:26 PM PDT

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

Posted: 27 Aug 2011 11:34 AM PDT

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Ketua UMNO Padang Serai lepaskan jawatan

Posted: 26 Aug 2011 08:54 AM PDT


PADANG SERAI 26 Ogos - Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas.

Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu.

"Inilah satu keindahan pada pentadbiran UMNO, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di sini malam tadi. - Bernama

BN Kedah akan adakan simulasi pilihan raya Oktober ini

Posted: 25 Aug 2011 12:57 AM PDT




ALOR SETAR 25 Ogos - Barisan Nasional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 September. - Bernama

Tidak banyak pembangunan di Kedah

Posted: 24 Aug 2011 08:58 PM PDT


Rakyat Kedah tidak perlu beri peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri semasa, memandangkan mereka dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh menerajui Kedah sejak tiga tahun lepas, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha daripada kerajaan negeri yang diterajui Pas itu, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat Kedah yang diharapkan.

Katanya, program-program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil daya usaha Kerajaan Pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita pada satu persidangan media di Pokok Sena dekat sini semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda ini dapat membangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah turun padang melawat tiga veteran UMNO yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita UMNO Pokok Sena

HOT: PAS Sendiri Kata Lynas Selamat - Fuziah Nak Kata Apa?

Posted: 24 Aug 2011 02:40 PM PDT


Kah Kah Kah...

Ada orang halang ahli Parlimen PAS dari komen sebarang isu tentang kilang Lynas. Terbukti PAS hanyalah 'Pak Turut'.

Ahli Parlimen PAS berkata tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh gerombolan Fuziah Saleh adalah satu pembohongan besar. Fuziah Saleh menipu penduduk di Kuantan.

Hahahaha...

Negara berkebajikan, negara Islam dan 'Malaysian Malaysia'

Posted: 20 Aug 2011 04:46 AM PDT



ISTILAH Inggeris ''negara berkebajikan'' menurut ahli sejarah tersohor British, Asa Briggs telah diperkenalkan oleh Archbishop (Ketua Paderi) bernama William Temple semasa Perang Dunia Kedua.

Semasa diperkenalkan, pendekatan itu bertentangan dengan konsep Jerman Nazi yang memperkenalkan ''negara berperang'' (warfare state). Namun konsep asal negara berkebajikan itu mula diperkenalkan oleh ahli-ahli akademik Sozialpolitiker (Ahli Politik Sosial) Jerman sekitar 1870. Ia kemudian dilaksanakan di bawah dasar pembaharuan Perdana Menteri Pertama Jerman, Otto von Bismarck dikenali sebagai Negara Sosial.

Beberapa negara Barat kemudian mengikutinya. Itali memperkenalkan Negara Sosial (Stato Sociale); pada 1936 Sweden Folkhemmet (terjemahan langsung: rumah orang-orang tua). Di Sepanyol ia dikenali sebagai estado del bienestar (negara yang sejahtera).

Negara berkebajikan menurut prinsip Barat, yang mahu dibawa oleh DAP, dipersetujui oleh PKR sehingga Pas sanggup menggugurkan konsep Negara Islam, adalah berasaskan kepada prinsip iaitu peluang yang saksama, pembahagian kekayaan yang sama-rata dan tanggungjawab semua membantu yang susah.

Namun jika dikaji secara halus ia adalah konsep Malaysian Malaysia yang pernah diangkat oleh pemimpin PAP Singapura, Lee Kuan Yew - sehinggalah ia mendapat hak kemerdekaan memerintah negara pulau itu - hasil tekanannya yang mahu melaksanakan dasar itu ke atas Tanah Melayu. Kini Malaysian Malaysia, satu konsep yang mahu mengetepikan hak keistimewaan satu bangsa lain dan hak-haknya sedang dijana secara sistematik oleh DAP, parti serpihan PAP.

Negara berkebajikan, yang tiada pun diambil daripada rukun pembinaan negara Islam, akan diperkenalkan sekiranya Malaysia ini diambil alih oleh DAP kelak.

Jika dilaksanakan nanti, ia bukan lagi merupakan dasar ekonomi yang membantu kaum-kaum yang susah dan menyeimbangkan kesejahteraan antara kaum seperti yang dilaksanakan dengan jayanya di negara ini.

Kita amat bimbang, konsep negara berkebajikan yang mahu dibawa oleh DAP ini akan mengakibatkan perpecahan sosial yang lebih hebat. Jurang kecelaruan sosial akan melebar. Sekarang pun kita sudah dapat melihat gelagat DAP dalam mengambil kesempatan atas isu-isu yang mereka anggap ''boleh memberi peluang politik'' seperti isu biasiswa dan sebagainya.

Ahli-Ahli Parlimen mereka diseru supaya terus-menerus membangkitkan isu meritokrasi - dalam usaha mengapi-apikan kaum tertentu supaya membenci kerajaan dan bangsa-bangsa tertentu.

Apakah mereka menganggap murid-murid sesuatu kaum itu tidak bijak dan lemah sehinggakan semua biasiswa harus diberi kepada satu kaum lain yang bijak? Contohnya, jika diikut secara merit: Apakah mereka sanggup melihat murid-murid yang satu itu tidak boleh memperoleh walau satu biasiswa sekali pun kerana kaum yang satu lagi itu semuanya dianggap lebih layak mengikut acuan meritokrasi?

Jika itulah caranya, maka berperanglah negara ini.

Ternyata, niat mereka tidak ke arah perpaduan rakyat, tapi memperjuangkan semata-mata untuk sesuatu bangsa - dengan akhirnya kita bimbang ia akan mengetepikan satu kaum, bangsa dan etnik yang lain.

Jika itulah yang mereka perjuangkan, maka percayalah itulah yang akan diterapkan dalam konsep negara berkebajikan tersebut kelak.

Malaysia bukan seperti Britain, Jerman, Itali, Sweden atau negara-negara Arab mahupun Brunei yang melaksanakan konsep negara berkebajikan.

Di negara itu, mereka hanya mempunyai satu kaum asas yang besar berbanding dengan kita. Kita mempunyai tiga kaum yang besar, dengan satu kaum asas yang tidak begitu besar dan sering dipertikaikan kedudukannya.

Di negara-negara Barat, kaum asas mereka ialah berkulit putih, manakala yang lain-lain merupakan kaum pendatang, atau pun imigran dari negara-negara lain atau negara yang pernah dijajah oleh kaum asas itu. Maka itu pembahagian kebajikan itu lebih mudah dilaksanakan tanpa ada rasa marah kerana kebanyakan yang menerimanya adalah kaum asas yang majoriti.

Apa yang mahu kita lihat di negara ini ialah dasar kerajaan yang pragmatik dan berkesan. Dan terbukti dasar kerajaan Malaysia yang dilaksanakan sejak kemerdekaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada kita semua.

Perkhidmatan kesihatan awam yang merupakan antara prinsip utama dalam negara berkebajikan, telah pun diamalkan di negara ini sejak dulu lagi. Rakyat kita menikmati kemudahan itu secara percuma dengan pendaftaran hanya RM1. Begitu juga pendidikan dan lain-lain.

Cubalah pergi ke negara-negara lain, malah ke negara jiran ASEAN sekali pun, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran kita adalah yang terbaik.

Apa yang diharapkan kerajaan dapat menambah baik lagi perkhidmatan dan mutunya supaya rakyat dapat menikmati faedah yang lebih besar.

Kita berharap Kementerian Kebajikan Masyarakat dapat diwujudkan semula, supaya kita semua sedar mengenai kewujudannya dan fungsinya.

Moto 1Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebenarnya merupakan satu tamparan kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP dalam soal berkebajikan. Malah konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga cukup memeritkan pihak pembangkang.

Kata-kata Najib: ''Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita'' membuktikan gagasan 1Malaysia lebih hebat dan murni daripada konsep berbaur cauvanis seperti Malaysian Malaysia.

Yang peliknya bagi pakatan pembangkang sendiri, walaupun mereka telah memerintah empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan - namun bayang model negeri berkebajikan itu pun tidak nampak? Apa yang ada Selangor hanya memberi beberapa baldi air percuma, yang kemudian mendatangkan pula masalah kewangan kepada negeri itu. Serta menziarahi orang mati dan memberi sedikit sumbangan.

Pulau Pinang, negeri DAP yang mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan sendiri gagal melaksanakan kebajikan kepada rakyatnya.

Semakin marak kemarahan orang ramai di negeri itu terhadap pentadbiran kerajaan, terutamanya membabitkan penjaja-penjaja kecil yang diketepikan.

Sebaliknya dasar pecah dan perintah sedang diamalkan di negeri itu. Kondo-kondo mewah banyak dibina untuk faedah beberapa golongan masyarakat tertentu, menggantikan kampung-kampung miskin yang diroboh untuk didirikan dengan pembangunan mewah. Rumah-rumah awam juga gagal didirikan.

Kedah dan Kelantan, yang diperintah oleh kononnya sebuah Parti Islam pun tidak nampak apa-apa yang berlaku - konsep negara Islam pun sudah digugurkan, dan slogan negeri kebajikan pula hanyalah kata-kata manis dalam khutbah setiap Jumaat.

Negara berkebajikan yang dilaksana di Barat sendiri pun kini dikritik hebat kerana telah mengakibatkan rakyatnya malas dan enggan bekerja, kerana mengharapkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Di Britain ia sudah dibahas hebat ekoran masalah kemalasan bekerja kerana mengharapkan elaun-elaun pengangguran dan pelbagai benefit yang disediakan kerajaan.

Golongan pekerja dan peniaga pula sebaliknya berang kerana cukai yang tinggi dikenakan ke atas mereka untuk membiayai kebajikan rakyat yang tidak bekerja itu. Malah harga minyak di sana pun tidak disubsidi oleh kerajaan, seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia kini. Harga semasa petrol di UK ialah RM6.70 seliter.

Kesimpulannya, apa yang cuba diperkenalkan oleh DAP, sehingga Pas sanggup mengorbankan perjuangan Islamnya, hanyalah semata-mata satu pendekatan gimik popular.

Namun secara halus ia sebenarnya adalah konsep perjuangan lama DAP, iaitu Malaysian Malaysia.

Malangnya, PKR terpaksa mengikut bagi menyelamatkan tengkuk Anwar Ibrahim dan Pas rela dicucuk hidung kerana mengidam ke Putrajaya.


Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya

Posted: 26 Jul 2011 06:53 PM PDT

SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai.

Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebih-lebih lagi mereka yang sering solat di 'Surau Mat Sabu'. Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan bekas 'ayam tambatan' Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Seorang rakan di Permatang Pauh memberitahu penulis ada juga penyokong - tidak pasti Pas atau PKR di kawasan Parlimen itu tidak senang dengan kemenangan Mat Sabu. Mungkin mereka masih belum dapat menerima gelaran buruk yang diberi terhadap Anwar. Ada juga yang mengharapkan ulama menang jawatan itu.

Setakat ini hanya Abdullah berjaya menduduki jawatan Presiden sementara Anwar 'ditendang' keluar kerana isu moral. Apakah Mat Sabu akan terus meniti kejayaan sebagai orang No. 1 dalam Pas? Ini perkembangan yang amat menarik untuk dinantikan. Soal layak atau tidak, Mat Sabu sudah menang. Tidak payahlah kita selak kembali siapa Mat Sabu sama ada golongan profesional atau ulama. Tetapi ramai yang tahu siapa Mat Sabu sejak mula belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM, seorang peminat seni khabarnya drama, lakonan, boria dan pantun. Cukup aktif menyertai pelbagai demonstrasi dan macam-macam lagi sehinggalah menyertai Pas pada 1978 dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU). Malangnya beliau tidak pernah menang di Pulau Pinang. Kali pertama Mat Sabu mencuba nasib pada PRU 1982 di Parlimen Kepala Batas dalam pertandingan tiga penjuru - BN, Pas dan DAP. Abdullah Badawi menang dengan majoriti 12,644 undi. Beliau juga bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi tewas. Pada PRU 1986, beliau mencabar 'seteru' politiknya Anwar di Parlimen Permatang Pauh dan tewas lagi.

Akhirnya Mat Sabu berhijrah ke Kelantan dan menang di Parlimen Nilam Puri pada PRU 1990, kemudian ke Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Parlimen Kuala Kedah (1999). Cubaannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal ke empat di Kuala Kedah pada 2004 tidak kesampaian. Ketika tsunami politik melanda pada PRU 2008, Mat Sabu tewas lagi, kali ini di Parlimen Kuala Terengganu. Khabarnya, pada 2008, beliau berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang. Dalam satu ceramah politik di Terengganu yang turut dihadiri Lim Guan Eng, beliau berkata, orang Melaka bertanding di Pulau Pinang menang, jadi ketua menteri tetapi beliau dari Pulau Pinang bertanding di Kuala Terengganu tewas.

Mungkin dengan kedudukan No.2, beliau sudah bersedia untuk turun di Pulau Pinang lebih-lebih lagi hubungan baik dengan 'adindanya' Guan Eng. Ternyata pertemuan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengukuhkan hubungan Mat Sabu dan Guan Eng. Ada juga hikmah di sebalik ISA ini. Di Pulau Pinang, Mat Sabu adalah pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd. sejak 16 April 2009. Baru-baru ini beliau mewakili kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Kini tugas Mat Sabu semakin berat. Lebih-lebih lagi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyifatkan Kabinet baru yang dipilih kelmarin barisan mantap menghadapi PRU Ke-13. Tugas besar Mat Sabu ialah pada 9 Julai ini bagi menggerakkan demonstrasi Bersih di ibu negara untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Kembali kepada PRU, di Pulau Pinang, kawasan mana Mat Sabu akan bertanding? Di Kepala Batas atau Tasek Gelugor? Mungkin di Bayan Baru, Permatang Pauh, Batu Kawan atau Nibong Tebal? Sebagai orang No.2, tentunya sekutu politik Pas iaitu PKR dan DAP sedia berkorban untuk memberi laluan. Apa yang penting bagi pakatan pembangkang ialah memastikan laluan ke Putrajaya yang suatu ketika dahulu mahu dilelong dipermudahkan.

Maka pakatan pembangkang perlu melupakan semua sengketa. Ini termasuklah bagi Mat Sabu dalam menghadapi seteru politiknya, yang pernah digelar 'Al-Juburi'.

Kata Mat Sabu, beliau menyerang Anwar pada 1982 apabila bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu menyertai UMNO.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal, hari ini kita lawan, esok kita berkawan dan lusa kita 'berkahwin'. Begitulah politik. Jika dulu Pas begitu menekankan soal negara Islam tetapi hari ini tidak lagi. Semua sudah berubah mengikut tuntutan masa dan kuasa. Jika dulu prinsip didahulukan kini kuasa diutamakan.

Maka tidak hairanlah Mat Sabu yang pernah diuji dalam isu khalwat di bilik 121 boleh menang dengan majoriti 21. Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga sudah dijangka oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ghazali Ahmad.

Biar apa pun label terhadap gandingan ini, perwakilan sudah buat keputusan. Tahniah kepada Mat Sabu dan rakan-rakan.

Dan meneliti seketika ucapan dasar Abdul Hadi kelmarin, adakah ucapan dasar Allahyarham Fadzil Mohd Noor akan tinggal kenangan?

Pada muktamar ke-40 (Jun 1994) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah antara lain allahyarham menyebut: ''Saya ingin menegaskan kepada seluruh ahli dan pendokong Pas bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam akan terus mara ke hadapan...Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini,"

Kita nantikan dalam Pas, siapa yang akan tetap berpegang kepada 'kebenaran lebih penting dari kemenangan'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan