Khamis, 28 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN Lembah Jaya

Posted: 27 Jul 2011 11:43 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Meraikan Majlis Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Dan Penyampaian Sumbangan Kg. Dato' Mufti

Posted: 26 Jul 2011 10:11 PM PDT

Menyampaikan ucapan perasmian

PROGRAM : Majlis Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H Dan Penyampaian Sumbangan

TARIKH : 24 Julai 2011 (Ahad)

MASA : 9.00 Pagi

TEMPAT : Dewan Orang Ramai Kg. Dato' Mufti

ANJURAN : JKKK Kg. Dato' Mufti


Sebahagian penduduk yang meraikan majlis tersebut

Batu Gajah Mari

Posted: 27 Jul 2011 11:35 AM PDT

Batu Gajah Mari


Inilah jawapan "Apa selepas 9 Julai"

Posted: 27 Jul 2011 10:00 AM PDT



Ingat lagi mamat-mamat ni pada 9 Julai?


...dan mamat ni?


dan ini jawapannya...

mereka kembali merana...
jadi kutu rayau..
hanya diperguna patriot... haha

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 27 Jul 2011 09:48 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Download Kuliah MP3 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Posted: 26 Jul 2011 07:26 PM PDT


7 Kuliah 21/5/2011 - 5/7/2011 (7 kuliah)
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440314954

001. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Bab Jihad Abu Ayub Al-Anshari Contoh Tauladan) 21 Mei 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440288754
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/Co3cy4b9/20110521-_DRMAZA__Kitab_RS-_Ba.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?236cevhvbnrc63g
kuliahsunnahmp3.blogspot.com


002. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Sambungan Bab 296 - Hadis 1654) 24 Mei 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440304184
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/0VW-fez3/20110524-DRMAZA_IQ_-RS_Jilid_2.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?la3vobby0l7ibi5
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

003. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Bab 297 - Larangan Mencabut Uban Pada Janggut) 7 Jun 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440292241
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/e7j-v8y7/20110607-DRMAZA_IQ_-_RS_Jilid_.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?d3cq54yoq5o11je
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

004. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Bab Larangan Beristinjak Menggunakan Tangan Kanan) 14 Jun 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440292261
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/K5msw_TR/20110614-DRMAZA_IQ_-RS_Jilid_2.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?542kda81kfh5329
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

005. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Bab 299 - Makruh Berjalan Dengan Satu Sandal Tanpa Uzur Dan Memakainya Sambil Berdiri Tanpa Uzur) 21 Jun 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440292351
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/6zCD71Wu/20110621-DRMAZA_IQ_-RS_Jilid_2.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?8h6cwp1fm78c33q
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

006. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Hadis 1661 & 1662 - Larangan Membiarkan Api Menyala Ketika Mahu Tidur) 28 Jun 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440304564
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/GjgnM2SF/20110628-DRMAZA_IQ_-RS_Jilid_2.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?e6fzzzrdmkfbbu3
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

007. Riyadhus Solihin Jilid 2 (Perkara Yang Membatalkan Amalan Insan & Sambungan Hadis 1663) 5 Julai 2011
Download Audio MP3:
Link 1 Filesonic: http://www.filesonic.com/file/1440292131
Link 2 4Shared: http://www.4shared.com/audio/MqyUzuC8/20110705-DRMAZA_IQ_-RS_Jilid_2.html
Link 3 Mediafire: http://www.mediafire.com/?zacb1748fl5oj77
kuliahsunnahmp3.blogspot.com

Kerajaan digesa serius tangani jualan arak

Posted: 26 Jul 2011 06:17 PM PDT


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara.



Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Moh Noh berkata, ACCIN meminta supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap orang Islam yang didapati meminum arak.

Katanya, pihak jabatan agama perlu lebih hebat memantau kawasan-kawasan 'panas' untuk mencegah perbuatan tersebut.

"ACCIN bimbang dengan gejala ini dan melihat ianya boleh menjejaskan modal insan yang ingin dibina di dalam negara kita," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, golongan yang minum dan ketagih arak perlu dibendung, ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka boleh menyebabkan berlaku banyak masalah sosial.

Oleh itu, ujarnya wajar bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian serius tentang masalah tersebut.

Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam bukan kerajaan terdiri daripada Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Research And Information Centre On Islam (RICOI), Persatuan Darul Fitrah Malaysia, Persatuan Al-Hunafa', Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Pertubuhan Jama'ah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P (JAM'IYAH), Islamic Information & Services Foundation (IIS).

Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (AL-HIDAYAH), Interactive Muslimah Association (IMAN), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA), Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), World Assembly Of Muslim Youth (WAMY) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 27 Jul 2011 09:37 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Tarikh PRU 'Terlalu Dekat' - Muhyiddin

Posted: 27 Jul 2011 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 JULAI : Selepas membayangkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengingatkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bahawa tarikh itu 'terlalu dekat'.

Portal The Malaysian Insider yang memetik seorang ahli parlimen yang turut menghadiri majlis makan malam tahunan yang diadakan di PWTC malam kelmarin berkata, Muhyiddin mahu mereka menganggap seolah-olah "pilihan raya boleh diadakan hujung minggu ini."


"Timbalan Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan kecuali meminta kami agar bersiap sedia sepanjang masa, menganggap bahawa pilihan raya akan diadakan hujung minggu ini... itu sahaja bayangan beliau, tiada bayangan lain," kata ahli parlimen itu.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh ahli-ahli parlimen kalangan anggota BNBBC dan timbalan-timbalan menteri.

Spekulasi terbaru menyebut kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri, pada Oktober dan November ini, meskipun khabar angin sebelum ini mengatakan parlimen mungkin dibubarkan tahun depan.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

Pertemuan ini diadakan tiga minggu selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Terdahulu, Muhyiddin membayangkan bahawa tinggal beberapa bulan sahaja lagi pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung.

Justeru itu, beliau menggesa semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional merapatkan barisan menjadi satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka sengit itu.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibu negara minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan kerana ia boleh memberi kesan kepada PRU.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini.

Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.


TVS News

SPR akan batal penggunaan Sistem Biometrik?

Posted: 26 Jul 2011 10:29 PM PDT

Sasarannya ialah 2 Juta PATI yang mahu dibersihkan oleh UMNO/BN.. kesemua mereka akan didaftarkan melalui Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.. tapi malangnya hingga sekarang hanya 390,404 yang mendaftarkan diri..

Ketika 1.75 juta pekerja asing mahu diputihkan dengan mendaftarkan mereka menggunakan sistem Biometrik.. SPR juga bersungguh-sungguh mahu menggunakan sistem tersebut..


Adakah ianya kebetulan atau telah dirancang? Adakah korang yakin tidak ada satu pun data PATI itu akan diserap kedalam pengkalan data milik SPR?

Biometrik: 1.3 juta belum daftar

PUTRAJAYA 26 Julai – Ke manakah mereka? Tinggal lima hari lagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah berakhir tetapi lebih 1.3 juta pekerja asing yang sepatutnya mengambil peluang pendaftaran itu belum berbuat demikian.

Sehingga semalam, hanya 390,404 daripada 1.75 juta pekerja asing mendaftar sejak program bermula 13 Julai lalu, sedangkan Kementerian Dalam Negeri menegaskan tempoh akhir Ahad ini tidak akan dilanjutkan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memberikan 'keistimewaan' kepada majikan dan pekerja asing yang mendaftar awal dalam program berkenaan.

"Saya sedang mempertimbangkan bila masa program pemutihan nanti, kita beri keutamaan kepada majikan yang memerlukan pekerja asing kepada majikan yang mendaftar awal.

"Lagi lambat (majikan mendaftar), lagi susah dia nak dapat pekerja asing. Jangan salahkan saya kerana bila kita suruh mereka buat (daftar), mereka liat nak pergi tetapi bila nak pekerja asing, macam-macam alasan diberikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi pendaftaran pekerja asing sah di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata, program yang dilaksanakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk berseronok atau menyusahkan orang ramai sebaliknya, ia mempunyai agenda yang lebih besar terutamanya dalam menjamin keselamatan negara.

Katanya, program transformasi besar-besaran Jabatan Imigresen itu juga dapat menangani pelbagai masalah dan cabaran, antaranya mengatasi situasi kemungkinan pekerja sah lari meninggalkan majikan asal untuk menyertai Program Pemutihan, membendung isu pemerdagangan manusia dan sebagainya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga dapat mengetahui jumlah sebenar pekerja asing di negara ini, yang kemudiannya akan disalurkan ke sektor-sektor tertentu mengikut jumlah keperluan mereka.

"Bagi pekerja asing yang masih mempunyai permit yang sah dan lari daripada majikan, kita akan senaraihitamkan mereka dan tidak akan dibenarkan menyertai Proram Pemutihan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan terhadap program yang dilaksanakan kerajaan itu untuk mengaut keuntungan kerana ia boleh menjejaskan nama negara.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, walaupun jumlah yang mendaftar masih kurang, beliau percaya angka itu akan meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi kerana mengikut rekod Jabatan Imigresen, terdapat 1.75 juta pekerja asing sah yang bekerja di negara ini.

Katanya, setakat ini beliau berpuas hati dengan operasi pendaftaran itu di kesemua 37 pejabat imigresen seluruh negara kerana purata tempoh yang diambil bagi mendaftar seseorang pekerja asing hanya mengambil masa dua minit sahaja.

"Secara umumnya saya berpuas hati dengan operasi pelaksanaan pendaftaran yang dilaksanakan di semua pejabat Imigresen seluruh negara khususnya komitmen tinggi yang ditunjukkan setiap petugas Jabatan Imigresen yang sanggup bekerja sehingga lewat malam termasuk beroperasi 24 jam," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 27 Jul 2011 07:56 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAKLUM BALAS SPR DITUNTUT : BERSIH

Posted: 26 Jul 2011 10:33 PM PDT

DPPK : TERUSKAN GELOMBANG BERSIH

Posted: 26 Jul 2011 05:38 PM PDT

SYABAB Kapar

Posted: 27 Jul 2011 03:36 AM PDT

SYABAB Kapar


Haram Judi Bola di Selangor

Posted: 27 May 2010 09:15 AM PDT

Majlis tempatan S'gor haramkan pertaruhan sukan
Sumber: malaysiakini

Beberapa majlis tempatan di Selangor akan bertindak membekukan lesen premis pertaruhan yang menawarkan judi sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, semalam dan hari ini Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat majlis berkenaan, ahli majlis, Latheefa Koya berkata mereka bertindak mengikut Seksyen 101, Akta Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan keselesaan.

Latheefa, yang juga ketua penerangan PKR berkata judi sukan memudaratkan kesihatan mental dan menjadikan sukan sebagai aktiviti yang tidak menyihatkan.

Menurut ahli majlis Selayang, Lee Khai Loon, mereka boleh menghalang aktiviti perjudian dengan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, yang mensyaratkan jenis perniagaan yang mereka jalankan.

"Premis perjudian seperti Sports Toto menyenaraikan loteri sebagai item perniagaan mereka, justeru, pertaruhan sukan bukan dalam senarai itu.

"Untuk menyenaraikan pertaruhan sukan sebagai antara item perniagaan, pengendali perlu membuat permohonan kepada majlis tempatan dan pendirian kami adalah untuk menolak permohonan seumpama itu," katanya sambil menambah keputusan mereka adalah sebulat suara.

Malah menurut Khai Loon, yang juga adalah ketua penerangan Pemuda PKR, pihak majlis tempatan tidak akan teragak-agak menutup premis yang menawarkan judi sukan.

"Kita mempunyai 24 ahli majlis dan dengan bantuan orang ramai yang juga akan menjadi mata dan telinga untuk Majlis Perbandaran Selayang," katanya.

Alhamdulillah. Semoga ia menjadi ikutan di Majlis Perbandaran Klang
Ameen

-rebok
Bookmark and Share

Main Bola bukan main judi

Posted: 26 May 2010 05:45 AM PDT

Gerakan Membantah Judi Bola

Dikuasakan oleh bantahjudi.wordpress.com

Bookmark and Share

KENYATAAN MEDIA:ISU LESEN JUDI BOLA

Posted: 21 May 2010 09:38 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
21 Mei 2010 (JUMAAT)

ISU LESEN JUDI BOLA


Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Selangor menjadikan Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan, antara teras utama ialah memacu pembangunan modal insan. Pelbagai program telah dirancang untuk melahirkan satu masyarakat cemerlang yang mampu mendokong aspirasi semua mencapai kemuncak kejayaan berada di dalam sebuah negeri 'baldatun tayyibatun wa robbun ghafur' yang bermaksud negeri yang baik, maju, selamat, sejahtera dan diampun dan dirahmati oleh Allah SWT.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan sentiasa berusaha untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagai penjana pembangunan lestari dan rabbani. Dalam masa yang sama, pelbagai program mitigasi 'insan liabiliti' yakni kategori insan yang terjebak dalam aktiviti penagihan dadah, mencuri, merompak, menyamun, merasuah, merogol, merosak harta benda, gian arak dan lain-lain, termasuk judi, disusun untuk meminimakan kerugian kepada masyarakat.


Segala perancangan yang baik, segala pelaburan wang ringgit, masa, tenaga manusia, aset dan sumber lain tidak akan memberi kesan positif yang diharapkan sekiranya kegiatan negatif yang menghancurkan kelompok manusia yang menduduki negeri itu tidak ditangani dan dikawal. Ramai isteri, anak-anak kepada golongan yang sudah terbabit di dalam aktiviti perjudian merana dan terbeban dengan natijah kompleks yang membelenggu hidup mereka hingga ada yang mengancam nyawa. Ini perjudian kecil-kecilan.

Sekiranya kerajaan Malaysia mengambil keputusan mengiktiraf perjudian dengan memberi lesen kepada syarikat gergasi judi maka ini akan memberi petunjuk yang teramat negatif dan membimbangkan khususnya generasi muda. Kerajaan Malaysia yang memperakui perkara mungkar ini akan menjadi ibarat pepatah 'guru kencing berdiri anak murid kencing berlari'. Jangan marah kalau rakyatnya terutama sekali pelajar muda 'kencing berlari'.

Maka, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor dengan ini meminta kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan lesen judi Piala Bola kepada Syarikat Berjaya serta merta.

Yb Dr Hjh Halimah Ali
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor


Bookmark and Share

SAY YES FOR WORLD CUP. SAY NO FOR WORLD CUP BETTING

Posted: 21 May 2010 09:18 AM PDT

WORLD CUP ATAU JUDI BOLA

YES TO WORLD CUP!!



NO TO WORLD CUP BETTING!!!



Nyatakan bantahan anda dengan mengikuti demo yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri/Kawasan masing-masing di tempat-tempat yang bakal ditetapkan!!!

-rebok-
P/S: Rebok mengikuti demo yang diadakan di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh

Bookmark and Share

RM5juta jadi mainan!!! Cam budak-budak (SPRM tengok je ke)

Posted: 19 May 2010 08:16 AM PDT

Bukti Perdana Menteri Malaysia main-mainkan penduduk Cina Sibu

Dicari oleh Rebok

Bookmark and Share

PROGRAM JOM KONVOI 2010

Posted: 17 May 2010 07:02 AM PDT

Assalamualaikum WBT
Satu program konvoi anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya 'Jom Konvoi 2010' pada 28 – 30 Mei 2010. Program konvoi bermotosikal di bawah 150 cc ini akan berkunjung ke Daerah ' Pak Malau' iaitu Mersing, Johor Darul Takzim.

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan mendapat kerjasama daripada PDRM, AADK serta Jabatan Belia dan Sukan. Penyertaan terbuka kepada 150 orang terawal yang terdiri dari golongan belia berumur di antara 18 – 30 tahun, lelaki dan perempuan, serta memiliki Lesen Memandu Sah (Malaysia).

Untuk MPK, kuota disediakan adalah 10 orang. Minyak, makan minum dan penginapan ditanggung. Ikut bawa motor dan keperluan sahaja. Lumayan kan?.

Melalui program tahunan ini telah merangka pelbagai aktiviti menarik telah dirangka seperti demontrasi dari pasukan keselamatan, aktiviti sukan pantai, kempen derma darah, lawatan ke tempat menarik, cabutan bertuah serta banyak lagi. Para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan kali ini pihak penganjur menyediakan 2 Anugerah Khas iaitu Motor Paling Sempurna dan Motor Paling Kreatif. Pada sesiapa yg berminat bolehlah hubungi saya

Sekian, terima kasih.



Mohd Shaiful Roseman
Ketua Urusan Pengundi Muda
Majlis Tindakan DUN N45 Selat Klang


Bookmark and Share

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Jul 2011 03:24 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kunjungan Santai

Posted: 26 Jul 2011 05:46 PM PDT

Semalam dalam kepenatan selepas pulang bermesyuarat penting Pejabat Agung PAS Pusat YB masih meluangkan masa untuk bertemu dan menyampai sumbangan 3 buah kerusi roda kepada  warga emas yang sakit dan memerlukan di Sri Serawak.

Kira-kira pukul 6.00 petang YB yang diiringi oleh Sekretariat Parlimen Kota Raja, Ahli Dewan Muslimat PAS Kota Raja dan Ahli Cawangan PAS Sri Serawak telah berkunjung ke 3 buah rumah warga emas yang amat memerlukan sumbangan tersebut.

Sumbangan ini diusahakan oleh YDP PAS Kota Raja En Jaafar Samsuddin yang turut hadir pada majlis ini.

Penerima kerusi roda ingin amat gembira apabila menerima sumbangan ini untuk membolehkan mereka bergerak dengan lebih selesa.

Usaha-usaha yang dijalankan ini menepati manifesto Pakatan Rakyat pada PRU 12 berkenaan Negeri Berkebajikan walau pun peruntukan Wakil Rakyat Parlimen Pembangkang disekat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Syukur kerana kita masih mempunyai penderma budiman.

Selesai majlis YB turun juga ke Pasar malam Sri Andalas untuk bertemu pengunjung dan peniaga pasar malam tersebut yang rata-rata kesal dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos yang tinggi.

Seorang perniaga Roti John memberitahu jika sebelum harga barang naik melambung beliau boleh menjual 200 ketul roti tapi kali ini sekitar 80 ~ 100 ketul sahaja ... 'maklumlah semua orang kena berjimat', katanya.

Dalam keadaan ini pun DS Rosmah masih berbelanja mewah dengan memakai cincin USD24 juta dan pelbagai beg tangan berjenama berharga ratusan ribu ringgit dengan menggunakan wang cukai yang dibayar oleh rakyat untuk memuaskan nafsu serakah sendiri.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan