PAS Kawasan Padang Besar Posted: 30 Aug 2011 01:59 AM PDT |
PAS TAMBUN Posted: 30 Aug 2011 01:52 AM PDT |
PEMUDA PAS TELUK INTAN Posted: 30 Aug 2011 01:51 AM PDT GUNAKAN KUASA ANDA SEBAGAI PENGGUNA DI HARI RAYA INI Posted: 29 Aug 2011 09:49 PM PDT "Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana 'raya' dengan lebih bermakna lagi. "Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang," kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar. sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana. jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga 'rayakan' rakyat dengan menolak kebatilan. Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati. "Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,". Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya. dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu. banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan. LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya. Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya. "Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji 'pak menteri' yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah 'omong kosong' demi untuk 'menyelerakan' halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,". Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di'recycle' oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga. Oleh itu, LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi. Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan. dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen. "Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,". | SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PEMUDA PAS NEGERI PERAK Posted: 29 Aug 2011 09:41 PM PDT Kepada : Semua Kakitangan Perkhidmatan Awam Y.Bhg. Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk / Datin / Tuan / Puan / Saudara / Saudari; UCAPAN SALAM AIDIL FITRI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)." (Surah Al-Syams: Ayat 7-10) Perkara di atas adalah dirujuk. Dengan segala hormatnya, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan mengucapkan salam Aidil Fitri dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang serentak disambut pada tahun ini agar ianya membuka satu lembaran baru buat kita semua. Oleh kerana kebanyakkannya akan mula bercuti pada hari ini, kami mengambil kesempatan menghulurkan kemaafan di hari yang mulia ini bersempena bulan Syawal nanti dengan ucapan maaf zahir dan batin kepada semua di atas salah dan silap kami selama ini. Kami juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang tercinta yang akan kita sambut diambang Syawal tahun ini. Kami yakin semangat patriotisme kita tidak akan hilang walaupun menyambut hari lembaran iaitu Hari Raya Aidil Fitri pada hari yang sama. Kami mengharapkan kita semua akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan tahun depan dan diberikan kekuatan dan Maghfirah sepanjang menjalankan ibadah puasa ini. Gunakanlah ruang dalam masa Aidil Fitri ini untuk ziarah-menziarahi sanak-saudara serta sahabat handai dan saling bermaaf-maafan. Perkara yang penting juga untuk diingati dalam perjalanan ke kampung halaman, agar berhati-hati di jalanraya dan semoga selamat tiba ke destinasi yang di tuju. Kami juga berharap agar keselamatan diri dapat dijaga di mana sahaja anda berada hendaknya. Akhirnya, sayang Agama dan sayang Negara! Sekian, terima kasih. "Pemuda nadi rakyat" Saya yang benar, Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ZAWAWI HASSAN Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 30 Aug 2011 01:25 AM PDT Indonesia sambut Aidilfitri Rabu ini Posted: 30 Aug 2011 12:57 AM PDT 1 Syawal 1432H. [MOD] - Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam. Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu. Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan. Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini. Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini. Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain. Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan. | Najib memasuki fasa 'Pak Lah', kata DAP Posted: 30 Aug 2011 12:47 AM PDT 1 Syawal 1432H. [MOD] - Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong. Menurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun. "Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew ( kiri). Rakyat mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama itu. Walau bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus. Liew, yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah gagal. "Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya. Malaysiakini/- Ulasan : Najib juga menjadi PM yang pertama memiliki seorang isteri yang bermati-matian mendakwa dia sebagai first lady dengan berbagai cara dan helah serta penipuan. Selain itu PM Najib sangat terbeban dengan isterinya yang menjadi pengacau kepada kerajaan dengan melangkaui tugasnya sebagai isteri PM dengan menganggu berbagai kementerian. Satu masa saya pernah cadangkan kepada Najib untuk lantik isterinya sebagai menteri kerana saya sudah sangat bosan dengan tingkah Rosmah yang berlagak lebih sudu dari kuah. | Noda sah PM baru Jepun Posted: 30 Aug 2011 12:30 AM PDT 1 Syawal 1432H. [MOD] - TOKYO: Yoshihiko Noda (Gambar) dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun keenam dalam tempoh lima tahun dengan misi besar untuk memulihkan negara berkenaan daripada bencana alam, krisis nuklear dan meningkatkan tahap ekonomi. Beliau menggantikan Naoto Kan yang hanya memegang jawatan selama 15 bulan dan Kabinet meletak jawatan pagi ini bagi memberi laluan kepada Noda, bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai Perdana Menteri baru. Noda, 54 — yang menewaskan empat pencabar dalam Parti Demoktratik Jepun dalam undian dijangka memilih barisan Kabinet baru dan pemimpin kanan parti itu dalam sedikit masa lagi. - AFP | PM dan Kabinet Jepun letak jawatan Posted: 29 Aug 2011 07:32 PM PDT 1 Syawal 1432H. [MOD] - TOKYO: Perdana Menteri Jepun dan Kabinetnya meletak jawatan hari ini menjelang undi Parlimen bagi melantik bekas Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda sebagai pemimpin baru Negara Matahari Terbit itu. Noda, dilihat sebagai pemimpin konservatif fiskal, berdepan pelbagai masalah termasuk bagaimana untuk membiayai proses pemulihan Jepun selepas dilanda gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu, krisis nuklear yang masih berlarutan dan langkah untuk mengukuhkan mata wang di pasaran antarabangsa. Noda dipilih semalam bagi mengetuai Parti Demokratik Jepun dan bakal diumumkan sebagai Perdana Menteri di Parlimen hari ini. Beliau menggantikan Naoto Kan, yang meletak jawatan selepas hanya 15 bulan memegang tampuk pemerintahan. - AP | Umat Islam Berhari Raya esok. Posted: 29 Aug 2011 05:17 AM PDT 1 Syawal 1432H. [MOD] - Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu sebentar tadi mengumumkan bahawa 1 syawal jatuh pada 30 Ogos bersamaan dengan hari selasa. Dengan itu umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa esok hari selepas menunaikan ibadah puasa selama 29 hari. | |
PAS TELUK INTAN Posted: 29 Aug 2011 11:42 PM PDT |
Peghelih La... Posted: 29 Aug 2011 11:39 PM PDT Ceramah Timbalan Presiden PAS Posted: 29 Aug 2011 01:27 AM PDT | Utusan bohong, Mat Sabu akan saman Posted: 29 Aug 2011 12:04 AM PDT Oleh BASHIR ISHAK KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita bertajuk "Mat Sabu hina pejuang". pada 27 Ogos lalu sebagai suatu pembohongan.
Menurutnya, Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita daripada ceramahnya yang diadakan pada 21 Ogos lalu di Padang Menora, Tasek Gelugor.
"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.
"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.
"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.
Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.
"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.
"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.
Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbicang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Utusan Malaysia
"Insya Allah saya akan bertemu dan berbincang dengan peguam saya selepas hari raya untuk tindakan selanjutnya terhadap berita yang telah diselewengkan itu," katanya.
Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.
"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakya dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.
"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi | |
Salam Perjuangan Posted: 29 Aug 2011 11:18 PM PDT ISU CERAMAH MAT SABU - SATU CUBAAN ALIH PERHATIAN RAKYAT Posted: 29 Aug 2011 09:15 AM PDT 29 Ramadan 1432 H | 29 August 2011Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah tidak benar. "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.
Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.
"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.
"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi menjelaskan isu ceramah tersebut bukanlah sesuatu yang besar sehingga memberi kesan kepada negara.
"Perkara ini sengaja dijadikan isu kerana BN sudah kehabisan modal untuk menyerang PR, khususnya PAS. Ianya diberi liputan meluas dengan harapan untuk mengalih isu utama yang sedang menghimpit rakyat seperti bebanan kos kehidupan, isu pemberian status warganegara dan daftar pemilih warga asing.
"Oleh itu jangan kita hilang fokus terhadap isu utama yang mesti kita perjuangkan untuk kepentingan rakyat," tegasnya. | |
MTD N24 Bemban Posted: 29 Aug 2011 09:31 PM PDT Isu sebenar ceramah Md Sabu Posted: 28 Aug 2011 11:20 PM PDT Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated] Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta? Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
"Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA KOMENTAR TUKAR TIUB
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil merekaMATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.
Apa yang Mat Sabu sampaikan?
Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net
Ulasan GBRingkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka.Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran. Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini. TAHNIAH MAT SABU! Alhamdulillah dihujung Ramadhan ini kebenaran terserlah jua-admin | |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 29 Aug 2011 08:01 PM PDT Selamat Hari Lebaran Posted: 29 Aug 2011 09:36 AM PDT Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir dan Batin ikhlas dari YB Dato' Haji Ir. Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi ADUN Pengkalan Kundur
| Sumbangan Hari Raya PKWR Dun Pengkalan Kundur Posted: 29 Aug 2011 04:24 AM PDT Sabtu, 27 Ogos: Majlis Sumbangan Raya untuk penduduk sekitar kawasan Dun Pengkalan Kundur baru-baru ini telah berlangsung di dewan Al-Amin, Telok Bagan. Kelihatan senarai penerima sumbangan raya memenuhi ruangan dewan dan berlangsung meriah dengan kerjasama MKK dari kawasan masing-masing. Seramai 400 penerima sumbangan hari raya daripada peruntukan kerajaan negeri dan sumbangan orang ramai kepada keluarga fakir miskin dan golongan tidak berupaya. Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Ir. Phahrolrazi Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah. | |
PAS LENGGONG Posted: 29 Aug 2011 07:33 PM PDT YA ALLAH SEGERAKAN PEMBALASAN KEPADA PEMBOHONG (UTUSAN) Posted: 28 Aug 2011 10:44 PM PDT Semoga Allah segerakan pembalasan. Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman Bashir Ishak | KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. (Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini) "Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily. Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu. "Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya. Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu. "Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad. Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu. Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong. Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam. Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi. Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam. Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. Saya seolah sokong Komunis "Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar. "Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah. "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini. Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia. "Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan. "Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya. Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini. "Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini. "Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.
| | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 29 Aug 2011 07:22 PM PDT Menjelang Aidilfitri, Ibu-Ibu Terabai Mendapat Perhatian ADUN Sura Posted: 29 Aug 2011 03:33 AM PDT DUNGUN 29 Ogos, Isnin - Menjelang dua hari tibanya Aidilfitri, nasib golongan kurang bernasib baik di DUN Sura terus diberi perhatian, khususnya melalui usaha gigih oleh ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Di Surau Hajjah Aishah, Jalan Kenanga, Sura Jeti, hari Sabtu 27 Ogos lebih kuang jam 9.00 pagi seramai lebih 30 orang ibu dari kalangan yang berpisah hidup dengan suami masing-masing menerima bantuan sekampit beras dan kewangan bagi meringankan beban menghadapi Aidlfitri. Menjelang Ramadhan baru-baru ini, golongan faqir miskin turut menerima sumbangan menyambut kemuliaan Ramadhan dan sebaik sahaja tibanya 1 Ramadhan, ADUN Sura bersama warga kerja DUN Sura turun ke Pasar Besar Dungun, mengagihkan kurma dan taqwim Ramadhan yang turut disertai oleh Ustaz Haji Azman Shapawi Abd Rani dengan sumbangan air zam-zam. Kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, seramai lebih 200 anak-anak yatim daripada lebih seratus keluarga turut mendapat perhatian dan kecaknaan ADUN Sura melalui program tahunan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura. | |
DUN CHINI Posted: 29 Aug 2011 07:08 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 29 Aug 2011 03:23 PM PDT ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR ALLAHHUAKBAR WALILLAHILHAMD Posted: 29 Aug 2011 07:24 AM PDT Kepada semua Sahabat, Pejuang PAS dan PR (Khusus Beragama Islam) dan penyokong serta pembaca blog PASBS2, walaupun sedih dan pilu meninggalkan Ramadhan namun ketentuan Allah perlu kita terima dan patuhi serta redha sebagai contoh bila Pakatan Rakyat dapat mengambilalih pemerintahan Malaysia secara PRU13 nanti penyokong UMNO dan BN wajar terima dan redha dengan ketentuan itu. Dalam kesempatan yang terhad ini, teman Pentadbir blog PASBS2/Ulama Pewaris Nabi ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas dosa yang mungkin berlaku dalam maya dan luar maya sedar dan tidak sedar serta teman juga ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri , semoga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT dan dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa kita yang telah lalu dan kita dibebaskan dari azab Api Neraka Jahanam. Taqabalallahu minni waminkum waastaghfirullah . Bertakbirlah kita memuji Allah dan bergembiralah meraikan Hari Raya tetapi janganlah sampai melampaui batas yang ditetapkan Islam. Dikhuatiri jika kita melampaui batas dan melanggar segala larangan, kita khuatir yang kita meraikan hari pembebasan Iblis dan juga Syaitan yang juga gembira dibebaskan. Marilah bertakbir Aie Pentadbir Blog PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 Serta mewakili Ketua Caw, ajk caw dan ahli serta penyokong PAS dan PR sekitar Bukit Sentosa 2 dan berdekatan.
| KOMPLEN SALAH TAK KOMEN TERUS MENTAKADARAH TANPA ARAH! Posted: 29 Aug 2011 02:02 AM PDT Harian Metro yang melakukan tinjauan selama 2 hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan. Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan. "Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan," rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis. Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. "Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini," katanya. Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin. Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya. "Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu," katanya.
| SUBSIDI DIPOTONG, RAKYAT DIKELENTONG, KESUSAHAN NEGARA RAKYAT KENA TONG-TONG, KRONI BN PENUHI YANG UNTONG? Posted: 28 Aug 2011 03:57 PM PDT Petronas raih untung RM21b KUALA LUMPUR 26 Ogos - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), meraih keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM21.7 bilion pada suku pertama berakhir pada 30 Jun lalu, dengan perolehan sebanyak RM71 bilion. Peningkatan keuntungan bersih itu disumbangkan oleh perolehan RM2.6 bilion dari pelupusan Cairn India Ltd, walaupun terdapat kenaikan kos persekitaran. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas (gambar) berkata, pencapaian itu juga turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) "Prestasi suku pertama didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama Petronas berakhir 30 Jun lalu. Komen : Ada blogger BN/Atas Pagar yang komen kenapa tak beli barang kat kedai 1Malaysia. Beliau jelas menunjukkan kebangangan seorang penyokong atau pemimpin BN (jika beliau seorang ketua/ajk UMNO/BN ). Sibangang ini perlu realistik , kita cakap soal rakyat Malaysia yang sederhana dan miskin di Malaysia yang mewakili bukan si Kelana Jaya sahaja. Kedai 1Malaysia ada berapa dalam Malaysia ni. Rasanya baru ada 1 dalam Malaysia . Takkan rakyat di Hulu Klang nak beli barang nak pergi ke Klana Jaya atau Petaling Jaya? Orang miskin dan sederhana hanya ada di PJ atau di Selangor sahaja? Abis rakyat susah di negeri lain macam mana? Ngok! | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 29 Aug 2011 03:13 PM PDT CERAI TALAK 3 DIRI SENDIRI Posted: 28 Aug 2011 05:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 41 tahun nekad 'menceraikan dirinya sendiri' selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.
Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.
Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.
Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.
| RAKAMAN CERAMAH DISERAH KEPADA MAT SABU Posted: 28 Aug 2011 05:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Rakaman video Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor — didakwa menyentuh mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan dan komunis dan dilaporkan sebagai bahan kontroversi oleh media Umno sejak beberapa hari lalu — difahamkan telah diserahkan kepada beliau malam tadi.
Rakaman itu diserahkan oleh organ parti, Harakah cawangan Pulau Pinang.
Laporan Harakahdaily menyebut ia akan disampaikan terus kepada Mohamad untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.
Laporan itu berkata, rakaman yang diperoleh daripada seorang peminat orang nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad semasa majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga.
Semalam, Mohamad menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.
| |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 29 Aug 2011 01:44 PM PDT Posted: 28 Aug 2011 04:28 PM PDT | |
Batu Gajah Mari Posted: 29 Aug 2011 11:44 AM PDT Sumbangan juadah berbuka di Stesen Bas Medan Gopeng Posted: 29 Aug 2011 11:33 AM PDT | Lidah Syaitan putar belit Posted: 29 Aug 2011 11:20 AM PDT Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini. Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar. Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya. "Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya. Arahan selanjutnya Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan. Utusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.
Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".
Utusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini. Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tak tahu langsung Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis". "Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia. "Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.
Rentetan laporan akhbar milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.
Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air. | BIADAP!!!! gambar TG Nik Aziz diconteng salib! Posted: 28 Aug 2011 09:23 PM PDT | Puasa itu Ibadat, bukan adat - Nizar Posted: 28 Aug 2011 07:06 PM PDT oleh Faeez Azahar Umat Islam perlulah menjadikan berpuasa itu sebagai ibadat yang disyariatkan kepada umat Islam oleNYA. Namun ramai orang terutama Melayu yang menjadikan puasa sebagai adat wajib dilakukan setiap tahun. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato Seri Nizar Jamaluddin berkata masyarakat di negara ini telah dididik dengan kefahaman agama yang sempit. "Orang melayu menganggap ibadat solat, berpuasa dan berzakat sudah cukup untuk menjadi Islam sedangkan syariat yang lain seperti undang-undang Islam ditolak," katanya ketika menyampaikan tazkirah di Surau Bemban, Batu Gajah. Tambahnya lagi, ramai sangat semangat berpuasa tetapi solat tidak ditunaikan. Sedangkan solat itu lebih penting. Inilah hasil daripada sistem pentadbiran Malaysia. "Rakyat jahil tentang ilmu agama. Inilah matlamat mereka dan ini yang diinginkan agar mereka terus berkuasa," jelas beliau yang juga Adun Pasir Panjang Pada program iftor tersebut, lebih 80 jemaah telah memenuhi Surau tersebut. Program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat Batu Gajah itu telah dihadiri oleh Ikon Rakyat Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin, Adun Tronoh YB V Sivakumar dan pimpinan daripada Pakatan Rakyat Batu Gajah. Program tersebut dimulai dengan majlis berbuka serta solat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Selepas selesai menunaikan Terawih, Dato' Seri Nizar telah menyampaikan Tazkirah. | |
PAS Kawasan Gerik Posted: 29 Aug 2011 09:25 AM PDT Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Posted: 29 Aug 2011 06:38 AM PDT Warga kerja blog PAS Kawasan Gerik Memngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Gerik dan seluruh umat islam seluruh Malaysia | |
KHIDMAT MERU Posted: 29 Aug 2011 09:08 AM PDT SUMBANGAN BERAS DAN BARANG MAKANAN Posted: 29 Aug 2011 08:37 AM PDT Disaat-saat akhir Bulan Ramadhan, ramai penderma-penderma telah menghantar ribuan barang-barang makanan dirumah YB Dr Rani untuk diagihkan kepada golongan-golongan asnaf di DUN Meru. Dengan kerjasama sahabat-sahabat dari JKKK alhamdulilah kesemua barang-barang tersebut telah dapat diagih-agihkan kepada golongan-golongan yang memerlukan tanpa mengira pegangan politik mereka. | JAMUAN MAKAN MALAM Posted: 28 Aug 2011 02:40 PM PDT YB Dr Rani, Tuan Hj Taifor dan Tuan Hj Shafie adalah diantara pemimpin masyarakat Melayu yang dijemput untuk menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Penduduk Cina Klang. Jamuan yang diadakan di Dewan Hokkien Klang itu turut dihadiri oleh YB Manikavasagam, YB Teng Chang Kim dan YB Ronnie Liu. Seramai lebih 400 orang tetamu yang hadir meriahkan suasana dan menjalin persefahaman antara penduduk dengan pimpinan pelbagai bangsa diperingkat Kerajaan Negeri Selangor.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 29 Aug 2011 09:06 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan