PUTRAJAYA 28 JULAI : Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu terus memberi impak kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pelbagai pihak yang sebelum ini seolah-olah tidak mengakui tuntutan gabungan NGO itu, kini bersedia menimbang dan memperhalusinya.
Semalam, Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid mengakui penambahbaikan perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan telus dan adil.
Beliau turut bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan pihak Bersih dalam dialog umum dan terbuka serta diskusi melibatkan pihak lain dalam menuju ke arah matlamat itu."Ramai pengundi berdaftar di Putrajaya sendiri ada alamat sama. Kita mahu jumpa SPR mengenai hal ini.
"Pemuda Umno juga mahu daftar pemilih disemak. Malah saya setuju pendapat Saifudin (Abdullah) agar struktur SPR perlu dikaji. Hakikatnya kami mahu tapi semua ini boleh dilakukan tanpa protes jalanan," kata beliau dalam Debat Kematangan Demokrasi Malaysia anjuran Pemuda Umno Putrajaya di sini, semalam.
Selain Zaki, panelis lain ialah Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Umum Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Dr Nawwar Ariffin.
Forum ini adalah yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh Pemuda Umno yang membincangkan tentang himpunan Bersih dan tuntutan terhadap sistem demokrasi di Malaysia.
Lebih 100 hadirin dari pelbagai latar belakang hadir termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan bersama mengikuti debat ini tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Malah Zaki turut menyatakan betapa platform seperti ini merupakan peluang bagi rakyat yang tidak berpihak kepada parti tertentu untuk menilai hujah masing-masing."Apa kita cuba buat malam ini ialah percambahan minda supaya boleh lihat pendapat terbaik. Ini yang penting dalam demokrasi. Penyokong Pembangkang juga boleh tengok pimpinan BN berani jawab dan berdepan," kata beliau.
Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia menyambut baik program ini dan menganggap wacana dan diskusi sebegini harus diteruskan kerana mampu memberi hasil yang baik.
Malah beliau menganggap ia merupakan hikmah Himpunan Bersih 9 Julai lalu yang menunjukkan betapa rakyat Malaysia semakin matang dalam soal demokrasi.
"Rakyat sudah matang. Orang luar kata bergaduh pasal bola di luar negara lebih ganas dari himpunan Bersih. Kita tak melawan walaupun ditangkap Polis. Kita pun tahu siapa yang rempuh polis pada hari itu, bukan Bersih. Umno Putrajaya pun sudah matang, tapi pemimpin ramai yang belum matang," kata beliau.TVS
KUALA LUMPUR, 28 Julai — Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.
Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.
Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.
Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan 'kubu' pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar.
Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing.
Hujah mereka kelihatan menjurus kepada keadaan ekonomi yang tidak begitu membanggakan dan dana yang diperuntukakn menjurus kepada Kuala Lumpur, perkembangan yang akan menjauhkan pengundi yang merupakan penyokong tegar daripada BN.
Seolah-olah menggambarkan keprihatinan mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bidang Hasilan Utama Kebangsaan (NKRA) ketujuh iaitu berkaitan kos sara hidup.
"Pandangan umum ialah kosnya (projek MRT) sangat tinggi dan wang projek itu boleh digunakan bahagian-bahagian pilihan dengan diadakan projek-projek kecil," kata seorang sumber kalangan ahli Parlimen BN.
..... banyak duit BN? ... MP PR tak dapat juagk ke? buakn duit tu duit rakya... bukan duit kepala bapak ko...
Ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), hari ini melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan.
Perkara itu dimaklumkan oleh isteri beliau, Mohanarani Rasiah ketika menemui suaminya itu kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Menurut Moharani, suaminya itu sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai lalu.
"Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM 6 dibebaskan atau dituduh di mahkamah.
"Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar," kata Mohanarani dalam satu kenyataan hari ini
KENYATAAN AKHBAR RANI – ISTERI DR. JEYAKUMAR DI IPOH, 2PM 28 Julai 2011
Dr Jeyakumar Devaraj melancarkan Mogok Lapar dalam tahanan
Apabila saya jumpa suami saya Dr Jeyakumar pada 11 pagi semalam, 27hb. Julai 2011, beliau suarakan perasaannya yang sangat hampa dan kecewa dengan pendirian polis dan kerajaan terhadap enam aktivis PSM yang ditahan di bawah EO sejak 2 Julai 2011.
Menurutnya, polis enggan berganjak dari posisi asal mereka walaupun PSM 6 telah bekerjasama penuh dan menjawab kesemua soalan yang ditanya semasa soalsiasat dijalankan. Walaupun polis tidak dapat sebarang bukti untuk menjustifikasikan pertahanan lanjutan, namun beliau pasti tempoh tahanan mereka akan dilanjutkan sebab polis dan kerajaan ada agenda sendiri dan mempunyai tujuan untuk memangsakan PSM6 .
Maka Dr Jeyakumar telah memberitahu saya bahawa beliau akan mulakan mogok lapar pada 28/7/11 untuk mendapatkan keadilan. Beliau akan teruskan mogok lapar sehingga kesemua PSM6 dibebaskan atau dituduh dimahkamah. Saya cuba menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian kerana risau akan kesihatan beliau tetapi beliau bertekad mahu meneruskan mogok lapar kerana berpendapat
1. Walaupun tuduhan keatas mereka adalah hanya pengerak BERSIH dan ini dinafikan oleh 6 orang tetapi polis sengaja mahu kaitkan mereka dengan tuduhan ini 2. Walaupun sudah berkali-kali dikatakan PSM tidak ada kaitan dengan PKM dan PSM tiada niat untuk kembangkan fahaman komunis dan selama ini semua aktiviti PSM adalah terbuka dan transparen, tetapi polis cuba memaksa, mereka (frame up) tuduhan-tuduhan palsu keatas PSM 6 3. Tuduhan menghidupkan komunisme ini hanya berdasarkan beberapa t-shirt dan kebelakangan ini polis sedang bergiat "frame-up" tuduhan baru dan menurutnya ini berdasarkan lawatan-lawatan pemimpim PSM ke luar negara atas jemputan parti sosialis lain di dunia dan cuba bertokoh tambah bahawa PSM ada hubungan rahsia dengan PKM di Thailand. Dr. Jeyakumar menafikan semua tuduhan palsu ini, semua soalan polis menjurus untuk mengeluarkan satu cerita karut untuk melanjutkan tempoh tahanan
Dr Jeyakumar memberitahu polis dan kerajaan supaya bersikap jujur dan review kerja-kerja dan aktiviti PSM dalam 13 tahun sejak ia ditubuhkan. Di mana semua aktiviti PSM adalah terbuka dan dan jika PSM mengkritik kerajaan BN, itu adalah hak demokratiknya.
Menurut Dr Jeyakumar, beliau telah memberi kerjasama penuh sejak direman di mana beliau telah menandatangani 3 laporan termasuk laporan 45 muka surat di Pulau Pinang. Sekarang SB telah sediakan report dengan 80 mukasurat tetapi Dr Jeyakumar buat keputusan beliau tidak akan tandatanganinya kerana beliau melihat kesemua siasatan sebagai sia-sia sahaja. Polis masih 'menembak secara liar' (shooting wildly).
Oleh itu, Dr Jeyakumar telah hilang kepercayaan kepada polis untuk melaksanakan isu ini secara adil. Beliau menuntut supaya Menteri Dalam Negeri mainkan peranan untuk membebaskan atau hadap mereka ke mahkamah. Sehingga hari itu beliau akan buat mogok lapar.
KUALA LUMPUR, 27 Julai – Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.
Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.
"Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.
"Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah.
Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik.
Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.
Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan segera melepaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima pemimpin PSM itu. Anwar menegaskan kesemua individu yang ditahan itu perlu dilepaskan segera tanpa sebarang syarat.
KUALA LUMPUR, 27 Julai: Video Bersih 2.0 yang dirakam dan ditayangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ternyata tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya atau 'tidak laku', sehingga Menteri Penerangan terpaksa digunakan untuk memberikan publisiti mengenainya.
Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan, dengan itu, pihak PDRM hanyalah melakukan kerja yang sia-sia dan membazirkan wang rakyat untuk menghasilkan video itu kerana ia tetap tidak diminati oleh orang ramai.
Menurut beliau, nasib video polis itu samalah seperti nasib filem-filem negara yang sememangnya tidak menarik minat orang ramai untuk menontonnya walaupun pembikinannya mengambil masa agak lama dan memakan belanja yang besar.
Katanya, untuk tidak mensia-siakan pembikinan video itu, pihak kerajaan kini terpaksa memaksa stesyen-stesyen TV di tanah air menyiarkannya tetapi usaha tersebut tetap gagal, apabila hanya pihak RTM sahaja yang sudi menayangkannya.
"Keengganan stesen-stesen TV lain khususnya TV swasta untuk menayangkan video polis itu kerana diyakini video itu tidak akan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya, malah kalau disiarkan pasti akan memberikan kesan buruk kepada stesen-stesen TV itu sendiri.
"Kini media-media utama tanah air yang dikuasai kerajaan sudah tidak lagi dipercayai oleh orang ramai. Sekiranya video polis itu juga turut disiarkan, orang ramai pasti akan menjadi lebih tidak mempercayai stesyen-stesyen TV berkenaan. Menyedari hakikat itulah stesen-stesen TV swasta enggan menyiarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seruan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat negara ini hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayangkan oleh PDRM berhubung himpunan Bersih 2.0.
Menurut Mahfuz, saranan Rais itu sememangnya menggelikan hati kerana ia jelas membuktikan video tersebut tidak diminati oleh orang ramai untuk menontonnya, sehingga menyebabkan pihak kerajaan terpaksa menggunakan Menteri Penerangan untuk membuat publisiti mengenainya dan membuat seruan seperti itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga yakin pihak RTM sendiri sebenarnya turut tidak berminat untuk menyiarkan video itu, tetapi ia terpaksa disiarkan juga kerana terpaksa setelah dipaksa oleh kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang.
"Rakyat negara kita sekarang sudah semakin cerdik. Rakyat sendiri tahu yang mana video yang bermutu dan yang mana video yang tidak bermutu.
"Rakyat sendiri tahu yang mana video yang benar dan yang patut ditonton dan yang mana video yang tidak benar yang tidak patut ditonton malah kalau ditonton pasti hanya menggelikan hati.
"Oleh itu, pihak kerajaan sendiri dapat mengambil pengajaran dari nasib malang yang dialami oleh video polis itu untuk mengetahui realiti sebenar tentang rakyat di negara kita sekarang yang sudah tidak boleh diputarbelitkan lagi," tegas beliau.
Malah semakin diputarbelit, tegas beliau, rakyat akan menjadi semakin marah dan meluat dengan kerajaan sehingga menyebabkan segala tindakan kerajaan sekarang akan menjadi pertikaian di kalangan rakyat.
"Begitulah nasib kerajaan BN kini setelah sekian lama memerintah dan setelah sekian lama memutarbelit dan menzalimi rakyat dalam pelbagai aspek," ujar beliau.
SHAH ALAM 27 JULAI: PAS hari ini terus mendedahkan bukti pertindihan nama daftar pemilih dalam data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara tersebut sekaligus mempertikaikan kesediaan suruhanjaya itu untuk melaksanakan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang seperti yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof minggu lalu.
Dalam kenyataan media oleh Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat menyertakan senarai tiga nama daftar pemilih yang dikesan bertindih dengan membolehkan mereka mengundi lebih daripada sekali.
Contohnya semakan keatas seorang anggota polis yang memegang kad pengenalan polis dan biasa dalam laman web SPR didaftarkan di dua alamat berasingan.
Malah individu tersebut layak mengundi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan di sebuah sekolah di Kampung Tok Busah, Kedah.
Individu kedua seorang wanita berbangsa India yang berkelayakan untuk mengundi di dua kawasan parlimen iaitu Alor Setar dan Merbok di Kedah manakala individu ketiga seorang lelaki berbangsa Melayu layak mengundi di parlimen Alor Setar dan Sungai Petani.
Dalam sebuah forum "Apa Selepas 9 Julai" anjuran Sinar Harian semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan cadangan perlaksanaan sistem biometri untuk pilihan raya masih di peringkat kajian.
Sistem yang belum pernah dilaksanakan mana-mana negara itu mendapat kritikan pelbagai pihak selain mempertikaikan intergriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang akan menjadi semak imbang senarai nama daftar pemilih.
Cadangan tersebut disokong oleh Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga yang juga panel dalam forum itu namun menggesa agar suruhanjaya itu membuktikan bahawa sistem tersebut bebas daripada sebarang bentuk manipulasi.
Sekiranya gagal maka Ambiga menyarankan agar SPR menerima pakai penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.
Suhaizan berkata sehingga kini Pas telah mengemukakan sebanyak 253 senarai pengundi pos yang bertindan.
Menurutnya perkara tersebut telah dikesan sejak tahun 2008 namun sehingga ke hari ini masih tidak berlaku sebarang perubahan dalam data tersebut walaupun SPR telah berjanji untuk menanganinya.
"Pertindanan ini bertentangan dengan perkara 119 Perlembagaan Malaysia. Saya mempunyai terlalu banyak bukti pertindanan ini. Dalam kenyataan Dato Wan Ahmad kepada The Star pada 24hb Julai 2011, bahawa beliau bersetuju bahawa terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR yang sah," ujar beliau.
Justeru, Suhaizan menyifatkan SPR belum bersedia untuk bertindak sebagai suruhanjaya bebas sekaligus mengasingkan diri daripada cengkaman kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
SHAH ALAM 27 JULAI : Peguam Hak Asasi Perancis, William Bourdon tidak melihat pengusirannya dari Malaysia sebagai 'dipergunakan atau dijadikan mangsa' oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).
Kenyataan Bourdon itu menolak alasan rapuh yang dikeluarkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini kononnya Bourdon adalah mangsa politik SUARAM.
Bourdon berkata, beliau datang ke Malaysia adalah sebagai seorang peguam dan tindakan kerajaan Malaysia menghalangnya berjumpa dengan anak guamnya adalah suatu tindakan penafian perundangan.
Bourdon Jumaat lalu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dihantar pulang ke Perancis pada sebelah malamnya, tanpa sebarang alasan daripada kerajaan Malaysia.
"Pihak berkuasa cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha mengusir saya," katanya.
Bourdon diusir selepas beliau menghadiri majlis makan malam di Pulau Pinang, 21 Julai lalu, apabila beliau memberi taklimat mengenai perkembangan siasatan kehakiman Perancis berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion ($2.8 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Kerajaan didakwa menerima komisen sebanyak RM540 juta dari firma pertahanan Perancis DCNS pada tahun 2002, melalui syarikat Perimekar iaitu subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda.
Razak Baginda adalah rakan rapat Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. Razak Baginda didakwa terbabit dalam pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shariibuu.
Namun mahkamah membebaskannya daripada tuduhan tersebut.
Pada Disember 2009, SUARAM memfailkan aduan kepada mahkamah Perancis mengenai hal itu dan mendapatkan khidmat Bourdon.
Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.
"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap," kata Fareez kepada Malaysiakini.
Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.
Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.
Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajayamenuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.
Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.
Najib bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan orang ramai di stesen itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata tangkapan itu dibuat ke atas sekumpulan orang awam yang memakai baju kuning dan membuat kacau.
"Berhubung majlis pelancaran kibar Jalur Gemilang di KL Sentral, polis KL telah tangkap seramai sepuluh orang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga perempuan di KL Sentral di Kuala Lumpur.
"Semasa tangkapan suspek memakai baju kuning tanpa apa-apa perkataan dan melaungkan reformasi. Tangkapan adalah bersabit laporan polis yang dibuat oleh ketua polis daerah Brickfields tentang maklumat mengatakan ada kumpulan pemuda berpakaian kuning akan membuat kacau," tulisnya.
Menurut Suffian semua tahanan itu kemudiannya dibebaskan selepas percakapan mereka dirakamkan polis untuk siasatan lanjut.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah dengan New Straits Times Press (M) Bhd berhubung saman fitnahnya yang mendakwa akhbar itu salah memetiknya ketika pilihan raya kecil Galas yang lalu.
Bagaimanapun jumlah pampasan yang dipersetujui tidak dinyatakan.
Perkara itu didedahkan oleh peguam Lim, Sangeet Kaur setelah perjumpaan dengan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
"Pihak-pihak berkenaan diminta hadir semula pada 17 Ogos bagi merakamkan kenyataan dan syarat-syarat yang dipersetujui," kata hakim.
"Berikutan kenyataan yang dirakamkan itu nanti, saman berkenaan akan ditarik balik."
NSTP diwakili oleh peguam Liew Teck Huat.
Lim pada November tahun lalu menfailkan saman fitnah terhadap NSTP kerana mendakwa ia menyiarkan artikel berunsur fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di akhbar Berita Harian, pada 2 November lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim berkata NSTP telah secara salah dan berniat jahat menyiarkan artikel bertajuk "Tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau" yang mengandungi perkataan-perkataan fitnah dicetak dan disiarkan di akhbar Berita Harian.
Menurutnya, artikel itu antara lain melaporkan bahawa beliau telah berucap di satu ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, di Kelantan, di mana beliau telah menuduh orang Melayu Umno kafir.
Katanya artikel itu membawa maksud beliau adalah seorang ahli politik yang berniat jahat untuk mewujudkan perasaan saling benci-membenci di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Lim berkata penyiaran perkataan-perkataan fitnah itu, telah merendahkan kedudukan beliau sebagai seorang ahli politik serta penghinaan awam, dan sehubungan itu beliau menuntut ganti rugi teruk, teladan, faedah dan kos.
Malah kata Lim, beliau langsung tidak hadir pada cermah di Kampung Baru Hulu di kawasan Galas yang juga dihadiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan bahawa beliau menyokong cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem biometrik untuk identiti pengenalan pengundi dalam pilihan raya umum.
"Saya hanya menyatakan akan menyokong apa jua sistem yang membawa kebaikan dan tidak diragui. Sekiranya biometrik meragukan, maka ia juga wajar ditolak. Adapunlaporan yang menyatakan bahawa saya menyokong adalah tidak tepat.
"Lebih baik (guna) dakwat kekal yang kita (pembangkang) minta (dulu) itu, supaya tidak ragu, selagi biometrik ini meragukan maka tak usah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kota Baharu hari ini.
Semalam sebuah akhbar menyiarkan di muka depannya berita bertajuk "Nik Aziz sokong biometrik" dan memetik kenyataan Menteri Besar Kelantan itu selepas merasmikan pelan hala tuju ICT negeri Kelantan 2011-2015 di Kota Darulnaim, di Kota Baharu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak sistem biometrik itu kerana berpendapat sistem itu terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik.
Ditanya sama ada di Kelantan terdapat pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Nik Abdul Aziz berkata PAS pusat sedang membuat semakan senarai daftar pemilih di seluruh negara dan dijangka siap dua minggu lagi.
Keluarga M Sarasvathy - salah seorang daripada enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan bawah Ordinan Darurat (EO) - mendakwa aktivis itu dipaksa untuk menandatangani dokumen setebal 62 muka surat.
Abangnya, M Narayanasamy (kiri) mendakwa Sarasvathy dipaksa berbuat demikian pada 16 Julai lalu sewaktu dia dalam keadaaan sakit kepala dan sakit perut.
Narayanasamy (kiri sekali) memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas menemui adiknya itu di balai polis Jinjang pagi ini. Hadir sama ialah empat lagi ahli keluarganya dan keluarga tahanan yang lain.
Narayanasamy mendakwa adiknya itu sakit teruk pada 14 dan 15 Julai lalu.
"Selepas itu, dia diberi ubat. Bila dia makan ubat itu, dia sakit kepala dan perut. Pada 16 Julai, ada 62 muka surat (dokumen) suruh baca dan tandatangan. Tapi dia tak boleh baca sebab sakit.
"... dia dipaksa tandatangan. (Tapi) dia tandatangan juga. Tapi dia tidak tahu apa (kandungan) didalamnya," katanya
Narayansamy berkata adiknya itu akan dibawa ke hospital minggu depan untuk memeriksa "tekanan" yang dihadapi.
Sebelum itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata Saraswathy sakit dada dan susah tidur pada 14 Julai lalu dan dibawa ke hospital dua hari kemudian.
"Sebelum itu, dia kata, dia sakit dada dan komplikasi lain datang selepas (menjalani) ujian poligraf (alat kesan pembohongan).
"Dia kata dia berasa kecewa. Kemudian mereka menyuruhnya menandatangani dokumen setebal 62 muka surat. Dia mengalamai sakit di perut dan dada.
"Dia kata, dia tidak boleh membacanya hari ini. Kemudian apa yang dibuat, mereka membaca (dokumen itu) kepadanya (Sarasvathy)," dakwa Arutchelvan.
Arutchelvan mendakwa Sarasvathy membantah tindakan tersebut tetapi akhirnya menandatangani dokumen tersebut tanpa mengetahui apa isi kandungannya.
Sehubungan itu, setiausaha agung PSM itu berhasrat membuatlaporan polis berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, Arutchelvan juga mendakwa seorang lagi tahanan - M Sukumaran - ditemui dua pegawai cawangan khas (SB) yang didakwa akan membebaskan Sukumaran untuk menziarahi ibunya yang sakit.
Bagaimanapun, Arutchelvan menegaskan pihaknya tidak mempercayai tawaran oleh pegawai berkenaan.
"Mereka tidak ada kuasa. Jadi kita tidak ambil serius apa yang diberitahu (pegawai) polis itu.
"Kalau arahan dari menteri atau ketua polis negara, kita menerimanya atau percaya keputusan itu," katanya.
Dalam sidang media itu juga, lima wakil ahli keluarga tahanan yang lain, turut memberitahu mereka menziarahi aktivis PSM yang lain secara berasingan pagi ini.
Mereka berkata, semua tahanan yang ditemui kelihatan bersemangat untuk meneruskan perjuangan.
Sebelum itu, PSM turut menayangkan klip video dan gambar kempen "Udahlah tu... Bersaralah" yang ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia pada 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN.
Dalam klip video selama lima minit turut memaparkan sedutan percakapan yang agak tegang antara ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan Sarasvathy dengan seorang pegawai polis.
Dalam perbincangan tersebut, polis mendakwa kempen mereka itu didakwa menghasut rakyat untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.
Pakatan Rakyat hari ini berkata langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik, secara tidak langsung, mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulangkali memang wujud dalam amalan pilihan raya di negara ini - satu isu yang sering dibangkitkan oleh gabungan pembangkang.
Bagaimanapun, gabungan itu menentang pelaksanaannya kerana ia hanya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan pelbagai dakwaan penipuan yang berlaku selama ini.
Dalam satu kenyataan bersama melalui sekretariat Pakatan, ia menganggapnya "pengakuan tidak langsung" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyokong cadangan pelaksanaan sistem tersebut, adalah ekoran perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli; setiausaha antarabangsa DAP, Liew Chin Tong dan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.
"Langkah SPR mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulangkali adalah bukti bahawa pimpinan BN sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai (kumpulan pembaharuan pilihan raya) BERSIH 2.0.
"Maka kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH 2.0 dan turun ke himpunan aman pada 9 Julai baru-baru ini.
"Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan BN akan terus menafikan bahawa penipuan ini wujud," kata mereka.
Namun begitu, kata mereka, penerimaan terbuka SPR dan BN itu, diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah - bukannya menyelesaikan pelbagai dakwaan penipuan yang berlaku selama ini.
"Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi.
"Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem.
"Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan," tambah mereka.
Lebih penting lagi, tegas mereka, ialah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah.
"Iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13," tegas mereka.
Justeru, kata mereka, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat, apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan.
"Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderungan pengundi keluar mengundi.
"Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi dan ejen pengiraan dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama.
"Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi," tambah mereka.
Menurut mereka lagi, kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil.
"Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH 2.0," tambah mereka.
Oleh itu, tegas mereka, SPR wajib kembali kepada lapan tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH 2.0, terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia.
"Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat," tambah mereka.
BN harus memikul tanggungjawabnya yang mencipta raksasa di kalangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diumumkan baru-baru ini dengan jelas menghuraikan betapa gerunnya cerita di sebalik pencabulan kuasa yang dimiliki SPRM ketika Teoh dalam tahanan mereka.
"...kita yang membiarkan Parlimen meluluskannya (Akta SPRM 2009), beri mereka tambahan kuasa dan dana, serta segala sokongan. Apa yang terjadi? Ia menjadi raksasa," katanya pada wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Lim, yang mencatatkan pembabitan 45 tahun aktif dalam politik tahun ini juga menuduh BN memperkudakan SPRM, khususnya SPRM Selangor dalam agenda politik untuk merampas kembali negeri itu daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.
Katanya laporan suruhanjaya itu adalah dokumen pertama yang dibacanya sejak menjalani pembedahan pada mata kirinya April lalu. Hasil rumusannya, Lim berkata tindakan pegawai dan anggota SPRM itu jelas "menghina mahkmah" dan mencabuli kuasa bagi menjalankan operasi ke atas wakil rakyat Pakatan yang dipilih oleh rakyat tanpa sebarang asas.
Sasaran Lim ditujukan kepada timbalan pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim, yang didakwanya berkhidmat mengikut telunjuk BN melalui anggotanya yang dibawa bagi menyiasat dan menyerbu bos Teoh - ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Katanya, Hishamuddin, yang kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengarah SPRM Negeri Sembilan selepas mengetuai "operasi besar-besaran" dengan "melanggar undang-undang demi undang-undang, bukan sahaja SOP (standard operating procedures) tetapi semua undang-undang".
"Ini amat jelasa. Hishamuddin adalah timbalan pengarah tetapi beliau bertindak seolah-olah beliau lebih berkuasa daripada pengarah dan malah bertindak tanpa merujuk arahan ibu pejabat.
"Ini bukan setakat operasi anti rasuah. Ini pasti agenda politik untuk tumbangkanPakatan di Selangor dengan menyerang ADUN DAP, Pakatan.
"Jika tidak, macam mana seseorang timbalan pengarah mempunyai kuasa sebegitu besar? Bertindak dan mempercyai dirinya kebal dan boleh terlepas daripada hukuman? Dan dia bukan orang baru. Dia ada 19 tahun (pengalaman) dalam SPRM dan tiba-tiba bertindak sebegitu angkuh.
"Saya pasti beliau menjalankan agenda politik dan ini hanya boleh membawa maksud ia agenda BN untuk gulingkan (Pakatan)," kata Lim.
Cadangan kerajaan bagi menubuhkan majis perundingan media adalah usaha bagi membanteras pandangan "bukan konformis" dan "suara sumbang" khususnya di kalangan media alternatif, kata pensyarah media Zaharom Nain.
"Media online dilihat semakin menjadi masalah," katanya ketika dihubungi untuk mengulas rancangan kerajaan menubuhkan majlis itu.
Mesyuarat pertama bagi membincangkan penubuhan majlis berkenaan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf. Ia diadakan Isnin lalu dengan beberapa editor di kalangan media arus perdana dan media online diwakili oleh Blog House Malaysia.
Namun beberapa editor kanan, khususnya dari penerbitan sepertiThe Star, The Edge dan Malay Mail tidak kelihatan pada mesyuarat berkenaan yang dipercayai sebagai isyarat membantah penubuhan majlis berkenaan.
Zaharom (atas, kanan) seorang profesor madya di University of Nottingham, kampus Malaysia berkata majlis itu akan bertindak sebagai satu lagi lapisan tapisan dan akan terus menghakis keyakinan orang ramai terhadap anggotannya.
"Kawalan ketat seperti ini akan menyaksikan media arus perdana hilang terus kredibiliti yang sebelum ini pun sudah banyak hilang.
"Ada kalanya, saya berpendapat, perkara buruk perlu dibiarkan mati sebelum yang baik boleh muncul," katanya.
Profesor Mohd Safar Hasim (kiri) dari Universiti Kebangsaan Malaysia juga sependapat dengan sentimen Zaharom bahawa majlis itu akan dilihat sebagai satu lagi bentuk kawalan yang lebih ketat.
"Apa-apa yang dilihat sebagai menyekat kebebasan tidak akan mendapat sambutan.
"Dunia telah banyak berubah sejak beberapa dekad yang lalu, khususnya dengan adanya Internet. Konsep (rakan kongsi) seperti ini tidak lagi relevan," katanya.
Mohd Safar yang menulis kertas kajian majlis media pada tahun 2002 berkata plan baru sekarang jauh berbeza dengan apa yang dicadangkan dahulu yang objektifnya adalah untuk menggalakkan amalan baik bagi meningkatkan kebebasan media.
"Cadangan jumlah anggota majlis media (pada 2002) adalah 25, dengan tokoh media yang dihormati sebagai pengerusi dan majoriti anggotanya terdiri daripada wartawan dan editor termasuk perwakilan dari beberapa NGO dan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).
"Tida ada wakil kerajaan kecuali editor dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan agensi berita nasional Bernama," katanya.
Mohd Safar yang mengakui kehadiran jumlah perwakilan kerajaan yang besar dalam majlis media baru yang dicadangkan berkata adalah lebih baik ia dinamakan "Forum Perundingan Media".
Mohd Safar mengakui malah pada 2002, pengamal media juga menolak majlis itu yang dilihat sebagai mekanisme tambahan kawalan dan menuntut agar beberapa undang yang menyekat penerbitan akhbar dan undang-undang penyiaran yang lain dibubarkan sebelum majlis berkenaan ditubuhkan.
09 Julai 2011 akan diingati dalam sejarah negara sebagai "Hari Haramsanee Al-Kazeeb", memperingati pembohongan besar yang dilakukan oleh golongan desperado yang ketagihan untuk merampok Putrajaya melalui jalan "pintu belakang".
Himpunan yang bercirikan dua haram-"himpunan haramsanee (sanee bermakna dua didalam bahasa 'arab)". Pertama kerana dianjurkan oleh kumpulan yang telah diisytiharkan haram oleh Pendaftar Petubuhan. Kedua kerana ianya himpunan yang mahu dibuat tanpa permit-satu perhimpunan haram!
Bukan sahaja ianya "himpunan haramsanee", malah ianya penuh dengan pembohongan dan putar belit.
Teman tersenyum melihat gelagat kaum desperado ini memutar kisah dongeng kononnya teman termasuk didalam senarai kumpulan "Bersih" didalam perintah larangan Mahkamah keatas 91 individu yang ditegah berada dibeberapa tempat di KL pada 09 Julai.
Samada pembawa cerita itu skrew kepalanya longgar, ataupun pembohong. Teman menafikan sekeras-kerasnya pembohongan ini; dan teman sedikit pun tidak pernah menyokong atau mendokong kaum politikus kotor yang mengaku diri mereka "Bersih" tetapi penuh kekotoran. Jelas pembohongan sudah sebati dengan kaum ini, dan itulah yang dibuktikan dalam himpunan haram kaum yang teman label sebagai "Himpunan Haramsanee Al-Kazeeb". Al-Kazeeb dalam bahasa 'arab bermakna pembohong!!!
Pembohongan pertama mereka ialah membohongi Tuanku YDP Agong. Mereka memberi akujanji kepada Tuanku YDP Agong bahawa mereka mahu mengadap dan memaklumkan pembatalan himpunan haram tersebut. Akujanji itu diberi setelah Tuanku bertitah melahirkan pendirian Tuanku mengenai himpunan haram tersebut. Namun akujanji dan jaminan himpunan haram dijalanraya tersebut bukan sahaja tidak dibatalkan, malahan cara ianya dilaksanakan jelas kelihatan ianya memang telah dirancang dengan teliti.
Jelas semasa mengadap Tuanku, memang mereka tidak berniat langsung untuk membatalkan himpunan haram itu. Sebaliknya kebenaran mengadap itu dijadikan alat sekadar untuk memberi "perasa halal" kepada himpunan haram oleh kumpulan yang haram. Mereka berjaya membohongi Tuanku YDP Agong yang telah dengan ikhlas menerima mereka masuk mengadap.
Dan majlis mengadap itu dijadikan alat propaganda untuk menghalakan tindakan haram mereka. Ini adalah satu penderhakaan dan pengkhianatan besar kepada Tuanku YDP Agong; mana-mana warganegara yang ta'at dan setia kepada Tuanku dan negara ini tidak akan berani lakukan! Kewarganegaraan kaum ini sepatutnya dikaji semula; dan mereka wajar dikenakan tindakan yang tegas tanpa ampun!
Mereka turut berbohong bila mendabik dada mengisytiharkan himpunan haram itu disertai oleh puluhan ribu orang, walaupun hakikat sebenarnya tidaklah seramai yang dicanangkan. Dan itulah sebenarnya mengapa mereka mengadakannya pada hari Sabtu tengahari. Sebab mereka tahu jumlah penyokong mereka tidak ramai. Mereka perlu lahirkan persepsi himpunan haramsanee itu mendapat sambutan. Kerana itu ianya wajib dibuat tengahari Sabtu.
Kerana itu adalah waktu puncak dimana ramai orang akan turun ke KL untuk bersantai, membeli-belah, ke pasar malam Jalan TAR atau sekadar berlibur samada di KLCC, Sogo, Masjid Jamek, Jalan TAR dan stesyen LRT saperti Stesyen Masjid Jamek dan Hentian Puduraya akan pasti menjadi tumpuan awam.
Dan sudah pasti bila berlaku himpunan haram, orang awam samada akan menjadi "curious onlooker" ataupun terperangkap sekali dengan mereka. Apa pun jumlah mereka akan kelihatan seolah-olah ramai. Apatah lagi kalau gambar dan rakaman video diambil dari susut tertentu; ianya mampu memberikan persepsi ianya ramai.
Tetapi tidaklah seramai yang mereka canangkan. Menurut sumber yang sahih, jumlah yang terlibat tidak melebihi 10,000 orang pun, jauh dari angka ratusan ribu yang mereka kompangkan akan turun!
Pembohongan berterusan apabila Timbalan Presiden PAS Mat Sabu mendakwa dirempuh oleh landrover polis. Siap berkerusi roda lagi! Kitaran semula sebuah drama dahulukala! Ternyata ALLAH juga Maha Perancang. Paparan video CCTV jelas membuktikan segala pembohongan!
Apa yang menyedihkan ialah pimpinan sebuah parti yang menjubahkan diri dengan warna Islam boleh terjebak dengan gejala pembohongan yang sebelum ini menjadi monopoli dan kepakaran pihak tertentu. Virus "al-kazeeb" telah menular bagai kanker yang tiada batasan.
Pembohongan kaum haramsanee ini tidak mengenal batas apabila kematian juga mereka putarbohongkan. Pemergian Allahyarham Baharudin yang mati akibat serangan sakit jantung semasa menyertai himpunan haramsanee ini diputarbelitkan dan dikompangkan sebagai kezaliman pihak berkuasa dengan menyelitkan "drama kematian" Suhardi. Habis satu dunia dibohongi, sebagaimana pembohongan 16 Sept.
Videoklip kematian palsu itu diputar seantero dunia. Derma dikutip tanpa sekelumit kemaluan.
Pelik sungguh kaum haramsanee ini. Videoklip Mat CD @ Mat China-Doll yang begitu jelas mereka pertikaikan; sebaliknya videoklip penipuan "kematian palsu Suhardi" mereka telan dan terima bulat-bulat tanpa soal sikitpun. Terus di isytiharkan ianya sebagai "syahid", dan derma jihad dilancarkan yang kemungkinan besarnya akan berakhir saperti derma peristiwa Memali! Hilang ghaibul-ghuyub!
Dalam keriuhan himpunan haramasanee itu, tetiba tersebar pula berita dan gambar didunia cyber seorang yang kelihatan nazak didalam hospital. Siap dengan "kolar-tengkok"! Lalu diputar pusing dongeng kezaliman pihak berkuasa. Ternyata cerita lama berulang kembali. Pelik sungguh, dalam ramai-ramai kaum himpunan haramsanee ini, hanya seorang sahaja yang masuk hospital dan kelihatan nazak dengan kolar-tengkok siap terpasang! Oh ya, terlupa pula dengan kisah seorang lagi yang masuk hospital siap dengan kerusi roda setelah "dirempuh" dengan brutal dan ganas oleh landrover Polis DiRaja Malaysia!
Adengan pembohongan ini berterusan apabila ada pihak mendakwa Presiden PAS dikasari oleh pihak berkuasa. Sekali lagi cubaan untuk meraih simpati dan menimbulkan kebencian kepada pihak berkuasa. Alhamdulillah Presiden PAS, yang baru sahaja mengisytiharkan tiada negara Islam didalam Al Quran, masih mempunyai sedikit kewarasan dan membuat kenyataan menafikan beliau dikasari, malah menceritakan tentang layanan baik yang diterima, dengan kisah "saya dihantar polis sampai kerumah"!
Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan oleh kaum himpunan haramsanee ini. Pembohongan kepada umat Islam bahawa himpunan itu walau diketuai oleh seorang kafir harbi anti Islam telah mengelabukan segelintir kalkatoo yang terpedaya dengan kilauan cahaya mahkota kekuasaan; walaupun sebelum ini mereka pernah mengisytiharkan jihad dan sabil terhadap sikafir harbi itu!
Kita tidak menentang hak berhimpun. Kita tahu ianya dijamin oleh Perlembagaan. Yang kita tentang ialah demonstrasi jalanan. Yang kita lawan ialah perarakan dijalanan. Yang menyusahkan rakyat dan orang ramai. Yang kita bantah ialah politik jalanraya. Yang kita mahu cegah ialah politik berasakan pembohongan dan putarbelit; semuanya kerana nafsu serakah mahu merampok Putrajaya "at all cost".
Sehingga sampai keperingkat berani menipu dan membohongi Tuanku YDP Agong. Ini adalah penderhakaan dan pengkhianatan yang wajib ditentang dan diperangi oleh tiap individu rakyat dan warganegara yang ta'at kepada Tuanku YDP Agong dan cintakan keamanan, kedamaian dan keharmonian.
Kita rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa, dan dari semua lapisan mengutuk keras himpunan haramsanee ini. Kita mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas tanpa gentar dan takut. Ingatlah, "majoriti senyap" sedang memerhati langkah pihak kerajaan selanjutnya, janganlah sampai keperingkat rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian terpaksa mengambil tindakan sendiri demi memelihara dan memartabatkan kedaulatan dan keselamatan negara ini.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Rabu 25 Sya'ban 1432 27 Julai 2011
Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dijemput untuk menyampaikan syarahan yang berjudul : “Transformasi Demokrasi di Dunia Islam”. Syarahan tersebut akan dihadiri wakil wakil media dan organisasi swadaya masyarakat (NGO). Acara itu akan berlangsung seperti yang tercatat pada butiran di bawah:
Tempat: Pejabat Majalah Tempo, Jakarta, Indonesia. Masa : 5.30 petang waktu Jakarta. Tarikh: Jumaat, 29hb Julai 2011.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
William Bourdon, the French civil rights lawyer, who was deportedfrom Kuala Lumpur last week, did not take lightly the accusation by Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi that human rights NGO Suaram had “utilised and victimised” him.
Bourdon said he was merely acting as a lawyer for the NGO and did not see how Suaram had taken advantage of him.
Indeed his client’s right to legal representation had been deprived when immigration officers took him off from his plane at the Kuala Lumpur International Airport on Friday morning.
“The only rational explanation I can see to such a statement from the authorities is that they are now trying to ‘demonise’ Suaram in order to justify an incomprehensible order to deport me,” he told Malaysiakini from Paris.
The Immigration Department hadjustified its action by saying that the lawyer was deported for violating the conditions of his social visit pass to Malaysia.
In response to Bourdon’s deportation, Ahmad Zahid had pointed out on Sunday that if the French lawyer wanted to pursue his case, he should do it in France, not Malaysia.
Zahid had insisted that the acquisition of the submarines was transparent and that he was willing to testify in court.
He also warned certain quarters against running asmear campaign over alleged irregularities in the purchase of the two submarines in 2002.
Bourdon said he had no intention to harm the reputation of the government of Malaysia, a country he deeply respects.
He denied issuing any statements criticising, either directly or indirectly, any member of the Malaysian government while he was in Penang last Thursday attending the NGO’s fundraising dinner dubbed ‘Ops Scorpene’.
“I came to Malaysia as the lawyer of Suaram in order to meet my client and to participate in a meeting organised by the NGO aimed at raising funds to finance the proceeding, mainly to cover costs of translations,” he said.
“In my public statements, I was extremely careful with the information shared, stating exclusively information that was already in the public domain,” he stressed.
‘I never hide the fact why I was in M’sia’
Bourdon was referring to the RM7.3 billion purchase of two Scorpene class submarines from French defence giant DCNS in 2002 by the Malaysian government.
Parliament revealed that the deal netted Perimekar, an obscure consulting company RM540 million in “commissions”.
Payment of commissions to government officials is illegal under French law.
Perimekar is a subsidiary of KS Ombak Laut Sdn Bhd, and the major shareholder in this company is Maslinda Makhzan, the wife of Abdul Razak Baginda, who is allegedly a close confidante of Prime Minister Najib Razak.
Abdul Razak was charged for abetting two police officers – former bodyguards of Najib – in the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu in 2006, believed to be a translator in the Scorpene deal, but was found not guilty.
Meanwhile, Bourdon was asked to comment about Ahmad Zahid’s offer to testify in open court should the trial kick off in September as expected.
Many questioned the relevance of Ahmad Zahid’s testimony when it was Najib, then deputy prime minister and defence minister, who was in charge of the deal.
Bourdon maintained that as a lawyer in the French legal system, he cannot decide whether Ahmad Zahid could testify in court.
“Only the French police can decide who should be testifying, and who should be held responsible. I stress that the current investigation is secret and that I do not have any access to it at this stage,” he added.
On Home Minister Hishammuddin Hussein’s remark that there was no political agenda in deporting Bourdon and that the lawyer had violated his social visit pass by speaking at the Suaram event, Bourdon reiterated that he has not been clearly told of the reasons for his deportation.
“As a French citizen, I do not need any visa to enter the country,” he said.
“I never tried to hide the fact I that I was in Malaysia to meet my client and to participate in meetings as already explained. I do not see any reason for the authorities of Malaysia to prevent me from doing so.”
Bourdon, who was accompanied by his fiancee, Lea Forestier (left), was put on a flight back to Paris late Friday night after being held in KLIA for over 12 hours.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Pihak kerajaan tidak boleh duduk diam tanpa berkata-kata yang tidak digemari ramai. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis pula sekarang dituduh sebagai seorang Wahabi dan beliau sangat hampir untuk dituduh sebagai pengganas.
Apa sahaja yang terkeluar dari mulut pihak kita semuanya menyakitkan pihak yang lain. Dalam nafas yang sama mereka mengingatkan tentang perpaduan Islam dan entah apa yang lain.
Semua manusia dalam Malaysia ini merbahaya kepada kerajaan. Berjalan secara aman beramai-ramai untuk berhimpun secara aman dikatakan oleh pemerintah sebagai perhimpunan haram yang mengganas dan kononnya rakyat Malaysia hendak meniru apa yang berlaku di Timur Tengah.
Apabila rakyat menyokong bersih yang di ketuai oleh Datuk Dr Ambiga Sreenevasan mereka menuduh yang kita sebagai tidak patriotik dengan menyokong pimpinan bukan Islam. Penyokong Bersih itu di anggap sebagai perusuh tetapi disebaliknya polislah yang merusuh mereka. Pihak pemerintah begitu "paranoid" dengan apa sahaja yang dilakukan dan diungkapkan oleh pihak lain.
Dengan apa yang dilakukan terhadap Asri ini, satu lagi bukti jelas pihak kerajaan akan lakukan apa sahaja untuk menunduk sesiapa yang bercakap benar. Di dalam sistem pemerintahan kita yang benar akan selalu gagal dan yang bathil tidak akan menghadapi kesusahan. Malahan pemerintah seolah-olah merupakan pihak pembawa dalil hari kiamat yang paling jelas.
Dalil-dalil kiamat memang sudah nyata berada di hadapan kita. Dalil kiamat itu selalunya bertentangan dengan nilai dan moral biasa. Dan pemimpin-pemimpin kita nampaknya menjadi pembawa dalil yang tegar.
Apa sahaja yang baik itu salah baginya. Yang bathil bermaharaja lela, yang hak dan benar sentiasa diejek dan dihina. Yang salah nampak benar dan yang benar dikatakan salah… Kalau dahulunya kita hanya nampak dalil yang biasa sahaja seperti buah di luar musim, lelaki menyerupai perempuan dan perempuan pula menyerupai lelaki, kini dalil yang lebihnya sedang timbul dengan jelas sekali.
Ianya termasuk pengaruh perempuan yang sangat besar dalam masyarakat. Wanita di takuti oleh lelaki dan wanita bermaharajalela. Yang kaya bertambah kaya dengan cara bathil dan mereka dilindungi dengan undang-undang yang ketat.
Semua manusia yang mahu kebenaran akan menjadi bahan kritikan dan dihina. Yang berkuasa akan menggunakan kuasa secara bebas dan tidak adil semata-mata kerana kuasa yang ada.
Orang yang hina dan melakukan kesalahan dan noda akan menjadi idaman orang ramai. Agama akan diberikan intepritasi yang terbalik. Yang melakukan sesuatu dengan tujuan yang baik akan dihina dan diperkosa oleh pihak yang berkuasa.
Yang berilmu (ulamak) tidak akan mendapat tempat lagi. Itu sebabnya dalam kes Asri ini ianya merupakan satu dalil jelas menuju kearah kiamat itu tadi. Yang mendapat tempat ialah mereka yang memperjuangan perkara yang menyekutukan tuhan seperti tidak akan terjamin rezeki jika tidak mengikuti pihak berkuasa yang tidak adil itu.
Yang belum kita lihat dengan mata kepala kita hanyalah satu elemen dalil sahaja lagi… iaitu matahari belum lagi terbit dari barat. Dalil-dalil yang lain semuanya sudah ada dan kebanyakan dalil itu dilakukan oleh kalangan kita sendiri.
Jika matahari sudah mula terbit dari barat maka segala niat yang baik tidak akan menjadi kenyataan dan diterima tuhan lagi. Oleh itu jika kita mahu melakukan yang baik dan tidak mahu menjadi salah seorang dari pembawa dalil itu tadi elok melakukan sesuatu sebelum matahari terbit dari barat. Biar lambat asalkan selamat.
Tuhan berjanji jika masih ada umatNya yang masih berzikir kapadaNya walaupun seorang dunia ini belum lagi akan kiamat. Jika kita ingin menjadi penyelamat elok kita jangan terbabit dengan pembawa-pembawa dalil itu dan sebaliknya kita keluar dari kumpulan itu.
Semoga kita adalah di kalangan yang tidak bersama dengan pembawa dalil itu tadi, supaya dunia tidak dan belum lagi kiamat. Kita berbuatlah kebaikan sebelum matahari terbit dari barat kerana kita lakukan kebaikan selepas matahari terbit dari barat segala kebaikan ubudiah kita tidak lagi diterima tuhan kerana sudah terlambat. — aspanaliasnet.blogspot.com
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat, kami mengalu-alukan penyataan Perdana Menteri mengenai pelaksanaan sistem biometrik yang secara tidak langsung mengesahkan bahawa pengundi hantu dan pengundian berulang kali memang wujud dalam amalan pilihanraya di negara ini. Langkah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencadangkan pelaksanaan sistem biometrik untuk mengekang masalah pengundi hantu dan pengundian berulang kali adalah bukti bahawa pimpinan Barisan Nasional sekalipun tidak mampu menafikan suara rakyat yang menyertai BERSIH2.0. Maka, kita wajar mengucapkan tahniah kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang menyertai kempen BERSIH2.0 dan turun ke perhimpunan aman pada 9 Julai 2011 baru-baru ini. Tanpa kesabaran dan keberanian mereka, SPR dan Barisan Nasional akan terus menafikan bahawa penipuan-penipuan ini wujud. Namun begitu, penerimaan terbuka oleh SPR dan Barisan Nasional itu diikuti pula dengan cadangan sistem biometrik yang hanya akan menambahkan masalah; bukannya menyelesaikan pelbagai penipuan yang berlaku selama ini. Kosnya menelan belanja ratusan juta ringgit dan akan membebankan rakyat yang sudah pun berhadapan dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi. Mereka yang biasa dengan pelaksanaan sistem biometrik dan sistem komputer yang melibatkan seluruh negara dan jutaan rakyat Malaysia tahu bahawa sistem sebegini akan berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal dan risiko keselamatan sistem. Maka tidak hairanlah SPR tidak boleh memberi komitmen sama ada ia boleh dilaksanakan menjelang PRU13; kerana mereka sendiri sedar ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Lebih penting lagi adalah ketidakupayaan sistem biometrik menghalang pengundi hantu dan pengundi berulang kali kerana ia dibina berdasarkan pendekatan yang salah; iaitu setiap yang mempunyai kad pengenalan adalah pengundi yang sah. Ini akan membolehkan ramai pendatang asing yang diberikan kad pengenalan mengundi dalam PRU13. Justeru, pendirian banyak pihak yang mempersoalkan kewarasan dan kebijaksanaan cadangan itu adalah tepat apatah lagi apabila penyelesaian sedia ada melalui penggunaan dakwat kekal adalah mudah, murah dan berkesan. Bukan sahaja sistem biometrik mahal dan memakan masa untuk dilaksanakan, kita juga khuatir ia akan melambatkan proses membuang undi pada hari pengundian yang akan mengurangkan kecenderongan pengundi keluar mengundi. Sistem biometrik juga akan menghapuskan proses timbang tara (melalui penyertaan ejen mengundi/polling agent dan ejen pengiraan/counting agent dalam proses membuang undi) sedia ada yang memberi ruang kepada parti-parti politik memainkan peranan memastikan pilihanraya adalah adil dan saksama. Apabila tanggungjawab dan kuasa (sekarang ini di tangan ejen mengundi dan ejen pengiraan) untuk menyemak pengundi dan memastikan proses pengiraan adalah adil dipindahkan sepenuhnya kepada sebuah sistem komputer, parti-parti politik tidak ada peluang untuk memeriksa, menyemak dan memainkan peranan dalam proses pembuangan dan pengiraan undi. Kewujudan peluang ini sebagai proses timbang tara adalah ciri-ciri utama sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Makanya, sebarang langkah yang berhasrat untuk menghapuskan penglibatan parti-parti politik sebagai timbang tara adalah bertentangan dengan kehendak rakyat yang disuarakan melalui BERSIH2.0. SPR wajib kembali kepada 8 tuntutan yang disuarakan melalui BERSIH2.0 terutamanya penggunaan dakwat kekal kerana langkah itu adalah berkesan, murah, memberdayakan peranan parti-parti politik dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sistem pilihanraya di negara ini memerlukan reformasi keseluruhan, bukannya pindaan-pindaan kecil yang akan menelan belanja ratusan juta tetapi menimbulkan pelbagai masalah baru yang menyemarakkan kemarahan rakyat. Dikeluarakan bagi pihak seketeriat Pakatan Rakyat Wakil-wakil parti:
YB Hatta Ramli Ketua Pengarah pilihanraya Parti Islam SeMalaysia
YB Liew Chin Tong Setiausaha Antarabanga Parti Tindakan Demokratik
Saudara Rafizi Ramli Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat 27 Julai 2011
SIDANG AKHBAR-"MENCARI KEADILAN" UNTUK ARWAH BAHARUDDIN BIN AHMAD
Kami keluarga arwah Baharuddin bin Ahmad ingin merakamkan setinggi-tinggi terimakasih atas segala bantuan, sokongan moral, doa dan sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat, baik dari warganegara Malaysia dan warga asing tidak kira warna kulit, agama dan kaum yang telah secara berterusan menyumbang kepada keluarga kami ketika kami dalam keadaan kesedihan dan kesusahan.
Arwah Baharuddin merupakan seorang bapa yang penyayang dan suami yang baik di mana semasa hidup sentiasa mengingatkan kami sekeluarga agar sentiasa mempunyai sikap menghormati orang lain dan menjaga kehormatan keluarga dan menjaga nilai-nilai agama Islam dalam kehidupan seharian.
Bagi kami sekeluarga beliau merupakan seorang wira keluarga dan Negara yang telah memberikan hidupnya kepada sesuatu yang lebih besar daripada dirinya. Kematian beliau walaupun satu kehilangan yang sangat besar kepada kami sekeluarga namun ianya telah membuka lembaran baru kepada semua rakyat Malaysia untuk menentang apa saja bentuk kezaliman dan bersatu dalam menegakkan kebenaran. Kehadiran beliau pada perhimpunan aman Bersih, memperlihatkan kewajipan beliau kepada Negara iaitu sebagai rakyat Malaysia, setiap kita mempunyai hak dan tanggungjawab kepada Negara yang lebih baik melalui Pilihanraya yang lebih bersih bebas dan adil. Malangnya kesetiaan beliau kepada Raja dan Negara telah mengorbankan nyawa beliau sendiri.
Kami sekeluarga juga amat sedih kepada beberapa kenyataan rasmi yang di buat oleh pihak polis dan Kerajaan yang menyatakan bahawa beliau mati di sebabkan sakit jantung. Tetapi apa yang menyebabkan beliau sakit jantung? Sehingga hari ini kami sekeluarga masih belum mendapatkan lapuran awal rasmi post mortem mengenai status kematian beliau. Kami amat hairan kami tidak dibekalkan lapuran rasmi awal post morten tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan kami sekeluarga.
Adalah amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah perkataan takziah yang kami terima baik dari pihak polis maupun kerajaan. Ini menunjukkan tidak ada lansung sensitiviti mereka keatas kematian arwah Baharudin bin Ahmad. Sebaliknya kami amat terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat telah meluangkan masa walaupun dengan jadual yang ketat telah datang ke rumah kami bagi mengucapkan takziah.
Terdapat beberapa saksi yang telah memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata kearah peserta perhimpunan BERSIH untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa yang sama polis telah bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan
dan akibat daripada kekerasan tersebut termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau, telah menyebabkan kematian beliau. Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan.
Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau untuk tampil kehadapan dan menolongkan kami untuk mencari kebenaran dan keadilan. Sekali lagi kami berharap agar saksi-saksi yang ada supaya jangan takut dan tidak di ancam untuk memberi maklumat kepada peguamcara kami. Kami telah membuat lapuran polis semalam, dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau di buat dalam masa tujuh [7] hari dari tarikh lapuran dibuat. Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini.
Kami sekeluarga tetap akan menerima apa-apa ketentuan Allah dalam perkara ini dan kami harap bahawa kematian beliau ini sebagai permulaan kepada demokrasi yang sebenar dan kearah kerajaan yang lebih mesra rakyat dan bertanggungjawab.
PRESS CONFERENCE-"SEEKING JUSTICE" FOR LATE BAHARUDIN BIN AHMAD
We as the family of the late Baharuddin bin Ahmad would like to extend our deepest appreciation to the enormous outpouring supports, condolences, prayers and kind words that we have been receiving thus far from all walks of live, Malaysian and others irrespective of their color, religious background, and ethnicity who have continuously and cause to contribute to our family in time of need and difficulty.
The Deceased was a caring father and also a good husband have throughout his lifetime tirelessly emphasized upon us, the importance of being good to others, tohave good virtues, to help others and most importantly to uphold the Islamic values in our daily life.
Deep inside, he is our hero who had sacrificed his own life to the nation towards achieving a common cause that shared by our peace loving nation. His death is a great loss and as fate has it, it has become an awakening call to everyone of us. His presence during the recent peaceful BERSIH rally was reflective of his commitment to the country that as a true rakyat Malaysia each of us should have a say for a better Malaysia that could be achieved through clean, free and fair elections. Unfortunately, his loyalty to the King and nation has cost him his own life.
We as the family members of the Deceased are totally disheartened by the unjustifiedofficial statements made by the police and government that his death was due to heart attack. What then caused his heart attack? We like to place on record that to the date of this statement, we have yet to receive any formal initial post-mortem report as regards to the cause of his death. As family members, we are puzzled that we are being ignored and denied of our right to the initial report and yet some other party is freely making official announcements after announcements about the cause of his death without our consent.
It is more sad that until today, not even a word of condolence has been conveyed to us neither by the government nor the police. This proves their zero level of insensitivity. By contrast, almost all the leaders of Bersih, NGO, and Pakatan Rakyat have taken trouble despite their busy schedule and the aftermath effect of Bersih 2.0, to visit our residence to show respect to the deceased.
We have heard of some credible information from eyewitnesses that when the Deceased was at the area and place of event, FRU personnel had fired tear gas and water canon against the rally crowd in order to disperse them and at the same time use such force more than reasonably necessary by law even though there were no actual resistance by the crowd and because of such force coupled with the delay by the police to give immediate medical attention at the time most crucial, had cause the death to the Deceased. We believe, if the government and the police are more careful, responsible and compassionate, this incident would have been avoided.
We seek, we urge and we hope other witnesses who were directly and indirectly in possession of even an iota of information as to the circumstances leading to the death of our loving father to come forward to assist in our pursuit of seeking the true and justice. We have made a police report yesterday, and call for an inquiry within seven [7] days from the date of the police report. Our lawyers are looking into this matter.
As Muslims, we accept this as a fate from Allah SWT and we hope his death mark the beginning of a caring and responsible government and true democracy.
26 Julai 2011 , KANOWIT: Rumah panjang pengerusi Tenaga Nasional Bhd Tan Sri Leo Moggie di Bejait, kira-kira 45 minit perjalanan darat dari sini, musnah dalam satu kebakaran petang Selasa.
Anak saudaranya Nelson Jaun ketika dihubungi berkata seluruh rumah panjangyang mempunyai kediaman 29 pintu itu dijilat api kira-kira 10 minit selepas kebakaran bermula pada kira-kira pukul 6 petang.
Beliau berkata api merebak dengan pantas ekoran musim kemarau yang sedang melanda ketika ini, memusnahkan rumah panjang itu yang boleh dianggap paling moden di daerah sini.
Ketua pegawai operasi bomba Douglas Graji ketika dihubungi di pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit di sini berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 6.28 petang. "Satu pasukan 11 anggota yang diketuai pegawai bomba Mutton anak Gelunggang sampai di rumah panjang yang berusia kira-kira 10 tahun itu pada kira-kira pukul7.17 petang, namun ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," katanya dan menambah api dapat dipadamkan kira-kira sejam kemudian.
Graji berkata seorang lelaki berumur sekitar 40-an cedera apabila dia cuba merempuh masuk rumah panjang itu kerana hendak menyelamatkan harta bendanya, dandia sudah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan, dan menurutnya ramai mangsa kini menumpang sementara di Dewan Masyarakat berhampiran dengan tempat kejadian. – BERNAMA
Berita Harian - Seramai 28,588 kontraktor Kelas F di seluruh negara kini dalam kesempitan sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah manakala ramai lagi mungkin gulung tikar kerana tidak mendapat sebarang projek baru. Malah, sejak 2005 hingga sekarang, hampir 7,000 kontraktor sudah bankrap dan sebahagian besar yang lain kini dalam keadaan 'hidup segan mati tidak mahu.'
" Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) amat sedih dengan nasib kontraktor Kelas F yang tidak mendapat projek sehinggakan ada yang terpaksa menjual rumah untuk menyara keluarga masing-masing," katanya kepada Berita Harian.
MOHAMAD FADZILL YANG JUGA YANG DIPERTUA PKMM PULAU PINANG, BERKATA BIARPUN KONTRAKTOR AMAT TERUJA APABILA KERAJAAN MENGUMUMKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP) YANG MEMBABITKAN PROJEK BERNILAI PULUHAN BILION RINGGIT, TETAPI PADA HAKIKATNYA KONTRAKTOR KELAS F TERPAKSA TERUS 'IKAT PERUT' KERANA TIADA PROJEK BARU UNTUK MEREKA.
Beliau turut memberi contoh pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar, yang tidak dinikmati oleh kontraktor Kelas F.
Mohamad Fadzill berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan sewajarnya memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion nilai projek untuk menampung keperluan kontraktor Kelas F di seluruh negara.
Sementara itu, seorang kontraktor Kelas F mengakui nasib mereka kini amat kronik dan ada yang terpaksa berhempas-pulas meneruskan hayat operasi ketika yang lain gulung tikar.
Pemilik syarikat Ishak Mat Abu Enterprise, Ishak Mat Abu, berkata beliau sendiri dihimpit masalah itu apabila syarikatnya yang berpangkalan di RAUB, PAHANG, tidak menerima sebarang projek, tahun lalu.
"Tahun ini, cuma ada satu projek. Ini memberi kesan kepada kami terutama kontraktor baru dan masalah ini boleh dikatakan agak kronik," katanya ketika dihubungi.
Ni apa cerita ni, pelajar cemerlang di Matrikulasi/Asasi Sains/STPM gagal mendapat sebarang tempat di IPTA ni? Mereka ni bukannya gagal Matrikulasi/Asasi Sains/STPM. Apa nak kata, kita ni rakyat saja, macam mentimun. Buat apa pun kena juga. Dah nasib bangsa kita macam ni, terima sajalah.
Selasa Julai 26, 2011 - PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan calon-calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf dengannya ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Peringkat Ijazah Pertama adalah berasaskan prinsip meritokrasi.
Nampaknya program pendaftaran Biometrik pekerja asing gagal mencapai sasaran dimana setakat ini hanya 30 peratus dari 1.3 juta pekerja asing yang mendaftar dengan tinggal lima hari saja lagi. Kalau KDN boleh dikatakan gagal, macamana SPR boleh berbangga untuk guna Biometrik semasa pilihanraya?
Adakah 1.3 juta pekerja asing tersebut tak nak daftar Biometrik kerana mungkin mempunyai MyKad palsu yang boleh dikesan kelak apabila mendaftar dalam sistem Biometrik yang dihubungkan ke KDN - SPR - JPN?
Orang suruh celup jari , mudah, murah, nak guna cara mahal, susah.
Orang suruh pergi sekolah naik bas, dia nak pergi sekolah naik jet pejuang canggih Typhoon berharga RM3 Billion sebuah.
BIOMETRIK: 1.3 JUTA BELUM DAFTAR
PUTRAJAYA 26 Julai 2011 – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.
Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan