Datuk Seri Nazri Aziz berkata keputusan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi — akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap pada sidang media selepas menerima surat rasmi daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diketuai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Nazri berkata, perkara itu akan dimaklumkan kepada Perdana Menteri petang ini di Putrajaya.
"Saya telah dihubungi Yang Berhormat Salahuddin Ayub tentang perkara ini dan saya difahamkan satu memorandum mahu diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan saya bersetuju untuk menerima bagi pihak Perdana Menteri.
"Petang ini, saya akan hadir di satu majlis berbuka puasa bersama perdana menteri, insya-Allah saya akan sampaikan memorandum ini kepada perdana menteri petang ini," katanya.
Ditanya sama ada sidang tergempar Parlimen perlu diadakan bagi membahaskan perkara itu, Nazri (gambar), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, ia akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Najib.
"Apa pun saya akan bawa perkara ini kepada Perdana Menteri dahulu dan setelah berbincang dengan Perdana Menteri, baru kita akan berikan respons.
"Saya tidak boleh mendahului Perdana Menteri dalam hal ini," katanya.
Beliau juga tidak memberikan sebarang jawapan mengenai desakan Pakatan Rakyat agar sidang tergempar Parlimen itu diadakan dalam tempoh tujuh hari, sebaliknya Nazri berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu.
Semalam Salahuddin berkata, Pakatan Rakyat memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Turut hadir dalam majlis penyerahan hari ini ialah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad dan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff.
Nazri juga menambah bukan menjadi satu halangan untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen semasa bulan Ramadan kerana perkara itu pernah berlaku sebelum ini.
"Kita pernah adakan sidang Parlimen pada bulan Ramadan, kalau tidak silap awal tahun 2000 kemudian dicadangkan supaya bersidang selepas bulan Ramadan.
"Kalau dibuat pada bulan Ramadan tiada masalah, sebab bulan puasa bukan halangan untuk kita," katanya.
Terlebih dahulu, Salahuddin dalam sidang media berkata pihaknya serius untuk menyelesaikan perkara itu yang disifatkan sebagai pengkhianatan kepada negara.
"Kami mahu sidang tergempar Parlimen diadakan dalam tempoh tujuh hari, kita tidak boleh tunggu untuk sidang seterusnya pada Oktober.
"Kami ada bukti bahawa perkara ini berlaku dan kami mahu perdana menteri bertanggungjawab dan komited untuk membersihkan daftar pemilih," katanya.
Sementara itu, Mahfuz menambah, pemberian status kewarganegaraan kepada pemastautin tetap dalam tempoh yang singkat akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja dan Perlembagaan Persekutuan.
"Ia juga melibatkan hal keselamatan negara, bagaimana warga asing boleh diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang singkat? Bukan boleh beri kepada semua orang, mereka tidak membantu memajukan negara.
"Ia akan mengancam kedudukan Majlis Raja-raja… mereka juga tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
Assalamualaikum.wrhkh.., pihak kami memohon maaf kerana tidak dapat mengaktifkan blog ini buat sementara waktu oleh kerana kesibukan dan berlaku sedikit ganguan teknikal. Walau bagaimana pun InsyaAllah blog ini akan beroperasi semula dalam masa terdekat ini.
" Apabila datang Ramadhan yang mulia, banyak tempat akan mengadakan pasar yang menyediakan banyak pilihan makanan dan juadah untuk berbuka puasa. Pasar ini yang juga lebih dikenali sebagai 'Bazar Ramadhan' sangat memberi faedah buat masyarakat terutamanya buat pasangan suami isteri yang bekerja. Kesuntukan masa dan kepenatan balik dari tempat kerja tidak mengizinkan mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa dengan sendiri. Justeru, 'Bazar Ramadhan' adalah jawapannya. Adanya 'Bazar Ramadhan' bukan sahaja menyediakan kemudahan buat masyarakat, malah peluang seperti ini sangat dinanti-nantikan oleh para peniaga. Betapa Ramadhan menyediakan peluang buat mereka untuk menggandakan pendapatan. Syukur alhamdulillah. Masing-masing tahu akan kebaikan 'Bazar Ramadhan'. Jadi, tulisan ini bukanlah mahu membincangkan tentang kebaikannya. Kerana kebaikannya semua sudah maklum.
Tulisan ini dibuat bagi memberi peringatan kepada pembaca sekalian supaya berhati-hati tatkala menghadiri ke 'Bazar Ramadhan'. Kerana sangat jelas pembaziran banyak berlaku kepada setiap orang yang masuk ke sana. Supaya 'Bazar Ramadhan' tidak menjadi 'Bazir Ramadhan'.
Pembaziran Wang
Sebut sahaja menu apa pun, tentu boleh dijumpai di Bazar Ramadhan. Samada ala-kampung, ala-bandar, ala-arab, ala-cina, ala-barat atau lain-lain ala, boleh dikatakan ada tersedia di Bazar Ramadhan. Lelaki atau perempuan yang selama ini mengidam sesuatu jenis makanan, menggunakan masa ini untuk menyampaikan hajat masing-masing.
Disebabkan perut sedang lapar dan tekak sedang haus, jadi ramailah yang terlajak tatkala membeli-belah. Itu nak, ini pun nak. Kesemua sepuluh jari hampir dipenuhi dengan plastik-plastik bungkusan makanan untuk dibawa pulang berbuka puasa. Sedangkan yang diperlukan hanya dua atau tiga jenis makanan sahaja untuk berbuka puasa. Maka berlakulah pembaziran wang.
Pembaziran Makanan
Akibat dari pembelian yang terlebih, kadang-kadang seseorang tidak dapat menghabiskan makanan-makanan yang dibeli. Kuih lima biji, hanya 2 biji dimakan. Nasi sebekas, hanya suku diusik. Juadah-juadah yang lain hanya diusik sepertiga sahaja. Hasilnya, banyaklah makanan yang terbiar begitu sahaja yang akhirnya ke tong sampah destinasinya. Menyedihkan.
Dari pembaziran wang, terjadi pula pembaziran makanan. Alangkah baiknya jika wang yang lebih itu dibeli makanan untuk golongan anak yatim, miskin atau yang susah kehidupannya. Betapa sayunya hati mereka jika mereka melihat perbuatan sesetengah kita yang membazirkan makanan. Sedangkan mereka sangat susah untuk mendapat sesuap nasi.
Pembaziran makanan ini bukan sahaja terjadi kepada si pembeli, malah si peniaga juga kadang-kadang terpaksa membuang makanan yang tidak habis dijual ke dalam tong sampah. Mungkin jika makanan itu masih dalam keadaan baik, boleh dipertimbangkan untuk ia diberikan kepada surau atau masjid untuk dijadikan juadah moreh atau minum malam golongan-golongan yang susah.
Pembaziran Masa
Ramai yang membazir masa di Bazar Ramadhan. Terutama para remaja yang sekadar ingin berjalan-jalan di pasar tersebut. Ada yang cuma hendak berjumpa dengan rakan-rakan atau mungkin juga ingin 'mencuci mata'. Yang dewasa juga kadang-kadang meluangkan masa sehingga sejam atau dua jam berjalan-jalan di Bazar Ramadhan bagi mencari makanan untuk berbuka puasa. Kadang-kadang sudah dua pusingan berjalan, masih belum berjumpa lagi dengan juadah yang berkenan di hati.
Masa yang terluang itu dibazirkan begitu sahaja. Sedangkan lebih baik masa itu diluangkan untuk berada di rumah bersama keluarga. Diisi dengan ramah mesra dengan ahli keluarga atau sesi tadzkirah bersama keluarga. Ataupun membaca al-Quran sehelai dua. Perbuatan sebegini tentunya lebih melahirkan faedah yang banyak buat diri.
Pembaziran Tenaga
Hasil dari pembaziran masa, berlakulah juga pembaziran tenaga. Disebabkan masa yang diluangkan untuk berjalan-jalan di Bazar Ramadhan terlalu lama, jadi banyak tenaga dibazirkan di situ. Badan mudah menjadi letih dan ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada ibadah yang bakal yang dilakukan pada sebelah malam. Sedangkan banyak lagi aktiviti yang lebih bermanfaat yang boleh dilakukan dari menggunakan tenaga yang ada untuk terlalu lama berada di Bazar Ramadhan.
Pembaziran Pahala
Seperti yang kita ketahui, Bazar Ramadhan selalu dihadiri oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Mengikut pengalaman yang lepas, apabila hadir ke Bazar Ramadhan, cabaran untuk menjaga pandangan mata amat tinggi, terutama buat lelaki muslim. Memang lumrah dan fitrah lelaki suka melihat wajah dan susuk wanita. Jika gagal menjaga pandangan mata, maka terbazirlah pahala-pahala puasa Ramadhan begitu sahaja.
Ramainya orang di sana juga menyebabkan lidah juga kadang-kadang tidak terkawal. Minda juga berfikir yang bukan-bukan. Ditambah pula aktiviti berlanggar bahu antara lelaki dan perempuan yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, malah persentuhan kulit antara penjual dan pembeli yang bukan mahram juga selalu terjadi. Pahala yang penat lelah sudah dikutip sejak pagi jatuh satu persatu diganti dengan dosa.
Si peniaga pula kadang-kadang untuk melariskan jualan, mulalah 'menanam tebu di pinggir bibir'. Cakap itu dan ini. Sebahagiannya ada yang tidak benar. Maka, terbazirlah pahala puasa si peniaga.
Justeru, para pembeli dan peniaga mesti hati-hati sungguh dalam bab ini. Jika ingin ke Bazar Ramadhan untuk membeli keperluan untuk berbuka puasa, ya silakan. Tetapi mesti ditundukkan pandangan mata, dijaga lidah dan lain-lain pancaindera. Apabila semua keperluan sudah dipenuhi, keluarlah dari Bazar Ramadhan dengan segera supaya tidak berlaku pembaziran pahala.
Pembaziran Peluang
Ramadhan datang dalam setahun hanya sekali. Disebabkan oleh ia datang sekali setahun, maka peluang untuk mengutip semua kebaikan di dalam bulan Ramadhan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
Sayang sekali, ramai di kalangan penjual terlepas ibadah-ibadah sunnat yang utama kerana mereka terlalu menumpukan perhatian mereka kepada peluang untuk mendapat keuntungan di Bazar Ramadhan. Peluang untuk mendapat pahala yang besar di dalam bulan Ramadhan seperti solat fardhu secara berjemaah khususnya pada waktu Asar dan Maghrib dibazirkan dan dilepaskan begitu sahaja. Malah kadang-kadang amalan seperti membaca al-Quran dan berdzikir juga tidak dilakukan disebabkan oleh persiapan untuk berniaga yang dilakukan sejak dari pagi lagi.
Alangkah bagusnya jika para peniaga dapat mengambil cakna dalam hal ini. Kita doakan agar mereka semua diberikan hidayah dan taufiq oleh ALLAH agar mempunyai sifat ingin berlumba-lumba untuk mengejar keuntungan di akhirat juga, bukan setakat keuntungan di dunia.
Jangan Membazir
Semoga dengan tulisan ini bisa menjadikan kita semua lebih berhati-hati tatkala berada di Bazar Ramadhan. Janganlah kebaikan yang terdapat di Bazar Ramadhan itu memberikan keburukan buat diri kita, terutama dalam bab pembaziran.
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala berfirman yang maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah Al-Isyra', ayat ke 27)
Pembaziran adalah perbuatan Syaitan. Dan orang-orang yang terlibat dengan pembaziran adalah tergolong di dalam kalangan saudara kepada Syaitan. Moga kita semua dijauhi dari sifat yang buruk ini, amin.
Ambillah peluang Ramadhan yang hanya hadir sekali dalam setahun ini sebaik-baiknya. Janganlah kita bazirkan wang, makanan, masa, tenaga, pahala dan peluang berada di bulan yang mulia ini dengan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin.
08 Ramadhan 1432H. [MOD] - Dicatat oleh Naim Qlate
Soalan 1:
SESEORANG yang telah cukup segala syarat wajib zakatnya tetapi dengan sengaja menangguhkannya tanpa sebarang keuzuran sehingga berlaku kebakaran menyebabkan hartanya rosak, apakah dia masih wajib berzakat?
Jawapan:
Seorang muslim yang baik ialah mereka yang bersegera melaksanakan kewajipan apabila telah cukup syaratnya. Jika sudah mempunyai harta melebihi nisab dan menggenapi haul tetapi sengaja menangguhkannya tanpa sebarang alasan, bermakna seseorang itu bersikap acuh tak acuh kepada perintah Allah SWT.
Apabila hartanya rosak kerana sesuatu musibah, maka dia ditakrifkan sebagai muslim yang lalai dalam kewajipannya, kerana bertangguh-tangguh sehingga hartanya rosak baharu teringat untuk berzakat.
Dalam kes ini, dia dianggap berhutang dengan Allah SWT dan wajiblah membayar zakatnya apabila dia sudah memiliki kemampuan dalam hartanya.
Inilah pandangan ulama yang dianggap rajih (kuat), seperti pandangan Ibn Hazm, Imam Ahmad, Abu Hanifah Syafiie, Ibn Qudamah dan ramai lagi.
Ini kerana, ia adalah satu hutang kepada Allah SWT, maka ia wajib dilunasi seperti mana hutang manusia sesama manusia. Wallahua'lam. (Rujuk Sayid Sabiq, Fikih Sunah, Jilid 3, hal. 82).
Soalan 2 :
DI DALAM sebuah buku fikah, saya pernah terjumpa bahawa asas pengiraan nisab zakat bukanlah dinilai kepada 85 gram emas; sebaliknya dinilai kepada berat 94 gram emas. Saya keliru, kenapakah ada perbezaan dan berat emas manakah yang lebih tepat di sini?
Jawapan:
SUKACITA dimaklumkan, nisab emas di Malaysia khususnya di Selangor, disandarkan kepada berat 85 gram emas semasa sebagaimana yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Walau bagaimanapun, memang ada beberapa buah negara lain yang menyandarkannya kepada berat yang berbeza, misalnya 94 gram emas.
Hal ini terjadi, disebabkan wujudnya variasi kepada kualiti emas berdasarkan campuran logam lain ke dalamnya.
Misalnya terdapat emas tulen (99.99 peratus emas), emas 24 karat (97 - 98 peratus), emas 23 karat (96.5 peratus), emas 22 karat (91.6 peratus), emas 18 karat (75 peratus) dan emas 14 karat pula 58.5 peratus. Ada juga emas dinamakan emas 999, emas 950 dan emas 916 berdasarkan mutunya.
Perbezaan kualiti emas ini menyebabkan berbeza harga. Maka, harga-harga itulah yang digunapakai oleh pihak berkuasa agama bagi sandaran nisab zakat di tempat mereka.
(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan 2) Alkohol 3) Sinaran cahaya matahari 4) Pengambilan ubat 5) Perokok yang tidak aktif 6) Tembakau 7) Radiasi 8) Pekerjaan 9) Pencemaran air dan udara 10) Keturunan
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng 2) Hindari makanan ringan yang masam 3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas 4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin 5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. "Bah Kut Teh" (daging babi) Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana . Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".
4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)
6. Bawang Goreng segera . Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pada hadits yang beliau riwayatkan dari Rabbnya Azza wa Jalla. Beliau Bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menetapkan semua kebaikan dan kejelekan, kemudian menerangkannya. Barangsiapa yang meniatkan satu kebaikan lantas tidak jadi ia amalkan, maka Allah telah mencatatnya sebagai satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat lantas ia amalkan, maka Allah mencatat untuknya 10 kebaikan sampai 700 kali lipat, bahkan sampai pelipatgandaan yang tidak terbatas.
Dan barangsiapa yang berniat melakukan kejahatan kemudian tidak jadi ia amalkan, maka Allah telah mencatat hal untuknya sebagai satu kebaikan disisi-Nya secara sempurna, dan jika ia berniat kejahatan dan jadi ia lakukan, maka Allah mencatat itu untuknya sebagai satu kejahatan saja."(HR. Al-Bukhari no. 6491 dan Muslim no. 131)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Allah Ta'ala berfirman:
"Jika hamba-Ku ingin melakukan kejahatan maka janganlah kalian (para malaikat) catat hingga ia melakukannya, dan jika ia telah melakukannya maka catatlah sebagaimana adanya (yakni satu dosa), tapi jika ia meninggalkannya karena Aku maka catatlah itu sebagai satu kebaikan baginya. Jika ia berniat melakukan kebaikan sedang ia belum melakukannya maka catatlah itu sebagai satu kebaikan baginya, dan jika ia melakukannya maka catatlah itu untuknya sebagai 10 kebaikan sampai 700 kali lipat." (HR. Al-Bukhari no. 7501)
Penjelasan ringkas:
Di antara rahmat Allah serta keluasan keutamaan dan kemurahan-Nya, Dia menetapkan bahwa siapa saja yang sudah hendak berbuat suatu kebaikan lalu dia mengamalkannya maka Allah akan membalasnya dengan minimal 10 kali lipat sampai 700 kali lipat, bahkan bisa lebih dari itu. Tapi jika dia tidak jadi mengamalkannya dan meninggalkannya karena ada sesuatu uzur yang menghalanginya maka kehendak dia tadi sudah dicatat sebagai 1 kebaikan untuknya. Akan tetapi jika dia meninggalkan amalan itu karena memang dia berubah menjadi membenci amalan itu atau karena membatalkan niatnya tadi tanpa ada uzur, maka niat dan kehendaknya tadi tidak akan terhitung sebagai kebaikan sama sekali.
Sementara siapa saja yang sudah berkehendak untuk melakukan kejelekan lalu dia melakukannya maka itu hanya dihitung sebagai 1 kejelekan pula sebagaimana jumlah kejelekan yang dia lakukan. Akan tetapi jika dia meninggalkannya KARENA ALLAH maka ini akan dicatat untuknya sebagai 1 kebaikan. Adapun jika dia meninggalkannya bukan karena Allah, misalnya karena takut atau malu kepada manusia atau memang dia membenci kejelekan itu secara tabiat atau karena ada penghalang yang menghalanginya yang seandainya bukan karena halangan itu dia akan melakukannya, maka dia tidak dianggap sebagai suatu kebaikan akan tetapi tetap dicatat sebagai satu kejelekan.http://al-atsariyyah.com/keutamaan-meninggalkan-kejelekan.html#more-3179
" Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) Al-Israa' 23
" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" Al_Israa' 24.
Disamping ayat-ayat di atas banyak lagi ayat-ayat Al-Quran dan Hadis berkaitan kemestian berbuat baik kepada kedua ibubapa.
Namun dua ayat di atas sudah memadai untuk kita tahu bagaimana pentingnya dan besarnya peranan mereka dalam urusan hidup dan mati kita. Tanpa mereka siapalah kita. Sepanjang masa eloklah sentiasa bermuhasabah bagaimana telah dan seharusnya kita memelihara hubungan dengan kedua ibubapa kita.
Tidak ada alasan untuk tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa samaada mereka masih hidup, masih sihat apatah lagi jika mereka sudah uzur atau pun setelah mereka meninggalkan kita.
Oleh kerana ini adalah ayat Al-Quran maka ia adalah perintah untuk berbuat baik, tidak kurang ajar dan disamping itu mendoakan kepada mereka kesudahan yang baik agar dianugerahkan Allah kebaikan dunia dan akhirat.
Ramai Ulama mengatakan bahawa jika kita tidak mendoakan mereka walau tercicir satu hari pun maka kita sudah tergolong dalam golongan orang yang derhaka kepada Allah dan kepada kedua orang tuanya . Oleh itu jadikanlah berdoa untuk kebaikan kedua orang tua ini sebagai amalan kita setiap masa, janganlah kita kikir untuk menadah tangan untuk berdoa. Berdoa boleh dilakukan tidak sahaja dalam solat, lepas solat, sewaktu berjalan, dalam kenderaan, sewaktu hendak tidur, bangun dari tidur malahan dimana sahaja selagi kita berupaya.
Dalam satu riwayat ada mengatakan Rasulullah pernah satu ketika sewaktu menaiki mimbar untuk berkhutbah, berhenti sebentar di setiap satu dari tiga anak tangga mimbar dan menyebut Amin sekali setiap kali berhenti sebelum memulakan khutbah.
Selepas turun dari mimbar baginda ditanya apakah yang berlaku, apakah perintah baru yang diterima? Baginda menjawab bahawa baginda mengaminkan tiga Doa yang dibaca oleh Jibril, salah satunya ialah "Celakalah sesiapa yang mengabaikan kedua ibubapa semasa mereka masih hidup."
Kebelakangan ini dalam media cetak, seperti akhbar dan majalah, melalui TV, Radio dan Media Internet dan sebagainya, sudah banyak berita sedih termasuk yang bergambar, memaparkan layanan buruk anak-anak terhadap ibubapa mereka. Bukan sahaja ibubapa tidak dilayan dengan baik tetapi hinggakan ada yang sanggup mencederakan dan membunuh mereka.
Sudah banyak tulisan dan ulasan cerdik pandai dan guru-guru agama berbicara tentang perkara ini tetapi kadangkalanya terlalu umum dan juga kerana kesibukan kita tiada masa untuk membaca buku atau tidak tersampai fikiran kita tentang apa yang boleh dilakukan dalam memenuhi tuntutan Allah ini.
Justeru itu, di sini dikemukakan semula beberapa contoh yang dapat dikutip dari pengalaman, pembacaan, kuliah, pemerhatian dan juga kupasan beberapa para ilmuan. Apa yang pasti, ambillah, dan hayatilah serta sesuaikanlah dengan situasi di mana yang perlu.
Sesungguhnya dunia ini amat luas dan penuh dengan pengajaran jika kita mahu berfikir dan mahu mengambil pengajaran daripadanya.
"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). AL-Jumaah 10
Sewaktu seorang atau keduanya masih hidup.
1. Jika keduia ibubapa kita tinggal bersama kita, jagalah adab sopan, layanlah dan gembirakanlah mereka dengan sewajarnya. Janganlah kita menyempitkan hidup mereka. Elakkan menjadikan mereka seperti hamba atau orang suruhan dengan melakukan sebarang kerja yang sepatutnya kita lakukan. Cukuplah segala kesusahan yang mereka hadapi sewaktu memelihara dan membesarkan kita.
2. Jika mereka keuzuran atau sakit, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik dan lemah lembut untuk mendapatlkan rawatan walaupun ramai orang tua tidak mahu dengan berbagai alasan yang kadangkalanya hanyalah rekaan semata-mata.
3. Jangan menampakkan sebarang perselisihan jika berlaku antara mana-mana pasangan suami isteri atau adik beradik di hadapan ibubapa, sembunyikanlah semua masalah sedapat mungkin hatta kalau perlu sehingga terpaksa berlakon sekalipun kecualilah kalau sudah tidak dapat diperbaiki lagi. Cuba selesaikan masalah tersebut tanpa melibatkan mereka.
4. Sekiranya tinggal berasingan, gembirakan mereka dengan sentiasa mengunjung jika ada kelapangan. Dengan media telekomunikasi yang pelbagai hubungilah mereka sekerap yang mungkin Jika berpeluang berkunjung jangan sekali-kali menceritakan masalah kita kepada mereka, kita bukan sahaja tidak dapat menggembirakan malahan akan menambah berserabut pula fikiran orang yang sentiasa perlukan ketenangan itu.
5. Jika menghadapi apa-apa masalah, kewangan contohnya, cubalah elakkan dari menambah beban kewangan mereka, cubalah selesaikan dengan kaedah dan cara sendiri yang tidak menyusahkan mereka kecualilah mereka benar-benar mampu membantu kita.
6. Sebagai contohnya dalam bulan Ramadan ini, kalaupun tidak dapat selalu, sekali sekala bawalah keluarga, bawalah isteri atau bagi isteri pula pujuklah suami dan anak-anak pulang berbuka puasa dengan ibubapa, bawalah sedikit buah tangan berupa makanan dan kuih-muih untuk dinikmati bersama. Semua anak tentu tahu makanan kegemaran ibubapa mereka.
7. Lebih molek dan lebih mulia barakahnya jika sewaktu berkunjung, kita dapat solat berjemaah, solat maghrib contohnya secara bersama..
8. Lebih tinggi nilai bakti kita di sisi Allah jika dapat pula membawa mereka terutama yang agak uzur yang tak mampu pergi sendiri ke masjid atau surau untuk bersolat tambahan pula solat Isyak dan tarawih di bulan Ramadan ini. Sesungguhnya ibubapa tidak akan meminta berlebihan, tetapi perihatinlah bahawa jiwa orang Islam mana yang tidak mahu mendekatkan diri mereka dengan masjid dan surau bila telah berusia tua..
9. Tidak semestinya mereka tiada wang, tetapi apalah salahnya kita beli sehelai dua pakaian untuk menggembirakan dan menyejukkan hati mereka, contohnya, sehelai dua tudung kepala untuk ibu dan songkok atau kopiah untuk bapa, mustahil kalau tidak tahu saiz dan warna kegemaran mereka, sedangkan harganya pula tidak seberapa.
10. Jika hendak pulang berbuka puasa di bulan Ramadan ini, pulanglah awal sedikit jangan sudah hampir masuk maghrib baru sampai kerana jika awal, kita ada banyak masa yang boleh digunakan untuk berbual sedikit sebanyak bertanya khabar dan mengetahui jika ada masalah yang mereka hadapi. Jika sebaliknya, kita akan kesuntukan masa kerana selepas berbuka kita akan disibukkan dengan makanan, solat dan lain-lain keperluan.
Mungkin ada anak-anak akan berkata, ini sukar dilakukan kerana pendapatan kami rendah, gaji kami kecil, anak-anak kami ramai, banyak keperluan lain lagi perlu diselesaikan, ataupun ada yang berkata, orang tua kami orang senang, tak kurang apa-apa, rumah mereka besar, tak pernah dengar mereka merungut apa-apa pun dan lain-lain lagi.
Sayugia kita berfikir dan faham bahawa dua ayat ini adalah ayat perintah. Tentulah banyak hikmah dan pengajaran yang terlindung di dalam keperluan taat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa.
Kita harus sedar bahawa kita juga akan jadi seperti mereka. Bila anak-anak sudah dewasa, walaupun ada masalah, semua ibubapa akan cuba untuk tidak menyusahkan fikiran anak-anak, apatah lagi kalau hendak membebankan mereka dengan masalah yang dihadapi. Terpulanglah kepada anak-anak bagaimana mencampuri dan melayani kedua ibubapa mereka.
Yang masih bujang lihat dan tanyalah kepada rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak bagaimana susahnya mereka mendidik dan membesarkan anak-anak terutama dalam dunia serba mencabar sekarang ini.
Jika mereka telah meninggal dunia
1. Sedekahkanlah Al-Fatihah banyak-banyak dan sentiasalah memohon keampunan Allah untuk mereka. Dengan itu mudah-mudahan Allah akan mengampunkan dan menempatkan mereka bersama orang-orang yang Allah kasihi.
2. Infakkan sebahagian harta dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita atas nama mereka kerana tidak akan kerugian apa-apa, pahalanya tetap kita perolehi tanpa dikurangkan sedikit pun oleh Allah..
3. Langsaikan semua hutang mereka dan jika belum terlaksana tunaikan ibadat haji dan umrah ibubapa kita secepat mungkin.
4. Ziarahlah rakan dan sahabat kedua ibubapa kita kerana ini secara tidak langsung akan menambah jumlah orang yang akan berdoa untuk mereka.
5. Teruskanlah apa-apa kerja baik yang kedua orangtua kita lakukan semasa mereka hidup. Insyaallah, Allah akan tambahkan pahala kepada mereka seolah-olah mereka yang terus melakukannya
6. Maafkanlah apa-apa kesalahan mereka kepada kita jika ada, kerana sesungguhnya tidak ada ibubapa yang ingin berbuat keburukan kepada anak-anak kecuali dalam keadaan dipaksa, jahil dan pelupa.
7. Rujukkan nama mereka dengan perkara yang baik-baik sahaja dan jauhkan mengungkit-ungkit apa-apa yang tidak baik.
Diamping itu banyak lagi perkara-perkara yang mampu kita lakukan sama ada ibubapa kita masih hidup ataupun sudah tiada
Fikirkanlah sejenak bagaimana baginda Rasulullah melayan ibu susuannya (ibu angkatnya) sehingga berusia tua dengan layanan istimewa sedangkan kedua ibubapa baginda sudah tiada sejak baginda kecil lagi.
Sebagai penutup kali ini marilah kita hayati dua lagi ayat Al-Quran dan dua hadis baginda Rasulullah SAW semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). " Luqman 14
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah) Al-Kahfi 107
Hadis Pertama "Kebaikan yang dilakukan didunia adalah seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia dan akarnya di syurga, manakala kejahatan itu seperti sebuah pohon di mana ranting dan cabangnya di dunia manakala akarnya pula di neraka"
Hadis Kedua: " Jika kamu mempunyai harta infaklah sebahagiannya kepada jalan Allah, jika kamu mempunyai ilmu, sebarlah ilmu kamu untuk menfaatkan orang lain dan jika kamu mempunyai kekuatan gunakanlah kekuatan kamu untuk berbakti ke jalan ALLAH"
KUALA TERENGGANU Seorang bapa muda berusia 30 tahun terpaksa menerima hakikat pahit apabila Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,800 ke atas tertuduh kerana menjual mercun dan bunga api.
Lebih menyedihkan, Wan Mohd. Hafizal Wan Nawi memberi alasan bahawa dia terpaksa menjual mercun dan bunga api di bazar Ramadan Pekan Manir di sini pada pukul 6 petang lalu untuk mencari duit tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun alasan tertuduh itu tidak diterima oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah mengambil kira bahaya penggunaan bahan terlarang itu terhadap kepentingan awam.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap kira-kira pukul 6 petang kelmarin di tapak bazar Ramadan Pekan Manir oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Manir yang menjalankan rondaan Operasi Payung.
Siasatan mendapati tertuduh menjual beberapa jenis bunga api. Pihak polis kemudian menemui mercun dan bunga api antaranya jenis 'mighty wisthing' sebanyak 50 batang, 'spring thunder' (20 batang)', 'whisthing moon' (90 batang) dan 'smart boy' (30 kotak).
KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketika negara sudah lama ditadbir oleh pemerintahan dari golongan bangsawan, Sasterawan Negara menggesa rakyat membuat anjakan seterusnya mengubah landskap politik negara demi masa depan yang lebih baik pada PRU ke-13 nanti.
Menurut Datuk A. Samad Said, setelah 54 tahun negara diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, kini sudah tiba masanya negara bebas daripada cengkaman rejim yang membenarkan amalan salah urus negara terus berleluasa.
"Sudah tiba waktunya kita adakan perubahan rejim, kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.
"Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya merubah, maksudnya sudah tiba masa kita adakan perubahan rejim ini, bilakan pemimpin daripada rakyat akan memimpin?,"soal beliau.
A Samad Said berkata demikian kepada kira-kira 100 hadirin pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.
Selain mahasiswa, turut kelihatan wakil media alternatif hadir bagi memeriahkan majlis.
Beliau semalam sempat mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kepada Cendekia Solidar" yang ditujukan khas kepada gerakan mahasiswa SMM.
Dalam pada itu,Ketua Pengarang web berita portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar turut menyatakan, usaha SMM mengajak rakyat membaca media alternatif adalah contoh baik dan perlu disebarkan di seluruh peringkat akar umbi.
Beliau berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sihat bagi menggalakkan persaingan di kalangan pengamal media.
"Negara demokrasi yang sihat perlu maklumat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Sekarang ini media alternatif banyak tertumpu di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.
Menurut Fathi, media alternatif diwujudkan bagi mengimbangi laporan media arus perdana yang terlalu pro kerajaan sehingga menyebabkan medium sebaran maklumat itu tidak lagi berteraskan prinsipnya yang sebenar.
MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman.
Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa.
Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional.
Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi.
Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran.
Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan.
Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya.
Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan.
Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih.
Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti.
Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor.
Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS.
Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi.
Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.
Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.
"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media.
Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan.
Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut.
Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.
Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan.
Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif.
Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak. Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN.
Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain.
Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'.
Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'.
Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan.
Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12.
Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun. Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara.
Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN.
Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka.
Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia.
SHAH ALAM 8 OGOS : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.
Mokhtaruddin kemudiannya menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.
Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.
Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Khir yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.
Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi.
KUALA LUMPUR 8 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain dipanggil menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan hadir ke mahkamah.
"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," kata Zabidin.
Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sepina.
Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon tempoh seminggu untuk pihak pendakwaan mengaturkan sesi temuramah berkenaan kerana dua daripada saksi kini berada di Indonesia.
Zabidin kemudiannya bersetuju menangguhkan perbicaraan kepada 15 Ogos depan.
Selain Najib dan Rosmah, 13 lain yang akan dipanggil termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Terdahulu empat individu ini memberitahu sedia memberi keterangan di mahkamah dalam kes fitnah liwat ke atas Anwar sekiranya pihak pembelaan mensepina nama mereka sebagai saksi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yusof sebelum ini.
"Menurut afidavit DPP Mohd Hanafiah (Zakaria), mereka (4 saksi itu) enggan datang kerana mereka bukan saksi utama.
"Justeru, mereka hanya akan datang ke mahkamah jika disepina sebagai saksi", katanya.
Beliau berkata demikian menjawab hujah peguam Anwar, Karpal Singh bahawa pihak pendakwaan sepatutnya membawa saksi berkenaan ke mahkamah untuk di temubual oleh pihak pembelaan berikutan pihak pendakwaan menawarkan mereka kepada pasukan pembelaan.
Karpal berkata pasukan pembelaan sepatutnya diberikan hak untuk menemu bual mereka sepertimana ketetapan undang-undang.
Sehubungan itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini iaitu 8 Ogos untuk memutuskan sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah bagi ditemubual dibenarkan atau sebaliknya.
Ketua Pembangkang itu juga mahu menemubual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan.
Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemubual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan yang dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.
NICOSIA 8 Ogos – Sekurang-kurangnya 42 penduduk di bandar Deir Ezzor terbunuh manakala 10 maut di bandar Hula selepas kereta kebal pasukan tentera Syria menggempur dua bandar tersebut hari ini.
"Seramai 42 penduduk di Deir Ezzor terbunuh dan lebih 100 cedera apabila pasukan keselamatan melancarkan tembakan.
"Manakala di Hula, 10 maut selepas pihak tentera menggempur kawasan tersebut," kata Ketua Liga Hak Asasi Manusia Syria, Abdel karim Rihawi. – AFP
TEMERLOH, 8 Ogos: PAS Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands dan berharap kerajaan negeri berbuat sesuatu supaya kemalangan tidak berulang.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan medianya turut melahirkan rasa simpati dengan kematian tujuh orang termasuk empat wanita maut dan dua cedera parah dalam kejadian tersebut petang semalam.
"PAS Pahang ingin merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan dalam masa terdekat akan ke sana menyampaikan sumbangan.
"Serentak dengan itu juga kita meminta kerajaan negeri segera memantau penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi itu kerana biasanya banjir lumpur dan hakisan tanah berlaku akibat operasi penebangan balak yang tidak terkawal," katanya.
Tambahnya, PAS tidak menolak takdir tetapi kesilapan manusia mesti diminimakan supaya peristiwa buruk tidak kerap berulang.
Terdapat 60 keluarga di perkampungan Orang Asli berkenaan.
Dalam kejadian 5.45 petang semalam, berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang sehingga menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50; Jaafar, 49; Mohd Ikbal Jaafar, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51; dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.
Enam orang daripada mereka dilaporkan beragama Islam.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, sudah sering kali berlaku malapetaka tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu yang menyebabkan kehilangan nyawa.
"Sebab itu PAS Pahang mendesak supaya kerajaan negeri berhati-hati meluluskan kawasan penebangan balak dan penggondolan bukit kerana implikasinya boleh mengorbankan nyawa manusia," tegasnya.
CAMERON HIGHLAND 8 OGOS : Tujuh termasuk empat wanita maut, manakala dua parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang, Cameron Highlands petang semalam.
Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50, Jaafar, 49, Mohd Ikbal Jaafar, 15, Sara Gunung, 37, Norma Gunung, 51, dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.
"Segala operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada 1.50 pagi. Bagaimanapun pihak polis meneruskan bagi menjalankan operasi kawalan di kawasan kejadian," kata Ketua Polis Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu kepada pemberita.
Beliau berkata mangsa terakhir ditemui 1.20 pagi.
Semua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk rawatan lanjut, katanya.
Wan Zahari berkata berkata kedua-dua mangsa yang cedera itu dilaporkan stabil, lapor Bernama.
"Sebanyak 248 anggota pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan SMART dan Rela terlibat dalam operasi di kawasan kejadian," katanya.
Beliau berkata semua 60 keluarga yang mendiami rumah di kawasan berisiko sudah dipindahkan ke Dewan Serba guna Brinchang di Cameron Highlands.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang, menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Dewan Serba guna Brinchang pada 4.30 pagi tadi mendapati proses pemindahan kesemua keluarga terbabit masih berjalan di bawah penyelenggaraan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Cameron Highlands.
Pemindahan kesemua keluarga itu, yang dibuat secara pukal, dibantu oleh pengangkutan pihak polis.
Jurucakap JKM memberitahu mereka akan tinggal di situ sementara menunggu pengesahan status kawasan kediaman mereka di Sungai Ruil selamat untuk diduduki semula.
TRIPOLI - Kekurangan sumber tenaga dan petrol terutama pada bulan Ramadan ini meningkatkan kekecewaan penduduk di ibu negara Libya terhadap campur tangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di negara itu.
Penduduk Tripoli, bandar kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi terpaksa berhadapan catuan elektrik yang semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.
Kebanyakan rumah tidak dapat menggunakan penghawa dingin dan peti sejuk semasa kemuncak musim panas serta bagi menyediakan hidangan sahur dan berbuka sempena Ramadan.
Bekas Menteri Kesihatan Libya, Mohamed Abu Ajeela Rashid yang kini menjadi pegawai perubatan di sebuah hospital di Tripoli berkata, kekurangan tenaga elektrik menyebabkan masalah serius di bandar itu.
"Sabtu lalu, bekalan diputuskan semasa saya sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit menyebabkan saya terpaksa bergantung kepada lampu telefon bimbit untuk meneruskan pembedahan," katanya.
BANGKOK 7 OGOS : Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dijangka memberi perkenan kepada Yingluck Shinawatra (gambar) dan mengesahkan pelantikannya sebagai Perdana Menteri baru negara itu, Isnin ini.
Sekretariat Parlimen dimaklumkan oleh Pejabat Setiausaha Sulit Raja Bhumibol Adulyadej akan membenarkan Speaker Dewan, Somsak Kiatsuranont untuk menerima perkenan raja pada pukul 5.30 petang waktu tempatan Isnin ini di Bangunan Chalerm Phrakiat di hospital Siriraj.
Yingluck kini berehat di kediamannya di Bangkok bagi menunggu perkenan itu selepas memperolehi 296 undi daripada ahli Parlimen, semalam untuk dipilih sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Abihisit Vejjajiva, semalam dilantik semula mengetuai Parti Demokrat, parti yang kini menjadi parti pembangkang.
Sehari selepas Yingluck memperolehi kelulusan Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri baru, Parti Demokrat melantik semula Abhisit menjadi pemimpin mereka dalam pemilihan yang tidak berhadapan dengan sebarang tentangan.
"Beliau adalah orang yang paling layak," kata ahli veteran, Marut Bunnag kepada anggota parti lain dalam mesyuarat di Bangkok, sebelum Abhisit memenangi 96 undi dalam pengundian.
Abhisit yang menjadi Perdana Menteri pada Disember 2008 meletak jawatan bulan lalu sebagai ketua Parti Demokrat selepas parti pimpinannya itu tewas dalam pilihan raya umum Thailand pada 3 Julai lalu. - AFP
BAHARUDDIN dan Noriza sedang membelai Syamsul yang terlantar sejak empat tahun lalu akibat dipanah petir ketika berlatih bola sepak.
Syamsul Hazriq sukar bergerak, tidak boleh bercakap selepas dipanah petir pada usia 12 tahun
SUNGAI MANIK: "Sudah tiga Ramadan dan Aidilfitri berlalu dan kini Ramadan muncul lagi dengan umat Islam bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, namun anak kami terus terbaring di atas katil," kata Noriza Sabar, 37, ibu kepada Syamsul Hazriq Baharudin, 16, remaja yang dipanah petir empat tahun lalu.
Kejadian yang berlaku ketika mangsa berlatih bermain bola sepak pada usia 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, dekat sini, kira-kira jam 5 petang pada 29 Januari 2008 itu menyebabkan anak ketiga dari enam beradik itu hanya terlantar di atas katil kerana sukar bergerak dan tidak boleh bercakap.
"Sejak Syamsul ditimpa musibah itu sambutan Aidilfitri disambut ala kadar saja. Kami tidak boleh berkongsi kegembiraan menyambut lebaran kerana tidak sampai hati melihat dia terus terlantar di atas katil," katanya ketika ditemui di rumahnya di Lot 1214, Parit 3A, Sungai Manik, dekat sini, semalam.
Noriza yang ditemani suaminya, Baharuddin Baharan, 48, berkata anaknya disuapkan bubur dan hanya minum susu tepung untuk membolehkannya terus bernafas.
Sementara itu, Baharuddin yang mengusahakan bengkel cuci kereta di hadapan rumah dengan pendapatan RM700 sebulan berkata, anaknya dulu seorang pelajar yang cergas, periang dan dilantik sebagai ketua pasukan bola sepak sekolah.
"Cita-citanya untuk memimpin skuad bola sepak sekolahnya ke peringkat negeri tetapi semuanya hancur berkecai apabila musibah itu berlaku.
"Kami suami isteri sudah puas menangis namun kami reda menerima ujian Ilahi," katanya.
Baharuddin berkata, anaknya menerima bantuan perlindungan Takaful bernilai RM15,000 sumbangan Jabatan Pelajaran Perak selain menerima bantuan RM300 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RM600 sebulan dari Baitulmal untuk menguruskan anak mereka termasuk membeli lampin pakai buang.
Pembaca yang mahu meringankan beban keluarga itu boleh menghubungi Baharuddin menerusi talian 013-5761280.
RIYADH - Arab Saudi mahu mengatasi Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk membina bangunan pencakar langit paling tinggi di dunia.
Putera Alwaleed bin Talal telah menandatangani perjanjian kontrak bersama syarikat gergasi tempatan bernilai ASD1,2 bilion (RM3.6 bilion) untuk membina Kingdom Tower setinggi 1,401 meter di kawasan utara Laut Merah di Jeddah.
Projek mega yang diumumkan pada 2008 itu akan menempatkan sebuah hotel, beberapa apartmen dan kondominium mewah.
Putera Alwaleed berhasrat untuk memecahkan rekod menara Burj Khalifa di Dubai yang berketinggian 828 meter dan telah dibuka pada Januari, tahun lalu.
Baginda mahu Kingdom Tower menjadi simbol kestabilan Arab Saudi iaitu di tengah-tengah keadaan kemelesetan ekonomi yang melanda kebanyakan negara Barat.
KUALA LUMPUR: Terdapat desas-desus mendakwa sebarang kemungkinan rombakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.
Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.
Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN, Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.
"Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya," katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.
Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Bukan isu baru pihak gereja membantu orang Islam terutama orang Melayu yang kesempitan wang. Ianya isu yang lama, sejak dulu, kini dan harap tidak selamanya. Dalam kes Puan Nur di Seremban yang dibantu pihak gereja, masalahnya mana pergi duit Pusat Zakat N.Sembilan? Ingat lagi bagaimana kerajaan N.Sembilan pecah rekod buat rekod bubur lambuk pada bulan Ramadhan?
Juga apa pula cerita tanah milik Pusat Zakat Negeri Sembilan di tengah bandar Seremban didirikan bangunan Restoran Segera KFC ! Apakah terdapat kepincangan dalam pengurusan zakat di Negeri Sembilan?
Dalam tulisan Ustaz Hambali , pendakwah bebas terkenal dari Seremban, menurut beliau sesetengah ulama mengatakan bahawa jika masih terdapat fakir miskin yang tidak terbela maka sesungguhnya di sana pastinya terdapat sistem zakat tidak berfungsi dengan sempurna. Ulasan penuh beliau di http://hambalialorstari.blogspot.com/2011/08/nur-tiada-pilihan-isu-bantuan-gereja.html
NUR TIADA PILIHAN Harian Metro Ahad : 7 Ogos 2011
SEREMBAN: "Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
"Saya sedar tidak sepatutnya menerima bantuan daripada gereja, namun saya terdesak kerana memikirkan hidup anak yang mahu bersekolah dan makan. Oleh itu, saya terpaksa mengambil bantuan itu," katanya ketika ditemui di rumah di Ampangan, di sini, semalam.
Nur yang pernah bekerja sebagai pembantu akaun mendakwa, dia terpaksa berhenti kerana masalah penyakit itu dan pernah beberapa kali pergi ke jabatan berkaitan, namun dicemuh umpama peminta sedekah.
"Saya sedih kerana pihak berkenaan yang sepatutnya membantu enggan melayan saya, sebaliknya saya ditolak ke sana sini hanya kerana bantuan berjumlah RM70. "Yang membuatkan saya sedih adalah ketika mengenangkan nasib anak yang kadangkala tidak makan, malah yuran tuisyen dan sekolah mereka juga sudah lama tertunggak," katanya yang reda dengan keadaan itu.
Menceritakan bagaimana dia berjumpa seorang pendakwah gereja, Nur mendakwa, dia disapa oleh wanita berkenaan April tahun lalu ketika dia kesedihan kerana permohonan untuk mendapatkan bantuan tidak berjaya.
"Dia (pendakwah gereja) kemudian menyarankan saya mendapatkan bantuan gereja milik mereka iaitu barang makanan berserta wang tunai.
"Saya tiada pilihan, malah hampir setahun saya menerima bantuan itu. Pihak gereja yang lebih inisiatif untuk tampil membantu nasib wanita seperti saya," katanya.
Dakwanya, setiap bulan pihak gereja membawa keperluan harian ke rumahnya, malah selalu menghubunginya untuk bertanyakan jika mempunyai masalah lain.
"Saya dan anak turut ditawarkan untuk tinggal di asrama mereka, malah mereka berjanji untuk membantu menyelesaikan yuran tuisyen dan sekolah anak.
"Namun, sampai bila saya dan anak harus mengharapkan bantuan pihak gereja, sedangkan saya beragama Islam," katanya.
Menurutnya, dia berharap ada sinar di penghujung hidupnya dan anaknya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tertentu.
"Jika mampu bekerja, saya akan cuba menyara hidup ini, namun Allah masih sayangkan kami apabila saya diuji dengan pelbagai ujian hidup," katanya.
Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) tahun 2011 ini dijalankan seperti biasa.
Sasaran keluarga untuk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota.
Semalam (6 Ogos 2011) DMPKR telah membuat agihan kepada 10 orang penerima dan Insyaallah pada 7 Ogos 2011, 10 penerima lagi akan menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan.
Sasaran untuk satu keluarga ialah RM 50.
Kepada yang ingin menaja atau menyumbang bolehlah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM , No. Akaun: 05-012-01-006165-3
MUAR: Poor and sick villagers here will be given assistance by volunteers who will clean up their house compounds.
Maharani assemblyman Dr Mohammad Taslim, who headed the Ramadan gotong-royong initiative, said the programme was created to help ease their plight.
"We have identified about 200 villagers and we plan to visit their houses during the fasting month.
"Besides providing them with some cash and food items, we will also help clear the undergrowth and rubbish around their homes," he said during a gotong-royong at the house of villager Senin Sam in Kampung Parit Sepayung yesterday.
Clean-up time: Dr Mohammad (left) picking up rubbish at Senin's compound as other volunteers help out in the gotongroyong effort in Kampung Parit Sepayung, Muar yesterday. — HAMDAN RAJA ABDULLAH/The Star
Dr Mohammad said Senin, 44, had been suffering from kidney failure for the past two years and had to undergo dialysis treatment three times a week.
He said the treatment, which costs about RM2,650 a month, was paid for by the Johor Baitulmal.
Meanwhile, Senin said he had been living alone after his mother died last year.
"I used to do odd jobs and work at a plantation, but I had to stop because of my kidney problems.
"After my mother died, I had to depend on help from others.
"I am fortunate to have some caring neighbours who will bring food and help clean my house regularly," Senin said.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan pihak gereja bagi mendapatkan penjelasan mengenai serbuan Jais ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, minggu lalu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendapat penjelasan terperinci berhubung perkara ini.
"PAS akan berjumpa secara langsung dengan Jais dan pihak gereja apabila mereka memberikan tarikh.
"PAS mesti mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkenaan dan tidak timbul kenyataan sokong mana-mana pihak," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.
Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.
"Selepas jumpa, baru buat keputusan," ujarnya.
PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.
Puas hati penjelasan Hassan Ali
Minggu lalu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan Jais itu.
Ditanya pendirian PAS terhadap Dr Hassan, Ustaz Hadi berkata parti telah mendengar penjelasan beliau dalam mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasannya.
"Kita tak bincang apa-apa ketetapan pun terhadap Dr Hassan dan beliau datang hari ini kerana menghadiri mesyuarat ajk, bukan kerana dipanggil," jelas beliau.
Beliau turut mendakwa isu ini sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penduduk tetap (PR) diberi kad pengenalan biru dan didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
"Kita tahu isu ini sengaja ditimbulkan untuk menenggelamkan isu pemberian kad pengenalan (biru) kepada penduduk tetap.
"Tapi PAS akan terus turun ke medan bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua pihak," katanya.
Sementara itu Ustaz Hadi memberitahu mesyuarat hari ini tertumpu kepada persiapan PRU ke-13 khususnya mengenai isu pembersihan dalam sistem pilihan raya.
"PAS bincang tentang PRU walaupun tarikh pilihan raya masih menjadi teka-teki.
"Daftar pemilih masih tidak bersih dan kita mahu daftar pemilih dibersihkan segera," katanya
Esok 8 Ogos DS Nizar akan berada dalam parlimen beliau,di DUN Kuala Sapetang.DS Nizar dijangka akan bersolat asar di Masjid Tengku Menteri,Matang.
Selepas itu memberi sumbangan kepada 15 orang penduduk miskin di Matang Gelugor dan ziarah penduduk yang sakit.
Lewat petang pergi melawat pasar 'Ramadhan' .Beliau dijadual berbuka puasa di Taman Berkat dan bersolat Maghrib.
Akhirnya bersolat isyak dan taraweh serta tazkirah.Setakat ini jadual untuk DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah sesudah taraweh ,belum ditentukan masjidnya.Cuma masih di DUN Kuala Sapetang.
Seperti mana kebiasaannya Markas pas Cawangan KDAS 3 terus dengan aktiviti bagi menghidupkan malam-malam Ramadhan degan meningkatkan amal ibadah. Antara Program yang dijalankan ialah More, Solat tarawikh , Tazkirah dan Tadarus Al-Quran. Alhamdulillah setakat hari ini Jemaah masih kekal dalam mengikuti program-program tersebut, harapan semoga mereka terus Istiqomah dalam menjalani baki Ramadhan yang ada untuk diisi dengan Amalan-amalan yang telah dianjurkan dalam Bulan Ramadhan ini, Gambar bagi Tazkirah Enam malam Pertama Bulan Ramadhan,
a) Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsiumsesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.
b). Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu danbarah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
c).menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.
d) Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergaskanotak dantubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak.
e) Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran
KELEBIHA KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.
"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.
'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.
Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.
"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.
"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.
Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.
"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.
"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.
Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) tahun 2011 ini dijalankan seperti biasa.
Sasaran keluarga untuk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota.
Semalam (6 Ogos 2011) DMPKR telah membuat agihan kepada 10 orang penerima dan Insyaallah pada 7 Ogos 2011, 10 penerima lagi akan menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan.
Sasaran untuk satu keluarga ialah RM 50.
Kepada yang ingin menaja atau menyumbang bolehlah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM , No. Akaun: 05-012-01-006165-3
SERKAM – Kemalangan yang hampir meragut nyawanya lima tahun lalu masih segar di ingatan seorang pemuda di sini.
Namun, ia bukan penghalang bagi Mohd Noor Azmin Mohd Kassim, 27, untuk berdikari walaupun kaki kanannya hampir tidak berfungsi selepas dimasukkan besi serta menjalani lebih 10 kali pembedahan akibat kemalangan berkenaan.
Mohd Noor Azmin yang hanya bergantung kepada tongkat mengambil inisiatif membuka bengkel motor sementara di hadapan rumah.
Dalam masa sama, dia menunggu bengkel miliknya yang dibangunkan menggunakan wang pencen bapanya bernilai lebih RM20,000 siap.
Dia bagaimanapun terpaksa mengharungi ranjau untuk berdikari apabila pernah dimasukkan ke dalam lokap kerana dituduh menyimpan barang-barang curi, selain ada yang memandang negatif dengan kewujudan bengkel haram berkenaan.
"Bukan senang nak mencari sesuap nasi. Niat saya nak bantu keluarga tetapi saya terkilan apabila pernah masuk dalam lokap akibat usaha ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.
Mohd Noor Azmin bagaimanapun meluahkan rasa terkilan apabila ada wakil rakyat yang berjanji kepadanya untuk bantu menyokong memasukkan bekalan elektrik dan air di bengkel barunya itu.
"Saya kesal seolah-olah dipermainkan selepas diberi pengharapan. Dulu dia janji nak tolong. Bila emak saya hantar surat permohonan lebih lima kali serta salinan Mykad kepada pihak wakil rakyat berkenaan, kerani yang uruskan kata ia dalam proses.
"Tapi, apabila wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) datang ke rumah saya, mereka bagitahu pihaknya tak pernah terima sebarang permohonan," katanya.
Mohd Noor Azmin berkata, situasi itu benar-benar membuatkan dia kesal dan sedih.
"Sepatutnya pihak berkenaan membantu dan memberi sokongan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti saya untuk berdikari dan bekerja sendiri, tapi karenah birokrasi yang berlaku membuatkan dirinya terasa tertipu," katanya.
Menurutnya, adalah tidak munasabah sekiranya permohonannya tidak ditunaikan kerana ia hanya melibatkan kemasukan bekalan air dan elektrik, dan bukan bantuan lain.
"Sedihlah bengkel sudah siap tapi sampai sekarang saya tak boleh nak beroperasi di situ. Bukan sahaja tiada kemudahan asas, malah permohonan lesen perniagaan yang saya mohon menerusi wakil rakyat itu juga tidak menampakkan penyelesaian.
Berikutan itu, dia berharap ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalahnya supaya dia boleh terus berdikari tanpa mengharapkan bantuan lain.
Bagi mereka yang mahu membantu, boleh menghubungi Mohd Noor Azmin di talian 016-2698211
Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.
Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.
"Ini yang membuatkan kita (Pakatan Rakyat) khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik"katanya.
"Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian." katanya pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini.
Katanya, selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, Pakatan Rakyat juga mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'.
"Setakat ini pihak kami dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini memerlukan satu peruntukan yang besar, persoalannya siapa yang akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah yang digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek."soalnya.
Justeru, Tian menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa.
"Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada saya ada tiga keping kad pengenalan atau saya telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini"
Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu.
"Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak,"katanya.
"SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk membuktikan kepda semua yang ia tidak boleh dimanipulasi" tambahnya. -tvsnews
Dengan beberapa jam sahaja setelah didedahkan, status pemastautin tetap telah menjadi warganegara, tidakkah itu memberi isyarat hakikat sebenarnya bahawa terdapat pengkhianat yang mengancam keselamatan negara dan mengkhianati kedaulatan Raja-raja Melayu di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR?
Manakah lebih bahaya antara mereka yang membawa baju T yang bergambarkan Rashid Maidin dan tokoh-tokoh PKM yang tak tahu entah di mana dan uzur-uzur belaka dan yang berdemonstrasi aman BERSIH 2.0 ATAU mereka yang 'menganugerahkan kerakyatan' kepada warga asing dalam masa dua tiga jam sahaja tanpa penilaian ketat demi tuan mereka meraih undi dalam pilihanraya negara?
Siapakah yang lebih wajar dituduh berniat 'memerangi' (kalau hendak sangat guna tuduhan ini) Yang Dipertuan Agong, antara mereka yang membawa T-shirt bergambar tokoh-tokoh PKM yang telah uzur ATAU mereka di Jabatan Pendaftaran Negara yang 'menganugerahkan, mengarah menganugerahkan' 'taraf warganegara segera' kepada warga asing yang tidak diketahui tahap kesetiaannya kepada negara dan Raja-raja Melayu?
Kalau hendak sangat gunakan Undang-undang Darurat (EO) kepada kepada rakyat, siapakah yang lebih patut ditahan dibawa EO ini, antara mereka yang membawa T-shirt….T-shirt tokoh PKM yang umum telah arif sangat, tokoh-tokoh itu sudah tidak laku lagi di mana-mana ceruk dunia pun, ATAU pihak-pihak di JPN (Jariah ?) dan SPR (Aziz dan Wan Ahmad ?) yang 'menganugerahkan warganegara mie segera' dan 'masukkan dalam daftar pemilih pilihanraya' demi mengampu para pemimpin Umno/Bn yang telah hilang kewarasan dan pedoman?
Jelas, bukan rakyat marhaen yang dahagakan keadilan dan integriti ini, yang mengancam dan membahayakan keselamatan negara dan mengkhianat kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi pihak-pihak tertentu yang sudah terang lagi bersuluh!
Kini telah mula kedengaran di kampung-kampung Melayu keresahan mengenai hal ini dan mengenai cincin RM24 juta! Selamat datang PRU ke 13!
Komen : Sapa kata Pakatan Rakyat Rasis? DAP Rasis? PKR Rasis? PAS Rasis? Memang bengong kata Pakatan Rakyat rasis waimma komponen pun pun ada pelbagai bangsa. Kita lihat DAP ada semua kaum, PKR juga ada pelbagai kaum pimpinan dan ahli manakala PAS juga ada pelbagai bangsa dan agama terutama jika bangsa itu sudah memelok Islam dan juga ada Penyokong PAs yang terdiri dari kaum India dan China. Kalau banding dengan UMNO memang sukar bangsa lain walau dah masuk Islam untuk join UMNO. MCA juga dicop parti orang China dan MIC juga adalah parti orang India walaupun ada India yang beragama Islam.
KUALA LUMPUR 7 OGOS : Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum.
Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.
"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.
"Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.
Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier's Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).
Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.
Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977.
Karya beliau yang terkenal serta menjadi rujukan kolej dan universiti antarabangsa ialah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950 terbitan Oxford University Press, 1993.
Beliau juga adalah pengarang buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946 (2001, USM Press) yang memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatra Timur pada 1946, dan buku Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.
Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari. Posted by PASPB
NAFI PILIHAN RAYA OLOK-OLOK: BN PERAK AKAN MENANG?
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak berterima kasih kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam atas ulasan beliau yang berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Ulasan ini yang dibuat berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN bersandarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin yang lalu hasil pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas. Ulasan ini juga jelas membenarkan berita bahawa memang telah berlaku pilihan raya olok-olok kendalian BN di seluruh negara termasuk di Perak, sesuatu yang sedang dinafikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir.
Penafian Datuk Seri Zambry terhadap pilihan raya olok-olok di Perak amat mengejutkan. Adakah benar Umno / BN Perak tidak melaksanakan pilihan raya olok-olok sepertimana pengumuman Datuk Seri Tengku Adnan baru-baru ini? LaporanThe Malaysian Insider yang menyebut BN mungkin akan tewas sekali lagi di Perak dan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) BN yang dimenangi oleh Umno juga bakal tergugat dilihat telah menjadikan pemimpin BN celaru dan membuat kenyataan yang bertentangan. Jika hasil sebenarnya pilihan raya olok-olok tersebut bertentangan dengan apa yang telah di keluarkan dalam laman portal The Malaysian Insider, mengapa Datuk Seri Zambry perlu menafikan apa yang diumumkan oleh Datuk Seri Tengku Adnan? Apa yang perlu beliau lakukan hanyalah menyokong kenyataan Datuk Dr S. Subramaniam dan membidaskan laporan portal tersebut.
Apa yang pasti Datuk Seri Zambry tentunya tidak akan merelakan imejnya tercalar dengan jangkaan kegagalan BN Perak untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak setelah tumbang pada PRU 12 tahun 2008 di bawah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamad Ghazali dahulu. Malah laporan itu juga seolah mengesahkan bahawa BN dan Umno Perak yang diterajui oleh Datuk Seri Zambry masih gagal memulihkan masalah dalaman mereka yang semakin meruncing? Bagi kami jika laporan tersebut tidak bertepatan, banyak ruang lain termasuk ruang perundangan yang boleh diambil oleh Datuk Seri Zambry bagi membuktikan kepalsuan berita tersebut, dan bukan dengan hanya mengambil langkah mudah menafikannya tanpa ulasan manasabah.
AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh Suhaimi Said Setelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar. Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang [...]
http://pahangdaily.blogspot.com/ Sebelum ini iaitu ketika menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu (2010) umat Islam dikejutkan dengan penayangan Iklan berbaur penghinaan oleh stesyen Tv3 milik Media Prima. Siaran iklan yang menonjolkan imen Santa Claus itu telah mendapat kritikan daripada Umat Islam dan akhirnya ia telah ditarik balik oleh pihak TV3, biar pun penerbit dan pihak [...]
http://fitrahislami.wordpress.com Cerita Penuh Pengakuan Individu Yang Pergi Gereja oleh : Ustaz Dr Ridhuan Tee Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus. Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak [...]
Seperti tahun- tahun sebelumnya, program Jejak Ukhuwah Ramadhan (JUR) Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) tahun 2011 ini dijalankan seperti biasa.
Sasaran keluarga untuk tahun ini ialah 500 buah keluarga khususnya di DUN Paroi, Chembong dan Kota.
Semalam (6 Ogos 2011) DMPKR telah membuat agihan kepada 10 orang penerima dan Insyaallah pada 7 Ogos 2011, 10 penerima lagi akan menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan.
Sasaran untuk satu keluarga ialah RM 50.
Kepada yang ingin menaja atau menyumbang bolehlah menghubungi Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau BANK ISLAM , No. Akaun: 05-012-01-006165-3
Majlis Ihya'Ramadhan Masjid As Salam Puchong jelas meriah dengan sambutan yang dihadiri oleh 200 Pelajar IPT daripada UNISEL,KUIS, MASTERSKILL dan lain-lain IPT,PeBT, warga marhaen serta anak yatim dan ahli qariah masjid.Dihos sekali oleh MPSJ dan masjid As Salam. Penyampaian sumbangan duit raya untuk anak yatim dan warga marhaen selepas ucapan perasmian oleh YB Dr Hjh Halimah Ali. Ucapan khas ekslusif bersama mahasiswa-mahasiswi juga diadakan selaku EXCO Pendidikan selepas solat maghrib.
Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.
Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.
Hebatnya propaganda dan perang saraf UMNO menyebabkan PAS sendri terpaksa melakukan sesuatu sebagai bukti penegasan komitmen PAS dan pakatan rakyat untuk melindungi hak bumipuetra dan Melayu dalamKonvensyen Nasional pengupayaan Bangsapada 19 Feb 2011 yang lalu.
Di tangan UMNO juga, tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. Kemana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin UMNO. Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.
Tetapi mengapa masih laras senjata propaganda BN masih dihalakan kepada pentadbiran DAP di Pulau Pinang serta Pakatan Rakyat di Perak dan selangor? Paling ketara, dosa penghakisan hak melayu dan masa depan melayu di Pulau Pinang dilepaskan kepada DAP yang hanya hampir sepenggal memerintah negeri. Pulau Pinang negeri pertama haramkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya. Bila Pulau Pinang menjadi peneraju kepada pengharaman judi ini, UMNO banyak rugi, untuk 'election fund' (dana pilihan raya). Lebih malang dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), beliau menyatakan mereka perlu luluskan judi bola beralasan untuk kaum Cina.
Jika ditinjau propaganda UMNO di Perak, jelas rahmat yanag cuba diberi oleh Pakatan Rakyat melalui pemberian geran tanah kepada kaum Cina cuba dipolitikkan serta dikalihkan seolah-olah Pakatan rakyat menggadai tanah melayu. Sekarang cuba perhatikan fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR Perak memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Perlu diperingat bahawa tanah tersebut sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu (sebelum merdeka lagi).
Cukup tidak cerdik jika hal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang Cina yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini berbanding tindakan kerajaan memberi IC kepada warga asing semata-mata untukmenawan semula Selangor.
UMNO mengajar rakyat melatah dengan 3000 ekar tanah yang telah lama diduduki oleh kaum Cina marhain, sedangkan UMNO mengajar orang melayu diam terpinga-pinga apabila tanah Rezab melayu yang jelas dilindungi oleh enakmen digugurkan dan diserahkan kepada aristokrat dan korporat bukan melayu yang kaya raya!
Apa makna tanah rezab melayu kepada maruah bangsa melayu?
Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan dinegeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 2 objektif yang disasarkan ialah menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu serta menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentinagan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. (Rujuk Perkara 89(4) Perlembagan Persekutuan]
200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong diserahmilik kepada YTL. (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini adalah tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway! YTL CORP BHD DIKUASAI OLEH KELUARGA TAN SRI YEOH TIONG LAY MELALUI YEOH TIONG LAY & SONS HOLDINGS SDN BHD.
9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. UMNO lupa jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti.Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan].
Jika UMNO mengaku boleh membantu rakyat di negeri Pakatan rakyat, sila perhatikan fakta ini di negeri lubuk UMNO sendiri. Pada 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Adakah ini salah DAP dan pakatan Rakyat?
Menurut kajian Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat),Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Ironinya aktiviti 'Gadai tanah' kepada orang asing dan kepada kaum Cina melibatkan tanah kerajaan termasuk banyak tanah 'rezab Melayu' adalah jenayah kerajaan UMNO/BN selama berpuluh-puluh tahun. Singapura adalah tragedi gadaian terhebat oleh UMNO yang berlarutan hingga terpadamnya Pulau Batu Putih daripada peta Malaysia. Kehilangan tanah KTM ratusan hektar yang menimbulkan kontroversi di dalam hubungan kedua-dua negara ialah isu tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Republik Singapura. Tanah pajakan kekal 999 tahun itu diperoleh melalui perjanjian di antara Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Kerajaan Melayu Bersekutu yang dikenali sebagai Perjanjian Tahun 1918. Perjanjian ini telah digazetkan dalam The Singapore Railway Transfer Ordinance (Chapter 380) pada tahun 1918 kini telah terlepas kepada Singapura dalam bentuk perjanjian yang tidak menguntungkan bangsa dan tanahair pada masa akan datang.
Suatu ketika dahulu Dr Mahathir meneropong Pulau Pinang dari Seberang Perai dan terlihat kawasan perkampungan melayu jelutong yang terhakis dan dhaif sedangkan Gerakan-BN sedang memerintah Pulau Pinang. Beliau mengatakan penduduk melayu Jelutong seperti melayu selepas Perang.
Masalah Melayu Pulau Pinang yang dikatakan terpinggir biasanya dibangkitkan setiap kali menjelang Perhimpunan Agung Umno. Agenda siapa, tak tahulah. Selepas itu suara-suara marah reda sehinggalah tahun berikutnya. Namun selepas Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum Mac 2008, isu Melayu Pulau Pinang yang biasanya timbul setahun sekali, secara tiba-tiba golongan ini menjadi terpinggir dan ditindas setiap hari; setidak-tidaknya itulah yang dilaporkan oleh media arus perdana saban hari.
Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.
Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.
Walau pun tidak dinafikan wujudnya kemiskinan Melayu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar serta masalah-masalah berkaitan perniagaan kecil, pemilikan rumah dan hartanah serta penguasaan bidang-bidang kerja, Umno mempunyai lebih 50 tahun untuk membantu menyelesaikan masalah itu atas dasar pegangan kuasa di peringkat pusat bukan menyalahkan DAP yang hanya menduduki Komtar sejak tahun 2008 sahaja.
Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 dengan tidak menambah kawasan kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah sedangkan itu negeri majoriti melayu. Dalam masa yang sama UMNO kerap berhujah bahawa kemenangan Pakatan Rakyat hanya akan menyebabkan kerusi kaum melayu kurang dalam parlimen dan DUN.
Sila baca fakta di bawah,
Pada PRU 2008, Pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang yang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu di dalam Pembangkang pula ialah 48.2%.
Pada PRU 2008 juga, wakil rakyatBN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula37.2%.
Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum justeru tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.
Isu gadai melayu bukan suatu isu kecil yang boleh dipermainkan. Begitu mudah UMNO menuduh kerajaan rakyat serta DAP terutamanya sebagai petualang menggadai Melayu dalam masa yang sama rakyat dialpakan seumpama 'kuman seberang laut nampak, gajah sebelah tidak kelihatan'. Bagaimana dengan usaha menidakkan royalti minyak di Terengganu dan Kelantan sedangkan ini negeri majoriti Melayu. Negeri yang miskin itu sebenarnya dikayakan oleh Allah denga hasil bumi bernama petroleum. Dendam UMNO terhadap PAS melulu sehingga sanggup menjual masa depan bangsamelayu di timur semenanjung melalui usaha menidakkan royalti minyak.
Usaha penerangan kepada masyarakat berkenaan isu ini masih tidak mencukupi. Usaha keras dan meluas perlu dilakukan untuk memberi maklumat sahih kepada kaum melayu terutamanya. Isu ini bukan sekadar pemahaman melalui fungsi minda tetapi kepercayaan hati kaum melayu yang perlu dididik agar keluar daripada fahaman propaganda chauvinisme UMNO.
Sempena Bulan Ramadhan 2011, PAS Kawasan Temerloh telah merangka pelbagai Program Semarakkan Ramadhan. Program Santuni Rakyat oleh PAS Kawasan ini telah dilakukan sepanjang bulan puasa dengan menurunkan semua kepimpinan PAS ke seluruh cawangan PAS bersama masyarakat setempat.
Program ini bermula dengan majlis berbuka, solat maghrib berjemaah, tazkirah, solat sunat terawih dan diakhiri dengan bantuan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Pihak PAS menyediakan peruntukan khas daripada dana yang dikumpulkan oleh para dermawan yang perihatin.
Sementara itu, YB Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohammad mempunyai jadual yang padat sepanjang bulan Ramadhan.
Rutin sebagai wakil rakyat dilakukan seperti biasa. Manakala sebelah malam beliau bersama pimpinan kanan PAS bersolat sunat terawih setiap malam bergilir-gilir di seluruh masjid di dalam DUN Semantan. Antara masjid yang telah dijelajahi Masjid Lebak, Masjid Pangsenam, Masjid Buntut Pulau dan Masjid Bkt Kepayang.
Sementara pada 9hb Selasa ini, beliau bersama pihak urusetia serta Amal Pemuda Kawasan akan mengedarkan bubur lambuk di Taman Temerloh Jaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan