Jumaat, 12 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 11 Aug 2011 01:10 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Apabila Beruk Boleh Mengundi

Posted: 10 Aug 2011 11:26 PM PDT



Anjing boleh diibaratkan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara yang sering menyalak mempertahankan bahawa mereka dipihak yang benar dalam mendaftarkan kewarganegaraan asing mahupun tempatan. Semakin kuat menyalak (menipu), semakin buat kesunyian menjadi gempita (kantoi).

Pagi jadi warga asing, petang jadi warga negara dengan alasan JPN tidak mengemaskini data-data pada Januari lalu setelah Mismah sudah memiliki MyPR hampir 29 tahun dan akan bertukar status setelah  mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Namun anjing-anjing BN ini terus menafikan kerana sistem lambat mengemaskini. Boleh aku simpulkan bahawa sistem dalam pengkalan data kerajaan macam sial kerana lambat kemaskini. Setelah lebih enam bulan baru dapat dikemaskini. Ini jawapan tidak masuk akal dan cakap-cakap kencing berdiri puak-puak hantu.

Bukan sekor yang telah jadi warga negara sebaliknya telah dikesan hampir 1,597 dan ini mungkin akan berlaku lagi. Boleh aku perkatakan benda ini berlaku tiap-tiap hari. Kalau bukan kerana anjing suruhan BN ini, benda seperti ini tidak akan berlaku. Pengkhianat punya JPN!

Kenapa tidak didaftarkan beruk-beruk dan orang utan untuk diberikan kelayakkan warganegara? Berikan sahaja kepada binatang itu supaya dapat mengundi BN pada pilihan raya pada masa akan datang. Ajarlah beruk-beruk dihutan supaya memangkah BN dan jika BN menang, maka beruk-beruk akan menjadi Perdana Menteri.

Biar semua negara dalam dunia ini tahu bahawa yang memerintah Malaysia adalah beruk-beruk yang telah diberikan taraf kewarganeraan yang boleh mengundi. Biar beruk-beruk yang menentukan politik Malaysia. Jika diberi kepada manusia, ia tidak pernah memikirkan maruah negara sebaliknya merogol kedaulatan tersebut.

Bila ada ahli Parlimen dari Tangga Batu menyalak bahawa itu masalah kecil, itu menandakan beruk-beruk boleh daftar mengundi. Kecil kata beliau kerana demi menyelamatkan maruah BN, beliau mengkritik bahawa pembangkang cuba memperbesarkan isu ini.

Jika tiada beruk yang mengundi dan geng-geng Hantu Kak Limah, maka BERSIH tidak akan mengadakan demonstrasi. Selepas 9 julai, makin ramai yang dapat status kewargenegaraan atas nama pemutihan. Pemutihan untuk pendaftaran. Beranikah JPN dan SPR mendaftra beruk dan orang Utan untuk mengundi BN?


Berikut ialah hantu Suster Ngensot yang telah didaftar di Malaysia. Status terakhir tujuh pengundi itu adalah:

1. Shodah binti Abdul Rahman

IC lama: 4802777

Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

2. Mohamad bin Ismail

IC lama: 8370614

Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

3. Anderson a/l P Arputhanathan

IC lama: A0831847

Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

4. Chellamah a/p Murugesu

IC lama: 7877951

Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

5. Sa'ad bin Samsudin

IC lama: 1479323

Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

6. Mohd Rashid bin Ismail

IC lama: 6397062

Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

7. Sulong bin Jalil

IC lama: 6290844

Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih.

Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.

Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN.

Sumber: kijang59

Batu Gajah Mari

Posted: 11 Aug 2011 11:43 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS letak 100 hari menjelang PRU 13

Posted: 11 Aug 2011 09:53 AM PDT


10 Ogos 2011 (IPOH) - PAS telah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya agar bersedia bermula daripada sekarang dengan kiraan 100 hari menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 tegas Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub ketika program bersama PAS Kawasan Ipoh Timur di sini.

Salahuddin dalam ucapannya selepas menunaikan Solat Sunat Tarawikh bersama PAS Ipoh Timur menjelaskan bahawa keputusan Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini menjangkakan bahawa PRU 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat.

'Saya ingin maklum bahawa peringkat PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua jentera parti sudah dipersiapkan dalam tempoh 100 hari daripada sekarang dan kita menjangkakan PRU 13 sudah hampir dengan kita' jelas Salahuddin di dalam ucapannya di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Taman Pengkalan Barat, Ipoh.

Beliau juga meminta semua peringkat parti mesti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 ini untuk sama-sama sampai ke Putrajaya jelas Salahuddin. Beliau yakin semua Ahli PAS akan membantu jentera PR samaada PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras kali ini.

Salahuddin yang hadir ke majlis berbuka puasa dengan Ahli PAS yang telah dianjurkan oleh PAS Ipoh Timur





















5000 warga Myanmar miliki IC di Terengganu!

Posted: 10 Aug 2011 10:47 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSnQhiYnL51Mj2Qb9CzkcJYRKep2liSoIvABDa3t4tJ6rVpC4pjK9JQk4lcX0K6O-X4HNF8pjUXputslNhAsIo4b7ioUgntm6qu3ZRCWpoORTRgcsKk3qjeO-a_XRCuGzxwr0mMvVTnQ/s320/insidepix1.jpg

DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.


Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.

Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

"Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 11 Aug 2011 11:42 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Ihya Ramadhan di Nandagan Meriah

Posted: 10 Aug 2011 11:47 PM PDT

Ramadhan yang penuh keberkatan menyaksikan setiap ruang masa diisi dengan pelbagai bentuk ibadah yang bersifat khusus dan umum. Keghairahan umat Islam mengejar kelebihan-kelebihan yang dijanjikan dalam bulan ini terserlah dengan masjid yang dipenuhi dengan jamaah yang ramai, program-program infak dan sedekah sangat memberangsangkan dan beebagai-bagai lagi yang dapat dilihat bersempena dengan kehadiran bulan berkat ini.

PAS Keningau tidak melepaskan peluang dalam melansungkan agenda dakwah dan mahabbah fillah dengan menyusun beberapa program kemasyarakatan di daerah ini. Tanggal 6 dan 7 Ramadhan, PAS Keningau telah menganjurkan ihya' Ramadhan di kampung Nandagan, Sook. Program yang bertujuan menguatkan tali silaturrahim itu disertai oleh hampir 15 orang dari penyokong dan ajk PAS Keningau dan disambut baik dari penduduk Kg Nandagan dan masyarakat sekitar. Program yang dianjurkan secara sederhana itu diisi dengan pelbagai program penerangan Islam dan pengisian dalaman.

Rombongan dari Keningau tiba di Kg Nandagan lebih kurang jam 5.40 petang setelah melalui perjalanan hampir 3 jam sejauh lebih kurang 90 km jarak dari Keningau. Jarak jalan tidak berturap sahaja lebih kurang 60 km ditambah dengan tanah debu kering akibat kemarau yang agak lama di kawasan ini menyebabkan kenderaan yang dinaiki oleh ahli rombongan disaluti dengan debu tanah yang tebal.

PENGALAMAN DAKWAH YANG MENARIK

Melalui jalan yang penuh mencabar, dibulan puasa dalam keadaan panas kemarau terik amat menguji ketahanan iman ahli rombongan. Iamun, inilah pengalaman dakwah yang sangat menarik yang patut dikongsi dengan semua pembaca di luar sana. Walaupun cabarannya tidak sehebat perjuangan dan cabaran yang ditanggung oleh rasulullah dan sahabat baginda, namun sedikit sebanyak roh perjungan mereka dapat dijadikan muhasahabah buat kami yang turun ke medan dakwah yang sebegini.


Setelah sampai di Nandagan, bermulalah kerja-kerja menyiapkan juadah berbuka puasa. Alhamdulillah, PAS Keningau mendapat sumbangan dari pelbagai pihak untuk bahan makanan berbuka puasa di sana, walaupun menu utamanya disediakan oleh PAS sendiri. PAS Keningau menyampaikan sumbangan generator yang telah didermakan oleh seorang hartawan yang dermawan dari Keningau(mudah-mudahan jasa beliau dilimpahkan rahmat dari Ilahi).

PENYERAHAN MASJID AL-SYAKIRIN, NANDAGAN, SOOK


Setelah hampir mencecah setahun setengah, akhirnya masjid as-Syakirin berjaya disiapkan hasil sumbangan masyarakat islam sam ada dari pihak tempatan dan luar daripada Keningau. Kos pembinaan keseluruhan bangunan mencecah sebanyak RM39607.77 dengan keluasan masjid seluas 30 kaki lebar dan 30 kaki panjang dengan ketinggian 9 kaki dari paras lantai. Masjid yang berbumbung piramid tersebut terpaksa mengalami kesusutan modal memandangkan jarak kedudukan masjid dengan bahan-bahan pembinaan yang jauh menyebabkan kos penghantaran untuk satu trip sahaja sebanyak RM800. Jumlah itu menyebabkan jangkaan kos pembinaan tersebut agak besar.

Walau bagaimanapun, PAS Keningau sangat bersyukur di atas semangat penduduk setempat yang memakmurkan masjid tersebut. Sesuadah siapnya masjid tersebut, masyarakat di kawasan tersebut dapat menunaikan solat Jumaat di situ. Kehadiran ahli jamaah dari Kg Nandagan sendiri, Kg Mansiat dan juga penduduk kampung berhampiran. Terdapat program-program ilmu yang disediakan oleh ustaz-ustaz yang tinggal berdekatan. Ini adalah suatu kebanggan bagi PAS. Bukan material yang PAS ingin tonjolkan, tetapi sebaliknya syiar Islam dan ruang dakwah yang lebih luas dapat diserlahkan di kampung tersebut. Bahkan PAS tidak mengajar masyarakat dengan material, tetapi apa yang lebih penting dari itu adalah bagaimana ia dapat dimanfaatkan untuk kepentingan islam dan keadilan sejagat. Hari ini, masyarakat Islam Nadagan sudah memiliki sebuah pusat pengembangan ilmu Islam di sana. Bersempena program Ihya ramadhan tahun ini, PAS Keningau telah menyempurnakan program penyerahan Masjid as-Syakirin kepada ahli jawatankuasa masjid itu. Sijil Penyerahan telah disampaikan oleh Pemangku YDP Pas Kawasan Keningau kepada wakil ajk masjid yang lebih dikenali sebagai Imam.

MASJID ADALAH RUMAH ALLAH

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ustaz Rosli Ismail, beliau mengaskan bahawa masjid adalah hak milik Allah iaitu rumah Allah. Tidak ada pihak yang boleh mengatakan ianya milik peribadi atau pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, sebarang aktiviti atau program yang berupa mengingati Allah, maka ia layak mengimarahkan rumah Allah. Sebaliknya, aktiviti-aktiviti yang membawa manusia lalai dari mengingati Allah, atau lebih mengagungkan individu atau sesuatu kumpulan tertentu tidak sewajarnya menggunakan tempat yang suci itu.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT

PAS Kawasan Keningau dengan ini merakamkan ucapan jazakallah khairan kathira kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek pembinaan Masjid as-Syakirin sama ada secara lansung atau tidak lansung. Kepada semua penderma dan penyumbang untuk pembinaan Masjid ini, PAS Kawasan Keningau mendoakan agar Allah melimpahkan rezeki, hidayah dan taufik kepada mereka dalam usaha meninggikan syiar Islam di atas muka bumi. Walaupun usaha pembinaan Masjid Nandagan sudah selesai, namun sumbangan ikhlas masih diperlukan untuk kerja-kerja dakwah Islamiyya ang lain. Sehingga ke hari ini, PAS Keningau dalam usaha untuk membina Pusat Pendidikan Islam Keningau atau singkatannya PUPIK yang akan menempatkan program pengajian peringkat Sekolah Rendah Islam(SRI) dan Pusat Tahfiz al-Quran.  Sehingga kini, sumbangan terkumpul untuk projek tersebut ialah lebih kurang RM 16,000.00. Kos pembinaan PUPIK dianggarkan sebanyak RM 700,000 dengan pembinaan 2 blok akademik tiga tingkat.

Pendirian Pemuda PAS Malaysia berkenaan Isu Gereja-JAIS

Posted: 10 Aug 2011 04:42 PM PDT


Pemuda PAS Konsisten Pertahankan Aqidah Ummah

1.       Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami.
2.       Saya melihat PAS seperti "round about" yang sekelilingnya bercapah jalan menuju ke arahnya. Semua pihak sedang memerhati apa langkah PAS berikutnya selepas meletus isu JAIS dan Gereja ini. Lalu timbul pula pelbagai tafsiran, tanggapan dan telahan dibuat kepada PAS. Saya boleh mengenal pasti beberapa kategori untuk saya tegaskan kali ini ekoran tercetusnya isu ini.

Pertama : isu Aqidah Ummat Islam Kedua : isu JAIS dan tindakannya Ketiga : isu Gereja dan kedudukannya Keempat : isu keadaan Ummat Islam secara umumnya.

3.       Kami Pemuda PAS bertegas dalam apa jua keadaan, dengan komitmen tenaga, wang ringgit, masa malah darah dan nyawa akan dipersembahkan demi mempertahankan aqidah ummah. Inilah yang telah dilakukan oleh pemuda PAS terdahulu apabila ada dari kalangan mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan aqidah ummah dan menentang sebarang usaha yang cuba untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan keperibadian ummat Islam. Insyaallah, ketegasan itu akan diwarisi oleh saya dan seluruh warga pemuda PAS. Pemuda PAS senantiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menjadi benteng aqidah ummah.
4.       Namun kita tidak boleh terburu - buru tanpa usul dalam memutuskan tindakan. Kita perlukan satu bukti kukuh dan meyakinkan untuk mengambil sebarang ketetapan. Saya telah mendengar penjelasan dari Yb. Dato" Dr Hassan Ali selaku AJK PAS Pusat dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan.
5.       Insyaallah, saya juga akan bertemu dengan pihak JAIS bagi meneliti perkara ini dengan lebih dekat. Biarpun JAIS pernah memburu saya dan cuba untuk menangkap saya seketika dulu atas kesalahan saya membaca kitab di sebuah surau di Damansara, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, namun saya sekali - kali tidak pernah bermusuh dengan institusi itu. Sebagaimana saya pernah ditahan, dipukul dan diherdik oleh PDRM kerana kesalahan saya mennyampai ceramah atas pentas PAS di Parit Sempadan Johor dan menyertai himpunan - himpunan aman, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka tetapi saya juga tidak pernah memusuhi institusi itu. Saya sedar peranan institusi - institusi tersebut.
6.       Justeru itu, saya perlu adil dalam menilai institusi atau jabatan - jabatan kerajaan. Ada masa tindakan mereka salah maka saya membantahnya dan ada masa tindakan mereka betul maka saya menyokongnya. Insyaallah, dalam menangani isu JAIS dan Gereja ini, saya menyokong penuh tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak memusuhi mana - mana pihak atau agama yang tidak memusuhi Islam malah menghormati hak - hak mereka. Justeru itu kita mengecam pencabulan hak walau berlaku ke atas siapa jua sebagaimana kita jua mengecam sekeras - kerasnya usaha untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam.
7.       Saya boleh kesan bagaimana isu ini cuba dieksploit oleh pihak tertentu yang mencari laba politik murahan dan mengalih isu sebenar yang menjadi punca kepada polemik ini. Ringkasnya saya tegaskan pendirian umum saya bersama pemuda - pemuda PAS bahawa :
a.       kami konsisten berjuang untuk menegak dan memelihara aqidah Islamiyyah dan dalam masa yang sama, kami menghormati hak non muslim sebagaimana yang telah diajar oleh syariat islam itu sendiri.
b.      kami menasihati dan memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar aqidah ummat Islam, pemikiran dan akhlak mereka jangan diganggu dan dirosakkan dengan pelbagai dakyah, aktiviti dan gerakan samaada bersifat terbuka dalam aktiviti sosial atau sembunyi di sebalik badan -badan bukan kerajaan.
c.       kami memberi peringatan tegas kepada kerajaan yang memerintah samaada kerajaan pusat dan negeri yang diitadbir oleh UMNO dan BN, juga kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat agar mengambil pendekatan yang berkesan untuk membantu rakyat. Jangan kerana miskin, akhirnya mereka menjadi murtad kerana menagih simpati dan bergantung harap kepada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan pegangan agamanya.
8.       Polisi PAS dan pemudanya jelas dalam perkara seperti ini. Masyarakat usah gundah, resah dan ragu terhadap PAS. jangan buka ruang kepada media untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PAS memperjuangkan Islam dan isu - isu ummah. Insyaallah, Pemuda PAS akan terus bangkit dengan aktiviti dan gerakkerjanya untuk membentengi aqidah ummah sekaligus memerangi segala anasir yang cuba merosakkan agama Islam dan aqidah ummatnya.
9.       Kerajaan yang memerintah mesti mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan tiada aktiviti mungkar dan maksiat yang menghela ke arah rosaknya keperibadian ummat Islam dan lunturnya nilai keimanan mereka. Jaga kebajikan dan keperluan asas rakyat dengan meletakkan agensi - agensi tertentu seperti Pusat Pungutan Zakat dapat berorientasi dengan lebih berkesan. Bukan hanya memungut zakat tetapi cepat dan cekap mengagihkannya kepada asnaf yang berhak menerimanya. Begitulah Baitul Maal , Pusat Kebajikan Masyarakat dan lain - lain agensi yang berkaitan. Jangan ghairah membeli lampu kristal, carpet tebal dan khat hiasan dinding masjid yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit tetapi masih ada ummat Islam yang terpaksa menadah tangan di pintu gereja.
10.   Tanggungjawab ini mesti dipikul oleh semua orang Islam dan pemimpinnya justeru ia melibatkan maslahah ummat Islam. Ummat Islam mesti bersatu di bawah payung aqidah ini dan memastikan tiada ruang retak dan bocor sebagai laluan dan peluang musuh Islam menyelinap masuk meruntuhkan struktur kekuatan ummat Islam dari dalam. Justeru harga aqidah ummat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN, demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai aqidah, taruhannya ialah darah dan nyawa.

Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia 
Sent from my HTC

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 11 Aug 2011 11:26 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Penyampaian Sumbangan fakir miskin di Kg Tengah 10/8/2011

Posted: 11 Aug 2011 11:19 AM PDT

Bandar Chukai 10/8/2011, PAS DUN Chukai menyampaikan sumbangan untuk fakir miskin di kg tengah (bandar Chukai). 48 orang menerima sumbangan yang berupa beras, barangan dapur dan sedikt wang. Sumbangan tersebut diadakan di Surau Kg Tengah dan disampaikan oleh Tuan Hj Hanafiah Mat.

Sumbangan PAS Chukai di Dusun Nyior 5/8/2011

Posted: 11 Aug 2011 11:18 AM PDT

Dusun Nyior 5/8/2011, PAS DUN Chukai telah menyampaikan sumbangan kepada 80 orang fakir miskin di sekitar kg Dusun Nyior. Majlis dimulai dengan tazkirah oleh Ust Nik Nasri Nik Malik, Tim YDP PAS Kawasan Kemaman merankap Tim. Pengarah PAS Dun Chukai. Sumbangan disampaikan oleh Pengarah PAS Dun Chukai Hj Hanafiah Mat.





Sumbangan Fakir miskin Mak Lagam pada 27/6/2011

Posted: 11 Aug 2011 11:18 AM PDT


Sumbangan Fakir miskin Mak Lagam pada 27/6/2011 di kelas Fardu Ain . Seramai 80 Orang penerima menerima sumbangan dari dun chukai.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 11 Aug 2011 11:24 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


XPDC Ziarah MOSWA di Kijal

Posted: 11 Aug 2011 12:50 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 11 Aug 2011 10:01 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sendayan akan dijadikan tapak pelupusan sampah terbesar

Posted: 11 Aug 2011 01:08 AM PDT



Perhatian kepada orang Sendayan, Negeri Sembilan. Satu Tapak Pelupusan Berpusat yang terbesar akan didirikan di sana seluas 120 hektar sekiranya ianya diluluskan. Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar telah pun siap dan boleh dimuat turun di laman web Jabatan Alam Sekitar. Lokasi cadangan tapak pelupusan sampah ini terletak di Ladang Tanah Merah berhampiran Kg Jimah dan Kg Gadong Jaya.

Sekiranya projek ini siap, seluruh sampah di Negeri Sembilan akan dilupuskan di Sendayan.

Sila muat turun laporan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar Tapak Pelupusan Sampah Ladang Tanah Merah di http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Executive-Summary_DEIA-for-Proposed-Development-of-Sanitary-Landfill-Negeri-Sembilan-1.pdf

TAPAK PELUPUSAN DI TANAH MERAH DALAM PERINGKAT KAJIAN KESAN ALAM SEKITAR

SEREMBAN, 31 Mei 2011 (Bernama) -- Menyedari betapa meruncingnya masalah tapak pelupusan sampah di Negeri Sembilan, kerajaan negeri mencadangkan pembinaan tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah, Port Dickson.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Siow Chen Pin berkata tapak pelupusan ini akan dapat memenuhi keperluan pelupusan sampah bagi kawasan kritikal iaitu kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Tampin.

"Tapak pelupusan sanitari di Tanah Merah itu kini dalam peringkat kajian kesan alam sekitar," katanya pada program penempatan tong komunal Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) 1,100 liter oleh SWM Environment Sdn Bhd di sini, Selasa. Turut hadir Pengurus Besar SWM Environment Dr Uzir Abdul Malik.

Katanya bagi kawasan di daerah lain seperti Majlis Daerah Jempol, Majlis Daerah Jelebu dan Majlis Daerah Kuala Pilah, masih boleh menggunakan tapak pelupusan Koh Foh.

Begitu pun, katanya tapak pelupusan Bukit Palong, Sua Betong, Kuala Sawah, Ulu Maasop dan Pajam telah pun dilaksanakan penutupan selamat.

Siow berkata pemberian tong komunal JPSPN secara percuma adalah salah satu usaha kerajaan persekutuan untuk memberikan kemudahan pelupusan sampah dengan lebih baik dan teratur.

Oleh itu, katanya semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan positif untuk menjaga kebersihan persekitaran dengan memastikan sampah dimasukkan ke dalam beg plastik sampah sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Uzir berkata pihaknya telah menempatkan sebanyak 79 buah tong sampah komunal berkapasiti 1,100 liter di kawasan strategik khususnya di kawasan penduduknya mempunyai kepadatan tinggi seperti rumah pangsa dan kawasan pinggiran bandar sejak Mac lepas.

Tong komunal untuk pembuangan sampah domestik diberikan oleh JPSPN bagi ditempatkan di lokasi terpilih di negeri ini bagi memastikan persekitaran bersih ke arah pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) nanti.

Tong komunal yang diperbuat dengan cara 'injection moulding' daripada plastik HDPE yang tahan lama, mempunyai roda dan mudah digerakkan. Ia direka dengan sistem canggih untuk mengangkat tong secara mekanikal.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=590399&cat=tn


TAPAK PELUPUSAN SANITARI BERPUSAT BARU GUNA TEKNOLOGI TERKINI

SEREMBAN, 4 Okt (Bernama) -- Tapak pelupusan sanitari berpusat di Ladang Perhentian Tinggi, Rembau yang dibangunkan oleh Southern Waste Management Sdn Bhd (SWM), syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, akan menggunakan kepakaran dan teknologi terkini bagi menyediakan sistem pelupusan sampah moden dan mesra alam.

Pengurus Besar SWM Negeri Sembilan Dr Al Ashari Othman berkata tapak pelupusan di kawasan seluas 57.105 hektar itu masih dalam proses mendapatkan kelulusan kesan alam sekitar terperinci daripada pihak berkuasa.

"Kajian kesan alam sekitar bagi projek ini dibuat mengikut kehendak dan keperluan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Ini perlu bagi memastikan reka bentuk dan sistem yang akan digunakan dapat melindungi alam sekitar daripada kesan negatif serta pencemaran," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa SWM bersama media, di sini, Selasa.

Katanya pembinaan dan pengurusan pusat pelupusan sanitari itu akan melaksanakan amalan terbaik mengikut piawaian yang diamalkan di negara maju.

"Ia akan dilengkapi teknologi kejuruteraan bagi mencegah pencemaran air bawah tanah, pemasangan sistem paip untuk mengawal bahan pencemaran serta penghasilan gas hasil daripada proses pereputan sampah.

"Loji rawatan air larut resap disediakan, dengan air larut resap dirawat secara fizikal dan kimia sehingga selamat untuk dilepaskan mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya.

Dr Al Ashari berkata pusat pelupusan sanitari itu yang dapat menampung 6.5 juta tan sampah, mampu mengurus antara 700 dan 1,120 tan sampah sehari.

Katanya berikutan pembinaan pusat pelupusan sanitari ini, kemudahan seperti stesen pemindahan, turut disediakan selain kemudahan rawatan sampah atau kitar semula serta ditukar menjadi tenaga atau bahan bakar berasaskan bahan buangan.

Beliau berkata pembinaan tapak pelupusan sanitari berpusat itu adalah antara usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah bandar bersih dengan alam sekitar yang terpelihara.

Katanya tapak pelupusan sanitari berpusat ini akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat, dengan pembinaan fasa pertama dijangka dimulakan akhir tahun ini.

Pusat itu akan menampung sampah Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Majlis Daerah Tampin (MDT) dan Majlis Daerah Rembau (MDR), katanya.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan jangka hayat tapak pelupusan Chembong, Rembau hampir tamat dan tidak lagi dapat menampung kapasiti sampah dari MPS dan Nilai Selatan, tapak pelupusan berkenaan hanya dibuka untuk menerima sampah MDR sahaja.

Dr Al Ashari berkata Kerajaan Negeri pada 12 Jun lepas memutuskan supaya sampah MPS dan Nilai Selatan dihantar ke tapak pelupusan Bukit Palong, Lukut sehingga pusat pelupusan sanitari berpusat baru siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

-- BERNAMA

http://web6.bernama.com/client/iwk/berita.php?id=223059

PAS Rembau pergiat edar risalah 10 JANJI

Posted: 10 Aug 2011 06:36 PM PDT



PAS Negeri Sembilan kini sedang giat mengedarkan risalah "10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah" kepada orang ramai di negeri ini.

Sila ke pautan berikut untuk muat turun risalah tersebut di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/08/pas-rembau-pergiat-edar-risalah-10.html

‎10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah tersebut ialah :

1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

7. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 11 Aug 2011 09:33 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


APA DIA NEGARA KEBAJIKAN YANG mahu dibawa PAS?

Posted: 11 Aug 2011 08:48 AM PDT

Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.

Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat.

Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini.

"Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata," jelasnya dalam buku tersebut.

Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya.

Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa.

"Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun.

Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya.

Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.

Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua.

ADUN SELAT KLANG bersama jemaah tarawikh surau al FALAH Kpg Sg Sireh

Posted: 11 Aug 2011 08:37 AM PDT




SURAU NURUL FALAH
KPG SG SIREH.

YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN SELAT KLANG meneruskan jelajah kawasannya bertemu dengan rakyat seperti yang saban tahun beliau lakukan selama satu dekad.Bulan Ramadhan akan diisi dengan jelajah solat isya' dan tarawikh masjid dan surau di seluruh kawasan DUN SELAT KLANG.Yang beza tiga tahun kebelakangan ini sejak menjadi EXCO Kerajaan Selangor beliau juga perlu bersama program DYMM Sultan Selangor turun padang ke masjid-masjid selain program YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Pemerhatian sendiri oleh ADUN Selat Klang dan ramai juga yang perasan bahawa jemaah ke masjid surau meningkat sekurang-kurangnya 100%.Beliau juga amat berbesar hati kerana diantara yang memenuhi ruang masjid dan surau adalah dari kalangan remaja belia.Ini petanda baik timbul kesedaran baru peri pentingnya golongan ini terpaut hati ke pusat pembangunan ummah yakni institusi masjid/surau.
Beliau sentiasa menekan konsep pembangunan ummah yang perlu dirancang dengan teliti dan menjadi paksi tumpuan AJK MASJID/SURAU.

Pengabdian kepada Pencipta sumber kekuatan luar biasa

Posted: 11 Aug 2011 07:54 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 11 Aug 2011 09:26 AM PDT

Jasindaily Online


ADE ORANG CUBA JATUH DR HASSAN ALI

Posted: 11 Aug 2011 06:51 AM PDT

GANJARAN TIADA TANDINGAN

Posted: 10 Aug 2011 07:27 PM PDT

Doa Dalam Bulan Ramadhan

Posted: 10 Aug 2011 07:25 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 11 Aug 2011 09:11 AM PDT

KHIDMAT MERU


TUNAIKAN ZAKAT FITRAH MELALUI AMIL YANG DILANTIK

Posted: 10 Aug 2011 11:25 PM PDT






Semua umat Islam Di Dun Meru boleh membayarkan zakat melalui Amil yang sah dilantik di kariah masing-masing oleh pihak LZS. DiKampong Meru, Masjid As Syarif menyediakan kaunter zakat bermula pagi hingga malam. Selain itu Meru juga mempunyai Masjid Nurul Jannah dan 25 buah surau lagi.. Kampung-kampung lain seperti Masjid At Taqwa Bukit Kapar dan 12 buah surau dibawahnya, Masjid Sirajudin Batu Belah, Masjid Al Barokah Kg Bukit Cerakah, Masjid Al Falah Kg Budiman dan Surau Al Amin Kg Bkt Kerayong 2. Kadar Zakat Fitrah tahun 2011 adalah RM 7.00 seorang.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 11 Aug 2011 07:22 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


Posted: 10 Aug 2011 08:59 AM PDT

NEGARA BERKEBAJIKAN AGENDA PAS PERAK - PJ PAS PERAK

Posted: 10 Aug 2011 08:51 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 11 Aug 2011 04:13 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT.

Posted: 11 Aug 2011 12:45 AM PDT



"MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN"

KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT.

Posted: 11 Aug 2011 12:45 AM PDT



"MEMBANGUN NEGARA KEBAJIKAN"

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 11 Aug 2011 03:14 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah Ramadhan 5

Posted: 10 Aug 2011 09:22 PM PDT

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah.Moga-moga bermanafaat insyaAllah


http://www.youtube.com/watch?v=UfanOkskV7w

Tiada ulasan:

Catat Ulasan