Sabtu, 30 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 29 Jul 2011 11:47 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Tindakan Polis lepaskan tahanan darurat adalah strategik.

Posted: 29 Jul 2011 06:20 AM PDT

Pembebasan 6 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat oleh pihak Polis amat saya alu-alukan.


Saya juga alu-alukan kenyataan pihak Polis bahawa pembebasan ini tidak bermakna penyiasatan terhadap mereka akan dihentikan. Apabila penyiasatan selesai, Polis akan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.


Sebenarnya,tindakan polis ini adalah tindakan yang bersifat "strategik". Walaupun dibebas, pihak Polis berjanji akan meneruskan siasatan mereka dan Polis akan terus memantau pergerakan dan kegiatan tahanan-tahanan tersebut.


Mungkin kepada pihak Polis tahanan-tahanan tersebut tidak lagi perlu diklasifikasikan sebagai pengancam keselamatan kepada negara yang memerlukan penahanan. Polis merasakan mereka boleh mengambil risiko itu setelah melihat dan menilai beberapa faktor sampingan.


Dari pengamatan saya semasa membaca kenyataan yang dibuat oleh Polis, mereka masih berpendapat bahawa ancaman itu masih ada, cuma apabila melihat keadaan politik negara yang tidak menentu dan jika 6 orang tahanan itu masih ditahan untuk siasatan lanjut, ini akan hanya memberi peluang untuk sesetangah pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengapi-apikan perasaan keresahan di kalangan rakyat. In hanya akan membuatkan senario keadaan politik negara lebih bercelaru dan tidak menguntungkan negara.


Pembebasan ini adalah tindakan tepat oleh pihak Polis yang mengambil keputusan yang strategik supaya penahanan 6 orang di dalam lokap tidak dijadikan modal polemik politik yang tidak berkesudahan oleh pihak-pihak tertentu sambil merka menghasut segelintir rakyat di negara ini.


Apa pun, saya juga berpendapat jika setelah siasatan dibuat dan bukti masih tidak mencukupi, pihak Polis perlu melepaskan mereka daripada tuduhan yang dibuat. Dengan cara ini, negara kita akan dapat sembuh dari episod hitam yang bermula dengan perarakan haram BERSIH ini.

Pemuda Johor Bahru

Posted: 29 Jul 2011 09:49 PM PDT

Pemuda Johor Bahru


Kupon RM2 tindas penumpang

Posted: 29 Jul 2011 05:49 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian pemandu teksi bersama Pemuda UMNO, MCA, MIC dan NGO mengadakan piket membantah sistem kupon di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 29 Julai – Kira-kira 300 pemandu teksi di Terminal Pengangkutan Awam Larkin di sini, berpiket membantah kaunter tiket teksi yang mengenakan kupon RM2 bagi setiap penumpang yang dikuatkuasakan mulai semalam.

Piket yang turut disertai oleh wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, MIC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak bersetuju dengan sistem tersebut kerana didakwa membebankan penumpang.

Seorang pemandu teksi, Samsul Kahar Othman, 45, mendakwa sistem baru itu bukan sahaja menyusahkan penumpang dan pemandu teksi, malah, dilihat menguntungkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kita dapati SPAD dan pihak yang ditugaskan mengutip duit iaitu Mesra Indah Jaya Sdn. Bhd. (MIJ) mempunyai kepentingan dan hanya mahu untung 'atas angin'.

"Bayangkan jika lokasi yang dituju mengambil masa lebih lama daripada biasa kerana kesesakan, sudah tentu tambangnya akan lebih dan ini tentu merugikan pemandu teksi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rakannya, Rozano Salleh, 47, pula mendakwa sistem itu menyusahkan mereka kerana kupon tersebut hanya boleh tuntut dalam masa seminggu selepas dikumpulkan.

"Keadaan ini membuatkan kami susah kerana apa yang kami mahu makan kalau kena kumpul kupon dalam seminggu lepas itu baru boleh tuntut wang," katanya.

Seorang penumpang, Ibrahim Azamat, 46, yang menggunakan perkhidmatan teksi di situ setiap hari berkata, sistem itu tidak perlu kerana sistem sedia ada menggunakan meter memberi kepuasan kepada pemandu dan pelanggan.

"Saya berulang-alik setiap hari dari Larkin ke Kampung Majidee dengan tambang RM6 dan sekarang RM8 pula. Bukankah ini bakal menimbulkan kemarahan penumpang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, Pemuda Barisan Nasional (BN) Johor Bahru akan menyerahkan memorandum bantahan kepada SPAD dalam masa terdekat.

Menurutnya, sistem tersebut menguntungkan sebelah pihak sahaja dan perlu mendapat persetujuan persatuan teksi dan penumpang sebelum dilaksanakan.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi pula berkata, sistem sedia iaitu dengan menggunakan meter adalah paling praktikal dan tidak banyak menimbulkan masalah.

Share/Save/Bookmark

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 29 Jul 2011 03:49 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


MY HEART CHOOSEN TO BLESS YOU.

Posted: 29 Jul 2011 06:43 AM PDT

Dear Beloved,

 
 I am Mrs. Chara Eunike  and i have been suffering from ovarian cancer disease and the doctor says that i have just two days to leave. i am from (eastern Province) Russian  but base in Africa Burkina Faso since eight years ago as a business woman dealing with gold exportation.
 
   Now that i am about to end the race like this, without any family members and no child. i have $3Million US Dollars in Africa Development Bank (ADB) Burkina Faso which i instructed the bank to give  it  to St Andrews Missionary Home in Burkina Faso .

     But my mind is not at rest because i am writing this letter now through the help of my computer beside my sick bed. i also have $4.5Million US Dollars at Eco bank here in Burkina Faso and i instructed the bank to transfer the money to the foreigner that will apply to the bank after i have gone that they should release the fund to you, but you will assure me that you will take 50% of the money and give 50% to the motherlessbabyhomes, charity homes. In your country for my heart to rest.  YOU ARE TO CONTACT THE BANK THROUGH THIS EMAIL ADDRESS:  ( ecobankbf226@post.com )

   
 Yours fairly friend

 Thanks from

Madam Chara Eunike

Posted: 29 Jul 2011 01:12 AM PDT

http://wakeupandbreathe.com/wp-content/plugins/custom-query-string/ya28.htm

ALERT : Error on Account -

Posted: 28 Jul 2011 03:00 AM PDT

      CIMB CLICKS ALERT

We are performing a scheduled account maintenance. Your account has been disabled for security reasons. We apologise for any inconvenience. Reactivate account now. (INACTIVE ACCOUNTS WILL BE DEACTIVATED TILL FURTHER NOTICE IF NOT ACTIVATED NOW) Once again, we apologise for any inconvenience.

Activate  - http://www.cimbclicks.com.my/

Thank you,

       CIMB BANK

umno bahagian cheras

Posted: 29 Jul 2011 01:20 PM PDT

umno bahagian cheras


Cincin RM24j; penafian isteri PM lenyapkan fitnah jahat - Syed Ali

Posted: 29 Jul 2011 06:06 AM PDT

PENAFIAN isteri Perdana Menteri, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berhubung isu pembelian sebentuk cincin bernilai RM24 juta kelmarin sekaligus melenyapkan fitnah jahat yang dilemparkan oleh pihak tertentu.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, isu tersebut sebenarnya tidak masuk akal dan sengaja dicipta untuk memburukkan imej keluarga Perdana Menteri.

Katanya, secara logiknya isu tersebut sebagai kartun, tidak masuk akal dan tidak munasabah langsung sebanyak RM24 juta dibelanjakan hanya untuk sebentuk cincin.

Beliau yakin Rosmah tidak akan berbuat demikian memandangkan beliau merupakan isteri Perdana Menteri dan turut mempunyai tanggungjawab terhadap pembangunan rakyat di negara ini.

"Pada saya rakyat Malaysia termasuk Rosmah belum lagi sampai ke tahap itu untuk membazirkan wang sebegitu banyak hanya untuk pembelian batu perhiasan,"tegasnya.

Justeru katanya, penafian Rosmah berhubung dakwaan beliau membeli sebentuk cincin permata berharga RM24 juta akan melenyapkan segala tohmohan jahat pembangkang.

Beliau mengulas kenyataan Rosmah kelmarin yang menyifatkannya sebagai satu fitnah dan beliau tidak ada masa untuk melayannya.

Bercakap kepada media di Pokok Sena, Kedah semalam, isteri Perdana Menteri dipetik sebagai berkata :" Tak ada masa apa yang nak saya cakap, sebab saya tak ada masa nak layan perkara seumpama itu. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap,".

"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah. Daripada saya layan perkara seumpama ini, lebih baik saya beri perhatian keada hal rakyat kerana itu lebih penting," kata Rosmah lagi.

Sehubungan itu jelas Syed Ali, perbuatan memfitnah keuarga Perdana Menteri merupakan perbuatan khianat dan tidak boleh dipandang ringan.

"Saya kesal kerana kadangkala blogger bertindak keterlaluan dengan sengaja melemparkan fitnah dengan niat jahat untuk mencemarkan reputasi seseorang," ujarnya.

Beliau berharap dengan penafian Rosmah itu, isu fitnah pembelian cincin tersebut akan dihentikan segera.

Menurut Syed Ali lagi, memfitnah dengan dakwaan tidak berasas bukan caranya untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau mendedahkan pihak tertentu termasuk pembangkang sengaja menjadikan Rosmah sebagai sasaran mereka untuk menjatuhkan reputasi Najib.

"Mengapa Rosmah yang dijadikan mangsa, kalau mereka berniat untuk menerajui negara ini, tunggulah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," jelasnya.

Pada 14 Julai lalu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dikatakan telah membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM24 juta oleh Rosmah.

Fitnah tersebut kemudiannya disebarkan oleh beberapa portal beriota pro-pembangkang.






PENGIKUT PAS SEMAKIN KECEWA !

Posted: 28 Jul 2011 09:00 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

KOMEN dan responnya cukup bagus apabila saya turut bersetuju dengan pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Haji Ahmad Maslan berhubung penyatuan PAS-UMNO.

Ramai yang ghairah memberikan pelbagai komen – ada yang bersetuju dan ada yang menentang sekeras-kerasnya.

Malah ada yang masih lagi dibaluti rasa benci yang amat sangat terhadap UMNO, melemparkan kata-kata yang agak kasar dan kesat terhadap saya. Alhamdulillah.

Saya terima pandangan pro dan kontra dengan berlapang dada terhadap usaha kearah penyatuan dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu dan umat Islam.

Kritikan pedas itu jelas mencerminkan sejauhmana luhurnya budi pekerti kita sebagai umat Islam, yang sentiasa kalah kepada perasaan amarah, dendam kesumat dan syak wasangka.

Secara jujurnya, saya akui benar bahawa buat masa sekarang ini memang agak sukar untuk PAS berjabat tangan dengan UMNO.

Ini kerana pemimpin parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu masih lagi dibaluti sikap ego dan angkuh.

Barisan pemimpin tertinggi PAS masih lagi memandang cuak kepada UMNO dan mereka memusuhi UMNO lebih daripada membenci orang kafir.

Inilah yang membuatkan pengikut dan penyokong PAS di akar umbi berasa kecewa dengan sikap pemimpin mereka.

Pemimpin PAS seperti singa tua

Pengikut dan penyokong PAS sedar bahawa Islam tidak mengajar umatnya menentang sebarang usaha kearah kebaikan dan penyatuan.

Keresahan itu menyebabkan ahli-ahli PAS di peringkat bawahan semakin menyisihkan diri daripada parti tersebut dan mereka mula berjinak-jinak dengan UMNO.

Rakan politik saya di Kelantan, Terengganu dan Kedah memberitahu ramai pengikut PAS di negeri-negeri berkenaan sudah tidak lagi yakin dengan falsafah perjuangan PAS.

Mereka berasa malu setelah melihat pemimpin mereka seperti 'lembu dicucuk hidung' oleh DAP.

Malah mereka yang bersifat 'atas pagar' juga kecewa kerana PAS sanggup membiarkan DAP mendominasikan Pakatan Rakyat (PR) sehingga PAS seperti 'singa tua' yang lagi tidak mampu untuk mengaum.

Hakikat itu jelas kerana misi PAS adalah berusaha untuk menjatuhkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan pertolongan DAP dan PKR.

Jadi, saya boleh bersetuju ada yang berpendapat usaha kearah perpaduan itu hanya membuang masa dan ibarat 'menuang air ke daun keladi'. Sia-sia dan tidak berbaloi.

Bagaimanapun, saya tidak berputus asa dengan harapan suatu hari nanti PAS-UMNO akan kembali bertaut atas semangat perjuangan Islam.

Apabila ini berlaku, sudah tentu Melayu akan kekal sebagai bangsa yang berdaulat dan perkasa.

Sementara itu, saya dan mungkin pemerhati politik dikejutkan dengan perkhabaran yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim bahawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipelawa jawatan Ketua Pembangkang.

Tawaran itu dibuat sebagai persedian jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Tidak mudah Ku Li berubah hati

Zahrain mendakwa maklumat tersebut diperolehi daripada rakan-rakan beliau yang masih berasa di dalam PKR.

Terlalu awal untuk saya mengulas perkembagan tersebut, tetapi saya sukar untuk mempercayai makklumat yang didedahkan oleh Zahrain itu.

Ini kerana saya begitu yakin bahawa Ku Li, pemimpin veteran UMNO dan bekas Menteri Kewangan rasanya tidak mudah condong hati hanya dengan tawaran berkenaa.

Buat masa ini, saya tidak fikir Ku Li akan berbuat demikian kerana perjuangan beliau bersama UMNO sudah mendarah daging dalam hidupnya.

Cuma saya bimbang, apakah ini strategi terbaru PR terutama PKR untuk mengheretkan nama pemimpin besar UMNO bersama mereka bertujuan memecahbelahkan parti.

Barangkali pembangkang sedar, mereka tidak mampu untuk meruntuhkan UMNO daripada luar, jadi mereka mencari helah dengan merosakkannya daripada dalam.

Dan 'target' pertama pembangkang adalah Ku Li, tokoh yang dilihat mampu menarik perhatian ramai.


Ini sangat berbahaya kepada kekuatan parti dan saya berharap perkhabaran itu tidak benar dan sekadar perang psikologi pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ingat, pembangkang akan merekacipta pelbagai isu untuk melemahkan jatidiri pemimpin UMNO.

Mudah-mudahan kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan helah licik yang sedang dimainkan pembangkang.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 29 Jul 2011 11:12 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Selamat Berpuasa Untuk Semua

Posted: 29 Jul 2011 03:36 AM PDT

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ "Hai orang2 yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah  diwajibkan pada orang2 sebelum kamu. Mudah2an kamu bertakwa"           (Al -Baqarah:183)   Buat seluruh muslimin dan muslimat, … Continue reading

Tiada ulasan:

Catat Ulasan