Isnin, 11 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 11 Jul 2011 01:12 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Penjelasan Bersih 2.0

Posted: 10 Jul 2011 08:15 AM PDT


PAKAT MAI RAMAI-RAMAI.... SEBARKAN KEPADA SAHABAT-HANDAI..!!!

Salam Perjuangan

Posted: 10 Jul 2011 11:39 PM PDT

Salam Perjuangan


KPN, TKPN HARUS BERTANGGUNGJAWAB

Posted: 10 Jul 2011 10:01 PM PDT

Peghelih La...

Posted: 10 Jul 2011 11:04 PM PDT

Peghelih La...


Penjelasan Bersih 2.0

Posted: 10 Jul 2011 08:07 AM PDT

SEBARKAN....JOM PAKAT PI RAMAI-RAMAI..........

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 10 Jul 2011 09:30 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Ketua Pemuda PAS Sabah di Tahan Polis

Posted: 10 Jul 2011 07:38 PM PDT





Kota Kinabalu, 10 Julai
– Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu dan seorang lagi aktivis Pemuda PAS ditahan oleh pihak polis petang tadi sekitar jam 4.30 petang ketika sedang minum di sebuah restoran di Alam Mesra.

Penangkapan Lahirul atas alasan beliau memakai baju BERSIH 2.0 manakala seorang lagi aktivis yangdikenali sebagai Mustaman hanya memakai pakian t-shirt biasa ketika ditahan.

Lahirul dan Mustaman terus dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk siasatan lanjut.

Beberapa orang pemuda daripada PAS dan AMK turut hadir ke Balai Polis Alam Mesra untuk mengikuti perkembangan penangkapan tersebut.

Mereka agak hairan mengapa kedua-dua aktivis pemuda tersebut dalam keadaan bergari ketika dibawa keluar dari Balai Polis Alam Mesra untuk dipindahkan ke IPD Karamunsing.

Menurut maklumat seorang peguam daripada Barisan Peguam Pakatan Rakyat Sabah, mereka berdua akan ditahan sehingga ke pagi esok dan dilanjutkan ke mahkamah untuk prosedur seterusnya pada hari yang sama.

Zulfikar: Polis Bertindak Ganas!

Posted: 10 Jul 2011 01:45 AM PDT


Kota Kinabalu, 10 Julai – Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap peserta himpunan aman BERSIH kelmarin adalah satu tindakan yang melampau, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Sdr. Mohd Julfikar Abdul Mijan.

"Pihak polis sepatutnya bertindak sebagai pemantau terhadap perjalanan aktiviti himpunan aman tersebut bukannya menjadikan mereka seakan-akan musuh atau penjenayah."

Tambah Mohd Julfikar, hak berhimpun ada termaktub dalam perlembagaan negara ini dan begitu juga jika dirujuk kepada pandangan para ulama yang mengharuskan himpunan ini"

Beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut juga terkena tembakan gas pemedih mata dan menyaksikan kekerasan yang dilakukan oleh beberapa anggota polis terhadap rakyat negara ini.

Mohd Julfikar turut mempersoalkan kos yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan penggunaan beberapa buah helicopter yang menelan belanja beribu ringgit untuk sebuah helicopter.

"Beberapa buah helicopter kelihatan berlegar-legar di udara sekitar kawasan himpunan aman untuk menakut-nakutkan peserta yang terlibat dan sudah tentu ini satu pembaziran duit rakyat"

Beliau juga mengecam beberapa laporan akhbar perdana yang tidak menyiarkan berita berkenaan himpunan aman ini secara telus.

"pihak yang menyebarkan berita tidak benar ini tidak akan dapat menipu rakyat kerana perbuatan tersebut hanya akan meningkatkan rasa ingin tahu rakyat negara ini tentang hasrat himpunan aman BERSIH baru-baru ini"

Tegas Mohd Julfikar, beliau dan beberapa rakan media alternative yang lain akan memastikan mesej himpunan aman BERSIH ini sampai kepada setiap kawasan dan golongan agar mereka mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang sahih.

"kita akan pastikan kesedaran ini juga akan sampai ke Sabah supaya rakyat disini juga menolak Umno-BN pada pilihanraya akan datang"

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jul 2011 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Kisah orang Jelebu sertai BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 08:24 PM PDT


Hayati pengalaman orang dari Jelebu , Negeri Sembilan yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 di http://orangklawang.blogspot.com/2011/07/bersih-20-dari-pudu-ke-brickfield.html


PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 10 Jul 2011 09:06 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Tindakan polis hadapi Bersih tidak bertamadun

Posted: 10 Jul 2011 07:40 AM PDT

DUN CHINI

Posted: 10 Jul 2011 07:52 PM PDT

DUN CHINI


GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN BERSIH

Posted: 09 Jul 2011 09:35 PM PDT


Gambar waktu malam dalam perjalanan ke KL jalan jame 3 jam di Tol dari Pahang




Gambar sebelah pagi di Taman Malewar tempat berkumpul sebelum bertolak ke KL








Gambar sebelum semasa dan sesudah kejadiah di kg baru.






































PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL

Posted: 10 Jul 2011 07:45 PM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN BUKIT KATIL


Tahniah kepada Bendahari dan Ezan Bachang

Posted: 09 Jul 2011 08:52 PM PDT

Tahniah diucapkan kepada Bendahari PAS Kawasan, Haji Ab Rahhim Idris dan saudara Ezan Bachang kerana 'naik makam' apabila dipilih mengikuti Tarbiyyah pihak Polis semalam. Mereka akhirnya dibebaskan sebelum pukul 7.00 malam.




DPPK PARIT

Posted: 10 Jul 2011 07:36 PM PDT

DPPK PARIT


ANJING - ANJING BN BERTINDAK ALA ZIONISME. SATU KESERONOKKAN PARA ANJING UNTUK KERAJAAN NAJIB!!!

Posted: 10 Jul 2011 12:10 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 10 Jul 2011 07:29 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Bila Rakyat Menuntut Hak...

Posted: 10 Jul 2011 09:23 AM PDT



PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Jul 2011 07:22 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Miri Lancarkan Dana PR13 Bersama Presiden

Posted: 10 Jul 2011 06:43 AM PDT

Lawatan Pertama Presiden PAS ke Miri PAS Untuk Menghijaukan Bandar Miri
PAS Miri telah menganjurkan makan malam bersama Tuan Guru Presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pada 6hb julai yang lalu di Parkcity Hotel Miri. Inilah kali pertama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melawat Miri dan seterusnya melancarkan dana pilihanraya PAS Miri untuk PR13 nanti.

Pada ceramah malam itu Tuan Guru menasihatkan agar Pakatan Rakyat Sarawak mestilah bersatu untuk menghadapi BN pada pilihanraya umum nanti. Beliau juga menyatakan bahawa dalam Islam kita wajib mempercayai wujudnya nabi Isa atau Jesus. Dalam kenyataannya juga mengingatkan semua hadirin yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar kita mesti bersatu walaupun kepercayaan kita berbeda tetapi kita adalah dari umat yang sama.

Perbedaan antara agama bukan menjadi masalah untuk kita bersatu menentang kezaliman dan menegak keadilan. Itulah antara intipati ucapan beliau pada malam tersebut.

Ramai yang hadir pada malam tersebut yang terdiri dari berbagai suku kaum di Sarawak ini menandakan bahawa PAS boleh di terima oleh semua golongan dan kaum di Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Konsep negara berkebajikan dan PAS untuk semua memang sesuai sekali untuk mengembangkan pengaruh PAS di bumi Sarawak. Semoga hasrat PAS untuk bertanding dalam kawasan Bandar dan berbilang kaum dapat di terima dan di sepakati oleh Pakatan Rakyat di Miri khasnya dan Sarawak secara umumnya.

PAS akan menghijaukan Miri nanti sesuai dengan warna logo atau bendera PAS.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Jul 2011 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KEMPEN "KUNING"!!! AYUH SAHUT SARANAN KETUA PEMUDA PAS

Posted: 10 Jul 2011 07:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 dan tindakan Putrajaya mengharamkan kemeja-T warna kuning tertera lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya, Pemuda PAS merancang memulakan kempen warga kuning ketika sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Bulan Ramadan bermula awal Ogos dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri sebulan kemudian.

"Saya juga memberi perhatian kepada cadangan sahabat saya (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar dianjurkan Minggu Bersih dengan menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 sepanjang minggu dalam pelbagai aktiviti harian sama ada secara rasmi atau tidak.

"Cuma saya menambah agar momentum Bersih 2.0 ini dikekalkan sehingga lapan tuntutan menjadi kenyataan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Kata beliau, momentum itu boleh diterjemah atau direalisasikan oleh rakyat dalam apa jua aktiviti dan kreativiti mereka.

"Saya mengusulkan kepada semua rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda negara ini sebagai salah satu usaha untuk menghidupkan elemen perjuangan Bersih 2.0 agar menjadikan tema pakaian dan perhiasan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini ialah warna kuning... tidak mengapalah tema kuning itu menampilkan warna kuning air, kuning emas, kuning bercorak, kuning bersulam, kuning berjalur, kuning berpetak, kuning sedondon, kuning berbatik dan sebagainya, asalkan temanya kuning," katanya.

Dalam kenyataannya, Nasrudin, salah seorang daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur semalam berkata, biarpun tanpa baju Bersih 2.0 berwarna kuning yang tertera senarai lapan tuntutan, "namun kandungan tuntutan itu telah menjadi slogan dan laungan para peserta Bersih 2.0 sepanjang himpunan berlangsung di bawah siraman gas pemedih mata."

"Tidak hilang seri himpunan Bersih 2.0 tanpa baju rasmi himpunan kerana fokus adalah kepada senarai lapan tuntutan yang dikemukakan, bukan pada warna bajunya semata-mata," katanya.

Nasrudin yang menyifatkan perhimpunan mereka semalam berjaya berkata peserta tidak memakai baju Bersih 2.0 kerana mematuhi ketetapan penganjur yang memberi kebebasan kepada peserta himpunan untuk tidak memakai baju rasmi ekoran tekanan menggila dari pihak pemerintah.

"Biarpun sekatan dikenakan dari segenap penjuru alam beserta ugutan, ancaman, tekanan, fitnah, tohmahan, tangkapan dan halangan, ternyata tidak mampu menghalang rakyat dari seluruh negara mewakili keseluruhan rakyat yang prihatin memasuki ibu kota untuk menjayakan himpunan Bersih 2.0.

"Pastinya mereka kehairanan, setelah sedemikian rupa tindakan mereka ke atas Bersih 2.0 termasuklah menggunakan televisyen, radio dan iklan sebagai propoganda membusuk dan mengotorkan imej Bersih 2.0, namun Bersih 2.0 tetap bersih dan himpunannya tetap mencapai matlamat serta objektif penganjurannya," kata beliau lagi.

...LETAKKAN KEMPEN 'KUNING' DI BLOG-BLOG ANDA....

NAJIB TERKANTOI... TANGKAPAN KJ SATU LAKONAN BERRJAYA ....

Posted: 10 Jul 2011 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.

Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.

................................................................................
"Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit," katanya.

"Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami)," kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.

Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.

..... kali nie aku setuju dengan parpukari blogger berakhlak tinggi bila mendedahkan yang tangkapan si Kitol semalam adalah drama semata-mata ....

(LENSA DPPWM)Pengebumian Allahyarham Baharudin

Posted: 10 Jul 2011 05:02 AM PDT

Tetamu-tetamu hadir sejak awal pagi,dan dilaporkan dekat seribu orang keseluruhannya..








 Polis dan SB tidak ketinggalan memerhatikan dari jauh(tak sedar orang makin benci)
Ada khabar angin mengatakan Allahyarham bukan mati semata-mata kerana gas,tetapi mengikut post mortem tulang rusuk juga patah..wallahualam.

Allahyarham Baharudin sempat membacakan doa dalam perhimpunan semalam sebelum beliau menjadi mangsa kekejaman Polis Di Raja Malaysia.... walaupun akhbar BN menafikan yang beliau adalah peserta perhimpunan dan kematiannya adalah disebabkan angkara peserta Bersih yang berlari ke arah orang awam....

SYABAS! POLIS BERJAYA TAHAN '27%' PESERTA BERSIH!!!

Posted: 09 Jul 2011 09:38 PM PDT

 
Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana telah berjaya melumpuhkan perhimpunnan Bersih yang belangsung di Ibu Kota semalam dengan menganggarkan sejumlah 6,000 orang sahaja yang menyertai perhimpunan tersebut. Daripada jumlah itu , sejumlah 1,661 (tolak 6 orang Patriot) orang peserta telah di tahan termasuk 12 orang pimpinan Bersih. Jumlah tangkap dengan peratusan tertinggi yang telah dicatatkan oleh pihak polis iaitu kire-kire 27%. Syabbas Inspektor Shab.

Sumber akhbar : Berita Harian

BILA BLOGGER PERKASA KUTUK BRAHIM ALI...WAKAKAKA

Posted: 09 Jul 2011 06:07 PM PDT

(no ahli 000815... perkasa tolong check sape ni?)

AKU BUKAN LAGI AHLI PERKASA MULAI HARI INI


Apa yang terjadi hari ini mengajar aku tentang sesuatu.Iaitu jangan pakai sangat apa orang politik dan pemimpin NGO cakap.Semuanya 'Cakap Tak Serupa Bikin".




Pendekar Melayu with no balls..

Contoh yang terbaik ialah Ibrahim Ali Presiden Perkasa.Selepas retorik demi retorik yang dilagukan mengenai Melayu sejak ditubuhkan,hari ini terbukti dia ni memang tak ada telur.

Jadi aku dah jadi geli nak jadi ahli Perkasa lagi.Walaupun yuran yang dibayar adalah untuk keahlian seumur hidup,aku halalkan sajalah.

- sumber : blogger Perkasa/ UMNO (korang cari sendiri kalu tak caye)

...kurang-kurang pemuda umno ade le jugak teluq walaupun kecik...

(LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU! (VIDEO)

Posted: 09 Jul 2011 04:56 PM PDT

 
Mangsa diperlakukan dengan kejam dengan tangan terikat
Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasari sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap pihak polis di kawasan Hentian Pudaraya berhampiran Hospital Tung Seng.
 Orang ramai yang berada disitu cuba menolongnya dengan mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis yang ada pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.
 
 Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.
Akhirnya  'Cable tight' polis  berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.
 Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan
 Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi
Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

nak tgk berita ni dlm youtube : SINI

.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??

NAK BERSIH LAGI?

Posted: 09 Jul 2011 04:55 PM PDT

BERSIH perlu digerakkan diseluruh negeri tanah air

 

Hari ini dalam sejarah 09 Julai 2011. Rakyat malaysia telah mengamuk sakan di Kuala Lumpur. Geng-geng kulit hitam, kulit putih dan kulit kelabu sebelum ini yang monopoli bandar Kuala Lumpur dengan melepak, mengamuk dan membuat onar di bandar tak kelihatan pd hari ini. Maybe diaorang bagi peluang kat rakyat sendiri mengamuk pulak. "turn you into a rage today" bentak salah sorang negro yang secara kebetulan muncul ditengah-tengah himpunan tersebut. Kalau ikut maksud negro tu "hari ni giliran kamu pulak mengamuk". Lebih kurang gitu lah maksudnya.

Apa pun tahniah dan syabas kepada semua penyokong-penyokong kuning walaupun tak nampak kuning hari ni. Biasa la tektik kena tau.. Kalau dari awal berbaju kuning kompom jadi macam Tian Chua awal-awal lagi dah kena cekup Polis.

Saranan SK agar BERSIH ini tidak dihentikan. Ianya patut diteruskan diseluruh negeri tanah air yang tercinta ini. Jangan menganggap saranan SK ini untuk membuat huru hara. TIDAK SAMA SEKALI UNTUK MENHURU-HARAKAN KEADAAN. Lagipun, bukan ke sebelum ni pihak Polis dah bagi kebenaran "kalau nak buat himpunan biar diluar Kuala Lumpur"so biar kita lakukan pulak di seluruh negeri yang bertuah ini. Kita buat perarakan untuk serah memo kepada Sultan masing-masing. Biar Sultan tengok memo yang diserahkan dan ambil action yang sewajarnya. Jangan hentikan demontrasi sehingga menjelang PRU13 dan KERAjaan Najib menerima tuntutan-tuntutan yang diketengahkan. Bukan susah pun KERAjaan Najib nak terima tuntutan yang tak seberapa tu..atau memang Najib ni jenis takdak te**q, penakut. Berani kerana Benar la Mat Najib oiii. Jangan dok berani cakap dalam TV saja.. itu bukan berani namanya.

Apa pun syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh lapisan masyarakat yang telah bersama-sama BERSIH hari ini. KITA MESTI BERIKAN JAWAPAN TERBAIK DALAM PRU13 NI NANTI. Sama-sama kita hancurkan regim UMNOBN yang sudah BUSUK HINGGA KE USUS ni.

JANGAN BIARKAN LAGI MALAYSIA DITADBIR PENYAMUN

LAGI GAMBAR-GAMBAR UNIK BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2011 04:52 PM PDT

 
Dalam banyak-banyak... yg nie paling power!!!










(LENSA DPPWM) : 150K POTROIT HARAM TERMASUK PELACUR BUKIT BINTANG..WAKAKAKA

Posted: 09 Jul 2011 04:50 PM PDT

 2 orang pelacur di lorong Bukit Bintang turut diagih2kan baju 'free' Paktorout' untuk meramaikan puak-puak 'haram jadah' ini.. nota: : depa lari takut ana ambik gambar mereka....
 Tapi silap le depa...ingat boleh lari le tue....
 
Akhirnya berjaya juga ana tangkap gambar depa dengan post yang paling 'menarik' setelah gagal melarikan diri dari lensa ana...

 Uncle tokey kedai ni ahli pemuda UMporNo ke??? dah tue dapat baju gak...
 150 orang je kot termasuk pelacur tadi....extra banyak dah tue....wakakakaka
patut le ramai.... tengah sibuk mengagihkan baju kepada org yang lalu2 kat area situ
ana pun berjaya dapat selai buat lap kaki kat umah.... selayaknya....wakakakakaka

KALI CAN LE..PAPAGOMO KATE 2000 PEMUDA UMNO...WAKAKAKA

Posted: 09 Jul 2011 04:03 PM PDT

 
Aku malas nak komen banyak sangat pasal peserta Pakriot nie... kalu aku kate 150 orang... korang akte aku tipu le... fitnah le... korang kate bias le... sebab aku orang PAS... tapi korang boleh tengok dan nilai sendiri le dalam mane-mane yang ada gambar ada muke puak-puak ni...


 sori le bro.... baju yang aku dapat 'free' tadi kat sana... dah masuk dalam tong sampah le... lap kencing anak tadi...

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 10 Jul 2011 01:25 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU!

Posted: 09 Jul 2011 11:39 PM PDT

Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU.

Dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasi sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap polis di kawasan Hentian Pudaraya.



Orang ramai yang berada disitu cuba mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.


Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.


akhirnya 'Cable tight' polis berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.


Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan


Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi


Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

Posted: 09 Jul 2011 08:05 PM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

NONEKatanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.

Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.
patah kaki"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.

"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."
Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka.

"Saya fikir amat berjaya kerana hampir dua minggu rintangan, tapi saya terperanjat lihat ribuan, hampir 50,000. Dari segi itu, masyarakat memang berjaya," katanya.

BERSIH 2.0 tak hormat titah Agong

Posted: 09 Jul 2011 07:56 PM PDT

Penganjur perhimpunan haram di ibu negara hari ini ternyata tidak menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar perhimpunan diadakan di sebuah kawasan yang terkawal, selamat dan tidak mengganggu urusan orang ramai seperti di stadium, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hishamuddin hussein keeping mumBeliau kesal dengan tindak-tanduk kumpulan itu namun bersyukur dengan langkah yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya mengelak berlakunya perbalahan, kecederaan dan sebarang kemungkinan lain yang lebih serius seperti pertumpahan darah serta kehilangan nyawa.

"Pihak polis juga telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik walau dicabar dan menerima provokasi oleh mereka yang berdemonstrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin berkata kumpulan itu sehingga di saat akhir, jelas tidak mengambil inisiatif untuk berhimpun secara aman di salah sebuah lokasi yang tetap, walaupun kerajaan berulang kali memberi jaminan mereka boleh berbuat demikian di mana-mana stadium di luar ibu negara.

Nasihat serta pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga tidak dipatuhi dan ditolak bulat-bulat oleh mereka, katanya.

bersih rally petaling street 090711Beliau berkata tindak-tanduk mereka yang terlibat dalam perhimpunan hari ini jelas mempunyai niat menghuru-harakan negara, selain berharap ditahan bagi menggambarkan kekejaman kerajaan.

Hishammuddin berkata kritikan terhadap peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kedengaran dalam insiden hari ini, manakala penganjur perhimpunan hilang peranan serta gagal mengawal keadaan.

"Bukan lagi soal SPR yang timbul, tapi sebaliknya penglibatan pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang telah menjadi lebih menonjol dengan agenda yang jauh berbeza dengan apa yang mereka umumkan sebelum ini.

"Mereka terus-menerus melaungkan 'Reformasi' dan mencetuskan kacau ganggu," katanya sambil menambah dan penganjur perhimpunan perlu bertanggungjawab di atas kejadian yang dicetuskan.

Beliau berkata pembangkang ternyata bertujuan jahat dan hanya mahu mencetuskan kekacauan dengan satu matlamat, iaitu agar masyarakat antarabangsa mempunyai persepsi negatif terhadap negara ini.

NONE"Pembangkang mahu agar Malaysia dilihat sebagai tidak stabil, dan ini akhirnya akan membawa kepada pelbagai kesan termasuk kekacauan terhadap ekonomi dan menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih secara demokratik," katanya.

Hishammuddin berkata polis melaksanakan tugas di bawah lunas undang-undang dan beliau berpuas hati dengan tindakan yang diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan serta undang-undang.

"Kerajaan mempunyai sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk menegakkan undang-undang negara dan memelihara ketenteraman awam," katanya.

Beliau berkata kerajaan akan mempertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, prinsip ketertinggian perlembagaan serta kedaulatan undang-undang melalui penggunaan segala peruntukan undang-undang sedia ada daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan dan mencabuli kehendak majoriti rakyat.

NONEHishammuddin juga bersyukur kerana pihak berkuasa melakukan siasatan rapi dan berjaya merampas pelbagai senjata, bom, bahan kimia dan bahan bakar lain sehingga pihak berkenaan tidak dapat menggunakannya pada perhimpunan semalam.

"Kebimbangan saya bahawa kemungkinan ada pihak ketiga, termasuk pertubuhan antarabangsa asing, akhirnya tidak kelihatan dan tidak berpeluang untuk mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku disebabkan ketegasan pihak PDRM," katanya.

Nik Aziz: Umno hanya tambah kebencian rakyat

Posted: 09 Jul 2011 07:54 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

NONE"Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah.

Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.

"Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?" soalnya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan "Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?"

"Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

NONE"Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?" sindir beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada 9 Julai itu hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
Hati remuk
Beliua juga merupakan seorang daripada 91 individu yang dikenakan larangan perintah mahkamah daripda memasuki Kuala Lumpur.
"Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

NONE"Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT," katanya.

Nik Aziz menambah, "kepada mereka yang dizalimi, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

"Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa," kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai BERSIH 2.0.

"Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

NONE"Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang," katanya.

Antara ribuan yang ditangkap itu termasuk empat pemimpin tertinggi PAS.

Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Semuanya dilaporkan dibebaskan sebelum tengah malam semalam.

BERSIH GO GLOBAL

Posted: 09 Jul 2011 07:37 PM PDT

masa nya telah sampai
untuk gerombolan berundur
masanya telah tiba
untuk gerombolan gulung tikar

lihat BERSIH GLOBAL

warga dan kaum kerabat bersih kita
di serata pelusuk dunia

jika suara ini tidak diambil peduli
maka 9 julai hanya lah mukadimah

bolehkah perkasa jadi global?
boleh kan pemuda gerombolan jadi global?
boleh kah silat cekak ekor musang jadi global?
kah kah kah

KUALA LUMPUR












KHAIRAH MESIR














OTAWA CANADA












NEW YORK

















LONDON













GENEVA SWISS












 
PARIS












OSAKA JEPUN












TAIPEI

















HONG KONG










 

PERTH AUSTRALIA












MELBOURNE AUSTRALIA












ADELEIDE AUSTRALIA













 
CANBERA AUSTRALIA

TERKINI: Foto Khalid Samad cedera. SUHAKAM kecam tindakan keras polis. 1401 orang ditahan

Posted: 09 Jul 2011 07:28 PM PDT

 


 
 
Laporan Langsung
Dari Harakah Daily

6.30 pm: Ketua Polis Negara mengumumkan 1401 orang ditahan iaitu 1273 lelaki, 115 perempuan, 12 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan4.48 pm: Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4.30 pm: Polis beserta trak FRU menembak air kimia ke arah orang ramai di KLCC, meskipun mereka mulai hendak bersurai.

4.20 pm: MP Shah Alam, Khalid Samad dikejarkan ke PPUM setelah cedera di kepala terkena tembakan peluru gas pemedih mata.

4.12 pm: Setakat ini, polis mengesahkan 672 orang telah ditangkap sehingga jam 3 petang.

4.05 pm: Polis mula berkasar dan menghalau petugas media daripada berada di kawasan tangkapan.

3.50 pm: Seorang peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan bertugas.

3.40 pm: Datuk Husam Musa kini tiba di Stadium Merdeka.

3.20 pm: Ngeh Ko Ham dan Sivarasa ditahan oleh polis.

3.12 pm: Lebih 3000 peserta kini berkumpul di hadapan hospital Tung Shin. 6 buah trak FRU sedang menanti. Peserta mahu menghala ke Stadium Merdeka.

3.07 pm: Polis terus menggempur peserta di Jalan Pudu menuju ke Jalan Bukit Bintang.

2.51 pm: Seorang pengiring DS Anwar cedera selepas dikasarii pihak polis dalam insiden di KL Sentral tadi.

2.47 pm: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

Polis bagaimanapun melepaskannya selepas menyedari kad media yang dipakainya.

2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.

Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.

2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.

2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.

2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.

2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.

2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.

2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank.


Dari Malaysiakini:
LAPORAN LANGSUNG:
4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.

NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.
4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.
Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Central

Salahuddin Ayub - KL Central
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Central
Tian Chua - KL Central
S Ambiga - KL Central
Hadi Awang - KL Central
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.
3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm:
Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.
3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.
3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.
3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

NONEKemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

3:20pm:
Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

NONEPersetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.
3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.
3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.
Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com
NONE2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.


Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.
2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.
2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.
2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

NONEBeberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.
2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.
2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm:
Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai.
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!".
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!" tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.
1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.
NONE1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.
1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.
1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: "Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan."

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini," katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

NONETerdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.
1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.
Antara yang hadir ialah pemimpin Pemuda Umno Arman Azhar, Reezal Merican Naina Merican, Zaki Zahid, tetapi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin tidak kelihatan. Pegawainya bertegas bahawa Khairy akan tiba kemudian.

NONEKumpulan itu melaungkan "hancur Bersih" dan "Siapakah saya? Patriot!". Mereka berselisih dengan kumpulan BERSIH 2.0 yang melewati kawasan itu kira-kira 10 minit lebih awal.
1.22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukan gemuruh dari yang lain.
1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

NONE1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.
1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.
1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan "menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan" itu menyebarkan berita palsu.


Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.


Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."
1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm:
Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.
12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.
12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran.
12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

NONEKumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.
12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap dan kini di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.
12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.
"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.
Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.
NONE12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm:
Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini," kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.
NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.
12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya," kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami," kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.


12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm:
IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm:
Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.
12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.
Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.
11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.
11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.
11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.
11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.
11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am:
KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa. 

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan". 

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

10:55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. 

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain. 

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

 10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama. 

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya. 

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan. 

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya. 

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya kepada kenderaan dan pejalan kaki.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.


10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.
9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.
9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am:
Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya. 

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.
Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap. 

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup. 

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarkan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini," kata anggota polis itu. 
 
9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya. 

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL. 

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan. 

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini," kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am:
Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am:
Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman," kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.


8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.



 

TOK GURU MUNAJAT DEPAN KAABAH AGAR TAHANAN DIBEBASKAN

Posted: 09 Jul 2011 07:22 PM PDT

Kenyataan penuh Tok Guru Nik Aziz

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida' dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.

Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!

Allahu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada: 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)

7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

EXCO SELANGOR DR HALIMAH ditangkap:TAMRIN QIYADI BERSIH..........

Posted: 09 Jul 2011 07:21 PM PDT

KL SENTRAL lakar sejarah negara hari ini
Ketika dibebaskan..

Hari bersejarah untuk Malaysia yang mahu BERSIHkan sistem pilihanraya dalam negara supaya mampu setaraf dengan dunia maju selaras dengan idaman mantan PM Tun Dr Mahathir yakni wawasan 2020.

Menurut neraca dunia kriteria penting untuk mempersadakan sesebuah negara ke peta dunia ialah daya saingnya dalam bidang ekonomi dan sudah tentu juga daripada bidang pendidikan dan sosiopolitiknya.

Rakyat Malaysia yang berjiwa global dan panjang akal serta sedar tentang hak kemanusiaan diri dan keluarganya, mampu merancang bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk masa depan keluarganya.

Justeru, kebangkitan rakyat di seluruh pelusuk negara bahkan daripada Sabah dan Sarawak untuk menuntut pihak berwajib mempastikan sistem pemilihan pemimpin yang menerajui negeri dan negara adalah telus, betul dan bersih mengikut piawaian antarabangsa sepatutnya diraikan oleh semua pihak yang celik dan berintegriti .

Bukan sistem kolot dan kotor. Itulah yang disebutkan sebagai amanah yang diberikan (mandat) oleh rakyat. SPR suatu suruhanjaya, badan yang kakitangannya dibayar gaji oleh rakyat sepatutnya diberi kebebasan untuk menjalankan tanggunjawabnya secara professional.Bukan untuk ditekan oleh mana-mana pihak. Bukan, budak suruhan UMNO/BN.
 
 Mana-mana parti politik yang sudah jelas tidak diterima oleh rakyat sepatutnya membiarkan SPR berdikari dan menjalan tugas rasminya.Jangan bongkak dan sombong dan terdesak mengambil undang-undang rimba untuk menghukum rakyat yang berjiwa besar, berakal tajam dan bersemangat waja.

9.7.11 akan menjadi hari BERSEJARAH yang memberi impak besar untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang apa yang terjadi dalam negara. Mungkin ada rakyat jauh di desa, di hutan belantara atau di Felda yang boleh sentiasa ditipu. Mereka hidup-hidup ditipu oleh pihak UMNO/BN.  TV dan media alat propaganda sentiasa menonjolkan betapa  manis bak madu  UMNO/BN dan segala yang dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat dipakejkan sebagai menggerunkan  dan pahit serta bahaya.

    Allah telah berjanji bahawa hak akan terserlah akhirnya dan kebatilan akan lenyap. UMNO/BN tidak akan mampu mempertahankan segala perancangan kejahatan mereka selama-lamanya. Walau dengan wang ringgit, projek, kemewahan, percutian, tanah dll sekalipun yang disogokkan kepada rakyat serta orang upahan tukang karut mereka.( Baca Utusan Malaysia).


    Pengalaman pertama saya di KL SENTRAL bersama dengan 13 Muslimat dari pelbagai tempat dan 8 Muslimin termasuk seorang pelajar Sudan yang terpingga tak tahu kenapa ia diberkas, semata-mata hanya kerana berada di KL Sentral tiba-tiba di tangkap dan dibawa oleh trak polis ke BALAI POLIS JINJANG.

Selama 2 jam kami berpanas dalam trak di balai polis itu dan tidak dibenarkan turun, buang air dan juga solat. Pelajar Sudan ini resah gelisah tak tahu apa cerita.Dia telefon abangnya yang tak tahu di mana letaknya Jinjang di Selangor.

Alhamdulillah, kesempatan Allah beri dalam trak tersebut saya manfaatkan untuk baca Ma'thurat dan surah Yasin.Ustazah Shifa' minta saya beri tazkirah pula.
 Melihat lebih daripada separuh adalah anak-anak muda dalam lingkungan 20an saya pun mula tazkirah.Saya hanya kupas surah Al Fatihah dan sedikit Asmaul Husna sesuai dengan keadaan kami dalam trak polis di BALAI POLIS Jinjang.

Alhamdulillah, kumpulan kami tenang.Asalnya, kecoh sedikit sebab seorang muda yang telah ditangkap digari dan ditiarapkan untuk masuk dalam trak.Beliau terluka sedikit.Bila sampai di balai polis jinjang Alhamdulillah, polis-polis yang menjaga kami itu berlembut dan bersetuju membuka garinya.Beliau berpeluh-peluh menahan kesakitan.

Saya beri tazkirah dalam Bahasa Malaysia, sesekali saya sampuk dalam Inggeris kerana pelajar Sudan si Nabil pun perlu ditenteramkan. Saya mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri bahawa yang berkuasa hanyalah Allah, bukan POLIS atau kerajaan.Perkataan saya gunakan tadi ialah 'ini adalah tuisyen bagi kita untuk menghadapi padang mahsyar kelak' supaya berjaya S.P.M.=SIJIL PADANG MAHSYAR!!


   Saya juga sempat berseloroh dengan mereka, anggaplah pengalaman itu sebagai 'tamrin' untuk memperkuatkan iman dan kebergantungan kita kepada Allah. Selepas 2jam kami berpanasan dan minta untuk solat kerana jam telah 5petang, akhirnya kami dibawa ke PULAPOL,Jln Semarak bersama 4 trak lain.

'Statement' ringkas diambil.Kemudian saya desak lagi mahu solat. Selepas solat hajat, kami pergi ke khemah untuk minta air. Semasa saya baru nak hampir sampai ke khemah, 'ketua' polis yang menahan kami tadi menghampiri saya, 'Mana kumpulan yang dari KL Sentral tadi?'Saya jawab jujur,'Kami baru berjumpa dalam trak tadi saya pun tak berapa kenal, kenapa?'

Dia jawab,"yang dah diberi IC tadi boleh balik, kami akan hantar ke KL Sentral' Sebenarnya, saudara mara kami ramai tadi sudah pun menunggu di luar Balai Jinjang
dan apabila kami di hangtar pula ke PULAPOL mereka sudah mengekori kami dan menunggu di luar pagar.
Ramai rakan dan taulan serta ahli PAS dan PAKATAN RAKYAT telah mendoakan kami.Bagi pihak kawan kumpulan kami yang tak seorang pun pakai baju BERSIH, saya mengucap jazakumullahu khairan kathiir.Moga Allah membalas jasa saudara dan saudari.
Selamat memBERSIHKAN jiwa raga, Salam perjuangan....kembali kepada kebenaran hakiki.
YB DR HALIMAH ALI

PANAS BERAPI - (Video) : Rempuhan Kungfu Patriot tumbangkan polis ? Wow !!

Posted: 09 Jul 2011 07:14 PM PDT


Mengapa aku tengok video ni, aku tak boleh nak tahan gelak? Tak tahan bro..! Tak tahan bila sampai aku tuliskan semula ni pun aku dok gelak lagi..,
"andai kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara, kami mohon doa, malaysia berjaya.., yeahhh ! (nyanyian group), ok..ok..sudah sedia !, 1, 2, 3 rempuhh...!! gedebak gedebuk..dusssshhh...aduhh..adehh, caow-caow,lari... ",

Korang tengok jer la depa lari lintang pukang tak cukup tanah. Tak sampai 10 second..baju merah lesap macam asap jugak..tinggal bendera jer bro ! mananya slogan nak 'gugur semua tu ?, " kalau macam ni nak harap pada pemuda harapan bangsa, jahanam Malaysia. Contohi semangat kental yang ada pada setiap peserta BERSIH dan hebatnya dan kerasnya jiwa kering Unit Amal yang berada di barisan hadapan, soalnya peserta BERSIH tak rempuh polis, tapi polis beri laluan kepada perarakan aman ini, momentum perarakan manusia yg berskala besar seperti BERSIH tidak mampu dihalang oleh 100 anggota FRU, tu pasal laluan dibuka, tapi jika yg nak merempuh FRU sekadar 20-30 orang ..baik ler korang rempuh dinding kedai tepi jalan tu, gelak dek FRU jer bro !


Hangpa nampak 3 'doremi' Pa'turot' kat belakang FRU tu ? Mintak nyawa kaa..bro ? gelak aku bro ! 


Baru kena jerit FRU (rujuk minit 3.21) terkincit lari bro..! kah..kah..kah !! Maka dengan ini dipersembahkan filem pendek PATRIOT berjudul "taburlah bunga diatas kepala banaku", pasal kepala atas ku tak cukup keras nak tahan cotar FRU untuk aku gugur dan mati katak !


HEBATNYA PESERTA BERSIH 2 !
Di Masjid Jamik kumpulan gagak hitam berkuku besi berkawal. Kelihatan mereka berkawan segenap penjuru stesen berkenaan, lagaknya bagaikan hendak mengepong penjahat saja. Pintu masjid Jamek juga dikunci. Manakala kelihatan orang ramai bertaburan seperti tidak diketahui apa hendak dilakukan. Masing-masing bercakap dan berbicara sama sendiri sambil menuju arahan. Setiap orang saya tengok sedang memantau telefon bimbing masing-masing.

Jam 12:45 tiba-tiba terdengar jeritan Bersih... Bersih...! dari arah tepi sungai berhampiran Bank Rakyat. Saya yang mulanya hendak ke Jalan Petaling untuk ke Stadium Merdeka, mengubah arah dan berlari ke arah jujutan ribuan manusia. Mereka keluar dari satu lorong di celah bank Pertanian dan juga Daya Bumi. Arah pergerakan para himpunan itu menghala ke Dataran Merdeka.

Waktu ini jalan ke Dataran Merdeka sudah pun dihalang polis. Tetapi trak water cannon tidak kelihatan. Rupa ianya diselindung di sebalik bangunan Sultan Abdul samad.

Jalan di hadapan bank Rakyat itu hampir penuh dengan para peserta himpunan. Mereka membentukan barisan seakan mahu merempuh. Saya berlari untuk mengambil gambar dan ternampak antara yang memimpin gerombolan itu ialah Mohd Nazri Yunus, ketua AMK Negeri Sembilan.

Beberapa minit saja mereka berdiri sambil melaungkan slogan-slogan keramat di tengah jalan berkenaan. Mereka yang tadi bertempiaran dan tidak tentu hala semua datang bersatu dengan mereka. Jumlah ketumbukan ini sekitar 5,000.

Beberapa minit sahaja mereka dapat membuat hebuh sebelum bertempiaran lari apabila kumpulan gagak hitam berkuku besi menaburkan peluru asap. Seramai 40 orang skuad penembak yang melepaskan peluru bagaikan menembak anjing gila tanpa belas kasihan. Mereka bukan lagi menembak dari atas tetapi terus menuju ke dada para para himpunan.

Himpunan bercempiaran melarikan diri. Ramai yang kembali semua ke celah lorong berhampiran Sungai Gombak untuk menarik nafas atau pun membasuh muka dengan garam. Ketika saya melalui ke lorong, kelihatan ada yang terguling kerana kesesakan nafas. Masing-masing terbatuk-batuk dan ada yang termuntah kuning.

Perjuangan dan perarakan tidak berakhir di situ. Para demostran mengambil masa beberapa minit untuk menarik nafas. Sekejap kemudian mereka bergerak kembali. Kali ini yang mengepalainya Nasarudin Hassan, Ketua Pemuda Pas. Dengan mengenakan topi beliau bergerak bagaikan askar dengan penuh semangat memimpin para himpunan menuju ke stadium Merdeka.

Sebaik para demostran hendak melintasi sungai Gombak di hadapan sudah sedia pasukan gagak hitam berkuku besi. Si kepala merah dengan cota juga ada. Himpunan berhenti sekejap mengambil nafas sambil melaungkan slogan keramat di samping untuk memadukan barisan hadapan. Baru mereka hendak membentuk barisan pertahanan di depan locing gila dari sebuah trak dibunyikan.

Apabila locing gila itu sudah berbunyi, semua kumpulan gagak hitam bersiap sedia. Mereka membidik senapang dan menghala ke arah para himpunan. Satu dua... biuk... bendera kuning dinaikan, maka bom.... pom..... si gagak hitam melepaskan peluru. Keadaan jadi berkabus dan penuh dengan asap. Peserta melarikan diri lintang pukang. Keadaan macam perang sikap sadis Israel yang menembak penduduk Palestin yang tidak bersenjata.

Saya 'terkanjar' ke belakang menuju ke Pasar Seni. Mereka yang bercempiaran lari akhirnya bersatu semula dipinggir Pasar Seni dan terus menampak ke Seri Petaling. Destinasi ialah stadium Merdeka. Sampai di atas bukit kelihatan si gagak hitam berkuku besi sudah berkubu dan siap sedia dengan bedil bedal. Golongan dawai duri juga di tarik mengelilingi stadium.

Di simpang Jalan Petaling sudah ada ribuan di sana. Mereka sedang menuju, juga mencari helah untuk masuk ke stadium. Kalau ketumbukan yang di Masjid Jamek tadi bersatu dengan ketumbukan di Seri Petaling jumlahnya mencecah 50 ribu. Ini tidak termasuk yang sudah ada di Jalan Pudu.

Saya bersama ketumbukan di Seri Petaling. Ratanya peserta kaum Cina yang ramai. Kebanyakan banyak anak muda. Mereka berteriak dan melaung berbagai slogan, berganding bahu dengan Melayu dan India. Tidak ada rasa kekok dan geli, mereka melangkah sederap dan setujuan. Sambil berjalan bergelak ketawa, dan rasa takut sedikitpun tidak terbayang di wajah mereka.

Dari Seri Petaling menuju ke persimpangan Jalan Pudu berhadapan menara Maybank. Dari persimpangan Maybank, sudah ada ribuan yang lain, yang datang dari berbagai arah dan lorong. Sementara kumpulan di Kampung Baru masih belum bergerak kerana mereka mahu bergerak selepas solat Zuhur.

Ketumbukan dari Seri Petaling bertemu dengan ketumbukan di menara Maybank. Jumlahnya ribuan dan suasananya merindingkan bulu roma. Keadaan jadi bersemangat. Landasan LRT berada di atas kepala himpunan. Setiap kali LRT melintas mereka akan bersorak dan melaungkan Bersih sambil dibalas oleh penumpang dari dalam menerusi cermin tingkap.

Dalam masa sama juga beberapa helikopter membuat pusingan O dan berlegar di udara. Memantau apa yang berlaku di bawah. Himpunan semakin ramai. Pergerakan sudah hendak bermula. Dari semua sudut dan celah keluar manusia bergabung dalam ketumbukan yang sedang bersiap untuk membelah jalan Pudu bagi menuju ke stadium merdeka.

Sebaik ketumbukan bergerak tiba-tiba mara segerombolan ribuan dari arah bertentangan. Saya cukup cemas mulanya. Kebanyakan mereka mengibar bendera Malaysia. Saya mengira gerombolan itu dari kumpulan Patriot. Kalaulah kumpulan itu Patriot pasti ia akan berlaku pertembungan kerana mereka bergerak ke arah bertentangan.

Tetapi alhamdilah kumpulan itu juga dari Bersih. Mereka yang beredar dari stadium Merdeka sesudah usaha untuk menerobosi stadium Merdeka gagal. Gerombolan itu diketuai oleh Dr Hatta Ramli dan yang lain-lain.

Suasana ketika ini sungguh mendebarkan. Saya sendiri merasa sebak, bangga dan puas melihat pergerakan raksaksa bagaikan ombak menjerit menuntut Bersih. Sebaik saja mereka bergabung, locing gila pun dibunyikan, dan apa lagi, skuad penembak gagak hitam berkuku besi terus melepaskan gas. Keadaan jalan Puduraya betul-betul di hadapan Perhentian bas bagaikan dalam suasana perang.

Lebih 1,000 anggota gagak hitam yang diringi dengan trak, dan pelbagai jenis kenderaan terus mara mengejar para peserta yang bergerak dan mengelakkan diri. Seketika mereka berhenti dan seolah memberi peluang untuk para himpunan berundur. Namun gertakan dan serangan itu tidak menakutkan mereka.

Selepas mengambil nafas dan setelah mata kepedihan kerana ditembak bom, mereka bergerak kembali. Mara ke arah pasukan gagak hitam. Hujan yang ketika itu turun telah menyelamatkan para himpunan yang ditembak dengan gas pemedihan mata. Bom ternyata memberi semangat kepada para himpunan. Mereka perkejapkan barisan dan terus mara berdepan dengan pasukan gagak hitam.

Gagak hitam hanya mendiamkan dan memerhati keadaan. Para himpunan pula ramai-ramai duduk di tengah jalan seolah rela mereka diperlakukan apa saja. Beberapa minit mereka mengamankan diri, tiba-tiba skuad gagak hitam jadi gila kembali. Mereka telah melepaskan gas tanpa berhati perut. Kali ini gas disasaran ke dada para himpunan.

Dalam hujan renyai dan sesekali lebat, peperangan sebenarnya berlaku. Ratusan peluru bom asap dilepaskan. Ada peluru yang dilepaskan sempat disambut oleh para himpunan dan dilontar balik ke arah polis. Keberanian ini menyebabkan polis lari lintang pukang dan ada yang jatuh tersembam ke dalam longkang.

Satu ketika para himpunan sudah dapat menewaskan gagak hitam. Tetapi skuad kedua yang menanti dibelakang mengambil bahagian meneruskan serangan terhadap himpunan. Bertalu-talu peluru bom asap dilepaskan. Serangan dan tembakan bukan lagi dilakukan dari atas tetapi terus ke depan muka para himpunan. Jam waktu ini pukul 4:30.

Kejadian seperti ini pertama kali berlaku dalam siri-siri demonstrasi yang pernah saya lihat sendiri. Walaupun sebelum ini polis sering menyerang memukul, tetapi ia tidak sesadis hari ini. Amaran akan dikeluarkan dulu beberapa kali, tetapi kali ini locing gila dibunyikan tanpa perintahan amaran.

Selepas berihat hampir 45 minit, para himpunan perlahan-lahan membentuk kelompok semula. Mereka bergerak secara berkumpulan melalui celah-celah bangunan dan lorong untuk menghala ke Jalan Petaling. Di Jalan Petaling mereka akan bergabung dengan kelompok yang sudah berada di pintu masuk stadium.

Sebaik saya sampai himpunan ini sudah hampir selesai. Doa selamat telah dibacakan oleh Husam Musa yang didampingi oleh Samad Said. Di sini masing-masing sudah mulai rileks dan bergambar kenangan untuk berpisah. Beberapa penjenguk blog saya juga datang bersapa dan bergambar. Begitu juga dengan rakan Facebook.

Ketika semua hendak beredar tiba-tiba sekali lagi locing gila berbunyi. Ratusan polis yang mengawal di pintu pagar stadium menarik kawat dan berjujutan para gagak hitam bagaikan serigala lapar tujuh hari keluar dan meluruh. Saat ini himpunan sudah pun mahu bersurai, tetapi terus dikejar dan diterajang. Peluru gas pemedihan mata bertaburan di udara, seolah-olah ianya dilepas untuk melepaskan gian.

"Jangan tembak dia orang dah nak bersurai," begitu kata saya kepada seorang pegawai polis.
"Tidak, sebab itu kita lepas yang hijau... maksudnya bendera hijau..." balasnya.

Belum sampai 10 minit beliau memberi penjelasan itu tiba-tiba dua tiga orang penunjuk perasaan digiring dan dikilas tangannya bagaikan ayam hendak disembelih, di bawa masuk ke dalam kawasan tahanan di stadium. - (MSO Melayu)
 

BERSIH 2.0 - JALAN DITUTUP KECUALI JALAN KE PUB, DISKO, PUSAT JUDI DAN MAKSIAT TIADA MENGALAMI GANGUAN

Posted: 09 Jul 2011 07:11 PM PDT

Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih:
1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuanku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM)

BERSIH 2.0 - POLIS, POLIS, POLIS

Posted: 09 Jul 2011 07:10 PM PDT










BERSIH 2.0 - APA PENDAPAT TIMB MENTERI PELAJARAN

Posted: 09 Jul 2011 07:09 PM PDT

Najib Razak - "Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan,"


Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah mengakui "banyak perkara yang perlu diperbaiki" oleh BN ekoran perhimpunan Bersih 2.0 semalam. Ketika bercakap kepada laman web The Malaysian Insider semalam, Saifudin berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagaimana menangani perhimpunan aman.
"Dalam konteks perhubungan politik, kita perlu perbaiki banyak," kata Saifudin yang juga anggota Parlimen Temerloh itu.
Beliau bersetuju perhimpunan di stadium adalah lebih baik berbanding dengan di jalan raya namun dia tidak bersetuju dengan pandangan mudah bahawa "jika berlaku di jalanraya ia akan kecoh, kerana banyak juga perhimpunan di jalanraya berjalan dengan aman."
Perhimpunan Bersih 2.0 pada asalnya adalah perhimpunan aman untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agung bagi memohon agar pilihan raya diadakan dalam keadaan bersih dan adil.
Lapan tuntutan dikemukakan kepada SPR ke arah memenuhi hasrat itu.
Namun, kerajaan BN menyifatkan perhimpunan ini bakal menjadi kecoh dan menganggu keharmonian di ibu negara.
Perdana Menteri mencadangkan agar ianya diadakan di stadium dan bersedia untuk membantu mendapatkan stadium yang sesuai.
Selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agung, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan perhimpunan ini akan diadakan di stadium dan Stadium Merdeka menjadi pilihan.
Namun, mesyuarat kabinet selepas itu memutuskan, perhimpunan itu tidak dibenarkan berjalan di mana-mana stadium di Kuala Lumpur termasuk Stadium Merdeka.
Polis pula yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri mengambil pendirian bertembung dengan perhimpunan ini dengan menyekat seluruh Kuala Lumpur umpama dharurat sebagaimana yang digambarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Ketua Polis Negara hari ini mengumumkan, 1401 peserta perhimpunan telah ditangkap termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, timbalannya, Haji Mohamad Sabu, Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Azmin Ali (timbalan presiden PKR) dan lain-lain.
Penangkapan Mohamad Sabu dibuat dengan kasar apabila motorsikal yang ditumpanginya dilanggar oleh sebuah kereta polis sehingga beliau terjatuh dan menangkap beliau.
Akibat rempuhan itu, lututnya luka berdarah dan sukar untuk berjalan tanpa bantuan.

PENIAGA KL RUGI RM40 BILION...?

Posted: 09 Jul 2011 07:06 PM PDT

 
Kuala Lumpur, 10 Julai – Para peniaga di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendakwa mereka kerugian hampir mencecah RM 40 billion gara-gara perhimpunan haram BERSIH semalam.
Makcik Ros, seorang peniaga karipap mendakwa beliau kerugian kira-kira RM 56.89 juta selepas perniagaan terpaksa ditutup bagi mengelakkan bertembung oleh peserta perhimpunan haram BERSIH.
"Selalunya Makcik buka jam 8 pagi dekat Central Market, tutup jam 12 tengah hari dengan jualan purata RM 30 juta hari biasa, dan RM 50 juta hari minggu", kata Makcik Ros dengan nada kecewa kepada wartawan PemudaGombak.com yang kehairanan.
Manakala seorang penjaja aiskrim, En Din Yasin, merungut jualannya merosot mendadak daripada RM 7 billion setiap hari, tetapi semalam hanya RM 68.90 sahaja.
Selalunya pada hujung minggu ramai kanak-kanak akan membeli aiskrim miliknya, tapi semalam ia berkurangan.
"Saya amat marah kepada BERSIH", kata En Din Yasin dengan nada tegas.
"Selalunya jualan kami mencecah RM 37 juta sehari, tapi hari ini terpaksa makan sendiri sahaja…", kata Kak Ros dan Pak Jib ketika membuat sidang media kepada wartawan PemudaGombak.com selepas BERSIH.
Peniaga cendol, Pak Jib pula hampir sama ceritanya, beliau menganggarkan kerugian yang dialami semalam kira-kira RM 65 juta untuk cendol biasa, RM 38 untuk cendol special serta RM 96  untuk cendol aiskrim.
"Semalam saya tidak berani untuk membuka gerai cendol saya di Puduraya", kata Pak Jib kesedihan.
Sementara itu, Persatuan Peniaga Roti Canai Kuala Lumpur (PERCOKAI) Encik Ebrehem Alikatak berkata, setakat laporan yang diperoleh lewat petang semalam, anggaran kerugian penjaja-penjaja roti canai seluruh Kuala Lumpur dianggarkan RM 28 billion.
"Ia adalah anggaran sahaja untuk roti canai biasa, dan tidak termasuk roti telur, roti sardin, roti tirai, roti pelempang dan lain-lain", kata Encik Ebrehem Alikatak sambil menepuk meja dan menjegil mata kepada wartawan PemudaGombak.com

[Bergambar } Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan

Posted: 09 Jul 2011 07:03 PM PDT


Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'

Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -mk


Ulasan GB

Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang?

Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri?

Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah.

Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya.

Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN.
















Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Posted: 09 Jul 2011 07:01 PM PDT



Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

BILA BLOGGER PERKASA KUTUK BRAHIM ALI...WAKAKAKA

Posted: 09 Jul 2011 07:00 PM PDT

(no ahli 000815... perkasa tolong check sape ni?)

AKU BUKAN LAGI AHLI PERKASA MULAI HARI INI


Apa yang terjadi hari ini mengajar aku tentang sesuatu.Iaitu jangan pakai sangat apa orang politik dan pemimpin NGO cakap.Semuanya 'Cakap Tak Serupa Bikin".




Pendekar Melayu with no balls..

Contoh yang terbaik ialah Ibrahim Ali Presiden Perkasa.Selepas retorik demi retorik yang dilagukan mengenai Melayu sejak ditubuhkan,hari ini terbukti dia ni memang tak ada telur.

Jadi aku dah jadi geli nak jadi ahli Perkasa lagi.Walaupun yuran yang dibayar adalah untuk keahlian seumur hidup,aku halalkan sajalah.

- sumber : blogger Perkasa/ UMNO (korang cari sendiri kalu tak caye)

...kurang-kurang pemuda umno ade le jugak teluq walaupun kecik...

Jom Ziarah Jenazah Mangsa Gas BERSIH 2.0 Pagi Ini..

Posted: 09 Jul 2011 06:57 PM PDT


KL, 10 Julai 11: Para pemimpin PAS akan membuat kunjungan hormat ke rumah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam di rumahnya dekat Kelompok Camar Ampang Ulu Klang jam 10 pagi ini.
Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan jam 11 pagi di tanah perkuburan Islam AU 4 selepas ia disembahyangkan di surau Mukarrabin, Kelompok Camar.
"Saya meminta semua ahli PAS datang beramai-ramai untuk memberikan penghormatan terakhir kita kepada Allahyarham pagi esok," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
Mesyuarat tergempar AJK PAS Pusat yang dipengerusikan Datuk Husam Musa malam tadi juga antara lain membincangkan kejadian ini dan memutuskan untuk bersama-sama turun ke sana.
Rumah Allahyarham yang terletak di alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 Kuala Lumpur sejak petang semalam tidak putus-putus didatangi tetamu yang terdiri dari pelbagai peringkat.
Baharudin, suami kepada Ketua Wanita Cabang Setiawangsa, Puan Rosni Melan, meninggal selepas jatuh pengsan akibat terkena gas pemedih mata di perkarangan KLCC dalam perhimpunan semalam.
Puan Rosni ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami saya tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari apabila polis mahu tangkap baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. Malam tadi, Jawatankuasa PAS Pusat membuat mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS untuk membincangkan sikap post-Bersih 2.0. (SumberHarakah)

Gambar - Wajib Lihat] BERSIH 2.0: Suka Duka 4

Posted: 09 Jul 2011 06:55 PM PDT











[Gambar] BERSIH 2.0: Suka Duka 7 ("Kemesraan" Pasukan beruniform)

Posted: 09 Jul 2011 06:53 PM PDT




































Sumber pelbagai. Kredit: SS

FOTO - REJIM NAJIB DAYUS GUNAKAN KUASA

Posted: 09 Jul 2011 06:43 PM PDT








DS Anwar mengalami kecederaa bersama Pengawalnya





DS Anwar dikatakan oleh KPN `tidak cedera', tetapi mengapa beliau diberi rawatan di Hospital?

Beginilah keadaannya apabila kita menyerahkan negara ini untuk dipimpin oleh manusia yang zalim, maka tidak ubahnya seperti kita dipimpin oleh Israel atau Yahudi laknatullah. Lebih malang lagi bila kita memiliki KPN yang tidak langsung berhati perut seolah-olah tiada secebis iman pun di dalam dadanya.

Pemimpin ini menipu rakyat dengan kata-kata yang manis seperti Iblis yang akan memujuk kita agar menjauhi Allah SWT. Beliau berjanji untuk memberi kita peluang berhimpun secara aman di dalam stadium, tetapi apabila tiba masanya beliau bertindak seperti Israel Yahudi yang suka memutar belit dan menipu. /wfauzdin.blogspot.com

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 10 Jul 2011 01:10 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Copy je...BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 12:51 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Jul 2011 11:53 AM PDT

Batu Gajah Mari


lensa BGM : Gambar suasana Himpunan BERSIH 2.0

Posted: 10 Jul 2011 07:43 AM PDT






















































































Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 10 Jul 2011 11:06 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


TAHNIAH BERSIH

Posted: 10 Jul 2011 01:04 AM PDT



"
DEMO BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan apabila

1. ribuan rakyat dari pelbagai KAUM, tua dan muda, sihat dan OKU, tidak gentar dan terus turun juga ke jalanraya berarak aman ke Stadium Merdeka


2. ada pemimpin BERSIH ditangkap oleh polis BN-UMNO

3. ada rakyat yang berdarah kepala dan kepala akibat terkenas canister pemedih mata yang ditembah oleh polis ke arah rakyat

4. ada rakyat yang pengsan dan yang MATI SYAHID setelah terjatuh dikejar polis BN-UMNO, (syahid dalam Islam kerana menentang kezaliman BN-UMNO yang jelas dan nyata)

5. ada rakyat yang terseliuh kaki, perit dan pedih mata terkena air asid yang disembur oleh polis BN-UMNO

6. suasana aman di KL menjadi kelamkabut dan cemas akibat  polis BN-UMNO bermaharaja lela di KL

Tahniah!

ROH dan SEMANGAT BERSIH itu wujud dan berlaku dengan jelas dan real pada 9 Julai 2011.

Gengster kebangsaan UMNO dan Patriot telah menjadikan Malaysia negara bapa meraka dan menjadikan polis yang dibayar gaji oleh rakyat sebagai polis BN-UMNO untuk menghalang suara rakyat.

Polis BN-UMNO melanggar motor Mat Sabu di Masjid Negara hingga beliau cedera dan terpaksa dipapah dan kemudian ditangkap oleh polis.

Polis BN-UMNO mengejar Anwar Ibrahim sehingga beliau terjatuh dan kepalanya terkena pavement jalan kaki.

Polis BN-UMNO menolak kepala wanita bertudung dan menarik-narik tudung dan memijak serta menyepak-nyepak rakyat yang tidak bawa apa senjata pun kecuali hati dan semangat mahukan pilihanraya yang bersih.

Wahai rakyat yang tidak berdosa, wahai rakyat yang bukan penjenayah. Kamu adalah mulia di sisi Tuhan kerana kamu mahukan keadilan dan kebenaran dan kita semia mahukan pilihanraya bersih dan profesionalisma.

Kini rakyat Malaysia  MESTI pastikan BN-UMNO tidak memerintah Malaysia lagi selepas PRU 13 tidak lama lagi. Jadikan jari-jari kamu dan jari-jari adik beradik, saudara, rakan, dan jiran kita semua tidak memangkah BN-UMNO lagi dalam PRU 14 walau apa pun ugutan mereka dan duit yang mereka taburkan pada kita. Ambil duit itu tapi jangan pangkah BN-UMNO. Ajar mereka selepas ini bahawa negara ini bukan milik BN-UMNO."

Bersama Himpunan Aman BERSIH 2.0

Posted: 09 Jul 2011 08:30 PM PDT






Turut ditahan di Pulapol bersama  serubu lebih peserta Himpunan Aman BERSIH 2.0 adalah ;

1.Hj Wan Ali Yusof.
2.Hj Hamed Ismail.
3.Hj Muda@Bakar Salleh.
4.Mustafa Mat Min.
5.Zahari Draman.
6.Ramlan Mahmod -DI TAHAN DIBALAI POLIS JINJANG
7.Mohd Faizal Yunus.
8.Nurul Long Kamarudin.
9.Mohd Safwan Mohd.
10.Mohd Luqman Nul Hakim.
11.Umar mohamad
12.4 org cucu Ust Awang Dagang.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 10 Jul 2011 11:04 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Surat TN Guru Nik Abdul Aziz dari Bumi Karomah

Posted: 09 Jul 2011 06:39 PM PDT

Kenyataan BERSIH 2.0 – Reaksi berikutan penangkapan Presiden PAS
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida' dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.
Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.


Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?

Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?

Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu DOA

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!
Allah hu Akbar!!!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan)
7 Syaaban 1432/9 Julai 2011.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 10 Jul 2011 09:56 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Video hot sekitar perhimpunan BERSIH

Posted: 09 Jul 2011 05:12 PM PDT



Dari hemat aku, Patriot lebih kepada:

*tiada matlamat
*menentang/ menyerang pihak polis (melanggar FRU)
*subsidi kelengkapan
*tidak mendapat sambutan
*huru-hara
*tidak hormatkan Jalur Gemilang (dicampak dan dipijak bila diserang polis...yang kau bawak buat hapa?)




Manakala, BERSIH 2.0 menjurus kepada:

*penyertaan pelbagai kaum
*perarakan aman
*tidak bertempur dengan polis
*duduk dan lari bila diserang polis.
*menjerit hentam BN padahal isunya lebih kepada Pilihanraya (bengap jugak la kapla diorang ni)



Komen PBO:

PBO memang kata patut"serang" BN. sebab merekalah yang punya angkara pilihanraya jadi tak BERSIH.

PERKASA? Woi korang nampak katak melompat kat sana? Toleh kiri, toleh kanan, ada?

Dan hidup rakyat bergema .... HIDUP RAKYAT!!



(LENSA DPPWM) : REMAJA PATAH KAKI DISEPAK FRU!

Posted: 09 Jul 2011 05:07 PM PDT

Seorang pemuda yang turut menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 telah dikasari oleh sekumpulan FRU dengan menendang tepi betisnya sambil tangannya terikat dengan 'cable tight' yang mengakibatkan tulang betisnya patah. Dia ditangkap dan dikasari sedemikian rupa ketika beliau cuba menyelamatkan diri dari ditangkap pihak polis di kawasan Hentian Pudaraya berhampiran Hospital Tung Seng.
Orang ramai yang berada disitu cuba menolongnya dengan mendapatkan pisau bagi memotong 'cable tight' polis yang ada pada tangannya setelah polis yang menahannya membiarkan pemuda itu ditepi jalan setelah menyedari yang pemuda itu cedera.

Kesan kotor but FRU pada seluar tempat tulang betisnya patah dikasari oleh FRU.
Akhirnya 'Cable tight' polis berjaya dipotong oleh orang ramai selepas kire-kire 10 minit beliau terbaring ditepi jalan tanpa dihiraukan oleh pihak polis.
Orang ramai terpaksa meminta teksi menghantarnya ke HKL bagi mendapatkan rawatan selepas polis enggan menggunakan traknya utk menghantar mangsa mendapatkan rawatan
Mangsa meraung yang kesakitan ketika cuba meletaknya di seat belakang teksi
Terima kasih kepada pemandu teksi yang berbangsa india yang sudi menghantarnya ke HKL dengan upah RM5 yg diberikan orang ramai kepada driver itu.

.... tuan-tuan buat le rumusan sendiri... siapa yang jahat dan kejam terhadap peserta yang tidak berdaya??

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 Jul 2011 09:25 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


BLACK MARIA angkut Presiden PAS, 1 lagi BLACK MARIA angkut EXCO Selangor

Posted: 10 Jul 2011 09:16 AM PDT

9.7.11
KL SENTRAL
Gas pemedih mata disembur dalam terowong di mana Presiden PAS, DS Anwar Ibrahim,sasterawan A.Samad Said, Presiden PKR, YB Nurul Izzah, dll mahu KELUAR DARIPADA KL SENTRAL tetapi dihalang oleh polis. Ada trak polis daripada belakang mahu lalu ke depan.Orang awam memberi laluan.Tak sampai 5minit kemudian mereka menyembur gas pemedih mata tanpa amaran.
YB Dr Halimah dalam BLACK MARIA
Bagi yang dah biasa kena sembur mereka mengatakan, semburan ini lebih 'kaw'.Alhamdulillah dah siap air dan garam.
Dalam kekecohan pemprotes lari daripada asap yang berkepul-kepul yang menyesakkan dada dan memeritkan kulit dan mata, Presiden PAS ditangkap dan beberapa pimpinan lain juga diheret sama.Saya ternampak baju 'BERSIH' YB Dr Dzulkefly berdaran di sebelah dua-dua bahu.Saya menyampuk, 'You are bleeding'.Dia balas,'Am I?' Rupa-rupanya, itu darah YB Khalid Samad. YB Nurul Izzah menyatakan ayahnya cedera.YB Rodziah sudah balik hotel.YB Hanizah juga tidak kelihatan.
Dr Dzul kata mereka akan balik ke hotel. Saya dan PA serta rakan yang sama ikut beli tiket LRT nak balik Klang.Tiba-tiba kedengaran riuh rendah.Beberapa minit kemudian segerombolan polis beruniform mara ke arah kami dan memberi amaran dengan suara yang kurang jelas.Kami yang sudah bersedia untuk pulang ke tepi.Tiba-tiba, 2 orang wanita berbaju merah seperti 'SQUAD SAYANG UMNO' atau 'PATRIOT' menarik PA saya.Saya pegang lengan PA saya dan kata: 'kenapa nak tarik dia, kami dah beli tiket nak balik'.Lantas wanita yang seorang lagi menarik saya.'Ikut sekali,' pekiknya.Melihat saya ditarik, beberapa gadis muda disitu tarik pula saya.Akhirnya mereka juga dibawa bersama naik BLACK MARIA termasuk seorang pelajar Sudan yang jelas trauma!Saya bertanya mereka apa rasional mereka menangkap kami walhal kami sudah sedia mahu balik dan tidak menganggu dan tangan sudah ada tiket.Mereka kata,ikut dulu, 'bicara kemudian'.Beberapa orang Ustazah yang berada di kawasan sekitar turut dicekup.Saya agak terperanjat melihat mereka yang datang dengan suami semua di bawa masuk dalam trak polis.Mereka mengatakan, semasa wanita baju merah ini mahu menangkap mereka , ada 'taiko' mereka menjerit, 'tu yang pakai tudung tu, yang pakai tudung tu'.Mereka mengadu juga ada orang yg tak pakai tudung berhampiran dengan mereka tapi tidak dipedulikan pun oleh 'wanita merah itu'.Saya cuba menuntut hak atas alasan apa mereka menahan kami.Semua sia-sia kerana mereka seperti sudah kurang waras dan hanya bertindak seumpama robot andriod.
      Saya difahamkan Tok Guru Presiden PAS dibawa juga ke balai polis Jinjang.Kami sampai ke Jinjang lebih kurang pukul 3ptg dan kami berkampung dalam trak itu selama 2jam di balai polis Jinjang.Kemudian atas desakan kumpulan kami ke atas mana-mana polis yang lalu di depan kami untuk solat asar, akhirnya kami dikatakan akan dibawa ke PULAPOL Jalan Semarak. Saya sudah mendesak untuk mereka membenarkan kami solat ditepi jalan kerana saya beritahu mereka saya ada sejadah.Mereka boleh kawal kami bergilir solat.Lagipun bumi Allah ni BERSIH!! Pegawai yang tadi terjerit dan mengherdik kami termasuk wanita yang pakai kain dan sukar panjang BLACK MARIA itu berkata lembut,'di sana lebih selesa , ada surau'.Kami akur.Saya yakin Allah akan mencukupi keperluan kami dan selepas tazkirah ringkas yang saya beri, alhamdulillah semua 22 orang kami tenang dan tabah dan tidak takut kepada polis-polis ini atau natijah selanjutnya.Allah Maha Kuasa, kami dilepaskan tanpa syarat selepas keterangan diambil.Tarbiyyah daripada Allah untuk saya dan semua dalam kumpulan saya.Mudah-mudahan diberkati usaha kecil kami untuk impak besar kepada masa depan negara termasuk masa depan anak-anak polis yang menahan kami itu, juga untuk masa depan orang UMNO/BN yang masih tidak sedar mereka diperbudakkan oleh pemimpin mereka yang meniup angin kencang perkauman TAHAP MAKSIMA supaya ahli-ahli UMNO mahu menjadi kuli mereka mempertahankan kedudukan mereka dengan ketakutan melampau kononnya MELAYU-ISLAM sedang teancam!!
    Hanya ini senjata ampuh mereka untuk memperbudakan ahli dan ketua berpangkat kecil mereka yang mudah termakan dengan perang psikologi yang disusun atur oleh pakar upahan mereka.Kebejatan sosial yang berlaku sekarang walaupun telah diberi peluang oleh rakyat memipin Melayu Islam menunjukkan UMNO BN tidak ada keinginan yang tulus untuk membela MELAYU-ISLAM.Mereka hanya melaungkan ISU MELAYU ISLAM ketika nyawa UMNO BN di kerongkong.Selepas itu tersadai dan hanyutlah agenda MELAYU ISLAM.Paling miskin, paling susah,paling malang selepas UMNO BN memerintah sekian lama adalah golonga MELAYU ISLAM.Sedang pelita dah bertukar ke lampu letrik.Sedangkan mesin taip sudah bertukar ke komputer.....kenapa tidak tukarkan sahaja parti politik UMNO-BN kepada PAS-PAKATAN RAKYAT!!Ini adalah formula terbaik untuk menyelamat bangsa Melayu Islam dunia akhirat insyaallah!!Takbir!

vital step to successful living!

Posted: 10 Jul 2011 07:39 AM PDT

POLIS BERANI BERBOHONG KEPADA DUNIA WALAUPUN ADA BERIBU SAKSI!!

Posted: 10 Jul 2011 07:26 AM PDT

Polis: Tiada gas pemedih mata dilempar di Tung Sin
Joseph Sipalan 
MALAYSIAKINI
Jul 10, 11
4:12pm
Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 2Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam
menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageBeratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.
l
Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.

SPR perlu overhaul kalau tidak mahu di BERSIHkan!!!!

Posted: 10 Jul 2011 06:13 AM PDT

PAS bangga dengan kebangkitan rakyat
Khaulah Azwar   
KUALA LUMPUR, 10 Julai: PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.

Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka.
Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.
Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka.
Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik"  disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan.
"Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN".
Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata.
"Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya.
"Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis.
"Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab".
Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia."
Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya.
"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya.
"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya  dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara".
SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang.
"Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya.
"Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam.
Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU  kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat.
"Kita akan campakkan mereka  keluar daripada Putrajaya dalam  pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu.
 harakahdaily

Mangsa BERSIH yang meninggal dunian peminat Tok Guru Nik Aziz

Posted: 10 Jul 2011 05:58 AM PDT

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid
Harakahdaily   
 KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.
Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.
Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.
(Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.
"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.
Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.
Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.
"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.
Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.
"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.
Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.
Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.
Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.
"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.
Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.
"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.
Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.
(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan Nik Aziz)
"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.
Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.
"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Jul 2011 09:22 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih

Posted: 09 Jul 2011 11:05 AM PDT


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Di samping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 10 Jul 2011 09:12 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Mangsa gas pemedih mata meninggal

Posted: 09 Jul 2011 05:59 PM PDT

"Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

'Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri,' cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana."

Jasindaily Online

Posted: 10 Jul 2011 09:06 AM PDT

Jasindaily Online


JOM SERBU RAMAI- RAMAI

Posted: 09 Jul 2011 08:32 PM PDT

BERSIH 2.0 : KEBENARAN SENTIASA ATASI KEKEJAMAN

Posted: 09 Jul 2011 07:49 PM PDT

SENARIO BERSIH LUAR NEGARA

Posted: 09 Jul 2011 06:33 PM PDT

BERSIH 2.0 : PANDANGAN SASTRAWAN NEGARA DATUK A SAMAD SAID

Posted: 09 Jul 2011 06:05 PM PDT

LAGI BUKTI RAKYAT DAH MENYAMPAH DENGAN BN

Posted: 09 Jul 2011 05:58 PM PDT

LAGI BUKTI KEGANASAN POLIS TERHADAP RAKYAT

Posted: 09 Jul 2011 05:52 PM PDT

BUKTI SIAPA YANG PENGGANAS ??

Posted: 09 Jul 2011 05:50 PM PDT

ANWAR CEDERA : IGP PEMBOHONG BESAR

Posted: 09 Jul 2011 05:46 PM PDT

TIADA BEZA ANTARA AMBIGA DAN UMPORNO

Posted: 09 Jul 2011 05:36 PM PDT

BUKTI SPR PEMALAS NAK BERSIH

Posted: 09 Jul 2011 05:34 PM PDT

BANYAK PERLU DIPERBAIKI : TM PELAJARAN

Posted: 09 Jul 2011 05:28 PM PDT

BERSIH LANGKAH BERSIH PILIHANRAYA

Posted: 09 Jul 2011 05:25 PM PDT

JENAZAH MANGSA GAS PEMEDIH MATA DIKEBUMI PAGI INI

Posted: 09 Jul 2011 05:24 PM PDT

BERSIH BERJAYA CAPAI MATLAMAT

Posted: 09 Jul 2011 05:23 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jul 2011 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ratusan ribu rakyat ke depan

Posted: 09 Jul 2011 05:24 PM PDT




Loksai: Pudu Raya

More video : http://www.mobtv.my/

Al-Jazeera News

Posted: 09 Jul 2011 05:15 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 10 Jul 2011 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


POLIS / FRU / PERTAHANAN AWAM MENGELILINGI MARKAZ PAS TAWAU.

Posted: 10 Jul 2011 12:29 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Jul 2011 07:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KERACUNAN MAKANAN : LEBIH 70 ISTERI WAKIL RAKYAT BN

Posted: 10 Jul 2011 04:38 AM PDT

NIK AZIZ SEDIH PEMIMPIN PR DITAHAN

Posted: 10 Jul 2011 04:35 AM PDT

TIDAK PERLU BERHENTI : MP PAKATAN RAKYAT

Posted: 10 Jul 2011 04:32 AM PDT

BERSIH 2.0 : BERJAYA - DATUK A. SAMAD SAID

Posted: 10 Jul 2011 04:29 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan