SELEPAS matlamat perhimpunan haram Bersih gagal, kumpulan pro-pembangkang kini mula menggunakan internet untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berundur.
Menyifatkan taktik itu sebagai provokasi terancang, Ketua UMNO Bahagian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bagaimanapun yakin usaha tersebut tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Beliau berkata, keputusan undian menerusi internet tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur tahap sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib.
"Orang yang sama boleh menyatakan undian mereka berulang kali kerana identitinya tidak diketahui," katanya mengulas laman internet
"100,00 People Request Najib Tun Razak Resignation " (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), seperti yang disiarkan oleh portal berita
malaysiakini.com semalam.
Malaysiskini melaporkan setakat semalam sudah ada 110,192 menyokong dengan menekan butang
'like', hanya selepas 48 jam ianya dimulakan.
Sebaliknya jelas beliau, undian menerusi internet yang dirancang pihak tertentu tidak akan mempengaruhi sikap pengundi.
Menurutnya, rakyat yang menentukan sesebuah kerajaan menerusi proses Pilihan Raya Umum (PRU), bukannya undian carta yang direka oleh pihak yang berkepentingan.
"Jika mereka bernafsu sangat untuk menjatuhkan kerajaan, mereka dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pertubuhan politik dan bertanding pada PRU akan datang.
Menurut Syed Ali lagi, sesiapa sahaja berupaya untuk membina carta undi menerusi internet dengan niat tertentu.
"Kaedah yang sama juga boleh digunakan menerusi saluran internet dengan melaporkan sehingga kini lebih 2 juta rakyat Malaysia
'bersetuju' pengacau keamanan negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara,"
"Tingal lagi tidak ada orang yang tergamak membuat kerja bodoh seperti itu hanya untuk melepaskan geram," tambahnya.
Oleh sebab itu jelasnya, usaha untuk mendesak Najib berundur seperti dipaparkan oleh
malaysiakini hanyalah satu provokasi yang dirancang dan berniat jahat.
Justeru, beliau meminta rakyat negara ini supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah seperti itu kerana ianya adalah agenda puak pelampau.
"Yang saya hairannya, mengapa portal berita tersebut dilihat cukup berminat membesar-besarkan pelbagai isu yang dilihat cuba menjatuhkan kerajaan BN dan mencemarkan reputasi Najib sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Sehubungan itu kata Syed Ali, Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM) perlu lebih aggresif memantau beberapa laman blog termasuk
malaysiakini yang dilihat begitu ghairah memaparkan pelbagai isu yang boleh menjejaskan keamanan negara.
Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar mengingatkan pihak tertentu supaya menghentikan perbuatan menghasut rakyat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), twitter dan facebook un
tuk membalas dendam selepas kegagalan perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.
Bercakap kepada media di Skudai, Johor Bharu semalam, beliau berkata perbuatan seperti itu amat berbahaya sekaligus boleh menimbulkan kekacauan dan harus dihentikan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan