Bila dekat musim Pilihanraya banyak hantu telah dilepaskan untuk menganggu Pilihanraya Umum akan datang. Ini tidak baik bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen seperti negara ini. Ini kerja yang amat terkutuk, terkeji dan terkebelakang bagi pengamal-pengamalnya.
7260 pengundi baru dan dipindahkan ke Kota Raja bukan nya satu angka yang kecil berbanding sejak tahun pertama 2004 Parlimen Kota Raja di pertandingkan.
Tidak cukup dengan itu dari analisa yang dibuat pemindahan beramai-ramai pengundi dari DUN Sri Andalas ke DUN Sri Muda dalam Parlimen yang sama juga menguatkan hujjah kami bahawa ini perbuatan terancang & terkutuk yang dilakukan oleh pihak yang berspecis kan saiful dan trio dato T sahaja yang sanggup melakukannya.
Dari angka tersebut Jabatan IT PAS Kota Raja telah sorting dan mendapati beribu-ribu nama yang didaftar kan pada Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun 2/2011 oleh SPR kali ini cukup meragukan kami.
Gerak Gempur sudah dilaksanakan setiap malam oleh bomoh-bomoh penangkap HANTU terlatih kami. Banyak HANTU-HANTU yang telah ditangkap dan dimasukkan dalam botol dan ditutup rapat supaya tidak boleh keluar berkeliaran menggangu kita semua rakyat marhen pada hari mengundi dalam PRU 13 nanti.
Nampaknya nya sekali lagi SPR akan menjadi kalut bermula 1 hingga 2 Ramadhan ini, ruang pejabat SPR negeri Selangor di tingkat 3 Kompleks PKNS Shah Alam terlalu kecil bagi kami penangkap-penagkap HANTU yang berjumlah ratusan orang dari Kora Raja sahaja yang akan menyerbu kamu nanti .... semuga Tuan Hj Zul das semua staff nya relek dan bersopan menanti kedatangan kami, ingat masa tu dah Ramadhan.
Harapan kami semuga semua PAS Kawasan yang lain juga membukti perkara yang sama kepada rakyat jelata yang selama ini ditipu oleh orang-orang terkeji ini.
Kini Ramadhan menjelma kembali, bulan penuh barakat ini marilah sama-sama kita berlumba-lumba bersedekah, beramal ibadat, memberi makan kepada orang yang berbuka semua untuk merebut ganjaran pahala Allah.
Untuk itu PAS Kawasan Temerloh , bersama dengan ADUN Kuala Semantan membuka peluang kepada tuan puan bagi sama-sama ke program berbuka, bertarawih, mengedarkan bubur lambuk sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sumbangan tuan puan boleh disalurkan terus kepada Pejabat ADUN Kuala Semantan atau Pejabat PAS Kawasan Temerloh di Taman Temerloh Jaya.
Sementara itu pejabat Adun Kuala Semantan akan mengedarkan sumbangan moreh ke seluruh surau dan masjid dalam Dun Kuala Semantan. Manakala sumbangan berbuka sebanyak RM200 akan disampaikan di beberapa buah masjid yang dipilih.
Sumbangan ala kadar ini sebagai sokongan YB Semantan kepada masjid-masjid bagi menyemarakkan lagi ramadhan mereka,
Kami akan cuba sedaya mungkin bagi turun setiap malam ke masjid dan surau dalam Parlimen Temerloh bagi sama-sama rakyat untuk menyemarakkan ramadhan kali ini, ujar YDP Temerloh
Amalan yang baik sebelum berbuka puasa malah boleh diamalkan sebelum makan pada hari-hari lain ialah seperti berikut:
1. Baca al-Fatihah sebanyak 3x 2. Baca selawat 3x 3. Baca doa buka puasa seperti biasa
Sebelum memulakan bacaan itu, sediakan air minum berupa air bersih sama ada air suam yang sudah sejuk atau air mineral kadar segelas. Letakkan air tersebut di hadapan kita dan bacalah semua bacaan itu sebelum berbuka puasa.
Perlu diingat, ambil masa untuk membaca itu kadar lima minit atau 10 minit sebelum masuk waktu berbuka puasa. Untuk itu kumpulkan semua sekeluarga di hadapan makanan. Dan ajaklah mereka mengamalkan amalan yang sama.
Jika habis membaca doa itu sedangkan waktu belum masuk, ulangi lagi bacaan doa buka puasa beberapa kali sehingga masuk waktu. Dan apabila masuk waktu gunakan air itu untuk berbuka puasa. Selepas itu barulah mengambil kurma dan yang lainnya. Selamat beramal, semoga anda sihat dan berpahala. 3X أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِيْنَ. آمِيْنَ 3X اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىْ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ 3X اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ، بِسْمِ اللَّهِ وَعَلَى بَرَكَةِ اللَّهِ
Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno. Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat. Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.
Ini adalah petanda pilihanraya sudah hampir. Dekat pilihanraya baru Datuk Seri Najib sedar barang keperluan rakyat melonjak tinggi. Datin Rosmah tidak tahu berapa harga gula sekilo. Beliau hanya tahu membeli belah dan boros berbelanja tanpa memikirkan majoriti rakyat terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang.
Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.
Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.
Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat
Sepatutnya pemimpin Bn kena malu kepada Singapura, walaupun negeri mereka hanya ada udara dan matahari sahaja, namun mereka berjaya membangunkan ekonomi dengan berjaya untuk kesenangan rakyat mereka. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Malaysia prihatin terhadap isu pusat hiburan yang dibangkitkan di tiga buah negeri dengan menyatakan pendirian menerusi memorandum yang diserahkan kepada pemimpin tertinggi negeri terbabit.
:Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyerahkan memorandum pertama kepada Kerajaan Negeri Kedah, dengan menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.
"Walaupun diberi kelonggaran dengan membenarkan pusat hiburan beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis hiburan, namun ia langkah bijak menghormati bulan Ramadan yang mulia, selain dapat mengekang gejala sosial berleluasa," katanya.
Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, Pemuda Pas bangga kerana kerajaan Pas Kedah serius mahu melaksanakan enakmen itu pada tahun ini setelah tidak mampu melaksanakannya tiga tahun lalu.
"Tindakan ini tepat pada masanya dan saya harap bukan Islam menghargai sikap toleransi Menteri Besar ini," katanya pada media, selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksana enakmen 1997 berkaitan isu pusat hiburan sepanjang Ramadan, di Wisma Darul Aman, semalam.
Memorandum diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Helmi Mohd Khalid. Hadir sama, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim.
Mohd Firdaus berkata, memorandum sama akan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat, bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Negeri yang bertegas mengharamkan sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri walaupun dicabar MCA baru-baru ini.
"Pemuda Pas Pusat juga akan ke Melaka dalam minggu ini untuk serah memorandum ketiga kepada Ketua Menteri, membantah tindakan Kerajaan Negeri itu melanjutkan operasi pusat hiburan daripada 1 pagi hingga 3 pagi pada hujung minggu," katanya.
Menurutnya, inisiatif Pemuda Pas ini adalah usaha untuk mengekang gejala sosial, selain mahu membentuk umat Islam menghayati bulan Ramadan.
"Kami berterima kasih pada pemimpin Pas yang tegas dalam keputusan mereka berhubung isu ini, dan menambahkan lagi keyakinan pada kepimpinan mereka yang menunjukkan betapa pentingnya memilih pemimpin yang bukan sahaja menjaga hal-hal duniawi, tetapi juga menitikberatkan soal akhirat," katanya.
Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemelut isu pusat hiburan di Kedah dipolitikkan banyak pihak namun berjaya diselesaikan dengan bijak oleh Menteri Besar.
"Kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat ini membuktikan mereka sepakat dan telah melaksanakan agenda dalam Buku Jingga. Pentadbiran yang mengutamakan rakyat dalam semua aspek, di mana dalam buku itu mengatakan, tumpuan diberi untuk memperbaiki hubungan antara kaum dan agama yang telah rosak serta memupuk budaya berasaskan nilai moral dan bersikap terbuka," katanya.
Menurutnya, pendekatan PR amat bertepatan dan meraikan semua kaum, tanpa ada unsur ekstremisme dalam apa jua tindakan.
"Sebelum ini parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan mungkin lupa mereka yang luluskan enakmen itu cuma tidak dilaksanakan sahaja. Sekarang setelah Menteri Besar dedahkan kebenaran, mereka malu dengan tindakan sendiri yang membantah pelaksanaan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh mereka," katanya.
CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN Tarikh : 30 Julai 2011, SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Kg Pulau Bintongan, Rembau ( jalan Kg Batu – Miku – Johol) Penceramah : Ustaz Norazman Mohamad - Imam N.Sembilan yang dipecat YB Johari Abdul YB Hj Taufek - Pesuruhajaya PAS N.Sembilan Chegubard
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team Tarikh : 17 Ogos 2011 Hari : Rabu Masa : 6.15 pm - 7.45 pm Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan
Kupon RM 50 sahaja
Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban
Anjuran : Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum, No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Untuk keterangan sila lanjut hubungi : Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181
Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM No akaun bank CIMB : 05040000993100
PEKAN, 29 Julai: PAS Pahang memohon campur tangan Mufti Pahang, berhubung isu pengeluaran bahan silika yang akan di gunakan bagi tujuan penapisan arak oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.
(Ketua Penerangan [kanan] PAS Pahang Menyerahkan Memorandum Kepada Mufti Pahang)
Pandangan tersebut telah di suarakan oleh Ketua Penerangan Pas Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad pada sesi perjumpaan muhibbah PAS Pahang dengan Mufti Pahang, Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Osman yang di adakan pada 27 Julai 2011 di Pejabat Mufti Pahang, Pekan.
Beliau telah di iringi oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim, Ketua enerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhil Mohd Noor dan AJK kawasan dan pemuda.
Berhubung dengan isu berkaitan, Ustaz Suhaimi telah memaklumkan kegusaran pekerja dan juga rakyat berhubung hasrat kilang berkenaan untuk mengeluarkan sejenis produk yang di kenali sebagai 'Daraclar' ataupun nama santifiknya 'Beer Stabilizer'.
Berdasarkan kepada fatwa yang di keluarkan pada 31 Julai 2004 di nyatakan hukum bekerja di kilang membuat silica adalah harus dan di bolehkan kerana ianya tidak termasuk mengeluarkan ain arak dan silika tersebut boleh di gunakan untuk tujuan lain seperti perusahaan cat, kaca dan sebagainya.
"Kita sedia maklum akan kepelbagaian kegunaan silika tersebut tetapi apa yang kami persoalkan ialah silika yang akan di hasilkan oleh satu binaan tambahan khusus di kilang tersebut yang kini dalam proses pembinaan adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan industri arak. Daraclar atau Beer Stabilizer tiada kaitan langsung dengan perusahaan cat mahupun kaca," jelas Ustaz Suhaimi.
"Kita mendapat maklumat dalaman bahawa Jabatan Mufti telah di berikan maklumat yang tidak menyeluruh sewaktu pertemuan oleh syarikat terbabit sebelum fatwa berkenaan di keluarkan. Hasilnya sekarang fatwa tersebut telah di jadikan 'senjata' oleh pihak tertentu bagi menghalalkan pengeluaran produk berkenaan," katanya.
Mufti juga di maklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang boleh di dapati melalui laman web syarikat tersebut, jelas menunjukkan bahawa silika bagi kegunaan penapisan arak merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan syarikat berkenaan di seluruh dunia dan kini mereka memilih Malaysia sebagai platform bagi pengilangan dan pemasaran untuk rantau Asia Pasifik.
Ketua Penerangan PAS Pahang itu juga memaklumkan bahawa terdapat usaha dari pihak pekerja untuk bertemu dengan Mufti tetapi mereka telah di berikan amaran untuk tidak berbuat demikian.
"Justeru itu atas dasar kesedaran dan kepentingan kebajikan pekerja dan umat Islam, kami memohon pertimbangan pihak Mufti untuk menilai kembali isu ini dan dapat mengambill tindakan tegas dan segera," ujarnya lagi.
Dalam kenyataan balasnya, Dato' Haji Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya di maklumkan bahawa mereka di berikan penjelasan bahawa silika yang di hasilkan oleh syarikat tersebut boleh di gunakan secara umum dan tidak di khususkan untuk pengeluaran arak secara langsung.
Justeru itu beliau akan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan semula kepada Majlis Fatwa berhubung perkara tersebut dan memohon penilaian semula berhubung status isu berkenaan.
Beliau juga memaklumkan akan memanggil semula pengurusan kilang terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Sebagai tambahan kepada hasrat Mufti Pahang tersebut, PAS Pahang berpendapat agar pekerja kilang tersebut turut di panggil bagi menyatakan pendapat dan maklum balas agar maklumat yang di terima pada kali ini lebih tepat dan telus.
Pada pertemuan tersebut, Ketua Penerangan Pas telah menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut yang memohon penjelasan dari pihak Jabatan Mufti dan amat berharap agar satu tindakan yang konkrit dapat di ambil dalam masa yang terdekat.
Beliau juga marakamkan rasa penghargaan terhadap layanan yang baik oleh Mufti Pahang dan juga kakitangan jabatan Mufti dan berharap agar jalinan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang demi kebaikan umat Islam.
Nak lesen barangan lupus melalui polis ? Pasal tu macam cendawan selepas hujan tempat menjual dan mengumpul barangan lupus terutama bahan dari logam di sekitar bukit Sentosa dan Beruntung. Tengoklah barangannya kedai ini yang telah melimpah-ruah menganggu laluan kenderaan dan juga membahayakan orang-ramai yang menggunakan jalan ini. Pihak MDHS(Majlis Daerah Hulu Selangor) takder kuasake menegur ketidakkemasnya kedai barang lupus ini mengurus barang di luar kedai atau MDHS takut pada Polis yang mengawalselia kedai ini? Kedai ini terletak di Jalan Seroja Bukit Sentosa 2.
Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi memalukan UMNO ini kerana Kerajaan Negeri dalam masa setengah tahun, mereka telah berjaya mendapat keuntungan RM 200 Juta. Ini juga merupakan satu tamparan buat UMNO kerana ketika PR menang dan merampas Selangor dari BN yang diketuai oleh bekas menteri besar Khir Toyo, keadaan ekonomi sangat lemah dan teruk.
Kejayaan PR menaikkan ekonomi negeri Selangor yang diketuai oleh Tan Sri Kahlid Ibrahim sedikit sebanyak telah membuktikan PR berjaya membawa teori BUKU JINGGA.Perancangan untuk merampas kembali Selangor oleh UMNO telah menemui jalan sukar sekiranya PR terus membawa kenaikan ekonomi untuk rakyat Selangor.
Seorang lelaki warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap (PR) rentung dalam kebakaran di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi, mangsa, Dedy Mulia Abdul Ghani, 33 yang dipercayai menghidap sakit mental sedang dirawat di hopsital berkenaan gagal diselamatkan selepas terperangkap di dalam bilik di wad terbabit.
Pengarah Penguat Kuasa Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata, anggota bomba menerima panggilan pada jam 12.34 pagi dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit selepas itu.
Menurutnya, dua jentera bomba dari Balai Bomba Chow Kit dan Sentul dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
"Ketika sampai di HKL, kita dapati kakitangan hospital sedang berusaha memadam kebakaran itu menggunakan alat pemadam api.
"Kami mengambil alih memadamkan kebakaran di wad terbabit yang diselubungi asap tebal," katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.
Menurut Azizan, bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke tempat lain dan api dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.
"Kakitangan hospital juga berjaya memindahkan seramai 15 pesakit ke wad lain. Bagaimanapun, Dedy yang terperangkap di dalam bilik terbabit gagal diselamatkan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut kejadian terbabit bagi mencari punca kebakaran dan bagaimana mangsa terperangkap di dalam bilik itu. -hm
Komen : Ni lah pasenya, yang Menteri Kesihatan sibuk pertahan FRU siram air asid ke Hospital, bukan nak mempertahankan keselamatan Hospital! Mana KPI Hospital! takkan tak boleh selamatkan kebakaran?
Komen teman : walau tak tengok tapi teman puashati Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya telah menunjukkan corak permainan yang baik walaupun tewas dengan agregat 6-4 pada perlawanan timbal balik Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Pada perlawanan itu,Malaysia hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura dan jaringan tunggal Malaysia dihasilkan Mohd. Safee Sali pada minit ke-57.
"Dengan stadium yang padat (dengan penonton),ia seolah memberi gambaran petanda baik kepada perkembangan arena bola sepak. Sokongan padu peminat diharap dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan sukan
Sememangnya pujian tetap harus diberikan kpd keseluruhan pasukan Malaysia kerana berjaya mencipta impak yg terbaik utk kualiti bola sepak negara. Kerana mereka jugalah, rakyat sudah mula kembali memenuhi bangku-bangku penonton di stadium dan juga menyejukkan sementara bahang politik negara Malaysia ni yg tak pernah berhenti sejak tahun 2008 almaklumlah Parti memerintah terlalu lama sampai ada rakyat rasa nak muntah.
Kita bermain 100% anak-anak tempatan. Kualiti pemain tempatan yang terbaik pada waktu ini. Tetapi lawan kita, Singapor dikatakan bermain dgn 'tenaga-tenaga' yg dibelirakyatkan dari luar negara. Namun itu bukan menjadi ukuran penting.
YANG PENTING JERSEY MALAYSIA HARUS KUNING ! KENAPA PAKAI BAJI BIRU ....DAH LAH DI SINGAPURA YANG LALU MALAYSIA DENGAN BAJU BIRU DAH HARU BIRU.
LAIN KALI MALAYSIA DAH ADA BAJU KHAS SEMANGAT MALAYSIA YANG WARNA KUNING TU ... GUNAKANLAH. SEMALAM RAMAI JUGA PENONTON YANG BERBAJU KUNING. BUTA KAH?
Datuk Ambiga hari ini menaruh harapan yang tinggi agar Putrajaya tidak mengulangi kesilapan apabila menahan pemimpin PSM di bawah tahanan Ordinan Darura... tapi bagi aku harapan Ambiga hanya tinggal harapan le... sebab Putrajaya akan mengulangi benda yang sama ... Be End memang jenis menipu sampai kiamat....
PETALING JAYA, 29 Julai — Terkejut dengan pembebasan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) lewat petang ini daripada tahanan Ordinan Darurat, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan menggesa Putrajaya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa depan.
"Ini adalah berita yang paling menggembirakan hari ini, mereka memang tidak sepatutnya ditahan di bawah Ordinan Darurat.
"Saya tidak faham mengapa kerajaan gunakan Ordinan Darurat untuk menahan mereka," katanya pada sidang media selepas forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
Justeru kata Ambiga, beliau amat berharap agar Putrajaya tidak menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan seseorang tanpa sebarang bukti yang kukuh.
"Sejak dari mula kita bantah penahanan mereka berenam, kita tidak tahu mengapa mereka ditahan, atas kesalahan apa?
"Jadi saya harap sepatutnya perkara sama tidak lagi berulang," katanya.
KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.
Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad. "Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius," ujar Abdul Aziz.
... Moga dia cepat sembut dan sempat bertaubat atas apa yg dilakukan selama ini....
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kesemua enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput yang ditahan sejak awal bulan di bawah Ordinan Darurat telah dibebaskan petang ini. Peguam N Surendran mengesahkan perkara itu dan kertas berkaitan sedang diproses di Balai Polis Jinjang di sini.
"Ya, maklumat yang saya terima menunjukkan mereka sudah dibebaskan," kata peguam itu. Keenam-enam mereka dibebaskan sekitar pukul 5.30 petang tadi.
"Ya, isterinya ada bercakap dengan saya. Kami sedang cuba mengesahkan butiran sekarang," kata beliau. Laporan The Star memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata mereka telah dibebaskan dan tindakan susulan akan ditentukan oleh Peguam Negara.
Semalam, Ismail berkata mereka masih disiasat di bawah Ordinan Darurat. Awalnya mereka disiasat atas alasan cuba mengadakan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong selepas ditahan di Seberang Perai akhir bulan lalu.
"Kita akan membuat keputusan sewajarnya. Apa yang kita buat adalah sebahagian daripada prosedur dan proses mengikut undang-undang kita," katanya.
Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.
Fitnah jahat BN dan Polis dalam mengagalkan perhimpunan Bersih 9 Julai lalu...habis tue mane yg kate sponser la... risalah komunis lah.. gambar pemimpin komunis lah.... woii.....celakak!!!
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menegaskan tindakan menyamakan fahaman Wahabi dengan aktiviti pengganas adalah tidak berasas sama sekali sambil menjelaskan, kedua-duanya umpama langit dan bumi.
Ini kerana, menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, fahaman Wahabi tiada kaitan dengan aktiviti pengganas walaupun sentiasa berbeza pendapat dan pandangan dengan pengikut Ahli Sunah Waljamaah.
"Wahabi dengan pengganas macam langit dengan bumi, fahaman Wahabi tiada kaitan dengan aktiviti pengganas... memang ada berbeza dengan kita tapi janganlah kaitkan dengan pengganas.
"Tuduhan ini tidak betul pun, kenapa mahu kaitkan dengan pengganas? Wahabi itu apa? Tiada pun mazhab Wahabi... pengikut fahaman ini ada yang berbeza cara dengan kita, jadi janganlah nak timbulkan masalah-masalah yang kecil seperti ini," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau yang ternyata terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap fahaman Wahabi menegaskan, perkara sebegitu sepatutnya perlu dibincangkan oleh tokoh-tokoh agama dan bukan secara umum kerana ia boleh menimbulkan keraguan tentang agama Islam sendiri.
Sheikh Abdul Halim juga menambah, fahaman Wahabi tidak sesat kerana ia menjadi amalan di Arab Saudi.
"Perkara ini perlu dibincangkan oleh orang-orang yang khusus, yang tahu pasal agama... jangan timbulkan keraguan macam ini. Fahaman Wahabi diamalkan di Arab Saudi, jadi macam mana kita boleh nak kata mereka sesat dan ada kaitan dengan aktiviti pengganas.
"Wahabi tidak sesat, kalau kita kata Wahabi sesat itu tidak betul... mereka cuma berselisih pendapat sahaja, kalau nak kata Wahabi sesat, celah mana mereka sesat? Beritahu pada saya mengapa mereka sesat, saya harap perkara ini boleh diselesaikan dengan baik dan tidak perlu nak diperbesarkan sangat kerana ramai yang tidak faham nanti," katanya. Tambah Sheikh Abdul Halim, beliau berharap polemik itu boleh diselesaikan dengan segera.
"Jangan timbulkan keraguan di kalangan umat Islam, perkara ini perkara kecil... elok diselesaikan dengan segera.
"Nanti kalau berlarutan lagi ramai yang tidak faham, siapa yang tidak faham baik mendiamkan diri... biar selesaikan secara ilmiah," katanya dengan nada kecewa.
Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu. Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.
"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.
"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
"Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.
Standard aaarrr.... puak2 kapitalis dan sekular nih.... apa saja yang tak berpihak pada mereka, menganggu gugat kesejahteraan mereka... maka isu agama, isu perkauman akan dimainkan, dituduhlah sebagai penganas, ajaran sesat, puak pelampau, pengacau, wahabi, matahari, komunis dan ntah apa2 lagi.
Yang jenis mengaku Islam tapi perangai lebih haram dari babi tuuuu... tak nak pulak diorang ambik tindakan. Yang jenis mengaku Islam tapi terhenjut2 dalam pub/disko tak kira tua muda dibiarkan saja.
Bila ada yang menentang kemungkaran dipecat dari jawatan, contoh Dato Ishak Baharom. Selagi puak2 laknat umPORno/beEnd nih berkuasa... selagi itulah Islam tidak akan tertegak di Negara Malaysia ni...
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.
Gua tertarik dengan salah satu komen di malaysiakini;
Yang penting sekarang cari jalan nak kuatkan ummah, cari jalan macam mana nak ajak orang2 muda pergi ke masjid berjemaah 5 waktu, isu murtad perlu diatasi dengan segera, bukan bergaduh pada benda2 kecik, perbanyakkan majlis2 ilmu di tv selain di tempat2 awam macam di bandar2 besar di hari minggu.
Kurangkan reality show yang haram such as AF, Malaysian Idol, Bintang Kecil dan lain2, baru la takda lagi golongan yang jahil. Melenting-lenting bila ada non-muslim baca Quran dan Hadith, Islam bertambah indah jika kita pelajari berbanding dari kita mewarisinya. - Mohd Firdaus-UUM
Gua rasa sudah sampai masanya puak2 pemyokong/pencacai umno yang mengaku beragama Islam menolak sistem sekular umPORno/beEnd ini, jom.... ramai2 kebumikan parti sekular ini dalam PRU-13 nanti.
Seperti yang gua katakan di atas, selagi puak2 jahanam dan buta agama ini memerintah... rakyat/umat Islam di Malaysia akan bertambah keliru dan diperbodohkan setiap masa.
Disebabkan oleh keraaaajaan sekular ini jugalah, maka lahir manusia seperti ini.
Untuk masuk rumah hantu ini,,hanya celup jari sahaja dibolehkan.Biometrik hantu tak mau.!
Ustaz Idris Ahmad bertanya kenapa kerajaan BN takut hendak menggunakan celup dakwat.
Budak sekolah pun boleh menjawabnya."Itu BN ,mau kekal kuasa ma!"."Itu Najib mau jadi ketua,ma!".."Kalau takut kena pakai pampers ma!" Alasan budak sekolah kenapa perlu takut terkencing dalam seluar!
Berikut merupa pandangan Ustaz Idris Ahmad.
KUALA LUMPUR, 29 Julai: "Sebenarnya, kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak takut hendak menggunakan celup dakwat?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, hanya orang salah sahaja yang takut menggunakan celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan.
"Perlu diingatkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR, zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu," katanya.
Baginya, Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat.
Tambahnya, ini dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik.
Ini, ujarnya satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar kerana penipuan perjalanan pilihan raya semakin terserlah.
Beliau beberapa keraguan penggunaan biometrik, antaranya penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak.
Ini, tegasnya bukan isu dan tuntutan Bersih.
"Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan? Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih?" soalnya.
Apabila ditanya kepada SPR, katanya mereka menjawab kerana waris tidak memberi surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada.
Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk online dengan Jabatan Pendaftaran Negara, tanya beliau apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.
Beliau juga mempersoalkan apa jaminan sistem biometrik yang boleh dionline serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihan raya.
"Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik?" tanya beliau lagi.
Katanya, cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara online mengalami masalah kerana kelembapan server kementerian sedangkan bilangan guru lebih 500 ribu sahaja.
Justeru, ujarnya cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihan raya yang hampir 10 juta pengundi.
Beliau menambah, ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut.
Soalnya, apakah itu bukan satu penganiayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi.
Menurutnya, mereka akan dinafikan hak kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
"Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pedalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan elektrik?" tanya beliau lagi.
Mamak yang paling popular dalam Penang tahun ni.. apa saja demonstrasi menentang Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang muka dia mesti ada.. dia tak peduli apa.. main sondol membabi buta saja..
Hari ini pula dia bawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.
Puncanya ialah kerana kerajaan negeri dikatakan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar..
GEORGETOWN: Pusat Khidmat Kaunter Jabatan-jabatan kerajaan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini kecoh apabila seorang peniaga barangan kulit cuba menaiki lif untuk ke pejabat Ketua Menteri dengan membawa dua pakaian dalam untuk diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.
Peniaga yang dikenali sebagai Mohamed Ghani Abd Jiman Ghani, 42, yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, membuka bungkusan plastik yang mengandungi dua pasang seluar dalam dan coli bercorak harimau ketika ditahan oleh pengawal keselamatan di hadapan pintu masuk lif.
Beliau berkata pakaian dalam itu adalah sebagai hadiah kepada kerajaan negeri yang didakwanya tidak berlaku adil, tidak telus kepada rakyat dan telah menindas beliau kerana tidak memberikannya semula tapak niaga di tingkat tiga Komtar.
"Pakaian dalam yang bercorak harimau itu sesuai untuk diberikan kepada mereka berdua yang dilabelkan sebagai tarzan kerana kerajaan negeri ini adalah pembohong dan menipu rakyat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamed Ghani berkata gerainya yang didapati hilang itu juga hingga kini masih tidak dikembalikan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) setelah beliau enggan beredar untuk pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kompleks itu Mac lalu.
Beliau berkata tindakan kerajaan negeri merampas gerai miliknya itu mengakibatkan beliau kerugian RM50,000.
Pakaian dalam itu akhirnya digantung di hadapan pintu masuk utama pentadbiran kerajaan negeri setelah pengawal keselamatan tidak membenarkan beliau menaiki lif. - BERNAMA
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Kenyataan Media: "Rosmah Terus Mencukur Negara!" (29 July 2011)
Respon kepada kenyataan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sewaktu lawatannya ke Pokok Sena semalam, yang turut dilaporkan portal berita Free Malaysia Today (FMT) 'Permata mahu lebih peruntukan' - saya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merujuk perkara ini ke sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya.
Ini kerana, peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata dalam Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan.
Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan.
Beliau harus mengawal dan menghalang isterinya dari terus mencukur wang rakyat. Wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan pubkisiti dan peribadi - eg. beg tangan RM1juta dan cincin permata RM74juta.
Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam.
Laporan kewangan, data keberhasilan dan indikator pencapaian program Permata ini juga seharusnya dibekalkan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambah baikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.
Sekian. Terima kasih.
YB Hajah Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita Keadilan Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Ampang
Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.
"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
"Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
"Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting," katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.
14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.
Bantu rakyat
Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.
Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.
Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
"Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka," kata Rosmah.
Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...
Tiap-tiap hari kita boleh baca kenyataan-kenyataan Menteri-Menteri PenChaChai dan juga boleh baca dalam blog-blog pro PenChaChai lagu DAP anti MeLAYU, DAP anak beranak PAP, DAP nak ambik alih Malaysia, DAP pinggirkan MeLAYU terutamanya di Pulau Pinang.
Pergerakan Wanita MCA Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kontraktor-kontraktor Cina di negeri itu tidak mendapat walaupun satu projek dari Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri dan sebaliknya kesemua projek diberi kepada kontraktor Melayu, Bumiputera dan India Muslim.
Pengerusinya Tan Cheng Liang, dalam blok parti itu hari ini berkata, beliau yakin kontraktor-kontraktor Cina turut menghantar permohonan tender mereka tetapi hairan kenapa tidak seorang pun kontraktor Cina mendapat projek JPS itu.
"Adakah permohonan mereka tidak lengkap,?" soal beliau sebagai respon kepada kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng bertarikh 27 Julai lalu.
Lim dalam kenyataannya berkata, para kontraktor dalam lima daerah untuk projek JPS adalah terdiri daripada Melayu, Bumiputera dan India Muslim manakala kontraktor wanita mewakili 20 peratus.
Tan berkata sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri, tidak ada seorang pun kontraktor Cina dalam lima daerah mendapat projek. JPS.
Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak sepatutnya memberi projek kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera supaya dilihat adil tetapi mereka mesti memastikan para kontraktor itu mampu menyiapkan projek-projek yang diberi dan tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.
Tan berkata terdapat bukti bahawa walaupun mendapat sokongan daripada masyarakat Cina untuk Lim dan DAP, kepentingan masyarakat Cina kian terhakis sejak DAP berkuasa.
"Mereka (DAP) sedar bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada orang-orang Cina selama-lamanya tetapi saya harap tindakan DAP untuk "mengambil hati" bangsa-bangsa lain tidak dilakukan dengan mengenepikan kepentingan masyarakat Cina di negeri itu," katanya.
Pulak dah...
UMNO cakap DAP pinggirkan MeLAYU dan Kontraktor MeLAYU Pulau Pinang siap buat demo besar-besaran... Bukan sekali, tapi dah banyak kali.
Hari ni sayap Barisan Nasional sendiri buat kenyataan DAP pinggirkan Kontraktor Cina.
Isu pemecatan Ustaz Zamri yang mengendali rancangan 'Adik & Al-Quran' dari TV9 hangat diperkatakan. Ianya bermula daripada penyebaran gambar hos TV9 itu terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lepas gara-gara sifat hasad dan dengki barua-barua Umno-BN. Baca di sini.
Di sebalik pemecatan itu, kita dapat mengambil satu iktibar di akan keikhlasan pemimpin Umno-BN terhadap kemajuan Islam dan agamawan di negara ini.
Bagi blogger-blogger murahan Umno-BN, mereka ini tidak mengerti erti hak kebebasan yang termaktub dalam perlembagaan. Mereka hanya pandai menyebut patuh kepada perlembagaan negara tetapi bodoh terhadap isi yang terkandung dalam perlembagaan.
Jika cerdik, tak pula dihalang hak Ustaz Zamri untuk berhimpun yang pasti ada termaktub dalam perlembagaan (Artikel 10). Mereka ini hanya mempunyai sifat dengki sehingga menyerlahkan kebodohan mereka sehingga secara bodoh menyatakan Ustaz Zamri perlu 'dikeluarkan' dari TV9 kerana dia banyak memperolehi nikmat daripada hasil penyertaannya dengan anak syarikat Media Prima yang majoriti sahamnya adalah hak milik UMNO Malaysia. Kalau dah hak milik Umno, kenapa tak letak je label, hanya untuk ahli Umno sahaja.
Buat pemimpin atasan Umno-BN pula, ini semua menjelaskan hakikat sebenar yang mereka ini hanya berlakon untuk meluahkan pujian kepada para ilmuan agama dan agama Islam itu sendiri. Golongan agama yang terpalit dengan tahi Umno-BN dipujinya tinggi-tinggi walaupun hakikat sebenar ilmu tak seberapa.
Dalam kes Ustaz Zamri, beliau dinobatkan 'mantop' hanya ketika tiada orang tahu pendiriannya, tetapi selepas melihat terlibat dengan BERSIH 2.0, segala pujian telah bertukar cacian dengan sekelip mata.
Kerana dilihat melawan arus kerajaan Umno-BN, mereka akan ditolak ke tepi. Konon menyalahi polisi syarikatlah, apa lah.
Tapi yang tak memberi kesan kepada kuasa Umno-BN seperti program hiburan melampau, tayangan video lucah, rancangan merosakkan akhlak tidak pula menyalahi polisi syarikat bahkan dibiarkan bertambah-tambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Umno-BN memang hipokrit!
Bagi blogger murahan Umno, mereka kisah apa kalau rancangan berbentuk agama dihentikan. Mereka hanya akan meronta dan marah bila rancangan hiburan, pergaulan bebas, dedah sana-sini dihentikan.
KUALA TERENGGANU: Lelaki yang mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya ke mahkamah beberapa minggu lalu untuk mendapatkan kebenaran menukar jantina kini telah dimasukkan ke hospital setelah didapati muntah beberapa kali.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, yang dikatakan sedang menghadapi tekanan perasaan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 3 pagi Jumaat.
Dia dimasukkan ke ICU selepas tekanan darahnya didapati rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, telah meminta kerjasama pihak media agar membenarkan anaknya berehat dan tidak diganggu ketika di dalam wad. "Saya berharap pihak media memahami situasi yang sedang dialami oleh anak saya dan memberinya masa untuk pulih. Sebelum ini dia tidak pernah mengalami sebarang komplikasi kesihatan yang serius," ujar Abdul Aziz.
... Moga dia cepat sembut dan sempat bertaubat atas apa yg dilakukan selama ini....
NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah' atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.
Memetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.
Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.
Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.
Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?
Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./
Peguam, Fadiah menunjukkan rakaman OCPD Brickfields, Wan Bari mengarahkan anggotanya melepaskan tembakan gas pemedih mata tepat ke arah orang ramai
Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran mengulangi bahawa tindakan polis yang menghala tembakan gas pemedih mata tepat kepada peserta Bersih di laluan bawah KL sentral, 9 Julai lalu adalah satu cubaan membunuh.Beliau berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan kematian atau kecederaan badan yang serius dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Menurutnya, polis juga melanggar undang undang antarabangsa dan tidak mengikut prosedur ditetapkan, apabila melepaskan tembakan di tempat tertutup atau di dalam terowong. Serangan itu katanya, mencederakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengawal peribadinya Fayadh Al Bakri, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. "Fayadh dan Khalid masing-masing cedera di muka dan kepala kerana tembakan terus dari kanister gas pemedih mata sehingga cedera parah," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), di sini hari ini. Akibat tindakan ganas itu, Fayyadh mengalami kecederaan serius sehingga dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan di bahagian muka. Manakala Khalid pula mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan menerima enam jahitan. Dalam sidang media yang sama, wartawan turut ditunjukkan beberapa klip rakaman membuktikan polis melepaskan tembakan menghala ke arah orang ramai. Peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, berkata, Ketua Polis Daerah Brickfields (OCPD), Wan Bari Wan Khalid, memberi arahan kepada polis supaya menembak ke arah bawah. "Semasa serangan di terowong KL Sentral, pihak polis telah mengarahkan "Bawah! Bawah" sebelum menembak kanister gas pemedih mata terhadap peserta Bersih. "Polis juga beri amaran kepada wartawan, dan jurugambar beredar, kalau tidak mahu kena (tembakan)," kata Fadiah. Sementara itu, Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa juga menyifatkan tindakan polis itu bertujuan mendatangkan kecederaan dan boleh mengakibatkan kematian. "Lebih kurang 12 tembakan gas pemedih mata ditembak di kawasan tertutup yang penuh dengan peserta, ini boleh mendatangkan kecederaan. "Bayangkan gas pemedih mata ditembak di dalam bilik tertutup di mana ruang udara adalah tebal dan penuh dengan asap, dan dengan setiap nafas anda mendapat gas pemedih mata dalam paru-paru anda … orang boleh mati," kata Sivarasa. -KeadilanDaily
PAS Pusat memandang serius tindakan pihak Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) ke atas pelajar yang mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.
Perhimpunan Bersih 2.0 pelajar dan warga Malaysia di luar negara pada 9hb Julai lalu turut berlaku di beberapa buah negara yang lain, namun sehingga kini hanya di Mesir sahaja yang beria-ia untuk mengambil tindakan yang sangat melampau ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang menyertai perhimpunan tersebut.
Menurut Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat, antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan. Tambah Lajnah itu lagi, tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri.
Walhal, mereka yang ditahan dalam negara semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan. Apakah kedutaan Malaysia di Keherah ketinggalan maklumat atau sengaja menjadi barua UMNO - bagi menunjukkan seolah-olah ia sahaja yang berani mengambil tindakan? PAS mengingatkan mereka jangan cuba menjadi umpama bidalan 'lebih sudu dari kuah'.
PAS menyeru campurtangan Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra bagi mengatasi kezaliman yang berlaku ini. Pelajar-pelajar berkenaan, difahamkan sebahagiannya akan menamatkan pengajian beberapa bulan sahaja lagi - tidak seharusnya dibiarkan dibuang, dihalau dari asrama Malaysia dan dikenakan pelbagai ugutan.
Pihak Lajnah Guaman PAS akan meneliti isu ini secara dekat bagi membela nasib pelajar yang teranianya ini. Mereka sepatutnya bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada, di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah ia bersalah. Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut dan melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir.
Tindakan zalim ini hanya akan menyemarakkan kebencian mahasiswa-mahasiswi terhadap kerajaan Umno Barisan Nasional, dan ia tidak membina sesuatu yang berguna bagi masa depan negara.
Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak pernah merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Negara mencatatkan satu sejarah besar apabila para pemimpin bersusah-payah mengembleng tenaga untuk bersatu dan mengorbankan kepentingan parti-parti mereka demi kemerdekaan. Gabungan Barisan Nasional yang terhasil masa itu telah memberi harapan baru kepada rakyat.Namun, pada tahun 1978, disebabkan rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar.
Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya memenangi satu kerusi parlimen oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Era tersebut telah menjadi sejarah negara, namun begitu ia tiada disebut dalam mana-mana buku sejarah yang diajar di sekolah.
Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi pihak parti pemerintah. Sehinggakan fakta kemenangan PAS di Terengganu seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita tidak jujur dalam ilmu, sehinggakan akhirnya rakyat sedar mereka telah dibohongi sejarah?
Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama.
Rakyat yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, kini mula bangkit menyaman Felda – bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Kerajaan tidak sepatutnya menuduh para peneroka ini sebagai tidak mengenang jasa. Kerajaan seharusnya memperbetulkan sistem yang menindas mereka dan bertindak adil terhadap peluh jerih mereka. Ingatlah, mereka bukan pemberontak, mereka hanya sekadar ingin menuntut kembali hak yang dirompak daripada mereka.
Sayangnya, kerajaan yang kita ada hari ini masih berfikiran lama menyebabkan jurang pendapatan rakyat semakin melebar. Di saat syarikat-syarikat besar dengan bangga membentangkan keuntungan berbilion ringgit, rakyat pula melihat kehidupan mereka semakin terhimpit. Tarif elektrik semakin naik, tambang haji semakin tinggi, harga minyak semakin meningkat dan kenaikan kadar inflasi sangat ketara dirasai rakyat. Kerajaan hanya melihat angka di atas kertas, tetapi bagi rakyat menghitung setiap sen dan ringgit yang terpaksa mereka belanjakan, mereka betul-betul berasa perit.
Di saat rakyat mencengkam perut, pemimpin mempamerkan kemewahan hidup dengan barangan berjenama. Kunjungan pemimpin ke kampung dengan janji bulan dan bintang, rakyat miskin terpesona dengan ucapan – tapi seperti kebiasaannya janji pemimpin kerajaan hanya tinggal janji. Asalkan mereka sanggup mendengar dan menerima penerangan parti pemerintah bulat-bulat tanpa soal, mereka dianggap rakyat jelata. Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah - mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu.
Apabila mereka bantah kenaikan tol dan saman ekor, rakyat jelata yang terpesona dengan ucapan dan janji parti pemerintah tadi akan dicemuh sebagai golongan yang melanggar undang-undang.
Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembah dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan.
Saat ini, semua yang dilakukan kerajaan, dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Kerajaan kini, seperti slogan 'Malaysia Boleh' – berani lakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media. Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana!
Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim.
Rakyat tidak akan khianat kalau kekayaan negara ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Janganlah lagi kerajaan cuba berbohong kepada rakyat yang bermaklumat. Janganlah lagi anggap rakyat ini bodoh dan boleh terus dibodohkan – dengan adanya maklumat, mereka menjadi lebih cerdik daripada yang anda sangkakan.
Tanyalah pegawai kerajaan tentang pendapatan mereka berbanding kos hidup mereka.Tanyalah keluhan rakyat miskin di desa dengan segala kepayahan mereka. Kerajaan tidak perlu keluar statistik bantuan kebajikan masyarakat – mereka yang susah ini bukan nak dengar semua itu.
Mereka dukacita kerana sebagai rakyat Malaysia yang menjadi pengeksport utama minyak sawit, getah dan dilimpahi bahan galian - minyak, gas, emas, bijih, arang batu, bijih besi dan seribu sumber, mereka masih dihimpit kehidupan walaupun jumlah rakyat tidak ramai. Wahai kerajaan, dengarlah rintihan rakyat dan terimalah hakikat.
Jangan tunggu sehingga rakyat menghukum di dalam pilihanraya - atau melalui jalan himpunan protes kerana pada masa itu mereka sudahpun hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Batu Gajah, Ustaz Abdullah Adam kemalangan sebentar tadi. beliau telah melanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas. Kejadian berlaku di jalan ke Chankat Larang.
Beliau baru sahaja balik dari mesyuarat di Pejabat Perhubungan Negeri. Alhamdulillah, beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan. Tetapi keretanya rosak teruk dibahagian hadapan.
"Setelah 2 minggu BERSIH 2.0 berlaku. Setelah berpuluh-puluh sedutan video dalam You Tube tersiar ke seluruh dunia, barulah polis dengan kerjasama media UMNO menayangkan filem BERSIH versi UMNO.
Mengapa begitu lembab polis bertindak? Itupun setelah menerima sumpah seranah rakyat akibat terlaku mengikut telunjuk UMNO.
Malangnya, filem BERSIH 2.0 versi UMNO diketawakan rakyat. Lebih-lebih lagi melihat lagak begitu bersungguh pegawai atasan Bukit Aman menjadi "penglipur lara" kepada 300 media untuk ceritakan kembali kisah 9hb. Julai.
Ini zaman IT dan teknologi. Nampaknya PDRM masih ketinggalan zaman akibat terlalu jadi "hamba UMNO".
Jika Peristiwa Memali 1985 , bolehlah polis dan media UMNO seperti Utusan dan RTM "menggoreng-goreng" rakyat. Dulu mana ada internet dan You Tube. Rakyat termakan tipu muslihat UMNO.
Barangkali PDRM masih merasakan hari ini adalah seperti hari-hari tahun 70 an dan 80 an. Iaitu pemikiran rakyat boleh dikawal dan di"basuh".
Inilah hakikatnya apabila melihat klip video arahan polis dan UMNO. Gaya penyiaran, edit dan persembahan jauh ketinggalan dari apa yang tersiar dalam You Tube.
Begitu juga fakta yang diberikan oleh polis tentang perlanggaran keatas Mat Sabu. Kesilapan fakta amat memalukan polis. Iaitu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Pegawai Bukit Aman cuba mengalih isu kenderaan yang melanggar Mat Sabu. Beliau menyatakan bukan Pajero yang melanggar Mat Sabu. Sedangkan dalam laporan Mat Sabu pada hari kejadian, kereta Wira polis yang melanggarnya.
Adakah Pengarah Keselamatan Bukit Aman belajar dari mantan IGP Musa yang mengubah-ubah tarikh dalam kes Anwar 1998? Biasalah...anak ikut bapa kencing berdiri!
Teringat ketika Malaysia sibuk-sibuk dengan zaman sibernya....masih ada lagi Balai Polis pakai mesin taip...mesin taip tua! "
NASIB baik belum masuk bulan puasa lagi. Jika tidak, mungkin ramai yang `termuntah' atau terlebih ketawa apabila membaca kenyataan Presiden PERKASA, Ibrahim Ali yang perasan ramai orang `cemburu' kepadanya apabila beliau sendiri taja anugerah untuk dinamakan anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali kepada UiTM.
Memetik laporan Malaysiakini, Ibrahim Ali berkata, "Sebab saya terlalu aktif menganjurkan banyak program, kadang-kadang dalam skop yang besar, terdapat sesetengah orang yang cemburu terhadap saya. "Itu sahaja, mereka cemburu dengan saya," katanya dalam wawancara eksklusif dengan stesen TV internet - eTV - minggu lalu.
Siapa yang terlalu bodoh untuk cemburu dengan manusia bernama Ibrahim Ali ini? Apa kehebatan `raja katak' dari Pasir Mas ini? Kerusi Parlimen Pasir Mas yang beliau tidak segan silu duduki sekarang pun adalah hasil `ehsan' dari PAS Kelantan. Jika tidak, mungkin Ibrahim Ali tidak berada di Parlimen hari ini atau mungkin beliau sekarang menjawat jawatan Siak Masjid di kampungnya. Kita tidak lupa Ibrahim Ali pernah hilang deposit bertanding di dalam Pilihanraya sewaktu beliau menggunakan `jenama Ibrahim Ali' sahaja.
Hebatkah Ibrahim Ali yang hanya sekadar terlolong-lolong di depan TV kununnya untuk mengumpulkan puluhan ribu orang-orangnya untuk berdepan dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 09 Jul yang lalu? Pada hari perhimpunan tersebut, di mana `tokoh hebat' ini? Andainya ada `katak' yang hadir berhimpun pada hari tersebut, nescaya banyak yang `mati katak' akibat dipijak oleh puluhan ribu peserta BERSIH.
Oleh sebab itu, tidak pelik ramai yang terpinga-pinga mengapa harus UiTM mewujudkan anugerah Ibrahim Ali? Jika orang seperti beliau boleh dijadikan nama anugerah, sudah tentu Omar Din dari Silat Lincah itu pun boleh digunakan namanya untuk anugerah. Ini adalah kerana `level' Ibrahim Ali dan Omar Din setaraf. Jika Ibrahim Ali ada kerusi Parlimen Pasir Mas, Omar Din pun ada `kerusi' khusus untuk beliau juga. Jika Ibrahim Ali `garang dan hebat' di depan TV sebelum Perhimpunan BERSIH yang lalu, apa kurangnya si `Pendekar Mustar' itu?
Nampaknya perangai perasan ini tidak habis-habis melanda Ibrahim Ali. Mungkin sebab itu beliau tidak mahu kosongkan kerusi Parlimen Pasir Mas kerana beliau `perasan' bahawa majoriti rakyat di Pasir Mas setia dan menyokong beliau. Kita berharap Ibrahim Ali kurangkan sikit lawak jenaka bodohnya itu menjelang Ramadhan nanti kerana kita takut `termuntah' terlalu banyak apabila mendengar beliau bercakap./ wfauzdin.blogspot.com
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA TERENGGANU - Benarkah sebagaimana didakwa oleh beberapa ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), pihak berkuasa tempatan itu belum dapat mengutip sewa dari Giant Kijal Mall?
Sehingga bulan Julai 2011, Giant Kijal telah beroperasi selama 8 bulan apAbila mula dibuka pada bulan Disember tahun lalu.
Pada bulan Mei lalu, rakyat Terengganu dikejutkan dengan kemurahan hati Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said yang benar-benar ingin melihat sebuah pasaraya dibina dikampungnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Omar telah mengemukakan soalan bertulis yang meminta kerajaan menjelaskan milik siapakah bangunan yang diduduki oleh Giant di Kijal.
Dato' Tengku Hassan turut bertanya berapa kadar sewa bangunan tersebut dan tempoh sewaannya.
Kerajaan Umno-BN Terengganu dalam menjawab soalan tersebut memberitahu bahawa bangunan yang diduki oleh Giant di Kijal adalah milik Majlis Perbandaran Kemaman.
Kadar sewaan bagi sebulan adalah RM 42, 170 dan temph sewaan wajib adalah 3 tahun tambah 3. (3+3).
Dengan itu, sehingga kini sebanyak RM337, 360.00 sewaan yang telah tertunggak yang tidak dapat dikutip oleh MPK.
Pasaraya Giant menurut persetujuan asal dibawah pemerintahan bekas Menteri Besar Idris Jusoh, sepatutnya beroperasi di Mesra Mall Kertih, sebuah pusat beli belah milik anak syarikat Petronas KLCC (Holdings) Sdn Bhd
Bukan sahaja Ahmad tidak hadir merasmikan Mesra Mall tersebut, malah pasaraya Giant turut disekat oleh Ahmad.
Ahmad mungkin melihat kehadiran Giant di Mesra Mall sebagai suatu daya tarikan kepada orang ramai, yang menjadi saingan kepada hasratnya membangunkan sebuah bandar baru di Kijal.
Pembinaan Bandar baru Kijal yang dibiayai oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAWNT) sehingga Mei lalu telah menelan belanja RM153, 776, 166.00
Kg. Tasik Tambahan - Seramai 530 orang asnaf DUN Lembah Jaya menerima bantuan zakat daripada Zakat Selangor di Masjid Al-Ubudiah di sini awal pagi ini.
Program tersebut turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Ampang 1, En. Abd Rashid Saman, Ketua Kampung Seri Taman Baru Encik Abdull Aziz Abdull Ghani, Ketua Kampung Tasek Permai Encik Che Yusof Che Mat serta pimpinan-pimpinan masyarakat lain.
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SELEBRITI Tetamu Istimewa : Kumpulan Nasyid In Team Tarikh : 17 Ogos 2011 Hari : Rabu Masa : 6.15 pm - 7.45 pm Tempat : Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, N.Sembilan
Kupon RM 50 sahaja
Untuk Dana Pembangunan dan Kebajikan Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU), Seremban
Anjuran : Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum, No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Untuk keterangan sila lanjut hubungi : Kamal 019-2423020 , Nazri 019-6644320 , Pn Hayati 019-6502927 , Pn. Malilah 012-2259181
Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM No akaun bank CIMB : 05040000993100
Lanjutan dari artikel Kisah menyayat hati peneroka Felda di N.Sembilan yang tersiar pada 28 Julai 2011 dan tersiar di laman web Tranungkite.net . Satu komen yang perlu diselidiki lebih mendalam terdapat di Tranungkite.net.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan