DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 16 Aug 2011 03:24 AM PDT Gereja: Jangan masuk perangkap Umno Posted: 15 Aug 2011 07:19 PM PDT Gereja: Jangan masuk perangkap UmnoSetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja. "Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini. Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali Beliau berkata, oleh kerana maklumat 'dalaman' itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. "Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah," ujarnya. Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini. "Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai," jelasnya. | |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 16 Aug 2011 03:12 AM PDT Isu Jais-Gereja; Umno berperanan dalam serbuan 3 Ogos Posted: 15 Aug 2011 05:54 AM PDT Sumber : Buletinonline "Pemimpin dan ahli PAS Jangan Masuk Perangkap"-Dato' Mustafa Ali KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan. Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'. Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya. "Saya dapat maklumat 'dalaman' Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu," jelasnya. Katanya, matlamat Umno bertindak demikian untuk memperorak-porandakan (destabilize) kerajaan negeri Selangor kerana kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini mempunyai pelbagai komponen dan isu-isu sensitif ini mudah. "Ada usaha hendak timbulkan konflik dalaman Pakatan Rakyat. Ini (isu) penting bagi Umno. Walau pun tidak secara langsung, dia (Umno) guna Perkasa dan sebagainya," ujarnya. Sehubungan itu, Dato' Mustafa berkata beliau sedia mendedahkan maklumat tersebut kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. "Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau (Pengarah Jais). Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah," ujarnya. Justeru, beliau mengingatkan ahli dan pemimpin PAS disemua peringkat agar tidak terpengaruh dengan "perangkap" Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan gereja. Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS agar tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno dalam isu tersebut. Ini kerana, katanya Umno dan agen-agen berkenaan dipercayai memainkan peranan tertentu serta mempunyai matlamat politik. "Saya menyeru dan minta supaya kalangan pimpinan PAS dan orang PAS sendiri supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan 'perangkap' Umno. "Saya menyeru kepada semua lapisan penyokong, pemimpin PAS supaya tidak terjebak dengan perangkap Umno dalam isu yang berkait dengan Jais dan Gereja ini. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 16 Aug 2011 01:10 AM PDT BERSIH: Razak 'tukang kasut' tuntut RM10j Posted: 16 Aug 2011 01:00 AM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.
Menurut notis tuntutan Abdul Razak Endot, Berita Minggu dan The New Sraits Times Press (M) sebagai penerbit dan pencetak dikehendaki mematuhi notis itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaannya.
Notis itu dihantar oleh tetuan Sazali & Lim pada 10 Ogos lalu. Harian itu masih mempunyai seminggu untuk memenuhi tuntutan itu sebelum tindakan mahkamah dimulakan.
Menurut notis itu lagi, Berita Harian pada 10 Julai lalu didakwa membuat pernyataan berupa fitnah di muka depannya melalui foto dan kapsyen yang membawa makna Abdul Razak sebagai perusuh yang membawa pisau.
Abdul Razak juga mendakwa foto itu dipinda dan/atau dikacauganggu dengan sengaja untuk memberikan gambaran dia memegang sebilah pisah dan kapsyennya pula merupakan fitnah.
"Pernyataan-pernyataan dan paparan imej/foto yang dipinda tersebut adalah palsu, tidak berasas dan merupakan fitnah jahat terhadap pelanggan kami dan dibuat dengan niat niat untuk memfitnah pelanggan kami dan merosokkan nama baik serta reputasi dan telah menyebabkan pelanggan kami dipandang rendah oleh masyarakat," notis itu dipetik.
malaysiakini/- | PKR akan lapor blog pro-Umno pada SKMM Posted: 16 Aug 2011 12:52 AM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno.
Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.
Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).
Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.
"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.
Maklumat salah
Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.
"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.
Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.
Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.
"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.
Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.
Ahli majlis lapor polis
Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan.
Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.
Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian."
Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan."
Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.
malaysiakini/- | Isu kerakyatan: PAS mahu k'jaan buat siasatan awam Posted: 16 Aug 2011 12:45 AM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS mahu kerajaan membuat siasatan awam untuk membolehkan rakyat tampil memberi bukti berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dan pemalsuan dalam isu pemberian taraf kerakyatan kepada warga asing.
"Ini kerana kita anggap ia satu perkara yang menggugat dan mengancam keselamatan negara," kata naib presiden PAS, Salahudin Ayub dalam satu sidang akhbar hari ini.
Menurut, jika tuntutan tersebut tidak dipenuhi, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk meminta supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.
malaysiakini/- | Umno takut kuliah agama jadi ceramah politik Posted: 16 Aug 2011 12:30 AM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR,: Kejahilan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno dalam agama terserlah, apabila ceramah Israk Mikraj yang akan disampaikan oleh penceramah PAS atas undangan mereka sendiri, diminta dibatalkan kerana bimbang akan dijadikan ceramah politik.
Sebagai gantinya, majlis ceramah itu diarahkan ditukar kepada majlis bacaan surah Yaasin, seperti yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita pada setiap malam Jumaat, dengan diketuai oleh penceramah terbabit dengan serta merta oleh pihak penganjur atas arahan pemimpin atasan Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Solehin Muhyi menjelaskan, kejadian itu pernah dialami oleh beliau sendiri sekitar tahun 2001 lalu, apabila diundang oleh pihak pentadbiran sebuah masjid di Shah Alam yang dibarisi pemimpin dan penyokong Umno untuk menyampaikan ceramah di masjid itu pada suatu malam.
Menurut beliau, ketika arahan pertukaran majlis ceramah kepada bacaan Yaasin itu diberikan kepada beliau oleh pihak pengurusan masjid itu, beliau sudah pun memegang mikrofon untuk memulakan ceramah Israk Mikraj seperti yang dijadualkan.
Katanya, beliau yang datang dari Sabak Bernam, Selangor dengan mengambil masa sekitar sejam untuk sampai ke masjid itu, amat hairan dan kecewa dengan sikap pihak pengurusan masjid tersebut kerana mahu menukar jadual tersebut dalam masa mendadak.
"Apabila saya bertanya kepada pihak penganjur yang datang berbisik kepada saya untuk memberikan arahan itu, saya terus diberitahu oleh pihak penganjur bahawa pertukaran tersebut terpaksa dilakukan atas arahan pihak atasan, iaitu pemimpin tertinggi Umno," katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, arahan tersebut tidak dilaksanakan oleh beliau kerana memikirkan tanggungjawab yang terpikul di bahunya berhubung tugas penyebaran ilmu kepada orang ramai, di samping kerugian yang pasti dihadapi oleh masyarakat sekitarnya berhubung kepentingan menuntut ilmu.
"Mengikut jadual, ceramah itu pun bukannya panjang, hanya untuk satu jam sahaja. Jadi pada pandangan saya, jika hanya untuk ceramah sependek itu pun tak dibenarkan, bagaimanakah lagi masyarakat sekitar akan terdidik dengan didikan agama?
"Memikirkan tentang kewajipan dan kepentingan itulah, saya enggan mematuhi arahan itu dan bertegas untuk menyampaikan ceramah Israk Mikraj juga seperti yang dirancangkan sebelumnya," jelasnya.
Ketegasan beliau itu bagaimanapun tetap ditentang oleh pihak penganjur sehingga akhirnya memaksa beliau mengambil jalan tengah dengan tidak menukarkan majlis itu kepada bacaan surah Yaasin, tetapi tazkirah surah Yaasin.
Sungguhpun begitu, majlis tersebut tetap dikenakan sekatan tertentu oleh pihak penganjur bagi menghalang didengar oleh orang ramai di luar masjid, dengan disyaratkan tidak boleh menggunakan alat pembesar suara.
"Atas kepentingan dakwah, saya terpaksalah juga mematuhi arahan itu agar dapat menyampaikan perkara-perkara yang berguna kepada orang ramai berkaitan surah Yaasin," katanya.
Menerusi skop yang begitu terbatas itu, beliau antara lain memfokuskan tazkirahnya kepada kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya, kepentingan setiap kita mendapatkan kasih sayang Allah dengan beribadat dan keistimewaan orang yang mendapat kasih sayang Allah sehingga dijemput untuk masuk ke dalam syurga dengan tenang di akhirat nanti.
"Begitulah teruknya sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno. Mereka begitu takut untuk menyebarkan ilmu kerana bimbang orang ramai akan memberikan sokongan kepada PAS, tidak lagi kepada Umno BN.
"Untuk membolehkan mereka kekal berkuasa, mereka tergamak menyekat perkembangan ilmu terhadap orang ramai sehinggakan ceramah Israk Mikraj pun disangkakan akan dijadikan ceramah politik oleh saya. Pada hal saya langsung tidak berniat untuk menyampaikan ceramah politik pada majlis itu," katanya.
Bagaimanapun, kebangkitan rakyat tetap tidak mampu disekat oleh Umno BN, apabila rakyat Selangor telah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada tahun 2008 lalu bagi membolehkan Selangor diperintahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
harakahdaily/- | KHUTBAH JUMAAT NUZUL QURAN 1432H Posted: 16 Aug 2011 12:00 AM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، الٓمٓ ﴿١﴾ ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah !
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
17 Ramadhan merupakan suatu tarikh yang amat bermakna kepada orang yang beriman iaitu Nuzul Al-Quran atau penurunan al-Quran, Kalam Allah s.w.t. yang berupa mukjizat, yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang dikira sebagai ibadat dengan membacanya, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Nas.
Sidang Jumaat Sekelian, Penurunan Al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, berlaku pada 17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih kurang 23 tahun. Firman Allah s.w.t.:
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil" - Surah al Baqarah ayat 185.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Berapa ramai di kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan mukjizat yang paling besar diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Cabaran Allah terhadap manusia dari zaman berzaman tidak pernah disahut sehingga ke hari ini.
وَإِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَـٰدِقِينَ ﴿٢٣﴾
Sekiranya kamu merasa ragu tentang apa yang kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka datangkanlah satu surah yang setanding dengannya serta ajaklah saksi-saksi kamu (tuhan-tuhan yang kamu sembah) selain daripada Allah jika kamu orang yang benar - Surah al Baqarah : 23.
Saudara Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Al-Quran telah terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik ( جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد ) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw. Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh umat manusia sejagat.
Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian sepenuhnya kepada Allah. Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman sistem ciptaan manusia kepada keadilan Islam.
Kehebatan umat Islam yang berpegang teguh kepada Al-Quran telah diakui oleh Perdana Menteri Britain yang pertama sebagaimana ungkapannya: "Selama mana kitab ini (Al-Quran) berada di tangan orang Islam, maka selama itulah Eropah tidak akan dapat menguasai Timur Tengah"
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Umat Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu apabila hilangnya sistem khilafah. Umat Islam bagaikan kehilangan tempat mengadu segala masalah yang kita hadapi. Kita hanya mampu merayu kepada musuh agar tidak menzalimi kita kerana kita tidak dapat mengharapkan bantuan daripada negara-negara umat Islam yang lemah dan berpecah belah. Kekuatan umat Islam tidak akan dapat dikembalikan selama mana kita tidak menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan hidup kita.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Kesalahan besar yang dilakukan oleh Umat Islam hari ini yang menyebabkan mereka gagal menjadi manusia yang hebat dan bertaqwa adalah kerana kita meninggalkan Al-Quran samada secara sedar atau tidak sedar. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud meninggalkan Quran sebagai berikut :
a. Tidak membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya. b. Tidak beriman dengan ajaran Al-Quran. c. Tidak mengkaji dan memahami Al-Quran. d. Tidak membenarkan isi kandungan Al-Quran. e. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran. f. Berpaling daripada Al-Quran kepada yang lain
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita selalu mengatakan kita berpegang teguh dan tidak meninggalkan al-Quran. Kita sering mendengar ungkapan mengajak manusia kembali kepada al-Quran. Namun kita masih melihat berbagai tindakan kita yang bercanggah dengan al-Quran. Kita seringkali memutuskan sesuatu dan kemudiannya mencari dalil keharusannya di dalam al-Quran.
Dalam urusan kehidupan seharian selain persoalan ibadat, kita sering kali tidak bertanya apa kata al-Quran seolah-olahnya urusan kehidupan tidak ada kena mengena dengan al-Quran. Kita mengatakan bahawa isi kandungan al-Quran adalah yang terbaik tetapi kita masih memilih untuk melaksanakan peraturan yang bercanggah dengan al-Quran.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Bulan Ramadhan inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Apa yang penting kita mesti memastikan adanya peningkatan di setiap Ramadhan yang kita lalui dan yang kita tinggalkan.
Daripada hanya mendengar bacaan Al-Quran kepada membacanya dengan penuh keimanan. Daripada membaca kepada mengkaji dan memahami. Daripada memahami kepada membenarkannya.
Daripada membenarkannya kepada mengamalkannya dan mengutamakannya daripada segala yang lain daripadanya. Jika kita masih masih memandang serong apatah lagi menentang ajaran al-Quran maka Ramadhan sebenarnya memang bukan untuk kita, maka bersedialah kita untuk menerima pembalasan dari Allah swt.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak. | Beruntungnya mereka yang mendampingi Al-Quran Posted: 15 Aug 2011 11:30 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Mukjizat yang paling besar dan tiada tolok bandingnya bagi orang Islam ialah Al-Quran.Walaupun sebelum ini Allah telah menurunkan kitab-kitab yang lain seperti Taurat kepada Nabi Musa, Injil kepada Nabi Isa, Zabur kepada Nabi Daud dan beberapa mashaf atau lembaran–lembaran panduan dan petunjuk seperti yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim namun ianya tidak selengkap sepertimana Al-Quran.
Kitab-kitab yang terdahulu hanyalah untuk kaum pada masa nabi dan rasul tersebut sahaja sedangkan Al-Quran adalah untuk semua manusia dan semua zaman sehingga hari kiamat dan tidak ada lagi kitab yang akan dirurunkan selepasnya.
Istimewanya Al-Quran ialah Ia adalah penutup segala kitab. Dengan adanya Al-Quran manusia tidak perlu lagi merujuk kepada mana-mana kitab yang lain untuk mencari panduan hidup atau sumber hukum dalam mengendalikan kehidupan.
Al-Quran adalah perlembagaan hidup bagi setiap orang muslim. Menjadi kewajipan untuk membaca, memahami makna dan sentiasa beramal dengan segala tuntutannya.
Isi Al-Quran meliputi semua bidang antaranya::
1. Jenis-jenis ibadat kepada Allah dan bagaimana cara menunaikannya 2. Asal kejadian dan peringkat pembentukan alam termasuk segala pergerakan bintang, bulan dan matahari dan lain-lain planet sama ada yang sudah dijumpai atau yang belum dijumpai kewujudannya oleh manusia. 3. Peringkat kejadian dan pembentukan manusia dari sebelum lahir sehingga lahir ke dunia. 4. Sejarah hidup nabi dan rasul dan mukjizat yang diberikan Allah untuk membantu mereka dalam menjalankan dakwah. 5. Sejarah kehidupan manusia terdahulu dan perbuatan serta akibat dari perbuatan mereka yang menurut dan juga yang ingkar perintah Allah. 6. Maklumat berkaitan kitab-kitab Allah yang terdahulu yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. 7. Sumber hukum bagaimana mentadbir dunia, politik dan ekonomi. 8. Sumber hukum berkaitan perbuatan-perbuatan fitnah dan jenayah. 9. Sumber perubatan terhadap penyakit selain kematian. 10. Keterangan tentang apa akan berlaku selepas mati, di alam kubur dan bagaimana Allah mengadili manusia di hari pembalasan, menerima azab siksa atau kebahagiaan dan kesejahteraan. 11. Bagaimana mencari ketenangan jiwa, pengisian kehidupan dan mensyukuri rahmat Allah. 12. Pengurusan hubungan kemanusianan antara sesama Islam dan antara orang Islam dan orang bukan Islam. 13. Bagaimana pengurusan keluarga Islam berkaitan nikah kahwin, perceraian dan yang berkaitan dengannya. 14. Layanan sesama manusia terutama layanan kepada anak-anak yatim dan lain-lain lagi.
Oleh itu semua orang Islam adalah digalakkan membaca Al-Quran bila sahaja ada kelapangan dan jadikan ia sebagai amalan bukan sahaja dalam bulan Ramadan, perlu diteruskan di bulan-bulan yang lain juga..
Beberapa contoh ayat-ayat Al-Quran bagi mengukuhkan keistimewaannya
"Iaitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong, supaya kamu bertaqwa" Az Zumar 28
"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." Ali-Imraan 138
Kumpulan-kumpulan yang mendampingi Al-Quran:
Kumpulan 1. Orang yang sentiasa membaca Al-Quran seolah-olah sebagai hobi iaitu bila sahaja ada masa lapang. Walaupun tidak tetap waktu membaca tetapi ia dilakukan secara berterusan. Apabila khatam akan dimulakan semula bacaan kali yang lain. Orang-orang seumpama ini, selalunya membaca Al-Quran selepas solat waktu, boleh jadi sebaris, dua baris, satu mukasurat, satu helai, satu surah atau sebagainya dan Al-Quran sentiasa ada berhampiran tempat dia solat..
Pembaca Al-Quran jenis ini, Insyaallah akan sentiasa tenang dan diberkati Allah, sentiasa dilindungi Allah walau di mana dia berada. walau pun bacaannya mungkin tidak berapa merdu seperti orang lain.
Orang dalam kumpulan ini jika dia istiiqamah atau berterusan membaca walaupun tidak lama setiap kali membaca, keyakinan dengan Allah sentiasa meningkat. Insyaallah jiwa akan sentiasa aman dan tidak mudah putus asa.
Kumpulan 2.Membaca Al-Quran sambil meneliti makna untuk melihat cerita-cerita yng berlaku, hukum-hukum yang berkaitan atau mengetahui sejarah ayat–ayat ini diturunkan. Kumpulan ini juga berpeluang mengkaji maksud ayat-ayat tersebut. Dengan kaedah ini kita akan mendapat banyak keuntungan, antaranya :
Kita boleh dapat ketenangan jiwa bila mengetahui janji-janji baik yang Allah beri kepada mereka yang berbuat baik kerana kita yakin semua janji Allah itu adalah benar belaka.
Disamping itu, kita akan berusaha mengelakkan diri dari berbuat kejahatan kerana takut dengan janji azab yang akan dikenakan kepada orang yang jahat dan ingkar perintah Allah. Allah mungkin menghukum semasa di dunia lagi malahan sudah pasti akan menerima balasan di hari kiamat nanti. Semua azab siksa yang ditimpakan kepada kaum yang ingkar sebelum zaman Nabi Muhammad SAW ada diceritakan dalam Al-Quran.
Dengan membaca tafsir Al-Quran, kita juga mengetahui bagaimana menyelesaikan urusan keluarga, contohnya seperti agihan harta pusaka, siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak dan sebagainya
Pengkaji-pengkaji telahpun banyak mendapat sumber ilmu yang tinggi nilai dari semasa ke semasa dengan berpandukan tafsir ayat-ayat Al-Quran.
Kumpulan 3. Membaca Al-Quran bagi tujuan menghafal untuk menjadi hafiz. Mereka dalam kumpulan ini lazimnya berusia muda dan tinggal di tempat yang sama dan dibimbing oleh seorang atau beberapa orang guru yang hafal AL-Quran 30 juzuk. Untuk mencepatkan kejayaan, ahli kumpulan ini diasuh tanpa pencemaran seperti mata, telinga dan percakapan selain dari Al-Quran dan ditambah dengan lain-lain ibadat yang diredhai Allah, untuk lebih meyakinkan diri..
Kumpulan 4. Membaca dan menghafal ayat atau surah-surah pendek atau yang tertentu untuk tujuan diri sendiri, untuk pengisian masa lapang bagi tujuan menguatkan taqwa kepada Allah. Menghafal ayat-ayat atau surah yang pendek-pendek juga memudahkan kita membacanya bila solat bersendirian, atau lebih mengkhusyukkan solat bila mengikut imam yang membaca ayat-ayat tersebut.
Kumpulan 5. Kumpulan ini tidak membaca Al-Quran tetapi mendengar sahaja, sama ada dengan memainkan pita rakaman atau radio atau TV dari saluran tertentu sahaja.
Orang dalam kumpulan ini kalau diperhatikan, semacam mendapat satu keseronokan bila berpeluang mendengar bacaan Al-Quran terutama yang diminatinya..
Sesungguhnya ada surah-surah tertentu yang boleh menimbulkan perasaan menggembirakan jika diiringi dengan lagu dan kaedah tajwid yang betul manakala ada pula yang akan mendatangkan ketakutan bila dibaca...
Bila ada kelapangan, mainkanlah dan dengarlah apa-apa surah sekalipun asalkan jangan sampai boleh mengganggu orang lain yang tidak bersama kita yang mungkin ada urusan mereka yang lebih penting.
Kumpulan 6. Membaca Al-Quran secara tadarus bersama beberapa orang rakan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Dalam setiap kumpulan tersebut seorang akan membaca dan yang lain akan mendengar, membuat teguran bagi memperbaiki sebarang kesalahan bacaan jika ada..
Kaedah yang ke enam ini selalu diamalkan dalam bulan Ramadan setiap malam di masjid dan surau selepas solat tarawih atau antara solat maghrib dan Isyak. Melalui kaedah ini yang kurang mahir membaca boleh memperbaiki diri dengan mendengar orang mahir membaca. Mereka yang kurang mahir janganlah malu untuk turut serta kerana ganjarannya cukup besar disisi Allah.
Justeru itu, sempena bulan Ramadan tahun ini walaupun sudah separuh bulan ianya masih belum terlewat untuk kita mulakan satu lembaran baru dalam kehidupan kita kalau belum kita mulakan, atau marilah kita teruskan amalan ini jika kita telah mulakan sejak awal Ramadan dua minggu yang lalu.
Hadis Rasulullah s.a.w.:
" Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sekali-kali sesat selepasku iaitu kitab Allah (yakni Al-Quran). " Riwayat Muslim
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya ia akan datang sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat."
Sesungguhnya melihat, memegang, membaca, mendengar, memahami makna dan menyebarkan isi kandungannya, menghadiahkan kepada yang memerlukan, serta beramal dengannya adalah ibadat.
Bagi tujuan menguatkan keimanan kita dan sentiasa berharap kepada limpah kurnia Allah mari kita lihat beberapa contoh isi Al-Quran yang sentiasa memberi keuntungan dan keberkatan kepada sesiapa yang membacanya.
1. Al-Quran penuh dengan doa kehadrat Allah Subhanahuwataala. Contohnya: (Surah Al-Fatihah)
" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari Pembalasan (Hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang kurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. "
2. Kita sentiasa bersyukur dan memperbaiki Aqidah. ( Contohnya: Surah Al Baqarah 136 )
{Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman) "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya'qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injill),
dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu-Yahudi dan Nasrani-membeza-bezakannya); dan kami semua adalah Islam ( berserah diri, tunduk taat ) kepada Allah semata-mata."}
3.Sentiasa muhasabah diri dan memohon rahmat dari Allah. ( Contohnya: Surah A-Li Imraan 8-9 ).
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya,"
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekelian manusia, untuk (menerima balasan pada ) suatu hari ( hari kiamat) yang tidak ada syak padanya" Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya . "
4. Sentiasa ada perasan benci kepada keburukan dan kejahatan dan mohon berlindung daripadanya. (Contohnya: Surah A-Li Imraan 177).
"Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meningggalkan iman, tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
5. Sentiasa sedar bahawa hidup di dunia ini adalah sementara, akhirat juga yang kekal abadi. (Contohnya: Surah A-Li Imraan 192-193)
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya
" Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu", maka kami pun beriman; Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti"
Sesungguhnya seluruh isi Al-Quran penuh dengan pengajaran, peringatan dan pertunjuk dari Allah Subhanahuwataala..
Oleh itu marilah kita terus mendampingi dan memperbaiki bacaan Al-Quran sebanyak mungkin bila sahaja ada kelapangan. Seterusnya marilah kita menggunakan baki kehidupan ini dengan berusaha melakukan sebanyak-banyaknya kerja kebaikan dan beramal sebaik mungkin semoga kita akan tetap dalam peliharaan Allah. Amin.
Nota: Sebaik-baiknya tulisan ini dibaca dengan adanya Al-Quran disisi supaya dapat dirujuk ayat-ayat yang dimaksudkan.
md zainal mzd | 56 maut di seluruh Iraq Posted: 15 Aug 2011 09:45 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
BEBERAPA penduduk melihat lokasi letupan bom di Kirkuk, utara Baghdad, Iraq semalam.
BAGHDAD - Seramai 56 orang maut dalam satu siri letupan bom yang berlaku di beberapa buah bandar di Iraq pada pagi semalam.
Kejadian itu dianggap yang paling berdarah dalam bulan Ramadan tahun ini.
Keganasan itu berlaku dari bandar Kirkuk sehingga ke Baghdad dan di bandar Najaf di selatan Iraq.
Seramai sepuluh orang turut mati dalam letupan bom di wilayah Diyala.
Ekoran kejadian itu, para pegawai Iraq kini menimbang sama ada mereka mampu untuk melindungi negara ini tanpa kehadiran askar Amerika Syarikat (AS).
Letupan bom itu diselaraskan supaya ia berlaku pada waktu pagi. Ia melibatkan bom kereta, bom tepi jalan dan pengebom berani mati.
Seorang pengebom berani mati itu memandu sebuah kenderaan yang merempuh sebuah balai polis di Najaf.
Dua letupan berlaku di bandar Kut, 160 kilometer ke tenggara Baghdad.
Letupan tersebut berlaku semasa para pekerja pembinaan berhimpun di sebuah pasar yang menjual janakuasa dan beberapa peralatan lain.
Di bandar Tikrit, utara Iraq, dua lelaki memakai tali pinggang yang mengandungi bahan letupan memandu ke sebuah pekarangan pejabat pemerintah yang dikawal ketat dengan memakai pakaian seragam tentera.
Menurut seorang jurucakap wilayah itu, Mohammed al-Asi, pemakaian pakaian seragam tersebut membolehkan para penyerang berkenaan meloloskan diri ke dalam pekarangan bangunan pemerintah.
Lelaki-lelaki itu kemudian meletakkan kenderaan mereka dan berjalan memasuki sebuah bangunan yang menempatkan polis antikeganasan.
Apabila mereka mendekati bangunan berkenaan, para pengawal mengarahkan lelaki-lelaki tersebut berhenti.
Namun, para penyerang itu melepaskan tembakan.
Seorang pengebom maut di tempat kejadian dalam kejadian itu tetapi beberapa orang lagi berjaya memasuki bangunan tersebut sebelum mereka meletupkan diri menyebabkan tiga orang terbunuh. - Agensi | SPR: Jumlah pemilih berdaftar lebih 12 juta Posted: 15 Aug 2011 09:40 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Jumlah pemilih berdaftar bagi seluruh negara setakat ini ialah lebih 12 juta, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR dalam kenyataan medianya berkata jumlah itu termasuk Daftar Pemilih Induk Tahun 2010 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 (DPT ST2/2011) yang akan diwartakan hari ini.
Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2011 mengandungi 257,557 nama pemilih yang terdiri daripada 201,339 nama pemilih baru dan 56,218 nama pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh pameran Rang DPT ST2/2011 dari 27 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011, SPR menerima 524 tuntutan melibatkan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 27 Tanah Merah, Kelantan yang mana semua kes tuntutan itu belum diselesaikan.
Katanya SPR juga telah menerima bantahan melibatkan 45 bahagian pilihan raya Parlimen dan semua bantahan itu juga belum diselesaikan.
"Bantahan tersebut melibatkan 110,242 permohonan yang terdiri daripada 89,193 permohonan pendaftaran baru dan 21,049 permohonan bertukar alamat pusat mengundi. Semua permohonan ini akan diperakukan setelah semua kes bantahan diselesaikan," kata kenyataan itu.
- Bernama | Bersih 2.0: polis kata rusuhan Posted: 15 Aug 2011 09:30 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyangkal dakwaan dangkal Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang berkata tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semasa perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tempohari membuktikan kecekapan pihak keselamatan menjaga keamanan Negara apabila beliau mengulas kejadian rusuhan di London beberapa hari lalu.
Kami ingin menegaskan, bahawa beliau perlulah jelas dalam membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman. Amat dikesali seorang yang berpangkat tinggi (Timbalan Ketua Polis Negara) tetapi sangat dangkal dalam menterjemahkan perbezaan tindakan tertentu. Himpunan yang berlaku semasa 9 Julai tempohari adalah himpunan aman rakyat Malaysia dalam mempraktikan Perlembagaan Persekutuan Malaysia artikel 10 yang mana ianya adalah himpunan aman dan terkawal.
Himpunan tersebut juga membawa erti pendokongan rakyat terhadap kecintaan kepada Negara. Manakala apa yang berlaku di London dan
sekitar England adalah tindakan luar kawal yang tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang Negara mereka dan boleh dikategorikan sebagai rusuhan.
Kami berasa kagum dengan pendekatan Menteri Dalam Negara Britain, Theresa May yang menegaskan bahawa kerajaannya akan mengatasi masalah tersebut dengan diplomasi dan baik dan bukannya dengan cara kekerasan dan ugutan. Kenyataannya yang tersiar di media cetak dan elektronik:
"The way we police in Britain is not through use of water cannon," "The way we police in Britain is through consent of communities." As those charged with offences appear in court today, "people will start to see the consequences of their actions",
Jelas pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Britian sangat berhikmah walaupun kita dapat lihat kejadian di London tersebut bukanlah himpunan aman mahupun demonstrasi rakyat tetapi boleh dikategorikan sebagai rusuhan.
PDRM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memahami rakyat dan bersikap professional bukan partisan dan bertolak ansur dalam bermasyaratkat dan menambatkan kepercayaan serta keyakianan masyarakat.
PDRM dilihat melihat sesuatu perkara secara seperti himpunan aman itu dari sudut negatif dan buruk. Menangani himpunan aman dengan 'water canon' terlebih dahulu, perbincangan dan tolak-ansur menjadi agenda kedua.
Oleh itu, kami berharap rakyat Malaysia tidak mudah menyalah tafsir dalam melihat tindakan tidak wajar pihak polis dalam menangani kebangkitan rakyat baru-baru ini terutamanya.
RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia. | Kelantan guna facebook dekati perantau Posted: 15 Aug 2011 09:15 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KOTA BHARU, 16 Ogos: Kerajaan Kelantan memanfaatkan kemudahan dunia siber bagi mengumpulkan anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Kalau sebelum ini surat dan kad jemputan dihantar, namun mulai tahun ini facebook yang paling diminati anak muda dimanfaatkan sepenuhnya.
Anda boleh melayari facebook.com/rayaperantau atau rossem bagi mendapatkan maklumat mengenai Majlis Mesra Aidilfitri pemimpin kerajaan negeri bersama anak-anak perantau.
Program itu akan diadakan pada 2 Syawal ini bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa bermula jam 7 petang.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri memanfaatkan kemudahan facebook yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia ICT bagi memaklumkan program berkenaan.
"Kalau sebelum ini kita menghantar kad atau surat jemputan bagi memaklumkan program berkenaan, namun mulai tahun ini kita beralih kepada facebook.
"Facebook ternyata lebih berkesan kerana sudah menjadi trend sekarang ramai orang memiliki akaun facebook bagi mengetahui perkembangan semasa," katanya pada majlis berbuka puasa bersama media dan warga Urusetia Penerangan di sebuah restoran malam tadi.
Hadir sama wartawan-wartawan akhbar berbahasa Cina yang berpusat di Kota Bharu dan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Drs Zainuddin Awang Hamat.
Majlis Mesra Aidilfitri tahun ini bermula dengan solat Maghrib, jamuan, persembahan kebudayaan dan ucapan pimpinan negeri.
Majlis berkenaan dianjurkan Urusetia Penerangan dengan kerjasama Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan).
Perakan semasa di bawah kepimpinan Allahyarham Mohamad Radzi Yusof berjaya didaftar sebagai sebuah pertubuhan sah. Selepas dilulus pendaftaran Perakan mengadakan mesyuarat agung pertama pada 1 Ogos 2010.
Perakan sebenarnya lahir hampir 20 tahun lalu pada peringkat awal diketuai Che Ariffin Mahmood, seorang ahli perniagaan.
Pada akhir Syaaban lalu kerajaan negeri dan Perakan juga menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.
Dr Fadzli juga berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi akan memastikan hampir 70 peratus liputan internet di Kelantan dalam masa terdekat ini.
"Syarikat tersebut akan menyediakan kemudahan tersebut bagi membolehkan kawasan liputan internet lebih luas sehingga ke kawasan pedalaman," ujarnya.
harakahdaily/- | Tazkirah Ramadhan : Pesta ibadat di Masjidil Haram Posted: 15 Aug 2011 09:00 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
ANTARA nikmat yang paling besar bagi umat Islam adalah peluang atau kesempatan berada pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Ia juga digelar Syahrul Quran kerana di dalamnya diturunkan al-Quran pada 17 Ramadan.
Tiada lafaz yang lebih bermakna selain alhamdulillah sebagai tanda bersyukur yang amat sangat ke hadrat ilahi yang memanjangkan usia kita sehingga dapat sekali lagi bertemu bulan Ramadan.
Antara perkara sunat yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia pada Ramadan adalah mengerjakan umrah. Manakan tidak, ganjaran pahala yang begitu besar menjadi tarikan kepada mereka yang berkemampuan.
Ia sebagai mana sabda Nabi Muhammad SAW yang maksudnya: Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji. (riwayat Bukhari)
Justeru, tidak hairan saban tahun bilangan umat Islam di Malaysia yang menunaikan umrah pada bulan puasa semakin bertambah, biar pun kos perbelanjaan umrah dalam Ramadan lebih tinggi berbanding bulan-bulan lain.
Di Masjidil Haram, kedatangan Ramadan disambut begitu meriah. Bagaikan pesta ibadat di mana setiap ruang dan inci masjid sentiasa dipenuhi mereka yang beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT.
Masyarakat Arab begitu menunggu-nunggu ketibaan Ramadan. Ini dibuktikan apabila Masjidil Haram padat dan sendat pada setiap kali solat fardu.
Ini satu fenomena positif bagi umat Islam Malaysia yang berada di Mekah pada Ramadan. Sebabnya, kita juga terpengaruh dengan budaya masyarakat Arab yang datang awal ke masjid dan kemudian beriktikaf sementara menunggu masuknya waktu solat.
Umumnya, untuk mendapat tempat yang selesa dalam ruang masjid, seseorang perlu bergerak ke sana sekurang-kurangnya sejam sebelum waktu solat fardu.
Untuk solat Jumaat pula, kita perlu berada di Masjidil Haram sekurang-kurangnya dua jam sebelum waktu solat pada pukul 12.30 tengah hari. Namun, tiada yang merungut.
Bagi yang datang lewat, mereka reda 'dibakar' matahari sementara menunggu waktu solat. Sebabnya terpaksa berada di tingkat paling atas yang berbumbungkan langit atau berada di dataran putih.
Jika ingin melihat orang 'bertengkar' mendapatkan ruang dalam saf, inilah masanya. Semuanya kerana mereka menyedari ganjaran besar yang menanti bagi mereka yang solat di Masjidil Haram iaitu 100,000 berbanding di masjid lain.
Sebab itu, mereka yang terlewat akan cuba menyelit di ruang-ruang yang sempit. Asalkan 'celus' kepala untuk sujud sudah memadai. Di sini, teruji kesabaran para jemaah. Sama ada mahu memberi laluan atau ruang kepada saudara yang lewat datang atau berkeras 'mempertahankan ruang' yang ada.
Dalam keadaan sulit begitu, berkat doa, selalunya ada sahaja individu yang menawarkan tempat untuk solat. Demikianlah antara keajaiban dan kuasa Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Tugas paling sukar adalah di kalangan anggota polis yang berada di sekeliling Masjidil Haram. Mereka perlu memastikan tiada laluan masuk ke masjid yang terhalang oleh para jemaah.
Namun, hal itu keadaan itu hanya boleh bertahan sebelum iqamat. Sejurus iqamat, hampir semua ruang dalam masjid dipenuhi jemaah daripada pelbagai pelosok dunia.
Selesai solat fardu, biasanya disusuli solat jenazah. Ini antara peluang menambah saham akhirat kerana sudahlah pahalanya 100,000, ia ditunaikan dalam bulan Ramadan.
Dalam hadis disebut bahawa pahala ibadat sunat diberi ganjaran ibadat fardu manakala ibadat fardu pula digandakan 70 kali. Demikian hebatnya bonus yang dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan.
Disebabkan ganjaran itu juga, ramai kalangan jemaah yang beriktikaf hampir setiap hari di masjid. Selepas solat fardu, mereka solat sunat diikuti dengan membaca al-Quran.
Selepas itu, mereka tidur sebentar. Bangun tidur, terus sambung membaca al-Quran dan solat sunat yang lain. Demikianlah rutin bagi 'para penghuni' Masjidil Haram sepanjang Ramadan.
Barangkali budaya tidur sekejap ini yang perlu dipraktikkan di negara kita. Hendaknya jangan pula pihak Ahli Jawatankuasa Masjid marah-marah atau 'mengusir' orang yang mahu tidur dan iktikaf.
Cuma individu yang mahu tidur itu pula perlu menjaga adab-adab dalam rumah Allah. Bak kata orang, janganlah pula sampai meleleh air liur basi di sejadah atau karpet masjid.
Sementara sebahagian besar umat Islam bertarawih, tidak kurang juga mereka yang bertawaf di Baitullah mengerjakan umrah.
Yang jelas, Kaabah tidak pernah sunyi daripada laungan talbiah labbaikallah humma labbaik....
Demikianlah hebatnya pesta ibadat di Masjidil Haram. Keadaannya persis tiada yang terlibat dalam perkara lagha seperti menonton program-program hiburan di televisyen.
Oleh : Naim Qlate | Sahkah semua solat kita Posted: 15 Aug 2011 08:45 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Al Baqarah 43
"Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman yang ditentukan waktunya" An NIsaa' 103
" Dan dirikanlah solat (wahai Muhammad, engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada ketika-ketika yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama solat ) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat " Hud 114
Setiap muslim diwajibkan bersolat sebanyak lima kali dalam sehari semalam iaitu subuh (waktu awal pagi), zohor dan asar (waktu petang) serta maghrib dan Isyak (waktu malam). Tanpa sebarang alasan semua solat lima waktu tersebut mesti dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun. Salah satu tanda sah keimanan dan keislaman kita ialah dengan solat seseorang itu.. Solat itu adalah tiang agama
" Wahai orang-orang yang beriman, dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah kamu dari perkara yang keji dan mungkar" Al-Ankabuut 45
Berpandukan ayat tersebut, seharusnya dengan melakukan solat, seseorang itu akan dapat menghindarkan diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Apa yang membimbangkan dan menghairankan kita ialah, kebelakangan ini, bukan sahaja perkara buruk dan keji dilakukan oleh orang yang tidak bersolat, tetapi perkara tidak baik juga banyak berlaku di kalangan mereka yang mendirikan solat. Di mana silapnya ?
Di dalam Al-Quran banyak diceritakan tentang orang yang bersolat tetapi hanya sebagai langkah penyamaran, ikut-ikutan, ada agenda tertentu, malu, terpaksa atau dipaksa dan bukan dengan lkhlas kerana Allah. Sesungguhnya Ibadat tanpa keikhlasan dan penyerahan diri kepada Allah tidak dapat melindungi kita dari melakukan maksiat dan sebagainya. Segala ibadat dan solat berbentuk penyamaran adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang fasik dan munafik di zaman Rasulullah. Semoga Allah lindungi kita dari berperangai begitu.
Dalam waktu yang sama ada pula orang Islam yang sudah puas berusaha untuk mengkhusyukkan semua solatnya tetapi tak boleh-boleh, merasakan ada sahaja gangguannya, berkali-kali mengangkat takbir, kadang-kadang hingga imam hampir rukuk baru selesai, mungkin kerana takut ketinggalan rakaat. Bolehkah kita khusyuk dalam keadaan begini ?.
Justeru itu mari kita cuba muhasabah diri kita apakah antara kemungkinan-kemungkinan halangan atau kelemahan pada diri yang masih ada sedangkan kita tidak menyedarinya.
Sempurnakah wuduk kita
Kesempurnaan wuduk penting untuk menentukan keabsahan semua ibadat yang memerlukannya seperti sembahyang, haji dan umrah. Kita perlu lihat dan teliti semula kaedah kita bersuci, dikhuatiri ada tersilap atau ada kelemahan di mana-mana yang kita tidak sedari kerana telah terbiasa dengan kaedah yang cacat dan rosak tersebut sejak tempohmasa yang sangat lama.
Wuduk hanya terangkat dengan niat yang lengkap dan air mutlak telah sampai ke semua anggota wuduk tanpa halangan dengan tertib atau turutan yang betul, sedang anggota fizikal lahiriah kita tidak tercemar dengan sebarang najis sebelum dan selepas mengambil wuduk tersebut. . .
"Apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu junub(berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib" "Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam perjalanan (musafir) atau salah seorang dari kamu kembali dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih. Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah (debu) itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan) tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepada kamu supaya kamu bersyukur" Al-Maaidah 7
Kerana gopoh dan tidak teliti ada kemungkinannya wuduk tidak sempurna kerana niat tidak sempurna, waktu membasuh muka air tidak meliputi anak telinga kiri dan kanan, juga sempadan rambut dan dagu, basuh tangan tidak meliputi seluruh siku, waktu basuh kepala hanya terkena rambut dan tidak terkena kulit kepala, dan bagi kaki tidak meliputi hingga atas dari buku lali dan air dijirus atas kaki di hadapan sahaja, sedangkan tumit, celah-celah jari dan tapak kaki tidak terkena air sewajarnya. Air juga mungkin sudah menjadi air mustakmal terjirus satu sama lain. Keadaan kini tidak macam dulu-dulu kalau dalam sungai misalnya perkara ini mudah sahaja untuk dilaksanakan.
"Apabila seseorang dari kamu mengambil wuduk dengan sempurna maka akan keluarlah dosanya hingga dari bawah kukunya juga." Maksud Hadis.
Kalau seseorang itu kuku tangannya panjang, atau kukunya kotor, berminyak atau mengambil wuduk dengan gopoh dan sambil lewa, bahagian bawah kuku yang panjang dan kotor itu tidak terkena air, apakah yang dapat kita harapkan dari wuduk yang diambilnya secara tidak sempurna itu? Sudah tentu tidak terangkat wuduknya dan semua ibadat menjadfi sia-sia sahaja.
Kadang-kadang terfikir semula bagaimana orang-orang tua dahulu menyediakan air dalam kolah untuk berwuduk. Dengan air yang tersedia dan mencukupi itu kita lebih mudah menentukan air sampai ke mana-mana bahagian anggota kita . Kita hanya akan mencedok air bagi keperluan membasuh kaki sahaja, sedangkan bagi anggota lain kita menggunakan berkali-kali air yang sama, perlu tambah sahaja jika berkurangan..
Dulu-dulu bila sampai waktu solat, imam atau bilal akan tunggu di tangga mesjid untuk lihat bagaimana orang ambil wuduk terutama kanak-kanak untuk pastikan semua wuduk sempurna, aku tegur kamu dan kamu pun boleh tegur aku, kemudian baca doa sama-sama. Waktu usia muda anak-anak mudah mematuhi arahan dan teguran, kalau sudah dewasa jangankan mendengar kata, adakalanya terjadi perselisihan pula. Suasana tegur menegur sekarang ini payah dijumpa, hampir tidak ada lagi, semuanya sudah sangat sibuk dengan urusan dunia masing-masing, seolah-olah Allah sudah tiada.
Terangkatkah hadas besar kita dan ahli keluarga
Pernahkah para pembaca mendengar satu kes di mana seorang ibu menyedari kesilapan dalam mengangkat hadas besar hanya di usia yang sangat lewat. Beliau berniat mandi wajib hanya selepas mandi seperti mana berniat hendak berpuasa iaitu selepas sahur, sedangkan niat mandi wajib perlu dilakukan sebaik sahaja air mula sampai ke mana-mana bahagian anggota kita dan niat itu perlu berkekalan tanpa putus sehingga seluruh anggota terlibat sudah terkena atau dibasahi air.
Walaupun begitu, Ibu ini masih amat bernasib baik, kerana hadir dalam satu kuliah yang diadakan di hujung minggu dan kebetulan ustaz menyentuh secara tidak sengaja bab mandi wajib di hujung sesi kuliah beliau. Kesiannya, ibu tua lagi uzur ini amat bimbang apakah makna semua ibadatnya selama ini tetapi yakinlah bahawa Allah tidak akan menganiaya hambanya atas kejahilan yang telah lalu, Insyaallah, dengan syarat sedia dan kekal berubah..
" Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka, dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Ali Imraan 135
Orang-orang yang demikian sifatnya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. Ali Imraan 136
Mungkin kita menganggap ini kes terpencil tetapi bagaimanakah pula kalau ini adalah petunjuk Allah, "satu mewakili beribu-ribu yang lain" ( bidalan inggeris, "a tip of an iceberg" ).
Justeru mari kita muhasabah, apakah anak-anak kita benar-benar faham, dan benar-benar tahu bagaimana mengangkat hadas besar bila diperlukan. Sebagai bapa atau ibu pernahkah kita bertanya bagaimana mereka melaksanakan kewajipan tersebut. Apakah kita hanya berharap guru agama mereka di sekolah melaksanakan tugas tersebut sedangkan kita tahu jumlah murid dalam satu-satu kelas adalah ramai dan masa yang diperuntukkan amat singkat. Kalau guru itu perempuan lazimnya beliau hanya akan memberatkan cara murid perempuan melakukannya dan begitulah jika guru itu lelaki sudah pasti praktikal juga berat kepada murid lelaki sahaja. Perkara ini tidak boleh dielakkan kerana batas-batas aurat dan sebagainya.
Di samping itu mungkin kita terkeliru apakah maksud menyampaikan air keseluruh badan. Apakah memadai dengan hanya berdiri dan menggosok-gosok badan, menyabun seperti mana kita mandi biasa terutama perempuan. Sebenarnya mengikut hukum kita perlu membersih dan menyampaikan air bukan sahaja anggota lahiriah tetapi mesti melepasi sedikit anggota tersebut di bahagian-bahagian tertentu, rongga hidung, rongga telinga, hatta pusat bagi yang gemuk yang pusatnya sedikit tenggelam.
Kebersihan juga perlu meliputi dua rongga penting yang lain iaitu qubul dan dubur, kita perlu mencangkung dan menggunakan jari-jari kita untuk melaksanakan tugas di tempat terpencil tersebut. Air tidak merata kalau sekadar dilakukan sambil berdiri sahaja. Pembersihan juga perlu lebih teliti selepas mana-mana perempuan didatangi haid atau nifas kerana mungkin ada lagi baki kotoran tersangkut atau terlekat di sana. Rambut juga mesti tidak mempunyai bahan terlarang..
Ini semua asas Fardhu Ain. Mahirkah kita semua ? Mahirkah anak-anak kita ? Jawablah sendiri !
Bersih dan sesuaikah pakaian solat dan telekung kita.
Semua lelaki maupun wanita mesti telah tahu peraturan berkaitan tetapi sebagai usaha untuk muhasabah diri dan ingat mengingati antara satu sama lain, elok jika kita bincangkan sedikit antara perkara yang perlu diambil perhatian.
1. Seluar, kain atau jubah bagi lelaki tidak seharusnya melepasi buku lali kerana ini termasuk ciri-ciri orang yang sombong. Di samping itu masa berjalan selalunya lelaki berjalan laju, kurang melihat ke bawah, jika labuh, risiko terkena najis di jalanan adalah tinggi berbanding perempuan yang lazimnya berjalan agak perlahan sambil menundukkan kepala. 2. Orang lelaki perlu elakkan memakai baju singkat terutama Baju T, kerana dikhuatiri sewaktu rukuk dan sujud ia akan terangkat dan aurat di pinggang kita akan terbuka. 3. Bagi lelaki yang berambut agak panjang di depan dan tidak menutup kepala pastikan tiada rambut yang menutup bahagian dahi sewaktu kita sujud 4. Jika masuk ke tandas terutama tandas awam, hati-hatilah supaya pakaian kita tidak terkena lantai atau dinding kerana dibimbangi lantai dan dinding serta peralatan di dalam tandas tersebut telah tercemar dengan najis pengguna sebelum kita. 5. Selain berkongsi sejadah, kalau boleh kecuali terpaksa, elakkanlah dari menggunakan telekung atau kain di surau-surau awam kerana kesucian dari najis boleh dipertikaikan. 6. Telekung yang dipakai biarlah sempurna bentuk dan saiznya, yakni tidak singkat, tidak jarang, tidak sempit dan tidak berlubang-lubang. 7. Bagi wanita yang tidak memakai telekung solat, tentukan lengan baju dikancingkan (pakai sleeving jika perlu) dan pakai sarung kaki manakala kain sedikit dilabuhkan supaya sepanjang masa antara pertukaran rukun tiada anggota aurat yang terbuka atau terdedah. 8. Ketatkan ikatan telekung di bahagian muka sewajarnya supaya anak-anak rambut tidak terkeluar di kiri kanan muka atau dahi akibat pergerakan anggota antara pertukaran rukun. 9. Tidak perlu gopoh, hati-hatilah sewaktu ke ruang solat terutama masjid dan surau kerana ada risiko terpijak najis dalam perjalanan tersebut. 10. Pastikan pakaian dan tempat solat kita kekal bersih dan suci.
Bila berjemaah, cukupkah bilangan rakaat solat kita
1. Kalau mampu masuklah bersolat secara muafik kerana banyak kelebihannya dan kita tak perlu bimbang jumlah rakaat, memadai dengan mengikut imam sahaja. 2. Jangan buru rakaat tuan imam jika masuk solat secara masbuk, amat bahaya kalau-kalau niat solat tidak sempurna dan rakaat pula tidak mencukupi. 3. Penentuan jumlah rakaat jika masbuk adalah atas penentuan setiap individu, bukan orang kiri atau kanan dan bukan juga ikut tuan imam, jika kurang yakin, tambahlah satu lagi. 4. Ingatlah kalau tidak sempat thoma'ninah dalam rukuk bersama imam, rakaat itu tidak boleh dikira, perlu tambah satu rakaat lagi. 5. Sewaktu solat jangan lakukan berkali-kali pergerakan " tambahan" kerana boleh menyebabkan solat tidak sah.
Kepada yang arif, silalah terangkan terutama kepada anak-anak yang belum dewasa apa pergerakan "tambahan" yang dimaksudkan ini, dibimbangai ia akan jadi tabiat.
Dunia sudah semakin gawat, kecelaruan berlaku sepanjang masa dan di mana saja, dalam mengejar urusan dunia kadang-kadang kita tersilap memberi keutamaan, kita terabai yang lebih penting.
Sekarang ini kita tidak boleh lagi hanya berharap kepada para ustaz atau guru sekolah atau alim ulama sahaja untuk mendapatkan diidkan agama kepada anak-anak kita. Sesungguhnya anak-anak banyak belajar secara ikut-ikutan dari suasana sekeliling mereka.
Kalau kita mewujudkan suasana yang baik, Insyaallah akan baiklah hasilnya, kalau tidak buruklah kesannya nanti, na'uzubillah semoga kita dilindungi dari azab dan bencana Allah
" Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. " At Tahriim 6
" Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." Al Anfal 28
Diceritakan bahawa di akhirat nanti ada orang yang sudah sampai ke pintu syurga ditarik keluar semula kerana dihalang oleh anak-anak dan isteri yang menuntut keadilan kerana tidak diasuh dan dibimbing ke jalan yang benar sewaktu hidup di dunia. Mahukah dan sanggupkah kita ?
Tulisan ini tidaklah sempurna kerana sesungguhnya Ilmu manusia berbanding ilmu Allah tidak lebih daripada jumlah air laut yang terlekat di paruh burung bila ia menyelam dan keluar semula dari air laut tersebut. Namun diharapkan ia boleh membantu sesama kita memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa dalam mengabdikan diri kepada Allah. Mohon kemaaafan atas apa-apa yang yang tidak lengkap.
Untuk mendalami ilmu agama marilah kita mula berguru dan di samping itu dapatkanlah bahan-bahan tambahan berkaitan, Insyaallah ibadat kita akan lebih sempurna.
Oleh : md zainal mzd | Muslimat PAS Miri Turun Padang bersama ibu tunggal Posted: 15 Aug 2011 08:30 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Gambar Muslimat PAS Miri bersama ibu-ibu tunggal
Miri - Baru-baru ini Lajnah Kebajikan, Dewan Muslimat PAS kawasan Miri telah mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan di Bandaraya Miri. Seramai 10 orang ibu tunggal dalam kawasan Permyjaya dan Tudan telah mendapat sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia dari PAS Miri.
Tujuan dan matlamat utama PAS Miri mengadakan majlis bersama masyarakat tempatan adalah untuk meringankan bebanan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai dan yang berpendapatan kecil. Ini juga adalah sama dengan matlamat PAS menuju ke arah Negara berkebajikan. Dengan adanya aktiviti begini akan merapatkan lagi hubungan muslimat PAS Miri dengan masyarakat tempatan.
Turut hadir bersama majlis ringkas tersebut YDP PAS Miri Jofri Jaraiee turut serta bersama ahli dan juga ketua Muslimat Kawasan Miri saudari Siti Balqis. Dalam majlis tersebut YDP PAS Miri mengingatkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam disamping kerjasama dengan semua kaum sebab PAS berjuang untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.
PAS Miri Jofri Jaraiee | Sampaikan bantuan kepada penerima daripada PAS Cawangan Kampung Malau, Lenggong. Posted: 15 Aug 2011 08:00 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
LENGGONG: PAS Kawasan Lenggong mengagih 1500 kampit beras dan 1500 kotak korma kepada 34 cawangannya di seluruh kawasan Parlimen itu sempena Ramadhan tahun ini.
Agihan bantuan itu dilakukan oleh Yang DiPertua (YDP) PAS kawasan, Haji Razman Zakaria sendiri sebagai bantuan peribadinya sepertimana setiap tahun sebelum ini untuk golongan daif, warga emas, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan fakir miskin.
Sebanyak 500 kotak daridapa kesemua korma yang diagih didermakan oleh Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan itu, Ustaz Mohd Hanafiah yang sebelum ini turut menyampaikan bantuan peribadinya pada setiap Ramadan.
Penolong Setiausaha PAS kawasan, Azni Momamed Zamri, berkata dua kali Ramadhan sebelum ini Haji Razman menyampaikan bantuan kain pelekat dan kain balik, bagamaimanapun pada kali ini beliau memilih beras dan korma untuk disampaikan kepada golongan sasar di seluruh kawasan Parlimen Lenggong.
"Bantuan ala kadar itu memang sumbangan peribadi beliau dan sumbangan peribadi Ustaz Hanafiah atas dasar untuk berderma atau bersedekah, bukan atas dasar bantuan sepertimana oleh pihak pemerintah.
"Kita sedar PAS belum memerintah, Haji Razman sendiri bukan Wakil Rakyat, jadi itulah yang termampu kita berikan sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui selepas pengagihan bantuan itu di Surau Ibnu Zakaria di Dataran jambatan Kampung Luat Sabtu lalu.
Azni berkata, sekiranya PAS memerintah, PAS akan mengutamakan rakyat melebihi kepentingan pemimpin.Katanya, bantuan itu diharap sampai kepada sasarannya.
Oleh Mohd syamil Azhar | MBM Perlu Telus dalam Melaksanakan Wang Pembayar Cukai Posted: 15 Aug 2011 07:30 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Gambar Hiasan Bandaraya Miri
Kita dapati perancangan projek-projek yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) di bandaraya Miri sungguh membazir dan merugikan wang rakyat. Contoh yang jelas sekarang ini banyak pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalanraya dari Taman Selera Tanjong Lobang ke pusat bandar Miri di potong dan ini sudah tentu memakan kos yang tinggi.
Walaupun tujuan pemotongan tersebut untuk membina laluan penunggang basikal dan orang ramai tetapi cara pengurusan MBM sangat tidak effective dan membazir wang pembayar cukai.
Mereka sepatutnya merancang dengan teliti sebelum sesuatu projek dijalankan dan mesti dalam jangka masa yang panjang bukan hanya untuk sementara dan sebarangan seperti yang berlaku hari ini. Setiap kali ada pembinaan jalanraya baru atau melebarkan jalan sudah pasti banyak pokok-pokok dan tanaman hiasan ditepi jalan akan di musnahkan dan sudah tentu ini akan memakan kos yang tinggi.
Kita minta agar pihak MBM merancang dengan lebih teliti sebelum sebarang projek dilaksanakan agar tidak merugikan wang rakyat. Antara lain tandas awam yang sepatutnya dibina dalam kawasan taman atau gerai makanan sepatutnya diberi keutamaan untuk keselesaan orang ramai bukannya membina projek yang membazirkan wang rakyat.
Angin Ribut Merosakan Tempat Peniaga Pasar Malam Peristiwa yang baru berlaku kerosakan tempat perniagaan pasar malam di pusat Commercial Seberkas Miri akibat angin ribut pada hari ahad yang lalu dimana sebanyak 13 buah kanopi peniaga pasar malam rosak teruk, apa tindakan MBM untuk membantu serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil ini yang mengalami kerosakan tempat perniagaan mereka.
Ini semua akibat perancangan yang tidak teliti dan boleh menyebabkan kerugian dan kecelakaan kepada orang ramai. Perkara macam ini yang patut kita semua elakkan kalau kita hendak merancang sesuatu projek. Keselamatan diutamakan.
Kita minta agar pihak MBM lebih telus dan teliti dalam melaksanakan sesuatu projek yang menggunakan wang pembayar cukai. Diharap pihak MBM memandang serius perkara ini demi untuk kebaikan dan keselamatan rakyat.
Jangan menggunakan wang pembayar cukai dengan sewenang-wenangnya semata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu. Kita mahu melihat Miri sebagai sebuah bandaraya yang terancang dan terindah dalam Malaysia ini.
PAS Miri Jofri Jaraiee | Ziarah pimpinan Pas Perak ke kawasan : agenda kukuhkan strategi perjuangan. Posted: 15 Aug 2011 07:00 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
MANJUNG, Ziarah pimpinan dan Iftar Jamaie anjuran Badan Perhubungan PAS Perak yang diadakan di Surau Madah Fasa A, Manjung semalam. Lebih 200 orang pimpinan dan ahli PAS dari cawangan-cawangan hadir membanjiri surau tersebut.
Antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Misbahul Munir dan Tuan Haji Razman, Setiausaha Dr Muhaimin sulam, Ketua Penerangan Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin dan ramai lagi.
Program yang bermula sejak petang itu dimulakan dengan ucapan pimpinan serta tazkirah pendek disusuli dengan berbuka puasa dan terawih berjemaah. Selepas selesai menunaikan solat terawikh, Pesuruhjaya PAS Perak telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Negara Berkebajikan'.
Pesuruhjaya PAS Perak itu, menyarankan kepada pemimpin supaya mendidik masyarakat di negara ini tentang ajaran Al-Quran yang sebenar, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata rakyat mengalami masalah kefahaman tentang ajaran Al-Quran yang sebenar.
"Pemimpin perlu meng'Al-Quran'kan rakyat agar rakyat mengetahui Islam secara menyeluruh yang telah disyariatkan olehNYA di dalam Al-Quran". Katanya ketika Majlis Berbuka di Surau Madah Manjung baru-baru ini
Ustaz Abu Bakar dalam tazkirahnya menyeru supaya ahli gerakan Islam didalam perjuangan PAS ini cuba untuk membersihkan hati rakyat daripada fahaman-fahaman yang tidak benar.
"UMNO telah berjaya menyempitkan pemikiran rakyat tentang Islam., selagi hati rakyat tidak dibersihkan, rakyat tidak akan dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS," jelas beliau.
mohd hafez sabri | Najib berselindung dengan jawatankuasa pemilihan Parlimen untuk tolak tuntutan Bersih. Posted: 15 Aug 2011 06:00 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Saya ingin mempersoalkan adakah cukup jika Najib Razak cuma berhasrat untuk perbetul sistem pilihan raya dengan cuma menggubal jawatankuasa terpilih Parlimen bagi mewujudkan pembaharuan pilihan raya.
Ironinya Perdana Menteri sendiri telah mengakui bahawa wujud kepincangan dalam tatacara pengendalian sistem pilihan raya di Malaysia.
Penubuhan ini seperti baru sahaja terfikir di fikiran Perdana Menteri setelah bukti demi bukti wujudnya senarai daftar pemilih yang bertindih dan wujudnya bukti kukuh bahawa JPN dan SPR diperalat sepenuhnya oleh UMNO-BN untuk mendapat undi dari PATI yang diberikan MyKad.
Itu pun setelah bukti taktik kotor tersebut didedahkan oleh blogger, jika tidak kegiatan ini akan berleluasa dengan begitu dahsyat.
Bagi saya guballah sebanyak manapun jawatan kuasa untuk tangani tanggapan buruk dari pihak lawan terhadap kerajaan berkenaan isu sistem pilhan raya, jika lapan tuntutan bersih belum ditunaikan, selagi itulah pilihan raya di Malaysia tidak adil dan bersih.
Hasrat tersebut cuma digubal bertujuan untuk menipu rakyat dan bersifat sementara. Hal sebenar yang rakyat patut tahu ialah jika lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih pada 9 Julai lalu ditunai, maka dengan sendirinya UMNO-BN bakal meletakkan mereka dalam kepastian bahawa BN bakal lenyap dari lanskap politik Malaysia.
Rakyat yang menentukan siapa yang memerintah Malaysia, Kerana itu UMNO-BN berusaha sedaya mungkin meyakinkan rakyat bahawa mereka sahajalah yang layak dan perlu dipertahan rakyat pada PRU13 nanti namun rakyat telah beralih arah sejak 2008 dan tidak mampu dibendung lagi melainkan dengan sisitem pilihanraya "kotor" yang terus dipertahankan.
Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik, Negara kita selama ditadbir UMNO-BN bolehlah diumpamakan seperti nangka yang disarungkan dengan plastik cantik berlabel demokrasi tetapi isi buahnya penuh dengan ulat yang busuk.
Pakatan Rakyat tetap komited perjuangkan prinsip demokrasi yang telah dimuziumkan oleh UMNO-BN dalam keadaan mereka terus menipu rakyat dengan bercakap kononnya mahu berjuang untuk meletakkan Malaysia sebagai Negara yang berpaksi atas landasan demokrasi.
Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar, 16 Ogos 2011 | Upah peserta Bersih : Rais Yatim habis modal Posted: 15 Aug 2011 05:30 PM PDT 16 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Saya nasihatkan supaya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim sapaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan apa lagi di bulan Ramadhan yang mulai, Kenyataan beliau bahawa peserta bersih dibayar tidak masuk akal dan lucu kerana Pakatan Rakyat bukan seperti umno/BN yang mesti mengupah pengikutnya untuk keluar berhimpun sedangkan peserta Himpunan bersih keluar secara sukarela tanpa satu senpun upah dari mana-mana pihak.
Hal demikian mungkin berlaku kerana kandungan gula dalam darah beliau tidak stabil dan hasilnya reaksi beliau tidak berminda positif.
Sebagai menteri yang menjawat portfolio penerangan komunikasi dan kebudayaan, beliau tidak boleh keluarkan fakta yang tidak logic dan tidak berasas. Seorang yang bergelar menteri tentu akan ditertawakan bila mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.
Mungkin masuk akal jika Rais mendakwa bahawa "perusuh" dari kelompok Patriot yang diangotai Pemuda Umno diberikan sogokan berbentuk wang ringgit untuk menyertai himpunan haram. Jumlahnya pun sangat sedikit
Rais Yatim saya lihat seolah-olah telah kekeringan idea untuk mencari bahan bagi membohongi rakyat. hasilnya perkara yang tidak masuk akalpun dijadikan isu untuk mengambarkan buruknya Pakatan Rakyat dan Himpunan Bersih.
Jika Umno-Bn buat himpunan atau apa-apa acara, secara tradisinya wajib ada nasi bungkus, bas, duit poket dan kain pelikat atau tupperware 1Malaysia, Jika tidak jumlah kerusi lebih banyak dari yang hadir.
Rakyat sudah tahu hakikat sebenar Himpunan Bersih diadakan, matlamat peserta bersih juga amat jelas, jika tidak masakan jumlah yang hadir hampir mencecah seratus ribu walaupun setiap hari rakyat ditabur fitnah terhadap bersih oleh media perdana supaya tidak ikut serta.
Tida ada upah satu sen pun yang mereka dapat melainkan dengan kesedaran untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin umno/BN yang ingin terus berkuasa dengan sistem pilihanraya yang banyak kepincangannya.
Rais Yatim telah cuba sedaya upaya untuk turut serta mempertahankan kepincangan yang dilakukan oleh umno/BN dan akan bersama dengan SPR sebagai pembekal oksigen terakhir bagi meneruskan survival UMNO-BN menjelang PRU 13,
Yakinlah Pakatan Rakyat akan pastikan objektif UMNO-BN ini bakal berkecai, angan-angan UMNO-BN untuk kekal berkuasa di Putrajaya cumalah khayalan yang bukan realiti.
Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar, 16 Ogos 2011 | Isu Murtad : Pejabat MB Dalam Proses Siapkan Laporan Lengkap Posted: 15 Aug 2011 02:00 AM PDT 15 Ramadhan 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 15 OGOS : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, baru-baru ini.
Khalid berkata beliau kini sedang menyiapkan laporan lengkap berhubung insiden itu di samping menunggu laporan lengkap Jais sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.
"Jais juga akan menyediakan laporan lengkap mereka berhubung hasil siasatan dan kajian mereka sementara Pejabat Menteri besar pula akan melihat dari segi undang-undang, oleh sebab itu ianya mengambil masa kerana untuk menghasilkan laporan lengkap kita mengambil kira kesemua aspek ini,"katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui selepas merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringakat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK hari ini.
Bagaimanapun, Khalid tidak menyatakan tarikh dan waktu untuk menghadap Sultan Selangor.
Menurut Khalid lagi, tindakan selanjutnya dalam menyelesaikan permasalahan seperti itu supaya tidak berulang di masa hadapan hanya akan diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Selangor.
"Cara bagaimana kuasa yang kita ada untuk menahan penyebaran-penyebaran agama lain disebarkan kepada masyarakat Islam, tetapi apakah cara-cara yang terbaik? Ini adalah antara jawapan yang perlu saya cari sebelum saya mengadakan perbincangan yang penuh (bersama) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,"katanya lagi.
Mengulas lanjut, Khalid turut menjelaskan laporan yang akan dipersembahkan kepada Sultan itu termasuk status sebenar gereja tersebut yang sebelum ini didakwa sebagai 'gereja haram' ekoran kelulusan bangunan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.
"Saya tidak mengatakan ia (Gereja Methodist Damansara Utama) melanggar kelulusan binaan tetapi kajian yang kami lakukan termasuk perkara ini, kami juga mengambil data-data berkaitan perkara ini,"jelasnya lagi.
TV SELANGOR/- | Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal Posted: 15 Aug 2011 01:51 AM PDT 15 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
- Bernama | |
Salam Perjuangan Posted: 15 Aug 2011 11:49 PM PDT SPR TIDAK SERIUS BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH Posted: 15 Aug 2011 08:22 AM PDT 15 Ramadan 1432 H | 15 August 2011
KUALA LUMPUR 15 OGOS : PAS mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) bahawa tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini.
"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.
"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan 'bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak'," ujar Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui satu kenyataan media.
Mutakhir ini pelbagai kecelaruan dalam daftar pemilih SPR didedahkan. Ianya termasuklah kes Mismah, kisah Kg Baru dan sejumlah pengundi klon yang membimbangkan banyak pihak.
Pengundi klon adalah mereka yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka. Bahkan tindakan SPR yang dilihat mudah menuding jari ke arah pihak lain di samping menyebut ia adalah "kesilapan teknikal" sukar diterima.
Namun bagi Tuan Ibrahim, kepincangan dan kecelaruan itu hanya menggambarkan kelemahan SPR dan JPN.
"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.
"Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara - siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" soal beliau.
Oleh itu katanya, SPR perlu melakukan pembaharuan.
"Rakyat meragui kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang, dan satu reformasi dalam sistem pilihan raya dituntut bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.
"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," katanya lagi. - tvsnews.net | UMNO 'MENANGGUK DI AIR KERUH' Posted: 15 Aug 2011 12:41 AM PDT 15 Ramadan 1432 H | 15 August 2011Tindakan UMNO cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.
Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.
Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.
Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya.
Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membuat kajian dan keputusan yang teliti. Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau.
Akan tetapi, bilamana Kerajaan Negeri Melaka memanjangkan tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi, tiada suara pemimpin Umno dan Perkasa yang tampil mengatakan Kerajaan Melaka tidak sensitif kepada umat Islam di bulan Ramadhan. Inilah gelagat pimpinan Umno-Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.
Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan. Demikian juga bilamana usul pencegahan umat Islam murtad dikemukakan dalam Parlimen oleh pimpinan PAS, mereka bukan sahaja tidak menyokong, sebaliknya usul itu berkali- kali ditolak oleh Parlimen.
Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus riuh-rendah di media kononnya ingin menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad.
Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap sunyi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya. Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok.
Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 15 Aug 2011 09:41 PM PDT Najib, mana buktinya?’ Posted: 14 Aug 2011 11:34 PM PDT Najib, mana buktinya?' 15 Ogos 2011 Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh mencabar Perdana Menteri memberi statistik untuk membuktikan dakwaan beliau. JEMPOL: Ketua PKR Jempol, Karip Mohd Salleh hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan bukti kononnya ramai peneroka memiliki kereta sehingga dua buah seorang. Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Najib dilaporkan berkata: "Kalau kita lihat hari ini rumah-rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo, yang kalau di Kuala Lumpur harganya mungkin mencecah RM1.5 juta. Ramai yang mempunyai kereta, sebahagiannya dua buah dan ada yang memiliki empat buah kereta." Membidas kenyataan Najib, Karip yang juga merupakan seorang peneroka dari Felda Serting Hilir 5 di sini mencabar Najib memberi statistik untuk membuktikan dakwaan beliau. "Saya mencabar Najib agar memberikan bukti bahawa daripada seramai 112,635 peneroka dari seluruh negara, berapa ramaikah yang memiliki kereta? Daripada jumlah yang memiliki kereta itu berapa ramaikah yang memiliki dua buah kereta dan empat buah kereta? "Jika peneroka memiliki kereta sekalipun, tolong nyatakan apakah ianya kereta baru atau kereta yang sudah uzur? Beliau menegaskan, "saya berbesar hati mengajak Perdana Menteri saya untuk bersama-sama melawat Gugusan Felda Serting dan Gugusan Felda Palong untuk melihat sendiri berapa ramaikah peneroka Felda memiliki kereta. Kereta milik anak mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka contohnya tidak harus diambil kira," kata Karip. Dibelenggu dengan hutang Karip kesal kerana gambaran yang diberikan oleh Najib seolah-olah peneroka kini mewah sedangkan hakikatnya peneroka masih dibelenggu dengan hutang puluhan ribu ringgit kepada Felda. "Najib turut mendakwa bahawa rumah peneroka banyak yang sudah bertaraf banglo. Banyak itu berapa? Bolehkah Najib memberikan peratusan peneroka memiliki rumah bertaraf banglo dan peratusan peneroka yang memiliki dua buah hingga empat buah kereta seorang daripada keseluruhan 112,635 peneroka? "Daripada mengatakan ramai peneroka memiliki dua buah kereta boleh tak Najib dan Felda umumkan berapa ramai pula peneroka yang masih tidak mampu memiliki kereta dan hanya menggunakan motosikal?," tanya Karip. Karip berkata kenyataan manis Najib tersebut mungkin mempengaruhi pengundi di kawasan bandar dan luar Felda yang tidak tahu situasi sebenar di Felda tetapi bukan di kalangan pengundi yang terdiri daripada peneroka itu sendiri. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/15/najib-mana-buktinya/ | |
MTD N24 Bemban Posted: 15 Aug 2011 09:24 PM PDT |
PAS Kawasan Miri Posted: 15 Aug 2011 07:21 PM PDT Muslimat PAS Miri Simpati Dengan Ibu Tunggal Posted: 15 Aug 2011 12:00 AM PDT Muslimat PAS Miri Turun Padang bersama ibu tunggal
Gambar Muslimat PAS Miri bersama ibu-ibu tunggal Miri - Baru-baru ini Lajnah Kebajikan, Dewan Muslimat PAS kawasan Miri telah mengadakan aktiviti bersama penduduk tempatan di Bandaraya Miri. Seramai 10 orang ibu tunggal dalam kawasan Permyjaya dan Tudan telah mendapat sumbangan sempena bulan Ramadhan yang mulia dari PAS Miri. Tujuan dan matlamat utama PAS Miri mengadakan majlis bersama masyarakat tempatan adalah untuk meringankan bebanan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan yang ramai dan yang berpendapatan kecil. Ini juga adalah sama dengan matlamat PAS menuju ke arah Negara berkebajikan. Dengan adanya aktiviti begini akan merapatkan lagi hubungan muslimat PAS Miri dengan masyarakat tempatan. Turut hadir bersama majlis ringkas tersebut YDP PAS Miri Jofri Jaraiee turut serta bersama ahli dan juga ketua Muslimat Kawasan Miri saudari Siti Balqis. Dalam majlis tersebut YDP PAS Miri mengingatkan betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam disamping kerjasama dengan semua kaum sebab PAS berjuang untuk semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama.
English version PAS Miri Women Wing goes to ground with Single Mothers
Pic PAS Miri Chief gives contribution one of the single mothers Miri - Recently, the Dewan Muslimat (Women Wing) welfare committee of PAS Miri has set the joint activities with local people in Miri City. A total of 10 single mothers in the area of Tudan and Permyjaya have received contributions during the blessed month of Ramadhan from PAS Miri. The purpose and aims of the PAS Miri held with local communities is to lighten the burden on single mothers with loads of dependents and a small income. This is the same as heading towards the goal of PAS welfare state. With this activity will strengthen PAS Miri Muslimah relations with local communities. Also attending the ceremony was PAS Miri chief Jofri Jaraiee and member with PAS Miri Muslimat leaders Puan Siti Balqis. In the event PAS Miri chief reminded of the importance of brotherhood in Islam as well as cooperation with all people as PAS fight for all people regardless of race or religion.
| Bandaraya Miri Perlu Perancangan Yang Teliti Posted: 14 Aug 2011 09:09 PM PDT MBM Perlu Telus dalam Melaksanakan Wang Pembayar Cukai Gambar Hiasan Bandaraya Miri Kita dapati perancangan projek-projek yang dibuat oleh pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) di bandaraya Miri sungguh membazir dan merugikan wang rakyat. Contoh yang jelas sekarang ini banyak pokok-pokok yang ditanam di sepanjang jalanraya dari Taman Selera Tanjong Lobang ke pusat bandar Miri di potong dan ini sudah tentu memakan kos yang tinggi. Walaupun tujuan pemotongan tersebut untuk membina laluan penunggang basikal dan orang ramai tetapi cara pengurusan MBM sangat tidak effective dan membazir wang pembayar cukai. Mereka sepatutnya merancang dengan teliti sebelum sesuatu projek dijalankan dan mesti dalam jangka masa yang panjang bukan hanya untuk sementara dan sebarangan seperti yang berlaku hari ini. Setiap kali ada pembinaan jalanraya baru atau melebarkan jalan sudah pasti banyak pokok-pokok dan tanaman hiasan ditepi jalan akan di musnahkan dan sudah tentu ini akan memakan kos yang tinggi. Kita minta agar pihak MBM merancang dengan lebih teliti sebelum sebarang projek dilaksanakan agar tidak merugikan wang rakyat. Antara lain tandas awam yang sepatutnya dibina dalam kawasan taman atau gerai makanan sepatutnya diberi keutamaan untuk keselesaan orang ramai bukannya membina projek yang membazirkan wang rakyat. Angin Ribut Merosakan Tempat Peniaga Pasar Malam Peristiwa yang baru berlaku kerosakan tempat perniagaan pasar malam di pusat Commercial Seberkas Miri akibat angin ribut pada hari ahad yang lalu dimana sebanyak 13 buah kanopi peniaga pasar malam rosak teruk, apa tindakan MBM untuk membantu serta menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil ini yang mengalami kerosakan tempat perniagaan mereka. Ini semua akibat perancangan yang tidak teliti dan boleh menyebabkan kerugian dan kecelakaan kepada orang ramai. Perkara macam ini yang patut kita semua elakkan kalau kita hendak merancang sesuatu projek. Keselamatan diutamakan. Kita minta agar pihak MBM lebih telus dan teliti dalam melaksanakan sesuatu projek yang menggunakan wang pembayar cukai. Diharap pihak MBM memandang serius perkara ini demi untuk kebaikan dan keselamatan rakyat. Jangan menggunakan wang pembayar cukai dengan sewenang-wenangnya semata untuk memenuhi kepentingan pihak tertentu. Kita mahu melihat Miri sebagai sebuah bandaraya yang terancang dan terindah dalam Malaysia ini. English version MCC Need Transparency in Implementing Tax Payer Money We find that the planning of projects made by the Miri City Council (MCC) in the city of Miri is very wasteful of public funds. The latest example is now a lot of trees planted along the road from the 'Taman Selera' at Tanjong lobang into the City Center in the cut-off would have been costly. Although the purpose of cutting is to build a path for cyclists and the public but the way MCC management is not very effective and a waste of taxpayers' money. They should plan carefully before any project is undertaken and must be in the long term not only for a while and simply like what happened today. Each time a new road construction or widening of the street would have a lot of trees and ornamental plants beside the road will be destroyed and certainly takes a high cost. We ask that the MCC to plan more carefully before any projects are implemented so as not to lose money. Among other project should be priorities is a proper public toilets built in the area of the garden or food outlets for the convenience of the public rather than build a project that wastes public money. Strong Wind Damage Night Market Stall The latest news event damage occurs where the night market in business Commercial central Seberkas Miri due to strong wind on the last Sunday where 13 canopy of the night market traders were damaged, what MCC do to help and solve the problem of small businesses that suffered their business. This is all due to no proper planning and can cause damage and harm to the public. Things like this we should all avoid if we want to plan a project. Safety is priority. We ask for the MCC for more transparent in implementing a project that uses taxpayers' money. It is hoped that the MCC take this very seriously in order for the benefit and safety of the people. Do not use taxpayers' money with impunity only to meet the interests of certain parties. We want to see Miri as a well-planned and beautiful city in Malaysia. | |
PAS LENGGONG Posted: 15 Aug 2011 07:04 PM PDT Zahid Hamidi sahaja yang tak reti bahasa dan membodohkan diri. Posted: 15 Aug 2011 12:15 AM PDT Minit Mesyuarat JK Fatwa P.Pinang Yang Meluluskan Larangan Guna Pembesar Suara!
Saya adalah antara blogger prihatin yang paling awal memberi ulasan menjawab isu larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran ketika subuh di P.Pinang. Saya menyokong tindakan berani JHAIPP yang saya kira cuba memperbetulkan apa yang selama ini difikirkan betul.
Seperti yang kita jangkakan, UMNO melalui media putar belitnya pasti akan spin isu ini seolah-olah merekalah yang lebih mengetahui tentang hukum syarak sedangkan apa yang sebenarnya cuba mereka perjuangkan ialah melayu, bukannya Islam. Jadi mereka akan berbuat apa sahaja demi melayu hingga sanggup menjual agama.
Jangan kita lupa bagaimana mereka melebung umat islam 1Malaysia dalam isu judi kuda di Pulau Pinang tidak lama dahulu. Mereka menyembunyikan hukum sebenar mengenai hukum mengurus kewangan negera dalam mengagih bantuan kepada fakir miskin.
Kali ini mereka sekali lagi menyerang kerajaan negeri P.Pinang dengan mengakatan kononnya arahan pengeluaran pekeliling larangan guna pembesar suara itu adalah dari DAP. Sesungguhnya negeri Pulau Pinang cukup sinonim sebagai medan UMNO mendagang agama demi kepentingan survivalnya.
Atas faktor menyampaikan kebenaran, saya tampil bersama minit mesyuarat jawatankuasa fatwa yang membawa kepada keputusan larangan tersebut. Mesyuarat tersebut juga telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Mufti Hj Hassan Hj Ahmad, seorang ulama yang disegani.
Bersama ini dikepilkan sekali senarai kehadiran, dalil dan dokumen berkaitan minit mesyuarat tersebut. (semuanya di awal entry kerana method update dari BB yg serba terhad)
Pujian harus diberikan kepada YB Malik selaku exco agama P.Pinang, termasuklah pegawai kerajaan negeri Chegu Zulkifli Mohamed dan Mohd Fitri Ibrahim dan Zulkifli Hj Ibrahim SAMM yang memainkan peranan besar dalam menangani isu yang cuba di'spin' oleh puak regim yang tidak bertanggungjawab. Tindakkan pantas memberi kefahaman berkaitan larangan tersebut menyelamatkan bukan sahaja JHAIPP dan pejabat mufti, malah martabat Islam juga tidak sempat dicemari dengan cubaan mengelirukan umat Islam.
Diharap dengan pendedahan dokumen penting ini, tidak akan ada masyarakat yang memandang serong terhadap keputusan yang dilakukan oleh JHAIPP, terutamanya apabila membabitkan tuduhan keterlibatan kerajaan negeri dalam melontarkan arahan. Apa yang kita sedia maklum, kerajaan negeri yang diketuai DAP sangat peka dan prihatin dalam menjaga martabat Islam di P.Pinang dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang melebihi kebanyakkan negeri lain.
Dalam entri ini juga, saya mengambil kesempatan memetik sepenuhnya kenyataan Dr Asri Di Bawah; Oleh: Dr Asri
Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat. Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan; 1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi s.a.w melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.
Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:
"Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini..boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:
"Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya. | Cerita yang paling lucu Posted: 14 Aug 2011 11:50 PM PDT Mat Sabu Upah Queen Elizabeth RM50.00 Untuk Pakai Baju Kuning...Huhu!! Rais dakwa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 Ogos 14, 11 9:07am Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, dakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan. "Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam. Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri. Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar. "Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya. Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang. | Sah umno dalang dalam mismah Posted: 14 Aug 2011 11:02 PM PDT Kalau tidak mengapa dia boleh gi cari sampai jumpa. Mengapa tak diberi peluang mismah itu bersuara supaya boleh didengar cakapnya. Tengok irasan rupanya masih menebal Mismah kena tunjuk dokumen sah ikut prosedur bukan hanya tunjuk kepada BN SHAH ALAM – Proses bantahan masih boleh dikemukakan termasuk meminta Mismah menunjukkan dokumen membuktikan tempoh dan proses permohonan menjadi warganegara. Setiausaha Pas Selangor, Saari Sungib berkata, pendedahan Mismah kepada umum banyak di manipulasi media tanpa membuktikan prosedur sepanjang permohonan dilakukan. Menurutnya, Pas tidak memfitnah sebaliknya maklumat pertukaran Mismah dari Penduduk Tetap (PR) kepada warganegara diperoleh melalui semakan pada sistem pengesahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan raya (SPR). "Kepincangan SPR perlu didedahkan untuk memastikan perjalanan Pilihan Raya Ke-13 berjalan dalam keadaan bersih, telus dan cekap. "Ini dibuktikan melalui kenyataan dikeluarkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengaitkan kesilapan mungkin berlaku berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak Jabatan Pendaftaran Negara," katanya kepada sinar Harian, semalam. Beliau berkata, pendedahan Mismah tidak melemahkan usaha menjejaki PR yang menjadi warganegara malah akan diteruskan dengan lebih giat di semua Dewan Undangan Negeri (DUN). Katanya, peruntukkan RM1 juta oleh Kerajaan Negeri akan digunakan sebaiknya untuk mengemukakan bantahan sekiranya terdapat kemusykilan dalam sistem pilihan raya. Terdahulu, nama Mismah mula dimainkan media selepas pendedahan Pas yang menemui 52 PR menjadi warganegara dikaitkan dengan penyelewengan pihak tertentu dalam usaha memenangi pilihan raya. | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Posted: 15 Aug 2011 04:19 PM PDT Kematian : Pengajaran kepada yang hidup Posted: 14 Aug 2011 10:46 PM PDT
Apabila melihat liang lahad dikorek oleh penggali kubur maka nyatalah bahawa berlaku kematian. Gambar ini dirakam ketika saya mengiringi jenazah Hj Zakaria Bin Hj Ahmad ke perkuburan di Masjid An-Najah, Ayer Hitam. Beliau merupakan bapa saudara saya yang telah terlantar sakit buah pinggang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sejak 10 Mei 2011 lalu. beliau kembali kerahmatullah ketika semua ahli keluarga sedang berbukia puasa di rumahnya.
Sebaik sahaja jenazah beliau dikebumikan, ramai ahli keluarganya yang turut serta menimbus kembali tanah yang dikorek. Mereka tidak melepaskan peluang untuk berbakti di saat-saat akhir kepada arwah. Semasa hayatnya, beliau pernah menjadi Setiausaha Masjid Ar-Rahman, Kerpan dan menggerakkan aktiviti jamuan moreh apabila menjelang Ramadhan pada setiap tahun sejak 1997.
Anak beliau yang bongsu, Fatimah Binti Hj Zakaria sedang menjirus air mawar di pusara. Beliau redha dengan pemergian ayah yang dikasihi dan rela menerima ketentuan taqdir Ilahi. Nun di sudut hati, ketabahan dan kesabaran menerima ujian Allah cukup sukar untuk direalisasikan walaupun mudah untuk diucap.
Saya menekuni satu persatu ayat yang diungkap oleh pembaca talqin. Rupanya suatu pengajaran kepada yang hidup agar mengambil iktibar apa yang telah berlaku kepada arwah yang telah menyahut panggilan Ilahi di saat kita semua bergembira melaksanakan ibadah Ramadhan. Jika diamati, isi talqin memberi pengajaran yang berguna kepada yang hidup agar mengikut segala suruhan Allah jika mahu selamat di Akhirat. | |
Pemuda Pas Caw. Kota Kemuning Posted: 15 Aug 2011 04:11 PM PDT |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 15 Aug 2011 03:53 PM PDT TANPA DAKWAT KEKAL , SYAK WASANGKA AKAN MENEBAL Posted: 15 Aug 2011 09:44 AM PDT Komen Teman : Tiba-tiba PM Malaysia terasa dan terakui bahawa pengendalian Pilihan Raya di Malaysia adalah disyakki ada manipulasi dan perkara yang tidak telus. Dengan tekanan dari BERSIH 2.O , PM terus mengelabah dengan mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihanraya pula. Ini memberi isyarat bahawa DS Najib sudah merasakan perasaan rakyat yang marah bila tuntutan BERSIH 2.0 tidak dipeduli oleh Kerajaan BN terutama penggunaan dakwat kekal. Pada hal ramai tidak setuju atau tidak mahu memandang atau memikirkan sebarang cadangan PM kecuali tuntutan BERSIH 2.0 yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia. PM Umumkan Penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya KUALA LUMPUR 16 Ogos - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) semalam mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata, jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu. "Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan. "Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini, maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di Wisma Bernama. Beliau berkata, langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau turut menegaskan, kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini. | AKU BUDAK BALUN PUN ADA ! Posted: 14 Aug 2011 06:09 PM PDT Selepas Solat Isyak diimamkan oleh Sdr Bendahari PAS Kawsan hulu Selangor, Sdr Syukri ahli PAS yang masih muda mengimamkan Solat Tarawekh dan Witir . Alhamdulillah semua ahli PAS sentiasa bersedia untuk diketengahkan dan dipertanggungjawabkan dengan segala tugas. Khusyuk mendengar Tazkirah Ustaz Suhairi. Sementara menantikan waktu Isyak. Aku Budak Balun pun hadir pada malam 13 Ogos tersebut. Solat Magrib selepas Iftar telah diimamkan oleh Ustaz Wan Shamsuddin. Tazkirah selepas Solat Tarawekh dan Witir telah disampaikan oleh Ustaz Suhairi yang amat syahdu penyampaiannya serta tegas dan jelas berkenaan haraki dan soal semasa yang perlu ditangani dan dilalui ahli PAS semua.Ustaz Fuzi telah bersusah payah membawa beliau selepas memberi tazkirah di Surau Al-Falah Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.Jazakallahhuhairan kepada beliau(Usatz Fuzi). | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 15 Aug 2011 03:25 PM PDT TG HADI AWANG : ISU GEREJA...KEMBALI KEPADA SIRAH NABI Posted: 15 Aug 2011 12:55 AM PDT Isu gereja: Kembali kepada sirah Nabi Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam.
Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.
Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40:
Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.
Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.
Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam:
Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.
Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.
Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.
Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :"Di mana tempat saya bersembahyang?" Paderi besar menjawab: "Di sini sahaja (dalam gereja)". Umar menjawab: "Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)".
Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.
Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf.
Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.
UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.
Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. "Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan". Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.
Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.
| PAK PANDIR OH PAK PANDIR!!! SPR OH SPR!!! Posted: 15 Aug 2011 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Ogos — PAS kesal dengan sikap "lepas tangan" Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila mengatakan bahawa "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh parti itu dan rakannya dari Pakatan Rakyat.
"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan 'bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak'," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Kata beliau, "kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada."
Dalam satu kenyataan Khamis lalu, ziz berkata masalah semasa adalah "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.
"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," jelasnya.
Tuan Ibrahim berkata, pengakuan SPR minggu lalu jelas kepada rakyat sebab himpunan Bersih 2.0 diadakan dan "kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut."
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihan raya negara ini.
"Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" tambah Tuan Ibrahim.
Justeru kata beliau, SPR perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti-parti politik terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
"Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihan raya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.
"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," kata beliau. | Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran. Posted: 14 Aug 2011 09:54 PM PDT
Oleh anakmuaallaf Bismillahirrahmanirrahim. Nak kongsikan ngan kawan2 semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa xdak apa yang kluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan SUBHANALLAH.. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusiaTip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, sungguh menakjubkan. | MARI GELAK!!! BERITA LAWAK DARIPADA PERKASA Posted: 14 Aug 2011 07:36 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam. Presidennya, Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian. Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam. ''Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi. "Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. -Utusan- Urmm... nak gelak je lah? Boleh tak? Hahahaha.. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 15 Aug 2011 01:27 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 15 Aug 2011 12:31 PM PDT Pemimpin perlu meng'Al-Quran'kan rakyat Posted: 14 Aug 2011 11:07 PM PDT oleh: Faeez Azahar Manjung- PAS menyarankan kepada pemimpin supaya mendidik masyarakat di negara ini tentang ajaran Al-Quran yang sebenar. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata rakyat mengalami masalah kefahaman tentang ajaran Al-Quran yang sebenar. "Pemimpin perlu meng'Al-Quran'kan rakyat agar rakyat mengetahui Islam secara menyeluruh yang telah disyariatkan olehNYA di dalam Al-Quran". Katanya ketika Majlis Berbuka di Surau Madah Manjung baru-baru ini Ustaz Abu Bakar dalam tazkirahnya selepas menunaikan solat tarawih menyeru supaya membersihkan hati rakyat daripada fahaman-fahaman yang tidak benar. "UMNO telah berjaya menyempitkan pemikiran rakyat tentang Islam. "Selagi hati rakyat tidak dibersihkan, rakyat tidak akan dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS," jelas beliau. Pasa majlis yang dianjur oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak tersebut, lebih 200 orang telah hadir memenuhi Surau Madah. Program bermula dengan ucapan pimpinan dan berbuka seterusnya tazkirah daripada Pesuruhjaya PAS Perak. | Ziarah Pimpinan mendapat sambutan Posted: 14 Aug 2011 11:05 PM PDT | |
PEMUDA PAS DUN KIJAL Posted: 15 Aug 2011 12:04 PM PDT |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 15 Aug 2011 10:31 AM PDT Mai UMCO dengaq cakap ulamak, jgn dok pikiaq Islam ikut kepala hotak Posted: 14 Aug 2011 11:23 PM PDT Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.
Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;
1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.
3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.
4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.
Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.
Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).
"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.
Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.
5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.
Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.
"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?
Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.
Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.
Oleh: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN | Jawab Mashitah : PAS pilih JAIS atau DAP ...jawabnya PAS Pilih ISLAM Posted: 14 Aug 2011 11:22 PM PDT
Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini. Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan. Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising? Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno. PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita. PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu. Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat. PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman. Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita? Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya .. Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...................... | |
Jasindaily Online Posted: 15 Aug 2011 10:30 AM PDT |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 15 Aug 2011 09:48 AM PDT ADUN SELAT KLANG sumbang barang dapur lelaki patah kaki Posted: 14 Aug 2011 09:50 AM PDT 14Ramadhan 1432h DUN SELAT KLANG ADUN Selat Klang,YB Dr Hjh Halimah Ali bersama pimpinan PAS tempatan menziarahi 7 buah rumah orang marhaen, orang sakit sambil membawa sedikit keperluan dapur untuk mengurang beban keluarga mereka. Seorang lelaki, bapa kepada 5orang anak berumur 49tahun ditimpa kemelangan Disember 2010.Tulang kaki kirinya remuk dan terpaksa dimasukkan besi yang menembusi kulit dalam rangka besi seperti bubu.Beliau tidak bekerja selama lebih 9bulan.Isteri pun tidak bekerja,3 orang anak bersekolah. Seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelaki bujang yang tidak berapa normal.Anak dan cucu dirumah sekeliling masing-masing mempunyai bebanan keluarga dan berpendapatan rendah. Seorang warga emas yang tidak dapat meluruskan kaki kanannya dan terlantar dilantai sudah tidak bertukar lampin 24 jam.Bau hancing menusuk hidung kami.Isterinya yang sakit buah pinggang menyatakan tak sanggup beli lampin pakai buang.Anaknya yang telah dewasa 2 orang tinggal bersama dan mereka tidak bekerja.Pencen sipesakit sebanyak RM700 untukbiayai makan anak isteri dan dirinya yang sakit kronik. Kedatangan YB ADUN menceriakan si penderita dan memberi seribu harapan untuk terus menghadapi hidup masa depan dengan tabah dan isnyaallah pembelaan. | |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 15 Aug 2011 09:20 AM PDT ISU GEREJA - KEMBALI KEPADA SIRAH NABI DAN SAHABAT Posted: 14 Aug 2011 11:50 PM PDT Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam. Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas. Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan. Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil. Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 : Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."
Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara. Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan. Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam: Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.
Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.
Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.
Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :"Di mana tempat saya bersembahyang?" Paderi besar menjawab: "Di sini sahaja (dalam gereja)". Umar menjawab: "Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)".
Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna. Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam. UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara. Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. "Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan". Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 15 Aug 2011 09:05 AM PDT |
PAS Kulaijaya Posted: 15 Aug 2011 07:22 AM PDT |
Dewan Pemuda PAS Tawau Posted: 15 Aug 2011 07:15 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan