Jumaat, 12 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 11 Aug 2011 11:40 PM PDT

Suara Sri Andalas


Baucar RM100: Walau Nilai Kecil Tapi Amat Bermakna

Posted: 11 Aug 2011 02:00 AM PDT

KLANG 11 OGOS : Walaupun nilai RM 100.00 dilihat kecil oleh sesetengah pihak, namun bagi warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan, pemberian ini membawa erti yang besar kepada mereka.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pemberian baucar kepada warga emas ini menunjukkan komitmen pentadbiran kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam melaksanakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperkenalkan sejak tahun 2008.

"Bantuan RM 100 ini adalah untuk mereka (warga emas). Kita tahu bantuan ini tidaklah sebesar mana tetapi ianya sangat bermakna kepada warga emas yang kurang berkemampuan, tidak lagi bekerja dan ada di antara mereka tidak mendapat bantuan daripada anak mereka sendiri," katanya.

Program 'Jom Shooping' yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, MES.

Sebanyak RM 10 juta diperuntukkan untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Menurut Xavier, program ini juga memberikan peluang kepada warga emas yang belum pernah mengunjungi pusat mebeli belah seperti ini merasai suasana membeli belah sekaligus memberikan peluang kepada beliau bertemu dengan penduduk setempat.

Ujar beliau lagi, semua nama yang berdaftar untuk program ini akan dibawa untuk membeli belah sebelum program ini berakhir hujung tahun ini.

"Saya telah mengarahkan petugas di pejabat saya untuk memantau perjalanan program ini. Kita juga mendapat kerjasama yang baik daripada ketua kampung dan ahli majlis. Program ini juga secara tidak langsung memberikan ruang kepada saya untuk berjumpa dan beramah mesra dengan warga emas," katanya.

Program 'Jom Shopping' yang dianjurkan di Dun Sri Andalas merupakan pertama kali dianjurkan dengan sambutan yang menggalakkan apabila penyertaan hampir 100 orang warga emas dengan kerjasama Majlis Perbandatan Klang, (MPK) yang menyediakan pengangkutan bas untuk warga emas.

Setakat ini seramai 4,700 orang warga emas di Dun Sri Andalas yang telah mendaftar dibawah Skim Mesra Usia Emas, SMUE dan diharapkan lebih ramai warga emas akan mendaftar di bawah skim ini yang merupakan sebahagian daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor.



Sumber: Selangorkini

Kerajaan Selangor Belanja RM1.5 Juta Untuk Yuran Kemasukan Pelajar Kolej Inpens

Posted: 08 Aug 2011 03:00 AM PDT

Kuala Selangor, 6 Ogos 2011 - Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang RM1,532,700 bagi menampung yuran kemasukan 234 orang pelajar-pelajar baru ke Kolej Inpens. Sumbangan ini merupakan pembiayaan sepenuhnya untuk yuran akademik dan hostel termasuk wang saku.

Sumbangan ini telah diberi kepada 101 pelajar Melayu, 100 orang pelajar India dan 33 orang pelajar Cina.

Satu majlis penyampaian surat tawaran kemasukan telah diadakan di kampus kolej Inpens di Kuala Selangor yang telah disempurnakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Majlis turut dihadiri oleh Hajjah Noraini Bte Roslan, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor serta pengurusan dan tenaga pengajar Kolej Inpens.
 

Majlis telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pegawai-pegawai dari seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor.

Pelajar-pelajar ini akan mengikuti kursus-kursus vokasional dalam bidang automotif mekanik, pendawaian letrik, penghawa dingin, komputer,  kecantikan dan dandanan rambut  untuk tempoh 1 hingga 3 tahun.

Dalam ucapan beliau, Dr. Xavier menegaskan bahawa dengan memberikan peluang belajar dalam bidang vokasional pelajar-pelajar ini akan mempunyai kemahiran khas bagi memudahkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan apabila telah menamatkan kursus yang diambil.

Ujar beliau lagi majikan-majikan sekarang ini memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran vokasional dan ini dapat menjaminkan pendapatan yang lebih baik kepada pelajar-pelajar.

Kata Dr. Xavier lagi dengan mendapat pekerjaan yang stabil dengan pendapatan yang lebih baik akan dapat membantu taraf kewangan keluarga yang kebanyakannya dari anak-anak pekerja ladang dan  berpendapatan rendah. Dengan ini objektif Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan taraf kemiskinan rakyat Selangor akan dicapai.


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 11 Aug 2011 11:27 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Lawatan kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Ke Negeri-Negeri

Posted: 11 Aug 2011 04:05 PM PDT

Mesyuarat Jawatankuasa Biro Felda dan Orang Asal yang diadakan pada 8hb Ogos 2011 jam 12.00 tengah hari di Pejabat Task Force Felda Negeri Selangor telah memutuskan untuk mengadakan siri lawatan ke Negeri-Negeri khususnya Negeri-Negeri yang mempunyai pertaburan rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal yang ramai.

Setakat ini, Biro telah berjaya mengadakan siri lawatan kedua ke Negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang Timur.

Manakala lawatan kerja ke Negeri Perak dan Pahang tengah memerlukan satu siri lagi sebelum mengakhiri bulan Oktober 2011.

Siri-siri lawatan ke Negeri Sembilan berjaya menubuhkan Ranting Parti Keadilan di Palong 5 dan Palong 9 dan menghidupkan semula Ranting di Palong 10, serta menambahkan keanggotaan di kawasan Parlimen Jempol serta di rancangan-rancangan Pasoh 1 dan 2.

Disamping itu lawatan Biro juga telah berjaya mengumpulkan cukup ramai dari kalangan generasi ke-2 dan ke-3 didalam penawaran Peneroka Baru apabila Felda Plantation akan dibubarkan dengan pemerintahan Pakatan Rakyat.

Di Negeri Johor pula lawatan Biro telah berjaya menubuhkan 2 buah ranting baru iaitu di Felda Nitar 2 dan di Felda Lok Heng, sementara keanggotaan parti di Kg Selai, sebuah perkampongan Orang Asal di Mukim Bekok bertambah kepada 40 orang dan sebuah ranting pertama akan ditubuhkan di Mukim Bekok di perkampongan Orang Asal apabila dapat dikumpulkan kesemua 5 buah kampong Orang Asal di Mukim itu didalam lawatan siri ketiga Biro ini ke Negeri Johor.

Sementara itu lawatan itu juga berjaya mengumpulkan keanggotaan baru bagi parti disamping berjaya pula menerima begitu banyak borang penawaran Peneroka Baru.

Lawatan kerja itu menerima begitu banyak aduan daripada peneroka-peneroka Felda yang ditempat masing-masing kini sudah pun menubuhkan jawatankusa bertindak untuk mengemukakan saman samada dibidang peratusan KPG, mahupun menuntut kembali caruman tanam semula dan juga menuntut gantirugi kerana kegagalan Felda Technoplant menjalankan kerja-kerja tanam semula keatas tanah-tanah peneroka yang sudah ditebang.

Lawatan siri satu ke Pahang Timur berjaya membongkar kegagalan Felda Technoplant menjalankan tanam semula diatas ladang-ladang yang mereka sudah tebang; kegagalan Felda mengembalikan wang caruman tanam semula yang dicarum oleh peneroka-peneroka, dan kegagalan Felda didalam pengurusan dan penyeliaan tanam semula.

Disamping itu lebih dari 500 orang anak-anak peneroka di Rompin telah memohon untuk menjadi Peneroka Baru diatas tanah Felda Plantation yang bakal dimansuhkan apabila Pakatan Rakyat memerintah Negara ini.

Pengumpulan akan juga dibuat di gugusan Chini, Pekan bagi pengembalian borang tawaran menyertai Felda sebagai peneroka baru dari kalangan generasi ke-2 dan ke-3, manakalah lebih 200 borang permohonan telah terkumpul di Gugusan Felda Mempaga Bentong.

Lawatan ke Felda Suharto, Sg Tengi, Sg Tengi Selatan, dan Gedangsa menyaksikan kejayaan mengumpulkan lebih 1000 permohonan untuk menjadi Peneroka baru; dan bersama-sama Task Force Felda Negeri Selangor berjaya mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Selangor untuk 50 ekar tanah bagi perumahan generasi ke-2 dan ke-3, dan berjaya mendapatkan geran tanah untuk peneroka-peneroka di Fasa 6 Felda Suharto, Felda Sg Tengi dan Felda Sg Tengi Selatan; manakala 20 orang dari pemohon-pemohon tol untuk kolam ikan yang telah mereka jayakan sedang diproses.

Di Negeri Perak sudah pun terkumpul borang-borang permohonan untuk menjadi peneroka baru dan akan membuat majlis penyerahan didalam siri lawatan kedua biro ini ke Negeri tersebut.

Didalam mesyuarat pada 8hb Ogos lepas, keputusan telah dibuat untuk meneruskan siri lawatan kerja ini. Negeri pertama yang akan dilawati adalah Negeri Pahang yang mempunyai 215 Rancangan Felda.

Biro akan memberikan masa selama 6 hari didalam siri lawatan kedua ke Pahang, iaitu 2 hari di Pahang Timur, 2 hari di Pahang Tengah dan 2 hari di Pahang Barat, dan pada setiap hari akan dilangsung 12 program, iaitu 6 program dialog dan 6 program ceramah setiap hari dan akan melibatkan tenaga2 penceramah yang disediakan oleh Biro serta penceramah-penceramah yang disediakan oleh PKR Negeri Pahang dan Cabang-Cabang.

Penumpuan didalam siri lawatan ke Pahang kali ini ialah penawaran Borang Menjadi Peneroka Felda yang baru hasil pemansuhan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat memerintah Negara dan juga Borang Pengiktirafan Tanah Orang Asal untuk perkampongan Orang Asal seluruh Pahang.

Siri lawatan Biro ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Selangor dan Perak akan ditetapkan selepas selesai siri lawatan ke Negeri Pahang.

Peranan sebagai seorang Setiausaha

Posted: 11 Aug 2011 01:55 PM PDT

Ada eloknya jika setiausaha-setiausaha sesuatu organisasi itu diberikan kursus mengenai tanggungjawab dan tanggungan seseorang setiausaha.

Seseorang setiausaha itu perlu disetiap masa berkerja rapat dengan ketua/pengerusi. Untuk tujuan menjalankan mesyuarat, setiausahalah yang menghantar notis kepada setiap AJK, dan Setiausaha itu tidak boleh membuat pilihan yang mana satu AJK yang dia mahu panggil mesyuarat atau yang dia tidak mahu panggil.

Didalam mesyuarat beliau kena mengambil minit/nota mesyuarat untuk dia bentangkan minit itu didalam mesyuarat yang akan datang. Dia tidak boleh berlenggang tangan dengan tidak membawa buku minit, dan dia tidak boleh hadir mesyuarat apabila mesyuarat sudah berjalan separuh jalan, kerana dia tidak akan tahu apakah yang berlaku didalam mesyuarat sebelum kehadirannya.

Lagi tidak boleh untuk dia ponteng dari mesyuarat.

Tanpa minit, apakah boleh diperhatikan samada kerja yang diputuskan didalam mesyuarat telah diambil tindakan, dan apakah tindakan-tindakan yang sudah diambil dan yang masih perlu diambil. Minit mesyuarat bukanlah satu formaliti, tetapi catatan kerja, tugas dan panduan.

Apa juga keputusan yang dibuat didalam mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diminitkan dan keputusan itu hendaklah dilaksanakan dan Setiausaha tidak mempunyai kuasa untuk memilih keputusan mana yang hendak diambil tindakan dan yang mana tidak diambil tindakan, seumpamanya, jika mesyuarat telah memutuskan untuk menghantar 8 nama untuk dijadikan bakal calon didalam pilihanraya, maka nama 8 calon itu wajib dihantar ke badan yang lebih tinggi, Setiausaha tidak berhak membuat saringan sendiri.

Jika Setiausaha itu benar-benar tidak dapat hadir mesyuarat, dia kena maklumkan kepada Ketua/Pengerusi dan memberi sebab kenapa dia tidak hadir. Memang dibolehkan dia tidak hadir jika dia sakit, ada kematian, atau keraian dalam keluarga yang dia tidak dapat elakkan. Tetapi bukan ketidakhadirannya semata-mata kerana dia sengaja tidak mahu hadir.

Apabila Ketua/Pengerusi mengetahui bahawa dia tidak dapat hadir, maka bolehlah Pengerusi melantik seorang pengganti bagi mencatat minit. Walaubagaimana pun, minit yang lepas hendaklah disediakan oleh Setiausaha tersebut.

Setiausaha yang cekap menyediakan fail mesyuarat untuk setiap AJK, dan semua dokumen yang sewajarnya seperti minit mesyuarat, laporan-laporan dari Setiausaha, dari Biro-Biro akan berada didalam fail itu, dan fail itu menjadi hakmilik organisasi dan tidak dibawa balik kerumah AJK-AJK.

Hubungan luar (seperti surat menyurat) disediakan oleh Setiausaha, dan Setiausaha adalah nadi kepada organisasi, lemahnya seorang Setiausaha maka lemahlah organisasi itu.

Ada Setiausaha sesebuah organisasi itu dipilih didalam mesyuarat agung tahunan organisasi itu, dan ada yang dilantik oleh Pengerusi/Ketua.

Setiausaha yang dipilih tidak boleh diberhentikan oleh Pengerusi/Ketua dan hanya boleh diberhentikan mengikut peruntukan didalam Perlembagaan organisasi itu; manakala seorang Setiausaha yang dilantik oleh Pengerusi/Ketua, maka Pengerusi/Ketua itu berhak menggantikan Setiausaha itu dengan seorang Setiausaha yang baru.

Kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan untuk melantik atau melucutkan jawatan itu terbagai kepada dua kategori, samada kuasa mutlak atau kuasa yang disuarakan didalam mesyuarat Jawatankuasa. Jika kuasa mutlak, maka Pengerusi itu boleh melantik seseorang setiausaha dan boleh pula melucutkannya; tetapi jika kuasa itu tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa, maka perlantikan itu atau perlucutan jawatan itu hanya boleh dibuat melalui keputusan mesyuarat jawatankuasa.

Jika jawatankuasa sudah mempersetujukan dengan perlantikan atau perlucutan, maka tidak timbul bahawa Pengerusi telah menggunakan kuasa "veto"nya walaupun cadangan untuk melantik atau melucutkan jawatan setiausaha itu datangnya dari cadangan pengerusi.

Ini adalah ABC mengenai pemahaman kedudukan seseorang Setiausaha agar tidak dipertikaikan jika tindakan melucutkan jawatan setiausaha itu diambil.

Seseorang yang dilucutkan jawatan Setiausaha itu perlu akur kepada keputusan yang diambil terhadapnya sebagai menghormati prinsip berorganisasi.

Anwar Ibrahim

Posted: 11 Aug 2011 07:59 PM PDT

Anwar Ibrahim


Putrajaya Ditches FBC Media as Image Experts After Exposé

Posted: 11 Aug 2011 07:39 PM PDT

The Malaysian Insider

Putrajaya has now ended its contract with British publicity firm FBC Media after an embarrassing exposé last week revealed Malaysian leaders routinely appeared in paid-for interviews on global television programmes.

The Malaysian Insider understands that the Prime Minister's Office (PMO) terminated FBC Media's contract in the past week, just months after another public relations firm, APCO Worldwide from the United States, met an ignominious end for alleged links to Israel.

"The contract with FBC Media is over. PMO has enough people to handle publicity locally and abroad," a source toldThe Malaysian Insider.
FBC Media's dealings with the Malaysian government came to light after supplementary supply Bills showed vast payments made for a "Global Strategic Communications Campaign".

The records showed that between 2008 and 2009, RM57.7 million was paid by the Prime Minister's Office to FBC Media for the campaign.

Despite FBC Media's contract, veteran newspaper editor Datuk A. Kadir Jasin's also revealed that Putrajaya has some 11 press aides working for Prime Minister Datuk Seri Najib Razak against the three who served Tun Dr Mahathir Mohamad in his 22 years in power.

FBC Media has also been linked to Najib's predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi and Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who apparently paid US$5 million (RM15 million) for public relations services that included television programmes and professional bloggers to burnish his image before the April 16 state polls.

Global broadcasters have been scrambling to contain potential damage after the allegations of impropriety surfaced following the expose by whistleblower Sarawak Report, which linked the interviews and other programmes produced by FBC Media as having been paid millions of ringgit by the ruling Barisan Nasional (BN) coalition to shine its international image.

US-based broadcaster CNN denied last week it was paid to interview Najib during his visit to London last month but questions remain about the role played by its anchor John Defterios after the latter's FBC Media programme "World Business" was axed early this month by rival network CNBC.

The spotlight is on the relationship between FBC Media — the British publicity firm led by media giant Alan Friedman with Defterios still listed as its group president — and broadcasters like CNBC, CNN and the BBC.

As a result of the allegations, the BBC has also said it will suspend programmes produced by FBC Media and investigate the company.

Influential Washington-based news website Politico.com said FBC Media is listed in lobbying reports as having paid tens of thousands of dollars to Washington-based lobbying firm APCO in recent years to lobby on behalf of the Malaysian government.

CNN's denial comes on the heels of rival CNBC's decision to drop its flagship show "World Business", which has similarly been alleged to have been paid to feature Najib in its prime-time news slots last month after his administration cracked down on a civil rally pushing for cleaner and more honest elections.

Both interviews were conducted by Defterios which has raised eyebrows over his appearance on the rival channels as well as questions over a conflict of interest to his unclear ties with FBC Media.

Defterios was listed as director in the British firm on the FBC Media website before it was stripped down to a one-page fact sheet yesterday, with all information about its board members removed. The information remains available on the whistleblower Sarawak Report website.

CNN told Politico that Defterios has been a full-time employee since March and had cut all ties with FBC Media at that time, but he remains listed as CNBC's managing editor for the just-axed "World Business" programme.

In profiles of Defterios available online, he is listed as the group president of FBC Media.

Apart from CNN, FBC Media has also produced editorial content for the UK broadcaster BBC.

The British broadcaster told Politico all independent TV companies are required to sign strict agreements with it to prevent conflicts of interests and that it was not aware of some of the information provided by FBC but will be investigating the claims "as a matter of urgency."

The Sarawak Report, in a story published in early August, claimed insider sources revealed Najib "suggested" to Taib that he hire FBC Media to bolster his seemingly flagging popularity after the Sarawak chief minister appeared to suffer a publicity crisis due to allegations of extensive corruption.

Both have not denied the report since it was published by the whistleblower website.

Umno Terlibat Manipulasi Pilihan Raya?

Posted: 11 Aug 2011 07:33 PM PDT

Harakah

Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat  berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

“Dua identiti ini sangat mencurigakan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 – KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 – JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 – DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 – PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 – KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

“Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak,” ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

“Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?” soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Hot on ‘Secret’ MAS-AirAsia Deal Comes Reprieve For Ex-Daim Boy, Tajudin Ramli

Posted: 11 Aug 2011 11:47 AM PDT

Malaysia Chronicle

Amid growing concern that Malaysian taxpayers have again been taken for a ride by the UMNO elite, Opposition leader Anwar Ibrahim ticked off Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz for allegedly instructing Government-Linked-Companies or GLCs to withdraw lawsuits filed against for MAS chairman Tajudin Ramli.

Among the affected GLCs wereTelekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd. These firms had sued Tajudin for losses suffered by MAS amounting to billions of ringgit, and there is concern that with a stroke of pen, Prime Minister Najib Razak’s administration was bailing out fallen tycoon Tajudin.

“Such orders should have come from the Minister of Finance and not Nazri as this concerns GLCs. The government said it had a strong case against Tajudin involving billions of ringgit in filing the suit. It is a disturbing,” Anwar, a former Finance minister, told reporters on Thursday.

The UMNO elite

UMNO is the dominant party in the BN coalition, providing all 6 of the country’s prime ministers since 1957. A party of over 3 million members, it operates on a largely feudalistic style with power tightly held in the hands of a few elite families, including Najib’s and former premier Mahathir Mohamad’s.

On the back of this latest escape route for Tajudin is the secrecy-shrouded MAS-AirAsia deal, wherein national investment firm Khazanah swapped its 20.5 per cent stake in MAS for 10 per cent in AirAsia. Analysts have been mixed in their responses, with some insisting it benefited AiAsia and some who say it was a bailout for MAS. Whichever it is, the deal lacked transparency and shares in AirAsia plummeted, while MAS stock shot up more than 18 per cent.

Given the huge complexity of the swap, it is not clear yet who really benefited but already many say they smell corruption and improper benefits in the deal praised as a “very good idea” by Mahathir, former Trade minister Rafidah Aziz and Najib himself. There is speculation that the ‘spoils’ have already been carved out and agreed on by these UMNO bigwigs.

It is also telling that Munir Majid, the former MAS chairman who initiated the suit against Tajudin, had resigned effective July 31, 2011. He was MAS chief since 2004. Meanwhile, Anwar has appealed to the authorities, including the Securities Commission, to sieve through the transaction to ensure utmost transparency.

“More importantly, the deal raises the question as to what is the fate of the GLC Transformation Programmes that had been launched by the Prime Minister Najib Razak with much fanfare and wastage of millions of the rakyat's money. And is the government specifically admitting that the so-called successful turnaround of MAS was a mere charade? The Prime Minister must be held accountable for misleading the rakyat on this,” said Anwar in a response to the swap.

“This deal also raises fundamental issues of transparency because of the secrecy in which it was shrouded. In this regard, the Securities Commission must investigate the possibility of irregularities including insider trading of the shares of both entities.”

The Daim Boys

A news portal had reported earlier on Thursday that Nazri had issued letters to the GLCs, informing them that the Finance ministry had agreed to settle out-of-court all outstanding civil suits against Tajuddin.

“This is to inform you that the government of Malaysia and the Finance Ministry has agreed to settle all civil claims against Tan Sri Dato Tajuddin Ramli (left) and others to be withdrawn immediately in view of the fact that the government and the Finance Ministry have agreed that the said cases will be settled out of court. For your information the government has given me the mandate to act for the government in this matter,” Malaysian Insider had quoted Nazri as saying.

It is believed that both the BN government and the GLCs will negotiate for a global settlement with all the parties involved in the Tajudin lawsuits. Some of the matters which had come up before Federal Court judge Md Raus Shariff on Thursday have been deferred to September 29  for case management pending settlement.

Tajudin is one of the coterie of Malay tycoons given special privileges by Mahathir who said he wanted to create a special speed of Malay entreprenuers to crimp the Chinese dominance in corporate Malaysia. But soon after it was implemented, the plan succumbed to massive corruption, with many pointing the fingers at Mahathir and his finance minister of that time Daim Zainuddin as benefiting the most from the program.

When asked about the MAS-AirAsia deal, Mahathir not only insisted it was a “very good idea”, but that ”AirAsia can learn about the experience of MAS and MAS can learn how to reduce costs as done by AirAsia.”

Keluarga Tiga Remaja Ditembak Polis Buat Aduan Ketiga, Desak Siasatan Baru

Posted: 11 Aug 2011 01:20 AM PDT

The Malaysian Insider

Keluarga tiga remaja, yang ditembak mati oleh polis dalam di Glenmarie dekat Shah Alam November lalu, hari ini membuat satu lagi laporan polis sambil menegaskan kesemua anak mereka ditembak mati oleh pasukan keselamatan itu.

Mereka menegaskan pendirian itu berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima baru-baru ini.

Laporan polis dibuat hari ini merupakan yang ketiga sejak insiden itu November lalu.

Terbaru laporan bedah siasat yang melibatkan Muhamad Hanafi Omar menunjukkan remaja berusia 22 tahun itu ditembak tiga kali — satu di pipi, di bawah cuping teling dan dada.

Sebelum ini laporan bedah siasat dua lagi remaja, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah juga menerima tembakan di kepala dan dada.

Dalam kejadian pada 13 November lalu, kesemua mereka mati di tempat kejadian, namun polis menegaskan ketiga-tiga remaja itu ditembak kerana cuba menyerang dengan parang.

Dalam laporan polis dibuat hari ini, ketiga-tiga keluarga itu mahu polis membuka semula kertas siasatan dan mendakwa kesemua pegawai yang terlibat dalam kes tersebut.

"Laporan-laporan bedah siasat ini menunjukkan bahawa peluru telah memasuki badan mangsa pada sudut 45 darjah ke belakang, kami percaya ini adalah kerana mereka ditembak oleh penembak yang berada di kedudukan atas mereka iaitu mereka mungkin dipaksa melutut sebelum ditembak mati.

"Soalnya juga kenapa perlu dua das tembakan ke kepala dan dada jika tujuannya kononnya hanya untuk menghalang mereka daripada menyerang polis, kesemua mereka menerima dua tembakan kecuali Hanafi (tiga tembakan)," kata mereka.

Justeru mereka mendakwa polis cuba menutup penyalahgunaan kuasa oleh pegawai mereka dengan mengatakan kesemua remaja itu cuba menyerang dengan parang dan terpaksa dihalang dengan tembakan.

"Kami menuntut supaya satu penyiasatan dimulakan segera ke atas anggota-anggota polis yang terlibat atas kesalahan membunuh.

"Kami juga mahu pegawai atasan yang mengeluarkan kenyataan berhubung kes ini disiasat kerana memberikan maklumat palsu, kami menuntut keadilan atas kematian anak-anak kami," katanya.

Hari ini keluarga ketiga-tiga remaja itu diwakili oleh Hamidah Kadar, 51, iaitu ibu Mohd Khairul Nizam, Norhafizah Mad Razali, 37, yang merupakan ibu Mohd Shamil dan bapa Mohamad Hanafi, Omar Abu Bakar, 58.

Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu.

Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sementara itu Peguam hak asasi N. Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty menegaskan, laporan bedah siasat terbaru yang diterima beberapa hari lalu menunjukkan ia bercanggah dengan maklumat polis.

"Kami telah menerima laporan bedah siasat Muhamad Hanafi dan ia jelas menunjukkan kesemua mereka telah ditembak dalam jarak dekat.

"Mohd Shamil ditembak di tengah-tengah dahi dan dada, (Mohd) Hairul Nizam di tepi kepala dan dada, dan Mohamad Hanafi menerima dua tembakan di kepala iaitu di sisi pipi dan di bawah cuping telinga selain turut ditembak di dada," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini.

Tegas Naib Presiden PKR ini, laporan bedah siasat secara jelas membuktikan kesemua remaja itu ditembak dengan tujuan "membunuh."

"Jika polis nak hentikan (serangan) mengapa tidak tembak di tangan atau kaki? Mengapa mesti di kepala dan dada?

"Tembakan ini bukan bertujuan untuk menghentikan (serangan) tapi bertujuan untuk membunuh," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau mahu Putrajaya memberikan penjelasan berhubung kes tembakan tiga remaja itu .

Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberikan penjelasan berhubung peningkatan kes tembakan mati yang melibatkan polis.

"Sudah tentu kita akan bawa perkara ini Parlimen tapi terlebih dahulu kita mahu penjelasan perdana menteri, menteri dalam negeri dan ketua polis negara dalam isu ini," kata Nurul Izzah.

Fitnah II: Najib, Rosmah Lambatkan Perbicaraan- Peguam

Posted: 11 Aug 2011 01:05 AM PDT

KeadilanDaily

Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.

"Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan)," kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.

Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.

Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.

Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.

Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.

Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual  sebagai saksi dalam kes itu.

Hanya Menteri Kewangan Boleh Arah GLC

Posted: 11 Aug 2011 12:57 AM PDT

Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEMenurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.

“Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.

“Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu," kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.

Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

NONE"Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

"Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini," kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.

Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.

tajudin ramli mas 070910Menurut sumber, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.

Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.

Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.

Wee Choo Keong

Posted: 11 Aug 2011 04:00 PM PDT

Wee Choo Keong


SC should investigate whether there were insider trading on AirAsia’s shares

Posted: 10 Aug 2011 09:09 PM PDT

Since 21-7-2011 AirAsia’s shares have been on the unprecedented upbeat hitting as high as RM4.16 per share, in HERE, and MAS registered a movement between the range of 40 Sen, in HERE.  On Saturday the 6-8-2011,The Malaysian Insider, published a sources story with clinical accuracy and perfect timing, in HERE.  On Friday, one day before [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 11 Aug 2011 11:20 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Komen guru guru N.Sembilan mengenai SAPS

Posted: 10 Aug 2011 09:06 PM PDT



Berikut sebahagian komen guru-guru di di laman web Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang banyak menyusahkan para guru hingga ada yang duduk kafe siber sampai jam 4 pagi. Tak tahulah Menteri Pelajaran atau Pengarah Pelajaran tahu wujud laman web Jabatan Pelajaran tersebut.

MAKLUM BALAS PENGGUNAAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Sebarang pandangan/ cadangan berkaitan SAPS boleh diajukan melalui laman sesawang ini dengan mengklik pautan Komen anda di bawah.

-1 #20 Sengal

1. Perlu tingkatkan kelajuan semasa mengakses ke server atau database. Ikut pengalaman semua moe punya database LEMBAB.

2. Sebelum nak run sesuatu program tu buang la data yang tak pakai.. banyak nama cikgu dan murid dari negeri perak..


-1 #16 azlan 2011-07-06 04:37

Guru bukan bekerja 24 jam mengadap komputer.

Data-data yang berlambak perlu dihantar perlu di isi di dalam program khas, perlu juga di email, perlu juga di cetak secara hard copy, perlu juga di save di dalam disket dan dihantar sekali. Sekarang perlu juga diisi pula secara online. Satu lagi kerja bertambah.Tidakkah ini menyusahkan guru.

Mohon apa-apa tindakan atau dasar yang dibuat perlukah mengambil kira beban guru2 di sekolah.

Contohnya guru perlu mengisi di dalam SAPHC sekarang perlu sekali lagi mengisi di dalam SAPS. Itu belum dikira perlu mengisi di dalam SAPHC khas untuk murid STF dan SBT.

Kerja yang sepatutnya memudahkan dengan adanya sistem online menyusahkan kerana terpaksa mengisi banyak kali kerana sistem yang belum stabil dan selalu "hang" dah log out sendiri.

Saya meminta jasa baik pihak jabatan mahupun ppd jangan membebankan guru yang sedia banyak kerja-kerja hakiki yang perlu di siapkan dengan tugas2 mengisi data yang menyusahkan.

Pastikan SAPS betul2 stabil sebelum mengarahkan guru2 mengisi atau meggunakannya. Beban guru bertambah. Satu perkara perlu diisi terlalu banyak kali.

3 #7 aishah 2011-06-30 02:03
1. kerap keluar sistem setiap kali pengguna menukar menu

2. kerap berlaku markah tidak disimpan.

3. kadang2 ada satu senarai markah 'hidden' dalam ruang markah. Markah2 perlu di hapuskan dulu, disimpan & barulah boleh masukkan markah baru.

4. jum markah pelajar tidak sama dengan jumlah pelajar w/pun telah dimasukkan dengan betul. Cth pelajar 5 org; ttp paparan menunjukkan jum pel 5; jum markah

5. Perlu peruntukkan 2 ID untuk SUP Dalaman.

6. perlu masukkan menu utk analisis MP bagi ting & perincian bg setiap kelas dlm satu paparan.

7. Ada kemudahan utk eksport slip keputusan ke Word bertujuan supaya guru2 kelas dpt menulis komen bagi setiap pelajar & dpt simpan dlm bentuk softcopy.

8. masalah dlm mendaftar MP. Guru MP mendaftar utk tassawur islam tetapi paparan yang kluar adalah tafsir ilmi.

9. adakan kemudahan bagi SU Peperiksaan menghantar maklumat kpd semua guru kelas & mp & ruang bagi guru-guru menghantar pertanyaan kpd SU Pep.

Sumber : http://spmict.jpnns.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=149:maklumbalas-penggunaan-saps&catid=3:hebahan-dan-laporan&Itemid=50#comments

Gila, Malaysia nak ganti jet MIG dengan Typhoon, LEMBU

Posted: 10 Aug 2011 08:21 PM PDT



Memang kerja gila kalau betullah Malaysia nak ganti jet pejuang MIG-29N dengan jet Typhoon. Sedangkan Tentera Udara Britain (RAF) sekarang ini menghadapi masalah untuk cari alat ganti jet Typhoon yang mereka gunakan untuk menyerang Libya. Apa RAF buat ialah mereka leraikan jet-jet pejuang ini untuk dijadikan alat ganti.

Bekas panglima Tentera Udara Britain menggelarkan Typhoon ini sebagai LEMBU kerana ianya jet yang terlampau mahal dan amat tidak sesuai digunakan di ruang udara luar Britain. Harga sebuah jet Typhoon mencecah RM 700 juta.

MALAYSIA BOLEH !

Adakah kes pembelian jet pejuang Skyhawk TUDM yang banyak tersadai di padang pasir Amerika Syarikat akan berulang?

RAF STRIPS JETS FOR SPARE PARTS: TYPHOONS TORN UP FOR LIBYA AIR FLEET

The RAF is tearing apart state-of-the-art fighter jets for spare parts to keep warplanes flying over Libya. Three Typhoons, costing £125million each, are being cannibalised at RAF Coningsby in Lincolnshire to cover a desperate shortage of parts. This means three jets had to be grounded in March so RAF technicians could raid them to keep the maximum number of Typhoons in the air.

Commander Nigel 'Sharkey' Ward, decorated for flying Harrier jump jets during the Falklands war, said: 'The Typhoon is an astronomically expensive aircraft that is ill-suited to any role outside UK airspace. 'It is essentially a very expensive RAF sacred cow.'
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2003979/RAF-strips-jets-spare-parts-Typhoons-torn-Libya-air-fleet.html

KERAJAAN PERTIMBANG GANTI MIG-29N DENGAN EUROFIGHTER TYPHOON
Isnin Julai 25, 2011

KOTA TINGGI: Kerajaan sedang menimbang untuk menggantikan sepenuhnya pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan pesawat tempur pelbagai guna (MRCA) Eurofighter Typhoon buatan empat buah syarikat aeroangkasa Eropah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.

Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.

"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk UMNO anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di sini Ahad.

Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).

Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.

"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.

Ditanya tentang kenyataan negatif segelintir penulis blog pembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).- BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/25/mstar_berita/20110725091727&sec=mstar_berita

Nasib para guru yang semakin malang, terima kasih Umno

Posted: 10 Aug 2011 06:05 PM PDT



Tiada lagi elaun perpindahan bagi Cikgu ! oleh Chegubard.

10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat.

Terbaru che'GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana mereka menerima perbagai tekanan.

Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong.

Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan berjimat.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ?

Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pun diberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri.

Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi bererti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat terhimpit semakin payah.

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat sebagai guru. Regim ini terlalu yakin semua guru takut dengan perubahan ayuh bersama kayuh perubahan demi negara.

Kuasa ditangan anda. Daftarkan diri sebagai pemilih dan lalukan perubahan dengan berani demi diri kita dan masa depan negara.

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html

Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja. Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Antara luahan guru - guru di media setelah Kementerian gagal mendengar :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SistemSAPSbanyakmasalah/Article

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F8%2F4%2Fnation%2F9224912

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 11 Aug 2011 07:31 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Pendedahan Kelemahan Pilihanraya di Malaysia

Posted: 10 Aug 2011 06:55 PM PDT

Guru KAFA Penang dapat duit raya....

Posted: 10 Aug 2011 06:44 PM PDT


Hari ni pulak kerajaan negeri P.Pinang umumkan pemberian bonus hari raya kepada guru-guru Kafa di negeri itu sebanyak RM300. Maka memang nasib guru-guru Kafa di negeri itu lebih baik berbanding di negeri-negeri Umno/BeEnd.

Bukan setakat guru Kafa sahaja yang mendapat bonus hari raya malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini turut mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan dan mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.
Ketua Menteri P.Pinang kata bahawa pemberian itu adalah untuk menghargai jasa kakitangan awam dan guru Kafa yang telah menjalankan tugas demi untuk memajukan negeri itu dan demi masa depan anak murid dalam mendalami ilmu agama dari peringkat muda lagi..

apakah ini simbol kepada seorang Ketua Menteri yang berbangsa cina yang di propagandakan oleh Umno/BeEnd bahawa beliau adalah seorang yang anti melayu dan anti Islam??

Sape yg nak dimurtadkan nie??

Posted: 10 Aug 2011 06:39 PM PDT



AirAsia dah telan MAS, lepas ni IPP telan TNB pulak?

Posted: 10 Aug 2011 06:37 PM PDT

Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku bagi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila.

Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu.

Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.

Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia?

Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya?

La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la!

Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas?

Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan.

Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan Malaysiakini].

GENG BANGANG!!!!!

Posted: 10 Aug 2011 06:27 PM PDT


Bank Neg Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel?

Posted: 10 Aug 2011 06:19 PM PDT


Kini, timbul pula isu BNM menggunakan khidmat syarikat konsultan Israel, iaitu HayGroup. Pautan maklumat tentang syarikat ini ada disertakan dalam artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Anda klik sama ada mahu merujuk terus ke laman sesawang syarikat itu atau Wikipedia.

Artikel tersebut merupakan aduan seorang yang mendakwa sebagai kakitangan BNM. Dalam aduannya, dia mengadu bahawa syarikat konsultan ini seolah-olah mengawal pengurusan sumber manusia di BNM. Dakwanya, berlaku pelbagai diskriminasi, penindasan yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat.
Baiklah, orang boleh mempertikaikan dakwaan itu. Mungkin ada yang mendakwa pengadu ini mungkin tidak berpuas hati atau sengaja memburuk-burukkan BNM kerana masalah peribadi. Namun, jika benar dakwaannya, maka sudah tentu kita bersimpati dengan nasibnya.

Poinnya, BNM telah mengupah syarikat Yahudi. Pengadu juga mendakwa syarikat tersebut menerima bayaran yang agak tinggi. Jika benar, maka besar sungguh peranan syarikat Yahudi dalam kerajaan Najib. Kerajaan Malaysia (Najib) mengupah APCO, sistem pengkomputeran PDRM menggunakan khidmat syarikat yang dikaitkan dengan Israel (lawak, DSAI telah membangkitkan isu sejak dahulu lagi- tiba-tiba jurublog UMCO mendakwa membuat pendedahan tentang hal itu.)

Siang malam, mulut penyokong UMCO membidas Yahudi, menyokong Palestin, menghantar bantuan ke Palestin, namun dalam masa yang sama, kerajaan membayar puluhan juta kepada syarikat Yahudi atas kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak tempatan. Sudahlah merendah-rendahkan kemampuan syarikat tempatan, syarikat Yahudi pula dibela dan dikayakan.

Saya petik:

[AduanRakyat] Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.
Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.-By: G

Seorang pengunjung di Aduan Rakyat memberikan komen (respons) dengan menganggap bahawa pengadu, iaitu G hanya membuat keluahan peribadi bukannya mewakili pandangan majoriti kakitangan di BNM. Hal ini demikian kerana pemberi komen yang mengunakan nama samaran PKA mendakwa bahawa dia juga tidak mendapat imbuhan seperti dinyatakan oleh pengadu. Namun, PKA yang mendakwa kakitangan BNM itu TIDAK menafikan peranan Hay Group di BNM.

Sumber: Duniacacamarba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan