Oleh SYED ALI ALHABSHEE
PERHIMPUNAN Bersih 2.0 semalan tidak menjadi dan jelas pemimpin pembangkang secara terbuka sanggup menjadi kuda kepada DAP manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi berlakon kononnya 'cedera' terkena gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan Polis Simpnanan Persekutuan (FTU).
Bagi saya, 'padan muka' Anwar kerana tak habis-habis menyusahkan rakyat dan negara yang aman damai, hanya semata-mata untuk mengalih perhatian daripada kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari dan kaitan dengan rakaman video seks.
Berani buat berani tanggung, lagipun pedihnya tak seberapa, berlakon je lebih. Tak ada siapa pun yang suruh beliau menyertai perhimpunan 'gila' itu.
Sepanjang demontrasi semalam juga, hanya laungan 'reformasi,reformasi' yang dijeritkan untuk menarik penyertaan orang ramai, tetapi jelas ianya gagal.
Di mana Bersih ? Ini bermakna Bersih telah berjaya menaikkan nafsu segelintir orang Melayu dan pemimpin mereka untuk menentang kerajaan manakala bukan Melayu yang pro-pembangkang tersenyum lebar dan bertepuk tangan.
Bilangan kaum India dan Cina amat sedikit menyertai perhimpunan haram semalam dan yang lebih mengada-ngada adalah kumpulan Melayu yang sanggup memaki-hamun aggota polis dan merosakkan harta awam..
Strategi pemimpin Bersih dan DAP untuk melihat 'kebodohan' rakan Melayu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti Haji Hadi Awang dan Mat Sabu serta Sastrawan Negara, Datuk A. Samad Said ternyata telah berjaya mereka lakukan.
Bersih dan DAP jelas berjaya menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa mereka boleh memperbodohkan pemimpin Melayu supaya bertelagah sesama sendiri sambil mereka pula bergelak ketawa.
Bersih & DAP tersenyum lebar melihat kebodohan pemimpin Melayu PR
Ini bermakna perhimpunan Bersih 2,0 itu adalah agenda politik untuk merampas kuasa secara kekerasan, tetapi mujur kecekapan polis berjaya mematahkan percubaan tersebut.
Skrin politik busuk dan sikap buruk serta jahat pembangkang semalam juga menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan perhimpunan Bersih 2.0 sebenarnya gagal dan tidak berjaya.
Dalam ucapan penuh semangat pada satu majlis anjuran UMNO di PWTC pagi ini, Najib dengan tegas mengingatkan orang Melayu sudah bersedia untuk bersatu bersama UMNO dan tidak akan berganjak dengan perjuangannya.
Lantas Najib dengan berani menegaskan BN terutama UMNO sudah bersedia untuk berdepan dengan pembangkang dan bila-bila masa boleh membubarkan par
limen bagi membolehkan pilihan raya umum di adakan.
Saya melihat inilah ungkapan penuh berapi dan penuh berani yang dibuat oleh Najib, selang tidak sampai 24 jam Kuala Lumpour dilanda gempita rusuhan pembangkang yang tidak menjadi.
Saya terpegun mendengar ucapan Najib, Presiden UMNO yang seperti membayangkan betapa beliau sudah tidak tahan lagi dengan dakyah dan perlakuan jahat pembangkang untuk merosakkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.
Memang, dakwaan Bersih kononnya perhimpunan 9 Julai itu dijangka akan dihadiri oleh 100 ribu penyokong 'liar', tetapi nampaknya angka itu tidak menjadi, sekadar 5 hingga 7 ribu orang. Untuk memanaskan lagi kesan perhimpunan haram yang tidak mendapat sokongan rakyat itu, Anwar dihebohkan sebagai 'nazak' dan kononya muka dan pipi kanan beliau berdarah tetapi apabila terbaring enak di atas katil hospital, sedikit pun tak ada kesan darah.
Malah apabila keluar daripada hospital beliau memakai 'neck brace' yang tak ada kena mengenai dengan tempat yang dikatakan berdarah itu.
Anwar memang pembohong tegar
Ini juga mengesahkan bahawa Anwar sememangnya kaki penipu, putar alam dan tukang belit sepertimana yang dilakukan beberapa tahun lalu kononnya 'sakit tulang belakang'.
Bagaimanapun, cubaan reformasi politik secara kekerasan seperti yang dilakukan Anwar dan konco-konconya semalam untuk menjatuhkan Najib tidak tercapai.
Saya bersyukur. Nampkanya Allah S.W.T. tidak mengzinkan Anwar, Haji Hadi dan Mahfuz yang mendapat 'ilham' daripada S. Ambiga untuk menjahanamkan negara ini.
Oleh sebab itu hanya laungan dan jeritan 'reformasi, reformasi' memenuhi perarakan tersebut dan orang ramai bertanya dimananya bersihnya perhimpunan tersebut.
Jelas, pemimpin dan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 semalan bercakap bohong, pendusta dan pengkhianat rakyat apabila sebelum itu berkata perhimpunan akan berlaku secara aman.
Kata mereka lagi, mereka berarak hanya untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, tetapi semalam jelas menunjukkan mereka semuanya ini kaki penipu.
Memorandum sekadar alasan tetapi matlamat mereka cuba cetuskan kekacauan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib secara kekerasan.
Oleh sebab itu, mereka seperti orang yang kurang siuman sanggup menjadikan kanak-kanak bawah umur sebagai 'pelagak demontrasi bodoh'.
Pembangkang termasuk Anwar dan Haji Hadi nyata pemain politik 'bacul' yang hanya berani menggunakan cara kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dipilih rakyat menerusi proses demokrasi.
Jadi tidak hairanlah kerana sebelum ini saya sudah nyatakan bahawa Ambiga (bukan Melayu, tetapi India) cakap berbelit dan kalau ular, lidah bercabang.
Demontrasi yang penuh kotor itu gagal menarik sokongan orang ramai, sebaliknya mendapat kecaman banyak pihak kerana menjejaskan imej negara.
Pembangkang tetap juga bercakap bohong dan dengan menggunakan kemudahan laman intenet dan facebook, disebarkan cerita bohong kononnya kira-kira 1,000 orang yang ditahan polis semalam mendapat layanan buruk.
Nampaknya berbohong sudah menjadi darah daging mereka.
Kecekapan polis perlu dihargai
Ketua Polis Negara (KPN) terpaksa pula membersihkan pembohongan mereka itu dengan menjelaskan mereka yang ditahan kerana terbabit dalam demontrasi haram semalam mendapat layanan baik ma
lah kesihatan mereka juga diberikan perhatian.
Di kaca TV semalam, turut dipaparkan bagaimana selesanya tahanan itu menikmati makan 'ala-buffe' seperti di hotel manakala yang lainnya berbaris selesa untuk mengambil wuduk (bagi tahahan Islam).
Cukuplah berbohong kerana rusuhan semalam adalah akibat pembohongan yang dirancang kononnya mempersolkan 'kebersihan' SPR, tetapi dengan berbohong mereka cetuskan keganasan dan rusuhan.
Walaupun keganasan dan rusuhan itu tidak mendapat sambutan, tetapi sedikit-sebanyak implikasinya membawa keburukan kepada rakyat terutama peniaga keci sekitar Kuala Lumpur.
Dalam insiden Bersih yang tidak bersih itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) kerana bijak dan profesional menjalankan tanggungjawab mereka.
Terbukti kecekapan dan kebijaksanaan polis menangi situasi agak genting semalam juga menyerlahkan lagi bahawa polis Malaysia setanding dengan polis di peringkat antarabangsa.
Tahniah kepada polis Kuala Lumpur dan semua warga kota yang masih waras dan bijak membuat pertimbangan.
Tinggalkan lah mereka dengan labu-labunya, akhirnya mereka ini akan terjun ke dalam sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan